Click here to load reader

Post on 22-Jul-2015

149 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Alkohol Halalby Sahabat Halal Jakim on Friday, 16 March 2012 at 12:23 Masyarakat hari ini masih keliru adakah arak dan alkohol itu dua perkara yang berlainan atau perkara yang sama. Arak semestinya mengandungi alkohol tetapi alkohol tidak semestinya arak. Arak adalah arak dan alkohol adalah alkohol. Ini adalah konsep yang seharusnya difahami oleh semua pihak terutamanya umat Islam.

Dalam bahasa Arab, arak disebut sebagai khamar. Dari sudut bahasa ia memberi makna benda yang memabukkan yang diperbuat daripada jus buahan (seperti anggur) kerana ia menutup akal. Arak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis antaranya barli, rye, jagung, gandum, beras, millet, anggur, epal, pear, tebu, agave, plum, nenas, pisang, halia, ubi kentang, lobak, ubi kayu, nira, madu, susu dan sebagainya.

Ada dua jenis arak diminum pada zaman Rasulullah dan selepasnya iaitu sebagai Khamar iaitu perahan dari buah tamar, anggur dan lain lain yang diperam. Kedua dinamakan sebagai nabiz. Nabiz adalah buahan atau hirisannya yang direndam ke dalam air sehingga rasanya meresap ke dalam air. Hukum asal nabiz adalah harus tetapi jika ia telah bertukar menjadi memabukkan maka ia dikira sebagai khamar dan haram diminum.

Jumhur fuqaha yang terdiri daripada Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali berpendapat meminum arak yang diperbuat daripada perahan anggur, buah-buahan atau bijirin lain, banyak atau sedikit adalah haram. Firman Allah yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al-Maaidah : Ayat 90)

Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya : Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram." (HR Muslim)

Walaupun arak dikatakan ada manfaatnya tetapi keburukannya adalah lebih besar. Firman Allah yang bermaksud :

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.

(Surah Al-Baqarah : Ayat 219)

Apakah alkohol? Kamus Dewan mengatakan bahawa alkohol ialah cecair yang mudah terbakar dan memabukkan. Ia terdapat di dalam minuman keras dan lain-lain. Pada kebiasaannya apabila disebut alkohol ia dirujukkan kepda ethyl-alkohol, entanol atau ETON.

Satu hakikat yang sangat penting diambil perhatian ialah; ada etanol yang dihasilkan melalui sumber petroleum, ia bukan arak. Etanol yang dihasilkan dari bahan petroleum tidak sama dengan etanol yang dihasilkan daripada perahan buahan, bijirin atau manisan. Etanol yang dihasilkan daripada petroleum bukan dihasilkan daripada bahan yang diharamkan syarak, iaitu arak atau alkohol. Perbezaan ini akan mempunyai impak yang besar terhadap hukum pengggunaan etanol. Apakah hukum penggunaan alkohol bukan arak yang melalui proses fermentasi dalam makanan? Contohnya seperti cuka, tapai, roti, bir dan wain yang bertujuan untuk memberi rasa dan kriteria tertentu dan menjadikannya lebih berperisa. Perlu juga kita tahu adalah semua proses pemeraman akan melahirkan alkohol seperti kicap, sos, budu, jus, kordial termasuk buah kurma yang direndam juga mengandungi alkohol. Rasulullah SAW pernah melarang sahabat meminum air rendaman buah kurma yang melebihi tiga hari. Tetapi alkohol ini adalah bukan alkohol arak.

Lantaran itu, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 dan 12 April 1984 telah memutuskan :

a) Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum. b) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum. c) Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak atau bukan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal. d) Tapai adalah halal. e) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan. f) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan (kegunaan luar). Pengalaman Bahagian Hab Halal JAKIM yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pensijilan halal membuktikan terdapat pengusaha restoran, hotel mahupun produk menggunakan bahan-bahan berasaskan alkohol arak atau alkohol industri. Seorang chef muslim terkenal di Malaysia pun mengakui menggunakan rice wine (cuka beras) dalam masakannya sebagai bahan penyedap. Tetapi beliau menggunakan alasan bahawa mencampurkan sedikit sahaja dan tidak menyebabkan mabuk dan akan hilang apabila dipanaskan. Sebagaimana dijelaskan bahawa arak walaupun sedikit dan tidak memabukkan, ia tetap haram. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya pun haram. (HR Abu Daud dan An-NAsaii)

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 4-6 April 2006 juga telah memutuskan : Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ianya adalah halal. Dapat difahami bahawa alkohol yang dihasilkan bukan melalui proses arak atau terbitannya, dan ia adalah penghasilan proses kimia serta tidak memabukkan adalah tidak najis. Bagaimanapun pada pandangan penulis, untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam maka perkataan khamar perlu dikekalkan dan ia merujuk kepada arak.

