fakulti seni gunaan dan kreatif

24
Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif FEMINISME : PENDEKATAN FOTOGRAFI DAN SENI ELEKTRONIK Siti Fatimah Ramli Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Seni Halus 2007

Upload: vuongquynh

Post on 31-Dec-2016

283 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

FEMINISME : PENDEKATAN FOTOGRAFI DAN SENI

ELEKTRONIK

Siti Fatimah Ramli

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

Seni Halus

2007

Page 2: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

FEMINISME : PENDEKATAN FOTOGRAFI DAN SENI

ELEKTRONIK

SITI FATIMAH RAMLI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

Seni Halus

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 3: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: FEMINISME : PENDEKATAN FOTOGRAFI DAN SENI

ELEKTRONIK

SESI PENGAJIAN:2004-2007

Saya SITI FATIMAH RAMLI

mengaku membenarkan Tesis/ Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat

Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat

kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak

dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak

dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data

Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak

dibenarkan membuat salinan Tesis/ Laporan ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi

5. *sila tandakan

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti

TERHAD termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI

1972) (mengandungi maklumat terhad

yang telah ditentukan oleh organisasi / badan

TIDAK TERHAD di mana penyelidikan dijalankan)

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Alamat tetap:

No.36, Jalan Pasir kanan, Kg. Padang Bual,

22010 Jerteh, Terengganu.

Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah,Sarjana dan Sarjana Muda

Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

Organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu

Sebagai SULIT atau TERHAD

Page 4: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

i

Projek bertajuk ‘Feminisme: Pendekatan fotografi dan seni elektronik’ telah

disediakan oleh Siti Fatimah Ramli dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni

Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni

Gunaan dengan Kepujian Seni Halus.

Diterima untuk diperiksa oleh:

( Tuan Haji Zulkalnain Zainal Abidin)

Tarikh:

Page 5: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

ii

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya telah

menyiapkan dissertasi ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seisi

keluarga di atas sokongan yang tidak terhingga. Jutaan terima kasih juga di atas

sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah. Tidak lupa juga kepada

rakan-rakan seperjuangan yang bertanggungjawab di atas kejayaan ini.

Page 6: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

iii

JADUAL KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengesahan dan Tandatangan Penyelia i

Penghargaan ii

Jadual Kandungan iii

Abstrak iv

Abstact v

BAB 1 PENGENALAN 1- 9

BAB 2 ANALISIS 10-33

BAB 3 KESIMPULAN 34-36

BAB 4 KARYA PERIBADI 37-45

Rujukan 46-47

Page 7: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

iv

ABSTRAK

Wanita banyak dieksploitasi terutamanya dalam periklanan produk untuk menarik

perhatian orang ramai. Dengan menggunakan teks dan imej, pengkarya cuba

menimbulkan persoalan-persoalan terhadap pengeksploitasian ini. Sindiran secara

halus pengkarya juga diketengahkan dalam karya ini.

Page 8: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

v

ABSTRACT

Woman exploitation was mainly used in product advertising to attract the public

attention. Artist used texts and images to conjure queries regarding the said

exploitation. Also, indirect insinuation was put forth by the artist in the artwork

Page 9: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

10

BAB 2

ANALISIS

SENI

Menurut Glosari Seni Lukis, Dewan Bahasa dan Pustaka, (1993) seni

membawa maksud:

“ (1) Hasil kemahiran manusia yang merangkumi gambar, lukisan, dan arca. (2)

Seni mengenai lukis melukis”, dan definisi yang ketiga adalah “ Hasil karya yang

dicipta dengan bakat atau kemahiran”.

FOTOGRAFI

Menurut Ensiklopedia Malaysiana Jilid 14, Fotografi berasal daripada

perkataan ‘Photography’ditafsirkan sebagai “satu seni pengambilan gambar dan

pembuatan gambar dengan menggunakan kamera”. Encyclopedia of Photography

edisi ketiga pula menjelaskan bahawa perkataan photography diperkenalkan oleh

Sir John Herschel dan seorang ahli astronomi Jerman, Johan Von Maeder pada

awal 1839”.

SENI ELEKTRONIK

Menurut Glosarry of Art, Architecture & Design Since 1945 oleh John A.

