kompilasi keputusan fatwa

70
JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA KEPUTUSAN FATWA dari tahun 2015-2017

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

JABATAN MUFTI NEGERI PERLISTingkat 1, Blok A,

Bangunan Dato' Mahmud Mat,01000 Kangar, Perlis

JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Tel : 04-979 4428Fax : 04-976 3844

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLISNo. A2, Taman Pengkalan Asam,Jalan Tuanku Syed Putra, 01000 Kangar, PerlisTel : 04-979 4439Fax : 04-978 2400

mufti.perlis.gov.my www.maips.gov.my

KOMPILASIKEPUTUSAN

FATWAKEPUTUSAN

FATWAdari tahun 2015-2017

Page 2: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA
Page 3: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

dari tahun 2015-2017

KOMPILASIKEPUTUSAN FATWA

JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

©2017, Jabatan Mufti Negeri Perlis

Cetakan Kedua 2018

Atur Huruf & RekabentukPGF PRINTNo 102, Persiaran Wawasan,Batu Hampar, Seriab,01000 Kangar, Perlis.Tel : 012-588 9421 / 012-474 3077 Email : [email protected]

Diterbitkan oleh:JABATAN MUFTI NEGERI PERLISTingkat 1, Blok A,Bangunan Dato’ Mahmud Mat,01000 Kangar, Perlis.Tel: 04-9794428, Fax : 04-9763844

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini di dalam apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau selainnya sebelum mendapat izin bertulis daripada SS Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perlis.

dari tahun 2015-2017

KOMPILASIKEPUTUSAN FATWA

Page 4: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

dari tahun 2015-2017

KOMPILASIKEPUTUSAN FATWA

JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

©2017, Jabatan Mufti Negeri Perlis

Cetakan Kedua 2018

Atur Huruf & RekabentukPGF PRINTNo 102, Persiaran Wawasan,Batu Hampar, Seriab,01000 Kangar, Perlis.Tel : 012-588 9421 / 012-474 3077 Email : [email protected]

Diterbitkan oleh:JABATAN MUFTI NEGERI PERLISTingkat 1, Blok A,Bangunan Dato’ Mahmud Mat,01000 Kangar, Perlis.Tel: 04-9794428, Fax : 04-9763844

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini di dalam apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau selainnya sebelum mendapat izin bertulis daripada SS Mufti, Jabatan Mufti Negeri Perlis.

dari tahun 2015-2017

KOMPILASIKEPUTUSAN FATWA

Page 5: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

201501. Hak Hadanah Anak Bagi Ibu Bapa Berlainan Agama02. Dakwaan Melihat Nabi Secara Jaga (Yaqazah)03. Penyelewengan Istilah Jihad Fi Sabilillah04. Hukum Pelaburan Wang Zakat Negeri Perlis05. Fatwa Zikir Menari

201601. Fatwa Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB)02. Fatwa Zakat Emas Perhiasan03. Fatwa Berkaitan Ahbash04. Fatwa Pencemaran Alam Sekitar05. Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial06. Garis Panduan Acara Persembahan Hiburan Di Negeri Perlis07. Hukum Bertabarruk Dengan Kesan Tinggalan Nabi SAW08. Hukum Berkaitan Vaksin09. Hukum Isteri Meninggalkan Rumah Suami Disebabkan Ancaman10. Hukum Forex Trading Online11. Hukum Memindahkan Mayat Dari Kubur Ke Kubur Yang Lain Di atas Sesuatu Keperluan12. Pengurusan Harta Luqatah13. Hukum Taklik Talak Tiga

26

28303132

34373840

41

43

4547

4849

515253

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS BAGI TAHUN 2015-2016

2017

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS BAGI TAHUN 2015-2017

01. Hukum Pemberian Zakat Kepada bukan Muslim 5602. Hukum Khitan Anak Perempuan 5703. Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Perayaan Bukan Islam Dalam Konteks Malaysia 5804. Hukum Menggunakan Wang Zakat Untuk Pembinaan Masjid 5905. Rayuan Permohonan Merobohkan Masjid Al-Hakim Padang Malau 6006. Hukum Had Tempoh Pemberian Zakat Kepada Saudara Baharu 6107. Hukum Program Perkongsian Susu Ibu Di Hospital 6308. Hukum Zakat KWSP 6509. Jamak Solat Di Masjid Kerana Bencana Alam 6610. Mengkhususkan Bacaan Surah al-Kahf Pada Hari Jumaat 6711. Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 6912. Hukum Pelaksanaan Istibdal Ke Atas Tanah Wakaf Kubur Lot 3508 GM 1814 Mukim Utan Aji Perlis 7013. Status Tapak Tanah Dan Surau Di Atas Tanah Lot 1443 Gm 980 Mengkuang Layar Barat 7114. Maksud Perkataan “Bermasautin” 72

Page 6: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

201501. Hak Hadanah Anak Bagi Ibu Bapa Berlainan Agama02. Dakwaan Melihat Nabi Secara Jaga (Yaqazah)03. Penyelewengan Istilah Jihad Fi Sabilillah04. Hukum Pelaburan Wang Zakat Negeri Perlis05. Fatwa Zikir Menari

201601. Fatwa Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB)02. Fatwa Zakat Emas Perhiasan03. Fatwa Berkaitan Ahbash04. Fatwa Pencemaran Alam Sekitar05. Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial06. Garis Panduan Acara Persembahan Hiburan Di Negeri Perlis07. Hukum Bertabarruk Dengan Kesan Tinggalan Nabi SAW08. Hukum Berkaitan Vaksin09. Hukum Isteri Meninggalkan Rumah Suami Disebabkan Ancaman10. Hukum Forex Trading Online11. Hukum Memindahkan Mayat Dari Kubur Ke Kubur Yang Lain Di atas Sesuatu Keperluan12. Pengurusan Harta Luqatah13. Hukum Taklik Talak Tiga

26

28303132

34373840

41

43

4547

4849

515253

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS BAGI TAHUN 2015-2016

2017

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS BAGI TAHUN 2015-2017

01. Hukum Pemberian Zakat Kepada bukan Muslim 5602. Hukum Khitan Anak Perempuan 5703. Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Perayaan Bukan Islam Dalam Konteks Malaysia 5804. Hukum Menggunakan Wang Zakat Untuk Pembinaan Masjid 5905. Rayuan Permohonan Merobohkan Masjid Al-Hakim Padang Malau 6006. Hukum Had Tempoh Pemberian Zakat Kepada Saudara Baharu 6107. Hukum Program Perkongsian Susu Ibu Di Hospital 6308. Hukum Zakat KWSP 6509. Jamak Solat Di Masjid Kerana Bencana Alam 6610. Mengkhususkan Bacaan Surah al-Kahf Pada Hari Jumaat 6711. Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 6912. Hukum Pelaksanaan Istibdal Ke Atas Tanah Wakaf Kubur Lot 3508 GM 1814 Mukim Utan Aji Perlis 7013. Status Tapak Tanah Dan Surau Di Atas Tanah Lot 1443 Gm 980 Mengkuang Layar Barat 7114. Maksud Perkataan “Bermasautin” 72

Page 7: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

7

2015

Page 8: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

8

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015

22-23 April 20153-4 Rejab 1436H

Pasangan bukan Islam yang salah seorang daripada mereka memeluk Islam, maka hak hadanah tidak dinilai berdasarkan kepada agama ibu atau bapa. Sebaliknya diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat menjamin kemaslahatan anak dari sudut perkembangan moral, emosi dan tumbesarannya (syafaqah). Dalam masa yang sama, ibu atau bapa yang muslim bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepada anak. Perinciannya adalah seperti berikut:

1. Anak Di Bawah Tempoh Susuani. Jika anak masih di bawah susuan badan ibu, maka hak hadanah diserahkan kepada ibu.

ii. Jika anak bukan disusui oleh ibu, maka hak hadanah diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat memberi syafaqah yang boleh dirujuk kepada latar kedua-dua pihak dan pilihan anak.

2. Anak Melepasi Tempoh Susuani. Jika anak melepasi tempoh susuan tetapi belum mumayyiz, maka hak hadanah diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat memberikan syafaqahyang boleh dirujuk kepada latar belakangkedua-dua belah pihak.

HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPABERLAINAN AGAMA

Page 9: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

9

ii. Jika anak telah mumayyiz maka dia berhak membuat pilihannya. Melainkan jika dapat dibuktikan pemilihannya itu akan membawa mudharat kepada kehidupan dunianya.

3. Tanggungjawab Memperkenalkan IslamIbu atau bapa yang muslim wajib dan berhak memperkenalkan Islam kepada anaknya sekalipun beliau tidak memperolehi hak hadanah. Maka ruang memperkenalkan Islam kepada anak hendaklah diberikan kepadanya.

Page 10: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

10

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-18/2015

22-23 April 20153-4 Rejab 1436H

Dakwaan seseorang melihat Nabi secara jaga (yaqazah) sama ada dalam bentuk hakiki ataupun ruh selepas kewafatan Baginda SAW tidak pernah dinukilkan melalui riwayat yang sahih berlaku kepada mana-mana sahabat RA, sekalipun ketika saat-saat getir, seperti ketika timbulnya perbezaan pendapat di kalangan mereka. Demikian juga generasi Tabi’ien dan Atba’ al-Tabi’ien.

Kemungkinan berlakunya yaqazah secara ruh adalah dakwaan yang diragui dan ditolak oleh para muhaqqiqin seperti al-Nawawi, Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir, Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Sakhawi. Begitu juga al-Qusyairi.

Demikian juga dakwaan melihat jasad nabi di zaman ini secara jaga adalah tertolak. Apa yang dinukilkan dari segelintir para ulama dalam hal ini adalah mengelirukan dan berlaku kontradik di dalam kenyataan mereka sendiri. Nukilan tersebut mempunyai berbagai versi yang berbeza-beza.

