modul rbt3120 - teknologi rumahtangga dan pertanian

164

Click here to load reader

Upload: anizah-aslam

Post on 20-Jan-2016

1.044 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

TAJUK 1 KAJIAN FABRIK

1.1 SINOPSIS

Kajian fabrik adalah bidang yang memfokuskan pengenalan jenis

fabrik, jenis gentian dan ciri gentian sesuatu fabrik. Dua jenis

gentian utama iaitu gentian asli ( tumbuhan dan haiwan) dan buatan

( sintetik dan selulosa terjana semula ). Contoh fabrik gentian asli

ialah kapas , linen , sutera dan benang sayat ; contoh fabrik buatan

adalah seperti nilon/poliamida, poliester, rayon dan asetat/triasetat.

Kekukuhan , keselesaan ,penyerapan lembaapan, kekonduksian

haba , kekenyaalan dan ketahanan adalah ciri penting bagi setiap

jenis gentian.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini , pelajar dapat ;

1. Menerangkan maksud jenis gentian asli dan gentian buatan

2. Mengenal pasti dua klasifikasi sumber gentian

3. Menyenaraikan sumber gentian asli dan gentian buatan.

4. Menyatakan contoh fabrik bagi setiap jenis gentian asli dan

buatan.

5. Menghuraikan ciri-ciri setiap gentian fabrik asli dan buatan

- Gentian serabut serat dan filamen daripada bahan asli dan buatan yang dijadikan yarn(benang) untuk menghasilkan fabrik(kain)

1

Page 2: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK

2

Kajian Fabrik

Klasifikasi

Asli

Buatan

Jenis Gentian

Asli - kapas, linen, sutera, benang sayat

Buatan- nilon, poliester, rayon dan asetat

Ciri gentian

Kekukuhan

Penyerapan lembapan

Keselesaan

Kekonduksian haba

Kekenyalan

Ketahanan suhu dan cahaya

Page 3: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

1.4 KANDUNGAN ISI

Gentian boleh diklasifikasi kepada dua kumpulan

1.4.1 SUMBER GENTIAN ASLI

Jenis Gentian Nama Gentian Sumber

Selulosa Kapas Buah kapas dari pokok kapas

Linen Serat pokok flaks

Jut Serat batang jut

Rami Serat batang rami

Hemp Manila hemp atau batang abaca

Protein Sutera Ulat Sutera

3

Gentian Asli

Sintetik Terjana SemulaHaiwan(Protein) Tumbuhan(Selulosa)

Asas Logam

Getah

Asas Petroleum Mineral

Gentian Buatan

SUMBER GENTIAN

Page 4: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Bulu Biri-biri Sayat kambing biri-biri, Kambing Kashmir, Arnab Angora, Vicuna, Kambing Angora

Mineral Asbestos Ketulan batu silicate of magnesium dan kalsium

Getah Elastomer Susu daripada pokok getah

1. Gentian Selulosa

a) Kapas

Fabrik kapas Gentian kapas adalah gentian yang popular dan digunakan untuk

menghasilkan berbagai artikel rumahtangga dan pakaian. Gentian

kapas boleh diperolehi daripada buah kapas.

Negara yang banyak mengeluarkan kapas ialah Amerika Syarikat,

Rusia, India , Jepun, dan Britain.

Buah kapas yang masak akan merekah dan kembang sebelum dipetik

dengan tangan atau mesin pemetik .

Gentian kapas boleh dicampur dengan gentian yang lain seperti

gentian buatan manusia untuk menghasilkan fabrik kapas campuran.

Aktiviti 1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Fabrik kapas boleh dibahagi kepada tiga jenis seperti jadual di bawah;

4

Page 5: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Jenis Fabrik Kapas Nama Fabrik Kegunaan

Kapas nipis

Kapas sederhana tebal

Kapas tebal

1. Proses penghasilan kain kapas:

a. Buah-buah kapas dimasukkan ke dalam mesin yang akan

mengasingkan gentian kapas daripada biji-biji dan kekotorannya.

b. Gentian kapas akan melalui proses menerusi memesin. Gentian-

gentian disisir, dihaluskan, dan dipintal menjadi yarn yang

lembut.

c. Yarn kemudian dipintal menjadi benang yang halus.

d. Benang-benang kapas ditenun menjadi kain atau dijadikan

sebagai benang jahitan.

Bunga Kapas Mesin penenun Mesin pengulungan Pintalan Buku Benang

Ciri-ciri gentian kapas:

Ciri Estestik Ciri Kekukuhan Keselesaan Rupa Permukaan

yang pudar akan lebih menarik sekiranya diberi

• Teguh dan menjadi lebih teguh apabila basah

• Pengalir haba yang baik, selesa dipakai dalam cuaca/musim panas

• Mudah renyuk jika tidak diberi kemasan khas

5

Page 6: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

kemasan khas seperti digerus dan merserais

Mudah menyerap warna

• Gentian tahan lasak, fabrik boleh diberus semasa mendobi

• Ia tidak mudah rosak oleh tindakan alkali atau peluntur jika didobi dengan cara yang betul

• Menyerap lembapan

• Mengecut semasa cucian pertama kecuali diberi kemasan khas.

 Kebaikan fabrik kapas Kelemahan fabrik kapasa. Mudah menyerap pencelup

dan boleh diberi kemasan khas

b. Teguh dan menjadi lebih teguh apabila diberi kemasan khas

c. Gentian tahan lasak, boleh diberus semasa mendobi

d. Tidak mudah rosak oleh tindakan alkali dan peluntur jika didobi dengan cara yang betul

e. Mudah menyerap lembapan

f. Selesa dipakai dalam cuaca yang panas

g. Lembut dan selesa dipakai

a. Mudah kotor kerana ia licin kecuali jika diberi kemasan khas

b. Mudah renyuk jika tidak diberi kemasan khas

c. Mudah mengecut

d. Mudah terbakar

e. Mudah bertahi lalat

Kegunaan Fabrik Kapas

Sesuai untuk menghasilkan pakaian dalam, kain lapik dalam, baju kanak-

kanak, sarong bantal, kain cadar, dan seumpamanya.

6

Simbol yang menunjukkan artikel atau pakaian dibuat daripada 100% gentian

kapas

Simbol yang menunjukkan artikel atau pakaian dibuat daripada kapas

campuran

Page 7: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Mengenal struktur kapas melalui mikroskop

b. Fabrik Linen

Pengenalan

Tahukah anda rupa pokok fleks ?

7

Layari laman web : http://cotton Wikipedia, the free encyclopedia untuk mendapatkan maklumat tambahan sejarah gentian cotton.Pastikan anda meneliti

label untuk mengetahui

jenis gentian

Page 8: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

1. Linen dibuat daripada gentian batang pokok fleks.

2. Batang fleks diikat dan direndam sehingga kayunya reput dan

meninggalkan gentian-gentian fleks.

3. Gentian-gentian fleks disikat, diluruskan, dan dipintal menjadi benang

serta ditenun menjadi kain.

Ciri-ciri fabrik linen:

1. Berasa kasar dan gebu

2. Menyala dengan api berwarna kuning apabila dibakar dan

menghasilkan bau seperti kertas terbakar

3. Lebih kukuh daripada fabrik kapas

4. Permukaannya sedikit berkilat

5. Pengalir haba yang baik

6. Tahan haba tinggi, boleh direbus dan diseterika dalam suhu panas.

Struktur gentian linen yang dilihat melalui mikroskop

Bulat , bentuk permukaan keratan rentas gentian adalah poligonal menyebabkan gentian berkilau , kelihatan berbonggol seperti batang buluh

Gentian fleks yang belum diproses

8

Page 9: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

 Kebaikan fabrik linen Kelemahan fabrik linena. Tahan lasak dan didobi

b. Selesa dan sejuk apabila dipakai dalam cuaca panas

c. Larutan soda dan asid yang lemah tidak meninggalkan kesan

a. Harga mahal

b. Mudah bertahi lalat

c. Mudah berbulu dan renyuk

2. Haiwan

GENTIAN HAIWAN

Fabrik Sutera ( Ulat sutera ) 

1. Fabrik sutera didapati daripada kepompong

kupu-kupu Bombyx Mori

2. Larva akan memakan daun mulberi dan mengeluarkan cecair sutera

yang dipanggil spineret dan terbentuklah kukun apabila cukup besar.

3. Kukun dipanaskan untuk membunuh kepompong dan mencairkan

serikin (game).

9

BENANG SUTERA

KULIT BULU

Page 10: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

4. Hujung filamen daripada kukun digulung dalam bentuk gelung yang

dipanggil sutera mentah.

5. Benang sutera kemudian ditenun menjadi kain sutera yang bermutu

tinggi.

Ciri-ciri fabrik sutera:

1. Cantik, bercahaya, dan licin

2. Berasa halus dan lembut apabila dipegang

3. Filamen sutera kelihatan seperti rod kaca di bawah mikroskop

4. Mengandungi protein fibroin

Fabrik benng sayat ( Bulu biri-biri )

Berbentuk sisik , (korteks ) terdiri daripada sel ( kuitikel ) , Ia memberi kekukuhan dan kekenyalan kepada gentian .

1. Fabrik benang sayat diperoleh daripada bulu haiwan seperti bulu

kambing biri- biri, unta, dan arnab.

2. Bulu akan dibersih, dibilas, dan dikeringkan

3. Bulu biri-biri disikat untuk menjadi gentian yang halus

4. Gentian bulu yang panjang ditenun menjadi fabrik bulu biri yang licin

dan bermutu tinggi.

5. Gentian yang pendek dipintal longgar untuk dijadikan benang bulu yang

halus.

10

Page 11: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

6. Biri-biri jenis Merino dapat menghasilkan bulu yang bermutu tinggi dan

gentian yang halus serta panjang.

Ciri-ciri fabrik benang sayat/bulu biri-biri

1. Rupa yang halus dan keriting

2. Berasa gebu, halus, dan beranjal

3. Kelihatan seperti sisik kecil yang meliputi gentian apabila dilihat melalui

mikroskop

4. Tidak menyala, mengeluarkan bau hangus seperti terbakar dan

meninggalkan manik hitam yang boleh dihancurkan

5. Gentian bulu biri-biri adalah sederhana kukuh dan tahan lama

6. Pengalir haba yang lemah

7. Menjadi fabrik keras apabila direndam ke dalam air panas

8. Sinaran matahari akan menguningkan gentian fabrik

1.4.2 GENTIAN BUATAN

1. Fabrik buatan ialah gentian selulosa terjana semula yang diperoleh

daripada campuran bahan mentah, iaitu palpa kayu atau kapas dan

dicampurkan dengan bahan kimia.

2. Pelbagai jenis fabrik buatan yang terdapat di pasaran adalah seperti

poliester, nilon,rayon dan asetat/triasetat.

3. Contoh fabrik gentian buatan adalah seperti berikut;

11

Page 12: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

a. Selulosa terjana semula

Selulosa + alkali + soda kaustik ( viskos ) Selulosa + asid asetik ( asetat )

Selulosa + asetik anhidrida + metilena klorida ( triasetat )

b. Sintetik

Petroleum + etilena ( poliester ) Arang batu + udara + air ( poliamida )

Petroleum + ammonia + air ( akrilik )

Fabrik poliester

1. Bahan pembuatan fabrik poliester ialah petroleum.

2. Filamen poliester dibuat dalam kehalusan yang berbeza.

3. Gentian poliester mempunyai permukaan yang licin dan rata.

4. Ciri fizikal poliester seperti rod kaca dengan keratan rentas berbentuk

bulat.

5. Fabrik poliester digunakan untuk menghasilkan pakaian seperti pakaian

dalam, blaus, kemeja, dan alat kelengkapan rumah tangga seperti cadar

dan sarung bantal.

6. Poliester menjadi cair dan mengecut dengan mengeluarkan bau yang

harum apabila dibakar api.

 Ciri-ciri poliester1. Teguh, kekonduksian haba, menyerap kelembapan dan penebat haba

yang baik.

 Kebaikan fabrik poliester Keburukan fabrik poliester

12

Page 13: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

1. Tahan pada sinaran cahaya matahari

2. Tidak mudah renyuk3. Tahan serangga 4. Tidak bertahi lalat

1. Tidak selesa dipakai2. Melekat pada tubuh3. Lemah pada alkali4. Sensitif pada haba

Fabrik Nilon/Poliamida1. Nilon dikenal juga sebagai gentian poliamida.

2. Nilon diperbuat daripada bahan arang batu, iaitu benzen atau femol

oksigen, nitrogen, dan hidrogen. Bahan-bahan ini dicampurkan untuk

menghasilkan bahan kimia dan dijadikan filamen fabrik nilon.

Ciri-ciri fabrik nilon/poliamida

1. Halus, nipis, dan kenyal

2. Kelihatan seperti batang bulat dan licin di bawah mikroskop

3. Mencair dan mengeluarkan manik- manik putih apabila dibakar dan api

akan terpadam dengan sendiri

4. Sangat kukuh semasa basah atau kering

FABRIK RAYON

Rayon diperbuat daripada selulosa sama ada daripada palpa kayu atau

gentian kapas. Ia lembut serta berkilat.rayon juga dikenali sebagai sutera

tiruan.Selain daripada itu rayon boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu rayon

asetat dan rayon viskos.

Ciri-ciri Rayon

1. Rupanya berkilat dan licin

2. Apabila dipegang ia berasa sejuk, lembut beranjal dan meluncur/sukar

dibentuk.

3. Apabila dipakai ia akan jatuh dengan baik

4. Pengalir haba yang baik dan menyerap air dengan cara sederhana

13

Page 14: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

5. Senang dicelup warna dan warnanya tidak luntur

6. Tidak rosak bila terkena alkali tetapi asid dan peluntur akan melemahkannya,

jika pakaian rayon yang dibasuh dengannya tidak dibilas dengan betul.

 Kebaikan fabrik rayon Keburukan fabrik rayon1. Cantik danharganya

sederhana2. Tahan lasak dan boleh

dicuci dengan elok3. Tidak dimakan gegat

dan tidak bertahi lalat 4. Tiada kuasa elektrostatik5. Mudah bercampur

dengan fabrik lain.

