penglibatan keluarga

82
much PENGHARGAAN Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Encik Ismail bin Mamat kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa, suami dan anak-anak yang telah memberi kami pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga, sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa 1

Upload: azizan-amanda

Post on 04-Dec-2014

11.003 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

pra penglibatan keluarga

TRANSCRIPT

Page 1: Penglibatan keluarga

much

PENGHARGAAN

            Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat

masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

            Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada

pensyarah tercinta kami, Encik Ismail bin Mamat kerana dengan tunjuk ajar serta

bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan

suksesnya.

            Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu

bapa, suami dan anak-anak yang telah memberi kami pemudah cara untuk menyiapkan

kerja kursus  ini. Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan

moral yang tidak terhingga, sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak

memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu

kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang diuterakan kepada mereka.

           

Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung ataupun tidak langsung dalam pembikinan tugasan Penglibatan Keluarga

Dalam Pendidikan Prasekolah (PRA 3112) ini. 

1

Page 2: Penglibatan keluarga

Semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-

hamba-Nya yang sentiasa membantu dalam menegakkan agama-Nya. Amin.

2

Page 3: Penglibatan keluarga

1.0 PENGENALAN

Sumber manusia yang berkualiti sangat diperlukan bagi penyelesaian

pelbagai masalah bangsa dan pencapaian kemajuan bangsa dan negara.

Sumber manusia yang berkualiti akan lebih mudah dibentuk bila pembinaannya

dimulakan sejak usia kanak-kanak. Di masa hadapan kanak-kanak ini akan

menjadi generasi penerus yang unggul dalam semua aspek kehidupan dan

mampu bersaing di era informasi ini.

Menurut National Early Childhood Development Forum atau NECDF

(2004), ada empat alasan mendasar mengapa semua pihak perlu

mempercepatkan peningkatan kualiti sumber manusia secara maksima, iaitu

untuk menghadapi era globalisasi yang tidak dapat dielakkan, mengejar

ketinggalan daripada negara lain, menguasai teknologi dan ilmu pengetahuan.

Untuk menguruskan sumber semula jadi dengan tepat dan untuk menghadapi

kerosakan alam persekitaran yang disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak

bertanggungjawab.

Berdasar kepada pernyataan tersebut, pembentukan sumber manusia

yang unggul merupakan hal yang mendesak dan tidak dapat dinafikan lagi.

Pembentukan sumber manusia ini tidak hanya untuk meningkatkan kemampuan

bagi tujuan ekonomi, tetapi justeru pembangunan peribadi yang tertumpu kepada

kemampuan otak dan merujuk kepada kemahiran, sikap, perilaku mandiri,

memiliki kemampuan untuk bersaing yang tinggi dan ketahanan terhadap

perubahan global.

Apabila dikaitkan dengan keupayaan otak, para pakar perkembangan otak

menyatakan bahawa usia lima tahun pertama ialah masa keemasan (golden

age) kerana perkembangan otak yang sangat cepat.

3

Page 4: Penglibatan keluarga

Bloom (1964) menyatakan pada usia 4 tahun, perkembangan intelek

seorang kanak-kanak telah mencapai 50 peratus daripada perkembangan intelek

seorang dewasa. Pada masa ini ibu bapa mempunyai peluang terbaik untuk

membantu anak-anaknya berkembang secara maksima dalam semua aspek

yang mencakupi aspek intelek, sosial, rohani dan fizikal. Masa ini adalah masa

yang paling tepat untuk memulakan pembangunan sumber manusia yang

berkualiti dan pembinaannya dimulakan daripada pembangunan otak sejak awal,

bahkan sejak di dalam rahim ibu.

Selain itu kecerdasan kanak-kanak juga ditentukan oleh stimulasi yang

diterima dari alam persekitaran (Hunt, 1961). Stimulasi yang seronok bagi

kanak-kanak akan membentuk jalur belajar di otak, yang menjadi asas yang kuat

bagi proses pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau usia yang lebih tua.

Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, khasnya di Malaysia,

sebahagian besar ibu bapa bekerja sehingga mempunyai waktu yang sangat

terhad bagi merangsangkan anak-anaknya di rumah. Ibu bapa dari keluarga

kurang bernasib baik kurang memperhatikan tentang pentingnya stimulasi pada

usia awal ini.

Menurut Rohaty (1994) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan

di rumah kurang merangsang pembelajaran di persekitaran mereka. Sedangkan

ibu bapa daripada golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat

meluangkan masa melayan anak-anak mereka ke arah penyediaan pengetahuan

dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di sekolah. Jadi ibu bapa

kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-anaknya secara maksima.

Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa

menyelesaikan permasalahan ini. Menurut Rohaty (2003) masa prasekolah

adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya

serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Pendidikan prasekolah

4

Page 5: Penglibatan keluarga

bertujuan membantu ibu bapa untuk meningkatkan perkembangan kanak-anak

secara holistik (Essa, 1992) melalui pengalaman belajar yang bermakna dan

menyeronokkan serta persekitaran yang diperkaya bagi menstimulasi otak

mereka.

Pendidikan prasekolah dapat memberikan pengalaman yang mungkin

tidak boleh dibekalkan di rumah sekalipun keluarga itu serba mencukupi (Rohaty,

1994). Pendidikan prasekolah yang berkualiti memberikan stimulasi secara

holistik kepada kanak-kanak sehingga dapat meningkatkan fungsi kognitif,

konsep kendiri yang positif, harga diri, kemandirian dan kemahiran sosial. Ia juga

mengembangkan emosi kanak-kanak yang seimbang, pemahaman nilai agama

dan spiritual sejak awal serta pemahaman nilai kesihatan dan keselamatan.

Maka dapat disimpulkan bahawa pendidikan prasekolah mempunyai

peranan yang penting dalam pembentukan sumber manusia yang unggul.

Dalam tugasan yang kami laksanakan ini pendidikan prasekolah merujuk

kepada pendidikan yang disediakan oleh prasekolah kerajaan bagi kanak-kanak

yang berumur 4 sampai 6 tahun. Namun kejayaan pendidikan kanak-kanak di

prasekolah ditentukan oleh penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah.

Banyak kajian membuktikan kesan penglibatan ibu bapa terhadap

kejayaan pembelajaran kanak-kanak dan sekolah (Conway (2003; Mc Allister,

1993). Kajian yang dilakukan oleh National Center for Family & Community

Connections with Schools (2002), yang membuat ulasan daripada 51 kajian

tentang penglibatan ibu bapa menyimpulkan bahawa ditemukan hubungan yang

positif dan meyakinkan antara penglibatan ibu bapa dan kesannya terhadap

sekolah, keluarga dan pelajar daripada semua sosio ekonomi status, bangsa,

latar belakang pendidikan dan umur.

5

Page 6: Penglibatan keluarga

Hampir semua prasekolah kerajaan dan swasta dan Sekolah Rendah di

Amerika Syarikat telah menyediakan kesempatan bagi ibu bapa untuk terlibat.

(Huntsinger dan Jose, 2009). Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan

ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi antara

pengetua dan para guru mengenai penglibatan ibu bapa. Ibu bapa pun perlu

memahami kepentingan pendidikan prasekolah bagi kehidupan kanak-kanak

mereka di masa hadapan, sehingga penglibatan mereka di prasekolah boleh

ditingkatkan.

Penglibatan ibu bapa merupakan manifestasi daripada persepsi ibu bapa

terhadap pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan di

beberapa tadika merupakan topik utama daripada tugasan ini.

1.1 KONSEP PENGLIBATAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN

PRASEKOLAH

1.1.1 Definisi Penglibatan

6

Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama

atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun

beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan

kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan

kejayaannya.

Page 7: Penglibatan keluarga

1.1.2 Definisi Keluarga

1.1.3 Definisi Pendidikan Prasekolah

7

Keluarga merupakan isu utama kepada perbincangan berkaitan

dengan berfungsinya sesebuah keluarga sebagai satu entiti kepada

masyarakat. Ibu bapa sebagai nadi utama dalam menyediakan

persekitaran yang sihat kepada sesebuah keluarga. Komunikasi dalam

kalangan keluarga dan adik-beradik juga didapati memberi kesan

kepada penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak di

rumah.

Prasekolah (pre-school) merupakan pilihan pendidikan

bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. Prasekolah

merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan

prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat

hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal,

terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan

rendah.

Page 8: Penglibatan keluarga

1.2 Konsep Keibubapaan Dari Perspektif Islam

Menurut pandangan Islam anak-anak yang dilahirkan merupakan

satu ujian Allah SWT kepada kita. Sebagaimana yang telah disebutkan

oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang berbunyi:

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-

anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi

Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal:28).

Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa

harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian

kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal

dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar

daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak-

anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak

yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran

yang besar hasil ketaatan mereka.

Ibu bapalemegenali aaanak mereka dan mempunyai kuasa untuk

terlibat secara aktif di dalam pengalaman prasekolah anak-anak. Ibu bapa

yang terlabat secara langusng dalam arus pembelajaran anak-anak

mereka dapat memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan

anak-anak mereka. Antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti

pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang seimbang dari

segi Jasmani, emosi, rohani dan sosialisasi.

