institut aminuddin baki kajian pentaksiran · 2020. 2. 14. · pentaksiran kompilasi 20132017 dapat...

82
KAJIAN PENTAKSIRAN Kompilasi 2013-2017 Kementerian Pendidikan Malaysia Institut Aminuddin Baki Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

Upload: others

Post on 24-Jan-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

KAJIAN PENTAKSIRANKompilasi 2013-2017

KementerianPendidikan MalaysiaInstitut Aminuddin Baki

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan

Institut Aminuddin BakiKementerian Pendidikan Malaysia

Page 2: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

KAJIAN PENTAKSIRAN

Kompilasi 2013-2017

Page 3: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

KAJIAN PENTAKSIRAN

Kompilasi 2013-2017

Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 4: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Diterbitkan oleh:

Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK

Urusan Penerbitan Oleh:

Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan

Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK

Tel:06-7979200 http://iab.moe.edu.my

Cetakan Pertama 2019

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.

ISBN 978-967-0504-92-6

Pengurus Penerbitan Nor Ishsan bt. Ab. Razak

Reka bentuk dan reka letak halaman

Tarzimah binti Tambychik, PhD Mohamad Hanif bin Ramli

iv

Page 5: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Jawatankuasa

PENAUNG: Pengarah

Institut Aminuddin Baki

PENASIHAT:

Mistirine Radin Timbalan Pengarah Khidmat Profesional

Mazlan bin Samsudin

Timbalan Pengarah Khidmat Latihan

Nor Asiah binti Ibrahim Ketua Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan

SIDANG EDITOR: Nor Ishsan binti Ab. Razak

Tarzimah binti Tambychik, PhD Ahmad Salihin bin Mat Saat

Kajian Pentaksiran ini hasil usaha Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan

Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

(2013-2017) v

Page 6: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

KANDUNGAN Dari Meja Ketua Pusat Sinopsis

Artikel 1: Kajian Analisis Keperluan Elemen Pembangunan Organisasi Sekolah Oleh: Tarzimah binti Tambychik PhD, Nor Rajiah binti Ahmad Dawa dan Abd Razak bin Manaf PhD

1

Artikel 2: Kajian Awal Terhadap Keperluan Penilaian dan Semakan Instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah (Kompas) Oleh: Tarzimah binti Tambychik PhD, Abd Jalil bin Abd Hamid, Mohd Yusof bin Ali, Nor Foniza binti Maidin PhD dan Kamalludin bin Abd Rani

15

Artikel 3: Kajian Semakan Instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah (Kompas) Oleh: Nor Foniza binti Maidin PhD dan Tarzimah binti Tambychik PhD

27

Artikel 4: Pentaksiran calon Pengetua dan Guru Besar di Negeri: Cabaran serta Tindakan Sokongan dan Penambahbaikkan Oleh: Mohd Yusof bin Ali,Tarzimah binti Tambychik PhD, Nor Foniza binti Maidin PhD dan Ahmad Salihin bin Mat Saat

36

Artikel 5: Modified Delphi dalam Semakan Semula BK09 Oleh: Tarzimah binti Tambychik PhD, Kamalludin bin Abd Rani dan Nor Asiah binti Ibrahim

53

Artikel 6: Kajian Awal Semakan Semula Kompetensi Fungsional Pemimpin Sekolah Oleh: Chang Fui Chin, Siti Fadzlun binti Abd Thani dan Jamal bin Ishak

64

Abstrak 1: Cultivating Leaders in Providing Efficient Teachers as Importer of the Curriculum Change Oleh: Nor Foniza binti Maidin PhD, Tarzimah binti Tambychik PhD, dan Abd Razak bin Manaf PhD

71

Abstark 2: Program of Organizational Development (Prod) in Assisting School Leaders to Ensure Quality Teachers for the Curriculum Change Oleh: Tarzimah bin Tambychik PhD, Abd Razak bin Manaf PhD, Nor Rajiah binti Ahmad Dawa dan Nor Foniza binti Maidin PhD

72

Abstrak 3: TS25: Pola Tingkah Laku Kepimpinan Pemimpin Sekolah Oleh: Nor Foniza binti Maidin PhD dan Tarzimah binti Tambychik PhD

73

vi

Page 7: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

DARI MEJA KETUA PUSAT

حِیْمِ حْمَنِ الرَّ بسِْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّ

Segala pujian dipanjatkan ke hadirat Allah SWT kerana dengan izinNYA Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini mengandungi kajian yang telah dilaksanakan oleh warga Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan. Beberapa aspek pentaksiran pengurusan dan kepimpinan pendidikan telah diterokai dalam kajian ini seperti Semakan Instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS), Pentaksiran Calon Pengetua dan Guru Besar, Semakan Semula Penilaian Prestasi Pensyarah BK09 dan Program Pembangunan Organisasi (PrOD). Dapatan kajian amat merangsangkan percambahan idea ke arah pembangunan individu dalam kalangan pemimpin pendidikan khususnya para Pengetua dan Guru Besar dan pembangunan organisasi dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kompilasi kajian ini seterusnya dapat memperkayakan tubuh ilmu Institut Aminuddin Baki serta meningkatkan jumlah bahan rujukan dalam Repositari IAB.

Syabas diucapkan kepada semua penyelidik yang telah terlibat dalam semua kajian ini. Semoga penglibatan anda semua menjadi sebahagian daripada amal jariah yang boleh dimanfaatkan demi melestarikan kecemerlangan bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.

NOR ASIAH BINTI IBRAHIM Ketua Pusat Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan

vii

Page 8: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

SINOPSIS

Buku ini merupakan koleksi kajian berkaitan pentaksiran pendidikan yang bertujuan

meningkatkan kualiti pendidikan. Terdapat enam (6) penulisan kajian yang dibincangkan dalam

buku ini. Penulisan ini adalah berasaskan kajian berkaitan pentaksiran pemilihan pengetua dan

guru besar (PGB), kompetensi pemimpin sekolah Malaysia, i-Penilaian bagi sistem latihan IAB

dan pembangunan organisasi sekolah. Pelaksanaan pemilihan PGB membincangkan tentang

cabaran pelaksanaan pentaksiran berasaskan kompetensi bakal pemimpin sekolah di peringkat

negeri. Buku ini juga menceritakan tindakan sokongan dan penambahbaikan terhadap

pelaksanaan pentaksiran bagi memilih calon PGB dan pembangunan pentaksir dalam

melaksanakan tugas mereka. PGB sebagai peneraju sekolah mempunyai tugasan dan

tanggungjawab mengurus dan memimpin sebuah sekolah maka buku ini juga membincangkan

berkaitan kompetensi pemimpin sekolah (KOMPAS) yang telah disemak semula mengikut

keperluan masa kini dan ke hadapan. Seterusnya, terdapat kupasan tentang elemen keperluan

pembangunan organisasi di sekolah yang mana didapati lompang adalah pada pemimpin.IAB

sebagai sebuah institusi latihan mengambil inisiatif untuk menyediakan latihan bagi

meningkatkan kepimpinan pemimpin sekolah. Seterusnya modifikasi i-Penilaian sistem latihan

IAB di laksanakan bagi memastikan bahawa latihan adalah berkesan. Kesimpulannya,

pemilihan pemimpin yang berkualiti berasaskan kompetensi menepati standard kompetensi dan

program untuk pembangunan organisasi sekolah akan membantu meningkatkan kualiti sekolah.

Selain daripada penulisan kajian, buku ini juga berkongsi tiga (3) abstrak kajian yang telah

dibentangkan di luar IAB untuk tujuan percambahan minda bagi pola perubahan pendidikan

masa kini bagi keperluan pendidikan di masa hadapan.

viii

Page 9: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 1

KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN ELEMEN PEMBANGUNAN ORGANISASI SEKOLAH

Tarzimah binti Tambychik Nor Rajiah binti Ahmad Dawa

Abd Razak bin Manaf

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands

Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

Kajian ini mengukur elemen pembangunan organisasi bagi mengenal pasti tahap bagi aspek pembangunan organisasi di 55 buah sekolah. Tahap Pembangunan Organisasi dinilai daripada aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan pengajaran-pembelajaran menggunakan Instrumen Penilaian KOKeM yang mempunyai kebolehpercayaan 0.75 bagi setiap aspek pembangunan organisasi dengan indeks kesepadanan item pada 0.5-1.5 dalam julat yang diterima iaitu bagi setiap item. Tahap pembangunan organisasi digunakan sebagai cara mengukur dan mengenal pasti aspek pembangunan organisasi yang merupakan keperluan untuk dibangunkan melalui bimbingan pemimpin sekolah. Kajian mendapati bagi kedua-dua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan, daripada aspek kepimpinan, qaya kepimpinan dan kemahiran membuat keputusan memerlukan perhatian khusus. Bagi aspek pengurusan organisasi, pengurusan sumber teknologi, pengurusan data maklumat, pengurusan prasarana dan sumber manusia mempunyai ruang penambahbaikan yang besar. Bagi aspek pengajaran guru, penyampaian guru dan teknik penyoalan adalah antara elemen penting dan relevan yang perlu diberi penekanan khusus dalam usaha membangunkan organisasi sekolah. Dapatan kajian dapat menyediakan landasan untuk mengenal pasti keperluan sekolah daripada aspek pembangunan organisasi sekolah. Keperluan kompetensi kepimpinan dan pengurusan organisasi sekolah serta kompetensi pengajaran dapat dikenal pasti sebagai maklumat untuk usaha dan tindakan pembangunan ke arah menambahbaik kecemerlangan sekolah. Kata kunci: Profil Sekolah; Kepimpinan; Pengurusan Organisasi; Pengajaran-Pembelajaran

1.0 PENGENALAN Pembangunan organisasi yang melibatkan perubahan secara sistematik pemimpin dan warga sekolah ke arah kecemerlangan sekolah. Menurut Abd Ghafar (2011), sesebuah organisasi yang ingin terus berjaya, perlu memikirkan cara melestarikan kecemerlangan di samping membina modal insan yang mampu berkhidmat dengan cemerlang menerusi penerapan budaya prestasi tinggi berasaskan prinsip kerja X-PLUS (X-cemerlang; P-pengetahuan; L-latihan; U-usaha dan S-semangat sepasukan). Pembangunan organisasi adalah antara cara melestarikan kecemerlangan sesebuah organisasi itu. Sekiranya keperluan aspek yang perlu dibangunkan dapat dikenal pasti, ia mampu memudahcarakan pembangunan organisasi secara berfokus. Kajian ini akan mengkaji keperluan pembangunan sesebuah sekolah melalui satu instrumen penilaian yang bersistem.

Page 10: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 2

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Di negeri Pahang, peratus sekolah kebangsaan (SK) yang berada di band tiga (3) dan empat (4) pada tahun 2010 adalah 55.1 peratus iaitu melebihi separuh daripada populasi SK di Pahang. Data menunjukkan, daripada jumlah SK yang berada di band tiga (3) dan empat (4) ini, hanya anggaran 12 peratus SR sahaja yang berjaya meningkatkan prestasi ke band yang lebih baik. Baki 88 peratus masih berada pada band yang sama atau lebih rendah. Keadaan yang hampir serupa turut dihadapi oleh sekolah menengah (SMK) di negeri Pahang. Di negeri Pahang anggaran 30 peratus daripada SMK yang terlibat berada di band tiga (3) dan empat (4). Oleh itu, sekolah dilihat berpotensi untuk mempertingkatkan prestasi serta kemenjadian murid melalui pembangunan organisasi sekolah.

Kejayaan sesebuah sekolah berkait rapat dengan pembangunan organisasi sesebuah

sekolah yang bergantung kepada kepimpinan sekolah itu. Pembangunan organisasi adalah proses melaksanakan perubahan organisasi secara sistematik dan berfokus kepada tahap organisasi serta hubungan antara individu organisasi yang bertujuan meningkatkan prestasi sesebuah organisasi (Amin 2008). Pembangunan organisasi memerlukan pemimpin bagi mengetuai hala tuju perubahan dan kecemerlangan sesebuah organisasi sekolah itu. Namun, sebelum mengetuai perubahan dan penambahbaikan yang hendak dilaksanakan, adalah menjadi keperluan untuk sekolah mengetahui kekurangan dan mengenal pasti aspek yang perlu ditingkatkan. Leslie (2009), dalam kajian tinjauan beliau tentang jurang kepimpinan telah mendapati bahawa terdapat 20 perkara yang dianggap keperluan. Antaranya, membina hubungan, cepat belajar, ketegasan, penyesuaian kendiri, bertindak balas terhadap keperluan organisasi, perancangan strategik, keterlibatan dan mengurus perubahan. Pengenalpastian keperluan ini, dilihat boleh membantu dalam membangunkan organisasi sekolah dan merupakan petunjuk bagi seorang pemimpin sekolah memilih kursus yang boleh diambil dalam membangunkan sekolah mereka.

Rajah 1 menunjukkan kerangka kajian yang mengadaptasi aspek penilaian dalam SKPM, yang berfokus kepada kepimpinan, pengurusan organisasi dan pengajaran pembelajaran sebagai indikator kepada pembangunan organisasi dan bergantung kepada demografi sekolah sebagai sumber pengupayaan. Keupayaan, pengalaman dan pengetahuan sedia ada serta persekitaran sekolah yang tersendiri menyumbang kepada perbezaan pengupayaan pembangunan sesebuah sekolah.

Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian (SKPM 2010; Amin 2008)

Pemimpin Sekolah

Demografi &Pengupayaan

Sekolah)

Pembangunan Organisasi Sekolah

Prestasi Sekolah

Pengurusan Organisasi

Pengajaran-Pembelajaran Murid

Kepimpinan

Page 11: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 3

Kepimpinan dan pengurusan dipilih kerana dua aspek ini merupakan asas kepada kejayaan sesebuah organisasi, manakala pengajaran dan pembelajaran adalah peranan dan proses utama sekolah bagi kemenjadian murid. Oleh itu, dengan berfokus kepada tiga (3) aspek pembangunan organisasi tersebut iaitu kepimpinan, pengurusan organisasi serta pengajaran dan pembelajaran, kajian mengkaji keperluan elemen pembangunan organisasi sekolah yang berpotensi memberi implikasi kepada prestasi sekolah.

Kajian bertujuan mengkaji keperluan pembangunan organisasi sekolah daripada aspek kepimpinan, pengurusan organisasi serta pengajaran-pembelajaran dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah melalui pembangunan organisasi sekolah. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk;

1- Mengenal pasti elemen keperluan pembangunan organisasi sekolah daripada aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan pengajaran-pembelajaran.

2- Mengkaji perbezaan elemen keperluan pembangunan organisasi sekolah antara SK dan SMK.

2.1 Pembangunan Organisasi (PO) Sekolah hari ini memerlukan kehadiran pemimpin yang boleh memimpin bukan sahaja melihat perjalanan operasi di hadapannya, malah sentiasa juga melihat matlamat yang lebih jauh dan lebih besar. Trend kepimpinan perlu berubah supaya matlamat organisasinya mengikut keperluan dasar dan perkembangan terkini dalam pendidikan di dalam dan di luar negara. Selaras dengan Anjakan 6 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malayisia (2013), bagi mengupayakan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Pembangunan organisasi adalah program berasaskan pendidikan yang direka-bentuk untuk membangunkan nilai, tingkah laku, norma dan praktis pengurusan yang akan menghasilkan iklim organisasi yang sihat serta menyumbang kepada tingkah laku yang berorientasikan prestasi (McLean 2009).

Pembangunan organisasi ialah proses atau aktiviti yang berasaskan sains tingkah laku yang berpotensi membangunkan organisasi, menggalakkan pengetahuan, kemahiran, kecekapan, produktiviti, kepuasan hati, pendapatan, perhubungan atau hasil yang diharapkan sama ada secara peribadi atau kumpulan untuk keuntungan organisasi, komuniti, bangsa, negara dan manusia sejagat. PO dinyatakan peluasan organisasi daripada atas bagi meningkatkan kecekapan dan kesejahteraan organisasi melalui intervensi terancang dalam proses organisasi menggunakan pengetahuan sains tingkah laku (McLean 2005). Cummings dan Worley (2005) menyatakan PO sebagai satu aplikasi meluas suatu sistem yang melibatkan pemindahan pengetahuan sains tingkah laku kepada pembangunan terancang, penambahbaikan dan pelaksanaan strategi pembangunan. Walaupun pembangunan organisasi tidak diperincikan peraturannya, namun daripada definisi yang dibincangkan, disimpulkan pembangunan organisasi berfokus ke arah penambahbaikan bagi menggalakkan pengurusan dan kecekapan yang menyokong perubahan yang perlu dihadapi dengan bermakna. Pembangunan organisasi tidak diperincikan peraturannya kecuali melalui etika yang

Page 12: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 4

dibangunkan oleh sesuatu organisasi profesional.Kesimpulan ini selari dengan McLean (2009) yang menyatakan, sesiapa juga boleh mempraktikkan apa-apa yang dilabelkan sebagai pembangunan organisasi melalui kefahaman masing-masing tanpa sesuatu justifikasi yang tepat. Ini adalah kerana pembangunan organisasi, membangunkan nilai, tingkah laku, norma dan praktis pengurusan yang akan menghasilkan iklim organisasi yang sihat serta menyumbang kepada tingkah laku yang berorientasikan prestasi.

Bagaimanapun, kekeliruan pemahaman dan amalan pembangunan organisasi adalah kritikal terhadap kejayaan dan etika amalan pembangunan organisasi. Kajian terhadap aspek pembangunan organisasi sekolah boleh membantu menjelaskan kekeliruan ini dalam konteks sekolah di Malaysia. Sekiranya elemen-elemen yang khusus yang membantu membangunkan organisasi dapat dikenal-pasti, maklumat ini membantu menterjemahkan pembangunan organisasi dengan lebih objektif. Merujuk Amin (2008), SKPM (2010), Mintzberg (2009), Starratt (2011) dan Zemelmen et al. (2005) definisi pembolehubah adalah seperti di bawah:

i- Pembangunan organisasi adalah suatu proses melakukan perubahan organisasi secara sistematik dan berfokus kepada tahap organisasi merujuk aspek pengurusan, kepimpinan dan pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan meningkatkan prestasi sesebuah organisasi.

ii- Pengajaran dan pembelajaran meliputi proses dan penyampaian guru berdasarkan perancangan, sumber pendidikan, kaedah, kemahiran pedagogi dan penilaian yang diaplikasikan serta penerimaan murid melalui penguasaan, penglibatan dan hasil kerja.

iii- Kepimpinan adalah daya usaha dan tingkah laku mempengaruhi dan menggerakkan ahli-ahli ke arah hala tuju yang ditetapkan berdasarkan kepada perancangan, kemahiran komunikasi, gaya kepimpinan dan kemahiran membuat keputusan.

iv- Pengurusan organisasi meliputi pengurusan sumber manusia, prasarana, kewangan, data dan maklumat, iklim sekolah yang kondusif dan menjalinkan permuafakatan.

2.2 Kepentingan dan Batasan Kajian Kajian dilihat mempunyai kepentingan dalam mengenal pasti aspek keperluan kompetensi kepimpinan sekolah. Kajian juga penting dalam menyediakan Profil KOKeM Sekolah bagi mengkaji kekurangan dan kekuatan daripada segi kepemimpinan, pengurusan organisasi dan pengajaran-pembelajaran. Maklumat ini boleh digunakan sebagai sumber peluang untuk program kepimpinan masa hadapan dan sebagai salah satu asas bimbingan membangunkan organisasi sekolah.

Kajian dibatasi kepada demografi sekolah dan demografi sampel pengetua atau guru besar dan guru 55 buah sekolah band tiga (3) dan empat (4) terlibat di negeri Pahang yang dipilih mengikut daerah berdasarkan perbincangan dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Oleh itu dapatan kajian adalah berdasarkan kepada batasan kajian dan boleh di generalisasi hanya kepada sekolah lain yang mempunyai ciri-ciri serupa di negeri Pahang.

Page 13: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 5

3.0 METODOLOGI Kajian merupakan kajian tinjauan kuantitatif bagi mengukur tahap elemen pembangunan organisasi menggunakan pendekatan pengukuran 270 darjah. Kajian melibatkan 55 buah sekolah di seluruh daerah negeri Pahang, iaitu 27 SK dan 28 SMK.

Pada awal kajian, pemilihan sekolah merujuk band 3 dan 4 oleh negeri bersama IAB dilakukan. Persampelan secara rawak berkelompok merujuk 11 daerah di negeri Pahang. Sekolah kemudiannya dilakukan pengumpulan data bagi elemen aspek pembangunan organisasi menggunakan Instrumen Penilaian KOKeM (Soal selidik Penilaian Kepimpinan, Pengurusan Organisasi dan Kemenjadian Murid) oleh penyelidik dengan bantuan pegawai pendidikan daerah bagi mengukur tahap setiap elemen aspek pembangunan organisasi. Instrumen Penilaian KOKeM mempunyai 121 item yang melibatkan elemen dalam Aspek Kepimpinan dan Hala Tuju (36 item bagi 10 elemen), Aspek Pengurusan Organisasi (31 item bagi 7 elemen) dan Aspek Pengajaran dan Pembelajaran (15 item bagi 3 elemen pembelajaran murid dan 39 item bagi 9 elemen pengajaran guru)

Analisis Rasch menunjukkan, kebolehpercayaan dan kesahan Instrumen Penilaian KOKeM adalah diterima dengan indeks kebolehpercayaan melebihi 0.75 bagi setiap aspek pembangunan organisasi dan indeks kesepadanan item adalah mematuhi julat yang diterima iaitu 0.5-1.5 bagi setiap item (Aiken & Groth-Marnat 2006; SKPM 2010; Bond & Fox 2007). Data yang dikumpul, kemudiannya dianalisis dengan setiap sekolah melibatkan anggaran 8 ke 10 sampel daripada beberapa lapisan guru iaitu guru penolong, guru kanan, guru khas dan barisan pentadbir termasuk pengetua. Data yang dikumpul merujuk setiap elemen bagi setiap sekolah kemudiannya diambil median bagi memberikan satu ukuran tahap aspek dan elemen PO sekolah bagi setiap sekolah.Ini mewakili ukuran yang lebih menyeluruh bagi setiap sekolah.

Tahap Pembangunan Organisasi yang diukur menggunakan Instrumen Penilaian KOKeM di nyatakan dalam empat warna seperti Jadual 1.

Jadual 1 Tahap Pembangunan Organisasi PO

Warna Julat Min Deskripsi merah 1.0 hingga 1.9 tahap elemen sangat kritikal dan perlu perhatian sangat khusus kuning 2.0 hingga 2.9 tahap elemen agak kritikal dan perlu perhatian khusus Hijau tua 3.0 hingga 3.9 tahap elemen baik dan perlu difokuskan untuk menyokong PO Hijau muda 3.6 hingga 4.0 tahap elemen penting dan merupakankekuatan bagi PO

4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Kajian terhadap 27 SK dan 28 SMK melibatkan seramai 491 unit analisis terlibat dalam kajian. Ini adalah kerana, terdapat beberapa sekolah yang melibatkan kurang daripada 10 orang guru sebagai unit analisis sekolah mereka. Bagaimanapun, tujuh unit analisis bagi setiap sekolah sudah mencukupi bagi mewakili penilaian daripada pelbagai tahap warga organisasi terhadap aspek pembangunan organisasi sekolah yang dikaji.

Page 14: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 6

Menurut Oliva (2005), pandangan daripada pelbagai tahap di sekolah seperti guru, murid dan ibu bapa adalah perlu dalam sesuatu tinjauan keperluan yang dilakukan di sekolah kerana penilaian seseorang adalah refleksi terhadap keperluan yang telah atau belum diisi. 4.1 Pengenalpastian Elemen Keperluan Pembangunan Organisasi Sekolah

Elemen keperluan pembangunan organisasi sekolah dikenal pasti daripada tiga (3) aspek iaitu aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan pengajaran-pembelajaran. Merujuk kepada tahap ukuran elemen pembangunan organisasi, intensiti pembangunan elemen dapat ditentukan.

Aspek Kepimpinan

Jadual 2 menunjukkan guru besar dan pengetua mempunyai kemahiran komunikasi dan memotivasi yang lebih baik berbanding elemen kepimpinan yang lain. Dapatan menunjukkan, lebih 75 peratus guru besar adalah pada tahap agak kritikal padaelemen gaya kepimpinan,kemahiran merancang, perkongsian kepimpinandan kemahiran membuat keputusan. Elemen tersebut adalah membimbangkan dalam kalangan guru besar.Selain itu, elemen penetapan hala tuju dankemahiran instruksional turut memerlukan perhatian.

Jadual 2: Tahap Pembangunan Organisasi Merujuk Elemen dalam Aspek Kepimpinan

Peratus Sekolah pada Tahap Organisasi merujuk Elemen

Kepimpinan Pemimpin Sekolah Tahap Pembangunan Organisasi

Min Deskripsi tahap

Gaya Kepimpinan

Penetapan Hala Tuju

Kemahiran Komunikasi

Kemahiran Merancang

Guru Besar 2.0-2.9 agak kritikal 90 70 53 85 3.0-3.9 baik 10 27 47 15 4.0-4.9 kekuatan

3

Pengetua 2.0-2.9 agak kritikal 79 55 42 64 3.0-3.9 baik 14 42 52 30 4.0-4.9 kekuatan 7 3 6 6

Peratus Sekolah pada Tahap Organisasi merujuk Aspek

Kepimpinan Pemimpin Sekolah Tahap Pembangunan Organisasi

Min Deskripsi

tahap Kemahiran Memotivasi

Kemahiran membuat

Keputusan

Kemahiran Instruksional

Perkongsian Kepimpinan

Guru Besar 2.0-2.9 agak kritikal 60 75 67 82 3.0-3.9 baik 40 25 33 18 4.0-4.9 kekuatan

Pengetua 2.0-2.9 agak kritikal 53 64 64 68 3.0-3.9 baik 45 30 30 30 4.0-4.9 kekuatan 2 6 6 2

Page 15: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 7

Bagi Pengetua pula, lebih 75 peratus daripada mereka mendapat tahap agak kritikal bagi elemen gaya kepimpinan. Selain itu, perhatian perlu juga diberikan kepada elemen perkongsian kepimpinan serta kemahiran membuat keputusan, kemahiran merancang dan kemahiran instruksional dalam kalangan pengetua. Keperluan pembangunan organisasi (PO) adalah sangat jelas pada elemen gaya kepimpinan dalam aspek kepimpinan. Hal ini merupakan indikator bahawa pemimpin sekolah perlu mula mengadaptasi pemikiran dan perlakuan kepimpinan mereka agar memimpin sekolah secara teragih bersama dengan warga organisasi. Hubungan antara warga organisasi menggalakkan kepertanggungjawaban dan rasa sepunya yang mampu membangunkan organisasi. Amin (2008) turut menyatakan pembangunan organisasi berfokus kepada tahap organisasi serta hubungan antara individu organisasi. Aspek Pengurusan Organisasi

Jadual 3 menunjukkan dalam aspek pengurusan organisasi, elemen iklim dan pemuafakatan strategik adalah pada tahap yang selesa bagi SK dan SMK. Namun, pengurusan sumber teknologi, pengurusan sumber manusia dan pengurusan prasaranabagi kedua-dua organisasi SK dan SMK adalah membimbangkan. Keperluan PO yang dikenal pasti adalah tinggi pada elemen ini.Lebih 75 peratus sekolah adalah pada tahap agak kritikal dan kritikal. Namun bagi SK, pengurusan data maklumat turut menggambarkan keperluan PO yang serupa.

McLean (2005) menyatakan, pembangunan organisasi meningkatkan kecekapan dan kesejahteraan dalam proses organisasi. Ini bermakna pembangunan organisasi menggalakkan pengetahuan, kemahiran, kecekapan, kepuasan hati dan produktiviti warga organisasi. Sekiranya pengurusan sumber manusia sebagai jentera kerja serta pengurusan sumber teknologi dan data maklumat yang penting bagi menyokong kecekapan melaksanakan kerja adalah agak kritikal, kekurangan ini mampu memberi implikasi kepada perhubungan dalam organisasi dan produktiviti. Tambahan, pengurusan prasarana yang agak kritikal boleh turut mempengaruhi rasa kepuasan hati warga organisasi. Hal ini mampu memberi implikasi kepada kesejahteraan dalam proses organisasi juga mungkin kepada produktiviti yang diharapkan. Elemen-elemen ini memerlukan perhatian yang khusus dan dilihat sebagai keperluan yang tinggi untuk pembangunan organisasi.

Page 16: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 8

Jadual 3: Tahap Pembangunan Organisasi Merujuk Elemen dalam Aspek Pengurusan Organisasi

Peratus Sekolah pada Tahap Organisasi merujuk Aspek Pengurusan Organisasi Tahap Pembangunan Organisasi

Min Deskripsi

tahap Sumber Manusia Prasarana Kewangan

& Aset Data

Maklumat Sumber

Teknologi Iklim Permuafakatan Strategik

SK

1.0-1.9 kritikal 2.0-2.9 agak kritikal 90 80 72 85 96 53 58 3.0-3.9 baik 10 20 25 15 4 47 40 4.0-4.9 kekuatan

3

2

SMK

1.0-1.9 kritikal

3

7 2.0-2.9 agak kritikal 78 77 60 65 77 55 43

3.0-3.9 baik 16 16 34 32 16 38 50 4.0-4.9 kekuatan 6 4 6 3

7 7

Aspek Pengajaran dan Pembelajaran

Dapatan tentang aspek pengajaran guru mendapati, elemen persediaan dan perancangan guru serta amalan profesion keguruan yang saling berhubung adalah baik. Namun, hal ini tidak mencukupi untuk membangunkan sesebuah organisasi. Pemindahan pengetahuan dan kemahiran kepada pembangunan terancang adalah penting dalam menambahbaik organisasi (Cummings & Worley 2005). Oleh itu, kemahiran mengajar perlu dikuasai oleh para guru untuk membangunkan organisasi.

Rajah 2 menunjukkan lebih 75 peratus SK dan SMK adalah pada tahap agak kritikal untuk elemen penyampaian guru. Bagi SMK, keadaan ini dilihat selari dengan dapatan 72 peratus SMK yang agak kritikal pada elemen teknik penyoalan. Hal ini dilihat memberi implikasi kepada pengurusan kelas di SMK dengan 71 peratus sekolah adalah pada tahap agak kritikal.

Page 17: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 9

Petunjuk: 1.0-1.9 kritikal 2.0-2.9 agak kritikal 3.0-3.9 baik 4.0-4.9 kekuatan

Rajah 2: Tahap Pembangunan Organisasi Merujuk Elemen dalam Aspek Pengajaran Pembelajaran

Dapatan di SK pula menunjukkan bahawa selain penyampaian guru, lebih 75 peratus adalah pada tahap agak kritikal bagi elemen penggunaan sumber pendidikan dan teknik penyoalan. Kekurangan ini dilihat mempunyai perkaitan dengan elemen penilaian dan pengetahuan isi kandungan yang masing-masing menunjukkan bahawa terdapat 71 peratus SK pada tahap agak kritikal.

40

85

69

90

7378

7365

38

53

15

28

10

24 22 22

35

56

7 3 3 5 6

Persediaan&Perancangan

Guru

PenyampaianGuru

KemahiranKomunkasi

Guru

PenggunaanSumber

Pendidikan

Penilaian TeknikPenyoalan

PengetahuanIsi

Kandungan

Menguruskelas

AmalanProfesionkeguruan

Pengajaran Guru SK

4 4 4

30

90

55 5762

72

5865

38

55

0

35 3527

18

3625

47

156 10

411 10 6 6

15

Persediaan&Perancangan

Guru

PenyampaianGuru

KemahiranKomunkasi

Guru

PenggunaanSumber

Pendidikan

Penilaian TeknikPenyoalan

PengetahuanIsi

Kandungan

Menguruskelas

AmalanProfesionkeguruan

Pengajaran Guru SMK

8778

50

7

22

38

412

Hasil KerjaMurid

PenguasaanPembelajaran

Murid

PenglibatanMurid

Pembelajaran Murid SK

68

5243

28

44 49

4 4 8

Hasil KerjaMurid

PenguasaanPembelajaran

Murid

PenglibatanMurid

Pembelajaran Murid SMK

Page 18: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 10

Lompang yang ketara dalam pengajaran guru, menunjukkan keperluan tinggi untuk pembangunan pada elemen penyampaian guru dan teknik penyoalan serta sumber pendidikan yang lebih khusus untuk SK. Kekurangan pada elemen pengajaran guru yang lebih jelas di SK dilihat menyumbang kepada pola keperluan pada elemen pembelajaran khususnya murid SK. Rajah 2 menunjukkan walaupun secara umum penglibatan murid adalah baik bagi SK dan SMK, namun elemen hasil kerja murid didapati agak kritikal dan memerlukan perhatian khusus. Keperluan PO terhadap elemen ini adalah lebih tinggi di SK dengan tambahan elemen penguasaan pembelajaran murid.

Ringkasnya, dapatan kajian menunjukkan elemen keperluan PO yang tinggi adalah pada gaya kepimpinan, pengurusan sumber teknologi, pengurusan sumber manusia, pengurusan prasarana, penyampaian guru dan teknik penyoalan di SK dan SMK.

4.2 Perbezaan Keperluan Elemen Pembangunan Organisasi antara SK dan SMK

SK dan SMK adalah baik pada elemen kemahiran komunikasi dan kemahiran memotivasi dalam aspek kepimpinan, iklim dan pemuafakatan strategik dalam aspek pengurusan organisasi serta persediaan dan perancangan guru, amalan profesion keguruan dan penglibatan murid dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Namun, SK dan SMK adalah berbeza keperluan pada elemen PO yang tertentu dan secara umum, SK mempunyai tahap keperluan yang lebih tinggi berbanding SMK. Rajah 3 menunjukkan perbezaan keperluan elemen PO antara SK dan SMK berasas hasil kajian.

SK dan SMK mempunyai keperluan tinggi yang sama daripada elemen gaya kepimpinandan perkongsian kepimpinan. Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang mana Guru Besar di SK dilihat turut mempamerkan keperluan tinggi pada elemen kemahiran merancang, penetapan hala tuju dan kemahiran instruksional. Walaupun bagi kemahiran membuat keputusan, kedua-dua Guru Besar dan pengetua mempunyai keperluan yang tinggi, namun intensiti keperluan adalah berbeza. Elemen penetapan hala tuju, dilihat agak kritikal dan memerlukan pehatian khusus serta mempunyai keperluan yang tinggi untuk dibangunkan secara intensif dalam kalangan Guru Besar, kerana seseorang pemimpin sukar memimpin organisasi mereka sekiranya penetapan hala tuju masih kabur dan kurang jelas. Berasaskan dapatan yang menunjukkan keperluan tinggi dalam kemahiran membuat keputusan, penekanan terhadap kemahiran membuat keputusan yang penting dalam menetapkan hala tuju, adalah sangat kritikal dan penting kepada kumpulan pemimpin sekolah dalam kursus-kursus kepimpinan.

Leslie (2009) menyatakan perancangan strategik adalah antara keperluan utama bagi seorang pemimpin yang memerlukan seorang pemimpin itu menterjemah dan membuat keputusan dalam menjajarkan hala tuju organisasi ke arah matlamat yang ditetapkan.

Page 19: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 11

SK SMK K

eper

luan

ting

gi

Kemahiran Merancang Kemahiran membuat Keputusan Penetapan Hala Tuju Kemahiran Instruksional

Gaya Kepimpinan Perkongsian Kepimpinan

Kemahiran membuat keputusan

Keperluan tinggi

Sumber Manusia Data Maklumat Prasarana Kewangan & Aset

Sumber Teknologi

Prasarana Sumber Manusia

Penggunaan Sumber Pendidikan Penyampaian Guru Teknik Penyoalan Pengetahuan Isi Kandungan Penguasaan Pembelajaran Murid

Hasil Kerja Murid

Penyampaian Guru Mengurus kelas Penggunaan Sumber Pendidikan Teknik Penyoalan

Kep

erlu

an re

ndah

Kemahiran Komunikasi Kemahiran Memotivasi K

eperluan rendah

Iklim Permuafakatan Strategik

Persediaan & Perancangan Guru Amalan Profesion keguruan Penglibatan Murid

Kemahiran Komunikasi Guru

SK SMK

Rajah 3 Perbezaan Keperluan Elemen PO antara SK dan SMK

Bagi aspek pengurusan organisasi, kedua-dua organisasi SK dan SMK menunjukkan keperluan pembangunan terhadap elemen pengurusan sumber teknologi, prasarana dan sumber manusia. Namun di SK, tahap keperluan turut kritikal pada pengurusan data dan maklumat serta pengurusan kewangan dan asset. Iklim baik di sekolah yang diwarnakan oleh keterlibatan kepimpinan dan hubungan warga organisasi, merupakan suatu kekuatan yang seharusnya mampu digunakan untuk menyokong pembangunan organisasi. Hallinger (2003) menyatakan penambahbaikan yang berterusan bergantung kepada rasa kebersamaan warga organisasi terhadap pembangunan dan perubahan yang dilakukan oleh sesuatu organisasi tersebut.

Secara umum, guru mempunyai imperatif yang baik terhadap peranan mereka sebagai pengajar dengan menunjukkan kekuatan pada elemen persediaan dan perancangan guru serta amalan profesion keguruan. Namun begitu, elemen dan darjah keperluan antara sk dan smk adalah berbeza. Bagi SK, hierarki keperluan tinggi dilihat pada elemen penggunaan sumber pendidikan diikuti dengan penyampaian, teknik penyoalan dan pengetahuan isi kandungan guru manakala bagi SMK, hierarki keperluan tinggi dilihat pada elemen penyampaian guru diikuti oleh keupayaan mengurus kelas, penggunaan sumber pendidikan dan teknik penyoalan guru.

Page 20: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 12

Penyoalan memperkembangkan pemikiran murid terhadap ilmu dan kemahiran yang disampaikan. Kurang kemahiran teknik menyoal dilihat boleh menyumbang kepada penyampaian guru. Menurut Tilestone (2000), menyoal merupakan perangsang kepada perkembangan pemikiran semasa penyampaian pengajaran. Penyampaian guru lebih kritikal sekiranya guru kurang kemahiran penilaian dan pengetahuan isi kandungan dan serta semakin ketara dengan kemahiran penggunaan sumber pendidikan yang agak kritikal. Hal ini lebih jelas dipamerkan oleh pengajaran guru SK yang turut mempamerkan keperluan tinggi dalam penguasaan pembelajaran murid dan hasil kerja murid. Ini adalah kerana murid SK masih dalam proses membangunkan identiti diri dan pengajaran guru memainkan peranan yang lebih dalam mendorong mereka belajar. Manakala bagi guru SMK, pengurusan kelas yang agak kritikal menyukarkan penghasilan iklim kelas yang merangsang proses penyampaian, perpindahan dan penerimaan pengetahuan dan kemahiran antara guru dan murid serta hasil kerja murid.

Kelemahan penyampaian guru berkemungkinan menyumbang kepada keadaan elemen

hasil kerja murid yang kritikal ini walaupun secara imperatif, murid mahu terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Oleh itu, dipercayai sekiranya elemen pengajaran guru dapat diperbaiki dan penyeliaan yang sistematik terhadap hasil kerja murid dilakukan, sedikit sebanyak ia mampu memperbaiki elemen pembelajaran murid dan meningkatkan prestasi murid ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, perhatian yang khusus adalah perlu untuk menambah baik elemen tersebut bagi memantapkan aspek pengajaran guru dalam pembangunan organisasi sekolah.Ini adalah kerana, kekurangan daripada aspek pengajaran guru dapat dilihat timbal balasnya dalam pembelajaran murid. Hal ini selari dengan Leslie (2009) yang menyatakan bertindak balas terhadap keperluan organisasi adalah antara jurang keperluan kepimpinan dalam pembangunan organisasi. 5.0 RUMUSAN Secara amnya dirumuskan, elemen gaya kepimpinan, perkongsian kepimpinan, penetapan hala tuju sekolah dan kemahiran membuat keputusan serta pengurusan sumber manusia, pengurusan data maklumat, sumber teknologi dan prasarana adalah kritikal dan penting serta memerlukan perhatian khusus bagi penyediaan latihan kepada kepimpinan sekolah dalam usaha membangunkan organisasi sekolah. Gaya kepimpinan dalam memimpin sekolah memberi implikasi kerana pembangunan organisasi kerana pembangunan organisasi sesebuah sekolah bergantung kepada kepimpinan sekolah itu bagi sekolah mencapai kejayaan. Kemahiran komunikasi dan memotivasi serta iklim yang baik, boleh dikembangkan untuk diaplikasikan kepada menambah baik gaya kepimpinan dan perkongsian kepimpinan dalam usaha mengurus dan memimpin organisasi dalam menambah baik kemahiran yang berfokus tugasan spesifik seperti merancang usaha membangunkan sekolah. Bagi aspek pengajaran dan pembelajaran, elemen penggunaan sumber pendidikan, penyampaian guru, teknik penyoalan dan pengurusan hasil kerja murid mempunyai keperluan pembangunan yang tinggi.

Page 21: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 13

Kekurangan dalam kemahiran menyampai pengajaran dan teknik menyoal dilihat saling berkaitan dan membimbangkan kerana berpotensi mempengaruhi pembelajaran murid dengan kesan saiz yang besar. Elemen ini dicadangkan diambil kira dalam pembangunan latihan guru baharu serta guru dalam perkhidmatan agar terus dinamik dan selari dengan keperluan pendidikan.

Kesimpulannya, kajian memberi implikasi terhadap pembangunan organisasi sekolah melalui penyediaan latihan yang eksplisit dan bermakna. Pengenalpastian keperluan pembangunan organisasi sekolah, membolehkan fokus pembangunan dapat ditentukan secara spesifik bagi bimbingan yang berfokuskan keperluan pembangunan organisasi.

RUJUKAN Abd Ghafar Mahmud. 2011. Haluan kerja pendidikan merealisasi agenda Transformasi Negara. Selangor: Cepat Cetak Sdn Bhd.

Aiken, L. R. & Groth-Marnat, G. 2006.Psychological Testing And Assessment. New York: Pearson.

Amin Senin. 2008. Institut Aminuddin Baki: melangkah ke hadapan. Kuala Lumpur: Grafik Istimewa.

Bond, T.G. & Fox, C.M. 2007. Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in Human Science. 2nd ed. London: Lawrence Erlbaum Ass. Publisher.

Hallinger, P. 2003. Leading educational change: Reflection on the practice of instructional and

transformational leadership. Cambridge Journal of Education.Vol 33 No 3. UK: Taylors & Francis Group..

Institut Aminuddin Baki. 2008. PrOD. Kuala Lumpur.

Institut Aminuddin Baki. 2011. PrOD. Buku Panduan. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. SKPM. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.JKNK.

Leslie J.B. 2009. The Leadership gap: What you need and don’t have when it comes to leadership talent. Centre for Creative Ledership. www.ccl.org

McLean, G.N. 2009.Organization Development.Principles, Processes and Performance. New York: Berret-Koehler Publisher.

McLean, G.N. 2005.Organization Development.Principles, Processes, Performance. New York: Berret-Koehler Publisher.

Mintzberg, H. 2009. Managing. UK: Prentice Hall.

Tileston, D.W. 2000.10 Best Teaching Practice-How Brain Research, learning styles and standard defin teaching competencies. California: Corwin Press, Inc.

Page 22: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 14

Starratt, R. J. 2011. Refocusing School Leadership: Foregrounding Human Development through out the work of school. United Kingdom. Zemelman, S., Daniels, H., Hyde, A.A. 2005.Best Practice, Today’s Standards for teaching and learning in America’s schools. UK: Heinemann.

Page 23: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 15

KAJIAN AWAL TERHADAP KEPERLUAN PENILAIAN DAN SEMAKAN INSTRUMEN KOMPETENSI PEMIMPIN SEKOLAH (KOMPAS)

Tarzimah binti Hj. Tambychik

Abd Jalil bin Abd Hamid Mohd Yusof bin Ali

Nor Foniza binti Maidin Kamalludin bin Abd Rani

Jabatan Pentaksiran Pemimpin Pelapis Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek

Kementerian PendidikanMalaysia

Abstrak Kajian merupakan kajian awal bagi melihat keperluan untuk instrumen kompetensi pemimpin sekolah disemak semula. Analisis keperluan melibatkan perbincangan dengan dua kumpulan pakar dan pemimpin sekolah dan tinjauan melalui soal selidik kepadasekumpulan 57 pemimpin sekolah transformasi bagi melihat kerelevanan kompetensi sedia ada dengan keperluan semasa dan keperluan kompetensi yang lain seirring dengan dinamik pendidikan. Dapatan daripada analissis deskriptif yang dilakukan menunjukkan bahawa kebanyakan daripada kompetensi adalah masih relevan tetapi terdapat keperluan untuk kompetensi tersebut diubahsuai dan disemak serta terdapat kompetensi baharu perlu ditambah.Implikasi kajian awal menunjukkan keperluan untuk Penilaian dan Semakan Instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah. Kata kunci: Kompetensi

1.0 PENGENALAN

KOMPAS disediakan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) bagi mendapatkan profil kompetensi pengetua dan guru besar. Berdasarkan profil kompetensi, keperluan pembangunan professional pengetua dan guru besar merujuk kompetensi pemimpin sekolah boleh dikenal pasti. Menurut Amin et al. (2008), kompetensi pemimpin sekolah yang dinyatakan dalam KOMPAS adalah gabungan enam domain kompetensi yang diperlukan oleh pemimpin sekolah Malaysia melalui dapatan kajian yang dilakukan oleh IAB. KOMPAS dibangunkan pada tahun 2008 bagi membantu pemimpin sekolah mengetahui dengan tepat keperluan pembangunan latihan dan professional yang diperlukan.

Page 24: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 16

Perancangan program pembangunan professional pemimpin sekolah yang diperlukan, turut boleh dilaksanakan di negeri atau daerah masing-masing dengan memanafaatkan profil kompetensi daripada KOMPAS. Namun, persoalannya, adakah kompetensi pemimpin sekolah yang dibangunkan pada lapan tahun (8) lepas masih relevan dengan keperluan semasa dan adakah mungkin terdapat kompetensi pemimpin sekolah baharu yang telah terbit dalam masa lapan tahun kebelakangan ini seiring dengan keperluan transformasi pendidikan dan keperluan dinamik pendidikan di masa hadapan?

Menurut Tanner dan Tanner (1995) dalam Olivia (2005), “…curriculum as that reconstruction of knowledge and experience that enable learners to grow in exercising intelligent control of subsequent knowledge and experience.”

Merujuk kepada penyataan ini, KOMPAS yang merupakan konstruk semula ilmu yang menyatakan standard bagi membolehkan pembangunan kebolehan dan pengalaman adalah juga merupakan sebahagian daripada kurikulum. Pemahaman ini adalah sejajar dengan pelapor disiplin kurikulum Hilda Taba (1962) dalam Tyler (1970), yang mendefinisikan kurikulum dalam empat (4) elemen iaitu;

i) Penyataan tujuan dan objektif ii) Organisasi isi kandungan iii) Manifestasi pola pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan iv) Program penilaian terhadap hasil

Profil kompetensi KOMPAS yang merupakan penilaian terhadap hasil (sumber manusia yang dibangunkan), melibatkan kompetensi sebagai organisasi isi kandungan dengan tujuan yang nyata, menunjukkan dengan jelas bahawa KOMPAS adalah sebahagian daripada kurikulum dalam membangunkan pemimpin sekolah di Malaysia. Melalui pendekatan penilaian kurikulum, kajian awal terhadap keperluan penilaian dan semakan KOMPAS boleh dijadikan laluan bagi menjawab persoalan yang diutarakan.

2.0 RASIONAL KAJIAN

Menurut Tyler (1970), bapa kurikulum, kurikulum dibangunkan berasaskan keperluan. Menurut beliau, keperluan ini dinilai daripada aspek keperluan individu murid atau pelajar, keperluan masyarakat dan keperluan subjek itu sendiri. Dalam era pendidikan yang dinamik, sudah pasti keperluan individu, masyarakat dan subjek akan berubah mengikut keperluan semasa. Oleh itu, penjajaran kurikulum terhadap keperluan semasa adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian.

Penjajaran kurikulum terhadap keperluan telah terlebih dahulu diakui oleh ramai ahli kurikulum. Oliva (2005) menyatakan bahawa tiada satu pun kurikulum yang akan mencapai status sempurna yang dapat memenuhi keperluan semua individu secara terkini, kerana manusia dan masa itu adalah sesuatu yang dinamik. Justeru, penilaian terhadap keperluan perlu dilaksanakan secara berfasa sekurang-kurangnya setiap lima (5) tahun dengan sekurang-

Page 25: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 17

kurangnya pemurnian yang minor. Ini adalah kerana penilaian terhadap keperluan itu adalah suatu aktiviti yang berterusan bagi memastikan kurikulum adalah relevan dengan keperluan semasa dan terkehadapan bagi keperluan masa hadapan. KOMPAS yang dibangunkan lapan (8) tahun dahulu belum pernah lagi dibuat penilaian semula. Usaha ke arah mengkaji semula KOMPAS adalah dilihat sebagai sesuatu yang perlu.

