contoh tugasan minggu orientasi sekolah

Upload: dhia-rizqi

Post on 03-Apr-2018

319 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    1/30

    CONTOH TUGASAN MINGGU ORIENTASI SEKOLAH (MOS)

    TUGASAN

    MINGGU ORIENTASI SEKOLAH (MOS)

    SEKOLAH KEBANGSAAN SUBANG

    KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR) j-QAF ModeLatihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

    Disediakan oleh:

    MOHD KHAIRUDIN BIN CHE ISMAIL

    Kad Pengenalan:

    780526035719

    Kumpulan:

    Q 1.3

    SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH

    - SEKOLAH YANG PERTAMA DI KAMPUNG MELAYU SUBANG

    ADALAH SEKOLAH RAKYAT.

    - DIBINA PADA TAHUN 1946MURID SERAMAI 70 ORANG

    http://hanya-air.blogspot.com/2011/01/contoh-tugasan-minggu-orientasi-sekolah.htmlhttp://hanya-air.blogspot.com/2011/01/contoh-tugasan-minggu-orientasi-sekolah.htmlhttp://hanya-air.blogspot.com/2011/01/contoh-tugasan-minggu-orientasi-sekolah.html
  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    2/30

    - GURU YANG MENGAJAR DILANTIK OLEH RAKYAT DAN GAJI

    DIBAYAR OLEH RAKYAT

    - 1950 KERAJAAN AMBIL ALIH DAN GURU DIBERI LATIHAN

    - 1955 KERAJAAN MEMBINA SEBUAH SEKOLAH LAGI ( 5 KELAS ) DAN

    SEKOLAH INI DIBUKA PADA TAHUN 1956. MURID 80 ORANG DANGURU 5 ORANG.

    - 1980 SEKOLAH TIGA TINGKAT DIBINA IAITU 7 BILIK DARJAH,

    PEJABAT, PUSAT SUMBER. MURID KETIKA ITU 550 ORANG DAN

    GURU 15 ORANG.

    - 1984 SEBUAH LAGI SEKOLAH TIGA TINGKAT DIBINA IAITU 14 BILIK

    DARJAH. MURID 985 ORANG DAN GURU 35 ORANG.

    - 1991 DAN 1992 DUA BANGUNAN TAMBAHAN SEMENTARA TELAH

    DIBINA IAITU 8 BILIK DARJAH. MURID 1750 ORANG DAN GURU 70

    ORANG SEKOLAH YANG PERTAMA DI KAMPUNG MELAYU SUBANGADALAH SEKOLAH RAKYAT.

    - 1993 BILANGAN MURID MENINGKAT KE 1985 ORANG DAN 76 ORANG

    GURU TERLATIH DAN TIDAK TERLATIH.

    - 1995 BANGUNAN LAMA DIROBOHKAN DAN DIBINA SEBUAH

    BANGUNAN TIGA TINGKAT IAITU 8 BILIK DARJAH. MURID 2357

    ORANG DAN GURU 96 ORANG.

    ALAMAT SEKOLAH

    Sekolah Kebangsaan Subang, Jalan Merbau, Kampung Melayu Subang, 40150 ShahAlam, Selangor.

    Kod Sekolah: BBA8202

    Berada di tengah-tengah kampung dan boleh diklasifikasikan sebagai sekolah bandar

    kelas kedua.

    PLAN SEKOLAH

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    3/30

    Aktiviti 1Data yang dikumpulkan.

    Bilangan Murid Keseluruhan bagi tahun 2008

    KELASMELAYU INDIA

    LAIN-

    LAINJUMLAH

    KECIL JUMLAH

    L P L P L P L P

    TAHUN 1 287 245 12 5 8 9 307 259 566

    TAHUN 2 235 203 8 6 15 10 258 219 477

    TAHUN 3 208 231 7 8 7 6 222 245 467TAHUN 4 259 205 10 8 6 5 275 218 493

    TAHUN 5 190 224 17 9 8 9 215 242 457

    TAHUN 6 251 196 13 11 17 5 281 212 493

    JUMLAH

    BESAR1430 1304 67 47 61 44 1558 1395 2953

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    4/30

    Bilangan Bilik Darjah :

    78 KELAS

    TAHUN 1 ADA 14 KELAS

    Saiz / jumlah murid dalam kelas:

    PURATA 30 ORANG UNTUK SETIAP KELAS

    Bilangan guru:

    130 ORANG GURU TERDIRI DARIPADA SESI PAGI DAN SESI PETANG. 20 ORANG

    DARIPADANYA BERKELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DAN YANG

    SELEBIHNYA PEMEGANG DIPLOMA PERGURUAN.

    Aktiviti 2

    Jawapan untuk soalan aktiviti 2

    an satu :

    Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran di letakkan di kelas danbagaimanana ianya digunakan?

    Kelas : Ianya di letakkan di bahagian belakang kelas dan di tampal di ruang 1

    Dinamik khusus untuk setiap mata pelajaran yang di ajar.

    Kelas : Barang-barang juga di letakkan di belakang kelas dan di tampal di ruang

    1 Maju yang khusus untuk setiap mata pelajaran.

    Soalan dua :

    Apakah bahan yang boleh digunakan oleh murid apabila di perlukan?

    Kelas : Bahan-bahan yang boleh di gunakan oleh murid-murid ialah bahan

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    5/30

    1 Dinamik bacaan seperti buku Iqra yang di simpan di bahagian belakang kelas.

    Buku latihan juga disusun di atas rak belakang kelas. Buku latihan tidak

    dibawa pulang oleh pelajar.

    Kelas : Bahan-bahan yang boleh digunakan oleh murid ialah bahan

    1 Maju bacaan seperti buku Iqra yang di simpan di bahagian belakang kelas.Buku latihan juga disusun di atas rak belakang kelas. Buku latihan tidakdibawa pulang oleh pelajar.

    Soalan tiga :

    Sejauh manakah pergerakkan murid di benarkan?

    Kelas : Murid-murid dibenarkan bergerak secara individu untuk keluar kelas sama 1

    Dinamik ada untuk ke tandas ataupun untuk lain-lain hal. Walau bagaimanapun,

    Kad keluar masuk kelas tidak dibekalkan kepada pelajar. Keadaan inimenyebabkan pelajar mengambil kesempatan untuk keluar berdua.

    Manakala hal hal yang berkaitan dengan waktu pengajaran dan

    pembelajaran, mereka di minta untuk bergerak secara berkumpulan,

    mengikut kumpulan yang telah di susun atur.

    Kelas : Murid murid di benarkan keluar dari kelas untuk ke tandas ataupun untuk 1

    Maju lain lain hal secara individu. Manakala, sewaktu waktu pengajaran danpembelajaran, mereka di benarkan untuk bergerak menulis di papan hitam

    secara individu ataupun berkembar bersama rakan semeja yang telah di

    susun atur.

    Soalan empat :

    Kenal pasti caramana murid di letakkan di dalam kumpulan.

    Kelas : Murid-murid di letakkan secara berkumpulan (berkembar empat ) 1

    Dinamik mengikut susunan guru kelas. Murid yang hyperaktif diletakkan

    berhampiran dengan meja guru manakala murid berkelakuan baik

    diletakkan ditempat yang difikirkan sesuai oleh guru kelas mereka.Murid yang kurang cerdik di letakkan di dalam kumpulan yang berada di

    hadapan papan hitam dan seterusnya di ikuti oleh kumpulan yang

    lebih pandai.

    Kelas : Murid-murid di letakkan secara berkembar dan susun atur mereka 1

    Maju berdasarkan kepada tahap kepintaran mereka di dalam menjawab

    peperiksaan yang diadakan. Murid yang bising akan diasingkan daripadarakan sebelah dan dipindahkan kepada rakan yang lain.

