buletin · majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh presiden kelab sukan dan rekreasi (ksr) pns,...

12
1 ISU: 4, 2016 EDISI SEPT-DIS Penasihat: Pn. Normah Yahya [email protected] Ketua Editor: Pn Dg. Salwah Pg Abd Razak [email protected] Editor: Inah Dahlan [email protected] Pereka Grafik & Penyusunan Teks: Mohd Tarmizi Bin Mohd Salleh [email protected] Jurugambar: Jonathan Leslie Panamba [email protected] Pelajar Prakkal: Nurul Nabilah Bin Wawan SIDANG PENGARANG 03 10 Perhimpunan Kakitangan 04 Kumpulan KIK pada Majlis Persada Inovasi 2016 Lawatan Kesedaran Enakmen PNS Oktober-November Menarik di dalam... PERUTUSAN PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa, Kita kini semakin hampir di penghujung tahun 2016. Pelbagai kejayaan telah kita peroleh sepanjang ta- hun 2016, antaranya adalah dengan pembukaan dan perasmian bangunan baharu iaitu PNS Cawangan Matunggong, PNS Cawangan Tambunan dan PNS Cawangan Kota Belud. Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada pegawai-pegawai Perpustakaan yang telah menerima pengurniaaan Bintang Kebesaran bersempena dengan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Negeri Sabah yang ke-62 baru-baru ini. Disamping itu, PNS juga telah ber- jaya melancarkan Visi dan Misi Ba- haru, Buku Dasar Perpustakaan Neg- eri Sabah dan juga Pelan Strategik 2015-2019 di Majlis Perhimpunan Kakitangan 2/2016. Diharapkan agar dengan penerbitan buku terse- but dapat mengukuhkan fungsi dan aktiviti jabatan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan serta membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada pengguna. Kita amat bertuah dan bersyukur kera- na dilahirkan di negara yang berbilang kaum dan agama. Di penghujung 2016, pelbagai perayaan telah diraikan seperti Deepavali dan Hari Raya Aidiladha, sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September, seterusnya Perayaan Hari Natal dan Tahun Baharu. Semoga semangat bersatu padu kekal mapan dalam diri kita tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit sesuai dengan tema Hari Malaysia pada tahun ini iaitu ‘Sehati Sejiwa’. Perpustakaan Negeri Sabah Buletin Hantarkan sebarang pertanyaan, pendapat, pengalaman menarik, seram atau romantik sepanjang bertugas di PNS ataupun perkongsian maklumat ke: Bahagian Korporat & Penerbitan atau ke alamat emel sidang pengarang buletin yang tertera di atas. Wong Vui Yin Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah

Upload: ledat

Post on 22-Mar-2019

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

W+WWW

ISU: 4, 2016

EDISISEPT-DIS

Penasihat:Pn. Normah [email protected]

Ketua Editor:Pn Dg. Salwah Pg Abd [email protected]

Editor:Inah [email protected]

Pereka Grafik & Penyusunan Teks:Mohd Tarmizi Bin Mohd [email protected]

Jurugambar:Jonathan Leslie [email protected]

Pelajar Praktikal:Nurul Nabilah Binti Wawan

SIDANG PENGARANG

03 10Perhimpunan Kakitangan 04 Kumpulan KIK pada

Majlis Persada Inovasi 2016

Lawatan Kesedaran Enakmen PNS Oktober-November

Menarik di dalam...

PERUTUSAN PENGARAH

Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa,

Kita kini semakin hampir di penghujung tahun 2016. Pelbagai kejayaan telah kita peroleh sepanjang ta-hun 2016, antaranya adalah dengan pembukaan dan perasmian bangunan baharu iaitu PNS Cawangan Matunggong, PNS Cawangan Tambunan dan PNS Cawangan Kota Belud.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada pegawai-pegawai Perpustakaan yang telah menerima pengurniaaan Bintang Kebesaran bersempena dengan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Negeri Sabah yang ke-62 baru-baru ini.

Disamping itu, PNS juga telah ber-jaya melancarkan Visi dan Misi Ba-haru, Buku Dasar Perpustakaan Neg-eri Sabah dan juga Pelan Strategik 2015-2019 di Majlis Perhimpunan Kakitangan 2/2016. Diharapkan agar dengan penerbitan buku terse-but dapat mengukuhkan fungsi dan aktiviti jabatan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan

serta membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada pengguna.