Ada yang mendakwa melihat dengan Wijdan (pandangan hati), ada yang mendakwa melihat antara tidur dan jaga, ada pula yang mendakwa dengan hanya gambaran nabi ( ) dan berbagai lagi. Semua dakwaan ini boleh diberikan berbagai tafsiran yang tidak semestinya membawa makna yaqazah seperti yang difahami oleh sesetengah pihak.

DAKWAAN MELIHAT NABI SECARA JAGA(YAQAZAH)

Page 11: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

11

Selain itu, dakwaan melihat Nabi secara jaga (yaqazah ) juga terdedah kepada tipu daya syaitan. Ia boleh membuka pintu kerosakan dengan berbagai tujuan seperti ‘Ujub dan Sum’ah. Justeru apa-apa dakwaan melihat Nabi sama ada dalam mimpi mahupun jaga yang membabitkan implikasi syara’ seperti pegangan akidah, hukum-hakam syariat dan penilaian hadis adalah batil dan sesat. Begitu juga dengan dakwaan bacaan tertentu boleh menghadirkan Nabi ke dalam sesuatu majlis juga adalah tidak berasas.

Page 12: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

12

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-18/2015

22-23 April 20153-4 Rejab 1436H

Tujuan Jihad dalam Islam ialah untuk meninggikan atau memuliakan kalimah Allah. Mana-mana tindakan yang dilakukan atas nama Perang Jihad tetapi boleh membawa implikasi negatif terhadap Islam dan umatnya maka ia bukanlah jihad yang sebenar. Dengan itu, tindakan kumpulan-kumpulan yang menggunakan nama jihad yang telah memberikan kesan negatif kepada Islam bukanlah jihad, kerana telah menyalahi konsep dan disiplin peperangan di dalam Islam, seperti membunuh mereka yang tidak terbabit di medan perang dari kalangan para wanita, orang tua, kanak-kanak dan seumpamanya. Sebaliknya mereka telah melakukan dosa memburukkan nama agama Islam.

Maka, menyertai kumpulan-kumpulan militan seperti IS dan al-Qaeda bukanlah jihad yang disyariatkan. Seorang muslim dilarang membabitkan diri ke dalam aktiviti yang tidak jelas atas nama peperangan jihad, apatah lagi yang jelas boleh membawa keburukan kepada umat Islam. Apa yang dilakukan oleh IS dan al-Qaeda tidak boleh dikaitkan dengan ajaran jihad di dalam Islam dan menyalahi pemahaman al-Salaf al-Soleh.

PENYELEWENGAN ISTILAH JIHAD FISABILILLAH

Page 13: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

13

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-18/2015

22-23 April 20153-4 Rejab 1436H

Hukum asal pelaburan zakat tidak diharuskan. Bagaimanapun, sekiranya agihan zakat telah dibuat dengan sebaiknya kepada semua asnaf yang berhak memilikinya, dan didapati masih ada lebihan, maka adalah harus harta zakat tersebut dilaburkan atas maslahah yang kembali kepada asnaf zakat dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

1. Pelaburan hendaklah yang disahkan patuh syari’ah oleh badan pengawasan syari’ah yang berotoriti.

2. Pelaburan hendaklah berisiko rendah dan sederhana dari institusi kewangan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.

3. Pelaburan berisiko tinggi boleh dibuat dengan mendapat jaminan khas dari pihak yang berotoriti serta distruktur secara patuh syari’ah.

4. MAIPs merupakan pihak yang melulus dan menjamin setiap pelaburan.

HUKUM PELABURAN WANG ZAKATNEGERI PERLIS

Page 14: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

14

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-19/2015

24-25 Ogos 20159-10 Zulkaedah 1436H

Menari bagi tujuan berzikir adalah bercanggah dengan nas-nas syara’ dan tujuan pensyariatan zikir itu sendiri. Hal ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir hendaklah dilakukan dalam keadaan khusyu’ dan tenang.

Nas-nas yang cuba digunakan untuk membolehkan perbuatan menari dengan tujuan berzikir seperti takwilan terhadap ayat 191 surah Ali Imran, kisah Ja’far, peristiwa tarian Habasyah, tamayul beberapa Sahabah Nabi SAW dan lain-lain, adalah:

a) Ditafsirkan secara salah, ataub) Riwayat itu tidak sahih, atauc) Pendalilan di luar konteks.

Adapun zikir dalam segala keadaan yang diizinkan oleh syara’ seperti semasa bekerja, memandu, bersukan dan seumpamanya adalah sesuatu yang terpuji.

Maka seorang muslim hendaklah membezakan antara menari untuk berzikir sebagai satu ibadat, dengan zikir semasa melakukan aktiviti kehidupan.

Adapun menari untuk berzikir secara khusus mendekatkan diri kepada Allah adalah dilarang syara’. Sementara berzikir semasa melakukan aktiviti yang baik adalah sesuatu yang digalakkan.

Adapun tamayul (gerakan) yang berlaku secara spontan tanpa diniatkan sebagai ibadat semasa berzikir atau membaca al-Quran dan lain-lain adalah tidak dilarang.

FATWA ZIKIR MENARI

Page 15: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

15

2016

Page 16: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

16

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

18-19 Februari 20169-10 Jamadil Awwal 1437H

Setelah meneliti penerangan dan menilai kedudukan ASB, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kedudukan ASB terbahagi kepada dua bahagian:

1. Fatwa Untuk Orang Ramai

Hasrat umat Islam untuk menguasai pembahagian ekonomi dalam negara ini mesti disokong. Untuk menunaikan hasrat itu pihak kerajaan telah menubuhkan ASB. Ia satu-satunya pilihan strategik pada masa ini untuk masyarakat Islam Malaysia menguasai ekonomi secara kolektif. Walau bagaimanapun, didapati setakat ini pelaburan dan hasil keuntungan ASB adalah masih bercampur antara peratusan halal yang banyak dengan haram yang sedikit.

Setelah Jawatankuasa meneliti faktor-faktor berikut:

a) Umat Islam di Malaysia secara umumnya amat dituntut menguasai pemegangan ekuiti di dalam Negara. Pengurangan pemegangan ekuiti strategik umat Islam di Negara ini akan menyebabkan Mafsadah (kemerbahayaan).

b) Majoriti pelaburan ASB ditujukan ke tempat yang halal. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dimaklumkan oleh pihak PNB bahawa usaha ke arah patuh syariah sepenuhnya sedang dijalankan.

FATWA PELABURAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

Page 17: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

17

c) Setiap pelabur melabur secara pukal atas tujuan yang benar. Manakala pemilihan tempat pelaburan dan syarikat oleh pihak ASB dianggap diluar pilihan pelabur.

Maka, melabur dalam ASB berdasarkan faktor-faktor yang disebutkan di atas dalam keadaan umat Islam tidak mempunyai pilihan setara selainnya dalam memelihara ekuiti negara adalah dibolehkan.

Di samping itu, bagi pihak pelabur yang berkemampuan hendaklah mendesak pihak ASB untuk memastikan pelaburan mereka patuh syari’ah sepenuhnya.

Dalam masa yang sama pelabur ASB diwajibkan melakukan pembersihan dengan cara mengeluarkan nisbah peratusan daripada pulangan (dividen) yang haram berdasarkan maklumat semasa dari pihak PNB11 .

Pembersihan itu boleh dilakukan dengan disalurkan ke pihak-pihak kebajikan yang tiada kepentingan secara langsung dengan pelabur.

Sekitar 20% bagi tahun pelaburan 2015 berdasarkan maklumat wakil dari pihak PNB. Dan peratusan ini tertakluk kepada perubahan mengikut tahun dan zakat dikeluarkan oleh pelabur setelah ditolak peratusan yang haram.

1

Page 18: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

18

2. Fatwa Untuk PNB

Manakala pelaburan pihak PNB yang mengendalikan ASB di tempat yang menyalahi syara’ seperti institusi-institusi riba tanpa alasan syar’ie adalah haram dan wajib dihentikan.

Usaha ke arah patuh syari’ah secara sepenuhnya wajib dilaksanakan oleh pihak PNB dengan perancangan yang jelas bagi memastikan umat Islam menguasai ekonomi yang halal.

Dalam tempoh kekangan memastikan perlaksanaan halal sepenuhnya, pihak PNB hendaklah memaklumkan kepada para pelabur kadar pelaburan yang tidak patuh syari’ah untuk membolehkan pelabur melakukan pembersihan.

Page 19: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

19

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

18-19 Februari 20169-10 Jamadil Awwal 1437H

Setelah berbincang dengan panjang lebar dan meneliti hujah-hujah yang dibentangkan, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan seperti berikut:

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara untuk mengekalkan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang telah bersidang pada 11 Mei 1988 seperti berikut:

i. Tiada perbezaan mengenai kewajipan zakat ke atas emas yang dipakai atau emas yang disimpan ;

ii. Tiada istilah Had Uruf di Negeri Perlis ;

iii. Semua pemilik emas yang melebihi nisab 85 gramemas dikenakan zakat.

FATWA ZAKAT EMAS PERHIASAN

Page 20: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

20

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

18-19 Februari 20169-10 Jamadil Awwal 1437H

Islam adalah agama yang menyeru perdamaian dan islah antara manusia dan mengamalkan agama tanpa bersifat melampau. Islam melarang dari bersikap mudah mengkafir dan menyesatkan sesama muslim di atas sangkaan. Demikian Islam juga melarang mengubah tujuan perkataan atau tulisan pihak lain di atas perkara yang tidak mereka maksudkan. Setelah bermesyuarat, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merumuskan seperti berikut:

Ahbash adalah aliran yang diasaskan oleh Abdullah al-Harari al-Habashi yang mendakwa mereka beraliran Asya’irah, tetapi aliran Ahbash ini adalah sesat dan melampau (ghuluw) dalam menghukum pihak lain. Asas kesesatan mereka bukan kerana aliran Asya’irah yang dipegang, tetapi kerana sifat melampau (ghuluw) dalam mengkafir dan menyesatkan pihak yang berbeza. Mereka juga mengamalkan pendekatan mengutuk, mencerca dan memalsukan kalam pihak yang berbeza dengan mereka. Mereka telah mengkafirkan tokoh-tokoh ulama silam seperti Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Zahabi dan ulama semasa seperti al-Qaradhawi, al-Buthi, Ibn Baz, Ibn ‘Uthaimin, al-Albani, Mutawali al-Sya’rawi, Sayyid Qutb dan selainnya.

