2. sarjana muda sains gunaan (perikanan)

44
PUSAT PENGAJIAN Sains Perikanan dan Akuakultur PANDUAN PENGAJIAN SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PERIKANAN) SARJANA MUDA SAINS AGROTEKNOLOGI (AKUAKULTUR) SESI 2015/2016 www.fisha.umt.edu.my https://www.facebook.com/fisha.umt

Upload: vodan

Post on 03-Jan-2017

282 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

PUSAT PENGAJIANSains Perikanan dan Akuakultur

PANDUAN PENGAJIANSARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PERIKANAN)

SARJANA MUDA SAINS AGROTEKNOLOGI (AKUAKULTUR)SESI 2015/2016

w

ww.

fisha

.um

t.edu

.my

ht

tps:

//ww

w.fa

cebo

ok.c

om/fi

sha.

umt

Page 2: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)
Page 3: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

PANDUAN PROGRAM SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PERIKANAN)SARJANA MUDA SAINS AGROTEKNOLOGI (AKUAKULTUR)

SESI 2015/2016Pusat Pengajian Sains Perikanan dan AkuakulturUniversiti Malaysia Terengganu

Pusat Pengajian Sains Perikanan dan AkuakulturUniversiti Malaysia TerengganuMengabang Telipot21030 Kuala Terengganu

Telefon : 609-668-5038/5001/5009/5154/5003Faks : 609-668-5002Laman Web : www.fisha.umt.edu.myFacebook : https://www.facebook.com/fisha.umt

Maklumat di dalam buku ini adalah benar pada masa ianya dicetak. Pihak Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur berhak meminda kandungan mana-mana bahagian buku ini tanpa memberitahu terlebih dahulu.

Page 4: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

FALSAFAHIlmu dan amal yang berpadu berlandaskan keimanan kepada Allah adalah tonggak kepada usaha universiti

menyediakan modal insan yang berwibawa untuk kelestarian sejagat

VISIUniversiti berfokus marin terunggul dalam negara dan

disegani di peringkat global

MISIMenjana ilmu untuk kesejahteraan masyarakat dan

kelestarian alam

PUSAT PENGAJIANSAINS PERIKANAN DAN AKUAKULTUR

VISIPusat Pengajian Terunggul yang Berfokus dalam Bidang

Perikanan dan Akuakultur

MISIMenjana Ilmu ke arah Kelestarian Sumber Perikanan dan

Akuakultur Demi Kesejahteraan Sejagat

SLOGANIkan Untuk Semua

"Fish for All"

i

Page 5: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

ii

Maklumat lanjut mengenai program pengajian sarjana muda di Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur, sila hubungi;

Dr. Shahreza bin Md. SheriffPengerusi Program

Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur)

Pusat Pengajian Sains Perikanandan Akuakultur

Universiti Malaysia Terengganu21030 Kuala TerengganuTerengganu Darul Iman

Tel: 609-668 4539Email: [email protected]

Faks: 609 - 668 5002

Prof. Madya Dr. Hii Yii SiangPengerusi Program

Sarjana Muda Sains Gunaan(Perikanan)

Pusat Pengajian Sains Perikanandan Akuakultur

Universiti Malaysia Terengganu21030 Kuala TerengganuTerengganu Darul ImanTel: 609-668 5186/5017Email: [email protected]

Faks: 609 - 668 5002

atau

Jabatan Pengurusan AkademikBangunan Pusat Pengajian Siswazah

Universiti Malaysia Terengganu21030 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

Tel: 09 - 668 4532/ 4219Faks: 09 - 668 4143

Laman Web: www.umt.edu.my

Page 6: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

KALENDAR AKADEMIKPROGRAM SARJANA MUDA

SEMESTER I SESI 2015/2016

AKTIVITI TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Pelajar Baharu Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2015/2016 dan Minggu Jalinan Mesra (MJM)

1 Sept 2015 5 Sept 2015 5 hari

Kuliah 6 Sept 2015 7 Nov 2015 9 minggu

Cuti Pertengahan Semester 8 Nov 2015 14 Nov 2015 1 minggu

Kuliah 15 Nov 2015 19 Dis 2015 5 minggu

Cuti Ulangkaji/Cuti Khas 20 Dis 2015 26 Dis 2015 1 minggu

Peperiksaan Akhir 27 Dis 2015 16 Jan 2016 3 minggu

Cuti Antara Semester 17 Jan 2015 13 Feb 2016 4 minggu

SEMESTER II SESI 2015/2016

AKTIVITI TARIKH TEMPOH

Kuliah 14 Feb 2016 2 April 2016 7 minggu

Cuti Pertengahan Semester 3 April 2016 9 April 2016 1 minggu

Kuliah 10 April 2016 28 Mei 2016 7 minggu

Cuti Ulangkaji/Cuti Khas 29 Mei 2016 4 Jun 2016 1 minggu

Peperiksaan Akhir 5 Jun 2016 25 Jun 2016 3 minggu

Cuti Panjang 26 Jun 2016 3 Sept 2016 10 minggu

iii

Page 7: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

iv

HARI KELEPASAN AM TARIKH

Hari Malaysia 16 September 2015

Hari Raya Aidiladha 24 & 25 September 2015

Maal Hijrah/Awal Muharam 1437H 14 Oktober 2015

Hari Deepavali 10 November 2015

Maulidur Rasul 24 Disember2015

Hari Krismas 25 Disember 2015

Tahun Baru Cina 8 & 9 Februari 2016

Cuti Hari Pekerja 1 Mei 2016

Cuti Hari Wesak 21 Mei 2016

Hari Kelepasan Am Negeri 22 Mei 2016 (Ahad)

Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong 4 Jun 2016

Hari Kelepasan Am Negeri 5 Jun 2016

Nuzul Al-Qu’ran 22 Jun 2016

Hari Raya Aidilfitri 7 & 8 Julai 2016

Page 8: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Aluan Dekan.mag

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh and Salam Sejahtera,

Tahniah dan syabas saya rakamkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baharu yang telah berjaya dan terpilih menyambung pengajian di menara gading di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), medan menimba ilmu dan sekali gus menjadi warga Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur (PPSPA).

Kami di PPSPA berhasrat melahirkan pelajar, pemimpin dan pakar yang berwibawa dalam pelbagai bidang perikanan dan akuakultur. Justeru, saya menyeru agar pelajar perlu lebih bersedia, berusaha dan mempunyai jati diri untuk mengejar cita-cita supaya kecemerlangan dan kemahiran dalam bidang ilmu direalisasikan. Justeru, mahasiswa dan mahasiswi sekalian mengatur strategi dan melestarikan tekad agar mercu kecemerlangan dapat didakap.

Seluruh warga PPSPA mengalu-alukan anda semua mahasiswa dan mahasiswi baharu ke Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur, UMT.

Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) dan Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) menyajikan satu pakej program pengajian yang membolehkan graduannya untuk berdaya saing dan berkemampuan untuk menempuh alam pekerjaan dalam bidang perikanan dan akuakultur serta menghadapi cabaran alaf baru ini. Saya yakin, melalui penyusunan program pengajian yang sistematik dan pengalaman yang akan ditimba sepanjang tempoh pengajian di PPSPA, ianya akan memberikan banyak kesan positif dan impak, serta mengubah minda dan tanggapan pelajar mengenai bidang perikanan dan akuakultur.

Semoga di akhir pengajian nanti semua mahasiwa dan mahasiswi memperolehi keputusan yang cemerlang disamping pengalaman berharga dapat dikongsi bersama teman dan keluarga. Saya juga menggalakkan agar graduan program ini untuk terus menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan seterusnya diperingkat Doktor Falsafah di PPSPA. Peluang dan ruang sebegini perlu dimanfaatkan agar PPSPA bakal melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang perkanan dan akuakultur.

‘Fish for All’

Terima Kasih

Prof. Dr. Mazlan Abd. GhaffarDekanPusat Pengajian Sains Perikanan dan AkuakulturUniversiti Malaysia Terengganu1 September 2015

v

Page 9: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

KANDUNGAN Muka Surat

LATAR BELAKANG PUSAT PENGAJIAN • Pendahuluan• Objektif dan Rasional Penubuhan Pusat Pengajian

1

1.0 PENTADBIRAN PUSAT PENGAJIAN 4

2.0 AHLI AKADEMIK 5

3.0 PENGURUSAN MAKMAL 8

4.0 SISTEM AKADEMIK 9

4.1 Sistem Semester4.2 Jam Kredit4.3 Keperluan Jam Kredit untuk bergraduat 4.4 Kurikulum Pengajian4.5 Pemilihan Taraf Kursus4.6 Lain-lain

5.0 SISTEM BIMBINGAN SISWA 11

5.1 Pengenalan5.2 Matlamat dan Objektif5.3 Tugas Penasihat Akademik5.4 Perlaksanaan

6.0 SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PERIKANAN) 12

6.1 Matlamat dan Hasil Pembelajaran6.2 Syarat Kemasukan6.3 Kategori Kursus Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)6.4 Skema Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)6.5 Pengecualian Kursus

7.0 SARJANA MUDA SAINS AGROTEKNOLOGI (AKUAKULTUR) 17

7.1 Matlamat dan Hasil Pembelajaran7.2 Syarat Kemasukan7.3 Kelayakan Bahasa Inggeris7.4 Maklumat Umum7.5 Kategori Kursus Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur)7.6t Skema Program Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur)

8.0 PENGECUALIAN KURSUS 22

9.0 SINOPSIS KURSUS 24

10.0 DIREKTORI 31

vi

Page 10: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

LATAR BELAKANGUNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANUUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah. Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).

Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate). Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Pertanian Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Julai 1999. KUT adalah Kampus bersekutu UPM dan pelajar akan dikurniakan ijazah dari UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi sebagai Kolej Universiti Terengganu pada 1 Mei 2001. Pada 1 Julai 2001 KUT dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM.

Bermula pada 1 Februari 2007 bersamaan 13 Muharam 1428 H, tercipta satu lagi sejarah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dalam usaha mengukuhkan kedudukan IPTA Negara, enam buah Kolej Universiti telah melalui penjenamaan semula kolej-kolej universiti. Kini KUSTEM di kenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.

1

Page 11: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERIKANAN DAN AKUAKULTURPembentukan Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur (School of Fisheries And Aquaculture Sciences) bermula pada 1 Disember 2013. Ini adalah rentetan daripada transformasi akademik yang dilakukan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu. Sejarahnya ia bermula, dengan nama Fakulti Perikanan dan Akua Industri melalui kelulusan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia melalui Surat daripada Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) bertarikh 30 September 2011 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2012.

Pusat Pengajian ini merangkumi disiplin ilmu yang pelbagai dimana menggabungkan bidang sains, teknologi, pengurusan dan keusahawanan yang bakal menghasilkan graduan berdaya saing ke peringkat global.

Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur menawarkan program pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana Sains (Kerja Kursus), Sarjana Sains (Struktur Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Struktur Penyelidikan). Program-program berkenaan adalah seperti berikut :

1. Diploma Perikanan2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)3. Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur)4. Sarjana Sains Akuakultur (Kerja Kursus)5. Sarjana Sains Perikanan Tropika Lestari (Kerja Kursus)6. Sarjana Sains (Struktur Penyelidikan)7. Doktor Falsafah (Struktur Penyelidikan)

Penawaran program-program dalam bidang perikanan dan akuakultur adalah langkah pragmatik ke arah memenuhi permintaan tenaga kerja. Pusat Pengajian ini berhasrat membangunkan sumber manusia terlatih dalam bidang perikanan dan akuakultur, mampu bersaing, jati diri dan berakhlak mulia bagi menampung keperluan tenaga kerja.

Pusat Pengajian ini akan dapat memainkan peranannya dari aspek penguasaan pelbagai ilmu dan kemahiran sains gunaan dan agroteknologi, pengajaran dan pembelajaran, melalui pendekatan, kaedah dan penemuan terkini selaras dengan dasar kerajaan dan aspirasi rakyat.

Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur terletak di kampus Universiti Malaysia Terengganu di Mengabang Telipot, 25 kilometer dari Kuala Terengganu dan 10 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

2

Latar belakang UMT& Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur

Page 12: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

OBJEKTIF PENUBUHAN

1.1 Menghimpunkan kepakaran dalam bidang ilmu sains perikanan dan akuakultur di bawah satu organisasi serta menyediakan peluang yang baik ke arah penyepaduan dan pengukuhan jaringan;

1.2 Menawarkan program pengajian yang berkualiti untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan dalam bidang sains perikanan dan akuakultur;

1.3 Menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan menerusi penyelidikan fundamental dan eksploratori;

1.4 Menyediakan kemudahan dan fasiliti terkini bagi menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kesarjanaan; dan

1.5 Menghasilkan graduan yang bertanggungjawab, berilmu, berkeyakinan dan berketrampilan.

RASIONAL PENUBUHAN

1. Pembentukan Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur adalah menerusi himpunan ahli-ahli akademik dalam bidang ilmu sains perikanan dan akuakultur di pelbagai peringkat di bawah satu organisasi yang memiliki kekuatan dan potensi untuk memacu perkembangan dan kecemerlangan ilmu berkenaan.

2. Pembentukan Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur juga bermatlamat untuk membangunkan dan menawarkan program pengajian tempatan dan antarabangsa terpilih yang berfokus dan berkualiti di peringkat Diploma, Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan berdasarkan bidang tujahan UMT.

3. Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur akan memberi kelebihan kepada Universiti dalam memperkasa urus tadbir pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik menerusi kesatuan ilmu di bawah satu organisasi berbanding dengan kepelbagaian disiplin ilmu di bawah sektor kluster. Menerusi pembentukan pusat pengajian ini, urusan seperti kewangan, kemudahan dan lain-lain keperluan sumber dapat diuruskan dengan lebih berfokus mengikut sesuatu bidang ilmu.

4. Penubuhan Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur ini juga menggalakkan proses bimbingan dan mentoran dalam suasana kondusif seterusnya mempercepatkan proses perkembangan bidang kepakaran ilmu, program pengajian, bakat akademik dan seterusnya universiti secara holistik.

5. Penubuhan Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur ini turut akan menyokong dan mengukuhkan kedudukan UMT dalam bidang tujahan sains kelautan dan akuatik baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

3

Page 13: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

1.0 PENTADBIRAN PUSAT PENGAJIAN SAINS PERIKANAN DAN AKUAKULTUR

DEKANPUSAT PENGAJIAN

SAINS PERIKANAN DAN AKUAKULTUR

PROF. DR. MAZLAN ABD. GHAFFAR

TIMBALAN DEKANAKADEMIK & PELAJAR PROF. DR. ABOL MUNAFI BIN AMBOK BOLONG

TIMBALAN DEKANBAKAT & PENYELIDIKAN PROF. DR. NAJIAH BINTI MUSA @ ZAKARIA

PENGERUSI PROGRAM SARJANA SAINS AKUAKULTUR

(KERJA KURSUS)PROF. DR. ABOL MUNAFI BIN AMBOK BOLONG

PENGERUSI PROGRAMSARJANA MUDA SAINS

AGROTEKNOLOGI (AKUAKULTUR)

DR. SHAHREZA BIN MD. SHERIFF

PENGERUSI PROGRAMSARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PERIKANAN)

PROF. MADYA DR. HII YII SIANG

PENGERUSI PROGRAMDIPLOMA PERIKANAN DR. NUR ASMA BINTI ARIFFIN

KETUA PENTADBIRANPUSAT PENGAJIAN

SAINS PERIKANAN DAN AKUAKULTUR

EN. ZUL-ATFI BIN HASHIM

4

Pentadbiran Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur

Page 14: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

Profesor

Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar BSc. (UPM), MSc. (University of Newcastle), PhD. (University of Wales)Bidang : PerikananKepakaran : Biologi IkanPengkhususan : Iktiologi, Tabiat Ikan, Fisiologi IkanTelefon : 609 668 5153Email : [email protected]

Prof. Emeritus Dr. Mohd Azmi bin AmbakBSc. (Malaya), MSc. (Salford), PhD. (UPM)Bidang : PerikananKepakaran : Biologi Ikan & EkologiPengkhususan : Penilaian Stok Perikanan,

Pengurusan Perikanan, Taksonomi Ikan

Telefon : 609 668 5016Email : [email protected]

Prof. Emeritus Dr. Faizah binti Mohd Shaharom B.Sc. (Hons.) (Queensland), Ph.D. (Stirling)Bidang : ZoologiKepakaran : Parasitologi, Biologi MarinPengkhususan : Parasitologi Ikan, Penyakit IkanTelefon : 609 668 5013Email : [email protected]

Prof. Dr. Anuar bin HassanBSc. (Hons.) (Malaya), MSc., PhD. (Nagasaki) Bidang : AkuakulturKepakaran : Teknologi Pembenihan IkanPengkhususan : Pembenihan IkanTelefon : 609 668 4507Email : [email protected]

Prof. Dr. Mohd Effendy Abd. WahidDAHP, DVM, Ph.D (UPM)Bidang : VeterinarKepakaran : Immunologi, HistologiPengkhususan : Immunopatologi, VaksinologiTelefon : 609 668 5160Email : [email protected]

Prof. Dr. Abol Munafi bin Ambok BolongBSc. (UPM), MSc. (Kochi), PhD. (Ehime)Bidang : Akuakultur Kepakaran : Teknologi PenetasanPengkhususan : Pembiakan Ikan,

Pemeliharaan LarvaTelefon : 609 668 4868Email : [email protected]

Prof. Dr. Najiah binti Musa @ ZakariaD.V.M, PhD. (UPM)Bidang : VeterinarKepakaran : MikrobiologiPengkhususan : Kesihatan Haiwan Akuatik,

BakteriologiTelefon : 609 668 5195/5035Email : [email protected]

Profesor Madya

Prof. Madya Dr. Hii Yii SiangBSc., PhD. (UPM)Bidang : Sains MarinKepakaran : Kajian PencemaranPengkhususan : Pengurusan Kualiti Air & Sedimen,

Pencemaran LautTelefon : 609 668 5017/5186Email : [email protected]

Prof. Madya Dr. Wan Muhamad Amir bin W. AhmadBSc., MSc., PhD. (USM)Bidang : BiostatistikKepakaran : Statistik GunaanPengkhususan : Model LinearTelefon : 609 668 5061Email : [email protected]

Pensyarah

Dr. Shahreza bin Md. SheriffBSc., MSc. (UPM), PhD. (UKM)Bidang : PerikananKepakaran : Genetik IkanPengkhususan : Penambahbaikan Genetik IkanTelefon : 609 668 4539Email : [email protected]

Dr. Nur Asma binti AriffinBSc., MSc. (UPM), PhD. (UKM)Bidang : PerikananKepakaran : Genetik IkanPengkhususan : Genomik IkanTelefon : 609 668 4538Email : [email protected]

Dr. Muhd Danish Daniel bin AbdullahBSc.(Hons.), PhD. (UKM)Bidang : Sains KelautanKepakaran : Mikrobiologi Marin & BioteknologiPengkhususan : Ekogenomik MikrobTelefon : 609 668 5032Email : [email protected]

5

2.0 AHLI AKADEMIK

Page 15: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Dr. Nadirah binti MusaBSc., MSc. (UKM), PhD. (Stirling)Bidang : BiologiKepakaran : Fisiologi IkanPengkhususan : Eko Fisiologi AkuatikTelefon : 609 668 5036Email : [email protected]

Dr. Nurul Ulfah binti KarimBSc. (KUSTEM), PhD. (Queen’s University, Belfast)Bidang : PerikananKepakaran : Perikanan Pasca TuaiPengkhususan : Keselamatan dan Kualiti

Makanan LautTelefon : 609 668 5022Email : [email protected]

Dr. Seah Ying GiatBSc. (Hons.), MSc., PhD. (UKM)Bidang : Sains KelautanKepakaran : Taksonomi IkanPengkhususan : Taksonomi Ikan MarinTelefon : 609 668 5021Email : [email protected]

Dr. Noordiyana binti Mat NoordinBSc. (KUSTEM), PhD. (James Cook)Bidang : AkuakulturKepakaran : Pemakanan AkuakulturPengkhususan : Fisiologi PemakananTelefon : 609 668 5024Email : [email protected]

Dr. Nor Omaima binti HarunBSc. (UPM), MSc., PhD. (Aberdeen)Bidang : ZoologiKepakaran : ImmunologiPengkhususan : Immunologi IkanTelefon : 609 668 3387/ 5047Email : [email protected]

Dr. Wan Mohd Rauhan bin Wan HussinBSc. (UPM), MSc. (UMT), PhD. (St. Andrews)Bidang : PerikananKepakaran : Ekologi BentikPengkhususan : Komuniti Bentik & Kefungsian

EkosistemTelefon : 609 668 5026Email : [email protected]

Dr. Nor Fazliyana binti Mahtar @ MohtarBSc. (UMT), PhD. (Auckland)Bidang : AkuakulturKepakaran : Kimia MakananPengkhususan : Produk Perikanan SampinganTelefon : 609 668 4540Email : [email protected]

Dr. Mok Wen JyeBSc., MSc. (UMS), PhD. (Kinki)Bidang : AkuakulturKepakaran : Keselamatan Makanan LautPengkhususan : Pencemaran Logam BeratTelefon : 609 668 4998Email : [email protected]

Dr. Sharifah Noor Emilia binti Syed Jamil FadaakBsc. (UMS), MSc., PhD. (Kinki)Bidang : AkuakulturKepakaran : Mikrobiologi AkuatikPengkhususan : Ekologi Mikrob AkuatikTelefon : 609 668 4918Email : [email protected]