Anatara faedah penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal

kanak-kanak menurut perspektif Islam yang dapat dikenal pasti adalah:

8

Page 9: Penglibatan keluarga

9

Kanak-kanak dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu peranan sebagai guru.Kanak-kanak dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan dengan sesuatu pengalaman atau pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada pelbagai pekerjaan.Kanak-kanak dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan aktiviti kumpulan dimana nisbah kanak-kanak berbanding orang dewasa adalah kecil.

KEBAIKAN KEPADA KANAK-KANAK

Ibu bapa dapat melihat tingkah laku anak di prasekolah.Ibu bapa berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku anak-anak.Ibu bapa dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak mereka selama berada di sekolah.Ibu bapa lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anak-anak.Ibu bapa boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan.Ibu bapa dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru.

KEBAIKAN KEPADA

IBUBAPA/KELUARGA

Guru mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada ibu bapa apabila hendak menjalankan aktiviti.Guru dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi meningkatkan perkembangan anak-anak.Guru boleh menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah

KEBAIKAN KEPADA

GURU

KEBAIKAN PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Page 10: Penglibatan keluarga

2.0 CIRI-CIRI DAN AMALAN KEIBUBAPAAN YANG SESUAI UNTUK DITERAPKAN DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK.

10

Walau sesibuk manapun, berilah sedikit masa untuk

anak-anak anda. Pelaburan ini sangat

bermakna untuk masa depan mereka.

Jadikan mengawasi pelajaran anak-anak sebagai rutin harian.

Pembelajaran di rumah dapat mengukuhkan

pemahaman anak-anak.

2.1 Jurulatih

Menyediakan ruang dan peluang belajar yang seluas-luasnya kepada anak-anak semasa di sekolah dan di rumah.

Membaca dan menulis

Kemahiran membaca member faedah kepada semua orang. Membaca tidak terhad kepada buku sahaja tetapi juga akhbar, majalah, arahan pada kotak, tanda jalan dan sebagainya.

Ketika anak masih kecil, membacalah bersama mereka dan cetuskan imaginasi anak dengan meminta mereka menyambung cerita atau meneka kesudahan sesuatu cerita. Bercerita mengenai keluarga adalah salah satu cara yang mudah untuk mengajar anak-anak bercerita.

Menulis untuk keseronokan..

Semakin usia anak-anak bertambah, semakin banyak pengalaman pembelajaran yang dilalui. Galakkan anak-anak untuk merakamkan pengalaman mereka dalam bentuk penulisan walaupun ianya hanya berbentuk perkataan tunggal. Galakkan anak-anak menulis mengenai cerita perjalan atau percutian, menulis emel atau surat kepada rakan-rakan atau keluarga.

Guanakan keratin kartun di majalah untuk merangsang idea juga berbincanglah mengenai mesej iklan di televisyen.

Page 11: Penglibatan keluarga

11

Tips

Tunjukkan minat terhadap pembelajaran anak-anak, berikan pujian dan dorongan.

Lakukannya setiap hari. Galakkan anak meneroka, menemukan dan memikirkan. Bekerja dan bermain dengan anak. Membaca bersama anak. Bantu anak menemukan Sains dan Matematik dimana-mana.

Matematik Di Mana Sahaja

Matematik terdapat dalam hidup seharian:

Minta anak kecil membilang cawan dan piring; mencari jumlah gelas dan pinggan mencari beza antara bilangan kerusi dan meja dan sebagainya.

Tunjukkan bagaimana membuat bajet wang saku atau duit raya.

Bincang cara membanding harga dari beberapa kedai.

Ada berapa kalori daripada sekeping roti?

Semasa memasak nasi dagang…berapakah nisbah beras dan pulut?

Menguasai sifir pendaraban dan membantu anak mencongak untuk mendapat jawapan yang cepat.

Pembentangan Yang Berkesan

Pembelajaran pada masa kini memerlukan kanak-kanak membuat pembentangan did lam kelas.

Bimbing anak berlatih membuat pembentangan. Mulakan dengan membaca, kemudian latih anak membuat pembentangan tanpa menggunakan skrip.Puisi, syair, pantun dan bercerita memerlukan latihan dan pengulangan. Bersabar dan berilah perangsang kepada anak-anak.Aksi dan gaya merupakan kemahhiran dalam pembentangan.Cabar anak membuat pembentangan spontan.

Page 12: Penglibatan keluarga

Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 40

0.5

1

1.5

2

2.5

3

3.5

4

4.5

5

Pertumbuhan anak pokok kacang Mengikut ukuran cm berbanding hari.

12

Belajar di rumah memberi peluang kepada anak mengamalkan apa yang dipelajari disekolah.

Menganggarkan isipadu cat untuk bilik tidur.

Menyemai dan mencatat pertumbuhan benih kacang hijau – membuat graf ketinggian anak benih berbilang hari.

Membuat anggaran kos menyediakan nasi goring untuk 6 orang.

Membat ukuran dan menjahit baju sendiri.

Mengembara Bersama Anak-anak

Semasa di dalam perjalanan atau melancung dan mengembara ket tempat-tempat yang diingini, bawalah peta kawasan, negeri, bandar bahkan peta dunia.

Bimbing anak-anak melihat menggunkan panduan peta dan berbincang mengenai tempat yang di lalui sepanjang perjalanan.

Terdapat beberapa laman web yang memaparkan perjalanan tertentu.

http://education.nationalgeographic.com/education/multimedia/interactive/the-

Page 13: Penglibatan keluarga

13

Anda tidak semestinya tahu bagaimana untuk

menyelesaikan sesuatu kerjarumah.

Bebincanglah dengan guru anak anda.

Pencapaian anak-anak akan bertambah baik apabila ibu bapa

dan guru saling berhubung.

2.2 Mentor

Mensihat, membimbing, menggalakkan, memudah cara, menyokong, menjaga dan lain-lain.

Mentor

Apa yang dipelajari oleh anda dulu mungkin tidak sama dengan apa yang dipelajari oleh anak anda sekarang.

Bantu anak mengenal pasti siapa yang dapat membantu mereka dalam pelajaran, adik beradik? kawan-kawan atau guru?

Berbincang dengan anak dan tentukan bila kebuntuan ini dapat di atasi.

Bagaimana ibu bapa/Penjaga boleh membantu anak menjadi pelajar bermotivasi kendiri?

Galakkan anak melakukan kaedah penyelesaian masalah untuk menyiapkan kerjarumah iaitu:

o Jelaskan apakah tugasan

dan apakah hasil yang diharapkan.

o Jana idea melalui

sumbang saran dan tentukan idea mana yang akan digunakan.

o Buat perancangan.

o Jalankan perancangan.

Page 14: Penglibatan keluarga

SIFAT MENTOR BUKAN SIFAT MENTOR

Membimbing anak menjana idea Terus memberikan jawapan.

Menggunkan sumbang saran. Tiada percambahan idea.

Berbincang dan merangka jalan penyelesaian dengan anak.

Memberikn kaedah penyelesaian sendiri.

Menggalakkan anak merangka jadual kerja.

Membiarkan anak tanpa ketentuan masa.

Mencelikkan akal anak kepada cara-cara yang pelbagai dalam penyelesaian masalah.

Hanya berpandu kepada cara tertentu sahaja.

Menggalakkan anak mencuba penyelesaian tetapi masih boleh mengubah strategi sekiranya gagal.

Hanya ada satu penyelesaian.

Meninjau kemingkinan lain jika buntu. Berhenti bila gagal.

Berbincang tentang peningkatan apabila telah berjaya.

Berhenti setelah Berjaya.

14

Beberapa jenis penyelesaian masalah untuk digunakan.

Mari bincang kerjarumah adik.. Apa tugas anda sebagai ibu bapa? Macam mana kawan adik buat kerjarumah ini? Jika adik tidak dapat jawapannya, cuba Tanya cikgu…Bila agaknya adik boleh

tanya cikgu?

Tips

Puji dan raikan kejayaan. Jangan perbesarkan kesilapan anak. Beri anak keyakinan untuk mendapatkan bantuan daripada guru. Bantu anak mengesan kejayaan mereka.

Page 15: Penglibatan keluarga

Mendengar dan empati dengan masalah anak.

Mendengar atau pura-pura mendengar tanpa perasaan.

Mentor ditakrifkan sebagai seseorang yang memegang peranan sebagai penyelia atau penasihat kepada pelajar atau pelatih serupa dengan tugas seorang guru atau kaunselor, tetapi lebih erat dengan anak didiknya. Mentor ini selalunya seseorang yang sangat berpengalamam dalam bidang yang sedang diceburinya.

15

Ibubapa sebagai mentor hendaklah:

Menerima anak dengan hati terbuka, penuh keikhlasan menerima setiap kelemahan atau kecenderungannya.

Berniat untuk menolong dan berusaha sedaya upaya. Hormat menghormati pandangan antara satu sama lain; tidak bererti setiap saranan

ibu wajib dipatuhi atau anak tidak boleh melaksanakan sesuatu yang tidak dinyatakan oleh ibubapa.

Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku terhadap anak. Memberikan pengetahuan secara positif dan memberangsangkan kepada anak.

Dengan lain perkataan, ibu bapa perlu member bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada anak.

Page 16: Penglibatan keluarga

16

Kami tidak tahu bagaimana hendak bercakap dengan guru anak kami?Bimbang jika guru salah anggap terhadap kami dan anak kami.Apa yang kami ajar di rumah tidak sama dengan yang guru ajar disekolah.

