pengenalan gegas

20
PENGENALAN Amali yang dijalankan pada kali iaitu menggegas dapat memberikan pelbagai impak kepada pelajar. Amali ini amat bersesuaian dengan pelajar yang bakal bergelar sebagai seorang pendidik pada masa akan datang. Menerusi gerak kerja yang dilakukan seperti menanggam, menggerudi, mengukur dan mengikir sedikit sebanyak dapat menerapkan kemahiran kepada pelajar supaya lebih berkemahiran apabila bergelar sebagai seorang pendidik kelak. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui oleh setiap pelajar di dalam menjayakan projek yang diberikan ini, antaranya ialah: 1.Senarai peralatan dan teknik yang betul untuk menggunakannya. 2. Proses kerja yang perlu dijalankan 3. Hasil kerja Setiap individu haruslah peka terhadap keselamatan, bertanggungjawab anatara satu sama lain dan yang paling penting sekali ialah mendengar arahan dari pensyarah. Penggunaan alatan tangan seperti angkup venier adalah sangat penting bagi mendapatkan ukuran yang tepats epanjang kerja dijalankan. Tanggam perlulah barcantum dengan sempurna tanpa sebarang kelonggaran pada tanggam bagi mendapatkan hasil yang terbaik.Interaksi antara pensyarah dan juga rakan sekumpulan amat penting kerana melalui interaksi ini dapat memupuk sifat tolong menolong, kerjasama antara rakan, berkomunikasi dengan berkesan sepanjang projek dijalankan. Hal ini juga dapat melatih kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar dan bersesuaian apabila menghadapi alam perkerjaan nanti.

Upload: asyraf-adnan

Post on 04-Aug-2015

881 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN gegas

PENGENALAN

Amali yang dijalankan pada kali iaitu menggegas dapat memberikan pelbagai impak kepada pelajar.

Amali ini amat bersesuaian dengan pelajar yang bakal bergelar sebagai seorang pendidik pada masa

akan datang. Menerusi gerak kerja yang dilakukan seperti menanggam, menggerudi, mengukur dan

mengikir sedikit sebanyak dapat menerapkan kemahiran kepada pelajar supaya lebih berkemahiran

apabila bergelar sebagai seorang pendidik kelak.

Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui oleh setiap pelajar di dalam menjayakan projek yang diberikan ini,

antaranya ialah:

1.Senarai peralatan dan teknik yang betul untuk menggunakannya.

2. Proses kerja yang perlu dijalankan

3. Hasil kerja

Setiap individu haruslah peka terhadap keselamatan, bertanggungjawab anatara satu sama lain dan yang paling penting

sekali ialah mendengar arahan dari pensyarah. Penggunaan alatan tangan seperti angkup venier adalah sangat penting bagi

mendapatkan ukuran yang tepats epanjang kerja dijalankan. Tanggam perlulah barcantum dengan sempurna tanpa

sebarang kelonggaran pada tanggam bagi mendapatkan hasil yang terbaik.Interaksi antara pensyarah dan juga rakan

sekumpulan amat penting kerana melalui interaksi ini dapat memupuk sifat tolong menolong, kerjasama antara rakan,

berkomunikasi dengan berkesan sepanjang projek dijalankan. Hal ini juga dapat melatih kemahiran insaniah dalam kalangan

pelajar dan bersesuaian apabila menghadapi alam perkerjaan nanti.

Page 2: PENGENALAN gegas

OBJEKTIF AMALI

Antara objektif yang hendak dicapai dalam amali ini ialah:

1.Mempelajari kaedah-kaedah penggunaan alatan tangan dengan cara yang betul dan sistematik bagi menghasilkan produk

yang bermutu.

2.Mempelajari cara penggunaan mesin gerudi, menukar mata mesin gerudi, dan langkah keselamatan semasa

menggunakan mesin gerudi.

3.Menterjemahkan lukisan projek.