1. Kurang selesa bila dipakai pada waktu panas

2. Senang memberi terutamanya ketika basah

3. Mudah renyok dan lemah ketika basah

4. Mudah berbuku kerana benang licin

5. Mudah terbakar dan tidak tahan haba panas

Ciri Gentian  

Ciri gentian asli sumber tumbuhan ialah :-

a. Kukuh dan bertambah kukuh apabila basah

b. Mudah menyerap lembapan

c. Selesa dipakai

d. Pengalir haba yang baik

e. Tidak kenyal dan mudah renyuk

f. Tahan pada suhu tinggi dan sinaran matahari

g. Tahan pada asid lemah dan alkali

Ciri gentian asli sumber haiwan ialah :-

a. Kukuh tetapi lemah apabila basah

14

Page 15: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

b. Daya penyerapan baik

c. Selesa dipakai kerana lembut

d. Pengalir haba yang baik

e. Tidak mudah renyuk

f. Rosak pada suhu tinggi dan alkali

Ciri gentian buatan ialah :-

a. Kukuh tetapi lemah apabila basah

b. Menyerap sedikit lembapan dan mengalami elektrostatik

c. Tidak selesa dipakai

d. Penebat haba yang baik

e. Kenyal dan tidak mudah renyuk

f. Suhu sederhana

g. Tahan pada cahaya matahari

h. Tahan pada asid

Aktiviti 2

Sila kumpulkan sampel fabrik selebar 6cmX6cm bagi setiap jenis fabrik

(8 jenis fabrik). Sediakan dua sampel bagi setiap fabrik dan bawa semasa

kuliah/interaksi bagi digunakan dalam ujian amali.

15

Page 16: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Latihan Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

TAJUK 2 FUNGSI DAN PEMILIHAN PAKAIAN

2.1 SINOPSIS

Kursus ini menjelaskan bagaimana kepentingan pakaian yang

dipakai oleh setiap individu. Ia juga meliputi faktor yang

mempengaruhi rupa bentuk pakaian dan faktor yang mempengaruhi

pemilihan pakaian seseorang.

2.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti fungsi pakaian pada setiap individu

2. Menerangkan faktor yang mempengaruhi rupa bentuk

16

Page 17: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

sesuatu pakaian

3. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi individu dalam

memilih pakaian

2.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK

17

FUNGSI DAN PEMILIHAN PAKAIAN

Fungsi asas pakaian

Perlindungan

Kesopanan

Perhiasan

Faktor yang mempengaruhi rupa

bentuk pakaian

Geografi

Agama dan kepercayaan

Sosial

Politik

Ekonomi

Teknologi

Ciri gentian

Kekukuhan

Penyerapan lembapan

Keselesaan

Kekonduksian haba

Kekenyalan

Ketahanan suhu dan cahaya

Page 18: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

2.4 KANDUNGAN ISI

2.4.1 Fungsi Asas Pakaian

Pakaian sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Pada masa

kini terdapat pelbagai jenis pakaian yang diperbuat daripada pelbagai

jenis fabrik. Pakaian yang dipakai juga mempunyai pelbagai bentuk

atau fesyen tertentu. Setiap jenis pakaian yang dipakai oleh

masyarakat sebenarnya mempunyai fungsi tersendiri. Di antara fungsi

pakaian ialah:

a. Perlindungan

Manusia menggunakan pakaian untuk melindungi diri daripada:

i . Keadaan cuaca

Bagi keadaan cuaca yang agak panas manusia akan memilih

pakaian yang agak nipis dan manakala cuaca sejuk manusia akan

menggunakan pakaian yang

tebal.

18

Page 19: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

ii. Serangan serangga dan haiwan berbahaya.

Pakaian juga boleh melindungi manusia daripada serangan

serangga atau haiwan yang berbahaya seperti lebah atau kala

jengking.

iii. Keselamatan

Pakaian juga boleh mengelakkan manusia daripada mengalami

kecederaan pada kulit atau tubuh badan terutamanya apabila

memasuki kawasan hutan atau kawasan yang berbatu .

19

Page 20: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

b. Kesopanan

Pakaian yang dipakai oleh manusia juga adalah menunjukkan

kesopanan dan bertatasusila. Seseorang yang berpakaian

adalah kelihatan lebih sopan berbanding dengan orang yang

tidak berpakaian atau berpakaian dengan cara yang tidak

sesuai. Di antara ciri-ciri pakaian yang menunjukkan kesopanan

ialah :

i. Menutup aurat iaitu tidak mendedahkan bahagian-bahagian

tertentu yang boleh mendatangkan kesan tidak baik pada

masyarakat.

ii Memakai pakaian mengikut budaya masyarakat masing-

masing.

iii. Berpakaian untuk menghormati orang lain agar lebih

sopan dan sesuai hidup dalam suatu masyarakat.

c. Daya tarikan dan juga perhiasan

Seseorang yang berpakaian juga akan menjadi daya tarikan

kepada masyarakat kerana ianya kelihatan lebih menarik. Pada

kebiasaannya, orang yang memakai pakaian yang menarik

20

Page 21: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

terutamanya dalam sesuatu majlis keraian akan menjadi

tumpuan orang ramai. Pakaian yang dipakai juga seperti

menjadi suatu perhiasan diri pemakainya.

2.4.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi rupa bentuk pakaian

a. Geografi

i. Iklim

Manusia akan memilih atau menggunakan pakaian

bergantung kepada keadaan iklim samada panas atau sejuk .

Sekiranya cuaca sejuk penduduk mungkin akan menggunakan

pakaian yang tebal atau jika panas sebaliknya pula.

ii . Permukaan bumi

Permukaan bumi juga mempengaruhi jenis-jenis pakaian yang

digunakan oleh manusia. Jika masyarakat itu berada

21

Page 22: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

dikawasan pergunungan dan kawasannya adalah sejuk ,

maka ia perlu memakai pakaian yang tebal. Jika seseorang itu

pula berada di kawasan padang pasir ia perlu memakai pakaian

daripada fabrik yang mudah menyerap peluh .

b. Sosial

i . Gender

Pemilihan pakaian juga bergantung kepada jenis jantina sama

ada lelaki atau pun perempuan. Mereka mempunyai citarasa

masing-masing untuk berpakaian.

ii. Umur

Umur juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan

pakaian. Antara kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga orang

tua mempunyai citarasa yang berlainan dalam memilih jenis

pakaian .

iii. Masyarakat

Keadaan masyarakat sekeliling juga mempengaruhi pemilihan

jenis pakaian yang hendak dipakai oleh seseorang. Contohnya

keadaan masyarakat di bandar dan kampung yang memilih

jenis pakaian yang berbeza bergantung kepada bentuk hidup

masyarakatnya.

22

Page 23: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

c. Politik

i . Pemerintah

Jenis pakaian yang dipakai oleh manusia juga kadangkala

dipengaruhi oleh pemerintah. Ada sesetengah pemerintah

menetapkan jenis-jenis pakaian yang boleh dipakai oleh

rakyatnya. Contohnya seperti berpakaian jubah

disesetengah negara tertentu. Ada juga pemerintah yang

memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk berpakaian

asalkan sesuai dengan keadaan sekeliling.

ii . Keamanan

Semasa keadaan di sesuatu tempat dalam keadaan aman,

penduduk biasanya akan memakai pakaian yang kelihatan

lebih selesa dan menarik . Pakaian mereka biasanya cantik,

bersih dan sesuai dengan suasana keadaan sekelilingnya.

iii. Peperangan

Apabila berlaku peperangan pula, pada kebiasaannya

penduduk tidak akan mementingkan keadaan pakaian yang

dipakainya. Bagi mereka pakaian tidak perlu menarik

asalkan boleh digunakan untuk berlindung daripada

keadaan iklim sama ada cuaca yang sejuk atau panas.

Kadangkala ada sesetengah penduduk yang sentiasa

memakai pakaian seperti tentera dengan tujuan untuk

mempertahankan diri daripada musuh.

d. Agama

i . Melambangkan identiti penganut

23

Page 24: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Sesetengah orang akan berpakaian dengan jenis pakaian

yang melambangkan identiti penganut agama masing-

masing.

ii. Melambangkan kedudukan atau peranan seseorang

dalam agama

Jenis pakaian yang dipakai oleh seseorang juga kadangkala

berkait rapat dengan peranan atau kedudukannya dalam

agama. Contohnya seorang Imam bagi agama Islam

biasanya akan memakai Jubah serta serban. Bagi seorang

Sami Buddha pula akan memakai pakaian berwarna kuning.

e. Pekerjaan

i . Pakaian seragam

Dalam sesuatu bidang pekerjaan , adakalanya pekerja

dikehendaki memakai jenis pakaian yang sama atau

seragam. Contohnya dalam pasukan keselamatan seperti

tentera atau polis , jururawat dan lain-lain lagi.

ii . Pakaian khusus

Ada upacara yang memerlukan pesertanya memakai

pakaian tertentu untuk melambangkan istiadat itu.

iii. Jawatan dan pangkat

Dalam sesuatu bidang pekerjaan kadangkala pakaian yang

dipakai oleh pekerja adalah berbeza kerana berlainan

24

Page 25: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

jawatan atau pun pangkat. Contohnya seperti seorang

anggota yang berpangkat Mejar, pakaiannya adalah

berbeza dengan seorang prebet .

f. Status

i . Kedudukan ekonomi

Dalam masyarakat, seseorang yang mempunyai kedudukan

ekonomi yang agak baik kadangkala pakaiannya adalah berbeza

dengan orang lain. Pakaiannya mungkin berjenama, mahal,

berkualiti dan lebih menarik berbanding dengan orang biasa.

ii. Peranan dalam masyarakat.

Bagi ketua-ketua dalam sesebuah masyarakat juga kadangkala

memakai pakaian yang berbeza dengan orang-orang bawahannya .

Contohnya seperti seorang Ketua Kampung, Imam ,Tok Kadi dan

lain-lain lagi. Pakaian yang dipakai menunjukkan peranannya dalam

masyarakat.

iii. Melambangkan darjat.

Pakaian yang dipakai oleh seseorang juga melambangkan

kedudukannya atau darjatnya dalam suatu masyarakat atau dalam

sesebuah negara.

25

Page 26: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Contohnya pakaian yang dipakai oleh seorang Raja adalah

berbeza dengan pakaian yang dipakai oleh rakyat biasa.

g. Aktiviti harian

Dalam melaksanakan aktiviti seharian, kita juga seringkali

menggunakan pakaian yang berbeza . Contohnya kita memakai

pakaian yang berbeza apabila berada di rumah berbanding apabila

kita hendak beriadah atau pergi bersiar-siar.

2.4.3 Faktor yang mempengaruhi pemilihan pakaian

Setiap pakaian yang dipakai oleh setiap individu dipilih mengikut keperluan

masing-masing. Pakaian dipilih berdasarkan faktor seperti berikut;

a. Bentuk badan

26

Page 27: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Tinggi dan langsing Tinggi dan gempal

Rendah dan kurus

Rendah dan gempal

Stail pakaian untuk badan yang berlainan :-

Elemen Tinggi dan langsing

Tinggi dan gempal

Rendah dan kurus

Rendah dan gempal

Garisan dan cantuman Garis empayar,

bahu mendatar

Garis puteri, garis bentuk A, garis lurus

tegak

Garis  empayar, garis bentuk  A

Garis V dibahagian

badan

FabrikSederhana tebal Nipis, lembut Sedehana  tebal

Lembut, sederhana nipis

Garis leherBulat , bekolar

Berbentuk U,V,

segiempat, bulat dengan

belah slit berlapik

Berbentuk U, sampan

Berbentuk V, segiempat

LenganLengan

gelembung,bisyop, kaki kambing,

kimono, magyar

Lengan padanan rata,

Raglan

Padanan rata, kaki kambing, gelembong,

bisyop

Lengan padanan rata, raglan

WarnaTerang dan cerah

Gelap dan lembut

Terang dan cerahGelap dan lembut

27

Page 28: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Corak Melintang, bertabur, saiz besar

Tegak, saiz sederhana

Kombinasi tegak dan melintang,

saiz besar

Tegak dan serong, saiz kecil

HiasanKocek sisi, kocek

tampal, skirt berpesak, berkedut,

berlisu

Kocek sisi, kolar rever atau lepet,

kolar simpul hias

Kocek tampal, ropol, kedut, lisu

Kocek sisi

Pakaian formal ialah pakaian yang dipakai apabila menghadiri majlis rasmi.

Contohnya, pakaian tradisional, pakaian seragam, pakaian rasmi dan pakaian

upacara.

28

Page 29: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Pakaian kasual ialah pakaian yang dipakai semasa beriadah, bersiar-siar,

membeli belah atau dirumah. Pakaian ini perlu tahan lasak, selesa dan

ringkas.

b. Pekerjaan

Pakaian semasa bekerja perlu dipilih supaya dapat melambang dan

menunjukkan identiti tugas tersebut. Guru dan pensyarah memilih

pakaian yang sopan semasa mereka mengajar. Perunding imej dan

pakar kecantikan akan memakai pakaian yang kemas dan sut yaang

sesuai dengaan imej mereka. Pasukan polis, bomba dan tentera

memakai pakaian yang sesuai dengan tugas mereka .

c. Gaya hidup

29

Page 30: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Gaya hidup sangat mempengaruhi pemilihan pakaian seseorang. Gaya

hidup yang sibuk akan memilih pakaian yang mudah diurus, yang suka

bersenam akan menyediakan pakaian riadah. Individu yang kerap

menghadapi majlis sosial akan menyediakan banyak pakaian formal.

d. Masa dan tempat

Setiap individu perlu pandai menyesuaikan pakaian dengan masa dan

tempat dimana kita berada.Jika kita ke hutan perlu pakai pakaian yang

sesuai untuk bergerak/ aktiviti didalam hutan. Jika ke masjid perlu pakai

yang sesuai ke masjid dan pakaian tidaklah menjolok mata. Pakaian

yang penuh dengan aksesori tidak sesuai untuk pergi ke sekolaah

tetapi lebih sesuai ke majlis jamuan.

e. Pendapatan dan kemampuan

Kemampuan seseorang berbelanja akan mempengaruhi keupayaan

seseorang untuk memilih pakaian. Jika pendapatan yang tinggi pasti

mampu memilih pakaian yang lebih berkualiti, mewah dan tinggi

harganya.

Aktiviti 3

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Huraikan apakah faktor yang perlu dipertimbangkan jika anda ingin

membeli pakaian yang sangat anda idamkan.

