transformasi negara melalui kreativiti dan inovasi · dalam bentuk keceriaan, ketenangan,...

8
EDISI 4 : 16 - 29 FEB 2016 TRANSFORMASI NEGARA MELALUI KREATIVITI DAN INOVASI Majlis Pelancaran Kaunter 1Serve JIM4U Selangor ms4 Program Bicara Psikologi HR-PSYCON Pelancaran Pentas@C3 Special Lecture on Blue Ocean Strategy and Leadership by Professor W. Chan Kim ms6 ms8 ms3

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TRANSFORMASI NEGARA MELALUI KREATIVITI DAN INOVASI · dalam bentuk keceriaan, ketenangan, kegembiraan dan keselesaan apabila melaksanakan tugas seharian sehingga memberi impak positif

EDISI 4 : 16 - 29 FEB 2016

TRANSFORMASI NEGARA MELALUI KREATIVITI DAN INOVASI

Majlis Pelancaran Kaunter 1Serve JIM4U Selangor

ms4

Program Bicara Psikologi HR-PSYCON

Pelancaran Pentas@C3

Special Lecture on Blue Ocean Strategy and Leadership by Professor W. Chan Kim

ms6

ms8 ms3

Page 2: TRANSFORMASI NEGARA MELALUI KREATIVITI DAN INOVASI · dalam bentuk keceriaan, ketenangan, kegembiraan dan keselesaan apabila melaksanakan tugas seharian sehingga memberi impak positif

2

Perhimpunan Bulan JPA Februari 2016 Anjuran Bahagian Pasca Perkhidmatan

PUTRAJAYA, 17 FEBRUARI 2016 - Dalam amanat

YBhg. Tan Sri KPPA pada awal tahun 2016 yang lalu,

telah mengisytiharkan bahawa tahun 2016 adalah

Tahun Keseronokan Bekerja. Keseronokan bekerja yang

maksudkan di sini bukanlah bermaksud kita boleh

melakukan segala-galanya yang kita suka dan mahu

sewenang-wenangnya. Masih ada batas dan sempadan

yang harus kita pelihara. Masih ada peraturan dan

prinsip yang harus kita hormati. Kunci kecemerlangan

dalam organisasi itu adalah jika adanya suasana

keseronokan bekerja. Gambaran keseronokan bekerja

terhasil daripada sikap yang ditunjukkan warga kerja

dalam bentuk keceriaan, ketenangan, kegembiraan dan

keselesaan apabila melaksanakan tugas seharian

sehingga memberi impak positif kepada tugasan.

TIGA PERSPEKTIF MEMAHAMI KESERONOKAN BEKERJA

Tiga (3) perspektif yang mesti difahami tentang keseronokan bekerja ini.

1. ‘Keseronokan Dalam Organisasi’. Maknanya, kita memfokuskan kepada hubungan ukhwah dalam kalangan

organisasi kita seperti teman sejawat, anak-anak buah kita, serta rakan-rakan berlainan unit, seksyen mahu

pun bahagian.

2. ‘Keseronokan Dalam Persekitaran’. Maknanya, kita bukan sahaja mahu bekerja dalam suasana yang harmoni

dalam konteks hubungan manusiawi, tetapi juga ingin rasa selesa bekerja dalam persekitaran yang kondusif.

3. ‘Keseronokan Mengkhidmati Pelanggan’. Ini bermakna kita ada ‘Sense of Belonging’ terhadap kerja kita di

mana kita akan merasa puas apabila pelanggan yang kita beri perkhidmatan seronok berurusan dengan kita.

Page 3: TRANSFORMASI NEGARA MELALUI KREATIVITI DAN INOVASI · dalam bentuk keceriaan, ketenangan, kegembiraan dan keselesaan apabila melaksanakan tugas seharian sehingga memberi impak positif

3

PROGRAM BICARA PSIKOLOGI DALAM

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HR-PSYCON)

PUTRAJAYA, 17 FEBRUARI 2016 - Program Bicara

Ps iko logi Da lam Pengurusan Sumber Manus ia

dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi di

Auditor ium JPA yang bertujuan meningkatkan

pembangunan sumber manusia dalam mencapai

kecemerlangan diri bagi penjawat awam dan juga

dalam pemantapan sesebuah organisasi. Program ini

melibatkan penyertaan semua pegawai dan penolong

pegawai psikologi gunasama Perkhidmatan Awam dan

juga pengurus sumber manusia di kementerian dan

agensi.

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Bahagian

Pengurusan Psikologi dan kemudian dirasmikan oleh

YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (KPPA). Semasa sesi perasmian

YBhg. Tan Sri KPPA menyampaikan amanat beliau

mengenai peranan dan kepentingan psikologi dalam

pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam serta

kepada penjawat awam.