Kita amat bertuah dan bersyukur kera-na dilahirkan di negara yang berbilang kaum dan agama. Di penghujung 2016, pelbagai perayaan telah diraikan seperti Deepavali dan Hari Raya Aidiladha, sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September, seterusnya Perayaan Hari Natal dan Tahun Baharu. Semoga semangat bersatu padu kekal mapan dalam diri kita tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit sesuai dengan tema Hari Malaysia pada tahun ini iaitu ‘Sehati Sejiwa’.

Perpustakaan Negeri SabahB u l e t i n

Hantarkan sebarang pertanyaan, pendapat, pengalaman menarik, seram atau romantik sepanjang bertugas di PNS ataupun perkongsian maklumat ke:

Bahagian Korporat & Penerbitan atau ke alamat emel sidang pengarang buletin yang tertera di atas.

Wong Vui YinPengarahPerpustakaan Negeri Sabah

2

Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 4, 2016TAKLIMAT LATIHAN INDEKS AKAUNTABILITI

IBU PEJABAT PNS - 01 SEPT 2016Taklimat dihadiri oleh 30 orang ketua-ketua bahagian

BENGKEL HANDS ON PERPUSTAKAAN DIGITAL PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH - 10 OKTOBER 2016 Seramai 17 orang kakitangan PNS yang telah mengikuti Bengkel Hands On Perpustakaan Digital PNM daripa-da kira-kira lebih daripada 100 peserta yang mengikuti Bengkel tersebut.

IBU PEJABAT PNS - 21 OKTOBER 2016Kursus “Excellence Customer” telah diadakan di Bilik Seminar Kapalai Aras 4 dan telah dihadiri oleh 24 kakitangan PNS yang bertugas mengendalikan tugasan khususnya kepada pelanggan dan perkh-idmatan.

KURSUS EXCELLENCE CUSTOMER

IBU PEJABAT PNS - 25 OKTOBER 2016Mesyuarat penambahbaikan Perkhidmatan Perpustakaan di-hadiri ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua Unit Berger-ak daripada cawangan masing-masing. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah PNS, Encik Wong Vui Yin dan Timbalan Pengarah Kanan Pn. Maria Sinti.

Mesyuarat Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak

TAKLIMAT LATIHAN INDEKS AKAUNTABILITI

MESYUARAT PELAN TINDAKAN 2017

PNS CAWANGAN PENAMPANG - 13 DISEMBER 2016Mesyuarat Pelan Tindakan 2017 bersama Perpustakaan Cawangan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Kanan, Puan Maria Sinti. Perpustakaan Cawangan yang hadir adalah Ranau, Beaufort, Penampang, Library@Suria, UTC, Membakut, Sipitang, Tamparuli, Tuaran, Papar dan Kuala Penyu.

3

Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 4, 2016

PNS TANJUNG ARU - 03 NOVEMBER 2016Lawatan Ketua-Ketua Bahagian ke bangunan Baharu Perpustakaan Neg-eri Sabah Wilayah Kota Kinabalu yang terletak di Tg. Aru. Secara fizikaln-ya bangunan tersebut telah pun siap sepenuhnya dan menunggu penyam-bungan bekalan air dan elektrik.

LAWATAN KE BANGUNAN BAHARU PNS WILAYAH KOTA KINABALU

PESTA KUBIS RANAURANAU - 10 DISEMBER 2016Kakitangan Bahagian Galakan Membaca dari Ibu pejabat PNS dan kakitan-gan dari Perpustakaan Cawangan Ranau bersama-sama dengan Timbalan Pengarah Kanan (Perkhidmatan) semasa Pesta Kubis di Pekan Kundasang pada 9-10 Disember 2016 yang lalu

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PIALA PENGARAH

RANAU - 4 DISEMBER 2016 Pertandingan Bola Sepak Piala Pengarah 2016 ber-tempat di Ranau pada 2-4 Disember 2016. Keputusan pertandingan; Ibu Pejabat (Kumpulan A) merangkul Johan, Naib Johan jatuh kepada Wilayah Kenin-gau dan Cawangan Kudat muncul di tempat ke-3. Tahniah diucapkan kepada Pemenang dan AJK yang terlibat.

