hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin...

44
HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN DAN STRES KERJA DALAM KALANGAN PEKERJA INDUSTRI NOR HAYATIE BINTI ABDUL HALIM Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JUN 2015

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN DAN

STRES KERJA DALAM KALANGAN PEKERJA INDUSTRI

NOR HAYATIE BINTI ABDUL HALIM

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JUN 2015

Page 2: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

v

ABSTRAK

Keselamatan di kawasan kediaman juga merupakan elemen penting dalam menjamin

kesejahteraan penduduk di perumahan flat Taman Cendana. Terdapat beberapa

masalah keselamatan yang berlaku iaitu dari segi keselamatan individu, keselamatan

harta benda dan keselamatan struktur bangunan. Majoriti penduduk di perumahan

flat itu adalah terdiri daripada pekerja-pekerja industri. Oleh itu, kajian ini dijalankan

untuk mengenalpasti tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu,

keselamatan harta benda dan keselamatan struktur bangunan dalam kalangan pekerja

industri serta mengenalpasti disiplin kerja dan tahap stres dalam kalangan pekerja

industri. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti hubungan antara tahap

keselamatan dengan disiplin kerja dan tahap stres penduduk yang bekerja di industri.

Responden yang terpilih terdiri daripada 113 orang penduduk perumahan Taman

Cendana yang bekerja di industri. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan

instrumen analisis borang soal selidik. Data yang dikumpulkan dan dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package of Sosial Science (SPSS) versi 20.0. Data

yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan statistik deskriptif iaitu pengiraan

min, peratusan dan Ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

tahap keselamtan penduduk di perumahan flat adalah rendah. Dapatan kajian juga

menunjukkan bahawa tahap stres penduduk adalah rendah dan tahap disiplin kerja

pula adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat permasalahan yang besar

terhadap tahap keselamatan pekerja industri di perumahan flat ini. Kajian ini juga

dapat memberi pengetahuan kepada penduduk bahawa pekerja industri mengalami

tahap stres yang tinggi berikutan kepada beban tugas yang berat.

Page 3: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

vi

ABSTRACT

The safety in the residential areas is the most important elements to ensure the well-

being of the residents at Taman Cendana. There are some safety issues that happened

in the residential area such as individual safety, safety of property and safety of

building structures. The majority of residents in the flat residential areas are

industrial workers and the safety issues had affected their discipline of work and

level of stress among the industrial workers. Therefore, this study was conducted to

determine the level of security in terms of individual safety, safety of property and

safety of building structures among the industrial workers and to identify the

discipline of work and stress level among the industrial workers. This study is also to

identify the relationship between the level of safety with the discipline of work and

stress levels among the industrial workers. The selected respondents consisted of 113

residents of Taman Cendana who work in the industry area. The study was

conducted by using the analysis of questionnaire. The data was collected and

analyzed by the Statistical Package of Sosial Science (SPSS) software version 20.0.

The data obtained from the questionnaire was using the descriptive statistical

calculations of mean score, percentages and Pearson Correlation test. The findings

showed that the level of safety of residents in the residential flats is low. The findings

also show that the stress levels low and the discipline of work is high. This showed

that there are no major problems with the the level of safety of industrial workers in

this flat residential areas. As a conclusion, this study can also provide knowledge to the

residents that industrial workers are experiencing with high levels of stress due to a

heavy workload.

Page 4: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 10

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 12

1.9 Kepentingan Kajian 12

1.9.1 Pemaju Perumahan Flat 12

1.9.2 Majlis Bandaraya Pasir Gudang 12

1.9.3 Ahli Jawatankuasa Perumahan Flat Taman Cendana 13

1.9.4 Pekerja Industri Perumahan Taman Cendana 14

Page 5: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

viii

1.10 Kerangka Konseptual Kajian 13

1.11 Definisi Operasional dan Istilah 15

1.11.1 Stres Kerja 15

1.11.2 Perumahan Flat Taman Cendana 15

1.11.3 Keselamatan 16

1.11.4 Disiplin Kerja 16

1.12 Rumusan 16

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Perumahan Flat 18

2.3 Keselamatan 19

2.3.1 Keselamatan Individu 21

2.3.2 Keselamatan Harta Benda 22

2.3.3 Keselamatan Struktur Bangunan 24

2.4 Stres 26

2.5 Penilaian Stres Mengikut Gejala Stres 27

2.6 Gejala-Gejala Stres 28

2.7 Disiplin Kerja 29

2.8 Pekerja Industri 31

2.9 Kajian-kajian berkaitan dengan keselamatan dan stres 32

2.10 Rumusan 33

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 34

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka bentuk Kajian 35

3.3 Populasi dan Persampelan Kajian 35

3.4 Sumber Data 36

3.5 Prosedur Kajian 37

3.6 Instrumen Kajian 39

3.6.1 Pembangunan Borang Soal Selidik 39

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 40

3.7.1 Kesahan 40

Page 6: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

ix

3.7.2 Kebolehpercayaan 41

3.8 Kajian Rintis 42

3.9 Kaedah Analisis Data 43

3.9.1 Skor Min 44

3.9.2 Ujian Taburan Normal (Normaliti) 45

3.9.3 Korelasi 49

3.10 Rumusan 50

BAB 4 ANALISIS DATA 51

4.1 Pengenalan 51

4.2 Dapatan Kajian Bahagian A 52

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 52

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kenderaan 52

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 53

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempoh Menetap 53

4.3 Persoalan 1 : Apakah tahap keselamatan dalam aspek

keselamatan individu dalam kalangan pekerja industri?

54

4.4 Persoalan 2 : Apakah tahap keselamatan dalam aspek

keselamatan harta benda dalam kalangan pekerja

industri?

55

4.5 Persoalan 3 : Apakah tahap keselamatan dalam aspek

keselamatan struktur bangunan dalam kalangan pekerja

industri?

57

4.6 Persoalan 4 : Apakah tahap stres dalam kalangan pekerja

industri?

58

4.7 Persoalan 5 : Apakah tahap disiplin kerja dalam kalangan

pekerja industri?

61

4.8 Persoalan 6 : Adakah terdapat hubungan antara tahap

keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan

tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

62

4.9 Persoalan 7 : Adakah terdapat hubungan antara tahap

keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda

dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

63

Page 7: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

x

4.10 Persoalan 8 : Adakah terdapat hubungan antara tahap

keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan

dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

64

4.11 Persoalan 9 : Adakah terdapat hubungan antara tahap

keselamatan dalam aspek keselamatan individu dengan

tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

65

4.12 Persoalan 10 : Adakah terdapat hubungan antara tahap

keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda

dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja

industri?

66

4.13 Persoalan 11 : Adakah terdapat hubungan antara tahap

keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan

dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja

industri?

67

4.14 Rumusan 68

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 69

5.1 Pendahuluan 69

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 69

5.2.1 Persoalan 1 : Apakah tahap keselamatan dalam

aspek keselamatan individu dalam kalangan pekerja

industri?

70

5.2.2 Persoalan 2 : Apakah tahap keselamatan dalam

aspek keselamatan harta benda dalam kalangan

pekerja industri?

71

5.2.3 Persoalan 3 : Apakah tahap keselamatan dalam

aspek keselamatan struktur bangunan dalam

kalangan pekerja industri?

72

5.2.4 Persoalan 4 : Apakah tahap stres dalam kalangan

pekerja industri?

72

5.2.5 Persoalan 5 : Apakah tahap disiplin kerja dalam

kalangan pekerja industri?

73

5.2.6 Persoalan 6 : Adakah terdapat hubungan antara 73

Page 8: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

xi

tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

individu dengan tahap stres dalam kalangan pekerja

industri?

5.2.7 Persoalan 7 : Adakah terdapat hubungan antara

tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta

benda dengan tahap stres dalam kalangan pekerja

industri?

74

5.2.8 Persoalan 8 : Adakah terdapat hubungan antara

tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

struktur bangunan dengan tahap stres dalam

kalangan pekerja industri?

75

5.2.9 Persoalan 9 : Adakah terdapat hubungan antara

tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

individu dengan tahap disiplin kerja dalam

kalangan pekerja industri?

75

5.2.10 Persoalan 10 : Adakah terdapat hubungan antara

tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta

benda dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan

pekerja industri?

76

5.2.11 Persoalan 11 : Adakah terdapat hubungan antara

tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja

dalam kalangan pekerja industri?