Dr. Tan Min PauBSc., PhD. (USM)Bidang : BiologiKepakaran : Ekologi MolekularPengkhususan : Ekologi EvolusiTelefon : 609 668 4917Email : [email protected]

Dr. Ivan Koh Chong ChuBSc., MSc. (UMS), PhD. (Kinki)Bidang : AkuakulturKepakaran : Teknologi Penghasilan BenihPengkhususan : Pengawetankrio SpermaTelefon : 609 668 5037Email : [email protected]

Dr. Sharifah Rahmah binti Syed MuhammadBSc., MSc. (USM), PhD. (Kinki)Bidang : BiologiKepakaran : AkuakulturPengkhususan : Penghasilan BenihTelefon : 609 668 5043Email : [email protected]

Dr. Tun Nurul Aimi binti Mat JaafarBSc. (UMT), PhD (Bangor)Bidang : AkuakulturKepakaran : Ekologi MolekularPengkhususan : Struktur Genetik PopulasiTelefon : 609 668 5033Email : [email protected]

Dr. Sandra Catherine A/P ZainathanBSc. (Hons.) (KUSTEM), PhD. (UTAS)Bidang : PerikananKepakaran : Virologi AkuatikPengkhususan : Virologi MolekularTelefon : 609 668 5028Email : [email protected]

6

Ahli Akademik

Page 16: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

Dr. Rumeaida binti Mat PiahDip. (UPM), BSc. (KUSTEM), PhD. (SCU)Bidang : PerikananKepakaran : Populasi Dinamik IkanPengkhususan : Pengurusan PerikananTelefon : 609 668 5025Email : [email protected]

Dr. Siti Ariza binti AripinBSc. (UMT), MSc. (UMT), PhD. (KU)Bidang : AkuakulturKepakaran : FisiologiPengkhususan : Fisiologi Pembiakan IkanTelefon : 609 668 5074Email : [email protected]

Pensyarah Antarabangsa

Dr. Helena KhatoonBSc., MSc. (Bang. Agril. Univ.), PhD. (UPM)Bidang : PerikananKepakaran : Pengeluaran MikroalgaPengkhususan : Penggunaan MikroalgaTelefon : 609 668 5027Email : [email protected]

Dr. Md. Abdul KaderBSc., MSc. (Bang. Agril. Uni.), MSc., PhD. (Kagoshima)Bidang : PerikananKepakaran : Pemakanan Haiwan AkuatikPengkhususan : Teknologi Pemakanan AkuakulturTelefon : 609 668 5034Email : [email protected]

Dr. Laith A Abdul RazzakBSc., MSc. (Baghdad), PhD. (UMT)Bidang : VeterinarKepakaran : MikrobiologiPengkhususan : BakteriologiTelefon : 609 668 5030Email : [email protected]

Dr. Md. AsaduzzamanBSc., MSc. (Bang. Agril. Uni.), MSc., PhD. (Tokyo, Wageningen)Bidang : PerikananKepakaran : Pengurusan Sistem KulturPengkhususan : Pembinaan & Pertumbuhan

Otot Ikan Telefon : 609 668 5041Email : [email protected]

Dr. Shumpei IehataBSc., MSc., PhD (Mie) Bidang : BiologiKepakaran : Mikrobiologi PersekitaranPengkhususan : Mikrobiologi AkuatikTelefon : 609 668 5042Email : [email protected]

Tutor

Wan Nurul Nadiah binti Wan Rasdi (Cuti Belajar)BSc., MSc. (UMT)Bidang : AkuakulturKepakaran : Kultur Makanan HidupEmail : [email protected]

Lokman Nor Hakim bin Norazmi (Cuti Belajar)BSc. (KUSTEM), MSc. (UMT)Bidang : AkuakulturKepakaran : Fisiologi Pembiakan (Ikan)Telefon : 609 668 3805Email : [email protected]

Roslizawati binti Ab. Lah (Cuti Belajar)BSc. (KUSTEM)., MSc. (Bergen)Bidang : AkuakulturKepakaran : Immunologi (Moluska)Email : [email protected]

Felo Akademik

Mohd Fazrul Hisam bin Abd. Aziz (Cuti Belajar)Dip., BSc. (UMT), MSc. (UTM)Bidang : PerikananKepakaran : Teknologi Peralatan Perikanan,

Pengurusan Sumber Laut dan Pesisir

Email : [email protected]

Nurul Aqilah binti Iberahim (Cuti Belajar)BSc. (UMS), MSc. (UMT)Bidang : AkuakulturKepakaran : Mikologi IkanEmail : [email protected]

7

Page 17: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Ketua BahagianPengurusan Akuakultur

En. Rohisyamuddin bin Othman Dip. Fish., BSc. (UPM), MSc. (UMT)Telefon : 609 668 5008Email : [email protected]

Pegawai Perikanan

En. Kamarul Azwan bin KadirDip. Fish., BSc. (UPM)Telefon : 609 668 5006Email : [email protected]

En. Mohd Noor Azman bin SenuDip. Fish. BSc. (UPM)Email : [email protected]

En. Khairul Anuar bin KamarudinB.Applied Sc. (UMT)Telefon : 609 668 3643Email : khairul¬[email protected]

En. Mohd. Azman b. YusoffB.Applied Sc. (UMT)Telefon : 609 668 5056Email : [email protected]

Ketua BahagianPengurusan Perikanan

En. Baharim bin MustapaDip. Fish., BSc. (UPM)Telefon : 609 668 5005Email : [email protected]

Pegawai Sains

Pn. Suzana binti SukriB.Applied Sc. (USM)Telefon : 609 668 5007Email : [email protected]

Mohd Shahrizan Azrul Bin AzizB.Applied Sc. (UMT)Telefon : 609 668 5040Email : [email protected]

8

Pengurusan Makmal

3.0 PENGURUSAN MAKMAL

Page 18: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

4.0 SISTEM AKADEMIK

4.1 Sistem Semester

Sesi pengajian 2015/2016 di UMT bagi program Sarjana Muda Sains Perikanan bermula pada 1 September 2015 dan tamat pada 3 September 2016.

Setiap sesi tahun pengajian mempunyai 2 semester iaitu Semester I dan Semester II yang masing-masingnya mempunyai 17 minggu pengajian iaitu 14 minggu kuliah dan 3 minggu peperiksaan.

4.2 Jam Kredit

Semua kursus, satu jam kuliah seminggu diberi nilai satu kredit. Kelas amali yang selalunya memerlukan 3 jam seminggu di dalam makmal atau ladang juga diberi nilai satu kredit. Oleh yang demikian satu kursus yang diberi nilai 3 kredit boleh mengandungi:

3 jam kuliah seminggu atau

2 jam kuliah + 3 jam amali seminggu atau

1 jam kuliah + 6 jam amali seminggu atau

9 jam amali seminggu

Bagi mendapatkan taraf pelajar sepenuh masa, pelajar mestilah mendaftar sekurang-kurangnya 12 jam kredit kecuali bagi pelajar semester akhir pengajiannya. Jumlah kredit maksimum adalah 24 jam kredit. Pendaftaran melebihi jumlah maksimum perlu mendapat persetujuan Dekan PPSPA.

Jumlah jam kredit minimum yang perlu didaftar untuk setiap semester adalah 12 jam kredit kecuali pada semester terakhir pengajian.

4.3 Keperluan jam kredit untuk bergraduat

Jumlah minimum jam kredit untuk bergraduat bagi program Sarjana Muda Sains Perikanan sebanyak 120 jam kredit.

4.4 Kurikulum Pengajian

Kurikulum adalah sebagai nadi kepada program pembelajaran yang dibentuk dengan mengambilkira matlamat dan falsafah universiti iaitu untuk mengeluarkan graduan yang berwibawa dan dapat menyesuaikan diri dalam berbagai keadaan, berguna kepada masyarakat dan lebih-lebih lagi berpengetahuan, mempunyai kemahiran dan kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan.

Bagi pelajar yang gagal mana-mana kursus dan tidak sempat mengulang kursus tersebut dalam tempoh pengajiannya tetapi telah melengkapi syarat jumlah kredit minimum untuk bergraduat ataupun sebaliknya, pelajar tersebut perlu mengulang kursus tersebut dalam semester tambahan dengan hanya mengambil kursus tersebut sahaja. Pelajar tersebut tidak perlu memenuhi syarat minimum jumlah kredit per semester.

9

Page 19: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

4.5 Pemilihan Taraf Kursus

Pemilihan kursus oleh pelajar adalah dinasihatkan dirancang bersama dengan Pembimbing Siswa.

Setiap program pengajian di UMT mempunyai tiga komponen kursus:

i. Teras Universiti (Taraf : YW)

Teras universiti merupakan kursus-kursus yang wajib diambil oleh semua pelajar di UMT bagi melengkapkan para pelajar dengan pelbagai disiplin ilmu asas di samping ilmu dalam bidang pengkhususan masing-masing. Pelajar wajib lulus dalam kursus-kursus ini dengan minimum gred D. Pelajar yang gagal, mereka dikehendaki mengulang kursus tersebut

ii. Teras Program (Taraf : YW)

Kursus Teras Program adalah kursus-kursus yang ditawarkan berdasarkan keperluan program masing-masing. Kursus-kursus ini menjurus kepada pembinaan kepakaran pelajar di dalam bidang program pengajiannya. Pelajar wajib lulus dengan minimum gred D dan dikehendaki mengulang kursus sekiranya gagal.

iii. Elektif (Taraf : ELF)

Kursus Elektif (ELF) adalah kursus pilihan yang boleh dipilih oleh pelajar dari mana-mana pusat pengajian berdasarkan minat dan potensi masing-masing. Seseorang pensyarah boleh menghadkan bilangan pelajar yang mendaftar bagi kursus elektif mengikut sepertimana dipersetujui oleh pusat pengajian. Kursus Elektif akan diambil kira kreditnya dan diberikan mata nilaian.

4.6 Lain-lain

i. Yuran/Hutang

Pelajar yang masih berhutang atau yang tidak mempunyai jaminan pembiayaan tidak dibenarkan mendaftar.

ii. Kemaskini maklumat

Pelajar bertanggungjawab mengemaskinikan maklumat peribadi dari masa ke masa dan memberitahu pusat pengajian untuk tujuan rekod.

10

Sistem Akademik

Page 20: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

5.0 SISTEM BIMBINGAN SISWA

5.1 Pengenalan

Sistem Bimbingan Siswa di pusat pengajian ini telah bermula apabila terlaksananya kurikulum baru. Pembimbing Siswa ialah pegawai akademik yang memberi khidmat nasihat akademik dan beliau juga sebagai pembimbing kepada pelajar dalam masalah pembelajaran dan peribadi.

