kupasan antologi harga sebuah lukisan

23
Kupasan Antologi Harga Sebuah Lukisan (Tingkatan 3) Classic Flipcard Magazine Mosaic Sidebar Snapshot Timeslide 1. AUG 9 CERPEN SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA (Zainal Rashid Ahmad) Sinopsis Cerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung. Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal. Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka. Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong. Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan. Tema Cerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung. Masyarakat kampung banyak bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula

Upload: rubieybiey

Post on 15-Nov-2015

45 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

moden

TRANSCRIPT

Kupasan Antologi Harga Sebuah Lukisan (Tingkatan 3)

Classic Flipcard Magazine Mosaic Sidebar Snapshot Timeslide1. AUG9

CERPEN SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA (Zainal Rashid Ahmad)

SinopsisCerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung. Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal. Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka. Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong. Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan.TemaCerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung. Masyarakat kampung banyak bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula jadi bagi menjalani kehidupan mereka termasuklah dalam perubatan tradisional dan sumber makanan harian bagi mereka. Guru mengaji dan imam pula merupakan tempat rujukan bagi mendalami ilmu agama dan mengatasi sebarang masalah dalam kehidupan harian.PersoalanI.Kepentingan alam semula jadi dalam meneruskan kehidupan harian.Contoh: Herba tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur digunakan untuk merawat pelbagai penyakit.

II.Pendidikan agama dalam masyarakat.Contoh: Bagi masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan orang-orang penting bagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakat

III.Ketaatan kepada guru.Contoh: Masyarakat kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat taat kepada guru mengaji dan imam kampung.

IV.Kemiskinan masyarakat di kampongContoh: Masyarakat kampung digambarkan sebagai masyarakat yang miskin. Penulis dan rakan-rakannya digambarkan sebagai orang miskin yang sudah lali dengan kelaparan.

Binaan plotI.PermulaanPenulis mengingati zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka membesar di kampung.II.PerkembanganPenulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai penyakit bagi menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu dibayar oleh penduduk kampung.

III.PuncakPenulis dan rakan-rakan amat sedih kerana kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong, kedua-dua orang yang paling disayangi dan dihormati oleh mereka.

IV.PeleraianPenulis menganggap Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua orang yang tidak akan dilupakan oleh mereka.

Teknik PlotI.Imbas KembaliContoh: Penulis menggunakan teknik imbas kembali bagi menyampaikan ceritanya dari awal hingga akhir. Peristiwa menggambarkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya semasa dibesarkan di kampung.

II.DialogContoh: Dialog antara Hajah Tom dan penulis semasa menasihatkan anak-anak muridnya supaya sentiasa tawakal, berserah dan berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar mendapat keberkatan ilmu.

III.PemerianContoh: Penulis menceritakan secara langsung tentang daun-daun yang dapat digunakan untuk mengubat pelbagai penyakit.

IV.KejutanContoh: Pembaca dikejutkan dengan berita kematian Hajah Tom secara tiba-tiba.Watak UtamaAku/kamiI.Penulis dan rakan-rakan merupakan anak kampung yang miskin dan dibesarkan di kampung.II.RajinContoh: Penulis dan rakan-rakan rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.III.TaatContoh: Penulis dan rakan-rakan bersedia untuk membuat apa-apa sahaja pekerjaan yang disuruh oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

Watak SampinganHajah TomI.Hajah Tom ialah guru Quran penulis dan rakan-rakan di kampung.II.Beliau telah kematian suami pada usia yang masih muda.III.Hajah Tom tinggal sendirian di kampung.IV.Beliau bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang.V.Kuat agamaContoh: Hajah Tom sering menasihatkan penulis dan rakan-rakannya agar sentiasa mengingati Tuhan.VI.Baik hatiContoh:Hajah Tom akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat murid-muridnya sangat letih kerana belum makan.VII.PemurahContoh: Hajah Tom menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas membantu Haji Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang.VIII.PenyayangContoh: Hajah Tom sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan rakan-rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak. Penulis dan rakan-rakannya juga telah khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom.

Haji Salleh PumpongI.Haji Salleh Pumpong ialah imam tua di kampung penulis.II.Berpengetahuan luasContoh: Aku menyatakan bahawa imam yang paling tahu segala perkara yang berkaitan dengan agama.III.PembersihContoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.IV.PenyayangContoh: Penulis menganggap bahawa Haji Salleh Pumpong seorang yang penyayang.

Latar MasaI.Waktu subuhContoh: Penulis dan rakan-rakan berasa takut pada waktu subuh kerana ada anjing berkeliaran pada waktu itu.II.Malam-malam pertengahan RamadhanContoh: Hajah Tom menasihatkan penulis dan rakan-rakan agar mengamalkan surah al-Ikhlas dan bertawakal kerana tiada binatang buas yang akan mengganggu mereka jika mengamalkan surah tersebut.

III.Pagi-pagi sebelum keluar rumahContoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menghafal surah yang telah diajar oleh Hajah Tom kepada mereka.

IV.Sebelum habis bulan pertama persekolahanContoh: Dalam jangka masa tersebut, penulis dan rakan-rakannya telah menghafal segala bacaan dan doa yang diajarkan oleh Hajah Tom kepada mereka.

V.Suatu hari kelam-kelam buta.Contoh: Haji Salleh Pumpong meminta penulis dan rakan-rakannya membersihkan surau.

VI.Tiga bulan kemudianContoh: Hajah Tom meninggal dunia selepas tiga bulan menyuruh Haji Salleh Pumpong mengajarkan solat jenazah kepada penulis dan rakan-rakannya.

VII.Awal RamadhanContoh: Awal Ramadhan selepas kematian Hajah Tom, Imam Haji Salleh Pumpong pula meninggal dunia.

Latar TempatI.KampungContoh: Tempat penulis dan rakan-rakannya dibesarkan.

II.Kepala jalan masuk ke kampung sebelum menempuh jalan besarContoh: Tempat pertemuan penulis dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke rumah Hajah Tom.