77

5.3 Kesimpulan 77

5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 78

5.5 Penutup 79

RUJUKAN 80

LAMPIRAN 87

Page 9: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

xii

SENARAI JADUAL

2.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) 21

2.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) dalam kajian

Macintyre et al.,(2002)

23

2.3 Jenayah harta benda yang dilaporkan kepada polis mengikut

jenis, Malaysia, 1999 – 2004

22

3.1 Pemarkahan item mengikut skala Likert (Konting,2004) 39

3.2 Pembahagian item dalam soal selidik 40

3.3 Jadual Nilai Alpha Cronbach 42

3.4 Nilai Alpha Cronbach 43

3.5 Ringkasan kaedah analisis yang digunakan terhadap persoalan

kajian

44

3.6 Tahap Penentuan Skor Min Kajian 45

3.7 Jadual Korelasi 46

3.8 Kekuatan nilai pekali korelasi 50

4.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 52

4.2 Analisis Responden Mengikut Kenderaan 53

4.3 Analisis Responden Mengikut Bangsa 53

4.4 Analisis Responden Mengikut Tempoh Menetap 54

4.5 Dapatan Kajian Aspek Keselamatan Individu 54

4.6 Dapatan Kajian dalam Aspek Keselamatan Harta Benda 56

4.7 Dapatan Kajian dalam Aspek Keselamatan Struktur Bangunan 57

4.8 Dapatan Kajian tahap stres dalam kalangan pekerja industri. 58

4.9 Dapatan Kajian tahap disiplin dalam kalangan pekerja industri. 61

4.10 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

individu dengan tahap stres

63

4.11 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan 63

Page 10: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

xiii

harta benda dengan tahap stres

4.12 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

struktur bangunan dengan tahap stres

64

4.13 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

individu dengan tahap disiplin kerja

65

4.14 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

harta benda dengan tahap disiplin kerja

66

4.15 Jadual analisis tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja

67

Page 11: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

xiv

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 14

2.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) 20

3.1 Prosedur Kajian 38

3.2 Perbandingan data yang normal dan tidak normal 45

3.3 Graf Histogram Data Kajian Aspek Keselamatan Individu 47

3.4 Graf Histogram Data Kajian Aspek Keselamatan Harta Benda 47

3.5 Graf Histogram Data Kajian Aspek Keselamatan Struktur

Bangunan

48

3.6 Graf Histogram Data Kajian Disiplin Kerja 48

3.7 Graf Histogram Data Kajian Stres 49

Page 12: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

xv

SENARAI SINGKATAN

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

DEB - Dasar Ekonomi Baru

DRN - Dasar Perumahan Negara

KPKT - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

PAKR - Perumahan Awam Kos Rendah

PRMM - Perumahan Rakyat Mampu Milik

Page 13: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik 87

B Borang Pengesahan Soal Selidik 96

C Kajian Rintis 107

D Kajian Sebenar 109

E Krejcie dan Morga 121

F Carta Gant 124

Page 14: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Keselamatan di kawasan kediaman juga merupakan elemen penting dalam

menjamin kesejahteraan penduduk. Menurut Abdullah (2011), keselamatan

bermaksud sesuatu keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana

atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan manakala dari

konteks keselamatan bangunan pula, ia merangkumi rumah yang selamat dari segi

rekabentuk, jiran tetangga yang terjamin dan persekitaran dalaman yang teratur. Ia

juga mencakupi rumah yang berkemampuan untuk menyediakan peluang

bersendirian, bersosialisasi dan privasi serta terletak dalam lingkungan masyarakat

dan tidak tersisih agar isirumah boleh berfungsi dalam institusi masyarakat (Sukimin,

2008). Selain itu, bangunan selamat juga bermaksud pembinaan persekitaran yang

melindungi penghuninya secara menyeluruh dari segi fizikal atau psikologi yang

bertujuan untuk mengurangkan kadar kecederaan dan kematian (Yau et al., 2008).

Perumahan flat atau blok bangunan flat juga dikenali sebagai rumah

bertingkat. Rumah bertingkat merupakan rumah yang dibina pada suatu tanah

tertentu dengan bilik yang berlapis secara menegak. Secara kasar boleh dikatakan

atau ditafsirkan dengan menumpukan rumah di atas rumah yang lain (Sardjono,

2007). Selain itu, rumah adalah sebagai bangunan untuk kediaman manusia. Seperti

yang kita semua tahu, rumah merupakan perkara asas yang diperlukan oleh setiap

individu. Menurut Mokhtar (2008), sesebuah rumah boleh ditakrifkan sebagai

Page 15: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

2

pembangunan fizikal yangmemberi tempat berlindung atau tempat berteduh bagi

penggunanya.

Perumahan juga berkait rapat dengan sosio ekonomi, politik,kejiranan dan

persekitaran (Bourne, 1981). Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB), satu keluarga perlu

memiliki sebuah rumah. Selain itu, dalam strategi pembangunan Rancangan

Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) adalah dimana memastikan kesejahteraan rakyat

dipertingkatkan dengan peningkatan kualiti kehidupan di kawasan perumahan

terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah. Oleh itu, pihak Kerajaan

Persekutuan menyalurkan pinjaman kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan

program perumahan kos rendah. Kerajaan telah menggariskan dasar untuk

menyediakan kediaman yang sesuai, mampu dimiliki dan berkualiti kepada rakyat

bagi semua tingkat pendapatan terutamanya golongan berpendapatan rendah (Dasar

Perumahan Negara, 2013). Perumahan sempurna akan memberi kesan positif

manakala perumahan yang tidak sempurna akan memberi kesan yang negatif kepada

kehidupan, kerana perumahan merupakan faktor penting yang menyumbang kepada

kesejahteraan hidup secara keseluruhannya (Vera-Toscano dan Esperanza ,2008).

Stres merupakan suatu perkara biasa yang perlu di hadapi oleh setiap individu

tidak kira tua atau muda. Walaubagaimanapun, individu sebegini perlu bijak dalam

menangani masalah stres ini supaya ia tidak membawa kepada kesan yang negatif,

contohnya seperti bunuh diri dan kemurungan. Stres atau tekanan berasal daripada

perkataaan Greek yang bermaksud stringere yang membawa maksud ‘ketat’ atau

‘tegang’. Selain itu, Musa (2003) ada menyatakan bahawa stres merupakan satu

gangguan emosi atau ancaman perasaan. Ini kerana stres yang tidak diatasi dengan

baik akan mendorong kepada perkara yang tidak diingini.

Menurut Jamsiah et al., (2010) menyatakan bahawa stres juga boleh

membawa kepada kesan yang berbeza terhadap individu, keluarga dan masyarakat

iaitu kesan positif dan juga kesan yang negatif kepada individu. Kesan positif adalah

apabila seseorang itu lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu tugasan dan

seterusnya dapat meningkatkan produktiviti dan lebih bijak mengendalikan stres

pada masa hadapan. Dari segi kesan negatif pula menyebabkan individu berdepan

dengan kebimbangan, kemurungan, tahap kesihatan yang tidak baik, dan perubahan

sikap individu. Oleh itu, stres boleh berlaku di kalangan penduduk perumahan juga

boleh berlaku sama ada tekanan terhadap masalah sosial, jiran tetangga atau kawasan

sekitar.

Page 16: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

3

Walaubagaimanapun, stres terhadap keselamatan juga mendorong kepada

disiplin kerja penduduk di tempat kerja. Disiplin memainkan peranan penting dalam

meningkatkan sahsiah seseorang. Waji (2009) menyatakan bahawa disiplin berasal

dari bahasa latin Discere yang bermaksud belajar. Perkataan ini menimbulkan

perkataan Disciplina yang bermaksud pengajaran atau pelatihan. Menurut

Heidjrachman dan Husnan (2002) menyatakan bahawa disiplin adalah seorang atau

sekelompok yang patuh terhadap perintah dan berinisiatif untuk melakukan suatu

tindakan yang diperlukan. Disiplin adalah berkaitan dengan tatatertib, tatasusila,

kesopanan dan akhlak (Yahaya et al., 2007). Selain itu, Dr. James Ang Jit Eng

(2011) menyatakan disiplin adalah bentuk kawalan sosial yang mewujudkan suasana

tenteram dan baik dalam masyarakat mahupun di sekolah. Kerja atau kerjaya pula

membawa maksud setiap usaha (dibayar atau tidak dibayar) yang kita tunaikan untuk

membuat dunia menjadi tempat yang lebih baik, makin mendekati cara Allah

mengupayakan segala sesuatu (Widyamartaya, 2001). Menurut Landy dan Conte

(2004) pula, pekerjaan amat penting bagi manusia dewasa.

Kebiasaannya terdapat ramai pekerja industri atau pekerja swasta yang

menetap di perumahan flat jika dibandingkan dengan penduduk yang bekerja

kerajaan. Ini dapat dibuktikan dalam kajian Embong et al., (2011) yang menyatakan

bahawa perumahan kos rendah di Kuala Lumpur adalah terdiri daripada buruh

kilang, pengawal keselamatan, kerani, pengendali mesin cetak, pemandu lori dan

lain- lain lagi. Selain itu, Menurut Ismail (2000) menjelaskan bahawa dalam mana-

mana organisasi, baik organisasi awam atau swasta, golongan pekerja yang kerap

mengalami stres dan sering terdedah dengan punca-punca stres ialah golongan

pekerja yang bekerja di peringkat bawahan seperti pekerja di industri. Mereka yang

berada di posisi ini adalah golongan pekerja yang sentiasa terikat dengan kerja yang

memerlukan komitmen dan tumpuan.

