karya moden

49

Upload: at05f

Post on 18-Aug-2015

49 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KARYA MODEN
Page 2: KARYA MODEN

NUR SYAFFIQAH SYAZZA BINTI AZLID20111047479

KHAIRUL AZHAR BIN USOFD20111047500

MUHAMMAD HANIS BIN ZULKHAIRID20111047517

SHAH AFFENDY JAFRID20111047644

NURUL AMIRA BINTI ALID20111047534

SARIMAH BINTI JAMILD20111047525

FREADY ANAK HANGD20111047549

NAMA PENSYARAH : DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI

Page 3: KARYA MODEN

SINOPSIS NOVEL

JUARANUR SYAFFIQAH SYAZZA BINTI AZLI

D 20111047479

Page 4: KARYA MODEN

• Novel Juara karya S. Othman (1976) adalah antara novel yang membangkitkan isu politik dan dianalogikan dalam perlawananan laga lembu.

• Menurut Bwpian (2010) dalam S. Othman blogspot yang diperoleh pada April 25, 2015 daripada http://bwpian.blogspot.com/2010_10_01_archive.html Juara bermaksud seorang "pembasuh" laga lembu yang mana menjadi suatu permainan yang diminati oleh masyarakat Siam pada masa itu.

• Kisah novel ini lebih berlatar belakangkan kehidupan masyarakat di negeri Kelantan dan gaya hidup yang diwujudkan serta unsur politik yang dimasukkan dalam novel ini.

Page 5: KARYA MODEN

• Novel Juara (1976) karya S. Othman adalah novel yang berkisar tentang seorang lelaki yang bernama Mamat dan anak – anak buahnya yang terdiri daripada Mat San, Jal, Seli dan Salim yang kematian rakan seperjuangan mereka iaitu Abang Lazim, ayah kepada Sani dan Salim.

• Yang telah dibunuh dan ditembak selepasa mereka menjuarai satu pertandingan laga lembu. Abang Lazim di bunuh oleh Pak Isa, Dollah Munduk dan beberapa konconya yang lain kerana hasad dengki dan cemburu akan kehebatan lembu Abang Lazim.

• Lembu Abang Lazim dipanggil dengan nama Calet. • Mereka begitu tidak puas hati kerana lembu mereka iaitu Langsat telah dikalahkan

oleh Calet. • Novel ini berlatarkan kehidupan di negeri Siam yang tempatnya bersempadan

dengan Kelantan. • Dalam cerita ini juga, Mamat merupakan seorang ahli politik yang telah pun

meletakkan jawatan setelah gagal dalam dua kali pilihan raya yang berlangsung di kawasan itu dan beliau juga adalah tulang belakang kepada kemerdekaan Tanah Melayu sewaktu itu.

• Perletakan jawatan yang dilakukan oleh Mamat adalah disebabkan oleh jiwanya yang merasakan bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan oleh rakyat atau masayarakat setempat dan juga beberapa faktor lain seperti saingan hebat daripada parti lain.

Page 6: KARYA MODEN

• Berdasarkan cerita ini, terdapat suatu persamaan antara kehidupan Mamat dengan perjuangannya dalam bidang politik.

• Mamat yang juga terlibat dalam laga lembu dan juga sering memenangi perlawanan tersebut. Menang dan kalah itu sudah dianggap sebagai perkara yang biasa sama seperti ketika dirinya menghadapi pilihan raya.

• Laga lembu adalah salah satu aktiviti yang meibatkan pelaburan wang yang banyak dan dikategorikan sebagai berjudi, iaitu, jika lembu tersebut menang dalam pertandingan, semua wang pertaruhan akan menjadi milik pemenang.

• Mamat mendekati perlawanan laga lembu setelah berlakunya kekalahan dalam pilihan raya di Kelantan.

• Mamat banyak menerima ilmu laga lembu daripada Abang Lazim. Beliau memilih untuk berpindah ke Siam untuk lebih fokus dalam perlawanan laga lembu tersebut.

• Kelebihan Mamat yang boleh menilai dan memilih lembu yang terbaik untuk perlawanan amatlah disegani oleh golongan yang gemarkan perlawanan laga lembu ini apatah lagi anak buahnya sendiri. Kehidupan Mamat pada ketika itu hanyalah berlegar di kawasan bong dan laga lembu.