Model asas kurikulum mengkonsepsikan empat (4) komponen iaitu tujuan kurikulum; objektif kurikulum; organisasi dan pelaksanaan kurikulum serta penilaian kurikulum. Merujuk penilaian kurikulum berterusan bagi semakan kurikulum, penilaian boleh dilaksanakan di mana-mana komponen model kurikulum tersebut (tujuan, objektif atau organisasi dan pelaksanaan serta penilaian kurikulum). Penilaian kurikulum boleh dilaksanakan sekiranya terdapat persoalan terhadap ruang cakup, relevansi, keupayaan memenuhi keperluan, urutan dan kesinambungan kurikulum (Oliva 2005). Semakan semula kurikulum boleh dilaksanakan sekiranya terdapat perubahan dari mana-mana aspek isi kandungan, keberhasilan pengkaedahan, rujukan, permintaan, maklum balas keperluan dan perkembangan serta perubahan teknologi (UITM 2016). Kehadiran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, dalam mentransformasikan pendidikan jelas menunjukkan perubahan dan perkembangan dalam pendidikan. Hal ini menuntut penilaian dan semakan semula kepada kurikulum sedia ada termasuklah KOMPAS kerana KOMPAS merupakan asas rekabentuk latihan bagi kepimpinan sekolah di Malaysia.

Merujuk Minit Mesyuarat Semakan Kurikulum 2012, agenda 1.2 merupakan punca kuasa semakan kurikulum dilaksanakan setiap lima (5) tahun. Menurut Terma Rujukan Jawatankuasa Semakan Kurikulum Latihan IAB, penubuhan jawatankuasa semakan kurikulum adalah untuk memastikan kurikulum latihan IAB berkualiti dan relevan dengan perkembangan semasa. Antara fungsinya adalah memastikan kurikulum latihan IAB menepati mandat organisasi sebagai pusat pembangunan kepemimpinan dan pengurusan pendidikan. Sejajar dengan perkembangan keperluan pendidikan yang sangat dinamik kini, Mesyuarat Khas Semakan Kurikulum Bertarikh 12 Ogos 2015 telah memutuskan bahawa julat masa bagi semakan kurikulum telah diubah daripada setiap lima (5) tahun kepada setiap tiga (3) tahun. Keputusan ini jelas menunjukkan keperluan untuk penilaian dan semakan semula KOMPAS.

Walaupun tuntutan bagi penilaian dan semakan semula KOMPAS adalah agak jelas,

namun ketelitian ke arah langkah ini perlu diberi perhatian yang serius. Ini adalah kerana tindakan ini memberi implikasi terhadap pembangunan latihan kepemimpinan di Malaysia. Oleh itu, kajian awal terhadap keperluan untuk mengkaji semula KOMPAS perlu dilaksanakan terlebih dahulu untuk mendapatkan asas dan justifikasi bagi kajian penilaian dan semakan semula KOMPAS.

2.1 Tujuan dan Batasan Kajian Kajian ini merupakan kajian awal bertujuan untuk melihat sama ada terdapat keperluan untuk melaksanakan penilaian dan semakan semula KOMPAS. Kajian cuba menjawab dua (2) persoalan seperti berikut:

Page 26: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 18

1. Adakah kompetensi yang dinyatakan dalam KOMPAS masih relevan dengan keperluan semasa pemimpin sekolah?

2. Apakah kompetensi baharu yang diperlukan selain daripada yang dinyatakan dalam KOMPAS oleh pemimpin sekolah?

Kajian dibataskan kepada data yang dikumpulkan daripada sekumpulan pensyarah kepimpinan pendidikan, pengetua cemerlang dan pegawai kanan pendidikan melalui sumbang saran dan barisan pemimpin sekolah yang terlibat dalam Program Sekolah Transformasi (PST). 3.0 METODOLOGI Kajian ini merupakan kajian analisis keperluan yang mengadaptasikan pendekatan tinjauan. Beberapa siri perbengkelan dan perbincangan antara pihak IAB dengan sekumpulan pengetua cemerlang dan pegawai kanan pendidikan dari sekitar kawasan Zon Tengah telah diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2015 di IAB Bandar Enstek dan 2 hingga 5 Jun 2015 di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson untuk membincangkan kerelevanan kompetensi KOMPAS sejajar dengan peredaran pendidikan terkini. Di samping itu, data perbincangan yang didapati daripada peserta bengkel yang terdiri daripada pensyarah, pengetua cemerlang dan pegawai kanan pendidikan dicatat dan dianalisis secara tematik bagi melihat kompetensi semasa yang diperlukan oleh pemimpin sekolah. Berasaskan hasil sumbang saran, adaptasi dan modifikasi beberapa kompetensi sedia ada telah dilakukan.

Tinjauan berasaskan soal selidik ditadbirkan dalam kalangan pemimpin sekolah PST. Analisis deskriptif digunakan bagi menganalisis dapatan maklum balas tinjauan soal selidik terhadap keperluan kompetensi pemimpin sekolah yang sejajar dengan transformasi pendidikan. Oleh kerana sebahagian sumber data telah dikumpulkan bermula bulan Mac 2015, kajian awal terhadap keperluan penilaian semula KOMPAS ini dijangka selesai pada bulan Mac 2016. Rajah 1 menunjukkan carta alir metodologi kajian.

Page 27: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 19

Rajah 1: Carta Alir Kajian

Tinjauan guna soal selidik

Analisis tematik

Sedia Soal selidik rujuk hasil Bengkel

Analisis statistikal data deskriptif

Perbengkelan kompetensi KOMPAS

Mula Mula

Hasil Sumbang saran

Kumpul maklum balas

Rumusan dan Penulisan

Tamat

Mac – Disember 2015

Januari – Mac2016

Page 28: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 20

3.1 Pengumpulan dan Analisis Data Dua (2) instrumen telah digunakan untuk mengumpul data bagi analisis keperluan ini.Pellbagai analisis data digunakan. Berikut adalah perincian tentang instrumen yang terlibat dan perincian analisis yang digunakan dan petunjuk yang digunakan untuk mengenalpasti tahap kompetensi dan tahap keperluan.

Bil Instrumen Sumber Kaedah Tujuan Sampel 1 Senarai semak

Kompetensi

(berasaskan KOMPAS)

Bengkel Sumbang saran berasaskan senarai semak

Mendapatkan pandangan pemimpin sekolah tentang keperluan kompetensi terkini

Sekumpulan kecil Pensyarah IAB, Pengetua cemerlang dan Pegawai Pendidikan

2 Soal selidik Kompetensi (Lampiran A)

Analisis Hasil Bengkel JPPP

Tinjauan Soal selidik

Mengenal pasti keperluan kompetensi yang baharu

Pemimpin Sekolah PST

Bil Data Analisis Tujuan 1 Hasil Sumbang

saran Bengkel Analisis Tematik Mengenal pasti keperluan kompetensi terkini

2 Data Soal selidik Kompetensi

Alfa Cronbach Analisis Deskriptif – mod; min

Menentukan tahap kebolehpercayaan Mengenalpasti tahap keperluan kompetensi pemimpin sekolah merujuk kompetensi dinyatakan dalam soal selidik

Petunjuk Julat Min bagi Tahap Kompetensi

Julat Min Deskripsi Tahap Kompetensi

Implikasi Kepada Keperluan Kompetensi

3.41 hingga 4.0 Kompeten Tidak Perlu 2.41 hingga 3.40 Kurang Kompeten Perlu 1.00 hingga 2.40 Kritikal Sangat Perlu

(Adaptasi: Aiken & Groth Marnat 2006; FTC Assessment Centre 2012)

4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian dipersembahkan dan dibincangkan merujuk persoalan kajian yang diutarakan. Sesi perbengkelan telah memfokuskan untuk melihat kompetensi semasa yang diperlukan oleh pemimpin sekolah sejajar dengan peredaran pendidikan terkini. Di samping itu, hasil perbincangan juga digunakan sebagai landasan bagi mengenal pasti jika terdapat kompetensi selain yang dinyatakan dalam KOMPAS oleh pemimpin sekolah.

Page 29: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 21

4.1 Kompetensi Pemimpin Sekolah KOMPAS yang Relevan dengan Keperluan Pendidikan Semasa

Jadual 1 menunjukkan dapatan tentang kompetensi pemimpin sekolah yang relevan dengan keperluan semasa dengan mendapat pandangan majoriti (60% setuju bersama).

Jadual 1 Kompetensi Pemimpin Sekolah berasaskan KOMPAS

Kompetensi Masih Relevan Kompetensi Tidak Relevan

Berfokuskan Kualiti Berfikiran Strategik Orientasi Pencapaian Perkongsian Ilmu Membuat Keputusan Kreativiti dan Inovasi Pengurusan Kewangan Pengurusan ICT Pengurusan Prestasi Membangunkan Kapasiti Komunikasi Menjalinkan Hubungan dengan Pihak Luar Kerja Sepasukan

Membina Visi (Kini visi telah dibina dan dikongsi bersama, yang lebih kritikal diperlukan adalah kompetensi menterjemahkan visi kepada tindakan bermakna)

Pembangunan Fizikal & Aset

(Pembangunan perkara ini adalah dipacu oleh pentadbiran dan penyeliaan berkesan terhadap sumber fizikal dan aset serta penggunaan kewangan yang baik)

Proaktif (Adalah kata sifat indikator kepada kompetensi)

Kompetensi perlu kombinasi; Kompetensi Modifikasi Pembangunan Instruksional + Berfokuskan Kurikulum

Instruksi seharusnya dibangunkan berdasarkan kurikulum yang selari dengan falsafah pendidikan

Penyeliaan Penyeliaan seharusnya menyeluruh iaitu kepada fizikal, proses dan sumber sekolah

Mengurus Perubahan + Membuat Penambahbaikan Sekolah

Perubahan adalah sesuatu yang tidak dan juga dirancang. Oleh itu perubahan perlu diurus agar sekolah mampu ber-tahan dan bertambah baik

Menyelesai Masalah

Menyelesaikan masalah perlu berasaskan eviden iaitu data agar jelas situasi yang dihadapi

Kesedaran Kendiri + Pengurusan Kendiri

Kesedaran diri adalah elemen dalaman yang dipamerkan oleh tingkah laku pengurusan diri -intra

Kesedaran Sosial + Pengurusan Sosial

Hal ini dipamerkan dalam bentuk hubungan yang melibatkan orang lain (sosial/inter)

Page 30: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 22

Berdasarkan Jadual 1, sebanyak 13 daripada 26 kompetensi dalam KOMPAS masih relevan dengan dinamik pendidikan kini. Tiga (3) daripada kompetensi dilihat sebagai kompetensi yang tidak lagi relevan selari dengan dinamik pendidikan iaitu kompetensi membina visi, proaktif serta kompetensi pembangunan fizikal dan aset. Secara umum, visi pendidikan dan sekolah telah pun ditetapkan. Apa yang lebih kritikal perlu ada pada pemimpin sekolah, adalah keupayaan pemimpin sekolah menterjemahkan visi dalam bentuk tindakan yang bermakna sambil mengintergrasi dan mematuhi dasar sedia ada. Proaktif pula pada pandangan peserta perbincangan bukanlah kompetensi tetapi adalah kata sifat bagi indikator pada deskripsi kompetensi yang mencerminkan kesungguhan dan keikhlasan tindakan. Bagi kompetensi pembangunan sumber fizikal dan aset, para peserta merasakan ia bukanlah kompetensi primer tetapi implikasi yang terhasil daripada keupayaan melaksanakan urus tadbir dan penyeliaan serta senggaraan yang baik terhadap sumber fizikal dan aset serta kewangan sekolah.

Empat (4) kompetensi dibangunkan daripada kombinasi lapan (8) kompetensi dinyatakan dalam Jadual 2 manakala dua (2) kompetensi pula dimodifikasikan. Kompetensi pembangunan instruksional dan berfokuskan kurikulum digabungkan atas justifikasi bahawa kurikulum adalah kandungan yang hendak disampaikan dan instruksional adalah kaedah bagaimana kandungan itu disampaikan. Kedua perkara ini adalah saling bersama. Oleh itu, instruksi seharusnya dibangunkan berdasarkan kurikulum yang selari dengan falsafah pendidikan. Kompetensi mengurus perubahan adalah merupakan keupayaan dan tindakan memanafaatkan perubahan yang berlaku dalam pendidikan bagi tujuan penambahbaikan sekolah. Kompetensi kesedaran kendiri dan pengurusan kendiri pula digabungkan menjadi satu perkara kerana kesedaran bukanlah satu keupayaan yang boleh diukur secara terasing tetapi manifestasi kesedaran itu dipamerkan melalui keupayaannya menguruskan kendiri dalam dua bentuk iaitu hubungan dengan diri sendiri dan hubungan dengan orang lain. Oleh itu, kesedaran dan pengurusan kendiri digabungkan menjadi kesedaran mengurus kendiri dan kesedaran dan pengurusan sosial digabungkan menjadi kesedaran mengurus sosial. Jadual 2 Modifikasi Kompetensi berasaskan KOMPAS.

Jadual 2: Kompetensi yang dimodifikasi

Kompetensi Asal KOMPAS Kompetensi (modifikasi)

K-9 Menyelia Menyelia Menyeluruh

K-10 Menyelesaikan Masalah Menganalisis untuk Menyelesai Masalah Kompetensi penyeliaan dan kompetensi menyelesaikan masalah adalah dua (2)

kompetensi yang dimodifikasi (Jadual 2). Kompetensi tersebut diubahsuai dan dimodifikasi berasaskan hasil perbincangan yang menyatakan bahawa kompetensi penyeliaan sahaja tidak mencukupi pada masa ini. Penyeliaan itu perlu optimum. Penyeliaan seharusnya menyeluruh iaitu kepada fizikal, proses dan sumber sekolah agar menampakkan hasil yang lebih terkesan. Hasil perbincangan juga menyatakan kompetensi menyelesaikan masalah yang biasa mungkin tidak lagi sesuai dengan cabaran masa kini. Penyelesaian masalah perlu berasaskan eviden yang jelas agar penyelesaian itu tepat dan relevan dengan masalah yang dihadapi.

Page 31: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 23

Eviden pula perlu dianalisis bagi mendapatkan informasi yang bermakna dan jelas tentang situasi yang dihadapi untuk membolehkan tindakan penyelesaian dilaksanakan. Oleh itu kompetensi menyelia menyeluruh dihasilkan dan kmpetensi menganalisis untuk menyelesaikan masalah dihasilkan.

Ringkasannya, 50 peratus (13) daripada kompetensi pada KOMPAS masih lagi relevan dengan dinamik pendidikan pada masa ini.Baki 30.8 peratus (4) lagi dikombinasikan dan 7.7 peratus (2) lagi diubahsuai. Hanya 11.5 peratus (3) kompetensi dinyatakan sebagai tidak relevan. Oleh itu, berasaskan KOMPAS, hasil kajian mendapati, 19 kompetensi adalah relevan dan selari dengan pendidikan kini.

4.2 Kompetensi baharu yang diperlukan selain daripada yang dinyatakan dalam

KOMPAS oleh pemimpin sekolah. Hasil daripada perbincangan yang berlaku semasa perbengkelan, pengkaji mendapati, ada keperluan untuk melihat kompetensi baharu yang mungkin dirasakan perlu buat masa kini. Antara hasil daripada pandangan dan fakta yang dikumpul dalam perbincangan adalah;

• Kepentingan pematuhan dasar; • Keupayaan menyatakan visi dan misi agar difahami warga sekolah; • Keupayaan menghadapi risiko sesuai dengan keadaan dunia yang agak kabur

dan kurang pasti; • Keperluan menyelidik bagi membangunkan pendidikan dan inovasi; • Kebolehan untuk berdikari; • Bercirikan keusahawanan; • Kemampuan menggunakan data dengan efektif untuk mengurus dan

memimpin sekolah; • Kemampuan mengurus dengan berkesan fizikal dan sumber yang ada di

sekolah; • Mempunyai intergriti, akauntabiliti dan kualiti diri yang tinggi sesuai dengan

peranan seorang pemimpin sekolah

Berasaskan analisis tematik, tema (dihitamkan) dikumpulkan, diadaptasi dan dikemaskini untuk mendapatkan kompetensi baharu. Adaptasi dan modifikasi kepada tema yang timbul menghasilkan lapan (8) kompetensi baharu. Jadual 3 menunjukkan kompetensi baharu tersebut. Lapan (8) kompetensi baharu yang dihasilkan dan 19 kompetensi berasaskan KOMPAS memberi jumlah kompetensi sebanyak 27 untuk ditadbirkan secara tinjauan. Tinjauan 27 kompetensi ini ditadbirkan kepada 57 orang responden dalam bentuk soal selidik.

Page 32: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 24

Jadual 3: Kompetensi Baharu yang dirasakan perlu bagi Pemimpin Sekolah Bil. Kompetensi Baharu 1 Pematuhan Dasar dan Hala tuju 2 Mengurus Risiko 3 Kemahiran Menyelidik 4 Membudayakan Keusahawanan 5 Berfokuskan Penganalisisan Data 6 Mengurus Tadbir Berkesan 7 Menterjemahkan Visi dan Misi 8 Nilai Tingkah Laku Personal

Kebolehpercayaan setiap kompetensi ini dilihat menggunakan analisis reliabiliti Alfa Cronbach sebelum dianalisis selanjutnya. Merujuk kepada nilai, hampir semua kompetensi mempunyai nilai Alfa Cronbach dalam julat 0.60 hingga 0.80 iaitu boleh diterima kecuali dua (2) kompetensi yang nilai Alfa Cronbach kurang daripada 0.6 iaitu kompetensi; i) Menganalisis untuk Menyelesaikan Masalah; dan ii) Kemahiran Menyelidik. Hair et al. menyatakan nilai reliabiliti kurang daripada 0.6 adalah tidak diterima. Oleh itu penyataan kompetensi tersebut perlu dilihat semula.

Melalui analisis deskriptif, berasaskan petunjuk julat min tahap kompetensi, nilai min digunakan untuk melihat tahap kompetensi dan tahap keperluan kompetensi. Terdapat 14 kompetensi yang diperkenalkan daripada adaptasi dan modifikasi yang dilakukan. Lapan (8) daripadanya adalah kompetensi baharu. Berasaskan 25 kompetensi yang diterima, terdapat tujuh (7) kompetensi yang menunjukkan nilai min yang kurang daripada 3.40 yang membawa makna kurang kompeten dan diperlukan (Jadual 4). Pengurusan ICT dan Kompetensi Kreativiti & Inovasi adalah dua (2) kompetensi sedia ada dalam KOMPAS yang masih di tahap kurang kompeten dan diperlukan. Lima (5) daripada kompetensi tersebut adalah daripada 14 kompetensi diperkenalkan daripada hasil adaptasi dan modifikasi yang dilakukan. Ini menunjukkan 35.7 peratus daripada kompetensi yang diperkenalkan adalah diperlukan.Merujuk kepada tujuh (7) kompetensi yang diperlukan, 42.9 peratus (3/7) daripadanya adalah kompetensi baharu dan 28.6 peratus (2/7) adalah kompetensi yang diadaptasi dan dimodifikasi daripada kompetensi sedia ada. Oleh itu sebanyak 71.5 peratus kompetensi yang diperlukan adalah kompetensi yang baharu diperkenalkan.Ini menunjukkan terdapat kompetensi selain kompetensi yang dinyatakan dalam KOMPAS, yang diperlukan oleh pemimpin sekolah pada masa ini.

Page 33: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 25

Jadual 4 Deskripsi Tahap Kompetensi dan Implikasi Kepada Keperluan Kompetensi

Kompetensi Tidak Perlu (Tahap Kompeten) Kompetensi Perlu (Tahap Kurang Kompeten)

Pengurusan Prestasi 3.41 Pematuhan Dasar dan Hala tuju 2.58

Menjalin Hubungan dengan Pihak Luar 3.44 Mengurus Risiko 3.10

Berfokuskan Penganalisisan Data 3.46 Membudayakan Keusahawanan 3.18

Berfokuskan Kualiti 3.47 Pengurusan ICT 3.32 Mengurus Tadbir Berkesan 3.47 Menyelia Menyeluruh 3.36 Membuat Keputusan 3.49 Kreativiti dan Inovasi 3.37 Komunikasi 3.49 Mengurus Perubahan bagi

Penambahbaikan Sekolah

3.38 Berfikiran Strategik 3.53

Perkongsian Ilmu 3.56 Membangunkan Instruksi Berfokuskan

Kurikulum 3.57

Membangunkan Kapisiti 3.58 Kesedaran untuk Mengurus Kendiri 3.60 Kesedaran untuk Mengurus Sosial 3.60 Pengurusan Kewangan 3.61 Menterjemahkan Visi dan Misi 3.72 Berfokus kepada Pencapaian 3.72 Kerja Sepasukan 3.73 Nilai Tingkah Laku Personal 3.75

7.0 RUMUSAN

Kajian awal ini menunjukkan walaupun KOMPAS masih relevan diguna pakai untuk pendidikan masa kini, namun terdapat kompetensi baharu selain yang dinyatakan dalam KOMPAS diperlukan oleh pemimpin sekolah masa kini seiring dengan dinamik pendidikan. Oleh itu terdapat keperluan untuk melaksanakan penilaian dan semakan semula KOMPAS.

Pengkaji berpandangan terdapat asas yang kuat untuk melaksanakan penilaian dan semakan semula KOMPAS. Selain daripada keperluan kualiti yang meminta agar semakan semula semua bentuk kurikulum disemak setiap lima (5) tahun (Minit Mesyuarat Semakan Kurikulum 2012), Oliva (2005) turut menyatakan bahawa tiada satu pun kurikulum yang akan mencapai status sempurna yang dapat memenuhi keperluan semua individu secara terkini, kerana manusia dan masa itu adalah sesuatu yang dinamik. Oleh itu, penilaian semula terhadap keperluan adalah perlu dilaksanakan secara berfasa sekurang-kurangnya setiap lima tahun dengan sekurang-kurangnya pemurnian yang minor. Dapatan kajian awal ini juga menunjukkan ada kompetensi yang dimurnikan dan terdapat kompetensi baharu yang diperkenalkan. Tambahan, kompetensi yang diperkenalkan ini mempunyai keperluan yang lebih tinggi berbanding kompetensi yang lain. Sekiranya, data sedia ada KOMPAS dapat dianalisis secara inferansi bagi melihat kerelavanan kompetensi, ia mampu mengukuhkan justifikasi kepada kajian penilaian dan semakan semula KOMPAS.

Page 34: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 26

8.0 Rujukan.

Amin Senin. 2008. Institut Aminuddin Baki: Melangkah ke hadapan. Kuala Lumpur: Grafik Istimewa.

Amin, S., Abd Razak, M., Rosnarizah, A.H., & Abd Jalil, H. 2011. 2nd ed. Instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah. Kuala Lumpur: Institut Aminuddin Baki.

Amin Senin. 2008. Kompetensi Berimpak Tinggi bagi Pemimpin Sekolah. IAB Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. SKPM. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.JKNK.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah).

Institut Aminuddin Baki. Minit Mesyuarat SemakanKurikulum 2012.

Institut Aminuddin Baki. 2009. Dasar Kualiti: Terma Rujukan Jawatankuasa Semakan Kurikulum Latihan.

Universiti Institut Teknologi Mara. 2016. Curriculum Review Guidelines.

Oliva, P.F. 2005.Developing the curriculum. 6th ed. Singapore: Pearson.

Tyler, R. W. 1970. Basic principles of curriculum. 13th ed. London: University of Chicago.