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    6/30

    Soalan Kelima :

    Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua dua kelas tersebut.

    Perbezaan yang terdapat untuk dua kelas tersebut boleh di rumuskan kepada beberapa perkaraseperti di bawah ini.

    1) Nama kelas :

    Nama kelas pertama di kenali sebagai kelas 1 Dinamik, manakala kelas kedua di kenali sebagai

    kelas 1 Maju.

    2) Bilangan murid :

    Bilangan murid di kelas Dinamik seramai 35 orang manakala bilangan murid di kelas Majuseramai 24 orang. Kelas Maju adalah kelas KIA 2M yang menempatkan murid-murid yang

    lemah membaca dan menulis.

    3) Susun atur meja

    Kelas Dinamik di susun atur secara berkembar empat di dalam satu kumpulan besar. Manakala

    Kelas Maju di susun secara berkembar dua, tidak berdasarkan kumpulan. Ini kerana kelas

    Dinamik antara kelas yang menempatkan murid-murid yang pintar dan tidak memberi masalah

    kepada guru untuk mengawal kelas. Berbeza dengan kelas Maju yang mana murid-muridnyakurang patuh arahan guru dan suka merayau sana sini.

    4 ) Keaktifan murid

    Murid di kelas Dinamik lebih berminat untuk belajar berbanding dengan kelas Maju. Manakala

    Kelas Maju lebih gemar berinteraksi sesama sendiri dan kurang memberi respon kepadapengajaran guru.

    Soalan keenam :

    Apakah yang membuatkan ianya berbeza.

    Faktor-faktor yang membuatkan ianya berbeza mungkin dapat di rumuskan melalui beberapaaspek. Diantaranya sebagaimana berikut :

    1) Faktor perbezaan nama adalah kerana perbezaan kepintaran murid di dalam kelas.Pelajar dikelas Dinamik di dapati lebih pintar berbanding dengan pelajar di kelas Maju.

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    7/30

    2) Sikap dan tingkah laku murid. Setiap orang berbeza disegi sikap dan tingkahlaku masing-

    masing. Sikap yang kurang baik menyebabkan cara pengurusan kelas mesti disesuaikan dengan

    keadaan mereka begitulah sebaliknya.

    Aktiviti 3

    Soalan pertama : Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah?

    Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat. Di sinilah di semai, dipupuk dan disuburkan

    ciri-ciri baik bagi pembentukan sikap dan peribadi juga pertumbuhan fizkal yang sempurna.

    Peraturan sekolah adalah undang-undang yang perlu bagi kesejahteraan individu dan masyarakat

    sekolah.

    Peraturan sekolah dapat di katakan juga sebagai disiplin. Peraturan sekolah dapat di lihat

    dalam beberapa perkara seperti mana berikut :-

    Peraturan sekolah

    1- Perhimpunan sekolah

    2- Pakaian seragam

    3- Rambut / kuku

    4- Tatatertib5- Masa rehat

    6- Kebersihan

    7- Bayaran khas / yuran sekolah

    8- Kehadiran9- Rawatan

    10-Langkah keselamatan

    11-Aktiviti kokurikulum12-Lawatan pelawat

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    8/30

    13-Kebakaran / kecemasan

    14-Ketua darjah / Pengawas

    15-Surat menyurat16-Kegiatan luar

    17-Budi pekerti / amalan

    18-Jenis jenis kesalahan

    Huraian kepada 18 perkara di atas

    Peraturan sekolah

    Peraturan sekolah diwujudkan berdasarkan kepada matlamat dan objektif tertentu.

    Antara matlamatnya ialah untuk memperbaki serta meningkatkan mutu dan prestasi pelajaranmurid dari semasa ke semasa. Seterusnya, untuk menambah dan memupuk minat dan semangat

    untuk belajar serta menambah ilmu pengetahuan di kalangan murid. Matlamat lain yang dapat di

    lihat ialah untuk melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggung jawab serta berdisiplin,bersatu padu, bersikap mulia, setia kepada Negara dan patuh kepada perintah agama. Dengan

    wujudnya masyarakat yang sebegitu, secara tidak langsung akan mempertingkatkan dan

    mengekalkan keyakinan masyarakat kepada sekolah. Malahan, guru-guru juga terikat kepada

    peraturan sekolah tersebut. Ini penting kerana guru adalah merupakan ikon kepada muri-muriddan guru juga adalah teladan kepada pelajar-pelajarnya.

    Itu adalah diantara matlamat diwujudkan peraturan sekolah, manakala objektifnya dapatdi rumuskan untuk meningkatkan prestasi murid-murid di dalam kurikulum, ko-kurikulum, mutu

    disiplin, melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan mewujudkan persekitaran sekolah yang

    bersih dan indah.

    Perkara pertama : Perhimpunan sekolah

    1.1 Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah.kehadiran semua guru dan pelajar adalahdiwajibkan.

    1.2 Hari perhimpunan adalah di tetapkan oleh pihak sekola iaitu pada mana mana hari persekolahan

    di dalam seminggu.1.3 Apabila mendengar isyarat loceng isyarat perhimpunan,murid-murid hendaklah berjalan segera

    ke tempat perhimpunan di dalam keadaan tenang dan tidak bising.

    1.4 Peraturan berbaris : murid yang rendah di hadapan dan murid yang tinggi di belakang.

    1.5 Murid-murid yang sampai sesudah loceng berbunyi (lewat) hendaklah berbaris di barisan yangpaling tepi.

    1.6 Muruid-murid hendaklah mendengar dan mematuhi arahan Ketua Murid atau penolongnya.

    1.7 Sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman yang disampaikan.

    1.8 Hormat kepada lagu Kebangsaan dengan keadaan berdiri tegak.

    Perkara kedua :Pakaian seragam sekolah

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    9/30

    2. Untuk pakain seragam.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu untuk lelaki dan

    perempuan.

    Murid lelaki

    2.1.1 Seluar pendek / panjang berwarna biru gelap2.1.2 Baju kemeja putih berkolar lengan pendek yang di pakai dengan sempurna dan mengikutperaturan sekolah.

    2.1.3 Kasut berwarna putih (bukan kasut kulit) dan sarung kaki putih.Sekiranya bertali pinggang,

    hendaklah berwarna gelap dan tidak berkepala besar dan tidak berhias.2.1.4 Baju dalam putih dan baju PJ sekolah sahaja di benarkan.

    Murid perempuan

    2.1.5 Murid Islam di galakkan memakai baju kurung warna putih dan kain sarung warna biru tua.

    Mini telekung dengan anak tudung warna putih. Murid yang bukan beragama Islam dikecualikan.

    2.1.6 Kasut dan stoking adalah sama dengan pelajar lelaki.

    2.1.7 Dilarang memakai alat solek dan barang barang kemas ke sekolah.

    2.2 Pakaian pendidikan Jasmani

    2.2.1 Baju putih T dan seluar trek berwarna biru tua atau hitam.

    2.3 Lencana sekolah

    2.3.1 Murid murid dimestikan memakai lencana sekolah dan tanda nama (name tag) sama ada harihari persekolahan biasa atau semasa menertai aktiviti lawatan kokurikulum.

    Perkara ketiga : Rambut dan kuku

    3.1 murid lelaki tidak boleh berambut panjang iaitu rambut tidak boleh mencecah kolar baju atau

    cuping telinga3.2 rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah di dandan atau pun di ikat

    dengan kemas mengunakan reben warna biru tua.

