snow white moden

13
SNOW WHITE ALAF 21- Part 1

Upload: namaku-mahani

Post on 01-Dec-2014

1.478 views

Category:

Entertainment & Humor


6 download

DESCRIPTION

suka suki suka hati ^_^ .....parody.... Next parody 'Cinderella'.. coming soon. Gambatte!

TRANSCRIPT

Page 1: Snow white moden

SNOW WHITE

ALAF 21-Part 1

Page 2: Snow white moden

Suatu masa dahulu pada zaman dulu-dulu, bukan zaman Elvis Presley dan zaman Marilyn Monroe dan sebelum zaman Lady Gaga. Seorang ratu secantik Datuk Siti Nur Haliza telah tercucuk jari manisnya semasa sedang menjahit baju anak patung Barbie miliknya di tepi jendela.

Ketika itu menitislah darah si ratu jatuh ke atas salji putih yang menempek di jendela. Dilihat-lihat, ditenung-tenung, diamati oleh sang Ratu…lalu terdetiklah dalam hatinya…. “kalaulah…aku ada puteri berkulit seputih salji, bibir semerah darah, dan rambut sehitam kayu hitam..alangkah!….”.

Page 3: Snow white moden

Tidak lama kemudian, ratu beranaklah seorang puteri yang kulitnya sebijik putih macam salji, bibir merah macam darah, dan rambut hitam berkilat macam arang. Gembiralah hati si Ratu dan suaminya, raja di kerajaan Awan Berarak yang tersangatlah tampan macam Anuar Zain. Namanya ‘Snow White” atau dalam bahasa Malaysia ‘Salji putih’.

Page 4: Snow white moden

Dipendekkan cerita.. Mangkatlah ibunda snow white.. berita kemangkatannya telah disampaikan kepada penduduk kerajaan Awan Berarak melalui Twitter diraja.

Menurut doktor semasa post mortem dijalankan ratu mangkat disebabkan virus Trojan yang hanya boleh dihapuskan dengan menggunakan antivirus terbaru daripada Kaspersky. Sedangkan hospital kerajaan Awan Berarak pada masa itu hanya dilengkapi dengan antivirus Avira yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kerajaan Awan Berlalu yang juga merupakan musuh utamanya.

Oleh sebab kedua-dua kerajaan itu bermusuh, kerajaan Awan Berlalu dengan kedekutnya tidak mahu memberikan antivirusnya kepada raja kerajaan Awan Berarak. Akibatnya, ibunda snow white terkorban.

Berdukalah snow white 7 hari 7 malam. Duduk sahaja di dalam bilik peraduannya menghadap laptop Apple sambil menulis status di Facebook miliknya.

Page 5: Snow white moden

Sedih macam mana pun, life must go on kan. Tidak lama kemudian, ayahanda snow white pun jatuh cinta dengan seorang wanita yang tersangat cantiknya, mirip Britney Spears tapi hati busuk. Jadi, mereka pun berkahwin.

Ratu ini bernama ‘Neng perasancantikboolah’, beliau juga memiliki sebuah cermin sakti yang dinamakan ‘cermin’. Cermin akan menjawab segala soalan dengan jujur.

Ratu sering bertanya : “Wahai sang cermin pada dindingku..siapakah yang tercantik sekali di negeriku..?” maka si cermin pun menjawab dengan jujur : “ di negeri Entahlah.. Ratu Neng lah yang paling cantik sekali, tetapi di negeri ini..Sorry you! Snow white lah yang paling cantik.” Jawab cermin dengan selamba sekali.

Page 6: Snow white moden

Ratu Neng pun cemburu dan sangat marah kerana snow white a.k.a anak tirinya itu lebih cantik dari dirinya. Maka. Dia pun menyuruh seorang pemburu membunuh snow white. Jika enggan ayam ternakannya akan dibunuh oleh Ratu Neng. Pemburu yang ketakutan itu menurut sahaja arahan Ratu lalu membawa snow white ke hutan simpan Lembah Danum untuk di bunuh.

Setelah sejam perjalanan menaiki Toyota Hilux terbaru 2012 sampailah mereka di tengah hutan, pemburu pun terus mengeluarkan pisau dan mahu menikam snow white. Tetapi setelah melihat muka kesian snow white itu tidaklah jadi dia membunuh puteri salji. Sebagai ganti setelah melepaskan snow white, pemburu itu menggantikan jantung yang sepatutnya jantung snow white itu dengan jantung rusa.

