analisis kandungan kursus orientasi … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus...

24
ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI PENSYARAH- PENSYARAH BARU DAN KESANNYA TERHADAP PRESTASI KERJA SHARIF AH MARY AM BINTI WAN HASAN Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia) Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK 2011

Upload: trinhtruc

Post on 02-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI PENSYARAH­PENSYARAH BARU DAN KESANNYA TERHADAP PRESTASI KERJA

SHARIF AH MARY AM BINTI WAN HASAN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

(Pembangunan Sumber Manusia)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2011

Page 2: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin ucapkan syukur kepada Allah s.w.t di atas kekuatan dan rahmat yang telah dianugerahkan Nya kepada saya dalam menghadapi segal a cabaran dan kesulitan sepanjang tempoh pengajian khususnya dalam usaha menyiapkan projek ini. Dengan izin Nya Projek Tahun Akhir ini dapat disempurnakan seperti yang dikehendaki.

Penuh keikhlasan saya tujukan penghargaan ini kepada penyelia yang amat say a hormati Cik Agatha Lamentan Ak Muda, pensyarah yang banyak membantu say a dalam usaha menimba pengalaman melakukan kajian sepanjang tempoh pengajian saya di universiti. Usaha, sokongan dan perhatian penyelia saya ini terhadap hasil kerja saya amat saya hargai. Dengan bimbingan yang professional dari beliau, saya dapat mempeJajari ketelitian dalam melakukan kajian yang baik dan penuh ilmiah. Tidak dilupakan juga kepada seluruh tenaga pengajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia yang menjadi sumber inspirasi kepada seluruh pelajar. Keikhlasan dalam memberi kami ilmu pengetahuan amat kami hargai.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada institut perguruan yang telah terlibat dalam kajian ini dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Unit Latihan dan Kemajuan Staf, labatan Pelajaran Negeri Sarawak yang telah memberi saya kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Kerjasama daripada anda semua amat saya hargai.

Seterusnya penghargaan ini saya tujukan kepada ibu bapa dan keluarga di atas sokongan, doa dan perhatian yang sentiasa mengiringi perjuangan say a sebagai seorang pelajar. Sokongan dadpada ahli keluarga amat memotivasikan saya untuk melakukan yang terbaik dalam menjalankan amanat sebagai seorang pelajar. Kepada kedua ibu bapa say a, saya amat menghargai segala sokongan dan doa yang kalian telah berikan selama ini.

Akhir sekali tidak lupa juga kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang perlaksanaan projek ini, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua.

III

Page 3: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

JADUAL KANDUNGAN

Muka Surat Penghargaan iii Kandungan iv Senarai Jadual vii Senarai Rajah viii Ahstrak ix Abstract x

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Kajian 2 1.2 Pernyataan Masalah 4 1.3 Objektif Kaj ian 5

1.3.1 Objektif Umum 5 1.3.2 Objektif Khusus 5

1.4 Soalan Kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 6

1.5.1 Teori 6 1.5.2 Amalan 7 1.5.3 Metodologi 7 1.5.4 Penyelidik 7

1.6 Batasan Kajian 8 1.7 Definisi Istilah 9

1.7.1 Analisis Keperluan Latihan 9 1.7.2 Analisis Kandungan 10 1.7.3 Prestasi Kerja 11

1.8 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan 13 2.1 Latihan 13 2.2 Analisis Keperluan Latihan 16 2.3 Analisis Kandungan 19 2.4 Prestasi Kerja 20 2.5 Kajian-Kajian Lepas 21 2.6 Teori 24

2.6.1 Teori Kehendak McClelland 24 2.6.2 Teori Generalisasi Stimuli 25

2.7 Kesimpulan 26

iv

Page 4: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

BAB 3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan 27 3.1 Reka Bentuk Kajian 27 3.2 Kaedah Persampelan Kajian 28 3.3 fnstrumen Kajian 28 3.4 Kajian Rintis 30 3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 31 3.6 Etika Penyelidikan 32 3.7 Kaedah Pengumpulan Data 34 3.8 Kaedah Analisa Data 37 3.9 Kesimpulan 38

BAB 4 ANALISA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan 39 4.1 Data-Data Demografi 40

4.1.1 Latar Belakang Responden 40 4.2 Dapatan Kajian 42

4.2.1 lsi Kandungan Kursus Orientasi yang Diperlukan oleh Pensyarah Baru dan Kesannya Terhadap Prestasi Kerja 42 4.2.1.1 Definisi Prestasi Kerja 42 4.2.1.2 Cara-Cara Meningkatkan Prestasi Kerja 44 4.2.1.3 lsi Kandungan Kursus Orientasi yang

Diperlukan 49 4.2.1.4 Sebab lsi Kandungan Kursus Orientasi yang

Penting Diperlukan 50 4.2.2 Keberkesanan Perlaksanaan Kursus Orientasi

Terhadap Pensyarah Baru 54 4.2.2.1 Keperluan 55 4.2.2.2 Kesan 58

4.2.3 Mengenalpasti Modifikasi yang Seharusnya Dilakukan Terhadap Kursus Orientasi yang Sedia Ada 60

4.3 Rumusan Tentang Persamaan dan Perbezaan Pendapat Responden Dalam Ketiga-Tiga Aspek Dalam Kajian 69 4.3.1 lsi Kandungan Kursus Orientasi yang Diperlukan oleh

Pensyarah Baru dan Kesannya Terhadap Prestasi Kerja 69 4.3.1.1 Definisi Prestasi Kerja 69 4.3.1.2 Cara-Cara Meningkatkan Prestasi Kerja 70 4.3.1.3 lsi Kandungan Kursus Orientasi yang Diperlukan 71 4.3.1.4 Sebab lsi Kandungan Kursus Orientasi Diperlukan 73

4.3.2 Keberkesanan Perlaksanaan Kursus Orientasi Terhadap Pensyarah Baru 74

4.3.3 Modifikasi yang Seharusnya Dilakukan Terhadap Kursus Orientasi yang Sedia Ada 77

4.4 Perbincangan 80

v

Page 5: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

4.4.1 lsi Kandungan Kursus Orientasi yang Diperlukan oleh Pensyarah Baru dan Kesannya Terhadap Prestasi Kerja 80

4.4.2 Keberkesanan Perlaksanaan Kursus Orientasi T erhadap Pensyarah Baru 80

4.4.3 Modifikasi yang Seharusnya Dilakukan Terhadap Kursus Orientasi yang Sedia Ada 82

4.5 Kesimpulan 83

BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 84 5.1 Rumusan 84 5.2 Implikasi Kajian 86

5.2.1 Implikasi Kajian Kepada Institut Perguruan 86 5.2.2 Implikasi Kajian Kepada Pengamal Sumber Manusia 86 5.2.3 Implikasi Kajian Kepada Pengkaji Akan Datang 87

5.3 Cadangan 87 5.3.1 Cadangan Kepada Institut Perguruan 87 5.3.2 Cadangan Kepada Pengamal Sumber Manusia 87 5.3.3 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 88

5.4

Lampiran B:

Lampiran C: Transkrip Temu Bual dan Interpretasi Data 110

Kesimpulan

RUJUKAN

LAMPIRAN

Lampiran A:

88

89

Soalan Kajian (Temu Bual) 93

Borang-Borang Persetujuan dan Surat-Surat Kebenaran Kepada Organisasi serta Surat-Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada labatan Pendidikan 102

VI

Page 6: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

--

SENARAI JADUAL

Jadual4.0 Latar Belakang Responden 41

Jadual4.1 Sebab lsi Kandungan Kursus Orientasi Diperlukan 73

Jadual4.2 Keberkesanan Perlaksanaan Kursus Orientasi Terhadap Pensyarah Baru 74

vii

Page 7: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

SENARAI RAJAH

.. ,....

Rajah 2.0 Model Analisis Keperluan Latihan 18

Rajah 2.1 Model Asas Latihan Sistematik 21

Rajah 4.0 Definisi Prestasi Kerja 69

Rajah 4.1 Cara Meningkatkan Prestasi Kerja 70

Rajah 4.2 lsi Kandungan Kursus Orientasi yang Diperlukan 71

Rajah 4.3 Modifikasi yang Seharusnya Dilakukan Terhadap Kursus Orientasi yang Sedia Ada 77

viii

Page 8: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

ABSTRAK

ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI PENSYARAH­PENSYARAH BARU DAN KESANNYA TERHADAP PRESTASI KERJA

Sharifah Maryam Binti Wan Hasan

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bagaimana isi kandungan kursus orientasi pensyarah baru di salah sebuah institut perguruan di Sarawak mempengaruhi prestasi kerja mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti analisis keperluan latihan bagi pensyarah baru di institut perguruan dan kesannya terhadap prestasi kerja mereka. Ia bertujuan untuk membantu pihak­pihak yang berkenaan dalam meningkatkan kualiti kursus orientasi yang akan dijalankan pada masa hadapan di institut perguruan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kursus orientasi tersebut serta modifikasi yang seharusnya dilakukan supaya masalah dalam mengaplikasikan pengetahuan yang diberikan dalam kursus orientasi dapat diselesaikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kursus orientasi yang telah dijalankan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Di samping itu, persamaan dan perbezaan untuk setiap aspek dalam kajian telah berjaya dikenalpasti dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini akan memberikan kesedaran kepada pihak institut perguruan dan pengamal sumber manusia mengenai kepentingan menyediakan latihan yang berkesan kepada para pekerja supaya prestasi kerja dapat ditingkatkan.

