hikayat kuda janggi gerdana

11
Prosa Tradisional (Kuda Janggi Gerdana) Sinopsis Prosa tradisional ini mengisahkan Kuda Janggi Gerdana mengisahkan seorang putera raja yang bernama Inderaputera yang ingin mengembara. Setelah mendapat keizinan daripada bondanya, Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram, Inderaputera terus mengembara sehingga sampai di sebuah gua, iaitu perbendaharaan Raja Baharum Tabiq yang terbina daripada batu berwarna hijau dan pintunya dibuat daripada tembaga suasa. Di pintu gua itu, terdapat seekor ular yang terlalu panjang dan besar. Kehadiran Inderaputera menyebabkan ular itu cuba menyerangnya untuk mengusir Inderaputera dari situ tetapi Inderaputera berjaya memarang kepala ular itu hingga mati. Inderaputera masuk ke gua tersebut dan didapati ruang gua itu terlalu luas dan terdapat banyak terdapat bilik yang penuh dengan barangan berharga seperti emas, perak, pakaian yang indah-indah, alatan peperangan, kelengkapan kain kapan serta pakaian raja-raja dahulu kala. Namun begitu, tidak satu pun barang tersebut diambilnya. Apabila Inderaputera keluar dari bilik itu, seekor kuda hijau datang menuju ke arahnya dengan pantas dan berdengus kuat serta cuba menyerangnya. Namun, kuda itu dapat dijinakkan oleh Inderaputera dengan menggunakan bahasa jin sehingga akhirnya mereka menjadi sahabat. Inderaputera mencari pelana dan menjumpai suatu pelana yang bertatahkan ratna mutu manikam yang tertulis Janggi Gerdana lalu diletakkan di atas kuda itu. kuda itu diberi nama Janggi Gerdana . Janggi Gerdana memberitahu bahawa terdapat suatu cembul kaca putih di kepala ular Mamdud dan di dalamnya terdapat suatu Bedi Zahar yang mempunyai hikmat iaitu dapat menghidupkan orang yang telah mati walaupun telah tanggal tulangnya. Inderaputera sangat gembira dan terus mendapatkan Bedi Zahar tersebut lalu tinggal dengan Janggi Gerdana di dalam gua itu. Di negeri Zainun, pemerintahnya ialah Raja Puspa Pandai berketurunan jin Islam manakala isteri baginda yang bernama Tuan Puteri Puspa Seri Gading berketurunan manusia. Baginda mempunyai dua orang anak. Puteranya bernama Dinar Puspa manakala puterinya bernama Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Rakyatnya pula berupa pelbagai jenis beruk pada siang hari dan bertukar menjadi manusia pada waktu malam. Untuk mengelak sebarang bencana dan fitnah terhadap puterinya, rakyat jelata disuruh membina sebuah mahligai yang serba indah di Padang Anta Berahi yang dilengkapi dengan pelbagai

Upload: dixon-ong

Post on 14-Dec-2014

159 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kuda Janggi Gerdana

TRANSCRIPT

Page 1: Hikayat Kuda Janggi Gerdana

Prosa Tradisional

(Kuda Janggi Gerdana)

Sinopsis

Prosa tradisional ini mengisahkan Kuda Janggi Gerdana mengisahkan seorang

putera raja yang bernama Inderaputera yang ingin mengembara. Setelah mendapat keizinan

daripada bondanya, Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram, Inderaputera terus mengembara

sehingga sampai di sebuah gua, iaitu perbendaharaan Raja Baharum Tabiq yang terbina

daripada batu berwarna hijau dan pintunya dibuat daripada tembaga suasa. Di pintu gua itu,

terdapat seekor ular yang terlalu panjang dan besar. Kehadiran Inderaputera menyebabkan

ular itu cuba menyerangnya untuk mengusir Inderaputera dari situ tetapi Inderaputera

berjaya memarang kepala ular itu hingga mati.

