isu penggunaan alkohol dalam penghasilan produk gunaan semasa

Upload: alyasak-berhan

Post on 07-Jul-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa

    1/12

    1

    Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa:

    Analisis dari Perspektif Hukum Islam

    Mohammad Aizat Jamaludin+ 1, Mohd Anuar Ramli2, Dzulkifly Mat Hashim3 dan

    Suhaimi Ab. Rahman4

    1 Pegawai Penyelidik, Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal, Institut Penyelidikan Produk

    Halal, Universiti Putra Malaysia2 Pensyarah, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

    3 Ketua, Makmal Analisis Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia4 Ketua, Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti

    Putra Malaysia

    Abstrak

    Industri berasaskan penghasilan produk gunaan halal berkembang pesat kesan

     permintaan yang tinggi dalam pasaran. Produk gunaan ini merangkumi makanan dan

     bukan makanan. Alkohol merupakan di antara bahan aditif dan penstabil yang banyak

    digunakan dalam penghasilan produk gunaan sama ada produk yang digunapakai secara

    dalaman (orally) atau luaran (non consumable). Akhir-akhir ini, timbul pelbagai isu

     berhubung dengan penggunaan alkohol dalam produk gunaan. Antaranya minuman

    ringan seperti malta  dan barbican  yang beralkohol, kek yang dicampur dan disapudengan khamr atau arak, daging  steak dan makanan laut ( seafood ) yang dicampur

    alkohol, barangan kosmetik dan dandanan diri yang mengandungi alkohol dan

    seumpamanya. Isu ini timbul ekoran daripada salah faham terhadap pemahaman alkohol

    dan arak (khamr ). Ramai dalam kalangan pengguna yang menyamakan antara alkohol

    dan arak, yang mana implikasinya, timbul kekeliruan terhadap beberapa produk gunaan

    dan masyarakat merasa ragu-ragu dalam memilih produk berkenaan di pasaran. Justeru,

    kertas kerja ini akan membincangkan konsep alkohol dan perbezaannya dengan arak

    (khamr ) serta perbincangan beberapa isu yang berkaitan menurut perspektif hukum

    Islam. Selain itu, kertas kerja ini juga turut membincangkan terhadap kadar alkohol

    yang dibenarkan dalam barangan gunaan sama ada makanan dan bukan makanan.

    Kata kunci: Alkohol, khamr , halal dan haram, arak, hukum Islam

    +Corresponding author. Tel.: + 60389417344; Fax: + 60389439745

     E-mail address: [email protected]

  • 8/19/2019 Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa

    2/12

    2

    Pengenalan

    Dewasa kini, masyarakat mula sedar dan sensitif dengan isu berkaitan industri

     penghasilan produk gunaan terutama berkiatan makanan dan bukan makanan. Ini kerana

     produk gunaan ini melibatkan persoalan status sama ada halal atau haram yang

    menyumbang kepada pertumbuhan fizikal dan emosi manusia, khususnya pengguna

    Muslim. Saban tahun, isu berkaitan produk gunaan tidak pernah sunyi dibincangkan dan

    masyarakat masih kurang jelas tentang persoalan tersebut. Salah satu isu yang menjadi

    topik polemik adalah penggunaan alkohol atau arak (khamr ) dalam produk gunaan

    semasa.

    Secara umumnya, alkohol banyak digunakan dalam barang gunaan. Penggunaannya

    tidak terhad untuk produk yang diguna pakai secara dalaman (orally) seperti makanan

    dan minuman sahaja, ia juga digunakan dalam penghasilan produk luaran seperti

    farmaseutikal, kosmetik dan dandanan diri.

    Sekitar tahun 2005, timbul isu penggunaan arak seperti rum  dan wisky dalam

    masakan laut ( seafood ) sebagai penambah rasa tambahan supaya lebih enak dan lazat

    untuk dimakan. Pada tahun berikutnya, arak juga dikatakan digunakan dalam

     pembuatan kek dan pastri sebagai agen penaik dan pengilat.2 Manakala di awal tahun

    2010, akhbar pernah melaporkan alkohol dikenalpasti dalam produk minuman ringan

    seperti air bikarbonat, malta, barbican, hoffagman, air nira serta produk berasaskan

     pemeraman lain seperti kicap, dan tapai.

    Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang alkohol dalam produk gunaan

    semasa menurut perspektif hukum Islam. Kupasannya melibatkan konsep, hubungkait

    2  Kandungan alkohol dalam arak atau wain berbeza mengikut jenis. Julatnya di antara 6 hingga 21%.

    Yayan Sopyan (2007), “Khamar  Sebagai Bahan Campuran Dalam Makanan”, dalam  Ahkam : Jurnal

     Ilmu-ilmu Syariah dan Hukum, vol. 9, Jakarta: Fakulti Syariah dan Hukum, Universitas Islam Negeri

    (UIN) Syarif Hidayatulah, h. 81.

  • 8/19/2019 Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa

    3/12

    3

    serta perbezaan di antara alkohol dan arak. Selain itu, perbincangan juga berkaitan kadar

     penentuan yang dibenarkan berasaskan fatwa semasa.

    Alkohol Dan Hubungannya Dengan Arak (Khamr) Menurut Perspektif Islam

    Secara asasnya, tidak semua alkohol itu adalah arak tetapi semua arak itu beralkohol.

    Alkohol adalah nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang

    mempunyai kumpulan hidroksi (OH). Ia memliki daya pengaruh yang kuat terhadap

    tubuh badan disebabkan zatnya yang mengandungi gula dan boleh menimbulkan rasa

     bertenaga apabila diminum. Selain itu, alkohol juga berfungsi memberi ransangan

    tertentu kepada saluran saraf sehingga menyebabkan tidak sedarkan diri atau

    memabukkan.3 

    Terdapat dua sebatian yang memberi kesan memabukkan daripada alkohol di dalam

    minuman iaitu etanol dan metanol. Sumber kepada alkohol ialah kayu yang dikenali

    sebagai metil alkohol (metanol CH-OH) atau biji-bijian yang juga dikenali sebagai etil

    alkohol (etanol C2H5OH).4  Kebiasaannya, metanol tidak digunakan dalam minuman

    sebaliknya etanol digunakan sebagai campuran yang terdapat dalam minuman keras

    seperti bir (6%), wiski (35%) dan wain (10-20%).5 Hal ini kerana metanol jika diambil

    dalam kadar kuantiti yang sedikit, sudah boleh menyebabkan kemabukan apatah lagi

    dalam kadar yang tinggi sehingga membawa kematian.

    Sebagai contoh, sebatian wain berkemungkinan mengandungi percampuran antara

    etanol dan metanol. Hal ini disebabkan metanol dapat terjana semasa proses

     fermentation  (pemeraman) tersebut apabila bahan-bahan sebatian itu mengandungi

    3   Ibid., h. 84.

    4  Maynard A. Joslyn (1970), “Alcoholometry”,  Methods in Food Analysis: Physical, Chemical, and

     Instrumentals Methods of Analysis, London: Academic Press, h. 451.5  Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2001), Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan

     Islam Dan Sains, Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors, hh. 42-43.

  • 8/19/2019 Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa

    4/12

    4

     peptin (sejenis polisakarida) di dalam cell wall  (dinding) kulit buah dan seumpamanya.

     Namun begitu, lazimnya sebatian metanol tersebut adalah sangat sedikit iaitu sekitar

    0.01%.

    Dalam Islam, tidak semua jenis alkohol adalah diharamkan. Ia berbeza dengan arak

    (khamr ) apabila ia merupakan di antara bahan yang jelas diharamkan bersumberkan al-

    Quran dan al-Sunnah. Di dalam al-Quran, khamr disebut sebanyak 6 kali di dalam

     beberapa tempat seperti surah al-Baqarah, ayat 219 serta surah al-Maidah, ayat 90 dan

    91 yang menerangkan sifat dan hukum meminum khamr . Firman Allah SWT:6 

                                                                          

                                                             

                                                                           

                                   

    Maksudnya:

    “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak,

     berjudi, (berkorban untuk) berhala, bertenung nasib dengan panah adalah

    termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar

    kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksudhendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran

    (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati

    Allah dan sembahyang. Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan

     pekerjaan itu).” 