Walker, membawa maksud:

“ A variety of kinetic Art. An electron is elementary particle which is a

constituent of all atoms. Oscilloscopes contain electron guns which fire

Page 10: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

11

streams of electrons at screens coated with fluorescent material which glow

when struck. In this way visual patterns can be produced and these in

turn can be recorded on film or videotape. The term ‘Electronic Art’ has been

applied to works produced by artists using such technology”.

FEMINISM

Menurut Kamus Dwibahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, (2001), ‘feminism

membawa maksud gerakan atau fahaman yang menuntut hak bagi wanita’.

BUDAYA

Mengikut Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, (2005), budaya

membawa maksud ‘(1) tamadun, peradaban, (2) kemajuan fikiran, akal budi (cara

berfikir, berkelakuan, dan sebagainya’

GAYA

Mengikut Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, (2005), gaya

membawa maksud ‘(1) sikap, kesukaan, ketaksukan, dan cara berkelakuan yang

menjadi ciri seseorang; (4) cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu,

terutamanya, yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang dan (8) cara tertentu

seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan’.

Seni mempunyai pelbagai cabang atau cara untuk diterjemahkan samada

melalui lukisan catan, karya 3-dimensi dan sebagainya. Manakala fotografi

merupakan salah satu cabang seni yang unik. Imej fotografi seni dikatakan

Page 11: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

12

terhasil daripada sumbangan orang yang menggunakan kamera dalam menentukan

imej yang dikehendaki samaada secara tidak sengaja atau spontan atau dengan

perancangan yang teliti dalam menghasilkan sesuatu karya.

Fotografi adalah medium yang tidak semudahnya diletakkan dalam kategori

khusus kerana ia boleh dianggap sebagai bersifat dokumentari atau artistik,

saintifik atau persuasive, atau teoretis. Namun bentuk seni yang berubah-ubah ini

sebenarnya lebih menekankan kepada penampilan secara objektif jika dibandingkan

dengan seni catan atau cetakan. Kini di dalam kehidupan seharian, kita senantiasa

terdedah kepada pengaruh bentuk seni yang dianggap berdasarkan realiti ini. Dari

gambar foto yang menampakkan seksaan tahanan perang hinggalah hebahan

tentang pakej program turun berat badan, ragam kamera merakamkan hanya

kebenaran dan kenyataan di hadapan kita.

Sedangkan dahulu ia merupakan sesuatu yang baru dan jarang didapati,

kini kamera menjadi satu alat kebiasaan di aktiviti-aktiviti seharian seperti

bersantai bersama keluarga. Tetapi disebabkan proses mekanikal dan penghasilan

secara potong-dan-kering, seringkali fotografi tidak diiktirafkan sebagai seni halus.

Walaubagaimanapun kebelakangan ini fotografi semakin mendapat pengiktirafan

sebagai bentuk seni yang cemerlang. Malah dewasa ini terdapat banyak pameran

dan pertandingan seni yang sedia menerima penyertaan fotografi sepertimana

bentuk-bentuk seni yang lebih tradisional misalnya karya yang dihasilkan dengan

lukisan arang, cat air dan cat minyak.

Sejak dahulu lagi, imej fotografi telah dimanipulasi dan digunakan untuk

menghasilkan karya terutamanya dalam bentuk seni digital. Selaras dengan

Page 12: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

13

perkembangan teknologi, manipulasi menjadi lebih mudah dengan bantuan

peralatan komputer dan teknologi yang canggih. Malah dengan kewujudan kamera

digital menambahkan lagi kepada kemudahan manipulasi imej yang lebih

berkesan.

Karim Raslan, Simryn Gill,

Manipulasi Fotografi

2002.

Antara artis Malaysia yang terkenal dalam karya manipulasi ialah Karim

Raslan iaitu dalam karya Simryn Gill yang dipamerkan di pameran Identiti Inilah

Kami yang berlangsung pada 15 April hingga 30 Jun 2002, juga bertempat di

Balai Seni Lukis Negara. Manipulasi imej ini ialah dengan mengubah imej

manusia berkepala buah-buahan tempatan dan berlatarbelakangkan suasana di

Malaysia. Hal ini jelas apabila melihat kepada imej tersebut, semua imej asal

telah dibuat penambahan dan pengubahsuaian dengan menukar bahagian kepala

kepada buah-buahan tempatan.