Inderaputera masuk ke gua tersebut dan didapati ruang gua itu terlalu luas dan

terdapat banyak terdapat bilik yang penuh dengan barangan berharga seperti emas, perak,

pakaian yang indah-indah, alatan peperangan, kelengkapan kain kapan serta pakaian raja-

raja dahulu kala. Namun begitu, tidak satu pun barang tersebut diambilnya. Apabila

Inderaputera keluar dari bilik itu, seekor kuda hijau datang menuju ke arahnya dengan

pantas dan berdengus kuat serta cuba menyerangnya. Namun, kuda itu dapat dijinakkan

oleh Inderaputera dengan menggunakan bahasa jin sehingga akhirnya mereka menjadi

sahabat. Inderaputera mencari pelana dan menjumpai suatu pelana yang bertatahkan

ratna mutu manikam yang tertulis “Janggi Gerdana” lalu diletakkan di atas kuda itu. kuda itu

diberi nama “Janggi Gerdana”. Janggi Gerdana memberitahu bahawa terdapat suatu cembul

kaca putih di kepala ular Mamdud dan di dalamnya terdapat suatu “Bedi Zahar” yang

mempunyai hikmat iaitu dapat menghidupkan orang yang telah mati walaupun telah tanggal

tulangnya. Inderaputera sangat gembira dan terus mendapatkan “Bedi Zahar” tersebut lalu

tinggal dengan Janggi Gerdana di dalam gua itu.

Di negeri Zainun, pemerintahnya ialah Raja Puspa Pandai berketurunan jin Islam

manakala isteri baginda yang bernama Tuan Puteri Puspa Seri Gading berketurunan

manusia. Baginda mempunyai dua orang anak. Puteranya bernama Dinar Puspa manakala

puterinya bernama Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Rakyatnya pula berupa pelbagai

jenis beruk pada siang hari dan bertukar menjadi manusia pada waktu malam. Untuk

mengelak sebarang bencana dan fitnah terhadap puterinya, rakyat jelata disuruh membina

sebuah mahligai yang serba indah di Padang Anta Berahi yang dilengkapi dengan pelbagai

Page 2: Hikayat Kuda Janggi Gerdana

ciri keselamatan dengan harapan puterinya terhindar daripada segala bencana. Seekor

tiung dan bayan disuruh menjaga dan menghiburkan puterinya setiap hari. Setelah tuan

puteri dewasa, bayan keluar mencari calon suami untuk baginda. Malangnya putera raja

yang dicari itu gagal mendekati tuan puteri kerana tergelincir di pertengahan tangga mahligai

yang tinggi itu lalu mati. Keadaan itu berlaku terhadap berpuluh-puluh anak raja yang cuba

mendapatkan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

Sementara itu, Janggi Gerdana telah membawa Inderaputera terbang sehingga

sampai ke mahligai Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Setelah disoal oleh bayan,

Inderaputera telah memperkenalkan diri dan asal usulnya. Mendengar penjelasan itu, Tuan

Puteri Cendera Lela Nur Lela terus keluar dan menceritakan asal-usulnya juga malah segala

peristiwa yang melibatkan anak-anak raja di situ turut diceritakan kepada Inderaputera.

Ekoran peristiwa itu, Inderaputera terus menggunakan Bedi Zahar untuk menghidupkan

semua anak raja yang telah tergelincir mati. Dengan izin Tuhan, semua anak raja tersebut

hidup kembali dan bersyukur kepada Tuhan serta mendoakan kesejahteraan Inderaputera

yang telah membantu menghidupkan mereka. Kesaktian yang ditunjukkan oleh Inderaputera

telah menarik hati Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Lalu dibawanya bertemu dengan

ayahandanya, Raja Puspa Pandai dan disuruh duduk di sebuah kerusi emas. Apabila

malam tiba Inderaputera berasa sangat pelik melihat semua keluarga beruk menjadi

manusia dan seterusnya Inderaputera dihidangkan dengan makanan dan hiburan yang

menarik. Begitulah Inderaputera dilayan setiah hari sepanjang dirinya berada di sana.

Tema

Tema prosa tradisional ini adalah keberanian dan kesaktian seorang anak raja.

Kehebatan Kuda Janggi Gerhana menggambarkan kesaktian yang terdapat pada diri

Inderaputera sehingga bertemu dan berkahwin dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela

dengan kesaktian yang Inderaputera peroleh daripada “Bedi Zahar”.

Page 3: Hikayat Kuda Janggi Gerdana

Persoalan

i. Persoalan keberanian menentang musuh.

Contoh: Inderaputera telah membunuh ular Mamdud yang hendak menyerang

dengan memarangkan kepala ular tersebut tanpa rasa gentar.

ii. Persoalan bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat meringankan

beban.

Contoh: Semua rakyat Maharaja Puspa Pandai berganding bahu membina mahligai

yang tersergam indah untuk Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

iii. Persoalan bercakap dengan sopan dapat melembutkan hati orang sekeliling.

