cerita naza

23
Naza Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Rencana ini tidak memetik  apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke  sumber-sumber yang boleh dipercayai . Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan  dipadam. Jangan keliru dengan  NASA. Kumpulan Naza Jenis Swasta Industri Konglomerat Ditubuhkan 1975 Pengasas Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin Ibu pejabat Kuala Lumpur , Malaysia Perancang utama Datuk Wira SM Faisal, (Pengarah Eksekutif Kumpulan Bersama) SM Nasarudin, (Pengarah Eksekutif Kumpulan Bersama) Puan Sri Zaleha Ismail, (Pengarah), SM Faliq, (Pengarah)  Nur Diana, (Pengarah)  Nur Nadia, (Pengarah) Pekerja 5,000 Laman web www.naza.com.my

Upload: akmatn

Post on 19-Oct-2015

527 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

hai

TRANSCRIPT

NazaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Rencana initidakmemetikapa-apasumber atau rujukan.Sila bantumemperbaiki rencana inidengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.

Jangan keliru denganNASA.Kumpulan Naza

JenisSwasta

IndustriKonglomerat

Ditubuhkan1975

PengasasTan SriSM Nasimuddin SM Amin

Ibu pejabatKuala Lumpur,Malaysia

Perancang utamaDatuk WiraSM Faisal, (Pengarah Eksekutif Kumpulan Bersama)SM Nasarudin, (Pengarah Eksekutif Kumpulan Bersama)Puan Sri Zaleha Ismail, (Pengarah),SM Faliq, (Pengarah)Nur Diana, (Pengarah)Nur Nadia, (Pengarah)