Page 35: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 27

KAJIAN SEMAKAN INSTRUMENKOMPETENSI PEMIMPIN SEKOLAH (KOMPAS)

Nor Foniza binti Maidin

Tarzimah binti Tambychik

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek

Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak Penjajaran kurikulum merupakan satu keperluan untuk memenuhi keperluan latihan semasa kerana pendidikan adalah dinamik.Justeru, instrumen penilaian terhadap keperluan latihan perlu disemak semula sekurang-kurangnya untuk pemurnian selaras keperluan semasa. Fasa 1, Penyelidik menganalisis data sekunder untuk mengesahkan kerelevanan domain dan kompetensi sedia ada. Penyelidik juga menganalisis data sekunder untuk mengesahkan kerelevanan domain dan kompetensi sedia ada.Analisis faktor mengelompokkan item kepada empat (4) domain berbanding enam (6) domain asal. Oleh yang demikian, penyelidik membuat keputusan untuk meneruskan semakan semula Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS). Fasa 2, melibatkan penerokaan kompetensi baharu pemimpin sekolah mengikut keperluan semasa dan akan datang melibatkan Pengetua dan Guru Besar (PGB) cemerlang dan berpengalaman, pegawai-pegawai JPN, PPD dan KPM untuk bagi mendapatkan kompetensi dan menghasilkan instrumen kompetensi baharu. Didapati Indeks persetujuan melebihi 0.70 terhadap item kompetensi baharu. Selepas rintis, 121 item kompetensi baharu ditadbirkan kepada 525 orang PGB di Semenanjung Malaysia. Hasil faktor analisis mendapati terdapat lima domain iaitu Hala Tuju Pencapaian; Sumber Operasi; Mengurus Perubahan; Hubungan dan Kualiti Peribadi yang relevan. Di samping itu, terdapat 13 kompetensi baharu iaitu Pematuhan Dasar; Menterjemah Visi; Berfokus Kemenjadian Murid; Instruksional berfokus Kurikulum; Pemantauan menyeluruh; Berfokus Data; Mengurus ICT; Membudaya Keusahawanan; Mengurus risiko; Menyelidik; Jaringan dan Jalinan Hubungan luar; Nilai Tingkah laku Personel; Kesedaran Mengurus Kendiri dan Sosial merupakan keperluan kepada PGB masa kini serta untuk masa hadapan.

Kata Kunci: Kompetensi, instrumen KOMPAS dan Domain

1.0 PENGENALAN

Pengetua dan guru besar sebagai peneraju sekolah mempunyai tugasan dan tanggungjawab mengurus dan memimpin sebuah sekolah. Menurut Ebmeier (2003), Pemimpin sekolah mempengaruhi pencapaian murid, sikap guru dan budaya sekolah melalui kecekapan pengurusan, kepakaran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran komunikasi mereka. Oleh itu, pemimpin sekolah hendaklah mempunyai kompetensi kepimpinan yang pelbagai (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Persiapan kompetensi pengetua yang mantap membolehkan pengetua menggabungjalinkan sembilan bidang dalam mencapai matlamat

Page 36: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 28

sekolah dan memenuhi tuntutan yang semakin mencabar. Kompetensi adalah keupayaan untuk mengaplikasikan atau menggunakan satu set pengetahuan yang berkaitan, kemahiran, dan kebolehan untuk melaksanakan "fungsi kerja kritikal" atau tugas dalam persekitaran kerja yang ditetapkan. Kompetensi merupakan gabungan pengetahuan kemahiran, kebolehan, dan tingkah laku yang boleh diukur atau diperhatikan sebagai faktor kritikal kepada kejayaan prestasi kerja individu. Kompetensi juga melibatkan kepakaran dalam bidang tugas sama ada teknikal, profesional atau pengurusan yang tidak statik tetapi sentiasa bermotivasi untuk memperluaskan, memanfaatkan dan mengupayakan orang lain berkaitan pengetahuan tersebut. Kompetensi perlu dikenal pasti kerana ia adalah asas bagi pengurusan yang efektif (Rothwell 2010). Kompetensi merupakan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam melaksanakan tugas dengan efektif ( Boyatzis, 2011; Gentry et. Al. 2013).

KOMPAS merupakan instrumen yang dibangunkan pada tahun 2008 oleh penyelidik Institut Aminuddin Baki bagi mendapatkan profil kompetensi pengetua dan guru besar (PGB) juga menjadi alat menganalisis keperluan latihan pemimpin sekolah. Kompetensi pemimpin sekolah yang dinyatakan dalam KOMPAS adalah gabungan enam (6) domain kompetensi perlu semakan semula bagi memastikan kurikulum adalah relevan dengan keperluan semasa dan keperluan masa hadapan selaras dengan inisiatif PPPM 2013 - 2025.Profil kompetensi KOMPAS merupakan penilaian terhadap sumber manusia yang dibangunkan melibatkan kompetensi sebagai pengorganisasian isi kandungan. Maka, jelas dan nyata menunjukkan bahawa tujuan KOMPAS adalah sebahagian daripada kurikulum dalam membangunkan pemimpin sekolah di Malaysia.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

KOMPAS yang dibangunkan oleh IAB pada tahun 2008 membantu pemimpin sekolah mengetahui dengan tepat pembangunan latihan dan profesional yang diperlukan.Profil KOMPAS boleh membantu dalam merancang pembangunan profesionalisme pemimpin sekolah mengikut keperluan individu di peringkat IAB, jabatan atau daerah di negeri masing-masing. Namun, persoalannya, adakah kompetensi pemimpin sekolah yang dibangunkan tahun 2008 masih relevan dengan keperluan semasa atau terdapat kemungkinan kompetensi baharu yang diperlukan oleh pemimpin sekolah pada masa kini kerana pendidikan adalah dinamik dan kebelakangan ini berlaku transformasi pendidikan untuk keperluan masa hadapan?

Seterusnya merujuk Minit Mesyuarat Semakan Kurikulum 2012, agenda 1.2 semakan kurikulum perlu dilaksanakan setiap lima (5) tahun. Menurut Terma Rujukan Jawatankuasa Semakan Kurikulum Latihan IAB, penubuhan jawatankuasa semakan kurikulum adalah untuk memastikan kurikulum latihan IAB berkualiti dan relevan dengan perkembangan semasa serta menepati mandat organisasi sebagai pusat pembangunan kepemimpinan dan pengurusan pendidikan. Berdasarkan kepada hasil kajian awal keperluan semakan KOMPAS, didapati penilaian dan semakan semula KOMPAS perlu dilakukan dengan mengambil kira dapatan kajian awal tersebut yang mendapati terdapat kompetensi dimodifikasi dan kompetensi baharu yang diperlukan selari dengan masa.

Page 37: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 29

Pengkajian berbentuk inferensi adalah perlu bagi semakan semula KOMPAS. Penelitian dan penilaian kompetensi yang signifikan dan relevan dengan keperluan pendidikan semasa dan masa hadapan diharap dapat dihasilkan daripada kajian semakan semula KOMPAS ini.

3.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian semakan semula yang bertujuan untuk mengkaji keperluan bagi melaksanakan penilaian dan semakan semula KOMPAS. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti sama ada dimensi kompetensi pemimpin sekolah KOMPAS yang dibina masih relevan dengan keperluan semasa pemimpin sekolah dan meneroka kompetensi pemimpin sekolah yang baharu. Rajah 1 menunjukkan reka bentuk pelaksanaan kajian.

Rajah 1 Reka bentuk Pelaksanaan Kajian

Jadual 1 menunjukkan analisis yang digunakan untuk menganalisis item semakan semula KOMPAS.

Jadual; 1 Analisis Kajian Semakan semula Bil Data Analisis Tujuan 1 Data Soal

selidik Kompetensi

Alfa Cronbach Analisis Deskriptif – mod; min

Menentukan tahap kebolehpercayaan Mengenal pasti kompetensi dan tahap keperluan pemimpin sekolah merujuk kompetensi dalam soal selidik

2 Data KOMPAS

Alfa Cronbach Analisis Faktor – Eigenvalue; matriks pola; matriks struktur; matriks korelasi

Menentukan tahap kebolehpercayaan Mengkaji bilangan komponen/dimensi kompetensi yang terdapat dalam KOMPAS merujuk kepada maklum balas semasa

3 Data KOMPAS Versi 2.0

Alfa Cronbach Analisis Faktor – Eigenvalue; matriks pola; matriks struktur; matriks korelasi Analisis Komformatori Faktor (CFA) – RMSEA; CFI; TLI; NFI

Menentukan tahap kebolehpercayaan Mengkaji bilangan komponen/dimensi kompetensi yang terdapat dalam KOMPAS Versi 2.0 merujuk kepada maklum balas pemimpin sekolah

SEMAKAN KOMPAS 2008 Mengkaji

kerelevanan dimensi dan kompetensi

• 6 Domain• 26 Kompetensi

( 100 item)

PEMBINAAN ITEM Meneroka kompetensi

yang baharu )

•6 Domain•29 Kompetensi

(121 item)

KOMPAS VERSI 2.0 hasil tinjauan keatas

525 PGB

• 5 Domain• 14 Kompetensi

( 47 Item )

Page 38: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 30

4.0 HASIL KAJIAN

Kebolehpercayaan setiap kompetensi merujuk kepada nilai Alfa Cronbach, dan didapati kompetensi lebih daripada 0.8. Menurut Hair et al. menyatakan nilai reliabiliti kurang daripada 0.6 adalah tidak diterima. Seterusnya didapati matriks kolerasi adalah antara 0.3 dan 0.9 , Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy (KMO) menunjukkan nilai kecukupan sampel adalah melebihi 0.6. Ujian Barlett’s Test of Sphericity adalah signifikan iaitu <0.05 . Hasil ujian nilai KMO adalah 0.995 dan ujian Bartlett (P = 0.000), oleh itu analisis faktor adalah sesuai (Jadual 2). Penerokaan kompetensi pemimpin sekolah yang baharu berasaskan kepada dapatan kajian awal semakan KOMPAS, 29 kompetensi yang disenaraikan termasuk kira empat yang disyorkan untuk digugurkan.

Jadual 2 Kompetensi bagi Dimensi 1- 4

Dimensi Kompetensi N Item Dimensi Baharu

Dasar dan Hala Tuju

Membina Visi 3

Dimensi 1 Dasar dan Hala Tuju

Berfokuskan Kualiti 3 Berfikiran Strategik 3 Proaktif 3

Instruksional dan Pencapaian

Orientasi Pencapaian 4 Pembangunan Instruksional 4 Perkongsian Ilmu 4

Dimensi 2 Instruksional dan Pencapaian

Berfokuskan Kurikulum 4 Penyeliaan 4

Mengurus Perubahan dan Inovasi

Menyelesaikan masalah 3 Mengurus Perubahan 4 Membuat Keputusan 4 Perlu di keluarkan Membuat Penambahbaikan Sekolah

4

Kreativiti dan Inovasi 3 Sumber dan Operasi

Pengurusan Kewangan 5 Dimensi 3

Sumber dan Operasi Pembangunan Aset & Fizikal 4 Pengurusan Prestasi 3 Pengurusan ICT 4

Hubungan sesama Manusia

Membangun Kapasiti 4

Dimensi 4 Kualiti Peribadi

Komunikasi 5 Menjalin Hubungan Luar 5 Kerja Pasukan 4

Keberkesanan Kendiri

Kesedaran Kendiri 4 Pengurusan Kendiri 4 Kesedaran Sosial 4 Pengurusan Sosial 4

Bilangan N = 2556; Item = 100, Reliabiliti = 0.9 ,Hasil SPSS versi 20 Anlisis Faktor = Nilai pemberat faktor lebih 0.3 dan kurang 0.9 Hasil analisis item terbahagi kepada 4 komponen sahaja. Berasaskan dapatan semakan KOMPAS, jangkaan pengkaji item yang tidak terfaktor mungkin berpotensi dalam dimensi yang terasing.

Page 39: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 31

Rajah 1 Dapatan Semakan KOMPAS

Terdapat 14 kompetensi baharu diperkenalkan hasil tiga (3) perbincangan dengan PGB cemerlang, pegawai pendidikan daerah dan jabatan. Tinjauan kali pertama dilakukan dalam bentuk soal selidik kesemua melibatkan dua puluh sembilan kompetensi diedarkan kepada 267 orang responden mendapati hanya dua puluh lima kompetensi mempunyai nilai Alfa Cronbach melebihi 0.6 (indeks reliabiliti diterima).

Jadual 3 Kompetensi yang diterima

Kompetensi N Item Menterjemahkan Visi dan Misi 3 Berfokuskan Penganalisisan Data 5 Berfokuskan Kualiti 3 Pengurusan ICT 5 Berfikiran Strategik 3 Mengurus Tadbir Berkesan 5 Pematuhan Dasar dan Halatuju 3 Mengurus Risiko 4 Berfokus kepada Pencapaian 3 Membangunkan Kapasiti 6 Membangunkan Instruksi Berfokuskan Kurikulum 4 Perkongsian Ilmu Knowledge

Management 3

Kreativiti dan Inovasi 3 Menjalin Hubungan dengan Pihak Luar 5 Menyelia Menyeluruh 4 Kerja Sepasukan 4 Membuat Keputusan 3 Nilai Tingkah Laku Personal 6 Mengurus Perubahan bagi Penambahbaikan Sekolah 6 Kesedaran untuk Mengurus Kendiri 5

Komunikasi 6 Kesedaran untuk Mengurus Sosial 5 Pengurusan Kewangan 4 Membudayakan Keusahawanan 3 Pengurusan Prestasi 4

Page 40: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 32

Hasil Structural Equation Modeling (SEM) untuk Analisis Komformatori Faktor (CFA) – RMSEA; CFI; TLI; NFI mendapati terdapat sembilan kompetensi di ekstrak. Hasil Ujian Komformatori (CFA) Chi-Square 1567.607 dan P-value (0.00) boleh diterima kerana jumlah sampel adalah lebih daripada 200. Hasil RMSEA < 0.08 iaitu (0.049); GFI > 0.90 iaitu 0.94473 dan CFI >0.90(CFI = 0.943), oleh itu analisis faktor pengesahan (CFA) adalah fit (Rajah 2).

Rajah 2 Analisis Faktor Pengesahan

Tinjauan kedua ditadbirkan kepada 557 sampel dalam bentuk soal selidik atas talian melibatkan 25 kompetensi yang telah diterima. Pengkaji mendapati hasil analisis faktor mengklafisikasi item kompetensi kepada lima dimensi dan empat belas kompetensi. Jadual 4 dapatan kajian yang menunjukkan dimensi dan kompetensi bagi pemimpin sekolah. Dimensi Kualiti Peribadi adalah dimensi modifikasi yang diterbit.

Page 41: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 33

Jadual 4 Kompetensi Hasil Semakan Semula KOMPAS Merujuk Dimensi

Dimensi: Dasar dan Hala Tuju dan Instruksional Pencapaian

• Pematuhan Dasar, • Menterjemah Visi, • Berfokus Pencapaian, • Membangunkan instruksi berfokus

kurikulum, • Menyelia Menyeluruh

Dimensi: Sumber dan Operasi • Berfokuskan Penganalisisan Data; • Pengurusan ICT,

Dimensi: Mengurus Perubahan dan Inovasi • Membudayakan Keusahawanan, • Mengurus Risiko, • Kemahiran Menyelidik

Dimensi: Hubungan Sesama Manusia • Menjalin Hubungan dengan pihak luar

Dimensi: Kualiti Peribadi • Nilai Tingkah laku Personal , • Kesedaran untuk Mengurus Kendiri, • Kesedaran untuk Mengurus Sosial

5.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Hasil dapatan KOMPAS Versi 2.0 menunjukkan terdapat 14 kompetensi yang perlu dikuasai sebagai pemimpin sekolah berasaskan Kualiti Peribadi iaitu tingkah laku personel dan kesedaran mengurus diri sendiri dan sosial. Dalam mengurus ke arah mencapai hala tuju yang ditetapkan, pemimpin perlu patuh kepada mandat dan dasar-dasar yang ditetapkan dalam membawa subordinat mencapai visi dan visi. Pemimpin perlu kompeten sebagai pengurus instruksional yang berfokus kepada kemenjadian murid melalui pemantauan. Pemimpin akan menghadapi perubahan berterusan kerana pendidikan adalah dinamik, maka kecekapan mengurus perubahan dengan mengurus risiko dan mewujudkan budaya menyelidik berasaskan data menjadi keperluan. Penambahbaikan sekolah berasaskan data telah menjadi satu keperluan kepada pemimpin sekolah terutama dalam proses mentransformasikan sekolah yang menjadi agenda kementerian. Model penambahbaikan sekolah menitikberatkan sistem data yang kaya bagi mengukur sesuatu kejayaan(Faizal & Gary, 2016). Memiliki data mengenai pencapaian akademik murid penting dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (Brandt, 2003).

Rajah 3 Hasil Semakan Semula KOMPAS: Kerangka KOMPAS versi 2

Page 42: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 34

Seterusnya, pemimpin juga perlu membudayakan ciri-ciri keusahawanan, mengurus ICT serta membina jalinan dan jaringan dengan pelbagai pihak. Keperluan mengurus ICT sebagai salah satu kompetensi pemimpin sekolah menyokong hasil dapatan Rahimi & Yusri (2015) iaitu Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bersama agensi-agensi berkaitan seperti Institut Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru perlu membuat penambahbaikan terhadap kurikulum latihan kepengetuaan dengan menekankan aspek pengintegrasian ICT dalam aspek melaksanakan fungsi kepimpinan pengajaran. Ini selaras dengan dunia digital yang berkembang pesat.

Dapatan kajian berkaitan peranan pemimpin, boleh dijadikan asas kepada penyediaan modul untuk kursus pengurusan kepimpinan sekolah oleh pihak IAB, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah. Dapatan ini juga menjelaskan kepada pihak IAB bahawa pemimpin sekolah perlu menguasai beberapa kompetensi baharu. Oleh yang demikian, terdapat keperluan kepada IAB sebagai pusat latihan untuk membangunkan kursus baharu untuk memenuhi keperluan pemimpin sekolah.

Hasil kajian ini juga boleh digunakan oleh pengetua sebagai rujukan untuk mengurus ilmu dan sumber manusia di sekolah agar dapat meningkatkan potensi diri serta organisasi untuk mencapai kecemerlangan dan terus mengharungi perubahan dan bersaing dalam pasaran global. Selain itu, kajian ini juga mendapati kompetensi pemimpin yang di senaraikan juga boleh digunakan sebagai nilai tambah kepada SKPM yang disediakan oleh nazir terutama elemen kepimpinan dan hala tuju sekolah dalam mempertingkatkan kualiti sekolah ataupun transformasi sekolah TS25. Sumbangan kajian ini sangat bermakna kepada pengetua yang ingin mencapai sekolah berprestasi tinggi.

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof. 2000. Perubahan & kepimpinan. Universiti Utara Malaysia.

Abd. Razak Wahid. 2001. Pengetua Sebagai Pemimpin Perubahan. Jurnal Institut Pengetua. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 1(1): 1 - 11.

Amin Senin. 2008. Kompetensi Berimpak Tinggi bagi Pemimpin Sekolah. IAB Malaysia.

Bitty Salwana, A., Ahmad Basri, M. Y., Ramlee, M., & Mohammed Sani, I. (2010).Analisis kompetensi pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan pengurusan sekolah menengah Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 31 – 41.

Boyatzis, R.E. 2011. Managerial and leadership competencies: A behavioral approach to emotional, social and cognitive intelligence. Vision: The Journal of Business Perspective 15(2): 91-100.

Page 43: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 35

Barth, R. 2006. Improving relationships within the schoolhouse. Educational Leadership, 63(6),8–13.

Ebmeier, H. ( 2003). How supervision influences teacher efficacy and commitment: An investigation of a path model. Journal of Curriculum and Supervision, 18, (110 – 141).

Gentry, W.A., Eckert, R.H., Munusamy, V.P., Stawiski, S.A. & Martin, J.L. 2013. The needs of

participants in leadership development programs: a qualitative and quantitative cross-country investigation. Journal of Leadership & Organizational Studies 21(1): 83-101.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Ibrahim Barjunid. 2000. Education Management and Leadership in Malaysia. The training and profesional development of school principals.Asia-Pasific Journal of Teacher Education and Development. 3(2): 49 -75.

Institut Aminuddin Baki. 2008. Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM). Malaysia: IAB Kementerian Pelajaran Malaysia.

Institut Aminuddin Baki. 2010. Institut Aminuddin Baki Melangkah ke Hadapan. Malaysia: IAB Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ishak Sin. 2006. Memperkasa Kepimpinan Sekolah- teori manakah yang perlu diguna pakai oleh Pengetua?Kertas kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 13. Anjuran Institut Aminuddin Baki. 4 -8 Disember.

Mason, J. & McMorrow, R. (2006). YACLD (yet another computer literacy definition) [Electronic Version].Journal of Computing Sciences in College, 21(5), 94-100.

Mat Rahimi Yusof & Mohd Yusri Ibrahim. 8 & 9 June 2015. Sumbangan Kepimpinan Instruksional Maya Terhadap Kompetensi Pengajaran Guru.Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net : or https://www.researchgate.net/publication/281860904

Tanner D. 2007. Curriculum Development: Theory Into Practice, 4th Edition, Rutgers University Laurel Tanner, University of Houston Pearson

Ralph W. Tyler. 1945. Basic Principles of Curriculum and Instruction First Edition, Revised Edition, Kindle Edition

Spencer L.M & Spencer S.M. (1993). Competence at Work: Models for Superior Performance. New York: John Wiley& Sons, Inc. Society for Human Resource Management. 2007. The 2007-2008 workplace trends list. Alexa

Page 44: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 36

PENTAKSIRAN CALON PENGETUA DAN GURU BESAR DI NEGERI:

CABARAN SERTA TINDAKAN SOKONGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Mohd Yusuf bin Ali Tarzimah binti Tambychik

Nor Foniza binti Maidin Ahmad Salihin bin Mat Saat

Jabatan Pentaksiran Pemimpin Pelapis Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek

Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

Kajian merupakan kajian tinjauan bagi melihat cabaran pentaksiran calon pengetua dan guru besar di negeri dan menilai kesesuaian tindakan sokongan pentaksiran yang dilakukan bersama negeri. Kajian mendapati variasi cabaran yang dihadapi oleh negeri adalah pelbagai dan selain pematuhan prosedur pentaksiran secara konsisten, negeri telah menghasilkan pelbagai tindakan berfokuskan keperluan tersendiri daripada aspek urus tadbir bagi menyokong pelaksanaan pentaksiran di negeri. Kajian menggunakan pendekatan temu bual bagi mengumpul data dan maklumat terhadap cabaran dan tindakan sokongan di negeri. Sebanyak lima kes difokuskan dalam kajian ini. Disamping itu, tindakan sokongan IAB bersama negeri terhadap pentaksiran melalui audit pemantauan mendapati bahawa terdapat peningkatan sebanyak +0.01 hingga +0.10 daripada tahun 2015 hingga 2017 bagi indeks konsistensi urus tadbir, indeks konsistensi pematuhan prosedur pentaksiran dan indeks konsistensi kompetensi pentaksir. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tindakan sokongan yang dilaksanakan oleh negeri dan IAB memberi implikasi kepada penambahbaikan pelaksanaan pentaksiran calon PGB secara berterusan. Kata kunci: pentaksiran; pematuhan prosedur; tindakan sokongan; indeks konsistensi 1.0 PENGENALAN Pentaksiran bagi Pemilihan Pengetua dan Guru Besar (PGB) di bawah Syarat Baharu dibangunkan berasaskan inisiatif ke lima (5) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi memastikan pemimpin sekolah berkualiti tinggi ditempatkan di setiap sekolah Pemimpin sekolah berkualiti di setiap sekolah penting dalam usaha memacu sekolah kepada prestasi yang lebih tinggi (PPPM 2012). Pemilihan pemimpin sekolah berasaskan keperibadian dan nilai imperatif yang tinggi menjadi fokus untuk kepimpinan berkualiti dan pencapaian tinggi bagi menepati keperluan pendidikan yang semakin mencabar. Pentaksiran bagi memilih PGB berkualiti tinggi untuk dilantik menekankan kepada kompetensi teras dan kualiti peribadi. Dalam usaha membangunkan proses pentaksiran tersebut, KOMPAS (Model Kompetensi Pemimpin Sekolah 2009), SKKSM (Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia

Page 45: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 37

2006) diadaptasikan berserta dapatan dan maklum balas yang dikumpulkan berasaskan kajian tinjauan, perbincangan dan sumbangsaran dengan pelbagai lapisan pendidik dan pakar pendidikan. Bermula tahun 2015, pentaksiran bagi pemilihan PGB di bawah syarat baharu mula dilaksanakan secara agresif di setiap negeri selepas dirintis secara berfokus di dua (2) negeri dan kemudian dikaji pelaksanaannya di seluruh negara secara praktis bermula tahun 2014.

