isi pelajaran bmm3108 interaksi 5edit
TRANSCRIPT
![Page 1: Isi Pelajaran Bmm3108 Interaksi 5edit](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022071707/55cf8f07550346703b9838ac/html5/thumbnails/1.jpg)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK 13 SEBUTAN BAKU KATA TERBITAN
13.1 Sinopsis
Topik ini menghuraikan tentang aspek sebutan baku kata terbitan dengan lebih
mendalam. Perbincangan akan difokuskan kepada kata terbitan awalan, kata terbitan
akhiran dan kata terbitan apitan.
13.2 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. Menghuraikan dengan jelas definisi bahasa baku;
ii. mengenal pasti sebutan baku kata terbitan dengan lebih mendalam;
iii. menghuraikan aspek sebutan baku kata terbitan awalan, akhiran dan apitan.
13.3 Sebutan Baku Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap daripada semua
aspek; daripada segi kodanya, statusnya, penggunaan bahasanya, betul ejaannya, betul
tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya dan
betul sebutannya. Bahasa baku ialah bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan
negara, dalam urusan rasmi kerajaan dan juga dalam semua konteks rasmi. Dalam
menyampaikan ucapan, ceramah, pidato, khutbah dan pelbagai urusan rasmi.
Pembakuan bahasa Melayu dilakukan untuk memperlengkap dan memantapkan semua
aspek bahasa supaya bahasa Melayu menjadi bahasa yang lengkap dan mantap dalam
sistem sebutan, sistem ejaan, sistem tatabahasa, perbendaharaan kata umum, istilah,
laras dan gaya bahasa serta aturan penggunaan bahasa yang sopan. Bahasa sebagai
satu sistem perlu dibina dan dikembangkan agar menjadi bahasa yang sempurna.
Bahasa akan kehilangan sistemnya jika dibiarkan berkembang dengan sendirinya.
Tanpa sistem, bahasa menjadi sukar untuk dipelajari dan dikenali, apatah lagi jika
1
![Page 2: Isi Pelajaran Bmm3108 Interaksi 5edit](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022071707/55cf8f07550346703b9838ac/html5/thumbnails/2.jpg)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
bahasa tersebut mempunyai peranan yang besar dalam sebuah negara. Pembinaan
dan pengembangan bahasa Melayu ditumpukan kepada pembakuan agar tercapai
penggunaan bahasa yang jelas, tepat dan berkesan dalam berkomunikasi.
13.4 Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau
menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan. (rujuk Rajah 13.1)
Nik Safiah Karim (1996) memberikan definisi kata terbitan sebagai bentuk perkataan
yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini menghasilkan bentuk perkataan yang
disebut kata terbitan.
Rajah 13.1: Bentuk-bentuk Imbuhan
13.5 Sebutan Baku Kata Terbitan Awalan
Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif
terbitan seperti yang disenaraikan berikut:
2
![Page 3: Isi Pelajaran Bmm3108 Interaksi 5edit](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022071707/55cf8f07550346703b9838ac/html5/thumbnails/3.jpg)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
i. awalan kata nama
ii. awalan kata kerja
iii. awalan kata adjektif
Contohnya:
i. Awalan kata nama
pe- (pelari, penyapu, pemakan)
pem- (pembawa, pembuka, pembantu)
pen- (pendatang, pendua, pendamai)
peng- (penggali, pengubal, pengguna)
penge- (pengebom, pengetin, pengelap)
pel- (pelajar)
per- (perasap, pertapa)
pe- (petani, pesakit, pelawat)
ke- (ketua,kelepek)
ii. Awalan kata kerja
me- (melawan, merasa, melawat)
mem- (membawa, membilang)
men- (mendaki, mendakwa)
meng- (menggali, menggiling)
menge- (mengecat, mengekod)
memper- (memperisteri, mempersuami, memperdalam)
ber- (berlari, berjalan)
be- (berasa, berupa)
bel- (belajar, belunjur)
ter- (terjebak, terjatuh)
di- (diatur, ditimbang)
diper- (dipersuami, diperoleh)
iii. Awalan kata adjektif
ter- (tercantik, terbesar)
te- (terendah, teringan)
se- (secantik, serendah)
3
![Page 4: Isi Pelajaran Bmm3108 Interaksi 5edit](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022071707/55cf8f07550346703b9838ac/html5/thumbnails/4.jpg)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
13.6 Sebutan Baku Kata Terbitan Akhiran
Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja
terbitan sahaja seperti berikut;
i. akhiran kata nama
ii. akhiran kata kerja
i. Akhiran kata nama
Terdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu –an yang boleh bergabung dengan
kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.
Contohnya;
-an (pakaian, jahitan, saluran)
ii. Akhiran kata kerja
-kan (buatkan, besarkan)
-i (turuti, berkati, dekati)
13.7 Sebutan Baku Kata Terbitan Apitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan
seperti yang disenaraikan berikut;
i. Apitan kata nama
pe-...-an (pelaksanaan, perasaan)
pem-...-an (pembuatan, pembinaan)
pen-...-an (pendapatan, pendawaian)
peng-...-an (penggunaan, pengguguran)
penge-...-an (pengehadan, pengesahan)
pe-...-an (perasaan, pekarangan)
per-...-an (pertanian, pertandingan)
pel-...-an (pelajaran)
4
![Page 5: Isi Pelajaran Bmm3108 Interaksi 5edit](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022071707/55cf8f07550346703b9838ac/html5/thumbnails/5.jpg)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
ke-...-an) (kelainan, kematian)
ii. Apitan kata kerja
me-...-kan (memainkan, melagukan)
men-...-kan (mendermakan, mentakrifkan)
mem-...-kan (membaharukan, membaikkan)
meng-...-kan (menggunakan, mengadakan)
menge-...-kan (mengecamkan)
ber-...-kan (berbantalkan, beralaskan)
ber-...-an (berlanjutan, bermaafan)
di-...-kan (digunakan, dipanjangkan)
me-...-i (melalui, meragui)
men-...-i (mencurigai, mendendami)
mem-...-i (membaharui, mempercayai)
meng-...-i (menganggotai, menggauli)
di-...-i (didekati, dimuliai)
diper-...-kan (diperingatkan, diperdengarkan)
diper-...-i (diperingati)
memper-...-kan (memperdengarkan, memperdagangkan)
memper-...-i (memperingati)
ke-...-an (kehujanan, kepanasan)
iii. Apitan kata adjektif
ke-...-an (kecinaan, kemelayuan)
Aktiviti
1. Berikan definisi Sebutan Baku dan Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu.
2. Perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau dari segi fonologi;
i. vokal suku kata akhir terbuka
ii. vokal suku kata tertutup
iii. konsonan Melayu
5
![Page 6: Isi Pelajaran Bmm3108 Interaksi 5edit](https://reader035.vdokumen.net/reader035/viewer/2022071707/55cf8f07550346703b9838ac/html5/thumbnails/6.jpg)
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
6