iii
DEDIKASI
Teristimewa…
Buat Ayahandaku Hj. Mahmud Bin Omar
Bonda tercinta, Hjh. Rahimah Bt. Hj. Muhamad
Pengorbanan dan jasa mu amat bermakna buatku,
Akan ku balas segala pengorbanan yang tidak ternilai ini
Buat kekanda...Nur Fatihah
Buat adinda dikasihi iaitu :
Nur Mazrah
Muhamad Shawal
Nur Najihah
Muhamad Zahin
Gembira dan suka duka bersama menjadi dorongan buatku.
Dan .....
Tidak ku lupa padamu sahabat – sahabat,
Yang selalu bersama dalam perjuangan di UTM,
Akan dikenang memori bersama....
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, dipanjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah laporan projek
perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) ini disiapkan dengan sempurna.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada En. Abdul Razak Bin Idris selaku pensyarah pembimbing yang
telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini. Seterusnya tidak lupa juga kepada pensyarah bimbingan (bahagian
kandungan pelajaran), En. Md. Yusop Bin Kayat serta semua kakitangan Fakulti
Pendidikan, ribuan terima kasih dan penghargaan diucapkan. Jasa kalian akan
dikenang sepanjang hayat.
Sekalung ingatan dan tanda terima kasih kepada guru Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik Sek. Men. Teknik Johor Bharu iaitu Pn. Saluah dan En.
Rahim yang mana telah sudi untuk ditemubual secara tidak rasmi bagi proses
mendapatkan maklumat mengenai projek ini.
Akhir kata, buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih di atas idea-idea dan
sumbangan sama ada secara langsung atau tidak. Dorongan dan sokongan dari kalian
amat ku hargai selagi masih ada hayat dikandung badan.
Semoga segala jasa anda semua diberkati Tuhan seadanya.
v
ABSTRAK
Berdasarkan situasi semasa sistem pendidikan negara, pembangun telah
mengambil inisiatif untuk membina sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Perisian ini adalah bertajuk
“Transistor Dwikutub” yang mana kandungannya di ambil daripada topik Transistor
Dwikutub di bawah sukatan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik (PKEE) untuk pelajar tingkatan 4 aliran PKEE di Sekolah Menengah
Teknik (SMT). Proses pembinaan perisian PBK ini melibatkan dua komponen utama
iaitu perkakasan dan perisian pembangunan. Perkakasan utama untuk membina
perisian ini ialah sebuah komputer multimedia peribadi yang lengkap dengan
pelbagai peranti kemasukan (input). Macromedia Authorware 6.5 pula digunakan
sebagai perisian pengarangan utama untuk membangunkan PBK ini. Perisian
sokongan seperti Ulead Cool 3D, Sound Forge 6.0, Macromedia Flash MX dan
Adobe Photoshop 7.0 turut digunakan bagi proses pembangunan perisian PBK ini.
vi
ABSTRACT
With the current atmosphere in our national education system, developer had
make initiative to built a Computer Aided Learning (CAL) software in Malay. The
title of software are “Transistor Dwikutub” which their contents are taken from the
topic “Transistor Dwikutub” under the syllabus of Pengajian Kejuruteraan Elektrik &
Elektronik (PKEE) for form 4 students in course PKEE at technical secondry school.
This CAL software was built, base on two main component includes hardware and
software. The main hardware for this CAL software development is a Multimedia
Personal Computer (MPC) completed with many input hardware. Macromedia
Authorware 6.5 was used as the main authoring software to develop this CAL.