Buletin Halal (Disember 2009), JAKIM

Like Share

67 people like this. 79 shares

o

Faezah Zee ooooohhh, baru tau. 16 March at 12:42 Like 1

o

Sahabat Halal Jakim http://www.facebook.com/note.php?note_id=329266620444759 16 March at 12:45 Like 1

o

Ridwanul Ayshah Begam Terima Kasih. Tuan/Puan, Banyak info yg baru saya tahu, tapi susah nak faham semuanya..1)Maksudnya, perfume boleh dipakai semasa solat? 2) Apa perbezaan cara ynag dimaksudkan dengan cara membuat minuman arak atau tidak--> Yg menjadikan soft...See more 16 March at 14:30 Like 1

o

Sahabat Halal Jakim Ridwanul Ayshah Begam : 1. tiada isu perfume tanpa alcohol krn boleh digunakan walau ade alcohol tiada pengeluar guna alkohol arak buat perfume :) 2. Jika proses membuat arak, ade proses fermentasi/pemeraman, soft drink xperam, trus masuk ...See more 16 March at 17:49 Like 4

o

Siti Surayahani Abdul Rahman Ingat dulu dlm syampoo ada alkohol, sampai pernah ada org ckp pakai syampoo adalah haram...lol 16 March at 18:08 Like

o

Ridwanul Ayshah Begam TQ for the explainantion.Siti Surayahani Abdul Rahman ..hang nie..ish ish.. :) 19 March at 08:38 Like

o

Silber Zulhairi terima kasih... skg dh phm dan tau ;) 30 March at 22:42 Like

o

Sofia Hood Boleh saya tanya jika Rice wine yg sll diletakkan dlm sushi, itu juga adalah dikira sbgai alkohol n haram betul? 30 March at 22:56 Like

o

Emi Wahid Bagaimana dgn cuka epal (apple vinegar) ? 30 March at 23:51 Like

o

Salbiah Hussain Apple cider ? 31 March at 01:07 Like

o

Humairah Shariff @ antara minyak wangi yg m'gandungi alcohol & balsamic vinegar yg digunakan sbg dressing dlm salad....balsamic vinegar lebih haram 31 March at 19:23 Like

o

Elias Breimo Mohd Syahir 16 April at 18:15 Like

o

Mohd Syahir oh ok dapat..tq. 17 April at 12:58 Like

o

Sahabat Halal Jakim Sofia Hood : Sushi tersebut juga najis, kerana rice wine adalah najis (alcohol fermentation adalah najis)... Emi Wahid : Cuka epal adalah halal... Salbiah Hussain : Apple cider adalah sejenis arak... 17 April at 21:02 Like

o

Sofia Hood Ok noted ;) . Tq 17 April at 21:18 Like

o

Salbiah Hussain SHJ, Tkasih atas jawapan... Saya melihat pada kandungan bahan apple cider vinegar yg terdpt di farmasi, tidak tercatat alcohol. Adakah cara pembuatannya yg menyebabkan ia menghasilkan arak? Mohon penjelasan... Tk..