• Setelah kematian Calet yang ditembak oleh Pak Isa dan konco – konconya, Mamat telah melatih Aral iaitu seekor lembu muda yang tidak pernah memasuki perlawanan laga lembu ini. Aral dilatih dengan baik dan sering beroleh kemenangan dan menjadi juara dalam setiap perlawanan.

• Namun begitu kematian Dollah Munduk telah menyebabkan Mamat disoal siasat dan ianya membantutkan pencarian Pak Isa yang pernah membunuh Abang Lazim setahun yang lalu.

Page 7: KARYA MODEN

• Setahun selepas Mamat disoal siasat berkaitan kes kematian Dollah Munduk, Aral kian menjadi semakin terkenal. Aral pernah berlawan dengan seekor lembu dari Pulau Lonel.

• Lembu itu sebenarnya adalah milik Pak Isa yang dicari Mamat selama ini. • Tanduk lembu tersebut telah disaluti dengan besi agar ianya lebih tajam

dan dibuat semata – mata untuk membunuh Aral. • Ketika itu, bukan sahaja lembu yang berentap di dalam ruang laga

lembu, malah ianya melibatkan pertarungan hebat antara Mamat dan juga Pak Isa.

• Dendam mereka yang tidak berbalas iaitu berkenaan kekalahan Pak Isa sutu ketika dahulu dan kemarahan Mamat atas kematian Abang Lazim yang dibunuh oleh Pak Isa.

• Akhirnya, Pak Isa mati ditembak oleh Mamat dihadapan penyokong perlawanan laga lembu tersebut.

Page 8: KARYA MODEN

ISI DAN MESEJ

Page 9: KARYA MODEN

KEHIDUPAN BERPOLITIK• Mamat serta sahabatnya menuntut daripada pihak British untuk

diadakan pilihan raya bagi membuktikan bahawa mereka mahukan kemerdekaan.

• Pilihan raya telah diadakan namun Mamat tidak menjadi calon dan Parti Persatuan Melayu menang besar.

• Selepas kemerdekaan dicapai, pilihan raya diadakan lagi dan Mamat telah menjadi calon. Mamat telah kalah.

• Mamat dicalonkan lagi untuk kali yang kedua. Berbagai usaha dilakukan namun masih gagal.

• Dari itu, Mamat telah berjanji untuk bersara daripada dunia politik.

Page 10: KARYA MODEN

BUDAYA LAGA LEMBU

• Budaya laga lembu amat popular di Siam. Digambarkan juga bahawa tiada undang-undang khusus untuk menghalang aktiviti perjudian ini.

• Terdapat dua ekor lembu yang popular dalam novel ini iaitu Calet dan Aral.

• Banyak istilah tentang budaya laga lembu ini disebut seperti bong, kamkan, juara dan lain-lain.

Page 11: KARYA MODEN

SIKAP MEMBALAS DENDAM• Sikap membalas dendam begitu diketengahkan oleh penulis.

• Bermula daripada pembunuhan Abang Lazim dan Calet oleh Pak Isa dan Dolah Munduk, Mamat dan anak buahnya menyimpan dendam.

• Tindakan Dolah Munduk mengupah orang untuk memasukkan arak yang bercampur tuba dalam minuman Aral sehingga lembu itu menjadi gila dan mencederakan Mamat makin memuncakkan dendam mereka.

• Dolah Munduk dibunuh oleh Sani, Jali dan Mat San dengan kejam sekali selepas Aral dipertandingkan buat kali pertama.

• Pak Isa pula ditembak oleh Mamat ketika perlawanan Aral yang terakhir di dalam novel ini.

Page 12: KARYA MODEN

KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA

• Ketika Mamat menghadapi musibah, keluarganya terutamanya isterinya Minah tetap bersabar menjaga dan merawat suaminya itu.

