inovasi dan perubahan pendidikan memberi impak terhadap prestasi guru

16
INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN MEMBERI IMPAK TERHADAP PRESTASI GURU. 1.0 PENGENALAN Dipetik daripada jurnal - The effects of emotional intelligence on work stress and the intention to leave the teaching profession: oleh Syed Sofian Syed Salim & Rohany Nasir. Profesion perguruan sungguh mencabar. Untuk menjadi seorang guru dan pengurus pendidikan yang baik, seorang guru harus peka dengan perkembangan terkini yang sentiasa mendatang juga sanggup untuk menghadapi proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab

Upload: cikgu-siti

Post on 07-Aug-2015

105 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inovasi Dan Perubahan Pendidikan Memberi Impak Terhadap Prestasi Guru

INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN MEMBERI IMPAK TERHADAP

PRESTASI GURU.

1.0 PENGENALAN

Dipetik daripada jurnal - The effects of emotional intelligence on work stress and the

intention to leave the teaching profession: oleh Syed Sofian Syed Salim & Rohany

Nasir.

Profesion perguruan sungguh mencabar. Untuk menjadi seorang guru dan pengurus

pendidikan yang baik, seorang guru harus peka dengan perkembangan terkini yang

sentiasa mendatang juga sanggup untuk menghadapi proses kepemimpinan,

pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim

Ahmad Bajunid, 1995).

Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah

pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab para guru menjadi lebih besar,

mencabar dan kompleks. Cabaran dan tanggungjawab yang bertambah juga

perubahan kurikulum dan kokurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia

sering dikaitkan dengan fenomena guru mengambil keputusan menukar kerjaya dan

bersara awal. Perubahan yang sentiasa berlaku menyebabkan tugas guru semakin

Page 2: Inovasi Dan Perubahan Pendidikan Memberi Impak Terhadap Prestasi Guru

banyak di samping harapan masyarakat terhadap para guru semakin menggunung

tinggi. Dengan itu, guru berasa amat tertekan kerana tidak mampu menangani tugas

dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami perubahan.

Menurut Girdano (1979), individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan

berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan

menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan

perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap

kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat

peribadi yang positif, apa lagi sifat toleransi dan kasih sayang.

1.1 Definisi inovasi dan perubahan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Keempat, definisi perubahan ialah perihal

berubah, peralihan, pertukaran. Carlopio (1998) pula menjelaskan bahawa

perubahan ialah penerimaan inovasi apabila matlamat utama adalah untuk

meningkatkan pencapaian melalui penambahbaikan dalam pelaksanaan dan

amalan. Fagerline dan Saha (1982) menyatakan bahawa pendidikan menjadi agen

utama dalam perubahan bagi menggerakkan masyarakat kontinum perkembangan.

Namun begitu, proses perubahan adalah kompleks dan pelbagai.

Manakala, Banathy (1991) berpendapat bahawa perubahan dalam sistem

pendidikan perlu diterima secara individu atau kolektif. Menurut beliau, jurang

meningkat apabila perubahan dalam pendidikan adalah lembab berbanding

perubahan yang pantas berlaku dalam kehidupan masyarakat. Hal ini berlaku

disebabkan kebanyakan institusi pendidikan bergantung pada pelan perancangan

Page 3: Inovasi Dan Perubahan Pendidikan Memberi Impak Terhadap Prestasi Guru

yang lama dan lapuk serta tidak relevan lagi dengan kepantasan perubahan dalam

kehidupan masyarakat.

Setelah kita lihat apakah itu perubahan, bagaimana pula dengan inovasi?

Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna

inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini dianggap agak

longgar dan tidak begitu jelas. Maka, pengkaji telah meneliti beberapa definisi

berdasarkan pendapat beberapa ahli falsafah dalam dan luar Negara.

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek

yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994), menjelaskan inovasi ialah

sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang

individu.

Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea,

konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. ACEID

atau Asia-Pacific Centre of Educational Innovation for Development (1977),

pula menyatakan bahawa inovasi ialah satu usaha untuk memperkenalkan amalan

untuk membawa perubahan sosial. Amalan yang perlu tidak yang serba baru,

berkesan dan berpotensi dalam konteks yang baru ialah kriteria utama yang

digunakan dalam pelabelan ia sebagai inovasi. penekanan diberikan pada

perubahan dari segi menyediakan strategi untuk menangani masalah tertentu

tempatan atau kebangsaan.

Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan

Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi,

atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan

memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi

pasaran tertentu.