Contoh: Inderaputera bercakap dengan penuh lemah lembut terhadap kuda hijau

dengan harapan dapat bersahabat dengan kuda tersebut. Ekoran daripada itu, kuda

tersebut dapat dijinakkan dan terus bersahabat dengan Inderaputera.

iv. Persoalan tidak mengambil hak orang lain merupakan budi pekerti yang mulia.

Contoh: Walaupun bilik-bilik di dalam gua Raja Baharum Tabiq dipenuhi dengan

emas, perak serta harta yang berharga namun Inderaputera tidak mengambil

sedikitpun kerana itu semua bukan miliknya.

v. Persoalan merendah diri dalam kehidupan.

Contoh: Inderaputera merendah diri apabila anak-anak raja menyembahnya ekoran

peristiwa ia menolong menghidupkan anak-anak raja tersebut dan ia mengatakan itu

semua bukanlah kuasanya tetapi kuasa Tuhan Yang Maha Besar.

vi. Persoalan bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan tuhan.

Contoh: Anak-anak raja yang telah dihidupkan semula mengucapkan syukur kepada

Tuhan Yang Maha Berkuasa atas dengan izin-Nya mereka telah dihidupkan semula.

Page 4: Hikayat Kuda Janggi Gerdana

Watak utama

Inderaputera

i. Seorang putera raja.

ii. Ayahandanya bernama Bikrama Buspa.

iii. Bondanya bernama Puteri Seganda Cahaya Iram.

iv. Seorang putera raja yang sangat kacak/tampan rupa parasnya.

v. Seorang putera raja yang berani.

Contoh: Inderaputera berani untuk mengembara seorang diri menuju matahari terbenam

melalui hutan belantara sehingga tiba di sebuah gua.

vi. Mempunyai budi pekerti yang mulia.

Contoh: Inderaputera bercakap dengan lemah lembut terhadap seekor kuda (Janggi

Gendana) walaupun pada mulanya kuda tersebut cuba menyerangnya.

vii. Mempunyai hati yang bersih.

Contoh: Inderaputera tidak mengambil sedikitpun barangan berharga seperti emas dan

perak yang terdapat di dalam gua kerana itu semua bukan miliknya.

viii. Menggunakan kelebihan diri untuk membantu orang lain.

Contoh: Inderaputera membantu menghidupkan anak-anak raja yang telah jatuh

daripada tangga mahligai dengan menggunakan Bedi Zahar yang diperoleh daripada

ular Mamdud.

ix. Seorang yang mempunyai kesaktian.

Contoh: Inderaputera mempunyai kelebihan menghidupkan orang yang telah mati

dengan menggunakan Bedi Zahar.

Page 5: Hikayat Kuda Janggi Gerdana

Watak Sampingan

1. Puteri Seganda Cahaya Iram

i. Bonda kepada Inderaputera.

ii. Isteri/Permaisuri kepada Raja Bikrama Buspa.

iii. Sangat prihatin.

Contoh: Puteri Seganda Cahaya Iram sangat prihatin akan keselamatan anaknya

dan sukar melepaskan anaknya pergi mengembara seorang diri.

2. Kuda (Janggi Gerdana)

i. Seekor kuda hijau yang terdapat di dalam gua Perbendaharaan Raja Baharum

Tabiq.

ii. Seekor haiwan yang pandai berkata-kata menggunakan bahasa jin.

Contoh: Inderaputera berbual-bual dengan Kuda Janggi Gerdana menggunakan

bahasa jin.

iii. Patuh dan akur kepada kelembutan dan pujian.

Contoh: Apabila Inderaputera menggunakan bahasa jin dengan lemah lembut maka

kuda hijau yang pada asalnya berdengus kuat terus tunduk dan akur akan kehendak

Inderaputera yang ingin menjadikannya sebagai sahabat.

3. Ular Mamdud

i. Seekor ular besar yang panjang dan mempunyai kesaktian.

Contoh: Di kepala ular tersebut terdapat suatu cembul putih dan di dalamnya

terdapat (Bedi Zahar) yang mampu menghidupkan orang mati. Malah manusia dan

binatang yang telah tanggal tulangnya juga mampu dihidupkan semula dengan izin

Tuhan.

Page 6: Hikayat Kuda Janggi Gerdana

4.Raja Puspa Pandai

i. Seorang raja yang memerintah negeri Zainun yang rakyatnya terdiri daripada rakyat

kera pada waktu siang dan bertukar menjadi manusia pada waktu malam.

ii. Bangsanya berasal daripada jin Islam.

iii. Bangsa isterinya pula berasal daripada manusia bernama Tuan Puteri Seri Gading

iv. Mempunyai dua orang anak iaitu puteranya bernama Dinar Pandai dan puterinya

bernama Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

v. Seorang ayah yang bertanggungjawab.