Page 17: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Di Malaysia, terdapat banyak pembinaan rumah kos rendah telah dijalankan

bagi memenuhi keperluan masyarakat yang pelbagai. Menurut kenyataan Timbalan

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin

dalam perutusan Dasar Perumahan Negara (2013) menyatakan bahawa 1Malaysia:

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, adalah menjadi harapan kerajaan

membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang mampu untuk memiliki

tempat tinggal yang selesa.Ini selari dengan peningkatan pembinaan rumah kos

rendah dalam membantu masyarakat memiliki atau menyewa rumah yang lebih

selesa dan berkualiti.Ini dapat dibuktikan oleh Abdul Air (2005) yang menyatakan

bahawa kualiti perumahan sebagaimana yang disebutkan dalam Doktrin Perancangan

dan Pembangunan Sejagat seharusnya selesa, mesra, indah, berkualiti dan beridentiti,

mencukupi dan mampu dimiliki, bersih dan harmoni, lengkap dan selamat.

Di Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah

menggariskan empat aspek utama berkenaan piawaian dalam memenuhi keperluan

konsep perumahan yang sebenar iaitu menjamin keselamatan individu dan harta

benda; kemudahan prasarana; kesihatan fizikal dan mental; serta kesihatan

masyarakat (Yusof, 2012). Kawasan perumahan, blok bangunan flat dan rumah teres

adalah dikategorikan sebagai rumah kos rendah.Pada masa kini, terdapat banyak isu

permasalahan rumah kos rendah yang dihadapi oleh penduduk. Blok bangunan flat

adalah antara rumah kos rendah yang kerap berlaku masalah.Antara masalah yang

dihadapi adalah yang berkaitan dengan keselesaan, kebersihan,dan keselamatan

perumahan flat.

Pemaju perumahan perlu menitikberatkan keselesaan penduduk dari segi

kualiti pembinaan bangunan, keselesaan rekabentuk dan persekitaran.Aspek-aspek

ini harus diambil kira supaya pembangunan rumah kos rendah akan lebih berkesan

dan efisyen (Alias, 2010). Walaubagaimanapun, menurut Mohd Jan (2010),

keselesaan yang dialami oleh penghuni di perumahan kos rendah adalah rendah. Ini

kerana saiz rumah yang kecil biasanya didiami oleh bilangan keluarga yang besar. Ini

selari dengan Yusof (2012) yang menyatakan bahawa perumahan sempurna akan

memberi kesan positif manakala perumahan yang tidak sempurna akan memberi

Page 18: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

5

kesan yang negatif kepada kehidupan, kerana perumahan merupakan faktor penting

yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup secara keseluruhannya.

Menurut Dasar Alam Sekitar Negara yang digubal dan dikuatkuasakan adalah

untuk memelihara dan melindungi alam sekitar supaya sentiasa dalam keadaan

bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan

(Portal Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,). Ini

menunjukkan bahawa setiap individu perlu menjaga kebersihan alam sekitar supaya

dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Walaubagaimanapun, bagi penduduk

perumahan flat pula, terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab

dalam menjaga kebersihan kawasan mereka kerana kebanyakan penghuni-penghuni

blok bangunan flat berhadapan dengan masalah kebersihan iaitu kebersihan dari segi

perparitan, perpaipan dan kebersihan sampah sarap. Menurut Abdullah (2010)

menyatakan bahawa banyak penyakit adalah berpunca daripada alam sekitar yang

tercemar. Ini jelas menunjukkan bahawa kawasan sekeliling yang tidak bersih akan

mendorong kepada penyakit yang merbahaya.

Pada masa kini, terdapat banyak kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak

sebagai mangsa.Contohnya seperti kes penculikan kanak-kanak. Keratan akhbar

Bernama.com bertarikh pada 24 Disember 2011 ada melaporkan bahawa terdapat

seorang wanita ditahan reman kerana disyaki suspek dalam kes penculikan dan

penderaan dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika sedang bermain di

kawasan rumah di flat Jalan Padang Tembak, Air Itam. Ini jelas membuktikan

bahawa kanak-kanak yang bermain di kawasan perumahan flat mempunyai

kemungkinan yang besar untuk berhadapan dengan penjenayah.

Sejak tahun 1970-an kes jenayah keganasan dan harta benda telah menghiasi

dada-dada akhbar, media elektronik dan menjadi bualan masyarakat. ( Mustaffa,

2007). Keselamatan harta benda ini perlu dititikberatkan kerana ia melibatkan

kerugian yang banyak. Melalui keratan artikel daripada Tranung Kita Online ada

menyatakan beberapa aduan atau luahan penduduk di kawasan perumahan flat

dimana mereka berdepan dengan kes kecurian yang kerap berlaku di kawasan

mereka. Walaubagaimanapun, masalah keselamatan harta benda ini boleh

dikurangkan melalui rukun tetangga, rondaan oleh penduduk sendiri dan aktiviti

gotong royong. Menurut Zainudin dan Abdul Malek (2010), kepentingan aspek

keselamatan ini juga sebenarnya telah diberi penekanan sebelumnya oleh Maslow

(1954) yang telah meletakkannya sebagai ukuran kedua selepas keperluan fisiologi

Page 19: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

6

sebagai syarat untuk mencapai kualiti hidup yang baik. Ini menunjukkan bahawa

aspek keselamatan penting dalam menentukan kualiti hidup mereka.

Seterusnya adalah berkaitan dengan keselamatan infrastuktur bangunan

dimana menurut Yau et al., (2008) menyatakan bahawa “Bangunan Selamat”

bermaksud pembinaan persekitaran yang melindungi penghuninya secara

menyeluruh dari segi fizikal atau psikologi yang bertujuan untuk mengurangkan

kadar kecederaan dan kematian. Oleh itu, ia dapat menggalakan perkembangan

positif daripada penduduk. Ini menunjukkan bahawa keselamatan struktur bangunan

yang tidak baik akan mewujudkan kebimbangan dalam kalangan penduduk flat.

Menurut keratan artikel daripada Jaringan Rakyat Tertindas ada menyatakan bahawa

Penduduk Flat Taman Permata berdepan dengan beberapa masalah iaitu bangunan

retak, lubang di bawah blok, gas paip, sistem perparitan, kebersihan dan sistem

kumbahan. Ini menunjukkan dimana penduduk di flat ini berdepan dengan masalah

keselamatan struktur bangunan yang tidak baik sehingga menimbulkan

ketidakselesaan penduduk. Dalam keratan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 15

Januari 2001 melaporkan bahawa gabungan Persatuan Pengguna Malaysia

(FOMCA) telah meminta Kementerian Tempatan supaya mengkaji semula reka

bentuk dan meningkatkan ciri-ciri keselamatan rumah kediaman terutamanya jenis

flat pangsapuri. Ini adalah penting untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini

berlaku.

Masalah keselamatan yang berlaku di kawasan perumahan memberi kesan

terhadap disiplin kerja dalam kalangan penduduk. Menurut Zainuddin et al., (2008)

tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan setiap keluarga. Dalam kajian

Ismail et al., (2008) menyatakan bahawa pekerja bermasalah dalam kedatangan

kerja, tidak menepati masa, kesilapan ketika membuat kerja, tidak berada di tempat

kerja dan mengganggu pekerja lain. Dalam Conger et al., (2000) ada menjelaskan

tentang kesan tekanan dimana salah satu tekanan tersebut adalah kekurangan yang

terdapat di tempat kediaman mempengaruhi tahap stres sesebuah keluarga. Ini jelas

menunjukkan bahawa masalah keselamatan keluarga mempengaruhi tahap disiplin

penduduk di tempat kerja. Menurut Mustafa (2007) menjelaskan bahawa tekanan

berlebihan boleh menjejaskan prestasi kerja dan kesihatan.

Walaubagaimanapun, penduduk yang bekerja di industri menghadapi tahap

stres yang tinggi. Ini selari dengan Shivaram et. al.,( 2012) yang menjelaskan

bahawa pekerja-pekerja industri terdedah kepada tekanan dan ketegangan kerana

Page 20: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

7

sifat kerja mereka yang sukar. Pekerja yang menghadapi stres akan mengalami

beberapa gejala. Gejala mental seperti berasa hilang kawalan, risau dan bimbang,

gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan, perubahan perasaan atau

fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan

kegelisahan. Stres yang disebabkan oleh pekerjaan akan menimbulkan masalah

seperti ponteng (Mustafa, 2007). Selain itu, mana-mana organisasi, baik organisasi

awam atau swasta, golongan pekerja yang kerap mengalami stres dan sering terdedah

dengan punca-punca stres ialah golongan pekerja yang bekerja di peringkat bawahan

seperti pekerja di industri (Ismail, 2000).

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap

keselamatan dalam aspek keselamatan individu, harta benda dan struktur bangunan

dengan disiplin kerja dan stres dalam kalangan pekerja industri.

