hubungan emosi malu dan penglibatan …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/masadliahani...hubungan...

50
HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN ASAS MASADLIAHANI BINTI MASDUKI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Upload: others

Post on 24-Jan-2020

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN ASAS

MASADLIAHANI BINTI MASDUKI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN ASAS

MASADLIAHANI BINTI MASDUKI

Laporanprojekinidikemukakansebagaimemenuhi

sebahagiandaripadasyaratpenganugerahan

IjazahSarjanaPendidikanTeknik Dan Vokasional

FakultiPendidikanTeknikaldanVokasional

UniversitiTun Hussein OnnMalaysia

JUN2016

Page 3: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

iii

Teristimewa buat suami yang tercinta

Ishamudin bin Jimat

Ayahanda dan bonda yang dikasihi selalu

Hj Masduki bin Jarkasi danHjh Zarina binti Abdullah

Anak-anak yang disayangi

Hanis Aliah, Hana Aisyah dan Hariz Adli

Seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa menemani

terima kasih atas segalanya.

Setinggi penghargaan untukPenyelia

DR Alias bin Masek

Terima kasih atas segala bimbingan dan pertolongan yang diberikan.

Semoga Allah memberkati segalanya dan kejayaan adalah milik kita semua.

Page 4: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin kurniaannya dapat saya

sempurnakan hasil kerja ini dengan jayanya sepertimana yang telah dirancangkan.

Di sini juga saya merakamkan sejuta penghargaan yang tidak terhingga kepada

pensyarah penyelia saya iaitu Dr Alias bin Masek yang banyak membantu dan sudi

membimbing saya dalam menyiapkan projek ini.

Tidak dilupakan kepada suami yang tersayang, Ishamudin bin Jimat yang

sentiasa memberikan sokongan, dan galakan kepada saya dalam apa jua keadaan sekali

pun. Terima kasih atas doa yang sentiasa dititipkan. Begitu juga kepada kedua ibu bapa

yang amat saya kasihi,Hj Masduki Bin Jarkasi dan Hjh Zarina binti Abdullah yang tidak

pernah rasa letih dalam mendidik saya selama ini. Segala nasihat yang diberikan selama

ini banyak membantu menguatkan semangat saya dalam pengajian ini. Terima kasih

juga atas doa yang tidak pernah putus dari kalian.

Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah yangmengajardan turut

membantu dalam memberikan ilmu pengetahuan dan idea sama ada secara langsung

ataupun tidak langsungdarisemestersatuhinggasemesterlima.Kepada rakan-rakan

seperjuangan yang sentiasa membantu, menangis dan ketawa bersama selama

duatahunsetengah ini, jasa anda semua amatlah dihargai dan dikenang.Buatguru besar

SK Seri Bali, Tn Hj Musa bin Salan, terima kasih di atas sokongan yang diberi selama

ini. Semoga kejayaan ini adalah milik kita semua.

Page 5: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

v

ABSTRAK

Tujuan Pendidikan Awal adalah untuk memperkembangkan potensi dan melahirkan

murid yang berkemahiran. Namun, terdapat segelintir murid mempunyai masalah emosi

maluyangmemberi kesan terhadap perkembangankemahiranmereka. Oleh yang

demikian, kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan emosi maludan penglibatan

murid prasekolah terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas.

Kajianinimerupakan kajiantinjauan berbentuk deskriptif. Sampel bagi kajian ini adalah

terdiri daripada 118murid Prasekolah Kementerian PendidikanMalaysia (KPM)

daerahSegamatyangpemaludimanamuridyangterlibatdiwakili oleh

gurukelasmerekauntukmembuat

penilaian.Terdapatduafasakajiansebenardimanafasapertamabertujuan mendapatkan

populasimurid ‘pemalu’tanpa melabeldanfasakeduamelibatkan pengedaran borang soal

selidik yang sebenar.Datayang diperolehidimasukkan ke dalam perisian SPSS versi 22.0

dandianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil analisis menunjukkan

bahawa tahapmalumuridketikasesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran

asasditahapyangtinggisementara penglibatan murid pula adalah rendah. Tidak terdapat

perbezaan tahap malu yang signifikan di antara murid lelaki dan perempuan, tetapi

terdapat hubungan negatif yang kuat di antara tahap malu dan penglibatan murid dalam

pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas. Dapatan kajian ini berguna kepada guru-

guru serta pentadbir sekolah untuk merancang strategi bagi mengatasi sifat malu dan

meningkatkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas.

Page 6: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

vi

ABSTRACT

The goal of early education is to develop children’s potential and to produce skilled

students. Ironically, there are some children who have the shyness problem

thataffectstheirskilldevelopment. Therefore, this researchwas undertaken to examine

the relationship between shyness and preschoolchildren’s participation in the basic

skill teaching and learning.Thisstudy wasasurveyresearch inthe form of descriptive

study. The sample for this study was 118 shy preschool children of Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) in Segamat whereby they were represented and rated

by their teachers. There were two phases involved in the research. The first phase

was to find the population of ‘shy’ childrenwithoutlabelingthemand the second

phase involved the distribution of the questionnaire.Data werekeyed inusing the

SPSS version 22.0 andwereanalyzedusingdescriptiveand inferential analysis. The

analysis showed that the children’s level of shyness was high, whereas the

children’s participation was low. There was no significant difference in the level of

shyness between boys and girls. However, there is a strong negative correlation

between the level of shyness and thestudent’s participation in the teaching and

learning of basic skills. These findings are useful for teachers and school

administrators in planning the strategies to overcomechildren’s shyness during the

basicskill teaching and learningsession.

Page 7: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 1

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Guru-guru Prasekolah 6

1.6.2 Bidang Prasekolah 7

1.7 Kerangka Konsep Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 8

Page 8: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

viii

1.9 Definisi Operasional/ Istilah 9

1.9.1 Emosi 9

1.9.2 Malu

1.9.3 Penglibatan Murid

1.9.4 Prasekolah

9

10

10

1.9.5 Pengajaran dan Pembelajaran 10

1.9.6Kemahiran Asas 11

1.10 Rumusan

11

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

2.2 Latar Belakang Pendidikan Awal 13

2.2.1 Dasar Pendidikan Prasekolah 13

2.2.2 Prinsip Pembelajaran Prasekolah 14

2.3 Definisi dan Tanda-tanda Malu 16

2.4 Teori-teori dan Model Berkaitan 18

2.4.1 Teori Konsep Kendiri 18

2.4.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow 19

2.4.3 Teori Kebimbangan 20

2.4.3 Teori Personaliti 20

2.4.5 Communication Apprehension (CA) 21

2.4.6 Model Lima Faktor 21

2.4.7 Teori Emosi 22

2.5 Kajian-kajian Lepas 23

2.5.1 Tahap Malu dan Instrumen

Mengukur Tahap Malu

23

2.5.2 Penglibatan Murid Pemalu Ketika

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

29

2.5.3 Perbezaan Tahap Malu Murid Lelaki

dan Murid Perempuan

35

Page 9: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

ix

2.5.4 Hubungan Penglibatan Murid

Terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran dengan Emosi Malu

36

2.6 Rumusan

39

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 40

3.2 Reka Bentuk Kajian 40

3.3 Kerangka Operasi 41

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 44

3.5 Instrumen Kajian 46

3.5.1 Soal Selididk 46

3.5.1.1 Kadar Pengagihan Borang

Soal Selidik

49

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 49

3.7 Prosedur Kajian 50

3.7.1 Kajian Rintis 50

3.7.2 Kajian Sebenar 52

3.8 Prosedur Pengumpulan Data 53

3.9 Prosedur Menganalisis Data 55

3.9.1. KaedahAnalisis Deskriptif 56

3.9.2. Kaedah Analisis Inferensi 56

3.10 Rumusan

57

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 58

4.2 Analisis bahagian A: Maklumat Demografi 59

4.2.1 Jantina 59

4.2.2. Umur 60

Page 10: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

x

4.3 Ujian Normaliti 61

4.4 Analisis Bahagian B: Persoalan Kajian 1 62

4.5 Analisis Bahagian C: Persoalan Kajian 2 63

4.6 Analisis Persoalan Kajian 3 65

4.7 Analisis Persoalan Kajian 4 66

4.8 Rumusan

67

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Perbincangan 69

5.2.1 Tahap emosi malu murid ketika

sesi pengajaran dan pembelajaran

kemahiran asas

70

5.2.2 Penglibatan murid pemalu ketika

sesi pengajaran dan pembelajaran

kemahiran asas

73

5.2.3 Perbezaan malu diantara murid

lelaki dan murid perempuan ketika sesi

pengajaran dan pembelajaran kemahiran

asas

75

5.2.4 Hubungan di antara Penglibatan

Murid Terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran dan Emosi Malu

76

5.3 Kesimpulan 79

5.4 Cadangan 80

5.4.1 Cadangan kepada pihak sekolah 80

5.4.2 Cadangan kepada guru 81

5.4.3 Cadangan untuk kajian lanjutan 81

5.5 Penutup 83

Page 11: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

xi

RUJUKAN

84

LAMPIRAN 94

Page 12: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

xii

SENARAI JADUAL

2.1 Standard Pembelajaran Aspek Kemahiran

Prasekolah

15

3.1 Peringkat Penggunaan Skala Likert

48

3.2 Kandungan Soal Selidik

48

3.3 Kaedah Penganalisisan Data

55

3.4 Pentafsiran Skor Min

56

3.5 Pentafsirankolerasi

57

4.1 Taburan Sampel Mengikut Umur

60

4.2 Min dan Sisihan Piawai bagi Umur Sampel

61

4.3 Jadual Tahap Malu Murid Ketika Sesi PdP

Kemahiran Asas

62

4.4 Jadual Penglibatan Murid Pemalu Ketika

Sesi PdP Kemahiran Asas

64

4.5 Min Tahap Malu Murid Lelaki Dan

Perempuan

65

4.6 Ujian t- bebas Tahap Malu Murid Lelaki dan 65

Page 13: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

xiii

Perempuan

4.7 Ujian Kolerasi Tahap Malu Dan Penglibatan

Murid Pemalu

66

Page 14: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

xiv

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konsep Kajian

7

2.1 Tajuk-tajuk Utama Dalam Bab 2

13

2.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow

19

3.1 Carta Alir Kerangka Operasi

43

3.2 Cara Penentuan Sampel Kajian 45

3.3 Prosedur Pengumpulan Data

54

4.1 Peratusan Sampel Mengikut Jantina

60

4.2 Hubungan di Antara Penglibatan Murid

dalam Pdp Kemahiran Asas Terhadap Tahap

Malu

67

5.1 Penglibatan MuridyangAktifdalamPdp

Kemahiran Asas Dan Emosi Malu yang

Menguasai Diri

78

Page 15: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

xv

SENARAI SINGKATAN

PdP = Pengajaran dan Pembelajaran

KPM = Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 16: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A CartaGant