Pekerja5,000

Laman webwww.naza.com.my

Kumpulan Nazamerupakan sebuah konglomerat perniagaan Malaysia yang terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan yang terdiri daripada permotoran kepada pendidikan. Kumpulan itu mula beroperasi pada tahun 1975 sebagai sebuah syarikat perdagangan motor.Industri automotifkekal sektor yang paling penting bagi kumpulan itu.Kumpulan ini mempunyai bahagian perniagaan termasuk pengedaran kereta dan motorsikal, pembuatan, pembangunan hartanah, makanan dan minuman, perhotelan, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan limosin, pendidikan automotif, perladangan, pengedaran rokok, perkhidmatan kewangan. Kumpulan ini telah ditubuhkan dan diketuai oleh Malaysia perniagaan hartawan Tan SriSM Nasimuddin SM Aminsehingga kematiannya pada 1 Mei 2008.Kumpulan Naza ialah pemegang francais untuk Ferrari, Maserati , Koenigsegg , Kia Motors, Peugeot, Chevrolet, Citron , Brabus , Ducati , Harley Davidson, Piaggio, Vespa, Aprilia, Gilera dan Motosikal India di Malaysia.Naza juga mengeluarkanNaza RiadanNaza Citraberasaskan modelKia CarnivaldanKia Caren. Selain itu Kumpulan Naza mengeluarkanNaza Sutera(berasaskan model Hafei Loba) yang dilancarkan pada April 2006 dan jugaNaza Bestari(berasaskan modelPeugeot 206) pada Mei 2006.Isi kandungan[sorokkan] 1Aktiviti Perniagaan 1.1Automotif 1.2Pembuatan 1.3Hartanah dan Pembinaan 1.4Hospitaliti 1.5Restoran Makanan dan Minuman 1.6Pendidikan 1.7Pengangkutan dan Logistik 1.8Kewangan dan Insurans 1.9Perladangan 1.10Pengedaran Rokok 2Pencapaian 3Kritikan dan Kontrovesi 3.1Isu Permit Import 3.2Isu Kereta Nasional 4Rujukan 5Pautan luarAktiviti Perniagaan[sunting|sunting sumber]Automotif[sunting|sunting sumber] Naza Motor Trading Sdn Bhd (Pengimpot kereta mewah) Naza Italia Sdn Bhd (Pengedar Ferrari and Maserati di Malaysia) Naza Swedish Motors Sdn Bhd (Pengedar Koenigsegg di Malaysia & Indonesia) Naza Kia Malaysia Sdn Bhd (Pengedar Kia Motors di Malaysia) Nasim Sdn Bhd (Pengedar Peugeot di Malaysia) Naza Quest Sdn Bhd (Pengedar Chevrolet di Malaysia) Naza-Brabus Motor Sdn Bhd (Pengedar Brabus di Malaysia) Naza Corporation Sdn Bhd (Pengedar Kenderaan Naza) NZ Wheels Sdn Bhd (Mercedes-Benz dealer) Naza Wheels Sdn Bhd (Chevrolet dealer) Naza Quest Auto Sdn Bhd (Chevrolet dealer) Naza Mekar Sdn Bhd (Perodua dealer) Next Bike Sdn Bhd (Pengedar Ducati di Malaysia) Naza Prestige Bikes Sdn Bhd (Pengedar Harley-Davidson di Malaysia) Naza Premira Sdn Bhd (Pengedar Piaggio, Vespa, Aprilia and Gilera di Malaysia) Harmony Fabulous Sdn Bhd (Pengedar Indian Motorcycle di Malaysia & Singapore) Naza Bikers Dream Sdn Bhd (Pengimpot motorsikal mewah) Naza Bikers Sales and Distribution Sdn Bhd (Pengedar Naza Bikes di Asia Pasifik) Naza Auto Solutions Sdn Bhd (Rekabentuk aksesori dan peralatan kenderaan) NZ Galaxy Sdn Bhd (Runcit aksesori kereta)Pembuatan[sunting|sunting sumber] Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd Naza Bikes Sdn BhdHartanah dan Pembinaan[sunting|sunting sumber] Naza TTDI Sdn Bhd Laman Premium Sdn Bhd Naza Engineering and Construction Sdn Bhd Naza Properties Sdn. Bhd Sri Kemaman Sdn. BhdHospitaliti[sunting|sunting sumber] Naza Hotel Management Sdn Bhd Naza Talyya Penang Naza Talyya Melaka Howard Johnson, Torrance, California Crowne Plaza Hotel, San Pedro, CaliforniaRestoran Makanan dan Minuman[sunting|sunting sumber] NZ Diners Sdn Bhd (Pemegang Francaishise bagi rangkaianBubba Gump Shrimp Codi Malaysia) Naza Tutti Frutti (Malaysia) Sdn Bhd (Pemegang lesen utama bagi rangkaianTutti Frutti Frozen Yogurtdi Malaysia, Singapore, Cambodia, Brunei and Thailand)Pendidikan[sunting|sunting sumber] Naza KIA Academy Sdn Bhd (Pusat Latihan KIA Motors bagi rantau Asia Pasifik) Naza Education Sdn Bhd (Syarikat JV dengan Help International Corporation Berhad)Pengangkutan dan Logistik[sunting|sunting sumber] Naza Ventures Holdings Sdn Bhd (Prestige Limo Menyewa limousine mewah) Naza Transport Sdn Bhd Sdn Bhd (Perkhidmatan Logistik Kenderaan) Zalnas Limousine Sdn. Bhd (Perkhidmatan Airport Limo dan teksi)Kewangan dan Insurans[sunting|sunting sumber] Naza Credit & Leasing Sdn Bhd (Pembiayaan Kenderaan) Naza Coverage Sdn Bhd (Agen Insuran) Zalnas Coverage Sdn Bhd (Agen Insuran)Perladangan[sunting|sunting sumber] Wood Vision Sdn BhdPengedaran Rokok[sunting|sunting sumber] Bahau Cigarette Distributors Sdn Bhd Asas Sejati Sdn BhdPencapaian[sunting|sunting sumber] Bilik Pameran Kenderaan terbesar di Malaysia (Malaysia Book of Records)Kritikan dan Kontrovesi[sunting|sunting sumber]Isu Permit Import[sunting|sunting sumber]Naza pernah dikritik oleh ahli-ahli Parlimen dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kerana telah menyebabkan kerugian syarikat milik negara, PROTON mengalami kerugian disebabkan Naza telah membawa masuk kereta luar negara secara besar-besaran terutamanya dari Korea Selatan yang dikatakan lebih murah berbanding kereta buatan PROTON. Naza juga dikritk hebat Tun Dr. Mahathir kerana memperoleh Permit Import (AP) yang banyak daripada kerajaan. Dr. Mahathir menyatakan sebuah syarikat tidak boleh membawa masuk kereta import secara besar-besaran. Pemimpin pembangkang telah menuduh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Rafidah Azizyang juga besan kepada Nasimuddin terlibat dalam pemberian AP yang terlalu banyak kepada Naza dan selama ini telah menggunakan kuasa yang beliau ada untuk memajukan Naza. Bagaimanapun kebanyakan permit tersebut diluluskan semasa pemerintahan Mahadir itu sendiri dan kritikan ini dilakukan selepas pengunduran beliau.Isu Kereta Nasional[sunting|sunting sumber]Rafidah Aziz dan kerajaan telah dikririk hebat oleh Dr. Mahathir kerana telah memberikan taraf Kereta Nasional iaitu kereta buatan Malaysia kepada MPV yang dihasilkan oleh Naza, Naza Ria. Dr. Mahathir berkata Naza Ria tidak boleh diberikan taraf Kereta Nasional kerana ia tidak menepati klasifikasi Kereta Nasional yang ditetapkan oleh kerajaan. Salah satu sebab mengapa Dr. Mahathir mengkritik pemberian taraf itu kepada Naza Ria ialah kerana kebanyakkan komponen kenderaan itu dihasilkan di Korea dan jelas sekali ia merupakan kereta buatan Korea bukan kereta buatan Malaysia. Pihak pengurusan Naza hanya berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan kritikan ini.Naza dikatakan berjaya menjadi sebuah syarikat yang berjaya kerana adanya Rafidah Aziz yang boleh mempengaruhi keputusan Kabinet dalam urusan ekonomi khasnya berkenaan hal-ehwal automotif. Ia disangkal oleh Rafidah Aziz dengan menyatakan semua peluang diperoleh oleh Naza diberikan dengan adil dan bebas daripada penyalahan guna kuasa.http://ms.wikipedia.org/wiki/Naza

