laporan gegas

29
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SPPE 1012 (ASAS KETUKANGAN) FOLIO PROJEK (AMALI KERJA LOGAM : PROJEK MENGGEGAS) NAMA PELAJAR NO.MATRIK PROGRAM MUHAMAD FAIZ BIN YAZID A14PP3046 SPPJ KEYONG LIAU A14PP3024 SPPJ

Upload: sppj1415

Post on 14-Apr-2017

2.014 views

Category:

Education


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan gegas

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPPE 1012

(ASAS KETUKANGAN)

FOLIO PROJEK

(AMALI KERJA LOGAM : PROJEK MENGGEGAS)

NAMA PELAJAR NO.MATRIK PROGRAM

MUHAMAD FAIZ BIN

YAZID

A14PP3046 SPPJ

KEYONG LIAU A14PP3024 SPPJ

NAMA PENSYARAH : DR AMIRMUDIN BIN UDIN

Page 2: Laporan gegas

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka Surat

1 Penghargaan 3

2 1.0 Pengenalan 4

1.1 Pelaksanaan Projek 4

3 2.0 Objektif 5

4 3.0 Peraturan Asas Penggunaan Bengkel Fabrikasi Logam 5

3.1 Langkah Keselamatan Dan Pencegahan Kemalangan 6

3.2 Langkah Keselamatan Kepada 3 Aspek 7

5 4.0 Jenis Alatan Tangan 8

4.1 Alatan Mengukur Dan Menanda 8

4.2 Alatan Memotong 13

4.3 Alatan Memutar 14

4.4 Alatan Mengapit 15

6 5.0 Pelaksanaan Projek Gegas 16

7 Kesimpulan 23

2

Page 3: Laporan gegas

PENGHARGAAN

Saya melahirkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya

menghasilkan folio mengenai ‘Projek Gegas’ setelah diberi tempoh selama 5 minggu untuk

menyiapkan projek ini. Alhamdulillah. Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada rakan-

rakan dan ahli kumpulan yang banyak membantu serta bekerjasama semasa menjalankan,

projek gegas ini dan tunjuk ajar kepada saya, terima kasih diucapkan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus ini, iaitu

Dr. Amirmudin Bin Udin selaku individu yang banyak memberikan tunjuk ajar serta

bimbingan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini sehingga terhasilnya folio ini. Tidak

juga saya lupa ucapan terima kasih kepada staf bengkel, En Ros Iskandar Zulkarnain Bin

Mansor dan staf yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam membantu menjayakan

folio ini. Alhamdulillah.

Akhir kata, saya amatlah berharap tugasan yang telah disiapakan ini dapat mencapai

objektif yang dikehendaki.

Sekian, terima kasih.

3

Page 4: Laporan gegas

1.0 PENGENALAN

Pada amali yang dijalankan di bengkel logam, kerja-kerja menggegas, menanggam, menebuk

lubang, mengukur dan mengikir telah diberi penekanan. Oleh yang demikian, pelajar perlu

mengetahui bentuk dan fungsi setiap peralatan yang digunakan dalam proses kerja mengegas.

Dengan itu, pelajar dapat mempraktikkan cara yang betul untuk menggunakan peralatan

tangan yang sesuai dengan kerja-kerja yang dilakukan.

Pelajar ditugaskan untuk melakukan kerja mengikut prosedur yang betul semasa

menghasilkan benda kerja gegas.. Hal ini dapat menerapkan semangat ingin tahu mengenai

sesuatu peralatan yang digunakan. Oleh yang demikian, pelajar telah ditugaskan untuk

menghasilkan folio ini tentang peralatan-peralatan yang digunakan dalam proses

menghasilkan tugasan menggegas.

Hal ini membolehkan pelajar dapat mengetahui fungsi dan prosedur penggunaan

sesuatu peralatan sebelum memulakan kerja-kerja menghasilkan kerja gegas. Dengan itu,

pelajar dapat menghasilkan kerja mengegas dengan mengikut prosedur yang betul dan

selamat seterusnya dapat menghasilkan hasil kerja yang menepati ukuran dan spesifikasi

yang telah ditetapkan tanpa sebarang masalah dan kemalangan yang berlaku semasa

melakukan kerja.

