isu dan cabaran rumahtangga masakini

Download Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini

Post on 30-Oct-2014

40 views

Category:

Spiritual

8 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Program tazkirah PTAR bagi bulan Mac

TRANSCRIPT

  • 1. PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM (CITU) UiTM SHAH ALAM

2.

  • Pengabaian Nafkah
  • Tanggungjawab Pendidikan Agama
  • Perceraian
  • Kecurangan Suami Isteri
  • Poligami
  • Sumbang Mahram
  • Anak Tidak Sah Taraf

3. PENGABAIAN NAFKAH 4. 12,300 suami ingkar bayar nafkah(Berita Harian 20 Mac 2010) Lebih 12,300 bekas suami dikesan masih berdegil dan enggan membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak masing-masing walaupun mereka sudah diperintah berbuat demikian oleh mahkamah syariah di seluruh negara, mulai tahun ini. Ketua Pengarah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tan Sri Ibrahim Lembut, berkata pihaknya sukar melaksanakan perintah itu kerana ramai wanita terbabit tidak memaklumkan mahkamah syariah mengenai keengganan bekas suami untuk membayar nafkah. 5.

  • - Dalil kewajipan - Surah An-Nisa (ayat 34) / Surah Al-Baqarah (ayat 233)
  • - Nafkah adalah daripada sumber yang halal (menjadi darah daging anak isteri)
  • - Syarat suami wajib berikan nafkah kepada isteri apabila ;
  • i) Isteri telah menyerahkan dirinya untuk suami (tidak menolak permintaan suami untuk melakukan istimta)
  • ii) Isteri mengikut / tinggal di tempat atau kediaman yang dipilih suami )
  • - Suami masih wajib memberikan nafkah kepada isteri bekerja mengikut kemampuan dan keperluannya, bukan atas keinginan peribadi / hawa nafsu

6.

  • Kadar nafkah adalah berdasarkan kemampuan suami (Surah At-Talak : ayat 7)
  • Tahap kemampuan suami sebagaimana ditentukan syarak :
  • i) Senang (kaya)
  • ii) Sederhana
  • iii) Fakir

7.

  • Hukum : wajib
  • Syarat-syarat :
  • i) Bapa mempunyai makanan yang melebihi keperluan diri dan isteri
  • ii) Ciri-ciri anak masih kecil / sakit berpanjangan (tidak mampu bekerja)
  • Bapa tidak wajib beri nafkah sekiranya anak telah baligh dan mampu bekerja
  • Jika anak masih belajar (ilmu yang bersangkut dengan kewajipan diri) , bapa wajib beri nafkah
  • Nafkah juga wajib diberikan kepada anak sekalipun berlaku perceraian

8. TANGGUNGJAWAB PENDIDIKAN AGAMA 9. 10.

  • Suami wajib memberikan bimbingan dan didikan agama kepada ahli keluarga dan berusaha memelihara ahlinya daripada kemurkaan Allah (Surah At-Tahrim : ayat 6)

11.

  • Ayah Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.
  • Suami Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
  • Abang Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAMTunggulah tarikan adiknya di akhirat.
  • Anak Lelaki Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelaknantikan tarikan ibunya.

12.

  • 1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmatioleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
  • 2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  • 3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  • 4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  • 5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
  • 6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  • 7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

13.

  • 8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.
  • 9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  • 10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
  • 11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  • 12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
  • 13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
  • 14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

14. PERCERAIAN 15. 16.

  • i)Salah seorang pasangan atau kedua-duanya meneruskan kebiasaan
  • tingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam perkahwinan.
  • Bertindak bersendirian tanpa mengambil kira kesan kepada pasangan atauperkahwinan. Membiarkan pasangan membuat tindakan secara sendirian.
  • ii) Penguasaan kefahaman terhadap agama berhubung dengan kehidupan
  • suami isteri kurang atau keluar daripada tuntutan Islam sebenar (kesan
  • kepada nilai dan personaliti).
  • iii) Pengurusan ekonomi rumah tangga tidak diuruskan mengikut konsep
  • kehidupan berumah tangga Islam iaitu berkongsi, bertolak ansur dan
  • mengutamakan yang utama.
  • iv) Pengurusan cara hidup keluar dari kawalan sosial dan syariat Islam sepertiminum arak, judi, menyalahgunakan dadah, berzina dan sebagainya.

17.

  • V) Pengurusan hubungan dan komunikasi dengan pasangan dan keluarga tidak lancar seperti mengutamakan diri atau keluarga sendiri lebih daripada pasangan atau keluarga pasangan. Tidak mengambil berat terhadap kesihatan, kebajikan pendidikan dan keperluan emosi ahli keluarga.
  • vi) Menghadapi masalah peribadi yang tidak dapat dikongsi bersama pasangan, mempunyai personaliti mendekat menjauh atau menjauh menjauh seperti pemarah (emosional), cemburu buta, mendera dan mementingkan perasaan sendiri.
  • vii) Salah seorang pasangan menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit
  • yang menghalang berlaku hubungan jenis dalam jangka masa yang terlalu
  • lama, mempunyai nafsu seks yang terlalu tinggi atau lemah.
  • viii) Gagal mengimbangi tumpuan perhatian serta masa kepada pasangan dan
  • rumah tangga, lebih mementingkan kerjaya atau lain-lain kegiatan luar
  • rumah. Tidak dapat memahami budaya kerja pasangan.
  • ix) Pasangan tidak dapat mengawal pengaruh luaran daripada pergaulan
  • (kawan-kawan), persekitaran dan keluarga dalam membentuk atau
  • mencorak kehidupan suami isteri.

18. Dilaporkan oleh Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman di dalam kertas kerja mengenai Profil Keluarga Di Malaysia dan Kesannya Kepada Masyarakat pada Seminar Keluarga Mendepani Cabaran di Kuala Lumpur BIL PUNCA PERATUS 1 Tiada persefahaman curang atau enggan dimadukan 12.0% 2 Pengabaian tanggungjawab 11.15% 3 Campur tangan keluarga 8.8% 4 Ketagihan dadah, alkohol 7.1% 5 Masalah kewangan 1.6% 6 Masalah jenayah, judi dan kesihatan 1.1% 7 Penderaan 0.5% 8 Lain-lain 12.6% 19.

  • DEFINISI TALAQ
  • Melepaskan ikatan pernikahan dengan lafaz tertentu
  • Islam memberikan kuasa talak kepada pihak suami manakala pihak isteri juga boleh menuntut perceraiandalam bentuk-bentuk lain sama ada secara khuluk (tebus talak), fasakh dan
  • taklik melalui saluran Mahkamah Syariah
  • DALIL HARUS TALAQ
  • Firman Allah SWT yang bermaksudnya:
  • Cerai (talaq) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik . (Surah Al-Baqarah, 2:229)
  • Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar radhiyallahu anh yang bermaksud:
  • Rasulullah sallallahu alayhi wasallam telah menceraikan isterinya Hafsah kemudian Baginda meruju`nya semula. (Riwayat Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah)

20.

  • LAFAZ TALAQ TETAP DIKIRA JATUH, SEKALIPUN ;
  • - dilafazkan dengan niat bergurau (jika menggunakan lafaz sorih ..Aku ceraikan awak..)
  • - suami tidak mengucapkannya di hadapan isteri, tetapi di hadapan orang lain.

21. HUKUM PERCERAIAN MELALUI SMS Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 55 yang bersidang pada