Nasimuddin AminDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin

Lahir:1955Kuala Pilah,Negeri Sembilan,Malaysia

Meninggal dunia:2 Mei2008Los Angeles,California,Amerika Syarikat

Pekerjaan:CEONaza Group

Pasangan:Puan Sri Zaleha Ismail

Anak-anak:5

Tan SriSM Nasimuddin SM Aminmerupakan seorang ahli perniagaan dan usahawanMelayudiMalaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan KumpulanNazayang ditubuhkan pada 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan,kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya.Isi kandungan[sorokkan] 1Biografi 1.1Alam perniagaan 1.2Kontroversi permit import 2Anugerah dan pengiktirafan 3Kematian 4Perniagaan 5Rujukan 6Pautan luarBiografi[sunting|sunting sumber]Nasimuddin yang lahir pada tahun1955ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau belajar diSekolah Menengah Tuanku Muhammad,Kuala Pilah,Negri Sembilan.Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau adalah beliau ialah seorang prudent and simple man who saved every sen he received from his parents since his school days, and from what he earned helping his father in his construction business and later from his job as a clerk.[1]Alam perniagaan[sunting|sunting sumber]Pada kos sebanyak RM80,000, Nasimuddin membeli 20 AP lalu keJepun, di mana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual habis dalam masa tiga bulan. Nasimuddin memulakan perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai diTaman Maluri, dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan diKampung Baru,Kuala Lumpuruntuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau, dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan.[1]Kontroversi permit import[sunting|sunting sumber]Nasimuddin pernah terlibat dalam kontroversi permit import pada tahun 2005, apabila bergelar "Raja AP". Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tiga orang usahawan terpenting yang lain tengah memonopoli penghasilan permit import yang dikeluarkan kerajaan kepada pengusahabumiputerauntuk mengimport kereta. Pihak kerajaan didakwa mengurniakan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliau secara percuma setiap tahun yang dijual oleh beliau untuk AS$8,500 setiap satu.[perlu rujukan]Kontroversi ini dihangatkan diParlimendan Perhimpunan AgungUMNO. Akhirnya,kabinet Malaysiamenghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.Bagaimanapun, bekas Perdana MenteriTun Dr. Mahathir Mohamadmenyifatkan Nasimuddin sebagai satu contoh kejayaanDasar Ekonomi Baru(DEB). Tun Dr. Mahathir berkata Nasimuddin mempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan beliau, bermula dengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama dengan syarikat asing untuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri. "Dia membuktikan bahawa DEB mampu menjayakan bumiputra kalau mereka menggunakan peluang itu dengan cara yang baik. Kalau semua yang dapat kemudahan yang sama seperti beliau berbuat demikian hari ini, kita mungkin mencapai lebih daripada matlamat DEB itu sendiri," kata Dr. Mahathir kepadaBernama.[2]Anugerah dan pengiktirafan[sunting|sunting sumber]Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasimuddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuk Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh DYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaranTan Sri. Nasimuddin juga meraih pingat khidmat industri Anugerah PresidenKorea Selatan, dari Son Sang-Ha duta negara tersebut ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan, kerana sumbangan beliau kepada industri automotif. Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah Korea tersebut.[3]Kematian[sunting|sunting sumber]Nasimuddin meninggal dunia akibatbarah paru-parudiLos Angeles,California,AS, pada pukul1 Mei2008, 9 pagi (waktu tempatan).[4]Jenazah beliau diterbangkan kembali ke negara dengan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9 Hulu Langat pada 4.30 petang,4 Mei, bersebelahan kubur ibu beliau, Salbiah Abdul Majid.[5]Perniagaan[sunting|sunting sumber]Kumpulan Nazakini ada 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaanKiadariKorea Selatan, danPeugeotdariPerancis, serta juga permit import untuk kenderaanMazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah sepertiMercedes-Benzyang terbesar dan terpenting inMalaysiamelalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus.Nasimuddin juga merupakan pengasas kelab bola sepakKuala Muda Naza FCyang bertapak diKuala Muda,Kedah.Nasimuddin turut memilikiTTDI Developmentyang merupakan salah sebuah syarikat hartanah terpenting diKuala Lumpur.Nasimuddin dilaporkan berminat untuk membeli 40% kepentingan dan mengambil alih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia,PROTON, yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jika kerajaan Malaysia merestuinya agar membeli kepentingan kawal syarikat tersebut.[6]Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion diBertam,Pulau Pinang.Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan dengan melancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia.[7]Rujukan[sunting|sunting sumber]1. Jump up to:1.01.1(Inggeris)Ritikos, Jane. "Prudent path to success", The Star, 2007-02-03. Dicapai pada 2008-05-02.2. Jump up"Nasimuddin Contoh Kejayaan DEB, Kata Mahathir", Bernama, 2008-05-02. Dicapai pada 2008-05-03.3. Jump up"Naza boss honoured", The Star, 2007-01-07. Dicapai pada 2008-05-04.4. Jump upSalmy Hashim. "Pengasas Kumpulan Naza Meninggal Dunia Di Los Angeles", Bernama, 2 Mei 2008, 11:05pg. Dicapai pada 2008-02-05.5. Jump up"Jenazah Tan Sri S.M Nasimuddin Selamat Dikebumikan", Bernama, 2008-05-04. Dicapai pada 2008-05-05.6. Jump up(Inggeris)Nathan, D. M., dan Barrock, J.. "A plan for Proton", The Star, 2007-01-20. Dicapai pada 2008-05-03.7. Jump up"Nasimuddin Bawa Naza Ke Tahap Tertinggi", Bernama, 2 Mei 2008. Dicapai pada 2008-05-03.http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasimuddin_Amin