Several other support software such as Ulead Cool 3D, Sound Forge 6, Macromedia
Flash MX and Adobe Photoshop 7.0 was used for the process of development this
CAL software.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
BORANG PENGESAHAN TESIS
PERAKUAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
viii
1.4 Rasional Projek 5
1.5 Objektif Projek 6
1.6 Objektif Perisian 7
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Kepentingan Projek 7
1.9 Definisi dan Istilah 8
1.9.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer 8
1.9.2 Pengajaran Konvesional 8
1.9.3 Pendidikan 8
1.9.4 Alat Bantu Mengajar 9
1.9.5 Pembelajaran 9
1.9.6 Komputer 9
1.9.7 Perisian 9
1.9.8 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik 10
1.9.9 Multimedia 10
1.8.10 Pengajaran dan Pembelajaran 10
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Perkembangan Pembelajaran Berbantu
Komputer Di Malaysia 11
2.3 Konsep dan Klasifikasi PBK 12
2.3.1 Konsep PBK 12
2.3.2 Klasifikasi PBK 13
2.4 Kaedah Pembangunan PBK 14
2.4.1 Tutorial 14
ix
2.4.2 Latih Tubi 14
2.4.3 Permainan 14
2.4.4 Simulasi 15
2.4.5 Penemuan 15
2.4.6 Eksperimen 15
2.4.7 Demonstrasi 16
2.4.8 Ensaiklopedia 16
2.4.9 Penceritaan 16
2.4.10 Penjelajahan 16
2.4.11 Kolaboratif 17
2.5 Kelebihan PBK Berbanding Media Pengajaran
Yang Lain 17
2.5.1 Tahap Interaktif Yang Tinggi 17
2.5.2 Pengajaran Berdasarkan Kebolehan
Pelajar 18
2.5.3 Pelajar Mengawal Sendiri
Pembelajarannya 18
2.5.4 Menarik Dan Mengekalkan Minat
Terhadap Pelajaran 18
2.6 Penggunaan Perisian PBK Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran 19
2.7 Aplikasi Multimedia Dalam PBK 20
2.7.1 Definisi Multimedia 20
2.7.2 Sistem Multimedia 21
2.7.2.1 Teks 21
2.7.2.2 Grafik 22
2.7.2.3 Video 22
2.7.2.4 Animasi 22
2.7.2.5 Audio 23
2.7.2.6 Hipermedia 23
2.7.2.7 Proses Gubahan Sistem
Multimedia 23
x
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI
BAB III REKA BENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Perisian 25
3.2.1 Cara Perlaksanaan 26
3.2.2 Antaramuka Pengguna 26
3.3 Perancangan dan Analisis Keperluan
Perisian 27
3.3.1 Tajuk dan Skop 27
3.3.2 Kumpulan Sasaran 28
3.4 Pembangunan Dan Perlaksanaan 28
3.4.1 Perkakasan Yang DiGunakan 28
3.4.2 Perisian Yang DiGunakan 30
3.5 Teori Pembelajaran 31
3.5.1 Teori Tingkahlaku 32
3.5.2 Teori Konstruktivisme 32
3.5.3 Teori Kognitif 34
3.6 Aplikasi Teori Pembelajaran Ke Atas
Perisian PBK 34
3.6.1 Strategi Aliran Kognitif 35
3.6.1.1 Pengamatan (Persepsi) Dan
Penanggapan (Konsep) 35
3.6.1.2 Ingatan 36
3.6.1.3 Kefahaman 36
3.6.1.4 Pembelajaran Aktif 36
3.6.1.5 Motivasi 36
3.6.1.6 Fokus Kawalan 37
3.6.1.7 Pemindahan Pembelajaran 37
3.6.1.8 Perbezaan Individu 37
xi
3.6.2 Strategi Aliran Konstruktivisme 38
3.6.3 Strategi Penerapan Nilai Murni 38
3.7 Pertimbangan Lain Yang Perlu Dalam
Penyediaan Kandungan Pembelajaran 39
3.8 Ciri – Ciri Perisian Pendidikan 39
3.9 Carta Alir Perisian 40
3.10 Perisian Dan Perkakasan Pembinaan Dan
Main Balik 41
3.10.1 Perisian Pembangunan 41
3.10.1.1 Perkakasan Minimum 42
3.10.2 Keserasian Komputer Pengguna 43
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS PERISIAN
BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN
4.1 Pengenalan 45
4.2 Pempakejan Perisian 45
4.3 Perbincangan Perisian 46
4.3.1 Pelajaran 50
4.3.2 Tutorial 52
4.3.3 Informasi 54
4.3.4 Rehat Minda 55
4.3.5 Maklumat Pengguna 56
4.3.6 Klip Video 57
4.3.7 Tukar Pengguna 58
4.3.8 Keluar 59
xii
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V RUMUSAN, MASALAH DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Rumusan 61
5.2.1 Pendekatan Bercorak Pendidikan Dalam
Pembinaan Perisian PBK 62
5.2.2 Penguasaan Kandungan dan Kemahiran 62
5.2.3 Instrumentasi Pembangunan 63
5.3 Masalah Yang Dialami 64
5.3.1 Kewangan 64
5.3.2 Masa 65
5.3.3 Tahap Penguasaan 66
5.3.4 Keserasian Komputer Pengguna 66
5.4 Cadangan Berkaitan 67
BAHAGIAN ENAM
SENARAI RUJUKAN
BIBLIOGRAFI 68
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN
Lampiran A – F 71 - 77
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
3.1 Spesifikasi Sistem Komputer Pembangun 29
3.2 Konfigurasi Asas Sistem Komputer 43
Untuk Pengarangan Perisian PBK
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT
3.1 Model Rekabentuk Instruksi Bersistem
Hanaffin & Peck 25
3.2 Carta Alir Perisian Secara Umum 71
3.3 Carta Alir Terperinci Isi Pelajaran 72
4.1 Paparan Pembukaan 47
4.2 Paparan Pendaftaran Pengguna 48
4.2 (a) Paparan Pengguna Baru 48
4.2 (b) Paparan Pengguna Lama 49
4.3 Paparan Menu Utama 50
4.4 Paparan Menu Pelajaran 51
4.4 (a) Paparan Isi Pelajaran 52
4.5 Paparan Tutorial 52
4.5 (a) Paparan Latihan 53
4.5 (b) Paparan Cara Menjawab 54
4.7 Paparan Informasi 55
4.8 Paparan Rehat Minda 56
4.9 Paparan Maklumat Pengguna 57
4.10 Paparan Klip Video 58
4.11 Paparan Tukar Pengguna 59
4.12 Paparan Keluar 60
xv
SENARAI SINGKATAN
BBM - Bahan Bantu Mengajar
CD - Compact Disc atau Cakera Padat
IT - Information Technology atau Teknologi Maklumat
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
PKEE - Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
PBK - Perisian Berbantukan Komputer
SMT - Sekolah Menengah Teknik
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta Alir Perisian Secara Umum 71
B Carta Alir Terperinci Isi Pelajaran 72
C Petunjuk Carta Alir 73
D Huraian Sukatan Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 74
E Surat Akuan 76
F Memo 77
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dunia hari ini telah masuk ke dalam Gelombang Ketiga, iaitu satu era yang
banyak bersandar dan menggunakan kecanggihan teknologi untuk setiap aktiviti
manusia. Segala aspek hidup manusia perlu dan boleh diurus dengan bantuan
teknologi supaya ia lebih cekap dan berkesan.
Pembudayaan teknologi pula dimulakan di peringkat awal lagi. Salah satu
cara untuk membentuk budaya ini adalah melalui cara pembentukan di kalangan
generasi baru yang mana kebanyakkannya terdiri daripada para pelajar sekolah..
Pembentukan awal boleh dimulakan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah (P&P). Proses P&P di dalam bilik darjah perlulah mengalami
anjakan paradigma bagi memenuhi tuntutan di atas. Antara anjakan yang boleh di
buat adalah melalui cara pengaplikasian P&P yang berbentuk interaktif dan terkini.
