(isi kandungan minggu orientasi sekolah3) mos

Upload: aque-aziey

Post on 05-Apr-2018

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    1/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    KANDUNGAN

    Perkara Muka Surat

    1.0 Biodata 2

    2.0 Pengenalan Sekolah 3-4

    3.0 Panduan Minggu Orientasi Sekolah

    4.0 Jurnal Harian 5 - 8

    5.0 Catatan Pengumpulan maklumat 9 - 22

    6.0 Laporan Refleksi 23 - 31

    7.0 Lampiran

    SK Methodist Telok Datok 1

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    2/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    1.0 BIODATA

    Nama Pelajar : Nurul Hanan binti Ahmad

    Nombor Kad Pengenalan : 830105-03-5078

    Tarikh Lahir : 5 Januari 1983

    Umur : 24 Tahun

    Program : (KPLI-SR) j-QAF (LPBS)

    Bidang Pengkhususan : Pengajian Islam

    Pusat Pengajian : Institut Perguruan Ilmu Khas

    Tutor : Puan Hajjah Rohana Binti Kamaruddin

    Alamat Semasa : No. 49, Jalan 3/18 Bangi Perdana, 43650

    Bandar Baru Bangi, Selangor.

    Alamat Tetap : Lot 249, Kampung Permatang Rambai,

    16800 Pasir Puteh, Kalantan.

    Nombor Telefon : 012-6678113/019-9919068

    SK Methodist Telok Datok 2

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    3/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    2.0 PENGENALAN SEKOLAH

    SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST,

    JALAN STADIUM JUGRA, TELOK DATOK,

    47200 BANTING, SELANGOR.

    VISI

    Sekolah Methodist berhasrat menjadi sekolah gemilang di peringkat daerah menjelang

    2010.

    MISI

    Sekolah Kebangsaan Methodist diwujudkan untuk melaksanakan pengajaran dan

    pembelajaran yang berterusan dan berkesan bagi melahirkan anak didik yang

    berketrampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    MOTO

    ORA ET LABORA

    Let There Be Light

    Berusaha dan Berdoa Untuk Kecemerlangan

    IKRAR PELAJAR

    Bahawasanya kami,

    Murid-murid sekolah ini berikrar,

    Akan belajar bersungguh-sungguh

    Demi masa hadapan kami,

    Keluarga dan agama.

    Akan taat kepada kedua ibu bapa kami,

    SK Methodist Telok Datok 3

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    4/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    Akan sentiasa patuh kepada kedua ibu bapa kami,

    Akan sentiasa patuh kepada

    Peraturan sekolah

    Dan undang-undang Negara.

    Kami juga akan sentiasa hormat menghormati

    Antara satu sama lain,

    Jujur dan ikhlas dalam

    Pemikiran, perkataan dan perlakuan ikhlas.

    SK Methodist Telok Datok 4

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    5/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    4.0 Jurnal Harian

    No Tarikh / Hari Masa Tempat Butiran / Aktiviti1 13/02/2012

    (Isnin)

    08.30 am

    11.30 am

    Jabatan Pelajaran

    Selangor.

    - Taklimat program j-QAF 2012

    peringkat Negeri Selangor.

    - Perjumpaan dengan ketua-ketua

    Jabatan Pendidikan Daerah bagi

    penerangan khusus sebelum

    mendaftar di sekolah.

    2 14/02/2012

    (Selasa)

    07.30 am

    09.45 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Melapor diri dengan Penolong

    Kanan Kurikulum (Puan Fatimah

    Bin Ali ).

    - Guru Besar sedang.

    - Seterusnya perjumpaan dengan

    Penolong Kanan Hal Ehwal Mur

    (Encik Mokhtar).

    - Sesi perkenalan.- Pengenalan sekolah.

    - Mengenali bidang tugas.

    09.45 am

    10.05 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Rehat

    10.05 am -.

    11.05 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Menemui Ketua Panitia Pendidik

    Islam dan merangkap Guru

    Pembimbing ( Puan Hasnah).- Perbincangan tentang pelaksanaa

    j-QAF.

    11.05 am

    01.35 pm

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Melawat tempat-tempat di sekita

    sekolah untuk MOS.

    SK Methodist Telok Datok 5

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    6/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    3 31/01/2007

    (Rabu)

    07.45 am

    08.45 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Melihat kelas pengajaran

    pengajaran tahun 1SS subjek

    pendidikan Islam untuk MOS.- Teknik pengajaran, bahan bantu

    mengajar, kaedah pengajaran dan

    pembelajaran, mencari pengalam

    untuk mengajar bagi guru dalam

    latihan.

    08.45 am

    09.45 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Membersihkan kawasan surau

    untuk dijadikan bilik j-QAF.

    09.45 am

    10.05 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Rehat

    10.05 am

    11.05 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Perbincangan dengan kakitangan

    sekolah mengenai maklumat-

    maklumat yang diperlukan dalam

    MOS, untuk membuat tugasan ya

    diberikan oleh pensyarah.

    11.05 am

    12.05 pm

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Mengganti kelas untuk darjah 6,

    guru berkenaan keluar kerana ada

    urusan rasmi.