4.Pelajar dapat memahami dan mengamalkan peraturan bengkel dan langkah-langkahkeselamatan dalam bengkel kerja

logam.

5.Meningkatkan lagi kemahiran sedia ada.

Page 3: PENGENALAN gegas

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

1.Pelajar hendaklah berpakaian kemas atau yang sesuai keadaan bengkel ( bajubengkel ).

2.Pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan-peraturan dan carta keselamatan bengkel seperti di

dalam bengkel yang berupa perkataan atau slogan sebagai suatu tanda ingatan tentang pentingnya

mematuhi peraturan keselamatan bengkel.

3.Pelajar tidak dibenarkan bermain, bergurau atau berlari di dalam bengkel.

4.Pelajar hendaklah memastikan lantai dan keadaan sekeliling bengkel dalam keadaan bersih dan

selamat sebelum menjalankan kerja.

5.Pelajar diingatkan supaya sentiasa membawa apa-apa alatan tangan dengan mata alat menghadap ke

bawah.

6.Jangan gunakan alatan tangan yang diragui cara menggunakannya. Mahasiswa dinasihatkan supaya

dapatkan bantuan tenaga pengajar.

7.Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada alat-alat tangan atau hilang pelajar hendaklah

melaporkannya kepada tenaga pengajar.

10.Selepas menggunakan alat-alat tersebut, simpan ditempat yang telah disediakan supaya meja tidak

bersepah dan tidak menyebabkan kemalangan kecil berlaku.

Page 4: PENGENALAN gegas

Alatan Memotong

Gergaji Logam dan Kikir

“hacksaw” “kikir”

Hacksaw

- Digunakan untuk memotong benda kerja.-Antara faktor-faktor penting yang perlu diambil perhatian

ialah :

i.Bahan mata gergaji

ii.Kekerasan mata gergaji

iii.Saiz mata gergaji

Kikir

-Digunakan untuk memotong, menipis dan melicinkanpermukaan bahan kerja.

-Kikir berbeza dari segi permukaan kikir tersebut, jenis potongan gigi dan kasar atau halus matanya.

-Panjang kikir diukur dari hujung hingga ke hulunya.

- Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama, segitiga tirus,separuh bulat dan bulat.

Page 5: PENGENALAN gegas

Pahat Sejuk dan Tukul Besi

“cold chisel”

- Digunakan untuk memisahkan bahagian besi yang telah dipotong.- Penggunaannya hendaklah 90

darjah dengan bahagian yang hendak dipotong.

Tukul Besi

“engineer hammer”

- Untuk mengetuk pahat sejuk semasa kerja memisahkan kawasan yang telah dipotong.

Page 6: PENGENALAN gegas

Alat Menanda

Penebuk Pusat,Anvil,Tolok Tinggi Vernier

“center punched”

-Digunakan untuk menanda lubang sebelum lubang digerudi.

- Digunakan bersama tukul besi dan juga landas.

Landas Tukul

”anvil”

-Digunakan sebagai alas semasa kerja membuat lubangdengan menggunakan penebuk pusat.

-Ia juga digunakan semasa membuat nombor.

Tolok Tinggi Venier

“vernier high gauge”

- Digunakan untuk menanda ukuran yang telah ratapermukaannya.

-Alat ini digunakan bersama dengan ‘surface plate’ dan ‘angle block’

Page 7: PENGENALAN gegas

Blok Sudut,Penggarit

“angle block”

- Digunakan untuk menyokong kedudukan besi supaya tidak bergerak dan kukuh semasa pengukuran

besi dijalankan.

- Ianya digunakan diatas bagimendapatkan sudut yang tepat dan garisan yang rata.

Penggarit

“scriber”

-Digunakan untuk menanda bahagian yang tidak dikehendaki yang hendak dipotong padapermukaan

besi.