P&P yang bercorak interaktif sudah tentu dapat menjadikan suasana
pengajaran dan pembelajaran lebih baik daripada pengajaran tradisional. Bagi
menjadikan suasana P&P yang sedemikian, maka satu medium perlu diwujudkan
bagi menampakkan perlaksanaannya. Perlaksanaan yang sesuai untuk membentuk
budaya ini adalah melalui pengaplikasian teknologi di dalam kelas. Pengaplikasian
teknologi yang dimaksudkan adalah lebih menjurus kepada penggunaan teknologi
komputer dalam bilik darjah.
2
Sesuai dengan situasi semasa pendidikan kebangsaan yang berkehendakkan
proses P&P dilangsungkan dengan menggunakan komputer dan perisian pendidikan.
Maka semakin giatlah guru mencari idea dan sumber bagi membuatkan suasana P&P
itu menjadi lancar dan berkesan. Salah satu usaha untuk membentuk suasana P&P
yang berkesan adalah melalui cara penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan
seperti perisian pendidikan atau pun perisian pembelajaran berbantu komputer
(PBK). Penggunaan perisian ini sudah tentu menghasilkan impak yang besar kepada
proses P&P kerana ia mengandungi unsur-unsur teknologi yang dapat menarik
perhatian dari segi persembahan yang dipaparkannya dan juga cara penggunaan yang
begitu interaktif dan menarik melalui pengaplikasian multimedia di dalamnya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Secara amnya, penggunaan perisian PBK adalah untuk membuatkan proses
P&P yang sedia ada dapat dijalankan dengan lebih efektif, berkesan dan interaktif.
Ini kerana, setiap pembangunan perisian PBK adalah berdasarkan permasalahan yang
dihadapi melalui proses P&P yang biasa. Pendek kata, penggunaan bahasa Inggeris
yang banyak dalam penghasilan perisian PBK menyebabkan beberapa mata pelajaran
teknikal kurang diberi perhatian dalam penghasilan perisian PBK untuk mata
pelajaran berkenaan. Tambahan pula, pelajaran seperti Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik (PKEE) sememangnya diajar dalam bahasa Melayu.
Andainya perkara ini terus berlaku, mungkin wujud kesukaran bagi mereka
yang tidak menguasai bahasa Inggeris untuk menggunakan perisian PBK berkenaan.
Kebanyakan pelajar mempunyai sikap positif terhadap rujukan yang sedia ada dan
sebaliknya mengalami kesukaran dalam menggunakannya kerana bahasa
kandungannya bahasa Inggeris (Mohd Samsol, 1999).
Menurut Richard (1999), pelajar yang tidak dapat menggunakan sepenuhnya
potensi dan kefahaman mereka terhadap bahan tersebut akan mengalami perasaan
kecewa dan tertekan. Dengan adanya pembina perisian PBK yang terdiri daripada
golongan pendidik, diharapkan akan dapat mengurangkan permasalahan ini.
3
Tambahan pula, perisian PBK yang dibina oleh golongan pendidik akan
menggunakan aplikasi teori - teori yang diadaptasikan dari pelbagai aliran teori
pendidikan seperti teori kognitif, teori perlakuan, teori afektif dan sebagainya bagi
tujuan penghasilan perisian PBK tersebut.
Pengoperasian sekolah bestari yang kebanyakan menggunakan bahan
multimedia dan interaktif telah membuka minda masyarakat terhadap penggunaan
komputer dalam aspek pendidikan. Sebahagian masyarakat melihat perkara ini
sebagai sesuatu yang positif dan perlu diperluaskan ke semua sistem pendidikan.