KISAH KEJAYAAN : Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin...Pengasas NAZA Groups

Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya.

Biografi

Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang lahir pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau belajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negri Sembilan. Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.

Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau ialah beliau adalah seorang lelaki sederhana dan bijaksana yang berjimat setiap sen yang ia terima dari orang tuanya sejak zaman persekolahannya lagi. Duit yang diterima ketika membantu ayahnya dalam perniagaan pembinaan dan kemudian dari pekerjaannya sendiri sebagai kerani.

Alam perniagaan

Beliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon Permit Import kerajaan untuk kereta dari Jepun.

Beliau dinyatakan berkata: Saya sangat meminati kereta sejak remaja lagi. Sebab itulah saya berada dalam perniagaan ini. Perniagaan pembinaan ayah saya bukanlah minat saya.

Memandangkan kecenderungan dan minat beliau kepada kereta dan industri automobil. Beliau bercadang untuk membawa kereta terpakai daripada Jepun. Tanpa bertangguh, dengan bermodalkan RM80,000, beliau memohon 20 AP dan berangkat ke negara matahari terbit dan menetap selama 3 bulan disana. Sekembalinya beliau daripada Jepun, beliau juga membawa pulang 20 kereta terpakai Jepun dan terus melakukan aktiviti pemasaran bagi memastikan kereta beliau terjual. Dalam masa 3 bulan, beliau berjaya menjual kesemua kereta tersebut.

Nasimuddin memulakan perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri, dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau, dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan.Nasimuddin bermula dengan hanya lima orang kakitangan dan kini jumlah mereka meningkatkan kepada kira-kira 4,000 orang.

Anugerah dan pengiktirafan

Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasimuddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuk Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri. Nasimuddin juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan, dari Son Sang-Ha duta negara tersebut ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan, kerana sumbangan beliau kepada industri automotif. Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah Korea tersebut.

Kematian

Nasimuddin meninggal dunia akibat barah paru-paru di Los Angeles, California, AS, pada pukul 1 Mei 2008, 9 pagi (waktu tempatan). Jenazah beliau diterbangkan kembali ke negara lalu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9 Hulu Langat pada 4.30 petang, 4 Mei, bersebelahan kubur ibu beliau, Salbiah Abdul Majid.

Perniagaan

Kumpulan Naza, yang ditubuhkan pada 1979, mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus.

Pada Ogos 2005, Naza membuka pintunya untuk dewan pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat itu Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor.

Kumpulan itu mempunyai pembangunan hartanah TIDI Development Sdn Bhd dan hotel di Malaysia, dan Los Angeles, termasuk Howard Johnson di Torrance dan Crowne Plaza Hotel di San Pedro, Los Angeles.