Page 7: Snow white moden

Snow white yang merasa selamat itu pun merayau-rayau di dalam hutan buat seketika. Cuba mencari jalan pulang. Tetapi takut di bunuh oleh ibunda tirinya. Sampailah dia di depan rumah kecik untuk orang kerdil. Sesampai di sana snow white yang pembersih itu telah mengemas, membasuh pinggan,baju dan sebagainya yang ada di rumah itu sehingga bersih. Dia pun tertidur kepenatan.

Tidak lama kemudian, pulanglah 7 orang kerdil setelah penat bekerja restoran Pizza Hut yang baru di buka di bandar. Dipendekkan cerita lagi, mereka pun berkawan.

Page 8: Snow white moden

Oleh sebab snow white disangkanya sudah mati. Ratu Neng bertanya kembali kepada cermin tentang siapa yang paling cantik. Cermin tetap berkata snow white lagi cantik. Setelah mengoncang-goncangkan cermin, pastilah ratu bahawa pemburu tidak membunuh snow white. Akibatnya, ayam milik pemburu itu di bunuh oleh ratu lalu dimasak rendang ayam oleh Chef Wan yang famous di kerajaan Awan Berarak.

Ratu yang tidak puas hati pun membuat rancangan untuk membunuh sendiri snow white.

Page 9: Snow white moden

Dengan menggunakan make up Simply Siti keluaran terbaru, ratu Neng yang kejam itu berjaya membuatkan wajahnya kelihatan seperti seorang wanita tua (padahal..dia memang tua). Selepas bersolek, ratu pun mengambil sebiji epal merah dari dalam peti sejuk Elecrolux mangosteen 260Ltr-2- door fridge with ecological refrigerant tercanggih pada masa itu.

Epal itu kemudiannya disalut dengan racun tikus yang tidak berbau dengan tujuan membunuh snow white.

Page 10: Snow white moden

Setelah siap, ratu kejam itu pun berjalan ke arah kediaman orang-orang kerdil tempat snow white bersembunyi dengan menggunakan GPS kereta Proton Exora HLine miliknya.

Setelah sampai, ratu mengetuk pintu rumah dan keluarlah snow white menemui wanita tua itu. Ratu kejam itu pun tanpa membuang masa menyumbatkan epal merah beracunnya itu ke mulut snow white. Snow white terkejut namun sempat menggigit sedikit epal itu sebelum rebah depan pintu.

Ratu Neng ketawa terbahak-bahak apabila teringat tentang Raja Lawak yang ke udara di televisyen saluran Astro (erm… minta maaf, tak ada kena-mengenakan?). selesai saja tugasnya, ratu kejam itu pun berlalu pulang ke istana.

Page 11: Snow white moden

7 Orang kerdil bersedih kerana snow white telah mati, mereka pun mengangkat lalu memasukkan snow white ke dalam keranda kaca kerana mereka tidak mampu mengorek tanah sedalam 7 kaki kerana ketinggian mereka tidak mencukupi (ops! Merepek lagi).

Keranda kaca itu diletakkan di hadapan rumah.

Page 12: Snow white moden

Pada masa yang hampir sama, seorang putera raja yang kacak lagi macho memburu katak di hutan simpan tersebut dan ketika asyik memburu tanpa disedarinya putera raja itu yang namanya Putera Kacaklagimacho wow! terlanggar sisi keranda kaca tempat peraduan snow white. Dipendekkan cerita, terkeluarlah snow white dari dalam keranda kaca miliknya. Putera yang terkejut itu pun mengoncang-goncangkan snow white sekuat hati kerana takut masuk penjara gara-gara membunuh pula. Setelah menerima goncangan yang maha dahsyat, sisa apel yang rupa-rupanya tersekat di kerongkongnya tersembur keluar dengan kelajuan 70 mili saat nautika (miahahaha).

7 orang kerdil yang terlihat kejadian itu, bersorak gembira apabila melihat snow white hidup lagi rupanya. Bengong!. Putera yang kebingungan itu dan snow white pandang-memandang dan jatuh cinta. Dan di pendekkan cerita lagi, mereka pun bercouple dan hidup bahagia selepas itu…..

Page 13: Snow white moden

-TAMAT-Sekian, terima kasih: Kicauku berlagu