IX

Page 9: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

ABTRACT

THE ANALYSIS OF THE CONTENT OF THE ORIENTATION COURSE OF THE NEW LECTURES, AND THE EFFECT OF THIS ORIENTATION

COURSE ON JOB PERFORMANCE

Sharifah J\,{aryam Binti Wan Hasan

This study aims to ident(fy on how the contents of orientation course fiJr new lecturers in one of the teacher institute in Sarawak affecting their job performance. The main objective of this study is to identify the training needs analysis for the new lectures and its impact on their job performance. It aims to provide guidance to the related parties in improving the quality of orientation course in the future. This study also aims to examine the effectiveness of orientation course as well as modifications that should be made to help the new lecturers in solving the problems of applying the knowledge learned during orientation course in workplace. The results showed that the existing orientation course have its own advantages and disadvantages. In addition, the similarities and differences for each aspect of the study were successfully being identified As for implications, this study brings awareness to the teacher institute and the human resource practitioners about the importance ofproviding effective training to the workers so that their job performance can be improved.

x

Page 10: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

jill,.."

BABI

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bab ini merupakan asas kepada kajian ini. Tujuan melakukan kajian akan

diperjelaskan dan ia disokong oleh soalan-soalan kajian yang telah dibentuk.

Selain daripada itu, bab ini juga mengandungi penerangan mengenai latar

belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian dan soalan kajian. Di

penghujung bab ini akan membincangkan tentang kepentingan kajian, batasan dan

skop kajian, definisi istilah dan kesimpulan bagi bab ini.

Analisis keperluan latihan merupakan elemen penting dalam menentukan

tugas sebenar para pekerja di sesebuah organisasi. Terdapat pelbagai kaedah untuk

melaksanakan analisis keperluan latihan yang mana antaranya ialah analisis

kandungan latihan. Dengan melaksanakan analisis kandungan latihan, pihak

organisasi dapat mengenalpasti kandungan latihan yang diperlukan oleh para

pekerja dan membantu untuk meningkatkan kemah iran serta pengetahuan para

pekerja dalam bidang pekerjaan yang mereka ceburi.

Page 11: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

"p

1.1 Latar Beiakang Kajian

Analisis kandungan latihan merupakan elemen penting dalam analisis keperluan

latihan. Pengkaji memilih tajuk ini untuk menjalankan analisis kandungan latihan

terhadap pensyarah-pensyarah baru di sebuah institut perguruan di Sarawak.

Institut Perguruan ini merupakan "salah sebuah dari 27 buah Kampus Institut

Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia". Institut perguruan ini

mengendalikan program pendidikan perguruan praperkhidmatan dan juga dalam

perkhidmatan. Ia bertujuan untuk melahirkan guru yang profesional,

berketerampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni,

bedaya fikir dan cekap teknologi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Visi institut perguruan ini adalah "institut pendidikan guru peneraju

kecemerlangan pendidikan guru" manakala misinya pula ialah "Institut

Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui

program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf

dunia". Untuk mencapai visi dan misi tersebut, institut perguruan ini memerlukan

pensyarah-pensyarah yang berkemahiran serta berpengetahuan dalam mendidik

para pelajar yang bakal menjadi guru setelah mereka tamat pengajian. Para

pensyarah di institut perguruan ini seharusnya diberikan kandungan latihan yang

mereka perlukan dan analisis kandungan yang membantu dalam mengenalpasti

kandungan latihan yang sesuai untuk pensyarah-pensyarah baru di institut

perguruan terse but.

Latihan merupakan suatu proses yang melibatkan pembaikan sesuatu

kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diperlukan oleh para pekerja dalam

meningkatkan pre stasi kerja mereka serta latihan juga merupakan suatu pelaburan

yang dibuat dan dibayai oleh sesuatu organisasi (Faizah, 2003). Salah satu fungsi

utama dalam pembangunan sumber manusia adalah latihan. Majikan

bertanggungjawab untuk memberikan latihan kepada para pekerjanya (Halimatun,

2003). Hal ini kerana latihan samada berbentuk formal atau tidak formal

2

Page 12: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

..II ;::

merupakan satu proses pembelajaran yang tersusun dan mampu mengubah sikap,

mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran para pekerja agar prestasi kerja

dapat ditingkatkan (Ibrahim, 1996 dipetik dalam Halimatun, 2003).

Pada zaman pemerintahan Babylon iaitu 2100 sebelum Masihi lagi,

perkembangan latihan telah dikesan (Ramlie, 2005). Tetapi, aktiviti yang

dijalankan pada waktu tersebut adalah tidak formal dan hanya tertumpu kepada

aktiviti latihan pertukangan (Ibrahim, 2001 dipetik dalam Ramlie, 2005). Pada

waktu itu juga, semua prosedur dan peraturan bagi menggalakkan perkembangan

aktiviti latihan telah dimaktubkan dalam Kod Hamurabbi yang terdapat pada

zaman tersebut (Rami ie, 2005).

Latihan di Malaysia pula berkembang mengikut kegiatan atau sektor.