FATWA BERKAITAN AHBASH

Page 21: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

21

Setelah meneliti fatwa-fatwa para ulama di peringkat antarabangsa seperti Dar al-Ifta’ Mesir (Majlis Fatwa Mesir), Majlis Fatwa Arab Saudi, fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi dan lain-lain. Maka dengan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa aliran Ahbash adalah salah satu daripada aliran yang melampau, sesat dan menyesatkan. Kewujudannya dalam kalangan masyarakat Islam amat merbahaya. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpandangan bahawa aliran ini hendaklah dicegah dari dipegang dan disebarkan.

Page 22: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

22

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

18-19 Februari 20169-10 Jamadil Awwal 1437H

Islam adalah agama yang memelihara kemaslahatan kehidupan manusia dan alam. Tujuan syariah itu sendiri juga menegakkan maslahah dan mengelakkan mafsadah. Maka Jawatankuasa Fatwa Perlis dengan ini menyatakan:

Apa-apa perbuatan yang mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan kemudharatan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah haram, kecuali jika terdapat maslahah muktabar yang lebih besar atau mengelak mafsadah yang nyata.

Setiap muslim wajib mengelakkan diri daripada melakukan apa-apa sahaja aktiviti dan perbuatan yang boleh memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar yang merosakkan kehidupan dan mengganggu secara langsung ekosistem. Sebarang usaha bagi menjaga alam sekitar adalah perbuatan yang digalakkan oleh agama dan merupakan amalan soleh.

FATWA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Page 23: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

23

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

18-19 Februari 20169-10 Jamadil Awwal 1437H

1. Jampi atau ruqyah untuk memohon menghilangkan penyakit atau menghalau gangguan syaitan adalah perkara yang thabit daripada Nabi SAW. Bahkan ia menjadi sunnah kerana ia satu amalan Baginda dan terdapat galakan daripada Baginda.

2. Mengambil upah daripada jampian yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syarak adalah dibolehkan.

3. Menjual bahan-bahan jampian secara komersial adalah sesuatu yang tidak diamalkan oleh Salaf al-Soleh dan boleh menimbulkan kekeliruan dan berlaku penyalahgunaan nama Allah untuk keuntungan duniawi.

4. Menjual bahan-bahan jampian secara komersial adalah ditegah kerana terdapat gharar (ketidakpastian) dalam proses jual beli seperti penentuan harga dan keberkesanan manfaat.

HUKUM PENJUALAN PRODUK MENGGUNAKAN AYAT RUQYAH (AYAT AL-QURAN) UNTUK

TUJUAN KOMERSIAL

Page 24: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

24

5. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menggesa supaya perbuatan tersebut ditegah dengan segera supaya istilah makanan sunnah dan yang seumpama dengannya tidak di salahfahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat.

6. Jawatankuasa dengan ini memutuskan bahawa penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial adalah dilarang sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi.

Page 25: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

25

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-22/2016

11 Jun 20166 Ramadan 1437H

Pada asalnya Persembahan Hiburan adalah Harus di dalam Islam. Ia termasuk di dalam kehendak fitrah manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT. Namun, Acara Persembahan Hiburan itu BOLEH menjadi haram jika ia mengandungi anasir yang bertentangan dengan syarak. Justeru sesuatu Acara persembahan Hiburan hendaklah memenuhi panduan-panduan berikut:

a) Hendaklah tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam seperti memuja selain daripada Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, memperlekehkan para sahabat, meragui hari kiamat, dan mendorong kepada perlakuan zina dan maksiat.

b) Hendaklah tidak mengabaikan kewajipan terhadap Allah seperti solat, puasa dan seumpamanya.

c) Hendaklah tidak mendorong kepada sifat dan kelakuan melampau yang merendahkan akhlak mulia insani.

d) Hendaklah bebas dari sebarang bentuk promosi & penggunaan arak, dadah, pertaruhan judi dan semua yang menyalahi syarak.

GARIS PANDUAN ACARA PERSEMBAHAN HIBURAN DI NEGERI PERLIS (KONSERT, LAKONAN, TARIAN

DAN SEUMPAMANYA)

Page 26: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

26

e) Hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan perpaduan umat dan tidak memudaratkan nyawa, akal, keturunan, tubuh badan serta harta benda individu atau awam.

f) Hendaklah tidak melibatkan persembahan atau tarian yang wujud percampuran YANG MENYALAHI syarak antara lelaki dan wanita di dalam persembahan atau tarian yang dilakukan.

g) Hendaklah tidak mempunyai perkara yang membodohkan minda seperti jenaka melampau (rujuk kepada perkara a, c dan d di atas) dan sebagainya.

h) Hendaklah diadakan di tempat yang bersesuaian dengan acara hiburan yang dianjurkan (perlu merujuk kepada pihak yang berautoriti).i) Hendaklah penyanyi sama ada lelaki atau wanita, pembuat persembahan menutup aurat bagi yang muslim dan berpakaian sopan bagi yang bukan muslim, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara dan senikata lucah yang menyebabkan rangsangan syahwat dalam kalangan pendengar atau penonton.

j) Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada persentuhan antara lelaki dan wanita ”ajnabi” (asing).

k) Hendaklah persembahan yang dilakukan itu menghormati syiar Islam seperi azan dan sensitiviti penduduk setempat.

Page 27: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

27

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-23/2016

3-4 Oktober 20162-3 Muharam 1438H

Pada umumnya bertabarruk (mengambil keberkatan) dengan peninggalan Nabi SAW sama ada jasad Baginda atau barang peninggalan yang disentuh oleh jasad Baginda, adalah dibolehkan dengan syarat menyakini bahawasanya keberkatan itu semuanya datang dari Allah SWT dan bukan daripada barang tersebut. Namun keterlaluan (ghuluw) sehingga menjadikan tabarruk upacara ibadah yang diberikan tumpuan adalah dilarang. Atas alasan inilah ‘Umar bin al-Khattab telah memerintahkan agar dihapuskan pokok yang disangka menjadi tempat Bai’ah al-Ridhwan kerana dibimbangi berlaku syirik.

Walaupun begitu para ulama semasa telah membuat kajian dan mentarjihkan bahawa tiada lagi sebarang peninggalan dari jasad atau barangan kegunaan Nabi yang boleh disabitkan kewujudannya dengan bukti yang sahih.

Sebaliknya perbuatan mengadakan logo, replika, lambang atau seumpamanya yang dikatakan menyerupai barangan atau kesan peninggalan Nabi lalu mengambil keberkatan daripadanya adalah perkara yang diada adakan dalam agama yang dilarang. Jika hal ini dibiarkan maka berbagai replika, rajah, ilustrasi dan tangkal

HUKUM BERTABARRUK DENGAN PENINGGALAN NABI SAW

Page 28: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

28

akan muncul seperti replika Kaabah, capal, unta, tapak kaki dan seumpamanya dengan tujuan mengambil berkat. Ini akan membuka ruang untuk manusia membina berhala atas alasan mengambil keberkatan.

Manakala sekadar mengadakan logo yang tidak bercanggah dengan syariat Islam tanpa tujuan tabarruk seperti lambang bulan, bintang, bulan sabit, Kaabah, pokok kurma, pedang dan seumpamanya adalah dibolehkan.

Page 29: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

29

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-23/2016

3-4 Oktober 20162-3 Muharam 1438H

Melindungi anak-anak daripada bahaya atau kemudharatan merupakan tanggungjawab yang wajib ke atas ibubapa. Pengambilan vaksin pada masa ini terbukti merupakan kaedah yang paling berkesan bagi melindungi anak daripada wabak penyakit yang merbahaya seperti cacar, polio, influenza, meningococcal, cirit-birit dan lain-lain. Maka pengambilan vaksin bagi melindungi anak dari serangan wabak termasuk dalam tanggungjawab ibubapa atau penjaga yang wajib ditunaikan. Kecuaian dalam menunaikan tanggungjawab ini sehingga membawa mudharat kepada anak-anak adalah berdosa.

Keengganan mengambil langkah pencegahan sehingga boleh menyebabkan penularan wabak penyakit merbahaya ke dalam masyarakat merupakan satu lagi dosa.

HUKUM BERKAITAN VAKSIN

Page 30: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

30

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016

20-21 Disember 201620-21 Rabiul Awwal 1438H

Pada asalnya isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya (Bait al-Zaujiyyah) iaitu rumah kehidupan pasangan suami isteri yang disediakan oleh suami melainkan dengan izin suami. Ini kerana suami merupakan pelindung, pembimbing dan ketua keluarga di mana isteri berada di bawah tanggungjawabnya.

Jika isteri boleh berada di mana-mana sahaja tanpa keizinan suami tentulah peraturan rumahtangga tidak akan wujud dan pergaulan baik antara suami isteri tidak akan berlaku dalam ertikata yang sebenar.

Namun begitu jika sekiranya isteri pada anggapan yang kuat, merasakan agama, diri, kehormatan, keluarga atau hartanya berada dalam keadaan bahaya yang diiktiraf oleh syarak, tidak mempunyai jalan keluar dan tidak mampu untuk ditanggung jika terus berada di rumah suami, maka isteri diharuskan keluar sekalipun tanpa keizinan suami. Ini setelah isteri benar-benar mendapati tiada langkah penyelesaian melainkan keluar meninggalkan rumah suami.

Begitu juga jika suami gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selamat dan sesuai atau nafkah yang mencukupi, maka isteri boleh keluar rumah tanpa mendapat izin suami dan tidak dikira nusyuz sehingga suami dapat menunaikan tanggungjawabnya.

HUKUM ISTERI MENINGGALKAN RUMAH SUAMI DISEBABKAN ANCAMAN

Page 31: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

31

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016

20-21 Disember 201620-21 Rabiul Awwal 1438H

Hukum asal pertukaran mata wang dengan mata wang yang lain( ) adalah harus dengan syarat pertukaran atau urusniaga dilakukan dengan serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta ( )

Adapun perdagangan mata wang secara online melalui platform-platform sama ada tempatan atau luar negara diharamkan sama ada dijalankan oleh individu atau institusi kerana sebab-sebab berikut:

1. Ketiadaan berlaku serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta ( ) sama ada secara hakiki ataupun hukmi (konstruktif).

2. Kewujudan unsur riba iaitu pada kemudahan leverage (pinjaman tunai) oleh platform yang mensyaratkan dilakukan perdagangan mata wang dengan caj berbayar hanya dengan platform yang sama. Riba juga berlaku pada overnight charge (caj semalaman) ke atas pinjaman yang tidak dilangsaikan pada hari yang sama.

HUKUM FOREX TRADING ONLINE

Page 32: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

32

3. Kewujudan unsur gharar (ketidaktentuan) iaitu pada identiti penyedia platform, undang-undang yang menyelia pedagangan tersebut serta keabsahan transaksi yang dilakukan.

4. Kewujudan unsur maisir (judi) yang mendedahkan pihak pedagang kepada peluang untung atau risiko kerugian kerana bergantung kepada spekulasi (ramalan) pergerakan nilai mata wang yang berada di luar kawalan, usaha dan pengaruh pihak yang berurusniaga. Ini sama dengan meletakkan wang pertaruhan yang mengakibatkan salah satu pihak mengaut keuntungan atas kerugian pihak lain yang mana untung dan rugi bergantung kepada nasib.

Dengan ini demi untuk mengembalikan kestabilan nilai sesuatu mata wang, perdagangan mata wang bagi tujuan ramalan keuntungan perlu dihentikan bagi mengelakkan mata wang dijadikan komoditi yang mana perkara ini hanya akan lebih menjejaskan sistem fiat money yang sudah sedia lemah dan juga meningkatkan inflasi.

Page 33: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

33

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016

20-21 Disember 201620-21 Rabiul Awwal 1438H

Bagi mayat dan kubur itu ada penghormatan yang telah ditetapkan oleh syarak. Mayat tidak boleh diperlakukan atau dipindahkan sewenang-wenangnya.

Hukum menggali atau memindahkan mayat daripada satu kubur ke kubur yang lain adalah diharuskan jika dikebumikan dalam keadaan yang menyanggahi hukum-hakam jenazah atau tidak diuruskan dengan sempurna. Demikian juga jika terdapat keperluan yang disahkan oleh pihak berkuasa agama negeri untuk digali atau dipindahkan.

Penentuan lokasi kubur orang Islam di Negeri Perlis hendaklah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri selaku ulil amri. Demikian juga pihak ulil amri boleh memindahkan kubur atas sesuatu kemaslahatan.

HUKUM MEMINDAHKAN MAYAT DARI KUBUR KE KUBUR YANG LAIN DI ATAS SESUATU KEPERLUAN

Page 34: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

34

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016

20-21 Disember 201620-21 Rabiul Awwal 1438H

Setelah diisytiharkan selama setahun yang memungkinkan orang awam mengetahuinya dan tiada tuntutan yang sah, maka harta itu boleh dipindahkan menjadi milik Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang digunakan untuk kemaslahatan awam. Jika ada tuntutan yang sah selepas tempoh yang ditetapkan, maka pihak yang menuntut berhak mendapatkan nilai yang bersesuaian dengan mengambil kira kos yang telah ditanggung oleh MAIPs.

PENGURUSAN HARTA LUQATAH

Page 35: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

35

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016

20-21 Disember 201620-21 Rabiul Awwal 1438H

Talak adalah hukum syarak yang tidak boleh dipermain-mainkan kerana ia boleh meruntuhkan perkahwinan.

Merujuk kepada taklik mentalakkan isteri dengan talak tiga sekiranya melanggar sesuatu perjanjian, terdapat beberapa keadaan:

1. Sekiranya ketika dilafazkan taklik tersebut, suami yang melafazkan itu sememangnya bertujuan untuk mentalakkan isterinya jika dia melanggar perjanjian itu, maka isterinya tertalak dengan satu talak.

2. Sekiranya ketika dilafazkan taklik tersebut, suami yang melafazkan itu tidak bertujuan mentalakkan isterinya tetapi sekadar memberi keyakinan kepada pihak yang lain bagi menggambarkan kebenciannya melanggar perjanjian itu sepertimana dia membenci mentalakkan isterinya, maka taklik tersebut tidak menjatuhkan talak dan tidak memberi kesan.

HUKUM TAKLIK TALAK TIGA

Page 36: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

36

3. Jika dia tidak pasti keadaan dirinya semasa taklik sama ada terpaksa ataupun rela, dalam keadaan sedar ataupun tidak, memahami maksud taklik tersebut ataupun tidak, maka kembali kepada hukum asal bahawa akad perkahwinan yang asal masih sah. Ini berdasarkan kaedah fiqh:

Perkara yang yakin, tidak boleh dihilangkan dengan keraguan.

4. Jika suami mengungkapkan taklik itu sebagai sumpah bagi dirinya ke atas apa-apa yang dijanjikan dan melanggarnya, maka hendaklah dia menunaikan kaffarah sumpah.

5. Jika berlaku perbalahan pendapat antara suami dan isteri tentang kedudukan taklik talak mereka, kemudian jika kes itu mereka bawa ke mahkamah, maka penentuan dalam kes perbalahan mereka itu ditentukan oleh hakim Syar’ie.

Page 37: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

37

2017

Page 38: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

38

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-26/2017

3 Februari 20176 Jamadil Awwal 1438H

Zakat kepada bukan muslim di bawah Asnaf ‘muallafah qulubuhum’ (golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam) boleh diberikan atas kemaslahatan yang ditentukan oleh ulil amri. Ini seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada golongan yang bukan muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar-pembesar kaum seperti yang tercatat di dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih.

HUKUM PEMBERIAN ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM

Page 39: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

39

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-29/2017

18-19 April 201721-22 Rejab 1438H

Setelah melihat dalil-dalil yang dibincangkan oleh ulama dan penelitian pakar perubatan dalam hal ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat seperti berikut:

Hukum khitan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit seseorang wanita. Ia berdasarkan keadaan setiap wanita setelah ditentukan keperluannya oleh pakar. Jika seseorang wanita mendapati dirinya perlu melakukan khitan dan dipersetujui oleh pakar, maka ianya satu makrumah (penghormatan) seperti dalam hadis Ummu ‘Atiyyah yang dinilai Hasan oleh sebahagian ulama. Sekiranya didapati tiada keperluan melakukan khitan, maka khitan tidak perlu dilakukan untuk dirinya.

Adapun khitan bayi perempuan yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat tanpa merujuk keperluannya kepada pakar merupakan amalan yang tidak mempunyai apa-apa asas dalil syarak, bahkan mungkin mendedahkan bayi kepada kemudharatan jika dilakukan secara yang salah.

Andaian bahawasanya rangsangan seks berlebihan pada wanita disebabkan tidak berkhitan adalah tidak memiliki apa-apa alasan yang kukuh.

HUKUM KHITAN ANAK PEREMPUAN

Page 40: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

40

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-29/2017

18-19 April 201721-22 Rejab 1438h

Melakukan kebaikan kepada golongan bukan Islam oleh orang Islam adalah sesuatu yang dituntut. Walau bagaimanapun, usaha melakukan kebaikan tersebut sama sekali tidak boleh bertentangan dengan akidah.

Menghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan keagamaan bukan Islam adalah tidak dibenarkan kerana ia berkaitan dengan amalan ritual agama bukan Islam ataupun tasyabbuh yang dilarang iaitu menyerupai amalan agama selain Islam.

Menghadiri majlis sambutan ataupun rumah terbuka bukan Islam yang tidak membabitkan upacara ritual agama tersebut dengan Muslim yang hadir itu adalah dibenarkan. Ini jika ada keperluan untuk melakukan hal sedemikian seperti kaum keluarga, jiran tetangga dan kepimpinan masyarakat atas dasar menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah dengan syarat tidak meredhai kekufuran.

Ucapan selamat bersempena dengan perayaan bukan Islam adalah isu yang menimbulkan perbezaan pandangan ulama. Berdasarkan realiti di Malaysia, adalah diharuskan ucapan selamat kepada bukan Islam jika amalan tersebut menjadi budaya dan bukan lagi amalan keagamaan. Ini dengan syarat ungkapan itu tidak mengandungi maksud kesyirikan atau kekufuran. Keharusan ini tertakluk kepada keperluan seperti menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah.

HUKUM PENGLIBATAN ORANG ISLAM DALAM PERAYAAN BUKAN ISLAM DALAM KONTEKS

MALAYSIA

Page 41: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

41

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-30/2017

5 Jun 201710 Ramadan 1438H

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersepakat sebulat suara menyatakan bahawa wang zakat tidak boleh digunakan untuk pembinaan masjid melainkan dalam keadaan terdesak di mana tiada sumber lain melainkan wang zakat dan masjid berfungsi sebagai markas dakwah kepada masyarakat seperti dalam keadaan umat Islam minoriti. Keizinan ini tertakluk setelah dilihat kepada keutamaan dalam asnaf-asnaf zakat. Pemerintah Muslim hendaklah memikul tanggungjawab dalam memastikan kecukupan masjid untuk umat Islam.

HUKUM MENGGUNAKAN WANG ZAKAT UNTUK PEMBINAAN MASJID

Page 42: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

42

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-30/2017

5 Jun 201710 Ramadan 1438h

Setelah mendengar pembentangan yang baharu daripada Jawatankuasa Masjid Al-Hakim Pdg Malau, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis secara majoritinya bersetuju membenarkan Masjid Al-Hakim Padang Malau dirobohkan dengan alasan-alasan seperti berikut:

1) Ketidakmampuan masjid untuk menyelenggara bangunan lama dan peruntukan yang dijanjikan oleh kerajaan merupakan satu-satunya penyelesaian yang ada.