30

Page 31: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

TAJUK 3 PROSES JAHITAN

3.1 SINOPSIS

Kursus ini memfokuskan tujuh jenis proses jahitan yang perlu dijalankan

dalam membuat pakaian iaitu kelim, belah, lengan, penghilangan

gelembong, garis leher, kancing dan penyudah tepi. Setiap proses meliputi

aspek fungsi, faktor pemilihan, jenis dan langkah-langkah menyedia dan

menjahit setiap proses.

3.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenal pasti tujuh proses jahitan yang penting dalam membuat

pakaian

2. Menerangkan maksud dan jenis kelim, belah, kancing, penghilangan

gelembong, penyudah tepi,lengan dan garis leher

31

Page 32: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

3. Menjelaskan cara menyedia dan membuat kelim, belah, kancing,

penghilangan gelembong, penyudah tepi,lengan dan garis leher

4. Menghuraikan ciri perbezaan jenis kelim, belah, penghilangan

gelembung, penyudah tepi, lengan dan garis leher

3.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK

3.4 ISI KANDUNGAN

1. Proses menjahit merupakan langkah berturutan dalam menyediakan

sesuatu proses untuk membuat pakaian atau artikel.

2. Penghilangan gelembong ialah proses menghilangkan lebihan fabrik

pada pakaian atau artikel untuk memberi bentuk dan keselesaan.

32

PROSES JAHITAN

Penghilangan gelembong Penyudah tepi Garis leher

Kelim Belah

Kancing Lengan

Page 33: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

3. Kelim ialah proses jahitan yang mencantumkan dua atau lebih kepingan

fabrik. Kelim juga digunakan untyuk member bentuk dan stail pada

pakaian.

4. Belah ialah suatu proses jahitan yang dibuat untuk memudahkan

pakaian dipakai atau ditanggalkan serta mengekalkan ciri tradisional

pada pakaian.

5. Garis leher merupakan sebahagian daripada pakaian yang boleh

dikemaskan dengan kolar, lapik, kun, ropol atau renda.

6. Penyudah tepi ialah suatau proses yang digunakan untuk mengukur,

mengemas, dan menghias hujung pakaian atau artikel.

7. Lengan merupakan sebahagian daripada pakaian yang berfungsi untuk

menambah stail, melindungi dan menutup kecaccatan lengan disamping

dapat mengekalkan cirri traadisional sesuatu pakaian.

8. Kancing ialah alat untuk menutup belah pakaian atau artikel untuk

mengekalkan bentuk asal.

3.4.1 KELIM

1. Definisi Kelim

Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik yang dijahit

dengan jahitan tangan atau mesin.

2. Kegunaan Kelim

2.1 Kelim digunakan untuk menyambung dua atau lebih kepingan

fabrik

2.2 Kelim digunakan untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik.

33

Page 34: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

2.3 Kelim boleh memberikan bentuk kepada pakaian.

2.4 Kelim juga digunakan sebagai hiasan.

3. Faktor yang mempengaruhi pemilihan kelim

3.1 Jenis fabrik

Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik.

Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai

dijahit dengan Kelim Betawi.

3.2 Jenis pakaian

Pakaian yang kerap dipakai dan sentiasa didobi memerlukan kelim

yang lebih kukuh. Contohnya pakaian kanak-kanak.

3.3 Gaya dan kedudukan kelim.

Kelim biasanya terdapat di bahagian bahu, rusuk dan tepi seluar ,

skirt atau sarung

4. Jenis kelim

4.1 Kelim Belah Kangkung

4.2 Kelim Betawi

4.3 Kelim Lipat Tindih

4.4 Kelim Papan Mesin

4.5 Kelim Papan Tangan

4.1 Kelim Belah Kangkung

34

Page 35: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Untuk semua jenis fabrik, kecuali fabrik nipis

Untuk menyambung bahagian rusuk dan lengan pada pakaian,

kelengkapan rumah tangga dan mencantum pita serong tepat

Lebar kelim yang siap antara 1.25 cm hingga 2.5 cm

Ciri Kelim Belah Kangkung

Lebar kedua-dua basi kelim sama

Kelim rata dan terbuka

Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar

Tidak beralur di sebelah luar

Tepi basi kelim perlu dikemaskan

Proses menjahit kelim belah kangkung

35

Page 36: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

1a. Temukan sebelah luar

fabrik.

b. Sematkan peniti, jelujur

dan jahit mesin di garisan

pemadan.

2. Cabut jelujur. Tekan dan seterika supaya kelim terbuka

3. Kemaskan tepi basi kelim belah kangkung dengan kaedah yang berikut:

3.1 Mengemas basi kelim dengan jahitan insang pari

3.2 Mengemas basi kelim dengan jahitan mesin

3.3 Mengemas basi kelim dengan mesin pengemas tepi

3.4 Mengemas basi kelim dengan jahitan lilit kemas

36

Page 37: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

3.4.2 PENYUDAH TEPI

Fungsi

Penyudah tepi adalah proses jahitan yang dibuat untuk melindungi,

mengemas, mengukuh dan menghias tepi pakaian dan kelengkapan

rumahtangga daripada berjerumbai atau berjurai-jurai.

Faktor pemilihan

Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, jenis

pakaian dan stailnya dan jenis tepi yang dikemaskan.

PENYUDAH TEPI

(Kelepet dan Kun)

Definisi Penyudah Tepi

37

Jenis-jenis Penyudah Tepi

Langkah-langkah menjahit Penyudah tepi kelepet dan kun

1. Kelepet2. penjuru3. Lapik4. Kun5. Renda6. Ikatan Pinggang7. Kasing8. jahitan Sulaman

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit Penyudah Tepi

Page 38: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Jenis penyudah tepi

1. Kelepet

2. Kun

Proses menyedia :

Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menjahit penyudah

tepi.

1. Penyudah tepi mestilah sesuai untuk tepi yang hendak dikemaskan.

2. Kukuh , tahan lasak , dijahit dengan baik kemas dan rata.

3. Lebarnya dan basinya mestilah sama dan tepi yang melengkung

mestilah rata/licin.

4. Warna benang mesti sama dengan warna fabrik.

5. Warna benang untuk penyudah tepi sulaman mestilah sesuai dan

Cantik dijadikan perhiasan.

KELEPET

Kelepet ialah penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan

juga di tepi kelengkapan rumahtangga. Ia terdiri daripada dua lipatan. Kelepet

digunakan untuk menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung. Lebar

dan kemasan kelepet berbeza mengikut jenis fabrik dan tujuan diadakan

kelepet itu. Kelepet yang halus biasanya dibuat pada bahagian yang

melengkung dan kelepet-kelepet yang lebar digunakan pada bahagian yang

lurus. Kelepet boleh dikekalkan pada pakaian atau kain kelengkapan

rumahtangga dengan jahitan mesin, jahit sembat susup atau jahit silang

pangkah

38

Page 39: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

1. Kelepet ialah lipatan pada hujung pakaian sebagai penyudah tepi.

2. Kelepet biasanya terdapat di hujung kaki seluar, hujung lengan baju dan

bahagian bawah pakaian.

3. Jenis mata jahitan yang digunakan untuk menjahit pakaian yang

meretas ialah:

a. Jahitan Sembat

b. Jahitan Silang Pangkah

Proses menjahit kelepet lurus

Langkah 1 Langkah 2

Tandakan kedudukan kelepet Lipat lipatan pertama ke sebelah dalam

selebar 6mm

6mm 66mm

6mm 6

Rajah 3.1 dan 3.2 Proses menjahit Kelepet Lurus

39

6mm

Page 40: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Langkah 3 Langkah 4

- Lipat lipatan kedua di garisan kelepet - Cabut peniti

selebar 2 ½ cm – 6 1/2 cm - Jahit sembat susup di sepanjang

- semat dan jelujur kelepet.

2 ½ cm -

6 ½ cm

Rajah 3.3 dan 3.4 Proses menjahit Kelepet Lurus

Langkah 5 Langkah 6

Menetapkan kelepet pada pakaian Menetapkan kelepet pada pakaian

dengan jahit silang pangkah dengan jahit sembat

Rajah 3.5 dan 3.6 Proes menjahit Kelepet Lurus

40

Page 41: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

2. JALUR SERONG TEPAT / KUN

Jalur serong tepat ialah sekeping fabrik yang digunting dengan menggunakan

ira serong tepat. Lebarnya bergantung lebar penyudah tepi yang hendak

dijahit.

Langkah-langkah menyediakan jalur serung tepat ( rujuk Rajah 3.7 )

Lipat kain supaya benang longsin selari dengan benang pakan.

Ukur dan tandakan lebar jalur serong dengan peniti kemudian

guntingkan jalur serong.

Untuk menyambungkan jalur serong tepat, gunting hujung jalur supaya

kedua-dua tepinya mengikut ira lurus .

Temukan S.L. jalur serong dengan hujungnya terkeluar 9 mm.

Jelujur dan jahit mesin jalur serong.

Tekan buka kelim jalur dan gunting hujung yang terkeluar

41

Page 42: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Lipatan serong tepat

peniti

(a) (b)

Tepi jalur mengikut ira lurus hujung digunting

jahit mesin

(c)

hujung terkeluar 9mm Kelim menyambung

42

Page 43: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Rajah 3.7 Jalur serong tepat

Langkah-langkah Kun di tepi lurus (sebagai lapik)

1. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan2. Tanggalkan benang benang jelujur dan gunting tepi hingga 6 mm3. Terbalikkan ke sebelah belakang.

Sebelah dalam

Mengemaskan lapik dengan sembat susup Sebelah luar

Rajah 3.8 Jalur serong tepat

Aktiviti 4

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

1. Berapa banyak lipatan dibuat pada kelepet?

A. Satu B. Dua

C. Tiga D. Empat

2. Jalur serung tepat dipotong .......... ganda daripada lebar kun yang siap

A . 1 kali B. 2 kali

C. 3 kali D 4 kali

43

Page 44: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

3. Gambarajah di bawah menunjukkan ........................

Rajah 1

A. Kelim B. Kelepet

C. Penjuru lipat tindih D. Penjuru temu sudut

4. Bagaimana kamu menghilangkan gelembung pada tepi yang melengkung?

i. Dengan menjahit sembat susup

ii. Dengan membuat lisu-lisu kecil

iii. Dengan menjahit lilit ubi atau insang pari.

iv. Dengan mengedutkan kelepet menggunakan jahit mesin.

A. i dan ii B. ii dan iii

C. i dan iii D. ii dan iv

5. Penyudah tepi yang dijahit dengan baik mestilah...................

A. rata dan kemas

B sekata lebarnya

C. kukuh dan kemas

D. sekata lebarnya, kukuh dan kemas.

1. Apakah perbezaan Kelepet dengan Kun?

2. Lukis gambarajah dan terangkan cara membuat di tepi cembung.

3. Terangkan langkah-langkah untuk menjahit kelepet lurus pada pakaian.

44

Page 45: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

4. Dengan bantuan gambarajah huraikan bagaimanan hendak menggunting dan menyambung jalur serung tepat.

3.4.3 BELAH

Aktiviti 5

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari

maklumat bagi aktiviti ini .

1. Apakah yang dimaksudkan Belah dalam proses jahitan pakaian ?

2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan belah ?

3. Dengan menggunakan gambarajah , terangkan proses jahitan bagi

3.1 Belah kelepet sama lebar

3.2 Belah berzip

3.3 Belah berkun

3.4.4 KANCING

Aktiviti 6

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari

maklumat bagi aktiviti ini .

1. Apakah tujuan menjahit kancing pada pakaian

45

Page 46: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

2. Berikan perbezaan antara kancing tersembunyi dan kancing nampak. Berikan

dua contoh kancing setiap satu.

3. Dengan berpandukan gambarajah nyatakan langkah-langkah menjahit butang

berlubang dua.

4. Nyatakan lima perkara yang harus diingat semasa menjahit lubang butang.

3.4.5 PENGHILANGAN GELEMBUNG

Aktiviti 7

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari

maklumat bagi aktiviti ini .

1. Terangkan fungsi penghilangan gelembung pada pakaian

2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan penghilangan

gelembung ?

3. Dengan bantuan gambarajah , bezakan proses jahitan bagi cara menghilang

gelembung : Kedut lepas , Lisu : lisu beriring , lisu terbalik , lisu bertentang ,

lisu hias dan lisu pemadan

3.4.6 LENGAN

Aktiviti 8

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari

maklumat bagi aktiviti ini .

1. Bentangkan hasil kerja lengan padanan rata dalam bentuk carta46

Page 47: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

2. Huraikan ciri-ciri lengan padanan rata yang baik

3. Apakah tujuan lengan dipasang pada pakaian.

3.4.7 GARIS LEHER

Aktiviti 9

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari

maklumat bagi aktiviti ini .

1. Reka dan lakarkan dua stail pakaian yang berkolar lurus

2. Huraikan ciri-ciri kolar lurus

3. Berpandukan gambarajah lukiskan cara-cara melekatkan kolar lurus di garis leher mengikut urutan yang betul

4. Mengapakah perlu dijelujur tegak sebelum mencantumkan kolar di garis leher.

47

Page 48: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

TAJUK 4 Teknologi pemeliharaan ikan hiasan

4.1 SINOPSIS

Kursus ini adalah mengenai teknologi pemeliharaan ikan hiasan. Tajuk ini

membincangkan tentang kaedah pemeliharaan ikan hiasan air tawar

tropika yang sering dipraktikkan. Merangkumi beberapa sub tajuk

antaranya menyentuh tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan, ciri-ciri

istimewa ikan hiasan, jenis dan contoh spesies ikan hiasan,

peralatan/kelengkapan dan bahan, penyediaan akuarium dan peralatan

untuk pemeliharaan serta pengurusan dan penjagaan. Kursus ini

mengintegrasikan pengetahuan teori dan kemahiran amali berhubung

dengan kaedah pengajaran secara kumpulan dalam pengajaran mikro.

4.2 HASIL PEMBELAJARAN

4.2.2 Menyatakan tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan.

4.2.2. Menjelaskan beberapa ciri istimewa yang terdapat pada ikan hiasan.

4.2.3. Menyenaraikan jenis dan contoh spesies ikan hiasan.

4.2.4. Menerangkan peralatan/kelengkapan dan bahan yang diperlukan untuk

pemeliharaan ikan hiasan.

4.2.5. Menghuraikan langlah-langkah penyediaan akuarium dan peralatan

untuk pemeliharaan ikan hiasan.

4.2.6. Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan.