III.SurauContoh: Tempat orang-orang kampung sembahyang berjemaah dan penulis atau rakan-rakannya bergilir-gilir azan apabila disuruh oleh Haji Salleh Pumpong. Penulis dan rakan-rakannya juga telah membersihkan surau kerana air pasang yang membawa selut dan lumpur mengotori surau tersebut.

IV.GubirContoh: Tempat Sarjan Omar, suami Hajah Tom meninggal dunia ditembak oleh pengganas.Latar MasyarakatI.Masyarakat kampung.Contoh: Masyarakat dalam cerita ini merupakan masyarakat kampung yang digambarkan bergantung kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan perubatan tradisional.

II.Masyarakat miskin.Contoh: Penduduk kampung menggunakan rawatan tradisional kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik.

III.Masyarakat yang taat kepada guru .Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat dan menurut kata Hajah Tom sebagai guru Quran mereka.

IV.Masyarakat yang prihatin.Contoh: Hajah Tom digambarkan sebagai seorang guru mengaji yang amat prihatin terhadap anak-anak muridnya. Beliau sentiasa mengambil tahu hal-ehwal anak-anak muridnya sebelum mula mangajar mereka.

V.Masyarakat yang mengutamakan kebersihan.Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu sangat daif keadaannya.

VI.Masyarakat yang mengenang jasa.Contoh: Penulis dan rakan-rakannyanya tidak pernah melupakan jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang banyak mendidik mereka sejak kecil.

Gaya BahasaI.Kata GandaContoh:tua-tua/dewa-dewa/doa-doa/subuh-subuh/malam-malam/pagi-pagi/sama-sama/cepat-cepat/tahun-tahun/compang-camping/satu-satu/berlubang-lubang/sisa-sisa/berebut-rebut/budak-budak/lama-kelamaan.

II.SimileContoh: Peluang ketemu doktor pula umpama menghadap dewa-dewa.

III.Pengaruh Bahasa AsingContoh: bahasa Arab - insya-Allah/Allah

IV.Pengulangan kataContoh: Kalau dia kata jangan, maka segera kami jauhi; kalau katanya mesti, maka cepat-cepat kami patuhi.

NilaiI.Nilai ketaatanContoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat kepada Hajah Tom dan mengikut semua arahan guru Quran tersebut.

II.Nilai keprihatinanContoh: Hajah Tom amat prihatin kepada anak-anak muridnya dan sentiasa bertanyakan hal-ehwal mereka sebelum mula mengajar Quran.

III.Nilai baik hatiContoh: Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan rakan-rakannya sekiranya mereka belum makan.

IV.Nilai mengenang jasaContoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah banyak berjasa kepada mereka.

V.Nilai kasih sayangContoh: Penulis dan rakan-rakan menyayangi Hajah Tom yang amat prihatin dan mengambil berat hal-ehwal mereka sejak mereka kecil lagi sehinggalah beliau meninggal dunia.

VI.Nilai kebersihanContoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.

PengajaranI.Kita hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita.Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

II.Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.Contoh: Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan rakan-rakannya yang merupakan anak-anak kampung yang miskin.

III.Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.Contoh: Hajah Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan rakan-rakannya apabila mengetahui mereka keletihan dan kelaparan.

IV.Kita hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik kita.Contoh: Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah mendidik mereka sejak kecil lagi.

V.Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.Contoh: Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa baik hati kepada mereka.

Posted9th August 2012byleeyum0Add a comment2. AUG9

CERPEN MENCARI NAFAS BAHARU (Ayusari MJ)

SinopsisCerpen ini mengisahkan Ana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Ana mula gelisah apabila anak murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Ana terus ke rumah Milah untuk menziarahinya. Dia mendapati Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Ana membawa Milah ke hospital dan doktor mengesahkan Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Ana sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang daripadanya. Peristiwa sedih itu menyebabkan Ana memohon ditukarkan kembali ke tempat kelahirannya.TemaTema cerpen ini ialah pengorbanan seorang guru.PersoalanI.Kegigihan guru-guru untuk menaikkan prestasi sekolah.Contoh: Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat bekerja keras menaikkan prestasi sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.

II.Pengorbanan guru terhadap murid.Contoh: Ana sanggup berkorban dengan mendermakan sumsum tulang kepada Milah.

III.Kasih sayang guru terhadap murid.Contoh: Ana menyayangi Milah seperti adik sendiri.

IV.Suka duka guru yang mengajar di pedalaman.Contoh: Ana gembira mengajar di pedalaman Pahang namun dia amat sedih apabila anak murid kesayangannya meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulangnya.

V.Kepentingan perubatan moden.Contoh: Ana membawa Milah ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah dia tidak sembuh dengan cara perubatan tradisional.Binaan PlotI.PermulaanPembaca diperkenalkan dengan watak Ana yang mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas kematian Milah. Milah merupakan anak murid kesayangannya yang meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia.

II.PerkembanganPada bahagian ini, Ana mengimbas kembali saat-saat dia dihantar bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Pahang dan perkenalannya dengan Milah. Ana menganggap Milah seperti adiknya sendiri.

III.PuncakMilah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana.

IV.PeleraianAna reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil keputusan untuk bertukar ke tempat kelahirannya.

Teknik PlotI.PemerianContoh: Pada permulaan cerita, pengarang memerihalkan watak dan perwatakan Milah yang menarik hati Ana.

II.DialogContoh: Perbualan antara Ana dengan emak Milah tentang ketidakhadiran Milah ke sekolah selama tiga hari.

III.Imbas KembaliContoh: Ana teringat detik-detik yang begitu mendebarkan apabila dia ditugaskan untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang.

IV.KejutanContoh: Doktor Izah mengesahkan bahawa Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).Watak UtamaAnaI.Seorang guru lulusan universiti pendidikan tempatan.II.Berkhidmat di Sekolah Kampung Chat, Hulu PahangIII.Gigih melaksanakan tugas.Contoh: Setiap pagi Sabtu, Ana mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR.IV.Sanggup berkorban terhadap anak didiknya.Contoh: Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulang kepada Milah yang menghidap penyakit leukemia.V.Penyayang. Contoh: Ana menyayangi Milah dan menganggapnya seperti adiknya sendiri.VI.Prihatin.Contoh: Ana pergi ke rumah Milah setelah mendapat tahu Milah sakit.