2) Rekabentuk masjid yang kurang selamat untuk jemaah disebabkan kedudukan selekoh dan pintu masuk utama.

3) Keperluan untuk ruang yang lebih luas untuk para jemaah disebabkan penambahan kawasan perumahan.

4) Rekabentuk yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan-keperluan masjid yang lain seperti bilik imam, bilik siaraya, dan seumpamanya.

5) Keperluan asas masjid yang tidak sesuai untuk jemaah seperti tandas yang terlalu hampir antara lelaki dan perempuan.

Mesyuarat turut menasihatkan agar masjid-masjid di negeri ini yang masih kukuh tidak dirobohkan tanpa alasan yang syarie.

RAYUAN PERMOHONAN MEROBOHKANMASJID

Page 43: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

43

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-31/2017

6 Ogos 201713 Zulkaedah 1438H

Tempoh had pemberian zakat kepada saudara baharu yang telah memeluk Islam tidak disebut di dalam nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Perkara ini terpulang kepada ijtihad ulil amri. Di sana terdapat riwayat yang sahih, Sayyidina Umar bin al-Khattab RA memberhentikan pemberian zakat di bawah asnaf al-muallafah qulubuhum kepada golongan yang tidak lagi memerlukan ta’lif (menjinakkan jiwa) kepada Islam. Maka ukuran dalam masalah ini ialah keperluan kepada ta’lif iaitu menjinakkan jiwa kepada Islam dengan cara diberikan bahagian zakat kepadanya.

Setelah berbincang hal ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan perkara-perkara berikut dalam penentuan tempoh pemberian zakat kepada saudara baharu:

1) Seseorang saudara baharu diberi tempoh selama 5 tahun setelah didaftarkan untuk disemak semula statusnya selepas memeluk Islam.

2) Selepas 5 tahun pihak pentadbiran (ulul amri) boleh memutuskan sama ada individu berkenaan masih berhak menerima peruntukan zakat di bawah asnaf al-muallafah qulubuhum ataupun tidak.

HUKUM HAD TEMPOH PEMBERIAN ZAKAT KEPADA SAUDARA BAHARU

Page 44: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

44

3) Semakan itu hendaklah mengambil kira latar kefahaman agama, persekitaran yang mengelilinginya dan lain-lain faktor yang boleh dikaitkan dengan kekuatan pegangan agamanya.

4) Satu jawatankuasa khas yang mampu menimbang keperluan ta’lif untuk seseorang saudara baharu hendaklah diwujudkan.

Individu yang terkeluar dari peruntukan zakat al-muallafah qulubuhum berhak menerima peruntukan zakat dari bahagian lain seperti fakir-miskin, al-gharimin dan lain-lain sekiranya berkelayakan.

Page 45: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

45

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-31/2017

6 Ogos 201713 Zulkaedah 1438H

Para ulama telah berbeza pendapat tentang beberapa perincian berkaitan hukum susuan (radha’ah). Majoriti (Jumhur) berpendapat penyusuan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung daripada payudara ibu boleh mensabitkan hubungan mahram susuan.

Di samping itu terdapat dalam kalangan ulama yang mensyaratkan susuan itu hendaklah secara langsung daripada payudara ibu susuan. Ini seperti pendapat al-Laith bin Saad, Ibn Hazm dan selain mereka. Pandangan ini juga yang ditarjihkan oleh al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Syeikh Mustafa al-Zarqa dan lain-lain. Para ulama juga ramai yang menyebut bahawasanya percampuran susu berlainan ibu tidak mensabitkan hukum mahram. Demikian juga para ulama berkhilaf tentang jumlah bilangan susuan yang mensabitkan hukum berkenaan. Majoriti ulama mentarjihkan lima kali susuan yang mengenyangkan.

Setelah berbincang pandangan-pandangan di atas dan mengambil kira keperluan dan realiti yang ada dalam memelihara nyawa bayi khususnya bayi pramatang seperti yang telah dibentangkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa program perkongsian susu ibu yang dicadangkan oleh KKM adalah tidak bercanggah dengan hukum syarak.

HUKUM PROGRAM PERKONGSIAN SUSU IBU DI HOSPITAL

Page 46: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

46

Walaubagaimanapun, Jawatankuasa meminta supaya cara perlaksanaan program tersebut mengambil kira perkara-perkara berikut:

1. Hendaklah mendapat persetujuan dari kedua-dua pihak (ibu susuan dan anak susuan), kecuali dalam keadaan darurat.

2. Sekiranya berlaku susuan sebanyak 5 kali kenyang ke atas dari seseorang ibu susuan yang sama dengan rekod yang jelas, maka kedua-dua pihak (ibu susuan dan anak susuan) hendaklah mengetahui antara satu sama lain. Ini bagi menjaga hukum-hakam yang berkaitan dengan mahram.

Jawatankuasa juga ingin memaklumkan bahawa wujudnya keluasan pendapat dalam hal ini di mana para ulama seperti al-Laith bin Saad, Ibn Hazm, al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Syeikh Mustafa al-Zarqa dan lain-lain mensyaratkan susuan itu berlaku secara langsung daripada payudara ibu, maka bagi yang berpegang dengan pendapat ini, dua perkara yang disebutkan di atas tidak menjadi syarat.

Page 47: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

47

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-31/2017

6 Ogos 201713 Zulkaedah 1438H

Setelah berbincang, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju dengan keputusan seperti berikut:

1) Semua jenis skim KWSP wajib ditunaikan zakat dengan syarat pekerjaan asal pencarum adalah halal.

2) Dividen yang diberikan oleh pihak KWSP jika sekiranya ia daripada akaun simpanan syariah juga tertakluk kepada hukum zakat. Adapun dividen bagi akaun simpanan konvensional perlulah melalui proses pembersihan terlebih dahulu dan bakinya tertakluk kepada zakat.

3) Hendaklah seorang Muslim meletakkan wang simpanannya ke dalam akaun Simpanan Syariah KWSP. Jika dia telah melanggar arahan syarak dengan meletakkan wangnya ke dalam akaun tidak patuh syariah sedangkan dia memiliki pilihan, maka hendaklah dia bertaubat dan wang dividen berkenaan hendaklah dibersihkan. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan kaedah pembersihan itu boleh dirujuk ke laman sesawang KWSPhttp://secure.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html

4) Wang KWSP yang masih lagi berada di dalam simpanan tidak wajib dikeluarkan zakat oleh pencarum dan pihak pengurus. Ini kerana tidak berlaku pemilikan yang sempurna.

HUKUM ZAKAT KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

Page 48: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

48

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33/2017

20 – 21 Oktober 2017 29 Muharram – 1 Safar 1439H

Majoriti ulama dalam berbagai mazhab iaitu Maliki, Syafie dan Hambali mengizinkan melakukan jamak solat tanpa qasar di masjid disebabkan bencana alam seperti hujan lebat, ribut, kesejukan yang melampau, banjir, banjir lumpur dan seumpamanya.Setelah meneliti penghujahan jumhur ulama maka Jawatankuasa Fatwa bersetuju bahawa dalam keadaan bencana alam seperti yang disebutkan, maka pihak masjid boleh menjamakkan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’ tanpa qasar.

Pelaksanaan solat jamak tersebut dilakukan di tempat dilaksanakan solat Jemaah bagi kawasan terbabit dengan bencana khususnya masjid. Jamak tersebut hendaklah diutamakan dalam waktu yang pertama (jamak taqdim). Ini kerana tujuan keizinan jamak di masjid bagi mengelak masyaqqah mereka yang akan hadir menunaikan solat berjemaah di masjid. Sementara diutamakan jamak taqdim seperti yang ditegaskan oleh sebahagian fuqaha kerana kemungkinan keadaan bencana itu tamat sebelum masuk waktu yang berikutnya. Namun jika keadaan mendesak untuk solat jamaah itu dilaksanakan pada waktu yang kedua, maka boleh dilakukan jamak ta’khir.

Sesiapa yang telah solat berjemaah di masjid yang melakukan jamak disebabkan bencana, maka dia tidak perlu lagi mengulangi solatnya sekalipun bencana telah tamat.

JAMAK SOLAT DI MASJID KERANA BENCANA ALAM

Page 49: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

49

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33/2017

20 – 21 Oktober 2017 29 Muharram – 1 Safar 1439H

Fadhilat membaca surah al-Kahf thabit dengan riwayat-riwayat yang sahih. Adapun mengkhususkan bacaan surah al-Kahf pada hari Jumaat berlaku perbezaan pandangan ulama hadis tentang kethabitan riwayat Hushaim bin Basyir. Terdapat dalam kalangan ulama hadis yang menolak pengkhususan bacaan surah al-Kahf pada hari Jumaat atas alasan riwayat Hushaim tidak kukuh secara perbandingan dengan riwayat yang tidak menyebut hari Jumaat khususnya riwayat Syu’bah bin al-Hajjaj dan Sufyan al-Thauri.

Disamping itu terdapat para muhaqqiqin yang melihat penambahan Hushaim yang mengkhususkan hari Jumaat itu sebagai riwayat yang diterima (ziyadah al-thiqah) kerana Hushaim seorang perawi yang hafidz dan adanya petunjuk (qarinah) yang menunjukkan berlakunya berlainan majlis periwayatan antara Hushaim, Syu’bah dan Thauri. Maka pengkhususan hari Jumaat yang disangka wahm (kekeliruan) daripada Hushaim sebenarnya mempunyai asal daripada riwayat Abu Hashim al-Rummani.

Oleh itu, majoriti para ulama hadis dan fiqh seperti Imam al-Syafie, Imam Ahmad, al-Nawawi, Ibn Taimiyyah dan selain mereka berpendapat bahawa bacaan surah al-Kahf pada hari Jumaat adalah digalakkan dengan alasan riwayat-riwayat lain yang menyokong pengkhususan bacaan surah al-Kahf pada hari Jumaat. Maka sesiapa yang beramal membaca surah al-Kahf

MENGKHUSUSKAN BACAAN SURAH AL-KAHF PADA HARI JUMAAT

Page 50: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

50

pada hari Jumaat merupakan satu amalan yang digalakkan di sisi majoriti para ulama.

