kompilasi 11 - kolej universiti islam antarabangsa selangor

14
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 80 Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2018, Bilangan 11, Isu II, Halaman 80-93 KEPERCAYAAN ANIMISME MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN ANIMISM THROUGH THE PERSPECTIVE OF AL-QURAN Khairulnazrin Nasir 1 , Muhammad Syafee Salihin Hasan 2* 1 Pelajar Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Usuluddin (al-Hadith), Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, [email protected] 2 Pensyarah Jab. Tahfiz Fakulti Pengajian Peradaban Islam KUIS, [email protected] * Penulis Penghubung Artikel diterima: 10 November 2018 Selepas Pembetulan: 12 Disember 2108 Diterima untuk terbit: 29 Dismeber 2018 Abstrak Lapangan ilmu antropologi telah memperkenalkan istilah animisme yang merujuk kepada kepercayaan bahawa setiap yang wujud di alam ini mempunyai roh. Manusia sejak dari awal kewujudannya telah berinteraksi dengan alam sekitar, berasa kagum dengan apa yang ada di sekeliling mereka. Hal ini mendorong segelintir mereka berpaling daripada fitrah Islam, lalu menyembah unsur-unsur alam. Oleh itu, tulisan ini bertujuan untuk membahaskan tentang bentuk, faktor dan jenis-jenis animisme berdasarkan perspektif al-Quran. Jenis penelitian ini adalah berdasarkan metode kualitatif dengan pendekatan deskriptif dan ofensif. Hasil analisis menunjukkan bahawa al-Quran mengemukakan sorotan sejarah umat terdahulu dan mengkritik kepercayaan animisme sama ada dalam bentuk ancestor worship, nature worship, human worship, shamanism dan seumpamanya. Justeru itu, telah jelas bahawa al-Quran bukan sahaja menjadi rujukan syariah Islam, malah turut memperkatakan tentang ilmu antropologi dan budaya manusia. Kata Kunci Al-Quran, animisme, antropologi, aqidah Abstract The field of anthropological science has introduced the term animism which refers to the belief that everything has a spirit. Since the beginning of time, humans have been interacting with the surrounding nature. They are overwhelmed by what they have around them. This interaction has encouraged some of them to turn away from the teachings of Islam, then, worship the elements of nature. Therefore, this paper aims to debate about the forms, factors and types of animism based on the perspective of the Quran. This research is based on qualitative method with descriptive and critical approach. The findings have shown that the Qur'an discusses the history of the past and criticizes animism beliefs in the form of ancestor worship, nature worship, human worship, shamanism and the like. Hence, it is cundeniable that the Qur'an is not only a reference of Islamic shariah, but also deals with anthropology and human culture. Keywords Quran, animism, anthropology, aqidah

Upload: others

Post on 20-Mar-2022

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 80

Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126

E-ISSSN: 0127-8002 2018, Bilangan 11, Isu II, Halaman 80-93

KEPERCAYAAN ANIMISME MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN ANIMISM THROUGH THE PERSPECTIVE OF AL-QURAN Khairulnazrin Nasir1, Muhammad Syafee Salihin Hasan2*

1 Pelajar Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Usuluddin (al-Hadith), Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, [email protected] 2 Pensyarah Jab. Tahfiz Fakulti Pengajian Peradaban Islam KUIS, [email protected] * Penulis Penghubung

Artikel diterima: 10 November 2018 Selepas Pembetulan: 12 Disember 2108 Diterima untuk terbit: 29 Dismeber 2018

Abstrak Lapangan ilmu antropologi telah memperkenalkan istilah animisme yang merujuk kepada kepercayaan bahawa setiap yang wujud di alam ini mempunyai roh. Manusia sejak dari awal kewujudannya telah berinteraksi dengan alam sekitar, berasa kagum dengan apa yang ada di sekeliling mereka. Hal ini mendorong segelintir mereka berpaling daripada fitrah Islam, lalu menyembah unsur-unsur alam. Oleh itu, tulisan ini bertujuan untuk membahaskan tentang bentuk, faktor dan jenis-jenis animisme berdasarkan perspektif al-Quran. Jenis penelitian ini adalah berdasarkan metode kualitatif dengan pendekatan deskriptif dan ofensif. Hasil analisis menunjukkan bahawa al-Quran mengemukakan sorotan sejarah umat terdahulu dan mengkritik kepercayaan animisme sama ada dalam bentuk ancestor worship, nature worship, human worship, shamanism dan seumpamanya. Justeru itu, telah jelas bahawa al-Quran bukan sahaja menjadi rujukan syariah Islam, malah turut memperkatakan tentang ilmu antropologi dan budaya manusia. Kata Kunci Al-Quran, animisme, antropologi, aqidah

Abstract The field of anthropological science has introduced the term animism which refers to the belief that everything has a spirit. Since the beginning of time, humans have been interacting with the surrounding nature. They are overwhelmed by what they have around them. This interaction has encouraged some of them to turn away from the teachings of Islam, then, worship the elements of nature. Therefore, this paper aims to debate about the forms, factors and types of animism based on the perspective of the Quran. This research is based on qualitative method with descriptive and critical approach. The findings have shown that the Qur'an discusses the history of the past and criticizes animism beliefs in the form of ancestor worship, nature worship, human worship, shamanism and the like. Hence, it is cundeniable that the Qur'an is not only a reference of Islamic shariah, but also deals with anthropology and human culture. Keywords Quran, animism, anthropology, aqidah

Page 2: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 81

1. Pengenalan Antropologi adalah merujuk kepada kajian dan perbahasan tentang manusia, sama ada dari aspek kepercayaan, kebudayaan, fizikal atau bahasa. Dalam erti kata lain, ia juga merujuk kepada ilmu sains sosial. Lapangan kajian ini khususnya dalam bidang kepercayaan dan kebudayaan telah memperkenalkan suatu teori iaitu animisme.