94

LAMPIRAN B LokasiKajian

97

LAMPIRAN C Jadual Penentuan Saiz Sampel

Daripada Populasi

(Sumber: Krejcie, Robert V.,

Morgan, Daryle W.,1970)

100

LAMPIRAN D Kebenaran Menggunakan

Instrumen

102

LAMPIRAN E Borang Pengenalpastian Murid

104

LAMPIRAN F Borang Soal Selidik

106

LAMPIRAN G Pengesahan Pakar

115

LAMPIRAN H Ujian Normaliti

124

LAMPIRAN I Kajian Rintis

133

LAMPIRAN J Analisis Data SPSS

136

LAMPIRAN K Pengesahan Penyelia 144

Page 17: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bab ini terbahagi kepada lapan bahagian iaitu latar belakang kajian, pernyataan masalah,

objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, kerangka

konseptual, dan definisi istilah. Bahagian latar belakang kajian menyentuh tentang

pendidikan prasekolah dan kepentingan murid menguasai kemahiran asas,

selainmembincangkanserbasedikit tentang masalah emosi malu murid yang memberi

kesan terhadap penglibatan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas.

Seterusnya, bahagian pernyataan masalah menyatakan sebab kajian ini dilaksanakan.

Bab ini juga menyenaraikan tujuan, objektif dan juga persoalan kajian bagi menentukan

hala tujuan kajian ini. Selain daripada itu, perkara-perkara yang menjadi batasan kajian

dan kepentingan kajian turut dibincangkan. Akhir sekali ialah huraian mengenai

kerangka operasi dan definisi istilah yang dapat dijasikan panduan kepada pembaca.

1.2 Latar Belakang Kajian

Pendidikan yang berkualiti perlulah menghasilkan perubahan positif yang tekal serta

berupaya merealisasikan matlamat Malaysia menjadi sebuah negara industri dan

berkemahiranyang benar-benar maju dan berdaya saing. Cabaran menjadiwarganegara

yang berkemahiranperlu ditempuhi dengan berani dari peringkat awal lagi iaitu dari

prasekolah hingga ke peringkat tertinggi di universiti. Pendidikan Prsekolahmerupakan

Pendidikan Awalbagi menyediakan asas yang penting kerana pendidikan awal

Page 18: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

2

sebenarnya memainkan peranan utama dalam usaha memperkembangkan lagi potensi

kanak-kanak dari segi akademik, mahupun kemahiran yang bermatlamatkan menuju

sebuah negara yang seimbang dan harmoni.

Pendidikan Awaladalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-

kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang

dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, di mana proses memperkembangkan

potensi murid ini dilaksanakan melalui persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang

selamat, menyeronokkan, kreatif dan bermakna (Dokumen Standard Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan, 2010). Pembelajaran melalui persekitaran yang positif ini

adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep

kendiri dalam diri kanak-kanak bagi menyuburkan dan memantapkan potensi kanak-

kanak dalam semua aspek, termasuk aspekkemahiran sebagai persediaan memasuki

sekolah rendah dan menghadapi subjek Reka bentuk dan Teknologi (RBT). Jadi, jelaslah

bahawa matlamat Pendidikan Awal di Malaysia adalah selari dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang mahukan rakyat Malaysia dibentuk dari peringkat awal

lagi sama ada dari segi kognitif, afektif mahupun psikomotor.

Keseimbangan emosi murid-murid prasekolah adalah penting untuk menyemai

sikap positif terhadap diri sendiri, kepercayaan terhadap orang lain dalam kumpulan

serta menambahkan keyakinan kepada keupayaan kemahiran diri sendiri.Murid-murid

prasekolah perlu mempunyai konsep kendiri dan tahap keyakinan yang tinggi kerana

Pendidikan Awal merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu kepada

perkembangan kemahiran dan pencapaian kanak-kanak pada masa

hadapan.Perkembangan kemahiran murid adalah bergantung kepada komitmen dan

penglibatan murid-murid prasekolah itu sendiri ketika sesi pengajaran kemahiran di bilik

darjahdi mana peranan yang dimainkan oleh seorang kanak-kanakmenjadi amat penting

dalam perkembangan dan pembangunan kemahirannya. Sekiranya seorang kanak-kanak

menerima pendidikan kemahiran asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak

tersebut akan terus berjaya dalam bidang kemahiran yang akan dilalui pada peringkat

yang lebih tinggi.

Page 19: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

3

Melalui pernyataan-pernyataan di atas, jelas sekali bahawa kanak-kanak perlu

sentiasa dibimbing dan dipupuk dengan konsep kendiri yang positif kerana ketika inilah

kemahiranmereka senang dibentuk.Dengan dunia tanpa sempadan dan proses globalisasi

masa kini, wujud keperluan bagi menyediakan kanak-kanak yang berkemahiran untuk

menjadi warganegara global di mana mereka perlu peka dan bersikap positif sejak

dariawal lagi sertamampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan yakin dan

berani.Namun, dalam membentuk konsep kendiri yang positif, masalah malu serta

kurang keyakinan diri merupakan masalah utama murid prasekolah, terutamanya ketika

sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiranasas di dalam bilik darjah. Menurut

Sim (2009), nisbah murid prasekolah berumur 5 dan 6 tahun yang belajar secara aktif

dengan murid pemalu di dalam kelas ialah 3:2 di mana jika terdapat 10 orang murid di

dalam kelas, hanya 6 orang daripadanya cuba melakukan kemahiran yang dipelajari,

sementara selebihnya menunjukkan tanda-tanda malu. Sifat malu murid menjadikan

pembelajaran tidak efektif, sedangkan pembelajaran yang aktif adalah amat penting bagi

perkembangan kemahiran seorang kanak-kanak.

Kajian yang dijalankan oleh Majlis Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi pada

tahun 1997 mendapati bahawa sebanyak 13% kanak-kanak di Malaysia mempunyai

masalah psikososial di mana jumlah ini meningkat kepada 20.3% pada tahun 2006

(PortalRasmiKementerian Kesihatan Malaysia, 2010). Menurut

PortalRasmiKementerian Kesihatan Malaysia (2010), masalah psikososial kanak-kanak

merujuk kepada masalah emosi atau tingkah laku serta masalah sosial kanak-kanak

dengan orang di sekelilingnya seperti malu dan tertekan. Masalah malu merupakan

masalah yang universal di mana kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa wujud

murid yang pemalu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (Balda dan Duhan,

2010;Rubin, 1993;Rimmer, Good, Harris dan Balaam, 2011). Kebanyakan kes

menunjukkan individu perempuan lebih pemalu dari lelaki (Wittchen & Fehm, 2001;

Kessler, 2003) di mana kebiasaannya masalah malu ini terjadi di kalangan kanak-kanak

dan remaja (Kessler, 2003) kerana tempoh ini merupakan tempoh kritikal membina

kemahiran sosial (Wittchen & Fehm, 2001). Disebabkan oleh penekanan terhadap

Page 20: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

4

pendekatan behaviorisme dan kognitif dalam psikologi, faktor emosi kanak-kanak di

dalam kelas telah diabaikan (Sim, 2009; Eisenberg, Fabes & Spinrad, 2006).

Kajian-kajian lepas melaporkan terdapat hubungan yang negatif di antara malu

dengan penglibatan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (Friedman, 1980;

Rimmer et al., 2011; Mohamed dan Hamzah, 2005; Holbrook, 1987; Anderson, 1987).

Murid yang pemalu tidak memberi komitmen yang diharapkan ketika sesi pengajaran

dan pembelajaran disebabkan oleh sifat malu yang juga dikaitkan dengan kemahiran dan

pengalaman murid dalam menghadapi situasi sosial (Coplan, DeBow, Schneider

danGraham, 2009).

Murid yang pemalu mengalami masalah komunikasi, mengambil masa yang

lama untuk memberi respon serta kurang bercakap ketika aktiviti perbincangan di dalam

kumpulan (Crozier, 2001).Murid yang pemalu tidak mahu bekerjasama dalam aktiviti

kumpulan, berasa cemas untuk memberikan pendapat atau bercerita mengenai kerja

yang dihasilkanserta tidak mahu mengangkat tangan (Bosacki et al., 2011). Jika ada

murid yang mengangkat tangan sekalipun, apabila murid ini berdiri menghadap guru dan

rakan-rakan, tiada sepatah perkataan pun diungkapkan. Murid hanya berdiam diri

dengan mata memandang lantai atau sekadar melihat kearah guru kerana lidah kelu

(Zimbardo, Pilkonis, & Norwood, 1977). Selain tidak berinteraksi dengan efektif di

dalam kelas, murid pemalu tidak yakin diri dan malu mencuba sesuatu pengalaman dan

diasah atau diberi nilai tambah oleh guru sekiranya murid merasa malu dan tidak mahu

mencuba.Apabila sifat malu menjadikan murid tidak aktif,sesi PdP kemahiran menjadi

tidak efektif dan objektif pengajaran dan pembelajaran sukar dicapai.

