folio artikel rumahtangga

13
ARTIKEL RUMAHTANGGA PENGENALAN Program Kemahiran Hidup merupakan suatu kursus teknikal yang banyak memberi ilmu serta pengalaman baru kepada para pelajar terutamanya aplikasi dalam kehidupan seharian. Program ini juga mampu melahirkan insan yang berdikari, memahami perkembangan teknologi, berinisiatif dan yakin diri dalam perubahan teknologi untuk kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan dalam kalangan pelajar. Terdapat beberapa kursus wajib yang perlu diambil oleh setiap pelajar Kemahiran Hidup. Antaranya ialah Pengurusan Jahitan dan Pakaian. Kursus ini berjalan selama 14 minggu termasuk kuliah dan amali. Terdapat beberapa kerja kursus yang harus dilaksanakan selama 14 minggu tersebut. Salah satu daripadanya ialah melaksanakan Artikel Rumahtangga. Artikel rumahtangga merupakan suatu kerja kursus yang memerlukan setiap pelajar memilih satu barang perhiasan yang berada di dalam rumah samada di dapur, ruang tamu mahupun bilik tidur. Seiring dengan kerja kursus Artikel Rumahtangga ini,ia memupuk serta merangsang minda para pelajar dalam mengaplikasikan asas – asas jahitan yang telah dipelajari sebelum ini. Artikel yang telah dipilih ialah bantal hiasan. Ia bertepatan dengan untuk hiasan pada kereta, rumah dan sebagainya bagi menarik sesuatu sudut di rumah serta bagi menceriakan sesebuah kereta

Upload: ct-rasheqa-mat-razali

Post on 16-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

beg

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Artikel Rumahtangga

ARTIKEL RUMAHTANGGA

PENGENALAN

Program Kemahiran Hidup merupakan suatu kursus teknikal yang banyak memberi ilmu

serta pengalaman baru kepada para pelajar terutamanya aplikasi dalam kehidupan seharian.

Program ini juga mampu melahirkan insan yang berdikari, memahami perkembangan teknologi,

berinisiatif dan yakin diri dalam perubahan teknologi untuk kehidupan seharian. Selain itu,

program ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan

dalam kalangan pelajar.

Terdapat beberapa kursus wajib yang perlu diambil oleh setiap pelajar Kemahiran Hidup.

Antaranya ialah Pengurusan Jahitan dan Pakaian. Kursus ini berjalan selama 14 minggu

termasuk kuliah dan amali. Terdapat beberapa kerja kursus yang harus dilaksanakan selama 14

minggu tersebut. Salah satu daripadanya ialah melaksanakan Artikel Rumahtangga. Artikel

rumahtangga merupakan suatu kerja kursus yang memerlukan setiap pelajar memilih satu barang

perhiasan yang berada di dalam rumah samada di dapur, ruang tamu mahupun bilik tidur.

Seiring dengan kerja kursus Artikel Rumahtangga ini,ia memupuk serta merangsang

minda para pelajar dalam mengaplikasikan asas – asas jahitan yang telah dipelajari sebelum ini.

Artikel yang telah dipilih ialah bantal hiasan. Ia bertepatan dengan untuk hiasan pada kereta,

rumah dan sebagainya bagi menarik sesuatu sudut di rumah serta bagi menceriakan sesebuah

kereta tersebut. Kemahiran menjahit dengan cara quilting diperlukan dalam penghasilan artikel

tersebut. Selain itu, pelbagai lagi kemahiran yang perlu diterapkan iaitu seperti jahitan lurus,

jahitan untuk hiasan dan sebagainya.

Page 2: Folio Artikel Rumahtangga

CETUSAN IDEA

Cetusan idea terhasil apabila terdapat pelbagai keunikan dalam pengeluaran sarung

kusyen di pasaran sekarang. Setelah mempelajari asas – asas jahitan didapati bahawa tidak sukar

untuk mengahasilkan sarung kusyen sendiri. Oleh yang demikian, sarung kusyen telah dipilih

sebagai perlaksanaan kerja kursus bagi Artikel Rumahtangga ini.

Bantal hiasan ini diambil inisiatif oleh saya untuk hasilkan pada artikel rumahtangga ini

kerana keadaan rumah tanpa barangan hiasan akan menampakkan rumah tersebut kusam dan

tidak ceria. Ini termasuklah keadaan kereta yang kosong di dalamnya. Penghasilan bantal hiasan

ini saya tidak terlalu besar dan terlalu kecil. Sekiranya saya buat terlalu besar ia akan menganggu

pandangan belakang pada kereta dan pada rumah ia akan menutupi segala pandangan di rumah

tersebut dan akan tertumpu pada bantal hisan tersebut.

Konsep yang dipilih adalah akuatik di mana saya memilih bantal hiasan yang berbentuk

ikan sebagai bantal hiasan saya. Bentuk ikan ini dipilih kerana kanak-kanak sekarang mereka

lebih cenderung pada hasil yang lebih menonjol kepada binatang. Tambahan pula, ikan

merupakan satu bentuk yang lain dari sebelum ini. Pencetusan idea ini diperoleh melalui

televisyen,internet dan pemerhatian sekeliling. Artikel Rumahtangga ini tercetus apabila

walaupun kereta yang dimiliki cantik, bersih dan mewah tetapi tiada unsur keceriaan di

dalamnya tidak menarik bagi saya. Oleh itu, idea ini tercetus untuk dibuat.

Selain itu, bantal hiasan ini juga bukan sahaja untuk hiasan semata-mata malah ia turut

memberi fungsi sebagai bantal itu sendiri yang untuk keselesaan orang yang berada di dalam

kereta tersebut. Ini kerana bantal hiasan yang dihasilkan mempunyai span yang lembut di dalam

dan memberi kesan yang selesa pada penggunanya.