Page 13: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

14

Dalam karya ini, mesej utama yang hendak disampaikan ialah bahawa

tempat tanah tumpah darah akan meninggalkan kesan yang amat dalam kepada

seseorang individu. Walausejauhmanapun seseorang itu merantau atau meninggalkan

tanahairnya namun perasaan atau semangat cintakan tanahair akan kekal abadi.

Jika dilihat dalam karya ini objek yang utama yang hendak disampaikan

ialah buah-buahan tempatan. Buah-buahan tempatan merujuk kepada buah-buahan

yang terdapat di Malaysia. Buah-buahan ini digantikan kepada kepala manusia

kerana ia merupakan simbolik kepada ingatan individu tersebut kepada tempat

asalnya walaupun persekitaran imej berlatarbelakangkan suasana yang pelbagai.

Walaupun pakaian dan tempat yang berbeza, namun warna kulit dan ciri-ciri

tempat asal masih jelas kelihatan.

Berbeza pula dengan artis Yee I-Lann ,beliau telah mengeksploitasikan imej

dalam bentuk kartun dan dicantumkan dengan objek yang sebenar seterusnya

dicetak di atas kertas Kodak.

Yee I-Lann, Welcome,

Cetakan Digital Hitam Putih di atas Kertas Kodak Profesional,

2003.

Page 14: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

15

Penilitian dibuat ke atas karya-karya sebegini adalah kerana karya

pengkarya juga akan dimanipulasi dengan menggunakan perisian komputer. Dalam

karya yang dihasilkan, pengkarya masih mengekalkan kesasihan imej iaitu imej

tidak akan dimanipulasi sehingga menjejaskan kelojikan seperti yang terdapat

dalam karya Karim Raslam. Tetapi pengkarya akan memanipulasi imej tersebut ke

dalam bentuk imej yang boleh bergerak atau animasi. Dengan bantuan perisian

yang ada contohnya perisian Adobe Photoshop, imej fotografi mudah untuk

diubah mengikut kehendak pengkarya.

Menyingkap perkembangan awal, percubaan mengabungkan seni dan

teknologi ini telah lama bertapak hasil kutipan dan pembaharuan dari

pembawakan aliran dadaisma dan konstrukturvisma oleh Duchamp, Laszlo Moholy

Nagy, Man Ray dan Alexander Calder. Juga gerakan awal dari beberapa kumpulan

seni seperti ZERO di Jerman 1957 dan Groupe de Recherche d’ Art Visuel

(GRAV) di Perancis 1960. Karya yang dihasilkan lebih bersifat arca kinetik yang

kelihatan seperti mesin. Tetapi perkembangan ini sukar diterima sehinggalah

dalam tahun 60an seni dan teknologi ini dimashyurkan di Amerika. Bergerak

seiring dengan lain-lain aliran seperti Pop Art yang cenderung memperkatakan

tentang kehidupan kontemporari dan Conceptual Art yang bermain dengan

pemikiran manipulasi minda dan falsafah yang kadangkala bukan bersifat seni.

Ledakan teknologi maklumat dan perkembangannya telah mula menular di

dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang

mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya.

Sekarang ini dengan terciptanya perkembangan komputer, perisian dan skrin

Page 15: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

16

elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan dalam menghasilkan karya.

Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini sebenarnya ia boleh mewujudkan

kepelbagaian disiplin seni yang mampu memberi pilihan kepada generasi hadapan

dalam menghasilkan karya yang lebih dinamik.

Tidak dapat dinafikan lagi generasi sekarang dan akan datang telah dan

terus terdedah kepada perkembangan teknologi dunia. Pengenalan Manusia tidak

pernah berhenti pada satu keadaan. Begitu juga dengan perkembangan pemikiran,

ide, aliran dan falsafah. Terciptanya sesuatu yang baru sekarang ini bukanlah

bermula dari tiada tetapi ia sebenar ianya diberi pembaharuan yang lebih maju

dan berteknologi. Di zaman sekarang tenaga elektrik menjadi keperluan utama

manusia dalam kehidupan seharian. Ia menggerakkan perkakasan elektronik

sekaligus menjadi tenaga menghidupkan zaman teknologi. Rata-rata manusia

mengaitkan teknologi dengan elektronik. Jadi ini adalah hakikat teknologi sekarang.