• Mamat juga cukup sayangkan keluarganya. Buktinya dia sentiasa memandang ahli keluarganya dengan penuh kasih sayang. Contoh,

Dia segera melihat wajah Faisah yang cerah dan segar. Ingin dia mencium anaknya itu. Akan

tetapi, diurungkan. (m/s 75)

Page 13: KARYA MODEN

• Mamat juga sentiasa memikirkan masa depan yang terbaik untuk mereka sekeluarga terutama kepada Jusuh. Contoh,

Jusuh, jangan! Fikir mamat dalam hati. Jusuh jangan masuk politik. Jangan. Jusuh mesti

menghabiskan pelajarannya betul-betul. Ya Tuhan! Doanya. Biarlah Jusuh mendapat

tempat tegak baik di tanah airnya Kelantan! Ya Tuhan. (m/s 116)

Page 14: KARYA MODEN

KEPENGARANGANDALAM NOVEL JUARA

Page 15: KARYA MODEN

KEAGAMAAN

Kemudian, Lebai Syukur memulakan zikir. Mamat ikut berzikir sungguh-sungguh. Dia mengharapkan pahala zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya akan diterima Allah seratus persen untuk arwah Abang Lazim. Biarlah arwah sahabatnya akan bersenang-lenang di dalam kuburnya. (Halaman 18)

Page 16: KARYA MODEN

GAYA PENULISAN

Jusuh masih belajar di sebuah sekolah Inggeris di Pasir Mas. Dia mengharapkan anak laki-lakinya ini akan beroleh tempat tegaknya yang baik di Kelantan. Dia mengharapkan Jusuh akan tetap naik dengan pelajarannya. Janganlah menerima nasib seperti dirinya. Tenaganya diperlukan selepas merdeka. (Halaman 17)

Page 17: KARYA MODEN

MONOLOG DALAMANPasti! Dia memutuskannya dalam hati. Sesuatunya harus berjalan dengan berpadanan. Mengapakah kerana kalah harus membunuh orang? Inilah sikap Pak Isa. Inilah! Kata Mamat dalam hati. Dia sendiri sudah berapa banyak kalah. Abang Lazim juga begitu. Dia tidak pernah membunuh. Segarang-garang Jali juga tidak pernah membunuh. Mengapa Pak Isa membunuh? Mengapa? Mamat tidak dapat menjawab. Dan, dia hanya merasakan bahawa kejahatan itu terlalu. Sudah melampau. Bukankah lebih baik dibalas begitu? Tentu! Mamat menentukannya dalam hati. (Halaman 29)

Page 18: KARYA MODEN

IMBAS KEMBALIDia ingat bagaimana susah payah untuk beroleh Minah binti Saleh, yang sudah mempunyai tunang waktu itu. Dengan menggunakan kehormatan bapa saudaranya, seorang penghulu kampung, Mamat memenangi hati keluarga Minah. Dan, Minah dikahwinkan dengannya. Mamat terpaksa menghadapi sedikit perlawanan untuk menghalang kejengkelan tunang Minah. Walaupun kenudiannya Mamat dipukul (dan parutnya masih terbentang di atas kepalanya sebelah kiri), tetapi dia dapat membalas kembali. (Halaman 28)

Page 19: KARYA MODEN

TEKNIK DIALOG“Aral diberi minum arak campur tuak, “ kata Sani dengan sungguh-sungguh kepada bebepara orang yang sedang berbual-bual dengannya di rumah Mamat itu. “ Ada orang yang dengki kepada Aral. Tapi kalau sampai dua kali diberi demikian, Aral akan gila seumur hidup!”

Mamat memete-meta dalam kepalanya. Memang orang patut dengki kepada lembu yang berbakat itu. Dia cuba bertanya apakah lembu itu sakit kerana dipukul oleh Jali itu? Akan tetapi, dia tidak berdaya juga untuk bercakap.

“ Mujurlah lembu itu tidak apa-apa,” kata Sani lagi meneruskan. “ Pagi ini dapat makan dengan baik. Tidak garang seperti kelmarin. Aku beri makan ubat Pak Cik Lah, tuk bomoh Tanjung Mas,” (Halaman 69)

Page 20: KARYA MODEN

Muhammad Hanis Bin ZulkhairiD 20111047517

NILAI BUDAYA

Page 21: KARYA MODEN

• Menurut Kamus Dewan kata ‘budaya’ bermaksud tamadun atau peradaban.

• Segala sesuatu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubung kait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri.

• Fahaman ini dikenali dalam kalangan ahli antropologi sebagai fahaman determinism atau penentuan budaya.