Tujuan utama program adalah untuk memberi

pemahaman tentang peranan ps ikologi dalam

pengurusan sumber manusia bagi melahirkan pekerja

yang berprestasi tinggi, berintergriti, dinamik dan

berjiwa rakyat dalam usaha memperkasa pelan

transformasi Perkhidmatan Awam. Pengurusan dan

perancangan sumber manusia adalah faktor yang saling

perlu memerlukan antara satu sama lain. Pada

dasarnya, aplikasi psikologi dicadangkan untuk

digunakan dalam pengurusan sumber manusia sesuai

dengan kontrak psikologi antara majikan dengan

pekerjanya.

Evolusi yang ketara dapat dilihat dalam pembangunan

pengurusan dan perancangan sumber manusia yang

lebih mementingkan kebajikan, birokrat kemanusiaan

dan elemen-elemen psikologi dalam pengurusan

sumber manusia. Dalam konteks ini, kaedah yang

digunapakai iaitu memasukkan elemen psikologi oleh

perkhidmatan kita adalah seiring dengan hasrat

kerajaan untuk mempromosikan human capital dalam

Perkhidmatan Awam di Negara ini.

Page 4: TRANSFORMASI NEGARA MELALUI KREATIVITI DAN INOVASI · dalam bentuk keceriaan, ketenangan, kegembiraan dan keselesaan apabila melaksanakan tugas seharian sehingga memberi impak positif

4

INISIATIF 1SERVE DIPERLUAS KE JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 18 FEBRUARI 2016 - YBhg. Tan Sri

M o h a m a d Z a b i d i Z a i n a l , K e t u a P e n g a r a h

Pe r kh i dma ta n Awa m (KPPA ) , ha r i i n i t e l a h

menyempurnakan perasmian kaunter perkhidmatan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor

yang dikenali sebagai Kaunter 1Serve JIM4U Negeri

Selangor dengan disaksikan oleh YBhg. Dato' Sri Alwi

Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam

Negeri (KSU KDN) dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato'

Sakib Kusmi, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia (KP

JIM).

Kaunter 1Serve JIM4U Negeri Selangor merupakan premis

kedua di bawah pentadbiran JIM selepas Ibu Pejabat yang

melaksanakan inisiatif 1Malaysia Customer Service of Civil

Servants (1Serve) yang digagaskan Kerajaan melalui

pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Sebanyak 20 perkhidmatan ditawarkan di Kaunter

1Serve JIM4U Negeri Selangor dengan 16 daripada

perkhidmatan boleh diselesaikan di kaunter manakala

4 perkhidmatan lagi akan dipanjangkan ke bahagian

teras. Kaunter 1Serve JIM4U Negeri Selangor yang

mula beroperasi pada 15 November 2015 mempunyai

seramai 16 orang petugas ter lat ih dan mesra

pelanggan selaras dengan moto 1Serve iaitu “Dengan

Kesungguhan Melayani Anda, 1Serve Mencipta

Kelainan”. Sehingga 12 Februari 2016 sebanyak

11 ,342 j um lah t ransaks i t e l ah d i r ekodkan .

Selain JIM Negeri Selangor, terdapat 9 lagi agensi

Kerajaan yang telah melaksanakan inisiatif 1Serve

iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam, JIM Ibu Pejabat,

Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan

Jalan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur,

UTC Keramat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,

Majlis Perbandaran Manjung Perak, dan Pejabat

Dae ra h da n Tana h Hu l u La nga t , Se l a ngo r .

1Serve merupakan t ransformasi perkhidmatan

kaunter Kerajaan yang sebelum ini mengamalkan

konsep satu (1) kaunter satu (1) perkhidmatan

kepada satu (1) kaunter pelbagai perkhidmatan

dengan petugas barisan hadapan yang serba boleh

(multi-skilling) bagi memberikan perkhidmatan yang

berimpak tinggi, kos minimum dan pelaksanaan yang

Page 5: TRANSFORMASI NEGARA MELALUI KREATIVITI DAN INOVASI · dalam bentuk keceriaan, ketenangan, kegembiraan dan keselesaan apabila melaksanakan tugas seharian sehingga memberi impak positif

5

pantas. Selain bertujuan untuk meningkatkan tahap

kepuasan pe langgan dan sistem penyampaian

petugas barisan hadapan (front liners) di Sektor

Awam menerusi jaringan kolaboratif strategik dengan

agensi swasta khususnya dalam bidang latihan dan

perkongsian amalan-amalan terbaik (best practices).

Inisiatif 1Serve diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan

Awam (JPA) dengan ker jasama strategik Unit

Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Malaysia (MAMPU), Institut Tadbiran Awam Negara

(INTAN), Kementer ian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dan

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Lawatan Delegasi Pegawai Kanan Sri Lanka Institute of Development Administration (SLIDA)

PUTRAJAYA, 22 FEBRUARI 2016 - Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) menerima kunjungan dari

Sri Lanka Institute of Development Administration

(SLIDA). Delegasi SLIDA ini diketuai oleh En. P.D.P. Lal

Kularathne dan berkekuatan seramai 16 orang pegawai

yang terdiri daripada pegawai dan tenaga pengajar

vokasional dan teknikal dalam bidang veterinar dan

perladangan. Tujuan lawatan delegasi ini ke Malaysia

adalah untuk mengalami secara 'first-hand' bagaimana

Malaysia telah berkembang dengan pesat.