18 April at 00:16 Like

o

rimA bagaimana enzim yg diambil drpd bakteria yang hanya terdapat di dalam usus khinzir, utk dijadikan pemangkin (katalis) dalam industri pemprosesan makanan? 19 April at 21:01 Like

o

Amiratun Nazihah kalu ribena? 28 April at 21:27 Like

o

Adam Sanaf SHJ..isu yang sangat penting untuk diberi jawapan pada seluruh umat islam ialah Esen vanilla daripada star brand yg dikilangkan di m'sia,adakah ianya halal?saya mendpt info yg setiap pembuatan vanilla extract mesti dicampur dgn alkohol dan ...See more 11 May at 15:03 Like 1

o

Nurul Izzan Zamzuri Salam ~ Saya agak keliru dengan penjelasan di atas.Apple vinegar halal, apple cider haram? Macamana dengan apple cider vinegar, yg diminum untuk tujuan membuang toksin dalam badan & mengurangkan berat badan? 18 May at 01:29 Like

o

Ida Ixora salam. tumpang tanya..ubat batuk ada alkohol.haram ke x??? 19 May at 23:43 Like

Write a comment...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0727&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_ Negeri&pg=dn_11.htm&arc=hive 21may2012 Malaysia Dan Negara OIC Perlu Hasilkan Farmakopia Halal KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malaysia dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bekerjasama menghasilkan farmakopia halal sebagai rujukan dalam pengeluaran ubatubatan bagi pengguna umat Islam di seluruh dunia. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Zhari Ismail berkata sehingga kini hanya lima negara iaitu Arab Saudi, Indonesia, Thailand, Filipina dan Britain yang menghasilkan farmakopia halal sebagai garis panduan dalam pengeluaran ubat-ubatan tersebut. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Konsep Halal dan Islam di dalam Ubat-Ubatan Menurut Perspektif Malaysia' pada Persidangan Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (Usim): 'Perubatan dan Kesihatan Halal Berkonsepkan Islam 2012' di sini. Persidangan dua hari itu yang bermula Sabtu dirasmikan Pengerusi Lembaga Pengarah Usim Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin. Zhari berkata rujukan kandungan ubat-ubatan yang terdapat di pasaran negara boleh dilakukan melalui Indeks Halal yang dijual di pasaran hasil kerjasama USM dan swasta. -- BERNAMA Produk(bukan premis)Frozen Yougurt Tutti Fruitti yang diimport daripada USA dan dikilangkan oleh WellSpring, Inc. mendapat pengesahan halal daripada Islamic Services of America (ISA) (Badan Islam yang diiktiraf oleh Jakim). Walaubagaimanapun, seperti mana lain2 premis makanan dan makanan segera yg lain, walaupun produk asalnya/main products telah mendapat pengesahan halal di kilang di negara pengeluar, premis tersebut tetap wajib memohon utk mendapatkan pengesahan Halal Malaysia. Ini bagi menjamin untuk mencapai tahap halalan toyyiba.. From farm to table... Permohonan Pensijilan Halal Malaysia bagi premis Tutti Fruitti sedang dalam proses permohonan di Hub Halal Jakim :) M'sia Berada Pada Kedudukan Baik Menjadi Hab Halal Global Menjelang 2020 KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan untuk menjadi hab halal dunia menjelang 2020, berikutan perkembangan di dalam pembangunan ekosistem halal, iaitu

penerimaan persijilan halal Malaysia, peneraju dunia di dalam industri kewangan perbankan Islam dan ekosistem halal serta peningkatan pengiktirafan produk makanan yang boleh digunakan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata Malaysia kini berada pada platform yang betul dan mahu mempercayai bahawa negara ini sudah pun mencapai tahap itu di segi konsep, produk, idea peralatan dan persijilan. "Cabaran terbesar ialah standard global," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Minggu Halal Malaysia 2012 hari ini. Minggu Halal Malaysia mengandungi tiga acara, iaitu Pameran Halal Antarabangsa, Sidang Kemuncak Penyelidikan Halal Sedunia 2012 dan Forum Halal Sedunia. Semasa berucap sebelum itu, Mustapa berkata fokus pada keperluan dan keperluan memupuk inovasi dan penyelidikan, khususnya meneroka kemungkinan membangunkan produk baharu dan alternatif bagi industri halal adalah penting dan dialu-alukan. Katanya industri kewangan Islam tempatan kini berupaya sepenuhnya menyokong keperluan pembiayaan industri halal. Kini terdapat 4,758 syarikat persijilan halal di negara ini, di mana kira-kira 700 daripadanya aktif mengeksport barangan dan perkhidmatan buatan Malaysia. "Nilai eksport pada tahun lepas ialah RM35 bilion, iaitu satu angka yang tidak termasuk minyak sawit mentah dan yang mewakili 5.0 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan sebanyak RM694 bilion," katanya. Mustapa berkata berikutan pertubuhan pantas produk dan perkhidmatan halal, adalah penting untuk mempunyai institusi dan amalan yang boleh memandu dengan betul pembangunan dan amalan halal dan Malaysia telah berusaha berterusan memacu pertumbuhan di dalam industri ini. -- BERNAMA