Contoh: Raja Puspa Pandai bimbang dan akan keselamatan puterinya lalu disuruh

rakyat membina sebuah istana yang sangat hebat dan dipenuhi kemewahan di

samping terjamin dari segi baginda.

5.Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela

i. Puteri kepada Puspa Pandai.

ii. Mempunyai rupa paras yang cantik menawan.

Contoh: Burung bayan bercerita kepada anak raja Indera bahawa Tuan Puteri

Cendera Lela Nur Lela mempunyai paras wajah yang sangat cantk.

iii. Sudah dewasa dan patut mempunyai teman hidup

Contoh: Bayan dan tiung berusaha mencarikan pasangan/putera raja yang sesuai

dan sepadan untuk djodohkan dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

iv. Taat.

Contoh: Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela mentaati perintah ayahandanya supaya

tinggal di dalam mahligai yang dibina di Padang Anta Berahi dan jauh daripada

ayahanda bondanya.

Page 7: Hikayat Kuda Janggi Gerdana

v. Sukar untuk didekati dan dimiliki.

Contohnya: Semua anak-anak raja yang cuba memanjat tangga mahligai yang dibina

di Padang Anta Berahi gagal ke puncak kerana tergelincir di pertengahan tangga lalu

jatuh dan meninggal dunia tatkala melihat kejelitaan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

Latar Masa

i. Zaman feudal.

Contoh: Zaman pemerintahan beraja di negeri Zainun yang rajanya bernama Raja

Puspa Pandai.

ii. Waktu siang.

Contoh: Rakyat Raja Puspa Pandai menjadi kera, beruk, lotong karkah (cikah),

kongkang dan siamang.

iii. Waktu malam.

Contoh: Pada waktu malam seluruh rakyat yang menjadi kera dan beruk bertukar

menjadi manusia.

Latar Tempat

i. Gua yang dikenali sebagai Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq.

Contoh: Gua ini sangat luas dan mengandungi 40 buah bilik yang dipenuhi dengan

emas, perak, kelengkapan perang, kelengkapan kain kapan dan pakaian raja-raja

terdahulu.

ii. Padang Anta Berahi.

Contoh: Sebuah tempat di negeri Zainun dan di situlah Raja Puspa Pandai

mengarahkan rakyat jelatanya membina sebuah mahligai yang indah untuk

melindungi puterinya daripada sebarang ancaman atau bencana.

iii. Mahligai.

Contoh: Puteri Cendera Lela Nur Lela duduk bersama-sama tiung dan bayan di

dalam mahligai.

Page 8: Hikayat Kuda Janggi Gerdana

iv. Tangga emas.

Contoh: Anak-anak raja yang ingin bertemu dengan dengan Tuan Puteri Cendera

Lela Nur Lela tergelincir di pertengahan tangga mahligai yang tinggi itu lalu jatuh ke

bawah dan mati.

v. Istana.

Contoh: Tempat seorang anak raja Indera yang tampan dan merdu suaranya

duduk membaca kitab hikayat ketika bayan datang mencari bakal suami untuk

Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

vi. Negeri Zainun.

Contoh: Rakyatnya terdiri daripada keluarga kera pada waktu siang dan bertukar

menjadi manusia pada malam hari.

Latar Masyarakat

i. Masyarakat feudal.

Contoh: Negeri yang mengamalkan pemerintahan beraja yang rajanya bernama Raja

Puspa Pandai.

ii. Masyarakat manusia dan binatang yang mempunyai cirri-ciri kesaktian.

Contoh: Pada waktu siang rakyat Raja Puspa Pandai menjadi beruk, kera, lotong

dan siamang manakala pada waktu malam bertukar menjadi manusia.

iii. Masyarakat yang patuh kepada pemerintah.

Contoh: Rakyat jelata mematuhi arahan yang disampaikan oleh Raja Puspa Pandai

untuk membina mahligai. Malah mereka bekerjasama membina mahligai tersebut.

Gaya Bahasa

i. Kata pangkal ayat.

Contoh: Arkian, hatta, syahadan, sebermula

ii. Bahasa istana.