    3.3 Rambut hendaklah bersih dan di sikat dengan kemas.

    3.4 Murid di larang menyimpan kuku panjang.3.5 Murid-murid juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung dengan syarat tudung itu

    berbentuk tiga segi dua sama dan tudung / mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai

    dengan muridmurid yang memakainya. Murid murid lelaki juga di benarkan memakai sogkok

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    10/30

    berwarna hitam. Adalah berdasarkan surat pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia

    Bil.4/1976 bertarikh 10 Mac 1976.

    Perkara ke empat : Tatatertib

    4.1 Di kelas

    4.1.1 Semua murid di kehendaki berada di kelas pada setiap masa didalam keadaan senyap dan

    bersopan santun.

    4.1.2 Murid-murid tidak di benarkan meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru.4.1.3 Sentiasa menjalankan tugas yang dipertanggung jawabkan seperti menjaga kebersihan dan

    kekemasan bilik.

    4.1.4 Tidak dibenarkan makan ataupun minum di dalam kelas.

    4.1.5 Sentiasa menjaga dan tidak merosakkan peralatan di dalam kelas.4.1.6 Sekiranya di perlukan, alat-alat elektrik boleh dipasang dan mesti ditutup sebelum meninggalkan

    kelas.

    4.1.7

    Murid-murid hendaklah sentiasa bersedia untuk belajar sebagaimana jadual yang ditetapkan.4.1.8 Murid-murid dikehendaki beratus di luar kelas pada waktu pagi iaitu sebelum kelas bermula dan

    pada waktu selepas rehat. (sebelum masuk ke kelas)

    4.2 Dalam kawasan sekolah

    4.2.1 murid murid tidak di benarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar /

    Wakilnya.4.2.2 Tidak dibenarkan berlari / bising atau meronda di kawasan sekolah.

    4.2.3 Sentiasa membuat barisan dan berjalan dalam keadaan senyap ketika masuk dan keluar kelas

    terutama masa ke tempat perhimpunan dan waktu pulang.

    4.2.4 Dilarang menghampiri atau masuk ke Bilik Guru Besar, pejabat, bilik guru, bilik cetak, tandasguru, bilik alatan, setor sukan, bilik mesyuarat, bilik buku teks dan lain-lain kecuali mendapat

    kebenaran guru.

    4.3 harta benda sekolah

    4.3.1 Setiap orang murid hendaklah bertanggung jawab menjaga harta benda sekolah seperti kerusi,meja, papan kenyataan, peralatan dan lain lain. Sebarang kecurian, kerosakan, kekotoran dan

    sebagainya hendaklah di laporkan segera kepada guru kelas ataupun guru bertugas. Mereka yang

    terlibat boleh di denda atau diminta ganti rugi yang sepatutnya.

    4.4 Buku Teks / SPBT

    4.4.1 Buku teks yang di pinjam hendaklah dijaga dengan cermat dan disampul dengan plastic supaya

    tidak rosak atau hilang. Buku yang rosak atau hilang mestilah diganti atau di bayar mengikutharganya.

    4.4.2 Pelajar tidak di benarkan meninggalkan buku teks di sekolah.

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    11/30

    4.5 Alatan Sukan.

    4.5.1 Mengambil, menggunakan alatan pendidikan Jasmani/permainan/sukan mestilah mendapatkebenaran guru yang berkenaan.

    4.5.2 Alatan yang rosak atau hilang semasa menggunakannya adalah menjadi tanggung jawab mereka

    yang berkenaan.4.5.3 Menyimpan semula peralatan yang digunakan di dalam setor dalam keadaan yang baik.

    4.6 Pusat Sumber Sekolah.

    4.6.1 Pinjaman / Pemulangan buku buku perpustakaan hendaklah mengikut peraturan yang di berikan.

    4.6.2 Murid-murid dikehendaki berpakaian kemas dan lengkap. Murid-murid hendaklah sentiasa

    senyap supaya tidak mengganggu pelajar-pelajar lain.

    5. Masa Rehat

    5.1 Murid dikehendaki membeli makanan di kantin bukannya di kedai kedai-kedai luar / daripada

    penjaja.

    5.2 Mengamalkan doa sebelum makan.

    5.3 Murid-murid tidak dibenarkan berada di kelas semasa rehat kecuali dengan kebenaran guru.5.4 Murid-murid bertaggun jawab menjaga kebersihan kantin. Sampah sarap dan sisa makanan

    hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang di sediakan.

    5.5 Berhenti makan atau minum setelah loceng rehat di bunyikan.5.6 Bekas-bekas makanan seperti pinggang mangkuk dan gelas hendaklah di kumpulkan di tempat

    yang telah di sediakan.

    6. Kebersihan

    6.1 Kebersihan bilik darjah adalah tanggung jawab kelas masing masing.

    6.2 Sampah hendaklah di buang ke dalam tong yang di sediakan.6.3 Tidak di benarkan menconteng atau mengotori mana mana dinding sekolah.

    6.4 Tandas hendaklah di gunakan sebaik baiknya.

    6.5 Segera menutup paip air setelah di gunakan.6.6 Tidak dibenarkan mencuci kaki dan memasukkan lebihan makanan kedalam singki tandas.

    6.7 Tidak dibenarkan meludah di merata rata tempat.

    7. Bayaran khas / Yuran sekolah

    7.1 Bayaran yang dikenakan hendaklah dijelaskan dalam minggu pertama persekolahan semester

    pertama. Sijil berhenti sekolah atau keputusan-keputusan peperiksaan tidak akan di keluarkan

    kepada murid yang gagal menjelaskannya.7.2 Bayaran hendaklah di buat melalui guru kelas masing masing. Resit akan dikeluarkan dan

    hendaklah di simpan sebagai bukti pembayaran.

    8. Kehadiran

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    12/30

    8.1 Murid-murid mesti hadir ke sekolah setiap hari persekolahan kecuali sakit. Surat Akuan Doktor

    / Ibu Bapa / Penjaga hendaklah di hantar kepada pihak sekolah untuk di rekodkan.8.2 Murid-murid dikehendak berada di sekolah sekurang kurangnya sepuluh minit sebelum loceng

    pertama dibunyikan.

    8.3 Murid-murid yang hadir lewat akan ditulis nama mereka di dalam Buku Rekod kehadiran Lewatoleh pengawas yang bertugas. Jika tiga kali, mengikut catatan rekod tersebut, satu surat akan dihantar kepada penjaga untuk memberitahu perkara tersebut sebelum tindakan seterusnya diambil.

    8.4 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah di kira sebagai ponteng. Jikatidak hadir tiga hari

    berturut-turut pihak sekolah akan mengeluarkan surat peringatan kepada penjaga. Setelah 3 kalisurat peringatan di hantar, tetapi masih juga tidak hadir ke sekolah.Murid berkenaan boleh di

    singkirkan / di buang sekolah.

    8.5 Jika murid terpaksa pulang lebih awal dari waktu biasa oleh sebab-sebab tertentu, hendaklah

    terlebih dahulu mendapat kebenaran Guru Besar / Wakilnya dan di rekodkan ke dalam bukuyang di sediakn di pejabat sekolah.

    9. Surat rawatan

    9.1 Murid-murid yang perlukan rawatan doktor bolehlah mendapatkan surat rawatan yang di

    sediakan di sekolah.

    9.2 Murid yang perlu rawatan kecemasan semasa belajar mesti mendapat kebenaran daripada GuruBesar / Guru Penolong Kanan.

    10. Langkah keselamatan

    10.1 Murid-murid dilarang membawa pisau / benda merbahaya / alat permaianan ke sekolah.

    10.2 Letakkan basikal di tempat yang di sediakan dan di kunci.

    10.3 Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan. Murid-murid tidak boleh berada atau bermaiandi kawasan tersebut.