1.3 Pernyataan Masalah

Isu penduduk di perumahan flat yang sering dihadapi adalah dari aspek

keselamatan individu, harta benda dan infrastuktur bangunan. Ini adalah selari

dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk perumahan di Taman Cendana.Dari

aspek keselamatan individu yang berkait rapat dengan keselamatan kanak-kanak

dimana kanak-kanak berhadapan dengan beberapa situasi contohnya kes penculikan

dan kemalangan jalan raya. Dalam akhbar Bernama.com bertarikh 24 Disember 2011

ada melaporkan tentang penculikan dan penderaan kanak-kanak yang berlaku di

kawasan perumahan flat. Kecuaian ibu bapa dengan tidak memantau pergerakan

anak – anak mereka akan mendorong anak-anak untuk mengikuti orang yang mereka

tidak kenali. Keselamatan individu juga melibatkan keselamatan penduduk setempat

yang melalui lorong yang gelap dan berisiko untuk berdepan dengan

penjenayah.Seterusnya dari aspek keselamatan harta benda, penduduk mengalami

masalah kecurian yang kerap berlaku lebih –lebih lagi pada musim perayaan dan

musim cuti persekolahan. Kamalruddin (2006) mendedahkan bahawa kebanyakan

kes jenayah yang melibatkan harta benda masih mengalami peningkatan kadar

walaupun Program Bandar Selamat telah dilaksanakan.

Kebiasaannya, penduduk mengalami kecurian pakaian, duit, kereta, dan

motosikal yang dilakukan oleh penduduk di kawasan itu sendiri yang berdepan

Page 21: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

8

dengan masalah kemiskinan dan juga golongan muda yang tidak bermoral.Terdapat

juga penduduk yang berdepan dengan masalah dimana cermin kenderaan mereka

dipecahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Dalam statistik jenayah

harta benda (Polis Diraja Malaysia, 2005) menunjukkan bahawa kecurian kenderaan

merupakan jenayah harta benda tertinggi dilaporkan Oleh itu, penduduk terpaksa

menanggung kerugian yang banyak. Ini dapat dibuktikan oleh Mustaffa (2007)

menyatakan bahawa kes jenayah keganasan dan harta benda telah menghiasi dada-

dada akhbar, media elektronik dan menjadi bualan masyarakat. Selain itu, masalah

yang dihadapi dari aspek keselamatan struktur bangunan pula adalah dimana

penduduk terpaksa berdepan dengan masalah keretakan pada bangunan. Ini dapat

dibuktikan melalui keratan artikel daripada Jaringan Rakyat Tertindas ada

menyatakan bahawa Penduduk Flat Taman Permata berdepan dengan beberapa

masalah iaitu bangunan retak, lubang di bawah blok, gas paip, sistem perparitan,

kebersihan dan sistem kumbahan. Oleh yang demikian, masalah ini memerlukan

jangka masa yang panjang untuk diselesaikan kerana ia melibatkan sebuah bangunan

dan memerlukan kos yang tinggi.

Masalah-masalah keselamatan ini telah memberi kesan kepada pekerja

industri yang menetap di perumahan Taman Cendana ini iaitu dari segi disiplin kerja

mereka dimana mereka akan berdepan dengan pelbagai implikasi yang negatif dan

sekaligus disiplin kerja mereka menurun. Pekerja-pekerja industri terdedah kepada

tekanan dan ketegangan kerana sifat kerja mereka yang sukar (Shivaram et al.,

2012). Berdasarkan masalah yang dikaji di atas, pengkaji ingin mengkaji tahap

keselamatan penduduk dan hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin kerja

dan stres di kalangan pekerja industri di flat Taman Cendana. Justeru itu, tahap

keselamatan amat penting untuk dikaji untuk menjamin kesejahteraan dan keselesaan

penduduk.

Page 22: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

9

1.4 Objektif Kajian

1) Mengenalpasti tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu,

keselamatan harta benda dan keselamatan struktur bangunan dalam kalangan

pekerja industri.

2) Mengenalpasti tahap stres dalam kalangan pekerja industri.

3) Mengenalpasti tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri.

4) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

individu dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.

5) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

harta benda dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.

6) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

struktur bangunan dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.

7) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

individu dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri.

8) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

harta benda dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri.

9) Mengenalpasti hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek keselamatan

struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja

industri.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, persoalan-persoalan yang ingin dikupas adalah :

1) Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu dalam kalangan

pekerja industri?

2) Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan harta benda dalam

kalangan pekerja industri?

3) Apakah tahap keselamatan dalam aspek keselamatan struktur bangunan

dalam kalangan pekerja industri?

4) Apakah tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

Page 23: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

10

5) Apakah tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja industri?

6) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek

keselamatan individu dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

7) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek

keselamatan harta benda dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri?

8) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek

keselamatan struktur bangunan dengan tahap stres dalam kalangan pekerja

industri?

9) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek

keselamatan individu dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja

industri?

10) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek

keselamatan harta benda dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja

industri?

11) Adakah terdapat hubungan antara tahap keselamatan dalam aspek

keselamatan struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan

pekerja industri?

1.6 Hipotesis Kajian

H0(1): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam

aspek keselamatan individu dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.

H0(2): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam

aspek keselamatan harta benda dengan tahap stres dalam kalangan pekerja industri.

H0(3): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam

aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap stres dalam kalangan pekerja

industri.

H0(4): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam

aspek keselamatan individu dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja

industri.

Page 24: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

11

H0(5): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam

aspek keselamatan harta benda dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan pekerja

industri.

H0(6): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keselamatan dalam

aspek keselamatan struktur bangunan dengan tahap disiplin kerja dalam kalangan

pekerja industri.

1.7 Skop Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah memberi tumpuan kepada sebuah taman

perumahan yang melibatkan 49 buah blok bangunan yang terdiri dari 50 hingga 80

buah unit rumah pada setiap blok. dan dikenali sebagai Taman Cendana yang terletak

di Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.Ianya berkonsepkan Rumah Pangsa lima

tingkat. Penempatan ini terdapat 49 buah blok yang terdiri dari 50 hingga 80 buah

unit rumah pada setiap blok. Skop kajian adalah kepada penduduk yang

berkemahiran.

Taman Cendana ini telah disasarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM) untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008 menerusi

Projek Rakan Komuniti Khidmat Masyarakat UTHM 2014-2016 dengan menjadikan

Taman Cendana, Pasir Gudang, sebagai sebuah Taman Contoh. Antara elemen-

elemen penting yang akan diaplikasikan dalam projek ini adalah iaitu kelestarian, kos

yang rendah, dan kesan yang amat tinggi kepada masyarakat.Menurut laman

sesawang E-warga Sains @ UPM capaian pada 1 December 2014 menyatakan

bahawa MS ISO 9001:2008 bermaksud satu standard bertulis yang menjelaskan garis

panduan dan keperluan asas dalam satu sistem pengurusan kualiti.

Pemilihan Perumahan Taman Cendana ini adalah untuk mengkaji tentang

penduduk di kawasan ini dalam aspek keselamatan harta benda, struktur bangunan

dan individu .Pemilihan kawasan kajian ini adalah berdasarkan kepada beberapa

masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Cendana berkenaan dengan

keselamatan penduduk di perumahan . Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk

mengenalpasti kaitan tahap keselamatan dengan disiplin kerja dan stres dalam

kalangan pekerja industri.

Page 25: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

12

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa batasan iaitu responden kajian ini hanyalah

untuk penduduk yang tinggal di kawasan perumahan flat Taman Cendana, Pasir

Gudang. Selain itu, terdapat segelintir penduduk yang tidak memberi kerjasama

semasa proses mendapatkan soal selidik daripada mereka. Terdapat juga penduduk

yang keluar bekerja dan rumah tidak berpenghuni. Walaubagaimanapun, bilangan

responden yang diperlukan mencukupi.

Hasil dapatan kajian ini adalah bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan

responden ketika menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, penyelidik

menganggap bahawa semua maklumat yang diberikan oleh responden adalah tepat.

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian yang dilakukan ini, secara amnya dilihat dapat memberi manfaat serta

kepentingan kepada beberapa pihak yang terlibat iaitu :

1.9.1 Pemaju Perumahan Flat

Kajian ini memberi kepentingan kepada pemaju untuk memilih kontraktor yang lebih

berpengalaman dalam membina bangunan flat perumahan tersebut. Pemaju akan

lebih membuat penilaian yang terperinci dalam menentukan struktur bangunan

supaya lebih selamat dan sistematik.

1.9.2 Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Kajian ini juga dapat memberi peluang kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang untuk

meningkatkan lagi perkhidmatan mereka penduduk Taman Cendana. Mereka juga

dapat mengetengahkan masalah penduduk yang berkaitan dengan perkhidmatan dan

pengurusan yang diberikan oleh majlis bandaraya. Contohnya seperti kawalan

bangunan, papan tanda dan iklan, pengurusan lalulintas, penyediaan kemudahan

Page 26: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

13

awam, kawalan kebersihan bandaraya serta dapat mengawal pembinaan bangunan

dari segi struktur bangunan.