1.1 PELAKSANAAN PROJEK

Tempat : Bengkel Fabrikasi Logam, N30

Waktu : 8.00 pagi – 11.00 pagi

Hari : Ahad

Tempoh Projek Gegas : 5 minggu

Pensyarah : Dr. Amirmudin Bin Udin

4

Page 5: Laporan gegas

2.0 OBJEKTIF

Dapat mengetahui jenis-jenis peralatan dan kegunaannya.

Mengetahui nama pada setiap bahagian peralatan-peralatan.

Mentakrifkan prosedur yang betul dan sesuai semasa menggunakannya.

Menghuraikan terminologi pada sesuatu peralatan-peralatan tersebut.

Membezakan saiz pada setiap peralatan mengikut kesesuaian penggunaan pada benda

kerja.

Mengetahui langkah keselamatan semasa menggunakan sesuatu peralatan.

3.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL FABRIKASI LOGAM

Dalam mengikuti bengkel fabrikasi logam, aspek keselamatan amatlah menjadi keutamaan

yang perlu dipatuhi. Hal ini kerana, keselamatan setiap individu itu sangat penting.

Kemalangan perlulah disingkirkan dan dielakkan sepenuhnya. Setiap individu itu

bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri serta orang yang berada di sekelilingnya.

Dengan itu, segala peraturan yang telah ditetapkan dan dikuatkuasakan oleh pihak

pengurusan bengkel haruslah dipatuhi oleh para pelajar. Dengan itu, risiko untuk berlakunya

kemalangan dapat dikurangkan serta dapat dicegah. Berikut adalah peraturan-peraturan

penggunaan bengkel fabrikasi logam :

1. Pelajar dilarang menggunakan bengkel tanpa pengawasan dan kebenaran dari

pengajar.

2. Pengguna mestilah faham dan tahu untuk mengedalikan operasi mesin atau alatan

tangan sebelum melakukan sebarang kerja.

3. Jangan menggunakan mesin dan alat tangan yang diragui penggunaannya serta

dapatkan tunjukajr dari pensyarah atau pengajar bengkel.

4. Pengguna dikehendaki memakai pakain bengkel atau yang sesuai untuk kerja – kerja

didalam bengkel.

5

Page 6: Laporan gegas

5. Pemakain selipar didalam bengkel dilarang sama sekali. Mestilah memakai kasut

bertutup yang bergetah.

6. Pemakaian cermin mata keselamatan adalah dimestikan kepada pengguna.

7. Jangan menyimpan lebihan bahan atau komponen rekacipta didalam bengkel.

8. Jangan sesekali mengambil sebarang ukuran pada benda kerja yang sedang berputar

atau mesin yang sedang beroperasi.

9. Simpan alat – alat dan segala peralatan yang telah digunakan diletakkan ditempat

asalnya. Jangan biarka ianya bersepah diatas mesin dan diatas kawasan persekitaran

bengkel.

10. Sila pastikan peralatan yang telah digunakan ,dikemas dan mencukupi bilangannya.

Sekira berlaku kehilangan ,pelajar dikehendaki menggantikan peralatan yang baru.

3.1 LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN

Faktor keselamatan amatlah dititkberatkan didalam setiap bengkel. Namun malang tidak

berbau dan kemalangan atau kecemasan tetap boleh berlaku disebabkan beberapa faktor. Dan

perkara yang paling penting dan harus diberi keutamaan sekiranya berlaku kemalangan atau

kecemasan tentulah nyawa pengguna bengkel berkenaan.

Antara faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah:

Kelalaian/kegagalan manusia (perbuatan)

Faktor persekitaran bengkel

Peralatan yang digunakan

6

Page 7: Laporan gegas

3.2 LANGKAH KESELAMATAN KEPADA 3 ASPEK

A) DIRI

1. Berpakaian yang sesuai.

2. Menguunakan kasut bertutup ketika melakukan kerja.

3. Jangan bermain ketika melakukan kerja yang melibatkan mesin atau alatan

yang tajam.