-Mata penggarit mestilah dicondongkan berhampiran dengan tepi pembaris

-Penggarit mestilah dicondongkan mengikut arah garisan

-Gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang jelas

Page 8: PENGENALAN gegas

Sesiku L,Ragum

“engineer try square”

-Mengukur keratan sudut 90 darjah.

-Digunakan juga untuk menguji kerataan permukaan bahan kerja.

Alat Memegang

Ragum Meja

“vise”

-Digunakan untuk memegang benda kerja ketika kerja menggergaji, mengikir danmengilap.

- Ragum ini dipasang pada bahagian meja bagi memudahkan penggunaannya.

-Saiz dikira dengan ukuran panjang bilah-bilah pengapitnya.

Page 9: PENGENALAN gegas

Alat Pengukuran

Angkup venier,Radius Gauge

“vernier caliper”

-Digunakan untuk mengukur diameter dalam dan diameter luar.

-Boleh juga digunakan untuk mengukur panjang dan lebar bahan.

-Digunakan untuk mengukur kedalaman sesuatu bahan.

-Angkup vernier mempunyai tahap kejituan bacaan yang lebih baik.

Tolok Perasa Jejari

“radius gauge”

- Digunakan untuk menguji ketepatan sesuatu sudut padabahan kerja.

- Mempunyai plat yang berbagai-bagai saiz yang diperlukan.

Page 10: PENGENALAN gegas

Mesin

Mesin Gerudi Meja

-Kegunaannya untuk kerja-kerja melubang yang berat.

-Kelajuan menggerudi adalah bergantung kepada diameter gerudi dan jenis bahan yang digerudi.

Mata Gerudi

-Mata gerudi yang digunakan untuk menebuk lubang pada bahan kerja.

-Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am.

Page 11: PENGENALAN gegas

LANGKAH KERJA

Kerja mengikir

Dua keping plat besi (plat A dan B) yang telah siap dipotong akan dibekalkan kepada setiap pelajar. Plat

tersebut dikikir pada dua bahagian sisi seperti mana yang ditunjukkan di dalam rajah.

Plat A Plat B

Bahagian sisi (berlorek) yang perlu dikikir

Kedua-dua sisi ini dilorek bertujuan untuk proses pengukuran dan penandaan pada berikutnya dengan

menggunakan tolok tinggi vernier bersama blok sudut dan meja yang berpermukaan rata.

Proses mengikir, mulakan mengikir pada sisi atau bahagian yang dipotong. Gunakan kikir mata kasar

dahulu kemudian dituruti dengan kikir mata halus. Kawalan gerakan tangan harus sentiasa konsisten.

Page 12: PENGENALAN gegas

Kerja mengukur dan menanda

Setelah selesai mengikir pada kedua-dua belah sisi, kerja pengukuran dengan menggunakan tolok tinggi

vernier dilakukan. Dengan menterjemahkan lukisan projek,pindah segala ukuran ke tolok tinggi vernier

dan seterusnya membuat penandaan seperti dalam gambar. Kemudian ulang langkah yang sama dengan

ukuran yang berlainan.

Pengukuran dan penandaan garisan dengan menggunakan tolok tinggi vernier.

Ketelitian amat penting dalam proses ini kerana kesilapan dalam pengukuran akan menjejaskan

ketepatan dan hasil produk.

Bahagian yang hendak dipotong perlulah dilorek dengan menggunakan penggarik supaya tidak

berlalunya kekeliruan atau kesilapan semasa pemotongan.

Page 13: PENGENALAN gegas

Kerja menebuk lubang

Proses berikutnya ialah proses menebuk lubang dengan menggunakan mesin gerudi.Proses ini dilakukan

selepas sahaja selesai proses pengukuran dan penandaan pada plat besi.

Di dalam proses berikut, alatan tangan yang terlibat ialah penebuk pusat, tukul, dan mesin gerudi

bersama-sama mata gerudi berdiameter 6mm, 8mm dan 8.6mm.

Kawasan yang perlu ditanda dan ditebuk ditunjukkan dalam rajah.