48

Page 49: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

4.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Teknologi

pemeliharaan

ikan hiasan

Tujuan dan Jenis dan Peralatan/ Pengurusan

faedah contoh spesies kelengkapan dan

pemeliharaan ikan hiasan dan bahan penjagaan

ikan hiasan

Ciri-ciri Penyediaan

Istimewa akuarium dan

ikan hiasan peralatan untuk

pemeliharaan

4.3 Teknologi pemeliharaan ikan hiasan

4.3.1Tujuan dan faedah pemeliharaan ikan hiasan

Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati

kerana sifat-sifat unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik

49

Page 50: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

perhatian seseorang. Ada beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan

hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan sebagai satu hobi yang unik.

Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan

kesabaran seseorang.

Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang berbeza memerlukan

kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Dengan adanya sifat keperihatinan

seperti ini dapat mewujudkan suasana kasih sayang terhadap ikan hiasan

yang dipelihara. Memelihara ikan hiasan juga boleh mendatangkan

keuntungan kerana ia dapat menjana ekonomi seseorang. Aktiviti memelihara

dan menjual ikan hiasan serta aksesori dapat memberikan pendapatan yang

lumayan kepada pengusaha ikan hiasan.

4.3.2 Ciri-ciri istimewa ikan hiasan

4.3.2.1 Sifat luar dan dalam

Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya:

a. Pergerakan

Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak

perlahan dan mengasyikkan apabila kita memerhatikannya.

b. Sisik

Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut

spesis.Sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria

dan serangan penyakit.

C. Saiz

Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa

mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz

yang kecil.

d. Sirip

Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang

e. Bentuk badan

50

Page 51: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk,

pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih.

f. Warna badan

Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.

g. Cara makan

Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan

hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger

Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup.

h.Jantina

Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan

hiasan seperti bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan

melalui bentuk badan.Ikan jantan lebih besar dan perut pipih.

i. Cara pembiakan

Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan

Guppy merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran

sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil.Ikan Arowana bertelur dan di eram

di dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Ikan hiasan

biasanya bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik.

4.3.2 .2 Tabiat dan keperluan kehidupan

1. Ikan hiasan tergolong dalam 4 kumpulan tabiat makan :

A.Ikan herbivor (pemakan tumbuhan)

B.Ikan karnivor (pemakan haiwan, terutama sekali memakan haiwan hidup)

C.Ikan detritivor (pemakan detritus atau bahan organik)

D. ikan omnivor (pemakan segala macam makanan)

Kebanyakan ikan hiasan adalah ikan herbivor dan omnivor. Makanan yang

diberi mesti bersesuaian dengan tabiat makan ikan.

2. Kualiti air

Bagi ikan hiasan tropika,suhu air mesti berada pada julat 25 c – 35 c . Ikan

51

Page 52: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4 c- 25 c. Suhu diukur

dengan meter termometer.

3. Kadar cahaya

Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang,

bergerak ,mencari makanan dan melihat objek lain.

4.4.3 Jadual 1: Jenis dan contoh spesies ikan hiasan

Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama

1. CyprinidaeContoh: Seluang(rasbora), ikan mas, barb

Ikan seluang

Ikan mas

Ikan Barb

> Kecil, berbadan mampat,bersesungut

> ekor terbuka dan bentuk fork

>Badan bersisik , bergerak pantas

> kepala tanpa sisik

>Terdapat di Afrika, Amerika Utara dan sebahagian besar Asia Tenggara.

2. ChichildeaContoh: Ikan Angel, Discus, Oscar

Ikan Angel

>Hanya sepasang

lubang hidung

>Sirip ekor bulat

52

Page 53: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Ikan Discus

Ikan Oscar

>Satu dorsal fin

3. CharachidaeSemua jenis ikan tetra

Blue tetra

Green neon tetra

>Seakan ikan Barb

>Tiada sesungut

>Ada gigi dan

adiposfin

>Berasal dari

Amerika Selatan dan

Afrika Tengah

53

Page 54: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

4. BelontiideaContoh: Ikan pelaga Siam (Betta splenden), Gourami biru (Trichogaster trichopterus)

Ikan pelaga Siam

Gourami biru

Dwarf Gourami

>Badan lebar dan

mampat

>Sirip anal panjang

>Mempunyai

aksesori respiratory

organ untk bernafas

di udara

>Terdapat di Koprea

Selatan, Asia

Tenggara,Afrika

Barat

6. Catfish Families

Coridoras sp. Ikan bandaran

(Rinelloricaria parva)

>Suckermouth

>bersesungut

54

Page 55: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Bahan Bacaan

4.4.4 Peralatan/kelengkapan dan bahan

4.4.4.1 Alat kelengkapan dan bahan serta ciri-cirinya

4.4.4.1.1 Akuarium/bekas

Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa

dan keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz,

bentuk, bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum,

akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan:

i. saiz akuarium;

ii. bentuk akuarium;

iii. bahan buatan akuarium;dan

iv. jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan.

a Saiz akuarium.

Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil,

sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang

digunakan di rumah, saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium

kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis panduan yang

digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air

antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20

55

Page 56: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan akuarium besar antara 50

hingga 180 gelen air (250-900 liter). 

Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh

terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu

ekosistem penuh seperti ekosistem hutan ‘kelp’ (‘kelp’ ialah rumpai laut

gergasi, rumpai laut paling besar di dunia).

b. Bentuk akuarium.

Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para

akuaris. Di Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di

pasaran. Namun begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk

akuarium yang digunakan ialah akuarium  empat segi sama (rectangular

aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium

berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata

(flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical

aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium) (Rajah 1).

Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di

Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi

belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon

berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6

sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan

didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala

akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk

kubus sebagai namanya.

56

Page 57: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Rajah 1:  Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A),  berbelakang rata (B),  heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama (D)

separa silinder (E) dan silinder (F)

c. Bahan buatan akuarium.

Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium:

i. akuarium kaca (glass aquarium); dan  

ii. akuarium akrilik (acrylic aquarium).

Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan

oleh gam silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan

mudah pecah dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk

akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat percantuman yang

tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja-

57

Page 58: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

kerja pengurusan akuarium.

Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca.

Akrilik lebih juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh

dibuat dalam berbagai bentuk.

4.4.4.4.2 Sistem penapis

Aksesori Sistem Penapisan Akuarium

Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium

(Rajah 2). Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses

penapisan ini mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column)

dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis

ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini

merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini

akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan

oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan

meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi paras

tertentu menjadi racun kepada ikan).

Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan

sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada

organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk

membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium.

Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau

aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis

air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air

antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari

akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air

kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi

penapisan ini biasanya berjalan terus menerus.

58

Page 59: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis

(filtering ump),  penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub

plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari

ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium.

Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran

adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump).

Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke

penapis. Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik  bertutup

mengandungi media penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut,

seperti kapas  atau serabut, umumnya dipanggil ‘kapas penapis’ (filter wool)

oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti

polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar

oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan

manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses

penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.

Rajah 2: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis (B) dan ’kapas penapis’, sejenis media penapisan (C).

Sistem pengudaraan

Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara

mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. 59

Page 60: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium diperlukan bagi

membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah 3). Aksesori-aksesori

ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu udara

akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing)

dan injap-injap akuarium (aquarium valves).

Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah

memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH

air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk

disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik

menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara

ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan

berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam

udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-

buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan

oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh

itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.

Rajah 3: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara (B) dan tiub udara (C).

4.4.4.4.3 Aksesori

Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan

akuarium dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat

dan selesa dalam akuarium tersebut.

60

Page 61: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah:

i. membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan;

ii. mempastikan pH air pada tahap optima;

iii. memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan

lebihan makanan dapat dipam keluar daripada akuarium;

iv. mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air

sentiasa jernih dan bersih; dan

v. lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium

disamping sebagai sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium.

Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan

beberapa alat sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang

perlu ada pada sebuah akuarium ialah:

i. aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium;

ii. aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium;

iii. aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium;

iv. tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan

v. pasir untuk lantai akurium.

Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light).

Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi

perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan

dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa

cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan

61

Page 62: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa

jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan

memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan

melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan

ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.

Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan

cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan

dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya

tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi

tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak

akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi

perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya.

Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna.

Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru

dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna

kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang

memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.

Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin

terang cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam

akuarium. Yang terbaik ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu

malap. Alat ‘luxmeter’ boleh digunakan untuk mengukur kuantiti cahaya dalam

unit ‘lux’. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya

manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux.

Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen

(fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah 4). Lampu jenis

ini dibuat dalam berbagai spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan

dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu

jenis ‘tungsten’ dan ‘halogen’ tidak begitu sesuai. Lampu jenis-jenis ini

62

Page 63: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk

tumbuhan.

Rajah 4:  Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C).

4.4.4.4.4 Tumbuhan akuatik

Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah

akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk

menghisai akuarium ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan

dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan

akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada

industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika

boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara

komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri.

Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa

faktor, antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii)

sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap

pencahayaan akuarium, (iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan

berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan tumbuhan terhadap kualiti air

akuarium.

63

Page 64: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik

yang digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air

berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan

sebaliknya.

Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi

dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan

dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan

jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang

diguna bukan kegemaran ikan peliharaan.

Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi

akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk

fotosintesis. Gunakan lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium

ikan.

Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar

dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang

mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh

mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan yang mati akan

reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium.

Fungsi tumbuhan akuatik dalam akuarium

Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan

akuarium. Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh

cantik dan unik daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan

akuatik ialah ia boleh membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini

bukan fungsi penting kerana sistem pengudaraan akuarium sudah cukup

memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan dalam menyerap bahan

bernitrogen terutamanya nitrat dalam air.

64

Page 65: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Jenis-jenis tumbuhan hiasan akuarium

Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga

ialah Hydrilla verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan

Anubias sp. Hydrilla sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila

sp dan Anubias sp agak tahan lasak dalam akuarium. Lain-lain spesies

termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan Callitriche sp. Jadual 1

memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat dalam

pasaran.

Jadual 2:  Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium

  Spesis

1. Anubias sp

2. Aponogeton sp

3. Azolla sp

4. Bacopa sp

5. Cabomba sp

6. Hydrocotyle sp

7. Hygrophila sp

65

Page 66: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

8. Hydrilla verticiliata

9. Elodea sp

4.4.4.4.5 Makanan

Terdapat makanan hidup.makanan kering, makanan basah dan makanan

rumusan atau pelet.Makanan diberi mengikut jenis ikan.Makanan pelet jenis

terapung sesuai untuk ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala

ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel.

Makanan tenggelam sesuai untuk ikan yang mempunyai bentuk mulut

menghala kebawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

Jadual 3: Jenis makanan mengikut spesis

Jenis makanan Jenis ikan

Makanan hidup dan

makanan basah

Tiger Barb, Discus, Guppy , Black Tetra

Makanan kering Pearl Gourami, Harlequin Rasbora,Bala Shark

66

Latihan

Cari gambar-gambar tumbuhan di atas dan failkan

Page 67: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Silver Marble Molly

Makanan rumusan Sunrise Platy,Angel,Tiger Barb, Brown

Corydoras

Makanan tidak boleh diberi terlalu banyak kerana boleh mengotorkan air

akuarium. Tetapkan masa memberi makanan iaitu pagi, tengahari dan petang

Makanan kering

Cacing darah yang diawet kering

Udang geragau kering

Makanan basah

Daging

Hati

Makanan rumusan

Pellet

Emping

Contoh makanan hidup

cacing darah ulat roti

67

Page 68: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Plankton

Perbincangan

Bincangkan dalam kumpulan , contoh makanan lain yang dapat membantu tumbesaran ikan hiasan anda

Jadual 4 : Penyakit-penyakit Ikan Dan Ubat

BilPenyakit

Sebab / Kesan Ubat

1 Jangkitan bakteria Dikesan apabila

matanya kabur,

ekornya layu, kulitnya

serba tak kena atau

berwarna merah, dan

nafasnya kencang.

Tetracycline atau

MarOxy

2 Ekor layu Selalunya akibat Aquarisol atau 68

Page 69: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

tertekan dan keadaan

air yang teruk.

Kadangkala akibat

daripada jangkitan

bakteria.

akuarium

bergaram

3 Badan berkulat Benda keputihan yang

melekit tergantung

menyelubungi badan

Maracyn atau

Furacyn

4 Sembelit Dikesan apabila ikan

betta mengambil masa

yang lama untuk

membuang najisnya

atau najisnya

tergantung lama dan

tidak jatuh. Ini akibat

ikan diberikan

makanan berkanji

kering dan kurang

kepelbagaian makanan

Makan bersukat

atau diberi

makanan yang

dibeku/hidup

5 Dropsy Pembentukan bendalir

yang keterlaluan dalam

badan. Akibatnya ikan

hilang selera makan,

bengkak badan,

sisiknya teruk dan

kelihatan lembap.

Selalunya

Tetracycline

69

Page 70: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

menyebabkan

kematian.

6 Ekor memburuk Kerana bakteria di luar.

Akibatnya ekor

semakin memburuk,

pecah serta berbulu.

BettaMax atau

MelaFix

7 Mulut berkulat Mulut betta kelihatan

ditumbuhi benda putih

atau kelabu.

Penyingkir kulat

atau Furanase

8 Penyakit insang Tidak mengembang

dan insang berwarna

merah atau berkilau.

Ikan akan 9selalu

berada di permukaan

atas bekas apabila

dijangkiti

Maracyn

9 Lubang di kepala Terdapat lubang kecil

pada kepala ikan betta

Hexamit

10 Ich Penyakit berjangkit.

Dikesan melalui bintik

putih kecil yang

menyelubungi badan

ikan.

Aquarisol atau

rawatan cepat

11 Parasit Parasit kecil seperti

cacing sauh melekat

CopperSafe atau

fluke tab

70

Page 71: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

pada badan ikan betta

dan menyebabkannya

menggosokkan

badannya pada

sesuatu benda untuk

membuangnya.

12Tiada selera

makan

Dikesan apabila ikan

betta menjadi lembap

dan murung.

BettaMax

13 Penyakit mata Matanya membesar,

mengabur atau

mungkin tertonjol

keluar

Maracyn

14Berenang dengan

hodoh

Dikesan apabila ikan

betta berenang

mengereng ke sisi,

menggeselkan

perutnya atau selalu

berada di permukaan

bawah bekas. Penyakit

yang berbahaya dan

boleh membawa maut.