    12.05 pm

    01.30 pm

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Perbincangan dangan Penolong

    Kanan Kurikulum berkenaan

    dengan jadual waktu.

    4 01/02/2007

    (Khamis)

    - - - Cuti Umum Thaipusam

    SK Methodist Telok Datok 6

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    7/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    5 02/02/2007

    (Jumaat)

    07.45 am

    08.45 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Mengumpul beberapa data yang

    diperlukan untuk melengkapkan

    tugasan MOS.

    08.45am -

    09.45 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Megemaskini dan membersihkan

    bilik j-Qaf .

    09.45 am

    10.05 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Rehat

    10.05 am

    12.35 pm

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Merangka gerak kerja MOS

    - Mengenal peraturan sekolah,

    perbincangan sesama guru j-QAFmengenal peribadi masing-masin

    motivasi dan nasihat.

    6 05/02/2007

    (Isnin)

    07.30 am

    08.15 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Perhimpunan sekolah.

    08.15 am

    09.45 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Mendapatkan maklumat y

    berkaitan untuk MOS.

    09.45 am

    10.05 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Mengadakan perbincangan den

    guru pembimbing dan rehat.

    10.05 am

    11.05 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Menggantikan kelas. Guru terba

    keluar menghadiri kursus.

    11.05 am

    01.05 pm

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Mengemas bilik j-QAF

    7 06/02/2007

    (Selasa)

    07.45 am

    09.45 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Membuat tugasan MOS

    09.45 am

    10.05 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Rehat

    10.05 am

    11.05 am

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Memulakan pengajaran j-QAF b

    Pengajian Islam (Jawi).

    SK Methodist Telok Datok 7

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    8/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    11.05 am

    01.05 pm

    SK Methodist Telok

    Datok

    - Membuat tugasan MOS

    5.0 CATATAN PENGUMPULAN MAKLUMAT

    SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    a) Alatan fizikal

    Lazimnya kompleksiti sesuatu sistem itu dan alatan fizikal sesebuah sekolah itu

    mempengaruhi suasana sistem keseluruhan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan

    membuat persepsi awal tentang struktur dan organisasi persekitaran dan akan terus

    didedahkan dengan pengalaman ini disepanjang mereka berada di sekolah tersebut.

    SK Methodist Telok Datok 8

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    9/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    Bahagian ini akan membantu pelajar untuk memberi fokus bagaimana persekitaran

    sesebuah sekolah ini dibentuk.

    5.1 Aktiviti 1

    5.1.1 Bilangan murid keseluruhan

    Jumlah keseluruhan : 492 orang

    5.1.2 Bilangan bilik darjah : 15

    5.1.3 Saiz kelas / Jumlah murid dalam kelas:

    Purata murid sekelas : 35 orang

    5.1.4 Bilangan guru

    Keseluruhan guru : 34 orang

    Guru lelaki : 9 orang

    Guru perempuan : 25 orang

    5.1.5

    Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Methodist Telok Datok

    Kedudukan : Luar bandar

    b) Suasana Bilik Darjah

    Guru mempunyai kuasa dari segi penyusunan perabot, kedudukan murid, pemilihan bahan

    dan lain-lain. Cara guru mengurus semua ini dan perhatian yang diberikan untuk

    mewujudkan suasana yang kondusif termasuklah keceriaan kelas adalah satu faktor yang

    penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    SK Methodist Telok Datok 9

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    10/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    5.2 Aktiviti 2

    Lukiskan pelan dua buah bilik darjah yang anda lawati semasa orientasi ini. Bagi setiap

    kelas, jawab soalan berikut:

    5.2.1 Dua pelan kelas tahun 1 dan 2 SK Methodist Telok Datok yang berbeza susunan

    kedudukan:

    Papan HijauMeja

    guru

    Pintu depan

    M

    M

    Pintu Belakang

    Pelan Kelas 1

    5.2.2

    Papan hijau

    Meja guru

    Pintu

    Meja murid

    SK Methodist Telok Datok 10

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    11/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    Pintu belakang

    Pelan kelas 25.2.3

    (1) Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan di kelas dan

    bagaimana ianya digunakan?

    Gambar pembelajaran dan jadual waktu ditampal pada dinding di sebelah depan

    Kad dan gambar pembelajaran ditampal pada dinding kelas sebelah belakang

    Kad imbasan diletakkan di atas meja guru dan di bawa ke kelas ketika waktu

    pengajaran sahaja.

    (2) Apakah bahan yang murid boleh gunakan bila mereka memerlukan Pensil, pemadam, pensil warna, pembaris dan kotak alat tulis.

    Meja, kerusi dan papan hijau.

    Sempoa dan abacus.

    Buku latihan dan buku Iqra.

    (3) Sejauh mana pergerakan murid dibenarkan? Apabila hendak menghantar buku latihan.

    Apabila hendak membentuk kumpulan dan interaksi bersama di dalam kelas yang

    terkawal.

    Apabila diberi arahan / kebenaran oleh guru, seperti untuk ke tandas atau ke kedai

    buku.

    SK Methodist Telok Datok 11

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    12/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    (4) Kenalpasti cara mana murid diletakkan dalam kumpulan.

    Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.

    Satu kumpulan 5-10 orang murid.