5.2 Matlamat dan Objektif

Matlamat dan objektif Sistem Bimbingan Siswa ialah untuk mewujudkan suatu saluran perhubungan bersistem bagi pelajar mengadukan masalah, khususnya dalam perkara akademik serta merapatkan perhubungan di antara pelajar dengan pensyarah pusat pengajian.

5.3 Tugas Penasihat Akademik

i. membantu pelajar memahami kurikulum, sistem semester, sistem pendaftaran, sistem peperiksaan dan pengecualian kursus.

ii. membantu pelajar merancang skema pengajian.

iii. membantu pelajar membuat pemilihan kursus.

iv. memberi nasihat untuk mengatasi masalah akademik pelajar.

v. mengenalpasti masalah berkaitan, yang boleh menimbulkan masalah akademik untuk dirujuk kepada pihak yang tertentu yang mempunyai kepakaran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

vi. menandatangani dan mengesahkan sijil dan sebarang dokumen mengenai akademik pelajar.

5.4 Perlaksanaan

Setiap pelajar PPSPA akan diagihkan oleh Pengerusi Program Pengajian kepada seorang Pembimbing Siswa. Setiap pelajar diwajibkan berjumpa terus dengan Pembimbing Siswa masing-masing untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat berkaitan hal ehwal akademik dan masalah berkaitan. Temujanji boleh dilakukan dengan Pembimbing Siswa mengikut kesesuaian masa Pembimbing Siswa berkenaan.

11

Page 21: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

6.0 SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PERIKANAN)

6.1 MATLAMAT DAN HASIL PEMBELAJARAN

MATLAMAT

Melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan yang komprehensif dari segi teori dan aplikasinya dalam bidang Sains Perikanan. Menyediakan graduan dalam berbagai cabang ilmu sains perikanan dengan menitikberatkan ilmu berkaitan eksploitasi sumber yang cekap, pengurusan sumber yang berkekalan dan penggunaan sumber dengan cara yang baik. Menyediakan tenaga kerja mahir dalam berbagai cabang ilmu sains perikanan bagi menampung bidang pekerjaan yang berkaitan dalam sektor awam dan swasta.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir program ini, graduan akan dapat:

1. Mengaplikasi ilmu pengetahuan dan latihan dalam bidang Perikanan Tangkapan bagi kelestarian sumber perikanan laut,

2. Berkomunikasi secara berkesan dan dapat bekerja secara kumpulan didalam menjalankan aktiviti berkaitan bidang perikanan komersial bagi menyokong pembangunan dan perkembangan bidang Perikanan terutamanya perikanan tangkapan dan akuakultur,

3. Berfikir secara kritis, berupaya menyelesaikan masalah dan menyumbang secara efektif bagi menyokong pembangunan dalam bidang perikanan terutamanya perikanan tangkapan dan akuakultur,

4. Menguasai kemahiran ICT serta kemahiran teknikal bagi membangun sektor perikanan moden,

5. Mengurus dan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang usahawan agroindustri dengan pendedahan kepada kemahiran pengurusan dan ekonomi melalui penawaran kursus-kursus pengurusan, keusahawanan dan latihan industri di agensi kerajaan dan awam,

6. Mengamalkan sikap beretika dan mempunyai tanggungjawab sosial serta rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara,

7. Mengamalkan sikap profesionalisme yang tinggi, mempunyai sikap yang positif, beretika dan dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja yang baru,

8. Berkemahiran untuk mencari, mengumpul dan mengurus maklumat berkaitan pembelajaran serta berkebolehan mengamalkan pembelajaran kendiri, dan

9. Mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.

12

Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Page 22: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

6.2 SYARAT KEMASUKAN

i) Syarat Am Universitia) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dengan mendapat kepujian dalam

Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai.

danb. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat

sekurang-kurangnya: i. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan ii. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.Atauc. Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat

sekurang-kurangnya PNGK 2.00;dand. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University

English Test (MUET).ii) Syarat Khas Kemasukan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

• Biologi• Fizik/ Kejuruteraan Fizik• Kimia/ Kejuruteraan Kimia• Matematik/ Kejuruteraan Matematik atau Matematik Tambahan/ Lanjutan

AtauMendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat Matrikulasi/ Asasi dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

• Biologi• Fizik/ Kejuruteraan Fizik• Kimia/ Kejuruteraan Kimia• Matematik/ Kejuruteraan Matematik atau Matematik Tambahan/ Lanjutan

6.3 KELAYAKAN BAHASA INGGERIS

Pelajar diwajibkan mendaftar kursus Bahasa Inggeris yang merupakan kursus teras universiti iaitu:i. Academic Writing Skills (BBB3101)ii. Public Speaking (BBB3102) daniii. English for Occupational Purposes (BBB3103)

6.4 MAKLUMAT UMUM

i. Pendaftaran kursus BBB3101 dan BBB3102, pelajar perlu memenuhi MUET iaitu mendapat Band 3, 4, 5 dan 6.

ii. Manakala bagi pelajar yang mendapat keputusan MUET Band 1 dan 2, diwajibkan mengikuti dan LULUS kursus pemulihan Bahasa Inggeris iaitu English for Academic Communication 1 (BBB2000)

iii. Kursus BBB3101 dan BBB3102 merupakan prasyarat kepada kursus BBB3103.

13

Page 23: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

6.3 KATEGORI KURSUS SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PERIKANAN)Teras Universiti (19 Jam Kredit)

Bil Kod Kursus Nama Kursus Jam Kredit

1 NCC 2000 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2

2 NCC2001 Hubungan Etnik 2

3 CCX XXXX Ko-Kurikulum 3

4 BBB 3101 Academic Writing Skills 3

5 NCC 2002 Kenegaraan Malaysia 3

6 BBB 3102 Public Speaking 3

7 BBB 3103 English for Occupational Purposes 3

8 MGM3103 Asas Keusahawanan 3 (3+0)

Jumlah 22

Teras Program (70 Jam Kredit)

Bil Kod Kursus Nama Kursus Jam Kredit

1 FIS3001 Sains Perikanan II 4 (3 + 1)

2 FIS3106 Mikrobiologi Persekitaran Akuatik 3 (2 + 1)

3 FIS3401 Botani Akuatik 3(2+1)

4 FIS3104 Biologi Invertebrat Akuatik 3 (2 + 1)

5 FIS3204 Ekologi Akuatik 4 (3+1)

6 FIS4501 Teknologi Peralatan Perikanan 3 (2 + 1)

7 FIS3102 Ekofisiologi 0rganisma Akuatik 3 (2 +1 )

8 FIS3002 Biostatistik Perikanan 3 (2 + 1)

9 FIS 3105 Iktiologi 4 (3+1)

10 FIS3501 Teknik Eksploitasi Sumber Akuatik 3 (2 + 1)

11 FIS4703 Pemprosesan Produk Akuatik 4 (3 + 1)

12 FIS3601 Dinamik Populasi Ikan II 3 (2 + 1)

13 FIS4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I 2 (0 + 2)

14 MNS2201 Prinsip Kepelautan dan Navigasi 3 (2 + 1)

15 FIS3801 Perancangan dan Penilaian Perikanan 4 (4 + 0)

16 AQU3301 Kesihatan Organisma Akuatik 4 (3 + 1)

17 FIS4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II 4 (0 + 4)

18 FIS4992A Latihan Industri 6 (0 + 6)

19 FIS3803 Keselamatan dan Kualiti Makanan Laut 4 (3 + 1)

Jumlah 67

14

Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Page 24: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

Elektif (31 Jam Kredit )

Bil Kod Kursus Nama Kursus Jam Kredit

1 XXX XXXX Elektif I 2

2 XXX XXXX Elektif II 2

3 XXX XXXX Elektif III 3

4 XXX XXXX Elektif IV 3

5 XXX XXXX Elektif V 3

6 XXX XXXX Elektif VI 3

7 XXX XXXX Elektif VII 3

8 XXX XXXX Elektif VIII 3

9 XXX XXXX Elektif IX 3

10 XXX XXXX Elektif X 3

11 XXX XXXX Elektif XI 3

Jumlah 31

Jumlah Keseluruhan Jam Kredit 120

Senarai Kursus ElektifPusat Pengajian Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)Kursus elektif yang ditawarkan oleh PPSPA bagi program Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) seperti berikut;

Bil Kod Kursus Nama Kursus Jam Kredit

1 FIS 3102 Ekofisiologi Organisma Akuatik 3 (2+1)

2 FIS 3201 Sains Tanah 3 (2+1)

3 FIS 3402 Perikanan Rekreasi II 3 (2+1)

4 FIS 3203 Pengurusan Kualiti Air untuk Akuakultur 3 (2+1)

5 FIS 3602 Pemuliharaan dan Pengurusan Sumber Perikanan 3 (2+1)

6 FIS 3802 Ekonomi Akuakultur 3 (3+0)

7 FIS 4101 Endokrinologi Organisma Akuatik 3 (2+1)

8 FIS 4502 Teknologi Kapal Perikanan 3 (2+1)

9 FIS 4704 Teknologi Pasca Panen Perikanan 3 (2+1)

10 FIS 4601 Bioinformatik dan Filogeni Molekul Organisma Akuatik 3 (2+1)

15

Page 25: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

6.4 SKEMA PENGAJIAN SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PERIKANAN)

Kod Kursus Semester 1 Jam Kredit Kod Kursus Semester 2 Jam

Kredit

NCC 2000 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2 NCC 2002 Kenegaraan Malaysia 3

NCC2001 Hubungan Etnik 2 BBB 3102 Public Speaking 3

XXX XXXX Ko-Kurikulum 3 FIS3104 Biologi Invertebrat Akuatik 3 (2 + 1)

BBB 3101 Academic Writing Skills 3 FIS3204 Ekologi Akuatik 4 (3+1)

FIS3001 Sains Perikanan II 4 (3 + 1) FIS4501 Teknologi Peralatan Perikanan 3 (2 + 1)

FIS3106 Mikrobiologi Persekitaran Akuatik 3 (2 + 1) XXX XXXX Elektif I 2

FIS3401 Botani Akuatik 3(2+1) XXX XXXX Elektif II 3

Jumlah Jam Kredit/Semester 20 Jumlah Jam Kredit/Semester 20

Kod Kursus Semester 3 Jam Kredit Kod Kursus Semester 4 Jam

Kredit

BBB 3103 English for Occupational Purposes 3 MGM3103 Asas Keusahawanan 3 (3+0)

FIS3102 Ekofisiologi 0rganisma Akuatik 3 (3+1) FIS4703 Pemprosesan Produk

Akuatik 4 (3 + 1)

FIS3002 Biostatistik Perikanan 3 (2 + 1) FIS3601 Dinamik Populasi Ikan II 3 (2 + 1)