• Selain itu, budaya juga adalah sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau.

Definisi Budaya

Page 22: KARYA MODEN

• Juara adalah novel S. Othman Kelantan yang mengisahkan perjuangan seorang bekas pejuang politik yang perjuangannya tidak pernah berakhir selepas kariernya berakhir. Yang berpindah hanyalah medan perjuangannya. Bagi Mamat perjuangan di medan politik tidak ada bezanya dengan perjuangan di gelanggang laga lembu. Kedua-duanya menuntut penglibatan, perancangan, risiko dan pengorbanan diri sendiri.

a) Nilai Budaya Tidak Mudah Berputus Asa

Page 23: KARYA MODEN

• Watak-watak wanita dalam novel Juara lebih mantap dan menonjol berbanding lelaki.

• Minah dengan berani dan tegas mempersoalkan sikap suaminya biarpun akhirnya dia mengalah.

• Mereka kuat bekerja (peristiwa Mamat dan rombongannya bergerak ke bon lembu, tetapi Minah dan anak gadisnya terus bekerja), dan bila dicabar mereka sanggup ke gelanggang laga lembu biarpun itu adalah gelanggang hanya untuk lelaki.

• Peristiwa berkaitan kegigihan kaum hawa atau wanita ini digarap melalui kerajinan mereka bercucuk tanam tanaman padi yang menjadi punca pendapatan mereka pada masa itu.

b) Nilai Budaya Kegigihan Kaum Perempuan

Page 24: KARYA MODEN

• Nilai keagamaan ini dapat dilihat menerusi gambaran daripada peristiwa tahlil doa selamat yang dibuat bagi arwah Abang Lazim.

• “Kemudian, Lebai Syukur memulakan zikir. Mamat ikut berzikir sungguh-sungguh. Dia mengharapkan pahala zikir dan bacaan ayat-ayat al-Qurannya akan diterima Allah seratus persen untuk arwah Abang Lazim.”

• Mamat juga menghantar anaknya, Jusuh ke sekolah Islam supaya dapat mempelajari ilmu agama Islam dengan baik.

c) Nilai Budaya Agama Islam

Page 25: KARYA MODEN

Shah Affendy Jafri d20111047644

PANDANGAN HIDUP NOVEL JUARA

Page 26: KARYA MODEN

• Mamat sangat menyayangi rakannya, iaitu Abang Lazim. Mereka berkongsi hidup bersama dalam perjuangan laga lembu. Walaupun Abang lazim sudah tiada, namun perjuangan dalam melaga lembu itu tetap diteruskan oleh Mamat sebagai simbolik dalam meneruskan legasi pejuangan mereka.

• “Dia baru pulang daripada meratib arwah Abang Lazim. Dia sebenarnya amat terasa kehilangan manusia seorang itu. Dia kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Harga itu ialah kewibawaan Abang Lazim selama hayatnya.” (Bab 1 , muka surat 49)

1) KASIH SAYANG YANG TINGGI TERHADAP RAKAN SEPERJUANGAN

Page 27: KARYA MODEN

2) HUTANG DARAH DIBAYAR DARAH

• Kematian Abang Lazim begitu terasa oleh Mamat sehingga menyimpan rasa dendam pada dirinya untuk membalas kematian rakan seperjuangannya yang tiada gantinya itu. Bagi Mamat, kematian Abang Lazim harus dibayar dengan nyawa kerana keadilan harus ditegakkan. Pak Isa dan konco-konconya harus menerima padah hasil daripada perbuatan yang telah mereka lakukan.

• “Tiba-tiba Mamat merasakan dia sangat rakus. Sangat tamak. Mengapa semuanya sekali mesti mati? Kemudian dengan penuh jengkel, dia membenarkan. Pak Isa mesti mati. Dolah Munduk mesti mati. Beberapa orang lain mesti mati. Dan akhir sekali, Langsat mesti mati. Langsat? Mungkin tidak perlu mati. Langsat sudah kalah”

• (Bab 4, muka surat 111)

Page 28: KARYA MODEN

3) BERPEGANG PADA JANJI• Mamat mempunyai jati diri yang tinggi. Perkara ini dilihat apabila

Mamat sendiri bersumpah janji dengan perjuangan politiknya. Beliau berhasrat untuk tidak lagi terlibat dalam dunia politik sekiranya kalah dalam pilihan raya seterusnya. Perkara tersebut ditunaikan apabila beliau kalah pada pilihan raya seterusnya dan terus bersara dalam dunia politik.