Tiada ubat,

tetapi jika diberi

makan selalu, ia

mungkin dapat

membantu

15 Fish lice Dijangkiti bakteria yang

menyebabkan bintik

berwarna merah

seperti demam campak

pada badan atau ekor

CopperSafe atau

akuarium

bergaram

71

Page 72: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

ikan

16 Velvet Penyakit yang selalu

dihadapi oleh anak ikan

pelaga. Penyakit yang

berjangkit dan boleh

membawa maut.

Dikesan apabila

terdapat bintik coklat

atau warna karat pada

badan dan warna

badannya semakin

pudar. Jika diteliti

dengan betul dapat

diperhatikan bahawa

badannya telah

ditumbuhi kulat.

Akriflavin

aquarisol

CopperSafe,

Had- A-Snail

atau garam

mengikut

sukatan

72

Layari Internet

Cari gambar ikan yang berpenyakit seperti dalam jadual di atas

Page 73: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

4.4.5 Penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan

4.4.5.1 Faktor pemilihan lokasi untuk menempatkan akuarium

a. Keamatan cahaya

Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi

perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan

dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa

cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan

hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa

jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan

memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan

melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan

ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.

Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan

cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan

dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya

tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi

tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak

akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi

perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya.

Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna.

Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru

dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna

kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang

memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.

73

Page 74: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Kadar cahaya ialah kuantiti cahaya yang memasuki akuarium, diukur dalam

unit lx (lux) .Satu lokasi yang sesuai ialah tempat yang mampu mendedahkan

akuarium kepada keperluan cahaya yang mencukupi. Bagi sebuah akuarium,

punca cahaya adalah daripada

lampu akuarium yang dipasang. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya

untuk melihat arah berenang dan bergerak, mencari dan melihat makanan

serta melihat objek-objek lain dalam akuarium termasuk ikan lain. Bagi

akuarium air tawar diperlukan kadar cahaya sebanyak 5000 lx selama 10-12

jam sehari manakala bagi akuarium laut diperlukan lebih 6000 lx untuk 10-12

jam seharai. Kadar cahaya diukur menggunakan fotometer (photometer).

Suhu

Suhu air adalah tahap kepanasan air diukur dalam unit °C.  Bagi ikan hiasan

tropika, suhu air mesti berada pada julat 25°C -35°C manakala bagi ikan

hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4°C hingga 25°C. Suhu boleh

diukur menggunakan meter termometer.

Suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan,

penghadaman, selera makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses-

proses ini cuma boleh berlaku pada julat-julat suhu tertentu saja. Suhu juga

mempengaruhi organisma hidup lain yang ada hubung kait dengan ikan,

misalnya bakteria, kulat, virus dan parasit dalam akuarium. Selain itu suhu

turut mempengaruhi parameter-parameter air yang lain. Misalnya, semakin

suhu air meningkat semakin sukar bagi oksigen larut dalam air, oleh itu suhu

yang terlalu tinggi menjadikan air kekurangan oksigen terlarut. Ketahanan ikan

terhadap suhu bergantung kepada spesies atau jenis ikan.

74

Page 75: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Keselamatan

Akuarium perlu diletakkan di tempat yang selamat memandangkan ia boleh

menyebabkab bahaya kepada manusia terutama kanak-kanak dan akuarium

itu sendiri. Kanak-kanak yang menyebabkan akuarium tersebut pecah akan

terdedah kepada kecederaan ( luka akibat serpihan kaca ). Perbelanjaan yang

telah dikeluarkan juga terbazir akibat akuarium yang pecah.

Bagi mengelakkan perkara yang tersebut berlaku, akuaris boleh meletakkan

akuarium ditempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. Lokasi

yang sesuai juga boleh menjamin keselamatan akuarium dan manusia.

Peminat ikan hiasan yang mahal seperti Arowana perlu menempatkan

akuarium di dalam rumah atau akuarium di pasangkan sistem keselamatan

yang sesuai mengelakkan ikan tersebut dari dicuri.

4.4.5.2 Pembersihan dan membasmi kuman peralatan

4.4.5.2.1 Landskap dalam akuarium

-Rawatan air

Langkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam akuarium yang

menunjukkan kemerosotan kualiti air. Antara tanda-tanda ini ialah perubahan

warna air, bau air dan tabiat luar biasa ikan. Tabiat luar biasa ikan

menunjukkan ikan berpenyakit.

Antara tabiat luar biasa ikan ialah: ikan berenang tidak tentu arah, ikan

menggesel badan pada objek keras, ikan muncul tercungap di permukaaan

air,  warna ikan pudar, ikan tidak mahu makan, ikan tidak aktif berenang (bagi

spesies yang biasanya aktif berenang), tanda-tanda penyakit pada badan ikan

dan sebagainya.

75

Page 76: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Jika terdapat tanda-tanda kemerosotan mutu air, akuarium serta semua

aksesori dan ornamen hiasan hendaklah segera dibersihkan, air akuarium

diganti dan langkah rawatan penyakit diambil. Jika kos merawat ikan terlalu

mahal, beli saja bekalan ikan baru untuk menggantikan ikan berpenyakit.

Elakkan mengisi akuarium dengan terlalu banyak ikan kerana ini akan

menambahkan lagi timbunan bahan organik dari najis ikan dan sisa makanan.

Keasidan/kealkalian

pH digunakan untuk mengukur samada sifat air itu asidik atau beralkali.

Kekerasan air

Air dikatakan keras sekiranya kandungan mineral terlarutnya tinggi, dan

keadaannya lembut sekiranya kandungannya kurang atau tiada. Unit

ukurannya ialah dH.

Mengukur Keasidan/Kealkalian Air

pH air diukur dengan menggunakan peralatan yang mudah didapati di kedai

akuarium biasa iaitu kertas litmus atau pH indicator (sejenis cecair untuk

mengukur pH). Bila membeli peralatan tersebut, pastikan sama ada ia untuk

menyukat pH air tawar atau air masin.

Skala yang digunakan ialah dari nombor 0 (asid yang terkuat) sehingga

nombor 14 (alkali yang terkuat). Setiap nombor mempunyai warna tertentu.

Bila air diuji dengan memasukkan kertas litmus ke dalam contoh air, bahagian

yang dicelup itu akan bertukar warna. Warna itu dipadankan dengan alat

pengukur. Warna yang sama pada pengukur tadi memberi kedudukan nombor

yang menentukan tahap kualiti air.

Untuk air tawar, kualiti air yang dikehendaki ialah antara pH 6.5 hingga 7.5. pH

7 adalah air paling tawar. Bagi air masin pula, kualiti air mestilah antara pH 7.9

76

Page 77: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

sehingga 8.5. Ikan akan mengalami stres sekiranya ukuran pH kurang atau

lebih daripada kedudukan ini.

Mengukur Kekerasan Air

Keras atau lembutnya air bergantung kepada kandungan garamnya. Air yang

keras mengandungi garam yang tinggi. Ada yang boleh dikurangkan dan ada

yang tidak. Biasanya ia dikurangkan dengan menambahkan air lembut seperti

air hujan atau bahan-bahan tertentu.

Ada alat yang boleh mengukur sama ada air itu:

Keras umum (general hardness), atau keras kerana kandungan kalsium

karbonat (CaCO3) atau kalsium oksida (CaO). Kekerasan air tidaklah begitu

merbahaya sebab ada jenis-jenis ikan yang biasa dengan keadaan air

sebegitu di habitat asalnya.

.

77

Page 78: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Rajah 6 :Ujian litmus Hidrometer

Sumber: Mills, Dick. (1992). Illustrated guide to aquarium fishes. Leicester:

Blitz.

Saliniti dan Tekanan Khusus Air

Saliniti merujuk kepada tahap kemasinan air. Saliniti air ditentukan

menggunakan alat pengukurnya. Berdasarkan kandungan garam air, kita

boleh mengkategorikan air kepada beberapa jenis air:

Jadual 7 :Jenis-jenis air berdasarkan kandungan garam

Jenis Air Kandungan Garam (part per thousand)

Air masin 30 - 35 ppt

Air payau 0.5 - 29 ppt

78

Page 79: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Air tawar > 0.5 (atau 1) ppt

Untuk akuarium air masin, anda disyorkan menggunakan garam khas untuk

memastikan tahap kemasinan air mencukupi, melainkan bekalan air laut yang

asli dan bersih mudah didapati.

Hidrometer

Kita juga perlu mengetahui tekanan khusus air (specific gravity). Tekanan

khusus untuk air masin dianggarkan antara 1.020 hingga 1.025 atm dan

biasanya dinyatakan pada bungkusan garam yang digunakan. Alat yang

digunakan untuk menyukat tekanan khusus air ialah hidrometer . Ia boleh

didapati di kedai-kedai yang menjual peralatan saintifik

a. Mengawal dan Membasmi Patogen

Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit

seperti yang dibincangkan di atas. Jika terbukti terdapat penyakit dalam

akuarium atau kolam ikan hiasan, seluruh sistem akuarium dan kolam

mesti dibersih dan di rawat.

79

Page 80: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Akuarium dan aksesori akuarium perlu dibersihkan, dan jika perlu,

aksesori baru perlu dibeli bagi menggantikan aksesori lama, terutama

aksesori yang sudah kurang berkesan dalam fungsinya.

Ikan berpenyakit boleh dirawat tetapi jika kos rawatan lebih besar

daripada kos membeli bekalan ikan baru, maka lebih baik dimusnahkan

saja ikan berpenyakit dan digantikan dengan ikan baru. Elakkan

membeli ikan dari kedai akuarium yang mempunyai rekod penjualan

ikan berpenyakit.

b. Mengawal dan Mengurus Akuarium dan Kolam Ikan Hiasan

Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium dan kolam

serta aksesori berkaitan secara berkala tanpa menunggu tercetusnya

penyakit. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin yang penting dalam hobi

menyimpan ikan hiasan.

Pastikan dinding akuarium selalu bersih dan lutsinar tanpa lapisan lumut

menyalutinya. Pasir di dasar akuarium (jika pasir digunakan untuk

hiasan akuarium) hendaklah sentiasa kelihatan bersih dan berwarna

semula jadi. Jika pasir berubah warna menjadi kelabu atau hitam dan

kelihatan sisa makanan dan najis ikan di dasar, maka seluruh akuarium

perlu dibersih dan diganti air.

Aksesori akuarium dan ornamen-ornamen hiasan perlu sentiasa bersih

tanpa disaluti lumut, lendir dan sisa buangan akuarium. Pastikan juga

bahawa aksesori akuarium sentiasa berfungsi dengan baik.

c. Mengawal dan Mengurus Makanan Ikan

Ikan perlu diberi makanan berkualiti  secukupnya. Ikan yang

kekurangan makanan dan sentiasa lapar akan mengalami tekanan dan

mudah

80

Page 81: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

d. dijangkiti penyakit. Beri makan sekurang-kurangnya dua kali sehari,

bergantung pada spesies ikan. Pilih makanan yang sesuai untuk ikan.  

Elakkan memberi terlalu banyak makanan kerana ikan tidak mampu

memakan lebihan makanan yang diberi. Lebihan makanan ini akan

menurunkan kualiti air. Elok sekali diperhatikan waktu-waktu ikan

makan secara aktif. Pilih waktu-waktu begini untuk memberi ikan makan

4.4.5.2.1.2 Teknik melepaskan ikan ke dalam bekas

• Rendamkan beg plastik yang mengadungi ikan ke dalam akuarium

selama 20 hingga 30 minit

• Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan keluar dengan

sendirinya bersama-sama air ke dalam akuarium

• Setelah semua ikan keluar dari beg plastik, keluarkan beg plastik

tersebut.

4.4.6 Pengurusan dan penjagaan

1 . Penjagaan harian

Beri makan 1 hingga 2 kali sehari

Perhatikan perlakuan ikan

Ikan yang mati perlu dibuang

Pastikan peralatan berfungsi

Ukur kualiti air

2. Penjagaan mingguan

Ganti ½ atau 1/3 air dari isipadu akuarium

Cantas tumbuhan akuatik yang tidak diperlukan

Bersihkan bahagian hadapan cermin

Cuci kapas penapis (jika perlu tukar baru)

Jangan beri makanan berlebihan

81

Page 82: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

3. Penjagaan bulanan

> menguji kualiti air

> membersih penapis air

TAJUK 5 Teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan

5.1 SINOPSIS

Kursus ini adalah mengenai teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan.

Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan teknologi

tanaman sayur-sayuran dan hiasan, kepentingan tanaman sayur-sayuran

dan hiasan dalam kehidupan, jenis-jenis tanaman sayur-sayuran dan

hiasan, persediaan untuk penyemaian dan penanaman, pembiakan dan

penyediaan anak benih, penanaman, pengurusan dan penjagaan serta

pengutipan dan penggunaan hasil. Kursus ini mengintegrasikan

pengetahuan teori dan kemahiran amali berhubung dengan kaedah

pengajaran secara kumpulan dalam pengajaran mikro.

5.2 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menerangkan sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran dan

hiasan.

2.Menyatakan kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam

kehidupan.

3. Menyenaraikan jenis-jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasan.

4.Merancang dan menerangkan persediaan untuk penyemaian dan

penanaman pemeliharaan ikan hiasan.

5. Menghuraikan langlah-langkah pembiakan dan penyediaan anak benih.

pemeliharaan ikan hiasan.82

Latihan : Di dalam makmal agroteknologi buat rekod untuk penjagaan harian, mingguan dan bulanan.

Page 83: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

6. Menerangkan tentang beberapa teknik penanaman.

7. Menjelaskan langkah-langkah pengurusan dan penjagaan tanaman.

8. Menerangkan kaedah pengutipan dan penggunaan hasil tanaman.

5.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Teknologi tanaman

sayur-sayuran dan hiasan

Sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan

Kepentingan tanaman sayur- sayuran dan hiasan dalam kehidupan

Jenis-jenis tanaman sayur- sayuran dan hiasan

Persediaan untuk penyemaian dan penanaman

Pembiakan dan penyediaan anak benih

Penanaman

83

Page 84: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Pengurusan dan penjagaan

Pengutipan dan penggunaan hasil

5.4 Teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan

5.4.1Sejarah perkembangan teknologi tanaman sayur-sayuran dan hiasan

Pokok berbunga telah wujud sejak zaman batu.

Penggunaan tanaman untuk hiasan dan bau-bauan mendapat

perhatian.

