hoki

48
HOKI George Thomas

Upload: alyssa

Post on 30-Jun-2015

1.117 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: HOKI

HOKIGeorge Thomas

Page 2: HOKI

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Persatuan Hoki Malaysia (MHF)

Page 3: HOKI

Peraturan Bola Keluar Kawasan (Ball Out of   Play)

Bola hoki dikira keluar padang apabila bola keluar dari garisan tepi atau garisan belakang gelanggang.

Bola keluar melintasi garisan tepi ialah:Dari kayu hoki pemain pasukan anda, pihak

lawan memukul atau menolak untuk meneruskan permainan

Dari kayu pihak lawan, menolak atau memukul oleh pasukan anda.

Dari badan pemain, pukulan percuma kepada pihak lawan dari tempat di mana bola terkena badan pemain.

Page 4: HOKI

Peraturan Bola Keluar Kawasan (Ball Out of   Play)

Bola keluar melintasi garisan belakang ialah: Dari kayu penyerang. Tolakan atau pukulan oleh pemain pertahanan

(defender) dari tempat yang bertentangan di mana bola melintasi garisan dan tidak melebihi 16 ela daripada garisan itu

Dari kayu penahan yang lebih daripada 22.9m (25 ela) dari garisan belakang tolakan atau pukulan oleh pemain pertahanan seperti di atas.

Dari kayu pemain pertahanan dalam jarak 22.9m (25 ela) dari garisan belakang. Penyerang menolak atau memukul bola daripada satu tempat di atas garisan belakang dalam 4.6m (5 ela) daripada sudut bendera.

Dari kayu pemain pertahanan dalam 22.9m (25 ela) dari garisan belakang (bola dikeluarkan dengan sengaja). Sudut penalti akan diberikan kepada pemain  pasukan  penyerang.

Dari kayu pemain pertahanan dalam bulatan gol (bola dikeluarkan tanpa sengaja). Sudut penalti akan diberikan kepada penyerang.

Dari kayu pemain pertahanan dalam bulatan gol (bulatan D) (bola dikeluarkan dengan sengaja). Strok penalti diberikan kepada pasukan penyerang.

Page 5: HOKI

Kesalahan

(a)     Bermain menggunakan bahagian bulat kayu (dipanggil back stick)(b)     Bermain dalam permainan tanpa memegang kayu hoki

Page 6: HOKI

Kesalahan

(c)     Mengangkat kayu hoki untuk menakutkan atau mengancam keselamatan pihak lawan semasa mereka menghampiri bola atau menggelecek bola.

Page 7: HOKI

Kesalahan(d)    Mengangkat kayu hoki untuk bermain bola

melebihi paras bahu(e)     Bermain bola dengan menggunakan

tangan, kaki atau bahagian badan yang lain(f)     Menyungkit bola ke arah pemain lain atau

ke dalam bulatan yang mungkin akan mengundang bahaya kepada mereka

Page 8: HOKI

KESALAHAN(g)     Memegang, mencangkuk, memukul atau

menyepak kayu hoki pihak   lawan bertujuan untuk mengganggu permainan mereka

(h)    Menghalang pihak lawan dengan tubuh badan atau kayu hoki di antara bola dan pihak lawan

Page 9: HOKI

Penalti-penalti untuk Kesalahan yang Dilakukan

(a)     Situasi apabila kesalahan dilakukan di luar bulatan. (i)      Pasukan lawan akan diberi pukulan percuma.

(ii)     Jika pemain daripada pasukan pertahanan dengan sengaja membuat mana-mana jenis faul di dalam kawasan 25 ela, maka pasukan penyerang akan mendapat pukulan sudut penalti.

(b)     Situasi apabila kesalahan dibuat di dalam bulatan. (i)      Oleh penyerang, pasukan pertahanan mendapat

pukulan percuma.(ii)     Oleh pemain pertahanan, pasukan menyerang mendapat pukulan sudut penalti.(iii)    Dengan sengaja oleh pemain pertahanan, pasukan menyerang akan mendapat strok penalti.

Page 10: HOKI

Pukulan percuma, sudut penalti dan strok penalti(a)     Pukulan Percuma(b)     Sudut penalti diberikan kepada pemain penyerang(c)     Strok Penalti

Page 11: HOKI

Padang Hoki

Page 12: HOKI
Page 13: HOKI

Jangka Masa35 minit bagi kedua-dua separuh masa

dalam setiap perlawanan. Setiap pasukan akan bertukar padang pada

separuh masa kedua selepas tempoh rehat selama 10 minit.