Nasimuddin juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah.

Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion di Bertam, Pulau Pinang.

Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan dengan melancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia.

Reputasi beliau sebagai seorang usahawan unggul tidak dapat dinafikan. Beliau sentiasa memanafaatkan peluang dan mengembangkan perniagaan beliau dari masa ke semasa. Antara tips kejayaan yg sempat beliau kongsi adalah sikap berjimat cermat dan sentiasa menyimpan keuntungan beliau untuk dilaburkan kembali supaya proses mengembangkan perniagaan beliau dapat dilaksanakan dengan jayahttp://ceritausahawan.blogspot.com/2014/01/kisah-kejayaan-tan-sri-sm-nasimuddin-sm.html

Menarik hari ini

Waktu SolatLaporan Cuaca

Berita UtamaDalam NegeriWilayahLaporan KhasParlimenPolitikLuar NegaraSukanBisnesMahkamahJenayah

AgamaKeluargaHiburanRancangan TVFemininPendidikanSains & TeknologiAgroKesihatanS3Polis & TenteraSastera

RencanaCuitSelakAwang SelamatKolumnisForumCatatan Kembara

ClassifiedsPortal PendidikanKosmo! OnlineMangga OnlineSaji OnlineMyBooksKareerUtusan KaryaLaman XtiveRENCANA

ARKIB : 15/09/2013SM Faisal teruskan legasi NazaOleh RABIATUL ADAWIYAH KOH [email protected] HAFIZ JOHARI dan koleksi SM Faisal