Page 4: Inovasi Dan Perubahan Pendidikan Memberi Impak Terhadap Prestasi Guru

Zaltman et.al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan

artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya.

Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi

pertama pada sesuatu produk atau proses. Damapour (1991) menyatakan inovasi

sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.

Daripada kesemua pengertian diatas dapatlah disimpulkan bahawa inovasi

boleh diterangkan sebagai penghasilan baru, berbentuk maujud dan konkrit,

berdasarkan proses penyusunan semula dengan menggunakan unsur yang sedia

ada dan terjelma menjadi unik, memudahkan dan bernilai kepada individu atau

sesuatu organisasi. Manakala, perubahan pula ialah perkara yang ditukar tetapi

tidak ada penambahan atau pembaikan.

1.1.1 Inovasi dan perubahan dalam pedidikan.

Inovasi berasal dari kata Latin, innovation yang bererti pembaharuan dan

perubahan. Kata kerjanya inovo yang bermaksud memperbaharui dan menukar.

Inovasi adalah suatu perubahan yang baru yang menuju kearah pembaikan; yang

lain atau berbeza dari yang ada sebelumnya, yang dilakukan dengan sengaja dan

terancang (tidak secara kebetulan).

Istilah perubahan dan pembaharuan ada perbezaan dan persamaannya.

Perbezaannya, kalau pada pembaharuan ada unsur disengajakan. Persamaannya,

sama-sama memiliki unsur yang baru atau lain dari sebelumnya. Kemas kini

pendidikan itu sendiri adalah perubahan yang baru dan kualitatif berbeza dari hal

(yang sebelumnya) serta sengaja diusahakan untuk meningkatkan kemampuan

guna mencapai tujuan tertentu dalam pendidikan.

Page 5: Inovasi Dan Perubahan Pendidikan Memberi Impak Terhadap Prestasi Guru

Menurut Nichols (1983:4), terdapat perbezaan yang jelas diantara inovasi

dengan perubahan melalui deifinisi yang diungkapkan oleh beliau iaitu;

“Change refers to continuous reappraisal and improvement of existing

practice which can be regarded as part of the normal activity. While innovation

refers to Idea, subject or practice as new by an individual or individuals, which is

intended to bring about improvement in relation to desired objectives, which is

fundamental in nature and which is planned and deliberate.”

Nichols menekankan perbezaan antara perubahan (change) dan inovasi

(innovation) sebagaimana dikatakan di atas, bahawa perubahan merujuk kepada

kelangsungan penilaian, tafsiran dan pengharapan kembali dalam pembaikan

pelaksanaan pendidikan sedia ada yang dianggap sebagai sebahagian aktiviti yang

biasa. Sedangkan inovasi menurutnya adalah merujuk kepada idea, objek atau

amalan sesuatu yang baru oleh seseorang atau sekumpulan orang yang bermaksud

untuk memperbaiki tujuan yang diharapkan.

Terdapat beberapa pendapat berkaitan dengan inovasi Pendidikan iaitu

Ibrahim (1988) mengemukakan bahawa inovasi pendidikan adalah inovasi dalam

bidang pendidikan atau inovasi untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Maka,

inovasi pendidikan adalah suatu idea, perkara, kaedah, yang dirasakan atau

dinikmati pelbagai perkara yang baru bagi hasil seseorang atau kelompok orang

(masyarakat), baik berupa hasil inverse (penemuan baru) atau discovery (baru

ditemui orang), yang digunakan untuk mencapai tujuan pendidikan atau untuk

menyelesaikan masalah pendidikan.

Selain itu, Warwick Mansell melaporkan dalam The Guardian UK (9

November 2009) bahawa; “The way to fire children enthusiasm for education is not

to get them learning lists of facts, but to think like someone who learns for living” dan

beliau memetik ungkapan yang dibentang oleh Larry Rosenstock, “..but if you get

Page 6: Inovasi Dan Perubahan Pendidikan Memberi Impak Terhadap Prestasi Guru

them to behave like a biologist, or behave like a photographer, or a journalist, or a

mathematician, that changes everything.”

Dalam satu konferens tentang inovasi dalam persekolahan menjelaskan

tentang dunia pendidikan akan sentiasa berkembang dan berubah mengikut

keperluan semasa. Dunia hari ini berubah pada setiap masa terutamanya melalui

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Inovasi dan perubahan dalam Pendidikan di Malaysia adalah hasil daripada

perubahan teknologi internet dan keperluan dunia tanpa sempadan. Dunia kini

segalanya bermula dari hujung jari setiap manusia, perhubungan serata dunia

dirapatkan melalui jaringan maya yang menggunakan teknologi tidak kira media

massa, telefon, televisyen ataupun komputer. Segalanya berubah dalam sekelip

mata, segala maklumat boleh dicapai dalam masa beberapa saat selain mempunyai

variasi pilihan. Kita perlu ingat bahawa pelajar pada hari ini membesar bersama

teknologi multimedia.

Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran, menegaskan

bahawa guru perlu lebih kreatif dan inovatif serta menambahkan dimensi baharu

dalam pengajaran (BERNAMA, Disember 2009). Inovasi boleh berlaku dalam

pelbagai bentuk iaitu dari pengenalan kepada teknologi baru kemudian semestinya

berubah dalam sistem penyampaian dan akhir sekali akan mengalami perubahan

dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti. Bentuk pertama iaitu

pengenalan kepada teknologi baru, contohnya ketika ini guru menggunakan

multimedia untuk mengajar “bagaimana terjadinya hujan”. Dengan menggunakan

video atau perisian-perisian tertentu, guru bukan sahaja dapat mempertontonkan

bagaimana awan bergerak dan air mengalir sekaligus dapat memperluas

pengalaman murid dalam keupayaan menaakul dan berimaginasi. Segala persoalan

mudah dijawab dan difahami ketika segala pengajaran berlaku secara terperinci.

Tidak seperti kaedah tradisional yang hanya dapat dilukis dan meminta murid

Page 7: Inovasi Dan Perubahan Pendidikan Memberi Impak Terhadap Prestasi Guru

berimaginasi tanpa melihat kejadian sebenar, malahan boleh menyebabkan murid

berprasangka atau salah faham.

Menurut Noriati dan rakan (2010) menyatakan di dalam buku Guru dan

Cabaran Semasa, apabila terdapatnya teknologi baru, maka terjadinya perubahan

dalan sistem penyampaian iaitu sistem bagaimana setiap maklumat dipindahkan dan

dipersembahkan. Dengan inovasi, ia bukan sahaja dapat meningkatkan keupayaan

menaakul dan meramal murid, malahan memberi pengalaman secara maya dan

terperinci menyebabkan murid seperti berada di dunia realiti. Dan yang paling

penting, perkara seperti salji yang tidak pernah dilihat dan dialami oleh murid dapat

dilihat bukan hanya sekadar lukisan tetapi juga boleh dialami secara gambar

bergerak atau video.

Jika, teknologi digunakan secara betul dalam proses pengajaran dan

pembelajaran seseorang guru, maka setiap matlamat, visi dan misi dapat dicapai.

Malahan, guru dapat meningkatkan kualiti produk yang mereka ingin pasarkan.

Produk dalam pendidikan ialah aset Negara iaitu setiap murid dalam setiap sekolah.

Tidak kira mereka dari pelusuk manapun, jika teknologi boleh dicapai dan

diperkenalkan kepada mereka semestinya mereka akan mempunyai minda yang

lebih kreatif dan kritis dalam menyelesaikan setiap masalah mereka. Dan

semestinya pihak yang berperanan paling penting dan paling dekat dengan murid

ialah seorang insan yang bergelar guru atau pendidik, merekalah pemangkin untuk

murid-murid ini untuk lebih terus maju atau sebaliknya. Menurut Mohd Najib (1997),

pendidikan bertaraf dunia akan menentukan kejayaan perubahan insan.

Kemudian, bagi Lokman Mohd Hashim, Penerbit Mutiara Islam Online,

“Guru merupakan asas utama kepada pembinaan negara dan bangsa. Tanpa

didikan guru, maka akan pincanglah perjalanan sebuah takbir urus negara dan akan

rosaklah bahasa yang dipimpin.  Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa

kejayaan  sesebuah bangsa dan negara adalah juga merupakan kejayaan seorang

guru dalam mendidik pada hari ini kita dapat melihat pemimpin-pemimpin negara

Page 8: Inovasi Dan Perubahan Pendidikan Memberi Impak Terhadap Prestasi Guru

kita dapat mentakbir negara dengan baik”. Maka, sememangnya tugas guru

bukanlah mudah seperti yang disangka oleh orang ramai. Tugasnya yang mulia

menyebabkan dia adalah salah satu punca yang besar dalam kejayaan seseorang

individu.

Pernyataan di atas disokong kuat berdasarkan dari Buku Pelita Bahasa Mei

2012 yang menyatakan Guru sebagai tunjang dalam sistem pendidikan negara

merupakan factor utama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu

program pendidikan. Ekoran daripada itu, keberhasilan program pendidikan negara

yang menjurus kepada pengisian wawasan pendidikan juga terletak di tangan guru.