Revolusi teknologi ini memberi kesan yang kuat keatas corak kehidupan

moden samada sistem cara hidup ataupun nilainya. Revolusi ini juga mencetus

perubahan serta anjakan dalam segala bidang termasuklah seni. Ini merupakan

kajian luaran bagi melihat sambutan masyarakat dan pengkarya terhadap peralihan

zaman teknologi elektronik. Adakah masyarakat, para ilmuan dan pelukis Malaysia

menerima teknologi dalam seni ataupun gabungan seni dan teknologi sebagai suatu

keluarga atau ketogari baru dalam seni? Atau payahkah seni dan teknologi ini

untuk dihasilkan di dalam konteks persekitaran budaya Malaysia? Terancamkah

segala keunggulan seni tradisi bangsa dan seni konvensional yang selama ini

diagung-agungkan?

Page 16: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

17

Apa yang dapat dilihat di sini bahawa teknologi elektronik yang

digunapakai hari ini dapat menambahkan kecenderungan kepada jumpaan-jumpaan

baru oleh para pelukis, mempelbagaikan media dan proses seni, dan melihat kesan

yang boleh diperolehi daripada gabungan kedua-dua unsur tersebut iaitu seni dan

teknologi.

Dalam tahun 1966 Experiments in Art and Technology ditubuhkan

memperlihatkan kerjasama antara saintis dan pelukis. Perkembangan seni ini

membawa suatu pengucapan baru dalam persembahan dan aliran seni tampak.

Kepelbagaian elemen yang melibatkan cahaya dan kinetik ditampilkan.

Keghairahan menjadikan mentol serta lampu elektrik sebagai medium baru

ditampilkan dalam karya-karya Rafael Lozano-Hemmer ( Vectorial Elevation

Relational Architecture # 4, 2002 ) dan Erwin Redl ( Shifting, very Slowly, 1998 ).

Erwin Redl, Shifting, very Slowly,

Bahan Campuran,

1998.

Page 17: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

18

Rafael Lozano-Hemmer, Vectorial Elevation ( Relational Architecture #4 ),

2002 .

Kepesatan dunia sains dan teknologi yang bermaharajalela mewarnai

kehidupan kontemporari telah mencetuskan suatu bentuk medium dan

penyampaian baru. Penampilan bentuk seni 4 dimensi memberi banyak altenatif

kepada pengamal seni. Video dan filem berkembang sebagai penyampai baru seni

tampak yang agak konsepsual. Kemunculan seni berbentuk ‘motion’ yang dikenali

seni video menjadi suatu peralihan baru terhadap orentasi teknologi. Seni video

melibatkan ‘masa’ malah tidak bersifat statik seperti catan, arca ataupun foto.

Peralatan seperti monitor televisyen atau projektor dan peralatan video menjadi

sebahagian dari orentasi objek seni. Nam June Paik pengamal seni yang amat

cenderung dengan penggunaan elektronik dalam karyanya mengutarakan pelbagai

persoalan dan maksud (Concerto for TV,Cello Premiere). Beliau dianggap pelopor

seni video dunia, cuba memperlihatkan bagaimana propaganda yang disalurkan

Page 18: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

19

melalui media ini telah berjaya menguasai serta menembusi pemikiran manusia

dalam kehidupan, budaya, kepercayaan, bangsa dan agama.

Namun begitu, karya yang dihasilkan oleh Bruce Nauman berbeza dengan

karya yang akan dihasilkan oleh pengkarya. Bruce Nauman menggunakan video,

tetapi pengkarya memaparkan imej fotografi yang seterusnya akan dimanipulasi

ke dalam perisian komputer untuk imej yang boleh bergerak.

Nam June Paik, Concerto for TV,Cello Premiere,

1971.

