hikayat nakhoda muda

10
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU KARYA MELAYU KLASIK: HIKAYAT NAKHODA MUDA Nama Pelajar: STACEY INDA ANAK LAYANG No. Matrik : JEA080143 No. Kumpulan Tutorial : RABU-12-1 PETANG Nama Pensyarah : DR.AMRAN MUHAMMAD Nama Tutor : 1

Upload: firda

Post on 07-Jun-2015

2.262 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

falsafah dan logika melayuhikayat nakhoda mudaSTACEY INDA ANAK LAYANG

TRANSCRIPT

Page 1: HIKAYAT NAKHODA MUDA

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

JXEA1104

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYUKARYA MELAYU KLASIK:

HIKAYAT NAKHODA MUDA

Nama Pelajar:STACEY INDA ANAK LAYANG

No. Matrik : JEA080143

No. Kumpulan Tutorial : RABU-12-1 PETANG

Nama Pensyarah :DR.AMRAN MUHAMMAD

Nama Tutor :CIK SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN

1

Page 2: HIKAYAT NAKHODA MUDA

Pengenalan:

Hikayat ini tergolong dalam sastera zaman peralihan kerana masih

terdapat unsur Hindu digandingkan dengan unsur Islam.Permulaan hikayat ini

dimulai dengan Bismillahhirrahmanirrahim dan ditamatkan dengan meyebut

tahun Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. serta perkataan Arab Taslim

kathiran,menyebut hal yang berlaku ialah kehendak Allah dan mengagumi

kebesaran Allah.

Petikan diambil dari Hikayat Nakhoda Muda,halaman 10 sehingga 11.

“.Syahadan kata sahibulhikayat maka tersebutlah perkataan Tuan Puteri Rakna Kemala

sepeninggal kakanda baginda itu sudah belayar / maka tuan puteri menangis juga

kerjanya sangatlah baginda bercintakan saudaranya itu kerana sudah tujuh tahun lamanya

belum juga baginda kembali pulang ke negeri baginda.Maka tuan puteri pun menyuruh

memanggil Perdana Menteri;itu pun datanglah maka segera ditegur oleh tuan puteri

seraya kata baginda “silakanlah duduk mamanda Perdana Menteri .”Seraya baginda

memberi puan sirih kepada Perdana Menteri,kata baginda,”Silakanlah sirih

mamanda .”Syahadan maka segeralah disambut oleh Perdana Menteri lalu

dimakannya.Sebermula maka kata tuan puteri,”Hai mamanda,betapalah gerangan halnya

kakanda itu maka belum juga baginda dating kerana janjinya tiadakan lama.Baiklah

2

Page 3: HIKAYAT NAKHODA MUDA

mamanda menyuruh orang perbaiki sebuah bahtera kerana beta hendak pergi mencari

kakanda itu,apa gerangan sebabnya maka baginda belum juga kembali dan betapakah

halnya di dalam negeri orang sekarang.Maka khabarnya pun tiada.Entah mati gerangan

baginda atau karamkah di dalam laut gerangan siapa tahu akan hal yang demikian

itu;maka tiadalah baginda kembali-kembali lagi.”

Sinopsis petikan diambil dari Hikayat Nakhoda Muda,halaman 10 sehingga 11

Setelah menunggu selama tujuh tahun,akhirnya Tuan Puteri Rakna Kemala

tidak dapat menunggu lagi kepulangan abangnya.Puteri Rakna Kemala membuat

keputusan untuk mencari abangnya sendiri dengan melakukan pelayaran.Tindakannya itu

mendapat bantahan daripada Perdana Menteri tetapi tuan puteri tetap

berkeras.Namun,Perdana Menteri terpaksa akur dengan permintaan tuan puteri.Perdana

Menteri mengarahkan orang untuk membina bahtera untuk tuan puteri.Tuan puteri juga

sentiasa bertanya akan keadaan abangnya di negeri orang samada masih hidup ataupun

sudah meninggal dunia.

Kupasan Hikayat Nakhoda Muda dari segi wataknya1. Watak Nakhoda Muda atau Puteri Rakna Kemala: Berdasarkan kajian teks

yang saya telah buat watak Nakhoda Muda berpegang kepada falsafah kasih sayang

3

Page 4: HIKAYAT NAKHODA MUDA

terhadap saudara kandung.Watak ini dapat dilihat apabila Nakhoda Muda sanggup

melakukan pelayaran yang mengambil tempoh selama tujuh hari tetapi menjadi tiga

hari sahaja kerana bahteranya dibina dengan baik sekali untuk mencari

abangnya,Maharaja Johan Syah yang sudah tujuh tahun tidak balik ke negerinya.Hal

ini adalah disebabkan Maharaja Johan Syah ingin melihat temasya dan adat bahasa

negeri lain.Namun malangnya,dia melakukan satu kesilapan semasa bertaruh

dengan Maharaja Digar Alam iaitu raja negeri Berantah Indera sehingga

menyebabkan dia menjadi gembala kuda maharaja.Nakhoda Muda membuktikan

kasih sayangnya kepada abangnya dengan setia menunggu kepulangan abangnya

selama tujuh tahun.Oleh kerana sudah tidak dapat bersabar lagi menunggu

kepulangan abangnya,Nakhoda Muda melakukan pelayaran sendiri walaupun dia

sedar akan cabaran-cabaran yang akan terpaksa ditempuhi sepanjang

pelayaran.Tambahan pula,pelayaran bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan oleh