Daripada pernyataan-pernyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa emosi malu

di dalamkelas yang tidak bertempat menyebabkan murid kehilangan banyak peluang

menimba pengalaman dalam aktiviti kemahiran di dalam kelas (Coplan & Arbeau,

2008).Oleh sebab kekurangan interaksi di dalam kelas, suasana pembelajaran pasif telah

wujud tanpa disedari sedangkan pembelajaran yang aktif amat penting dalam pembinaan

dan perkembangan kemahiran murid (Yeo dan Mohamad, 2010; Yahaya, 1999).

Page 21: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

5

1.3 Pernyataan Masalah

Walaupun tujuan Pendidikan Awal adalah untuk memperkembangkan potensi dan

melahirkan murid yang berkemahiran serta memastikan murid-murid sentiasa positif,

yakin dan berani, namun terdapat segelintir murid mempunyai masalah emosi malu

ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran. Konsep pembelajaran

Pendidikan Awal adalah berfokuskan belajar sambil bermain di mana ketika bermain,

murid dapat mengembangkan kemahiran psikomotor mereka. Murid yang pemalu tidak

melibatkan diri dalam aktiviti main dan ini membantutkan perkembangan

kemahirannya.Sekiranya masalah malu murid-murid prasekolah tidak diatasi dari awal

iaitu sejak dari prasekolah lagi, ia bolehmelarat apabila murid memasuki persekolahan

arus perdana kelak.Perkara yang paling membimbangkan ialah kesan malu terhadap

penglibatan murid di dalam bilik darjah kerana jika murid tidak aktif ketika proses PdP

kemahiran, objektif pembelajaran sukar untuk dicapai, proses PdP menjadi tidak efektif,

murid tidak menguasai topik pembelajaran dan seterusnya mempengaruhi

perkembangankemahiran murid. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan

emosi dan penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas

dalam Pendidikan Awal.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penglibatan murid di dalam bilik darjah

dari beberapa aspek iaitu;

a) Mengetahui tahap emosi malu murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

kemahiran asas

b) Mengenalpasti penglibatan murid pemalu ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran kemahiran asas

c) Membandingkan tahap emosi malu di antara murid lelaki dan murid

perempuanketika sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas

Page 22: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

6

d) Mengkaji sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara penglibatan

murid dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas terhadap tahap emosi

malu.

1.5 Persoalan Kajian

Soalan kajian yang dijawab dalam kajian ini ialah;

a) Apakah tahap emosi malu murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

kemahiran asas?

b) Apakahterdapat penglibatan yang aktif bagi murid pemalu ketikasesi pengajaran

dan pembelajaran kemahiran asas?

c) Apakah perbezaan tahap emosi maludi antara murid lelaki dan murid perempuan

ketika sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas?

d) Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara penglibatan murid ketika

sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas dan tahap emosi malu?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah supaya hasil kajian dapat memberi manfaat kepada pelbagai

pihak terutamanya golongan yang terlibat secara langsung dalam bidang Pendidikan

Awal Kanak-kanak. Kepentingan kajian bagi pihak yang terlibat adalah seperti berikut;

1.6.1 Guru-guru Prasekolah

Dapatan dari kajian ini diharap dapat membantu guru-guru prasekolah untuk mencari

jalan penyelesaian terbaik bagi membimbing murid yang malu dan tidak yakin pada diri

supaya lebihberani mencuba dan lebih menonjol dalam kemahiran yang dipelajari.

Kajian ini juga diharapkan dapat memberi ilham kepada guru-guru untuk merancang

aktiviti yang menarik dengan kaedah pengajaran terbaik yang dapat mengikis perasaan

malu dan meningkatkan keyakinan diri murid.

Page 23: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

7

1.6.2 Bidang Prasekolah

Kajian ini akan membuat eksplorasi terhadap tahap malu dan penglibatan murid

prasekolahketika sesi pengajaran dan pembelajaran aspek kemahiran di dalam bilik

darjah. Maka, satu penemuan secara empirikal akan diperolehi di mana kajian ini akan

memberikan data pertama berkaitan murid prasekolah yang pemalu ketika sesi PdP

kemahiran asas di daerah Segamat. Selain itu, kajian ini dapat menghasilkan instrumen

baru yang sah dan sesuai digunakan sebagai panduan oleh pengkaji-pengkaji lain yang

ingin membuat kajian bagi topik yang berkaitan.

1.7 Kerangka Konsep Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penglibatandan emosi malu murid prasekolah

dalambilikdarjah. Fokus kajian ini menekankan kepada duaperkara utama iaitu tahap

malu murid ketika sesi PdP kemahiran asas sertapenglibatan murid pemalu ketika sesi

PdP kemahiran asas.Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah penglibatan murid

ketika sesi PdP kemahiran sementara pemboleh ubah tidak bersandar ialah tahap malu

murid. Kerangka konsep kajian ini adalah seperti dalam rajah 1.1 di bawah.

Page 24: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

8

Rajah 1.1:KerangkaKonsep Kajian

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini terhad kepada beberapa aspek berikut;

a) Kajian ini bertujuan untuk mengkaji emosi malu murid dalam konteksPendidikan

Awal. Fokus kajian ini terhad kepada empat aspek iaitu tahap malu, penglibatan

murid pemalu, perbezaan tahap malu di antara murid lelaki dan murid

perempuan serta hubungan antara tahap malu dan penglibatan murid pemalu

ketika sesi PdP kemahiran asas.

b) Sampel kajian ini melibatkan murid-murid Prasekolah Kementerian Pendidikan

Malaysia dalam Daerah Segamat sahaja. Oleh itu kajian ini hanya dapat

dikaitkan secara keseluruhan bagi personaliti malu murid Prasekolah Daerah

Segamat.

PENGLIBATAN

MURID

KETIKA SESI

PdP

KEMAHIRAN

ASAS

TAHAP

MALU

MURID

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN ASAS

Bertanya dan menjawab

soalan

Bekerja secara individu

dan dalam kumpulan

Menunjukkan kemahiran

yang dipelajari

Mempersembah dan

menceritakan hasil kerja

di hadapan kelas

Page 25: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

9

c) Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik, ketepatan kajian ini adalah

bergantung kepada kejujuran responden memberikan jawapan terhadap

pernyataan-pernyataan yang dikemukakan dalam soalan selidik tersebut.

1.9 Definisi Operasional / Istilah

Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini mempunyai definisi seperti yang

berikut;

1.9.1Emosi

Yahaya, Yahaya dan Zakariya (2005) mendefinisikan emosi sebagai perasaan yang

bersifat positif atau negatif yang tergolong dalam kumpulan afektif dan sering

menguasai diri. Emosi ialah tindak balas yang dizahirkan ke atas sesuatu perkara, objek

atau orang, di mana emosi merupakan perasaan atau afek yang melibatkan satu

gabungan rangsangan fisiologi seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku

yang nyata seperti tersipu-sipu (Santrock,1972). Emosi dalam kajian ini adalah

merupakan perasaan atau emosi malu.

1.9.2Malu

Menurut Coplan dan Arbeau (2008), malu merupakan gabungan emosi yang tidak

tenteram yang dikawal oleh hati di mana ia meliputi perasaan bimbang, ketegangan,

serba salah, rasa rendah diri dan tidak percaya kepada diri sendiri selain bimbang orang

lain memberikannya penilaian yang negatif. Ia ditunjukkan melalui tingkah laku yang

terhalang ketika menghadapi situasi sosial yang baru dihadapi.

Page 26: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

10

1.9.3 Penglibatan Murid

Menurut Hasan, Kadir dan Asimiran (2013), penglibatan murid ditakrifkan sebagai

tingkahlaku atau perkara di mana murid melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Menurut

Rusell et al. (2005), penglibatan murid merupakan suatu tenaga dalam tindakan atau

sesuatu yang menghubungkan murid dengan aktiviti di mana ia terdiri dari kognitif,

tingkah laku, dan emosi. Murid dalam kajian ini merujuk kepada kanak-kanak sekolah

berumur lima dan enam tahun yang belajar di Prasekolah Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) daerah Segamat.

1.9.4Prasekolah

Menurut Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. (2010), pendidikan

prasekolah didefinisikan sebagai tahun persediaan untuk melangkah ke alam

persekolahan sebenar di sekolah rendah. Ia merupakan tahun-tahun yang kritis dan

penting kerana menjadi asas yang dapat menentukan kejayaan hidup seseorang (Mazjub,

2003).

1.9.5Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Ali (2000), pengajaran merupakan proses dua hala di antara pengajar dan

pelajar dalam memahami pengetahuan yang diperlukan di mana pengajaran berfungsi

untuk menyampaikan dan memindahkan maklumat, mendorong pembelajaran dan

menghasilkan perubahan tingkah laku. Pembelajaran pula merupakan proses

pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta

pembentukan sikap dan kepercayaan yang berlaku dalam diri murid(McDougall, 2008).

Jadi, pengajaran dan pembelajaran ialah proses dua hala dalam menyampaikan ilmu

pengetahuan oleh guru kepada pelajar bagi menghasilkan perubahan tingkah laku yang

diharapkan. Pengajaran dan pembelajaran dalam konteks kajian ini merujuk kepada

aspek kemahiran,di mana guru prasekolah bertindak menyampaikan ilmu pengetahuan

Page 27: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

11

yang berkaitan dengan kemahiran kepada murid prasekolah. Perkataan pengajaran dan

pembelajaran dalam kajian ini adalah digantikan dengan perkataan singkatan umum iaitu

‘PdP’. Dalam erti kata lain, PdP dalam kajian ini merujuk kepada pengajaran dan

pembelajaran.

1.9.6 Kemahiran Asas

Kemahiran asas merupakan penguasaan ilmu pengetahuan, teknologi dan keterampilan

teknik yang spesifik secara asas atau dasar, yang boleh dipelajari dan diukur (Coates,

2007). Dalam kajian ini, pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran asas adalah

merujuk kepada segala aktiviti pembelajaran aspek kemahiran yang bersifat ‘hands on’

serta menggunakan psikomotor. Ia meliputi proses bertanya dan menjawab soalan,

perbincangan di dalam kumpulan, melakukan aktiviti hands on secara individu mahupun

dalam kumpulan serta mempamerkan dan menceritakan hasil kerja yang diperolehi.