    10.4 Murid-murid di larang berbasikal di kawasan sekolah.

    10.5 Murid-murid yang menaiki kenderaan seperti bas sekolah atau van hendaklah beratur mengikutperaturan.

    10.6 Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berhati-hati ketika di jalan raya.

    10.7 Murid-murid mesti beratur semasa hendak pulang selepas loceng akhir dari bilik darjah hinggake pintu pagar sekolah.Tidak dibenarkan memecahkan barisan sama sekali.

    10.8 Murid-murid mesti menjaga hak sendiri seperti wang, peralatan sekolah supaya tidak hilang.

    10.9 Tidak dibenarkan memakai sebarang jenis barang kemas yang berharga pada bila bila masa

    persekolahan.10.10 Jika kehilangan sesuatu barang berharga, hendaklah segera di beritahu kepada guru dan jika

    terjumpa barang barang bukan milik sendiri hendaklah di serahkan kepada guru.

    11. Kegiatan aktiviti ko-kurikulum

    11.1 Setiap murid tahun 4,5 dan 6 di mestikan menyertai ketiga-tiga aktiviti berikut :-

    1) Persatuan / Kelab2) Pakaian seragam

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    13/30

    3) Permaianan

    11.2 kehadiran di wajibkan setiap kali di adakan aktiviti dengan berpakaian lengkap dan kemas.11.3 Selipar dan baju T yang pelbaga tidak di benarkan

    11.4 Sekiranya tidak hadir 3 kali berturut turut tanpa sebab, tindakan disiplin akan di kenakan.

    12. Lawatan Pelawat

    12.1 Murid-murid di kehendaki menghormati mana mana pelawat yang hadir ke sekolah

    12.2 Segera membuat laporan kepada guru jika di syaki atau melihat watak yang mencurigakanmasuk ke kawasan sekolah.

    31. Latihan kebakaran / kecemasan

    13.1 Murid-murid dikehendaki mematuhi segala arahan dan peraturan semasa latihan kecemasan di

    jalankan.

    14. Ketua darjah / Pegawas

    14.1 Memakai tali leher dan lencana jawatan pada setiap masa, berkeadaan kemas dan sentiasa rapi.

    14.2 Bertanggungjawab terhadap segala tugas yang diserahkan.14.3 Sentiasa memberi kerjasama kepada guru-guru dan kakitangan sekolah apabila diperlukan.

    14.4 Sentiasa peka dan bertangung jawab agar dihormati dan di patuhi oleh murid-murid lain.

    15. Surat menyurat

    15.1 Surat yang di kirim kepada murid sekolah ini melalui alamat sekolah akan ditapis oleh Guru

    Besar atau Wakilnya15.2 Sekiranya terdapat surat yang isinya menyeleweng dan tidak secucuk dengan taraf sebagai

    pelajar, tindakan akan diambil

    16. Kegiatan luar.

    16.1 Murid-murd dilarang menyertai atau melibatkan diri dalam kegiatan luar yang tiada kaitandengan aktiviti sekolah keuali mendapat kebenaran bertulis daripada guru / ibubapa / penjaga.

    17. Budi pekerti / tingkah laku /kelakuan yang patut diamalkan.

    17.1 Murid-murid hendaklah sentiasa patuhi segala arahan / pesanan nasihat dan amalan yang

    diberikan oleh guru.

    17.2 Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku yang baik disekolah dan di luar sekolah.

    17.3 Bersopan santun semasa bercakap / berbicara dengan guru / kakitangan sekolah / kawan kawan.17.4 Sentiasa menghormati lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah serta bendera

    Negara dan Negeri.

    17.5 Sentiasa berhasrat ingin menjaga nama baik sekolah.17.6 Sentiasa memberi ucapan salam apabila bertemu dengan guru-guru ataupun orang lebih tua.

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    14/30

    18. J enis-jenis kesalahan

    18.1 Tingkah laku jenayah

    18.1.1 Berjudi18.1.2 Mencuri18.1.3 Melawan, mengancam, memukul, mencederakan guru, kakitangan sekolah, pengawas, ketua

    kelas dan murid-murid lain.

    18.1.4 Memeras ugut / membuli18.1.5 Membawa senjata tajam

    18.1.6 Mencabul kehormatan

    18.1.7 Menceroboh bilik khas, kedai buku, pejabat dan surau sekolah.

    18.1.8 Menunjuk perasaan dan mengganggu ketenteraman awam.18.1.9 Bertaruh / unsur-unsur judi.

    18.2 Tingkah laku lucah

    18.2.1 Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah

    18.2.2 Mengeluarkan kata-kata / perbuatan lucah18.2.3 Melukis gambar / menulis kata-kata dan gambar lucah.

    18.2.4 Menulis dan menerima surat cinta.

    18.3 Tingkah laku tidak mementingkan masa

    18.3.1 Berkeliaran di kawasan sekolah

    18.3.2 Hadir lewat ke sekolah18.3.3 Lewat ke perhimpunan.

    18.4 Tingkah laku kurang sopan dan biadab

    18.4.1 Berkelakuan kasar terhadap guru.

    18.4.2 Berkelakuan kasar terhadap Pengawas / Ketua kelas18.4.3 Berkelakuan kasar terhadap murid lain /rakan

    18.4.4 Berbahasa kesat

    18.4.5 Menyimpan / menghisap rokok

    18.4.6 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran18.4.7 Tidak menghormati guru

    18.4.8 Tidak menghrmati pengawas / ketua kelas

    18.4.9 Tidak menghormati bulan puasa, makan dan minum di khalayak ramai.

    18.5 Tingkah laku tidak jujur / Menipu

    18.5.1 Ponteng sekolah / kelas /perhimpunan.18.5.2 Penipuan yang melibatkan kepercayaan

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    15/30

    18.5.3 Penipuan yang melibatkan harta benda / barangan.

    18.6 Ponteng

    18.6.1 Ponteng sekolah / kelas / perhimpunan.

    18.6.2 Ponteng kegiatan kokurikulum.18.6.3 Ponteng ujian / peperiksaan

    ua : Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan tersebut?

    Di Sekolah Kebangsaan Subang, murid-murid di dedahkan dengan peraturan-peraturan sekolahpada setiap masa. Antara cara yang dapat dilihat melalui pemerhatian yang di buat ialah :-

    a) Buku peraturan sekolah

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    16/30

    Buku ini merakam semua peraturan yang terdapat di sekolah dan ianya di edarkan kepada semua

    murid dan mereka wajib memilikinya.

    b) Pengumuman di perhimpunan.

    Apabila wujud sebarang perkara yang melibatkan peraturan sekolah, ianya akan di umumkan diperhimpunan mingguan untuk pengetahuan semua pelajar.

    c) Pemberitahuan kepada mereka yang di hukum.

    Sebelum mana-mana pelajar di hukum, akan di beritahu terlebih dahulu tentang kesalahan yang

    di lakukan dan ini juga salah satu daripada cara yang digunakan supaya murid tahu tentang

    peraturan-peraturan tersebut.

    Soalan ketiga : Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah ?

    Masalah disiplin adalah tanggung jawab bersama semua warga sekolah. Guru disiplin hanyalah

    orang yang bertanggung jawab menguruskan perkara ini dengan cara yang lebih teratur. Perkara

    ini boleh dilihat secara lebih jelas lagi dengan lukisan gambar rajah di bawah.

    Kesalahan

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    17/30

    Maklumat dari

    ketua Darjah/ Pengawas

    Maklumat dari

    Guru / Guru bertugas

    Penyelesaian

    Selesai(Di rekodkan)

    Kes pertama( Hukuman)

    Selesai(Di rekodkan)

    Selesai

    (Di rekodkan)Kes Kedua

    Penjaga di Panggil

    Selesai

    (Di rekodkan)

    Kes ketigaUntuk kes ketiga bagi pelajar yang sama.Biasanya pelajar ini

    digantung sekolah ataupun di buang sekolah.