SM Faisal merangkulkan anugerah Ketua Pegawai Eksekutif terbaik sepanjang tahun di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu baru-baru ini.WALAUPUN sibuk dengan tugas sebagai Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin ada cara tersendiri berhubung dengan anak-anaknya setiap hari.Jutawan muda berusia 34 tahun itu akan memastikan setiap pagi ketika bersarapan dan sebelum tidur, beliau akan berbual dengan ketiga-tiga anaknya walaupun berada di luar negara dengan menggunakan video sosial, Skype.Melalui cara itu, katanya, ketiga-tiga anak-anaknya, SM Fawwaz Amin, 7, SM Faiz Nasimuddin, 3, dan SM Farhan Kamal, 1, sentiasa ada masa berkualiti bersamanya setiap hari."Kira-kira 70 peratus masa saya hanya untuk kerja, jadi jika terlalu sibuk, saya akan berhubung guna Skype."Kalau tidak, saya bawa keluarga bersama ketika bekerja di luar negara atau membawa anak sulung saya ke pejabat atau majlis-majlis tertentu," jelas beliau.SM Faisal yang baru-baru ini memenangi anugerah Ketua Pegawai Eksekutif terbaik sepanjang tahun di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu sempena Sidang Kemuncak dan Anugerah Pemimpin-Pemimpin Asia Barat Kali Keempat turut bersyukur kerana isterinya, Datin Emilia Hanafi banyak membantunya menguruskan anak-anak dalam kesibukannya bekerja.Beliau juga berkongsi mengenai pesanan Allahyarham bapanya, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin supaya sentiasa mengutamakan anak-anak kerana mereka adalah masa depan dirinya sendiri."Ayah saya sentiasa memberitahu yang harta boleh dicari tetapi bukan anak-anak," kata beliau.Nasihat tersebut menjadi pegangan SM Faisal selama lima tahun ini yang bukan sahaja telah berjaya membina Naza World sebagai jenama yang terkenal di peringkat antarabangsa malah telah berjaya menceburi diri dalam pelbagai perniagaan lain."Satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan dan menjadi motivasi kepada saya adalah keluarga saya. Saya telah mendapat pendedahan awal kepada dunia perniagaan semenjak kecil lagi."Arwah ayahanda saya telah memberi pelbagai nasihat dan tunjuk ajar tentang pentingnya memahami selok belok dunia perniagaan, berpegang teguh kepada prinsip-prinsip positif termasuk kejujuran, beretika, bersabar, bekerja keras, komited, bertanggung jawab, sentiasa membuat perancangan terperinci serta sentiasa mencapai peningkatan dalam pelbagai aspek."Apabila ayahanda saya kembali ke rahmatullah, ada pihak yang berpendapat ini mungkin akan menjejaskan kejayaan Naza. Namun ibu saya telah menjadi tunggak kepada Naza untuk menghadapi cabaran ini. Beliau memastikan saya dan adik-beradik tetap bersatu untuk terus mencapai kesinambungan kejayaan Naza dan memenuhi visi ayahanda untuk Naza dan keluarga. Beliau memastikan kami tetap sepakat dan daripada situ saya dan adik saya terus dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Bersama kumpulan Naza," ujar beliau.Di samping berperanan sebagai Pengerusi Eksekutif Bersama kumpulan Naza, SM Faisal juga menerajui syarikat-syarikat di bawah Naza World Group dan mengaplikasi pendekatan yang sama dalam pengurusan pelbagai bisnes Naza World.Tambah beliau, era globalisasi dan kemaraan teknologi, internet dan sosial media telah membawa arus pelbagai perubahan.Ini termasuk perubahan pemikiran manusia dan pendedahan kepada pelbagai cara menjalankan dan menguruskan bisnes."Saya sentiasa berpegang teguh kepada prinsip "adopt and adapt" iaitu kita perlu menerima pakai perubahan positif dan menyesuaikan diri serta perniagaan, kepada arus perubahan ini." Memandangkan arus perubahan ini, saya sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan memastikan saya sentiasa "celik teknologi". Perkara ini juga merupakan salah satu aspek penting untuk mencapai kejayaan di dalam bisnes." Secara ringkas, faktor utama kejayaan saya adalah mengutamakan kekeluargaan. Keluarga yang bersatu menjadi tunggak utama pencapaian dan kejayaan Naza," kata beliau.Bukan itu sahaja, keyakinan pekerja-pekerja yang selama ini yakin dengan kepimpinannya dan terus setia kepada Naza juga merupakan faktor motivasi yang penting.Bersaing dan peluangDalam usaha membantu usahawan-usahawan bumiputera di Malaysia, SM Faisal berpendapat, golongan ini perlu bersaing dan mengambil peluang tanpa sentiasa menuntut bantuan kerajaan. Jelas beliau, mentaliti menuntut bantuan sebagai satu 'hak' akan membawa kesan buruk kerana ini berkemungkinan menjurus kepada mentaliti "tongkat".Yang penting kata beliau, bumiputera harus berusaha dengan sewajarnya untuk membantu diri sendiri." Tidak dinafikan, usahawan bumiputera sering berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sering memberi kesan kepada perniagaan, walaupun mereka amat berkebolehan. Faktor utama ialah persaingan dengan usahawan bukan bumiputera yang mempunyai kelebihan pelbagai sumber, terutamanya sumber kewangan, rantaian bekalan yang jauh lebih baik dan bahan mentah." Saya amat bangga kerana kini terdapat ramai usahawan bumiputera yang mempunyai kebolehan dan potensi untuk bergerak jauh. Mereka mempunyai kebolehan dan kepakaran, daya saing, kemahuan untuk berjaya serta kesanggupan untuk bekerja keras. Golongan inilah yang sewajarnya diberi sokongan yang bersesuaian agar dapat setanding dan bersaing dengan syarikat-syarikat lain di peringkat domestik dan antarabangsa," ujar beliau.Tidak ketinggalan, beliau melihat kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk memberi sokongan kepada usahawan bumiputera melalui pelbagai agensi. Ini termasuk pelbagai jenis sokongan kewangan, bengkel-bengkel latihan, khidmat nasihat, penyediaan infrastrukturNamun, untuk maju dan terus meningkatkan prestasi perniagaan, beliau berpendapat, sikap dan mentaliti usahawan sendiri amat penting.Selain itu, perancangan, motivasi diri dan kerja keras juga merupakan faktor penting yang mampu membawa kejayaan." Visi saya untuk usahawan bumiputera ialah supaya lebih ramai lagi yang berjaya mengembangkan perniagaan sehingga ke peringkat antarabangsa. Saya berharap usahawan bumiputera dapat meningkatkan penguasaan pasaran tempatan di dalam pelbagai industri," kata beliau.Membantu usahawanSejak dulu lagi Naza World sentiasa mencipta peluang untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera.SM Faisal menjelaskan, golongan usahawan mesti sentiasa peka kepada peluang yang sedia ada, tidak boleh leka dan harus sentiasa aktif dalam mengejar peluang yang timbul, mengamalkan prinsip-prinsip positif yang disebutkan tadi dan memastikan peluang yang diperolehi juga dapat digunakan dengan sebaiknya."Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa peka dengan usaha kerajaan dalam membantu meningkatkan tahap usahawan bumiputera, kami juga akan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan untuk memberi peluang kepada usahawan bumiputera yang berkelayakan.Naza telah pun mengadakan perbincangan dengan pihak TERAJU (salah satu program Teras) yang telah dilancar oleh Perdana Menteri untuk mengenalpasti bagaimana Naza dapat memainkan peranan dalam memberi sokongan kepada usahawan bumiputera.Salah satu cara ialah menyertai perancangan membangunkan Program Pembangunan Vendor, bertujuan untuk menyediakan peluang kepada syarikat Teras membangunkan skala perniagaan mereka.PencapaianKumpulan Naza kini menjangkau 38 tahun dan terus berkembang dan telah menjalankan pelbagai cabang perniagaan termasuk otomotif dengan rantaian nilai merangkumi pemasangan, pengedaran, peruncitan (wakil pengedar), pengimportan dan perkhidmatan sokongan.Selain itu, SM Faisal memberitahu, Naza turut berkembang maju dalam perniagaan hartanah dengan projek ikonik di Kuala Lumpur, Platinum Park dan KL Metropolis yang dibangunkan di bawah Naza TTDI.Tidak ketinggalan, perniagaan makanan dengan jenama Tutti Frutti, Bubba Gump, Gyu Kaku, perkhidmatan sokongan termasuk pengangkutan, limosin dan teksi, insurans, "credit/leasing"."Kami mempunyai 5,000 kakitangan menyokong dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi." Naza World merangkumi tiga teras penting iaitu motorsikal, kereta motor dan "diversified" ' perkhidmatan sokongan rantaian nilai otomotif," ujar beliau.SM Faisal memberitahu, Naza akan mengembangkan eksport motorsikal dan kereta yang dipasang di kilang-kilang Naza ke negara ASEAN."Selain itu, Naza akan menambah baik "CSI > Customer Service Index, ranking" di pasaran bagi jenama-jenama francais yang dikendalikan oleh Naza World. Ini penting kerana Naza, ingin dikenali sebagai syarikat yang memberi pengalaman berpanjangan dalam 'lifestyle products dan premium services'," jelas beliau.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130915/re_11/SM-Faisal-teruskan-legasi-Naza#ixzz2wbqsziII Utusan Melayu (M) Bhd