Page 14: HOKI

KEMAHIRAN ASASKAWALAN(a)     Menggelecek LonggarKemahiran menggelecek longgar

(open/loose dribble) boleh digunakan apabila anda hendak menggerakkan bola dengan pantas bagi tujuan untuk melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan dan berlari dengan bola ke arah pintu gol.

Page 15: HOKI

(b)     Menggelecek Rapat Anda boleh menggunakan kemahiran

menggelecek rapat semasa hendak mengawal bola dengan rapi. Ia boleh digunakan apabila anda tidak dapat memastikan sama ada keadaan atau situasi semasa bermain selamat atau tidak untuk mendedahkan bola kepada pihak lawan.

Page 16: HOKI

(c)     Menggelecek IndianKemahiran menggelecek Indian sangat penting

jika anda hendak menukar arah daripada kiri ke kanan atau sebaliknya. Melalui cara ini anda boleh melarikan diri daripada pihak lawan.

Page 17: HOKI

TOLAKAN(a)     Cara Memegang Kayu

Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas, sementara kedudukan tangan kanan ialah 15-30sm di bawah tangan kiri. Kayu dipegang kuat untuk melaksanakan kemahiran ini.

(b)     Cara Berdiri Bahu kiri hendaklah menghala ke arah sasaran bola atau target. Kedudukan kaki adalah selesa untuk memberikan keseimbangan. Lutut dibengkokkan menghampiri kayu supaya dapat diletak dekat dengan bola.

Page 18: HOKI

MENOLAK(c)     Bola

Kedudukan bola ialah 15sm dari kaki kanan atau lebih kurang 30sm dari kaki kiri atau lebih kurang 40-45sm apabila kedudukan badan bersudut tepat.

(d)    Badan:Badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata dapat melihat bola dengan tepat.

Page 19: HOKI

MENYERKAPMenyerkap bermaksud menahan bola.

Page 20: HOKI

Mekanik Menyerkap BolaUntuk menyerkap atau menerima bola, biar

bola bergerak ke kayu anda dan bukan mencucuk bola itu. Bola sepatutnya diserkap dan dikawal dalam kedudukan terbaik dan bersedia untuk tindakan selanjutnya.

Page 21: HOKI

(a)     Pegangan KayuTangan kiri anda hendaklah memegang kayu di

bahagian atas manakala tangan kanan pula di bahagian bawah sedikit. Tangan kanan perlu dilonggarkan sedikit bagi membantu pegangan tangan kiri.

(b)     Cara BerdiriKedudukan kaki anda hendaklah dikangkangkan dan

lutut dibengkok sedikit. Permukaan kayu yang rata hendaklah selari dengan bola yang datang. Badan mesti dibongkok sedikit agar anda sentiasa berada dalam keadaan yang selesa. Keseluruhan anggota badan anda hendaklah berada di belakang kayu yang condong ke hadapan untuk mengelakkan lantunan bola ke atas atau ke arah badan.

Page 22: HOKI

(c)     BadanKepala, badan dan kaki anda hendaklah berada

di belakang dan selari dengan arah datangnya bola. Kadangkala satu langkah ke hadapan diperlukan untuk menyerkap bola. Gerakan ke kanan atau ke kiri adalah penting untuk menyerkap bola yang datang dari kedua-dua arah itu. Anda mestilah memastikan badan anda dalam kedudukan yang diperlukan dengan berat badan sentiasa berpindah dari kiri ke kanan. Semasa bola bersentuhan dengan kayu, tangan kiri anda hendaklah ditegakkan manakala tangan kanan dibengkokkan sedikit. Anda dilarang sama sekali membuangkan kayu ke arah bola.

Page 23: HOKI

Mekanik Memukul(a)     Pegangan KayuLetakkan kepala kayu hoki di atas tanah,

dengan jari kayu menghala ke hadapan. Letakkan tangan kiri anda di hujung kayu dan genggam dengan longgar. Tangan kanan anda pula diletakkan di bawah tangan kiri manakala jari-jari memegang batang kayu. Satu bentuk ‘V’ hendaklah dibentukkan dengan ibu jari. Jari telunjuk kedua-dua tangan pula mestilah selari dengan jari kayu hoki. Hanya sebahagian kayu hoki iaitu 4-7sm, menjulur (protrudes) di atas tangan kiri.