    Murid-murid diletakkan menghadap papan hijau dan menghadap rakan-rakan.

    Murid diletakkan secara berpasang-pasang.

    (5) Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas?

    Perbezaan dari sudut kumpulan adalah berdasarkan kepada tahap pencapaian murid

    dalam bidang akademik.

    Perbezaan dari segi tumpuan terhadap sesi pembelajaran yang dijalankan di dalam

    kelas.

    Cara pengajaran guru juga berbeza yang seterusnya menyebabkan tumpuan murid

    juga berbeza berdasarkan minat mereka.

    (6) Apakah yang membuat ianya berbeza? Susunan kumpulan di dalam kelas tersebut.

    Hiasan dan keceriaan di dalam bilik darjah.

    Bilangan murid-murid yang terdapat di dalam kelas.

    Tahap yang berbeza menyebabkan cara penerimaan yang berbeza.

    c) Peraturan dan Disiplin Sekolah

    Adalah penting bagi anda mengetahui peraturan sekolah. Ini akan memandu anda untuk

    mengambil tindakan yang konsisten dengan staf yang lain dan juga mengetahui bagaimana

    guru-guru terlatih menangani masalah disiplin pelajar.

    SK Methodist Telok Datok 12

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    13/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    5.3 Aktiviti 3

    (1) Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah?

    Peraturan sekolah dan bilik darjah adalah mengikut Buku Panduan Peraturan

    Sekolah (sila rujuk lampiran).

    Peraturan sekolah dan bilik darjah melibatkan banyak perkara iaitu dari segi masa

    persekolahan, perhimpunan khas/harian, pakaian seragam, kedatangan, perkara

    kebersihan dan keceriaan sekolah, kawasan larangan, tatatertib dan kesopanan,

    senarai salah laku yang berat diperingkat sekolah, tindakan tatatertib, kokurikulum,

    peperiksaan dan hal-hal lain.

    (2) Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan sekolah?

    Melalui Buku Peraturan Sekolah yang diberikan kepada murid semasa pendaftaran

    masuk ke sekolah.

    Melalui ucapan mingguan dan harian diperhimpunan sekolah.

    Papan notis dan papan kenyataan yang ditampal dikebanyakan tempat di kawasan

    sekolah.

    Penerapan/penerangan guru-guru kepada murid-murid semasa di dalam bilik darjah.

    (3) Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah?

    Merekodkan kesalahan yang dilakukan oleh murid di dalam buku rekod pelajar.

    Mewujudkan jawatankuasa pengawas.

    Murid digalakkan supaya sentiasa terlibat dalam aktiviti yang berfaedah dan

    menyeronokkan.

    Guru menunjukkan contoh teladan yang baik, adil dan tegas bersesuaian dengan

    masa dan ketika.

    Murid dihargai, diiktiraf dan dihormati.

    SK Methodist Telok Datok 13

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    14/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    5.4 KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN

    Sebahagian besar daripada kompetens guru bergantung kepada kemampuannya

    menguruskan bilik darjah. Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada isu initermasuklah persediaan, merancang, menstruktur pengajaran, penggunaan strategi

    pengajaran dan hubungan dengan murid.

    a) Pengurusan bilik darjah

    Pengalaman pembelajaran seseorang murid itu adalah dipengaruhi bagaimana ianya

    diperkenalkan kepadanya. Murid akan hilang tumpuan jika sesuatu aktiviti itu dijalankan

    pada jangka waktu yang terlalau lama. Mereka memerlukan rangsangan untuk bertahan.

    Permulaan dan penutup sesuatu pelajaran itu ada fasa-fasa kritikal dalam perancangan

    seseorang guru. Pergerakan dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain dan memulakan dan

    menghabiskan tugasan memerlukan kemahiran guru.

    5.5 Aktiviti 4 (Berkaitan dengan aktiviti 5)

    Buat pemerhatian pengajaran dua orang guru yang berbeza. Seorang guru mengajar subjek

    major anda dan seorang lagi mengajar mata pelajaran yang lain. Perhatikan cara guru

    memberi tugasan sama ada secara kelas atau dalam kumpulan-kumpulan yang kecil. Jawab

    SK Methodist Telok Datok 14

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    15/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    soalan-soalan berikut dan buatkan nota dalam bentuk nota ringkas dengan memberikan tiga

    respon bagi setiap soalan.

    5.6 Pengajaran yang dibuat pemerhatian : Pendidikan Islam dan Matematik

    Umur murid : 7 dan 8 tahun

    (1) Bagaimanakah murid memberi tumpuan?

    Melihat apa yang ditulis oleh guru di papan hijau dan membacanya berulang kali

    apa yang ditulis oleh guru. Guru sentiasa menyoal apa yang diajar dan murid bertindak balas dengan soalan

    yang diajukan.

    Murid akan mudah hilang tumpuan belajar pada setengah jam yang berikut, oleh itu

    guru memberi latihan yang perlu dibuat oleh murid dalam buku gerak kerja masing-

    masing.

    (2) Bagaimana penglibatan murid dalam perbincangan?

    Kebanyakan murid akan menurut arahan yang diberikan oleh guru.