Teori tentang kepercayaan manusia ini telah diperkenalkan oleh seorang tokoh Barat iaitu Edward Burnett Tylor, sekitar kurun ke-19.1 Menurut Tylor, animisme adalah suatu gambaran kepada kepercayaan dan budaya manusia primitif. Justifikasinya, sepanjang pengamatan dan kajian beliau terhadap komuniti yang masih primitif di beberapa negara, E.B. Tylor menyimpulkan bahawa sudut persamaan antara mereka adalah animisme. Sekaligus E.B. Tylor membuat kesimpulan kedua, bahawa semua agama di dunia ini berevolusi dan ia bermula dengan animisme. Dalam erti kata lain, animisme boleh dianggap sebagai kepercayaan tertua yang pernah wujud di dunia. Pada sudut yang lain, al-Quran yang merupakan teras kepada sumber iktikad dan syariat Islam, sebenarnya telah mengemukakan maklumat, prinsip dan pendirian yang jelas terhadap ilmu antropologi, khususnya yang menjurus kepada kajian sosiobudaya dan kepercayaan insan. Secara umumnya, penilaian secara komparatif terhadap pernyataan yang dikemukakan oleh E.B Tylor yang telah mendapat sokongan sejumlah besar ahli antropologi Barat, dan rukun kepercayaan dalam Islam, maka dapat dirumuskan terdapat banyak jurang perbezaan yang signifikan antara dua aliran ini.

Artikel ini bertujuan untuk mengemukakan perspektif al-Quran terhadap teori dan hipotesis ahli antropologi Barat tentang kepercayaan animisme. Tulisan ini berusaha untuk menjelaskan secara terperinci pendirian al-Quran terhadap asas-asas kepercayaan animisme, fakta sejarah umat-umat terdahulu yang terlibat dengan animisme, seterusnya penilaian akhir terhadap segala kepercayaan yang menyalahi akidah yang bersifat fundamental dalam Islam.

Kajian ini sepenuhnya tertumpu kepada metode pengumpulan data menerusi kaedah kajian perpustakaan. Ia merujuk kepada penelitian terhadap teks al-Quran, karya-karya ilmu Tafsir dan akidah, buku dan artikel ahli antropologi Barat. Segala data-data yang dikumpulkan dianalisis berdasarkan metode kualitatif, menerusi pendekatan deskriptif dan ofensif.

Dalam kajian ini, penulis mengemukakan pendirian dan prinsip yang boleh menggambarkan perspektif al-Quran terhadap kepercayaan animisme. Beberapa teori yang diketengahkan oleh ahli antropologi Barat yang bertentangan dengan al-Quran, dianalisis secara kajian kritik. Maka, kertas ini berusaha mengenal pasti teks-teks ayat al-Quran, sebagai asas pendalilan.

2. Definisi Dan Hakikat Kepercayaan Animisme Menurut Graham Harvey (2006), animisme dikenali dalam bidang antropologi sebagai kepercayaan manusia awal yang primitif. E.B Tylor (1871) menyatakan bahawa animisme menurut etimologi berasal daripada animaus atau anima dalam bahasa Latin yang bermaksud jiwa, roh atau kehidupan. Menurut Kamus Dewan, animisme ditakrifkan sebagai kepercayaan bahawa setiap sesuatu yang wujud di muka bumi ini seperti batu, 1 Edward Burnett Tylor (2 Oktober 1832 - 2 Jan 1917), seorang pakar antropologi di Universiti Oxford. Beliau digelar sebagai bapa ilmu antropologi moden. Selain menjadi pelopor kepada teori animisme, beliau juga turut menjadi pendukung kepada teori evolusi agama. Primitive Culture merupakan karya induk beliau dalam menginterpretasikan teori animisme. Lihat Tylor, E. B. (1871). Primitive Culture: Researches Into The Development Of Mythology, Philosophy, Religion, Art, And Custom (Vol. 2). J. Murray, William H. Swatos dan Peter Kivisto (1998) “Tylor Edward B.” Encyclopedia of Religion and Society. Rowman Altamira, California. 528 dan Paul A. Erickson dan Liam D. Murphy (2013) Readings for a History of Anthropological Theory. University of Toronto Press, Canada. 29

Page 3: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 82

kayu, angin dan lain-lain mempunyai jiwa atau roh. Secara umumnya merujuk kepada suatu doktrin tentang roh dan semangat (Philosophy of Souls and Spirits). Manakala Istilah animisme dalam bahasa Arab disebut sebagai (الروحية) atau )(الإحيائية . ‘Abd al-Wahhāb al-Masīrī (2006) dalam bukunya Mawsū’at al-Yahūd menyenaraikan istilah-istilah yang merujuk kepada animisme seperti (المبدأ الحيوي), (حيوية المادة), (الحيوية)dan (أنيميزم). Menurut Irving Hexham (2002), John F. Haught (1990), Ed Hindson dan Ergun Caner (2008), roh dalam animisme adalah suatu entiti yang bersifat bebas daripada manusia tetapi mencampuri dan mempengaruhi urusan kehidupan manusia. Sementara manusia yang mempercayai animisme digelar sebagai “animis.”

Mariasusai Dhavamony (2011) berpendapat bahawa animisme adalah kepercayaan tentang makhluk-makhluk berjiwa yang meliputi dua bentuk, iaitu kepercayaan bahawa manusia mempunyai jiwa yang kekal walaupun setelah kematiannya dan kepercayaan bahawa jiwa juga ada pada makhluk-makhluk lain. Jiwa dan roh itu mesti dihormati agar ia tidak mengganggu kehidupan manusia atau boleh membantu mereka dalam kehidupan ini. ‘Abd al-Wahhāb al-Masīrī (2006) pula berpendapat bahawa animisme adalah tanggapan bahawa alam ini mempunyai pelbagai roh yang tersimpan dalam sesuatu yang nyata atau ghaib dan mampu mempengaruhi kehidupan manusia. Sa’dūn Maḥmūd al-Sāmūk (2002) menjelaskan bahawa dalam dunia animis, manusia dianggap hampir setaraf dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan kuasa-kuasa alam semula jadi. Oleh itu, menjadi satu tanggungjawab dan moral bagi animis untuk berinteraksi dan menghormati unsur-unsur berkenaan.

Berdasarkan definisi di atas, animisme adalah kepercayaan bahawa alam semula jadi yang hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, objek yang tidak bernyawa seperti batu logam, kepelbagaian bentuk geografi bumi seperti bukit, gurun, lembah, hutan belantara, gua, laut atau fenomena alam seperti petir, kemarau dan hujan memiliki semangat atau unsur kerohanian. Justeru, setiap kepercayaan terhadap entiti-entiti tersebut memiliki istilah dan isme yang tersendiri.