Setakat ini, hanya empat mata pelajaran di sekolah bestari yang menggunakan
konsep PBK dalam aktiviti P&P mereka, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains. Bahkan jika di tinjau dalam pasaran, perisian PBK yang
berkaitan dengan mata pelajaran teknikal masih dianggap kurang berbanding perisian
PBK bagi mata pelajaran lain. Hal ini jika dilihat dari sudut yang lain, permintaan
yang kurang mengalakkan serta kurangnya pembangun perisian PBK dalam mata
pelajaran teknikal menyebabkan hal ini berlaku. Tambahan pula, kurikulum semasa
kebangsaan yang lebih menekankan kepada mata pelajaran sains dan matematik.
Oleh itu, pembinaan perisian PBK untuk mata pelajaran seperti Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik adalah dipinggirkan..
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik adalah satu mata pelajaran
teknikal yang melibatkan banyak teori dan konsep sebagai asas kefahaman. Pada
kebiasaannya, para pelajar agak sukar untuk memahami pelajaran jenis ini kerana ia
melibatkan daya penumpuan dan pemahaman yang tinggi. Berdasarkan temubual
secara rawak dengan beberapa orang guru bagi mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) di Sekolah Menengah Teknik Johor
Bharu. Di dapati mereka amat bersetuju dengan pernyataan di atas kerana
berdasarkan pengalaman mereka dalam mengajar PKEE, mereka dapati terdapat
kesukaran untuk mendapatkan bahan bantu mengajar yang berguna bagi membantu
proses P&P. Walaupun terdapat juga perisian pendidikan bagi subjek teknikal di
pasaran, namun kebanyakan perisian terbabit hanya terdapat dalam versi bahasa
inggeris dan tidak mengikut sukatan mata pelajaran semasa.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan pernyataan guru – guru terbabit yang menyatakan kesukaran
dalam proses P & P sekarang adalah dari segi kekurangan bahan bantu mengajar
yang berguna dan berkesan. Mereka turut menyatakan kaedah untuk menerangkan
konsep-konsep dalam bidang elektrik dan elektronik kepada pelajar akan menjadi
lebih mudah jika wujudnya bahan bantu mengajar yang benar – benar berkesan. Ini
kerana konsep – konsep yang di ajar dalam pengkhususan PKEE adalah kurang
efektif untuk diterangkan melalui kaedah pengajaran konvensional iaitu cakap dan
tulis. Neo & Neo (2000) menyatakan pembelajaran tradisonal adalah kurang
mengalami perubahan berbanding pembelajaran bersistem seperti pembelajaran
berbantu komputer (PBK).
Para guru terbabit pula berpendapat penyampaian dan pendekatan pengajaran
berdasarkan buku teks adalah kurang sesuai untuk menerangkan konsep yang
memerlukan pendekatan semulajadi seperti menunjukkan pengaliran arus,
perpindahan elektron dan sebagainya. Mereka mencadangkan agar diwujudkan PBK
mengenai beberapa topik terpilih yang sesuai untuk dibangunkan sebagai perisian
bagi proses P & P. Antara topik yang dinyatakan adalah mengenai Transistor
Dwikutub dan Diod bagi PKEE Tingkatan 4 dan Komunikasi dan Robotik bagi
PKEE Tingkatan 5. Topik –topik ini dijangkakan lebih berkesan untuk diajar dan
dipelajari melalui adanya pengaplikasian multimedia dalam persembahan isi
pelajaran dan pengajaran. Boyle (1997) menyatakan kebolehan pelajar memahami
lebih tinggi melalui pembelajaran berkomputer.
Oleh itu, berasaskan permasalahan ini, ia menjadikan perisian PBK tentang
topik transistor dwikutub yang dibangunkan oleh penulis adalah selari dengan
keperluan semasa bagi para pelajar dan guru dalam pengkhususan PKEE di sekolah-
sekolah menengah teknik di Malaysia.