Sejajar dengan itu, guru yang berdedikasi, bermotivasi berdaya gigih, mempunyai

komitmen yang tinggi dan semangat yang padu amat diperlukan untuk

merealisaskani cita-cita pendidikan negara ini di samping memenuhi tuntutan

kecemerlangan dan melonjak transformasi pendidikan negara ke arah wawasan

pendidikan menjelang tahun 2020. Hal ini juga bertepatan dengan dengan tema

sambutan Hari Guru pada tahun ini, iaitu “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi

Pendidikan Negara”.

Kesimpulannya, inovasi dan perubahan dalam pendidikan ialah

penambahbaikan yang dilakukan bagi meningkatkan prestasi pendidikan agar

mencapai matlamat Rancangan Malaysia kesepuluh iaitu membangun dan

mengekalkan Modal Insan bertaraf dunia. Maka, jika ingin menaiktarafkan tahap

Pendidikan di Malaysia, perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu ialah

peningkatan prestasi pelajar dan kebajikan guru. Tetapi masalah yang timbul ekoran

daripada inovasi kerajaan dalam Pendidikan ialah terhadap dengan prestasi guru

iaitu samada ia akan memberikan impak terhadap prestasi guru secara positif atau

negatif.

Page 9: Inovasi Dan Perubahan Pendidikan Memberi Impak Terhadap Prestasi Guru

1.3 Definisi guru dan prestasi guru masa kini.

Siapakah itu guru? Menurut Kamus Dewan (1996), guru bermaksud orang

yang mengajar, pendidik, pengajar, dan pengasuh. Pendidik ini bertujuan untuk

mendidik anak bangsa untuk mencapai cita-cita mereka, sekaligus merealisasikan

matlamat kerajaan iaitu membentuk modal insan kelas pertama.

Menurut Mok Soon Sang (1996), guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam

bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan

ilmu pengetahuan kepada murid-murid di Institusi Pendidikan. Manakala Moore

(1995), pula mendefinisikan guru sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu orang yang

merancang, memandu dan menilai pembelajaran.

Apakah tujuan penilaian prestasi guru? Ia merupakan alat untuk penilaian dan

pembangunan. Dengan melihat prestasi yang dahulu untuk mengenalpasti

pencapaian dan kekurangan seseorang guru dan membentuk pelan yang terperinci

untuk meningkatkan prestasi dimasa hadapan (Stephen P.Robins, 1995). Jika

pihak atasan dapat mengesan kekurangan pekerjanya atau guru, maka satu

perancangan yang terperinci perlu dibuat bagi membetulkan keadaan ini. Dengan

memberi penekanan yang sama terhadap masa akan datang dan yang telah lepas,

pekerja tidak gemar bertindakbalas mempertahankan maklumbalas pencapaian.

Proses penilaian dapat memberi motivasi kepada pekerja untuk memperbaiki

kelemahannya.

2.0 Inovasi dan perubahan dalam Pendidikan di Malaysia memberi impak

kepada prestasi guru.

Inovasi dalam Pendidikan berlaku dalam beberapa aspek iaitu dari strategi

pengajaran dan pembelajaran, perkembangan teknologi perkembangan,

Page 10: Inovasi Dan Perubahan Pendidikan Memberi Impak Terhadap Prestasi Guru

pekembangan persekitaran pembelajaran, reka bentuk resos dan akhir sekali ialah

dari aspek penilaian atau pentaksiran pembelajaran. Dalam bahagian ini, kita akan

kupas sedikit demi sedikit apakah impak dalam prestasi seseorang guru akibat

daripada inovasi dan perubahan dalam Pendidikan yang berlaku di Malaysia.

2.1 Aspek Strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang inovatif.

Dalam aspek pertama iaitu berfokuskan kepada strategi pengajaran dan

pembelajaran yang inovatif yang memberikan penekanan kepada perkembangan

semasa memggunakan kemahiran teknologi, melibatkan rentasan kurikulum.

Diantara strategi pembelajaran yang diinovatifkan ialah pembelajaran berasaskan

projek, pembelajaran berasaskan masalah,pembelajaran elektronik (e-learning) dan

pembelajaran berasaskan Laman Sesawang (Web). Di antara semua inovasi

strategi pembelajaran tersebut, inovasi yang jelas memberi impak kepada guru-guru

tidak kira dari aspek positif atau negatif adalah berkaitan dengan pembelajaran

elektronik dan laman sesawang. Kedua-dua strategi pengajaran ini menggunakan

teknologi komputer yang dilengkapi jaringan maya atau internet.