    Murid akan memberi lebih perhatian jika terdapat topik yang menarik.

    Penglibatan secara beramai-ramai dan juga individu.

    (3) Bagaimanakah guru memberi penekanan dalam pengajaran?

    Mengulang-ulang ayat/arahan supaya murid boleh ikut dan patuhi.

    Memberi soalan secara spontan yang bersesuaian dengan subjek yang diajar.

    Memberi contoh atau cerita yang berkaitan dengan topik atau tajuk.

    Tahap pengawalan tingkah laku pelajar diberi keutamaan.

    Sentiasa memberi latihan kepada murid apabila selesai mengajar.

    SK Methodist Telok Datok 15

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    16/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    (4) Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan.

    Ya, penerangan adalah jelas, ringkas dan mudah difahami.

    Menulis di papan hijau sesuatu perkara yang diajar.

    Bertanyakan kepada murid sama ada faham atau tidak arahan yang diberi.

    Penerangan disusuli dengan bersama dengan soalan kepada murid-murid.

    (5) Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan

    efektif?

    Fokus kepada tajuk yang diajar.

    Arahan diulang-ulang dengan suara yang lantang.

    Menjelaskan dengan teliti dan jelas, sehingga arahan yang diberi difahami oleh

    murid.

    Membuat tindakan susulan terhadap pengajaran dan pembelajaran di kelas.

    Menggunakan bahan bantu mengajar.

    (6) Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan semasa murid

    telah siap tugasan/tidak ada tugasan?

    Guru menyemak setiap tugasan yang diberikan.

    Melakukan pemantauan ke meja-meja pelajar.

    Menggunakan pendekatan nasihat dan peringatan terhadap perbuatan salah yang

    dilakukan oleh pelajar.

    Memberi hukuman kepada mana-mana pelajar yang membuat bising.

    (7) Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya?

    Membuat rumusan terhadap tajuk atau subjek yang diajar.

    SK Methodist Telok Datok 16

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    17/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    Memberikan tugasan atau kerja rumah kepada murid-murid dan menyatakan tarikh

    akhir sesuatu tugasan yang perlu dihantar kepada guru.

    Mengajar murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru dan mencium

    tangan guru sebelum meninggalkan kelas.

    b) Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran.

    Guru mempunyai kemahiran yang pelbagai. Ada yang jelas, seperti menulis dengan kemas

    dan jelas di papan tulis. Guru yang berkemahiran akan membuatkan sesuatu yang susah itu

    kelihatan mudah. Oleh yang demikian, adalah wajar seseorang bakal guru itu memiliki

    kemahiran ini dan ini memerlukan banyak latihan.

    5.7 Aktiviti 5

    Berdasarkan pemerhatian guru-guru tadi, jawab soalan-soalan yang berikut dengan

    menyatakan dalam bentukbullet form.

    Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar

    (1) Penggunaan soalan

    Soalan yang diberikan adalah dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami oleh

    murid-murid.

    Guru memberi penekanan kepada murid tentang aspek memahami atau membaca

    soalan dengan jelas dan teliti.

    SK Methodist Telok Datok 17

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    18/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    Penggunaan soalan kepada murid-murid setiap kali pembelajaran berlangsung.

    (2) Memberi penerangan

    Dengan menggunakan suara yang lantang, bahasa yang tersusun dan mudah

    difahami.

    Penerangan adalah jelas dan tidak berbelit-belit.

    Lontaran suara guru adalah terang dan diselitkan bersama penggunaan contoh-

    contoh dan cerita-cerita terhadap isu yang diajar.

    Penerangan ringkas dan padat agar mudah difahami.

    (3) Pergerakan penyampaian dalam pengajaran

    Sentiasa bergerak/berjalan ke meja-meja pelajar di belakang dan di hadapan.

    Penyampaian melibatkan penyertaan pelajar di dalam kelas supaya aktif.

    Pengajaran menggunakan bahasa yang standard dan disertai bahasa badan.

    (4) Penggunaan alatan

    Banyak menggunakan alatan papan hijau, kapur dan pemadam.

    Buku teks sekolah dan buku latihan.

    (5) Respon kepada kerja murid

    Menilai setiap kerja yang dilakukan oleh murid. Sentiasa memberikan bimbingan yang berkesan dengan memperbetulkan kesilapan

    atau kesalahan murid dalam pembelajaran.

    Memberi pujian dan menandakan A kepada murid jika mendapat markah yang

    tinggi atau menjawab dengan tepat dan betul.

    Memberi tumpuan dan bimbingan yang lebih kepada murid yang lemah.

    SK Methodist Telok Datok 18

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    19/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    (6) Penggunaan suara dan eye contact

    Penggunaan suara yang terang dan jelas dan penggunaan eye contact yang

    seragam kepada semua murid.

    Menggunakan suara yang lantang berserta dengan pandangan mata yang tajam jika

    keadaan bilik darjah tidak terkawal.

    Menggunakan kedua-dua kaedah tersebut bersesuaian dengan keadaan.

    (7) Pergerakan badan

    Menggunakan bahasa badan untuk membantu murid memahami dengan lebih

    berkesan.

    Guru menyertai dengan mimik muka dan pergerakan tangan bagi menjelaskan lagi

    apa yang diajar.