5
1.4 Rasional Projek
Perisian PBK mengenai transistor yang penulis bangunkan adalah
berdasarkan permasalahan dan keperluan semasa yang telah penulis kaji selidik
melalui temubual secara rawak dengan beberapa orang guru bagi mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) di Sekolah Menengah
Teknik Johor Bharu. Pembangunan projek ini adalah berasaskan beberapa rasional
yang penulis jangkakan dapat menjadikan proses P & P mengenai topik transistor
bagi para pelajar tingkatan 4 di sekolah – sekolah menengah teknik tempatan lebih
efektif, berupaya, berinteraktif dan berjaya. Antara rasionalnya ialah :
1.4.1 Menarik dan Mudah Digunakan.
Perisian PBK yang dihasilkan dapat dimainkan berulang kali dan hal ini dapat
membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran sehingga dapat memahaminya
dengan baik. Perkara ini tentu agak tidak munasabah bagi guru untuk mengulangi
suatu ini pelajaran yang sama sedangkan banyak lagi sukatan yang perlu dihabiskan.
Ini secara tidak langsung membantu guru untuk menyelia perkembangan pelajaran
pelajar dan merancang aktiviti pembelajaran mengikut jadual.
1.4.2 Berorientasikan Pengguna
Bagi pelajar, dengan penggunaan perisian PBK mereka diberi peluang untuk
mempelajari secara sendiri mengikut kemampuan masing-masing. Ini penting kerana
sebahagian pelajar tidak dapat mengikuti pelajaran di sekolah dengan baik akibat dari
pengajaran guru yang berbeza. Faktor ini mungkin disebabkan kemampuan setiap
pelajar adalah berbeza. Dengan adanya bantuan pelbagai media dalam perisian ini, ia
sekaligus akan memantapkan pemahaman pelajar berbanding proses pengajaran
biasa.
6
1.4.3 Berinteraktif dan Efektif
Aktiviti pembelajaran tentu menjadi lebih menarik dengan adanya perisian
yang berbentuk multimedia,interaktif dan berkesan. Sebagai contoh, penerangan bagi
sesuatu konsep yang disusuli dengan pergerakan animasi yang menjelaskan lagi
konsep tersebut sudah tentu cukup untuk meningkatkan kefahaman pelajar.
Seterusnya menjadikan penggunaan komputer sebagai sesuatu yang amat diperlukan
pada masa kini dan akan datang dalam proses P&P. Pelajar pada hari ini perlu
didedahkan dengan penggunaan teknologi ini, memandangkan pada masa hadapan
kelak, mereka perlu tahu pengaplikasian teknologi ini untuk seiring dengan
perubahan zaman.
1.4.4 Perisian PBK Tunggal Bagi Topik Transistor Dwikutub Dalam Versi
Bahasa Melayu dan Mengikut Sukatan Terbaru
Penghasilan perisian PBK bagi matapelajaran sains dan matematik
menyebabkan beberapa matapelajaran teknikal kurang diberi perhatian dalam
penghasilan perisian PBK untuk matapelajaran berkenaan. Tambahan pula,
matapelajaran seperti Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik diajar dalam
bahasa Melayu. Kekurangan perisian sebegini di pasaran dan juga kandungan
perisian yang sedia ada tidak mengikut sukatan matapelajaran yang semasa
menyebabkan penulis membangunkan perisian mengikut sukatan terkini serta dalam
versi bahasa Melayu.
1.5 Objektif Projek
Objektif yang diharapkan melalui pembangunan projek ini adalah :
• Membangunkan perisian PBK mengenai topik Transistor Dwikutub di bawah
bidang Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4.
7
1.6 Objektif Perisian
Objektif yang diharapkan melalui penggunaan perisian ini adalah :
1. Mengenal pasti jenis transistor dwikutub
2. Menerangkan ciri – ciri dan fungsi bagi transistor dwikutub
3. Menghitung pengiraan yang melibatkan litar bertransistor.
4. Menerangkan prinsip kendalian bagi transistor dwikutub.
5. Menggunakan perisian PBK ini sebagai sumber alternatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
.