ismatur rasul

3
BERIMAN KEPADA RASUL: ISMATUR RASUL Maksud Ismatul Rasul Bermaksud para rasul terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat, dosa dan perkara yang mencemarkan kemuliaan dan kemampuan mereka dalam menyampaikan wahyu Allah. Hikmah /Kelebihan Rasul Bersifat Maksum. 1. Menjamin kewibawaan para nabi dan rasul. 2. Menjadi contoh teladan kepada manusia dalam semua aspek kehidupan. 3. Meyakinkan manusia tentang kebenaran risalah yang dibawa. 4. Memelihara kemuliaan dan keaslian wahyu daripada perubahan dan penyelewengan. 5. Menolak hujah orang yang mengingkari ajaran rasul. Sebab Rasul Dilantik Daripada Kalangan Manusia 1. Memudahkan manusia menerima ajaran rasul. 2. Menjadi contoh dalam melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya. 3. Bersesuaian dengan manusia yang mempunyai sifat cekal, sabar dan gigih. 4. Sebagai ujian Allah kepada manusia sama ada membenarkan para rasul atau mendustakan mereka. MUKJIZAT Maksud Mukjizat Iaitu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada para nabi dan rasul. Jenis-Jenis Mukjizat Ada 2 jenis; 1. Mukjizat Maknawi (( ة ز ج ع م وى ن معIaitu mukjizat yang akan diketahui keluarbiasaannya dengan menggunakan kekuatan akal fikiran. Contohnya al-Quran hanya boleh dirasai kehebatannya setelah dipelajari dan dikaji secara mendalam. 2. Mukjizat Hissi ( ة ز ج ع م ي س ح) Iaitu mukjizat yang dapat dilihat dan dirasa oleh pancaindera. Contohnya mukjizat Nabi Muhammmad dapat membanyakkan makanan yang sedikit. Contoh Mukjizat Para Rasul (Hissi) 1. Nabi Ibrahim tidak hangus dibakar api. 2. Unta Nabi Soleh keluar daripada batu. 3. Tongkat Nabi Musa bertukar menjadi ular. 4. Nabi Sulaiman boleh memerintah angin. 5. Nabi Yunus terselamat daripada perut ikan nun. 6. Nabi Isa boleh menyembuhkan penyakit sopak dan buta. 7. Nabi Muhammmad naik ke langit dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Tujuan Allah Mengurniakan Mukjizat 1. Menunjukkan kekuasaan Allah.

Upload: redwanismail

Post on 23-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

any

TRANSCRIPT

Page 1: Ismatur Rasul

BERIMAN KEPADA RASUL: ISMATUR RASUL

Maksud Ismatul Rasul

Bermaksud para rasul terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat, dosa dan perkara yang mencemarkan kemuliaan dan kemampuan mereka dalam menyampaikan wahyu Allah.

Hikmah /Kelebihan Rasul Bersifat Maksum.

1. Menjamin kewibawaan para nabi dan rasul.2. Menjadi contoh teladan kepada manusia dalam

semua aspek kehidupan.3. Meyakinkan manusia tentang kebenaran risalah

yang dibawa.4. Memelihara kemuliaan dan keaslian wahyu

daripada perubahan dan penyelewengan.5. Menolak hujah orang yang mengingkari ajaran

rasul.

Sebab Rasul Dilantik Daripada Kalangan Manusia

1. Memudahkan manusia menerima ajaran rasul.2. Menjadi contoh dalam melaksanakan suruhan

Allah dan meninggalkan larangannya.3. Bersesuaian dengan manusia yang mempunyai

sifat cekal, sabar dan gigih.4. Sebagai ujian Allah kepada manusia sama ada

membenarkan para rasul atau mendustakan mereka.

MUKJIZAT

Maksud Mukjizat

Iaitu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada para nabi dan rasul.