OCEANUS WATERFRONT MALL - 18 DISEMBER 2016Suasana di gerai pameran PNS semasa Program Minggu Hal Ehwal Peng-guna & Masyarakat di Oceanus Mall Waterfront pada 16-18 Disember 2016 yang lalu.

MINGGU HAL EHWAL PENGGUNA DAN MASYARAKAT

4

Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 4, 2016

PERHIMPUNAN KAKITANGAN SEMPENA HARI INOVASI 2016

IBU PEJABAT PNS - 24 OKTOBER 2016 Perhimpunan Kakitangan Perpustakaan Negeri Sa-bah telah diadakan bersempena dengan Hari Ino-vasi 2016. Antara pengisian yang telah dimuatkan pada Perhimpunan kakitangan pada kali ini ialah penyampaian amanat dari Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Encik Wong Vui Yin diikuti dengan Pelancaran Buku Pelan Strategik 2015-2019, Dasar Perpustakaan Negeri Sabah, Misi dan Visi baharu dan Hari Inovasi 2016. Majlis diteruskan dengan pengenalan anggota terbaharu PNS iaitu Pn No-raini Matali dan Encik Julkipli bin Jul yang bertu-gas di Bahagian Sokongan IT di Ibu pejabat PNS juga Akauntan baharu, Pn Sapiah Sampuroh. Majlis diakhiri dengan bacaan Ikrar oleh Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) PNS, Encik George Yih.

SELAMAT ULANG TAHUN PENGARAH PNS!!

IBU PEJABAT PNS, 24 OKTOBER 2016- Seluruh warga PNS di Ibu pejabat sempat memberi kejutan kepada Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Encik Wong Vui Yin, sempena ulang tahun kelahirannya, Sambutan dilakukan sejurus acara Perhimpunan Kakitangan Sempena Hari Inovasi 2016 tamat. Selaku wakil dari kakitangan PNS, kami mengucapkan selamat ulang tahun kepada Pengarah, semoga dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.

Sambutan Ulang Tahun Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah

5

Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 4, 2016

PERHIMPUNAN KAKITANGAN MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI 2016PERINGKAT PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

MASA ACARA

8.00 Ketibaan/Pendaftaran Semua Anggota PNS dan para Jemputan

8.15 Perhimpunan Kakitangan

Nyanyian Negaraku & Sabah Tanahairku

Bacaan Doa

Amanat Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah

Pelancaran Pelan Strategik, Dasar Perpustakaan Negeri Sabah, Misi dan Visi baharu & Hari Inovasi 2016.

Persembahan Multimedia (Demo) Inovasi 2016

Pengenalan anggota terbaharu PNS, Pencen, PSH (Sekiranya ada)Ikrar (oleh En. George Yih, Presiden KSRPNS)

9.00 Sarapan pagi

-Ketibaan dan Pendaftaran Kehadiran Warga PNS & Jemputan

-Perhimpunan Kakitangan -Sarapan pagi

-Ceramah ‘Kesedaran Inovasi’ oleh INTAN Sabah

-Ceramah MPK/FM oleh Pn Normah Yahya, Timbalan Pengarah Korporat, PNS.-Sesi soal-jawab.- Penyampaian Cenderakenangan dan Sijil

- Melawat ke Pameran Inovasi PNS & Pengumpulan Idea Bank

- Rehat / Makan Tengah hari

- Persembahan Pengurusan Projek KIK

- Minum Petang

- Bersurai

7.45 PAGI

8.15 PAGI

9.30 PAGI

11.00 PAGI

12.45 PTG

1.00 PTG

2.00 PTG

4.30 PTG

5.00 PTG

HARI INOVASI 2016IBU PEJABAT PNS- 30 11 2016 Persembahan Kumpulan KIK yang terdiri daripada KIK 7 Stars dari ibu pejabat, KIK PoowokJVenture dari Perpustakaan Wilayah Keningau dan KIK Avasi dari Perpustakaan Cawangan Papar, telah menyam-paikan persembahan projek sempena Hari Inovasi 2016 yang telah dijalankan sejurus tamat Perhim-punan Kakitangan PNS. Pada hari yang sama Pn. Normah Yahya, Timbalan Pengarah Korporat PNS telah menyampaikan ceramah MPK/FM . Manakala Pn Rahimah Jalun dari INTAN Sabah telah men-yampaikan ceramah ‘kesedaran Inovasi’.