Page 24: HOKI

(b)     Cara BerdiriBerdiri dengan bahu kiri ke arah sasaran

atau arah pukulan. Kedudukan badan anda mestilah seimbang. Kaki perlu dijarakkan lebih kurang lebar bahu. Jari kaki kanan tersebut tegak dengan bahu dan jari kaki kiri lebih kurang 30-40 darjah.

Page 25: HOKI

(c)     HayunanUntuk pukulan lurus, hayunan dimulakan dari hayunan

belakang ke hayunan bawah mengikut lajak. Ia mesti mengikut lorong yang sama. Berdiri ke sisi ke arah bola sambil memegang kayu hoki dengan dua belah tangan rapat di atas kayu hoki. Pada masa anda menghayun kayu hoki ke hadapan, pinggul (hip) berputar dan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan sambil bola dipukul. Semasa memukul bola, pastikan kepala anda di atas bola dan muka kayu hoki sama rata dengan bola. Pukulan diteruskan dengan hayunan mengikut lajak ke arah di mana bola ditujukan. Untuk memastikan bola akan bergerak dengan pantas dan ke arah sasaran, kayu hoki mesti memukul bola dengan rata dan kuat. Kayu hoki harus bergerak sebagai bandul (pendulum) dengan tumpuan kepada hayunan ke hadapan.

Page 26: HOKI

(d)    BadanBerat badan hendaklah seimbang semasa anda

menghayun ke belakang dengan berat badan dipindahkan ke kaki kiri pada masa hayunan ke bawah bermula. Pada masa bola dipukul, berat badan anda berada di kaki kiri. Berat badan terus berpindah ke kaki kiri semasa ikut lajak. Biasanya tumit kaki kanan anda dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki.

(e)     Kuasa untuk Memukul Bola     Kuasa untuk memukul diperoleh daripada

koordinasi beberapa faktor. Ini termasuk momentum badan dan pemindahan berat badan yang betul . Kekuatan bahu dan lengan, kelajuan dengan pecutan hayunan ke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul.

Page 27: HOKI

Hantaran Bentuk Segi Empat Sama (Square Passes)Hantaran yang dihantar mestilah selari dengan

garisan gol. Hantaran ini boleh anda lakukan dari kiri atau kanan dengan menggunakan teknik reverse stick. Hantaran juga boleh dilakukan dengan tolakan, pukulan atau kuisan.

Hantaran segi empat dilakukan apabila serangan bermula kerana ia memberi masa untuk pemain belakang bergerak ke atas dan menambahkan bilangan pemain serangan untuk memaksa pemain-pemain pertahanan bertukar-tukar tempat di antara mereka.

Page 28: HOKI

Dua jenis hantaran segi empatMenghantar daripada sayap kanan (RW)

kepada apit kanan (RI); danMenghantar daripada apit kanan (RI)

kepada apit kiri (LI).

Page 29: HOKI

Hantaran Depan

Page 30: HOKI

Mekanik Hantaran atau Pukulan(a)     Pegangan KayuTangan kiri anda hendaklah menggenggam

di bahagian atas atau hujung kayu manakala tangan kanan pula di bawahnya. Bentuk V yang dibuat dengan ibu jari dan jari telunjuk dari kedua-dua tangan adalah selari. Tangan kiri anda pula ditegakkan supaya hayunan kayu ke belakang dapat dilakukan mengikut cara yang betul.

Page 31: HOKI

(b)     Cara BerdiriBerdiri dengan kaki kangkang supaya anda

berada di dalam keadaan yang selesa. Pastikan jarak bola lebih kurang 20sm dari kaki kiri. Bahu kiri anda ke arah gerakan pukulan atau sasaran. Pada masa hantaran atau pukulan dibuat, mata anda mestilah memandang bola dan lutut hendaklah dibengkokkan sedikit.

(c)     BolaKedudukan bola tidak sepatutnya terlalu jauh

ataupun terlalu dekat sangat dengan kaki kiri anda. Sekiranya bola dalam kedudukan terlalu hampir dengan kaki kiri, berkemungkinan anda akan terpukul kaki sendiri. Kedudukan bola juga bergantung kepada ketinggian pemain berkenaan.