Aspek kemahiran asas ini terkandung di dalam Tunjang Fizikal dan Estetika pada

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

1.10 Rumusan

Secara keseluruhan, bab satu membincangkan tentang latar belakang kajian berkenaan

dengan masalahdan kesan sifat malu murid di mana ia menuju kepada pernyataan

masalah dengan membincangkan tentang kesan sifat malu ketika sesi PdP kemahiran

terhadap murid prasekolah. Selanjutnya, objektif dan persoalan kajian dinyatakan

dengan jelas. Sebanyak empatpersoalan kajian dikemukakan di mana ia menentukan

metodologi kajian yang dijalankan. Kajian ini mempunyai kesignifikanan kepada guru-

guru serta bidang prasekolah. Kerangka konsep kajian dilakarkan bagi menentukan

pembolehubah-pembolehubah yang digunakan. Kajian ini juga mempunyai batasannya

kerana hasil kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua murid prasekolah di

negara ini. Akhir sekali, beberapa istilah kajian telah didefinisikan untuk mengelakkan

kekeliruan di kalangan pembaca.

Page 28: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Tinjauan atau kajian literatur menceritakan dapatan-dapatan kajian lepas yang berkait

rapat dengan kajian yang sedang dijalankan (Creswell, 2009). Menurut Chua (2011),

kajian literatur melibatkan penyelidik membuat rujukan secara kritikal dan sistematik

ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah

memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dijalankan di mana ia

bertujuan untuk meletakkan kajian yang akan dijalankan pada perspektif saintifik serta

mengelakkan penyelidik daripada membuat penyalinan atau duplication.

Justeru, bab ini menerangkan tentang latar belakang Pendidikan Awal, definisi

malu dan tanda-tandamalusertateori-teori psikologi berkaitan dengan emosi atau sifat

malu. Selain itu, bab ini juga meninjau tentang dapatan kajian lepas yang telah

dijalankan oleh para penyelidik dari dalam dan luar negara berkaitan dengan tahap-

tahap maludan instrumen-instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap malu,

perbezaantahapmalumuridlelakidanperempuan, penglibatanmuridpemalusemasasesi

pengajaran dan pembelajaran (PdP)sertahubungandiantara penglibatan

dantahapmalumurid semasa sesi PdP di dalam bilik darjah.Tajuk-tajuk utama dalam

bab ini dapat diterangkan melalui rajah 2.1 di bawah.

Page 29: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

13

Rajah 2.1: Tajuk-tajuk utama yang dibincangkan dalam Bab 2

2.2 Latar Belakang Pendidikan Awal

PendidikanawaldiMalaysiabermuladengan Prasekolah Annexpadatahun 1992 dan

diperluaskan padatahun 2002

untukmemberipendidikandankemahiranawalkepadakanak-

kanakberusiaempathinggaenamtahun (Bahagian pengurusan Sekolah Harian,

Kementerian Pendidikan Malaysia).

2.2.1 Dasar Pendidikan prasekolah

Pengajaran dan pembelajaran Prasekolah adalah menggunakan Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK)di mana ia bertujuan untukmenyediakan peluang

kepada murid bagi mencapai konsep kendiri yang positif, mempunyai keyakinan diri,

berani mencuba, mempunyai kematangan emosi, berkebolehan berkomunikasi dengan

mantap, membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya,

menyuarakan pandangan dan perasaan dan bekerjasama dengan orang lain (Bahagian

Penglibatan dan Kesan Emosi Murid Terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran Kemahiran Asas

Latar Belakang

Pendidikan

Awal

-Dasar

Pendidikan

Prasekolah

-Prinsip

Pembelajaran

Kemahiran

Prasekolah dalam

Tunjang Fizikal

dan Estetika

Definisi

dan

Tanda-

tanda

Malu

Teori-teori

Berkaitan

- Teori Konsep

Kendiri

-Teori Maslow

-Teori Kebimbangan

-Teori Personaliti

-Communicaton

Apprehension

-Model Lima Faktor

-Teori Emosi

Kajian-kajian Lepas

-Tahap-tahap Malu dan

Instrumen Mengukurnya

-Penglibatan Murid Pemalu

ketika Sesi Pengajaran dan

Pembelajaran

-Perbezaan Tahap Malu

Murid Lelaki dan Perempuan

-Hubungan Penglibatan

Murid Ketika Sesi

Pengajaran dan Pembelajaran

dan Emosi Malu

Page 30: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

14

pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia).Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK) mempunyai enam tunjang utama iaitu Tunjang

Bahasa dan Komunikasi, Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, Tunjang Keterampilan

Diri, Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Keterampilan Diri dan Tunjang Fizikal

dan Estetika (Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010).

2.2.2 Prinsip Pembelajaran Kemahiran Prasekolah dalam Tunjang Fizikal dan

Estetika

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahirandalam Tunjang Fizikal dan Estetika bagi

prasekolah tertumpu kepada kemahiran psikomotor yang lebih menekankan koordinasi

mata dan tangan di mana pembelajaran kemahiran ini juga menggalakkan pemikiran

dan daya kreativiti murid.PdPkemahiran prasekolah meliputi proses bertanya dan

menjawab soalan, perbincangan di dalam kumpulan, melakukan aktiviti hands on

secara individu mahupun dalam kumpulan serta mempamerkan dan menceritakan hasil

kerja yang diperolehi (Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2010).

Jadual 2.1 di bawah menunjukkan standard pembelajaran bagi aspek kemahiran dalam

Tunjang Fizikal dan Estetika di prasekolah.

Page 31: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

15

Jadual 2.1: Standard Pembelajaran Aspek Kemahiran Prasekolah

(Sumber: Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010)

STANDARD PEMBELAJARAN

Tunjang Fizikal dan Estetika

PFK 1.1.9 Menggunakan jari untuk mengoyak bahan mengikut rupa bentuk

PFK 1.1.10 Menggunakan tangan untuk memintal

PFK 1.1.11 Menggunakan jari untuk merenjis

PFK 1.1.12 Menggunakan jari untuk menjentik

PFK 1.1.13 Menggunakan tangan untuk memulas penutup botol

PFK 1.1.14 Menggunakan tangan untuk mengikat sesuatu objek

PFK 1.1.15 Menggunting menghasilkan satu bentuk

PFK 1.2.7 Menggunakan tangan untuk melipat menghasilkan pelbagai bentuk

PFK 1.2.8 Menggunakan jari untuk membutang pelbagai saiz (termasuk butang katup, butang

cangkuk)

PFK 1.2.9 Menggunakan tangan untuk menzip seluar, baju, beg

PFK 1.2.10 Menggunakan tangan untuk menyarung sarung kaki dan sarung tangan

PFK 1.2.11 Menggunakan jari untuk menguntai objek pelbagai saiz dengan menggunakan pelbagai

jenis tali

PFK 1.2.12 Menuang air dari jug ke dalam bekas pelbagai bentuk

PFK 1.2.13 Memakai tali pinggang dengan bimbingan

PFK 1.2.14 Menyurih menggunakan templat atau objek

PFK 3.2.3 Mengenal jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat (contoh: membuat

sandwich)

PFK 4.1.8 Membersihkan sapu tangan atau sarung kaki

PFK 4.1.9 Menguruskan persediaan tempat sebelum dan selepas makan

KTI 1.2.9 Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai teknik

KTI 1.2.13 Menghasilkan kraf tradisional yang mudah dengan menggunakan bahan yang sesuai

KTI 1.3.4 Menceritakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri

KTI 1.3.5 Menyatakan pandangan secara lisan hasil kerja sendiri dan rakan.

Jadual 2.1 menerangkan bahawa kemahiran asas murid prasekolah merupakan

kemahiran psikomotor asas yang menekankan koordinasi mata-tangan di mana

kemahiran ini dapat melatih murid menggerakkanotot-otot tangan.Kemahiran ini juga

dapat melatih mereka memberi tumpuan atau fokus pada bahan, alatan atau pekerjaan

Page 32: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

16

yang dilakukan. Guru boleh mempelbagaikan kaedah dan aktiviti bagi setiap standard

pembelajaran seperti bermain dan bertandingantara kumpulan. Kemahiran-kemahiran

asas dalam Tunjang Fizikal dan Estetika ini adalah merangkumi aspek pengetahuan,

kemahiran dan juganilai. Murid juga perlu berani menceritakan dan mempamerkan

hasil kerja selain memberi pendapat tentang hasil kerja sendiri dan rakan.

Menurut Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2010),

pembelajaran kemahiran dalam Tunjang Fizikal dan Estetika menekankan keupayaan

imaginasi, kreativiti, bakat, apresiasi, dan yang paling penting ialah keupayaan

menggunakan kemahiran psikomotor murid itu sendiri.Selain itu, murid-murid perlu

menguasaikemahiran bergaul dan menyesuaikan diri dalam kumpulan, keupayaan

mengawal, menguasai dan meluahkan perasaan secara positif seperti marah, malu,

sedih, dan ingin tahu. Namun, perkara ini bukanlah suatu yang mudah kerana setiap

murid mempunyai tingkah laku dan emosi yang berbeza. Antara emosi yang

menjadikan PdP kemahiran tidak berkesan ialah emosi malu yang menyebabkan proses

PdP kemahiran itu tidak aktif serta tidak mencapai objektif yang diharapkan.

2.3 Definisi dan Tanda-tanda Malu

Malu merupakan satu bentuk fokus diri secara berlebihan, terlalu memikirkan apa yang

difikirkan orang lain, perasaan dan reaksi fizikal (Gökhan, 2010). Malu merupakan trait

negatif yang menurunkan harga diri (Cowden, 2009).Tingkah laku malu boleh

menimbulkan reaksi negatif daripada orang lain yang akan mengurangkan keyakinan

diri melalui penilaian yang digambarkan (Wadman, Durkin and Conti-Ramsden 2008).

