pengoksidaan alkohol

Upload: philippeggyjaden-yong

Post on 20-Jul-2015

1.207 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengoksidaan alkohol 1. Alkohol primer(RCH2OH) seperti metanol, etanol dan lain-lain boleh dioksidakan kepada asid monokarboksilik (RCOOH) apabila dididih dengan larutan kalium dikromat (VI) berasid. Kalium dikromat (VI) berasid bertindak sebagai agen pengoksidaan. (Ingat: R mewakili kumpulan alkil, CnH2n+1 di mana n = 0, 1, 2, .)

2. Pengoksidaan etanol kepada asid etanoik dalam makmal : i. ii. iii. iv. v. 10 cm3 larutan kalium dikromat (VI) yang telah diasidkan dengan asid sulfurik cair diletakkan dalam sebuah tabung didih. Larutan kalium dikromat (VI) berasid itu dipanaskan sehingga ia hampir mendidih. Kemudian, 2 cm3 etanol ditambahkan titik demi titik ke dalam larutan kalium dikromat (VI) berasid yang panas itu. Pemerhatian : Didapati larutan jingga bertukar kepada larutan hijau dan satu larutan berbau cuka terhasil. Bahan yang berbau cuka itu adalah asid etanoik. Dalam tindak balas itu, etanol telah dioksidakan kepada asid etanoik dan ion dikromat (VI) (bewarna jingga) telah diturunkan kepada ion kromium (III) (bewarna hijau).

vi.

Asid etanoik dapat disuling keluar dari campuran selepas pengoksidaan telah selesai. 3. Asid etanoik yang terhasil dari pengoksidaan etanol merupakan sejenis asid organik yang lemah. Pembentukannya boleh ditunjukkan dengan ujian-ujian yang berikut :

i. ii.

Asid etanoik berair menukarkan kertas penunjuk universal menjadi merah (pH 3-4) atau kertas litmus biru ke merah. Bila dicampur dengan pita magnesium, pembuakan berlaku dengan gas hidrogen yang memberikan bunyi pop dengan kayu uji menyala dibebaskan.

iii.

Bila dicampur dengan natrium karbonat, pembuakan berlaku dan gas karbon dioksida yang mengeruhkan air kapur dibebaskan.

Pengesteran 1. Apabila suatu alkohol dipanaskan di bawah refluks dengan suatu asid monokarboksilik, dengan wujudnya asid sulfurik pekat sebagai mangkin, pengesteran berlaku. Satu sebatian yang berbau wangi seperti buah-buahan dinamakan ester terhasil. 2. Pengesteran itu merupakan satu proses berbalik.

Contoh: a. Apabila satu campuran etanol tulen dengan asid etanoik glasial dididihkan secara refluks dengan wujudnya asid sulfurik pekat sebagai mangkin, etil etanoat (sejenis ester) terhasil.

Etil etanoat adalah suatu cecair tak bewarna yang berbau wangi seperti buah-buahan.

b. Pengesteran antara metanol dengan asid etanoik akan menghasilkan metil metanoat:

Alkohol (Alcohol)

Latihan

Jawapan Latihan

Lembaran Kerja

Jawapan Lembaran Kerja

Ester Semula Jadi NOTA 1. Kehadiran ester di dalam tumbuh-tumbuhan. Ester ialah sebatian yang berbau wangi seperti bau buah-buahan. Ester ringkas wujud sebagai cecair tak berwarna, mudah meruap dan tidak larut di dalam air. Ester mempunyai formula struktur am seperti berikut:

Ester semula jadi wujud di dalam bunga-bungaan dan buah-buahan. Kehadiran ester yang berlainan di dalam bunga-bungaan dan buah-buahan menyebabkan bau yang spesifik di dalam bunga-bungaan atau buah-buahan itu. Bolehkah anda membezakan bau buah pisang dengan bau buah durian? Anda tentu boleh membuat inferens bahawa ester yang terkandung di dalam berbagai jenis bunga dan buah-buahan adalah berbeza.

2.

Ester digunakan di dalam kehidupan kita sebagai perisa seperti dalam aiskrim, coklat, gula-gula, kuih dan kek. Ester digunakan juga dalam pembuatan kosmetik dan minyak wangi.

3.

Beberapa contoh ester dalam buah-buahan adalah seperti berikut:

Nama buah-buahan pisang oren

Nama ester Pentil etanoat Oktil etanoat

4.

Lemak Dan Minyak Lemak dan minyak juga ialah ester semula jadi. Lemak ialah ester yang wujud dalam bentuk pepejal dalam haiwan. Minyak ialah lemak yang wujud dalam bentuk cecair dalam tumbuhan seperti minyak sawit, minyak jagung, minyak zaitun dan sebagainya.

5.

Lemak tepu dan lemak tak tepu serta kesannya terhadap kesihatan Struktur lemak Lemak dan minyak ialah ester yang dihasilkan daripada tindak balas kondensasi antara gliserol dengan asid lemak. Asid lemak ialah asid karboksilik yang berantai lurus dan panjang. Satu molekul asid lemak biasanya mengandungi 16 hingga 18 atom karbon. Rajah berikut menunjukkan struktur molekul bagi asid stearik, iaitu sejenis asid lemak.

Apabila tiga molekul asid lemak berkondensasi dengan satu molekul gliserol, lemak atau minyak dan air akan dihasilkan:

Jika rantai karbon dalam lemak itu tidak mengandungi ikatan ganda dua C=C, lemak seperti ini dinamakan lemak tepu. Lemak daripada haiwan ialah lemak tepu. Lemak berikut pula merupakan hasil tindak balas kondensasi antara gliserol dengan tiga molekul asid lemak lain yang mengandungi ikata ganda dua C=C.