Kami tahu anak-anak dan guru-guru bekerja keras untuk mencapai kejayaan.Kejayaan dalam pelajaran perlu diiikuti dengan kejayaan dalam hidupIbu bapa, guru dan komuniti mempunyai peranan masing-masing dalam hal ini.

Guru-guru juga ingin tahu yang ibu bapa menyokong mereka.Dengan sokongan daripada ibu bapa, guru lebih fokus mengajar kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan mendapat penghargaan.Berbincanglah dengan guru anak-anak anada pada awal tahun persekolahan.

2.3 Penyokong

Menyokong, mempertahankan dan meyakinkan anak.

Menyokong Kejayaan Anak

Kejayaan anak bergantung kepada apa yang ibu bapa, guru dan sekolah buat. Persekitaran dan komuniti menjadi medan kepada anak untuk menguji samada anak anada akan terus berkembang maju atau sebaliknya. Untuk menyokong dan menjamin kejayaan anak :

Datanglah bertemu guru anak-anak anda, kehadiran anda akan menyemarakkan semangat anak kerana dia tahu di antara anda dan gurunya ada satu perkaitan.

Jika guru dan ibubapa saling mengenali akan wujud suatu rasa hormat menghormati akan Kepakaran masing-masing. Anak lebih mendengar cakap guru di sekolah dan pada masa yang

sekolah dan pada masa yang sama lebih mengasihi kedua ibubapa dan keluarga di rumah. Sekiranya perasaan ini dipupuk dn di perkembangkan anak akan menjadi murid yang cemerlang di sekolah, di rumah dan di dalam komuniti.

Dengar dengan teliti apabila anak membuat rungutan terhadap guru tetapi jangan membuat apa-apa kritikan sebaliknya carilah kebenaran tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Guru juga adalah ibu bapa, jadi sekiranya boleh, berbincaglah dengan baik dan sihat. Kesulitan yang dihadapi anak dapat dirungkaikan.

Page 17: Penglibatan keluarga

17

Pandangan Pertama itu Penting…

Bgaimana anak anda berinteraksi dengan orang lain mempunyai kesan ke atas diri dan pembelajarannya. Murid yang bertimbang rasa dan menghormati orang lain merupakan ahli pasukan yang digemari. Kerja kumpulan akan menjadii mudah dan meyeronokkan apabila adanya persefahaman. Ajar anak untuk berhubung dengan baik sesame sendiri dan mengucapkan terima kasih dan member pujian apabila kena pada tempatnya.

Kelakuan baik dan tertib perlu dilatih. Didik anak member ucapan salam atau selamat dan bersalaman apabila bertemu dengan saudara mara atau rakan. Sikap terbuka dan mesra akan disenangi orang lain.

Apabila makan di rumah atau di luar, latih anak sabar menunggu dan mengucapkan terima kasih apabila diberi layanan sebagai satu kemestian.

Asuhan Budi..

Ajar anak menghormati ruang dan harta orang lain. Semasa membeli belah, puji mereka yang senyap dan tidal meyentuh atau melanggar barang-barang.

Anak-anak remaja perlu dihadapi dengan lebih tenang dan tidak menekan. Terlalu banyak leteran menyebabkan kanak-kanak menutup telinga. Sikap baik ibubapa yang menunjukkan contoh, membimbing dan tidak memnghukum tanpa usul periksa akan lebih mudah diterima. Ibu bapa juga perlu belajar mengakui kesalahan.

Puji pekerti baik anak. Pandangan baik dari orang lain akan meyakinkan anak.

Anak yang mempunyai rasa hormat kepada diri sendiri dapat belajar dengan lebih baik.

Page 18: Penglibatan keluarga

18

Mengetahui apa yang berlaku di sekolah

Luangkan masa untuk mengetahui perkembangan di sekolah anak.Kerja kursus dan kerja rumah perlu dipantau.

Kekal berhubung

Bekalkan guru anak anda dengan telefon, nombor faks , emel dan sebagainya.Layari laman web Sekolah.Bincang dengan ibu bapa lain.

2.4 Sentiasa Bermaklumat

Terkini dengan apa yang berlaku di sekolah.

Peka terhadap kerja rumah anak adalah satu cara untuk mengesan perkembangan anak.

Jangan cepat berpuashati dengan jawapan seperti “ Tak ada apa” atau “Biasa aja”…

Beri soalan yang lebih spesifik seperti “Tadi Cikgu bagi berapa soalan Matematik?”

Hubungi guru anak anda melalui telefon atau bersemuka.

Cari atau semak maklumat dari laman web

Sediakan bekas atau folio untuk surat-surat dari sekolah.

Minta bantuan dari keluarga lain jika perlu..

Gantung calendar peringatan untuk mengingatkan tarikh-tarikh penting di

Page 19: Penglibatan keluarga

uk Lupaan

https://uwaterloo.ca/counselling-services/curve-forgetting

Pada hari 1 sebelum kelas, pengetahuan murid adalah 0%. Setelah kelas, dia tahu 100% apa yang telah dikuasai.

Otak sentiasa menerima maklumat dan rangsangan baru, jadi otak perlu menapis dan melupuskan maklumat yang tidak berulang atau tidak memberi makna.

Maka, jika murid tidak merujuk kepda nota, menelaah, membaca, memikirkan atau berbincang tentang apa yang dipelajari, pada hari 2, 50%-80% pelajaran dari hari 1 akan dilupakan.

Menjelang hari 30, peljaran pada hari 1 akan hanya tinggal 2%-3% sahaja.

Melalui kaedah mengulangkaji, otak boleh diarahkan untuk menyimpan sesuatu maklumat sebagai ingatan jangka panjang. Semakin banyak mengulangkaji, semakin sedikit masa yang diperlukan untuk mengingat kembali maklumat yang diperlukan.

Keluk Lupaan boleh ditukar menjadi Keluk Ingatan

19

Memperkukuh Pembelajaran di Rumah

Menukarkan Keluk Lupaan Menjadi Keluk Ingatan

Keluk Lupaan boleh dipertingkatkan semula menjadi 100% jika seseorang murid menggunakan 10 minit untuk mengulangkaji dan menulis semula nota dalam jangkamasa 24 jam selepas pengajaran.

Pada hari 7, masa yang diperlukan untuk menelaah atau megulangkaji supaya

Page 20: Penglibatan keluarga

Terdapat beberapa matapelajaran yang memerlukan latihan secara berterusan untuk membentuk ketajaman pemahaman. Contohnya Matematik. Ibubapa boleh membimbing anak membina jadual yang seimbang antara pembelajaran kemahiran dan mengingat, di antara kemahiran membuat karangan dan merancang suatu eksperimen atau mengkaji sejarah.

Bimbing anak belajar dalam tempoh yang pendek, misalnya setiap 30 minit sebelum rehat. Semasa membaca, anak boleh membuat peta minda, menjawab soalan atau membuat nota. Menjawab soalan boleh menajamkan pemahaman dan memperkukuhkan ingatan. Membina ayat pula dapat meningkatkan keyakinan diri murid. Jumlah pelajaran yang diingati dan difahami lebih penting berbanding masa yang digunakan.

20

Menukarkan Keluk Lupaan Menjadi Keluk Ingatan

Keluk Lupaan boleh dipertingkatkan semula menjadi 100% jika seseorang murid menggunakan 10 minit untuk mengulangkaji dan menulis semula nota dalam jangkamasa 24 jam selepas pengajaran.

Pada hari 7, masa yang diperlukan untuk menelaah atau megulangkaji supaya

Tiada hari yang berlalu tanpa belajar sesuatu….

2.5 Menjadualkan Kehidupan

Mengaturkan kehidupan supaya aman dan tenteram serta aman dan bahagia.

Page 21: Penglibatan keluarga

21

Utamakan pendidikan pada

setiap masa

Keteraturan hidup

membina sahsiah

diri

Murid yang teratur tiada

stress

Page 22: Penglibatan keluarga

22

Rutin

Masa tidur dan bangun

Masa Kerja rumah

Tuisyen dan fardhu ain

Makan, rehat dan

main

Tidur yang cukup dapat menyediakan tubuh badan anak untuk menghadapi hari yang baru.

Berikan anak masa rehat, masa tidur, masa bermain dan makan yang secukupnya. Kecukupan ini akan mempertingkatkan keupayaan untuk belajar

Anak yang cukup dengan latihan dan ulangkaji tidak memerlukan tuisyen.

Kerjarumah tidak boleh ditangguhkan. Ibu bapa boleh membimbing dan member tunjuk ajar semasa anak-anak menyiapkan kerjarumah.

Page 23: Penglibatan keluarga

Dunia Remaja Kini: Gajet, Internet, Laman Sosial

23

Tegas

Tidak berubah-ubahBertimbang rasa.Kena pada tempat dan gaya.Bukan menunjuk kuasa.Anda juga manusia.

MemberiRuang

Biarkan anak bercakap mengenai sekolah atau apa sahaja.Beri peluang anak berinteraksi dengan rakan.Izinkan fesyen yang bersopan.Biarkan dia mencuba, awasi batasnya.