Maka, perkara ini terdapat khilaf dalam kalangan ulama. Kedua-dua pihak telah mengemukakan alasan dan penghujahan yang muktabar. Sesiapa yang mengamalkannya atas keyakinan kepada pendapat yang menggalakkan pengkhususan bacaan surah al-Kahf pada hari Jumaat, mudah-mudahan dia memperolehi pahala. Sesiapa yang menganggap tiada pengkhususan hari, maka tidak perlu mengkhususkannya.

Page 51: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

51

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33/2017

20 – 21 Oktober 2017 29 Muharram – 1 Safar 1439H

Wang KWSP setelah dikeluarkan oleh pencarum diwajibkan zakat setelah mencukupi haul. Kadar ditunaikan zakat adalah sebanyak 2.5% dari jumlah semasa hari haul berakhir jika jumlah yang berbaki mencapai had nisab. Jika disegerakan pembayaran sebelum sempurna haul maka dibolehkan. Adapun kadar pembayaran berdasarkan kepada jumlah terakhir semasa mencukupi haul.

Wang KWSP boleh difaraidkan setelah diselesaikan urusan jenazah, hutang dan wasiat.

ZAKAT KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

Page 52: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

52

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33/2017

20 – 21 Oktober 2017 29 Muharram – 1 Safar 1439H

Istibdal tanah berkenaan adalah dibolehkan, namun hendaklah menggantikannya dengan keluasan yang setara atau yang lebih daripadanya.

HUKUM PELAKSANAAN ISTIBDAL KE ATAS TANAH WAKAF KUBUR LOT 3508 GM 1814 MUKIM

UTAN AJI PERLIS

Page 53: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

53

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33/2017

20 – 21 Oktober 2017 29 Muharram – 1 Safar 1439H

Setelah menilai laporan Jawatankuasa Kecil yang dilantik berkaitan status tanah dan bekas surau Lot 1443 GM 980 Mengkuang Layar Barat, maka pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sebulat suara berpendapat bahawa tiada bukti kukuh tanah berkenaan telah diwakafkan. Adapun barangan yang masih boleh digunakan yang telah diberi oleh orang ramai untuk kegunaan surau hendaklah dipindahkan ke tempat lain dengan tujuan yang sama.

STATUS TAPAK TANAH DAN SURAU DI ATAS TANAH LOT 1443 GM 980 MENGKUANG LAYAR BARAT

Page 54: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

54

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWANEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33/2017

20 – 21 Oktober 2017 29 Muharram – 1 Safar 1439H

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara bahawa maksud perkataan bermastautin di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Perlis 2006 adalah seseorang itu berada di dalam negeri Perlis melebihi lima (5) hari.

MAKSUD PERKATAAN “BERMASTAUTIN”

1 Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis Pengerusi2 Sahibul Fadhilah Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat Ahli3 Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Profesor Madya Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Ahli4 Sahibul Fadhilah Dato’ Alim Setia Ahmad bin Juso ilhA h5 Sahibul Fadhilah Ustaz Abdul Hadi bin Haji Osma ilhA n6 Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Ahli7 Sahibul Fadhilah Dr. Maszlee bin Malik Ahli8 Sahibul Fadhilah Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman Ahli9 Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Wifaq bin Mokhtar Ahli10 Sahibul Fadhilah Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Ahli11 Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Noor ilhA 12 Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Najib bin Abdullah Ahli13 Sahibul Fadhilah Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Ahli14 Sahibul Fadhilah Tuan Haji Roslan bin Esa Timbalan Mufti Negeri Perlis Ahli

Pegawai Hal Ehwal Islam (Fatwa) Setiausaha

AHLI JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS

SESI 2015 - 2018

Page 55: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

1 Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis Pengerusi2 Sahibul Fadhilah Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat Ahli3 Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Profesor Madya Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Ahli4 Sahibul Fadhilah Dato’ Alim Setia Ahmad bin Juso ilhA h5 Sahibul Fadhilah Ustaz Abdul Hadi bin Haji Osma ilhA n6 Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Ahli7 Sahibul Fadhilah Dr. Maszlee bin Malik Ahli8 Sahibul Fadhilah Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman Ahli9 Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Wifaq bin Mokhtar Ahli10 Sahibul Fadhilah Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Ahli11 Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Noor ilhA 12 Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Najib bin Abdullah Ahli13 Sahibul Fadhilah Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Ahli14 Sahibul Fadhilah Tuan Haji Roslan bin Esa Timbalan Mufti Negeri Perlis Ahli

Pegawai Hal Ehwal Islam (Fatwa) Setiausaha

AHLI JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS

SESI 2015 - 2018

Page 56: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

56

LATAR BELAKANG AJK FATWANEGERI PERLIS

SAHIBUS SAMAHAH PROFESOR MADYA DATO’ ARIF PERKASA DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDINMUFTI NEGERI PERLIS MERANGKAP PENGERUSI

PROFESOR MADYA DATO’ ARIF PERKASA DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN lahir pada Jan, 1971 di Pulau Pinang. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Bahasa Arab/ Syariah dari Universiti Jordan, Amman, Jordan. Kemudian, pada tahun 1999, beliau meneruskan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia dan seterusnya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Al-Quran & Sunnah (Hadis) di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia pada tahun 2003.

KERJAYA

Beliau bertugas sebagai pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian, mulai 1 November 2006, beliau dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis secara pinjaman selama 3 tahun. Beliau seterusnya menjalani cuti sabatikal di Universiti Wales, Lampeter, United Kingdom. Pada tahun 2011, beliau dipilih untuk mengikuti program felo penyelidikan pelawat di Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford, United Kingdom. Pada Februari 2016, Beliau sekali lagi dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis sehinggalah sekarang.

Beliau berpengalaman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Pengerusi Lembaga Pengarah KUIPs, Pengerusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam, Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan & Khutbah, Pengerusi Jawatankuasa Temuduga Tauliah, Pengerusi Lembaga Rukyah Negeri Perlis, Penasihat Perkampungan Sunnah Negeri Perlis, Ahli JawatankuasaKewangan dan Ahli Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu, Perlis (MAIPs), Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Ahli Lembaga Pengarah IYRES, Malaysia.

Page 57: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

57

SAHIBUL FADHILAH YB SENATOR DATO’ DR JOHARI BIN MATPENDIDIKAN

YB SENATOR DATO’ DR JOHARI BIN MAT lahir pada bulan April, tahun 1952 di Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bahru, Kelantan dan kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang sejarah dan Undang-undang di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK), Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan dari tahun 1972 – 1975.

Kemudian menyambung dalam bidang Sarjana Usuluddin di Universiti Imam Mohd Ibn Saud Al-Islamiyah Riyadh, Arab Saudi dalam pengkhususan Akidah dan Aliran Pemikiran Semasa. Pada tahun 1990, Beliau meyambung dalam bidang Sarjana Kedoktoran (PHD) dalam bidang Usuluddin di universiti yang sama.

KERJAYA

Pada tahun 1976, beliau memulakan kerjaya sebagai Tutor di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK). Kemudian, pada tahun 1981, selama 3 tahun, beliau bermula kerjaya sebagai Pensyarah, Akademi Universiti Malaya di Kuala Lumpur. Seterusnya sehingga bergelar Profesor Madya, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Kelantan. Pada Mei 2003 sehingga 2012, beliau dilantik menjadi Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kota Bahru, Kelantan dalam pengkhususan Akidah dan Aliran Pemikiran Semasa. Beliau merupakan pakar dalam bidang Akidah & Pemikiran Islam.

Dalam perjalanan kerjaya bahagian akademik, Beliau pernah menjadi Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin, Penyelaras Pendidikan Islam, Dekan Fakulti Usuluddin, Pemangku Ketua Akademik dan Ketua Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya. YB Senator Dato’ Dr Johari Mat juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Jabatan Agama Islam Kelantan, Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Negeri Kelantan, Pengerusi panel penerbitan karya bidang agama, Dewan Bahasa & Pustaka. Beliau juga merupakan Ahli Panel Penilai Lembaga Akreditasi Negara (LAN), Ahli Panel Kajian Akidah

Page 58: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

58

di JAKIM. Selain memegang amanah sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Kemudian, pada tahun 2012, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Kelantan, juga merupakan Ahli Jawatankuasa Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan sehingga sekarang. Beliau dilantik menjadi Ahli Dewan Negara yang bergelar Senator sehingga sekarang dan merupakan seorang pendakwah dan penceramah yang disegani.

SAHIBUL FADHILAH DATO’ ALIM SETIA USTAZ AHMAD BIN JUSOH

PENDIDIKAN

Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Bin Jusoh juga dikenali dengan nama pena, Ahmad Yusof Amin. Merupakan seorang anak jati negeri Perlis. Beliau memulakan pengajian di Sekolah Rendah Melayu, Santan, Perlis.Kemudian menyambung ke Sekolah Menengah Al-Madrasah Al-Alawiyah Al-Diniyah, Arau, Perlis. Merupakan lulusan Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Mesir, Kuliyyah Usuluddin, Takhasus Tafsir dan Hadis dari tahun 1968 hingga 1971. Beliau juga memperolehi Diploma Pendidikan dari Universiti Al-Azhar, dalam bidang pendidikan Agama dan Bahasa Arab. Beliau menyambung pengajian dalam Sarjana Dakwah di Ma’ahad Al-Aaly Li- Dakwah, Tripoli, Libya dan juga Sarjana Pengajian Agama-agama di Universiti Temple, Philadelphia USA, Amerika Syarikat.