Watak SampinganMilahI.Murid kepada Ana.II.Pelajar tingkatan 1.III.Anak sulung daripada enam orang adik-beradik.IV.Ibunya berniaga secara kecil-kecilan manakala ayahnya sebagai penangkap ikan.V.Seorang pelajar yang rajin dan aktif dalam sukan.Contoh: setiap petang Milah ke sekolah menyertai aktiviti kokurikulum.VI.Menghidap penyakit leukemia.VII.Menerima rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya.VIII.Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang daripada Ana.Latar MasaI.Pagi SabtuContoh: Ana seperti biasa mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR.

II.Waktu petangContoh: Aktiviti kokurikulum diadakan pada waktu petang dan selepas itu Ana melawat Milah.

III.Hari Jumaat.Contoh: Hari Jumaat merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Ana untuk melawat Milah di Hospital Daerah Kuala Lipis.

IV.Tempoh tiga bulan.Contoh: Dalam tempoh tiga bulan Ana telah bergaul mesra dengan masyarakat di Kampung Chat.

Latar TempatI.Kampung Chat, Hulu PahangContoh: Kampung tempat Ana ditugaskan.

II.Sekolah Kebangsaan Kampung ChatContoh: Sekolah pertama tempat Ana mengajar.

III.Kampung LenjunContoh: Tempat tinggal keluarga Milah yang terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah.

IV.Hospital Daerah, Kuala LipisContoh: Tempat Milah mendapat rawatan penyakitnya.

Latar MasyarakatI.Masyarakat guru yang prihatin terhadap anak muridnya.Contoh: Ana mengambil berat terhadap Milah yang tiga hari tidak hadir ke sekolah.

II.Masyarakat pendidik yang gigih berusaha dalam bidang akademik dan kokurikulum.Contoh: Ana gigih mengajar dan sering mengadakan kelas tambahan yang diikuti dengan tekun oleh murid-muridnya.

III.Masyarakat kampung di pedalaman.Contoh: Masyarakat kampung yang bekerja sebagai nelayan.

IV.Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan.Contoh: Ayah Milah dan Ana tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi bahawa Milah meninggal dunia akibat leukemia.

V.Masyarakat guru yang mencintai profesion keguruan.Contoh: Ana berazam dan sanggup mencurah baktinya di sekolah yang jauh di pedalaman.Gaya BahasaI.PersonifikasiContoh:Tambahan pula, dengan keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan air jeram semasa menyusuri Sungai Kuah benar-benar menggamit Ana untuk kembali ke kampung itu suatu hari nanti sebagai tenaga pengajar.

II.SinkopeContoh:Belum . Ayah Milah dah cari air penawar, tetapi tak kurang-kurang demamnya.. keluh emak Maisarah.

III.Kata GandaContohnya:Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan.IV.SimileContohnya:Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama.

V.MetaforaContoh:hutan daraNilaiI.Nilai kasih sayang.Contoh: Ana sangat menyayangi Milah dan menganggap Milah seperti adiknya sendiri.

II.Nilai pengorbanan.Contohnya : Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.

III.Nilai kerajinan.Contoh :Ana juga rajin membantu ibu Milah berniaga kedai runcit di kampung.

IV.Nilai simpati.Contoh : Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahwa Milah disahkan menghidappenyakit leukemia.

V.Nilai kegigihan.Contoh: Ana dan guru-guru yang lain gigih berusaha untuk menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.

VI.Nilai keprihatinan.Contoh: Ana amat prihatin dan mengambil berat tentang penyakit leukemia yang dihidapi oleh Milah.PengajaranI.Kita hendaklah mengasihi sesama insan .Contoh : Ana mengasihi Milah seperti adiknya sendiri.

II.Kita hendaklah sanggup berkorban untuk kebaikan orang lain.Contoh : Ana sanggup berkorban untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.

III.Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang lain.Contoh: Ana rajin membantu ibu Milah berniaga di kedai runcit.

IV.Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa orang lain.Contoh : Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahawa Milah disahkan menghidap penyakit leukemia.Posted9th August 2012byleeyum0Add a comment3. AUG9

CERPEN HARGA SEBUAH LUKISAN (Baharudin A. Manan)

SinopsisKamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah. Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.

TemaKeluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila dia bersikap tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya. Pada hari pertandingan, Maryati telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk membersihkan bekas makanan.PersoalanI.Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dijadikan model dalam pertandingan melukis.II.Keharmonian dalam kehidupan bersahabat.Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra.III.Baik hati dalam kalangan murid sekolah.Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.IV.Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup.Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat kertas lukisannya yang disabotaj, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.V.Keinsafan akibat kesilapan yang dilakukan.Contoh : Maryati berasa bersalah dan menginsafi kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf.VI.Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang.Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Binaan ploti. PermulaanKamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari ilham yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis yang akan disertainya. Pembaca diperkenalkan dengan watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.

ii. PerkembanganKamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik tentang isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi. Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas.

iii. PuncakPertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya telah disabotaj sehingga sukar untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali -gus dia mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik, berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.

iv. PeleraianPada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan. Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati menemui Kamal Hijaz untuk meminta maaf. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Teknik Ploti. PemerianContoh: Penulis memerihalkan peristiwa ketika Kamal Hijaz yang dicemburui oleh kawan-kawannya kerana kebolehannya melukis.

ii. Monolog DalamanContoh: Penulis menggambarkan Kamal Hijaz bermonolog dalaman semasa melukis gambaran pahlawan sedang bertikam di pertandingan melukis peringkat daerah.

iii. DialogContoh: Teknik ini digunakan semasa Maryati meminta maaf kerana telah mengkianati Kamal Hijaz semasa pertandingan melukis.

Gaya Bahasai. Peribahasa. Contoh : Membulatkan hatinyaii. Hiperbola. Contoh : Menusuk rongga hidungiii. Pengaruh bahasa asing. Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colouriv. Simile. Contoh : macam nenek kebayanv. Kata ganda. Contoh : Kamal Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.

Watak UtamaKamal HijazI.Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.II.Berbakat dan berminat dalam lukisan dan sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan.III.Pelajar yang berusaha dengan gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai persediaan menyertai pertandingan melukis.IV.Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.V.Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan meneruskan lukisannya yang kedua sehingga berjaya.VI.Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.