4. Pakai gogel ketika kerja yang melibatkan penggunaan mesin.

5. Pakai sarung tangan ketika menggunakan alatan tangan.

B) TEMPAT

1. Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.

2. Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.

3. Kemaskan tempat setelah selesai kerja dilakukan.

C) ALATAN

1. Pastikan alatan sentiasa berminyak.

2. Jangan berebut ketika menggunakan alatan ,terutama alatan yang tajam.

3. Jauh diri dari rakan ketika melakukan kerja permotongan.

4. Susun alatan selepas menggunkannya.

Sebagai pengguna bengkel, kita bertanggungjawab terhadap sebarang perkara yang

berlaku didalam bengkel semasa kita menggunakannya. Bagi mengelakkan kemalangan

dariapada berlaku, beberapa langkah boleh diikuti :

Laporkan sekiranya terdapat perkara yang tidak selamat dan membahayakan.

Pastikan peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan yang baik.

Guna peralatan dengan kaedah yang betul.

7

Page 8: Laporan gegas

Gunakan peralatan keselamatan diri semasa menggunakan peralatan bengkel.

Sentiasa sedia dan berwaspada terhadap sebarang kemungkinan berlakunya

kemalangan.

Sekiranya berlaku kemalangan, siasatan segera haruslah dijalankan. Hal ini bagi

mengenalpasti punca berlakunya kemalangan di dalam bengkel itu. Dengan itu, barulah

langkah pencegahan yang berkesan dapat diambil bagi mengelakkan perkara atau

kemalangan yang sama daripada berulang lagi.

4.0 JENIS ALATAN TANGAN

Peralatan tangan dalam kerja menggegas ini dapat dibahagikan kepada beberapa kategori.

Dalam kerja menggegas ini peralatan tangan banyak digunakan. Peralatan tangan ini

dibahagikan kepada kategorinya berdasarkan ciri-ciri atau fungsi kegunaan yang dimiliki oleh

alatan tangan tersebut.

4.1 ALATAN MENGUKUR DAN MENANDA

Alat mengukur berfungsi untuk mengukur dan memindahkan jarak yang dikehendaki

ke atas benda projek.

Alatan menanda digunakan untuk menanda jarak, bahagian “Mail steel” dan

sebagainya sebelum dipotong.

1. Pembaris Keluli

-mengukur jarak

-menguji kerataan permukaan benda kerja8

Page 9: Laporan gegas

-membuat garisan lurus

2. Penggarit

-membuat garisan atau tanda pada permukaan logam

-mata penggarit mestilah dicondongkan berhampiran dengan tepi pembaris

-penggarit mestilah dicondongkan mengikut arah garisan

-gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang jelas

3. Penebuk Pusat

-menanda pusat bulatan sebelum kerja menggerudi

-membuat tanda yang halus pada garisan tandaan pada benda kerja.

4. Pita Pengukur

-mengukur panjang kepingan logam

5. Plat Sudut Penanda ( whilblock )

9

Page 10: Laporan gegas

-menyokong benda kerja semasa membuat kerja menanda

-memastikan benda kerja berada pada kedudukan tetap dan tepat semasa kerja

menanda.

6. Vernier Calipper

-mengukur ketepatan ukuran pada benda kerja

-digunakan untuk mengukur, menguji dan menanda benda kerja.

-unit ukuran Metrik dan Imperial.

-ukuran yang boleh diambil :-

Diameter Luar Diameter Dalam Panjang Kedalaman

7. Tolok Tinggi Vernier

10

Page 11: Laporan gegas

-membuat garisan selari pada benda kerja logam

-digunakan untuk menanda ukuran yang telah rata permukaannya.