    Berdasar kepada gambar rajah di atas, dapatlah di jelaskan bahawa setiap kesalahan akan di

    laporkan oleh dua pihak iaitu pelajar (Pengawas / Ketua Kelas) dan Guru. Pekara ini akan di

    bawa kepada guru disiplin. Di peringkat guru disiplin ini penyelesaian terhadap masalah disiplin

    akan di buat. Bagi kes pertama pelajar ini akan di beri peringatan hukuman yang setimpal dengankesalahan. Sebagai contoh, untuk kesalahan bergaduh, murid akan di beri amaran dan di kenakan

    hukuman sekali rotan. Manakala untuk kesalahan yang kedua, pihak penjaga akan di panggil

    untuk membuat perbincangan dengan pihak sekolah dan jalan penyelesaian untuk permasalahan

    ini akan buat. Bagi kesalahan yang berlarutan sehingga ke peringkat yang ketiga. Pihak sekolahakan mengambil tindakan terhadap pelajar tersebut, sama ada dengan menggantung persekolahan

    pelajar terbabit ataupun mengenakan hukuman buang sekolah.

    Aktiviti 4 ( Berkaitan dengan aktiviti 5):

    Pengurusan Bilik Darjah

    Pengajaran yang dibuat pemerhatian: 1 Dinamik ( Jawi ) dan 1 Maju (Bahasa Melayu)

    Umur murid: 7 tahun

    1) Bagaimanakah murid memberi tumpuan?

    Murid pintar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang di ajar.

    Murid memfokuskan perhatian kepada alat bantuan mengajar.

    Guru Disiplin

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    18/30

    Murid yang lemah tidak berminat .

    2) Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan?

    Setiap soalan yang ditanya guru dijawab dengan baik.

    Murid-murid aktif menjawab soalan.

    Murid bertanya guru perkara yang tidak difahami.

    3) Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran?

    Guru meminta murid memberi tumpuan kepada apa yang diajar.

    Penerangan berkaitan topik dijelaskan sehingga pelajar faham.

    Guru mengulang-mengulang apa yang di rasakan penting.

    4) Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan.

    Bentuk arahan yang diberi adalah jelas kerana menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas

    Arahan yang diberi oleh guru jelas, ini kerana murid-murid dapat memahami arahan dan

    melaksanakannya dengan baik.

    Arahan yang di berikan adalah jelas dan tidak bertindih. Ini untuk memudahkan murid-murid

    menyelesaikan gerak kerja yang diberikan.

    5) Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan efektif?

    Arahan yang diberikan oleh guru ringkas tetapi disertai dengan kata-kata motivasi.

    Guru menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid

    Guru mengulangi arahan yang diberi sehingga pelajar faham.

    6) Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan semasa murid telah

    siap tugasan / tidak ada tugasan?

    Sentiasa beri nasihat atau teguran yang berguna dan bertegas apabila perlu.

    Meminta murid jangan bercakap dan menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran

    berlangsung.

    Meminta murid mengangkat tangan dan berdiri apabila hendak menjawab soalan yang diberi

    oleh guru.

    Memberikan motivasi kepada murid supaya belajar bersungguh-sungguh.

    7) Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain?

    Sebelum berpindah ke aktiviti lain, guru pastikan murid betul-betul faham apa yang diajar

    Guru menegaskan bahawa dia akan beralih kepada aktiviti lain.

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    19/30

    Guru memberi ruang kepada murid untuk menyedari perubahan dari satu aktiviti kepada aktiviti

    lain..

    8) Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan yang diberi?

    Sebelum memberi tugasan, guru pastikan murid benar-benar faham apa yang dipelajari.

    Guru membekalkan lembaran kerja kepada murid bersama contoh jawapan.

    Guru memberikan galakan dan motivasi supaya murid menyiapkan tugasan yang diberi.

    9) Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya?

    Guru mengulangi apa yang di ajar dalam bentuk rumusan.

    Guru memberikan sedikit komentar atau refleksi tentang apa yang telah dipelajari supaya dapat

    di gunakan di dalam kehidupan seharian

    Murid bangun dan mengucapkan terima kasih.

    b) Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran

    Aktiviti 5:

    Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar

    1) Penggunaan soalan

    Soalan yang digunakan adalah jelas dan ringkas. Murid dapat memahami apa yang di

    kehendaki oleh guru.

    Terdapat juga soalan yang di berikan oleh guru memerlukan sedikit kreativiti pelajar

    untuk berfikir. Sebagai contoh, apabila guru menggunakan perkataan baru yang tidak

    biasa digunakan didalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    2) Memberi penerangan

    Penggunaan ayat yang mudah dan ringkas semasa memberi penerangan.

    Guru mengulangi bahagian yang tidak difahami oleh murid.

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    20/30

    Guru memberi penekanan yang lebih kepada bahagian yang penting.

    3) Pergerakan penyampaian dalam pengajaran

    Di mulakan dengan latar belakang tajuk yang ingin di sampaikan.

    Pengajaran di mulakan dengan proses mendengar perkataan. Perkataan yang di

    maksudkan ialah perkataan yang ada di dalam tajuk yang akan di perbincangkan.

    Pergerakkan seterusnya ialah bertutur. Pelajar di kehendaki menyebut apa yang di sebut

    oleh guru.

    Seterusnya pelajar di kehendaki membaca perkataan yang telah di dengar dan di tuturkan.

    yang tertera di papan hitam

    Seterusnya, pelajar di kehendaki menulis apa yang telah didengar, dituturkan dan dibaca.

    4) Penggunaan alatan

    Guru Bahasa Melayu menggunakan papan putih, kad bantuan mengajar dan buku

    panduan guru sebagai rujukan ketika mengajar dalam kelas.

    Guru Jawi menggunakan Papan hitam semasa pengajaran.

    5) Respons kepada kerja murid

    Guru memperbetulkan kesalahan kerja yang di buat oleh murid.

    memberi komen yang membina terhadap hasil kerja yang tidak sempurna.

    Murid yang dapat menyelesaikan kerja dengan baik di beri pujian sebagai galakan dan

    seterusnya menjadi motivasi untuk murid tersebut meneruskan usahanya.

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    21/30

    6) Penggunaan suara dan eye contact

    Nada suara guru berbeza-beza mengikut keadaan. Menjadi tegas apabila ingin

    menyatakan perkara penting seperti tajuk dan isi penting. Manakala menjadi lembut

    apabila memberi penerangan kepada murid secara individu.

    wujud eye contact antara guru dan murid. Perkara ini adalah untuk memastikan murid

    menumpukan perhatian kepada apa yang di ajar.

    7) Pergerakan badan

    Guru banyak berdiri untuk memudahkan proses mengajar

    Guru menggunakan lenggok badan yang sesuai apabila menceritakan ataupun

    menegaskan sesuatu.

    Aktiviti 6

    Hasil daripada pemerhatian anda, terangkan dengan ringkas apakah kekuatan dan kelemahan,

    persamaan dan kelainan yang terdapat dalam dua situasi tersebut. Nyatakan apa yang andapelajari daripadanya.

    J awapan

    Kekuatan pengajaran dan pembelajaran kelas Jawi 1 Dinamik1. pelajar menumpukan kepada topik pengajaran. Terdapat suasana yang hidup walaupun

    kemudahan BBM terhad. Ini kerana murid- murid terdiri daripada pelajar yang pintar dan

    mendapat suntikan motivasi dan cara psikologi yang berkesan daripada guru yang mengajar

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    22/30

    Kekuatan pengajaran dan pembelajaran kelas Bahasa Melayu 1 Maju

    1. penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat mengajak murid-murid supaya memberi

    penumpuan kepada topik pelajaran.2. keadaan ini menjadikan suasana P & P ceria dan menyeronokkan. Bagi murid-murid yang

    lemah, penggunaan BBM ini amat diperlukan dalam proses pengajaran.

    Kelemahan pengajaran dan pembelajaran kelas Jawi 1 Dinamik

    1. tiada penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik pelajaran.

    2. jumlah pelajar yang ramai menyebabkan ada yang mengambil kesempatan berbual-bual danberjalan tanpa pengetahuan guru.

    Kelemahan pengajaran dan pembelajaran kelas Bahasa Melayu 1 Maju1. Cara penyampaian guru kurang cekap. Menggunakan bahasa yang tinggi dan sukar difahami

    oleh murid darjah satu.

    2. kawalan kelas lemah. Murid cuba mengambil kesempatan daripada kelemahan ini dengan

    berjalan dan membuat bising. Ini kerana kelas ini terdiri daripada murid yang paling lemah

    dalam pelajaran.

    Saya dapat mempelajari bahawa proses P & P yang baik ialah berpunca daripada guru itusendiri. Guru mesti bijak menguasai psikolgi murid-murid. Cara penyampaian P & P kepada

    tahap kepandaian murid juga mesti berbeza. Murid yang lemah amat lembab lambatpenerimaannya. Berbeza dengan murid yang pintar, penerimaannya cepat sekali.

    Walaubagaimanapun, BBM adalah suatu unsur yang amat dalam P & P. Ia dapat membantu

    murid-murid menguasai topik pengajaran dengan cepat dan mendalam. BBM mesti disediakansesuai dengan tahap kepandaian murid masing-masing. Gabungan kedua-dua unsur ini, akan

    menjadikan P & P berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

    KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERALATAN

    Kemudahan yang disediakan:

    1. pusat sumber2. bilik bimbingan dan kaunseling3. bilik rawatan4. pejabat sekolah

    5. stor6. bilik pendidikan moral7. bilik muzik8. kelas pemulihan9. kelas j-QAF10.kantin11.bilik tayangan12.makmal komputer

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    23/30

    13.surau14.bilik bahan bantuan mengajar15.bilik buku teks sekolah16.bilik alatan ko-kurikulum17.koperasi sekolah

    18.makmal sains19.bengkel kemahiran hidup20.kelas pra sekolah21.bilik mesyuarat22.bilik guru

    Peralatan yang disediakan:

    1. PA sistem2. Komputer3. printer hitam putih4. projektor overhead5. papan tayang putih (setiap bilik darjah dipasang di bahagian atas papan hitam) dan

    peralatan multimedia (setiap bilik darjah dibekalkan satu unit)

    sepanjang pelatih berada di sini, tidak ada seorang pun guru yang menggunakankemudahan ini. Alasannya peralatan tersebut cerewet dan merugikan masa.

    Hakikatnya, kerajaan telah banyak berbelanja menyediakan kelengkapan

    peralatan multimedia ini untuk setiap bilik darjah. Alangkah ruginya jika tidak

    dimanfaat sebaiknya oleh para guru.

    kemudahan yang masih diperlukan:

    1. padang kawasan sekolah terhad. Semua kawasan telah digunakan semaksima mungkin.

    Padang sekolah terpaksa digunakan untuk meletak kenderaan guru dan pelawat.

    Padang menjadi tidak terurus dan becak dengan air hujan. Dalam rancangan

    terkini plan pembangunan sekolah, kawasan padang akan didirikan bangunan baruyang lengkap dan canggih.

    2. dewan tertutup majlis rasmi dibuat di dewan terbuka. Dewan terbuka terdiri daripada beberapa

    kelas yang dibuka bersama ruang kosong sebelah bawah bangunan sekolah).

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    24/30

    Antara masalah yang dihadapi ialah perubahan cuaca yang tidak menentu akan

    mengganggu perjalanan sesuatu majlis.

    3. pencetak warna guru yang memerlukan pencetak warna terpaksa mengeluarkan perbelanjaan

    sendiri. Ilustrasi bewarna perlu untuk menceriakan proses pengajaran dan

    pembelajaran. Seeloknya disediakan sekurang-kurangnya seunit untuk kegunaanpara guru.

    4. mesin penyalin khusus untuk guru. Mesin penyalin hanya untuk kegunaan pejabat. Guru yang hendak membuat

    salinan fotokopi boleh mendapatkannya di koperasi sekolah dengan perbelanjaan

    sendiri.

    SOALAN:

    Apakah faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya

    mendorong murid untuk belajar dengan baik?

    1.0 PENDAHULUAN

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    25/30

    Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan

    kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru

    dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamatsekolah. Menurut Mok Soon Sang (1988), antara peranan guru yang penting ialah:

    Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajarandan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.

    Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha

    belajar secara individu atau berkumpulan.

    Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak

    penyusunan meja dan sebagainya.

    Sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar.

    Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagiankeluarga mereka.

    Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu

    mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma

    masyarakat. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada

    pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalamjiwa pelajar.

    1.1 Guru Sebagai PendidikGuru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk menguasai

    kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru

    sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang bergunadalam bidangnya.

    J. M Coopes (1988) berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu

    pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti:

    Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia

    Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkaninteraksi yang positif dalam pelbagai hala.

    Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar

    Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujudkan murid menjalankan aktiviti

    pembelajaran mereka

    Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan

    amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan

    pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan

    strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa

    berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan perubahan

    tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi itu

    perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    26/30

    baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu

    memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan

    semasa dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilaikemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa perubahan

    semasa. Tetapi persoalannya sekarang, mampukah sekolah menangani masalah sosial yang

    semakin mencabar ?.2.0 PERANAN SEKOLAHFungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan yang dianggap

    sebagai satu proses yang membolehkan seseorang manusia yang sanggup berfikiran kritikal dan

    mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran-kemahiran teknikal dankegiatan-kegiatan psikomotor. Oleh itu peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada

    mausia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran-

    kemahiran yang difikir sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan

    kehidupan-kehidupan seharian.Sekolah merupakan satu institusi masyarakat yang penting dalam mementingkan perhubungan

    dan perubahan tingkahlaku pelajar-pelajar mengikut arah dan kehendak masyarakat (Khadijah

    Haidi, 1994). Justeru itu sekolah perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupandan kebudayaan yang dianggap baik. Misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral

    seperti budi bahasa , sopan santun dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari di sekolah.

    Tidak ketinggalan juga sekolah mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mengetahui tentang

    bendera negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan. Bahkan guru bukan hanyamenyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi menanamkan sikap, nilai dan sahsiah yang

    sempurna, mematuhi peraturan masyarakat.