3. Jenis-Jenis Kepercayaan Animisme Ahli antropologi seperti Graham Harvey (2006) telah membahagikan konsep kepercayaan animisme kepada jenis-jenis seperti yang berikut;

i. Ancestor Worship: Penyembahan roh orang mati, nenek moyang atau tokoh. Roh itu dianggap masih hidup dan mampu mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada orang hidup.

ii. Spiritualisme/ Spiritisme: Proses interaksi dan perhubungan antara roh orang mati dan orang hidup.

iii. Shamanism: Seseorang yang mengetahui black magic dan menjadi penghubung dengan alam roh. Dalam alam Melayu mereka dikenali sebagai dukun, bomoh dan pawang.

iv. Nature Worship: Penyembahan alam semesta seperti api, matahari, bintang, pepohon, dan sebagainya. Sekaligus, ia meliputi penyembahan fenomena alam seperti guruh, kilat atau ribut. Ia menjadi batu asas kepada penyembahan banyak tuhan atau disebut politeisme.

v. Dinamisme, Pra-Animisme, Fetishisme Animatisme: Penyembahan objek yang dianggap memiliki kesaktian. Objek itu dipakai atau disimpan, kerana dipercayai boleh mendatangkan keuntungan, tuah atau terhindar daripada bahaya dan malapetaka.

vi. Animal Worship: Penyembahan atau penghormatan kepada binatang tertentu kerana kesucian, kebolehan mendatangkan keselamatan.

Page 4: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 83

vii. Totemism: Pemujaan binatang tertentu kerana ia dianggap sebagai lambang suku atau mempunyai hubungan pertalian darah dengan mereka.

Isme-isme seperti yang dijelaskan di atas adalah jenis penghormatan dan ritual kepada roh, jiwa dan semangat yang dipercayai terdapat di alam ini. Justeru itu, seseorang yang mempercayai mana-mana isme tersebut boleh dikatakan telah dipengaruhi oleh animisme, walau tidak menerimanya secara keseluruhan. 4. Perspektif Dan Kritikan Al-Quran Terhadap Kepercayaan Animisme Al-Quran al-Karim adalah wahyu daripada Allah SWT. Isi kandungannya tertumpu kepada penekanan aspek akidah, pensyaratan ibadat dan muamalat, serta sejarah umat terdahulu dan berita tentang akhir zaman. Walau bagaimanapun, aspek akidah tetap menjadi fokus utama, menerusi perbincangan tentang rukun iman, kepercayaan dan amalan yang membatalkan iman, seterusnya bentuk-bentuk penyelewengan umat terdahulu dalam masalah akidah.

Animisme adalah merupakan kepercayaan berasaskan politeisme iaitu mengagungkan sesuatu selain Allah SWT. Walhal, E.B Tylor (1871) pula mendakwa animisme adalah asas kepada semua agama-agama di dunia yang muncul secara berevolusi. Justeru, apakah perspektif al-Quran terhadap kepercayaan ini? Bagi menjawab persoalan tersebut, penulis telah merumuskan kepada perkara-perkara berikut: 4.1 Al-Quran turut memperkatakan tentang kepelbagaian agama manusia Sebagai permulaan, di samping menjelaskan akidah yang sahih, al-Quran juga membincangkan tentang kepelbagaian kepercayaan dan agama yang wujud di dunia, termasuklah animisme. Dalam erti kata lain, al-Quran mengajak umat manusia membuat perbandingan, seterusnya memilih Islam di antara agama-agama yang lain. Merujuk kepada hal ini, firman Allah SWT [al-Ḥajj 22: 17]:

إ ن ٱ وٱدوا وٱ

ا ءا إن ٱ

ا

أ س وٱ ى وٱ وٱ

ء

إن ٱ

م ٱ ١٧

Maksudnya: Bahawasanya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiein dan orang-orang Nasrani dan orang-orang Majusi, serta orang-orang Musyrik, sesungguhnya Allah akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa Memerhati dan Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

Dalam ayat di atas, Allah SWT telah menyenaraikan lima kepercayaan utama, iaitu Islam, Yahudi, Nasrani, Sabiah, Majusi dan agama politeisme. Ia telah wujud dalam masyarakat dunia sejak sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW. Animisme adalah kepercayaan berasaskan politeisme, yang menyembah unsur-unsur yang terdapat di alam semesta. 4.2 Teori dan pandangan tentang roh mestilah berpandukan wahyu Seperti yang dijelaskan pada awal tulisan ini, E.B Tylor (1871) menghasilkan teori animisme berasaskan kajian pemerhatian (observasi) dan empirikal. Menurut John Scott (2007), Tylor menjalankan banyak ekspedisi untuk bertemu dengan masyarakat paling primitif, asli dan terpinggir sama ada di Amerika Latin, Australia atau Afrika. Graham Harvey (2006) menyatakan bahawa hasil penelitian tersebut, E.B Tylor membuat

Page 5: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 84

rumusan bahawa komuniti-komuniti itu menganut kepercayaan yang seiras iaitu kepercayaan tentang alam roh. Sementara Tedi Sutardi (2007) menjelaskan bahawa Teori evolusi dan asal-usul agama pula dirumuskan berdasarkan catatan-catatan etnografi dan lukisan tentang suku-suku bangsa primitif.

Al-Quran turut memperkatakan tentang antropologi, khususnya berkaitan agama dan kepercayaan. Namun, al-Quran tidak mengiktiraf sebarang pernyataan tentang alam ghaib, yang menggunakan pendalilan dan pembuktian secara observasi. Seperti yang telah dijelaskan, elemen terpenting dalam kepercayaan animisme adalah jiwa dan roh. Maka, al-Quran menegaskan bahawa manusia tidak boleh membuat teori dan andaian tentang roh melainkan dibimbing dengan wahyu. Firman Allah SWT [Al-Isrā’ 17: 85]:

و وح ٱ

وح ٱ و أ و

ر أ ٱ

٨٥إ Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

Mariasusai Dhavamony (2011) turut mengkritik kaedah pembuktian yang

diaplikasikan oleh E.B Tylor. Menurutnya, teori-teori itu mempunyai kekurangan dari aspek evidence dan bukti apabila mendasarkan diri kepada histori dan tidak akan diterima secara verifikasi. Mengenai deskripsi tentang cara berfikir orang primitif, teori ini sangat keliru, walaupun ada sudutnya yang logik. Fakhr al-Din al-Rāzi (1999) menegaskan, Allah SWT telah menerangkan bahawa roh itu wujud, terjadi dengan perintah-Nya dan pembentukan serta pengaruhnya dalam memberi kehidupan kepada jasad. Bukanlah semestinya jika terhadnya pengetahuan secara spesifik tentang sesuatu perkara, menandakannya ia tidak wujud. Justeru itu, sebarang pernyataan tentang roh telah dikhabarkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sekadar yang perlu untuk diimani oleh orang-orang beriman. 4.3 Al-Quran menafikan dakwaan animisme adalah kepercayaan terawal dalam sejarah manusia Dalam ilmu antropologi, terdapat dakwaan bahawa manusia primitif mula membentuk kepercayaan dan agama apabila mereka menyedari alam ini bukan hanya dihuni oleh makhluk fizik, malah wujudnya makhluk supernatural yang dipanggil roh, jiwa dan semangat. Justeru, E.B Tylor mendakwa animisme adalah terawal, paling ringkas dan tunas kepada semua agama yang muncul terkemudian.