Watak SampinganMaryatiI.Rakan kepada Kamal Hijaz.II.Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.III.Berjiwa kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan Kamal Hijaz dalam pertandingan melukis.IV.Mudah insaf dan menyesali kesilapannya. Dia berasa bersalah dan meminta maaf kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.

Latar MasaI.Hari Isnin. Hari Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.Contoh: Pengetua menyampaikan amanatnya dan mengumumkan keputusan pertandingan yang diadakan.II.Hari Sabtu. Hari cuti persekolahan.Contoh : Pada hari pertandingan melukis di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.III.Dua minggu.Contoh : Tempoh antara hari pertandingan melukis dengan pengumuman keputusan pertandingan diumumkan.IV.Tiga hariContoh : Tempoh Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran dua pahlawan sedang bertikam.

Latar TempatI.Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Tempat pertandingan melukis dijalankan.Contoh : Di Sekolah Menengah Kebangsaan itulah akan dilangsungkan pertandingan melukis itu.II.Taman mini sekolah. Tempat Kamal Hijaz menunggu sebelum pertadingan dimulakan.Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen terazo yang terletak berhampiran taman mini sekolah.III.Kantin sekolah. Latar tempat yang digunakan watak untuk membersihkan bekas makanan. Contoh :Kalau sudah begitu kata kamu, terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh membantu kamu mencuci pinggan dan gelas di kantin,

Latar MasyarakatI.Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan bertanggungjawab mendidik anak-anak tempatan.Contoh : Cikgu Salina yang memaklumkan kepada pelajar tentang pertandingan melukis peringkat daerah.II.Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang menuntut ilmu secara formal di sekolah.Contoh : Kamal Hijaz, Maryati dan Norlela merupakan contoh murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.III.Golongan yang gigih berusaha.. Terdapat individu yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya.Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran pahlawan sedang bertikam.IV.Golongan yang sanggup mengkhianati orang lain. Terdapat individu yang sanggup mengkhianati kawan demi kepentingan sendiri, tidak terkecuali pelajar.Contoh : Maryati sanggup menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum pertandingan bermula.NilaiI.Nilai persahabatan.Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap bersahabat dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah nanti.II.Nilai ketabahan.Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan kertas lukisannya. Dia tetap tabah dan gigih meneruskan lukisan keduanya.III.Nilai kesabaran.Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas lukisannya sebelum pertandingan melukis.IV.Nilai kegigihan.Contoh : Kamal Hijaz membelek helaian buku lukisan, dan berlatih tiga hari melukis pemandangan di sawah padi dan pahlawan sedang bertikam.PengajaranI.Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis.II.Kita hendaklah berbudi bahasa.Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.III.Kita hendaklah bersemangat tinggi.Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas lukisannya yang dikhianati, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.IV.Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan sendiri.Contoh : Maryati berasa bersalah dan insaf akan kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf.V.Kita hendaklah berhati mulia.Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang telah mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Posted9th August 2012byleeyum0Add a comment4. AUG9

CERPEN BUDI SEMANGKUK DAGING (Amy Suzani Ainuddin)

SinopsisMengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberi setiap orang jirannya semangkuk daging masak Minang. Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.TemaKepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian.Persoalani. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal di satu taman perumahan.

ii. Larangan dalam agama.Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.

iii. Dendam yang berpanjangan.Contoh: Puan Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging pemberiannya.

iv. Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat.Contoh: Anak- anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia balik ke kampung.Binaan Ploti. PermulaanMengisahkan Puan Ainun seorang yang suka memasak dan mencuba resipi baharu, iaitu daging masak Minang.

ii. PerkembanganPuan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.

iii. PuncakPuan Ainun akhirnya mengetahui punca Cik Punita mengembalikan masakannya melalui penjelasan suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama Hindu tidak boleh makan daging lembu.

iv. PeleraianAkhirnya Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita.

Teknik Ploti. PemerianContoh: Memerihalkan peristiwa Puan Ainun mencuba resepi baharu, iaitu daging masak Minang.

ii. DialogContoh: Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di halaman rumah mereka.

iii. Imbas KembaliContoh: Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita.

iv. SaspensContoh: Pembaca tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak menerima masakan pemberian Puan Ainun.

v. Monolog DalamanContoh: Sewaktu Puan Ainun tertanya-tanya di dalam hati sebab Cik Punita tidak menerima pemberiannya.

vi. MonologContoh: Puan Ainun mengeluh sendirian memikirkan perbuatan Cik Punita yang menolak pemberiannya.

Watak UtamaPuan AinunI.Isteri kepada Encik Hilal.II.Ibu kepada Shafiq dan Hanif.III.Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah.IV.Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.Contoh : Sekiranya Cik Punita pulang ke kampungnya di Ipoh selama beberapa hari, Puan Ainun jugalah yang ringan tangan menolong menyiramkan pokok-pokok bunga di rumah Punita. Dia juga menolong mengawasi rumah jirannya itu agar sentiasa dalam keadaan yang selamat.V.Seorang yang suka memasak dan mencuba sesuatu yang baharu.Contoh : Puan Ainun mencuba memasak daging masak Minang.VI.Seorang yang mudah kecil hati dan pendendam.Contoh: Puan Ainun kecil hati dan berdendam dengan Cik Punita kerana mengembalikan masakan pemberiannya.VII.Insaf akan kesilapannya.Contoh: Puan Ainun insaf atas kesilapannya berprasangka buruk terhadap Cik Punita.

Watak SampinganCik PunitaI.Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.II.Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.III.Fasih berbahasa Melayu.IV.Berasal dari Ipoh.V.Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.VI.Patuh pada ajaran agamanya . Contoh : Cik Punita tidak makan daging lembu.VII.Mempunyai semangat kejiranan. Contoh : Cik Punita memberikan buah limau bali kepada keluaga Puan Ainun.