1.9.3 Ahli Jawatankuasa Perumahan Flat Taman Cendana

Kepentingan kajian ini kepada ahli jawatankuasa perumahan flat Taman Cendana

adalah dimana dapat memberi kemudahan kepada AJK untuk mengenalpasti

masalah-masalah keselamatan yang dihadapi oleh penduduk Taman Cendana.

Seterusnya memudahkan AJK mengambil tindakan terhadap masalah-masalah yang

dihadapi oleh penduduk Taman Cendana.

1.9.4 Pekerja Industri Perumahan Taman Cendana

Kajian ini dapat membantu penghuni perumahan flat Taman Cendana untuk

menjalani kehidupan seharian dengan selamat, tenang dan selesa tanpa menghadapi

masalah yang berkaitan dengan aspek keselamatan iaitu keselamatan harta benda,

keselamatan struktur bangunan dan keselamatan individu.Selain itu, kajian ini juga

dapat membantu masyarakat setempat meningkatkan lagi tanggungjawab mereka

dalam bersama-sama menjaga keselamatan di kawasan perumahan flat Taman

Cendana. Secara tidak langsung, kajian ini dapat mengurangkan stres penduduk serta

meningkatkan disiplin kerja mereka.

1.10 Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 1.1 di bawah menunjukkan kerangka konseptual yang telah dibuat

berdasarkan kepada kajian-kajian yang terdahulu mengenai masalah yang dihadapi

oleh penduduk di perumahan flat serta stres di tempat kerja. Dalam kajian Zainuddin

(2010) membincangkan tentang isu keselamatan yang sering berlaku kepada

penduduk di perumahan flat.Aspek keselamatan ini menfokuskan kepada

keselamatan diri dan harta benda penduduk di kawasan perumahan dimana

peningkatan isu jenayah yang berleluasa.Selain itu, dalam kajian Ramli et al., (2013)

Page 27: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

14

pula memfokuskan kepada faktor yang menyumbang kepada prestasi keselamatan

dan kesihatan perumahan kos rendah di Malaysia. Kajian ini juga ada

membincangkan tentang beberapa isu yang berkaitan dengan keselamatan dan

kesihatan bangunan yang banyak memudaratkan penduduk di perumahan kos rendah

tersebut. Ini menunjukkan keselamatan struktur bangunan penting untuk memastikan

kesejahteraan penduduk di kawasan perumahan. Dalam kajian Ismail et al., (2003)

membincangkan tentang jenis-jenis pekerja bermasalah iaitu prestasi kerja iaitu

masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas (contohnya kegagalan mencapai

sasaran kerja, berprestasi minimum dan tidak menepati masa), masalah sikap adalah

berkaitan dengan sikap negatif pekerja (contohnya tidak datang kerja tanpa sebab,

sikap tidak bertanggungjawab dan tidak mengikut arahan) dan disiplin serius adalah

kelakuan yang belum mencapai tahap kategori serius (contohnya tidur pada waktu

kerja, menipu dan kurang memberi kerjasama kepada ketua).

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

Diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian Ramli et al,(2013), Zainuddin (2010) dan

Ismail et al, (2003)

Dalam rajah 1.1 di atas menunjukkan bahawa input adalah merupakan responden

dimana responden kajian ini adalah penduduk di perumahan flat Taman Cendana.

Hasil kajian terdahulu iaitu kajian Ramli et al., (2013) dan Zainuddin (2010)

digunakan untuk mengenalpasti tahap keselamatan penduduk di perumahan flat

Pekerja Industri

perumahan flat

Taman Cendana

Aspek Keselamatan

Individu

Harta Benda

Struktur

Bangunan

Disiplin Kerja

Tahap Stres

Hubungan antara

tahap keselamatan

dengan disipin dan

stres kerja

Page 28: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

15

Taman Cendana dari aspek keselamatan beserta dengan kajian tentang disiplin kerja

manakala output adalah hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin

kerjadan tahap stres di kalangan pekerja industri.

1.11 Definisi Operasional Dan Istilah

1.11.1 Stres Kerja

Stres bermaksud sebagai interaksi antara permintaan persekitaran dengan keupayaan

individu untuk menangani permintaan tersebut tanpa melebihi hadnya atau boleh

ditafsir sebagai kuasa luar atau desakan yang mempengaruhi fizikal individu

(Jamsiah M, Rosnah S dan Noor Hassim I ,2010). Stres juga boleh dimaksudkan

dengan suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang yang disebabkan oleh

sesuatu bebanan yang menimpanya.Stres perlu ditangani dengan baik supaya dapat

mendorong kepada kesan stres yang positif yang dipanggil “eustress” dan akan

mendorong kepada kesan yang negatif iaitu “distress” jika tidak ditangani dengan

baik.

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap stres dalam kalangan pekerja

industri serta hubungan antara tahap keselamatan dengan tahap stres.

1.11.2 Perumahan Flat Taman Cendana

Melalui Portal Jabatan Perangkaan Malaysia (2014) , perumahan flat adalah

bangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan.

Selain itu, perumahanini adalah lebih kurang sama dengan kondominium dan rumah

pangsa tetapi kemudahan dan saiz perumahan flat tidak sebesar unit kondominium.

Perumahan flat ini biasanya terletak di tengah-tengah bandar besar dan harganya

lebih murah berbanding kondominium.

Perumahan flat dalam kajian ini adalah perumahan flat Taman Cendana yang

melibatkan 49 buah blok bangunan dimana ia memuatkan penduduk dari pelbagai

bangsa dan agama.

Page 29: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

16

1.11.3 Keselamatan

Keselamatan bermaksud sesuatu keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada

bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan

(Abdullah,2011).Mengikut kamus dewan pula, keselamatan ialah suatu perkara atau

langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak

diingini seperti kecederaan atau kehilangan nyawa.

Oleh itu, dalam kajian ini aspek keselamatan yang dimaksudkan adalah

keselamatan individu, struktur bangunan dan keselamatan harta benda di kawasan

perumahan flat Taman Cendana.

1.11.4 Disiplin Kerja

Disiplin memainkan peranan penting dalam meningkatkan sahsiah seseorang.

Disiplin berasal dari bahasa latin Discere yang bermaksud belajar (Waji, 2009).

Perkataan ini menimbulkan perkataan Disciplina yang bermaksud pengajaran atau

pelatihan. Oleh itu, disiplin kerja adalah suatu alat yang digunakan pengurus untuk

berkomunikasi dengan pekerja supaya mereka dapat mengubah sesuatu perilaku

serta sebagai suatu usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kesediaan seseorang

untuk mentaati semua peraturan di organisasi mereka (Rivai, 2004)

1.12 Rumusan

Dalam bab ini, pengkaji telah menjelaskan mengenai masalah kajian, objektif kajian,

persoalan kajian, skop kajian, dan kerangka konsep yang digunakan serta definisi

istilah yang digunakan dalam persoalan kajian.

Page 30: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

17

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan mengenalpasti teori-teori dan kajian-kajian lepas yang

berkaitan untuk dijadikan panduan agar dapat dijadikan sokongan kepada kajian ini.

Fokus kajian adalah berkaitan dengan perumahan flat, keselamatan, keselamatan

individu, keselamatan harta benda, keselamatan struktur bangunan, disiplin kerja,

dan kajian-kajian yang berkaitan dengan keselamatan dan stres. Setiap topik akan

dibincangkan serta diperincikan mengikut kesesuaian kajian yang akan dilakukan

oleh penyelidik untuk memantapkan lagi kajian penyelidik. Dalam bab ini juga boleh

menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam bab 1.

Page 31: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

18

2.2 Perumahan Flat

Sesebuah rumah boleh ditakrifkan sebagai pembangunan fizikal yang

memberi tempat berlindung atau tempat berteduh bagi penggunanya (Mokhtar,

2008). Ini kerana rumah merupakan salah satu keperluan asas manusia selain

daripada makanan. Ini turut disokong oleh dengan Lawrence (2004) yang

menyatakan persekitaran yang terbina pada hari ini tidak hanya berfungsi sebagai

tempat tinggal, tetapi juga merupakan keperluan asas manusia. Perumahan flat atau

blok bangunan flat juga dikenali sebagai rumah bertingkat atau juga dipanggil

sebagai perumahan kos rendah. Ini selari dengan Sardjono (2007) yang menjelaskan

bahawa rumah bertingkat merupakan rumah yang dibina pada suatu tanah tertentu

dengan bilik yang berlapis secara menegak. Secara kasar boleh dikatakan atau

ditafsirkan dengan menumpukan rumah di atas rumah yang lain.

Selain itu, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) diwujudkan bertujuan

untuk menyediakan kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan

berpendapatan rendah di luar bandar dan pinggir bandar di samping kemudahan-

kemudahan asas dan sosial (Che Ibrahim ,2005). Ini juga selari dengan Ramli et. al.,

(2013) yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah merancang pelbagai

Rancangan Malaysia untuk memberikan perumahan kos rendah yang berkualiti,

mencukupi dan mampu milik untuk keperluan perumahan negara. Ini menunjukkan

bahawa perumahan kos rendah seperti perumahan flat adalah untuk membantu

golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang mampu milik dan

berkualiti.