2.0 LATAR BELAKANG

Pentaksiran bagi pemilihan PGB di bawah Syarat Baharu mula diperkenalkan ideanya pada tahun 2013 berasaskan PPPM. Lanjutannya, penterjemahan idea tersebut mula dilaksanakan secara praktis bermula tahun 2014 berasaskan mandat yang diperolehi daripada Minit Mesyuarat Profesional KPM Bil.2/2014 bertarikh 23 Januari 2014 terhadap penerimaan kertas makluman operasi pelaksanaan pentaksiran PGB di bawah syarat baharu. IAB telah diberi tanggungjawab memimpin pelaksanaan proses pentaksiran iaitu membangunkan kerangka pentaksiran, menyediakan kaedah, instrumen pentaksiran dan prosedur pentaksiran seterusnya melatih para pentaksir yang kompeten bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Jabatan Pendidikan Negeri/Bahagian yang mempunyai sekolah. BPSM sebagai pihak bertanggung jawab dan pihak bertindak, berperanan melaksanakan penempatan PGB berbanding kekosongan mengikut syarat baharu pemilihan dan penempatan PGB baharu. JPN pula sebagai pengguna kepada PGB, berperanan melaksanakan proses pentaksiran dalam usaha memilih PGB di bawah Syarat Baharu mengikut piawai (standard) proses operasi (operational procedure) SOP ditetapkan bagi membantu proses penempatan di negeri. Ketika itu, calon ditaksir untuk dipilih sebagai calon PGB berpotensi selepas selesai program kelayakan kepimpinan pendidikan kebangsaan (NPQEL). Bagaimanapun bermula akhir tahun 2015, calon ditaksir bagi pemilihan calon PGB ke NPQEL berasaskan perubahan yang dinyatakan pada Minit Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia & Latihan KPM Bil 2/2015 bertarikh 10 September 2015. Perubahan bertujuan agar pemilihan calon adalah mengikut keperluan di negeri dengan perhatian penuh pengarah pendidikan negeri terhadap penempatan PGB di sekolah negeri masing-masing pada piawai ditetapkan. Tambahan, perubahan ini juga mengurangkan kos dan sebaik sahaja selesai calon dibangunkan menerusi NPQEL sekiranya terdapat kekosongan di negeri, calon sudah boleh mengisi kekosongan tersebut.

2.1 Konsep dan Pelaksanaan Pentaksiran

Pentaksiran merangkumi skop yang luas melibatkan pengukuran dan penilaian. Menurut Aiken & Groth-Marnat (2006), pentaksiran adalah proses mendokumentasi perkara yang boleh diukur dan diberi pertimbangan nilai berdasarkan kerangka teori, andaian dan kepercayaan tentang sesuatu perkara yang diukur merujuk kepada sifat minda, pengetahuan, kemahiran dan proses pembelajaran.

Page 46: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 38

Pentaksiran berpotensi untuk tersasar keobjektifannya kerana ia merupakan refleksi kepada falsafah sosial dan politikal yang menekankan kepada nilai seseorang individu tersebut. Ekoran itu, satu piawai pentaksiran dan garis panduan diperlukan bagi mengawal konsistensi dan keobjektifan pentaksir ketika melaksanakan pentaksiran.

Pada awal Pentaksiran bagi Pemilihan PGB di bawah Syarat Baharu, yang melibatkan calon yang telah melalui NPQEL, prosedur pentaksiran melibatkan tiga (3) kaedah pentaksiran yang perlu dilaksanakan dalam sehari iaitu Portfolio, Perbincangan Berkumpulan Tidak Terpimpin (PBTT) dan Temu duga Berstruktur (TDB). Pemakluman untuk menyediakan portfolio disampaikan kepada calon sekurang-kurangnya seminggu awal daripada tarikh pentaksiran agar calon mempunyai masa sekurang-kurangnya lima (5) hari bagi menyediakan portfolio untuk diserahkan pada hari pentaksiran. Setiap panel pentaksir seramai lima (5) orang akan mentaksir satu set calon yang terdiri daripada enam (6) orang. Dua (2) orang pentaksir diperlukan untuk mentaksir portfolio manakala tiga (3) orang pentaksir diperlukan untuk mentaksir PBTT dan TDB. Namun, selepas perubahan pada tahun 2015, prosedur pentaksiran melibatkan dua (2) kaedah sahaja iaitu PBTT dan TDB. Oleh itu bilangan pentaksir perlu bagi setiap kumpulan calon adalah tiga (3) orang.

Terdapat tiga (3) fasa pentaksiran seperti berikut: • Fasa pra pentaksiran melibatkan tiga (3) langkah utama iaitu menyediakan bahan

dan memilih panel pentaksir; memberi taklimat oleh PB negeri/bahagian kepada panel pentaksir; dan penyerahan bahan serta menandatangani akta kerahsiaan.

• Fasa semasa pentaksiran melibatkan lima (5) langkah utama iaitu pendaftaran calon; penyerahan Portfolio; taklimat pentaksir dan taklimat calon; pentaksiran Portfolio; dan pentaksiran bersemuka menggunakan kaedah PBTT dan TDB. Bagaimana pun langkah yang melibatkan portfolio adalah tidak lagi relevan dengan perubahan terkini bermula akhir tahun 2015.

• Fasa pasca pentaksiran. Fasa pasca pentaksiran melibatkan penyerahan bahan

pentaksiran, borang skor markah yang telah disahkan oleh panel dan templat markah yang telah siap diisi markah oleh Ketua Panel Pentaksiran kepada PB Negeri/Bahagian. Panel pentaksir perlu menandatangani borang pemulangan bahan taksiran.

Bagi memastikan pelaksanaan pentaksiran, pegawai bertanggung jawab (PB), jurulatih utama pentaksiran (JU) dan pentaksir memainkan peranan yang sangat penting yang mana PB bertanggungjawab menguruskan pelaksanaan pentaksiran; JU memberi khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan asas pentaksiran dan kemahiran mentaksir serta pentaksir pula melaksanakan pentaksiran.

Page 47: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 39

2.2 Pegawai Bertanggungjawab, Jurulatih Utama dan Pentaksir

PB adalah pegawai di bahagian dan negeri yang bertanggung jawab mengurus dan memastikan pelaksanaan pentaksiran. Kecekapan PB memberi implikasi kepada kelancaran pelaksanaan pentaksiran. Berikut adalah peranan PB Negeri dan Bahagian:

i. mengurus tadbir pelaksanaan proses pentaksiran di negeri atau bahagian masing-masing;

ii. menyediakan kumpulan pentaksir negeri terlatih dengan kerjasama Unit Latihan dan IAB;

iii. memastikan proses pentaksiran mematuhi prosedur piawaian yang ditetapkan; iv. menerima dan menyimpan Dokumen TERHAD Manual Pentaksiran bagi Pemilihan

Pelantikan PGB di bawah Syarat Baharu yang turut mengandungi Dokumen SULIT Pentaksiran khusus untuk pelaksanaan pentaksiran sahaja;

v. memastikan skor pentaksiran diperakui dan dihantar kepada BPSM; dan vi. memastikan Akta Kerahsiaan terhadap proses pentaksiran dipatuhi.

Bagaimanapun, terdapat cabaran yang dihadapi oleh PB dalam memenuhi tanggungjawab mereka. Negeri yang besar yang melibatkan bilangan calon yang ramai dan keperluan pentaksir yang tinggi adalah sangat mencabar untuk diuruskan dan ketirisan maklumat dan pemahaman yang sampai kepada calon juga memberi corak hasil pentaksiran yang pelbagai. Cabaran–cabaran ini akan dibincangkan sebagai kes-kes pentaksiran dengan lebih terperinci dalam penulisan ini. Dalam hal ini, kerjasama JU dan pentaksir sangat memberi implikasi kepada kelancaran pelaksanaan pentaksiran. JU adalah sebagai sumber rujukan di negeri dan bahagian bagi memudahcarakan pelaksanaan pentaksiran dan membimbing para pentaksir di negeri dan bahagian di samping menggalakkan pentaksir agar bersedia daripada aspek minda, ilmu dan kemahiran sebelum melaksanakan pentaksiran. Pentaksir tidak boleh bersikap bias, terikat dengan minda sendiri, melakukan provokasi yang tidak berasas, bersifat subjektif dan melakukan andaian serta mencabuli hak prerogatif individu yang ditaksir. Dengan kata lain, pentaksir perlu mempunyai sifat dan kemahiran seperti berikut:

i. ikhlas dan neutral; ii. pendengar yang baik; iii. sistematik dalam membuat rumusan terhadap calon; iv. berhati-hati dan mampu verifikasi maklumat ditaksir; v. objektif dan mampu mengasingkan maklumat daripada andaian; vi. menghormati dan membawa temu bual ke arah dan tahap yang betul; dan vii. menggalakkan respon daripada calon dengan membina rapor yang bersesuaian

bagi memberi peluang kepada calon ditaksir.

Page 48: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 40

3.0 METODOLOGI Penulisan ini menceritakan pengalaman yang dihadapi oleh negeri dan bahagian yang merupakan antara cabaran terbesar bagi pihak negeri dan bahagian dalam melaksanakan pentaksiran calon PGB. Perkongsian pengalaman ini adalah berasaskan kepada lima (5) kes berikut yang turut juga berkongsi tindakan sokongan dan penambahbaikan yang telah diambil. Pemilihan terhadap kes-kes ini adalah merujuk kepada bentuk cabaran yang dihadapi dan maklumat yang dikongsi oleh pihak negeri bersama pihak IAB. Pendekatan kualitatif yang diadaptasi dalam mengumpul maklumat kepada kes dilakukan melalui sesi perbincangan, temu bual serta analisis pelaporan dan perkongsian pengalaman yang dituliskan oleh pihak negeri dan bahagian.

4.0 PERKONGSIAN KES DAN PERBINCANGAN Lima (5) kes yang dibincangkan merujuk kepada cabaran yang dihadapi, tindakan sokongan dan penambahbaikan yang dilaksanakan. 4.1 Kes 1: Bilangan dan Taburan Calon ditaksir Besar. Cabaran bagi kes ini adalah bilangan calon PGB yang terlibat adalah sangat besar dengan taburan calon yang sangat luas. Calon yang dipanggil untuk ditaksir adalah merujuk keperluan negeri dalam nisbah sekurang-kurangnya satu (1) kepada dua (2) atau sebaik-baiknya dalam nisbah yang digalakkan iaitu satu (1) kepada tiga (3). Pada awal pelaksanaan pentaksiran, bilangan pentaksir di setiap negeri adalah agak terhad iaitu dalam anggaran 25 hingga 35 orang pentaksir terlatih bagi setiap negeri. Bagaimanapun, berasaskan kepada keperluan dan kekosongan di negeri, terdapat negeri yang mempunyai bilangan calon 10 kali ganda ramainya berbanding bilangan pentaksir. Dengan julat masa tujuh (7) minggu bagi melaksanakan tiga (3) fasa pelaksanaan pentaksiran, pihak negeri perlu menggunakan kreativiti dan kebijaksanaan masing-masing agar boleh memenuhi tanggungjawab tersebut. Pelbagai tindak susul telah dilaksanakan oleh negeri-negeri yang terlibat mengikut kreativiti masing-masing dengan menguruskan pelaksanaan pentaksiran mengikut acuan mereka selaras dengan mematuhi prosedur ditetapkan bagi memenuhi keperluan negeri.

Merujuk kepada cabaran yang serupa, beberapa negeri bertindak berbeza mengikut keperluan dan konteks negeri masing-masing.

i) Kes 1a

Kes ini mempamerkan usaha negeri melaksanakan pentaksiran secara berpusat di ibu pejabat secara berfasa. Ini bagi memudahkan urus tadbir pentaksiran dengan cuma calon yang bergerak ke pusat pentaksiran manakala pentaksir adalah setempat. Ini adalah kerana di awal pelaksanaan pentaksiran, bilangan calon ramai manakala pentaksir adalah agak terhad. Dengan keperluan nisbah panel pentaksir dengan calon pada 5:6 pada tahun 2014/2015 dan kemudiannya 1:2 bermula tahun 2015/2016, kapasiti pentaksir belum mencukupi untuk

Page 49: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 41

pentaksiran yang bersekali. Oleh itu, pentaksiran berfasa secara berpusat di satu tempat yang sama dilaksanakan. Bagaimanapun, usaha penambahbaikan telah dilaksanakan oleh negeri terlibat.

Negeri terlibat memfokuskan kepada tiga (3) aspek bagi penambahbaikan seperti berikut:

a) Meramaikan bilangan pentaksir melalui latihan pentaksiran kepada pentaksir iaitu Training of Assessor bagi memenuhi keperluan pentaksir setiap daerah.

b) Menghantar pentaksir terpilih yang berketerampilan untuk dibangunkan sebagai JU melalui latihan JU di IAB. Tindakan ini bertujuan menambahkan bilangan JU sebagai pakar rujuk di negeri. Usaha ini adalah bagi persediaan negeri untuk memperkemaskan pelaksanaan pentaksiran di negeri dengan lebih berfokus berasaskan konteks sekolah di daerah masin-masing.

c) Melaksanakan pentaksiran secara serentak berasaskan daerah. Langkah ini adalah

lanjutan daripada usaha memperkemaskan jentera pelaksanaan dengan bilangan pentaksir yang mencukupi dan JU sebagai pakar rujuk. Bersama pengurusan PB, JU merupakan pihak yang melaksanakan audit pemantauan dan bimbingan semasa di lapangan pusat pentaksiran daerah. Pelaksanaan ini membolehkan pentaksiran dilakukan dengan berkesan disamping membantu dalam menghadapi cabaran serta keperluan mentaksir bilangan calon yang ramai. Urustadbir juga lebih mudah dan cepat dan keadaan ini menggalakkan kerjasama antara daerah dan perkongsian ilmu dan kemahiran.

ii) Kes 1b

Kes ini pula mempamerkan usaha negeri melaksanakan pentaksiran berpusat secara bergerak mengikut zon. Ini adalah kerana bilangan calon bukan sahaja besar tetapi bertabur di seluruh negeri. Bagi memastikan pelaksanaan pentaksiran dapat dijalankan dengan urus tadbir yang lancar dan mematuhi prosedur piawai serta terbimbing melalui khidmat JU, pihak negeri membina pasukan pelaksana pentaksiran yang terdiri daripada beberapa JU, urusetia dan panel pentaksir yang bergerak untuk melaksanakan pentaksiran mengikut zon. PB dan urusetia pentaksiran yang terlatih memastikan taklimat yang disampaikan jelas dan memenuhi piawai. Penyeliaan terhadap pelaksanaan pentaksiran adalah lebih teratur dan terstruktur bagi memastikan kelancaran pentaksiran.

Kehadiran ketua JU sebagai pakar rujuk bagi memberi taklimat kepada pentaksir dan meletakkan JU sebagai ketua pentaksir bagi panel yang baharu dilantik, membantu memastikan keberkesanan pentaksiran. Usaha meletakkan JU sebagai ketua panel memberi peluang JU membimbing pentaksir yang lain secara langsung di lapangan berfokuskan tugasan. Pendekatan ini membantu pembangunan pentaksir berasaskan pengalaman mentaksir. Walaupun pelaksanaan pentaksiran mengambil masa yang agak panjang iaitu 60 peratus daripada julat masa ditetapkan, dan memerlukan pergerakan pasukan pentaksiran, namun

Page 50: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 42

pendekatan yang dilaksanakan oleh negeri ini memberi implikasi kepada ketekalan hasil pentaksiran. 4.2 Kes 2: Ketirisan dan Miskonsepsi Maklumat. Cabaran bagi kes ini melibatkan ketirisan dan miskonsepsi kepada maklumat diterima.Walaupun, perkara tentang pentaksiran PGB telah dimaklumkan dalam e-Pangkat semasa permohonan serta dinyatakan secara bersurat, namun terdapat kumpulan calon yang kurang jelas dengan maklumat yang diterima. Terdapat calon yang kurang maklum kompetensi yang ditaksir ke atas mereka. Ada juga calon yang tersilap faham bahawa pentaksiran ini adalah kenaikan pangkat. Implikasinya, interpretasi berbeza yang diterima oleh calon menyebabkan terdapat calon yang mempamerkan tingkah laku di luar jangkaan semasa pentaksiran dan juga selepas pentaksiran. Sebagai contoh, ada antara calon bermain peranan sebagai pengerusi majlis semasa PBTT, menyebabkan calon hanya mengulas dan tidak menyumbang pandangan. Ada juga antara calon, bertindak sebagai pencatat semasa PBTT, yang menyebabkan calon tidak bercakap dan melaksanakan tugasan seperti di arahkan. Hal sebegini menyebabkan kesukaran proses pentaksiran dilakukan. Calon sukar ditaksir kerana calon tidak melaksanakan perkara yang diarahkan untuk dilaksanakan semasa pentaksiran.

Ekoran itu, bagi mengatasi dan menambahbaik keadaan ini, pelbagai pendekatan yang dilaksanakan oleh pihak urusetia di beberapa negeri sesuai dengan konteks dan kapasiti mereka di negeri. Berikut adalah tindakan yang telah dilaksanakan oleh beberapa negeri tertentu bagi tujuan sokongan dan penambahbaikan proses pentaksiran.

a) Calon yang telah dikenal pasti dan dipilih untuk ditaksir dimaklumkan dengan secara atas talian atau melalui media elektronik (mesej, panggilan telefon) untuk hadir secara berpusat di Jabatan Pendidikan Negeri pada tarikh tertentu untuk mengambil surat panggilan. Semasa pengambilan surat, calon sekaligus ditaklimatkan tentang konsep dan pelaksanaan pentaksiran PGB. Pengambilan surat panggilan pentaksiran secara berpusat ini memberi peluang kepada calon bertanya PB dan ditaklimatkan secara bersemuka tentang maklumat pentaksiran yang dikehendaki dan perlu diperjelaskan. Kaedah ini memastikan penyampaian maklumat sampai dan pemahaman calon adalah jelas bagi mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini semasa pentaksiran nanti.

b) Pengurusan dokumen yang mantap dan penyediaan dokuman sokongan yang kemas bagi tujuan perkongsian khusus untuk calon dan pentaksir telah dilakukan oleh pihak urusetia negeri. Setiap panel disediakan fail berzip yang terkandung semua dokumen TERHAD yang diperlukan untuk melaksanakan pentaksiran. Pengurusan keluar masuk dikumen juga turut mempunyai sistem melalui senarai semak keluar masuk yang ditanda tangani oleh PB dan pentaksir. Disamping itu, dokumen sokongan juga turut dilabelkan dan disediakan mengikut prosedur. Etika iaitu perkara yang digalakkan dan tidak dibenarkan dilakukan turut dinyatakan dan disampaikan melalui kertas bertulis semasa calon mendaftar.

Page 51: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 43

c) Penegasan semasa hari pentaksiran juga dilakukan bagi memastikan calon jelas peranan dan tugasan yang perlu dilakukan semasa pentaksiran. Taklimat bersemuka oleh PB kepada calon menggunakan slaid pembentangan memudahcarakan penyampaian maklumat yang jelas. Disamping itu, taklimat kepada pentaksir dengan kerjasama JU, juga membantu meningkatkan keyakinan dan kejelasan peranan pentaksir semasa melaksanakan pentaksiran.

Segala usaha yang dilaksanakan oleh negeri mengurus pelaksanaan pentaksiran PGB secara mantap dan teratur adalah bagi memastikan kesediaan calon dan pentaksir adalah baik semasa pentaksiran PGB dijalankan. Usaha ini juga bertujuan memastikan ketekalan dalam mengurus dan melaksanakan pentaksiran PGB.Tambahan, melalui audit pemantauan yang dilaksanakan oleh IAB terhadap pelaksanaan pentaksiran PGB di negeri dan bahagian, didapati indeks konsistensi urustadbir semakin meningkat. Rajah 1 menunjukkan peningkatan indeks konsistensi urustadbit pelaksanaan pentaksiran PGB bermula tahun 2015 hingga 2017.

Rajah 1 Peningkatan Indeks Konsistensi Urustadbit Pelaksanaan Pentaksiran PGB 4.3 Kes 3: Ketekalan Kompetensi Pentaksir Cabaran bagi kes ini adalah berkenaan ketekalan kompetensi pentaksir yang melaksanakan pentaksiran. Ketekalan pentaksir dilihat daripada dua (2) aspek iaitu pematuhan prosedur pentaksiran mengikut kaedah dan kompetensi pentaksir dalam melaksanakan pentaksiran. Jadual 2 menunjukkan hasil daripada audit pemantauan yang dijalankan oleh pihak IAB dan JU negeri/bahagian bagi indeks konsistensi pematuhan prosedur pentaksiran dan kompetensi pentaksir bermula tahun 2015 hingga 2017. Jadual 1 menunjukkan peningkatan indeks konsistensi tersebut.

2014/2015: Indeks Konsistensi Urustadbir= 0.95 (unjuran: 0.93-0.97)

2016: Indeks Konsistensi Urustadbir= 0.96 (unjuran: 0.94-0.98)

2017: Indeks Konsistensi Urustadbir= 0.96 (unjuran: 0.95-0.99)

Page 52: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 44

Jadual 1 Indeks Konsistensi Pematuhan Prosedur Pentaksiran dan Kompetensi Pentaksir

Tahun

Indeks Konsistensi Pematuhan Prosedur Pentaksiran

Indeks Konsistensi Kompetensi Pentaksir

Unjuran Hasil Audit Pemantauan Unjuran Hasil Audit

Pemantauan 2014/2015 (0.90-0.95) 0.92 (0.70-0.80) 0.73

2016 (0.90-0.95) 0.91 (0.70-0.80) 0.71 2017 (0.93-0.98) 0.96 (0.75-0.85) 0.81

Dalam melaksanakan pentaksiran, pematuhan terhadap prosedur pentaksiran adalah

penting dan kritikal. Indeks konsistensi pematuhan prosedur pentaksiran sebaiknya menghampiri 1.0 bagi menunjukkan bahawa semua prosedur telah dipatuhi dengan bermakna. Namun, bagi suatu pentaksiran yang baharu, adalah agak sukar mendapat indeks pematuhan menghampiri 1.0 di awal pelaksanaan pentaksiran tersebut. Pematuhan prosedur pentaksiran adalah merujuk kepada tingkah laku mematuhi setiap langkah yang mesti diambil bagi melaksanakan pentaksiran seperti yang diarahkan. Gravells (2016) menyatakan prosedur pentaksiran adalah peraturan yang terkait dengan persediaan pentaksiran, semasa pentaksiran dan selepas pentaksiran yang mesti diakur dan dilaksanakan untuk mendapatkan hasil yang boleh diterima dan boleh dipercayai. Jadual menunjukkan, indeks konsistensi pematuhan prosedur pentaksiran adalah melebihi 0.90 iaitu diterima baik. Manakala, indeks konsistensi kompetensi pentaksir adalah melebihi 0.70 iaitu diterima. Antara cabaran yang kritikal, melibatkan pentaksir adalah keperluan pentaksir untuk berubah daripada melaksanakan temu duga berasaskan konten dan pandangan yang konvensional kepada temu duga berasaskan kompetensi melalui tingkah laku yang diperlihatkan. Pentaksir perlu mengadaptasikan pemikiran dan mental model sedia ada untuk menerima pendekatan temu duga berasaskan kompetensi ini. Penyesuaian ini memerlukan masa dan keterbukaan yang tinggi dalam kalangan pentaksir. Dalam hal ini, kerjasama erat antara JU IAB bersama ketua pentaksir dan JU negeri/bahagian memainkan peranan penting bagi melancarkan pentaksiran PGB. Pelbagai usaha dan tindakan telah diambil oleh negeri/bahagian dan IAB sendiri bagi memperkemas proses dan meningkatkan kompetensi pentaksir. Beberapa tindakan sokongan dan penambahbaikan yang telah diambil oleh beberapa negeri adalah bagi memastikan prosedur pentaksiran diikuti dan konsistensi pentaksir adalah mencapai piawai serta hasil pentaksiran khususnya yang melibatkan TDB boleh diterima. Ekoran daripada tindakan sokongan dan penambahbaikan yang telah dibuat, terdapat peningkatan sebanyak 0.05 bagi pematuhan prosedur dan 0.08 bagi kompetensi pentaksir pada tahun 2017 berbanding tahun 2015.

Berikut adalah tindakan sokongan dan penambahbaikan yang telah diambil oleh beberapa negeri/bahagian.

a) Pemantapan pentaksir sedia ada secara berterusan (Latihan tahunan). Latihan dilaksanakan oleh negeri/bahagian di bawah kepakaran JU negeri/bahagian. Terdapat juga negeri yang menjemput bersama JU IAB untuk secara berpasukan memberikan latihan pemantapan kepada pentaksir sedia ada.

Page 53: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 45

b) Latihan pemantapan semula para pentaksir dalam julat satu (1) dan dua (2) minggu

sebelum pentasiran bermula. Semasa latihan ini, penegasan diberikan kepada pematuhan prosedur pentaksiran merujuk kaedah. Disamping itu, kemahiran pentaksiran dalam kalangan pentaksir diberi penekanan semula khususnya kemahiran menyoal, mendengar, mencatat dan mengekod. Penggunaan rubrik dalam melabel skala turut diberi penegasan semula.

c) Taklimat dan audit pemantauan oleh JU pada setiap pusat. JU negeri/bahagian akan

memberi taklimat kepada pentaksir dan membuat penegasan pematuhan prosedur dan tips tentang kompetensi pentaksir pada pada hari pertama pentaksiran dilaksanakan. Disamping itu, setiap pusat pentaksiran juga dipantau oleh JU negeri/bahagian bagi menjaga konsistensi pelaksanaan pentaksiran. Tambahan, JU IAB juga turut bersama melaksanakan audit pemantauan di negeri/bahagian. Perbincangan antara JU selepas pentaksiran membantu membangunkan kompetensi JU dan pentaksiran secara berfokus merujuk situasi di negeri/bahagian.

d) Keputusan meletakkan JU sebagai ketua panel membolehkan JU memberi bimbingan

semasa tugasan lapangan berasaskan situasi sebenar. Tindakan ini memberi peluang pentaksir memperbaiki kemahiran mentaksir semasa proses pentaksiran berjalan dengan bimbingan dan penyeliaan pembimbing iaitu JU. Latihan berbentuk praktis sebenar dilihat memberi kesan kepada kompetensi pentaksir.

e) Penambahan bilangan JU bagi memimpin pentaksiran di negeri/bahagian. Usaha ini

juga adalah seiring dengan latihan pemantapan JU IAB dan JU negeri/bahagian oleh JU IAB bertauliah yang mempunyai akreditasi dalam pentaksiran oleh agensi profesional. Melalui latihan JU berpusat yang lebih terstruktur dan disertai penilaian kemahiran oleh IAB, JU negeri/bahagian semakin kompeten dan konsisten (tekal) untuk memimpin pentaksiran di negeri.

f) Audit Pemantauan JU IAB bersama JU negeri/bahagian secara berkala merujuk

pentaksiran yang dilaksanakan. Proses ini merupakan usaha jaminan kualiti terhadap pelaksanaan pentaksiran dan hasil pentaksiran yang dikumpulkan. Manual proses kerja, senarai semak dan pelaporan audit pemantauan adalah alat yang digunakan bagi memandu, melaksanakan audit pemantauan dan mengumpul hasil audit pemantauan.

4.4 Kes 4: Ketidakseimbangan antara Bilangan Calon dan Pentaksir Pelaksanaan pentaksiran PGB menghadapi pelbagai cabaran dari mula pelaksanaannya kerana beberapa situasi yang tidak dijangka.situasi ketidakseimbangan bilangan pentaksir dan bilangan calon. Pelantikan pentaksir adalah mengikut bilangan pegawai yang dilatih bagi setiap negeri dan ini melibatkan masa dan kos. Bilangan calon ditentukan mengikut kekosongan atau keperluan setiap negeri. Oleh yang demikian, terdapat beberapa negeri yang besar atau

Page 54: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 46

mempunyai calon yang ramai akan menghadapi masalah ketidakseimbangan pentaksir dan calon. Terdapat juga situasi di mana bilangan calon kecil berbandingan jumlah pentaksir.Pelaksanaan pentaksiran ini menjadi lebih rumit apabila jadual pentaksiran yang ditetapkan terhad kepada tempoh dua puluh satu hari. Situasi yang berbeza ini ditangani mengikut kreativiti dan kekuatan pihak bertanggungjawab di negeri dan bahagian masing-masing. i) Kes 4a Negeri telah melaksanakan mengikut fasa dengan menggerakkan pentaksir bagi memastikan pentaksiran mencapai tahap kualiti yang ditetapkan selain mempunyai bilangan pentaksir yang terhad. Pentaksir bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain dan ini mengambil masa yang lama. Selain itu, pentaksir terlibat perlu meninggalkan pejabat dalam tempoh masa yang lama. Bagi mengatasi masalah ini, negeri telah mengambil beberapa tindakan iaitu:

a) Menambah bilangan pentaksir dengan membuat latihan untuk pentaksir di peringkat negeri dengan menjemput tenaga pelatih dari IAB. Bilangan pentaksir yang lebih ramai dapat mengatasi masalah pelaksanaan dalam tempoh yang lebih pendek.

b) Menambahkan bilangan JU agar dapat membantu melatih bagi memastikan pentaksir menjadi lebih kompeten dan seterusnya meningkatkan kualiti pentaksiran di negeri. Selain itu, mereka juga menjadi pakar rujuk di peringkat negeri.

c) Pentaksiran dilaksanakan secara serentak di beberapa lokasi kerana bilangan pentaksir telah bertambah dan pegawai tidak perlu tinggalkan pejabat dalam tempoh masa yang lama.

ii) Kes 4b Terdapat juga negeri yang melaksanakan pentaksiran secara berpusat yang mengambil masa hampir sebulan dengan bilangan calon yang ramai. Selain itu, kedudukan geografi negeri yang besar menyebabkan calon terpaksa bergerak dalam jarak yang jauh melibatkan masa yang lama dan kos yang tinggi. Tindakan negeri ini adalah melaksanakan pentaksiran di dua lokasi utama agar pergerakan calon lebih dekat dengan kos yang lebih rendah. Pelaksanaan pentaksiran bukan sekadar memastikan kualiti pentaksiran dari segi kompetensi pentaksir tapi turun prihatin terhadap calon dalam membuat penambahbaikan. iii) Kes 4c Bahagian KPM juga mempunyai beberapa sekolah di bawah kelolaan mereka seperti Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Teknik dan Vokasional, Bahagian Sukan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. Bilangan sekolah di bawah kelolaan bahagian adalah kecil maka bahagian-bahagian ini bergabung untuk melaksanakan pentaksiran secara kelompok.

Page 55: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 47

Beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan

a) Pada awal pelaksanaan pentaksiran di bahagian telah bergabung kerana bilangan pentaksir terhad dan bilangan calon juga kecil bagi setiap bahagian. Namun, Bahagian Teknik dan Vokasional yang mempunyai 85 buah sekolah mengambil keputusan untuk melaksanakan pentaksiran secara bersendirian. Kekosongan sekolah teknik dan vokasional yang meningkat dan keunikan pentadbiran sekolah ini mendorong bahagian ini mengambil inisiatif untuk menambah bilangan pentaksir dan melatih pentaksir sedia ada. Selain itu, BPTV turut menghantar beberapa orang pentaksir mengikuti latihan JU untuk membantu membangunkan pentaksir di bahagian ini.

b) Keunikan sekolah di bawah kelolaan Bahagian adalah ia ditempatkan di negeri yang

perlu mematuhi arahan JPN. Oleh yang demikian, terdapat bahagian yang bergabung dengan negeri di mana calon-calon daripada bahagian ditaksir oleh pihak JPN mengikut kedudukan sekolah tersebut. Jalinan dan jaringan Ini memudahkan calon untuk menghadiri pentaksiran tersebut pada kos yang rendah. Walau bagaimanapun, terdapat juga pentaksiran dilaksanakan di Bahagian mengikut keperluan bagi calon-calon di kawasan berhampiran Putrajaya.

c) Negeri-negeri bawah Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah

Putrajaya juga bergabung dalam pelaksanaan pentaksiran kerana jumlah sekolah dan pentaksir yang kecil. Walau bagaimanapun, Wilayah Labuan melaksanakan pentaksiran secara bersendirian walaupun bilangan sekolah kecil kerana kedudukan wilayah Labuan sebagai sebuah pulau. Keunikan JPN Wilayah Labuan dalam melaksanakan pentaksiran ini bukan hanya melibatkan pelantikan PGB tetapi juga pelantikan Penolong Kanan. Ini memberi peluang kepada pentaksir untuk meningkatkan kompetensi dalam pentaksiran kerana bilangan calon yang ditaksir ramai.

4.5 Kes 5: Kecergasan Calon ditaksir Pentaksiran kecergasan yang dilaksanakan bagi calon-calon Pengetua Guru Besar (PGB) yang ingin mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan (NPQEL) bertujuan memastikan keadaan kecergasan fizikal calon adalah pada tahap yang memuaskan.Ini merupakan tindakan penambahbaikan susulan daripada beberapa dapatan dan pemerhatian yang menyatakan terdapat beberapa pemimpin sekolah yang kompeten daripada aspek pengetahuan dan kemahiran memimpin namun kurang dapat memenuhi keperluan kecergasan dalam melaksanakan tugasan PGB. Anjakan kelima PPPM 2013-2025 berhasrat menempatkan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah. Pemimpin berprestasi tinggi perlu bertindak terutamanya sebagai seorang pemimpin instruksional sekolah kerana dengan berlakunya pembelajaran di sekolah akan membawa kepada kemenjadian murid.

Page 56: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 48

Menurut Halliger (2003), konsep kepemimpinan instruksional merupakan suatu tingkah laku dan tindakan-tindakan PGB yang meliputi merangka matlamat sekolah, memantau pengajaran guru, menyelaras kurikulum, mengawas kemajuan murid, mengawal masa pengajaran, menggalakkan perkembangan profesional guru, sentiasa kelihatan dalam kawasan sekolah, menyediakan ganjaran untuk guru dan menyediakan insentif untuk murid. Pelaksanaan tugas ini bukan sekadar berada di pejabat untuk melaksanakan tugas pentadbiran tetapi memerlukan pergerakan aktif untuk membuat rondaan bagi tujuan pemantauan pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah.Atas rasional inilah, bakal pemimpin- pemimpin perlu memiliki tahap kecergasan yang memuaskan supaya hasrat untuk menempatkan pemimpin yang berkualiti dan berprestasi tinggi dapat dizahirkan.

Oleh itu, bagi permohonan mengikuti Program NPQEL 2018, pemohon perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat. Perkara ini selaras dengan kehendak Pekeliling Perkhidmatan BIlangan 1 Tahun 2013. Pemohon perlu memuat naik laporan kesihatannya dalam sistem Modul Pelan Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) serta menjalankan pentaksiran kecergasan bagi mengenal pasti tahap kecergasan calon selain daripada memenuhi syarat-syarat khusus yang ditetapkan. Pentaksiran kecergasan dilakukan bagi memberi kesedaran akan tahap kecergasan semasa calon-calon supaya mereka bersedia menghadapi Program NPQEL yang intensif dan mencabar dari segi fizikal dan mental. Pihak IAB telah mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan tentang pelaksanaannya dengan persetujuan bersama bahawa kecergasan ini dilaksanakan dengan syarat lebih berhati-hati, mengenalpasti sejarah perubatan dan dilakukan mengikut kemampuan calon.

Pada awal pelaksanaan pemilihan calon NPQEL 2018, pentaksiran kecergasan calon dibuat oleh IAB dan cawangan-cawangannya mengikut zon negeri seperti pada jadual di bawah:

1. Zon Utara (IAB Cawangan Utara) Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak Utara, Kelantan

2. Zon Timur (IAB Cawangan Genting Highlands) Terengganu, Pahang, Perak Selatan, Selangor Utara, WP Kuala Lumpur

3. Zon Tengah (IAB Induk, Bandar Enstek) WP Putrajaya, Selangor Selatan, N. Sembilan, Melaka, Johor

4. Zon Sabah (IAB Cawangan Sabah) Seluruh Sabah, WP Labuan

5. Zon Sarawak (IAB Cawangan Sarawak) Seluruh Sarawak

Bateri kecergasan yang terdiri daripada lima (5) ujian telah digunakan untuk mengenalpasti tahap kecergasan calon. Kelima-lima bateri tersebut adalah seperti berikut:

Page 57: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 49

Bleep Test

Ujian kecergasan dilaksanakaan berdasarkan aras pelbagai yang melibatkan kaedah larian berulang-alik secara berterusan di antara dua jarak sejauh 20 meter dalam masa beep dirakam. Masa antara beep akan semakin pendek pada setiap tahap. Ujian ini adalah bagi menentukan pengambilan oksigen maksimum seseorang individu. Kecergasan bermula pada aras 2 dengan 3 kali ulangan bagi lelakidan aras 2 dengan 1 kali ulangan bagi perempuan adalah digalakkan.

Jangkauan Melunjur

Ujian ini mengkehendaki individu duduk dan meluruskan kaki serta secara perlahan-lahan menundukkan badan sehingga dagu rapat ke dada sambil tangan diluruskan menjangkau perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur dan dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. Bateri ini bertujuan menilai keanjalan/ fleksibiliti anggota badan yang melibatkan bahagian belakang badan. Keanjalan bermula 17 cm bagi lelaki dan 26 cm bagi perempuan adalah digalakkan.

Bangkit Tubi

Ujian ini memerlukan individu berbaring dengan lutut bengkok dan mengangkat bahagian badan bangkit dan ringkuk secara berulang dalam masa 1 minit dengan kedua-dua tangan disilangkan pada dada dan memegang bahu secara menyilang. Bateri ini bertujuan menaksir keupayaan daya tahan dan kekuatan otot bahagian abdomen. Keupayaan daya tahan bermula dengan 12 kali bangkit tubi bagi lelaki dan 11 kali bangkit tubi bagi perempuan adalah digalakkan.

Tekan Tubi

Ujian ini memerlukan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan dan diturunkan dengan membengkok siku sehingga dada menyentuh span dan luruskan semula tangan. Pergerakan ini diulang sehingga individu tiidak berupaya meneruskan lagi. Bagi calon perempuan, kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan lurus, lutut bengkok dan kaki disilang. Badan diluruskan (tekan tubi suaian), badan diturunkan dengan membengkokkan siku hingga dada menyentuh span yang tingginya 10cm. Tangan kemudiannya diluruskan seperti pada kedudukan sedia. Kiraan satu ulangan dilakukan sehingga 1 minit. Ujian ini bertujuan mentaksir kekuatan dan daya tahan otot serta bahu badan. Kekuatan bermula 7 kali bagi lelaki dan 6 kali bagi perempuan adalah digalakkan.

Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Calon ditimbang serta diukur ketinggian. Pengiraan BMI adalah berdasarkan formula seperti berikut: BMI = Jisim (kg)// tinggi 2 (m2) Carta klasifikasi BMI adalah seperti berikut:

Bawah 18.5 underweight 18.5 – 24.9 Normal 25.0 – 29.9 overweight 30.0 ke atas obese

Page 58: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 50

Dapatan daripada Bateri Kecergasan yang diperolehi menunjukkan berlakunya variasi yang besar Ini kerana faktor umur dan tahap kecergasan calon memberikan impak kepada keputusan pentaksiran yang dilakukan. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat calon (anggaran 40%) tidak mencapai sasaran piawai yang ditetapkan khususnya dalam ujian bangkit tubi dan tekan tubi (Rajah 2). Hal ini berkemungkinan terkait dengan tubuh fizikal calon yang anggaran 40 peratus adalah melebihi berat. Kebanyakan calon yang ditaksir berada pada tahap umur melebihi 40 tahun. Ini kerana permohonan kemasukan ke NPQEL adalah berdasarkan pengalaman calon memegang jawatan pentadbiran yang sekurang-kurangnya tiga tahun serta tempoh perkhidmatan yang melebihi 15 tahun. Oleh yang demikian, majoriti calon-calon yang telah berjaya melalui saringan awal didapati berada pada tahap umur melebihi 40 tahun. Hal ini boleh dilihat daripada fizikal calon yang kebanyakannya overweight iaitu melebihi berat unggul (Rajah 3) yang mungkin antara faktor yang mengekang kecergasan calon dalam ujian kecergasan.

Namun, bagi indikator kecergasan dalam pengambilan oksigen, anggaran 30 peratus calon tidak mencapai sasaran (Rajah 2). Menurut Dickinson (2004), ujian Bleep adalah baik untuk menguji kecergasan kardio. Oleh itu, dapatan menunjukkan anggaran 70 peratus daripada calon mempunyai kecergasan yang melibatkan jantung dan peredaran darah bagi melaksanakan tugasan. Berasaskan kepada persepsi bahawa kemungkinan kebanyakan calon kurang mengamalkan kecergasan sebelum mereka ditaksir, hasil dapatan ini digunakan sebagai take off value calon yang berjaya ke NPQEL 2.0 sebagai asas bagi merancang dan membangunkan kecergasan kendiri calon melalui aktiviti bersukan, berekreasi dan beriadah yang berterusan sepanjang program NPQEL2.0 selari dengan aspirasi melahirkan rakyat Malaysia yang sihat dan cergas. Pentaksiran kecergasan ini merupakan usaha pihak KPM bersama IAB bagi menghadapi isu pemimpin sekolah yang tidak mampu melaksanakan tugasan memimpin secara fizikal dan juga sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan kepentingan kecergasan dalan kalangan pemimpin sekolah.

Rajah 2 Dapatan Ujian Kecergasan Calon PGB

0%

20%

40%

60%

80%

100%

Bleep Test JangkauanMelunjur

Bangkit Tubi Tekan Tubi

melepasi sasaran mencapai sasaran

hampir mencapai sasaran tidak mencapai sasaran

Page 59: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 51

Rajah 3 Taburan Berat Calon PGB

5.0 RUMUSAN

Pelaksanaan pentaksiran PGB merupakan kerjasama pihak IAB dengan JPN dari mula konsep pentaksiran berasaskan kompetensi dibangunkan pada tahun 2013. Pihak IAB menyediakan manual dan rubrik untuk melaksanakan pentaksiran serta melatih pentaksir dari negeri Pentaksir dilatih adalah terhad kerana kos dan keperluan negeri adalah berbeza. Juru latih utama negeri turut dibangunkan untuk membantu dari segi memantapkan kompetensi pentaksir di negeri. Walaupun latihan telah dilaksanakan, Kemahiran pentaksiran berasaskan kompetensi menggunakan rubrik analitik ini memerlukan masa kepada semua pentaksir.Oleh itu, latihan perlu ditambah dari semasa ke semasa untuk tingkatkan kompetensi para pentaksir. Selain itu, penambahan bilangan calon mengikut negeri berbeza dan ini turut mempengaruhi keperluan bilangan pentaksir. Satu situasi lagi adalah kedudukan geografi dan saiz beberapa buah negeri turut mempengaruhi proses pentaksiran PGB. Sehubungan dengan itu, pihak JPN dan bahagian telah membuat beberapa penambahbaikan mengikut kesesuaian dan keperluan setempat. Ini telah membantu melancarkan pelaksanaan pentaksiran PGB seperti mengabungkan pentaksiran calon JPN dan Bahagian, pentaksiran mengikut daerah atau zon, membuat latihan diperingkat negeri, membuat audit pemantauan.Inisiatif ini turut membantu meningkatkan kualiti pentaksiran dan ditambah dengan pentaksiran kecergasan bagi memastikan calon yang dipilih dapat memenuhi kehendak kementerian untuk menempatkan PGB berkualiti tinggi.

RUJUKAN

Boyatzis, R.E. 2011. Managerial and leadership competencies: A behavioral approach to emotional, social and cognitive intelligence. Vision: The Journal of Business Perspective 15(2): 91-100.

Dickinson, J. 2004. The BEEP Test: Is This The Most Effective Form Of Cardio Ever?Retrived from https://www.bodybuilding.com/author/josh-dickinson

0.70%25.20%

41.50%

27.60%underweight

Normal

overweight

obese

Page 60: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 52

Hallinger, P. 2003. Leading educational change: Reflection on the practice of instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of Education.Vol 33 No 3. UK: Taylors & Francis Group..

Ibrahim Barjunid. 2000. Education Management and Leadership in Malaysia. The training and profesional development of school principals.Asia-Pasific Journal of Teacher Education and Development. 3(2): 49 -75.

Institut Aminuddin Baki. 2015. Proses Kerja Audit Pentaksiran bagi Pemilihan Pengetua & Guru Besar (PGB) di bawah Syarat Baharu. Inisiatif PPPM 2013-2025

Kementerian Pendidikan Malaysia.. 2015. Manual Pentaksiran bagi Pemilihan Pengetua & Guru Besar (PGB) di bawah Syarat Baharu : Khusus untuk Pentaksir dan Pegawai Bertanggungjawab. Bandar Enstek: Institut Aminuddin Baki.

Penghargaan kepada: Pegawai Bertanggungjawab Negeri/Bahagian dan Jurulatih Utama Negeri/Bahagian yang telah berkongsi pengalaman dan pandangan dalam menulis artikel ini.

Page 61: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 53

MODIFIED DELPHI DALAM SEMAKAN SEMULA BK09

Tarzimah binti Tambychik Kamalludin bin Abd Rani Nor Asiah binti Ibrahim

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan

Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

Kajian merupakan kajian praktis bagi menyediakan instrumen maklum balas pelanggan yang telah disemak semula. Kajian menggunakan kaedah Modified Delphi sebanyak empat pusingan dan melibatkan 25 panel. Melalui modified Delphi sebanyak 11 item maklum balas pelanggan telah diterima pada 0.72 sebagai kesahan konstruk dan 0.77 sebagai kesahan muka. Item kemudiannya dirintis dan dilakukan analisis faktor. Sebanyak dua dimensi ukuran yang didapati daripada maklum balas pelangan iaitu dimensi sesi latihan dan dimensi keupayaan jurulatih terhadap sesi latihan dengan setiap satu dimensi melebihi indeks konsistensi Alpha Cronbach 0.8. Matrik korelasi komponen 0.401 menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara sesi latihan dan keupayaan jurulatih terhadap sesi latihan. Kajian memberi implikasi kepada pembangunan jurulatih dalam menyediakan latihan yang berfokuskan pelanggan. Kata kunci: Modified Delphi; Kajian praktis; Analisis faktor

1.0 PENGENALAN Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang berperanan membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM melalui khidmat latihan, bimbingan, konsultasi, sokongan dan penyelidikan bagi menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi maju mengikut acuan sendiri. Oleh yang demikian, IAB komited untuk memberi kepuasan hati kepada stakeholders dan pelanggan berdasarkan piagam pelanggan yang ditetapkan. Antara penyataan piagam pelanggan IAB adalah berkaitan kepuasan hati peserta kursus terhadap program latihan dan pengendalian latihan oleh pensyarah IAB dan pensyarah jemputan. Selari dengan dasar kualiti yang ditetapkan, IAB komited untuk menyediakan program latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan dengan mematuhi keperluan-keperluan Sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan. Antaranya adalah semakan semula elemen kurikulum IAB.

Page 62: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 54

Borang Penilaian BK09 adalah salah satu elemen kurikulum yang digunakan di IAB bagi menilai latihan yang diberikan kepada pelanggan. Semakan semula BK09 adalah antara usaha IAB memastikan bahawa dasar kualiti dan keperluan pelanggan dipenuhi seiring dengan dinamik pendidikan.

2.0 PERTIMBANGAN KAJIAN

Menurut Tyler (1970), bapa kurikulum, kurikulum dibangunkan berasaskan keperluan yang dinilai daripada aspek keperluan individu murid atau pelajar, keperluan masyarakat dan keperluan subjek itu sendiri. Dalam era pendidikan yang dinamik, sudah pasti keperluan individu, masyarakat dan subjek akan berubah mengikut keperluan semasa yang meminta kurikulum dijajarkan sesuai dengan keperluan semasa. Penjajaran kurikulum terhadap keperluan telah terlebih dahulu diakui oleh ramai ahli kurikulum antaranya adalah Oliva (2005) yang menyatakan bahawa tiada satu pun kurikulum yang akan mencapai status sempurna yang dapat memenuhi keperluan semua individu secara terkini, kerana manusia dan masa itu adalah sesuatu yang dinamik dan penilaian terhadap keperluan adalah perlu sekurang-kurangnya setiap lima tahun dengan sekurang-kurangnya pemurnian yang minor.