Encik HilalI.Suami kepada Puan Ainun.II.Bapa kepada Shafiq dan Hanif.III.Menasihati isterinya yang menghadapi masalah dengan jirannya.IV.Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain. Contoh: Dia menjelaskan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

Latar Masai. Waktu pagiContoh: Puan Ainun menyidai pakaian di ampaian di halaman rumahnya.

ii. Waktu tengah hariContoh: Puan Ainun memasak daging masak Minang untuk makan tengah hari.

iii. Waktu petangContoh: Puan Ainun memasak bubur kacang untuk minum petang.

Latar Tempati. Rumah Puan Ainun.Contoh: Tempat tinggal Puan Ainun, Encik Hilal, Shafiq dan Hanif.

ii. Kawasan PerumahanContoh: Terdapat rumah Puan Ainun, Puan Cheng, Puan Salbiah dan rumah sewa Punita.

Latar Masyarakati. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.Contoh: Terdapat tiga kaum yang diwakili oleh Puan Ainun (Melayu), Puan Cheng (Cina) dan Cik Punita (India).

ii. Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .Contoh: Puan Ainun sering bertukar-tukar makanan dengan jiran-jirannya dan menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita.

iii. Masyarakat yang prihatin terhadap adat, budaya dan agama kaum lain.Contoh: Encik Hilal menjelaskan kepada Puan Ainun sebab Cik Punita tidak mahu menerima makanan pemberian Puan Ainun.

Gaya Bahasai.Diksi. Contoh: Penggunaan bahasa Inggeris - best.ii.Perlambangan. Contoh: hatinya berasa kembang.iii. Sinkope. Contoh : Tak ada. Semuanya saya dah beli semalam, jawab Puan Ainun.iv. Simile. Contohnya : Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.v. Peribahasa. Contoh : Penggunaan pepatah,buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.vi. Kata Ganda. Contoh: Berhari-hari selepas itu Punita tidak juga pulang.

Nilaii. Nilai tolong- menolong.Contoh: Puan Ainun menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan jirannya itu.

ii. Nilai bertanggungjawab.Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.

iii. Nilai kepatuhan.Contoh: Anak-anak Puan Ainun patuh pada arahannya supaya menghantar juadah kepada jiran-jirannya.

iv. Nilai keinsafan.Contoh: Puan Ainun insaf akan kesilapannya berburuk sangka terhadap Cik Punita.

v. Nilai prihatinContoh: Encik Hilal prihatin terhadap adat dan budaya agama lain. Misalnya dia memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

Pengajarani. Kita hendaklah menghormati jiran dan adat budaya kaum lain. Contohnya, Encik Hilal memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.ii. Kita mestilah tolong-menolong sesama jiran. Contohnya, anak-anak Puan Ainun menolong Cik Punita menyiram pokok-pokok bunga dan Puan Cheng menawarkan diri untuk menolong Puan Ainun membeli barang-barang kerana dia hendak ke kedai.iii. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa. Contohnya, Puan Ainun menyangka Cik Punita memulangkan makanan kerana marah terhadapnya yang tidak membeli barangan yang dijual oleh Cik Punita.iv. Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik. Contohnya, Puan Ainun mendidik Shafiq dan Hanif agar bertimbang rasa dan tolong-menolong sesama jiran.Posted9th August 2012byleeyum0Add a comment5. AUG9

SYAIR LI-ATTAR GHIB

Maksud SyairRangkap 1: Penyair ingin menyampaikan pesanan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap pekerjaan di dunia.Rangkap 2: Atas kehendak Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa.Rangkap 3: Setiap hamba perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya terlalu sukar untuk dihadapi.Rangkap 4: Setiap insan yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat dan darjat.Rangkap 5: Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan.Rangkap 6: Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahanRangkap 7: Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan agar tidak menjadi sia-sia.Rangkap 8: Penyair mengingatkan semua orang mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapinya.TemaMengambil iktibar daripada kematian. Hal ini kerana setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlakunya kematian kerana setiap insan pasti akan melaluinya.Persoalan(a)Kematian yang tidak dapat dielakkan.(b)Kepentingan menuntut ilmu kerana menuntut ilmu merupakan tuntutan agama.(c)Keinsafan menghadapi kematian. Setiap manusia yang hidup perlulah insaf apabila berhadapan dengan kematian.(d)Persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi kematian.Bentuk(a)Bentuknya terikat.(b)Mempunyai lapan rangkap.(c)Mempunyai empat baris bagi setiap rangkap.(d)Semua baris adalah maksud.(e)Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.(f)Terdiri daripada sembilan hingga empat belas suku kata sebaris.(g)Rima akhirnyaaaaa.Unsur-unsur Bunyi(a)Asonansi(pengulangan vokal a)Contoh:sebab bersama-samamengembara.(b)Aliterasi (pengulangan konsonan d)Contoh:hendaklah kita tunduk terngadah.Gaya Bahasa(a)Repitisi - Pengulangan perkataan segala dalam satu barisContoh:Segala pekerjaan segala perkara.(b)Inversi Ayat songsangContoh:Kita sepertinya akan didatangkan.(c)Diksi - Penggunaan Bahasa Arab.Contoh:Wahid al-khahar, anbia, jabbar, Saadah.(d)Kata Ganda.Contoh:sudah-sudah, sia-sia, tuan-tuan, dikira-kira, bersama-sama.Nilai(a)Keinsafan. Contohnya, perkara yang berlaku terhadap generasi terdahulu wajar dijadikan pengajaran agar memberi keinsafan kepada diri kita.(b)Kerajinan. Contohnya, sikap rajin akan memberi keuntungan yang lumayan.(c)Kesabaran. Contohnya, dugaan yang datang dalam hidup perlu ditempuhi dengan penuh kesabaran.Pengajaran(a)Kita haruslah insafdan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian.(b)Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat.(c)Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan.Posted9th August 2012byleeyum0Add a comment6. AUG9