Melalui pameran solo Hasnul Jamal Saidon, Hyperview (1997) cuba

menggabung beberapa pendekatan seperti kolaj digital, seni video, seni intraktif

multi-media, komputer animasi dan juga lukisan dan catan. Menerusi kepelbagaian

ini telah memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan bahawa teknologi

tidak mengasingkan seni malah mampu bekerjasama sebagai proses ataupun

orentasi objek seni.

Page 19: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

20

Lanjutan daripada karya-karya seni elektronik artis oleh artis -artis seperti

Hasnul Jamal Saidon ini, berlakunya tercetusnya minat terhadap seni elektronik oleh

artis pelapis yang seterusnya. Hal ini dapat dibuktikan jika kita lihat pada

Pertandingan Bakat Muda Sezaman 2004 yang dianjurkan oleh Balai Seni Lukis

Negara. Dalam pertandingan ini ada segelintir artis yang tampil dengan karya

berbentuk seni elektronik seperti Liew Teck Leong Tengku Azahari Tengku Azizan

dan Mohd Khairul Azizi. Tengku Azahari Tengku Azizan telah tampil dengan

karyanya yang bertajuk Noiscape. Karya ini telah menggunakan teknik instalasi video

dan menggunakan projektor untuk dipancarkan ke dinding untuk memaparkan imej.

Karya ini lebih berbentuk intraktif kerana menggunakan alat speaker bagi

membenarkan penonton untuk mendengar audio karya tersebut.

Tengku Azahari Tengku Azizan, Noiscape,

Projektor (Instalasi Video)

2004.

Page 20: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

21

Namun begitu berbeza dengan karya Mohd Kharul Azizi dalam karyanya

yang bertajuk Cinta. Beliau telah menggunakan perisian komputer untuk

membentuk satu laman web atau website.

Mohd Khairul Azizi, Cinta,

Komputer (Website),

2004.

Karya ini merupakan instalasi seni multimedia intraktif yang boleh

membina pengalaman intraksi antara pelukis, karya dan penonton. Beliau cuba

mempelbagaikan bentuk pengucapan dan dilanjutkan sebagai seni internet (net art).

Lanjutan seni beliau telah dirangkaikan kepada laman Internet. Seni Internet

bersifat global dan boleh dilihat oleh sesiapa tanpa perlu pergi dan berada

ditempat yang sebenar. Perkomputeran telah memudah, meringkas dan mempercepat

perlaksanaan kerja seni. Malah lain-lain peralatan teknologi tinggi seperti pancaran

laser, hologram mungkin satelit digunakan bersama komputer untuk penghasilan

dan penampilan proses seni.

Page 21: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

22

Dalam zaman perkomputeran, perkakasan dan perisiannya adalah merupakan

teknologi canggih yang utama yang mampu menyalurkan berjuta-juta maklumat

pada masa yang sama. Maklumat ini disalurkan melalui jaringan atau internet.

Maklumat Internet sudah menjadi bahan rujukan manusia. Kepelbagaian fungsi

Internet diperluaskan. Kekuatan yang ada pada komputer ini mampu memberi

interaksi samada informasi dan sebagainya. Tidak seperti televisyen dan radio

hanya memberi maklumat sahaja dan begitu juga telefon dan faksimili yang

hanya menjadi alat komunikasi sahaja. Pun begitu, sekecil mana keperluan sesuatu

peralatan elektronik itu ia tetap menyumbang kepada aliran teknologi dunia.

Teknologi tinggi dan baru ini mampu menjadi budaya hidup bagi generasi akan

datang sebagai suatu keperluan. Dengan pengaruh zaman teknologi elektronik ke

atas kehidupan inilah, adanya kecenderungan para pelukis untuk meneroka dan

mencuba teknologi ke atas seni pula. Kini telah banyak peralatan dan objek yang

berteknologi elektronik telah digunapakai oleh para pelukis. Penampilan secara

pendekatan eksperimentasi menjadikan para pelukis berani menggunakan

perkakasan elektronik seperti telefon, mesin faks, mesin fotokopi, ‘overhead

projector’, ‘slide projector’, perkakasan komputer, kamera video secara langsung

dan sebagainya. Pada peringkat awal televisyen dan fungsinya itu sendiri

diperkenalkan bukanlah sebagai suatu kegunaan seni, begitu juga dengan teknologi

komputer ataupun pancaran laser pada asal fungsinya adalah untuk kegunaan

saintifik. Walaubagaimanapun, perubahan fungsi alatan-alatan ini kepada kegunaan

seni berlaku berdasarkan rasional dan relevan para pelukis terhadap zaman.

Seperti contoh Nam June Paik menggunakan video dan televisyen kerana beliau

menganggap media massa elektronik sebagai penyampai dan penyalur propaganda.

Page 22: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

23

Oleh itu, beliau telah menukar persepsi umum terhadap alatan-alatan tersebut.

Penglibatan teknologi dalam seni terbahagi kepada dua iaitu sebagai alatan dan

sebagai objek seni. Pada peringkat ini keperluan, perlaksanaan dan proses

penghasilan seni diambilkira sebagai alatan. Dalam objek seni ia berlaku sebagai

keseluruhan pengucapan, kaedah penyampaian ataupun penampilan. Ini bermakna

keseluruhan peralatan dianggap sebagai sebahagian seni itu sendiri.

Jika kita lihat kepada artis Bruce Nauman beliau menggunakan teks dalam

karya Good Boy Bad Boy. Dalam karya ini pengkaji cuba mengkaji tentang

penggunaan teks yang digunakan dengan menggunakan lampu neon dan 2 colour

video monitor untuk memaparkan imej. Karya ini juga menggunakan 2 video tape

players Karya ini juga mempunyai bunyi suara yang multiple (bertindan) dari

pelakon lelaki dan wanita (Joan Landster dan Tucker Smallwood) yang dalam

keadaan ekspresi muka yang berlainan. Hal ini kerana karya yang akan dihasilkan

oleh pengkaji juga akan menggunakan teks tetapi akan digabungkan dengan

imej. Tetapi apa yang diperhatikan oleh pengkarya dalam karya ini karya ini

menyampaikan karyanya dengan menggunakan dua bahagian. Bahagian pertama

menggunakan imej dalam bentuk skrin. Manakala, bahagian kedua pula

menggunakan teks. Pengkarya mendapati kedua-dua bahagian ini seolah-seolah

terpisah dan berbeza dengan karya yang akan dihasilkan oleh pengkarya kerana

pengkarya menggabungkan imej dan teks dalam hanya satu skrin.

Page 23: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

24

Bruce Nauman, Good Boy Bad Boy,

1985.

Ping Chong, Deshime,

1993.

Begitu juga dengan karya yang bertajuk Deshime pada tahun 1993. Karya

ini menggunakan teks. Karya ini lebih berbentuk performance dan menggunakan

ruang dan digabungkan dengan tarian, muzik dan teks. Pengkarya berpendapat

pelbagai elemen telah digabungkan dalam karya ini. Tetapi karya yang akan

diolah oleh pengkarya lebih bersifat minimal iaitu hanya menggunakan imej dan

teks. Hal ini kerana pengkarya sengaja menggunakan pendekatan sebegitu kerana

dalam karya tersebut, pengkarya inginkan penonton dan merenung sendiri tentang

apa yang hendak disampaikan oleh pengkarya.

Page 24: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

25

Isu feminisme merupakan salah isu dan pendekatan yang digunakan oleh

artis untuk berkarya. Isu yang berkaitan dengan wanita telah lama diperkatakan

samaada diperingkat global atau dikalangan bawahan. Isu wanita seperti gangguan

seksual, penderaan mental dan fizikal, eksploitasi terhadap wanita dan sebagainya

banyak telah muncul di kaca televisyen dan di media cetak. Hal ini telah

mendorong pengkarya untuk mengkaji isu wanita dan mengolahnya ke dalam

bentuk karya. Isu atau gaya masyarakat yang gemar menggunakan imej wanita

dalam perikalanan atau majlis-majlis tertentu sudah menjadi suatu trend dalam

masyarakat kita. Bila kita membelek helaian majalah dalam bahagian periklanan

contohnya, tidak sah jika imej wanita tidak ditonjolkan.