Antaranya ialah latihan dalam bidang pentadbiran, perguruan, pengurusan,

kepolisian, pertanian dan bidang-bidang lain yang memerlukan latihan (Ramlie,

2005). Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, sebuah pusat latihan telah

ditubuhkan oleh pihak kerajaan (Ramlie, 2005). Pihak kerajaan telah menyedari

bahawa bidang pentadbiran amat memerlukan program latihan (Ramlie, 2005).

01eh itu, pad a tahun 1970, Dasar Latihan Kerajaan teJah dibentuk (Ramlie, 2005).

Dasar Latihan Kerajaan dibentuk adaJah bertujuan untuk menyelaras segaJa

kegiatan latihan di semua peringkat dan seterusnya membawa perkembangan

dalam program latihan kerajaan agar berkesan dan mampu meningkatkan prestasi

kerja para pekerja (Ramlie, 2005).

Kebanyakan organisasi pada hari ini menyedari bahawa program latihan

yang direka berdasarkan analisis keperluan Jatihan dapat memindahkan

pengetahuan, kemahiran dan keupayaan mereka kepada para pekerja (Okemwa,

2000 dipetik daJam Ramlie, 2005). Sekiranya semua organisasi menyedari perkara

ini, ia akan membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi itu dan

dapat meningkatkan prestasi kerja serta dapat mencapai matlamat organisasi yang

telah ditetapkan (Ibrahim, 200 I; Rean & Kendola, 1993 dipetik dalam RamIie,

2005).

3

Page 13: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

p+"

1.2 Pernyataan Masalah

Setiap organisasi mempunyai strategi yang tersendiri dalam meningkatkan

kemah iran dan pengetahuan para pekerja melalui program latihan yang dijalankan

(Chong, 2004). Begitu juga dengan organisasi di mana kajian ini dilakukan. Unit

Latihan Dalam Perkhidmatan di institut perguruan tersebut mempunyai program

latihan yang telah dirancang seperti kursus orientasi untuk meningkatkan prestasi

kerja para pensyarah baru (Awang Hepeni, 20llb). Dalam merealisasikan

peningkatan terhadap prestasi kerja para pensyarah baru, anal isis keperluan

latihan harus dijalankan untuk mengenalpasti keperluan para pensyarah baru.

Analisis keperluan latihan merupakan antara teknik terbaik untuk membina

program latihan yang berkesan (Ibrahim, 2001 dipetik dalam Ram lie, 2005).

Dalam analisis keperluan latihan, analisis kandungan latihan merupakan salah satu

analisis yang sesuai digunakan untuk menjalankan analisis keperluan latihan di

institut perguruan.

Analisis kandungan merupakan antara elemen penting dalam analisis

keperluan latihan bagi pensyarah-pensyarah baru di salah sebuah institut

perguruan di Sarawak ini. Para pensyarah baru di institut perguruan ini diwajibkan

untuk menjalani kursus orientasi (Awang Hepeni, 2011b). Terdapat tiga kategori

pensyarah baru yang mengikuti kursus orientasi ini iaitu yang pertama pensyarah

baru yang berpindah dari institut perguruan lain, yang kedua pensyarah baru yang

berpindah dari sekolah dan yang ketiga ialah pensyarah baru yang baru bergraduat

dari Institut Perguruan. Kursus ini diberikan kepada para pensyarah baru untuk

memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pensayrah baru tentang budaya

kerja serta sistem pengurusan yang terdapat di institut perguruan (Awang Hepeni,

20lla).

Terdapat pelbagai jenis isi kandungan latihan dalam kursus orientasi

tersebut (Awang Hepeni, 2011d). Antara isi kandungan kursus orientasi terse but

ialah Budaya dan Dasar-Dasar lPG, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:

2008, Sistem Praktikum, Standard Guru Malaysia dan Etiket Sosial (Awang

4

Page 14: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

.. +'

, ",. ,I• ! ~

\

Hepeni, 201Id). Walaupun pelbagai jenis isi kandungan kursus yang diberikan

kepada para pensyarah baru dalarn kursus orientasi tersebut, tetapi pihak institut

perguruan rnasih tidak jelas rnengenai isi kandungan kursus manakah yang arnat

diperlukan oleh pensyarah baru terse but dalam mencapai matlamat untuk

meningkatkan prestasi kerja pensyarah baru.