Memberi PeluangMinta anak mengajarkan sesuatu kepada anda.Beri anak kesempatan untuk menunjukkan kebolehan.Jika dia tersilap, izinkan dia mengubah.Latih anak memikul tanggungjawab.

Nasihat anak supaya tidak terlalu obsesifPenggunaan patut dihentikan sekiranya mengganggu pembelajaran.GajetAwasi penggunaan dan wujudkan peraturan.Pasang program tapisan.Didik penggunaan berhemah.Awasi jerat permainan online.

InternetSelalu beri peringatan tentang penyamaran identiti.PantauDidikan dan pengawasan amat penting.

Laman sosial

2.6 Sahabat Kepada Anak Remaja

Mendampingi anak remaja sebagai seorang sahabat.

Page 24: Penglibatan keluarga

2.7 Penyediaan Suasana Pembelajaran Dirumah.

2.7.1 Menyediakan Ruang Belajar Khas.

24

7.1 Perkara asas yang

perlu dilakukan

adalah menyediakan

satu ruang khas untuk

belajar

Tempat itu boleh jadi kekal atau

bukan kekal. suatu sudut boleh

dilapangkan dan dijadikan tempat

belajar.

Keselesaan seperti suhu, edaran

udara dan cahaya perlu diberi

perhatian supaya anak dapat belajar

dengan selesa.

Kemudahan-kemudahan lain

untuk ruang belajar ini boleh

ditambah mengikut

keselesaan

Page 25: Penglibatan keluarga

2.7.2 Jadual Waktu Belajar

25

7.2Kerjarumah.

ulangkaji dan menelaah

menjadikan anak-anak

lebih bersedia.

Jadual belajar hendaklah

memasukkan masa untuk kerjarumah,

menelaah dan mengulangkaji pelajaran. Perlu

disediakan setiap hari dan minggu.

Adalah baik menasihati anak

memecahkan masa membaca

kepada menjawab soalan yang baerkaitan.

Nasihatkan anak membuat kerja rumah terlebih

dahulu sebelum menelaah.

2.7.3 Jauhkan sebarang bentuk gangguan yang boleh mengurangkan tumpuan anak.

2.7.4 Pastikan anak mengemas tempat belajarnya.

2.7.5 Apabila berkongsi tempat belajar, pastikan anak-anak tidak menghabiskan masa belajar dengan bermain atau berbual kosong.

2.7.6 Buku rujukan amat membantu anak-anak untuk membuat penyelidikan atau memahami sesuatu.

2.7.7 Alatulis disediakan di tempat belajar.

2.7.8 Temankan anak anda semasa belajar.

2.7.9 Benarkan anak berehat dalam satu selang masa.

Page 26: Penglibatan keluarga

26

Perbualan dengan anak merupakan interaksi yang asas. Galakkan

anak bercakap dan beri tumpuan kepada

ucapannya. Kekalkan interaksi dengan anak dengan anggukan dan mengiyakan serta beri

pujian kepada ayat yang teratur dan sopan.

Bagi kanak-kanak, cerita yang datang dari

ibubapa lebih bermakna. Cerita tidak terhad kepada cerita dongeng tetapi juga tentang sejarah anda

atau keluarga dan sebagainya.

Beriadah atau melibatkan anak dalam

aktiviti berkebun, menjahit, mengemas rumah atau bersantai

dapat mengeratkan tali silaturrahim.Makan bersama

menghidupkan kemesraan sesebuah

keluarga. Elakkan menimbulkan isu semasa makan. tanamkan sifat kemesraan dan kebahagiaan.

Kekalkan interaksi dengan anak

sepanjang masa. Ini dapat mengelakkan

anak-anak dari gejala jurang umur terutama

ketika kanak-kanak meningkat remaja.

Melalui interaksi dengan anak, ibubapa

dapat menerapkan kefahaman agama, moral, budi bahasa,

adat resam serta seni budaya. Ini dapat

mengelakkan unsur-unsur ini dari

terhakis.

3.0 INTERAKSI SOSIAL DENGAN ANAK

Page 27: Penglibatan keluarga

27

Berkomunikasi Dengan Anak

Berkomunikasi lebih dari sekadar

berbual. Semasa berkomunikasi, isu

yang timbul di tangani supaya mencapai kata

sepakat.

Berbincang mengenai pelajaran

dengan tujuan;i. mengetahui

pelajarannya hari itu dan apa yang

berlaku di sekolah.ii. Mengetahui

kerisauan anak supaya dapat

diatasi.iii. memberi

pengukuhan kepada pencapaian anak.iv. Membimbing anak merangka

tindakan.v. menenangkan kerisauan anak.

Kunjungi sekolah anak anda dan

berbincang dengan guru sekolah bagi

mengetahui kemajuan dan

permasalahan anak.

Kenali setiap rakan anak-anak.

3.1 KOMUNIKASI DENGAN ANAK

Page 28: Penglibatan keluarga

28

4.0 Sokongan Akedemik

Penting untuk ibubapa untuk mengetahui kemajuan pelajaran anak. pengetahuan

tentang sukatan pelajaran dan

matapelajaran yang di ambil serta sasaran anak

dalam mencapai kejayaan.

Membacakan buku kepada anak kecil dapat membukakan minda dan merangsang minat

membaca. Lontaran suara, intonasi, gaya dan aksi

memberikan pendidikan tidak formal kepada anak.

Sesuai dengan perubahan umur anak,

ibubapa boleh membaca bersama anak. aktiviti ini

dapat menyemai kecintaan terhadap buku

dan ilmiah.Anak-anak mungkin miemerlukan bimbingan

dalam menyiapkan kerjarumah. Amat baik

jika anda dapat memberi bimbingan secara

langsung kepada anak.

Apabila perlu, hantar anak untuk belajar

secara berkumpulan.

Page 29: Penglibatan keluarga

Terdapat beberapa pandangan berhubung dengan perkembangan kanak-kanak

dan tingkah lakunya. Setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan perkembangan dan

tingkah lakunya. Keadaan ini dipengaruhi oleh persekitaran yang berkaitan dengan

sangkutan, autonomi, inisiatif dan kendiri. Pendidik perlu memahami dan melihat kanak-

kanak di institusi tadika daripada berberapa sudut untuk menangani permasalahan

yang dihadapi oleh kanak-kanak. Kefahaman ini akan membantu melaksanakan

program pendidikan awal kanak-kanak dengan lebih berkesan.

29

Teoritikal Perspektif Mengenai Keluarga

SANGKUTAN

AUTONOMI

INISIATIF

KENDIRI

5.0 PENGENALAN TEORITIKAL PERSPEKTIF MENGENAI KELUARGA

Page 30: Penglibatan keluarga

5.1 SANGKUTAN

5.1.1 Karenah dan Sangkutan

30

Definisi Sangkutan

Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas

corak tingkah laku sekumpulan anak

angsa. Beliau merumuskan bahawa

kita tidak akan memahami kanak-

kanak kalau kita tidak memerhatikan

tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka.

John Bowlby telah meneruskan kajian

Lorenz. Beliau menyatakan bahawa

kanak-kanak kecil membentuk

sangkutan dan perapatan emosi

yang intim kepada ibu bapa atau orang

dewasa yang menggantikan ibu

bapa sebenar.

Bowlby mendefinisikan

tingkah laku sangkutan sebagai apa jua tingkah laku

yang menolong merapatkan

hubungan bayi dengan individu

sangkutan tersebut. Sangkutan juga boleh dimaksudkan sebagai hubungan rapat dan

mesra yang mewujudkan kasih

sayang yang kuat dan mengikat seseorang dengan yang lain.

Hubungan sangkutan yang kuat dan tinggi semasa kecil akan

memberi kesan sepanjang kehidupan individu berbanding dengan hubungan sangkutan yang

lemah. Kesannya adalah seperti

berikut:(i) Mempunyai harga

diri yang tinggi (ii) Merasa lebih

diterima oleh keluarga

(iii) Merasa lebih diterima oleh rakan

sebaya (iv) Merasa lebih

diterima oleh masyarakat

Contohnya seorang anak yang terlalu

rapat dengan ibunya akan mengalami

kesukaran berpisah dengan ibu terutama apabila ingin dihantar

ke TADIKA.

Page 31: Penglibatan keluarga

31

Sangkutan melibatkan

hubungan anak dengan ibu bapa, ahli

keluarga ,adik beradik dan datuk

nenek. Kanak-kanak yang terikat dengan sangkutan ibu bapa

yang kuat mengalami kesukaran untuk berjauhan buat beberapa ketika

Mereka yang kuat sangkutan akan

mengalami gangguan emosi

tingkah laku berkerenah.

Contohnya anak yang dipelihara oleh

datuk dan nenek sejak kecil kemudian

diambil oleh ibu bapanya akan

mengalami tekanan emosi.

Sangkutan yang melampau

menyebabkan kanak-kanak suka merajuk,

memencilkan diri atau mengheret

ibunya menemaninya ke sekolah. Ini meyebabkan

sesetengah ibu bapa terpaksa berhenti

kerja demi menemankan anak-

anak di sekolah.

Pembentukan sangkutan adalah berpunca daripada pelbagai pihak. Sangkutan

mengikut keperluan masing-masing. Sangkutan sangat penting untuk membina

tingkah laku yang diingini. Pembentukan sangkutan kanak-kanak perlu perhatian,

tetapi perhatian berlebihan akan mendatangkan kesan buruk iaitu kanak-kanak

tidak dapat berdikari dan menyusahkan orang lain.