seorang wanita dan hanya orang tertentu sahaja yang berjaya melakukan pelayaran

dengan selamat.Nakhoda Muda dapat membuktikan bahawa dirinya dapat

menempuhi segala cabaran tersebut kerana kasih sayangnya yang mendalam

terhadap abangnya sehingga dia sanggup bertindak sedemikian.Demi kasih

sayangnya kepada abangnya juga,Nakhoda Muda sanggup melakukan penyamaran

dengan menyamar menjadi seorang laki-laki bagi mengelakkkannya dipandang

rendah oleh pelayar lain dan juga memudahkan pergerakknya untuk mencari

abangnya.Selain daripada itu,dalam tempoh tujuh tahun,Nakhoda Muda sangat

merindui abangnya sehinggakan dia banyak menangis daripada melakukan aktiviti

lain.Nakhoda Muda juga selalu memikirkan keselamatan abangnya samada masih

4

Page 5: HIKAYAT NAKHODA MUDA

hidup atau sudah mati atupun sesat di negeri orang.Hal ini jelas membuktikan

bahawa pertalian saudara tidak akan terputus walau apapun yang terjadi bak kata

pepatah “air yang dicincang tidak akan putus.””Syahadan kata sahibulhikayat maka

tersebutlah perkataan Tuan Puteri Rakna Kemala sepeninggal kakanda baginda itu

sudah belayar / maka tuan puteri menangis juga kerjanya sangatlah baginda

bercintakan saudaranya itu kerana sudah tujuh tahun lamanya belum juga baginda

kembali pulang ke negeri baginda.”Petikan ini membuktikan lagi bahawa di antara

Puteri Rakna Kemala dan Maharaja Johan Syah amat menyayangi antara satu sama

lain sehinggakan mereka tidak boleh dipisahkan dalam jangka masa yang lama

kerana petikan ini membuktikan juga bahawa Puteri Rakna Kemala sangat

menderita iaitu dia hanya menangis sahaja sepanjang tempoh dia berjauhan dengan

abangnya.

2. Watak Perdana Menteri:Berdasarkan kajian teks yang saya telah buat

watak Perdana Menteri berpegang kepada falsafah taat dan setia kepada rajanya.Hal

ini dapat dibuktikan sepanjang peninggalan Maharaja Johan Syah iaitu selama tujuh

tahun dia selaku wakil maharaja telah mentadbir negerinya dengan adil dan

saksama.Buktinya negeri tersebut berada dalam kaedaan aman damai tanpa berlaku

sebarang peperangan mahupun rampasan kuasa.Perdana Menteri juga seorang

pemimpin yang amanat dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya di mana dia

menjalankan tugas-tugas tersebut dengan penuh kewibawaan dan mematuhi etika

kehidupan di istana.Antara contoh tugas yang telah Perdana Menteri laksanakan

dengan berjaya ialah pembinaan bahtera untuk tuan puteri mencari abangnya.Oleh

5

Page 6: HIKAYAT NAKHODA MUDA

sebab bahtera tersebut dibina lebih baik daripada bahtera Maharaja Johan Syah yang

terdahulu maka tempoh pelayaran tuan puteri dapat disingkatkan menjadi tiga hari

sahaja iaitu berbanding tujuh hari tempoh pelayaran Maharaja Johan Syah.Hal ini

juga menunjukkan komitmen Perdana Menteri yang tinggi terhadap tugas-tugas

yang diamanatkan kepdanya.Selain daripada menjadi seorang perdana menteri,dia

juga bertindak menasihati maharaja dan tuan puteri terhadap segala tindak-tanduk

yang bakal diambil oleh kerabat di raja.Hal ini jelas juga membuktikan bahawa

betapa besarnya peranan seorang perdana menteri dalam kelicinan pemerintahan

sesebuah negeri.Namun begitu,Perdana Menteri tetap menghormati maharaja

sebagai pemerintah yang paling berkuasa dalam menentukan segala hal.Dalam

Hikayat Nakhoda Muda ini juga menunjukkan Perdana Menteri ini adalah suatu

watak yang amanah iaitu semasa Maharaja Johan Syah hendak belayar,baginda

berpesan kepada Perdana Menteri untuk menjaga adiknya yang masih kecil yakni

Tuan Puteri Rakna Kemala sepanjang tempoh baginda berada di negeri orang

kerana maharaja dan adiknya ialah yatim piatu.Jadi,sepanjang tempoh tujuh tahun

tersebut Perdana Menteri mengasuh tuan puteri dengan penuh tanggungjawab.

Kesimpulannya,Hikayat Nakhoda Muda ini adalah sebuah karya klasik yang

mengetengahkan falsafah kasih sayang antara ahli keluarga tidak akan lenyap begitu

sahaja kerana ikatan antara ahli keluarga adalah satu anugerah Tuhan yang patut kita

hargai.Dalam sesebuah ikatan kekeluargaan juga perlu adanya pengorbanan untuk

menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga misalnya.Hikayat

6

Page 7: HIKAYAT NAKHODA MUDA

Nakhoda Muda ini juga mengangkat martabat wanita dan membebaskan wanita

daripada norma masyarakat pada zamannya.Watak Puteri Rakna Kemala

menggambarkan watak wanita yang berjuang untuk membuktikan kasih sayang antara

saudara walaupun terpaksa menyamar untuk membuktikan kemampuannya

itu.Disamping itu,watak pemimpin seperti Perdana Menteri juga membuktikan

kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap rajanya iaitu wajarlah pemimipin

sekarang mencontohinya.

RUJUKAN

1.Wahyunah Abd. Gani,2004,Hikayat Nakhoda Muda,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.http.//www.google.my

7