isi pelajaran interaksi 3 pkp 3108

Upload: dhinna-lynn

Post on 14-Apr-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 3 PKP 3108

    1/6

    TAJUK 3 KEMAHIRAN MENGARANG

    Sipnosis

    Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolahidea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlumenguasai struktur karangan seperti pendahuluan,isi dan kesimpulan. Tujuanmengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya dan pemulihan khaskhususnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat membina ayat , mengolahidea, mengembangkan idea atau pendapat berdasarkan situasi, gambar, peristiwaatau tajuk tentang sesatu perkara.

    3.1 Hasil pembelajaran

    Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat:

    1. Merancang strategi pengajaran dan pemulihan bagi kemahiran tulisan, ejaan dankarangan.

    2. Melaksanakan pengajaran dan pemulihan bagi kemahiran tulisan, ejaan dan karangan

    3.2 Definisi mengarang

    Prof. Dr. Koh Boh Boon (1983) menyatakanbahawa :

    .karangan adalah hasil dari kerja mengarang, satu proses melahirkan satu idea atausatu rangkaianidea dalam bentuk penulisan secara tersusun

    Kamaruddin Haji Husin (1986) pula menyatakanbahawa:

    karangan bukanlah hasil kepandaian ataukemahiran menggubah atau menyusun kata-

    kata, frasadan ayat sahaja, tetapi merupakan kemahiranmenyambungidea, fakta dan

    sebagainya yangterdapat dalam pemikiranmanusia melalui alat komunikasi yang

    dinamakan bahasa

    Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam(1985);

    .karangan ialah pelahiran perasaan dan fikriansecara bertulis berdasarkan tajuk

    yang diberikan olehguru dalam jumlah perkataan yang terhad dan masayang ditetapkan

    oleh guru .

    1

  • 7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 3 PKP 3108

    2/6

    Mengarang :

    .mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel,dll), mencipta (sajak dll)

    Ruj: Kamus Dewan Edisi ke-4

    3.3 Masaalah mengarang

    3.3.1 Kesalahan Struktur ayat

    - salah susunan subjek dan predikat dalam ayat tunggal.contoh :

    - salah menggunakan kata penghubung dalam ayat majmukcth : Sara atau Nina sedang menangis

    - keliru dalam menggunakan ayat penyata dan ayat perintah-cth:

    - salah menggunakan tanda bacacth:

    3.3.2 Lemah Kosa kata

    - dipengaruhi oleh dialek menyebabkan lemah dalampenguasaan

    kosa kata bahasa standard.

    - tidak faham maksud perkataan dalam tajuk karangan menyebabkansukar untukmengarang

    3.3.3 Masalah dalam penggunaan ayat mudah

    - tidak tahu hukum tatabahasa menyebabkansukar membina ayatmudah.

    3.3.4. Masalah pemerengganan

    - Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana murid tidak memahami

    apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin murid

    terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkansiap sahaja.

    - Kesalahan kekurangan isi. Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah murid

    menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh

    menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku

    kerana murid kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.

    2

  • 7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 3 PKP 3108

    3/6

    - Kesalahan pembahagian perenggan. Ada murid meletakkan

    beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi

    tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada murid menulis

    hanya satu perenggan untuk satu karangan.

    - Kesalahan tidak merangka karangan. Ada murid yang terus

    menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Murid yang tidak

    merangka bererti murid tersebut tidak menyusun isi. Ini

    menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga

    menyebabkan susunan isi tidak berturutan.

    - Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada murid yangmenulis sambil mengharapkan isi datang . Oleh itu dalam penulisan

    sering berlaku isi tidak saling berkait antara perenggan. Terlalu banyak isi

    dalam satu perenggan . Isi bercampur aduk dan format perenggan yang

    salah.

    3.4 Strategi pemulihan kemahiran mengarang

    1.Menulis Ayat Mudah

    - minta murid menyalin ayat mudah- minta murid menulis tentang diri secara ringkas.

    cth : Nama saya Amir

    2. Menulis karangan berpandu gambar

    - Karangan gambar bersiri dan gambar tunggal memerlukan murid meneliti

    dan memahami gambar tunggal atau bersiri yang diberikan.

    - Murid dikehendaki menulis ayat lengkap berdasarkan gambar yang

    diberika

    - Gunakan kosa kata, imbuhan dan ejaan yang betul dan sesuai semasa

    membina ayat.

    3

  • 7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 3 PKP 3108

    4/6

    Gambar Tunggal

    Langkah- langkah Menulis Karangan Berpandukan Gambar

    - Minta murid cerita tentang apa yang dilihat dalam gambar- Minta murid bina satu ayat mudah- Minta murid menggabung ayat tunggal menjadi ayat majmuk- Murid bina ayat berdasarkan soalan yangdiberi.

    4

    Gambar bersiri

  • 7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 3 PKP 3108

    5/6

    Contoh Karangan Gambar Bersiri

    a. Siapakah nama jiran anda?

    b. Berapakah jumlah ahli keluarganya?c. Kenapakah anda suka kepada jiran anda.?d. Bilakah anda pergi melawatnya.e. Apakah jenis pertolongan yang anda berikan ketika jiran anda dalam

    kesusahan

    3 Menulis karangan terkawal

    - isi tempat kosong dengan perkataan yangsesuai.- susun ayat ikut urutan sehingga menjadi ayat yang lengkap.

    - memadankan ayat- menggantikan perkataan

    Contoh :

    4 Menulis Karangan Berpandu

    - menulis semula petikan cerita- pindahkan karangan dialog kepada karangan penceritaan- menyudahkan cerita- menulis semula cerita yang didengar

    Contoh :

    Cara berkesan menghasilkan karangan yang baik.

    - Sebelum membuat sesuatu karangan

    - Murid hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan

    itu.

    - Fikirkanlah pula tentang pengenalan, isi-isi dan penutup.

    - Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan.

    - Dalam pengenalan murid hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk

    yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham.

    - Murid hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

    5

  • 7/30/2019 Isi Pelajaran Interaksi 3 PKP 3108

    6/6

    - Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat

    ayat.

    - Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan

    mendalam pada pemeriksa.

    - Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih

    daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

    - Karangan perlu mempunyai empat isi.

    - Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan.

    - Isi yang utama didahulukan.

    - Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait

    rapat.

    - Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya.

    - Sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain.

    - Sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang

    daripada perenggan yang lain.

    - Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehen

    - Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain.

    - Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, murid hendaklah banyak membaca

    surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-bukucerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri

    - Jangan campur adukkan isi.

    - Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama.

    - Catatkan setiap isi sebelum menulis.

    - Penutuplah ialah kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.

    - Dalam penutup digambarkan juga pendapat murid dengan ringkas tentang sesuatu

    perbincangan atau tajuk.

    - Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung

    - Penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

    6