    Sentiasa bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.

    5.7 Aktiviti 6

    Hasil daripada pemerhatian anda, terangkan dengan ringkas apakah kekuatan dan

    kelemahan, persamaan dan kelainan yang terdapat dalam dua situasi tersebut. Nyatakan

    apa yang anda dapat pelajari daripadanya.

    5.7.1

    {Kekuatan}

    Kawalan disiplin murid dapat dikawal seperti tidak membuat bising atau bermain-

    main di dalam kelas.

    Kelantangan dan kejelasan apa yang ingin disampaikan membantu proses

    pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar.

    SK Methodist Telok Datok 19

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    20/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    Memilih dan menggunakan kaedah mengajar dengan menggunakan teknik

    menanyakan soalan yang berkesan.

    {Kelemahan}

    Guru kurang menggunakan alat bantu mengajar.

    Tidak semua murid mengambil bahagian / menyertai dalam proses perbincangan

    atau soal jawab.

    Bukan semua murid dapat dikawal disiplin dengan baik kerana melibatkan jumlah

    yang ramai.

    {Persamaan}

    Guru kurang menggunakan alat bantu mengajar.

    Bagi mengelakkan kebosanan dan menarik perhatian murid, guru menggunakan

    pendekatan soal jawab.

    Guru sentiasa mengulang-ulang ayat atau perkataan yang diajar bagi membantu

    murid memahami topik dengan lebih berkesan.

    {Kelainan}

    Ketegasan semasa mengawal suasana persekitaran dan pembelajaran kelas dan

    matlamat dua orang guru terbabit adalah sama cuma cara yang berbeza.

    Pergerakan badan dan eye contact semasa pengajaran yang berlainan.

    Cara menunjukkan perasaan marah kepada murid dalam mengawal disiplin

    mereka.

    SK Methodist Telok Datok 20

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    21/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    5.8 KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERALATAN

    Buat lawatan di sekolah dan perhatikan apakah kemudahan dan alatan yang disediakan bagi

    kegunaan guru dan murid yang boleh menyumbang kepada proses pengajaran dan

    pembelajaran. Berikan cadangan bagaimana ianya digunakan semaksimanya. Apakah

    kemudahan dan alatan yang anda rasa perlu ada di sekolah itu tetapi belum diwujudkan.

    Buat nota ringkas.

    Bil Kemudahan / Alatan Ada / Tiada Cadangan

    1. Makmal Komputer Tiada Perlu diwujudkan untuk kemudahan para

    murid dan guru membuat kerja.2. Kelas Khas Ada Konsep yang digunakan adalah murid

    mencari guru.

    3. Pusat sumber Ada Kemudahan buku-buku bacaan perlu

    ditambah.

    4. Surau Ada Perlu dijaga supaya sentiasa bersih.

    5. Koperasi Sekolah Ada Barang-barang yang dijual perlu

    ditambah dan ruang terlalu sempit.

    6. Bilik Astro Ada

    7. Bilik j-QAF Ada Bangunan baru perlu dibina, ini keranabuat masa ini bilik j-QAF terpaksa dibuat

    di surau.

    8. Kantin Ada

    9. Padang Tiada

    10. Makmal Sains Tiada Perlu diwujudkan.

    11. Bilik BBM Ada

    SK Methodist Telok Datok 21

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    22/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    12. Bilik Sains Ada Perlu diperluaskan dan ditambah

    peralatannya.

    13. Tandas Ada Perlu sentiasa dibersihkan dan dijaga

    sentiasa.14. Bilik Cetakan Ada

    6.0 Laporan Refleksi (Tugasan)

    Setelah anda menjalani Minggu Orientasi Sekolah, anda diminta untuk menulis sebuah esei

    (lebih kurang 1000 patah perkataan) berbentuk refleksi berdasarkan pengalaman dan

    pengetahuan yang anda dapat jadikan sebagai panduan menjadi seorang guru yang baik.

    Tugasan:

    Apakah faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan

    seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik.

    ________________________________________________________________________

    Sekolah merupakan sebuah institusi yang penting untuk seseorang itu mendapatkan

    ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Dalam proses untuk menuntut ilmu ini, terdapat faktor-

    faktor yang tertentu untuk seseorang itu dapat menerima ilmu pengetahuan yang diajar oleh

    muallim atau guru. Pengajaran yang berkesan merupakan teknik yang boleh meyumbang

    kepada keberkesanan kepada para pelajar untuk belajar dan seterusnya menerima ilmu

    dengan baik.

    Pengajaran adalah sesuatu yang berkaitan dengan proses untuk menyebarkan ilmu

    pengetahuan. Ia melibatkan antara dua pihak iaitu guru dan murid. Pengajaran boleh

    ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan

    muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk

    melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,

    menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi

    SK Methodist Telok Datok 22

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    23/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Dalam topik ini,

    apa yang kita ingin perbincangkan ialah mengenai pengajaran yang berkesan.

    Di dalam proses untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan, terdapat beberapa

    faktor utama untuk mewujudkannya, seterusnya mendorong para pelajar untuk belajar

    dengan baik. Antara faktor-faktor besar berkenaan isu di atas ialah peranan guru, peranan

    murid, kemudahan peralatan, peraturan dan disiplin serta persekitaran tempat belajar.