Apa yang jelas daripada teori di atas adalah asal keadaan manusia adalah tidak mengenal tuhan dan menyembah pelbagai kuasa yang dianggap mampu memberi manfaat atau menolak mudarat kepada mereka. Dalam perkara ini, al-Quran mempunyai perspektif yang jauh berbeza. Menurut al-Quran, manusia pertama iaitu Nabi Adam AS dan generasi awal keturunannya berada di atas landasan tauhid. Politeisme hanya muncul pada zaman Nabi Nūḥ AS. Firman Allah SWT [al-Baqarah 2: 213] :

ٱ ٱ ة

س أ ن ٱ

ٱ

ل

وأ ر و

ا ٱ س ٱ

Maksudnya: Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah

Page 6: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 85

menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan.

Nāsīr al-Qafārī (1992) menjelaskan bahawa syirik, kesesatan dan penyelewengan

akidah mula muncul setelah beberapa abad setelah zaman Nabi Ādam AS. Malah, menurut Adamson Hoebel (1958), ahli antropologi Barat sendiri tidak bersetuju dengan teori E.B Tylor. Jelasnya, tokoh antropologi seperti Andrew Lang menolak teori E.B tylor dan percaya bahawa asal kepercayaan manusia yang sebenarnya adalah mengakui konsep tuhan esa, iaitu “The High God Concept”

4.4.Sorotan sejarah kepercayaan umat terdahulu dalam bentuk animisme dalam al-Quran Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, bahawa animisme melalui konsep mana atau dinamisme adalah satu dogma bahawa pada setiap makhluk di alam ini mempunyai roh, jiwa, atma dan tenaga pada tahap yang berbeza-beza. Justeru, manusia menganggap kuasa dan semangat itu perlu dihormati, seterusnya mendorong mereka melakukan penyembahan dan ritual. Pada bahagian ini, penulis membuat sorotan ringkas kisah-kisah al-Quran yang mencatatkan bentuk syirik dalam umat terdahulu yang mempunyai kaitan secara langsung dengan animisme. i. Ancestor Worship: Penyembahan orang mati, tokoh dan roh nenek moyang Ancestor worship terdapat dalam kalangan kaum Nabī Nūḥ AS iaitu penyembahan roh-roh orang soleh, tokoh agama dan nenek moyang, golongan ningrat. Al-Quran merakamkan nama-nama tokoh itu, iaitu Wadd, Suwā‘, Yaghūth, Ya‘ūq dan Nasr. Mereka adalah orang-orang soleh sebelum zaman Nabi Nūḥ AS. Firman Allah SWT [Nūḥ 71: 23]:

ا

و ق و ث و و ا

ا و رن ود

و رن ءا

٢٣

Maksudnya: Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: “Janganlah kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, Suwā’, Yaghūth, dan Ya‘ūq, serta Nasr.”

Menurut Ibn al-Qayyim (1975), beberapa tokoh zaman salaf mengatakan apabila

(orang-orang soleh) itu meninggal dunia, mereka (kaum Nabi Nūḥ AS) beribadat di kubur-kubur mereka, kemudian mereka membuat patung-patung (menyerupai orang-orang soleh). Lama-kelamaan dan masa berlalu, setelah itu mereka menyembahnya. Al-Qurṭubī (1964) memetik riwayat daripada al-Wāqidī yang menjelaskan bahawa arca Wadd dibina dalam rupa seorang lelaki, Suwā‘ dalam rupa seorang perempuan dan Yaghūth dibentuk sebagai seekor singa. Manakala Ya‘ūq dibentuk sebagai seekor kuda dan Nasr berupa seekor burung hering. Walau bagaimanapun, riwayat ini dipertikaikan oleh Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī (1960) yang berpendapat bahawa ia suatu riwayat yang ganjil (shādh). Jelasnya, yang masyhur ialah mereka dibentuk dalam rupa manusia berdasarkan āthār yang menyatakan punca mereka disembah.

Encestor worship juga terdapat dalam kalangan penganut agama Yahudi yang mendakwa Uzayr AS dan penganut agama Nasrani mendakwa Isa AS, kedua-duanya adalah anak lelaki Allah SWT [Al-Tawbah 9: 30] :

د ٱ و ٱ ٱ

ىٱو ٱ ٱ ٱ

ن

ل ٱ وا ٱ ن

٣٠

Page 7: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 86

Maksudnya: Dan orang-orang Yahudi berkata, “Uzayr ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata, “Al-Masih ialah anak Allah.”

Menurut Ibn al-Jawzī (1984) yang memetik pendapat Ibn ‘Abbās, punca sikap

ekstrem dalam kalangan orang Yahudi terhadap 'Uzayr adalah kerana mereka melihat keajaiban dan mukjizat yang terjadi terhadapnya seperti penulisan semula kitab Tawrāt berdasarkan hafalannya setelah Tawrāt dihilangkan daripada dada-dada orang Yahudi. Demikian juga kerana peristiwa 'Uzayr dihidupkan kembali setelah wafat seratus tahun.

Sementara itu, segelintir umat Nasrani mendakwa Isa AS adalah jelmaan Allah SWT, seperti yang dinyatakan dalam surah al-Māidah 5: 72. Segolongan penganut Nasrani lain pula mendakwa Isa AS adalah salah satu unsur daripada tiga unsur ketuhanan, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Rūḥ al-Qudus: Menurut Suʻūd bin ʻAbd al-ʻAzīz al-Khalaf (2005), dalam Qāmūs al-Kitāb al-Muqaddas, triniti atau tathlīth merujuk kepada tuhan daripada tiga unsur iaitu anak, bapa dan Rūḥ al-Qudus dalam satu zat yang setaraf pada keagungan dan kuasa.

Suʻūd bin ‘Abd ‘Aẓīz al-Khalaf (2004) menjelaskan bahawa konsep anak tuhan di sisi orang Nasrani ialah kalimah Allah yang bersusuk tubuh iaitu Isa al-Masīh. Mereka mendakwa tuhan bapa adalah sama dengan tuhan anak pada kewujudannya. Tuhan bapa mencipta alam ini melalui perantaraan tuhan anak. Tuhan anak diutus ke bumi sebagai penebus kepada dosa manusia dan dia akan memikul tugas menghisab manusia pada hari kiamat.