Selain itu, pihak institut perguruan juga tidak jelas dengan modifikasi yang

seharusnya dilakukan terhadap kandungan kursus orientasi yang sedia ada dari

perspektif pensyarah baru. Kandungan kursus orientasi yang sedia ada tidak

semestinya marnpu membawa peningkatan terhadap prestasi kerja pensyarah baru.

lsi kandungan kursus tersebut mungkin memerlukan modifikasi supaya pada mas a

hadapan, kursus tersebut mampu mernberi kesan yang lebih positif kepada

pensyarah baru. Prestasi kerja yang baik amat penting dalarn rnernastikan para

pensyarah baru dapat rnenjalankan tugas mereka dengan baik di institut

perguruan. Sasaran kajian ini ialah untuk rnengenalpasti jenis kandungan kursus

orientasi yang diperlukan oleh para pensyarah baru dan kesannya terhadap

prestasi kerja rnereka. Selain itu, kajian ini juga akan rnembantu bagaimana

analisis kandungan latihan yang akan dijalankan dapat rnengenalpasti jenis lSI

kandungan kursus orientasi yang terbaik untuk pensyarah baru.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Umum

• Untuk rnengenalpasti analisis keperluan latihan bagi pensyarah baru di

institut perguruan dan kesannya terhadap prestasi kerja rnereka.

1.3.2 ObjektifKhusus

Objektifkhusus dalarn kajian ini ialah:

5

Page 15: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

... +'

• Mengenalpasti lSI kandungan kursus orientasi yang diperlukan oleh

pensyarah baru

dan kesannya terhadap prestasi kerja.

• Mengenalpasti keberkesanan perlaksanaan kursus orientasi terhadap

pensyarah baru.

• Mengenalpasti modifikasi yang seharusnya dilakukan terhadap kursus

orientasi yang sedia ada bagi mempertingkatkan prestasi kerja pensyarah

baru d i masa hadapan.

1.4 Soalan Kajian

• Apakah jenis isi kandungan kursus orientasi yang diperlukan oleh para

pensyarah baru dan sejauh manakah ia mempengaruhi prestasi kerja?

• Sejauh manakah

pensyarah baru?

keberkesanan perlaksanaan kursus orientasi terhadap

• Apakah modifikasi yang seharusnya dilakukan terhadap kursus orientasi

yang sedia ada bagi mempertingkatkan prestasi kerja pensyarah baru di

masa hadapan?

1.5

1.5.1

Kepentingan Kajian

Teori

i , 1-.1

II

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat betapa pentingnya latihan

yang dijalankan mempengaruhi prestasi kerja para pekerja di sesebuah organisasi.

Selain daripada itu, kajian ini juga amat penting kerana ia mampu membuktikan

sokongan atau percanggahan terhadap teori yang berkaitan. Hasil dapatan kajian

6

1

Page 16: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

I

Ai r

ini boleh dijadikan sumber rujukan para pengkaji pada masa hadapan untuk

mengkaji isu yang berkaitan dengan analisis kandungan latihan.

1.5.2 ArnaJan

Kepentingan kajian ini ialah dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia

secara umumnya dan organisasi lain yang berkaitan khusus dalam bidang sumber

manusia untuk mendalami kesan kandungan latihan terhadap prestasi kerja.

Kepentingan kajian ini juga mampu memberi nilai yang positif kepada organisasi

melalui peningkatan positif yang dapat dilihat melalui prestasi kerja. Organisasi

juga dapat mengenalpasti keperluan pekerja dan mampu me lahirkan pekerja yang

mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang tinggi dalam menjalankan tugas

mereka.

1.5.3 Metodologi

Dalam kajian ini kaedah kualitatif digunakan. Kaedah ini digunakan untuk

memahami dengan lebih mendalam lagi kandungan latihan yang diperlukan

melalui analisis kandungan latihan dan kesannya terhadap prestasi kerja para

pensyarah baru.

,,/ 1.5.4 Penyelidik I'

f! Kajian ini dapat menjadi bah an rujukan kepada pengkaji yang membuat kajian

berkaitan dengan analisis keperluan latihan yang lebih spesifik kepada analisis

kandungan latihan. Kajian dalam konteks ini diharap dapat memberi idea kepada

penyelidik lain untuk mengkaji isu-isu baru dalarn meningkatkan lagi prestasi

kerja yang positif dalam kalangan pekerja. Melalui kajian ini juga, pengkaji telah

mendapat pengetahuan yang luas dalam skop kajian yang dibuat.

7

Page 17: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

'" r

1.6 Batasan Kajian

Antara batasan dalam kajian ini ialah sesi temu bual yang dijaJankan memerIukan

kejujuran daripada responden. Jawapan yang diberikan oleh responden

berkemungkinan bukan jawapan yang jujur dan tepat kerana maklumat yang

diminta mungkin adalah rahsia dan responden tidak dapat memberitahu dengan

bebas dan meluas. Perkara ini akan mempengaruhi keputusan kajian ini.

Antara batasan kajian yang lain daJam kajian ini ialah pengkaji

menghadapi masalah untuk mendapatkan kajian-kajian lepas bagi dijadikan

sokongan untuk kajian ini. Pengkaji memerlukan masa yang lama untuk

mendapatkan kajian-kajian Jepas untuk dijadikan sokongan. Kajian-kajian lepas

yang digunakan oleh pengkaji juga tidak mempunyai maklumat yang lengkap

berkaitan dengan analisis kandungan latihan dan kesannya terhadap prestasi kerja.