Musnani dalam kajiannya (PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU

SEKOLAH MENENGAH), menyatakan bahawa teknologi dapat mempermudahkan

tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-

kerja pengajaran pembelajaran dan semestinya para guru dan murid akan berada di

zon selesa. Maka, Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat

bantu mengajar dalam bahasa sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar

menguasai aspek bahasa dengan lebih baik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell,

1990; Mahzan Arshad, 2003). Jika dilihat dari impak positif, strategi ini mampu

memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih efektif

dan berkesan. Guru yang mempunyai kepakaran akan sentiasa menimba ilmu dan

bermotivasi untuk memberikan komitmen kepada profesionnya. Justeru itu, ia akan

meningkatkan kualiti dan prestasi guru dalam semua aspek iaitu tidak kira dari aspek

sahsiah, moral, kepakaran dan sebagainya.

Page 11: Inovasi Dan Perubahan Pendidikan Memberi Impak Terhadap Prestasi Guru

Di dalam dunia ini, setiap perkara yang memberikan impak positif akan wujud

juga impak negatif. Sememangnya Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah

menyediakan peluang dan perubahan cara pelajar belajar dan cara guru mengajar.

Tetapi di samping kebanjiran peralatan ICT dalam bidang pendidikan, didapati wujud

sebilangan besar guru yang kurang selesa (uncomfortable) dengan komputer

(Bohlin, 2002; Cradler & Cradler, 2001; Fletcher & Deeds, 1994). Jika seseorang

manusia itu mengalami depresi akibat ketidakselesaan dalam menggunakan

sesuatu strategi, akan timbullah masalah seperti prestasi kerja semakin merosot.

Maka, akan timbullah masalah seperti malas membuat Rancangan Pengajaran

Harian, kekurangan komitmen dalam pelaksanaan tugas dan kekurangan kehadiran

ke dalam kelas. Guru akan mencari pelbagai alasan jika mereka tidak mempunyai

kepakaran dalam sesuatu bidang contohnya penggunaan teknologi.

Menurut Dato Hj. Alimuddin Hj. Mohd Dom, The director-general of the

ministry of education berimpian..satu hari nanti, semua murid akan berada di

dalam kelas yang penuh dengan teknologi dan menikmati kelebihan revolusi

jaringan maya atau internet. Tetapi adakah impian ini akan tercapai jika kepuasan

terhadap kerja oleh guru tidak dipertimbangkan terlebih dahulu? Banyak usul

daripada kerajaan yang inginkan pendidikan di Malaysia cepat berkembang, tetapi

jika kepuasan dan pemberian modal atau ilmu dan kepakaran tidak diberi,

bagaimana impian Menteri pendidikan ini akan tercapai? Guru semestinya akan

mengalami tekanan dalam merealisasikan impian-impian kerajaan, bagi guru yang

berada dalam persekitaran sosialnya positif, maka mereka akan menganggap ini

satu cabaran terutamanya guru muda yang tidak ingin dikatakan ketinggalan zaman.

Tetapi bagi warga pendidik yang veteran pula, mereka hanya memikirkan pencen

dan kurang bermotivasi untuk memikul perkara ini Iaitu mereka tidak suka akan

perubahan kerana bagi mereka kaedah menggunakan papan hitam ini merupakan

kaedah yang terbaik yang boleh di guna pakai di dalam bilik darjah tanpa

memikirkan kesan kepada pelajar mereka (Mohd Majid Konteng, 1997).

Page 12: Inovasi Dan Perubahan Pendidikan Memberi Impak Terhadap Prestasi Guru

2.2 Penggunaan Teknologi Dalam pengajaran

Teknologi telah dan akan terus menjadi unsur yang mendesak perubahan

dalam pelbagai aspek. Perkembangan teknologi yang begitu pantas menghasilkan

perubahan demi perubahan yang tidak sempat dijangka oleh fikiran. Lantaran itu,

pelbagai bentuk inovasi dalam semua aspek dapat kita lihat setiap hari. Bidang

pendidikan tidak terkecuali daripada pengaruh perkembangan teknologi pengajaran.

Kita dapat lihat mengapa kerajaan sangat mementingkan inovasi dan

perubahan dalam Pendidikan di Malaysia iaitu untuk menjadikan Malaysia berstatus

Negara Maju pada tahun 2020. Selain itu ialah untuk merealisasikan rancangan

Malaysia kesepuluh iaitu membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.