Contoh: bonda, hamba

Page 9: Hikayat Kuda Janggi Gerdana

iii. Penggunaan pantun

Contoh: Penjahat di atas pintu,

Dulang tiris mari dirapat;

Orang muda sahaja begitu,

Orang yang arif maka mendapat

iv. Simile.

Contoh: rambutnya laksana cincin dituang.

v. Hiperbola.

Contoh: pinggangnya bunga setangkai.

vi. Metafora.

Contoh: laut berahi

vii. Kata ganda.

Contoh: besar-besar, tinggi-tinggi

Nilai

i. Nilai keberanian.

Contoh: Inderaputera seorang putera raja yang berani untuk mengembara seorang

diri ke dalam hutan belantara.

ii. Nilai kejujuran

Contoh: Inderaputera tidak mengambil sedikit pun barang berharga yang terdapat

dalam bilik-bilik di Gua Raja Baharum Tabiq kerana barang-barang itu bukan

miliknya.

iii. Nilai bekerjasama.

Contoh: Semua rakyat berganding bahu dan bekerjasama menyiapkan mahligai

yang dibina di Padang Anta Berahi.

Page 10: Hikayat Kuda Janggi Gerdana

iv. Nilai kesyukuran.

Contohnya: Anak-anak raja yang telah dihidupkan semula memanjatkan rasa

kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Besar yang telah menghidupkan mereka

semula.

v. Nilai menghargai jasa

Contoh: Semua anak raja yang telah dibantu oleh Inderaputera mengucapkan ribuan

terima kasih dan mendoakan kesejahteraan Inderaputera atas jasa yang telah

diberikan.

vi. Nilai kasih sayang.

Contoh: Raja Puspa Pandai amat sayang akan anaknya lalu dibinanya sebuah

istana yang sangat besar dan cantik di Padang Anta Berahi untuk mengelakkan

puterinya daripada segala bencana.

Pengajaran

i. Kita haruslah mempunyai semangat yang cekal dan berani untuk menghadapi

sebarang halangan.

Contoh: Inderaputera mempunyai semangat yang tinggi untuk mengembara

seorang diri dan berani menghadapi serangan yang dilakukan oleh ular Mamdud.

ii. Kita haruslah sentiasa bekerjasama untuk meringankan beban.

Contoh: Semua rakyat bekerjasama membina mahligai di Padang Anta Berahi

seperti yang dikehendaki oleh Raja Puspa Pandai.

iii. Kita hendaklah sentiasa merendahkan suara ketika bercakap.

Contoh: Inderaputera menggunakan bahasa yang lemah lembut ketika bercakap

dengan kuda hijau. Secara tidak langsung telah melembutkan hati kuda tersebut

daripada terus menyerang Inderaputera.

Page 11: Hikayat Kuda Janggi Gerdana

iv. Kita haruslah menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu orang lain.

Contoh: Inderaputera telah menggunakan gemala Bedi Zahar yang diambil daripada

ular Mamdud untuk menghidupkan semula anak-anak raja yang telah mati tergelincir

di pertengahan tangga mahligai Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

v. Kita hendaklah mengagungkan kebesaran Tuhan.

Contoh: Inderaputera mengingatkan kepada anak-anak raja yang telah dihidupkan

semula bahawa kelebihan luar biasa itu adalah daripada kuasa Tuhan Yang Maha

Besar sedangkan dirinya hanyalah manusia biasa.

vi. Kita hendaklah menghargai jasa orang yang telah menaburkan budi.

Contoh: Setelah mengetahui gerangan yang menyebabkan mereka hidup kembali,

anak-anak raja itu amat berterima kasih dan mendoakan kesejahteraan

Inderaputera.

Soalan

i. Apakah kesaktian dan keanehan yang terdapat pada rakyat negeri Zainun di bawah

pemerintahan Raja Puspa Pandai?

ii. Bagaimanakah anak-anak raja yang tergelincir jatuh daripada tangga emas mahligai

dapat dihidupkan semula?

Jawapan

i. Keanehan yang terdapat pada rakyat Raja Puspa Pandai di negeri Zainun ialah

menjadi kera, beruk, lotong (cikah) dan siamang pada waktu siang manakala pada

malamnya pula bertukar menjadi manusia.

ii. Anak-anak raja yang telah mati jatuh tergelincir daripada tangga emas di

mahligai itu

dihidupkan semula dengan bantuan Inderaputera menggunakan Bedi Zahar yang

diambil daripada kepala ular Mamdud serta dengan izin Tuhan Yang Maha Besar

jualah mereka kembali hidup seperti sediakala.