Empayar Naza Bakal Runtuh?Empayar Naza yang dibina oleh Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin sejak lebih tiga dekad lalu kini dikhuatiri akan berpecah di sebalik tuntutan harta oleh dua keluarga yang kini melangkah ke pintu mahkamah.

Kebimbangan ini tercetus selepas isteri kedua, Rokiah Abdullah dan lima anaknya memfailkan kes menuntut harta RM350 juta dan juga hartanah di Malaysia dan England, selain kawalan ke atas enam syarikat yang kini diterajui oleh isteri pertama dan lima anaknya.

Di bawah undang-undang warisan Islam, harta si mati harus diagihkan dengan saksama sebagaimana disebutkan dalam al-Quran.

Justeru, langkah ini dibimbangi akan menyebabkan syarikat-syarikat dalam Kumpulan Naza dibahagikan kepada dua keluarga yang terlibat dalam rebutan harta ini, sekali gus memecahkan kekuatan salah satu konglomerat persendirian terbesar di negara ini.

Kumpulan Naza dikatakan bernilai RM3 bilion.

Nasimuddin membina empayarnya hasil dasar afirmatif ekonomi kerajaan diperkenalkan awal 1970-an, yang antara lain menyediakan sistem AP untuk mengimport kereta.

Beliau dikatakanmenerima sebanyak 18,000 AP setahun.

Syarikat-syarikat dalam Kumpulan Naza terdiri daripada lebih 30 entiti, yang terlibat dalam perniagaan automobil, pembangunan hartanah dan perkhidmatan teksi. Keluarga itu dikatakan memiliki hartanah di London dan Los Angeles.

Peguam syarie Aziz Hassan memberitahu The Malaysian Insider bahawa penjelasan mengenai pembahagian harta warisan dalam al-Quran sangat jelas.

Undang-undang harta pusaka Islam boleh didapati dalam al-Quran dan ia menentukan dan menetapkan bagaimana harta warisan seharusnya diagih-agihkan di kalangan anggota keluarga.

Ia sangat jelas dan tiada sebarang isu melainkan pewaris sendiri bersetuju sebaliknya, kata beliau.

Di bawah peruntukan itu jelas beliau, anak lelaki akan memperoleh sebahagian besar harta peninggalan.

Dalam keadaan normal, ibu bapa akan mendapat satu per enam harta, isteri atau isteri-isteri pula secara bersama akan memperoleh satu per lapan, anak-anak akan menerima dua bahagian manakala anak perempuan satu bahagian, kata Aziz.

Ini adalah pembahagian asas dalam Islam selepas melunaskan (segala) hutang, katanya lagi.

Semalam, Rokiah dan lima anaknya memfailkan saman bagi menuntut wang tunai RM350 juta dan beberapa hartanah di Malaysia dan di England.