ANUGERAH INOVASI

Pemenang Anugerah Inovasi telah dimenangi oleh PNS Cawangan Sipitang dengan kaedah mencegah burung layang-layang bersarang dan PNS Cawangan Beaufort dengan mesin mengangkat buku.

6

Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 4, 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

Perpustakaan Negeri Sabah mengucapkan terima kasih kepada pihak tadika dan sekolah yang telah memi-lih Perpustakaan Negeri Sabah sebagai destinasi bagi mengadakan aktiviti Lawatan Sambil Belajar. Semoga dengan lawatan sebegini dapat menambah ilmu yang boleh dijadikan manfaat seterusnya memupuk mi-nat di kalangan anak-anak muda agar cinta akan membaca.

08.09.2016- Lawatan dar SMK Membakut

29.09.2016- Lawatan dari Smart Readers

06.10.2016- Lawatan dari Kolej Vokasional Beaufort

08.11.2016- Lawatan dari SK Barangkok, Kuala Penyu

7

Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 4, 2016MAJLIS ILMU ANJURAN BAKTI PNS

IBU PEJABAT PNS - 14 OKTOBER 2016Sempena sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, Pihak Persatuan BAKTI telah menjemput pencera-mah iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd. Jumat Bin Abdul Razak untuk menyampaikan ceramah bertajuk Hijrah Diri.

IBU PEJABAT PNS - 09 SEPTEMBER 2016Majlis ilmu “Pengorbanan Nabi Ismail A.S” yang diadakan sempena Hari Raya Qurban dan disam-paikan oleh Ustaz Hj Zainal Malik.

Banjir merupakan fenom-ena biasa yang berlaku di Malaysia terutamanya pada musim tengkujuh. Walau bagaimanapun, pembangunan di kawasan bandar yang tidak diran-cang dengan teliti boleh menyumbang kepada ber-lakunya ‘banjir kilat’ ter-utamanya semasa hujan lebat.

Banjir lazimnya berlaku pada musim tengkujuh, di antara bulan November hingga Mac.

PERSEDIAAN MENGH-ADAPI BANJIR

Di dalam Rumah*Dengar pengumuman dari radio*Simpan air bersih

*Bawa masuk perabot dari luar rumah*Simpan dokumen pent-ing di tempat yang selamat*Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.*Jika diarahklan kelu-ar dan berpindah, segera lakukan.*Ikut laluan yang ditentu-kan. OLEH FIFIANA FIZI

Bahan : http://carapetua.blogspot.my/

:: tips menghadapi BANJIR

Latihan, Bengkel dan Taklimat E-ResourcePNS CAWANGAN PAPAR - 16 NOVEMBER 2016Latihan dan Bengkel e-resources untuk kakitangan PNS Cawan-gan Papar dan telah disampaikan oleh Pn. Antonia P. Sani

INSTITUT SINARAN - 17 NOVEMBER 2016 Taklimat men-genai perkhidmatan e-resources di-adakan di Institut sinaran dan telah dihadiri kira-kira 200 orang peserta yang terdiri daripada Pensyarah dan para pelajar.

8

Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 4, 2016

KURSUS ASAS SAINS PERPUSTAKAAN

IBU PEJABAT PNS - 26 NOVEMBER 2016Kursus Asas Sains Perpustakaan yang diadakan di Bilik Seminar Kapalai Aras 4 telah dihadiri seramai 36 orang Kakitangan Perpustakaan Negeri Sabah. Kursus ini bertujuan bagi memberikan pendedahan asas kepa-da peserta terhadap tugas-tugas rasmi yang dilakukan di Perpustakaan. Kursus tersebut berlangsung selama 4 hari pada 26 sehingga 29 Septem-ber 2016. Taklimat kursus telah disampaikan oleh keua-ketua bahagian.

KONTINJEN PNS PADA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI 1437 H/ 2016 M

BEAUFORT - 12 DISEMBER 2016Pada tahun ini seramai 42 orang kakitangan Perpustakaan Negeri Sabah yang telah turut serta dalam perarakan sejauh 3.5 km bermula dari Dataran Bagandang ke Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort. Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah mengetuai perarakan tersebut.