5.1.2 Antara faktor pembentukan sangkutan yang positif adalah seperti berikut:

Page 32: Penglibatan keluarga

5.1.3 Ciri-ciri pembentukan sangkutan

32

K a na k -

k a na k

p e r lu

d i b er i t a h

u t e n ta n g

p e r an a nn y a s e b

a g a i a n a

k d a n a p ak a h y a n

g p a t u

t d i l a k

u k an .

C o n to h n

y a t e n ta n g

m e ng u r us k a n

d i r i d a n

m e n ja g a k e b

e r s i ha n .

K a na k -

k a na k

p e r lu

m a ka n

s e nd i r i

k a l au

s u da h

b o l eh

b e r bu a t

d e m ik i a n .

K a na k -

k a na k

h e nd a k l

a h m e ne p a t

i w a k t

u p e r g

i s e k o

l a h d a n

b a l i k k e

r u ma h

a p ab i l a

s e l es a i

h a r i p e r se k o la h a

n .

L a t ih a n

m o d if i k a s

i t i n g k

a h l a k u b o l e

h m e no l o n

g k a na k -

k a na k

m e ng u r a

n g ka n

s a ng k u t

a n y a n

g k e t er l a l u

a n a g a r

k a na k -

k a na k

d a pa t

m e ny e s ua i k a

n d i r i d i

k a l an g a

n r a k a

n -r a k a

n s e ba y a

d i T A D

I K A a t a u

d i p e r s

e k i t ar a n

Page 33: Penglibatan keluarga

5.1.4 Prinsip-prinsip Pembentukan Sangkutan

33

Ibu kepada bayi yang membentuk sangkutan yang selamat akan

lebih responsif kepada keperluan bayi semasa 3 bulan pertama. Contohnya: Ibu dengan cepat

memujuk bayi apabila bayi menangis, memberi makan

kepada bayi bila menjangkakan bayi itu lapar.

Ibu bersikap konsisten dalam bertindak balas kepada keperluan

bayi.

Ibu bapa biasanya akan menyesuaikan tingkah laku

mereka dengan mengambil kira reaksi dan kerenah bayi.

Sangkutan yang tidak selamat timbul apabila ibu gagal

menyediakan keprihatinan yang sensitif dan responsif terhadap keperluan dan harapan bayi.

Page 34: Penglibatan keluarga

34

iTingkah laku sangkutan di kalangan bayi adalah merupakan tingkah laku yang berdasarkan kepada tingkah laku naluri dan evolusi manusia yang telah diprogramkan secara semula jadi.

ii Sangkutan di kalangan manusia tidak hanya bergantung kepada keperluan bayi untuk makan atau menyusu semata-mata.

iii Bayi membentuk sangkutan dengan orang-orang yang berinteraksi dengan mereka secara kerap

iv Di kalangan manusia kehidupan tahun pertama adalah masa yang paling kritikal dalam pemebentukan sangkutan.

v Bayi akan lebih membentuk tingkah laku sangkutan terhadap seorang manusia iaitu ibu, kerana ibu lebih berpengaruh.

vi Semasa tiga tahun pertama seorang bayi sangkutan membina hubungan dua hala antara ibu dengan anak

Page 35: Penglibatan keluarga

35

vii Apabila anak membentuk sangkutan dengan ibu beliau akan membentuk model bekerja dalaman mengikut ibu mereka.

viii Sangkutan anak-anak dengan ibu berbeza dari segi keselamatan Bayi membentuk sangkutan yang selamat sekiranya ibu bertindak balas kepada keperluan mereka.

xi Sangkutan yang selamat membentuk kesan yang positif terhadap perkembangan hidup bayi.

DEFINISI AUTONOMI

Mengikut Teori Erikson, tahap perkembangan manusia bermula pada umur 18 bulan hingga 3 tahun. Perkembangan pada peringkat ini adalah berdasarkan konflik yang wujud dalam diri kanak-kanak iaitu autonomi lawan rasa malu atau sangsi. Pada peringkat ini kanak-kanak perlahan-lahan mula memahami bahawa mereka boleh mengawal tindakannya.Ini bermakna kanak-kanak sudah mempunyai autonomi ke atas diri mereka. Menerusi kefahaman ini, dapat autonomi bermaksud kanak-kanak pada peringkat usia 18 bulan hingga 3 tahun berusaha menunjukkan autonomi untuk berdikari daripada orang dewasa atau orang lain yang sebaya dengannya. Walau bagaimanapun semasa kanak-kanak hendak mendapatkan autonomi, mereka mengalami perasaan sangsi sama ada boleh menangani situasi. Mereka rasa malu jika gagal menangani sesuatu tindakan. Campuran autonomi, malu dan sangsi memberikan satu kekuatan kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh bertindak ke atas dunia dengan kekuatan sendiri.

5.2 AUTONOMI

Page 36: Penglibatan keluarga

5.2.1 Isu Pengawalan

36

Konsep Isu Pengawalan

Konsep pengawalan adalah sistem kawalan yang digunakan oleh ibu bapa dalam mengawal tingkah laku anak. Selalunya ibu bapa menggunakan perkataan Âjangan...jangan...Ê Ibu bapa kurang memberi alasan kenapa tidak boleh melakukan sesuatu tindakan secara rasional. Alasan yang diberi lebih kepada ugutan dan menakut-nakutkan kanak-kanak. Ini menyebabkan kanak-kanak kurang yakin kepada diri sendiri dan bergantung kepada orang lain dan kurang berdikari. Ini bermakna kanak-kanak tidak mencapai autonomi. Isu pengawalan adalah permulaan modifikasi tingkah laku terhadap kanak-kanak.

Bandura (1988) berpendapat kanak-kanak suka meniru

perbuatan yang dilakukan oleh orang dewasa. Kanak-kanak

akan membuat pemerhatian

yang berulang-ulang dan

memperoleh maklumat sama ada perbuatan

yang ditiru mendapat

sambutan atau teguran dan

tegahan daripada orang

dewasa.

Page 37: Penglibatan keluarga

5.2.2 Pengekalan

Dalam mengekalkan tingkah laku positif dan autonomi, beberapa langkah boleh diambil oleh orang dewasa dalam membantu kanak-kanak mengekalkan autonomi terhadap diri mereka.

5.3 INISIATIF

37

Memberi hadiah yang setimpal dengan tingkah laku anak dan perbuatan yang menggalakkan. Ini dapat menolong mereka mengekalkan tingkah laku positif. Konsep kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ke arah penyesuaian diri. Ini termasuk penghargaan kendiri, penerimaan dan penolakan diri. Jika sesaorang kanak-kanak merasai kurang penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami perasaan penolakan diri. Perasaan ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hidup yang dihadapinya.

Kanak-kanak yang mengekalkan penghargaan kendiri yang tinggi mempunyai sikap yang positif, sanggup berusaha hingga dapat menyempurnakan tugasannya, dapat menyerlahkan bakat dan kebolehannya. Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang sederhana, mempunyai rasa curiga dan ragu-ragu dalam mengambil keputusan yang tepat. Manakala kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang rendah biasanya bersikap rendah diri, curiga, tidak mampu membuat keputusan, tidak dapat berinteraksi dengan berkesan, dan sering melepaskan diri dari bersikap kurang yakin kepada kebolehan diri sendiri. Kanak-kanak yang memberi banyak alasan untuk menolak tugasan telah mempamerkan tindakan atau taktik yang menunjukkan mereka mempunyai konsep kendiri yang rendah.

Guru perlu memberi perhatian yang sewajarnya seperti dorongan dan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Terdapat banyak aktiviti yang boleh mengekalkan tingkah laku positif. Perkara yang utama perlu dilakukan oleh guru ialah memberi pengalaman kepada dan menikmati pengalaman kejayaan bersama kepada kanak-kanak. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi pemimpin atau mengambil bahagian dalam aktiviti seperti main peranan, simulasi, permainan dalam kumpulan dan sebagainya.

Page 38: Penglibatan keluarga

38

5.3.1 Definisi Inisiatif

Perkataan inisiatif bermakna bercita-cita dan bersemangat. Ini menunjukkan kanak-kanak mempunyai tujuan untuk hidup. Kanak-kanak tidak sabar melakukan tugasan baru, menyertai aktiviti bersama rakan sebaya dan menjumpai apa mereka boleh lakukan dengan pertolongan orang dewasa.

5.3.2 Perkembangan KonflikKanak-kanak selalu berada dalam suasana konflik. Contohnya berebut barang mainan dan tidak mahu berkongsi dengan kawan. Suasana begini selalu berlaku di prasekolah. Keadaan ini melahirkan konflik di kalangan kanak-kanak. Apabila konflik berlaku guru perlu mengelakkan diri daripada terburu-buru membuat keputusan dan menghukum

dengan menjelaskan siapa yang salah dan siapa yang benar atau menyalahkan sesiapa. Guru hanya perlu mendengar keterangan yang mereka berikan. Mereka yang

menyelesaikan konflik dengan cara yang terbaik untuk menangani situasi konflik tersebut

Panduan guru dalam menghadapi konflik adalah seperti berikut:

Mendengar kanak-kanak

bercerita

Berterima kasih kerana memberitahu

apa yang berlaku

Jangan menyalahkan kanak-kanak

Bertanyakan perasaan

kanak-kanak sekiranya sesuatu

perkara itu berlaku pada

dirinya sendiri

Bertanyakan kepada kanak-kanak perkara

yang patut dibuat supaya kawannya rasa

seronok.