KERJAYA, SUMBANGAN DAN PENGHARGAAN

Beliau mendapat anugerah Dato’ Bergelar dari Tuanku Raja Perlis. Beliau mula bertugas sebagai pendakwah di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai pendakwah Libya, di bawah biaya Libya dari tahun 1974 hingga 1978. Kemudian menerima tawaran untuk menjadi Pensyarah Tamadun Islam di InstitutTeknologi MARA (sekarang ini dikenali sebagai UiTM), Cawangan Perlis dan Sabah selama hampir 20 tahun. Selepas itu, Beliau ditawarkan untuk bertugas di IPTIPs sebagai Pensyarah, Timbalan Rektor dan Pemangku Rektor sehingga tahun 2016. Sumbangan beliau sehingga kini ialah Ahli Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis, sehingga kini, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah, Negeri Perlis,2010 serta Yang DiPertua Al-Islah Negeri Perlis.

Page 59: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

59

SAHIBUL FADHILAH DATO’ KAYA BAKTI DR. MOHD RADZI BIN OTHMAN

PENDIDIKAN

DATO’ KAYA BAKTI DR. MOHD. RADZI OTHMAN dilahirkan pada bulan Disember, 1951 di Alor Serdang, Kota Sarang Semut, Kedah. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Madinah, dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kulliyat Al-Dawah Wa Usuluddin. Beliau merupakan anak Malaysia pertama yang mendapat mendapat PHD atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang hadis dan mendapat kelas pertama dari Universiti Islam Madinah.

KERJAYA

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dalam bidang pengajian Islam. Kemudian bersara dari perkhidmatan pada bulan Disember, 2007. Selepas persaraan, Beliau ditawarkan berkhidmat semula di USM sebagai pensyarah kontrak sehingga tahun 2016. Antara sumbangan besar beliau adalah pernah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasab Fatwa Negeri Pulau Pinang dari tahun 1991 sehingga 2000, Beliau juga menyumbang sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dari tahun 1992 sehingga sekarang, merupakan antara ahli yang paling lama berkhidmat untuk negeri Perlis. Selain itu, Dato’ Kaya Bakti Dr Mohd Radzi juga pernah dilantik sebagai Yang DiPertua Persatuan Ulama’ Negeri Pulau Pinang, dari tahun 1998 dan kemudian disambung sehingga 2016. Beliau pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 1427H/2006, Tokoh Maal Hijrah Perlis 1432/2011 dan Tokoh Dakwah USM 1427H/2006. Selain itu, beberapa sumbangan beliau lagi adalah sebagai Timbalan Pengerusi Panel Pakar Bidang Hadis DBP, 2014 – Feb 2016 dan pendakwah senior yang disegani oleh ikon-ikon muda hari ini.

Page 60: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

60

SAHIBUL FADHILAH USTAZ ABDUL HADI BIN OSMAN

PENDIDIKAN

Beliau dilahirkan pada bulan Mei, 1945 di Bintong, Perlis. Memulakan persekolahan di Sekolah Melayu, Bintong Perlis. Kemudian, meneruskan pengajian menengah di Sekolah Al-Alawiyah Ad-Dinniah, Arau. Selepas tamat SPM, Beliau mendapat Sijil Rendah Kolej Islam Malaya, Kelang, Selangor dan mendapat Diploma Pendidikan Kolej Islam Malaya, Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, beliau mengikuti Kursus The Language Unit di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Statement Of Proficiency in English pada tahun 1983. Seterusnya menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Muda (Kepujian) Kelas Pertama Pengajian Islam, Dakwah dan Kepimpinan.

KERJAYA

Beliau mula mengajar di Westlands Secondary School, Jalan Kaw Sim Bee Penang, kemudian bertugas di Sek Men Dato’ Sheikh Ahmad, Arau, Perlis, Sek Men Tengku Sulaiman, Tunjung dan Sek Men Syed Saffi, Simpang Empat, Perlis. Kemudian, beliau bertukar kerjaya menjadi Pegawai Tugas-Tugas Khas, Jabatan Pendidikan Perlis. Seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP) Jabatan Pendidikan Perlis di Sektor Pendidikan Islam pada tahun 2000. Selepas bersara, beliau mula berkhidmat di MATRI, Beseri sehinggalah sekarang menjadi Penolong Mudir di MATRI.

Page 61: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

61

SAHIBUL FADHILAH PROF. DR BASRI IBRAHIM

PENDIDIKAN

PROF. DR BASRI IBRAHIM atau dikenali juga sebagai Basri al-Hasan al-Azhari. Pada tahun 1985, beliau memulakan pengajian dalam bidang Diploma Pengajian Islam Syariah di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan memperolehi keputusan mumtaz (cemerlang) pada tahun 1988. Kemudian, pada tahun 1988, Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mendapat B.A Hons pada tahun 1990. Kemudian, dalam tahun 1992 menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Undang-undang Keluarga Islam pada tahun 1994. Beliau memulakan pengajian di peringkat PHD pada tahun 1999 dalam bidang Syariah (Fiqh Semasa) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan berjaya memperolehi Ijazah Kedoktoran dalam bidang tersebut pada tahun 2003. Beliau merupakan pensyarah tetap di Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Beliau pakar dalam bidang perbandingan fiqh, perubatan Islam, fiqh kontemporari dan banyak lagi.

Beliau banyak menulis, menterjemah buku-buku bertemakan Islam.Karya beliau melebihi 118 buah.

Beliau juga merupakan Ketua Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UNISZA, Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Perlis, (KUIPs), Penasihat Subjek Syariah Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Syah, Pahang, Ahli Jawatankuasa Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu. Pernah berdebat, berdialog dan berdiskusi dengan ajaran-ajaran sesat di Malaysia dan beberapa kumpulan tareqat yang melampau.

Page 62: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

62

SAHIBUL FADHILAH DR MASZLEE BIN MALIK

PENDIDIKAN

DR. MASZLEE MALIK dilahirkan di Johor Bahru. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR) (2) dan kemudiannya ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College). Pada tahun 1989, beliau telah menyertai Madrasah al-Quran Waddin dan kemudiannya ke Maahad Johor. Setelah itu permusafiran ilmunya dilanjutkan ke Jordan sehingga berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al -Bayt, Jordan dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya. Kedua-duanya dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Dengan izin Allah, Dr Maszlee Malik telah melanjutkan pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University ofDurham pada tahun 2007 dan mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Good Governance pada tahun 2011.

KERJAYA

Dr. Maszlee Malik merupakan pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selama lebih dua belas tahun, dan kini merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sains Politik di Universiti yang sama. Beliau telah berkhidmat di sana semenjak tahun 2000. Beliau juga merupakan ahli Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID), ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan penasihat ahli lembaga kepada beberapa NGO dan badan pendidikan seperti Teaching for the Needs (TFTN), Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids (ORKIDS), Pertubuhan Cina Muslim se-Malaysia (Masmc), IDEAS Autism Centre, Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin dan juga pernah menjadi felo kanan di Institut Kajian Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) serta ISEAS Yusuf Ishak Institute di Singapura. Di media pula, Maszlee pernah dikenali sebagai moderator debat dan wacana politik serta penganalisis politik Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan juga gerakan Islam kontemporari.

Page 63: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

63

SAHIBUL FADHILAH DR ZAHARUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

PENDIDIKAN

DR. ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dari Universiti Malaya dan seterusnya Sarjana (MA) dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh (pengkhususan dalam bidang Fiqh Mua‘malat dan Maqasid Syariah) dari Universiti Al-Yarmouk, Jordan dan PhD dari University of Wales, United Kingdom. Juga mempunyai ijazah ilmiyyah dari Sheikh Prof. Dr Yusuf Al-Qaradawi.

KERJAYA

Kini beliau bertugas sebagai CEO Elzar Shariah Solutions & Advisory Sdn Bhd selain sebaai Research Fellow di International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA). Juga berkhidmat sebagai Pengerusi di pelbagai Jawatankuasa Syariah seperti di Exim Bank, BNP Paribas Bank, PUNB, Onexox Sdn Bhd, Ana Edar serta selaku ahli majlis Penasihat Syariah di BIMB Securities Sdn Bhd, KWSP Simpanan Syariah, ACR Retakaful Bahrain, Sedania Salam Capital dan banyak lagi.

Beliau berpengalaman sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Islam Antarabangsa selama 10 tahun, turut pernah berfungsi sebagai Ahli Majlis Pengurusan, Institut Perbankan & Kewangan Islam UIAM, Konsultan Shariah di Bank Negara Malaysia, Ahli Majlis Kajian Syariah JAKIM, Konsultan Syariah SirajCapital Jeddah, Penasihat Syariah di ACR Re Takaful Bahrain, Associate Lecturer dan Certified Trainer di The Markfield Institute of Higher Education, Leceister, United Kingdom. Beliau aktif menulis buku, sehingga kini beliau mempunyai 20 buah buku dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Beliau juga merupakan kolumnis Majalah Solusi, Majalah i, Majalah Fardhu ’Ain, Majalah al- Ustaz dan Majalah Iktisad. Selain itu, beliau juga kerap muncul di media seperti Slot Bicara Muamalat di Radio ikim.fm , Slot Tanyalah Ustaz, Halaqah dan Muqaddimah di TV 9, Slot Al- Kuliyyah di TV3, Slot Assalamualaikum dan Bicara di TV Al- Hijrah, Selamat Pagi Malaysia di

Page 64: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

64

RTM, dokumentari di Al- Jazeerah International dan lain-lain. Beliau juga dinobatkan sebagai Pemenang Web Islam Islamik Individu Terbaik oleh Anugerah Media Islam Negara 2009 melalui laman web beliau www.zaharuddin.net yang mempunyai pengunjung setiap hari seramai berbeza (unique visitors) purata 5000 orang serta facebook Dr Zaharuddin mempunyai lebih 1.3 juta followers. SAHIBUL FADHILAH PROF. MADYA DR. AHMAD WIFAQ BIN MOKHTAR

PENDIDIKAN

PROF. MADYA DR. AHMAD WIFAQ BIN MOKHTAR lahir pada 1 Oktober 1978. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Ibnu Tofail, Kenitra, Morocco dalambidang Pengajian Islam, kemudian menyambung pengajian dalam pengkhususan Sarjana di Universiti Moulay Ismail, Morocco dalam jurusan Fatwa Wa Maqasid (Islamic Legal Opinion And Higher Objectives Of Syariah). Kemudian, pada tahun 2010, Beliau memperolehi PhD dari Universiti Of Moulay Ismail, Morocco dalam pengkhususan Maqasid Syariah (Higher Of Objectives Of Syariah).

