hubungan strategik pns & uss - polinilai.edu.my · di bengkel gegas jabatan kejuruteraan...

13
MUKA SURAT 1 BULETIN JKM APR-JUN Satu hubungan kerjasama strategik di antara Politeknik Nilai, Negeri Sembilan dengan USS Engineering & Trading telah berlangsung pada 14 April 2014 bersamaan hari Isnin di Bilik Mesyuarat Rafflesia, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Usahasama ini diharap dapat menjadi peneraju utama kearah pengembangan berkesan hasil-hasil produk yang dihasilkan di peringkat institusi amnya dan politeknik khususnya. HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS

Upload: vothu

Post on 07-Jul-2019

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS - polinilai.edu.my · di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut

M U K A SUR A T 1 B U L E T I N J K M A P R -J U N

Satu hubungan kerjasama strategik di antara Politeknik Nilai, Negeri Sembilan dengan USS Engineering & Trading telah berlangsung pada 14 April 2014 bersamaan hari Isnin di Bilik Mesyuarat Rafflesia, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Usahasama ini diharap dapat menjadi peneraju utama kearah pengembangan berkesan hasil-hasil produk yang dihasilkan di peringkat institusi amnya dan politeknik khususnya.

HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS

Page 2: HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS - polinilai.edu.my · di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut

M U K A SUR A T 2 B U L E T I N J K M A P R -J U N

PSH JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL & SKSBUS 

Satu Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah berjaya dijalankan di antara Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Nilai dengan SKSBUS Malaysia Sdn. Bhd. pada 05 Mei 2014 sehingga 15 Mei 2014, bertempat di Bengkel Kimpalan JKM PNS. Seramai empat orang tenaga pengajar dari JKM PNS dan seramai lapan orang dari SKSBUS terlibat dalam program ini. Program ini terbahagi kepada dua slot iaitu slot Kimpalan Arka dan slot Kimpalan MIG.

"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."

Page 3: HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS - polinilai.edu.my · di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut

B U L E T I N J K M A P R -J U N M U K A SUR A T 3

PSH Penyelenggaraan Kereta anjuran PUSPANITA & JKM

Oleh: Halimah Ismail

Kursus telah berlangsung pada 29/5/2014, Khamis bertempat di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut adalah, ‘apa yang anda perlu tahu tentang kereta’, kerosakan

y a n g b i a s a berlaku ,inginkan jangka hayat kereta yang lama, menukar tayar, penjagaan b a t e r i d a n p e n j a g a a n

p e n y a m a n u d a r a kereta.

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

Page 4: HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS - polinilai.edu.my · di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut

M U K A SUR A T 4 B U L E T I N J K M A P R -J U N

PERSIAPAN RUANG PAMERAN FLORIA PUTRAJAYA 2014

"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah."

­

Politeknik Nilai telah menghantar wakil ke pertandingan FLORIA Putrajaya iaitu Festival Bunga dan Taman yang berlangsung pada 14 hingga 22 Jun 2014. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, yang di ketuai oleh En Amir Afuan Nordin telah diamanahkan untuk menyiapkan kerangka ruang pameran bagi pertandingan ini. Kerja-kerja fabrikasi telah dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut jadual.

Oleh: Amir Afuan Nordin

Page 5: HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS - polinilai.edu.my · di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut

B U L E T I N J K M A P R -J U N M U K A SUR A T 5

KURSUS PEMANTAPAN  AUTODESK INVENTOR 

"Rezeki ada di mana-mana, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yang penting, usaha dan tawakkal."

Satu Kursus Pemantapan Autodesk Inventor telah berjaya dijalankan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Nilai pada 19 hingga 22 Mei 2014, bertempat di Makmal Lukisan Terbantu Komputer 1 (CAD 1) JKM PNS. Seramai sebelas orang peserta yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PNS terlibat dalam menjayakan kursus ini. Dua orang tenaga pengajar yang berpengalaman dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah dijemput bagi membimbing dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang mereka ada. Autodesk

Inventor merupakan salah sa tu ku r sus yang d i t a w a r k a n d a l a m program diploma JKM.

Oleh: Nairul Akmar Akashah

Page 6: HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS - polinilai.edu.my · di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut

M U K A SUR A T 6 B U L E T I N J K M A P R -J U N

LAWATAN MUHIBAH STAF IKTBN SEPANG 

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.."

Satu lawatan muhibah dari IKTBN sepang telah berlangsung pada 29 April 2014 bersamaan hari Selasa. Rombongan yang terdiri dari empat orang wakil atau staf IKTBN Sepang telah m e l a w a t M a k m a l Pembuatan bagi tujuan

untuk meninjau kerjasama yang mungkin dapat dijalinkan antara kedua-dua pihak, JKM PNS dan IKTBN Sepang. Satu kursus antara JKM PNS dan IKTBN Sepang telah dapat dirangka dan dijangka berlangsung pada bulan Jun 2014. Kepakaran yang ada di antara kedua-dua p ihak, d iharapkan akan

memberi manfaat secara langsung kepada para pelajar semasa proses P&P.