• “Saya sudah sangat tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah. Kerana lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyat telah menolak saya. Perjuangan masih perlu. Tapi apa boleh buat. Rakyat sendiri menentukan kedudukan. Masing-masing kita haruslah mengucapkan selamat jalan kepada politik apabila rakyat membuktikan bahawa mereka tidak lagi mahu!”. (Bab 1, muka surat 17-18)

Page 29: KARYA MODEN

4) TIDAK LUPA DENGAN ASAL USUL• Mamat merupakan seorang anak jati Kelantan. Walaupun beliau telah

kalah dalam pilihan raya yang menyatakan bahawa beliau tidak lagi diterima oleh rakyat disitu, namun beliau tetap pulang ke tanah airnya itu setelah lama meninggalkan kawasan kampungnya itu bertahun-tahun.

• “Sekarang dia kembali. Akan tetapi, dia tidak merasa kekembalianya sebagai pahlawan yang diasingkan bertahun-tahun di luar negeri, yang disambut kepulangannya dengan ribuan rakyat. Tidak. Dia hanya berasa kepulangannya hanya sebagai sebuah sisa daripada suatu daging yang lemah dan separuh busuk dan hampir hancur”.

• (Bab 1, muka surat 25)

Page 30: KARYA MODEN

NURUL AMIRA BINTI ALID20111047534

NILAI ILMU DALAM NOVEL JUARA

Page 31: KARYA MODEN

ILMU KEAGAMAAN

• Kemudian mayat itu dibasuh. Dimandikan. Orang di bawah berpusu-pusu.

• Kapas telah menenggelamkan semuanya. Dan, saat akhir, isteri Abang Lazim menanamkan matanya habis-habis ke atas muka suaminya yang pejam pucat.

• Kemudian, tiga orang anak-anaknya mengecupi mayat itu seorang demi seorang.

• Mamat menuliskan kalimat lailahaillallah melintang dahi mayat Abang Lazim dengan telunjuk kanannya dengan bahasa isyarat.

(Juara : 6)

Page 32: KARYA MODEN

• Mamat ikut mengusung bersama-sama anak-anak abang Lazim dan budak Jali, pemuda tenang yang berjaya memenangi hatinya supaya bersabar tadi.

• Ketika mayat Abang Lazim dibaringkan, kemudian ditimbus perlahan-lahan, Mamat berasa seolah-olah sepuluh tahun yang dia menimbuskan perjuangan politiknya dengan sumpahnya.

(Juara : 8)

Page 33: KARYA MODEN

ILMU POLITIK

• Pengarang menggambarkan watak utamanya iaitu Mamat sebagai tokoh politik yang terlibat secara langsung dengan perjuangan kemerdekaan tanah air.

• Apabila kemerdekaan tercapai, dia mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pilihanraya dengan tujuan untuk terus kekal menjadi tokoh politik sebagai pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat.

• Malangnya, Mamat gagal dalam pilihanraya tersebut dan kerana itu dia dan keluarganya berpindah ke Selatan Siam dan bersumpah untuk tidak lagi mahu mencampuri urusan politik.

Page 34: KARYA MODEN

• Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan politiknya. Kalau dia kalah pilihan raya (yang juga dihadiahkan kawasan yang sangat bahaya), dia akan berhenti politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara, setelah dua puluh tahun berjuang dalam politik. Saya sudah sangat tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah. Kerana lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyat telah menolak saya. (Juara : 17)

• Dalam pemilihan jawatankuasa parti peringkat negeri, setahun sebelum pilihan raya kedua selepas merdeka, dia tidak dapat mempertahankan kedudukannya. Akan tetapi, namanya masih dikedepankan oleh Pusat Parti dalam pemilihan calon sekali lagi. Dalam satu pertemuan parti untuk menyelaraskan kerja-kerja kempen, dia dengan tegas mengatakan :… .