Page 32: HOKI

(d)    Hayunan Kayu dihayunkan terus ke belakang dan bergerak dalam

satu garisan lurus dengan kaki kiri. Pada masa kayu terkena pada bola, muka kayu hendaklah dalam keadaan menghadap bola. Gerakan tangan adalah bebas dan tidak menyentuh mana-mana bahagian badan atau sebarang jenis halangan sama ada pada masa menghayunkan ke belakang atau ke hadapan.

(e)     Badan Semasa kayu dihayunkan ke belakang, berat badan anda

adalah sama rata tetapi apabila kayu diturunkan ke bawah, berat badan akan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan. Jari-jari kaki kanan akan menjadi paksi. Perkara-perkara yang perlu anda beri perhatian ialah:

(i)      Gerakan badan dan pemindahan berat badan.(ii)     Kekuatan badan khasnya di bahagian bahu.(iii)    Kepantasan menurunkan kayu.(iv)    Kuncikan/tegakkan/genggamkan pergelangan tangan.

Page 33: HOKI

KUISAN DAN HANTARAN TINGGI (a)    BolaBola hendaklah diletakkan di hadapan kaki depan

anda. (b)    StrokKaki belakang anda akan menampung berat badan

sehingga kayu hoki diletakkan di bawah bola, sebelum berat badan anda dipindahkan ke kaki hadapan. Ini akan menyebabkan bola dapat diluncurkan dengan baik untuk melakukan sesuatu hantaran panjang atau jaringan.

Semasa melakukan kemahiran menguis, satu pergerakan putaran yang cepat dengan pergelangan tangan anda akan menyebabkan kuisan itu berputar. Strok ini sangat sukar untuk dikawal oleh penjaga gol.

Page 34: HOKI

(c)   KayuKetika menyentuh bola, kayu hoki anda

hendaklah menghadap ke atas sedikit. Putaran adalah bahagian strok yang paling susah. Bahagian rata kayu hoki adalah tempat yang digunakan untuk melakukan putaran.

Anda boleh cuba kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh. Sentuhan bermula dengan sebelah kanan bola, kemudian sebelah bawah bola, sebelah kiri bola dan akhirnya kuis dengan ‘jari’ kayu hoki.

Page 35: HOKI

Posisi Bersedia untuk Penjaga Gol

(a)     Berdiri menghadap bola.(b)     Kedua-dua kaki anda hendaklah dirapatkan

supaya kedua-dua ped bersentuhan seperti membentuk satu dinding.

(c)     Kedua-dua belah lutut anda hendaklah dibengkokkan sedikit pada sudut 120-130 darjah. Ini akan membolehkan pergerakan yang lebih pantas.

(d)    Badan anda dibengkokkan sedikit dengan pusat graviti di hadapan jari kaki.

(e)     Kayu hoki dipegang menggunakan tangan kanan dengan pegangan hampir di atas bahagian tengah.

Page 36: HOKI

(f)     Tangan kiri berada dekat dengan badan manakala siku menghadap ke bawah dan lengan bawah ke atas, buka kedua-dua belah tangan dengan selesa untuk bermain jika berlaku pukulan yang menyebabkan bola terbang di udara.

Page 37: HOKI

STRATEGI PERMAINAN

Page 38: HOKI

PANGGILAN PEMAIN

Goal       Penjaga gol

Fullback Pemain pertahanan kiri dan kanan

Midfield Pemain tengah

Forward Pemain penyerang

Page 39: HOKI

Pertahanan: Posisi, Pergerakan dan Formasi

Page 40: HOKI
Page 41: HOKI
Page 42: HOKI
Page 43: HOKI

Sistem PermainanSistem permainan merujuk kepada formasi

pasukan. Sebagai contoh, jika pasukan anda bermain dengan lima pemain penyerang, tiga pemain pertengahan, dua pemain pertahanan dan seorang penjaga gol. Ini adalah sistem 5-3-2-1 atau juga dipanggil sistem piramid

Page 44: HOKI
Page 45: HOKI

Sistem 3-3-3-1-13 pemain penyerang, 3 pemain tengah, 3

pemain pertahanan, 1 pertahanan terakhir dan 1 penjaga gol

Page 46: HOKI

Sistem 4-2-4-1 4 pemain penyerang, 2 pemain tengah, 4

pemain pertahanan dan 1 penjaga gol

Page 47: HOKI

Sistem 4-2-3-1-1 yang mengguna 4 penyerang, 2 pemain tengah, 3 pemain pertahanan, 1 pertahanan terakhir dan 1 penjaga gol.

Page 48: HOKI

SEKIANTERIMA KASIH