-alat ini digunakan bersama dengan ‘surface plate’ dan ‘angle block’

8. Sesiku L

-membuat garisan tegak dari tepi permukaan benda kerja

-menguji sudut 90

-menguji kerataan benda kerja

9. Plat Permukaan (Surface Plate)

-sebagai tapak yang mempunyai permukaan untuk mengukur dan menanda bacaan

semasa menggunakan tolok ketinggian vernier.

-permukaan yang jitu.

10. Tolok Perasa Jejari (Radius Gauge)

11

Page 12: Laporan gegas

-digunakan untuk mengukur dan menguji ketepatan jejari pada bucu benda kerja.

11. Andas (Anvil)

-sebagai alas bahan kerja semasa kerja penebukan pusat dilakukan.

-digunakan sebagai alas semasa proses membentuk dijalankan.

12. Tukul Bonggol Bulat (Engineering Hammer)

-bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti

menukul kepala pahat dan alat-alat menanda

4.2 ALATAN MEMOTONG

12

Page 13: Laporan gegas

Alatan memotong berfungsi untuk menyediakan “Mail steel” dalam bentuk yang

dikehendaki

1. Gergaji Besi

-memotong benda kerja dengan mengikut saiz yang dikehendaki

2. Kikir

-memotong, menipis dan melicinkan permukaan benda kerja

3. Pahat ‘cold chisel’

-pahat adalah alat tangan yang digunakan untuk memotong, menatal atau membuang

logam. Pahat mestilah digunakan dengan tukul biasa atau tukul pneumatik

4.3 ALATAN MEMUTAR

13

Page 14: Laporan gegas

Alatan memutar digunakan untuk membuat lubang.

1. Gerudi Meja (Bench Drill)

-untuk kerja melubang pada benda kerja.

2. Tap and Die

-untuk penghasilan ulir dalam secara manual.

-proses membuat ulir dimulakan dengan tap yang mempunyai separuh ulir,

kemudiannya yang 70% mempunyai ulir dan diakhiri dengan tap yang mempunyai

ulir yang penuh.

3. Band Saw Machine

14

Page 15: Laporan gegas

-digunakan untuk memotong bentuk blok/persegi atau bersudut.

4.4 ALATAN MENGAPIT

Alatan mengapit befungsi memastikan kerja-kerja menggergaji, mengetam dan menukul

dapat dilakukan dengan sempurna.

1. Ragum Meja (Vice)

-untuk mengapit dan menyangga bahagian kepingan logam semasa bahagian tersebut

dikerjakan dengan ketam, gergaji,gerudi dan sebagainya

5.0 PELAKSANAAN PROJEK GEGAS

15

Page 16: Laporan gegas

Langkah 1 : Mengenalpasti ukuran dan bahagian yang diperlukan berdasarkan lukisan

projek yang telah diberikan. Didalam kerja menggegas ini terdapat dua bahagian iaitu:

1) Bahagian plat A.

2) Bahagian plat B.

Kedua – dua bahagian plat mempunyai ciri – ciri yang berbeza dari segi bentuk.

Bahagian plat A

Bahagian plat B

Langkah 2 :

16

Page 17: Laporan gegas

Mengukur kepingan logam untuk dipotong mengikut saiz yang telah ditetapkan

dengan menggunakan pita pengukur dan penggarit.

Menggunakan sesiku L dan penggarit bagi menghasilkan satu garisan lurus sebelum

membuat pemotongan kepingan logam.

Kepingan logam yang telah diukur di potong menjadi kepingan yang kecil dengan

menggunakan mesin pemotong besi ‘band saw machine’ dengan mengikut prosedur

yang telah ditetapkan.

17

Page 18: Laporan gegas

Langkah 3 :

Setelah membahagikan kepingan logam kepada bahagian plat A dan plat B. kedua –

dua bahagian plat itu, perlu melakukan proses pengukuran dan penandaan pada

bahagian panjang sisi dan ketinggian lebar. Serta melakukan pengukuran mengikut

plat A dan B yang telah diberikan. Proses pengukuran menggunakan “Vernier high

gauge”.

