implikasi teori kognitif piaget dan teori vygotsky terhadap pnp

9
Implikasi Teori Kognitif Piaget dan Teori Vygotsky terhadap P&P

Upload: sharifah-athirah-wan-abu-bakar

Post on 29-Jun-2015

965 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Implikasi Teori Kognitif Piaget dan Teori Vygotsky terhadap PnP

Implikasi Teori Kognitif Piaget dan Teori Vygotsky terhadap P&P

Page 2: Implikasi Teori Kognitif Piaget dan Teori Vygotsky terhadap PnP

IMPLIKASI TEORI PIAGET

• Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialah secara Kognitivisme.

• Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget. • Idea utama Kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua

idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui Kognitivisme struktur mental yang dikenali sebagai skema.

• Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau skema akan diubah suai.

Page 3: Implikasi Teori Kognitif Piaget dan Teori Vygotsky terhadap PnP

• Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktif.

• Mengikut Konstruktif, pengetahuan dibina secara aktif oleh murid yang berfikir.

• Murid ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya, sebaliknya murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

Page 4: Implikasi Teori Kognitif Piaget dan Teori Vygotsky terhadap PnP

IMPLIKASI TEORI VYGOTSKY

1. Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu meberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi.

Page 5: Implikasi Teori Kognitif Piaget dan Teori Vygotsky terhadap PnP

2. Gunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. Pada had atas tetapkan objektif untuk kanak-kanak capai. Objektif perlu pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar ketika itu. Guru membantu bila diperlukan. Beri galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif.

Page 6: Implikasi Teori Kognitif Piaget dan Teori Vygotsky terhadap PnP

3. Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan dan sokongan dari rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar.

Page 7: Implikasi Teori Kognitif Piaget dan Teori Vygotsky terhadap PnP

4. Kawal dan galakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Bimbing kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian.

Page 8: Implikasi Teori Kognitif Piaget dan Teori Vygotsky terhadap PnP

5. Beri arahan yang bermakna. Seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar.

Page 9: Implikasi Teori Kognitif Piaget dan Teori Vygotsky terhadap PnP

SEKIAN TERIMA KASIH…