Kekurangan keyakinan diri menjadikan murid pemalu berkelakuan pasif ketika sesi

PdP. Menurut Jones dan Carpenter (1986), rasa malu dikaitkan dengan penarafan yang

lebih negatif daripada orang lain.Malu merupakan trait personaliti yang memberikan

penilaian diri yang negatif (Henderson, Zimbardo& Carducci, 2010).Durmus (2007)

mendefinisikan malu sebagai suatu sifat, watak, sikap atau keadaan perencatan.Malu

merupakan reaksi interaksi sosial yang menyebabkan rasa tidak selesa, asyik

memikirkan sesuatu atau merasa amat malu terhadap tingkah laku sendiri.Terdapat dua

perkara yang mendatangkan rasa malu dan tidak yakin seseorang, iaitu ketika

Page 33: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

17

merasakan dirinya mendapat perhatian (Rimmer, Good, Harris & Balaam, 2011;

Crozier, 2004) dan ketika dinilai seperti bercakap di khalayak ramai(Mohamed &

Hamzah, 2005; Crozier, 2001).Oleh yang demikian, murid pemalu kurang berinteraksi

dengan guru dan rakan lain ketika sesi PdP di dalam kelas kerana kanak-kanak yang

pemalu sentiasa menganggap diri mereka diperhatikan.

Kanak-kanak yang malu tidak merebut diri daripada peluang-peluang untuk

berinteraksi dengan rakan sebaya termasuk guru dan kerap memaparkan tingkah laku

bersendirian dalam konteks sosial (Rubin, Coplan & Bowker, 2009).Apabila ini

berlaku, murid ini menjadi pasif ketika aktiviti PdP. Kumpulan rakan sebaya

merupakan penyumbang yang penting dan unik untuk kanak-kanak, berkembang dari

segi emosi, moral, sosial dan kognitif (Rubin, Bukowski & Parker, 2006). Sehubungan

dengan itu, kanak-kanak yang kurang melibatkan diri dalam interaksi sosial mungkin

'terlepas' daripada manfaat ini. Kanak-kanak pemalu ini akan menghadapi masalah

dalam penyesuaian diri di dalam kelas dan menyebabkannya hilang keyakinan diri.

(Rubin et al., 2009).Perkara ini seterusnya menyebabkan kanak-kanak pemalu tidak

melibatkan diri ketika PdP di dalam kelas dan menjadi pendiam, terutama apabila guru

menumpukan perhatian terhadapnya.

Terdapat banyak tanda-tanda malu.Menurut Arroyo dan Harwood (2011), sifat

malu boleh dilihat apabila seseorang itu berkomunikasi dengan orang lain. Antaranya

ialah kurang bercakap, berkelakuan kekok ketika berinteraksi dan kompetensi

komunikasi yang rendah.Sifat malu amat mempengaruhi kemahiran komunikasi

seseorang kanak-kanak.Ketika sesi PdP dijalankan di dalam kelas, murid pemalu hanya

memerhati interaksi guru dan rakan-rakannya sambil mendiamkan diri.Orang yang

pemalu memaparkan tahap gelisah yang lebih tinggi dan sukar untuk senyum.Murid

yang malu dan tidak yakin untuk bercakap akan menyangka orang berfikir

mengenainya (Mohamed & Hamzah, 2005). Perasaan takut dan tidak yakin ini

menyebabkan peningkatan degupan jantung dan tekanan darah.

Tanda-tanda murid yang tidak yakin dan malu ialah seperti pandangan

menghala ke lantai, anggota badan menjadi tegang serta lidah menjadi kelu. Apabila

keadaan ini berlaku, suara murid ini akan menjadi lembut, menggeletar dan bernada

rendah (Asendorpf, 1993; Hyson & Van Trieste, 1987).Murid pemalu tidak yakin dan

Page 34: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

18

tidak berani berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru, mahupun dengan rakan-

rakan, lebih-lebih lagi jika disoal atau disuruh melakukan sesuatu aktiviti secara

individu ataupun di dalam kumpulan. Malu tidak semestinya terjadi sepanjang masa

dalam situasi sosial, di mana seseorang itu juga adalah pemalu jika ia menunjukkan

keresahan dan tidak yakin diri pada keadaan-keadaan tertentu sahaja seperti ketika

situasi pembelajaran (Bosacki et al., 2011).

2.4 Teori-teori dan Model Berkaitan

Perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak adalah berkaitan dengan sifat malu. Jadi,

teori-teori dan model dalam bab ini adalah berdasarkan kedua-dua aspek perkembangan

ini.

2.4.1 Teori Konsep Kendiri

Kebanyakan pengkaji-pengkaji psikologi merujuk kepada teori-teori lama seperti Teori

Konsep Kendiri yang diperkenalkan oleh Karl Rogerspadatahun

1951.Teoriinimenyatakanbahawakonsep kendiri seseorang adalah terbentuk melalui

pengalaman yang dilaluinya. Apabila seseorang individu berinteraksi dengan

persekitarannya, individu tersebut akan mula sedar tentang peristiwa di luar dunianya.

Kesedaran ini akan memberi pengalaman kepadanya dan mewujudkan kesedaran

mengenai konsep „aku‟ dan „diriku‟ yang dikenali sebagai konsep kendiri. Konsep

kendiri merupakan cara seseorang individu menilai kekuatan dan kelemahan yang ada

pada dirinya secara sedar serta melalui maklumat atau pandangan orang lain. Melalui

konsep kendiri inilah terbentuknya personaliti seseorang (Yahaya dan Gan, 2010).Oleh

itu, kanak-kanak tidak mempunyai masalah emosi malu di sekolah jika kanak-kanak itu

mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai konsep harga kendiri yang tinggi

di mana ibu bapanya bersikap menunjukkan minat, memberi layanan, dan mesra.

Kanak-kanak didedahkan dengan gaya hidup yang permisif bukan mendera dan

mempunyai amalan demokrasi. Kanak-kanak yang pemalu pula berada dalam keadaan

risau, sedih dan tegang di mana bantuan dan dorongan daripada ibu bapa adalah

penting untuk mengurangkan sifat malunya.

Page 35: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

19

2.4.2Teori Hierarki Keperluan Maslow

Menurut Yahaya dan Ahmad (2010), cara berfikir dan tingkah laku seseorang pelajar

dipengaruhi oleh konsep kendirinya. Konsep kendiri yang positif akan menghasilkan

keyakinan diri yang tinggi, dan mempengaruhi kejayaan diri murid. Namun,

sebahagian murid kurang berkeyakinan dan menunjukkan sikap yang pasif sama ada di

dalam atau di luar sekolah.Yahaya dan Ahmad (2010) menekankan penggunaan Teori

Hierarki Keperluan Maslow yang menegaskan bahawa seseorang individu perlu

memenuhi kesemua keperluan asas iaitukeperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan

keperluan kasih sayang sebelum memenuhi keperluanpenghargaan kendiri dan

mencapai kesempurnaan kendiri. Jika keperluan asas telah dipenuhi, seseorangindividu

akan lebih yakin pada diri dan seterusnya membina konsep kendiri yang positif. Teori

Maslow ini boleh dijelaskan melalui rajah 2.3 di bawah.

Rajah 2.3: Teori Hierarki Keperluan Maslow

Ini bermakna, murid yang menunjukkan emosi malu di dalam kelas mungkin

disebabkan oleh salah satu keperluan di atas tidak dipenuhi di mana menjadi

tanggungjawab ibu bapa serta guru untuk menyediakan keperluan-keperluan tersebut

Page 36: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

20

supaya konsep kendiri yang positif dapat dibentuk dalam diri kanak-kanak. Murid yang

mempunyai masalah malu mempunyai konsep k`endiri yang rendah, tetapi ia masih

boleh dibentuk dari awal usia kanak-kanak.

2.4.3 Teori Kebimbangan

Terdapat dua punca kebimbangan menurut Daud dan Nurul (2006) iaitu ekspektasi

yang terlalu tinggi terhadap diri dan kepercayaan yang tidak rasional.Kebimbangan

tercetus apabila individu tidak berkeupayaan untuk melakukan tugas dan apabila

mereka menilai diri secara negatif dalam satu-satu situasi.Teori kebimbangan

Schlenker dan Leary‟s (1982) adalah berkait rapat dengan malu di mana menurut

Henderson et al. (2010), penilaian negatif yang menyebabkan kebimbangan juga

membawa kepada perasaan malu.Tanggapan penilaian yang negatif atau tidak diingini

merupakan faktor yang menyumbang kepada kebimbangan sosial.Apabila seseorang

individu menumpukan perhatian mereka terhadap diri mereka sendiri, ini meningkatkan

kebimbangan mereka untuk dinilai, menjadikan mereka lebih responsif kepada

piawaian penilaian tersebut dan pelbagai jenis maklum balas (Baldwin, Baird, Sailor

dan Clark, 2001).Daripada teori ini, dapat diketahui bahawa emosi malu murid

mungkin disebabkan mereka terlalu bimbang akan penilaian negatif yang diberikan

orang lain, sebagai contoh, malu mencuba melakukan kemahiran yang dipelajari kerana

khuatir diperhati guru atau rakan dan melakukan kesilapan selain bimbang dianggap

tidak berbakat atautidak berkemahiran.

2.4.4 Teori Personaliti

Teori ini menekankan hubungan awal di antara ibu bapa dan anak sebagai faktor

penting dalam perkembangan personaliti individu. Menurut Yahaya dan Ahmad

(2010), kanak-kanak akan berkembang secara normal sekiranya hubungan tersebut

positif dan penuh kasih sayang. Manusia yang normal bersikap lebih fleksibel dan

spontan serta meletakkan matlamat sesuai dengan kebolehan mereka.Mereka juga

hidup untuk berkecenderungan untuk mencapai realisasi diri. Sebaliknya, hubungan

Page 37: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

21

yang negatif di antara ibu bapa dan anak akan menyebabkan kanak-kanak tersebut

tertekan dan timbul keresahan dalam diri mereka.Teori Personaliti yang kerap dirujuk

oleh para penyelidik ialah Teori Personaliti Allport yang menekankan personaliti

adalah dinamik, tersusun dan unik.Beliau menambah bahawa personaliti adalah tingkah

laku yang terpandu dan boleh diwarisi. Perkembangan positif seorang kanak-kanak

akan terganggu sekiranya dia berasa kurang selamat. Pembentukan personaliti individu

yang positif bergantung pada kasih sayang di usia awal. Personaliti malu yang

terbentuk dalam diri kanak-kanak akan di bawa ke sekolah dan memberi kesan

terhadap perkembangan kemahirannya.