Sesuatu yang wangi dan indah dianggap popular untuk mengindahkan

suasana rumah kediaman.

Ahli kaji purba sering menjumpai bekas minyak wangi dan kilang minyak

wangi.

Taman tergantung babylon.

50 jenis sayuran di tanaman di Semenanjung Malaysia – dataran tanah

rendah, tanah tinggi.

Kebanyakan sayur di Malaysia ditanam secara kecil-kecilan dengan

keluasan di antara 0.2-1.2 ha.

Kawasan utama ialah Cameron Highlands (Pahang), Tangkak dan Kulai

(Johor), Banting dan Tanjong Karang (Selangor), Lembah Kinta dan

Taiping (Perak) serta Cabang Empat dan Wakaf Stan (Kelantan).

Kawasan yang sesuai menentukan pengeluaran sayur-sayuran.

Pada amnya, tanah yang sesuai untuk penanaman sayur - tanah yang

mengandungi 40-60% pasir, 15% liat dan kaya dengan bahan organik.

Walau bagaimanapun, jenis tanah yang lain seperti tanah peroi, tanah

liat, tanah gambut dan tanah pasir (tanah bris dan tanah bekas

84

Page 85: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

lombong) juga sesuai jika keadaan tanah tersebut diperbaiki dengan

cara pengurusan tanah yang tertentu.

5.4.2 Kepentingan tanaman sayur-sayuran dan hiasan dalam kehidupan

Menghiasi ruang kawasan dalam dan luar bangunan

Sebagai tujuan perlindungan pemandangan yang kurang menarik

Mengurangkan kejadian hakisan tanah

Berwarna-warni dapat mengurangkan kebosanan

Pembersihan udara dari gas –gas pencemaran

Mengisi masa lapang dan sebagai hobi

Menjana ekonomi dan sumber pendapatan

5.4.3 Jadual 8 : Jenis tanaman sayur-sayuran dan hiasan

Tanaman hiasan

Bil Kelas Contoh

1. Pokok naungan Semarak api, Sena, Beringin

2. Pokok hiasan Janda merana, Kemboja, Kenanga

3. Pokok renik Puding,Kemuning,Janda kaya

4. Pokok Markisa, Bunga Jepun, Melor85

Page 86: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

memanjat/menjalar

5. Palma Pokok Kelapa gading, pinang kuning

6 Pokok Lendair Setawar,Ati-ati, Sensiveria

7. Pokok Kaktus Opumtia,Kaktus Krismas

8. Rumput Turf / hiasan Rumput Tikar,Rumput Lipan

Tanaman sayuran

Bil Jenis sayuran Contoh

1. Jenis daun Bayam, sawi , kangkung, kobis

2. Jenis kekacang Kacang botol/kelisa, kacang buncis,

kacang tanah, kacang panjang

3. Jenis buah Bendi, cili, terung, timun,tomato

4. Jenis akar/umbisi Halia, lobak putih/merah,ubi

keledek, keladi, sengkuang

86

Page 87: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

5.4.4 Persediaan untuk penyemaian dan penanaman

Penyediaan tapak

Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat.

Pemuliharaan tanah perlu dilakukan untuk kesuburan.Tanah akan terjejas jika :

- kandungan nutrien rendah

-keadaan tanah berasid

-tanah berlempung

-tanah berpasir

A.Pemilihan tapak

-Berhampiran dengan bandar atau pekan bagi memudahkan proses

pemasaran

-Berhampiran sumber air bagi mudah menyiram dan mencuci sebelum

pemasaran dilakukan

-Kawasan luas dan lapang supaya mudah mendapat cahaya matahari

-Mempunyai kemudahan infrastruktur

B.Penyediaan batas

-Pembahagian kawasan

-Pembersihan kawasan

Membuang rumpai dan batu batan. Membakar rumpai bagi mengelakkan

serangga perosak dan penyakit.Abunya digunakan sebagai baja. Rumput

kering boleh diguna sebagai sungkupan.

-Menggembur

Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur

tanah,

membunuh haiwan perosak dan akar rumpai.

87

Page 88: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

-Membina batas

Bina batas rata dengan ketinggian 15-25 cm atau batas tunggal berketinggian

20-25cm

.

Menyediakan Medium Semaian

Medium semaian adalah bahan yang merupakan tempat pertumbuhan dan

perkembangan akar tumbuh-tumbuhan. Medium semaian yang sesuai untuk

keratan batang adalah campuran 2 bahagian tanah loam,1 bahagian bahan

organik dan 1 bahagian pasir sungai atau nisbah 2:1:1.

Tanah loam adalah campuran butiran pasir, selut, dan tanah liat. Bahan

organik pula merupakan saki-baki haiwan dan tumbuhan yang reput. Manakala

pasir sungai pula berfungsi untuk membaiki sistem saliran dan memudahkan

penembusan akar.

Langkah-langkah penyediaan medium semaian:

a) Menapis bahan-bahan medium secara berasingan

b) Sukat ketiga-tiga bahan mengikut nisbah 2:1:1 . Gaulkan bahan sehingga

sebati

c) Menutup lubang-lubang di dasar kotak semaian atau pasu dengan kepingan

pecahan pasu atau pecahan batu bata

d) Mengisikan medium semaian ke dalam kotak semaian sehingga 2-.5 cm

dari bibir bekas

e) Letakkan bekas semaian di tempat yang redup

5.4.5 Jadual 6 :Pembiakan dan penyediaan anak benih

5.4.5.1 Pembiakan seks

Bil Kekuatan Kelemahan

88

Page 89: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

1 Murah dan menghasilakn banyak pokok Tidak menurunkan baka tulin

2 Menyediakan pokok penanti Terdapat masa rehat (dormancy)

3 Menghasilkan baka-baka baru Masa yang panjang untuk matang

4 Kadangkala terhasil hibrid yang lebih cegas berbanding pokok induk

Bermusim

5 Mempunyai akar tunjang

5.4.5.2 Pembiakan aseks

Bil Kekuatan Kelemahan

1 Boleh mendapat pokok yang seragam Pemindahan penyakit lebih mudah terutama oleh virus

2 Menyerupai induk yang dipanggil induk Tidak semua jenis tumbuhan boleh dibiak dengan cara ini

3 Cepat berbunga / berbuah Perlukan kemahiran untuk melakukannya bagi menjamin kejayaan kaedah ini

4 Boleh dibiak sepanjang tahun Tiada akar tunjang

5 Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa

Tiada terhasil varieti baru

6 Dapat membiak tumbuhan yang tidak boleh dibiak dengan biji

89

Page 90: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

5.4.5.3 Teknik-teknik menyemai

Menyemai di tapak semaian

Atas batas – benih ditabur, ditutup nipis dengan tanah/pasir halus.

Dalam kotak semaian atau pasu- taburkan biji benih, tutup nipis dengan

tanah halus, ubah 3-4 minggu.

Semaian dalam polibeg- 1-2 biji setiap polibag, anak benih lemah

dicabut, anak benih sihat dikekalkan= perbelanjaan tinggi tetapi

mengurangkan gangguan akar semasa mengubah.

Benih halus

Di tanam dalam jalur

Dicampur dengan1 bahagian biji benih dengan 3 bahagian pasir.

Benih dikambus nipis (tidak lebih 2 kali ganda ketebalan biji benih).

Bila anak benih setinggi 5 -7 cm, lakukan penjarangan.

90

Page 91: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Semaian terus biji benih besar

Semaian terus secara tetap pada jarak tertentu:

.. Rendamkan biji benih seharian mempercepatkan percambahan.

.. Tanam sebiji atau dua biji selubang.

.. Selepas bercambah, lakukan penjarangan.

Semaian terus biji benih kecil

Sayuran berbiji benih kecil spt : jenis daun, cili, tomato.

2 cara : semaian terus ke batas, penjarangan.

: semaian biji benih halus dalam kotak semaian, pengubahan ke batas

tetap.

Contoh Tanamanan Hiasan Pembiakan Secara Seks

91

Page 92: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

5.4.5.4 PEMBIAKAN ASEKS

Pembiakan Tampang

Tanaman yang dibiakkan secara tampang tidak mempunyai akar tunjang.

Walaupun cara pembiakan ini mudah dilaksanakan tetapi ia memerlukan

kemahiran tertentu. Melalui pembiakan tampang, tanaman dapat dibiakkan

dengan banyak pada sesuatu masa. Pembiakan tampang dapat mengekalkan

baka yang tulen serta dapat mempercepatkan pertumbuhan pokok dan

pengeluaran bunga dan buah. Cara pembiakan tampang yang selalu

digunakan ialah keratan, belahan dan pembahagian, organ khas, cantuman dan

lenturan.

Jenis Keratan

Pembiakan dengan keratan boleh dilakukan pada dahan atau ranting kayu

keras, kayu sederhana keras dan kayu lembut atau kayu hijau.

Keratan dahan:

i. Keratan kayu keras ( dahan berwarna coklat ).

ii. Keratan kayu sederhana (15 cm bawah keratan pucuk dahan berwarna

coklat kehijauan).

iii. Keratan kayu lembut ( 15 cm dari pucuk berwarna hijau ).

Medium yang selalu digunakan untuk keratan berakar ialah pasir sungai, tanah

gambut, sphagnum moss, vermiculite atau perlite.

Cara Membuat Keratan Dahan

i. Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit.

ii. Pilih keratan yang panjangnya 10 - 20 cm atau lebih.

iii. Potong pangkal keratan serong sedikit di bawah satu mala tunas.

92

Page 93: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

iv. Tinggalkan dua atau tiga helai daun sahaja.

v. Tentukan sekurang-kurangnya ada satu tunas untuk akar dan satu

tunas untuk pucuk.

vi. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 3-5cm.

vii. Tekan di sekeliling pangkal keratan supaya tanah padat.

viii. Siram keratan

ix. Bagi keratan yang sukar berakar, rawat pangkal keratan dengan

hormon penggalak akar seperti Seradix dan Hortomone A.

Pembiakan dengan cara keratan selalunya dilakukan untuk pokok jenis renek,

hiasan, herba, penutup bumi, menjalar, orkid, buluh dan lain-lain. Walaupun

pokok hiasan boleh dibiakkan dengan cara keratan, tetapi pokok hiasan yang

dibiakkan dengan biji benih kelihatan lebih tegap, sihat dan berbentuk asli.

Pokok renek yang boleh dibiakkan dengan cara keratan ketiga-tiga jenis dahan

(keras, sederhana dan lembut) ialah pokok bunga raya (Hibiscus sp.), pokok

bunga kertas (Bou-gainvilla sp.) dan lain-lain.

Keratan Pucuk

93

Gambarajah pembiakan keratan batang keras untuk bunga ros dan bunga raya

Page 94: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Bahagian tanaman yang biasa digunakan ialah pucuk pokok herba. Jenis pokok

yang sesuai ialah ati-ati (Coleus sp.), Episcia sp., Piled sp. dan lain-lain. Cara

membuat keratan pucuk sama seperti yang diterangkan untuk keratan dahan.

Keratan Daun

Bahagian pokok yang selalu digunakan ialah helai daun, tangkai daun atau

kedua-duanya sekali. Pokok yang boleh dibiakkan dengan cara keratan daun

ialah pokok lidah buaya (Sanse-veira sp.), Begonia sp., Peperomia sp., African

violet (Saintpaulia sp.) , setawar (Bryophyllum sp), kaktus dan lain-lain.

Cara Membuat Keratan Daun

i. Daun pokok lidah buaya dipotong dalam beberapa keratan sepanjang 8 -

15 cm. Daun ini ditanam dalam medium seperti pasir sungai atau

spahgnum moss dan kemudian disiram.

ii. Bagi pokok African violet, Peperomia sp. dan lain-lain, satu tangkai daun

diambil dan ditanam dalam medium perakaran sehingga berakar. Untuk

mempercepatkan proses perakaran,ubat penggalak akar digunakan.

iii. Bagi pokok Begonia dan setawar yang boleh dibiakkan dengan cara

helai daun, daunnya diletakkan dengan rapat di atas pasir supaya

akarnya dapat keluar dari urat daun.

94

Page 95: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

95

Page 96: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

Gambarajah pembiakan dengan keratan daun. A, Setawar. B, Lidah buaya

96

Page 97: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT3120 Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian

97

Page 98: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Gambarajah pembiakan dengan urat, tangkai dan helai daun. A, Keratan

urat daun Begonia. Tanda menunjukkan bahagian keratan. Daun diletak

bertindth supaya urat terkena medium perakaran B, Keratan daun Begonia.

Tanda menunjukkan potongan daun. (Hammett, 1973.)

Keratan akar. (Disesuaikan daripada Hammett, 1973.)

98

Page 99: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Cara Membiakkan Tanaman

Keratan Akar

Sebahagian pokok boleh dibiakkan dengan cara keratan akar. Cara keratan ini

berbeza mengikut jenis akar pokok. Selalunya akar dipotong kira-kira 7 - 15 cm

panjang atau sekurang-kurangnya ada beberapa mata tunas, kemudian

diletakkan memanjang dan ditimbus dengan medium perakaran. Pokok yang

boleh dibiakkan dengan cara begin! ialah jeliti atau melati (Wrightia sp.), kari

(Murray a koenigii sp) dan bunga melur (Jasmium sambac sp).

Gambarajah Pembiakan dengan cara keratan akar.

(Disesuaikan daripada Hammett, 1973.)

99

Page 100: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Belahan dan Pembahagian Rumpun

Cara pembiakan tampang ini selalunya dibuat pada tanaman yang mempunyai

organ seperti bebawang, umbisi, sulur, rizom, anak rayap, anak sulur, salur

dan jemala. Belahan ialah cara pembiakan dengan memotong beberapa

bahagian rumpun tanaman bersama-sama akar dan daun. Tanaman yang

selalu dibiakkan dengan cara ini ialah Ophiopogon sp., buluh (Bamboosa sp.),

paku pakis, Anthurium sp., jenis pandan, palma dan agave. Bagi tanaman

yang mengeluarkan anak tunas pada batang, anak tunas ini dipotong dari

induk dan ditanam di tempat lain.

Kebanyakan pokok apabila dahan atau rantingnya tertanam ke dalam tanah

akan mengeluarkan akar pada tempat yang tertanam. Dahan atau ranting ini

akan menjadi satu pokok yang lain. Lenturan boleh dilakukan pada pokok

yang memanjat dan pokok yang rendah dahannya seperti tomato dan melur.