Konvensyen KIK sempena Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sabah 2016

IBU PEJABAT PNS - 30 11 2016 Tahniah kepada KIK 7 Stars dari Ibu pejabat dan KIK Poowok JVenture dari Perpustakaan Wilayah Keningau. Kumpulan 7 Stars telah meraih anugerah Naib Johan sementara Kumpulan Poowok JVenture meraih anugerah tempat ketiga dalam Peringkat Perkhidmatan Awam Negeri. Kedua-dua anugerah adalah dibawah kategori pengurusan. Hadiah bagi Naib Johan merupakan wang bernilai RM3000 dan bagi pemenang tem-pat ketiga membawa pulang RM1000.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA KUMPULAN KIK PNS!!

9

Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 4, 2016

MAJLIS PENYERAHAN BUKU

IBU PEJABAT PNS - 19 SEPT 2016Penyerahan buku “The Grand Design” oleh Zainnal Aja-main. Buku ini merupakan coretan yang didedikasikan khas untuk rakyat Malaysia terutamanya penduduk Sa-bah dan Sarawak untuk mereka lebih mendalami erti sejarah khususnya penubuhan Malaysia sebagai neg-ara Persekutuan selain hak-hak rakyat dan penduduk peribumi berlandaskan memorandum 20 Perkara.

SATTA ALMANAC 2016

IBU PEJABAT PNS - 27 SEPT 2016The Sabah Association & Travel Agent atau SATTA telah menyerahkan buku berkenaan pelancongan dalam ba-hasa Mandarin khusus bagi pembaca-pembaca bahasa tersebut. Industri pelancongan merupakan antara nadi pendapatan negeri Sabah. Buku ini diterbitkan oleh ker-ana jumlah kehendak terhadap bahasa tersebut di pas-aran yang kian meninggi. Buku ini turut memuatkan landskap yang indah dan tarikan pelancong di Sabah.

“The Grand Design” oleh Zainnal Ajamain

Penyerahan buku daripada penulis tempatan

IBU PEJABAT PNS - 7 OKTOBER 2016Majlis Penyerahan Buku daripada penulis tempatan Persatuan Momogunsia di Bilik Mesyuarat Sipadan, Aras 8, 10.30 pagi

MESYUARAT JAWATANKUASA PENERBITAN CERITA RAKYAT RUNGUS

PNS CAWANGAN MATUNGGONG - 05 DISEMBER 2016Mesyuarat Jawatankuasa Buku Cerita Kanak-kanak Bahasa Rungus yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu telah diadakan di PNS Cawangan Matunggong. Hadir bagi mempengerusikan mesyuarat tersebut ialah Pegarah Perpustakaan Negeri Sabah Encik Wong Vui Yin, mesyuarat turut dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

10

Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 4, 2016

Lawatan Kesedaran Enakmen PNS Oktober- November

Pejabat Daerah Nabawan pada 9 November 2016 .Encik Djamiludin Kamarudin ADO (T) Pejabat Daer-ah Nabawan, Encik Jamias Angapun dan Puan Goh Che Ling.

Pejabat Daerah Tenom pada 10 November 2016 .Pegawai Daerah Tenom Encik Madiyem Layapan

Stesyen Penyelidikan Pertanian, Lagud Sebrang Tenom pada 10 November 2016 .

Majlis Daerah Semporna pada 20 Oktober 2016.

Kolej Poly-tech MARA, Kampus Semporna pada 20 Oktober 2016.

Majlis Perbandaran Tawau (MPT) pada 21 Oktober.

Rumah Warga Tua Air Panas, Tawau pada 21 Oktober 2016.

11

Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 4, 2016

SENARAI KAKITANGAN PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH YANG BERSARA

BIL NAMA JAWATAN TARIKH BERSARA

1. YUMING BIN QUECK @ YUNUS BIN PARMAN

PUSTAKAWAN SA41 12/09/2016

2. LIM CHOON HIONG @ LIM CHOON HEING

PEMBANTU TADBIR (PERKER-ANIAN/OPERASI) NA17

18/09/2016

3. LIAM BIN TAWIL PENOLONG PUSTAKAWAN SA27

26/11/2016

SENARAI PERTUKARAN KAKITANGAN PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

BIL NAMA DARI KE

1. AHMAD RIDHWAN BIN WAHAP PNS WILAYAH KENINGAU IBU PEJABAT (BHGN PERKHIDMATAN PER-PUSTAKAAN)

2. NORDAYANA IZYANI BINTI A SAMBAS AZAMI

LIBRARY@SURIA IBU PEJABAT (BHGN PERKHIDMATAN PER-PUSTAKAAN)