2.4.5Communication Apprehension (McCroskey, 1970)

MenurutMcCroskey (1983), Communication Apprehension (CA) merupakan sifat yang

mempunyai kecenderungan untuk mengalami kegelisahanketika berkomunikasi dalam

berbagai keadaan ataupun disebut ketakutan berkomunikasi terutama dalam situasi

sosial seperti di dalam kelas.CA yang tinggi secara tidak normal menyebabkan masalah

sepertikegelisahan yang ekstrim dan penghindaran terhadap komunikasi secara

langsung.Fikiran negatif dapat membuatkan seseorang merasa gelisah dan

mencegahnya untuk bercakap (McCroskey, 1983).Murid yang pemalu mempunyai CA

yang tinggi, yang menyebabkannya takut untuk berkomunikasi ketika sesi PdP.

2.4.6Model Lima Faktor

Menurut John dan Srivastava (1999), terdapat lima faktor atau trait personaliti yang ada

dalam diri seseorang iaitu;

i) Neuroticism, kecenderungan untuk mempunyai emosinegatif dan kesedihan.

ii) Extraversion, kecenderungan untuk bersosial atau berada dalam kelompok.

iii) Opennes, kecenderungan untuk memiliki sifat imaginatif.

iv)Agreeablenes, kecenderungan ingin membantu orang lain, serta menghindari

permusuhan.

v) Conscientiousness, kecenderungan menjadi individu yang berdisiplin.

Page 38: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

22

Murid yang pemalu mempunyai domain Neuroticismyang tinggi seperti mempunyai

sifat mudah cemas, emosional dan sentimental.Murid yang pemalu juga mempunyai

domainExtraversionyang rendah seperti bersifat menyendiri, pendiam, serius dan tidak

bersemangat.

2.4.7 Teori Emosi

Terdapat dua teori emosi yang boleh dijadikan panduan dalam kajian ini iaitu Teori

Emosi Dua Faktor dan Teori Emosi James-Lange.Teori Emosi Dua Faktor merupakan

teori paling klasik di mana ia berorientasikan kepada rangsangan. Menurut Schachter

dan Singer (1962),rangsangan seperti malu menyebabkan reaksi fisiologi seperti hati

berdebar, peningkatan tekanan darah, jantung berdegup laju, nafas menjadi cepat dan

adrenalin di alirkan ke dalam darah. Hasilnya akan menyebabkan simptom-simptom

emosi malu ditunjukkan seperti tersipu-sipu. Jika rangsangan yang diterima merupakan

sesuatu yang membahayakan diri, emosi yang timbul ialah takut di mana ahli psikologi

melihat teori ini sebagai teori kognisi.

MenurutDębiec (2014), James dan Lange telah mengemukakan teori emosi

yang hampir sama.Teoritersebutmengatakanbahawaemosi timbul setelah reaksi

psikologi terjadi.Emosi merupakan hasil persepsi seseorang terhadap perubahan-

perubahan yang terjadi pada tubuh sebagai respons terhadap pelbagai rangsangan yang

datang dari persekitaran. Suatu emosi itu timbul disebabkan hasil pengalaman dan

proses belajar. Emosi juga terjadi kerana terdapat perubahan pada sistem vasomotor

(otot-otot). Sesuatu peristiwa yang berlaku akan menimbulkan perubahan fisiologi dan

psikologi yang dikenali sebagai emosi.

Page 39: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

23

2.5 Kajian-kajian Lepas

2.5.1 Tahap Malu dan Instrumen Mengukur Tahap Malu

Sebanyak 13.3 peratus kanak-kanak prasekolah di Haryana, India menunjukkan tahap

malu yang ekstrem ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (Balda dan Duhan, 2010)

dan Rubin (1993) dalam kajiannya mendapati sebanyak 14.4 peratus kanak-kanak

berumur lima tahun di Kanada adalah pemalu di dalam kelas. Kajian yang dijalankan

terhadap pelajar tahun pertama jurusan Sains Komputer di University of Sussex

mendapati sebanyak 27 peratus pelajar malu untuk melibatkan diri dalam PdP seperti

bertanya dan menjawab soalan atau menunjukkan kemahiran di hadapan rakan-rakan

dan guru (Rimmer, Good, Harris dan Balaam, 2011).

Terdapat banyak kajian yang mengukur tahap malu dengan menggunakan soal

selidik yang berbeza. Menurut Friedman (1980), kebanyakan pembelajaran di dalam

kelas sama ada teori atau pembelajaran kemahiran adalah menggunakan percakapan di

mana guru memindahkan arahan, informasi, dan soalan secara oral. Proses ini dianggap

tidak sempurna selagi murid tidak memberi respon yang memadai seperti bertanyakan

soalan yang tidak difahami atau memastikan perkara yang mereka keliru untuk

mencapai tahap pembelajaran maksima. Namun, kajian ini mendapati bahawa sebanyak

28 peratus murid tidak memberi respon yang diharapkan ketika sesi PdPkerana faktor

malu di mana murid kelihatan tidak faham akan penerangan yang diberikan, tetapi

tidak mahu bertanya dan kelihatan takut-takut untuk cuba melakukan aktiviti

kemahiran yang diajar. Dalam kajian ini, Friedman mendapati bahawa sebanyak 80

peratus murid mengalami malu pada waktu tertentu, 25 peratus mengalami malu yang

kronik, 4 peratus murid mengalami malu sepanjang masa dan kebanyakan murid

mengalami malu ketika disuruh bercakap atau membentangkan hasil kerja mereka.

Untuk kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik yang dibina sendiri untuk pelajar

sekolah menengah dan pelajar kolej mengesan tahap malu mereka di dalam kelas.Soal

selidik yang dibina ini dinamakan Personel Report Communication Fear (PRCF) dan

Fundamental Interpersonal Relations Orientation Behaviour (FIROB).Kelebihan

Page 40: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

24

instrumen dalam kajian ini ialah item yang digunakan tidak banyak dan memudahkan

pelajar mengira skor mereka sendiri berdasarkan panduan yang diberi.

Dengan menggunakan persampelan mudah, Sim (2009) mengkaji tentang

pembawaan sifat malu murid prasekolah dalam konteks kemahiran muzik mendapati

bahawa 24 orang daripada 39 orang murid memberi respon terhadap guru seperti

memainkan instrumen mengikut arahan, sementara 16 orang murid hanya memerhati,

duduk diam dan kelihatan malu. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan dua set

instrumen iaitu The Carey Temperament Scale (CTS) untuk mengukur tahap malu

murid yang diisi oleh ibu bapa dan Child Social Emotional Development Checklist

yang digunakan di dalam kelas sebulan selepas cerapan untuk mengukur perkembangan

sosio emosi murid. Kajian ini mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara

perkembangan sosio emosi murid dan pembawaan sifat malu.Dapatan ini adalah

mungkin disebabkan bilangan sampel yang terlalu kecil. Pengkaji mencadangkan agar

sampel yang lebih besar digunakan untuk kajian-kajian akan datang.

Balda dan Duhan (2010) telah menjalankan kajian ke atas 45 orang kanak-

kanak prasekolah yang pemalu di Haryana, India untuk mengetahui tahap malu murid,

kesan daripada sifat malu mereka serta strategi yang dilakukan oleh ibu untuk

mengatasi murid pemalu. Guru dan ibu menilai tahap malu murid melalui soal selidik

yang dibina sendiri oleh penyelidik. Dapatan kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak

perempuan lebih pemalu dari kanak-kanak lelaki.Dapatan dibahagikan kepada tiga

kategori tahap malu, iaitu rendah, sederhana dan tinggi.Kebanyakan kanak-kanak

dalam kajian ini didapati tergolong dalam kategori malu yang sederhana dan hanya

enam orang murid tergolong dalam tahap malu yang tinggi ataupun dikenali sebagai

malu yang ekstrem.Murid-murid dalam kategori ini disimpulkan mempunyai masalah

tingkah laku yang perlu diatasi segera.Namun, kajian in hanya menumpukan pada

strategi yang dilakukan oleh ibu dalam menangani kanak-kanak pemalu tanpa

melibatkan pendekatan yang dilakukan oleh guru.

Arpana dan D‟Souza (2012) mengkaji tentang keberkesanan latihan kemahiran

hidup berkumpulan dan individu terhadap orang yang pemalu.Melalui Ujian Penilaian

Malu (Shyness Assessment Test) yang dibina oleh D‟Souza (2006).Penyelidik

mengkategorikan malu kepada tiga domain atau tahap, iaitu kognitif/ afektif,

Page 41: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

RUJUKAN

Ahad, N. A., Yin, T. S., Othman, A. R., &Yaacob, C. R. (2011). Sensitivity of

normality tests to non-normal data. SainsMalaysiana, 40(6), 637-641.

Ali, Z. W. (2000). Memahamipembelajaran.Kuala Lumpur: Utusan Pub. & Dist.

Anderson, F. (1993). The enigma of the college classroom: nails that don’t stick up. In

Wadden, P. (ed.) AHandbook for Teaching English at Japanese Colleges and

Universities. New York: Oxford University Press, 101-110.

Arbeau, K. A., Coplan, R. J., & Matheson, A. (2012). Someone to lean on:

Assessment and implications of social surrogate use in childhood. Social

Development, 21(2), 254-272.

Ariffin, Z., Noor, H. (2014). PenyelidikandalamPendidikan:

MetodedanParadigmaBaru.Kuala Lumpur: SynergyMedia.

Arpana, S., & D'Souza, L. (2012).Effectiveness of Individual and Group Life Skills

Training on Shyness among Adolescents.Journal of Psychosocial Research,

7(2), 249.

Arroyo, A., & Harwood, J. (2011). Communication competence mediates the link

between shyness and relational quality. Personality and individual

differences, 50(2), 264-267.