Ikut apa yang telah

dipersetujui untuk

menamatkan konflik.

Page 39: Penglibatan keluarga

5.3.3 Kanak-kanak akan belajar cara menghormati hak orang lain dan menjaga maruah orang lain. Guru hendaklah memberi peluang kanak-kanak menguruskan konflik dengan cara yang terbaik. Di samping itu guru hendaklah menolong kanak-kanak mengurangkan konflik dan membina kemahiran persahabatan. Berikut adalah cara-cara membina persahabatan:

39

Mengajak kawan-kawan bermain bersama

Berkongsi alat permaian dan barang-barang

Menawarkan pertolongan

Bertukar alat mainan

Mendengar kawan membaca buku cerita.

Membuat apa yang dibuat oleh kawan

Page 40: Penglibatan keluarga

5.3.4 Peranan Persekitaran

Keluarga memainkan peranan penting dalam masyarakat. Setiap masyarakat mengawal tingkah laku seksual ahli-ahlinya. Di antara fungsi keluarga dalam masyarakat adalah seperti berikut:

40

Fungsi Keluarga

Dalam Masyarakat

Kawalan tingkah laku

seksual

Mensosialisasikan anak

Memberi sokongan emosi

Mengenakan

kawalan sosial

Memberi kerjasama ekonomi

Jagaan terhadap anak

Anak-anak bergantung sepenuhnya kepada kedua ibu bapa mereka untuk mendapatkan makanan, minuman, perlindungan dan kasih sayang. Mereka mudah dipengaruhi. Peranan keluarga adalah menyalurkan budaya, seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa. Memang ada agen sosialisasi lain seperti rakan sebaya, sekolah, media massa. Walau bagaimanapun keluarga adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling berpengaruh dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak.

Page 41: Penglibatan keluarga

5.3.5 Aplikasi Inisiatif Kanak-kanak

Kanak-kanak mengaplikasi inisiatif dengan sokongan emosi daripada orang-orang di persekitarannya seperti ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Contohnya kanak-kanak menunjukkan inisiatif melalui aktiviti bermain. Semasa bermain mereka mencuba kemahiran baru menerusi kegagalan, teguran dan bimbingan orang di persekitarannya. Kanak-kanak bukan sahaja memerlukan persahabatan, sangkutan tetapi juga kasih sayang bagi perkembangan yang normal.

5.4 KENDIRI

41

Definisi KendiriKendiri adalah konsep merujuk kepada fikiran, perasaan dan sikap terhadap diri. Sukar untuk menentukan bila kanak-kanak mula memahami kewujudan mereka. Mengukur kesedaran kanak-kanak pula bukan mudah. Kita tidak dapat bertanya kanak-kanak berumur tiga tahun dengan menyoal, „Bila kamu sedar yang kamu wujud di dunia ini?‰ Tentunya soalan sebegini sukar dijawab oleh kanak-kanak.

Kita memerlukan pendekatan secara tidak langsung. Contohnya menyuruh kanak-kanak melihat cermin. Apabila ia menyentuh hidungnya setelah melihat

muka di cermin maka kita sedar bahawa kanak-kanak tahu yang itu adalah rupanya. Ini menunjukkan kanak-kanak mula membina konsep tentang diri

mereka. Seterusnya kanak-kanak mula membina kesedaran kendiri iaitu sedar tentang kewujudan diri mereka. Apabila dia sedar tentang kewujudan mereka, kanak-kanak mula memperoleh konsep kendiri dan mula bertanya siapa diri

mereka dan ingin mendefinisi diri mereka. Kanak-kanak yang mula menyedari konsep diri mereka akan mengatakan „Ini saya punya„. Mereka juga boleh menjawab soalan tentang nama mereka, siapa ibu dan bapa serta di mana

mereka tinggal.

Page 42: Penglibatan keluarga

5.4.1 Persekitaran Peningkatan Kendiri

42

Persekitaran memainkan peranan penting dalam peningkatan kendiri. Persekitaran seperti didikan agama, budaya keluarga, rumah, rakan sebaya, sekolah, jiran tetangga, saudara mara dan harapan guru boleh memberi implikasi kepada konsep kendiri. Kasih sayang dan penerimaan orang lain daripada persekitaran boleh mengubah konsep kendiri seseorang kanak-kanak. Kekuatan konsep kendiri bergantung kepada bagaimana seseorang bertindak balas kepada elemen-elemen persekitaran.Kanak-kanak yang dididik dengan kasih sayang dan sempurna akan membentuk pandangan positif tentang diri, begitu juga sebaliknya.

Kesimpulannya konsep kendiri positif dan negatif adalah sikap kanak-kanak

terhadap diri mereka sama ada positif atau negatif.

Page 43: Penglibatan keluarga

5.4.2 Aplikasi Kendiri Kanak-kanak

,

Figure 1: Froebel 1782 -1852

Sungguhpun taraf mental kanak-kanak telah ditentukan semenjak di dalam

kandungan lagi kita tidak boleh berserah sahaja kepada takdir tanpa berusaha untuk

mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak. Kendiri kanak-kanak ibarat pokok yang

tumbuh perlu dibaja dan disirami air. Begitulah juga keadaannya dengan konsep

kendiri. Ini bermakna kita perlu menjalankan tanggungjawab iaitu apakah langkah

yang perlu diambil untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak berdasarkan

perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang dari aspek fizikal, emosi,

rohani, sosial dan kognitif. Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif, sentiasa ingin

tahu dan ingin melakukan sesuatu tanpa menyedari risiko.

43

Kerja kanak-kanak adalah bermain. Dalam membina strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak perlu berdasarkan perkembangan bermain tersebut.

Page 44: Penglibatan keluarga

Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan sikap ibu terhadap anak dalam menerima kehadiran anak, maka anak lebih cenderung untuk mesra dengan keluarga dan orang lain.

5.4.3 Sikap Kanak-kanak

44

Sikap kanak-kanak

Peranan ibu bapa dan guru sangat penting dalam aplikasi kendiri kanak-kanak. Penerimaan

orang dewasa terhadap kanak-

kanak adalah aplikasi kendiri kanak-kanak

yang utama. Ibu bapa perlu menerima

kehadiran kanak-kanak dalam keluarganya.

Kanak-kanak yang suka

menangis dan susah diberi makan ada

kaitannya dengan ibu yang risau dan runsing

ketika mengandung. .

Penghargaan terhadap anak

seperti memberi kata manis dan

kata pujian boleh meningkatkan

rasa senang dan keriangan kepada

kanak-kanak.

Guru perlu menerima kanak-

kanak yang berada dalam

kelasnya. Guru sendiri menerima dirinya sebagai seorang guru

prasekolah yang mempunyai kualiti untuk membantu

kanak-kanak memperkembangkan potensinya

ke tahap maksimum

Keluarga yang stabil memberi ruang kepada kanak-kanak

untuk membesar dan mengenali kehidupan yang lebih bermakna daripada kanak-

kanak yang tinggal dengan ibu tunggal dan

hidup yang kekurangan. gan ibu tunggal dan

hidup yang kekurangan.

Page 45: Penglibatan keluarga

5.4.4 Senarai Kualiti Konsep Kendiri yang Positif Pada Seorang Guru

5.4.5 Senarai kualiti yang hendak dipertingkatkan oleh guru terhadap kanak-kanak.

45

Senarai kualiti konsep kendiri yang positif yang perlu ada pada seorang guru yang boleh diaplikasi kepada kanak-kanak

adalah seperti berikut:

Kasih sayang untuk kanak-kanak

Dedikasi untuk mengajar

· Kebolehan menyempurnakan tugas hingga selesai

Kebolehan menjalin hubungan yang rapat dengan kanak-kanak

Menguruskan unsur jenaka dengan baik dan sopan.

Page 46: Penglibatan keluarga

46

Senarai kualiti yang hendak dipertingkatkan oleh guru terhadap kanak-kanak adalah seperti berikut:

Mempunyai keyakinan yang tinggi dan percaya yang anda boleh menyempurnakan

tanggungjawab dalam kerjaya dengan betul

Mempunyai kemahiran mengurus kanak-kanak

Boleh mengawal perasaan marah

Mengeluarkan bunyi suara yang lunak dan mesra

Anda hendaklah menerima kanak-kanak yang ada dalam kelas anda tanpa syarat. Anda tidak

menerima kanak-kanak yang comot, gemuk, dan agresif?

Anda perlu buang jauh-jauh perasaan anda itu.

Keupayaan menyanyi dengan selesa di hadapan kanak-kanak.

Page 47: Penglibatan keluarga

5.4.6 Harapan Guru

5.4.6.1 Ini bermakna guru memainkan peranan penting

dalam memupuk kendiri kanak-kanak. Guru berinteraksi dengan

kanak-kanak setiap hari. Guru yang membentuk kumpulan kecil

dan memberi arahan yang jelas, menyatakan peraturan kumpulan

ketika bermain guru yang mendemonstrasi adab-adab yang perlu

dikuasai oleh kanak-kanak dalam interaksi dan cara��cara

bertegur sapa dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa. Guru

memberi ruang untuk kanak-kanak mencetuskan idea dan

mengutamakan pengalaman mereka seharian.