    6  Surah al-Ma’idah (5) : 90-91.

  • 8/19/2019 Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa

    5/12

    5

    Seterusnya di dalam surah Muhammad, ayat 15 menyatakan khamr adalah minuman

    yang disediakan untuk ahli syurga. Selain itu, ayat 36 dan 47 surah Yusuf menceritakan

    tentang dialog dua pemuda yang berada di dalam penjara menyatakan tentang mimpi

    mereka dan kemudiannya ditafsirkan oleh Nabi Yusuf A.S.

    Asasnya, perkataan khamr daripada kata ( ) yang bererti (  س ه

    ) iaitu menutup dan menyembunyikannya.7 Menurut pengarang kitab  Rawai‘i al -

     Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, khamr adalah (   ) iaitu apa yang dapat

    menutup akal.8  Dalam lisan al-‘Arab, khamr bermaksud mendekati dan bercampur.9 

    Manakal al-Razi dalam tafsirnya menakrifkan khamr kepada dua pengertian iaitu

     pertama, sesuatu yang menutup akal dan berlaku perubahan manakala keduanya,

    terdapat perubahan daripada bau anggur tersebut.10 

    Terdapat dua golongan pandangan fuqaha yang memberikan maksud berbeza untuk

    khamr . Pendapat pertama, Imam Abu hanifah mendefinisikan khamr   sebagai nama

    (sebutan) bagi minuman yang dibuat daripada perahan anggur selepas dimasak sehingga

    mendidih serta mengeluarkan buih. Kemudiannya ia berubah menjadi suci semula.

    Manakala, pendapat kedua dari kalangan mazhab Hanafiyyah dan jumhur ulama.

    Mereka berpandangan setiap minuman yang mengandungi unsur memabukkan

    sekalipun bukan daripada perahan anggur adalah khamr.11 

    7  Louis Ma‘luf (1956),  Kamus al-Munjid fi al-Adabi wa al-‘Ulum, Beirut: al-Kasulikiyyah, cet. 5, h.

    195.8  Muhammad ‘Ali al-Sobuni (t.t.), Rawai‘ al -Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, Beirut: Dar al-Fikr, h. 267.

    9  Ibn Fadl Jalaluddin Muhammad bin Muharram al-Ifriqi (t.t.),  Lisan al- ‘Arab, Beirut: Dar Shadar,

    Jilid IV, h. 256.10

      Muhammad Fakhruddin al-Razi (1981), TafsirFakh al-Razi, Beirut: Dar al-Fikr, jilid XII, hh. 84-85.11  al-Sobuni (t.t.), Op. cit., hlm 277.

  • 8/19/2019 Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa

    6/12

    6

    Oleh yang demikian, semua jenis minuman memabukkan yang dihasilkan daripada

    apa-apa juga bahan seperti perahan anggur,12  nira, barli, beras, ubi kentang, jagung,

    gandum dan buah-buahan13 atau biji-bijian yang lain dikategorikan sebagai arak. Bahan-

     bahan ini menyebabkan hilang kewarasan akal.14 

    Selain al-Quran, Nabi saw juga mengharamkan minuman arak di dalam beberapa

    sabda baginda yang berbeza. Berdasarkan riwayat al-Nasa’i daripada Abu Hurairah,

     Nabi SAW bersabda:15 

    Maksudnya:

    “Khamr itu dihasilkan daripada dua jenis tumbuhan iaitu kurma dan anggur.” 

    Selain itu, Nabi SAW juga bersabda:16 

    Maksudnya:

    “Setiap yang memabukkan adalah arak (khamr ) dan setiap memabukkan

    adalah haram. Barangsiapa yang meminum arak di dunia dan

    kemudiannya amati, dia tidak akan meminumnya di akhirat.” 

    Begitu juga, Nabi SAW telah melaknati semua perkara yang berkait dengan arak

    dalam sabdanya yang lain:17

     

    12  Majma‘ al-Lughah al-‘Arabiyyah (2004), al- Mu‘jam al -Wasit , cet. 4, Mesir: Maktabah al-Syuruq al-

    Dauliyyah, h. 255; Sa‘di Abu Jayyib (1988), al-Qamus al-Fiqhi: Lughatan wa-Istilahan, cet. 2,

    Damsyik: Dar al-Fikr, h. 123.13

      Muhammad Rawwas Qal‘ahji (1996), Mu‘jam Lughah al- Fuqaha’ , Beirut: Dar al- Nafa‘is, h. 179. 14

      Abu Bakr Muhammad bin ‘Abd Allah Ibn al-‘Arabi (t.t.), Ahkam al-Qur’an, Beirut: Dar al-Kutub al-

    ‘Ilmiyyah, h. 209. 15

      Riwayat al- Nasa’i, no. hadis: 5589.16

       Jami‘ al -Tirmidhi dalam Mawsu‘ah al -Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah (2000), cet. 3, Riyad: Dar

    al-Salam, no. hadis : 1861, h. 1840.

  • 8/19/2019 Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa

    7/12

    7

    Maksudnya:

    “Rasulullah SAW melaknat  tentang arak sepuluh golongan iaitu yang

    memerahnya, yang diperah untuknya, yang meminumnya, yang

    membawanya, yang dibawa kepadanya, yang menuangkannya, yang

    menjualnya, yang memakan harganya, yang membelinya dan yang

    dibelikan untuknya.” 

    Status Penggunaan Alkohol dalam Industri Produk Gunaan

    Terdapat dua jenis penggunaan alkohol sama ada melibatkan dalaman (internal ) atau

    luaran (external ). Hal ini kerana wujud perbezaan terhadap pengklasifikasian tersebut

    apabila bahan ini diproses dalam industri tersebut. Penggunaan dalaman atau unnatured

    alcohol   (tidak dinyah-aslikan)18  termasuklah sebagai bahan minuman seperti minuman

     bikarbonat atau bahan campuran dalam makanan. Manakala penggunaan luaran atau

    dinature alcohol  (dinyah-aslikan)19 pula melibatkan sapuan seperti minyak wangi serta

    deodoran, semburan dan seumpamanya.

    Dalam industri pemprosesan makanan, alkohol digunakan sebagai bahan pelarut

    yang penting selain air. Ia berfungsi sebagai perasa tambahan dalam makanan seperti

    kek, masakan makanan laut dan seumpamanya.20 Dalam penghasilan perasa makanan,

     bahan yang dipanggil sebagai minyak essential  dilarutkan dalam alkohol dengan tujuan

    17   Ibid., no. hadis : 1295, h. 1781.

    18  Unnatured alcohol atau food drink alcohol merupakan sebatian alkohol yang diproses dalam industri

    makanan tanpa melibatkan bahan tambahan lain yang bertujuan sebagai bahan pelarut dalam

    ingredient makanan.19

       Dinature alcohol merupakan sebatian alkohol yang dinyah-aslikan dengan cara ditambah bahan-bahan

    lain supaya ia tidak sesuai untuk diminum atau orally alcohol consumption. Ia hanya digunakan untuk

    aktiviti perindustrian penghasilan makanan sahaja. Lihat Arnold E. Bender (1965),  Dictionary of

     Nutrition and Food Technology, London: Butterworth & Co. Ltd., h. 6.20  Maynard A. Joslyn (1963), “Alcoholometry”, Op. cit., hh. 448-449.