Merujuk Minit Mesyuarat Semakan Kurikulum 2012, agenda 1.2 merupakan punca kuasa semakan kurikulum dilaksanakan setiap lima (5) tahun untuk memastikan kurikulum latihan IAB berkualiti dan relevan dengan perkembangan semasa dan menepati mandat organisasi sebagai pusat pembangunan kepemimpinan dan pengurusan pendidikan. Sejajar dengan perkembangan keperluan pendidikan yang sangat dinamik kini, Mesyuarat Khas Semakan Kurikulum Bertarikh 12 Ogos 2015 telah memutuskan bahawa julat masa bagi semakan kurikulum telah diubah daripada setiap lima (5) tahun kepada setiap tiga (3) tahun. Keputusan ini selari dengan usaha mentransformasikan pendidikan berasaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, yang jelas menunjukkan perubahan dan perkembangan dalam pendidikan dan keperluan untuk penilaian dan semakan semula semua elemen kurikulum yang memberi implikasi kepada latihan IAB. Tambahan, model asas kurikulum mengkonsepsikan empat (4) komponen kurikulum iaitu tujuan kurikulum; objektif kurikulum; organisasi dan pelaksanaan kurikulum serta penilaian kurikulum (Oliva 2005).Instrumen Penilaian BK09 adalah antara sumber menilai kurikulum latihan yang diberi daripada perspektif pelanggan.

2.1 Penyataan Masalah

Pada asasnya, Instrumen Penilaian BK09 dibina bagi mengenal pasti penerimaan peserta terhadap sesi latihan yang diberi dan menentukan latihan yang mempunyai permintaan tertinggi. Mandat Pengarah IAB pada ketika itu, mahu penilaian BK09 mampu memberi refleksi kepada sesi latihan dan keupayaan pensyarah menyampaikan sesi latihan agar pembangunan beterusan latihan dapat dilakukan secara eksplisit. Namun, penilaian BK09 kurang dapat memenuhi harapan itu. Data penilaian BK09 kurang merefleksikan realiti penyampaian

Page 63: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 55

pensyarah. Data penilaian BK09 pada tahun 2014 hingga 2015 menunjukkan lebih 85 peratus daripada pensyarah mencapai tahap cemerlang dalam penilaian BK09. Tahap cemerlang BK09 adalah apabila peserta memberi skor 90 peratus dan ke atas terhadap pensyarah. Bagaimanapun apabila pensyarah ditaksir bagi pensijilan sebagai Certified Trainer (CT), hanya anggaran 80 peratus daripada mereka mencapai tahap pensijilan. Jadual 1 menunjukkan data pensyarah yang ditaksir untuk pensijilan CT.

Jadual 1 Data Hasil Penilaian BK 09 dan Pentaksiran CT

Tahun Bil ditaksir Bil & % mencapai pensijilan CT

2014 12 5 42% 2015 25 20 80% 2016 33 27 81% 2017 114 86 75%

Data sedia ada penilaian BK09 kurang ketepatan dalam mempamerkan realiti sebenar kesediaan pensyarah ke tahap yang lebih tinggi. Tidak ramai pensyarah bersedia untuk ditaksir ke tahap yang lebih tinggi seolah-olah penilaian BK09 yang tinggi tidak meyakinkan mereka tentang kesediaan mereka untuk ditaksir sebagai CT. Tambahan data juga kurang menampakkan ruang penambahbaikan yang diperlukan pensyarah. Penilaian BK09 sedia ada kurang memberi input terhadap elemen penyampaian latihan secara diskrit bagi membolehkan pensyarah memperbaiki keupayaan mereka merujuk elemen tertentu secara spesifik. Secara ringkas, semakan semula BK09 diharap mampu menyediakan instrumen Penilaian Maklum Balas Peserta (BK09) yang boleh:- mendapatkan data penilaian BK09 yang tepat dan mampu mempamerkan realiti

penyampaian latihan yang diberi.;

mendapatkan data yang boleh dijadikan asas untuk penambahbaikan yang diperlukan oleh sesi latihan dan jurulatih secara diskrit; dan

dijadikan ruang refleksi kepada jurulatih bagi persediaan untuk ditaksir sebagai CT.

2.2 Tujuan kajian Tujuan kajian ini adalah;

1. Menyemak semula item penilaian BK09 sejajar dengan mandat bagi mendapatkan maklum balas yang diharapkan

2. Mengenal pasti dimensi penilaian maklum balas pelanggan yang memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan

3. Menentukan item elemen penilaian yang relevan dan tekal.

Kajian dilimitasikan untuk warga IAB sahaja.

Page 64: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 56

2.3 Kerangka Konseptual Kajian

Penilaian latihan merujuk Model Penilaian 4 Tahap Kirkpatrick (Kirkpatrick 2016). Bagaimanapun, kajian mengadaptasi penilaian tahap 1 dan tahap 2 dalam rekabentuk konseptual semakan BK09. Ini adalah kerana memandangkan BK09 adalah satu bentuk penilaian kepuasan hati pelanggan yang dikumpul daripada persepsi pelanggan sahaja, maka reaksi pelanggan boleh dilihat secara jelas dan tahap 2 juga dilihat secara kasar sahaja iaitu merujuk kepada perolehan pembelajaran daripada persepsi pelanngan tetapi tidak mendalam terhadap proses pembelajaran sebenar. Berikut adalah tahap 1 dan 2 penilaian Kirkpatrik (2016).

Tahap 1: Penilaian Reaksi Tahap yang mana peserta memberi maklum balas bahawa latihan yang diterima adalah baik, menarik dan relevan dengan pekerjaan mereka

Tahap 2: Penilaian Pembelajaran Tahap yang mana peserta memberi respon terhadap perolehan pengetahuan, kemahiran, sikap, keyakinan dan komitmen yang dirancang melalui penyertaan mereka dalam latihan Jadual 1 menunjukkan elemen penilaian awal merujuk tiga dimensi yang direka bagi

Penilaian BK09.Oleh itu, sebanyak 11 elemen penilaian latihan dimasukkan ke dalam Penilaian BK09 bagi melihat reaksi dan pembelajaran daripada perspektif pelanggan.

Jadual 1 : Reka Bentuk Konseptual Elemen Penilaian BK09

Dimensi Kandungan Sesi Latihan (4 elemen)

Keupayaan Penyampaian Pensyarah (4 elemen)

Sumber Sokongan Penyampaian (4 elemen)

Elem

en

Kesesuaian latihan dgn tugas semasa

Aliran (scaffolding) kandungan sesi latihan

Objektif Latihan (perlakuan)

Makna latihan kepada dinamik pendidikan

Kaedah/Strategi Penyampaian –kefahaman/penguasaan

Gaya penyampaian-ransangan

Interaksi JU-pelanggan-motivasi

Produktif (Penggunaan masa)-pencapaian objektif

Kesesuaian sumber latihan

Kreativiti sumber sokongan dalam latihan

Keupayaan sokongan menjadi sumber rujukan pelanggan

Hague & Hague (2016) merupakan pakar dalam tinjauan dan kajian kepuasan pelanggan, menyatakan terdapat tujuh (7) perkara yang perlu difikirkan sebelum melaksanakan sebarang usaha yang terkait dengan kepuasan hati pelanggan. Berikut adalah persoalan yang perlu difikirkan.

Mengapa kepuasan hati pelanggan itu penting? Siapakah pelanggan yang perlu ditanya?

Page 65: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 57

Bagaimana kepuasan hati ditanya? Apa yang perlu diukur? Bagaimana mengukur kepuasan hati ini? Apakah maksud ukuran kepuasan hati itu? Bagaimana menggunakan hasil kepuasan hati untuk kesan/makna yang lebih besar?

Jawapan kepada persoalan ini membantu membina kerangka konseptual kajian semakan semula penilaian BK09 yang lebih meluas. Melalui kefahaman bahawa kepuasan hati pelanggan adalah penting bagi memastikan latihan yang disediakan oleh IAB bermakna dan pelanggan adalah terdiri daripada sesiapa yang menggunakan khidmat latihan IAB dan ditanya melalui maklum balas melalui web based e-penilaian yang dikumpul bermula latihan dan dalam jangka masa dua minggu selepas latihan tamat, perkaitan antara penilaian BK09 dan fungsi-fungsi IAB dikenal pasti. Adaptasi terhadap konsep elemen penilaian BK09 menjelaskan bahawa kepuasan hati yang diukur adalah terhadap kandungan sesi latihan, penyampaian pensyarah dan sumber sokongan penyampaian latihan. Menurut Hague & Hague (2016), antara elemen yang diukur melalui kepuasan hati pelanggan adalah produk sebagai contoh kuliti produk dan akses produk; penyampaian; sumber perkhidmatan seperti kesantunan manusia yang memberi khidmat dan khidmat teknikal; reputasi organisasi; dan nilai harga yang ditawarkan. Kefahaman bahawa elemen ini ditanya melalui item soalan yang disediakan secara online dan hasilnya dalam bentuk skor penilaian pelanggan adalah gambaran persepsi pelanggan, implikasi daripada pembelajaran dan perkongsian pelanggan menerusi latihan yang diterima merupakan petunjuk terhadap tahap perkhidmatan latihan di IAB. Oleh itu dengan mengadaptasikan Hague & Hague (2016) dan Kirkpatrik (2016), kerangka konseptual kajian adalah digambarkan seperti Rajah 2.

Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian Semakan semula BK09

Dicetus dan disediakan oleh Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan

Page 66: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 58

2.4 Kepentingan Kajian

Kajian Semakan semula Penilaian BK09 diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan perkhidmatan latihan di IAB. Hasil daripada kajian ini juga diharap mampu menggalakkan koloborasi antara jabatan bagi memperkasakan latihan di IAB. Lanjutan daripada itu, pemanfaatan hasil penilaian dengan lebih meluas adaah digalakkan bagi tujuan penambahbaikan dan pemantapan latihan yang disediakan secara ekplisit berfokuskan pelanggan, pembangunan dan pemantapan pensyarah berfokuskan keperluan secara professional, penyediaan pensyarah melalui latihan yang lebih komprehensif dan terfokus berasaskan standard pengiktirafan ditetapkan bagi meningkatkan kesediaan untuk ditaksir sebagai CT dan pengumpulan data yang lebih bermakna bagi tujuan rujukan.

3.0 METODOLOGI Kajian berasaskan projek yang merupakan kajian aplikasi mengadaptasi pendekatan kuantitatf dan kitaran proses kajian. Kajian aplikasi adalah kajian inkuiri tidak sistematik dan biasanya dilaksanakan oleh organisasi berfokuskan sesuatu matlamat spesifik dan memberi hasil kepada proses, produk atau sesuatu standard. Berasaskan pelbagai proses kajian oleh Creswell (2009), Kothari (2008), Fowler Jr (2001) dan Helmick et al. (1993), pengkaji merumuskan secara am, kitaran proses yang menjadi asas kajian adalah lima (5) iaitu cetusan idea yang memulakan sesuatu kajian, perancangan berasaskan sumber bacaan dan mempamerkan rekabentuk prosedur kajian, pelaksanaan bagi mendapat data, penilaian hasil yang melibatkan analisis, tindakan pemurnian atau ulangan dan perkongsian hasil melalui laporan. Kajian mengambil masa 11 bulan bermula Oktober 2016 dan selesai pada September 2017. Dalam kajian ini, kaedah Modified Delphi digunakan bagi mencapai matlamat spesifik. Sebanyak tiga (3) pusingan Delphi dilakukan semasa fasa pelaksanaan. Selepas hasil dapatan Delphi dinilai, tindakan susul yang melibatkan satu pusingan Delphi dilakukan sebelum rintis dan analisis di lakukan di fasa penilaian bagi mendapatkan hasil yang tekal. Hasil dapatan kemudiannya dikongsi dalam bentuk laporan dan pembentangan semasa fasa perkongsian. 4.0 HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN Hasil daripada fasa perancangan sebanyak tiga (3 ) dimensi penilaian terlibat iaitu kandungan sesi latihan, keupayaan penyampaian pensyarah dan bahan sokongan latihan. Ketiga –tiga dimensi ini melibatkan 11 elemen. Berasaskan bengkel pembangunan dan pemurnian pertama item sejumlah 30 item dihasilkan merujuk 11 elemen dan selepas pemurnian semasa bengkel kedua sebanyak 25 item dipersetujui untuk dikaji lebih mendalam kepada 20 orang panel penilai secara atas talian.

Hasil daripada pusingan pertama modified Delphi, tujuh (7) item digugurkan tapi masih mengekalkan elemen yang serupa. Selepas modified Delphi pusingan pertama, item dimurnikan dan dilakukan modified Delphi pusingan ke dua dan ke tiga secara berstruktur.

Semasa modified Delphi secara berstruktur, panel dikumpul dan ditempatkan di lokasi tertentu untuk semakan item secara bersendirian. Setelah itu hasil semakan panel dikumpulkan

Page 67: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 59

dan dianalisis. Proses ini diikuti dengan perbincangan untuk memurnikan item yang dipersetujui secara bersama oleh semua panel.

Pada modified Delphi pusingan kedua seramai 15 orang panel terlibat bagi meyemak 18 item yang disediakan. Hasil daripada semakan, tiga (3) item digugurkan dengan sedikit penambahbaikan dilakukan. Baki 15 item yang dimurnikan, kemudian dilakukan pusingan modified Delphi kali ke tiga (3) dan empat (4) item melibatkan tiga (3) elemen penilaian digugurkan. Hasil pusingan modified Delphi sebanyak tiga (3) kali mendapati indeks inter rater persetujuan kesahan muka adalah 0.78 dan indeks inter rater persetujuan kesahan konstruk adalah pada 0.73 iaitu diterima (melebihi 0.7) Mengikut Hair et al. (2006), indeks persetujuan melebihi 0.7 adalah diterima. Jadual 2 menunjukkan hasil pusingan modified Delphi pada fasa pelaksanaan. Rajah 2 menunjukkan baki 11 item yang dikekalkan dengan pemurnian merujuk elemen penilaian bagi ketiga-tiga dimensi penilaian. Item tersebut dinilai secara lebih teliti pada fasa penilaian. Pada fasa penilaian, bagi memastikan item telah tekal, pusingan modified Delphi dilakukan sekali lagi secara atas talian terhadap instrumen penilaian BK09 11 item oleh lapan (8) panel penilai. Panel yang dipilih terserlah merujuk kepakaran masing-masing dan telah mempamerkan komitmen, keterlibatan dan intensiti yang tinggi dalam kajian ini Hasil dapatan menunjukkan semua item dikekalkan dan indeks inter-rater persetujuan kesahan muka adalah 0.77 dan indeks inter-rater persetujuan kesahan konstruk adalah pada 0.72 iaitu diterima (melebihi 0.7). Kesemua item ini kemudiannya dirintis dan dianalisis bagi bagi memastikan dimensi dan elemen penilaian adalah tekal dan mengukur perkara yang hendak diukur. Apabila dianalisis hasil rintis, nilai KMO= 0.804 (>0.8) dengan Sig=0.000 (<0.1) menunjukkan analisis faktor adalah relevan untuk memastikan bilangan dimensi yang boleh diekstrak.

Jadual 2 Hasil Pusingan Modified Delphi

Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3

Bil. Panel Penilai 20 15 11

Jumlah item asal 25 18 15

DSL DPP DBS DSL DPP DBS DSL DPP DBS

Item asal 8 10 7 5 9 4 5 7 3

Item diterima (r≥0.6) 5 9 4 5 7 3 3 5 3

item diterima 18 15 11

Inter rater Persetujuan untuk Kesahan Konstruk

0.72 0.69 0.73

Inter rater Persetujuan untuk Kesahan Muka

Tidak berkenaan 0.78 Tidak berkenaan

Petunjuk: DSL - Dimensi Sesi latihan; DPJ- Dimensi Penyampaian- Pensyarah; DBS- Dimensi Bahan Sokongan

Page 68: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 60

Kandungan Sesi Latihan (3 elemen)

Keupayaan Penyampaian Pensyarah (3 elemen)

Sumber Sokongan Penyampaian (2 elemen)

Kesesuaian latihan dgn tugas semasa

Aliran (scaffolding) kandungan sesi latihan

Objektif Latihan (perlakuan)

Makna latihan kepada dinamik pendidikan

Kaedah/Strategi Penyampaian –kefahaman/penguasaan

Gaya penyampaian-ransangan

Interaksi JU-pelanggan-motivasi

Produktif (Penggunaan masa)-pencapaian objektif

Kesesuaian sumber latihan

Kreativiti sumber sokongan dalam latihan

Keupayaan sokongan menjadi sumber rujukan pelanggan

Rajah 2 Elemen Item Hasil Tiga (3) Pusingan Modified Delphi

Melalui analisis faktor, terdapat dua (2) dimensi yang diekstrak mengukur varians dijelaskan oleh kepuasan pelanggan secara signifikan. Dimensi satu (1)merupakan gabungan penyampaian pensyarah dengan kandungan atau bahan sokongan latihan yang mempamerkan keupayaan pensyarah manakala dimensi dua (2) merupakan kandungan dan implikasi sesi latihan.

Jadual 3 menunjukkan hasil analisis faktor, sebanyak empat (4) item terkeluar meninggalkan hanya tujuh (7) item. Ekstraksi bagi dimensi satu (1) terdiri daripada lima (5) item manakala dimensi dua (2) terdiri daripada dua (2) item yang mana setiap satu item menunjukkan indeks korelasi yang tinggi iaitu dalam julat 0.70 hingga 0.95 dan mengukur dimensi pada arah yang sama. Tambahan dimensi satu (1) mengukur 54.6 peratus daripada varians dan dimensi dua (2) mengukur 17.6 peratus varians yang dijelaskan.Ini menunjukkan item instrumen penilaian BK09 mengukur sebanyak 72.31 peratus jumlah terkumpul varians dijelaskan bagi kepuasan pelanggan. Nilai ini adalah nilai yang baik dan menurut Hair et al. (2006), instrumen yang baik dan tekal, mengukur lebih 60 peratus varians dijelaskan.

Jadual 3 Hasil Analisis Faktor

Komponen Jumlah Ekstraksi Muatan Kuasa dua (Extraction Sums of Squared Loadings)

Matrik Struktur (Structure Matrix)

Total % Varians dijelaskan % Terkumpul 1

Alpha Cronbach = 0.861

3.827 54.675 54.675 A3 .844 B2 .843 B4 .838 B1 .783 C1 .709

2 Alpha Cronbach

= 0.860

1.234 17.634 72.310 A2 .937 A1 .928

Extraction Method: Principal Component Analysis. Matrik Korelasi Komponen = 0.401

Rotation Method: Oblimin with Kaiser Normalization KN *Rotation converged in 4 iterations

1

2

4

3

6

5

8

7

10

9

11

Page 69: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 61

Berasaskan kepada dapatan hasil kajian, kajian telah dapat memenuhi tiga (3) objektif kajian seperti berikut.

1. Semakan semula item penilaian BK09 sejajar dengan mandat bagi mendapatkan maklum balas yang diharapkan memandangkan item benar-benar mengukur kepuasan hati pelanggan dengan baik dan tekal melebihi 60 peratus.

2. Terdapat dua (2) dimensi penilaian maklum balas pelanggan yang memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan iaitu:- I. Dimensi keupayaan pensyarah terhadap sesi latihan yang melibatkan tiga (3) elemen

iaitu Interaksi pensyarah yang merangsang penglibatan pelanggan semasa latihan; Strategi Penyampaian bagi Pembelajaran dan Pemanfaatan bahan/teknologi dalam latihan

II. Dimensi kandungan sesi latihan yang melibatkan dua (2) elemen iaitu Kandungan Sesi Latihan dan Objektif Latihan

Berasaskan kepada dua (2) dimensi tersebut, elemen bagi penambahbaikan latihan dan pembangunan pensyarah dapat dikenal pasti bagi menambahbaik khidmat latihan di IAB.

3. Nilai Alpha Cronbach 0.861 bagi dimensi satu (1) dan 0.860 bagi dimensi dua (2) serta nilai indeks korelasi melebihi 0.70 bagi semua item menunjukkan item penilaian adalah tekal dan relevan. Hasil analisis matriks korelasi komponen pada 0.401 juga menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara dimensi tersebut. Ini menujukkan kedua-dua dimensi ini perlu berada di tahap yang tinggi bagi memastikan perkhidmatan latihan yang berkualiti.

Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan penilaian BK09 versi semakan memenuhi hasrat dan tujuan semakan iaitu penilaian BK09 versi semakan mampu mengenal pasti kepuasan peserta terhadap sesi latihan; menilai keupayaan jurulatih menyampaikan sesi latihan; dan mengenal pasti aspek penambahbaikan latihan yang disediakan. Oleh kerana item bagi dimensi 2 melibatkan hanya dua (2) item, maka satu (1) item yang telah dimurnikan ditambah dengan persetujuan pakar. Lampiran A menunjukkan instrumen penilaian BK09 versi semakan.

5.0 RUMUSAN Secara rumusannya, kajian memberi implikasi kepada dasar kualiti IAB secara lebih objektif dan bermakna. Penghasilan data yang lebih jelas mempamerkan realiti sebenar dan membantu memastikan dasar kualiti dipenuhi secara bermakna. Lanjutan daripada ini, piawai prosedur kerja latihan di IAB juga akan lebih berfokuskan pelanggan. Kajian juga memberi kesan kepada sistem I-Penilaian (Insyst) IAB yang lebih diskrit dan terperinci. Maklum balas yang spesifik merujuk dimensi dan elemen penilaian memberi maklumat yang lebih tepat bagi membantu dalam memantapkan pukal latihan secara spesifik. Tambahan, melalui data yang lebih bermaklumat ini, pembangunan staf IAB dapat dilaksanakan dengan lebih menepati mengikut keperluan Usaha ini menyokong dan mampu memudahcarakan usaha penambahbaikan perkhidmatan latihan di IAB secara berterusan.

Page 70: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 62

Lanjutan daripada hasil semakan, adalah dicadangkan agar rekabentuk persembahan hasil penilaian BK09 mempamerkan kepuasan peserta terhadap sesi latihan, keupayaan pensyarah menyampaikan sesi latihan dan mempu mengenal pasti aspek penambahbaikan. Cadangan ini bagi membolehkan hasil penilaian digunakan secara bermakna oleh pensyarah bagi membangunkan keupayaan mereka mahupun pihak yang bertanggungjawab memantapkan latihan di IAB. Melalui usaha ini, perkhidmatan latihan di IAB akan dapat ditingkatkan lagi selari dengan hasrat dan usaha melahirkan pemimpin masa hadapan yang berkompetensi tinggi. RUJUKAN Creswell, J.W. 2009. Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods

Approaches. Singapore: Sage Publications Asia-Pacific.

Fowler, Jr. F.J. 2001.Survey Research Method.Sage Publication.

Hair, Jr. J.F., Anderson, R.E. Tathanm, R.L. and Black, W.C. 2006. Multivariate Data Analysis. New Jersey: Prentice Hall.

Helmick, T.E., Bickman, L. and Rog, D.J. 1993. Applied Research Design: A Practical Guide.Sage Publication.

James D and Wendy Kayser Kirkpatrick. 2016. Four Level of Training Evaluation. USA: ATD Press.

Kothari, C.R. 2008. Research Methodology: Methods and Techniques. New Age International

Oliva, P.F. 2005.Developing the Curriculum. 6th ed. Singapore: Pearson.

Paul Hague and Nick Hague. 2016. Customer Satisfaction Surveys & Research: How to Measure CSAT .http://www.b2binternational.com

Pratibha A. Dabholkar. 1995. A Contingency Framework For Predicting Causality Between Customer Satisfaction and Service Quality", in NA - Advances in Consumer Research Volume 22, eds. Frank R. Kardes and Mita Sujan, Provo, UT : Association for Consumer Research. Pages: 101-108. http://acrwebsite.org/volumes/7677/volumes/v22/NA-22

Page 71: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 63

LAMPIRAN A

Instrumen Penilaian BK09 versi semakan semula

Page 72: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 64

KAJIAN AWAL SEMAKAN SEMULA

KOMPETENSI FUNGSIONAL PEMIMPIN SEKOLAH

Chang Fui Chin Siti Fadzlun binti Abd. Thani

Jamal bin Ishak

Jabatan Pentaksiran Pemimpin Sekolah Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek

Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

Perubahan baru dalam bidang pendidikan yang progresif dan dinamik menuntut kepada kajian semakan semula Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) Tahun 2006. Lanjutan itu, Task Force Semakan Semula SKKSM telah dibentuk. Kajian awal semakan semula melibatkan rintis Kerelevenan dan Kepentingan SKKSM telah dilaksanakan dengan melibatkan 226 responden. Borang soal selidik telah ditadbir secara online ke atas responden yang terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar. Hasil dapatan kajian rintis menunjukkan kesemua sembilan (9) fungsi tugas pemimpin sekolah masih releven dan penting. Urutan peratusan tertinggi fungsi tugas pemimpin sekolah mengikut kerelevanan dan kepentingan ialah Pengurusan dan Kepimpinan (98.7%), Pengurusan Hal Ehwal Murid (96.9%), Pengurusan Kurikulum (96.5%), Pengurusan Kewangan (95.6%), Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (95.6%), Pengurusan Kokurikulum (94.2%), Pengurusan Pentadbiran Pejabat (90.7%), Pengurusan Pentadbiran Pejabat(90.7%) dan Pengurusan Perhubungan Luar (87.6%). Lanjutan dapatan ini, beberapa sesi bengkel pemurnian SKKSM telah diadakan. Hasil dapatan sesi perbengkelan tersebut ialah sembilan bidang fungsi kerja pemimpin sekolah telah dikelompokkan kepada empat (4) domain iaitu (I) Domain Kepimpinan, (ii) Domain Pengurusan Instruksional (Kurikulum, HEM dan Kokurikulum), (iii) Domain Pengurusan Sumber Operasi (Kewangan, Fizikal, Sumber Manusia, Pentadbiran Pejabat dan Persekitaran) serta (iv) Domain Pengurusan Hubungan Luar. Kerangka awal Standard Fungsian Pengetua dan Guru Besar juga berjaya dibentuk dengan 80 peratus persetujuan dalaman antara panel. Kerangka awal yang dihasilkan diharap dapat membantu sebagai rujukan memantapkan kompetensi fungsional pengetua dan guru besar dalam usaha mewujudkan sekolah berkualiti bagi membentuk kemenjadian murid. Kata kunci: Modified Delphi; Kajian praktis; Analisis faktor

1.0 PENDAHULUAN

Standard Kompetensi Kepengetuan Sekolah (SKKSM) merupakan satu piawaian minimum yang perlu ada pada pengetua dan guru besar (PGB) sekolah. SKKSM ini dibina pada tahun 2006 oleh Institut Aminuddin Baki bagi menjadi rujukan PGB dalam melaksanakan kerja buat mereka.

Kajian KOMPAS yang dilaksanakan bermula tahun 2015 hingga awal tahun 2017 telah Berjaya menggubal KOMPAS 2.0 pada tahun 2017. Ekoran itu, Mesyuarat Pengurusan dan Profesional IAB Bil. 10/2016 menuntut semakan semula kompetensi pemimpin sekolah bagi memenuhi pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan yang dinamik. Selain itu ia juga

Page 73: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 65

penting bagi memenuhi kehendak dasar pendidikan terkini seperti Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Berikutan itu Task Force Semakan Semula Kompetensi Pemimpin Sekolah telah dibentuk dan berjaya menggubal Standard Kompetensi Pengetua dan Guru Besar (SKPGB) pada tahun 2017/2018.Setelah berjaya menggubal SKPGB, dibentuk lagi Task Force Semakan Semula SKKSM pada tahun 2018.Pembentukan Task Force ini adalah untuk melihat dan menyemak semula SKKSM tahun 2006.Task Force Semakan Semula SKKSM terdiri daripada pengetua, guru besar, pensyarah IAB dan pegawai dari Bahagian KPM. Objektif SKKSM adalah seperti berikut:

i. Memantapkan tahap profesionalisme PGB ii. Menyediakan dokumen panduan yang harus difahami dan diikuti oleh PGB dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka iii. Menyediakan dokumen panduan yang harus difahami dan diikuti oleh PGB dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka 2.0 OBJEKTIF

Kajian bertujuan menyemak semula SKKSM sedia ada berasaskan objektif kajian seperti berikut;

i. Mengenal pasti kerelevanan bidang fungsional pemimpin sekolah sedia ada. ii. Mengenal pasti domain elemen fungsional bagi kerangka awal standard fungsian

PGB

3.0 METODOLOGI

Kajian kerelevanan item SKKSM telah dilaksanakan bermula 11 September 2017. Seramai 226 Pengetua dan Guru Besar telah dipilih sebagai responden kajian ini. Borang Soal Selidik tentang kerelevanan dan kepentingan SKKSM telah ditadbir secara atas talian. Responden dikehendaki menandakan (/) pada skala likert bagi menyatakan kerelevanan dan kepentingan bagi sembilan (9) bidang fungsian Kepimpinan dan Pengurusan seperti yang ditunjukkan di Jadual 1.0. Data borang soal selidik kemudiannya dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi dan peratusan.

Jadual 1.0: Skala Likert dan 9 Bidang Pengurusan dan Kepimpinan

Skala Likert:

i. Relevan dan Penting ii. Relevan tetapi Kurang Penting iii. Kurang Relevan tetapi Penting iv. Kurang Relevan dan Kurang Penting

Bidang Pengurusan dan Kepimpinan:

i. Pengurusan Organinasi ii. Pengurusan Kurikulum iii. Pengurusan Hal Ehwal Murid iv. Pengurusan Kokurikulum v. Pengurusan Kewangan vi. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia vii. Pengurusan Pentadbiran Pejabat viii. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal ix. Pengurusan Perhubungan Luar

Page 74: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 66

Lanjutan daripada itu, bengkel sumbang saran bersama pemimpin sekolah, pensyarah dan pegawai pendidikan diadakan bagi mengenal pasti domain elemen fungsional pemimpn sekolah. Seramai 20 panel pemikir yang terlibat dan sebanyak dua (2) pusingan bengkel diadakan. Hasil daripada sumbang saran kerangka awal standard fungsian PGB dibangunkan.

4.0 DAPATAN

4.1 Demografi Responden Kajian

Responden terdiri daripada 226 Pengetua (55.3%) dan Guru Besar (44.7%) seluruh Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.0 di bawah.

Jadual 2.0: Bilangan responden

Jawatan Bilangan / Peratus Pengetua 125(55.3%) Guru Besar 101(44.7%)

Seramai 140 (63.1%) responden adalah dari sekolah luar bandar manakala 86 (37.9%) adalah dari sekolah bandar seperti yang ditunjukkan melalui Jadual 3.0.

Jadual 3.0 : Lokasi Sekolah

Lokasi Bilangan / Peratus Luar Bandar 140(62.1%) Bandar 86(37.9%)

Responden kajian adalah daripada pelbagai jenis sekolah. Sebanyak 44% responden adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan, 27% responden dari Sekolah Kebangsaan dan 13.5% adalah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Bagi responden dari Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama adalah sebanyak 5% sahaja. Selebihnya 0.5% responden adalah dari SekolahJenis Kebangsaan Tamil. Taburan Jenis Sekolah dapat ditunjukkan melalui Jadual 4.0 di bawah.

Jadual 4.0: Jenis Sekolah

Jenis sekolah Peratus SMK 44% SBP 5% SK 27% SJKC 13.5% SMK Teknik 5% SMK Agama 5% SJKT 0.5%

Page 75: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 67

4.2 Analisis Kajian

Berdasarkan Jadual 5.0 didapati kesemua sembilan (9) bidang bidang fungsian PGB masih di tahap relevan dan penting dengan peratusan tertinggi ialah 98.7% (223 responden) iaitu bidang pengurusan dan kepimpinan sementara peratusan terendah ialah 87.6% (198 responden) iaitu bidang pengurusan perhubungan luar.

Jika diperincikan dapatan kajian kerelevanan dan kepentingan SKKSM, didapati bidang pengurusan dan kepimpinan merupakan aspek paling relevan dan paling penting. Ini kerana sebanyak 98.7 % atau 223 responden menyatakan fungsian ini adalah relevan dan penting manakala 1.3% atau 3 responden menyatakan kurang relevan tetapi penting. Bidang fungsian yang kedua penting dan relevan ialah pengurusan hal ehwal murid dengan peratusan sebanyak 96.9% (219 responden). Hanya 0.9% (2) reponden menyatakan bidang ini relevan tetapi kurang penting manakala sebanyak 2.2% (5) responden menyatakan fungsian ini kurang relevan tetapi penting.

Bidang fungsian ketiga penting dan relevan ialah pengurusan kurikulum dengan peratusan sebanyak 96.8% (218 responden). Manakala hanya 1.6% (4) reponden menyatakan bidang ini relevan tetapi kurang penting dan 1.6% (4) menyatakan kurang relevan tetapi penting. Jadual 5 menunjukkan dapatan kerelevanan dan kepentingan bidang fungsional pemimpin sekolah. Seterusnya 95.6% (216) responden menyatakan bidang pengurusan kewangan adalah relevan dan penting. Hanya1.6% (4) reponden menyatakan bidang pengurusan kewangan adalah relevan tetapi kurang penting dan 2.8% (6) menyatakan fungsian ini kurang relevan tetapi penting. Bidang pengurusan kewangan merupakan bidang fungsian keempat relevan dan penting.

Menduduki tangga kelima relevan dan penting adalah bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Sebanyak 95.6% (216) responden menyatakan fungsian ini adalah relevan dan penting sementara 2.2% (5) reponden menyatakan relevan tetapi kurang penting dan 2.2% (5) menyatakan fungsian ini kurang relevan tetapi penting. Tempat keenam relevan dan penting ialah bidang pengurusan kokurikulum dengan peratusan sebanyak 94.2% (213 responden). Cuma 3.5% (8) reponden menyatakan bidang fungsian ini relevan tetapi kurang penting dan 2.3% (5) menyatakan kurang relevan tetapi penting.

Bidang Pengurusan Pentadbiran Pejabat fungsian pulu menduduki hierarki ketujuh. Sebanyak 90.7% (205) responden menyatakan fungsian ini adalah relevan dan penting. Hanya 7.5% (17) reponden menyatakan relevan tetapi kurang penting dan 1.8% (4) menyatakan fungsian ini kurang relevan tetapi penting. Dapatan juga menunjukkan bidang fungsian kelapan relevan dan penting ialah pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal. Sebanyak 88.1% (199) responden menyatakan bidang fungsian ini adalah relevan dan penting, 9.3% (21) reponden menyatakan relevan tetapi kurang penting dan 2.6% (6) responden menyatakan fungsian ini kurang relevan tetapi penting. Bidang pengurusan perhubungan luar pula menduduki tempat kesembilan penting dan relevan. Sebanyak 87.6% (198) responden menyatakan fungsian ini adalah relevan dan penting.Hanya 8.0% (18) reponden menyatakan relevan tetapi kurang penting dan 4.4% (10) menyatakan fungsian ini kurang relevan tetapi penting.

Page 76: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 68

Jadual 5.0: Dapatan Kerelevanan dan Kepentingan Bidang Fungsional Pemimpin Sekolah

Bidang Fungsional Relevan dan Penting

Relevan tetapi Kurang Penting

Kurang Relevan tetapi Penting

Pengurusan dan Kepimpinan 98.7% (223) - 1.3% (3)

Pengurusan Hal Ehwal Murid 96.9% (219) 0.9% (2) 2.2%( 5)

Pengurusan Kurikulum 96.8% (218) 1.6% (4) 1.6% (4)

Pengurusan Kewangan 95.6% (216) 1.6% (4) 2.8% (6)

Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia 95.6% (216) 2.2% (5) 2.2% (5)

Pengurusan Kokurikulum 94.2% (213) 3.5% (8) 2.3% (5)

Pengurusan Pentadbiran Pejabat 90.7% (205) 7.5% (17) 1.8% (4)

Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal 88.1% (199) 9.3% (21) 2.6% (6)

Pengurusan Perhubungan Luar 87.6% (198) 8.0% (18) 4.4% (10)

Sebagai rumusan, didapati kesemua bidang fungsional pemimpin sekolah masih releven dan penting. Ini kerana peratusan kajian relevan dan penting bagi kesembilan bidang fungsional adalah melebihi 87%. Berikutan itu, kesemua bidang fungsional masih perlu dikekalkan dalam kajian semakan semula SKKSM.

4.3 Kerangka Standard Fungsian Pengetua dan Guru Besar

Berdasarkan dapatan daripada Kajian Kerelevanan dan Kepentingan sembilan (9) bidang fungsional pemimpin sekolah, maka beberapa siri bengkel telah diadakan bagi memurnikan dan memantapkan bidang fungsional tersebut. Ini selari dengan tuntuan perubahan pendidikan yang begitu drastik. Hasil perbengkelan tersebut, terbentuklah empat (4) domain baru dalam Standard Fungsian Pengetua dan Guru Besar. Keempat-empat domain elemen fungsional bagi kerangka awal standard fungsian PGB adalah seperti berikut;

(I) Domain Kepimpinan, (II) Domain Pengurusan Instruksional ( Kurikulum, HEM dan Kokurikulum), (III) Domain Pengurusan Sumber Operasi (Kewangan, Fizikal, Sumber Manusia,

Pentadbiran Pejabat dan Persekitaran); serta (IV) Domain Pengurusan Hubungan Luar. Empat (4) domain baru ini telah digubal bagi

menggantikan sembilan ( 9) bidang fungsian pemimpin sekolah.

Page 77: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 69

Rajah 1.0 Domain elemen fungsional bagi Kerangka Awal Standard Fungsian PGB.

Hasil analisis konsensus yang dilakukan dalam kalangan 25 panel semasa sesi bengkel menunjukkan sebanyak 80 peratus persetujuan dalaman antara panel telah didapati dalam kalangan panel bagi terhadap kerangka awal yang dihasilkan seperti Rajah 1.0.

Kompetensi Pemimpin Sekolah Malaysia (KOMPAS 2.0)

Standard Kompetensi Pengetua dan Guru Besar

Standard Fungsian Pengetua dan Guru Besar (2.0)

D1: Kepimpinan PGB

D2: Pengurusan Instruktional *Kurikulum

*HEM *Kokurikulum

D3:Pengurusan Sumber Operasi

*Kewangan *Fizikal *Sumber Manusia

*Pentadbiran Pejabat *Persekitaran

Sekolah Berkualiti

Kemenjadian Murid

SKPMg2

Kerangka Standard Fungsian PGB

D4:Pengurusan Hubungan Luar

Page 78: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 70

5.0 RUMUSAN Hasil dapatan kajian menunjukkan kesemua sembilan (9) fungsian dalam SKKSM 2006 masih relevan dan perlu dikekalkan. Namun begitu kesembilan fungsian ini dikelompokkan dalam emopat (4) domain utama iaitu (I) Domain Kepimpinan, (ii) Domain Pengurusan Instruksional (Kurikulum, HEM dan Kokurikulum), (iii) Domain Pengurusan Sumber Operasi (Kewangan, Fizikal, Sumber Manusia, Pentadbiran Pejabat dan Persekitaran) serta (iv) Domain Pengurusan Hubungan Luar. Standard ini akan disokong dengan Standard kompetensi Pengetua Guru Besar bagi mewujudkan sekolah berkualiti dan membentuk kemenjadian murid.

Standard Fungsian Pengetua Guru Besar ini akan dapat menjadi rujukan utama bagi pemimpin sekolah dalam melaksanakan kerja buat mereka dan dapat membantu mereka menjadi pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi selaras dengan anjakan kelima PPPM. 6.0 RUJUKAN Australian Institute For Teaching and School Leadership.(2015). Australian Professional

Standard for Principals and the Leadership Profiles.Australia

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.(2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).Kuala Lumpur: Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Institut Aminuddin Baki.( 2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM). Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Institut Aminuddin Baki.( 2008). Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS).Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

National Policy Board for Educational Administration.(2015).Professional Standards for Educational Leaders October 2015 National Policy Board for Educational Administration.

U.S Office of Personel Management.Proficiency Levels For Leadership Competencies.

Page 79: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 71

Dua (2) Abstrak berikut dibentangkan di; Regional Conference on Teacher Demand Supply and Services: Benchmarking Quantity and Quality Unit Perundingan Universiti Malaya (UPUM) pada 11 & 12 Jun 2013 di bawah tema, Curriculum Change: The Impact on Teacher Demand-Supply

CULTIVATING LEADERS IN PROVIDING EFFICIENT TEACHERS AS IMPORTER OF THE CURRICULUM CHANGE

Nor Foniza binti Maidin PhD

Tarzimah binti Tambychik PhD Abd. Razak bin Manaf PhD

Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstract

This is a concept paper that will discussed the framework of cultivating leadership that is believed to be able to cultivate efficient teachers who could initiate curriculum change needed by the education system. Adaptation and modification of network cultivation framework and theory of cultivating in agriculture into educational leadership lead to the framework of cultivating leadership process involving cultivating leaders and process. The framework of cultivating leadership process consists of four phases of process which are preparing, grooming, constructing and reaping. Through these processes, teacher with knowledge, skill and attitude will be promoted into functional teacher with knowledge, skill, attitude and ideas. The functional, the attitude and the application of knowledge, skill and ideas into good practice initiate efficiency among teachers as importer of the curriculum change. Efficient teachers are able to equip and sustain the implementation of the curriculum change. Cultivating Leaders is essential to promote efficient teachers in fulfilling the teachers’ demand of supply. Keyword: Cultivating Leadership, Cultivating Leaders, Efficient Teacher, Curriculum Change

Page 80: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 72

PROGRAM OF ORGANIZATIONAL DEVELOPMENT (PROD) IN ASSISTING SCHOOL LEADERS TO ENSURE QUALITY TEACHERS FOR THE CURRICULUM CHANGE

Tarzimah binti Tambychik PhD Abd. Razak bin Manaf PhD

Nor Rajiah binti Ahmad Dawa Nor Foniza binti Maidin PhD

Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstract

School leaders need to anticipate and facilitate changes at the individual level before progressing to the organizational level in facing the curriculum changes such as School Based Assessment and Primary School Standard Curriculum. PrOD is an Organizational Development Program comprises an evaluation on the status of school organizational development using KOKeM Evaluation and a three phase courses on organizational development starting with the individual development of the leaders tagging along by the development of teamwork and organization. This paper emphasizes study of PrOD in assisting school leaders to identify the elements in leadership, organization management and teaching and learning that need to be enhanced as well as leadership and organizational development inputs for school improvement. The study involved 60 schools in Pahang and from each school, 10 respondents evaluated the elements of the organizational development using KOKeM Evaluation. Based on the evaluation, decision making skill, planning skill, leadership style, human resource, infrastructure and technology management were found to be critical among school leaders. These shortcomings, were parallel with teachers’ lacking in the technique of questioning, method of teaching delivery and skill in applying education resource as well as students’ mastery in learning. These limitations are vital since it could jeopardize the quality of teachers as the implementers of the curriculum change together with students’ performance. Through the three phase courses of PrOD, imperative morale, 360⁰ leadership, instructional and transformational leadership were able to develop the leadership skills and the profesional awareness of school leaders in initiating and promoting workplace and profesional development among teachers as tools to upgrade the skills among them. Profesional discussion and brainstorming among teachers could lead to sufficient learning community in schools that might intensify teachers’ quality in fulfilling the needs and the demands of the curriculum change in schools. Keyword: Curriculum Change, Organizational Development, Evaluation, Imperative Morale, Leadership

Page 81: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Kajian Pentaksiran Kompilasi 2013-2017

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KPM | 73

Abstrak berikut dibentangkan di; Konvensyen Kebangsaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 Pada 18 hingga 20 September 2017 di bawah tema Perkongsian Sekolah Transformasi

TS25: POLA TINGKAH LAKU KEPIMPINAN PEMIMPIN SEKOLAH

Nor Foniza binti Maidin PhD. & Tarzimah binti Tambychik PhD.

Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

Perubahan dunia globalisasi yang sangat pantas memerlukan tindakan yang bijak dan sentiasa ke hadapan. Pendekatan kepimpinan yang bersedia mendokong aspirasi seiring dengan keperluan perubahan bagi membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan kini menjadi sesuatu yang kritikal. Pemimpin sekolah perlu mampu mengurus dan memimpin organisasi serta memupuk individu dalam organisasinya bagi mengembangkan profesionalisme guru serta meningkatkan pembelajaran murid. Kajian ini merupakan kajian tinjauan bagi melihat tingkah laku kepimpinan pemimpin sekolah yang mampu mencorakkan matlamat kepimpinan sekolah. Inventori tingkah laku kepimpinan pemimpin sekolah telah diedarkan kepada 63 responden pemimpin sekolah TS25 bagi melihat tingkah laku kepimpinan mengurus, memimpin dan memupuk merujuk berasaskan empat (4) elemen tingkah laku iaitu fokus, gaya, orientasi dan pemikiran. Dapatan kajian menunjukkan, 54 peratus daripada pemimpin sekolah memfokuskan data, eviden dan prosedur bagi menggalakkan kepertanggungjawaban warga organisasi. Majoriti pemimpin sekolah TS25 cenderung menggunakan pendekatan formulasi, reflektif, konstruktif dan empati dalam gaya tingkah laku bagi mengarah, melaksana dan menggalakkan warga organiasi. Orientasi untuk menyokong dan melaksanakan perkara yang betul dengan berinisiatif, adalah jelas dinyatakan dalam majoriti pemimpin sekolah TS25. Seramai 61.9 peratus daripada pemimpin sekolah TS25 menyatakan fleksibiti dalam pertimbangan dan tindakan mereka terhadap sesuatu bagi elemen pemikiran mereka. Secara umum, pola tingkah laku pemimpin sekolah TS25 adalah lebih cenderung kepada tingkah laku kepimpinan memupuk. Dapatan ini adalah menyokong keperluan transformasi yang memerlukan pemimpin sekolah mengadaptasi kendiri dan menstrategi tindakan ke arah matlamat mereka bagi membangunkan warga organisasi dan menyediakan kapasiti sekolah yang kompeten dan berwawasan bagi mendokong aspirasi TS25 dalam melahirkan modal insan unggul.Kajian memberi implikasi kepada kepimpinan pendidikan terhadap kesediaan pemimpin sekolah TS25 bagi tujuan penambahbaikan dan sokongan di masa hadapan. Kata kunci: kepimpinan mengurus; kepimpinan memupuk; kepimpinan memimpin

Page 82: Institut Aminuddin Baki KAJIAN PENTAKSIRAN · 2020. 2. 14. · Pentaksiran Kompilasi 20132017 dapat direalisasikan. Kompilasi kajian ini - mengandungi kajian yang telah dilaksanakan

Buku kompilasi kajian ini adalah usaha yang baik. Ianya mampu dijadikan panduan kepada para penyelidik dan pensyarah yang terlibat dengan pentaksiran bagi membina instrumen dan melaksanakan analisis keperluan dan semakan semula. Kepelbagaian elemen pentaksiran dan pelaksanaan pengurusan berkaitan pentaksiran juga dinampakkan daripada kajian-kajian ini untuk difikir, difahami dan diteroka. Perkongsian dalam buku ini dilihat mampu menggalakkan warga organisasi IAB untuk mengembangkan bakat penyelidikan dalam pelbagai bidang pendidikan selari keperluan dinamik pendidikan kini. Diharap buku ini akan dimanfaatkan bersama oleh warga organisasi IAB khasnya dan warga KPM umumnya.

Dr. Hjh. Nor Asikin bt. Salleh Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Pentaksiran adalah bidang yang merentasi hampir semua aspek pendiidkan. Buku ini dilihat bermakna sebagai sumber perkongsian dan cetusan pemikiran terhadap pelbagai dimensi ilmu yang boleh dikaji dan diterokai. Kepelbagaian reka bentuk kajian melibatkan pentaksiran dilihat boleh memberi manfaat kepada para penyelidik, pegawai pendidikan dan pelajar sebagai panduan. Perkongsian melalui buku ini mampu membuka minda terhadap keperluan pendidikan di Malaysia yang terkehadapan.

Dr. Shahlan Surat Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Dalam usaha pusat pentaksiran melunaskan tanggungjawab dan tugasan yang diberikan, pengkajian merupakan perkara penting yang dipraktiskan. Buku ini merupakan usaha pertama Pusat Pentaksiran mengumpulkan semua kajian pusat yang telah dibuat berkaitan pentaksiran dalam lima (5) tahun kebelakang. Kepelbagaian dalam reka bentuk kajian antaranya melibatkan reka bentuk kajian analisis keperluan, kajian semakan semula instrumen dan standard, kajian pembangunan menggunakan Modified Delphi serta kajian kes tentang pentaksiran. Reka bentuk yang pelbagai ini melibatkan pelbagai kaedah dan analisis antaranya analisis deskriptif, analisis faktor eksploratori dan pengesahan (EFA dan CFA), analisis Rasch serta analisis tematik. Buku kompilasi kajian ini berupaya dijadikan rujukan di masa hadapan dalam urusan melibatkan pentaksiran. Perkongsian ini diharap mampu membantu rakan penyelidik dan mana-mana individu yang terlibat dalam penilaian dan pentaksiran mendapat idea dalam melaksanakan kajian dan tugasan mereka. Semoga usaha ini mampu membangunkan profesionalisme warga pendidik umumnya dalam terus melestarikan pendidikan di Malaysia. InsyaAllah…

Dr. Hajah Tarzimah binti Haji Tambychik Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

http://iab.moe.edu.my