FIS 3105 Iktiologi 4 (3+1) XXX XXXX Elektif V 3

FIS3501 Teknik Eksploitasi Sumber Akuatik 3 (2 + 1) XXX XXXX Elektif VI 3

XXX XXXX Elektif III 3XXX XXXX Elektif VII 3

XXX XXXX Elektif IV 3

Jumlah Jam Kredit/Semester 22 Jumlah Jam Kredit/Semester 19

Kod Kursus Semester 5 Jam Kredit Kod Kursus Semester 6 Jam

Kredit

FIS4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I 2 (0 + 2) FIS4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II 4 (0 + 4)

MNS2201 Prinsip Kepelautan dan Navigasi 3 (2 + 1) FIS4992A Latihan Industri 6 (0 + 6)

FIS3801 Perancangan dan Penilaian Perikanan 4 (4 + 0) FIS3803 Keselamatan dan Kualiti

Makanan Laut 4(3 + 1)

AQU3301 Kesihatan Organisma Akuatik 4 (3 + 1) XXX XXXX Elektif X 3

XXX XXXX Elektif VIII 3XXX XXXX Elektif XI 3

XXX XXXX Elektif IX 3

Jumlah Jam Kredit/Semester 19 Jumlah Jam Kredit/Semester 20

Jumlah Keseluruhan Jam Kredit 120

16

Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Page 26: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

7.0 SARJANA MUDA SAINS AGROTEKNOLOGI (AKUAKULTUR)

7.1 MATLAMAT DAN HASIL PEMBELAJARAN

MATLAMAT

Melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam aspek perikanan amnya dan akuakultur khususnya serta berupaya menjadi tenaga kerja yang berdaya saing, berketerampilan, profesional, usahawan dan pemangkin kepada pembangunan insan progresif dan persekitaran mapan dalam sektor akuakultur dan produk akuakultur.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir program ini, graduan akan dapat:

1. Menerangkan dan menjelaskan pengetahuan asas dalam bidang akuakultur

2. Menerangkan dan mengaplikasi disiplin dalam akuakultur seperti pembenihan, pengkulturan, pemprosesan produk akuakultur dan pengurusan jaringan akuakultur

3. Menerangkan dan mengaplikasikan teknik-teknik amali yang berkaitan dalam bidang akuakultur.

4. Mengaplikasikan prinsip pengurusan, perundangan dan statistik dalam bidang akuakultur

5. Mengaplikasikan, menggabung dan menilai prinsip-prinsip sains teknologi berkaitan akuakultur dalam amali serta situasi sebenar

6. Mengenalpasti peluang sebagai usahawan yang berdaya saing

7. Berkomunikasi secara efektif dan mampu membentang maklumat teknikal secara lisan dan bertulis secara berkesan

8. Bekerja secara individu dan bekerjasama di dalam kumpulan

9. Mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah di dalam situasi yang berbeza dari segi teori dan praktikal

10. Mengamalkan nilai-nilai murni dan mampu menerangkan kesan ekonomi, alam sekitar dan sosio budaya dalam amalan professional

11. Mencari dan mengurus maklumat serta mengamalkan pembelajaran kendiri

12. Memimpin kumpulan secara berkesan

17

Page 27: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

7.2 SYARAT KEMASUKAN

i) Syarat Am Universitia) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dengan mendapat kepujian dalam

Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai.

danb. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat

sekurang-kurangnya: i. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan ii. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.Atauc. Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat

sekurang-kurangnya PNGK 2.00;dand. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University

English Test (MUET).ii) Syarat Khas Kemasukan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

• Biologi• Fizik/ Kejuruteraan Fizik• Kimia/ Kejuruteraan Kimia• Matematik/ Kejuruteraan Matematik atau Matematik Tambahan/ Lanjutan

AtauMendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat Matrikulasi/ Asasi dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

• Biologi• Fizik/ Kejuruteraan Fizik• Kimia/ Kejuruteraan Kimia• Matematik/ Kejuruteraan Matematik atau Matematik Tambahan/ Lanjutan

7.3 KELAYAKAN BAHASA INGGERIS

Pelajar diwajibkan mendaftar kursus Bahasa Inggeris yang merupakan kursus teras universiti iaitu:i. Academic Writing Skills (BBB3101)ii. Public Speaking (BBB3102) daniii. English for Occupational Purposes (BBB3103)

7.4 MAKLUMAT UMUM

i. Pendaftaran kursus BBB3101 dan BBB3102, pelajar perlu memenuhi MUET iaitu mendapat Band 3, 4, 5 dan 6.

ii. Manakala bagi pelajar yang mendapat keputusan MUET Band 1 dan 2, diwajibkan mengikuti dan LULUS kursus pemulihan Bahasa Inggeris iaitu English for Academic Communication 1 (BBB2000)

iii. Kursus BBB3101 dan BBB3102 merupakan prasyarat kepada kursus BBB3103.

18

Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur))

Page 28: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

7.3 KATEGORI KURSUS SARJANA MUDA SAINS AGROTEKNOLOGI (AKUAKULTUR)

Teras Universiti (22 Jam Kredit)

Bil Kod Kursus Nama Kursus Jam Kredit

1 NCC 2000 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2

2 NCC2001 Hubungan Etnik 2

3 CCX XXXX Ko-Kurikulum 3

4 BBB 3101 Academic Writing Skills 3

5 NCC 2002 Kenegaraan Malaysia 3

6 BBB 3102 Public Speaking 3

7 BBB 3103 English For Occupational Purposes 3

8 MGM3103 Asas Keusahawanan 3

Jumlah 22

Teras Program (65 Jam Kredit)

Bil Kod Kursus Nama Kursus Jam Kredit

1 AQU3102 Ekosistem Akuakultur 3(2+1)

2 FIS3106 Mikrobiologi Persekitaran Akuatik 3(2+1)

3 AQU3501 Rekabentuk dan Sistem Akuakultur II 4(3+1)

4 FIS3203 Pengurusan Kualiti Air untuk Akuakultur 3(2+1)

5 AQU3202 Pemakanan dan Teknologi Makanan Ikan 4(3+1)

6 FIS3101 Iktiofisiologi 4(3+1)

7 FIS3803 Keselamatan dan Kualiti Makanan Laut 4(3+1)

8 AQU3101 Teknik Penghasilan Benih 4(3+1)

9 AQU3201 Kultur Makanan Hidup 3(2+1)

10 AQU3601 Bioteknologi Akuakultur 4(3+1)

11 AQU3301 Kesihatan Organisma Akuatik 4(3+1)

12 FIS3002 Biostatistik Perikanan 3(2+1)

13 AQU4104 Kultur Invertebrat Akuatik 3(2+1)

14 AQU4998 PITA1 2(0+2)

15 FIS3802 Ekonomi Akuakultur 3(3+0)

16 AQU4999 PITA II 4(0+4)

17 FIS3801 Perancangan dan Penilaian Projek 4(4+0)

18 FIS4992 Latihan Industri 6(0+6)

Jumlah 65

19

Page 29: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Elektif (31 Jam Kredit )

Bil Kod Kursus Nama Kursus Jam Kredit

1 XXX XXXX Elektif I 32 XXX XXXX Elektif II 33 XXX XXXX Elektif III 34 XXX XXXX Elektif IV 35 XXX XXXX Elektif V 36 XXX XXXX Elektif VI 37 XXX XXXX Elektif VII 38 XXX XXXX Elektif VIII 39 XXX XXXX Elektif IX 310 XXX XXXX Elektif X 311 XXX XXXX Elektif XI 3

Jumlah 33

Jumlah Keseluruhan Jam Kredit 120

Senarai Kursus ElektifPusat Pengajian Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur)Kursus elektif yang ditawarkan oleh PPSPA bagi program Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) seperti berikut;

Bil Kod Kursus Nama Kursus Jam Kredit

1 AQU 4101 Akuakultur Bersepadu 3 (2 + 1)2 AQU 4102 Kultur Ikan Intensif 3 (2 + 1)3 AQU 4103 Kultur Ikan Hiasan 3 (2 + 1)4 AQU 4104 Kultur Invetebrat Akuatik 3 (2 + 1)5 AQU 4105 Kultur Plankton 3 (2 + 1)6 AQU 4106 Kultur Rumpai Laut 3 (2 + 1)7 AQU 4301 Parasitologi Ikan 3 (2 + 1)8 AQU 4302 Bakteriologi Akuatik 3 (2 + 1)9 AQU 4501 Kejuruteraan Akuakultur 3 (2 + 1)

10 AQU 4601 Genetik dan Pemulihan Stok 3 (2 + 1)11 AQU 4107 Teknik Pembenihan dan Pendederan Rega 3 (2 + 1)12 AQU 4202 Pemakanan Akuakultur 3 (2 + 1)13 AQU 4303 Parasitologi dan Bakteriologi Ikan 3 (2 + 1)14 AQU 4201 Pemakanan Ikan Lanjuatan 3 (2 + 1)15 AQU 4001 Pengenalan kepada Industri Akua Kultur 2 (2 + 0)

20

Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur))

Page 30: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

7.4 SKEMA PENGAJIAN SARJANA MUDA SAINS AGROTEKNOLOGI (AKUAKULTUR)

Kod Kursus Semester 1 Jam Kredit Kod Kursus Semester 2 Jam

Kredit

NCC2000 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2(2+0) NCC2002 Kenegaraan Malaysia 3(3+0)

NCC2001 Hubungan Etnik 2(2+0) FIS3203 Pengurusan Kualiti Air untuk Akuakultur 3(2+1)

AQU3102 Ekosistem Akuakultur 3(2+1) AQU3202 Pemakanan dan Teknologi Makanan Ikan 4(3+1)

FIS3106 Mikrobiologi Persekitaran Akuatik 3(2+1) FIS3101 Iktiofisiologi 4(3+1)

BBB3101 Academic Writing Skills 3(3+0) AQU3501 Rekabentuk dan Sistem Akuakultur II 4(3+1)

XXX XXXX Ko-Kurikulum 3 XXX XXXX Elektif II 3

XXX XXXX Elektif I 3 XXX XXXX Elektif III 3

Jumlah Jam Kredit/Semester 19 Jumlah Jam Kredit/Semester 24

Kod Kursus Semester 3 Jam Kredit Kod Kursus Semester 4 Jam

Kredit

BBB3102 Public Speaking 3(3+0) AQU3601 Bioteknologi Akuakultur 4(3+1)

AQU3101 Teknik Penghasilan Benih 4(3+1) AQU3301 Kesihatan Organisma Akuatik 4(3+1)

AQU3201 Kultur Makanan Hidup 3(2+1) FIS3002 Biostatistik Perikanan 3(2+1)

FIS3803 Keselamatan dan Kualiti Makanan Laut 4(3+1) XXX XXXX Elektif VI 3

XXX XXXX Elektif IV 3 XXX XXXX Elektif VII 3

XXX XXXX Elektif V 3 XXX XXXX Elektif VIII 3

Jumlah Jam Kredit/Semester 20 Jumlah Jam Kredit/Semester 20

Kod Kursus Semester 5 Jam Kredit Kod Kursus Semester 6 Jam

Kredit

AQU4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I 2(0+2) AQU4999 Projek Ilmiah Tahun Akhir II 4(0+4)

FIS3802 Ekonomi Akuakultur 3(3+0) FIS3801 Perancangan dan Penilaian Projek 4(4+0)

AQU4104 Kultur Invertebrat Akuatik 3(2+1) FIS4992 Latihan Industri 6(0+6)

MGM3103 Asas Keusahawanan 3(3+0)

BBB3103 English for Occupational Purposes 3(3+0)

XXX XXXX Elektif IX 3

XXX XXXX Elektif X 3

XXX XXXX Elektif Universiti XI 3

Jumlah Jam Kredit/Semester 20 Jumlah Jam Kredit/Semester 17

Jumlah Keseluruhan Jam Kredit 120

21

Page 31: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

8.0 PENGECUALIAN KURSUS

Bagi pelajar lepasan Diploma Perikanan UMT atau yang setaraf, terdapat beberapa kursus yang boleh dipertimbangkan dikecualikan.Pengecualian kursus yang boleh diberikan tidak lebih dari 1/3 jumlah beban kredit sesuatu program. Ia juga diasaskan kepada kursus demi kursus yang telah lulus dan tidak sebagai keseluruhan sesuatu program.