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai isu cabaran yang berkaitan

perumahan perlu ditangani dengan berkesan. Menurut Dasar Pembangunan Negara

(2012), antara isu-isu utama yang dikenalpasti ialah:

i. Kualiti rumah yang dibina

ii. Projek perumahan terbengkalai

iii. Kemampuan serta aksebiliti rakyat untuk membeli atau menyewa rumah yang

disediakan.

iv. Permintaan yang melebihi penawaran bagi rumah kos rendah dan kos

sederhana.

Page 32: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

19

v. Pembangunan Perumahan Rakyat Mampu Milik (PRMM) di lokasi yang

tidak strategik

vi. Isu pengagihan Perumahan Rakyat Mampu Milik (PRMM)

Bagi menangani isu-isu perumahan ini secara menyeluruh, Dasar Pembangunan

Negara (DRN) dapat dijadikan sebagai asas bagi memandu, mengurus dan

menyelaras perancangan dan pembangunan sector perumahan agar lebih efisien dan

sistematik. DRN digubal dengan tujuan untuk memastikan sektor perumahan dapat

mengatasi cabaran-cabaran yang sedang dan akan dihadapi, serta terus menyumbang

kepada pertumbuhan ekonomi Negara pada masa akan datang.

Kualiti perumahan menurut Bujang (2010) merangkumi aspek fizikal dan

bukan fizikal. Aspek fizikal mencakupi lokasi, rekabentuk rumah, jenis rumah dan

keselesaan penduduk. Manakala bagi aspek bukan fizikal pula seperti sosioekonomi,

penduduk setempat dan kadar jenayah. Ini juga selaras dengan Toscano dan

Esperanza (2008) yang menyatakan bahawa perumahan sempurna akan memberi

kesan positif manakala perumahan yang tidak sempurna akan memberi kesan yang

negatif kepada kehidupan, kerana perumahan merupakan faktor penting yang

menyumbang kepada kesejahteraan hidup secara keseluruhannya seperti dalam

kajian Zainudin (2010) yang membincangkan tentang keberkesanan program Bandar

Selamat kepada penduduk dalam meningkatkan tahap keselamatan penduduk. Ini

juga bertepatan dengan kajian Sidek (2011) yang turut mengkaji tentang pelaksanaan

program Bandar selamat yang juga untuk mengatasi peningkatan kadar jenayah di

kawasan perumahan.

2.3 Keselamatan

Keselamatan bermaksud sesuatu keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada

bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan

(Abdullah ,2011).

Page 33: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

20

Rajah 2.1 : Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954)

Rajah 2.1 di atas menunjukkan Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) dalam Abu

Bakar (2002),mengkelaskan keperluan asas manusia kepada lima keperluan

mengikut hierarki. Keperluan tersebut ialah keperluan fisiologi, keselamatan, kasih

sayang, penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri.

Jadual 2.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954), Abu Bakar (2002)

Keperluan Fisiologi Merupakan keperluan untuk makanan, air, oksigen, tidur, aktiviti, seks

dan kepuasan deria.

Keperluan Keselamatan

Setiap individu memerlukan keselamatan. Mereka memerlukan

perasaan selamat dan jaminan keselamatan yang lahir dari keadaan

yang berstruktur dan konsisten.

Keperluan Kasih Sayang

Apabila keperluan fisiologi dan keselamatan telah dipuaskan, maka

keperluan termilik dan memberikan serta menerima kasih sayang akan

muncul sebagai tahap kepentingan yang seterusnya.

Keperluan Penghargaan

Setiap orang memerlukannya berasaskan tetap dan yang tertinggi itu

ialah menghormati dirinya sendiri dan orang lain serta penghargaan dari

orang lain dan menghargai orang lain.

Keperluan Ekstetik

Keperluan ini hanya muncul pada sesetengah individu yang

telahmatang. Tetapi boleh juga diperlihat pada kanak-kanak yang

sihat.Keperluan ini merupakan keinginan untuk keindahan dan

kecantikan.

Page 34: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

21

Kepentingan aspek keselamatan ini juga sebenarnya telah diberi penekanan

sebelumnya oleh Maslow (1954) yang telah meletakkannya sebagai ukuran kedua

selepas keperluan fisiologi sebagai syarat untuk mencapai kualiti hidup yang baik. Ia

termasuklah keselamatan dari segi fizikal, emosi dan dan jaminan kewangan.Dari

sudut keselamatan perumahan flat pula, keadaan hidup sepatutnya selamat dengan

struktur rumah yang baik dan sesuai. Selain itu, kebanyakan penduduk lebih

menyukai persekitaran kediaman yang terancang dan teratur di mana mereka akan

merasa selamat untuk hidup dalam komuniti perumahan tersebut. Ia bermakna satu

persekitaran yang selamat perlu bebas dari ancaman jenayah dan risiko pengusiran.

2.3.1 Keselamatan Individu

Keselamatan individu di perumahan flat adalah merangkumi keselamatan ahli

keluarga dan fokus utama adalah kepada keselamatan anak-anak.Dalam kajian Md

Sakip (2013) yang menegaskan bahawa penduduk yang sudah berkahwin

mempunyai ketakutan yang lebih tinggi daripada jenayah kerana mereka lebih

prihatin tentang keselamatan keluarga dan anak-anak mereka. Ini kerana terdapat

banyak kes jenayah yang berlaku di kawasan perumahan flat dan salah satunya

adalah kes penculikan kanak-kanak. Menurut Renauer (2007) mengatakan bahawa

perasaan takut terhadap jenayah telah menjadi satu masalah sosial yang serius yang

membawa kepada pemahaman saintifik dan reaksi sosial.

Berdasarkan kepada Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) dalam kajian

Macintyre et al.,(2002) menghasilkan lima ciri-ciri untuk kawasan perumahan seperti

jadual 2.2 yang ditunjukkan :

Page 35: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

22

Jadual 2.2 :Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954) dalam kajian Macintyre

et al.,(2002)

Bil Ciri-ciri kawasan perumahan

Contoh

1 Ciri-ciri fizikal persekitaran yang dikongsi oleh

semua penduduk.

Kualiti udara dan air minum dan

landskap dan suhu luar.

2 Kewujudan daripada persekitaran yang sihat sama

ada di rumah, di tempat kerja dan tempat permainan.

Peruntukan perumahan yang baik dan

tempat permainan kanak-kanak yang

selamat.

3 Perkhidmatan disediakan kepada orang awam atau

secara peribadi untuk membantu orang dalam

kehidupan seharian.

Satu perkara baik yang dikekalkan

kepada persekitaran luar, pembersihan

jalan, lampu yang mencukupi dan

perkhidmatan kesihatan.

4 Kejiranan sebagai salah satu ciri sosiobudaya.

Termasuk sejarah kejiranan.

5 Reputasi kawasan yang boleh mempengaruhi

keyakinan penduduk dan kesan kepada sesiapa yang

berpindah masuk dan berpindah keluar dari

perumahan .

-

Ciri kedua Macintyre et al.,(2002) di atas ada menyatakan tentang ciri mewujudkan

persekitaran yang sihat sama ada di rumah, di tempat kerja dan tempat permainan

dan penekanan diberikan kepada keselamatan kanak-kanak di tempat permainan. Ini

menunjukkan bahawa keselamatan anak-anak perlu dipandang serius kerana ia

melibatkan nyawa dan maruah.

2.3.2 Keselamatan Harta Benda

Dalam kajian Zainuddin (2010) membincangkan tentang isu keselamatan

yang sering berlaku kepada penduduk di perumahan flat. Aspek keselamatan ini

menfokuskan kepada keselamatan diri dan harta benda penduduk di kawasan

perumahan dimana peningkatan isu jenayah yang berleluasa. Oleh itu, daripada

kajian beliau,terdapat beberapa langkah-langkah keselamatan yang telah dibuat iaitu:

1. Pengasingan laluan pejalan kaki dari jalan bermotor

2. Penyediaan Bollard

3. Mengawal tanaman landskap di laluan pejalan kaki

4. Pondok Polis

Page 36: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

23

5. Mengemaskan kawasan semak dan terlindung

6. Tempat letak motosikal berkunci

7. Pemasangan lampu di kaki lima premis perniagaan

8. Tidak membenarkan perniagaan dan meletak kenderaan di kaki lima dan

laluan pejalan kaki

9. Menjanakan aktiviti perniagaan

10. Perkhidmatan pengawal keselamatan swasta

11. Pendidikan

12. Pemasangan lampu di lorong tepi, depan dan belakang rumah

13. Menyediakan risalah jenayah komuniti

14. Meningkatkan rondaan kawasan perumahan

Walau bagaimanapun, Kamalruddin (2006) mendedahkan bahawa

kebanyakan kes jenayah yang melibatkan harta benda masih mengalami peningkatan

kadar walaupun setelah Program Bandar Selamat telah dilaksanakan. Ini

menunjukkan bahawa kadar jenayah harta benda masih menular dan meningkat

walaupun langkah-langkah keselamatan dibuat. Ini juga dapat dibuktikan dalam

jadual 2.2 yang menunjukkan jenayah harta benda yang dibahagikan kepada empat

jenis iaitu pecah rumah dan curi, kecurian kenderaan, ragut dan lain-lain kecurian.