Dalam pada itu, terdapat juga tradisi pemujaan kubur para nabi dan tokoh agama dalam kalangan Yahudi dan Nasrani. Masyarakat Arab Jahiliah juga turut menjadikan kubur al-Lāt sebagai berhala. Berhala ini diperbuat daripada batu yang dipahat dan ia diletakkan dalam sebuah rumah yang dibina di atasnya. Firman Allah SWT [al-Najm 53: 19-20] :

ى وٱ ٱ ء ى ١٩أ

ٱ ة ٱ ٢٠وMaksudnya: Maka adakah kamu nampak bahawa Al-Laat dan Al-Uzza; Serta "Manaat" yang ketiga.

Menurut al-Suhaylī (2000), pada zaman dahulu, al-Lāt adalah seorang lelaki

yang soleh yang sentiasa menyediakan makanan untuk jemaah haji. Setelah dia meninggal dunia, masyarakat ketika itu telah membina rumah di atas kuburnya dan menutupnya dengan tirai-tirai. Batu al-Lāt ini diagungkan oleh Quraysh dan keseluruhan orang Arab.

ii. Human Worship: Penyembahan manusia hidup

Penyembahan manusia pada awalnya terdapat dalam kalangan kaum Nabi Ibrāhīm AS. Mereka menyembah raja Namrūd bin Kūsh, pemerintah Babylon selama 400 tahun. Rakyatnya percaya bahawa raja mereka mempunyai sifat-sifat ketuhanan seperti berkuasa menghidupkan dan mematikan manusia. Allah SWT merakamkan perdebatannya bersama Nabi Ibrāhīm AS dalam firman-Nya [Al-Baqarah 2: 258] :

ج إ ي ٱ إ

إ

ل إذ ٱ ٱ ن ءا

ۦ أ

ر ٱ ر ۦ و

ي

ۦ وأ

أ

ل

Page 8: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 87

Maksudnya: Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan".

Sementara itu, Firaun pada zaman Nabi Musā AS juga telah mendakwa dirinya

sebagai tuhan. Firman Allah SWT [Al-Nāzi’āt 79: 23-24] :

دى ٢٣

ٱ ر

ل ٢٤ Maksudnya: Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, dengan berkata: “Akulah tuhan kamu, yang tertinggi”.

Orang Yahudi dan Nasrani menjadikan golongan al-aḥbār iaitu pendeta dan ulama

sebagai sembahan selain Allah dengan mematuhi kendatipun dalam kemaksiatan. Firman Allah SWT [Al-Tawbah 9: 31] :

ٱوا دون ر

أ ور ر

ٱو ٱأ ٱ أ و إ

وا إ

وا

إ إ

ن ۥ

٣١ Maksudnya: Mereka menjadikan para pendeta mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

Menurut Ṣāliḥ al-‘Uthaymīn (2003) orang Yahudi menganggap golongan al-

ruḥbān iaitu ahli ibadat sebagai wali-wali dan menyembah mereka selain Allah. Orang Nasrani khususnya memberikan hak membuat syariat kepada rahib, paderi atau pastor dan menggubal ajaran agama mengikut kehendak mereka. Ajaran rekaan diserapkan dalam kitab suci mereka atau melalui keputusan persidangan tokoh-tokoh agama Nasrani.

iii. Penyembahan Makhluk Supernatural Supernatural merujuk kepada makhluk yang kuat dan ghaib seperti malaikat, jin atau hantu. Manusia menyembahnya dengan tujuan memohon pertolongan atau untuk mengelakkan gangguan yang dicetuskan oleh mereka. Al-Quran mencatatkan bahawa sekumpulan manusia mendakwa mereka menyembah malaikat. Firman Allah SWT [Saba’ 34: 41-42] :

ء إ

أ

ل م ون و ا ٤٠ و

أ ا

ا ن دو

أ

ون ٱ ٤١ Maksudnya: Dan (ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Dia bertanya kepada malaikat: Adakah orang-orang ini, (kamu setujui) menyembah kamu dahulu? 41. Malaikat menjawab: Maha Suci Engkau (dari adanya

Page 9: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 88

sebarang sekutu dengan-Mu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan) Pelindung kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi).

Selain itu, terdapat sebilangan suku Arab jahiliah yang menyembah jin. Hishām

bin Muḥammad al-Kalbī (2000) menyatakan bahawa Bani Mulayḥ daripada kabilah Khuzā‘ah menyembah jin. Ada juga manusia yang memohon perlindungan (al-istiʻādhāh) dengan mereka supaya tidak diganggu. Firman Allah SWT [Al-Jin 72: 6] :

ٱ ل ذون

ٱ

ل

ن ر ۥ و ر ادو

٦ Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

Menurut Ibn Jarīr al-Ṭabarī (2000), perasaan takut menyebabkan manusia

memohon perlindungan daripada jin. Misalnya, apabila seseorang berjalan pada waktu petang memalui lembah, dia mengucapkan, “Aku berlindung dengan tuan lembah ini daripada kejahatan dan pidana mereka yang bodoh daripada kaumnya.” iv. Animal Worship dan Totem: Penyembahan Binatang Penyembahan atau penghormatan kepada binatang tertentu telah lama wujud dalam agama Mesir Kuno. Allah SWT telah merakamkan kisah penyembahan patung anak lembu oleh Banī Israāī pada beberapa tempat dalam al-Quran.. Firman Allah SWT [Al-A’rāf 7: 138 ] :

و ز ء إ ٱ

أ ن

ا

ٱا إ

ن م إ

ل ءا ١٣٨

Maksudnya: Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.