Gred minima bagi suatu kursus yang boleh dipertimbangkan untuk disetarakan ialah gred B. Pusat Pengajian berhak menetapkan atau mengenakan syarat-syarat tertentu untuk pelajar jika perlu, dalam betuk temuduga atau peperiksaan khas.

Kursus yang dimohon untuk pengecualian hendaklah diambil dalam tempoh tidak melebihi lima tahun dari tarikh permohonan. Permohonan yang melebihi lima tahun perlu mendapat kelulusan Senat Universiti.

Berikut adalah senarai kursus yang boleh dipertimbangkan untuk pengecualian kursus:

Senarai Pengecualian Kursus (Diploma Perikanan - Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Bil

Kursus Setara Diploma Perikanan

Kursus Setara Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Kod Kursus Nama Kursus Jam

KreditKod

Kursus Nama Kursus Jam Kredit

1 NCC2000 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2 (2+0) NCC 2000 Tamadun Islam dan

Tamadun Asia 2 (2+0)

2 NCC2002 Kenegaraan Malaysia 3 (3+0) NCC 2002 Kenegaraan Malaysia 3 (3+0)3 NCC2001 Hubungan Etnik 2 (2+0) NCC2001 Hubungan Etnik 2 (2+0)4 FIS2001 Sains Perikanan I 4 (3+1) FIS3001 Sains Perikanan II 4 (3+1)5 FIS2102 Biologi Invertebrat Akuatik I 3(2+1) FIS3104 Biologi Invertebrat Akuatik 3 (2+1)6 BIO2501 Ekologi Akuatik I 3(2+1) FIS3204 Ekologi Akuatik 4 (3+1)

7 FIS2002 Teknologi Instrumentasi Perikanan 3 (2+1) FIS4501 Teknologi Peralatan

Perikanan 3 (2+1)

8 FIS2003 Statistik Gunaan Perikanan 3 (3+0) FIS3002 Biostatistik Perikanan 3 (2+1)9 FIS2101 Biologi Ikan 4 (3+1) FIS 3105 Iktiologi 4 (3+1)

10

FIS2501/

FIS2602

Teknik Eksploitasi Sumber Akuatik(atau)Pengurusan Sumber Perikanan

3 (2+1)

3 (3+0)FIS3501 Teknik Eksploitasi Sumber

Akuatik 3 (2+1)

11 FIS2801 Keusahawanan Perikanan 3 (2 + 1) MGM3103 Asas Keusahawanan 3 (3+0)

12 FIS2701Pemprosesan dan Pemasaran Produk Perikanan

4 (3+1) FIS4703 Pemprosesan Produk Akuatik 4 (3+1)

13 FIS2601 Dinamik Populasi Ikan I 3 (2 + 1) FIS3601 Dinamik Populasi Ikan II 3 (2+1)

14 MNS2201 Prinsip Kepelautan dan Navigasi 3 (2 + 1) MNS2201 Prinsip Kepelautan dan

Navigasi 3 (2+1)

15 AQU2301 Kesihatan Ikan 4 (3 + 1) AQU3301 *Kesihatan Organisma Akuatik 4 (3+1)

16FIS2104/

BIO2401

Mikrobiologi Perikanan (atau)Mikrobiologi Akuatik I

3 (2 + 1)

3 (2 + 1)FIS3106 Mikrobiologi Persekitaran

Akuatik 3 (2+1)

17 FIS2992 Latihan Industri 12 (0+12) FIS4992A Latihan Industri 6 (0+6)

Nota : Kursus yang bertanda (*),Pengecualian Kursus dengan syarat lulus ‘Peperiksaan Khas’

22

Pengecualian Kursus)

Page 32: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

Senarai Pengecualian Kursus (Diploma Perikanan - Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur)

Bil

Kursus Setara Diploma Perikanan

Kursus Setara Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Kod Kursus Nama Kursus Jam

KreditKod

Kursus Nama Kursus Jam Kredit

1 NCC2000 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2 (2+0) NCC 2000 Tamadun Islam dan 2 (2+0)

2 NCC2002 Kenegaraan Malaysia 3 (3+0) NCC 2002 Kenegaraan Malaysia 3 (3+0)

3 NCC2001 Hubungan Etnik 2 (2+0) NCC2001 Hubungan Etnik 2 (2+0)

4FIS2104/(atau)BIO2401

Mikrobiologi Perikanan (atau)Mikrobiologi Akuatik I (dan)

3 (2+1)

3 (2+1)FIS3106 Mikrobiologi Persekitaran

Akuatik 3(2+1)

5AQU2501 (dan)AQU2001

Rekabentuk dan Sistem Akuakultur I (dan)Prinsip Akuakultur

3(2+1)

3(2+1)AQU3501 Rekabentuk dan Sistem

Akuakultur II 4(3+1)

6 AQU2202 Pengurusan Kualiti Air dan Tanah 3(2+1) FIS3203 Pengurusan Kualiti Air untuk

Akuakultur 3(2+1)

7 AQU2201 Pemakanan Ikan I 4(3+1) AQU3202 *Pemakanan dan Teknologi Makanan Ikan 4(3+1)

8FIS2101/(dan)FIS2001

Biologi Ikan(dan)Sains Perikanan I

4 (3+1)

4 (3+1)FIS3101 Iktiofisiologi 4(3+1)

9 AQU2301 Kesihatan Ikan 4(3+1) AQU3301 *Kesihatan Organisma Akuatik 4(3+1)

10 FIS2003 Statistik Gunaan Perikanan 3 (3+0) FIS3002 Biostatistik Perikanan 3(2+1)

11FIS2102(dan)AQU2001

Biologi Invertebrat Akuatik I(dan) Prinsip Akuakultur

3(2+1)

3(2+1)AQU4104 Kultur Invertebrat Akuatik 3(2+1)

12 FIS2992 Latihan Industri 12 (0+12) FIS4992 Latihan Industri 6(0+6)

13FIS2201 (dan)AQU2001

Ekosistem Perikanan (dan)Prinsip Akuakultur

3(2+1)3(2+1) AQU3102 Ekosistem Akuakultur 3(2+1)

Nota : Kursus yang bertanda (*),Pengecualian Kursus dengan syarat lulus ‘Peperiksaan Khas’

23

Page 33: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

9.0 SINOPSIS KURSUS

FIS 3001 : SAINS PERIKANAN IIJam Kredit : 4 (3 + 1)

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bidang perikanan secara menyeluruh merangkumi perikanan tangkap dan akuakultur. Kursus ini juga membincangkan tentang kepelbagaian sumber perikanan dan habitat, kaedah dan peralatan tangkapan ikan, serta prinsip, sistem, dan kaedah ternakan ikan. Ianya juga akan menekankan mengenai kaedah pengurusan perikanan terbaik yang diamalkan, serta kepentingan peraturan dan undang undang perikanan. Isu-isu terkini serta permasalahan tentang perikanan dan persekitarannya akan turut dibincangkan.

FIS3106 : MIKROBIOLOGI PERSEKITARAN AKUATIKJam Kredit : 3 (2+1)

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan asas mikrobiologi dalam ekosistem akuatik dan kepentingannya kepada manusia dan alam sekitar. Ia membincangkan skop dan sejarah mikrobiologi, serta penggunaan mikroskop dalam pemerhatian kepelbagaian struktur dan fungsi sel. Kursus ini juga memberi fokus terhadap mikroorganisma di dalam persekitaran akuatik, interaksi di antara mikroorganisma dan hidupan akuatik, penyakit bawaan air dan kaedah pengawalan mikroorganisma menggunakan agen-agen kimia dan fizikal serta rawatan air sisa. Kaedah pengkulturan dan pengasingan mikroorganisma menggunakan teknik aseptik di makmal juga ditekankan. Pada hujung kursus ini, pelajar akan dapat menghubungkaitkan kepelbagaian, kepentingan dan interaksi mikroorganisma akuatik dengan hidupan dan persekitaran akuatik selain berupaya melakukan teknik-teknik asas mikrobiologi secara betul termasuk penyediaan laporan hasil kajian mikrob akuatik dengan tepat.

FIS 3401 : BOTANI AKUATIKJam Kredit : 3 (2 + 1)

Pengenalan persekitaran akuatik. Taksonomi tumbuh-tumbuhan akuatik. Taksonomi alga (mikroalga dan makroalga), makrofit air tawar dan angiosperma marin (rumput laut dan bakau). Komuniti-komuniti alga, makrofit air tawar dan angiosperma marin dan ciri-ciri persekitarannya. Penggunaan dan kepentingan ekonomi alga, makrofit air tawar dan angiosperma marin.

FIS 3104 : BIOLOGI INVERTEBRAT AKUATIK IIJam Kredit : 3 (2 + 1)

Kursus ini akan memperkenalkan kesemua kumpulan dan spesis invertebrat akuatik penting yang banyak didapati dalam ekosistem marin. Ia akan memperbincangkan ciri utama Filum, struktur luaran dan dalaman, fungsi serta peranan setiap struktur tersebut dalam mempengaruhi corak perkembangan hidup invertebrat akuatik. Penjelasan juga akan dititikberatkan pada kesemua sistem fisiologi utama badan terutama sistem pemakanan dan pembiakan. Kepentingan ekologi dan ekonomi spesis dan Filum juga akan turut diperbincangkan.