Asendorf, C. (1993). Batteries of life: On the history of things and their perception in

modernity .Vol. 4. California: Univ of California Press.

Asmadi, T. (2007).MotivasiAlihanPelajar. Selangor: PTS LiteraUtama.

Balda, S., &Duhan, K. (2010). Social Inhibition in Preschool Children: Causes and

Coping Strategies.J Psychology, 1 (2): 79-83 (2010)

Baldwin, D. A., Baird, J. A., Saylor, M. M., & Clark, M. A. (2001). Infants parse

dynamic action. Child development, 708-717.

Page 42: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

85

Baranek, G. T., David, F. J., Poe, M. D., Stone, W. L., & Watson, L. R. (2006).

Sensory Experiences Questionnaire: Discriminating sensory features in young

children with autism, developmental delays, and typical development. Journal

of Child Psychology and Psychiatry, 47(6), 591-601.

Bosacki, S. L., Coplan, R. J., Rose-Krasnor, L., & Hughes, K. (2011).Elementary

school teachers’ reflections on shy children in the classroom.Alberta Journal

of Educational Research, 57(3), 273-287.

Brooke, J. (1996). SUS-A quick and dirty usability scale. Usability evaluation in

industry, 189(194), 4-7.

Bulotsky‐Shearer, R. J., Manz, P. H., Mendez, J. L., McWayne, C. M., Sekino, Y.,

&Fantuzzo, J. W. (2012). Peer Play Interactions and Readiness to Learn: A

Protective Influence for African American Preschool Children From

Low‐Income Households. Child Development Perspectives, 6(3), 225-231.

Buhs, E. S., Ladd, G. W., & Herald, S. L. (2006). Peer exclusion and victimization:

Processes that mediate the relation between peer group rejection and children's

classroom engagement and achievement?.Journal of educational psychology,

98(1), 1.

Carducci, B. (2008). Are We Born Shy? Genetics, environment and

bashfullnes.PsycologyToday. DicapaipadaSeptember 20, 2015,

darihttps://www.psychologytoday.com/blog/breaking-the-ice/200806/are-we-

born-shy.

Cassidy, J., & Asher, S. R. (1992).Loneliness and peer relations in young

children.Child development, 350-365.

Chen, X., Wang, L., & Cao, R. (2011). Shyness‐sensitivity and unsociability in rural

Chinese children: Relations with social, school, and psychological adjustment.

Child development, 82(5), 1531-1543.

Chua, Y. P. (2011). Kaedahdanstatistikpenyelidikan: Kaedahpenyelidikan. Selangor:

Mcgraw-Hill Education.

Coates, H. (2007). Developing generalisable measures of knowledge and skill

outcomes inhigher education.Proceedings of AUQF 2007: Evolution and

Renewal in Quality Assurance. Hobart, Australia. pp. 42-48.

Page 43: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

86

Coplan, R. J., &Arbeau, K. A. (2008). The stresses of a “brave new world”: Shyness

and school adjustment in kindergarten. Journal of Research in Childhood

Education, 22(4), 377-389.

Coplan, R. J., DeBow, A., Schneider, B. H., & Graham, A. A. (2009). The social

behaviours of inhibited children in and out of preschool.British Journal of

Developmental Psychology, 27(4), 891-905.

Coplan, R. J., Hughes, K., Bosacki, S., & Rose-Krasnor, L. (2011). Is silence golden?

Elementary school teachers' strategies and beliefs regarding hypothetical

shy/quiet and exuberant/talkative children.Journal of Educational Psychology,

103(4), 939.

Coplan, R. J., Prakash, K., O'Neil, K., &Armer, M. (2004).Do you" want" to

play?Distinguishing between conflicted shyness and social disinterest in early

childhood.Developmental psychology, 40(2), 244.

Cowden, P. (2009). Communication and conflict: Social anxiety and learning. In the

proceedings of Academy of Organizational Culture: Communications and

Conflict, 14(2), 16-19

Creswell, J. W. (2009). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods

approaches. California: SAGE Publications, Incorporated.

Crozier, W. R. (1995).Shyness and self-esteem in middle childhood.British Journal of

Educational Psychology, 65, 85-85.

Crozier, W. R. (2001).Shyness, self-perception, and reticence.Self-perception:

International perspectives on individual differences, 2, 53-76.

Crozier, W.R. (2004) Shyness and Students' Perceptions of Seminars.Psychology

Learning &Teaching, 4(1), 27-34

Crozier, W., &Badawood, A. (2009).Shyness, vocabulary and children's reticence in

Saudi Arabian preschools.Infant and Child Development, 18(3), 255-270.

Daud, M., &Nurul, A.

(2006).KebimbanganSosialdalamKalanganPelajarSekolahMenengah di

sekitar Daerah Perak Tengah.UniversitiPendidikan Sultan Idris:

Laporanpenyelidikan.

Page 44: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

87

Dębiec, J. (2014). The matter of emotions: Toward the brain-based theory of

emotions. The emotional brain revisited, 145-161.

D'Souza, L. (2003). Influence of Shyness on Anxiety and Academic achievement in

High School students. Pakistan Journal of Psychological Research, 18(3-4).

D’Souza, L. (2006). Shyness assessment test.Mysore: University of Mysore.

Durmuş, E. (2007). Utangaçolanveolmayanöğrencilerinalgıları *Perceptions of shy

and non-shy students].Ankara ÜniversitesiEğitimBilimleriFakültesiDergisi,

40(1), 243-268.

Eisenberg, N., Fabes, R. A., &Spinrad, T. L. (2006).Handbook of child psychology

Vol. 3, pp. 646-718. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons.

Friedman, P. G. (1980). Shyness and Reticence in Students: Washington D.C: National

Education Association. Stock No. 1675-0-00.ED 181 520.

Gay, L. R., &Airasian, P. (2003).Education research.Competencies for Analysis and

Application.New Jersey: Merrill.

Gazelle, H. (2006). Class climate moderates peer relations and emotional adjustment

in children with an early history of anxious solitude: A child× environment

model. Developmental psychology, 42(6), 1179.

Gillet, C. (2012). The Shyness Solution: Easy Instructions for Overcoming Shyness

and Social Anxiety. AvonMA: Adams Media.

Gökhan, B. (2010). An investigation of the relationship between shyness and

loneliness levels of elementary students in a Turkish sample. International

Online Journal of Educational Sciences, 2, 419-440.

Goodman, R. (1997). The strengths and difficulties questionnaire: A research note.

Journal of Child Psychology and Psy-chiatry,38, 581–586.

Goulet, J. (2009). Developing A Teacher Rating Scale to Identify Shy and Anxious

Children aged Five to Seven Years.UniversityofManitoba:

Doctoraldissertation.

Graham, A. A., &Coplan, R. J. (2012).Shyness, sibling relationships, and young

children's socioemotional adjustment at preschool.Journal of Research in

Childhood Education, 26(4), 435-449.

Page 45: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

88

Green, S. B., Salkind, N. J., &Akey, T. M. (2000).Using Spssfor Windows: Analyzing

and understanding data. New Jersey. Prentice Hall.

Gudiño, O. G., & Lau, A. S. (2010). Parental cultural orientation, shyness, and anxiety

in Hispanic children: An exploratory study. Journal of Applied

Developmental Psychology, 31(3), 202-210.

Hasan, M. F., Kadir, S. A., &Asimiran, S. (2013).

Hubunganpersekitaransekolahdenganpenglibatanpelajardalamaktivitikokurikul

um di SekolahMenengah.JurnalPendidikan Malaysia, 38(2), 1-9.

Henderson, L., Zimbardo, P., & Carducci, B. (2010).Shyness.Corsini Encyclopedia

ofPsychology.DicapaipadaDisember 15, 2015, dari

DOI: 10.1002/9780470479216.corpsy0870.

Henn, F., Sartorius, N., Helmchen, H., &Lauter, H. (Eds.).(2013). Contemporary

psychiatry.NewYork: Springer Science & Business Media.

Holbrook, H. T. (1987). Communication Apprehension: The Quiet Student in Your

Classroom. ERIC Digest.DicapaipadaFebruari 20,

2015,darihttp://www.ericdigests.org/pre-926/quiet.htm

Hope, T. L., &Bierman, K. L. (1998).Patterns of home and school behavior problems

in rural and urban settings.Journal of school psychology, 36(1), 45-58.

Hyson, M. C., & Van Trieste, K. (1987).The shy child.ERIC Digest, ED295741.

Unpublished.

Idris, N. (2010), PenyelidikanDalamPendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-

Hill(Malaysian) Sdn. Bhd.

John, O. P., &Srivastava, S. (1999). The Big Five trait taxonomy: History,

measurement, and theoretical perspectives. Handbook of personality: Theory

and research, 2(1999), 102-138.

Jones, W. H., & Carpenter, B. N. (1986).Shyness, social behavior, and relationships.In

Shyness.NewYork: PlenumPress. pp. 227-238.

Karim, J. A., &Rezo, K. A. (2012).PembentukanSkalaPengukuranNilaiMelayu:

SatuKajianPerintis. Akademika, 82(1), 113-123.

Page 46: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

89

Kessler, R. C. (2003). The impairments caused by social phobia in the general

population: implications for intervention. ActaPsychiatricaScandinavica,

108(s417), 19-27.

Krejcie, R. V. morgan, D. w.(1970). Determining Sample Size for Research Activities,

607-610.

Kurniawan, Y., Abdullah, T., Zakaria, K., & Abdullah, W. M. W.

(2012).Mengapapelajartakutbertanyadalamkuliah?:sebuahkajian di Universiti

Malaysia Kelantan. JurnalPesonaliaPelajar, 15, 13-22.

Ladd, G. W., &Profilet, S. M. (1996). The Child Behavior Scale: A teacher-report

measure of young children's aggressive, withdrawn, and prosocial behaviors.

Developmental psychology, 32(6), 1008.

Lang, P. J. (1994). The varieties of emotional experience: a meditation on James-

Lange theory. Psychological review, 101(2), 211.