Kecurian kenderaan merupakan jenayah harta benda tertinggi dilaporkan. Ianya

semakin meningkat iaitu dari 53,069 kes pada tahun 1999 kepada 65,076 kes pada

tahun 2004 dan jenis kenderaan yang sering dicuri ialah skuter. Jenayah pecah rumah

dan curi didapati semakin menurun daripada 35,936 kes pada tahun 1999 kepada

24,904 kes iaitu dengan penurunan sebanyak 31 peratus. (Rujuk jadual 2.3)

Page 37: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

24

Jadual 2.3 : Jenayah harta benda yang dilaporkan kepada polis mengikut jenis,

Malaysia, 1999 – 2004 (Polis Diraja Malaysia, 2005)

Jenis Jenayah

1999 2000 2001 2002 2003 2004

Jumlah

147,958 145,569 136,079 128,199 133,525 134,596

Pecah rumah

dan curi

35,936 32,913 28,452 25,265 25,789 24,904

Siang hari

9,401 8,675 7,449 6,821 6,928 6,550

Malam hari

26,535 24,238 21,003 18,444 18,861 18,354

Kecurian

kenderaan

53,069 57,775 60,049 74,891 64,300 65,076

Lori/Van

3,485 3,698 4,306 4,570 5,551 4,892

Kereta

6,196 7,278 8,520 8,544 8,537 8,624

Motosikal/skuter

41,905 45,903 47,723 47,137 50,212 51,620

Basikal

1,483 896 - 14,640 - -

Ragut

- - 14,368 - 15,798 11,536

Lain-lain

kecurian

58,953 54,881 33,210 28,043 27,638 33,080

2.3.3 Keselamatan Struktur Bangunan

Keselamatan struktur bangunan ini bermaksud perlindungan kepada penghuni

daripada sebarang ancaman kemalangan ketika berada didalam sesebuah bangunan.

Ini juga selari dengan kajian Yau et al., (2008) yang menyatakan bahawa bangunan

selamat juga bermaksud pembinaan persekitaran yang melindungi penghuninya

secara menyeluruh dari segi fizikal atau psikologi yang bertujuan untuk

mengurangkan kadar kecederaan dan kematian. Oleh itu, tujuan prestasi bangunan

penilaian adalah untuk mengukur kualiti perumahan menggunakan petunjuk prestasi

yang perlu dipertimbangkan dalam meningkatkan kualiti alam bina (Ho et. al., 2010).

Dalam kajian Zakaria (2010), terdapat beberapa peraturan, akta dan amalan

piawaian tempatan atau antarabangsa berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan

bangunan telah diwujudkan. Di bawah ini disenaraikan beberapa peraturan dan

piawaian yang berkaitan keselamatan dan kesihatan dalam bangunan :

Page 38: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

80

RUJUKAN

Abd Kadir, H. (2005). Pekerja Industri : Isu dan Teknik Penyelesaian. Dicapai pada

5 April 2015,

https://books.google.com.my/books?id=DoZ_hmutuxYC&pg=PP5&lpg=PP

5&dq=ciri-ciri+pekerja+industri&source=bl&ots=kvPEIRlj_H&sig=t-

kp60G87dFjfHzmkoRflK8k_cQ&hl=en&sa=X&ei=dYxgVYSzD46huQSd6

oHQAw&redir_esc=y#v=onepage&q=ciri-

ciri%20pekerja%20industri&f=false

Abdul Air, I. (2005). Kadar Ketersediaan Tanah untuk Pembangunan Perumahan di

Kawasan Bandar Menurut Rancangan Tempatan Daerah:Keberkesanannya

dari Perspektif Pemaju. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana.

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Peyelidikan Pendidikan. Skudai. Fakulti Pendidikan,

UTM.

Abdul Ghafar, M. N. (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi

Malaysia.

Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal selidik Pendidikan. Skudai:

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Jalal, B. & Ismail, I. (2010). Pengurusan Stres Secara Holistik. Kementerian

Kewangan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah, A. A. L. (2011). Pengurusan Keselamatan Menyeluruh Di Tapak Bina.

Fakulti Kejuruteraan Awam. UniversitiTeknologi Malaysia.

Abdullah, H.A., Pawanteh, L., Syed Abdullah, S.M., & Mustaffa, N. (2010).

Kesedaran dan Sikap Komuniti dalam Pengurusan Persekitaran Di Wilayah

Iskandar, Johor. Jurnal Melayu. 2010. 5: 71-86.

Abrams, Charles.(1964). Man’s Struggle for Shelter In An Urbanizing World.

London : Cambridge.

Abu Bakar, A. (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam. Karisma

Publications Sdn. Bhd.

Page 39: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

81

Ahmad, R. & Mustaffa, M.S. (2002).Keperluan Kaunseling dalam Organisasi pada

Alaf 21. Dicapai pada 5 April 2015:

http://www.academia.edu/1842170/KEPERLUAN_KAUNSELING_DALA

M_ORGANISASI_DI_ALAF_21

Alias, L. J. (2010). Kepuasan Penghuni Terhadap Kawasan Kejiranan Yang Didiami

Di Kawasan Perumahan Kos Rendah 1 Tingkat, Taman Universiti, Skudai,

Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

Azmi, I. B. & Ahmad, W. S. (2008). Pengaruh Sikap dan Demografi ke atas

Produktiviti Kerja Pensyarah Muslim: Lakian di Universiti Malaya. Jurnal

Syariah, 16(2), 321-344.

Bourne, L. S. (1981). The Geography of Housing. New York: Edward Arnold.

Bujang, A. A. (2010). Role of Local Authority in Providing Quality Housing for

Lower Income Group in Kuala Lumpur City Hall. Dicapai pada 20 Januari

2015 : http://teknologimalaysia.academia.edu

Che Ibrahim, N. A. (2005). Kajian Terhadap Projek Perumahan Di Kelantan.

Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

Chua, Y. P. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Edisi ke-2. Malaysia. McGraw Hill

Sdn. Bhd.

Cooper, D. R. & Schindler, P. S. (2006). Business Research Methods(9th edition).

USA: McGraw-Hill.

Dasar Perumahan Negara. (2012). Jabatan Perumahan Negara. Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dicapai pada 30 Disember 2014,

http://www.kpkt.gov.my/kpkt_2013/fileupload/dasar/DRN_BM.pdf

Dr. James Ang Jit Eng. (2011). Pengurusan Disiplin Murid Edisi Kedua. PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd., Selangor.

Effendi, M. (2001). Stres Akibat Kerja Yang Dihadapi Oleh Guru. Jurnal Pendidikan

dan Kebudayaan. 2001. 43:1-9.

Embong, A.R., Abdullah, H., Abdul Samad, R., Abdul Hadi, A.S., Shari, I. & Woon,

T.K. (2011). Pembandaran di Kalangan Kelas Bawah di Kuala Lumpur.

Universiti Kebangsaan Malaysia. Jabatan Antropologi dan Sosiologi dan

Jabatan Geografi dari Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan dan

Jabatan Ekonomi Pembangunan dan Perancangan dan Jabatan Perangkaan

dan Analisa Kuantitatif dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Gujarati, Damodar. 2006. Dasar-Dasar Ekonometrika.Jakarta: Erlangga.

Page 40: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

82

Hasibuan, M. S.P. (2012). Manajemen Sumber Daya Manusia. Edisi Revisi. Cetakan

Keenam Belas. Jakarta: PT. Bumi Aksara.

Heidjrachman, R. & Husnan, S. (2002). Manajemen Personalia. Yogyakarta: BPFE

Ho, D. C.-W., Chau, K.-W., King-Chung Cheung, A., Yau, Y., Wong, S.-K., Leung,

H.-F., Siu-Yu Lau, S., et. al,. (2008). A survey of the health and safety

conditions of apartment buildings in Hong Kong.Building and Environment,

43(5), 764-775. doi:10.1016/j.buildenv.2007.01.035

Info Pilihan Siri 4.(2005). Departments Of Statistics Malaysia. Dicapai pada 20

November 2014 dari

http://statistics.gov.my/portal/download_Labour/files/BPTMS/PST-

Siri4.pdf

Ismail, N. (2000). Stres dan mekanisme daya tindak di kalangan operator

pengeluaran : Satu Kajian di Omron Malaysia Sdn. Bhd. Universiti Malaya.

Tesis : Sarjana.

Jamsiah, M., Rosnah, S., & Noor Hassim, I. (2010). Stres dalam kalangan penduduk

dewasa luar bandar,daerah Hulu Langat, Selangor. Jurnal Kesihatan

Masyarakat, 16 (1). pp. 2-9. ISSN 1675-1663.