(Juara : 82)

Page 35: KARYA MODEN

ILMU BERLAGA LEMBU

• Keinginan watak utama untuk menjadi seorang tokoh politik yang akhirnya tidak tercapai dimanipulasi oleh pengarang sebagai pelaga lembu.

• Pelaga lembu ibarat parti politik yang sentiasa menegakkan perjuangan dan mempertahankan hak masing-masing dan perlawanan laga lembu diibaratkan seperti medan pertembungan pemikiran serta percakaran politik yang akhirnya kemenangan akan tercapai kepada mereka yang kuat.

• Seperti mana lembu itu sendiri dan bagaimana strategi yang diatur oleh pelaga lembu untuk beroleh kemenangan, maka begitu jugalah yang terjadi dalam medan politik.

Page 36: KARYA MODEN

• Dalam medan politik Mamat digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang tewas sebaliknya dalam medan laga lembu Mamat diletakkan sebagai “Juara.”

• Pertaruhan wang ringgit, unsur sabotaj, hasad dengki, penyelewengan disuarakan oleh pengarang dalam perlawanan laga lembu.

• Jali diam. Mamat diam. Masing-masing dapat mengagak betapa kecewanya seseorang yang kalah dalam perjudian lembu begitu.

(Juara : 37)

• Lembu itu menyerbu begitu garang menerkam lawannya. Kedengaran sesuatu yang sangat mengerikan ketika kedua-dua tanduk daripada dua ekor lembu itu bertembung di tengah-tengah gelanggang. (Juara : 143)

Page 37: KARYA MODEN

Seni Bahasa

Fready Anak HangD20111047549

Page 38: KARYA MODEN

• Metafora• Personifikasi• Pleonasme

• Simile• Hiperbola• Paradoks• Anafora• Epifora• Sinkof• Dialek

• Bahasa asing• Peribahasa

Page 39: KARYA MODEN

Pleonasme

• dikenali juga sebagai tautologi • penggunaan kata yang berlebih-lebihan dan

tidak perlu wujud dalam ayat• kata-kata yang berlebihan ini boleh

digugurkan daripada susunan ayat • pengguguran dalam ayat tidak akan

mempengaruhi makna susunan ayat

Page 40: KARYA MODEN

• Ketika Mamat tiba di kandang Aral, dia tidak melihat ada orang di situ. Tidak melihat Sani. Tidak melihat Salim. (ms 58)

• Waktu perisyitiharan tarikh kemerdekaan di Melaka, negeri Hang Tuah dan Hang Jebat itu, dia berada di barisan paling hadapan. (ms 78)

• Akan tetapi, dia hampa. Tidak terlihat sekelibat pun desus manusia di rumah. Minah tidak ada. Melah tidak ada. Selamah tidak ada... (ms 107)

Page 41: KARYA MODEN

Paradoks

• gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum.

Page 42: KARYA MODEN

• ...sejak dia berpisah dengan suaminya seorang Yang Berhormat yang sebenarnya tidak terhormat. (ms 28)

• Rapat umum itu menjadi kacau. Walaupun polis membuat kawalan rapi... (ms 81)

Page 43: KARYA MODEN

Dialek

• bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh kelas sosial tertentu berbeza daripada bahasa standard

• variasi bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa

Page 44: KARYA MODEN

• “ambo tak kenal...” Demo tu tak kenal Abang pa. (ms 34)

• “Berapa mudengar?” (ms 37)

• “Tak lih tu. Jangan dibiarkan,”... (ms 42)

• Aku tak lih kata ‘gitu,” jawab Mamat dengan perlahan. (ms 118)

Page 45: KARYA MODEN

Bahasa Asing

• bahasa masyarakat di luar lingkungan Malaysia • Bahasa Inggeris

Page 46: KARYA MODEN

• Di dalam baju dalam Salim terselit browning. (ms 43)

• Melihat ke dalam barrelnya. (ms 131)

• Tangannya tetap pada tregar senapangnya laras duanya yang sudah tetap dan tepat ke rah Pak Isa. (ms 216)

Page 47: KARYA MODEN

Peribahasa

• kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu

• mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling

Page 48: KARYA MODEN

• Jangan melepaskan kura-kura di kaki kerana mahukan burung yang sedang terbang. (ms 84)

Page 49: KARYA MODEN

SEKIAN TERIMA KASIH