Menurut Ibn Jurayj, berhala yang dilihat oleh Bani Isrā’īl berbentuk seekor lembu. Keinginan kepada tuhan berjasad telah direalisasikan dengan kesempatan dan ketiadaan Nabi Mūsā AS bersama mereka. Kehidupan bersama penduduk Mesir di zaman Firaun yang menyembah dewa berbentuk arca memberi kesan kepada pemikiran orang Yahudi. Animisme dalam rangka penyembahan berhala masih tertanam dalam minda mereka walaupun setelah menyeberangi Laut Merah bersama Nabi Musā AS. Firman Allah SWT [Al-A‘rāf 7: 148]:

ٱو ه م ۦ ا ۥ

وا ار ۥ

و

وه ٱ ا ١٤٨و

Page 10: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 89

Maksudnya: Dan kaum Nabī Mūsā AS, sesudah dia (pergi ke Ṭur Sinā), mereka membuat daripada barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Al-Suddi menjelaskan bahawa orang Mesir menyembah mana-mana lembu yang istimewa di mata mereka. Oleh itu, Sāmiri membuat patung anak lembu yang bersuara dan mendakwa ia adalah tuhan kepada mereka dan Mūsā AS. Terdapat riwayat mengatakan suku kaum Zayd al-Khayl, penyair terkenal menyembah unta hitam. Sementara itu, suku al-Asbadhiyyīn di Baḥrayn pula menyembah kuda, dan kabilah Iyād mengambil keberkatan daripada unta betina. v. Nature Worship: Penyembahan Unsur Alam Sekitar Pokok: Menurut Muḥammad Zakariyyā (2001), asas kepada penyembahan pepohon besar ialah kepercayaan bahawa pokok itu menjadi tempat kediaman roh, memiliki semangat dan kesaktian, atau perasaan takut kepada roh-roh jahat yang menghuni kawasan itu.

Kisah kaum Nabi Shu’ayb AS, yang mendiami al-Aykah, iaitu sebuah tempat yang berhutan di daerah Madyan, yang dijadikan pusat penyembahan. Mereka menyembah sebidang tanah gurun yang ditumbuhi pepohonan. Dewa yang mereka sembah di samping Aykah adalah Ba'l serta Ashīra. Allah SWT merakamkan kisah mereka dalam surah al-Shu’arā’ 26: 176-177.

Selain itu, menurut al-Shawkānī (1994), penduduk al-Rass menyembah sebatang pohon sanobar, yang diberi nama Shāh Dirakht. Menurut bahasa, ia bermaksud “Raja Pohon.” Orang pertama yang menanam pohon itu adalah Yafith bin Nuh pasca banjir besar berhampiran mata air yang diberi nama Rowsyan Oub. Nama kaum ini disebut dua kali dalam al-Quran, iaitu dalam al-Furqān (25: 13) dan Qāf (50: 14).

Penduduk Jazirah Arab juga memuja berhala berupa pepohon, iaitu al-‘Uzzā. Nama berhala ini disebut dalam al-Quran (al-Najm 53: 19). Al-‘Uzzā merujuk kepada tiga batang pohon samurah yang terletak di suatu lembah antara Makkah dan Ṭāif. Di sekitarnya terdapat bangunan, tirai-tirai dan diuruskan oleh para pelayan. Al-‘Uzza adalah berhala milik kabilah Quraysh, Sulaym, Ghaṭafān, Jushām serta suku-suku lain yang ada di sekitarnya. Batu: Manāt adalah sebongkah batu besar yang terletak di persisiran Laut Merah. Berhala ini adalah milik suku Khuzā‘ah, Aws dan Khazraj. Sebelum seseorang menunaikan ibadat haji (di masa pra-Islam), mereka berihram di sisinya, dan mereka menyembahnya. Nama berhala ini disebut bersama berhala al-Lāt dan al-‘Uzzā dalam surah al-Najm (53: 19-20). Matahari, bulan, bintang dan planet: Al-Quran juga turut mencatatkan sejarah kaum Nabi Ibrāhīm AS beriktikad bahawa objek-objek besar dalam sistem cakerawala itu memberi kesan kepada kondisi di bumi. Bagi tujuan penyembahan, ia dijelmakan dengan pelbagai berhala-berhala untuk disembah. Menurut Ibn Kathīr (2004), setelah Ibrahim AS berhijrah ke Ḥarrān, baginda menghadapi kaum Kan’ān yang menyembah tujuh planet, iaitu Zuhal, Musytari, Marikh, Zuhrah, Utarid, bulan dan matahari. Kisah rakyat Saba’ yang menyembah matahari bersama raja mereka telah dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah SWT [al-Naml 27: 24]:

Page 11: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 90

دون ٱ ون و وMaksudnya: Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah. Dalam pada itu, suku Arab Jahiliah juga menyembah jirim-jirim angkasa lepas seperti planet dan mempercayai objek-objek itu berkuasa mentadbir alam semesta.2 Al-Shahrastani (1984) menjelaskan bahawa kepercayaan ini cenderung kepada agama Ṣabi’ah. Mereka percaya kepada kesan dan pengaruh perjalanan bintang dan pergerakan planet pada orbitnya sehingga memberi kesan kepada urusan mencari tempat tinggal, perjalanan dan aktiviti ramalan atau prognosis.

Api: al-Quran telah menyebut tentang agama Majusi dalam surah al-Ḥajj (22. 17). Rentetan daripada penyembahan jirim-jirim besar di langit mencetuskan penyembahan api. Planet-planet itu tidak kelihatan pada siang hari atau pada beberapa ketika di waktu malam. Justeru itu, mereka membina berhala, rumah-rumah tempat menyalakan api atau kuil dengan nama-nama tujuh buah planet termasuk matahari dan bulan. Api mempunyai sinaran dan cahaya mirip sinaran cahaya matahari dan planet-planet. Oleh yang demikian, mereka mengagungkan api sebagaimana pengagungan mereka kepada matahari, bulan dan planet.

Menurut Ibn al-Qayyim (1975), penyembahan api berlaku kerana keyakinan bahawa api adalah unsur terbaik, jirim teragung, paling luas manfaatnya, teras paling mulia dan binaannya paling halus. Tidak ada ciptaan di alam ini melainkan dengan menggunakannya dan tidak ada pertumbuhan dan wasilah kecuali dengan peranannya. Ibn Qutaybah al-Daynurī (1992) menyatakan antara bentuk kepercayaan dan agama Arab jahiliah ialah agama Majusi yang menyembah api. Kepercayaan ini tersebar dalam julat yang luas dalam kabilah Bani Tamīm.

vi. Penegasan al-Quran bahawa semua penyembahan selain Allah SWT adalah syirik

Al-Quran menunjukkan pendirian yang jelas dan tegas bahawa segala agama, kepercayaan, atau budaya yang mengandungi unsur animisme adalah syirik dan tidak diterima oleh Allah SWT. Firman-Nya [Āli ‘Imrān 3: 85] :

ٱ ة ٱ و د

ٱ ٨٥و

Maksudnya: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. Sebagai rumusan kepada perbincangan di atas, al-Quran telah memberikan suatu perspektif dan penerangan yang jelas tentang animisme, meliputi aspek pengasasan teori dan pendalilan terhadap teori tersebut. Justeru itu, dapatan akhir kepada penulisan ini dapat dirumuskan seperti berikut;

i. Al-Quran turut memperkatakan tentang kepelbagaian agama manusia. Maka, asas ilmu perbandingan agama telah ada dalam al-Quran.