SYAIR BERBUAT JASAMaksud SyairRangkap 1: Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang walaupun sudah tiada.Rangkap 2: Penyair mengajak supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat sana.Rangkap 3: Penyair mengingatkan supaya kehidupan janganlah disia-siakan. Sebaliknya, berbuatlah jasa kerana jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya.Rangkap 4: Penyair menyeru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.Rangkap 5: Penyair menegah supaya setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak.Rangkap 6: Penyair sekali lagi mengingatkan jangan mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan.Rangkap 7: Penyair mengajak supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui.TemaKepentingan berbuat jasa.Persoalan(a)Keikhlasan dalam melakukan pengorbanan.(b)Berhati-hati ketika menerima pujian.(c)Budi yang baik akan berkekalan selama-lamanya. Walaupun orang yang menabur jasa itu sudah tiada lagi di dunia ini, namun jasanya tetap dikenang.(d)Amal bakti tidak perlu ganjaran.Bentuk(a)Bentuknya terikat.(b)Terdiri daripada tujuh rangkap.(c)Berisi empat baris serangkap.(d)Semua baris merupakan maksud.(e)Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.(f)Terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata dalam sebaris.(g)Rima akhirnya aaaa.Unsur-unsur Bunyi(a)Asonansi(pengulangan vokal a). Contohnya:buatlah jasawahai teruna.(b)Aliterasi (pengulangan konsonan b). Contohnya:buatlahbaktibudi utama.Gaya Bahasa(a)Sinkope. Contohnya:tak; mu.(b)Inversi (ayat songsang). Contohnya:hidup manusia jangan percuma.(c)Diksi (penggunaan Bahasa Arab). Contohnya:Tuhan Rabbani(d)Perlambangan. Contohnya:buahnya, sumbu pelita.(e)Kata ganda. Contohnya:selama-lama, sia-sia, dikaji-kaji.(f)Repitisi. Contohnya: Pengulangan perkataanhidupsebanyak 4 kali.Nilai(a)Keikhlasan. Contohnya, setiap perbuatan baik dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.(b)Mengenang jasa. Contohnya, jasa baik yang ditabur wajarlah dikenang sepanjang hayat kerana jasa itu memberikan manfaat kepada kehidupan.(c)Rasional. Contohnya, sikap rasional yang diterapkan dalam diri dapat menjamin kesejahteraan hidup yang berpanjangan.Pengajaran(a)Kita haruslah ikhlas dalam melakukan pekerjaan supaya beroleh keberkatan.(b)Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita agar hubungan yang terjalin akan berkekalan.(c)Kita hendaklah bersikap rasional dengan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara sebelum mengambil sebarang tindakan.Posted9th August 2012byleeyum0Add a comment7. AUG9

SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJADMaksud SyairRangkap 1: Pesanan penyair kepada generasi muda agar jangan suka berbohong dan jangan mudah diperdayakan orang. Sikap cinta akan kekayaan dan boros berbelanja juga perlu dielakkan.Rangkap 2: Perkara buruk seperti mengumpat, menganiayai orang, meninggi diri dan mungkir janji perlulah dijauhi.Rangkap 3: Jangan sekali-kali berjudi, meminum arak dan sebagainya kerana akhirnya akan merosakkan diri.Rangkap 4: jauhilah sifat suka behutang dan meminta-minta kerana kehidupan orang yang berdikari adalah lebih senang.Rangkap 5: Sikap suka meminjam dan memberi pinjam perlu dielakkan kerana barang yang diberi pinjam kebiasaannya akan hilang. Hal ini akan menjejaskan persahabatan dan akhirnya akan hilang sifat hormat-menghormati.Rangkap 6: Penyair menyarankan agar perbuatan suka meminta tolong dielakkan. Perbuatan itu menyebabkan seseorang itu malas berfikir serta akan membunuh semangat ingin terus berusaha.Rangkap 7: Generasi muda perlu memiliki semangat cinta akan negara dan suka berdikari. Janganlah lupa akan asal keturunan dan membanggakan diri.Rangkap 8: Penyair memberikan kata nasihat dan peringatan kepada golongan muda. Dengan keizinan Tuhan, golongan muda akan menjadi generasi yang berguna kepada bangsa dan negara.TemaTema syair ini ialah pesanan kepada generasi muda agar memiliki nilai-nilai terpuji dan berusaha menghindarkan benda-benda keji.Persoalan(a)Menjauhi sifat suka berhutang , yang akan merenggangkan tali persahabatan dan menyebabkan seseorang itu dipandang serong oleh masyarakat.(b)Perlunya menepati janji yang dimeterai supaya kepercayaan orang kepada diri kita tidak hilang.(c)Kepentingan sifat berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.(d)Mengelakkan diri daripada melakukan sifat-sifat keji yang akhirnya akan merosakkan diri.Bentuk(a)Bentuknya terikat.(b)Terdiri daripada lapan rangkap.(c)Berisi empat baris serangkap.(d)Semua baris merupakan maksud.(e)Bilangan katanya empat hingga enam patah kata sebaris.(f)Terdiri daripada sembilan hingga dua belas usku kata sebaris.(g)Rima akhirnyaaaaa.Unsur-unsur Bunyi(a)Asonansi (pengulangan vokal e). Contohnya:Bebas kehidupan sentiasa tatang, Daya sendiri segenap seketika.(pengulangan vokal i). Contohnya:Latihlah dirisifat merdeka, Jangan aniaya, bengis dan benci.(pengulangan vokal u). Contohnya:Ingatlah semua, muda jauhari, Dirimujadi pemulih negeri.(b)Aliterasi (pengulangan konsonan j). Contohnya:Jangan mengata,jangan mengeji,Jangan sekali mungkirjanji.(pengulangan konsonan k). Contohnya:Ataukelebihan adikdankakak.(pengulangan konsonan l). Contohnya:Akhirnya kebolehanlenyap terlelong.Gaya Bahasa(a)Anafora (pengulangan kata pada awal baris). Contohnya:Jangantakbur diri dipuji,Jangansekali mungkir janji.(b)Repetisi (pengulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap).Contohnya:Janganmeminjamjanganberhutang.(c)Inversi (ayat songsang)Contohnya:Judi dan arak jangan biasa.(d)Bahasa Arab.Contohnya:mutah.(e)Imej alam.Contohnya:ular.Nilai(a)Berjimat cermat. Contohnya, amalan berjimat cermat penting bagi mengelakkan diri daripada berbelanja perkara yang sia-sia.(b)Menepati janji. Contohnya, sikap menepati janji membuatkan diri kita disenangi dan disukai orang lain.(c)Berdikari. Contohnya, sikap berdikari dapat menghindar daripada suka bergantung harap terhadap orang lain.(d)Merendah diri. Contohnya, sentiasa merendah diri dan bersyukur atas kelebihan yang dimiliki.Pengajaran(a)Kita janganlah boros ketika berbelanja.(b)Kita janganlah bersikap terlalu materialistik.(c)Kita janganlah berbangga akan asal keturunan.(d)Kita perlulah mengelakkan sifat suka berbohong.(e)Kita perlulah sentiasa menepati janji yang dibuat.(f)Kita perlulah memiliki sifat berdikari dan jangan bergantung kepada orang lain.(g)Kita perlulah menjauhi semua perkara negatif.Posted9th August 2012byleeyum0Add a comment8. AUG9

PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT)

Maksud PantunRangkap 1: Kesungguhan bersama-sama menghadapi susah senang akhirnya akan membawa kejayaan.Rangkap 2: Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat.Rangkap 3: Sikap bekerjasama dan bergotong-royong perlu menjadi amalan bagi menjamin kebahagiaan hidup.Rangkap 4: Negara akan damai dan kehidupan rakyat akan aman sejahtera sekiranya nilai bermuafakat diberikan keutamaan.Rangkap 5: Persefahaman akan berkekalan dalam kalangan anggota masyarakat sekiranya mereka berpegang kepada sikap saling mempercayai.Rangkap 6: Perpaduan akan dapat diperkukuh andainya sikap tolak ansur dan hormat-menghormati diamalkan.TemaTema pantun ini ialah amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa kesejahteraan.Persoalan(a) Pentingnya bersama-sama dalam keadaan susah mahupun senang.(b) Kepentingan kesepakatan hidup bersama.(c) Sikap saling mempercayai dalam mengekalkan kesepakatan.(d) Pentingnya mempraktikkan amalan gotong-royong.(e) Sikap bertolak ansur dan hormat-menghormati mengukuhkan perpaduan.

Bentuk(a) Bentuknya terikat.(b) Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.(c) Pantun ini berisi empat baris serangkap.(d) Pantun ini ada pembayang (baris pertama dan kedua) dan ada maksud (baris ketiga dan keempat).(e) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.(f) Setiap baris pantun ini terdiri daripada sembilan hingga lima belas suku kata sebaris.(g) Rima akhir pantun ini ialahabab.Unsur-unsur BunyiAsonansi pengulangan bunyi vokal (a,e,i,o,u)Contohnya:Usahabersamamembawabahagia(pengulangan vokal a)

Aliterasi pengulangan bunyi konsonanContohnya: Indah sungguh warna pelangi(pengulangan konsonan n)

Gaya Bahasa(a) Anafora pengulangan kata pada awal barisContoh:Bulatair kerana pembetung,Bulatmanusia kerana muafakat.

(b) Repetisi pengulangan kataContoh:Hidupmuafakat,hidupbahagia.

(c) Imej alam penggunaan unsur alam semula jadiContoh:pelangi, senja, lurah, buah salak, paya, kangkung, beras, sawah padi, bungamelati.

(d) PeribahasaContoh:Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia kerana muafakat.

(e) Responsi pengulangan kata pada tengah-tengah barisContoh: Bulat airkeranapembetung,Bulat manusiakeranamuafakat.

Nilai(a) MuafakatContoh: kesepakatan dalam kalangan masyarakat membawa kepada kehidupan yang sejahtera.

(b) BekerjasamaContoh: sikap sentiasa bekerjasama memudahkan pekerjaan yang kita lakukan bersama.

(c) Bertolak ansurContoh: rakyat yang mengamalkan sikap bertolak ansur akan menjamin kedamaian seebuah negara.

(d) Saling mempercayaiContoh: persefahaman yang berkekalan akan wujud sekiranya masyarakat saling mempercayai antara satu sama lain.

(e) Hormat-menghormatiContoh: Masyarakat yang berbilang kaum sentiasa diseru agar saling menghormati akan kesejahteraan bersama akan wujud dan berkekalan.

(f) PerpaduanContoh: Semua ahli masyarakat haruslah bersatu hati demi mengekalkan keharmonian hidup bermasyarkat.

Pengajaran(a) Kita hendaklah bersama-sama menghadapi saat semasa susah ataupun semasa senang.(b) Anggota masyarakat hendaklah mengutamakan permuafakatan.(c) Kita perlulah mengutamakan sikap bergotong-royong demi kepentingan bersama.(d) Kita perlulah saling mempercayai antara satu sama lain.(e) Kita hendaklah bersikap toleransi agar perpaduan dapat diperkukuh.(f) Kita hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati demi kesejahteraan hidup bersama.Posted9th August 2012byleeyum1View comments9. AUG9