FIS 3204 : EKOLOGI AKUATIKJam Kredit : 4 (3+1)

Prinsip dan konsep ekologi mengenai ekosistem: aliran tenaga, produktiviti, struktur rantaian/jaringan makanan dan aras trofik; kitaran biogeokimia; susunan dan struktur komuniti; populasi;

24

Sinopsis Kursus

Page 34: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

spesies dan individu dalam ekosistem. Strategi perkembangan: konsep sesaran dan klimaks. Ekologi habitat, pencemaran dan kestabilan ekosistem.

FIS 4501 : TEKNOLOGI ALATAN PERIKANANJam Kredit : 3 (2 + 1)

Pengenalan kepada hidrodinamik alatan menangkap ikan. Pembuatan model dan pengujian alatan menangkap ikan. Penetepan kuasa kuda dengan alatan menunda. Teori model untuk menentukan daya yang bertindak ke atas pukat. Pengesuaian model kepada alatan besar yang lain seperti pukat jerut, pukat tarik dan lain-lain. Analisis daya ke atas badan yang terikat dan bersauh. Kerja praktik termasuk membina dan menguji model pukat.

FIS 3102 : EKOFISIOLOGI ORGANISMA AKUATIK Jam Kredit : 3 (2 + 1)

Bentuk perubahan-perubahan persekitaran dan kesan terhadap organisma akuatik. Proses-proses fisiologi pada peringkat sel dan organ-organ. Integrasi sistem fisiologi. Gerakbalas penyesuaian dan bukan penyesuaian organisma terhadap perubahan sekitaran (suhu, oksigen terlarut, saliniti, bahan kimia dan organisma akuatik yang lain) dan mekanisma fisiologi yang terlibat. Penggunaan keadaan fisiologi organisma akuatik sebagai penunjuk tekanan persekitaran.

FIS 3002 : BIOSTATISTIK PERIKANANJam Kredit : 3 (2+1)

Kursus ini menerangkan tentang penggunaan statistik dalam reka bentuk eksperimen yang biasanya digunakan dalam bidang perikanan. Pelajar akan didedahkan kepada beberapa asas statistik seperti pengiraan purata, mod, medium, variasi, julat dan lain-lain menggunakan kalkulator dan juga komputer (Excel dan SPSS). Cara-cara persembahan data kajian juga akan diajar kepada pelajar-pelajar. Pelbagai ujian statistik yang penting seperti ujian bandingan t, ujian z, ANOVA, regresi dan korelasi juga akan didedahkan kepada pelajar. Pada akhir kursus ini, pelajar akan mengetahui penggunaan setiap ujian untuk reka bentuk yang berlainan dan mampu mengintepretasi hasil data masing-masing.

FIS3105 : IKTIOLOGIJam Kredit : 4 (3+1)

Kursus ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami anatomi ikan, konsep evolusi, taksonomi dan sistematik ikan. Pelajar diberi pengetahuan tentang zoogeografi dan ekologi ikan secara global. Kumpulan utama ikan di Malaysia dan nilai pemuliharaan juga dibincangkan. Pelajar didedahkan kepada kaedah persampelan, pengisihan dan penyimpanan spesimen. Pelajar berpeluang mengklasifikasikan sekumpulan ikan ke dalam aras taksonomi yang terendah. Pada akhir kursus ini, pelajar mampu mengenalpasti ikan melalui pemerhatian ciri-ciri morfologi ikan dengan bantuan kepustakaan.

FIS 3501 : TEKNIK EKSPLOITASI SUMBER AKUATIK IIJam Kredit : 3 (2 + 1)

Konsep pemuliharaan dalam konteks eksploitasi. Pengkelasan alatan yang digunakan dalam ekploitasi sumber akuatik. Pengenalan mengenai kaedah operasi, rekabentuk dan pembinaan alatan. Faktor mempengaruhi kecekapan alatan dan operasi. Pembangunan masa depan kawasan sumber.

25

Page 35: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

FIS 4703 : PEMPROSESAN PRODUK AKUATIKJam Kredit : 4 (3 + 1)

Pengenalan mengenai bentuk produk konvensional dan kontemporari. Undang-undang dan peraturan industri pemprosesan (Peraturan dan Undang-Undang WHO). Teknik pengendalian hasil sebelum pemprosesan dan jenis bahan pengawet yang dibenarkan. Teknik dan corak aliran pemprosesan untuk menambah nilai produk seperti kepingan bebola ikan, sosej ikan dan sebagainya. Pengawalan kualiti hasil. Kerja amali dijalankan.

FIS 3601 : DINAMIK POPULASI IKAN IIJam Kredit : 3 (2 + 1)

Sejarah bagi teori dinamik populasi ikan. Undang-undang dasar bagi dinamik populasi. Prinsip biologi bagi matematik dinamik populasi ikan. Kaedah asas dan prinsip biologi bagi tujuan peramalan. Aliran perubahan dalam struktur populasi. Bekalan makanan dan perhubungan makanan ikan. Fekunditi, kualiti hasil seks dan proses peneluran. Tumbesaran dan kematangan seks. Jumlah serta kematian semulajadi. Kesan penangkapan ikan. Prinsip pertambahan daya pengeluaran populasi ikan

FIS 4998 : PITA I Jam Kredit : 2 (0 + 2)

Kursus ini akan diambil oleh pelajar tahun akhir untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk melaksanakan satu projek penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan perikanan. Dalam kursus ini, pelajar dikehendaki menyedia dan membentangkan kertas kerja berkenaan projek penyelidikan mereka. Kertas kerja tersebut akan dinilai dan projek tersebut akan dilaksanakan selepas pembentangan dilakukan.

MNS2201 : PRINSIP KEPELAUTAN DAN NAVIGASIJam Kredit : 3 (2+1)

Pengenalan kepada hirodinamik alatan menangkap ikan. Pembuatan model dan pengujian peralatan menangkap ikan. Penetapan kuasa kuda dengan alatan menunda. Teori model untuk menentukan daya yang bertindak ke atas pukat. Penyesuaian model kepada alatan besar yang lain seperti pukat jerut, pukat tarik dan lain-lain. Analisis daya ke atas badan yang terikat dan bersauh. Kerja praktikal termasuk membina dan menguji model pukat.

FIS 3801 : PERANCANGAN DAN PENILAIAN PROJEK Jam Kredit : 4 (4 + 0)

Pengenalan kepada jenis dan bentuk projek-projek pertanian, perancangan projek, pengenalpastian, penyediaan dan penilaian projek, analisis dan rekabentuk projek serta jangkaan hasil. Kursus ini juga merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan penyediaan dan penyerahan laporan. Lawatan ke kawasan projek pertanian kerajaan dan swasta.

AQU 3301 : KESIHATAN ORGANISMA AKUATIK Jam Kredit : 4 (3 + 1)

Kursus ini memberi pengenalan kepada morfologi dan taksonomi parasit dan mikrob patogenik yang menyerang organisma akuatik terutama ikan, udang, ketam dan tiram. Ia juga membincangkan faktor-faktor persekitaran yang mengganggu kesihatan dan membuat peletusan penyakit. Selain itu, konsep etiologi, epidemiologi, kesan klinikal, patogenesis, diagnosa, rawatan dan kawalan akan diberi tumpuan.

Sinopsis Kursus

26

Page 36: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

FIS 4999 : PITA II Jam Kredit : 4(0 + 4)

Kursus ini merupakan kesinambungan bagi FIS 4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I dan di ambil pada semester berikutnya. Dalam kursus ini, pelajar akan meneruskan projek penyelidikan mereka dan data bagi penyelidikan tersebut akan diambil dan dianalisis. Pelajar dikehendaki untuk membentangkan perkembangan dan penemuan akhir penyelidikan serta menulis tesis bagi keseluruhan penyelidikan tersebut.

FIS 4992 : LATIHAN INDUSTRIJam Kredit : 6 (0 + 6)

Pelajar dikehendaki menjalani latihan atau penyelidikan dalam bidang yang spesifik di pusat-pusat latihan selama 12 minggu berturut-turut di agensi kerajaan atau beberapa syarikat yang dikenalpasti oleh penyelaras kursus. Latihan di tempat berkenaan akan dikendalikan bersama oleh penyelaras kursus dan seorang penyelia dari agensi, syarikat atau kilang tersebut. Program latihan yang dijalankan adalah hasil dari perbincangan antara penyelia dengan penyelaras kursus. Semasa dalam latihan pelajar dikehendaki mematuhi segala peraturan dan arahan yang disediakan oleh agensi, syarikat atau kilang terbabit. Pelajar dikehendaki membentangkan aktiviti dan menyerahkan laporan lengkap mengenai program latihan yang dijalankan.

FIS 3803 : KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN LAUTJam Kredit : 4 (3 + 1)

Secara keseluruhannya menjurus kepada pengendalian ikan di atas kapal dan kebersihan vesel perikanan. Pengendalian ikan di daratan. Faktor mempengaruhi penyimpanan dan jangka hayat ikan segar. Perubahan kualiti di dalam ikan segar dan sejuk beku. Aplikasi sistem HACCP dalam perikanan. Pengenalpastian dan kawalan bahaya daripada patogen, allergen, logam berat, parasit dan toksin. Panduan untuk menentukan jangka hayat produk yang diproses. Pengurusan sisa industri perikanan. Isu-isu keselamatan berhubung dengan ikan yang dimakan.

AQU3102 : EKOSISTEM AKUAKULTURJam Kredit : 3 (2+1)

Kursus ini bertujuan untuk menggambarkan proses fizikal, kimia, dan biologi yang berlaku dalam ekosistem akuakultur. Pada mulanya, kursus ini memberi pengetahuan asas ekosistem, rantaian makanan, jaringan makanan dan struktur trofik dan gambaran keseluruhan pelbagai jenis ekosistem akuakultur. Kemudian, kursus ini memberi tumpuan kepada komponen-komponen ekosistem, peranan mereka dan interaksi trofik secara terperinci bagi kedua-dua komponen abiotik (organik dan bukan organik) dan biotik (pengurai, penerbit, drifting consumer dan nekton). Akhir sekali, kursus ini menerangkan ekologi komuniti dalam ekosistem akuakultur dari segi konsep masyarakat dan klasifikasi, persaingan interspecific, konsep habitat dan niche ekologi. Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat memahami konsep asas, prinsip dan komponen ekosistem akuakultur.

FIS 3501 : TEKNIK EKSPLOITASI SUMBER AKUATIK IIJam Kredit : 3 (2 + 1)

Konsep pemuliharaan dalam konteks eksploitasi. Pengkelasan alatan yang digunakan dalam ekploitasi sumber akuatik. Pengenalan mengenai kaedah operasi, rekabentuk dan pembinaan alatan. Faktor mempengaruhi kecekapan alatan dan operasi. Pembangunan masa depan kawasan sumber.