  • 8/19/2019 Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa

    8/12

    8

    supaya tahan lebih lama serta mampu mengekalkan bauannya.21Selain itu, dalam

     penghasilan produk makanan seperti kek biasanya ia disapu atau dicampur untuk

    menghasilkan kek yang lebih bermutu. Begitu juga dalam industri penternakan, alkohol

     juga digunakan untuk menambah kualiti daging. Contohnya, lembu Kobe.22 

    Para ulama telah  berijma‘ tentang  pengharaman meminum arak.23 Al-Syirazi juga

     berpandangan pengambilan arak adalah haram jika tidak melibatkan keadaan

    dharurah.24Kedudukannya adalah najis sama seperti darah. Begitu juga pendapat ulama

    yang lain seperti Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali.25 Justeru, dari aspek penggunaan

    dalaman atau sebagai minuman, ulama bersepakat mengharamkannya.

     Namun begitu, untuk penggunaan luaran para ulama berselisih pendapat kepada dua

     pandangan utama. Sebilangan mereka mengharuskan penggunaan luaran. Pandangan ini

    selaras dengan hujah mereka bahawa alkohol atau arak adalah suci. Ini kerana asal

    sesuatu bahan adalah suci sehingga terdapat dalil yang membuktikan ianya adalah

    najis.26  Selain itu, pandangan ini disokong juga oleh Rabi‘ah, al-Layth bin Sa‘d, al-

    Muzani salah seorang ulama mazhab Syafi‘i yang ber  pandangan arak adalah suci

    melainkan jika untuk diminum.27 

    21  Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006), Op. cit., h. 175.

    22  Ia diberi minum sake, diperdengarkan muzik dan dinamakan sebagai Wagyu. Lihat Jabatan

    Perkhidmatan Haiwan  Negeri Perak (2006), “Daging Kobe Gred  Dunia Keluaran Malaysia”,

    www.jphpk.gov.my.23

      Yusuf al-Qaradawi (2006), (terj.) Fikih Thaharah, Jakarta Timur: Pustaka al-Kautsar, h. 38.24

      Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali ibn Yusuf al -Fayruz Abadi al-Syirazi (1995), al-Muhadhdhab fi Fiqh al-

     Imam al-Syafi‘i, juz. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 54.25

       Nazih Hammad (2004), “al-Mawad al-Muharramah wa al-Najisah fi al-Ghiza’ wa al-Dawa’ bayna al-

     Nazariyyah wa al-Tatbiq”, (terj.) Basri Ibrahim, Penggunaan Bahan-Bahan Yang Haram dan Najis di

    dalam Makanan dan Ubat-Ubatan, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers, h. 58.26

      Ibn Taymiyyah (2005),  Majmu‘ah al -Fatawa Ibn al-Taymiyyah, cet. 3, Mansurah: Dar al-Wafa’, h.

    158.27   Ibid.; Nazih Hammad (2004), Op. cit., hh. 61-62 dan 65-66.

  • 8/19/2019 Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa

    9/12

    9

    Pendapat ini turut disokong dengan resolusi yang dikeluarkan oleh Nadwah Fiqh

    Perubatan:28 

    “Bahan  alkohol tidak bersifat najis dari segi Syarak…Oleh  itu tidak

    menjadi kesalahan untuk menggunakan alkohol dari sudut perubatan

    sebagai bahan pencuci kulit, kecederaan, ubat-ubatan dan pembunuh

    kuman. Begitu juga dengan penggunaan minyak wangi.” 

    Pandangan kedua pula berpendapat penggunaan luaran turut haram disebabkan

    sifat arak yang najis. Menurut Imam al-Nawawi, arak adalah tidak suci atau haram

     penggunaannya walaupun bersifat luaran.29 Pendapat ini selari dengan pandangan Imam

    al-Ghazali dengan menyatakan pengharaman alkohol atau arak adalah secara mutlak

    sama ada dalaman atau luaran.30 

    Panduan isu-isu alkohol berasaskan fatwa semasa berkaitannya

    Selain pandangan ulama yang bervariasi tersebut, beberapa fatwa telah diputuskan

    sebagai panduan dalam mendepani isu-isu berasaskan alkohol. Majlis Jawatankuasa

    Fatwa Kebangsaan telah menggariskan beberapa panduan berhubung dengan

     penggunaan alkohol, iaitu:

    i.  Setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol itu

    daripada arak. Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya haram dan

    najis tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya

    28  Dinukilkan daripada Nazih Hammad. Lihat Ibid., h. 77.

     Nadwah Fiqh Perubatan kali kelapan anjuran Pertubuhan Ilmu-Ilmu Perubatan Islam yang

     berlangsung di Kuwait dari 22-24hb Mei 1995.29

      Al-Qaradawi (2006), Op. cit., h. 41.30  Al-Ghazali (2000), Halal dan Haram dalam Islam, Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise, cet. 3, h.160.

  • 8/19/2019 Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa

    10/12

    10

    tidak najis tetapi haram dimakan. Berdasarkan keputusan ini, pembuatan mousy 

    dan malt extract  adalah haram.

    ii.  Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan buat arak sama ada

    mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram

    diminum.

    iii.  Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang

    memabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

    iv.  Tapai halal dimakan.

    v. 

    Alkohol yang terjadi secara sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak

    najis dan boleh dimakan.

    vi.  Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol hukumnya harus dan

    dimaafkan.31 

    vii.  Kordial yang mengandungi bahan perasa ( flavour ) yang dimasukkan alkohol

    untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman

    sekiranya:

    a) 

    Alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak.

     b) 

    Bahawa kuantiti alkohol dalam perasa itu adalah sedikit iaitu tidak

    memabukkan.32 

    Di samping itu, fatwa ini telah disemak semula pada tahun 2011. Berdasarkan

    taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada

    Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia serta dengan

    mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah

    31  Muzakarah Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah diadakan di Ipoh pada 11-14 April

    1984. Lihat www.e-fatwa.gov.my/JAKIM/24 Oktober 2011.32

      Muzakarah Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 22 pada 24 November 1988. Lihat

    www.e-fatwa.gov.my/JAKIM/24 Oktober 2011.

  • 8/19/2019 Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa

    11/12

    11

    Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

    terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

    Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman,

     pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan

    seperti berikut:33 

    1.  Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun bukan

    semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak,

    hukumnya haram dan najis.

    2.  Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya

    tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia

    adalah racun dan boleh membunuh.

    3.  Minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan untuk

    menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% v/v adalah harus

    (boleh) diminum.

    4. 

    Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti

     proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau

    alkoholnya disuling adalah haram diminum.

    5.  Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semula jadi seperti buah-

     buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu

    terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah

    tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum.

    33  Muzakarah Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah diadakan pada 14-16 Julai 2011. Lihat

    www.e-fatwa.gov.my/JAKIM/2 November 2011. 

  • 8/19/2019 Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa

    12/12

    12

    6. 

    Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang

    mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan

    sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti

    alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak

    melebihi 0.5%.

    7.  Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah

    tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses

     pembuatan arak.

    Kesimpulan

    Alkohol banyak digunapakai dalam industri pemprosesan barangan gunaan masa kini

    sama ada ia melibatkan produk berasaskan makanan dan minuman serta bukan

    makanan. Namun, produk berasaskan minuman lebih mendominasi isu yang mendasari

     polemik alkohol terhadap pemilihan produk halal dalam kalangan pengguna. Dalam

    mendepani isu ini, para fuqaha telah menggariskan panduan yang jelas bersumberkan

    al-Quran dan al-Sunnah. Di samping diperkukuhkan lagi dengan beberapa fatwa semasa

    terutama penetapan kadar untuk penggunaannya sama ada digunakan untuk tujuaan

    dalaman atau luaran. Justeru, isu-isu berasaskan produk gunaan terutama dalam

     penentuan halal haram dapat ditangani dengan lebih tepat lagi berkesan dengan

    memperbanyakkan kajian semasa dengan bantuan disiplin sains dan teknologi.