Lenturan Paritan

Dahan atau batang pokok dibaringkan dan ditanam bersekat-sekat. Bahagian

bawah batang dilukakan sedikit supaya cepat berakar. Daripada batang yang

dibaringkan itu akan tumbuh akar dan kemudian bertunas. Pokok anggur dan

pokok willow boleh dibiakkan dengan cara ini.

100

Page 101: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Lenturan Udara

Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok yang sukar dibiakkan

dengan cara tampang yang lain, terutamanya untuk pokok jenis kayu keras

seperti Pokok Kenanga, Pokok Cempaka, Pokok Limau dan Pokok Ciku.

Cara pembiakan ini mengambil masa selama 1 - 3 bulan. Cara ini dilakukan

pada dahan yang sihat dan berukuran sebesar pensel.

Lenturan Busut

101

Gambarajah Lenturan Parit

Gambarajah lenturan udara

Page 102: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Tanaman yang dibiakkan dengan cara ini perlu dipotong hingga aras pangkal.

Kemudian di letakkan tanah di sekeliling aras pokok yang di pangkas, iaitu di

sekeliling mata tunas yang baru tumbuh untuk menggalakkan pertumbuhan

akar. Selalunya dibiarkan pucuk tumbuh dahulu, kemudian di bahagian bawah

diikat dengan wayar dan di kambus dengan tanah. Ini bertujuan untuk

menggalakkan perakaran.

Gambarajah lenturan busut

Cara memilih dahan untuk lenturan

i. Pokok dan dahan mestilah sihat, segar dan tidak berpenyakit

atau diserang serangga.

ii. Dahan yang dipilih mestilah daripada kayu keras atau sederhana

keras yang sebesar ukuran pensel.

iii. Dahan yang dipilih mestilah lurus dan cabangnya seimbang.

Mengetut

Bahan yang diperlukan semasa membuat tut

i. Campuran tanah yang senang dikepal, melekat dan boleh menyimpan air

dengan secukupnya selama dahan dalam proses perakaran, iaitu dalam

102

Page 103: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

jangka masa 1 ~ 3 bulan. Tanah yang sesuai mempunyai nisbah campuran

berikut:

“2 bahagian tanah peroi , 1 bahagian baja organik atau tunas dan

kopekkan kulitnya berserta mata tunas”.

ii Kopekkan kulit daripada luka pokok penanti tadi dan tampalkan

mata tunas.

iii. Buangkan kulit luka pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang 1 cm.

iv. Lekatkan dengan pita plastik.di antara 20 - 30 cm mengikut jenis pokok

v. Buka balutan pita plastik atau gunakan plastik yang tidak perlu dibuka

apabila cantuman telah berjaya.

vi. Selepas seminggu pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti

dipotong di antara 5 - 8 cm dari bahagian yang dicantum.

Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas

akan mulai membesar. Tunas yang tumbuh dari bahagian lain di

sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang.

Contoh kaedah membuat tut udara

103

Page 104: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

104

Page 105: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Lenturan pucuk. (Disesuaikan daripada Bautista, 1983.)

105

Page 106: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Tut lenturan. (Disesuaikan daripada Bautista,1983)

Lenturan paritan. (Disesuaikan daripada Bautista, 1983)

Pembiakan Menggunakan Bahagian Khas Tumbuhan

Terdapat banyak tumbuhan yang menggunakan bahagian-bahagian khas untuk

menjalankan pembiakan untuk menambah bilangan masing-masing.Antara

pembiakan menggunakan bahagian-bahagian khas ialah pembiakan

menggunakan Stolon dan Rizom. Stolon adalah kaedah pembiakan

106

Page 107: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

menggunakan batang tumbuhan yang telah berubah suai dan tumbuh melata di

muka bumi. Rizom pula ialah pembiakan tumbuhan menggunakan batang

tumbuhan yang menjalani pengubahsuaian. Tumbuh di bawah permukaan bumi.

Contoh : halia (Zingiber Officianalis) dan pokok buluh.

Terdapat juga tumbuhan yang menjalani pembiakan menggunakan Bebawang.

Tumbuhan ini perubahsuai untuk tujuan penyimpanan makanan. Kebiasaannya

tumbuhan ini mempunyai ruas sangat pendek dan daun berlendir. Terdapat 2

jenis tumbuhan yang menjalani pembiakan menggunakan kaedah ini iaitu

bebawang berkulit kering (scaly) dan bebawang tak berkulit (tunicate). Contoh

tumbuhan yang menjalani pembiakna melaului kaedah ini aialah bawang hiasan

(Zephyranthes rosea)

Seterusnya ialah pembiakan melalui Pembahagian Rumpun. Pembiakan ini

dilakukan untuk tumbuhan berumpun. Bila pokok tersebut besar, pokok dicabut

dari rumpunnya dan dipecah-pecahkan menggunakan tangan dan di tanam ke

dalam tanah. Pokok-pokok tersebut akan disemai sama aras dengan keadaan

semasa ia berumpun. Contoh tumbuhan yang menjalani pembiakan melalui

kaedah ini aialah rumput mondo (Ophiopogon sp).

Kaedah pembiakan yang terakhir menggunakan kaedah bahagian istimewa ialah

pembiakan melalui anak-anak pokok. Seperti yang kita semua ketahui, terdapat

beberapa tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap yang mengeluarkan anak-

anak pokok sendiri sebagai cara membiak. Untuk membiakkan tumbuhan jenis

ini, kita boleh potong anak pokok dan menanam terusnya ke dalam beg politin

atau pasu. Contoh tumbuhan yang membiak melalui cara ini ialah pokok lelabah

(Chlophytam commosum “vittatum”).

107

Page 108: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Pembiakan melalui organ-organ tertentu. A, Spora (paku pakis). B, Ubi

(dahlia). C, Bebawang gantung. D, Bahagian akar. E, Rizom (lengkuas,

kantan). F, Anak (agave, beromeliad}. (Disesuaikan daripada Hammett,

1973.)

108

Page 109: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Perbezaan Antara Pembiakan Seks Dan Aseks

Pembiakan Seks Pembiakan Aseks

Melibatkan gamet jantan dan gamet

betina

Tidak melibatkan gamet jantan dan betina

Berlaku pada tumbuhan melibatkan

proses pendebungaan dan

persenyawaan

Berlaku pada tumbuhan tetapi tidak

melibatkan proses pendebungaan dan

persenyawaan

Tumbuhan menghasilkan buah dan biji

benih

Tumbuhan menghasilkan spora

Berlaku ada haiwan melibatkan

persenyawaan luar dan dalam

Berlaku pada haiwan tetapi tidak

melibatkan persenyawaan luar dan dalam

5.4.6 Penanaman

Terdapat juga biji benih yang disemai terus ke batas tanaman dengan jarak

tanaman yang betul. Kaedah ini sesuai untuk biji benih yang kasar seperti

kacang buncis, kacang panjang, timun dan bendi.

Biji benih hendaklah dijemur hingga benar-benar kering dan kemudian disimpan

dalam botol. Botol tersebut hendaklah disimpan di tempat yang agak sejuk untuk

tidak menjejaskan keupayaan biji benih itu untuk becambah. Satu lagi cara untuk

109

Page 110: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

menyimpan biji benih adalah dengan menyimpannya dalam bekas yang

mengandungi karbon dioksida atau bekas tanpa udara.

5.4.6.1Teknik penanaman terus

Semaian terus ke batas

Kaedah alur –alur cetek dgn jarak tertentu.

Tabur sedikit ke jalur, timbus dengan tanah.

Sungkupan dan air.

Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada

jarak tertentu.

Menyemai cara tabur

Tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah nipis.

Beri sungkupan, air.

Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada

jarak tertentu.

Mengubah anak benih

Anak benih perlu dipindahkan atau diubah ke batas penanaman dari batas

semaian atau bekas semaian. Proses pengerasan berlaku apabila anak benih

didedahkan sedikit demi sedikit kepada cahaya matahari dengan kekerapan

siraman yang kurang.

Proses pengerasan dilakukan untuk mengurangkan renjatan pada anak benih

apabila diubah. Kerja-kerja mengubah sesuai untuk dilakukan pada lewat petang

atau awal pagi apabila waktu sejatan kurang. Pemindahan anak benih

membolehkan ia menerima nutrien, cahaya dan ruang untuk tumbesaran.

110

Page 111: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

5.4.6..2 Teknik Mengubah

Mengubah

Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak

benih dari batas semaian diubah ke batas tetap

Teknik mengubah anak benih:

i. Segarkan anak benih sebelum diubah

ii. Lakukan waktu pagi atau petang

iii. Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan

dari tanah pecah semasa mengubah

iv. Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul

tanah di sekeliling akar.

v. Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar

vi. Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan

vii. Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat

pegangan yang kuat

Teknik mengubah akan benih

111

Page 112: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

5.4.7 Pengurusan dan penjagaan

5.4.7.1 Membuat sungkupan/naungan

• Merupakan lapisan yang dibuat daripada bahan-bahan longgar untuk

melindungi permukaan bumi dan memulihara air dalam tanah dengan

mengurangkan penyejatan serta hakisan

• Bahan-bahan yang lazim digunakan terdiri daripada rumput, sisa sawit

atau tebu, bahan organik, sabut, lalang, serbuk kayu, daun dan juga

bahan-bahan seperti politen dan sebagainya

• Sewaktu penanaman sayuran, sungkupan diletakkan ke atas permukaan

batas

• Jenis sungkupan yang biasa digunakan untuk melindungi anak benih yang disemai daripada hujan adalah dengan menggunakan plastik atau daun-daun kering

• Kelebihan menggunakan sengkupan plastik :

à dapat membenarkan cahaya matahari menembusi sepenuhnya

à tidak membawa bibit penyakit anak benih seperti kulat dan bakteria

112

Page 113: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Sungkupan pelepah kelapa

Sokongan

• berbentuk V terbalik-Kayu sepanjang 2m dipancak di tepi setiap

pokok dan dicondongkan bertentangn dengan batas sayuran

• Jenis junjung-Kayu dipancak menegak dan diikat tali di antaranya

113

Page 114: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Membuat sokongan

5.4.7.2 Menyiram

Penyiraman dilakukan untuk membekalkan air kepada tanaman hiasan melalui

medium. Kekurangan bekalan air akan menyebabkan tanaman layu dan akhirnya

mati. Air boleh dibekalkan kepada tanaman dalam pasu menggunakan tong

penyiram atau hos yang mempunyai muncung penyiram. Air yang digunakan

untuk menyiram haruslah bersih, bebas daripada kekotoran seperti minyak,

bahan-bahan kimia seperti racun rumpai, dan tidak mengandungi garam terlarut

yang terlalu tinggi sehingga boleh merosakkan tumbuhan. Penyiraman biasanya

dilakukan dua kali sehari, iaitu pagi dan petang bergantung kepada keadaan

cuaca. Penyiraman perlu dikawal supaya tidak keterlaluan. Air yang berlebihan

akan memenuhi rongga-rongga tanah dan menyebabkan akar tidak dapat

bernafas dan akhirnya mereput.

5.4.7.3 Penjarangan

114

Page 115: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

• Proses menjarangkan anak benih perlu dilakukan untuk mengurangkan

perlumbaan mendapatkan cahaya

• Anak benih yang kurang subur, kurus, rosak atau berpenyakit dicabut

buang

• Kerja menjarangkan tanaman boleh dilakukan dengan mencabut anak

benih dengan cermat atau memotong batangnya

Kerja ini perlulah dilakukan dengan cermat agar tidak merosakkan anak benih

subur yang lain

• Penjarangan dilakukan apabila biji benih ditanam terus ke batas

• Bila dilakukan? à selepas biji benih bercambah à bergantung kepada

jenis tanaman :

* kangkung = 10-14 hari selepas semaian

* bayam = 2-3 hari selepas semaian

Menyulam

Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara

anak pokok. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak

penanaman, akan berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan

pengeluaran hasil serta kos akan meningkat.

Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang

perosak, terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan

diganti. Proses ini dinamakan Penyulaman Anak Benih.

5.4.7.4 Membaja

Sayur-sayuran memerlukan baja terutamanya baja yang mengandungi bahan

nitrogen, fosforan, kalium dan unsur mikro seperti mangan, zink, magnesium,

kumprum, besi, boron dan molybdenum untuk pertumbuhan yang baik. Nitrogen

115

Page 116: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

kebanyakannya terdapat dalam bentuk protein dan nucleoprotein dalam sel-sel

tumbuhan. Sejumlah besar sebatian nitrogen diperlukan untuk pembiakan,

pertumbuhan dan pernafasan.

Fosforan diperlukan untuk proses fotosintesis, sintesis dan penghancuran

karbohidrat serta perpindahan tenaga dalam tumbuh-tumbuhan. Kaliam

digunakan dalam pembentukan gula dan kanji serta pergerakan bahan-bahan

tersebut di dalam tumbuh-tumbuhan, proses sintesis protein, pembahagian sel,

pertumbuhan dan proses lain. Unsur-unsur mikro juga diperlukan untuk fungsi

fisiologi tumbuh-tumbuhan.

Pendedahan bahan galian kepada cuaca dan pereputan bahan organik

membebaskan nitrogen, fosforan, kalium dan unsur-unsur mikro dalam tanah.

Tanaman sayuran memerlukan sejumlah besar nutrien-nutrien ini untuk proses

tumbesar kerana tanaman ini cepat membesar. Oleh itu, baja harus ditambah

kepada tanah untuk memberi zat makanan tambahan kepada pokok.

Penanaman sayur-sayuran di Malaysia menggunakan kedua-dua baja bukan

organik dan organik.

Baja bukan organik yang biasa digunakan ialah urea, sulfat ammonia, muriate

potash, fosfat dan superfosfat. Urea membekalkan nitrogen dan begitu juga

sulfat ammonia. Muriate potash membekalkan kalium. Fosfat dan superfosfat

membekalkan fosforan kepada tumbuh-tumbuhan.

Baja campuran atau sebatian juga digunakan kerana tanah tidak mempunyai

unsur mikro, nitrogen, kalium dan fosforan yang mencukupi. Baja ini lazimnya

mengandungi kadar sulfat ammonia, muriate potash, fosfat serta superfosfat

yang telah dicampur dalam kadar yang berbeza dan setengahnya mengandungi

unsur mikro. Baja yang mengandungi fosfat yang boleh larut dalam air

merupakan baja yang paling sesuai untuk tanaman sayur-sayuran.