Langkah 4 :

Plat A dan Plat B seterusnya melakukan proses pemotongan dengan menggunakan

“ Hack saw”. Pemotongan yang dilakukan pada plat A dan plat B adalah pada

bahagian yang tidak diperlukan.

Langkah 5 :

18

Page 19: Laporan gegas

Kedua – dua plat diukur dengan menggunakan “Vernier calliper” adalah untuk

memastikan ketepatan ukuran pada plat tersebut. Kerana dalam kerja menggegas ini

proses ukuran adalah proses yang paling peting, jika berlaku salah ukuran boleh

mengakibatkan penolakan markah dan menyebabkan kecacatan pada tanggam.

Seterusnya, hasil dari pemotongan perlu diukur dengan menggunakan sesiku L bagi

mengukur kerataan pada setiap sesi plat A dan plat B.

Langkah 6 :

Pada bahagian plat A terdapat 3 lubang bulatan yang perlu ditebuk menggunakan

“Bench drill”. Pada bahagian hujung kanan dan kiri ukuran diameter untuk lubang

bulatan tersebut adalah 5mm. Manakala satu bahagian lubang dengan ukuran diameter

7mm adalah dibahagian tengah. Semasa melakukan penebukan lubang kita perlu

meletkkan minyak pada mata drill agar mudah untuk menebuk.

Langkah 7 :

19

Page 20: Laporan gegas

Untuk bahagian plat B proses menebuk bulatan perlu dilakukan pada bahagian hujung

kanan dan kiri dengan ukuran diameter 5mm. Selain itu,pada plat B bahagian ukuran

tengah perlu dibuang dengan melakukan lubang kecil ukuran diameter 4mm pada

bahagian tesebut dengan “center punch” sebelum gerudi.

Langkah 8 :

Selepas melakukan lubang kecil – kecil pada bahagian tengah plat B itu, kita perlu

menggunakan “cold chisel” untuk membuang bahagian tersebut.

Langkah 9 :

20

Page 21: Laporan gegas

Plat A dan plat B perlu menggunakan kikir untuk menipis dan melicinkan permukaan

yang tidak rata setelah kedua – dua plat ini selesai melakukan proses membuang

bahagian yang tidak diperlukan.

Langkah 10 :

Melakukan proses untuk membuat alur pada salah satu bahagian bulatan pada setiap

plat A & B dengan menggunakan “Tap and die”.

Langkah 11 :

21

Page 22: Laporan gegas

Setelah selesai mengikir permukaan kedua – dua plat menjadi rata dan licin. Bahagian

tepi sisi kedua - dua plat perlu dikikir untuk mendapat lekuk.

Langkah 12 :

Proses terakhir ialah membuat penandaan dengan menggunakan nombor supaya plat

tidak tertukar semasa melakukan penilaian.

KESIMPULAN

22

Page 23: Laporan gegas

Dalam menghasilkan folio ini, saya dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan

tentang sesuatu peralatan yang terdapat di dalam bengkel. Semasa proses menggegas

dilakukan semua kerja berjalan lancar dan tidak mengalami sebarang masalah dan

kecederaan.

Hal ini kerana saya telah mengetahui prosedur penggunaan dan keselamatan dalam

menggunakan setiap peralatan yang telah saya gunakan. Hal ini juga kerana bimbingan dari

pensyarah dan kesedaran pelajar sendiri tentang keselamatan dalam bengkel tersebut. Ilmu

yang diperolehi dalam bengkel ini amat berguna dalam aplikasi kehidupan seharian kita dan

semasa di alam pekerjaan nanti.

Penghasilan folio ini adalah amat penting dan harus diteruskan dalam memberikan

pengetahuan yang lebih meluas tentang sesuatu peralatan dan cara kerja. Bagi saya, ianya

dapat memberikan impak yang sangat positif kepada seseorang pengguna dalam

mengaplikasikan teori dalam bentuk amali yang mengikut spesifikasi yang betul dalam

menghasilkan sesuatu benda kerja.

23