Oleh itu, pengkaji terpaksa bergantung dengan kajian-kajian lepas yang sedikit

sahaja yang dapat menyokong kajian ini.

Selain itu, saiz sampel yang digunakan adalah kecil. Bagi urusan

pengumpulan data, hanya enam orang pensyarah dari jabatan yang berbeza

dijadikan sampel kajian dan ia tidak mewakiJi keseluruhan pensyarah di institut

per guru an berkenaan yang telah menghadiri kursus orientasi pada tahun 2010.

Pemilihan sampel adalah dibuat secara rawak kepada enam orang respond en iaitu

seorang pensyarah dari Jabatan Pengajian Islam dan Moral, empat pensyarah dari

Jabatan Bahasa dan seorang pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu.

Selain daripada itu, faktor kekangan mas a para pensyarah amat

mempengaruhi jumlah sampel pengkaji. Hal ini disebabkan para pensyarah yang

terlibat dalam kajian ini sibuk dengan tanggungjawab mereka sebagai pensyarah

di institut perguruan. Agak sukar bagi pengkaji untuk mencari masa yang sesuai

untuk menjalankan sesi temu bual bersama dengan pensyarah-pensyarah tersebut.

8

Page 18: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

f

1.7 Definisi Istilah

Oi dalam konteks ini, istilah-istilah yang berkaitan dengan kajian ini telah diberi

definisi secara konseptual dan operasi.

1.7.1 Analisis Keperluan Latihan

Definisi Konseptual

Analisis merujuk kepada cara yang digunakan untuk mengenalpasti keperluan

seperti strategi intervensi iaitu latihan, merekabentuk semula tugasan dan prosedur

pengambilan (Faizah, 2003). Keperluan pula merujuk kepada jurang yang wujud

antara hasil kerja masa kini dengan hasil kerja yang diinginkan oleh individu itu

(Faizah, 2003). Latihan pula merujuk kepada aktiviti yang dijaJankan oleh pihak

organisasi samada menggunakan pelatih dari dalam atau luar organisasi untuk

meningkatkan kemah iran, pengetahuan dan keupayaan para pekerja dalam

memastikan organisasi dapat bersaing di daJam era yang sengit dan kompleks ini

(Rossilah, 2008).

Analisis keperluan latihan juga merujuk kepada suatu proses mengenal

pasti pekerja yang memerlukan latihan dan bidang latihan yang diperlukan oleh

pekerja tersebut (Ram lie, 2005). Oi daJam proses tersebut, ia merangkumi kajian

dan analisis yang mendalam berkaitan dengan kemahiran, pengetahuan dan sikap

para pekerja dalam mengendalikan tugas secara tidak cekap dan membawa

masalah kepada prestasi kerja (Ibrahim, 200 I dipetik dalam Ramlie, 2005).

Setelah proses analisis djjalankan, hasilnya akan dijadikan cadangan kepada

penyediaan program latihan untuk meningkatkan prestasi kerja para pekerja

(Peterson, 1992 dipetik dalam Ramlie, 2005).

9

Page 19: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

Definisi Operational

Dalam konteks kajian ini, analisis keperluan latihan merupakan pemerhatian

terhadap keperluan latihan yang diperlukan oleh para pekerja terutamanya para

pensyarah dalam konteks kajian ini. Analisis keperluan latihan mampu

mencungkil keperluan latihan yang diperlukan oleh para pensyarah supaya

prestasi kerja yang positif dapat dipertingkatkan seterusnya membantu

meningkatkan kualiti kerja di institut perguruan terse but.

1.7.2 Analisis Kandungan

Definisi Konseptual

Analisis kandungan merupakan analisis yang dilakukan terhadap dokumen,

undang-undang dan juga prosedur kerja yang digunakan oleh para pekerja di

sesebuah organisasi (Need analysis: How to determine training needs, 1998).

Selain itu analisis kandungan meliputi semua domain (Halimatun, 2003).

Antaranya ialah pengetahuan, kemahiran dan sikap. Analisis kandungan

menjawab persoalan mengenai maklumat dan pengetahuan yang digunakan dalam

sesuatu pekerjaan itu (Need analysis: How to determine training needs, 1998).

Maklumat yang diperolehi adalah dari dokumen, peratuan-peraturan dan manual

(Need analysis: How to determine training needs, 1998). Perkara yang paling

penting ialah kandungan latihan tidak seharusnya bertentangan dengan keperluan

pekerjaan (Need analysis: How to determine training needs, 1998). Pekerja yang

telah lama berkhidmat di sesebuah organisasi sudah tentu mempunyai pengalaman

yang luas dan hal ini membantu dalam menentukan kandungan yang sesuai untuk

sesebuah latihan yang bakal dijalankan pada masa akan datang (Need analysis:

How to determine training needs, 1998).

