implikasi cukai

3
IMPLIKASI CUKAI, SUBSIDI KEPADA NEGARA Cukai dan subsidi sering menjadi topik utama dalam perbahasan mengenai ekonomi Malaysia. Kedua-duanya memberi kesan kepada sumber kewangan kerajaan dan rakyat secara langsung. Semasa pembentangan Bajet 2010, kerajaan mengumumkan bahawa semua urus niaga penjualan hartanah dikenakan cukai lima peratus. Namun, kerajaan sekali lagi mengambil langkah untuk menarik balik cukai tersebut bagi penjualan hartanah yang dimiliki melebihi lima tahun. Selain itu, semua hotel yang menjalankan proses pengubahsuaian akan mendapat potongan cukai sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun. Kedua-dua pengumuman ini bakal mengurangkan sumber pendapatan kerajaan. Jadi aspek manakah yang lebih penting? Merancakkan sektor hartanah dan sektor pelancongan atau memperolehi sumber pendapatan yang lebih melalui cukai? Inilah satu keputusan yang cukup penting bagi mana-mana kerajaan. Keputusannya mestilah tepat dan pada masa yang sama memberi kesejahteraan kepada rakyat. Jika kerajaan tidak mempunyai sumber yang mencukupi, bagaimana pula kerajaan ingin "memulangkan kembali" kepada rakyat? Maka, sekali lagi, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada pertengahan tahun 2011. Tahun ini sahaja, dianggarkan kutipan cukai bagi kerajaan berkurangan sebanyak RM2.7 bilion. Apabila GST dilaksanakan nanti, kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih kurang RM1 bilion. Bagi rakyat, cukai adalah satu perkara yang boleh mengurangkan sumber kewangan mereka. Tetapi rakyat juga perlu ingat, mereka bertanggungjawab untuk membayar cukai, jika tidak sesebuah kerajaan yang gah macam mana sekalipun tidak mampu untuk melaksanakan semua dasar dengan lancar jika "ongkosnya" tidak mencukupi. Bayangkan juga terdapat individu yang tidak mahu membayar cukai. Mereka inilah golongan yang berasakan hasil yang mereka perolehi tidak perlu disumbangkan kembali kepada kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Jadi, sejauh manakah jumlah cukai yang rakyat sanggup bayar? Bagi subsidi, perkara sama juga berlaku. Kerajaan sudah memberi beberapa petanda bahawa subsidi minyak akan diberikan kepada golongan sasaran sahaja. Perkara ini

Upload: chatiya-banu

Post on 03-Jun-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Implikasi Cukai

8/13/2019 Implikasi Cukai

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-cukai 1/3

IMPLIKASI CUKAI, SUBSIDI KEPADA

NEGARA

Cukai dan subsidi sering menjadi topik utama dalam perbahasan mengenai ekonomi

Malaysia. Kedua-duanya memberi kesan kepada sumber kewangan kerajaan dan

rakyat secara langsung.

Semasa pembentangan Bajet 2010, kerajaan mengumumkan bahawa semua urus

niaga penjualan hartanah dikenakan cukai lima peratus.

Namun, kerajaan sekali lagi mengambil langkah untuk menarik balik cukai tersebut

bagi penjualan hartanah yang dimiliki melebihi lima tahun. Selain itu, semua hotel

yang menjalankan proses pengubahsuaian akan mendapat potongan cukai sebanyak60 peratus bagi tempoh lima tahun. Kedua-dua pengumuman ini bakal

mengurangkan sumber pendapatan kerajaan.

Jadi aspek manakah yang lebih penting? Merancakkan sektor hartanah dan sektor

pelancongan atau memperolehi sumber pendapatan yang lebih melalui cukai?

Inilah satu keputusan yang cukup penting bagi mana-mana kerajaan. Keputusannya

mestilah tepat dan pada masa yang sama memberi kesejahteraan kepada rakyat. Jika

kerajaan tidak mempunyai sumber yang mencukupi, bagaimana pula kerajaan ingin

"memulangkan kembali" kepada rakyat?

Maka, sekali lagi, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan cukai barangan dan

perkhidmatan (GST) pada pertengahan tahun 2011.

Tahun ini sahaja, dianggarkan kutipan cukai bagi kerajaan berkurangan sebanyak

RM2.7 bilion. Apabila GST dilaksanakan nanti, kerajaan akan memperolehi

pendapatan lebih kurang RM1 bilion.

Bagi rakyat, cukai adalah satu perkara yang boleh mengurangkan sumber kewangan

mereka. Tetapi rakyat juga perlu ingat, mereka bertanggungjawab untuk membayar

cukai, jika tidak sesebuah kerajaan yang gah macam mana sekalipun tidak mampu

untuk melaksanakan semua dasar dengan lancar jika "ongkosnya" tidak mencukupi.