    Guru merupakan faktor yang terpenting di dalam proses pengajaran yang berkesan.

    Sehubungan dengan itu, guru mesti menyediakan bahan mengajar, menentukan objektif

    pelajaran, merancang ringkasan mengajar dan menyediakan alat mengajar sebelumseseorang guru itu memulakan tugasnya

    Peranan guru yang berkesan untuk memastikan proses pengajaran yang berkesan

    ialah dapat diungkapkan sebagaimana kata-kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,

    Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah. Beliau menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan seperti

    berikut:

    1) Bersikap profesional.

    2) Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

    3) Kaya ilmu.

    4) Bertindak di atas landasan dan tatsusila kerja.

    5) Bermoral teguh.

    6) Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

    7) Prihatin terhadap kehendak murid dan ibu bapa.

    8) Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

    9) Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

    10) Menampilkan watak terpuji, beimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai

    pendidik unggul pada setiap masa.

    11) Mempastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas.

    12) Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai

    kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

    SK Methodist Telok Datok 23

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    24/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    13) Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.

    14) Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri

    (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri denagn

    situasi tertentu).

    15) Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat

    profesionnya.

    16) Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bagi

    Selain itu, di dalam proses pengajaran, wajib ke atas guru untuk menarik minat

    murid.untuk belajar, membimbing mereka dengan cara belajar yang berkesan, menjelaskan

    keraguan, membantu mereka menyelesaikan masalah, membekalkan bahan pelajaran,meningkatkan penguasaan kemahiran mereka, membentuk sikap pembelajaran yang betul,

    memupuk idealisme yang luhur dan nilai murni yang tinggi.

    Guru juga berperanan menjalankan tugas dengan merancang aktiviti pengajaran

    berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah malah menjadi

    fasilitator pembelajaran, pengurus bilik darjah dan juga sebagai guru disipilin yang

    bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid. Sekiranya anda dipertangungjawabkan

    menjadi guru bimbingan, tugas yang mesti dijalankan ialah dengan memberi nasihat dan

    bantuan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran atau masalah peribadi dan

    sebagainya. Memberi bimbingan dengan membetulkan kesilapan murid dalam proses

    pembelajaran dari semasa ke semasa akan mendorong murid untuk belajar dengan baik.

    Terdapat pada sesetengah aspek bahawa guru tidak mengambil berat tentang proses

    bimbingan, padahal jika guru sentiasa memberikan bimbingan yang baik, ianya dapat

    meninggalkan kesan iaitu murid dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran di dalam

    kelas kerana mereka rasa dihargai dan merasakan guru mengambil berat terhadap mereka.

    Selain itu, proses ini juga dapat dilakukan dengan mengajar murid-murid mengikut

    kebolehan mereka supaya mereka sering mendapat kejayaan di dalam pelajaran dan

    seterusnya meningkatkan keupayaan murid tanpa batas dan ianya peru dipupuk berasaskan

    SK Methodist Telok Datok 24

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    25/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    kepada pengajaran berkepimpinan. Murid-murid amat suka dan lebih menghormati guru

    yang memahami akan permasalahan yang dihadapi oleh mereka dengan guru memainkan

    peranan seperti menerima dan memandang mereka sebagai dirinya sendiri. Interaktif positif

    dikalangan murid haruslah ditimbulkan oleh guru di dalam bilik darjah bagi memberi

    peluang kepada murid untuk memainkan peranan dalam aktiviti yang diklakukan dan secara

    tidak langsung mereka bukan hanya menjadi pendengar yang setia, malah dapat berkongsi

    dan memberikan pandangan melalui jawapan yang diberikan. Tugas tersebut amatlah besar

    dan ianya mempunyai kaitan dengan pengajaran yang berkesan.

    Sepanjang minggu orientasi yang berlangsung, dapat diperhatikan bahawa aspek

    sahsiah diri guru itu sendiri mesti diutamakan dengan diterapkan ilmu perguruan yangsecukupnya dari setiap masa. Nilai tersebut dapat membimbing para guru dalam menilai

    kelakuan pelajar sama ada baik atau buruk, wajar atau sebaliknya. Ia dapat menjadikan

    pengajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar. Guru yang mempunyai sifat

    pengasih dan penyayang dapat menjadi role model dalam membentuk personaliti positif

    murid-murid. Selain itu, sifat berani mencuba sesuatu yang baru dan berkeyakinan dalam

    proses pengajaran juga dapat menarik minat murid terhadap ilmu yang disampaikan kepada

    mereka.

    Melalui pemerhatian yang dilakukan semasa minggu orientasi berlangsung, terdapat

    sesetengah guru yang mengajar seperti melepaskan batuk di tangga dan ini membuatkan

    murid berasa bosan serta sukar untuk menerima apa yang diajar. Sikap mengajar yang

    hanya sekadar memenuhi syarat akan membuatkan pembelajaran menjadi sukar kerana

    subjek pelajaran yang ingin disampaikan tidak akan mencapai objektif yang disasarkan dan

    ianya boleh merosakkan institusi keguruan yang sedia ada. Pengajaran di dalam kelas juga

    perlulah dijalankan di dalam suasana yang tidak membosankan dan keadaan tersebut

    perlulah ditangani dengan sewajarnya. Ini kerana murid-muird pada tahap sekolah rendah

    tidak suka kepada pengajaran yang berterusan sahaja tanpa dimasukkan unsur-unsur humor.