10

Page 20: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

't

Definisi Operational

Dalam konteks kajian ini, analisis kandungan merupakan salah satu cara untuk

mengenalpasti keperluan latihan yang diperlukan oleh para pensyarah baru.

Segala kandungan latihan yang telah diberikan kepada pensyarah baru dalam

kursus orientasi tersebut akan dikaji untuk melihat sejauh manakah keberkesanan

kandungan kursus tersebut terhadap prestasi kerja mereka. Selain itu, anal isis

kandungan juga melihat sejauhmana kandungan kursus seperti objektif, isi utama

dan keperIuan para pensyarah baru diambil kira dalam pelaksanaan sesuatu kursus

mampu meningkatkan pengetahuan dan prestasi mereka setelah menghadiri

kursus orientasi (Ibrahim, 1996 dipetik dalam Halimatun, 2003).

1.7.3 Prestasi kerja

Definisi Konseptual

,

Pre stasi kerja merupakan kesempurnaan yang telah dilaksanakan oleh seseorang .(

'\

!

pekerja itu (Cascio, 1991 dipetik dalam Ramlie, 2005). Prestasi kerja para pekerja

di sesebuah organisasi dapat dipertingkatkan melalui satu proses pembelajaran

yang disusun dengan rapi serta mampu mengubah sikap, mempertingkatkan

pengetahuan dan kemahiran para pekerja (Ibrahim, 2001 dipetik dalam Ramlie,

2005). Prestasi kerja juga merupakan kualiti kerja yang dimiliki oleh para pekerja

di sesebuah organisasi yang mana ia mempengaruhi tahap produktiviti sesebuah

organisasi (Rossilah, 2008). Pre stasi kerja merangkumi kemah iran, pengetahuan

dan keupayaan para pekerja dalam menjalankan tugas mereka (Rossilah, 2008).

Definisi Operational

Dalam konteks kajian ini, prestasi kerja merujuk kepada kebolehan para

pensyarah baru menjalankan tugas mereka setelah menjalani kursus orientasi yang

telah diberikan kepada mereka. Prestasi kerja yang negatif atau positif merupakan

keputusan yang akan diperolehi melalui latihan tersebut. Para pensyarah baru

11

Page 21: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

I r !

mungkin tidak memberikan prestasi kerja yang positif kerana kandungan kursus

yang digunakan dalam kursus orientasi tersebut tidak sesuai dengan keperluan

mereka sebagai pensyarah baru di institut perguruan tersebut.

1.8 Kesimpulan

Bab ini membincangkan pengenalan, latar belakang kajian pernyataan masalah,

objektif kajian yang merangkumi objektif umum dan objektif khusus, soalan­

soalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan kandungan kajian, definisi

istilah dan kesimpulan. Bab yang seterusnya akan membincangkan mengenai

kajian-kajian Jepas yang berkaitan dengan penyelidikan ini.

12

Page 22: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

I

... r

BAB2

SOROTAN KAJlAN LEPAS

2.0 Pengenalan

',I

Bab ini membincangkan dan mengulas mengenai kajian-kajian lepas. Dalam bab

ini, so rotan kajian yang terpilih dimulakan dengan konsep dan seterusnya diikuti

dengan kajian-kajian lepas yang pernah dijalankan oleh beberapa pengkaji

mengenai analisis kandungan latihan dan kesannya terhadap prestasi pekerja.

2.1 Latihan

Latihan didefinisikan sebagai suatu proses meningkatkan kepakaran para pekerja

melalui pembangunan organisasi dan latihan bertujuan untuk meningkatkan

prestasi kerja (Wang & King, 2009). Latihan juga boleh ditakrifkan sebagai satu

proses pembelajaran yang merangkumi penguasaan terhadap sesuatu kemah iran,

konsep, peraturan dan sikap untuk meningkatkan prestasi (Chesser & Cullen,

2009). Latihan merupakan pengalaman belajar yang bertujuan untuk membawa

perubahan yang kekal dalam diri seseorang untuk meningkatkan kemampuan

dirinya dalam melaksanakan tugas (DeCenzo & Robbins, 1988).

13

Page 23: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

Selain itu, latihan merupakan didikan atau pelajaran yang bertujuan untuk

meningkatkan kemah iran terhadap ajaran yang diterima oleh seseorang itu

(Kamus Dewan, 1996 dipetik dalam Khairul, 1997). Latihan juga adalah satu

program pembelajaran yang telah dirancang dan disusun dengan rapi (Stone, 1982

dipetik dalam Khairul, 1997). Ia bertujuan untuk mengubah tingkah laku,

pengetahuan dan kemah iran individu supaya para pekerja di sesebuah organisasi

dapat melaksanakan tugas mengikut tahap atau standard yang dapat diterima oleh

organisasi terse but (Stone, 1982 dipetik dalam Khairul, 1997).