Page 7: HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS - polinilai.edu.my · di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut

B U L E T I N J K M A P R -J U N M U K A SUR A T 7

LAWATAN KLCC ASEAN M&E SHOW 2014 

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat."

Satu lawatan ke Asean M&E Show yang bertempat di KLCC telah berjalan dengan jayanya pada 10 Jun 2014. Lawatan adalah bertujuan untuk mengetahui dan melihat perkembangan terkini teknologi yang ada dipasaran. Lawatan yang turut disertai oleh KJKM, Pn Faridah Suboh turut diiringi oleh sembilan orang staf JKM yang lain.

Page 8: HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS - polinilai.edu.my · di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut

M U K A SUR A T 8 B U L E T I N J K M A P R -J U N

PERHIMPUNAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2014

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."

Satu perjumpaan bersama pelajar-pelajar baharu telah diadakan pada 18 Jun 2014 bersamaan hari Rabu di Dewan Kuliah 1. Perjumpaan turut disertai Puan Faridah Suboh selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan turut bersama En Agus Dollah sebagai Ketua Program DKM dan En Mohd Saifuddin Ahmad selaku Ketua Program DEM serta diiringi oleh oleh para pensyarah JKM yang lain.

Para pelajar yang terdiri dari seramai 8 9 o r a n g m e r u p a k a n kumpulan teramai y a n g p e r n a h mendaftar di JKM PNS untuk satu-satu masa. Pada ketika ini pelajar di Jabatan K e j u r u t e r a a n Mekanikal telah memenuhi kapasiti dari Sem 1 hingga Sem 5.

Page 9: HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS - polinilai.edu.my · di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut

B U L E T I N J K M A P R -J U N M U K A SUR A T 9

PERHIMPUNAN BULANAN ANJURAN JKM

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan."

J a b a t a n K e j u r u t e r a a n Mekan ika l te lah d ibe r i k e p e r c a y a a n d a n tanggungjawab menjadi tuan rumah untuk satu perhimpunan bulanan yang diadakan pada 20 Jun 2014 bersamaan hari Jumaat. Perhimpunan turut disertai oleh Tuan Pengarah P N S y a n g j u g a t e l a h

merasmikan Prosedur Kerja P e n g a j a r a n D a n Pembelajaran dengan tarikh kuatkuasa pada 20 Jun 2014.  “Together For

Excellence”

Page 10: HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS - polinilai.edu.my · di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut

M U K A SUR A T 1 0 B U L E T I N J K M A P R -J U N

KURSUS CNC EDM WIRECUT

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

Satu Kursus Asas CNC EDM WireCut telah berjaya dijalankan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Nilai pada 24 hingga 27 Jun 2014, bertempat di Makmal Lukisan Terbantu Komputer 1 (CAD 1) JKM PNS. Seramai sepuluh orang peserta yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PNS terlibat dalam menjayakan kursus ini. Dua orang tenaga pengajar yang berpengalaman dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang (IKTBN) telah dijemput bagi membimbing dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang mereka ada.

Page 11: HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS - polinilai.edu.my · di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut

B U L E T I N J K M A P R -J U N M U K A SUR A T 1 1

BENGKEL FONDRI

PENAMBAHBAIKAN BENGKEL "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"

Kerja-kerja penambahbaikan bengkel telah berjalan dengan jayanya di sepanjang semester bagi sesi DIS 2013. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti mengecat garisan keselamatan pada lantai di kawasan mesin, mengemaskini dan menambahbaik kawasan kerja, menyediakan kawasan tuangan yang lebih praktikal serta menyusun atur kelengkapan dan alatan bengkel yang sedia ada.

Oleh: Umi Suriayana Binti Jamion

Page 12: HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS - polinilai.edu.my · di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut

M U K A SUR A T 1 2 B U L E T I N J K M A P R -J U N

MAKMAL PEMBUATAN

PENAMBAHBAIKAN BENGKEL

Kerja-kerja penambahbaikan makmal telah berjalan dengan jayanya di sepanjang cuti semester di antara sesi DIS 2013 dan JUN 2014. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti mengecat lantai di kawasan mesin, membuat papan tanda keselamatan dan peraturan makmal serta mengadakan SOP pada mesin.

UTAMAKAN UTAMAKAN UTAMAKAN KESELAMATANKESELAMATANKESELAMATAN

Oleh: Khairul Nizam Kamarudin

“Jangan takut terlambat, Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”

Page 13: HUBUNGAN STRATEGIK PNS & USS - polinilai.edu.my · di Bengkel Gegas Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Tenaga pengajar dijemput khas dari NAZA KIA. PNS. Antara kandungan kursus tersebut

B U L E T I N J K M A P R -J U N M U K A SUR A T 1 3

BENGKEL MESIN

PENAMBAHBAIKAN BENGKEL

Kerja-kerja penambahbaikan bengkel telah berjalan dengan jayanya di sepanjang cuti semester diantara bulan Mei dan Jun. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti mengecat garisan keselamatan yang membezakan kawasan kerja dan FREE ZONE pada lantai di kawasan mesin dan membuat papan tanda keselamatan.

Oleh: Khairul Nizam Kamarudin

“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”