KERJAYA

Selepas itu, beliau ditawarkan dalam tugas-tugas pentadbiran sebagai Timbalan pengarah penyelidikan fatwa dunia dan Institut penyelidikan pada tahun 2012- 2014. Pada tahun 2013-2014 beliau ditawarkan sebagai Pengetua Kolej Kediaman Mahkamah Nilam, Kini beliau adalah pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkap Timbalan Pengarah INFAD (Institut Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa Sedunia), USIM. Beliau juga merupakan panel Fiqh dalam laman web ilmu-ilmu Islam,al ahkam.net. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Maqasid Syariah, Usul Fiqh, Fiqh Ibadat, Manhaj Fatwa & Manhaj Tadabbur Al Quran.

Page 65: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

65

SAHIBUL FADHILAH DR MUHAMMAD ROZAIMI RAMLE

PENDIDIKAN

DR. MUHAMAD ROZAIMI RAMLE lahir pada 22 Jun 1983. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh dan Sekolah Menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh dan telah menduduki peperiksaan SPM di sana pada tahun 2000. Berangkat ke Jordan pada tahun 2001 untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Mu'tah, Jordan.

KERJAYA

Memulakan karier sebagai guru sandaran di Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh pada tahun 2006. Permulaan kerjaya, beliau ditawarkan untuk berkhidmat di Majlis Agama Islam Perak sebagai Pegawai Zakat pada tahun 2007. Kemudian, pada tahun 2008, beliau dilantik menjadi tutor di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI. Seterusnya, beliau menyambung pengajian Sarjana Hadith di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2008, ditaja oleh UPSI.Kemudian menyambung pengajian peringkat PhD di Universiti of Jordan pada tahun 2011 dibawah tajaan UPSI dan tamat pengajian pada 1 Disember 2014. Dilantik menjadi pensyarah kanan di UPSI pada tahun 2015. Sekarang ini, beliau merupakan penasihat kepada Pertubuhan Kebajikan Institut Al-Qayyim, Malaysia dan pendakwah terkenal menjadi ikon muda mudi masa kini di Malaysia.

SAHIBUL FADHILAH DR. AZMAN BIN MOHD NOOR

PROF. DR. AZMAN BIN MOHD NOOR kini merupakan pensyarah kanan di Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau sebelum ini adalah Ketua Jabatan, Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Kulliyyah Pengetahuan Islam dan Sains Manusia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (April 2014-Ogos 2015). Beliau telah mengajar fiqh dan Kewangan Islam di jabatan yang sama sejak tahun 2005. Beliau menghabiskan ijazahnya dalam Undang-Undang Islam pada tahun 1997 di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Kemudian menyambung Sarjananya

Page 66: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

66

dalam Undang-undang Jenayah Islam pada tahun 2000 di Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Sarjana di Muamalat (Undang-undang Transaksi Islam) pada tahun 2001 di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau memperolehi PhD dalam Undang-undang Islam pada tahun 2005 di Universiti Edinburgh, Scotland.

Bidang kepentingannya termasuk Undang-undang Transaksi Islam, Perbankan Islam dan Pasaran Modal, Takaful dan Retakaful, Pengurusan dan Pengiraan Zakat. Beliau telah menyelia pelajar MA dan Phd dalam bidang Perbankan dan Pasaran Modal Islam di Jabatan Fiqh dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia sejak tahun 2006.

SAHIBUL FADHILAH DR. AHMAD NAJIB BIN ABDULLAH

PENDIDIKAN

DR AHMAD NAJIB ABDULLAH, dilahirkan pada 3 Mac 1966 di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kubang Kerian (1973-1978). Beliau melanjutkan pengajian peringkat menengah di Ma’ahad Muhammadi Kota Bharu (1979-1985). Seterusnya, Beliau menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin (1989), SarjanaTafsir (1994), dan Ijazah Kedoktoran PhD Tafsir (1998 ).

KERJAYA

Sekembali ke tanahair, beliau berkhidmat di Ma’ahad Al-Dakwah Wa Al-Imamah sebelum diserap menjadi Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Selain memegang jawatan pensyarah, beliau telah diberi kepercayaan menjadi Ketua Jabatan Dakwah dan Ketua Jabatan Usuluddin. Terakhir beliau dilantik menjawat jawatanTimbalan Ketua Eksekutif (HEP) KIAS.

Page 67: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

67

Pada 1 Januari 2008, beliau bertugas sebagai pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, cawangan Nilam Puri.

Artikel-artikel beliau berkaitan bidang tafsir banyak diterbitkan dalam jurnal tempatan seperti Jurnal Al-Bayan, Jurnal Al-Basirah, Jurnal KIAS, Jurnal JAHEAIK dan juga jurnal antarabangsa. Selain itu, beliau juga banyak menyumbang artikel kepada Majalah PENGASUH. Antara karya beliau pula Isu Israiliyyat Dan Hadith Palsu, Al-Madkhal Ila Ulum Al-Qur’an, Ulum Al-Qur’an Wa Al-Hadith dan lain-lain. Sepanjang perkhidmatan beliau sehingga sekarang, beliau dilantik menjadi Ahli Jamaah Tashih Tafsir JAKIM, Panel Pakar Aqidah JAKIM, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Ahli Jama’ah Penulis Majalah PENGASUH, Ahli Jawatankuasa BukuTeks Yayasan Islam Kelantan (YIK), di samping menjawat jawatan pentadbiran di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

SAHIBUL FADHILAH DR MOHD AKRAM BIN DATO’ DAHAMAN @ DAHLAN

PENDIDIKAN

DR MOHD AKRAM BIN DATO’ DAHAMAN@DAHLAN memulakan pengajianIjazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah pada tahun 1996 di Universiti Yarmouk, Jordan dan graduasi pada tahun 2000. Selepas itu, menyambung Sarjana dalam bidang yang sama di Jabatan Usul Fiqh & Usul di Universiti Malaya (UM). Pada tahun 2012, Beliau memperolehi PhD dalam bidang Pengurusan Fatwa di Universiti Malaya. KERJAYA

Beliau memulakan kerjaya dengan menjadi Pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs), Perlis dari tahun 2000-2005 Kemudian ditawarkan sebagai Pensyarah Universiti Teknologi MARA, Arau, Perlis. Selepas itu, pada tahun 2006 beliau memulakan kerjaya sebagai tutor, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah sehingga kini sebagai Pensyarah Kanan di sana. Selain itu, beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kewangan MAIPs bermula dari tahun 2014, Pengerusi

Page 68: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

68

Jawatankuasa penyemakan NSK buku teks Pendidikan Islam yang berkaitan dengan masalah pembelajaran peringkat KPM 2017. Beliau merupakan Panel Penasihat Akademik program Pengajian Islam KTD di Kuala Lumpur, Panel Penasihat Akademik luar KTD, Pengkalan Chepa, Kelantan dan Ahli Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf Majlis Agama Islam Perlis (ATAM). Sekarang, beliau menjadi Pensyarah Kanan, Jabatan Tamadun dan Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

SAHIBUL FADHILAH USTAZ ROSLAN BIN ESA PMP, AMPTIMBALAN MUFTI NEGERI PERLIS

PENDIDIKAN

Beliau dilahirkan pada Mac, 1975 di Selama, Perak .Memulakan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Felda Trolak Utara Sungkai Perak. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak pada tahun 1988 dan kemudian, beliau melanjutkan pengajian di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) pada tahun 1991. Seterusnya ,menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Usuluddin . Beliau pernah juga mengikuti kursus dan mendapat Sijil Pengurusan Fatwa dari Universiti Al Azhar, Mesir pada tahun 2003. Kemudian, pada tahun 2007, meneruskan pengajian dalam peringkat Sarjana, bidang Pengurusan Awam Universiti Utara Malaysia.

KERJAYA

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mulai November 2000 dan kemudiannya dihantar bertugas ke Jabatan Mufti Negeri Perlis pada Disember 2000 sehingga 2008 sebagai Pegawai Fatwa/ Timbalan Mufti Negeri Perlis. Pada tahun 2009, beliau kembali ke Jakim sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM. Pada November 2009 sehingga Ogos 2010 beliau telah dipanggil kembali bertugas di Jabatan Mufti Negeri Perlis sebagai Pemangku Mufti Negeri Perlis.

Page 69: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

69

USTAZAH NAFIZAH BINTI ABD HALIMKETUA UNIT FATWA, JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Beliau lahir pada Oktober, 1975 di Pulau Pinang dan mendapat pendidikandi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), Alor Setar, Kedah. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian di Yarmouk Universiti, Irbid, Jordan dalam jurusan Fiqh dan Pengajian Islam dan tamat pada tahun 1997. KERJAYA

Beliau memulakan kerjaya sebagai Ketua Unit Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Perlis mulai Jun 2009 sehinggalah sekarang. Pernah berpengalaman bertugas sebagai Instruktor Bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab) di Pusat Bahasa Dinamik, Bayan Lepas, Pulau Pinang dari tahun 2000 sehingga 2009.

PENGALAMAN / SUMBANGAN

Antara pengalaman dan sumbangan beliau ialah terlibat sebagai SetiausahaJawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Jawatankuasa Wakaf MAIPs.

Page 70: KOMPILASI KEPUTUSAN FATWA

JABATAN MUFTI NEGERI PERLISTingkat 1, Blok A,

Bangunan Dato' Mahmud Mat,01000 Kangar, Perlis

JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

Tel : 04-979 4428Fax : 04-976 3844

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLISNo. A2, Taman Pengkalan Asam,Jalan Tuanku Syed Putra, 01000 Kangar, PerlisTel : 04-979 4439Fax : 04-978 2400

mufti.perlis.gov.my www.maips.gov.my

KOMPILASIKEPUTUSAN

FATWAKEPUTUSAN

FATWAdari tahun 2015-2017