Mereka juga menuntut enam syarikat iaitu Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd dan NZ Wheels Sdn Bhd.

Saman itu difailkan oleh Rokiah bersama anak-anak, Sharifah Roslina, 26, Mohd Azli, 25, Sharifah Rosnani, 24, Sheikh Mohamad Azrul, 21, dan Sharifah Sofia.

Mereka turut menamakan 15 defendan bermula dengan estet milik Nasimuddin, isteri pertamanya Puan Sri Zaleha Ismail, 57, dan anak-anak, Datuk Faisal, 31, Nur Diana, 28, Sheikh Mohd Nasarudin, 26,

Sheikh Mohd Faliq, 25, dan Nur Nadia, 24 manakala Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd,

Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd, Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd dan CIMB Trustee Berhad dinamakan sebagai defendan kelapan hingga ke-15.

Selain wang tunai berjumlah RM350 juta, plaintif menuntut Zaleha, anak-anaknya dan CIMB Trustee Berhad mengisytihar aset-aset dan harta-harta alih dan tidak alih dalam dan luar negara kepunyaan

Nasimuddin dari 1 Mei 2008 sehingga sekarang.

Mereka juga menuntut syarikat-syarikat, aset-aset Allahyarham dan juga beberapa hartanah dalam negara dan England.

Plaintif juga menuntut Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd menyerahkan butir terperinci nilai aset Allahyarham yang dipegang amanah olehnya.

Menerusi pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa semasa Nasimuddin masih hidup, beliau telah berjanji akan menyerahkan syarikat Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd kepada kesemua plaintif untuk membolehkan mereka hidup berdikari tetapi sebelum sempat berbuat apa-apa pindah milik, Nasimuddin meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, pada 1 Mei 2008.

Mereka juga mendakwa sebelum Nasimuddin meninggal dunia, beliau memberitahu mereka bahawa asetnya melebihi RM3 bilion dan telah menyerahkan kepada plaintif butir-butir syarikat dan harta yang dimilikinya. Ia termasuk beberapa buah banglo dan hartanah di dalam negara, lima hartanah di sekitar London, sebuah banglo di Johannesburg, Afrika Selatan, serta sebuah apartmen dan sebuah banglo di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Apa juga nilai bersih, ia akan dikira secara nisbah. Adalah jelas dan tiada persoalan walaupun ada wasiat.

Melainkan kita hendak menghormati orang yang sudah meninggal dunia dan wasiatnya, maka setiap orang perlu bersetuju bahawa akan mematuhi wasiat yang telah dibuat, kata beliau sambil menambah, melainkan undang-undang harta pusaka akan mengatasi segala-galanya.

Bagaimanapun Aziz menekankan bahawa kedua-dua isteri boleh membuat tuntutan terhadap harta pencarian.

Ia tidak kisah, jika boleh dibuktikan bahawa perkahwinan mereka adalah sah, maka boleh memperoleh satu per lapan harta yang akan dikongsi oleh kedua-dua isteri, katanya.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua mereka boleh menuntut harta yang dikumpulkan sejak perkahwinan mereka.

Dalam keadaan sedemikian, jelas beliau, isteri pertama akan mendapat bahagian yang lebih besar berbanding isteri kedua, jika diambil kira tempoh perkahwinan mereka.

Kata beliau, tuntutan harta sepencarian perlu dibuat sebelum pengagihan dibuat.

Jadi tiada pembahagian secara automatik. Apakah yang anda akan menuntut? Berapa banyak yang anda akan tuntut? Dan, bagaimana anda akan membuktikan yang anda ada menyumbang kepada usaha pemerolehan aset.

Anda ada hak tetapi anda kena membuktikan tuntutan anda, kata beliau.

Aziz mengakui menentukan nilai Empayar Naza akan menjadi satu tugas yang amat besar, khususnya bagi mendapatkan nilai sebenar konglomerat ini.

Mereka juga menuntut bayaran sementara berjumlah RM20 juta daripada Zaleha dan anak-anaknya menerusi Ekspedisi Nikmat dan baki tuntutan selepas perbicaraan kelak.

Anak kedua, Nasarudin enggan mengulas apabila dihubungi semalam. Nasimuddin memulakan perniagannya pada 1974 dan telah diberikan 18,000 AP setiap tahun untuk mengimport kereta.

Kumpulan Naza menjadi tumpuan apabila diberikan kawasan seluas 65 ekar, tanah milik kerajaan di kawasan Jalan Duta di sini, yang bernilai RM15 bilion tanpa melalui tender terbuka. -TMI

http://greenboc.blogspot.com/2010/06/empayar-naza-bakal-runtuh.html