Page 3: Folio Artikel Rumahtangga

Terdapat 3 idea kasar yang difikirkan sebelum memilih satu tema yang terbaik. Di bawah

merupakan lukisan bagi 3 idea tersebut.

i. Idea 1 :

ii. Idea 2 :

iii. Idea 3 :

Page 4: Folio Artikel Rumahtangga

Berdasarkan ketiga – tiga idea tersebut, idea ketiga telah dipilih untuk dilaksanakan. Ini kerana,

idea ketiga lebih ssesuai untuk diaplikasikan jahitan quilting.

PEMILIHAN FABRIK DAN HIASAN LAIN

JENIS FABRIK ATAU HIASAN SEBAB PEMILIHAN

1) Fabrik baldu merah - Fabrik jenis baldu dipilih oleh

sebab teksturnya yang lembut.

- Selain itu,ia juga lebih eklusif

berbanding fabrik yang lain.

- Fabrik ini juga bersifat kosong

iaitu tiada corak dan hal ini

memudahkan untuk membuat

hiasan tambahan.

2) Fabrik bercorak batik - Fabrik bercorak batik ini

dipilih sebagai hiasan

tambahan atau pelengkap

kepada artikel ini. Ia kerana

sarung kusyen ini bertemakan

batik. Namun batik tidak

digunakan secara keseluruhan

malah hanya sebahagian

sahaja.

- Elemen batik diterapkan

untuk melengkapkan tema

Page 5: Folio Artikel Rumahtangga

batik tersebut.

3) Renda reben lebar warna hijau - Renda ini dipilih untuk

menghasilkan sarung kusyen

yang lebih elegan dan eklusif

dengan diikat seperti reben di

pepenjuru sarung kusyen

tersebut.

- Pemilihan warna yang agak

kontra adalah bertujuan untuk

menyerlahkan lagi hiasan

reben tersebut.

4) Tali hiasan warna hijau - Tali hiasan ini dipilih sebagai

hiasan disekeliling sarung

kusyen tersebut.

- Ia dipilih seiring dengan renda

hijau tersebut iaitu supaya

kelihatan lebih elegan dan

tidak terlalu serabut dengan

hiasan yang berat.

5) Manik dan sulam - Jahitan manik dan sulaman

dipilih sebagai

mengaplikasikan pmbelajaran

yang lepas.

- Ia juga untuk mencantikkan

lagi hiasan pada sarung

Page 6: Folio Artikel Rumahtangga

kusyen tersebut.

-

LANGKAH – LANGKAH MENJAHIT SARUNG KUSYEN

Langkah 1 :

Langkah permulaannya ialah melukis polar bagi sarung kusyen tersebut. Ukuran sarung kusyen

sedia ada diambil dan dipindahkan ke kertas minyak. Polar dilukis pada kertas minyak mengikut

ukuran segiempat sama iaitu 14 inci x 14 inci untuk bahagian hadapan. Manakala bahagian

belakang terdapat 2 polar asing iaitu bahagian belakang A berukuran 14 inci x 4.5 inci dan

bahagian belakang B berukuran 14 inci x 9.5 inci.

Langkah 2 :

Setelah selesai melukis polar langkah seterusnya ialah menggunting polar tersebut.

Langkah 3 :

Kemudian letak polar tersebut di atas fabrik dan jelujur diatasnya. Ini bertujuan untuk

memudahkan langkah menggunting fabrik tersebut. Satu inci lebihan dilukis pada fabrik tersebut

sebagai basi untuk jahit tepi dan memudahkan jahitan penyambungan. Fabrik digunting

mengikut ukuran.

Page 7: Folio Artikel Rumahtangga

Langkah 4 :

Kemudian span diletakkan di bawah fabrik baldu dan fabrik alas diletakkan di bawah span

tersebut. Polar yang telah dilukis bentuk diletakkan di atas fabrik bertujuan untuk menjahit

quilting. Langkah menjahit dilakukan.

Langkah 5 :

Setelah selesai menjahit quilting,seterusnya menjahit serta mencantumkan bahagian hadapan dan

belakang sarung kusyen dilakukan.

Langkah 6 :

Langkah seterusnya ialah langkah menghias sarung kusyen tersebut dengan elemen – elemen

hiasan.

Page 8: Folio Artikel Rumahtangga

SARUNG KUSYEN YANG TELAH SIAP

Page 9: Folio Artikel Rumahtangga

PENGIRAAN KOS

Di bawah merupakan jadual pengiraan kos dalam penghasilan sarung kusyen.

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah

1. Fabrik baldu 1 meter RM 10.00

2. Renda reben hijau 2 meter RM 3.60

3. Tali hijau 1.5 meter RM 2.10

4. Zip 14 inci 1 RM 1.00

5. Span 1 RM 0.80

6. Manik 1 bungkus RM 1.80

Jumlah keseluruhan RM 19.30

KESIMPULAN

Hasil daripada artikel rumahtangga yang telah disiapkan iaitu sarung kusyen, ia telah

memberikan suatu pengalaman baru serta input tambahan dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya pelbagai aspek perlu dipertimbangkan dalam menghasilkan sarung kusyen

tersebut termasuklah pemilihan fabrik, elemen hiasan yang bersesuaian dan ukuran yang betul.

Selain itu, cara menjahit quilting dengan betul juga dipelajari dalam penghasilan sarung

kusyen tersebut. Kepelbagaian corak quilting boleh dilakukan mengikut kreativiti tersendiri.di

samping itu juga ia merangsang minda untuk berfikir jauh serta kreatif dalam penghasilan

produk buatan tangan sendiri.

Page 10: Folio Artikel Rumahtangga