5.4.6.2 Strategi berpusatkan pelajar perlu diutamakan.

Pendekatan guru kepada pendekatan konstruktif, kontekstual dan

projek dari ekposisi. Guru memberi galakan kepada kanak-kanak

mencuba dan meneroka dunia mereka dengan aktiviti yang sesuai

dengan minat dan perkembangan mereka.

5.4.6.3 Guru perlu memberi penghargaan kendiri,

meningkatkan penerimaan dan mengurangkan penolakan diri.

5.4.6.4 Guru menyediakan aktiviti seperti berikut:

47

Page 48: Penglibatan keluarga

5.4.7 Kanak-kanak memerlukan ibu bapa, rakan sebaya dan orang dewasa

untuk berkomunikasi. Kanak-kanak akan membentuk kebolehan untuk

lebih memahami dunia di sekeliling mereka secara menyeluruh. Kanak-

kanak belajar daripada orang lain dan bagaimana bertindak mengikut

keperluan dan kefahaman secara berterusan. Kanak-kanak selalu

bertanya dan menyelesaikan tugasan yang mudah seperti mengurus diri,

cara adab 5 makan, adab bertemu orang tua, cara bercakap, cara

bermain dan belajar tentang menulis membaca dan mengira.

48

Galakkan kanak-kanak menyesuaikan

diri dalam situasi harian seperti main pondok-pondok, jual beli, jamuan majlis

hari jadi, hari perayaan dan lain-

lain.

Alat bermain yang mudah

tetapi menarik dan

seronok.

· Menyediakan

alat permainan yang boleh

dikongsi dan bermain

bersama-sama

Page 49: Penglibatan keluarga

6.0 PELAKSANAAN PROGRAM PENGLIBATAN IBUBAPA DAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Instict atau naluri adalah suatu anugerah kepada hidupan seperti manusia

dan haiwan. Hubungan manusia sesama manusia yang juga dipanggil

hablumminnanas terjalin sejak zaman Nabi Adam lagi. Begitu juga hubungan

yang terjalin antara ibu bapa lebih-lebih lagi ibu dan anak yang mempunyai talian

sangat rapat. Keadaan ini menjadikan ibu dan anak mempunyai satu naluri atau

perasaan yang sukar dirungkaikan. Perkara ini juga dikenali sebagai ‘sangkutan’.

Menyedari hakikat ini, di sini kami merancang untuk menjalankan satu

program yang dapat merapatkan lagi hubungan ini serta memberi ibu bapa

pendedahan terhadap apa yang berlaku kepada anak-anak mereka di sekolah.

Menurut Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku

sekumpulan anak angsa, beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-

kanak kalau kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi

mereka.

Oleh itu, kami bercadang untuk menjalankan Program Sukaneka yang

melibatkan penyertaan ibu bapa dalam setiap acara yang dijalankan.

6.1 Kertas Kerja- ‘ Sukaneka Jalinan Kasih’

49

Page 50: Penglibatan keluarga

KERTAS KERJA

PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAH

PERMATA HIKMAH

SK DURIAN MENTANGAU

2013

   

Tarikh : 16 Mac 2013

Hari : Sabtu

Masa : 7.30 –12.30 tengahari

Tempat : Dewan Terbuka dan Padang Sekolah, SK Durian Mentangau

1.0 PENDAHULUAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya

kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan

sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan fizikal bagi murid-murid

prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para peserta,

permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan

para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat

jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan,

kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan.

Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan

kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

50

Page 51: Penglibatan keluarga

2.0 MATLAMAT

Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,

persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti

permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di

kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini

juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok

menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid menunjukkan potensi, perkembangan

fizikal dan psikomotor melalui aktiviti sukan.

3.2 Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,

berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat

majmuk

3.3 Memberi peluang kepada murid prasekolah melakukan aktiviti yang

menggembirakan untuk meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran.

3.4 Menjalin kerjasama di kalangan ibu bapa dan pihak pengurusan

prasekolah.

4.0 RASIONAL

 

Kemahiran ini adalah satu aspek pembelajaran yang selaras dengan Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan di samping memenuhi keperluan asas kemahiran

bersosial bagi murid-murid prasekolah selaras dengan kehendak dan tuntutan konsep

51

Page 52: Penglibatan keluarga

Pendidikan Prasekolah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai

dan menarik dengan interaksi terus kepada persekitaran

 

5.0 SASARAN

 

Aktiviti ini adalah melibatkan 25 orang murid prasekolah SK Durian Mentangau, ibu

bapa, guru-guru serta PPM prasekolah.

6.0 JAWATANKUASA INDUK

 Penasihat : Encik Abdul halim bin Mohamad (Guru Besar)

Encik Che Wan Jamil bin Che Wan Abdullah (GPK Pentadbiran)

En. Abdul Aziz bin Saad (GPK Ko-kurikulum)

Ustaz Ahmad Rozali bin Wahab(GPK Hal Ehwal Murid)

Pengerusi : Puan Mariam binti Ibrahim

Naib Pengerusi : Puan Raslamiah binti Othman

Setiausaha : Puan Marlina Bt. Mohamed

Bendahari : Puan Norfaizah Bt. Khairudin

52

Page 53: Penglibatan keluarga

AJK : En. Syed Hyder B. Syed Faisal

: Puan Ruslina Bt. Said : En. Fizal b. Dato’ Fauzi : Puan Siti Zuraini Bt. Mohd Rais : Puan Siti Sapurah Bt. Saleh : En. Azani B. Yahaya : En. Mohamad Ghadafi B. Walat : En. Ahmad Qushairi B. Ya

7.0 ACARA MURID BERKUMPULAN

7.1 Acara mengisi air dalam botol menggunakan span

7.2 Acara menjunjung pundi kacang dan membaling pundi kacang ke dalam bakul

7.3 Acara suai padan baju saya

7.4 Acara menghias bakul bunga

7.5 Acara lerek bola pakai gelung

7.6 Acara lompat bola gimnastik

8.0 ACARA TERBUKA KANAK-KANAK 2-4 TAHUN

8.1 Acara kutip gula-gula

9.0 ACARA BERKUMPULAN (BAPA)

9.1 Lari dalam kain batik sambil dukung anak (murid ) (1 pasukan 4 orang)

10.0 ACARA TERBUKA BAPA

10.1 Masuk benang dalam jarum

53

Page 54: Penglibatan keluarga

11.0 ACARA BERKUMPULAN (BERPASANGAN IBU, GURU DAN PPM)

11.1 Baling-baling sayang (1 pasukan 4 orang)

12.0 ACARA TERBUKA IBU

12.1 Tiup dan pecahkan belon bersama anak (murid)

**Acara Terbuka : 10 orang peserta setiap acara

13.0 SENARAI ALATAN

54

Alatan Kuantiti

Bakul bunga 3 buah

Benang putih 1 gulung

Bunga plastik 75 tangkai

Jarum 2 set

Baldi 3 buah

Skitel 15 buah

Pinggan 4 biji

Gula-gula 100 biji

Tepung 2 bungkus

Kain batik 3 helai

Belon 100 biji

Span 3 keping

Botol mineral 3 botol

Pundi kacang 25 beg

Bola Gimnastik 3 biji

Span bunga 3 buah

Gelung rotan 9 gelung

songkok 3 pasang

baju melayu 3 pasang

stoking 3 pasang

Kasut sekolah 3 pasang

Page 55: Penglibatan keluarga

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

 

Sumber : Peruntukan Kokurikulum Prasekolah

JK Permuafakatan Waris Prasekolah

1. Makanan Murid (Makanan, Minuman) = RM 3.00 X 75 = RM225

2. Hadiah Murid = 6 acara

55

Page 56: Penglibatan keluarga

= Tempat pertama (RM 3.00 x 8 = 24)

= 24 x 6 kumpulan = RM 144

= Tempat ke-2 (RM 3.00 x 8 = RM 24)

= 24 x 6 kumpulan = RM 144

= Tempat ke-3 (RM 3.00 x 8 = RM 24)

= 24 x 6 kumpulan = RM144

= RM 3.00 x 9 = RM 27

= 27 x 3 kumpulan = RM 81

JUMLAH = RM 513

3. Acara Kutip gula-gula - RM 2.00 x 10 = RM 20

4. Acara Bapa Berkumpulan

= Tempat pertama (RM 3.00 x 8 = 24)

= 24 x 3 kumpulan = RM 72

= Tempat ke-2 (RM 2.50 x 8 = RM 20)

= 20 x 3 kumpulan = RM 60

56

Page 57: Penglibatan keluarga

= Tempat ke-3 (RM 2.00 x 8 = RM 16)

= 16 x 3kumpulan = RM48

JUMLAH = RM 132

5. Acara Terbuka Bapam - RM 10.00 X 6 =RM 60

6. Acara berkumpulan ibu, guru dan ppm

= Tempat pertama (RM 3.00 x 8 = 24)

= 24 x 3 kumpulan = RM 72

= Tempat ke-2 (RM 2.50 x 8 = RM 20)

= 20 x 3 kumpulan = RM 60

= Tempat ke-3 (RM 2.00 x 8 = RM 16)

= 16 x 3 kumpulan = RM48

JUMLAH = RM 132

7. Acara Terbuka Ibu - RM 10 X 6 = RM 60

57

Page 58: Penglibatan keluarga

8. Pekakas dan bahan-bahan aktiviti = RM 150

9. Jamuan - RM 5 x 30 orang = RM 150

Jumlah = RM 1442.00

Anggaran perbelanjaan ialah sebanyak RM1442.00 (Ringgit Malaysia seribu empat ratus empat puluh dua sahaja).