    Situasi ini boleh menyebabkan murid-murid akan hilang tumpuan terhadap pembelajaran.

    SK Methodist Telok Datok 25

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    26/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    Oleh itu, dalam mengatasi masalah yang dihadapi, aspek kawalan disiplin di dalam

    kelas perlu dititik beratkan. Namun demikian, dalam aspek ini kawalan di dalam kelas

    adalah berbeza pada setiap guru. Murid-murid ditahap 1 khususnya lebih terarah untuk

    bermain daripada duduk di tempat masing-masing dan mendengar apa yang diajar oleh

    guru. Dengan ini ianya perlu ditangani oleh guru dengan langkah yang terbaik supaya

    tingkah laku murid dapat dikawal supaya suasana pembelajaran di dalam kelas dapat

    berjalan dengan lancar dan mereka tidak mengganggu rakan-rakan mereka yang ingin

    belajar. Intonasi suara juga antara faktor yang boleh menarik minat murid untuk mendengar

    pengajaran yang diajar di dalam bilik darjah. Suara yang jelas serta terang membolehkan

    murid mudah memahami apa yang disampaikan dan mendorong mereka daripada

    menumpukan perhatian kepada perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Melaluipenggunaan ayat yang diulang-ulang oleh guru semasa mngajar juga akan membantu murid

    lebih mudah faham kerana tedapat dikalangan mereka yang lambat faham apa yang diajar.

    Dalam mewujudkan proses pengajaran berkesan, dapatlah disyorkan di sini kepada

    para guru supaya mengamalkan konsep Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA

    (iaitu Plan Do Check Act). Ianya adalah seperti berikut;

    Plan (Rancang): Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah

    dirancang dengan rapi. Para guru mesti mengelakkan mentaliti ad-hoc, iaitu membuat

    sesuatu secara tangkap muat atau hanya mengikut sahaja kerana ramai orang lain buat

    begitu.

    Do (Buat): Semua perkara yang telah dirancang mestilah dilaksanakan sepenuhnya. Inilah

    aspek yang terpenting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan

    setiap perancangan tersebut. Tiada erti dan tidak ada gunanya jika perancangan hanya

    tinggal perancangan sahaja. Seseorang yang bergelar pendidik mestilah menyoal balik

    dirinya sendiri apakah perancangan yang dilakukan telah dilaksanakan semuanya dan

    jujurlah ada diri sendiri serta jika ianya belum dilaksanakan, maka inilah puncanya

    mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan yang dihadapi.

    SK Methodist Telok Datok 26

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    27/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    Check (Semak): Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan

    memerlukan penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun yang menjadi sebab

    mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja-kerja guru yang

    perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak,

    pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan sebagainya.

    Satu cara berkesan bagi memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan

    mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua perancangan

    aktiviti di sekolah.

    Act(Bertindak): Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif

    atau tidak, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari puncadan silapnya serta siapa afritnya. Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan

    prosedurnya atau tidak jelas bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang

    lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personal yang terlibat disedarkan melalui

    nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling. Malah amaran dan tindakan selanjutnya,

    sekalipun ianya telah sampai ke tahap yang serius dan kritikal.

    Selain itu, peranan murid pula dalam memastikan pengajaran yang berkesan ialah

    mengulangkaji pelajaran lama terlebih dahulu untuk menyiapkan diri dalam pengajaran dan

    pembelajaran baru. Selain itu, murid dikehendaki menumpukan perhatiannya terhadap

    aktiviti pengajaran guru, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran serta berusaha menyelesaikan masalah pembelajaran secara sendiri,

    disamping mematuhi peraturan disiplin bilik darjah. Tiada gunanya jika hanya guru sahaja

    yang bersungguh membuat persediaan diri dalam proses pengajaran sedangkan murid tidak

    bekerjasama dalam proses pengajaran ini. Para murid mestilah menumpukan perhatian

    apabila berada di dalam bilik darjah. Tidak memikirkan masalah lain ketika berhadapan

    dengan proses pengajaran dan pembelajaran, barulah proses pengajaran dapat berjalan

    dengan berkesan, seterusnya murid dapat belajar dengan baik.

    Faktor seterusnya yang menyumbang kepada pengajaran yang berkesan ialah

    peralatan ketika sesi pembelajaran. Pada zaman era teknologi ini, banyak kemudahan

    SK Methodist Telok Datok 27

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    28/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    teknologi yang boleh digunakan dalam memantapkan lagi teknik dan proses pembelajaran

    dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada dengan sebaik yang mungkin.

    Contohnya ialah seperti mesin projektor (LCD) yang disambung dengan komputer untuk

    digunakan ketika sesi pengajaran merupakan alat yang terbaik boleh diaplikasikan di dalam

    bilik darjah.