Perhatikan pula struktur lemak di atas. Rantai karbonnya mengadungi ikatan ganda dua C=C. Lemak yang strukturnya mengadungi ikatan ganda dua C=C dikenal sebagai lemak tak tepu. Ikatan ganda dua dalam sesuatu lemak tak tepu menyebabkan lemak itu mempunyai takat lebur yang rendah dan wujud sebagai cecair pada suhu bilik. Minyak daripada tumbuhan seperti minyak kelapa sawit,

kacang soya, kacang tanah, bunga matahari, dan zaiton ialah contoh lemak tak tepu.

Kesan lemak tepu dan lemak tak tepu ke atas kesihatan 1. Lemak biasanya dikumpulkan dalam badan dan digunakan sebagai sumber tenaga simpanan. Lapisan lemak di bawah kulit melindungi kita daripada kesejukan. Lemak juga berfungsi untuk melindung organ-organ dalam badan kita. Selain itu, lemak membekalkan vitamin seperti vitamin A, D, E, dan K yang larut dalam lemak. Walau bagaimanapun, ahli sains mendapati jika seseorang memakan makanan yang mengandungi terlalu banyak lemak tepu, kesihatannya mungkin terjejas.

2.

Pada zaman moden ini, penyakit jantung dan kanser merupakan penyakit pembunuh utama di dunia. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh ahli sains, penyakit jantung adalah disebabkab kehadiran kolesterol dalam darah.

3.

Kolesterol yang termendak dalam dinding arteri boleh menyekat pengaliran darah. Ini menyebabkan tekanan darah bertambah tinggi. Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok. Lemak tepu dapat menambahkan aras kolesterol dalam darah. Oleh itu, pengambilan makanan yang mengandungi lemak tak tepu lebih digalakkan.

4.

Minyak sawit ialah sejenis lemak tak tepu. Minyak sawit merupakan suatu bahan makanan semula mempunyai banyak kelebihan. Kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa minyak sawit dapat mengurangkan kolesterol. Minyak sawit tidak menggalakkan pembentukan mendakan kolesterol pada dinding arteri. Pemendakan kolesterol pada arteri menyababkab arteri menjadi keras dan seterusnya mengakibatkan serangan jantung dan strok.

5.

6.

Minyak sawit merupakan suatu sumber bagi vitamin E. Vitamin E sebenarnya terdiri daripada sebatian tokoferol dan tokotrienol. Kedua-dua sebatian ini bertindak sebagai pengantioksida yang dapat mencegah kerosakan sel yang disebabkab oleh proses metabolik dalam badan dan tindakan bahan kimia toksik dari alam sekitar. Kerosakan sel menyebabkan kanser. Minyak sawit mentah yang bewarna merah juga kaya denga beta-karotena, iaitu sumber bagi vitamin A. Seperti vitamin E, beta-kerotena juga bertindak sebagai pengantioksida. Kajian telah menunjukkan bahawa beta-kerotena memainkan peranan dalam pencegahan kanser.

LATIHAN Soalan Objektif Soalan 1 hingga 3 adalah berdasarkan tindak balas berikut;

1.

Namakan ester yang mungkin bagi tindak balas 2. A Propil propanoat B Etil propanoat C Metil propanoat D Etil etanoat

2.

Sebatian X dan Y ialah

A B C D

X Asid Alkana Alkena Alkohol

Y Alkohol Alkena Alkana Asid

3.

Namakan tindak balas 1. A Penurunan B Pengoksidaan C Pendehidratan D Pengesteran

4.

Antara berikut , yang manakah mewakli ester? A C2H5OH B CH3OH C CH3COOH D CH3COOC2H5

Soalan Struktur Lemak terbahagi kepada lemak tepu dan lemak tak tepu.

(a)

Nyatakan perbezaan di antara lemak tepu dan lemak tak tepu. ___________________________________________________________

___________________________________________________________

(b)

Berikan satu contoh; i. Lemak tepu _____________________________________

ii.

Lemak tak tepu

_____________________________________

(c)

Nyatakan 3 fungsi lemak dalam badan manusia. i. _____________________________________________________

ii.

_____________________________________________________

iii.

_____________________________________________________

(d)

Nyatakan satu kesan buruk pengambilan lemak tepu secara berlebihan oleh badan. ___________________________________________________________

___________________________________________________________

JAWAPAN Soalan Objektif 1. 2. 3. 4. A D D D

Soalan Struktur (a) Lemak tepu tidak mempunyai ikatan ganda dua C = C dalam rantai karbonnya, manakala lemak tepu mempunyai ikatan ganda dua dalam rantai karbonnya. i. Contoh lemak tepu - lemak haiwan Contoh lemak tak tepu - minyak kelapa sawit / minyak zaitun / kacang tanah

(b)

ii. minyak

(c)

i. ii. iii.

Sumber tenaga simpanan dalam badan Melindungi organ-organ dalam badan Pelarut kepada vitamin A, D, E dan K

(d) Lemak tepu boleh meningkatkan aras kolesterol dalam darah yang boleh menyekat pengaliran darah.

TIPS PEPERIKSAAN1. Ester yang berlainan dan alkohol yang berlainan akan menghasilkan ester yang berlainan. alkohol yang digunakan.

2. Nama ester yang terhasil boleh ditentukan daripada nama asid dan Contoh: Alkohol + Asid karboksilik

Ester + air

i.

Etanol + Asid etanoik

Etil Etanoat + air

ii.

Metanol + Asid propanoik

Metil propanoat + air

3. Pelajar mesti mengingat formula am bagi ester, iaitu: CnH 2n + 1 COOCnH2n + 1