15.0 JAWATANKUASA PELAKSANA SUKANEKA PRASEKOLAH 2012

SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

  Penasihat : Puan Norihan Binti Karim (Guru Besar)

58

Page 59: Penglibatan keluarga

Puan Rohani Binti Hj. Ahmad (GPK Pentadbiran)

En. Mustapha Bin Sulaiman (GPK Ko-kurikulum)

Puan Tuan Normah Binti Tuan Sipat (GPK Hal Ehwal Murid)

Pengerusi : En. Mohd Rashidi B. Hj. Sabri

Naib Pengerusi : En. Rizalman B. Shahbranda

Pengurus Acara : Puan Marlina Bt. Mohamed

Dan Peralatan : Puan Azializa Bt. Ahmad

: Puan Mazni Bt. Masiran

Bendahari : Puan Norfaizah Bt. Khairudin

Buku Program : Puan Azializa Bt. Ahmad

Pendaftaran : Puan Aminah Bt. Ahmad

: Puan Noorhartini Bt. Yusoof

Juruacara : Puan Wan Norlelawati Bt. Wan Abd Kadir

59

Page 60: Penglibatan keluarga

Persiapan Tempat : Puan Siti Zuraini Bt. Mohd Rais

: En. Mohamad Ghadafi B. Walat

: En. Azani B. Yahaya

: Puan Siti Sapurah Bt. Saleh

Hadiah : Puan Azializa Bt. Ahmad

: Puan Aminah Bt. Muhammad

: Puan Mas Ayuzie Bt. Jamaluddin

: Puan Ruslina Bt. Said

: Puan Nor Ashikin Bt. Abdul Rahman

Cenderahati

Perasmi : Puan Azializa Bt. Ahmad

Siaraya : En. Mohd Azrul Hafeez B. Azizan

Jamuan VIP : Puan Nortifah Bt. Yassin

: Puan Surya Sumarni Bt. Hussein

: Puan Fauzan Bt. Muhamad

: Puan Nor Ashikin Bt. Abdul Rahman

Jamuan Makan : Puan Asima Bt. Ahmad

60

Page 61: Penglibatan keluarga

: Puan Sha’areeda Leena Bt. Ahmad Sharafuddin

: Puan Fatmawati Bt. Mohd Nurdin

: Puan Nur Azian Bt. Azumu

Hakim : En. Mohd Rashidi Bt. Hj. Sabri

: En. Rizalman B. Shahbranda

: En. Ahmad Qushairi B. Ya

Pencatat : Puan Wan Norlelawati Bt. Wan Abd Kadir

Pengurus Peserta : Puan Noorazira Bt. Ab Delani

: Puan Mazni Bt Masiran

: Puan Fairus Atida Bt. Said

Fotografi : En. Fizal B. Dato’ Fauzi

: En. Syed Hyder B. Syed Faisal

: En. Rohiman B. Rahia

Dokumentasi dan

pelaporan : Puan Marlina Bt. Mohamed

Keselamatan

dan kebersihan : Semua Guru, Ibu bapa dan PPM

61

Page 62: Penglibatan keluarga

16.0 TENTATIF PROGRAM

 

Tarikh : 7 Mei 2012

Hari : Sabtu

Masa : 7:30 Pagi

Tempat : Dataran SKPP 11(2)

 

MASA AKTIVITI

7.30 – 8.00 pagi Pendaftaran Peserta

8.00– 8.15 pagi Ketibaan Tetamu VIP

8.15– 8.30 pagi Perbarisan Peserta

8.30 – 8.40 pagiUcapan alu-aluan oleh En. Mohd Rashidi B. Hj. Sabri

(Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah)

8.40 – 8.55 pagi

Ucapan Perasmi

Puan Norihan Bt. Karim

(Guru Besar SK Putrajaya Presint 11(2))

9.00 – 9.35 pagi Acara Murid Berkumpulan 1

9.35 - 9.45 pagi Acara Terbuka Kanak-kanak 4-5 tahun

9.45 – 9.55 pagi REHAT (Persembahan Senamrobik Prasekolah)

62

Page 63: Penglibatan keluarga

9.55 – 10.10 pagi Acara Berkumpulan Bapa

10.10 – 10.40 pagi Acara Murid Berkumpulan 2

10.40 – 10.55 pagi Acara Berkumpulan Ibu, Guru dan PPM

10.55 – 11.10 pagi Acara Terbuka Bapa

11.10 – 11.30 pagi Acara Terbuka Ibu

11.30 – 12.00tghri Penyampaian Hadiah

12.00 tengahariUcapan Penutup oleh Pengerusi JK Waris Permuafakatan Prasekolah

12.30 tengahari Bersurai

17.0 HARAPAN DAN PENUTUP

 

Melalui aktiviti yang dijalankan , pihak sekolah khususnya Prasekolah SK Putrajaya Presint 11(2) berharap murid-murid prasekolah akan mendapat faedah yang berguna khususnya dalam meningkatkan lagi tahap keyakinan diri dan semangat untuk bergaul dan bersosialisasi dengan masyarakat luar. Aktiviti yang dirancang ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti yang menggembirakan dan berpeluang menerokai persekitaran yang lebih luas tanpa mengabaikan aspek keselamatan.

 

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

 

63

Page 64: Penglibatan keluarga

…………………………………….……………………………………….

(MARLINA BT. MOHAMED) (MOHD RASHIDI B. HJ. SABRI)

Setiausaha Pengerusi

Sukaneka Prasekolah 2012 Sukaneka Prasekolah 2012

 

Disemak oleh,

………………………………..

(NORIHAN BT. KARIM)

Guru Besar

SK Putrajaya Presint 11(2)

RUJUKAN:

Hamilton, D.S., & Flemming, B.M. (1977). Resources for Creative Teaching in Early

Childhood Education. New York: Harcourt Brace Jovanovich, Inc

Edgington, M. (2004). The Foundation Stage Teacher In Action Teaching 3, 4 And 5 Year-

64

Page 65: Penglibatan keluarga

Olds. UK: Paul Chapman Publishing.

Kail, R.V., & Cavanaugh, J.C. (2000). Human Development. A Lifespan View. USA: Wadsworth Thomson.

BIBLIOGRAFI

Atan Long.1979. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Buku Teks DBP. 2002. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatan 4.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Douglas P.Newton. 2002. Talking Sense in Sciene. London : RoutledgeFalmer

Elizebeth Sadek & Jacqueline Sadek. 2004. Good practice in Nursery

Management : 2nd edition. United Kingdom : Stanley Thornes Publisher Ltd

Eugenia Hepworth Berger. 1991. Parents as Partners in Education : The school

and Home Working Together . United States Of America : Macmillan Publishing

Company

Henderson, A. T & Berla. 1994. A new generation of evidence : The family is

critical to student achievement. Washington, DC: Center for Law and Education

Jeffrey Glanz. 2006. School - Community Leadership : United States. Corwin

Press

Jillian Rodd. 1996. Leadership in early childhood : the pathway to

65

Page 66: Penglibatan keluarga

profesionalisme. Singapore : South Wind Production.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Huraian Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

Pusat Perkembangan Kurikulum.

Marzano, R. J. 2003. What works in schoos:Translating Research into action.

Alexandria, VA : Association for Supervision and Curriculum

Development.

Reni Akbar Hawadi. 2001. Psikologi perkembangan anak. Jakarta: Gramedia

Widiasarana.

Rohani Abdullah. 2004. Bayi cerdik. Pahang: PTS publications Sdn. Bhd.

Rozumah Baharudin dan Salma Ishak. 1985. Panduan Aktiviti Prasekolah.

Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan – Pendekatan

Kontemporari Edisi Revisi. Perak: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Siti Fatimah Binti Bdul Rahman (2006,November 10). Penglibatan ibu bapa jamin

kejayaan anak-anak. Utusan Malaysia.

Thompson.M (2005, Februari 21). Parent – teacher conference : Eight steps to

66

Page 67: Penglibatan keluarga

parental succes

Universiti Pendidikan Sultan Idris.2008. Kurikulum Permata. Pusat Penyelidikan

Perkembangan Kanak-kanak Negara.

Peranan Ibu bapa. myMetro (2009.Ogos 14)

Bengkel Urut Kembali Lagi. – diperoleh daripada laman web Utusan Malaysia,

Arkib:2009.Ogos.06http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm l pada 12

Ogos 2009

Click A Child diperoleh daripada laman web http://www.click-a-child.blogspot.com/ pada

12 Ogos 2009

Penglibatan Ibu Bapa – diperoleh daripada laman web http://www.ehomemakers.net

pada 12 Ogos 2009

Tanggjungjawab Kemas - diperoleh daripada laman web http://www.kemas.gov.my/111

pada 18 Ogos 2009

67