Bayangkan juga terdapat individu yang tidak mahu membayar cukai. Mereka inilah

golongan yang berasakan hasil yang mereka perolehi tidak perlu disumbangkan

kembali kepada kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Jadi, sejauh manakah jumlah

cukai yang rakyat sanggup bayar?

Bagi subsidi, perkara sama juga berlaku. Kerajaan sudah memberi beberapa petandabahawa subsidi minyak akan diberikan kepada golongan sasaran sahaja. Perkara ini

Page 2: Implikasi Cukai

8/13/2019 Implikasi Cukai

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-cukai 2/3

amat menarik perhatian rakyat. Pertama, tujuannya agar hanya golongan sasaran

sahaja yang memperolehi subsidi minyak.

Kedua, kerajaan tidak lagi menanggung beban kewangan yang besar termasuk untuk

memberi subsidi kepada orang kaya dan juga warganegara asing. Namun, sepertibiasa dua perkara yang amat dikhuatiri oleh rakyat. Adakah benar golongan sasaran

sahaja akan memperolehi manfaatnya kerana dikhuatiri berlakunya ketirisan?

Ketiga, tidakkah harga barang akan meningkat seperti mana yang pernah berlaku

pada tahun lepas, apabila kerajaan meningkatkan harga minyak pada tahap tertinggi

dalam sejarah. Inilah satu lagi dilema yang mana kerajaan perlu membuat keputusan

dengan tepat bagi memastikan segala perancangan dan strategi yang benar-benar

berkesan dapat dilaksanakan.

Topik subsidi bukan hanya terletak pada subsidi minyak sahaja, subsidi gula jugadiperbincangkan sehingga kerajaan sekali lagi mengumumkan bahawa subsidi gula

tidak akan ditarik buat masa ini.

Bermakna, sumber kewangan kerajaan akan digunakan untuk membayar subsidi

tersebut. Akibatnya, projek-projek lain untuk rakyat akan terkena tempiasnya.

Bagi penulis, tidak kiralah cukai dikenakan dan subsidi ditarik balik, yang pasti,

kerajaan perlu berusaha dengan lebih gigih untuk merealisasikan tiga perkara ini.

Pertama, usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat pada tahap

berpendapatan tinggi merupakan satu inisiatif yang mengutamakan rakyat. Jika

rakyat mempunyai pendapatan per kapita cukup tinggi, maka rakyat tidak keberatan

untuk membayar cukai dan subsidi yang ditarik.

Tetapi pendapatan sahaja tidak mencukupi jika perkara kedua, iaitu harga barangan

berada pada tahap yang sentiasa meningkat. Ambil sahaja contoh mudah harga

barangan sebelum harga minyak naik pada tahap tertinggi tahun lepas berbanding

dengan masa sekarang.

Ini bermaksud, harga minyak amat memainkan peranan penting dalam menentukanharga barangan dan akhirnya boleh memberi kesan kepada sumber kewangan

rakyat. Maka, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan Akta Anti Mengaut

Keuntungan Berlebihan merupakan satu lagi usaha yang bakal mengekang harga

barangan daripada dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Akta ini diperkenalkan seiring dengan GST. Namun, apa yang rakyat inginkan sudah

tentu dari segi penguatkuasaan akta ini dengan cekap dan berkesan apabila sampai

masanya.

Apa-apa pun dasar dan pengumuman mengenai cukai dan subsidi mestilahdilaksanakan secara lembut dan berperingkat-peringkat agar rakyat boleh

Page 3: Implikasi Cukai

8/13/2019 Implikasi Cukai

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-cukai 3/3

menerimanya. Jika terlalu mengejut dan rakyat sendiri tidak diberi peluang untuk

memberi maklum balas, rakyat pastinya berasakan tindakan itu tidak wajar

dilaksanakan.

Satu cara untuk mendapatkan maklum balas rakyat ialah seperti mengadakan Hariterbuka Pelan Transformasi Kerajaan untuk Bidang Keberhasilan Utama Negara

(NKRA) yang diadakan baru-baru ini. Satu usaha yang mengembalikan "kuasa" rakyat

untuk memberi maklum balas terhadap sebarang cadangan dan tindakan kerajaan.

Perkara ini perlu diteruskan secara konsisten.

Perkara ketiga berkaitan dengan mata wang Malaysia. Bagi menjadikan Malaysia

negara maju, mata wang kita juga sewajarnya kukuh dan bernilai tinggi berbanding

mata wang negara lain.

Ketiga-tiga perkara inilah yang sewajarnya diberi perhatian segera untuk memastikantaraf hidup rakyat berada pada tahap negara maju. Ketiga-tiga ini berkait langsung

dengan kuasa beli rakyat.

Jika kuasa beli rakyat Malaysia cukup tinggi, cukai dan subsidi tidaklah begitu

menggusarkan kerajaan mahupun rakyat sebagaimana yang terjadi pada masa kini.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB),

Universiti Utara Malaysia  

Sumber: