implikasi+falsafah+pendidikan+timur

Upload: umie-kamaruddin

Post on 08-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Implikasi+Falsafah+Pendidikan+Timur

    1/5

    Implikasi falsafah pendidikan timur, islam danbarat terhadap perkembangan pendidikan di

    Malaysia.

    Di Negara kita, Falsafah Pendidikan Malaysia telah difikirkan sejak awal

    tahun 1980-an lagi. Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk

    menterjemahkan konsep pembangunan kemanusiaan di dalam penggubalan

    kurikulum. Justeru itu, satu Falsafah Pendidikan Negara telahpun diistiarkan

    pada tahun 1988.

    Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara sebenarnya diambil kira

    daripada pelbagai aspek bagi menghasilkan bangsa yang maju, bertamadun,

    berdaya saing dan tahan diuji baik dari segi metal mahupun emosi. Bagi

    mencapai aspirasi dan visi tersebut, pihak yang merangka falsafah tersebut telah

    berusaha bersugguh- sungguh agar perlaksanaan modal yang baru dan kemas

    kini boleh menjauhkan anasir sosial yang tidak sihat dan boleh merosakkan

    nama baik sesebuah Negara. Kita tidak mahu lagi pelajar-pelajar yang dibimbing

    dan dibesarkan pada awal tahun 1990-an, bijak dari segi mental tetapi buruk dari

    segi tingkah laku, sedangkan kedua-dua sifat ini adalah amat penting bagimewujudkan generasi baru yang berkemahiran, berilmu, bersepadu dari segi

    amalan, sihat dan dihormati oleh seluruh masyarakat dunia. Berhubung dengan

    kepentingan kemahiran dan pengetahuan, Adam Smith dalam karangannya the

    wealth of nations ( 1776 ) menegaskan bahawa:

    Kemahiran dan pengetahuan rakyat adalah jentera paling berkesan dalam

    menentukkan pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara.

    Berhubung dengan kepentingan ilmu, al-quran ada menerangkan, seperti yang

    berikut :

  • 8/6/2019 Implikasi+Falsafah+Pendidikan+Timur

    2/5

    Katakanlah : tiada serupa orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang

    tidak berilmu pengetahuan.

    ( surah az- Zumar, ayat

    9 )

    Jadi, pada masa kini, bolehlah dikatakan bahawa kita adalah bertuah dan

    bernasib baik kerana sudah mempunyai sebuah falsafah yang boleh memberi

    panduan yang berguna kepada semua bangsa di Malaysia, tanpa mengira

    agama. Falsafah yang dimaksudkan itu antara lain berbunyi atau tercatat seperti

    berikut :

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kea rah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

    emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah

    bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

    berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

    diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    masyarakat dan Negara.( Pusat perkembangan kurikulum, 1989 )

    Berdasarkan kenyataan falsafah yang begitu padat dan jelas itu,

    nampaknya terdapat juga unsur-unsur agama dan ketuhanan agar bangsa

    Malaysia mempunyai ciri-ciri keagamaan yang kuat serta berhemah mulia jika

    dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain khasnya barat. Kita harus sedar

    bahawa bangsa barat hanya menekankan aspek intelek sahaja yang membawa

    banyak kegagalan melalui sistem ini. Hal ini sudah diperjelaskan oleh penyair

    islam yang terkenal dan pemikir yang dinamis, iaitu Mohammad Iqbal. Beliau

    menyatakan bahawa sistem pendidikan barat itu tidak ubah suatu pakatan jahat

    untuk merosakkan agama dan seluruh kehidupan Ummah. Keraguan tersebut

    disokong oleh Frank Feather dalam bukunya Forces Restructing Our Future

  • 8/6/2019 Implikasi+Falsafah+Pendidikan+Timur

    3/5

    ( 1989 ). Dalam buku tersebut, beliau sendiri membuat satu tinjauan kritis

    terhadap sistem pendidikan dan turut mengkritik kelemahan pendidikan barat.

    ( Dipetik dari Mohd Shah Abdullah, Berita Harian, 5 oktober 1993 ).

    Namun begitu, kita tidak menolak semua idea atau pengaruh barat dalam

    sistem pendidikan Barat di Malaysia kerana ada sebahagiannya yang boleh

    diambil, diikuti dan diubah suai agar serasi dengan kehendak masyarakat

    Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai agama yang berlainan. Sebagai

    contoh, sebahagian cebisan Falsafah Pendidikan Negara masih mengambil kira

    seorang ahli pendidikan dan falsafah yang terkenal dari Amerika Syarikat pada

    abad ke-20, iaitu John dewey. Beliau yang membawa fahaman Pragmatisme

    mengatakan tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang menyeluruh.

    Ia menjadi salah satu elemen yang penting dalam falsafah pendidikan

    kebangsaan untuk melahirkan manusia yang holistik dari segi JERIS.

    Dalam masyarakat moden dan bergerak pantas ini, unsur-unsur ilmu dan

    juga perkara yang berkaitan dengan agama tidak boleh diabaikan langsung. Ia

    banyak memberi kekuatan dan petunjuk kepada sesiapa sahaja. Bagi

    mengukuhkan hakikat tersebut, idea-idea yang disarankan oleh tokoh-tokohislam seperti Mohammad iqbal di selitkan di dalam ciri-ciri Falsafah Pendidikan

    Negara. Menurut beliau, ilmu mestilah bertujuan kerohanian dan manusia harus

    menyembah tuhan dan percaya akan dirinya sendiri. ( Dipetik dari Tajul Ariffin

    dan Nor Aini, 1992 ). Kepentingan ilmu dan hubungan dengan kepercayaan

    kepada tuhan sebenarnya tercatat dalam falsafah tersebut. Selain itu, falsafah

    islam juga menekankan pengamalan nilai- nilai murni dalam kehidupan yang

    menjadi pedoman hidup seseorang insan. Berasaskan kepada keperluan

    tersebutlah, secara tidak langsung nilai-nilai atau falsafah keislaman terdapat di

    dalam Falsafah Pendidikan Negara dan sedang diamalkan mengikut

    pemerhatian saya semasa PBS. Semasa menjalankan PBS saya mendapat tahu

    bahawa murid- murid diterapkan dengan nilai- nilai murni malalui pendidikan

    moral dan ceramah. Bukan sekadar menerapkan sahaja, malah mewajibkan

  • 8/6/2019 Implikasi+Falsafah+Pendidikan+Timur

    4/5

    mereka untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seperti tidak membuang

    sampah dimerata- rata tempat, menolong guru, mengucapkan selamat sejatera

    kepada kawan dan sebagainya. Hadiah juga diberikan kepada pelajar yang

    mengamalkan budi pekerti yang mulia sepanjang bulan seperti rajin,

    bertanggungjawab, menjaga kebersihan diri dan lain- lain lagi. Bukan itu sahaja,

    sekolah itu juga telah mengadakan kelas agama bagi menyedarkan murid

    bahawa tiada kuasa yang lebih besar daripada tuhan. Ekoran daripada ini, setiap

    majlis yang dijalankan akan bermula dengan bacaan doa dan pelajar juga

    diwajibkan untuk berdoa sebelum makan.

    Selain itu, Falsafah pendidikan islam bukan sahaja menekankan aspek

    kerohanian malah ia juga memberi perhatian kepada aspek intelek. Menurut al-

    Syaibani Falsafah pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia

    dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya

    serta tugas dan tanggungjawabnya. Hal ini dapat dilihat dalam Falsafah

    Pendidikan Negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan dan

    berketerampilan. Melalui unsur ini, rakyat dapat berfikiran luas dan terbuka,

    berpandangan jauh dan mempunyai kebolehan untuk menjalankan tugas dengan

    sempurna. Aspek ini tidak sepenuhnya mencapai matlamat sepertimana yangterkandung dalam FPK. Hal ini adalah kerana, guru- guru yang mengajar di

    sekolah hanya memberi ilmu yang terdapat dalam buku teks sahaja. Mereka

    tidak mengambil inisiatif yang lebih seperti membawa mereka ke makmal

    komputer atau perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang berlebihan

    kepada sesuatu topik yang menambahkan ilmu pengetahuan mereka.

    Seterusnya mari kita membincangkan tentang Falsafah Pendidikan Timur.

    Falsafah ini berasaskan falsafah cina dan india. Falsafah Pendidikan Timur

    hanya menekan aspek intelek dan rohani sahaja. Hal ini dapat diperhatikan

    dalam prinsip Falsafah Pendidikan Timur. Penekanan tidak diberikan kepada

    unsur jasmani sepertimana di negara kita. Di negara kita, pendidikan jasmani

    dan kesihatan merupakan salah satu subjek yang penting di sekolah. Pelajar

  • 8/6/2019 Implikasi+Falsafah+Pendidikan+Timur

    5/5

    juga diwajibkan supaya mengambil bahagian dalam pertandingan seumpama

    olaraga pada peringkat sekolah, daerah dan negara. Melalui ini, pelajar dapat

    sihat dari segi fizikal dan mental serta menyumbang sesuatu kepada negara.

    Tetapi banyak sekolah tidak mengikutnya sepertimana yang disarankan oleh

    kerajaan. Matapelajaran pendidikan jasmani selalunya diabaikan oleh

    kebanyakkan sekolah dan digantikan dengan matapelajaran teras kepada pelajar

    tahun 6. Ada sekolah pula yang tidak menggunakan prosedur yang betul semasa

    mengajar pendidikan jasmani seperti memanaskan badan sebelum memulakan

    aktiviti dan menyejukkan badan selepas menghabiskan aktiviti. Guru juga tidak

    menggunakan kaedah ansur maju semasa memberi pendedahan tentang

    sesuatu permainan. Bukan itu sahaja, ada juga guru yang turun ke padang

    dengan pakaian formal untuk mengajarkan pendidikan jasmani. Hal ini telah

    dicontohi oleh murid seperti memakai uniform atau berkaki ayam semasa

    bermain di padang. Dengan ini, negaea kita tidak dapat mencapai matlamat FPK

    dengan sepenuhnya.

    Falsafah Pendidikan Confucius mengatakan bahawa pendidikan adalah

    untuk semua, tanpa mengira status sosio- ekonomi atau kedudukan sosial

    seperti yang disarankan oleh pendidikan negara kita. Di negara kita, pendidikandiberikan kepada semua orang walaupun mereka adalah orang yang kurang

    berupaya. Pada masa kini, banyak sekolah Pendidikan Khas telah dibina untuk

    memberikan pendidikan yang sama kepada warga istimewa supaya mereka

    boleh berdikari pada masa hadapan dan tidak tersisih.

    Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai implikasi falsafah pendidikan

    timur, islam dan barat terhadap perkembangan pendidikan dari segi positif

    mahupun negatif, kita perlulah bekerjasama dan berganding bahu dalam

    melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan

    insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif

    dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan Negara bagi bertanding

    dengan dunia globalisasi.