Lao, M. G., Akseer, T., Bosacki, S., &Coplan, R. J. (2013). Self-Identified Childhood

Shyness and Perceptions of Shy Children: Voices of Elementary School

Teachers. International Electronic Journal of Elementary Education, 5(3).

Likert, R. (1932). A technique for the measurement of attitudes.Archives of

psychology, 22 (140), 55.

Liu, J., Coplan, R. J., Chen, X., Li, D., Ding, X., & Zhou, Y. (2014). Unsociability

and shyness in Chinese children: Concurrent and predictive relations with

indices of adjustment. Social Development, 23(1), 119-136.

Majzub, R. M. (2003). Pendidikanprasekolah: Cabarankualiti. Selangor:

UniversitiKebangsaan Malaysia.

Malaysia, K. P. (2010). Dokumen Standard KurikulumPrasekolah.Putrajaya:Bahagian

Pembangunan Kurikulum.

Mann, P.S. (2001).Introductory Statistic 4th ed. New York: John Wiley & Sons.

Martens, B.K., (1992).InEleventh Mental Measurements Yearbook. Lincoln:

Buros Institute of Mental Measurements.

Masek, A., Yamin, S., &Aris, R. (2013).Student Participation and Facilitation in PBL

Tutorial Session.The 4th

International Research Symposium on Problem-Based

Learning (IRSPBL) 2013: Aalborg University.pp.385-388.

Page 47: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

90

Masri, S. (2005).Kaedahpenyelidikandanpanduanpenulisan: esei, proposal, tesis.

Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Mastor, K. A. (2006). Personalitimaludanpsikologimembuatkeputusan di

kalanganpelajarmelayu.MALIM: JurnalPengajianUmum Asia Tenggara, 7, 67-

80.

Maswan, S. (2006).Malu (Shyness).DicapaipadaSeptember 9, 2015,

darisajadstudio.info/articale/malu2.pdf

Matell, M. S., & Jacoby, J. (1972).Is there an optimal number of alternatives for

Likert-scale items? Effects of testing time and scale properties.Journal of

Applied Psychology, 56(6), 506.

McCroskey, J. C. (1983). The communication apprehension

perspective.Communication, 12 (1), 1-25.

McDougall, A. (2008). Models and practices in teacher education programs for

teaching with and about IT. In International handbook of information

technology in primary and secondary education.NewYork: Springer US.pp.

461-474

McKenna, Á. E., Cassidy, T., & Giles, M. (2014). Prospective evaluation of the

pyramid plus psychosocial intervention for shy withdrawn children: an

assessment of efficacy in 7‐to 8‐year‐old school children in Northern Ireland.

Child and Adolescent Mental Health, 19(1), 9-15.

Mohamad, N. (2014).

PenglibatandalamaktivitikitarsemulakertasterpakaidalamkalanganpelajarFak

ultiPendidikanTeknikaldanVokasional, UniversitiTun Hussein Onn

Malaysia.UniversitiTun Hussein Onn Malaysia: Doctoral dissertation.

Mohamed, A. R &Hamzah, M. D.

(2005).KajianKorelasiEmosiMaludenganPencapaianAkademik di

kalanganMahasiswaMelayu.JurnalPendidikdanPendidikan, Jil. 20, 153–167,

2005

MohdYunus, K. R., Razali, M., Jantan.,Ramlah. (2007). HBE2103

PsikologiPendidikan.Kuala Lumpur:Universiti Terbuka Malaysia.

Page 48: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

91

Morgan, V., & Dunn, S. (1988). Chameleons in the classroom: Visible and invisible

children in nursery and infant classrooms. Educational Review, 40(1), 3-12.

Najman, J. M., Williams, G. M., Nikles, J., Spence, S., Bor, W., O'Callaghan, M.,

...&Shuttlewood, G. J. (2001). Bias influencing maternal reports of child

behaviour and emotional state.Social psychiatry and psychiatric epidemiology,

36(4), 186-194.

Osman, K., Iksan, Z. H., &Halim, L. (2007).Sikapterhadapsainsdansikapsaintifik di

kalanganpelajarsains.JurnalPendidikan, 32, 39-60.

Pallant, J. (2007). SPSS survival manual: A step-by-step guide to data analysis using

SPSS version 15. Nova Iorque: McGraw Hill.

Portal RasmiKementerianKesihatanMalaysia

(2010).KenyataanAkhbarMajlisPenasihatPromosiKesihatan

Mental.DicapaipadaJanuari 26, 2015, dari

http://www2.moh.gov.my/press_releases/45

Rahman, A., Anuar, M., & Abdul Hamid, N. (2011).KesanPersekitaranTerhadap

Pembangunan EmosiPelajar Di FakultiPendidikan, UTM. Journal of

Education Psychology & Counseling, 1(8), 141-161.

Rimmer, J., Good, J., Harris, E., & Balaam, M. (2011).Class participation and

shyness: affect and learning to program.In The 23rd Annual Workshop of

Psychology of Programmers Interest Group (PPIG).Heslington,

York:UniversityofYork.

Ross, H., Woody, E., Smith, M., &Lollis, S. (2000). Young children's appraisals of

their sibling relationships.Merrill-Palmer Quarterly (1982-), 441-464.

Rothbart, M. K., Ahadi, S. A., Hershey, K. L., & Fisher, P. (2001). Investigations of

temperament at three to seven years: The Children's Behavior Questionnaire.

Child development, 72(5), 1394-1408.

Rubin, K. H. (1993). The Waterloo Longitudinal Project: Correlates and consequences

of social withdrawal from childhood to adolescence.Infancia y Aprendizaje,

13(49), 73-90.

Page 49: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

92

Rubin, K. H., Burgess, K. B., &Coplan, R. J. (2002).Social withdrawal and shyness.In

P. K. Smith, & C. H. Hart (Eds.), Blackwell handbook of childhood

socialdevelopment. Malden, MA: Blackwell.pp. 329−352.

Rubin, K. H., Bukowski, W. M., & Parker, J. G. (2006). Peer interactions,

relationships, andgroups. Handbook of child psychology.NewJersey:

JohnWileyandSons, Inc. pp.571-631.

Rubin, K. H., &Coplan, R. J. (2004). Paying attention to and not neglecting social

withdrawal and social isolation. Merrill-Palmer Quarterly, 50(4), 506-534.

Rubin, K. H., Coplan, R. J., &Bowker, J. (2009).Social withdrawal in

childhood.AnnualReview of Psychology, 60, 11.1–11.31.

Rudasill, K. M., &Kalutskaya, I. (2014).Being shy at school.Sex roles, 70(7-8), 267-

273.

Rudasill, K. M., Prokasky, A., Tu, X., Frohn, S., Sirota, K., &Molfese, V. J.

(2014).Parent vs. teacher ratings of children's shyness as predictors of

language and attention skills.Learning and Individual Differences, 34, 57-62.

Santrock, J. W. (1972). Relation of type and onset of father absence to cognitive

development.Child Development, 455-469.

Sarwono, J. (2013). MetodeSkrip via PendekatanKuantitatif SPSS.Bangsar:

SynergyMedia.

Sayadi, Z. A. (2007). An investigation into first year engineering students’ oral

classroom participation.A Case Study.UniversitiTeknologi Malaysia:

Unpublished Masters Dissertation

Schachter, S., & Singer, J. (1962).Cognitive, social, and physiological determinants of

emotional state.Psychological review, 69(5), 379.

Schlenker, B. R., & Leary, M. R. (1982). Social anxiety and self-presentation: A

conceptualization model. Psychological bulletin, 92(3), 641.

Sim, T. (2009).Social Emotional Development and Temperament among

Preschoolers.Universiti Putra Malaysia: Doctoral dissertation.

Talib, O. (2014). TulisTesisCepat. EdisiKedua: MPWS Rich Resources.

Triandis, H. C. (1996). The psychological measurement of cultural

syndromes.American Psychologist, 51(4), 407.

Page 50: HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9143/1/Masadliahani...HUBUNGAN EMOSI MALU DAN PENGLIBATAN MURID PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

93

Valiente, C., Swanson, J., &Lemery‐Chalfant, K. (2012). Kindergartners'

temperament, classroom engagement, and student–teacher relationship:

Moderation by effortful control. Social Development, 21(3), 558-576.

Wadman, R., Durkin, K., & Conti-Ramsden, G. (2008).Self-esteem, shyness, and

sociability in adolescents with specific language impairment (SLI).Journal of

Speech, Language, and Hearing Research, 51(4), 938-952.

Wilson, M.J., & Bullock, L.M. (1989). Psychometric characteristics of behavior rating

scales: Definition, problems and solutions. Behavioral Disorders, 14,186-200.

Wittchen, H. U., &Fehm, L. (2001). Epidemiology, patterns of comorbidity, and

associated disabilities of social phobia. Psychiatric Clinics of North America,

24(4), 617-641.

Yahaya, A. (1999). KeberkesananPelaksanaan Program KemahiranHidup di Sekolah-

SekolahMenengah di Malaysia Berdasarkan Model PenilaianKonteks, Input,

Proses danProduk.Universiti Putra Malaysia: Doctoral dissertation.

Yahaya, A. dan Ahmad, N. (2010).Teori-teoriKonsepKendiri.FakultiPendidikan,

UTM.Unpublished.

Yahaya, A., &Gan, L. N. (2010).PendekatanTeoriTerhadapGejalaLepak.

Dicapaipada20 Januari 2015

darihttp://eprints.utm.my/10376/1/28.9_PENDEKATAN_TEORI_TERHADA

P_GEJALA_LEPAK.pdf.

Yahaya, A., Yahaya, N., &Zakariya, Z. (2005).Psikologikognitif.UniversitiTeknologi

Malaysia: UTM Press.

Yeo, K. J., &Muhamad, Z. (2010).HubunganAntaraHargaDiriDenganPencapaian

Mata PelajaranKemahiranHidupPelajarSekolahMenengah. ms.1-7.

Unpublished.

Zimbardo, P. G., Pilkonis, P. & Norwood, R. (1975, May). The silent prison of

shyness.Psychology Today, pp. 69-70, 72.