Plat A Plat B

Selepas pengukuran dan penandaan dibuat, kawasan yang hendak ditebuk perlu ditanda dengan

menggunakan penebuk pusat terlebih dahulu.

Kemudian, mulakan kerja menggerudi dengan menggunakan mesin gerudi meja.Ketatkan benda kerja

pada ragum meja gerudi dengan kemas. Pastikan mata gerudi berserenjang dengan bahagian yang

ditanda dengan penebuk pusat dan mulakan gerudi dengan kelajuan mata gerudi pada kelajuan satu.

Untuk keselamatan, pastikan memakai gogel semasa gerudi dan tidak memakai sarung tangan. Angkat

mata gerudi dengan perlahan-lahan setelah selesai menebuk lubang.

Ulang langkah yang sama dengan menukar mata gerudi dahulu untung lubang yang berlainan diameter.

Page 14: PENGENALAN gegas

Kerja memotong

Kerja memotong dilakukan selepas kerja mengukur, menanda dan menggerudi. Alatanyang terlibat

adalah gergaji besi dan ragum meja.

Pastikan paling kurang tiga bilah mata gerudi menyentuh permukaan yang hendak dipotong. Berada

dalam posisi yang betul dan tekanan semasa tolakkan harus kuat dansemasa menarik pula tekanan

dikurangkan.

Bahagian yang perlu dipotong ditunjukan dalam rajah dibawah:

Page 15: PENGENALAN gegas

Kerja Memahat

Selepas sahaja selesai membuat pemotongan dan gerudi, salah satu bahagian perlu dipotong dengan

menggunakan pahat sejuk.

Alatan yang diperlukan adalah pahat sejuk, tukul, dan ragum meja.

Apitkan plat besi pada ragum meja, kemudian rapatkan hujung mata pahat pada bahagian yang hendak

dipotong (bahagian tersebut digerudi terlebih dahulu).

Kedudukan pahat adalah berserenjang dengan plat besi.

Kemudian ketuk hulu pahat dengan menggunakan tukul sehingga bahagian yang hendak dipotong

hampir tertanggal.

Gunakan tukul dengan mengetuk bahagian yang hendak dipotong sehingga tertanggal.

Proses memahat

Page 16: PENGENALAN gegas

Kekemasan.

Setiap bahagian yang dipotong, sisinya harus dikemaskan dengan menggunakan kikir supaya

permukaannya menjadi licin dan rata.

Setiap kali dikikir, bahagian dikikir perlu diuji kerataannya dengan Sesiku (engineer try square) dan

angkup vernier supaya ukuran tidak terkurang.

Terdapat 2 bucu yang perlu dibuat fillet seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Fillet dihasilkan dengan menggunakan kikir dan tolok perasa jejari. Kikir sehingga mendapat ukuran yang

sama dengan tolok perasa jejari.

Akhir sekali, kikir permukaan atas pada kedua-dua belah plat besi tersebut sehingga licin dan rata.

Page 17: PENGENALAN gegas

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, projek tanggam yang dijalankan selama empat minggu banyak mengaplikasikan

semua alatan tangan yang dipelajari secara teori pada folio yang telah dibuat.Kemahiran dalam

penghasilan produk dengan menggegas dapat ditingkatkan lagi. Disiplin mahasiswa berjaya dikekalkan

dengan baik selama empat minggu berikutan tiada sebarang kemalangan yang berlalaku semasa gerak

kerja dilakukan.Mahasiswa berjaya menterjemahkan lukisan projek melalui beberapa kaedah dan

kemahiran seperti memotong plat besi menggunakan gergaji besi,menebuk lubang menggunakan mesin

gerudi dan penggunaan alatan tangan menggegas dengan teknik yang betul dan selamat serta

memahami dan mempraktikkan langkah-langkah keselamatan semasa di dalam bengkel logam sehingga

terhasilnya tanggam pada plat besi berbentuk U dengan bantuan tenaga pengajar.