    Alatan tersebut telah sedia ada untuk diaplikasikan dan boleh dikatakan disetiap

    sekolah di Malaysia terdapat peralatan tersebut, tetapi daripada pemerhatian yang dilakukan

    ianya tidak kerap digunakan malah terdapat guru yang tidak pernah menggunakannya.

    Sepatutnya peralatan tersebut digunakan sepenuhnya kerana ianya akan melancarkan proses

    pembelajaran menjadi lebih efektif dan lebih mudah, malah murid tidak akan berasa jemudan boleh menarik minat apabila murid berada di dalam bilik darjah.

    Selain LCD, Alat Bantu Mengajar (ABM) yang pelbagai jenis dan bentuk

    merupakan alternatif yang dilaksanakan dan amat sesuai digunakan dalam membantu guru

    meningkatkan lagi kemahiran murid dalam menerima ilmu pengetahuan dengan lebih

    berkesan. Kebanyakan ABM yang digunakan dalam membantu guru meningkatkan lagi

    kemahiran murid dalam menerima ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan. Kebanyakan

    ABM yang digunakan begitu menarik dan brsesuaian dengan sasaran pembelajaran bermula

    daripada tadika hinggalah tamat sekolah rendah. Kepentingan alatan pembelajaran di dalam

    bilik darjah yang asas seperti papan tulis, kapur, meja dan kerusi adalah aspek yang penting

    dalam membantu memurnikan murid dalam untuk belajar dengan baik. Alatan yang

    disebutkan tadi juga boleh diubah mengikut kesesuaian yang difikirkan oleh guru dalam

    melakukan aktiviti di dalam kelas.

    Peraturan atau disiplin juga merupakan faktor yang menyumbang kepada

    pengajaran yang berkesan. Peraturan yang dibuat di sekolah adalah bagi memantau

    pergerakan, tingkah laku dan kelakuan murid agar dapat dikawal dan secara langsung

    membangkitkan suasana harmonis di sekolah. Di bilik darjah pula, perkara ini banyak

    peranannya yang diuruskan oleh guru bagi mendorong murid memberi tumpuan terhadap

    pelajaran. Para murid akan lebih terarah untuk bercakap, bermain dan sebagainay apabila

    SK Methodist Telok Datok 28

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    29/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    berada di dalam kelompok mereka. Ia harus ditangani dengan bijak oleh guru semasa

    pengajaran dan pembelajaran dijalankan tidak terganggu. Dalam minggu orientasi,

    pemerhatian yang dapat dibuat ketika di dalam bilik darjah ialah kebanyakan murid akan

    berasa bosan dengan pengajaran di dalam bilik darjah terutamanya melibatkan satu jam

    bagi sesi untuk satu-satu subjek.

    Selain itu, persekitaran tempat belajar juga mempengaruhi untuk menyumbang

    kepada pengajaran berkesan. Persekitaran yang dimaksudkna di sini ialah bilik darjah

    mestilah berada di dalam keadaan bersih. Sekiranya suasanan bilik darjah berada di dalam

    keadaan kotor dan berselerak, ianya akan menyebabkan murid tidak selesa untuk menerima

    pelajaran, malah guru yang menyampaikan pengajaran juga akan terganggu dengankeadaan tersebut. Adalah perlu bagi seseorang guru itu memastikan murid yang bertugas

    paha hari yang telah ditetapkan akan bertugas pada hari tersebut. Ianya dibuat supaya

    proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan tenang, selesa dan lancar. Jika dilihat

    perkara ini hanyalah masalah yang kecil, tetapi jika diabaikan ia boleh mendatangkan

    mudharat kepada murid dan juga guru. Aspek keceriaan di dalam kelas merupakan unsur

    tambahan yang perlu dilakukan bagi setiap kelas dan ianya memerlukan perancangan yang

    kritis daripada guru.

    Sebagai kesimpulannya, kesemua faktor dikemukakan adalah berkait rapat dan

    tidak kurang pentingnya antara satu sama lain dalam menyumbangkan pengajaran yang

    berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik. Malah menjadi guru

    berkesan dan mencapai pendidikan yang cemerlang bukan perkara yang mustahil. Malah

    melalui guru yang berkesan juga, akan melahirkan sekolah yang gemilang. Prasyarat utama

    ialah kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail

    berfikir dan bertindak secara kelompok profesional serta yang paling penting menjadi

    seorang guru yang tidak mudah patah semangat.

    Dalam hal ini, seorang guru yang profesional mestilah sentiasa mempamerkan ciri-

    ciri kekuatan ilmu dan bertingkah laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut

    kefahaman yang jelas dan mendalam. Walau apapun, bangunlah warga guru dalam

    SK Methodist Telok Datok 29

  • 8/2/2019 (Isi Kandungan Minggu Orientasi Sekolah3) MOS

    30/30

    Minggu Orientasi Sekolah

    merealisasikan proses pengajaran yang berkesan demi kekuatan murid-murid untuk belajar

    dengan baik. Ini semua dilakukan demi untuk memastikan dunia pendidikan kita terus

    berada di dalam situasi cemerlang, gemilang dan terbilang demi masa hadapan bangsa,

    agama dan negara Malaysia yang tercinta.