SAJAK KEUSANGAN BUDAYA

Maksud SajakRangkap 1: Pada zaman dahulu, gadis-gadis duduk dengan bersopan santun dan memakai pakaian tradisional Melayu.Rangkap 2: Pemuda-pemuda pada masa dahulu amat rajin bekerja namun tetap mempertahankan nilai-nilai warisan bangsa.Rangkap 3: Kini keadaan sudah berubah. Gadis dan pemuda tidak lagi menitiberatkan budaya Melayu. Mereka kurang bersemangat dan tidak produktif.Rangkap 4: Pemuda-pemudi lebih menggemari muzik Barat hingga menyebabkan muzik dan pakaian tradisional semakin dipinggirkan.Rangkap 5: Generasi tua berasa sedih kerana budaya kita semakin dilupakan oleh generasi muda.TemaTema sajak ini ialah peranan golongan muda dalam mempertahankan adat dan budaya Melayu.Persoalan(a)Keindahan dan kesopanan budaya Melayu yang perlu dipertahankan.(b)Pengaruh budaya asing dalam budaya Melayu.(c)Kecenderungan anak-anak muda terhadap budaya asing selain melupakan budaya sendiri.(d)Harapan golongan tua agar budaya warisan terus dipertahankan.NadaMelankolik.Bentuk(a)Berbentuk bebas.(b)Terdiri daripada lima rangkap.(c)Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua mempunyai lima baris, rangkap ketiga mempunyai enam baris, rangkap keempat mempunyai empat baris dan rangkap kelima mempunyai empat baris.(d)Bilangan katanya satu hingga lima patah kata sebaris(e)Terdiri daripada empat hingga empat belas suku kata sebaris.(f)Rima akhir rangkap pertama ialahaaab, rima akhir rangkap kedua ialahabbcc, rima akhir rangkap ketiga ialahabcdbb, rima akhir rangkap keempat ialahaaaadan rima akhir rangkap kelima ialahabbb.Unsur-unsur Bunyi(a)Asonansi (pengulangan vokala). Contohnya:kelihatan sang darabersimpuhayu, berbaju Melayu warisan bangsa, menganyam segar.(pengulangan vokale). Contohnya:bersalut songket tenunan Melayu, meniup seruling bambu.(pengulangan vokalu). Contohnya:tubuh-tubuh lesu, merdudan sayu.(b)Aliterasi (pengulangan konsonand). Contohnya:Ayahanda bonda di pondok.(pengulangan konsonang). Contohnya:tiada juga terunagagah.(pengulangan konsonanm). Contohnya:irama gamat menodai kedamaian.Gaya Bahasa(a)Anafora (pengulangan kata pada awal baris). Contohnya, katatiadapada rangkap ketiga baris 2 dan 3; katatubuh-tubuhpada rangkap ketiga baris 5 dan 6.(b)Personifikasi. Contohnya:irama gamat menodai kedamaian, seruling bambu diam keusangan, songket dan batik muram disisihkan.(c)Inversi (ayat songsang). Contohnya:tiada lagi sang dara ayuNilai(a)Kesopanan. Contohnya, memelihara tingkah laku.(b)Kerajinan. Contohnya, sentiasa mengamalkan sikap ringan tulang.(c)Bertanggungjawab. Contohnya, mempertahankan warisan.(d)Penghargaan. Contohnya, menghargai budaya bangsa.Pengajaran(a)Kita hendaklah mengekalkan warisan pakaian tradisional.(b)Kita janganlah mudah terpengaruh oleh budaya asing.(c)Kita mestilah mempunyai jati diri.(d)Kita haruslah rajin berusaha.(e)Kita perlulah menjaga perasaan golongan tua.Posted9th August 2012byleeyum0Add a comment10. AUG9

PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)

Maksud PantunRangkap 1: Bekerjasama perlu diamalkan agar pekerjaan yang susah akan menjadi senang.Rangkap 2: Seorang gadis perlulah menjaga maruah diri supaya terselamat daripada perkara yang tidak baik.Rangkap 3: Mengikut tuntutan hawa nafsu akan merosakkan tubuh sendiri.Rangkap 4: Percakapan yang tidak dijaga akhirnya akan membawa bencana kepada diri seseorang.Rangkap 5: Seseorang murid itu hendaklah rajin berdamping dengan gurunya supaya apa-apa yang dipelajari akan lebih mudah difahami.Rangkap 6: Kita digalakkan berkenal-kenalan antara satu sama lain namun batas-batas pergaulan perlulah dijaga.

TemaTema pantun ini ialah nasihat yang dijadikan sebagai panduan untukmembina diri seseorang ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup.

Persoalan(a)Pemupukan semangat bekerjasama anatara anggota mayarakat.(b)Tanggungjawab untuk menjaga tatasusila dan maruah diri.(c)Bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu.(d)Kepentingan menjaga percakapan atau tutur kata.(e)Keutamaan menuntutilmu dengan cara yang betul.(f)Adab dalam pergaulan.(g)Bentuk(a)Bentuknya terikat.(b)Terdiri daripada enam rangkap.(c)Berisi empat baris serangkap.(d)Ada pembayang dan maksudnya.(e)Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.(f)Terdiri daripada lapan hinggga sebelas suku kata sebaris.(g)Rima akhir rangkap pertama hingga kelima:abab, rangkap keenam:aaaa.

Unsur-unsur bunyi(a)Anosansi (pengulangan vokala). Contohnya:Kerjayang payah menjadi senang,Jangan ikut hawanafsu,Tatasusilaperlu dijaga.(pengulangan vokali). Contohnya:Kalau gadisingin selamat,Sambil memanggang siikansepat.(pengulangan vokalu). Contohnya:Jikalausemua bersatuhati.(b)Aliterasi (pengulangan konsonank), Contohnya:Melangirkeris pusaka hikmat.(pengulangan konsonans). Contohnya:Kerissejarahsejak bahari.(pengulangan konsonant). Contohnya:Tumbuh suburtepitelaga.

Gaya Bahasa(a)Responsi (pengulangan perkataan yang sama di tengah ayat).Contohnya:Gunung Tahansamadidaki,Sungai Pahangsamadirenang;Menanambungadi dalam pasu,Bunga melati,bungapandan;(b)Imej alam. Contohnya:gunung, sungai, nyiur, tanjung, pohon ara, telaga.(c)Peribahasa. Contohnya:kerana mulut badan binasa.(d)Repetisi. Contohnya:Bungamelati,bungapandan.

Nilai(a)Rasional. Contohnya, sikap rasional perlu diamalkan dalam diri setiap orang agar tidak tersilap dalam membuats ebarang keputusan.(b)Berwaspada. Contohnya, sikap berwaspada dalam perlakuan dan pertuturan dapat menghindarkan diri daripada perkara negative.(c)Bekerjasama. Contohnya, amalan bekerjasama membolehkan pekerjaan yang susah menjadi mudah.(d)Bersopan santun. Contohnya, sikap bersopan santun perlu diamalkan terutamanya dalam pergaulan.(e)Bijak menjaga diri. Contohnya, anak gadis hendaklah pandai menjaga diri mereka agar tidak terjebak dalam perkara yang tidak baik.

Pengajaran(a)Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.(b)Kita perlulah bijak dalam menjaga marusah diri.(c)Kita hendaklah bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu.(d)Kita perlulah berwaspada ketika berbicara.(e)Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.(f)Kita hendaklah sentiasa menjaga adab dan tingkah laku.Posted9th August 2012byleeyum0Add a comment

LoadingDynamic Views template. Powered byBlogger.