3. MOHD RAFIZ BIN ROSMAN PERKHHIDMATAN LATIHAN & KEMAJUAN KERJAYA

4. SUZANAH BINTI SUHAILI LATIHAN & KEMAJUAN KERJAYA

PNS CAWANGAN PAPAR

PERKEMBANGAN KAKITANGAN PNS

SENARAI NAMA PELATIH INDUSTRI SEPTEMBER - OKTOBER 2016

BIL NAMA PROGRAM PENGAJIAN TEMPOH LATIHAN

1. YUSWIRA BIN MARDENE KOLEJ EASTERN KOTA KINABALU 1 SEPT 2016 - 23 SEPT 2016

2. AINNA SUFINA BT MUSTAKIP OPERASI SISTEM KOMPUTER TAHAP 3 (CAL COMPUTER LEARNING CENTRE)

1 SEPT 2016 - 30 JUN 2017

3. HAZEL JEOFERRY OPERASI SISTEM KOMPUTER TAHAP 3 (CAL COMPUTER LEARNING CENTRE)

1 SEPT 2016 - 30 JUN 2017

4. NURUL NABILAH BT WAWAN UITM, SHAH ALAM (IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN

MEDIA (KEPUJIAN) MEDIA)

5 SEPT 2016- 23 DISEM-BER 2016

5. SHASHIRADZ BIN MAHMUD CAL COMPUTER LEARNING CENTRE(PENGURUSAN PEJABAT TAHAP 2)

13 OKTOBER 2016 - 13 FEBRUARI 2017

6. SYAQEER DINEY BIN DAHRIN CAL COMPUTER LEARNING CENTRE(PENGURUSAN PEJABAT TAHAP 2)

13 OKTOBER 2016 - 13 FEBRUARI 2017

7. ‘FENNY RAZALUS KOLEJ KIARA SABAH (DIPLOMA KESE-TIAUSAHAAN EKSEKUTIF)

24 OKTOBER 2016 - 10 FEBRUARI 2017

8. ADY ALDRICK YUS ALISUS UITM CAWANGAN KEDAH, KAMPUS MERBOK (DIPLOMA PENGURUSAN

PERPUSTAKAAN)

24 OKTOBER 2017 - 2 DISEMBER 2016

12

Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 4, 2016

KELAHIRAN CAHAYA MATA BAHARU

Perpustakaan Negeri Sabah tumpang gembira atas kelahiran si comel yang dinanti-nanti-kan. Semoga dengan kehadiran cahaya mata baharu akan menambah rezeki dan seri dalam rumah tangga. Tahniah!

Nama Ibu: Puan Juvina Binti RubinBahagian: PNS, Cawangan BeluranNama anak: Adam Qhairullah Tarikh lahir: 30 Ogos 2016

ntai - intai PNSi

Sekalung tahniah kepada pegawai-pegawai PNS yang mendapat pengurniaan Bintang Kebesaran Neg-eri bersempena dengan Hari jadi TYT Yang Dipertua Negeri Sabah yang ke-62 pada 1 Oktober 2016

SENARAI PEGAWAI YANG TELAH MENERIMA PENGURNIAAN BINTANG KEBESARAN NEGERI

BIL NAMA BAHAGIAN/WILAYAH/CAWANGAN

BINTANG KEBESARAN

1. ENCIK FREDOLINE BIN JOMINOH PNS CAWANGAN PAPAR AHLI DARJAH KINABALU (A.D.K.)

2. PUAN JAITON @ ZAITON BINTI SARIDI

IBU PEJABAT, PNS AHLI DARJAH KINABALU (A.D.K.)

3. PUAN KHADIJAH BINTI HJ SUTRISNOH

IBU PEJABAT, PNS AHLI DARJAH KINABALU (A.D.K.)

4. ENCIK VALLIN AWOT IBU PEJABAT ,PNS BINTANG SETIA KINABALU (B.S.K.)

5. PUAN HO KIM YIN @ OYOT BINTI AH JEE

PNS CAWANGAN PAPAR BINTANG KINABALU(B.K.)

Nama Ibu: Puan Yeny Roslinah Binti SarailBahagian: Ibu Pejabat PNS (Akaun)Nama anak: Nur Aryanna Sofea Binti NajibTarikh lahir: 28 September 2016

Sekalung Tahniah dan Penghargaan