YBhg. Dato’ TKPPA (O), Dato’ Raihan bin Sharif telah

menerima courtesy call dari delegasi ini dan En. Jaya

G o p a n A / L R a m a s a m y d a r i B P P D t e l a h

mempengerusikan sesi taklimat sejurusnya. Agenda

taklimat banyak mengetengahkan inisiatif -inisiatif

transformasi Perkhidmatan Awam yang telah dan

sedang dilaksanakan oleh JPA dan menjawab persoalan

-persoalan yang timbul dari kumpulan delegasi.

Kumpulan ini merupakan kumpulan yang pertama dari

3 kumpulan delegasi yang telah dirancang untuk

sepanjang tahun.

Page 6: TRANSFORMASI NEGARA MELALUI KREATIVITI DAN INOVASI · dalam bentuk keceriaan, ketenangan, kegembiraan dan keselesaan apabila melaksanakan tugas seharian sehingga memberi impak positif

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA

PUTRAJAYA, 25 FEBRUARI 2016 - Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Institut Tadbiran Awam

Negara (INTAN) telah menganjurkan INTAN Special Lecture on Blue Ocean Strategy and Leadership, dengan

menjemput pelopor Strategi Lautan Biru, Prof. W. Chan

Kim.

Prof. Chan Kim menyampaikan syarahannya kepada

2,978 pegawai sektor awam dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Antaranya, YBhg. Tan Sri Dr. Ali

Hamsa, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam; dan YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar

Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Special Lecture on Blue Ocean Strategy and Leadership

by Professor W. Chan Kim

6

Sesi ini dimulakan dengan Prof. Chan Kim

mengumumkan bahawa julung kalinya Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi International Conference on

National Blue Ocean Strategy (NBOS) Summit yang bertemakan "Transforming A Nation With Creativity and Innovation" antara 16 hingga 18 Ogos 2016.

Dalam syarahannya, beliau menggesa penjawat awam

Malaysia menjadi duta bagi Negara dengan

mempamerkan pencapaian Malaysia melalui NBOS. Dalam usaha untuk berbuat demikian, setiap penjawat

awam perlu dilengkapi dengan pemahaman asas serta kerangka konsep teori NBOS. Di samping itu, penjawat

awam juga perlu sedar akan logik dan praktikalnya

NBOS dan kesannya dari segi sosial dan ekonomi. Beliau juga menegaskan bahawa ia adalah penting

untuk mengetahui isu-isu strategik yang dihadapi Negara, relevannya dan kesannya untuk masa hadapan.

Beliau juga mendedahkan bahawa hakikatnya Malaysia kini terjerat di dalam perangkap pendapatan sederhana.

Oleh yang demikian, Malaysia sedang berhadapan

dengan dilema strategik, kerana Malaysia perlu bersaing dalam persaingan yang sengit dan meluaskan daya

saingnya melalui lautan biru dengan bersandarkan strategi differentiation at low cost.

Page 7: TRANSFORMASI NEGARA MELALUI KREATIVITI DAN INOVASI · dalam bentuk keceriaan, ketenangan, kegembiraan dan keselesaan apabila melaksanakan tugas seharian sehingga memberi impak positif

7

Page 8: TRANSFORMASI NEGARA MELALUI KREATIVITI DAN INOVASI · dalam bentuk keceriaan, ketenangan, kegembiraan dan keselesaan apabila melaksanakan tugas seharian sehingga memberi impak positif

8

Pelancaran Pentas@C3

PUTRAJAYA, 26 FEBRUARI 2016 - Majlis Pelancaran

Pentas@C3 JPA telah berlangsung di Lobi Blok C3,

Kompleks C, Putrajaya dan dirasmikan oleh YBhg. Tan

Sr i Mohamad Zab id i Za ina l , Ke tua Pengarah

Perkhidmatan Awam dan YBhg. Puan Sri Asmahan

Ismail, selaku Pengerusi PUSPANITA JPA.

Pelancaran Pentas@C3 merupakan sebuah program di

bawah inisiatif JPA4U Ceria yang menekankan konsep

'work-life balance' dan menyambut saranan dari

amanat YBhg. Tan Sri KPPA 2016 yang bertemakan

tahun keseronokan bekerja.

Selain dari warga JPA, pengarah-pengarah bahagian

dan pengurusan tertinggi jabatan juga turut hadir bagi

pelancaran program ini. Para hadirin Majlis Pelancaran

Pentas@C3 JPA ini telah disajikan dengan persembahan

dari band JPA4U yang terdiri daripada warga JPA

sendiri, termasuk YBhg. Dato’ TKPPA (O), Dato’ Raihan

Sharif. YBhg. Puan Sri Asmahan Ismail turut serta

mendendangkan beberapa buah lagu semasa majlis

berkenaan.