27

Page 37: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

FIS 3203 : PENGURUSAN KUALITI AIR UNTUK AKUAKULTUR Jam Kredit : 3 (2 + 1)

Kursus ini akan membincangkan tentang prinsip, teori, dan amalan pengurusan kualiti air yang mapan untuk tujuan akuakultur. Penekanan akan diberi kepada kos-keberkesanan amalan rawatan air yang diamalkan untuk akuakultur. Isu-isu semasa dan kajian kes serta permasalahan tentang pengurusan kualiti air untuk akuakultur akan turut dibincangkan. Kursus ini akan menyediakan input secara keseluruhan teknologi dan pengurusan kualiti air untuk akuakultur.

AQU 3202 : PEMAKANAN DAN TEKNOLOGI MAKANAN IKAN Jam Kredit : 4 (3 + 1)

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada biologi pemakanan ikan dan kepentingan pemakanan ikan. Ia merangkumi pengkelasan, keperluan, fungsi dan kesan nutrien ke atas ikan. Ia juga memberi penekanan tentang kaedah perumusan makanan ikan mengikut kaedah perumusan segiempat, serentak dan pemprograman linear serta kaedah penyediaan dan pemprosesan makanan rumusan juga akan ditunjukkan. Kursus ini juga akan membincangkan penyimpanan, pengendalian makanan dan amalan pemakanan yang baik. Kaedah penilaian proksimat juga akan dipelajari.

FIS 3101 : IKTIOFISIOLOGI Jam Kredit : 4 (3 + 1)

Kursus ini memberi pengenalan kepada evolusi ikan dan sifat-sifat ikan. Ia juga menerangkan tentang aspek biologi ikan merangkumi morfologi luaran, dalaman serta pergerakan ikan. Anatomi dan fisiologi berkaitan dengan pergerakan, sistem saraf, perkumuhan dan osmoregulasi, sistem pernafasan dan peredaran, dan sistem endokrin turut dibincangkan. Sistematik kepada ikan-ikan dagangan dan ternakan utama tempatan turut dibincangkan

FIS 3803 : KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN LAUTJam Kredit : 4 (3 + 1)

Secara keseluruhannya menjurus kepada pengendalian ikan di atas kapal dan kebersihan vesel perikanan. Pengendalian ikan di daratan. Faktor mempengaruhi penyimpanan dan jangka hayat ikan segar. Perubahan kualiti di dalam ikan segar dan sejuk beku. Aplikasi sistem HACCP dalam perikanan. Pengenalpastian dan kawalan bahaya daripada patogen, allergen, logam berat, parasit dan toksin. Panduan untuk menentukan jangka hayat produk yang diproses. Pengurusan sisa industri perikanan. Isu-isu keselamatan berhubung dengan ikan yang dimakan.

AQU 3101 : TEKNIK PENGHASILAN BENIH Jam Kredit : 4 (3 + 1)

Kursus ini memberi pengenalan kepada teknik penghasilan benih dalam akuakultur. Ia merangkumi beberapa topik utama meliputi sejarah perkembangan teknik pembenihan ikan dan invertebrat di dunia dan Malaysia, kepentingan penghasilan benih untuk keperluan penternakan akuakultur serta kepentingan dan kaedah pengurusan induk untuk pembiakan. Ia juga membincangkan tentang peranan proses endokrinologi dalam pembenihan dan fisiologi pembiakan serta endokrinologi dan fisiologi perkembangan larva organisma diternak. Pelajar akan didedahkan kepada peralatan yang diperlukan dan kepentingan kualiti air untuk pembiakan, cara pengeraman telur yang telah dihasilkan, pengurusan anak benih, penyediaan dan pengurusan tangki dan kolam semaian serta pembungkusan dan pengangkutan benih.

Sinopsis Kursus

28

Page 38: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

AQU 3201 : KULTUR MAKANAN HIDUP Jam Kredit : 3 (2 + 1)

Kursus ini akan membincangkan tentang kepentingan makanan hidup dalam industri akuakultur khususnya dalam aspek pendederan rega. Ia merangkumi pengenalan kepada biologi, taburan dan jenis-jenis makanan hidup yang sering digunakan dalam akuakultur. Kursus ini juga memberi penekanan kepada kaedah dan teknologi pengkulturan makanan hidup di dalam makmal dan luar makmal serta cara penggunaannya dalam akuakultur. Ia juga akan membincangkan secara mendalam teknik pengkulturan dan pemprosesan mikroalga untuk dijadikan makanan kesihatan.

AQU 3601 : BIOTEKNOLOGI AKUAKULTUR Jam Kredit : 4 (3 + 1)

Kursus ini memberikan pengenalan kepada bioteknologi akuakultur secara menyeluruh merangkumi prinsip-prinsip bioteknologi, komponen dalam bioteknologi akuatik. Ia juga menerangkan dengan lebih mendalam komponen utama bioteknologi akuakultur merangkumi penggunaan hormon dalam pembiakbakaan, pemindahan gen dalam ikan, pemakanan, sistem penapisan, kawalan penyakit dan bioremediasi sisa buangan akuakultur. Kursus ini juga membincangkan tentang penghasilan produk-produk melalui bioteknologi akuakultur, keselamatan dalam bioteknologi akuakultur, kemajuan terkini dalam bioteknologi akuakultur, masa depan dan isu-isu semasa dalam bioteknologi akuakultur.

AQU 3301 : KESIHATAN ORGANISMA AKUATIK Jam Kredit : 4 (3 + 1)

Kursus ini memberi pengenalan kepada morfologi dan taksonomi parasit dan mikrob patogenik yang menyerang organisma akuatik terutama ikan, udang, ketam dan tiram. Ia juga membincangkan faktor-faktor persekitaran yang mengganggu kesihatan dan membuat peletusan penyakit. Selain itu, konsep etiologi, epidemiologi, kesan klinikal, patogenesis, diagnosa, rawatan dan kawalan akan diberi tumpuan.

AQU 4104 : KULTUR INVERTEBRAT AKUATIK Jam Kredit : 3 (2 + 1)

Kursus ini akan membincangkan spesies-spesies invertebrat akuatik yang mempunyai nilai komersial dan didapati dengan dominan di perairan negara kita. Ia merangkumi teknik-teknik pengkulturan yang sedia ada bagi semua peringkat tumbesaran termasuklah penetasan, penyemaian dan pembesaran. Di samping itu, kursus ini juga memberi penekanan juga diberi terhadap aspek pengurusan sistem pengkulturan dan langkah-langkah pengawalan bagi penghasilan optimum.

AQU 4998 : PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR I Jam Kredit : 2 (0 + 2)

Kursus ini akan diambil oleh pelajar tahun akhir untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk melaksanakan satu projek penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan akuakultur. Dalam kursus ini, pelajar dikehendaki menyedia dan membentangkan kertas kerja berkenaan projek penyelidikan mereka. Kertas kerja tersebut akan dinilai dan projek tersebut akan dilaksanakan selepas pembentangan dilakukan.

29

Page 39: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

FIS 3802 : EKONOMI AKUAKULTUR Jam Kredit : 3 (3 + 0)

Penekanan kepada aspek ekonomi pengeluaran akuakultur dan pemasaran produk akuakultur. Data-data dan maklumat sekunder akan digunakan untuk menilai keberuntungan (feasibility) ekonomi dan kewangan projek akuakultur.

AQU 4999 : PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR IIJam Kredit : 4 (0 + 4)

Kursus ini merupakan kesinambungan bagi AQU 4998 Projek Ilmiah Tahun Akhir I dan di ambil pada semester berikutnya. Dalam kursus ini, pelajar akan meneruskan projek penyelidikan mereka dan data bagi penyelidikan tersebut akan diambil dan dianalisis. Pelajar dikehendaki untuk membentangkan perkembangan dan penemuan akhir penyelidikan serta menulis tesis bagi keseluruhan penyelidikan tersebut.

FIS 3801 : PERANCANGAN DAN PENILAIAN PROJEK Jam Kredit : 4 (4 + 0)

Pengenalan kepada jenis dan bentuk projek-projek pertanian, perancangan projek, pengenalpastian, penyediaan dan penilaian projek, analisis dan rekabentuk projek serta jangkaan hasil. Kursus ini juga merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan penyediaan dan penyerahan laporan. Lawatan ke kawasan projek pertanian kerajaan dan swasta.

FIS 4992 : LATIHAN INDUSTRIJam Kredit : 6 (0 + 6)

Pelajar dikehendaki menjalani latihan atau penyelidikan dalam bidang yang spesifik di pusat-pusat latihan selama 12 minggu berturut-turut di agensi kerajaan atau beberapa syarikat yang dikenalpasti oleh penyelaras kursus. Latihan di tempat berkenaan akan dikendalikan bersama oleh penyelaras kursus dan seorang penyelia dari agensi, syarikat atau kilang tersebut. Program latihan yang dijalankan adalah hasil dari perbincangan antara penyelia dengan penyelaras kursus. Semasa dalam latihan pelajar dikehendaki mematuhi segala peraturan dan arahan yang disediakan oleh agensi, syarikat atau kilang terbabit. Pelajar dikehendaki membentangkan aktiviti dan menyerahkan laporan lengkap mengenai program latihan yang dijalankan.

Sinopsis Kursus

30

Page 40: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Panduan S a r j a n a M u d a S a i n s G u n a a n ( P e r i k a n a n ) & Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) Sesi 2015/2016P U S A T P E N G A J I A N S A I N S P E R I K A N A N D A N A K U A K U LT U R

10.0 DIREKTORI

PENTADBIRAN

Bil. Nama Jawatan E-mel Sambungan

1. Prof. Dr. MazlanAbd. Ghaffar Dekan [email protected] 5153

2. Prof. Dr. Abol Munafi Ambok Bolong

Timbalan Dekan (Akademik & Pelajar) [email protected] 4868

3. Prof. Dr. Najiah Musa Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan) [email protected] 5195/5035

4. Prof. Dr. Abol Munafi Ambok Bolong

Pengerusi Program Sarjana Sains Akuakultur (Kerja Kursus)

[email protected] 5032

5. Dr. Shahreza Md. SherifPengerusi Program Sarjana Muda Agroteknologi (Akuakultur)

[email protected] 4539

6. Prof. Madya Dr. Hii Yii Siang

Pengerusi Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

[email protected] 5014

7. Dr. Nur Asma Ariffin Pengerusi Program Diploma Perikanan [email protected] 4538

8 En. Zul-Atfi Hashim Ketua Pentadbiran [email protected] 4139

9 Pn. Norizan Ismail Penolong Pendaftar [email protected] 4421

10 Pejabat Am/ Kaunter Pelajar Program Pasca Siswazah - 5001

11 Pejabat Am/ Kaunter Pelajar Program Diploma dan Pra Siswazah - 5003

12 Faks Pejabat Am - 09-6685002

31

Page 41: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)
Page 42: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

Idea&Konsep | Zul-Atfi Hashim

Page 43: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)
Page 44: 2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

www.fisha.umt.edu.my