Jenis-Jenis Mukjizat

Ada 2 jenis;

1. Mukjizat Maknawi (( معنوى معجزة

Iaitu mukjizat yang akan diketahui keluarbiasaannya dengan menggunakan kekuatan akal fikiran. Contohnya al-Quran hanya boleh dirasai kehebatannya setelah dipelajari dan dikaji secara mendalam.

2. Mukjizat Hissi ( حسي معجزة )

Iaitu mukjizat yang dapat dilihat dan dirasa oleh pancaindera. Contohnya mukjizat Nabi Muhammmad dapat membanyakkan makanan yang sedikit.

Contoh Mukjizat Para Rasul (Hissi)

1. Nabi Ibrahim tidak hangus dibakar api.2. Unta Nabi Soleh keluar daripada batu.3. Tongkat Nabi Musa bertukar menjadi ular.4. Nabi Sulaiman boleh memerintah angin.5. Nabi Yunus terselamat daripada perut ikan nun.6. Nabi Isa boleh menyembuhkan penyakit sopak

dan buta.7. Nabi Muhammmad naik ke langit dalam peristiwa

Israk dan Mikraj.

Tujuan Allah Mengurniakan Mukjizat

1. Menunjukkan kekuasaan Allah.2. Melemahkan musuh-musuh Allah.3. Membuktikan kebenaran risalah yang dibawa.4. Membenarkan para rasul dan menolong mereka.5. Meyakinkan orang kafir kebenaran Islam dan

mendorong mereka agar memeluk Islam.6. Menjawab soalan dan menyahut cabaran.7. Meyakinkan umat Islam kebenaran Islam.

Mukjizat tidak berlaku kepada manusia biasa. Ia tidak boleh dipelajari atau ditandingi.

Perkara Luar Biasa Yang Boleh Berlaku Kepada Manusia Biasa,

antaranya:

1.Karamah / keramat Iaitu :(كرامة) perkara luar biasa dikurniakan oleh Allah kepada hamba-Nya yang soleh.

Contoh: Karamah yang berlaku kepada Ashabul-Kahfi.

Page 2: Ismatur Rasul

2.Irhas (ارهاس): Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada seseorang yang bakal dilantik menjadi rasul untuk menarik perhatian orang ramai kepada mereka.

(PMR 2004)

Contoh: Nabi Isa boleh bercakap ketika masih bayi.

3. Ma’unah (معونة): Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang biasa yang beriman sebagai pertolongan Allah kepada mereka.

Contoh: Seseorang yang terselamat daripada bahaya maut.

4. Istidraj Perkara :(استدراج) luar biasa yang berlaku kepada manusia yang mengingkari Allah seperti orang fasik dan kafir.

Contoh: Seseorang yang diberikan nikmat yang melimpah ruah dan ditangguhkan pembalasan oleh Allah. Keadaan ini menyebabkan mereka lupa daratan, sombong dan menyangka berada di pihak yang benar.

5. Sihir (سيحير): Perkara luar biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja yang mempelajarinya kerana didorong hawa nafsu untuk melakukan kejahatan. Sihir berlaku dengan bantuan jin dan syaitan. Ia boleh ditandingi dan dikalahkan oleh orang yang mengetahui cara-caranya.

(PMR 2004)

Contoh: Sihir pukau atau santau yang diamalkan oleh sesetengah dukun.

Penghayatan

1. Menjauhkan diri daripada melakukan amalan-amalan yang boleh mengakibatkan dosa.

2. Sentiasa menjaga kebersihan rohani dan jasmani.3. Bersopan santun dan berdisiplin setiap masa.

PENILAIAN

1. Nyatakan maksud ismatur rasul. (2m)2. Terangkan tiga hikmah rasul bersifat maksum.

(6m)3. Jelaskan tiga sebab Allah melantik rasul daripada

kalangan manusia. (6m)4. Al-Quran merupakan mukjizat teragung Nabi

Muhammad. Huraikan kenyataan berserta contoh

bagi membuktikan kebenarannya. (4m)