2 Muḥammad Zakariyyā menyenaraikan objek angkasa lepas yang disembah oleh kabilah-kabilah Arab ialah matahari, bulan, planet Zuhrah, Musytari, Utarid, Zuhal, bintang al-Syiʻrā dan al-ʻUbūr, bintang Thurayyā, bintang al-Mirzam dan bintang al-Dabrān. Lihat Abū Bakr, Muḥmmad Zakariiyā, (2001) 527-534.

Page 12: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 91

ii. Teori dan pandangan tentang roh mestilah berpandukan wahyu kerana perbincangan tentang roh termasuk dalam perkara samiyyat. Seterusnya al-Quran tidak mengiktiraf kaedah pembuktian yang digunakan oleh E.B Tylor.

iii. Al-Quran menafikan dakwaan animisme adalah kepercayaan terawal dalam sejarah manusia. Manusia pertama, Nabi Adam AS dan generasi awal keturunannya mentauhidkan Allah SWT. Manusia mula terlibat dengan animisme setelah zaman Nabi Nūḥ AS.

iv. Umat-umat terdahulu telah terpengaruh dengan animisme. Sebahagian sejarah mereka telah dinyatakan dalam al-Quran, sama da secara ringkas atau terperinci.

v. Al-Quran tidak mengiktiraf sebarang kepercayaan yang berlandaskan syirik kepada Allah SWT.

‘Abd al-Wahhāb al-Masīrī (2006) menegaskan bahawa semua falsafah, agama dan kepercayaan kepada penyembahan patung dan berhala adalah cabang dan rentetan daripada kepercayaan animisme. Justifikasinya, bentuk peribadatan orang Rom adalah penyembahan kepada tuhan yang banyak yang berada dalam alam sekitar dan tempat-tempat tertentu.

Kesimpulan Daripada perbincangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa al-Quran telah memberikan suatu perspektif yang jelas terhadap kepercayaan animisme. Al-Quran tidak mengiktiraf bahawa animisme adalah kepercayaan terawal yang dianuti oleh manusia. Hakikatnya, animisme telah muncul seiring dengan kemunculan syirik dalam sejarah ketamadunan manusia. Paparan sejarah umat terdahulu yang dirakamkan dalam al-Quran menunjukkan bahawa mereka telah terlibat dengan pelbagai bentuk dan jenis animisme. Justeru, al-Quran menunjukkan pendirian tegas, bahawa segala bentuk penyembahan dan pengagungan selain daripada Allah SWT adalah perbuatan syirik. Rujukan Abū Bakr, Muḥammad Zakariyyā (2001) al-Shirk fī al-Qadīm wa al-Ḥadīth. Maktabat al-

Rushd, Riyadh. Affani, S. (2017). Rekonstruksi Kisah Nabi Musa dalam al-Quran: Studi Perbandingan

dengan Perjanjian Lama. Al-Ihkam: Jurnal Hukum dan Pranata Sosial, 12(1), Adamson Hoebel (1958), Man in Primitive World An Introduction to Antropology.

McGraw-Hill Book Companay. New York Al-‘Asqalānī, Ibn Ḥajar Abū al-Faḍl Aḥmad bin ‘Ali (1960) Fatḥ al-Bārī Sharḥ Ṣaḥīḥ al-

Bukhārī. Dār al-Ma‘rifah, Beirut. Al-Azraqī, Abū al-Walīd Muḥammad bin ‘Abd Allāh al-Ghassānī al-Makkī (t.t), Akhbār

Makkah wa ma Jā’ fīhā min al-Āthār ed. Rushdī al-Ṣāliḥ Malḥas. Dār al-Andalus li al-Nashr,Beirut

Al-Masīrī, ‘Abd al-Wahhāb (2006) Mawsu’at al-Yahud wa al-Yahūdiyyah wa al-Ṣaḥyuniyyat. Dar al-Shurū, Kaherah.

Al-Māwardī, Abū al-Ḥasan ʻAli bin Muḥammad al-Baṣrī al-Baghdādī (t.t), al-Nukat wa al-ʻUyūn, ed, al-Sayyid bin ‘Abd al-Maqṣūd bin ‘Abd al-Ḥalīm. Dār al-Kutub al-ʻIlmiyyah, Beirut.

Al-Qafari, Nasir bin ‘Abd Allah dan al-‘Aql, Nasir bin ‘Abd al-Karim (1992) al-Mujaz fi al-Adyan wa al-Mazahib al-Mu’asarah. Dar al-Sami’, Riyadh.

Al-Qurṭubī, Muḥammad bin Aḥmad bin Abī Bakr al-Anṣārī al-Khazrajī (1964) al-Jāmi‘ li Aḥkām al-Qur’ān ed. Aḥmad al-Bardūnī dan Ibrāhīm Aṭfish. Dār al-Kutub al-Miṣriyyah, Kaherah.

Page 13: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 92

Al-Rāzī, Fakhr al-Dīn Abū ‘Abd Allāh Muḥammad bin ‘Umar bin al-Ḥasan al-Taymī (1999) al-Tafsīr al-Kair. Dār Iḥyā’ al-Turāth al-‘Arabī, Beirut. 21: 382.

Al-Sāmūk, Sa‘dūn Maḥmūd (2002) Mawsū‘at al-Adyān wa al-Mu‘taqadāt al-Qadīmah. Dār al-Manāhij, Jordan.

Al-Shahrastānī, Muḥammad bin ‘Abd al-Karīm (1984) al-Milal wa al-Niḥal ed. Muḥammad Sayyid Kīlānī. Dār al-Ma‘rifah, Beirut.2: 236.

Al-Shawkānī, Muḥammad bin ‘Ali al-Yamanī (1994) Fatḥ al-Qadīr. Dār Ibn Kathīr, Beirut. Al-Suhaylī, Abū al-Qāsim ‘Abd al-Raḥman bin ‘Abd Allāh (2000) al-Rawḍ al-Unuf fī Sharḥ

al-Sīrah al-Nabawiyyah li Ibn Hishām ed. ‘Umar ‘Abd al-Salām al-Sakāmī. Dār Iḥyā’ al-Turāth, Beirut

Al-Suyūṭī, ‘Abd al-Raḥmān bin al-Kamal Jalal al-Dīn (1993) al-Durr al-Manthūr. Dār al-Fikr, Beirut.