116

Page 117: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Baja organik pula terdiri daripada saki-baki udang, air kencing, najis haiwan dan

baja ikan. Kandungan air kencing manusia berbeza-beza bergantung kepada

pemakanan. Pada amnya, ia mengandungi 0.6% nitrogen, 0.1% fosfat, 0.2%

potash dan beberapa unsur mikro. Saki baki udang dan ikan busuk adalah

sumber nitrogen dan fosforan walaupun kandungan kaliumnya rendah.

Air kencing manusia boleh menjadi sumber baja yang sangat berguna kerana ia

mengandungi kira-kira 0.6% nitrogen, 0.1% fosfat, 0.2% potash dan beberapa

unsure mikro. Satu bahagian air kencing dibancuh dengan 20 bahagian air untuk

semua jenis sayur-sayuran.

Kulit udang yang reput dan baja ikan boleh ditabur di atas batas tapak semaian

dan kemudian ditutup dengan lapisan tanah setebal 5sm sebelum benih disemai.

Saki-baki udang yang halus dengan kandungan garam yang rendah boleh

ditabur pada pokok-pokok muda di tapak semaian. Baja ini hendaklah ditabur

pada ruang antara baris-baris pokok yang lebih besar dan kemudian tanahnya

digemburkan sedikit.

Baja haiwan mengandungi nitrogen, fosforan, kalium dan unsur mikro yang

diperlukan oleh pokok-pokok hijau. Selain itu, bahan organik dalam baja ini

bertindak sebagai pelindung yang boleh menambah keupayaan tanah

menampung air, merendahkan suhu tanah, memperbaiki struktur tanah dan

membekalkan udara yang lebih baik di sekeliling akar. Baja haiwan yang biasa

digunakan ialah tahi ayam, itik, tahi lembu dan tahi kambing.

Baja tahi ayam itik mempunyai kandungan nitrogen, fosforan dan kalium yang

tinggi dan jumlah bahan organik yang banyak. Kandungan baja tahi ayam itik

berubah-ubah bergantung pada makanan haiwan tersebut dan juga cara

pemeliharannya. Untuk tanaman sayur, baja tahi ayam atau itik yang dikurung

lebih baik daripada yang bebas mencari makan sendiri kerana najisnya mungkin

mengandungi biji-biji rumput.

117

Page 118: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

5.4.7.5 Mengawal Penyakit Dan Perosak

Tanaman hiasan dalam pasu dan tanaman sayuran perlu dijaga daripada

serangan penyakit dan serangga perosak supaya sentiasa kelihatan subur dan

menarik. Kehadiran haiwan perosak dan jangkitan penyakit merupakan masalah

yang mesti diatasi oleh penanam sayuran. Haiwan perosak dan jangkitan

penyakit mengakibatkan tumbesaran sayuran terbantut. Ini menjadikan mutu

sayuran terjejas dan hasil pengeluaran akan berkurangan. Secara amnya,

perosak dan penyakit boleh dikawal dengan mengamalkan pengurusan

penanaman yang sihat, iaitu memastikan kebersihan ladang, mengelakkan

kecederaan pada pokok, menggunakan baka sayuran yang berdaya tahan dan

mengamalkan penggiliran tanaman. Penyakit atau kerosakan pada pokok

biasanya disebabkan oleh kulat. Kulat akan membiak dengan cergas dalam

keadaan yang lembab. Maka penyiraman yang berlebihan harus dielakkan.

Tumbuhan akan juga menjangkit penyakit sekiranya diserang oleh bakteria yang

masuk ke dalam tumbuhan melalui luka-luka dan rongga semula jadi tumbuhan

seperti stoma dan hidatod. Maka kebersihan di sekeliling tumbuhan dan

peralatan perkebunan seperti sekateur harus dijaga. Serangga perosak biasanya

merosakkan tanaman dengan memakan atau menghisap daun dan juga mungkin

merupakan pembawa bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit tanaman.

Jenis serangga yang sering menimbulkan masalah terhadap ancaman adalah

afid, teritip, lalat putih, trip dan tungau merah. Kaedah mengawal penyakit dan

perosak pula bergantung kepada jenis penyakit dan perosak yang menyerang

tumbuhan. Secara amnya, pengawalan penyakit dan perosak dapat

dikategorikan kepada lima iaitu:

I. Kultura: Guna jarak tanaman yang disyorkan, tanam varieti

rintang/toleran penyakit, sungkupan, tanaman selingan/giliran, tanam

pokok repellent (penarik atau penghalau serangga perosak).

118

Page 119: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

II. Mekanikal: Bungkus buah, pasang bunyi bising waktu malam untuk halau

haiwan perosak dan kawal rumpai dengan menggunakan jentera kecil.

III. Fizikal: Perangkap cahaya, perangkap warna (kuning/biru), feromon,

pagar, rumah kalis serangga.

IV. Biologi: Penggunaan serangga, kulat, bakteria dan virus bermanfaat

yang merupakan pemangsa semulajadi serangga perosak.

V. Penggunaan bahan kimia- menyembur racun kimia

Belalang Siput Kumbang

Latihan

Senaraikan 5 lagi haiwan perosak serta bahagian pokok yang diserang.

Penyakit tanaman dan kawalan

Punca penyakit tanaman

Tanda-tanda penyakit Cara kawalan

KulatDaun berbintik hitam Racun kulat

Daun berbintik-bintik dengan sempadan berwarna kuning

Kultur dan racun kulat

119

Page 120: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Tompok-tompok kuning yang bertukar menjadi coklat

Kultur dan racun kulat

Akar kelihatan hitam dan basah Racun kulat

BakteriaBahagian-bahagian tumbuhan kelihatan basah, daun menjadi kuning, reput, dan berbau busuk

Kebersihan

Terdapat bintik-bintik basah pada daun. Bintik-bintik mempunyai bahagian tengah yang berwarna coklat atau hitam dan dikelililingi oleh sempadan berwarna kemerah-merahan

Kebersihan

VirusDaun bercorak mosaik yang teruk Kebersihan

Daun bercorak mosaikKebersihan kawasan dan kawalan serangga

Contoh punca, tanda-tanda penyakit, dan cara kawalan penyakit tanaman

5.4.8 Pengutipan dan penggunaan hasil

5.4.8.1 Teknik pengutipan hasil

Sayuran jenis daun dipungut antara 4 hingga 8 minggu selepas menyemai. Kerja-kerja

memungut hasil biasanya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang. Tempoh matang

sayuran adalah seperti berikut:120

Page 121: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Jenis sayuranMasa sesuai memungut hasil

(minggu)Keadaan Sayur

Sawi 3 hingga 4 Cukup besar sebelum mengeluarkan bunga

Kangkung 3 hingga 4 Cukup besar

Bayam 3 hingga 4 Cukup besar sebelum mengeluarkan bunga

Kobis 3 hingga 4 Padat dan memberi bunyi yang mampat apabila dijentik

Bendi 6 hingga 8 Buah besar, lembut dan hujunya mudah dipatahkan

Timun 6 hingga 8 Muda dan warnanya belum menjadi kuning

Kailan 3 hingga 4 Cukup besar

Kacang panjang 6 hingga 8 Warnanya hijau dan biji benih telah terbentuk tetapi tidak jelas kelihatan pada buahnya serta mudah dipatahkan

Kacang buncis,

terung

10 hingga 12 Muda atau warnanya berubah menjadi pudar

121

Page 122: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Sayur-sayuran yang telah dipungut hendaklah dibasuh dan dibungkus dengan

baik sebelum dijual.

Pengutipan hasil

a. Sayur-sayuran yang telah cukup matang perlulah dikutip segera.

b. Proses mengutip hasil sayur-sayuran dinamakan menuai.

c. Sayur-sayuran hendaklah dituai mengikut teknik yang betul:

Memotong : Sawi, kobis, kailan, bendi, terung

Memetik : Cili, tomato, kacang botol, kacang panjang, kacang

buncis

Mencabut : Kangkung, bayam

Menggali : Sengkuang, lobak, keledek

5.4.8.2 Pemprosesan hasil

a.Membasuh – Basuh sayuran yang baru dipetik untuk membuang segala

kotoran

- Proses membasuh dilakukan untukmemastikan baja kimia atau

racun yang terdapat pada sayuran dapat dibersihkan

b.Menyimpan - Sayuran yang telah dituai dapat dikekalkan kesegarannya

dengan menyimpannya ditempat sejuk.

c.Menggred - Merupakan satu proses menentukan mutu tanaman sayuran

mengikut saiz dan kualiti

- Saiz tanaman sayuran dapat ditentukan mengikut saiz daun,

buah, ubi dan kekacang yang dituai

- Kesegaran, tiada kecacatan dan kebersihan

d.Membungkus- Bagi tujuan jualan, sayuran yang telah dituai dan dibersihkan

hendaklah dibungkus dengan elok bagi memastikan kesegaran

terjamin.

-Kertas plastik lutsinar sesuai digunakan khususnya untuk buah-

buahan.

122

Page 123: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

5.4.8.3 Teknik penyusunan dan penghiasan

• Sayur dibungkus dengan sempurna untuk melindunginya daripada

kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.

• Bahan pelapik kertas atau plastik boleh digunakan bagi mengelakkan

sentuhan atau geseran di antara sayur dengan bahagian di dalam bekas,

terutamanya bakul buluh yang boleh menyebabkan kecederaan mekanik.

Kotak kertas (corrugated fibreboard) sesuai digunakan untuk eksport

sebab kalak kertas mudah dilabel dan dikehdali.

• Jangan biarkan sayuran terdedah kepada cahaya matahari kerana ia

masih menjalani proses pernafasan dan perpeluhan

• Sayuran tidak boleh ditimbun terlalu tinggi kerana akan merosakkan

timbunan di bawahnya.

• Elakkan menimbun dalam lori. Gunakan bakul-bakul.

Susunan untuk jualan bagi menarik minat pelanggan

123

Page 124: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Susunan untuk jualan bagi menarik minat pelanggan

124

Page 125: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

Penghiasan(pembungkusan) untuk jualan

Layari Internet

Cari maklumat yang lebih lanjut di internet

Latihan

Jalankan aktiviti pertanian bersama murid anda. Senaraikan semua masalah yang anda hadapi semasa proses pengurusan tumbuhan hiasan, penanaman sayuran dan pengurusan ikan hiasan.

125

Page 126: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

BIBLIOGRAFIAbu Bakar Mat Daud (2006). Variasi tanaman hiasan. Shah Alam: Alaf Duapuluh

Satu Sdn. Bhd

Azmawati Abd. Aziz, Lamah Abd. Ghani & Zaitun Zakiah Mohd. Noor (2002). Bahan Sumber Pembelajaran Pengajian Pakaian Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bailey, M. & Sandford, G. (1999). The Complete guide to aquarium fishkeeping. Oxford: Sebestian Kelly.

Bambang Eka Perkasa, Said Abdullah & Nazlah Saharin Amirah Syazwani Affendy. (2006). Kepelbagaian spesies ikan emas. Kuala Lumpur: Synergy Media Books

Lee Chew Kang (1983). Menanam sayur keperluan sendiri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sarimah Abd. Razak & Zahrah Esa (2003). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Blue-T Communications Sdn Bhd.

Stadelmann, P. (2000). Setting up an aquarium. New York: Barron’s Educational Series, Inc.

Sandford, G. (1995). Aquarium fish. London: The Apple Press.

Stadelmann, P. (2000). Setting up an aquarium. New York: Barron’s Educational Series, Inc.

Teng Ching Sing & Wahiza A. Wahab (2006). Panduan penjagaan ikan hiasan dan akuarium. Kuala Lumpur: Synergy Media Books.

Wong, S. F., Fatimah Jailani & Sithamparappilai, V. (2002). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Zeti Enterprise

Yasir Mohd. (2006). Penternakan ikan hiasan air tawar di Malaysia. Kuala Lumpur: Synergy Media Books.

126

Page 127: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

PANEL PENULIS MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH(REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKANRUBIAH BINTI AHMAD

Pensyarah Kanan,Jabatan Kemahiran Hidup,IPG Kampus Temenggong Ibrahim,Johor Bahru.

[email protected]

Sarjana Sains Makanan dan Pemakanan

Bachelor Pendidikan Teknologi Rumah Tangga

Diploma In Applied Nutrition

Guru ERT; 5 tahun

Pensyarah ERT/KH ; 25 tahun

KHAIRAZMY BIN MAT NOR

PENSYARAHJabatan Kajian Sosial,IPG Kampus Darulaman,06000 Jitra [email protected]

Sarjana Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Sijil Perguruan (Seni Perusahaan)

Guru KH : 22 tahun

Pensyarah KH : 8 tahun

MOHD ASRI BIN ABDUL AZIZ

Pensyarah Jabatan Reka Bentuk Dan TeknologiIPG Kampus Pendidikan TeknikKuala Lumpur

[email protected]

Master Sains (Pendidikan Tek dan Vok)

Bachelor Pendidikan Sains Pertanian

Sijil Perguruan

Guru Sc Pertanian : 4 tahun

Guru KH : 12 tahun

Guru MPV : 2 tahun

127

Page 128: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

NAMA KELAYAKAN

NORMAH BINTI ABDUL RAHMAN

Pensyarah Jabatan Ekonomi RumahtanggaIPG Kampus Pendidikan TeknikKuala Lumpur

Master Sains (Pendidikan Tek dan Vok)

Bachelor Pendidikan Sains Rumahtangga

Sijil Perguruan

SKM 1,2 dan 3 ( Pembuat Pakaian Wanita )

Guru ERT : 5 tahun

Pensyarah ERT : 11 tahun

KATIJAH BINTI UJI

PensyarahJabatan Ilmu PendidikanIPG Kampus Batu Lintang

Kuching

Master Sains ( Pembangunan Sumber Manusia )

Bachelor Pendidikan Sains Rumahtangga

Diploma Pertanian

Pensyarah di IPG Batu Lintang

Penolong Pengarah , Sektor Penilaian Dan Peperiksaan , JPN Sarawak : 3 tahun

Pegawai Peperiksaan , Unit Penilaian Dan Peperiksaan , PPD Samarahan : 1 tahun

Penyelia , Unit Pengurusan Akademik , Unit Pengurusan Akademik , PPD Betong : 2 tahun

Guru KHB ERT : 7 tahun

128

Page 129: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

IKON

129

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 130: Modul RBT3120 - Teknologi Rumahtangga Dan Pertanian

RBT 3120 TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

130