    1. Guru dan Isu Semasa

    Pada masa kini, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat perindustrian yang maju dalam

    teknologi telah mengalami perubahan sosial yang pesat (Mohd. Yusman Awang, 1996). Oleh itu

    guru di sekolah juga hendaklah memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat

    dalam semua bidang bagi mencapai kemajuan. Ini bermakna, pendidikan di sekolah perlumementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar mengikut arus

    pembaharuan semasa. Ini selaras dengan wawasan negara, yang mementingkan kemajuan

    teknologi maklumat supaya konsep pendidikan negara bercorak ke arah bercirikan teknologisecara saintifik. Dalam kata lain tanggungjawab guru ini menjadi semakin berat dan komplek

    kerana rakyat masa depan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dari segi

    pemikiran dengan nilai teknologi tinggi semata-mata, tetapi perlu diseimbangkan dengan nilaimoral dan etika yang murni. Persoalannnya sekarang , mampukan guru mengimbangkan

    teknologi maklumat, moral dan etika terhadap pelajar ?. Jika kita lihat untuk mengimbangi faktor

    ini sukar untuk dicapai. Selaras dengan kemajuan teknologi kini masalah keruntuhan moral

    pelajar semakin menjadi-jadi.Baru-baru ini di dalam akhbar tempatan turut menyuarakanpendapat dan rungutan ibu bapa mengenai masalah anak dan komputer. Menurut laporan Berita

    Harian (Oktober,1997) seorang bapa mengadu tingkahlaku anaknya berubah menjadi liar dan

    berperangai tidak senonoh berikutan dengan pertambahan pengetahuan dan maklumat dari

    internet yang tidak bertapis. Pelajar mudah mendapatkan sebarang maklumat sama ada sesuaiatau tidak dengan cara yang lebih mudahdi zaman kemajuan teknologi maklumat kini. Penerapan

    nilai murni dan ketahanan jiwa pelajar perlu disemai oleh guru sebagai pendidik di sekolah di

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    27/30

    samping ibu bapa di rumah. Sekiranya ia tercicir dari landasan untuk mencapai hasrat ini maka

    akan timbul masalah di kalangan pelajar seperti wujudnya pelbagai masalah yang menjurus

    mereka ke arah keruntuhan akhlak remaja masa kini. Sehubungan dengan itu guru perluberpaling kepada tugas-tugas yang lebih mencabar dan menguji kewibawaan guru tersebut di

    samping tugas utamanya sebagai penyampai ilmu pengetahuan. Pada pendapat kami,

    pengetahuan ilmu teknologi maklumat ini penting untuk generasi muda sebagai satu wadahuntuk mencapai kemajuan di masa hadapan. Tetapi pengetahuan ilmu ini perlu disekat dan diberisecara berperingkat. Misalnya bagi pelajar sekolah rendah pengetahuan mengenai internet tidak

    perlu lagi, bagi mengelakkan mereka daripada meneroka jauh di dalam bidang ini ke arah yang

    tidak sihat. Namun pengetahuan secara teori perlu diberikan supaya mereka tidak ketinggalan.Apabila pelajar ini telah melangkah ke sekolah menengah pengetahuan teknologi maklumat ini

    perlu diberi pendedahan secara keseluruhan kerana pada peringkat umur ini mereka sudah

    mampu berfikir untuk menentukan yang baik dan yang buruk. Walaupun pendedahan ini perlu,

    ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi tingkahlaku pelajar ini di rumah. Di sekolah masalah inimungkin sukar terjadi kerana ia dikawal sepenuhnya oleh guru. Masalah ini biasanya berlaku di

    rumah ketika bersendirian atau bersama rakan sebaya.

    2. Peranan Sekolah dan Masyarakat

    Sekolah merupakan institusi sosial yang melatih generasi muda supaya berilmu pengetahuan dan

    berakhlak mulia. Ini dapat dicapai sekiranya sekolah memberi perhatian yang bersungguh-

    sungguh bagi menangani gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat. Isunya sekarang,

    mampukan pihak sekolah dan masyarakat berindak seiring dalam menangani masalah sosial dikalangan pelajar ?. Dalam menangani masalah sosial pelajar ini semua pihak perlu merasa ini

    adalah tanggunjawab bersama. Pihak sekolah perlu memainkan peranannya manakala

    masyarakat dan ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dalam melaksanakantugas berat ini. Namun demikian, kebelakangan ini terdapat petanda peranan sekolah dalam

    menangani masalah akhlak dan moral terlalu lemah . Menurut Dr. Abdul Rahim Abd. Rashid

    (1997), ini disebabkan oleh kelemahan -kelemahan sekolah seperti hubungan interpersonal yang

    renggang, guru yang kurang bermotivasi dan berdedikasi, perasaan yang tidak berpuas hatiterhadap sekolah, hubungan guru dan murid yang tidak harmoni, kurang keperihatinan yang

    ditunjukkan oleh guru-guru terhadap masalah murid, tekanan sosial dan emosi yang tinggi yang

    dihadapi oleh murid di sekolah, kegagalan yang tinggi dihadapi oleh murid-murid disebabkanoleh ketidakcekapan sekolah dalam memenuhi kehendak murid, dan kekerapan berlakunya

    murid diabaikan di sekolah. Masalah sosial yang membabitkan murid sekolah semakin

    meningkat dan membimbangkan kerana sekolah yang merupakan institusi sosial semakinrenggang hubungannya dengan masyarakat setempat. Banyak masalah murid dan masalah

    masyarakat dengan sekolah khususnya yang bersabit dengan hal-hal personal murid dan hal

    pendidikan masyarakat setempat tidak dapat ditangani dengan berkesan oleh pihak sekolah.

    Menurut S. Subramaniam, Setiausaha Persatuan Perkhidmatan Pendidikan (Jun 1998)pengasingan sekolah daripada masyarakat semakin menjadi-jadi berikutan dengan tindakan yang

    diambil oleh pihak sekolah menguatkuasakan perintah dan amaran-amaran keras terhadap ibu

    bapa yang dianggap sebagai penceroboh.

    Hubungan yang terlalu formal yang dikuatkuasakan oleh pengetua atau guru besar di setengah-setengah sekolah menjadikan sekolah seolah-olah satu institusi sosial yang rigid. Ini

    menyebabkan banyak konflik dan masalah yang timbul di antara pihak sekolah, murid, ibu bapa

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    28/30

    dan masyarakat setempat tidak dapat diselesaikan dengan berkesan. Menurut Khairunnisa

    Sulaiman (1996) dalam banyak hal, masyarakat setempat tidak diajak bekerjasama dengan pihak

    sekolah bagi bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku sama ada di dalam sekolah mahupundi luar sekolah. Pihak sekolah ada kalanya bertindak sendirian sesuka hati tanpa melibatkan ibu

    bapa, khususnya yang menyentuh masalah yang ditimbulkan oleh murid di sekolah mahupun di

    luar sekolah.Pihak sekolah harus menyedari, masyarakat setempat adalah satu aset yang boleh dijadikan rakankongsi yang berkesan membantu pihak sekolah dalam menangani semua masalah yang berlaku ,

    khususnya membanteras masalah sosial dan jenayah di kalangan murid sekolah.

    Bagi mengatasi masalah ini, sekolah perlu mempunyai mekanisme pengawalan sosial yangberkesan bagi membolehkan ia mampu mengawal gejala-gejala buruk dan membanteras masalah

    sosial yang melibatkan pelajar sekolah. Peranan yang dimainkan oleh sekolah sebagai agen

    pengawalan sosial boleh dilakukan dengan pelbagai cara terutamanya bekerjasama dengan

    masyarakat setempat. Pihak sekolah dan masyarakat, khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) perlu duduk semeja membincangkan masalah sosial pelajar ini. Pengawalan dan tindakan

    yang dilakukan oleh sebelah pihak mungkin berjaya tetapi kurang berkesan. Pihak masyarakat

    juga perlu memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menangani masalahini. Setiap tindakan yang wajar seperti merotan atau denda ringan yang lain hendaklah dianggap

    sebagai hukuman untuk mendidik bukan sebagai dera.Salah faham ini juga menimbulkan

    konkfik dalam menangani masalah sosial pelajar.

    Dari masa ke semasa pelajar-pelajar perlu dilatih supaya lebih bertanggungjawab mematuhiperaturan dan undang-undang mengekalkan keamanan, menghormati orang lain, berperangai

    mulia dan tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk sebagaigaris panduan amalan

    dan tindakan. Disiplin adalah asas utama mekanisme pengawalan sosial di sekolah. Disiplinsekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan standard tingkahlaku yang mulia.

    Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru perlulah menunjukkan komitmen

    dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin.

    3. Sekolah dan Kaunseling

    Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan tidak berdiam

    diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk mengatasinya. Antaranya program

    penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap buah sekolah mengadakan unit kaunselinguntuk membantu pelajar yang bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato Seri Najib Tun

    Razak (1996), pada awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah

    sekolah di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa bagimenangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk masalah peribadi

    pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah pelajar.

    Namun persoalannya, mampukah program seumpama ini menangani atau sekurang-kurangnya

    mengurangi masalah pelajar dari sudut akademik, peribadi ataupun tingkahlaku pelajar ?. Jikadikaji dengan mendalam, unit kaunseling yang beroperasi di sekolah telah wujud sejak tahun

    1964 lagi, tetapi lebih dikenali sebagai perkhidmatan bimbingan kerjaya. Bimbingan kaunseling

    dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) pula mula dikenali dalam tahun 1980 an. Kewujudan PRS

    ini seolah-olah tidak memberi sebarang makna kerana peranannya agak kabur dan tidak ditonjolsepenuhnya. Kewujudannya seperti kelab dan persatuan ko-kurikulum yang lain di sesebuah

    sekolah. Buktinya, sehingga hari ini masih lagi terdapat pelajar-pelajar yang terbabit dengan

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    29/30

    pelbagai masalah sosial atau kes salah laku seperti kes juvana yang menyebabkan pihak polis

    terpaksa campur tangan terutamanya di sekolah yang terletak di kawasan-kawasan bandar.

    Berita-berita ini sering di dedahkan di dada-data akhbar. Menurut laporan yang dikeluarkan olehmajalah MASSA, Mac 1997, jumlah tangkapan pelajar dalam pelbagai salah laku meningkat

    iaitu pada tahun 1994 jumlah tangkapan 3247 pelajar, tahun 1995 jumlah tangkapan 4192 pelajar

    dan pada tahun 1996 jumlah tangkapan meningkat lagi dari tahun sebelumnya iaitu sebanyak4601 pelajar.Menurut Dr. Abd. Rahim Abd. Rashid (1997) berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak

    polis Bukit Aman Kuala Lumpur, jumlah tangkapan kes juvana mengikut pecahan umur 10 tahun

    hingga 18 tahun dari tahun 1993 hingga 1995 amat membimbangkan. Dalam tahun 1995,bilangan pelajar yang ditanggap kerana kes juvana sahaja dari umur 10 tahun hingga 18 tahun

    adalah seramai 4,192 orang. Ini belum lagi dicampur dengan jumlah pelajar yang terbabit dengan

    kesalahan tingkahlaku. Walaupun tidak semua tangkapan kes juvana melibatkan pelajar sekolah

    tetapi secara rambangnya tahap umur 10 tahun hingga 18 tahun melayakkan merekadikategorikan sebagai pelajar. Sekiranya mereka tidak terkandas dalam peperiksaan, dibuang

    sekolah atau malas belajar mereka masih di alam persekolahan.

    Menyedari hakikat inilah, Kementerian Pendidikan mengambil keputusan untuk mewujudkanperkhidmatan kaunselor sepenuh masa yang bersifat proaktif dan bertaraf profesional di setiap

    sekolah menengah secepat yang mungkin (Abdul Hamid, 1996).

    Sementera itu menurut kaunselor di Unit Kaunseling Universiti Sains Malaysia, Wan Mohd

    Khair Wan Chik berpendapat bahawa idea untuk mewujudkan kaunselor sepenuh masasepatutnya dilakukan sejak dulu lagi.

    Mewujudkan dua orang kaunselor di tiap-tiap buah sekolah amat dialu-alukan. Bagaimanapun,

    selain daripada menumpukan perhatian di dalam mewujudkan kaunselor di sekolah-sekolah,perkara penting yang perlu di beri perhatian ialah kemudahan untuk kaunselor menjalankan tugas

    mereka. Guru-guru perlu di beri kefahaman mengenai tugas kaunselor agar pihak guru dan

    kaunselor dapat bekerjasama antara satu sama lain.

    Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani masalah pelajar keranamereka dapat memberikan tuampuan sepenuhnya kepada pelajar. Sebelum ini guru biasa

    ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung. Beban tugas mengajar tidak dapat memberi

    peluang kepada guru untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah.Kehadiran kaunselor di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap

    permasalahan pelajar malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan dalam apa jua

    bidang yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.

    4. Sekolah dan Unit Disiplin

    Sejak kewujudan institusi persekolahan di negara ini, tiap-tiap buah sekolah sama ada sekolah

    menengah ataupun sekolah rendah perlu melantik seorang guru yang bertindak sebagai guru

    disiplin. Tugas guru disiplin ini adalah untuk memastikan tiap-tiap pelajar di sekolah tersebutmengikut undang-undang yang ditetapkan. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan kesalahan

    seperti salah laku pelajar iaitu datang lewat, tidak hadir ke sekolah, rambut panjang dan

    sebagainya sehinggalah kepada kesalahan yang berat seperti merokok dan menghisap dadah di

    bawah pemerhatian guru disiplin (Kamarrudin Jusoh,1997).Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan pelajar. Denda yang setimpal akan

    dikenakan sekiranya pelajar tersebut melakukan kesalahan. Isunya sekarang, adakah tugas guru

  • 7/29/2019 Contoh Tugasan Minggu Orientasi Sekolah

    30/30

    disiplin sekarang dihormati dan menjadi batu penghalang kepada pelajar untuk melakukan

    sesuatu kesalahan?. Kehadiran guru disiplin di sekolah seolah-olah tidak dihiraukan oleh pelajar

    hatta pihak sekolah sendiri (Rusil, 1997). Sekolah lebih memberi tumpuan untuk meningkatkanpencapaian akademik pelajar. Menurut Kamaruddin Jusoh, bekas guru disiplin, sesetengah

    sekolah sanggup untuk memperuntukan sejumlah wang ke arah kecemerlangan akademik dengan

    mengabaikan masalah-masalah displin pelajar. Pihak pentadbir akan mendabik dada sekiranyasekolahnya terdapat ramai pelajar mendapat A dalam peperiksaan ataupun 100% lulus dalampeperiksaan PMR, SPM dan STPM. Sekolah tidak mengambil kira nilai-nilai yang ditonjolkan

    oleh setiap pelajarnya asalkan matlamatnya tercapai iaitu mendapatkan sebanyak mungkin

    pelajar mendapat A.Menurut Kamarrudin (1997) masalah pelajar tidak menghormati guru disiplin semakin runcing

    apabila terdapat campurtangan ibu bapa yang lebih menyebelahi pelajar. Terdapat satu kes pada

    penghujung tahun 1996, seorang guru disiplin dihadap ke muka pengadilan kerana merotan

    seorang murid yang melakukan kesalahan disiplin. Apabila kes sebegini diajukan kepadapengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengarah Pendidikan Negeri dan Kementerian

    Pendidikan, jawapan yang diberikan, "sekiranya guru tersebut bersalah kita akan mengambil

    tindakan tatatertib dan jika perlu, guru tersebut akan dibuang dari perkhidmatannya". Seolah-olah di sini guru disiplin tidak dihiraukan di sekolah. Dengan demikian guru disiplin akan

    merasa tugas dan komitmen yang disumbangkan untuk mengawal disiplin dan salah laku pelajar

    adalah sia-sia dan tidak memberi kesan . Oleh itu unit displin di sekolah-sekolah sekarang ini

    tidak dapat menolong untuk membenteras gejala sosial dengan sewajarnya.