Al-Ṭabarī, Abū Ja‘far Muḥammad bin Jarīr bin Yazīd (2000) Jāmi‘ al-Bayān fī Ta’wīl al-Qur’an ed. Aḥmad Muḥammad Shākir. Al-Muassasah al-Risālah, Beirut

Bron Taylor (2008) Encyclopedia of Religion and Nature. A&C Black, New York Christina Pratt (2007) An Encyclopedia of Shamanism. The Rosen Publishing Group,

New York. Cook, A. B. (1894). Animal Worship in the Mycenaean Age. The Journal of Hellenic

Studies, 14, 81-169 Dra. Noorkasiani et al., (2009) Sosiologi Keperawatan. Penerbit Buku Kedoktoran EGC,

Jakarta Ed Hindson dan Ergun Caner (2008) The Popular Encyclopedia of Apologetics:

Surveying the Evidence for the Truth of Christianity. Harvest House Publishers, USA.

Graham Harvey (2006) Animism: Respecting the Living World. Columbia University Press, New York.

Hassan Shadily (2012), Ensiklopedi Umum. Penerbit Kanisius, Yogyakarta. Hoppal, M. (1997). Nature Worship in Siberian Shamanism. Electronic Journal of

Folklore, 4, 9-26. Ibn al-Jawzi, ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Ali bin Muḥammad (1984), Zād al-Masīr fī ‘Ilm al-Tafsīr.

Al-Maktab al-Islāmī, Beirut. Ibn al-Kalbī, Hishām bin Muḥammad bin al-Sāib al-Kalbī (2000) Kitab al-Aṣnām. Dār al-

Kutub al-Maṣriyyah, Kaherah. Ibn Kathīr, Abū al-Fidā’ Ismā‘il bin Kathīr bin ‘Umar al-Qurashī al-Dimashqī (2004) al-

Bidāyah wa al-Nihāyah ed. ‘Abd Allāh bin ‘Abd al-Muḥsin al-Turkī. Dār Hajar, Mesir

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Abū ‘Abd Allāh Muḥammad bin Abū Bakr (1975) Ighāthah al-Lahfān min Maṣāid al-Shayṭan ed. Muḥammad Ḥāmid al-Faqī. Dār al-Ma‘rifah, Kaherah.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Abū ‘Abd Allāh Muḥammad bin Abū Bakr (t.t) Hidāyat al-Hayārā fī Ajwibat al-Yahūd wa al-Naṣārā. Al-Jāmiah al-Islāmiyyah, Madinah Munawwarah.

Ibn Qutaybah, Abū Muḥammad ‘Abd Allāh bin Muslim al-Daynūrī (1992), al-Ma‘ārif ed. Tharūt ‘Ukkashah. al-Hay’ah al-Masriyyah al-‘Āmah li al-Kitāb, Kaherah

Ibn Taymiah, Abū al-‘Abbās Aḥmad bin ‘Abd al-Ḥalīm (1995) Majmū‘ al-Fatāwā. Mujammā‘ al-Malik Fahd, Madinah.

Ibn Taymiah, Abū al-‘Abbās Aḥmad bin ‘Abd al-Ḥalīm bin ‘Abd al-Salām (t.t) al-Radd ‘āla al-Manṭiqiyyin. Dār al-Maʻrifah, Beirut.

Irving Hexham (2002) Pocket Dictionary of New Religious Movements. Inter Varsity Press, Madison.

Page 14: Kompilasi 11 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2018, BILANGAN 11, ISU II 93

Jawād ‘Ali (2001) al-Mufaṣṣal fī Tārikh al-‘Arab Qabl al-Islām. Dār al-Sāqī, Beirut. John G. R. Forlong (2008) Encyclopedia of Religions. Cosimo, Inc, New York. John F. Haught (1990) What is Religion?: An Introduction. Paulist Press, New Jersey. Johnson, Dominic D. P. (2016) “Anthropology: Hand of the Gods in Human Civilization.”

Nature, vol. 530, no. 7590, pp John Scott (2007), Fifty Key Sociologists: The Formative Theorists. Routledge, New

York. Kamus Dewan (2005) ed. ke-4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kamus Teologi (2006) Penerbit Kanisius, Yogyakarta. Khairulnazrin Nasir (2015) “Kepercayaan Animisme Menurut Perspektif Sunnah Nabawi

Dan Ahli Antropologi Barat: Satu Kajian Awal.” Jurnal Pengajian Islam. Bil 9, Isu Ii: 2015. 159.

Muḥammad bin Ṣāliḥ al-ʻUthaymīn (2003) al-Qawl al-Mufīd alā Kitāb al-Tawḥīd. Dār Ibn al-Jawzī, Riyadh.

Mariasusai Dhavamony (2011) Phenomenology of Religion: Fenomenologi Agama, terj. G. Ari Nugrahamta et al. Penerbit Kanisius, Yogyakarta.

Mu‘jam al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu‘āṣarah (2008) ed. Aḥmad Mukhtār ‘Abd al-Ḥamīd ‘Umar. ‘Ālam al-Kutub, Beirut.

Paul A. Erickson dan Liam D. Murphy (2013) Readings for a History of Anthropological Theory. University of Toronto Press, Canada.

Papapetros, Spyros (2012). “Movements of the Soul: Traversing Animism, Fetishism, and the Uncanny.” Discourse, vol. 34, no. 2,

Rahmat, S. H (1979) Dari Adam Sampai Muhammad, Sebuah Kajian Mengenai Agama-Agama. Pustaka Aman Press, Kota Bharu.

Suʻūd bin ʻAbd al-ʻAzīz al-Khalaf (2004) Dirāsāt fi al-Adyān al-Yahūdiyyah wa al-Naṣraniyyah. Maktabat Aḍwā’ al-Salaf, Riyāḍ

Tedi Sutardi (2007) Antropologi Mengungkap Keragaman Budaya. Penerbit IPT Setia Puma Inves, Bandung

Tylor, E. B. (1871). Primitive Culture: Researches Into The Development Of Mythology, Philosophy, Religion, Art, And Custom (Vol. 2). J. Murray.

Walsh, R. N. (2007). The world of shamanism: New views of an ancient tradition. Llewellyn Worldwide.

Weiser Llc (2010) Encyclopedia of the Unseen World. Constance Victoria Briggs, San Francisco.

William H. Swatos dan Peter Kivisto (1998) “Tylor Edward B.” Encyclopedia of Religion and Society. Rowman Altamira, California.

Wendy Doniger (1999) Merriam-Webster Encyclopedia of World Religions. Merriam-Webster, USA.