John Wiley and Sons,Inc .(1991). Regression Analysis By Example (2nd edition). A

Wiley –Interscience Publication

Kamalruddin, S. (2006). Pencapaian perlaksanaan program Bandaraya Shah Alam.

Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Bandar 2006. Anjuran

Majlis Bandaraya Shah Alam. Subang Jaya, 4-5 September.

Konting, M. M. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Krejcie, R.V. dan D.W. Morgan. (1970). Determining Size for Research Activities.

Educational and Psychological.

Laman Web Khas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dicapai pada 5

November 2014 di http://kklw.bernama.com/news.php?id=464271

Landy, F. J., & Conte, J. M. (2004). Work in 21st Century. An Introduction to

Individual and Organizational Psychology. New York: McGraw Hill.

Lawrence, R. J. (2004). Housing, health and well-being: Moving forward. Reviews

on Environmental Health, 19(3/4), 161–176

Leila, G (2002). Stres dan Kepuasan Kerja. Sumatera :Universitas Sumatera Utara.

Page 41: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

83

Md Sakip, S.R., Abdullah,A., & Mohd Salleh, M. N. (2013). Fear of Crime in

Residential Areas Faculty of Architecture, Planning & Surveying,

University Technology Mara Perak, Malaysia. 3 School of Housing,

Building & Planning. Univsersity Science of Malaysia, Malaysia.

Meyer, J.P., Becker, T.E. & Vandenberghe, C. (2004). Employee Commitment And

Motivation : A Conceptual Analysis And Integrative Model. Journal of

Applied Psychology. 89(6): 991-1007.

Mohamed, N.H. (2004).Pembinaan E-Modul Mata Pelajaran Hidrologi : Kajian Di

Politeknik Shah Alam. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Mohd Jan, R. (2010). Rumah Kos Rendah (Council Homes) Dalam Membantu

Meningkatkan Tahap Kualiti Hidup Masyarakat. Kajian Kes: Perumahan

Rakyat MPSJ. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

Mokhtar, R. (2008). Persepsi Penghuni Terhadap Keselesaan di Kawasan

Perumahan Kos Rendah Awam dan Swasta Kajian Kes: Perumahan Awam

Kos Rendah Taman Cendana dan Taman Scientex, Pasir Gudang.

Universiti Teknologi Malaysia. Tesis : Projek Sarjana Muda.

Musa, M. M. (2003). Tekanan dan Psikologi. Universiti Utara Malaysia.

Mustafa, S.A.(2007). Aplikasi Ergonomik Dalam Sistem Kerja Untuk Kesejahteraan

Motivasi Pekerja Menggunakan Terminal Paparan Visual. . Universiti

Sains Malaysia.Tesis :Master.

Mustaffa, J. (2007). Aspek Keselamatan Awam Dalam Pembentukan Bandar Selamat

Di Malaysia: Kajian Kes Alor Star, Kedah. Universiti Sains Malaysia.Tesis

Ph.D.

Nasution, M. (2000). Manajemen Personalia. Jakarta : Djambatan

Official Portal of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (2009). Dicapai pada 1

Disember 2014 di

http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/1398/251/lang,en/.

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Ipoh. Dicapai pada 22 Oktober 2014 (Rabu) di

http://www.mbi.gov.my/web/guest/fungsi.

Ramli, A., Akasah, Z. A., & Mohd Masirin, M. I. (2013). Assessing Safety and

Health Factors Influecing Performance of Malaysian Low-Cost Housing.

Page 42: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

84

Faculty of Civil and Environmental Engineering. Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia (UTHM).

Renauer, B. C. (2007). Reducing Fear of Crime: Citizen, Police or Government

Responsibility?.Journal Police Quarterly, 10(1), 41-62.

Rivai, V. (2004). Manajemen Sumber Daya Manusia Untuk Perusahaan. Cetakan

Pertama. PT. Raja Grafindo. Jakarta

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sosial. Edisi Pertama Petaling Jaya:

Prentice Hall Pearson Malaysia.

Salleh, M. R. (2010). Pengendalian Stres dan Kebimbangan (Penilaian Kognitif dan

Tingkah Laku). Dicapai pada 2 Mac 2015,

https://books.google.com.my/books?id=VhhABAAAQBAJ&pg=PT49&dq

=PENILAIAN+STRES+PEKERJAAN&hl=en&sa=X&ei=FTVgVdKNJZC

JuASnnoHYBQ&redir_esc=y#v=onepage&q=PENILAIAN%20STRES%2

0PEKERJAAN&f=false

Sardjono, A. B. (2007). Anika Desain Rumah Bertingkat.

Sastrohadiwiryo B.S. (2001). Manajemen Tenaga Kerja Indonesia. Pendekatan

Administratif dan Operasional. Bandung: PT. Bumi Aksara.

Sekaran, U. (2006). Research methods for business: A skill building approach.

Wiley.com.

Sidang Pengarang. ( 2000 ). Tekanan dan Cara Mengendalikannya Dengan

Berkesan. Skudai Post: UniversitiTeknologi Malaysia, Skudai ( Januari ).

Sidek, H. (2011). Pelaksanaan Program Bandar Selamat Di Kuala Lumpur. College

of Business, Universiti Utara Malaysia.

Sipon, S. (2010). Pengurusan Stres. Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. Universiti

Malaysia Sabah (UMS)

Sukimin, S. (2008). Persepsi Terhadap Kualiti Dan Kepuasan Perumahan Dalam

Kalangan Pemilik Rumah Kos Rendah Di Kota Kinabalu Sabah Malaysia.

Universiti Putra Malaysia.

Sutrisno, E. (2011). Manajemen Sumber Daya Manusia. Cetakan Ketiga. Jakarta:

Kencana Prenada Media Group

Tety, A. (2006). Pengaruh Pengawasan terhadap Disiplin Kerja pada Kantor Badan

Kepegawaian Daerah Kabupaten Brebes. Skripsi Jurusan Ekonomi

Universitas Negeri Semarang.

Page 43: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

85

Udin, Y. (2006). Pendekatan Pasukan Polis dalam Pencegahan Jenayah Bandar.

Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Bandar 2006. Anjuran

Majlis Bandaraya Shah Alam. Subang Jaya, 4-5 September.

Utah, R. (2013). IBM SPSS Statistics For Window. Pejabat Teknologi Maklumat.

Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Utusan Malaysia (15 Januari 2001). Perumahan Negara Mampu Milik di capai pada

15 Disember 2014 di

http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/521fb206a8dbd0a34825697400224d

ef/abcf2053061cb794482569ff0003e581?OpenDocument.

Utusan Online Johor (2010). Dicapai pada 1 Disember 2014 di http://warga-

felda.blogspot.com/2014/06/utusan-online-johor_3.html.

Vera-Toscano & Esperanza. (2004). The impact of chilean fruit sector development

on female employment and household income.

Waji, S. (2009). Pengertian Kedisiplinan. Dicapai pada 20 Mac 2015 di

http://starawaji.wordpress. com/2009/04/19/pengertian-kedisiplinan.

Widyamartaya, A. (2001). Spirituality@work: 10 ways to balance your life on the

job. Edisi bahasa Indonesia.

Wiersma, W. (2005). Research Methods In Education: An Introduction. Boston:

Allyn and Bacon.

Yahaya, A., Hashim, S., Ramli, J., Boon, Y., & Hamdan, A.R. Menguasai

Penyelidikan Dalam Pendidikan. 1st Ed.Malaysia: PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

Yahaya, A., Ramli, J. & Karuppaya, K. S. (2007). Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Di Kalangan Pelajar Sekolah

Menengah Di Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Yau, Y., Wing .D.C & Chau. K. W .(2008). Determinants of the Safety

Performance of Private Multi-storey Residential Buildings in Hong Kong.

Department of Public and Social Administratio. City University of Hong

Kong, Tat Chee Avenue, Kowloon Tong, Kowloon, Hong Kong SAR,

People’s Republic of China.

Yusof, M. (2012). Kepuasan penduduk program perumahan rakyat terhadap kualiti

perumahan : kajian kes : projek perumahan rakayat Sri Iskandar, Pasir

Pelangi, Johor Baharu dan projek perumahan rakayat desa Mutiara,

Tebrau, Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.

Page 44: HUBUNGAN ANTARA TAHAP KESELAMATAN DENGAN DISIPLIN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7110/1/NOR_HAYATIE_BINTI_ABDUL_HALIM_24.… · yang diperolehi daripada soal selidik menggunakan

86

Zainuddin, S., Md Salleh, A. & Syed Mansor, S. M. (2008). Ciri-Ciri Tekanan Dan

Kaedah Pengurusan Tekanan Dalam Keluarga. Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia.

Zainudin, A. Z. & Abdul Malek, J. (2010). Keberkesanan Program Bandar Selamat

Dari Persepsi Penduduk Kajian Kes :Bandaraya Shah Alam. Jabatan

Pentadbiran Tanah, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti

Teknologi Malaysia & Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan

Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.