E-CODES HARAM?by Sahabat Halal Jakim on Wednesday, 28 December 2011 at 23:08 ISU KOD 'E' DALAM RAMUAN MAKANAN DAN MINUMAN

Ramai yg bertnya..Mengapa produk makanan yg ada kod E spt e471 dan e476 tetapi mempunyai logo halal Malaysia?

Penjelasan :

Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod E, pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu dan masih tersebar hingga ke hari ini..

Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian ke atas bahan campuran makanan ber kod E itu.

Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Pelbagai pihak, pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (persoalannya: yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu sahaja.

CUBA ANDA GOOGLE SEARCH : Dr. M. Amjad Khan Medical Research Institute United State - UNTUK LEBIH JELAS :)

Definasi E -Code ialah : E numbers are codes for food additives that have been assessed for use within the European Union (the "E" prefix stands for "Europe").[1] They are commonly found on food labels throughout the European Union.[2] Safety assessment and approval are the responsibility of the European Food Safety Authority. - sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/E_number

Kembali kepada isu yang dibangkitkan oleh Dr. M. Amjad Khan:

Dibawah ini terdapat senarai E-Codes yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi.

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920

Kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:

Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.

E110: dari sumber chemical

E120: dari summer serangga

E140: dari sumber tumbuhan

E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet

E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.

E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E234: Nisin; dari sumber microbe.

E280: Propionic Acid dari sumber chemical.

Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:

E153: carbon black(Bahan pewarna).. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan

E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan Halal Malaysia dan badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf, bahan-bahan kritikal dari aspek halal tersebut akan dipastikan mempunyai sijil halal dan spesifikasi yang menunjukkan sumber hasil bahan tersebut terlebih dahulu atau dihantar untuk ujian makmal di Jabatan Kimia Malaysia sebelum disahkan halal.

Jelasnya, tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi tetapi tumbuhan juga ada. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap bodoh dan mudah dipermainkan dengan isu sebegini.

Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak

ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan dipermainkan oleh pihak-pihak berkepentingan.

Bahan ramuan yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).

Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.

Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.

Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi lard, lemak lembu beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.

Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.

Manfaat ini TIDAK TERHAD kepada babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).

Sekali lagi dijelaskan : Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Pelbagai pihak pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.

Untuk menentukan sumber apa asalnya bagi produk yang dilabelkan ramuan dengan kod E, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Yang paling penting Pastikan Ada Logo Halal Malaysia... Semak Direktori halal atau minta sijil halal dari pengeluar/pengedar.

Waallahu'alam

FINE BONE CHINAby Sahabat Halal Jakim on Friday, 2 March 2012 at 09:00 Fatwa Berkaitan Pinggan Mangkuk Berasaskan Serbuk Tulang (Bone Ash)

Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 20 Rabiul Akhir 1431 bersamaan 5 April 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.

-Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang babi adalah tidak harus mengikut hukum syara' dan wajib ditinggalkan penggunaannya.

-Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang tidak halal dimakan selain daripada babi juga tidak harus digunakan.

-Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang halal dimakan tetapi tidak disembelih juga tidak harus digunakan.

-Manakala perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang haiwan yang halal dimakan yang telah disembelih adalah harus digunakan mengikut hukum syara'.

-Fatwa ini hanya terlaksana dengan adanya pembuktian saintifik yang jelas terhadap bahan kandungan pinggan mangkukk tersebut.

-Walaupun belum terdapat pembuktian secara saintifik dengan bahan kandungan, umat islam dinasihatkan supaya tidak menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang untuk mengelakkan keraguan. Ini berdasarkan hadis Rasullullah SAW :

Tinggalkanlah apa yang meraguka kamu kepada apa yang tidak meragukan. (Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasai)

-Larangan penggunaan pinggan mangkuk yang tertera di atas adalah berasaskan konsep AlIhtiyat (berhati-hati) demi menjamin kesucian melaksanakan ibadah dalam kehidupan ".