Latihan turut didefinisikan sebagai penglibatan, komitmen serta

pengalaman kepada pekerja (Hughey & Mussnug, 1997 dipetik dalam Chong,

2004). Hal ini kerana program latihan merangkumi konsep pembelajaran akibat

daripada perlakuan atau lebih dikenali sebagai learning by doing dan ia mampu

meningkatkan persaingan dalam kalangan pekerja (Chong, 2004). Objektif latihan

akan tercapai apabila berlakunya peningkatan dalam kemahiran dan hasil kerja

yang bermutu dihasilkan oleh para pekerja (Chong, 2004). Melalui latihan juga

pekerja akan mempunyai motivasi yang tinggi dalam menjalankan tugas kerana

mereka memiliki skill development dan performance improvement di samping

menikmati extrinsic dan intrinsic rewards yang disediakan oleh organisasi

(Elangovan & Karakowsky, 1999 dipetik dalam Chong, 2004).

Menurut Ibrahim (2001) yang dipetik dalam Ramlie (2005), terdapat tiga

pendekatan dalam program latihan bagi menjalankan program latihan. Antaranya

ialah program latihan yang ditentukan lebih awal, latihan penyelesaian masalah

dan latihan inovatif (Ibrahim, 2001 dipetik dalam Ramlie, 2005). Program latihan

yang ditentukan lebih awal merupakan latihan yang pada kebiasaannya diadakan

setiap tahun (Ibrahim, 2001 dipetik dalam Ramlie, 2005). Kursus induksi

merupakan antara contoh bagi pendekatan yang pertama ini yang mana kursus

tersebut dijalankan untuk memperkenalkan organisasi kepada kakitangan baru

(Ibrahim, 200 I dipetik dalam Ramlie, 2005). Hal ini bertujuan untuk

mengenalpasti kebolehan mereka dan kemudian disesuaikan dengan tugas

masing-masing (Ibrahim, 2001 dipetik dalam Ramlie, 2005).

14

Page 24: ANALISIS KANDUNGAN KURSUS ORIENTASI … kadungan kursus orientasi... · analisis kandungan kursus orientasi pensyarah pensyarah baru dan kesannya terhadap prestasi kerja sharif ah

Bagi pendekatan yang kedua pula iaitu latihan penyelesaian masalah,

biasanya dijalankan berdasarkan kepada anal isis keperluan latihan (Ibrahim, 2001

dipetik dalam Ramlie, 2005). Pendekatan ini bertujuan untuk menyelesaikan

masalah (Ibrahim, 200 I dipetik dalam Ramlie, 2005). Antara contoh bagi

pendekatan ini ialah pertukaran pekerjaan atau jenis kerja, dan tugas kakitangan

biasanya diadakan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam sesebuah

organisasi (Ibrahim, 2001 dipetik dalam Ramlie, 2005). Selain itu, ia juga

bertujuan untuk meningkatkan kemah iran dan prestasi para pekerja (Ibrahim,

2001 dipetik dalam Ramlie, 2005). Pendekatan yang ketiga pula bertujuan untuk

memperbaiki sesuatu keadaan yang sudah berada pada tahap yang memuaskan

(Ibrahim, 2001 dipetik dalam Ramlie, 2005). Selain itu, ia juga bertujuan untuk

mengenalpasti bidang baru yang dapat diterokai oleh pekerja dan organisasi

(Ibrahim, 2001 dipetik dalam Ramlie, 2005).

Menurut Noran dan Wan (1993), yang dipetik dalam Halimatun (2003),

latihan merupakan suatu proses pendidikan jangka pendek. Kaedah sistematik

digunakan dalam latihan bagi menambahkan kemah iran dan pengetahuan pekerja

(Wan, 1993 dipetik dalam Halimatun 2003). Antara ciri-ciri latihan yang baik

ialah satu proses pembelajaran, mempunyai kandungan kursus, matlamat latihan

adalah bersifat segera dan berorientasikan kerja iaitu bertujuan untuk memberi

kemah iran khusus dan merubah sikap, tempoh masa latihan singkat tetapi

berkesan, dan berbentuk atau jangka masa latihan adalah formal atau tidak formal

dan dirancang (Wan, 1993 dipetik dalam Halimatun 2003).

Tujuan latihan adalah untuk meningkatkan pengetahuan para pekerja,

bagaimana mereka bekerja, prestasi mereka terhadap kerja dan interaksi mereka

terhadap rakan sekerja dan penyelia mereka (DeCenzo & Robbins, 1988). Dalam

dunia pemiagaan kini, globalisasi menyebabkan ban yak organisasi menghadapi

masalah kekurangan pekerja yang mampu untuk memberikan prestasi yang baik

dalam melaksanakan tugas (Cascio, 2003; Wang & King, 2009). Para pekerja

menghadapi pelbagai masalah untuk menjalankan tugas mereka dengan baik

kerana perubahan yang dialami di dalam organisasi tersebut (Cascio, 2003; Wang

15