hikayat merong-mahawangsa

54
BMR 3022: Karya Agung Melayu Hikayat Merong Mahawangsa Kumpulan 5 Ahli kumpulan: 1. Ubaidah Binti Harun D20121057967 2. Nur Atikah Binti Zakaria D20121058030 3. Nursyarmimie Binti Ahmad D20121058034 4. Mira Adilla Binti Sabri D20121058036 5. Nur Azni Binti Razlan D20121058038

Upload: mira-dyla

Post on 12-Apr-2017

334 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hikayat merong-mahawangsa

BMR 3022: Karya Agung Melayu

Hikayat Merong Mahawangsa

Kumpulan 5

Ahli kumpulan:1. Ubaidah Binti Harun D201210579672. Nur Atikah Binti Zakaria D201210580303. Nursyarmimie Binti Ahmad D201210580344. Mira Adilla Binti Sabri

D201210580365. Nur Azni Binti Razlan D20121058038

Page 2: Hikayat merong-mahawangsa
Page 3: Hikayat merong-mahawangsa

PENGENALAN

• Karya agung ialah karya ulung yang meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa (Mohd Rashid Idris et.al, 2014).

• Yang dimaksudkan dengan karya ulung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, nilai budaya, ilmu, falsafah dan sosial yang kekal dalam kesedaran atau psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya.

Page 4: Hikayat merong-mahawangsa

PENGENALAN

Hikayat merong

mahawangsa

merupakan salah sebuah karya agung

Karya ini selesai disalin semula iaitu pada tahun

1316

Fakir diminta oleh Sultannya iaitu sultan Muadzam

Shah untuk menulis hikayat.

Bertujuan untuk memastikan agar

anak cucu keturunan sultan

kedah mengetahui

tentang asal usul, peraturan segala raja-raja Melayu dan istiadat raja-

raja Melayu

Page 5: Hikayat merong-mahawangsa

SINOPSIS HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

• Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda.

• Beliau membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja.

• Beliau pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja.

• Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

• Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa.

Page 6: Hikayat merong-mahawangsa

• Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga iaitu seorang puteri sebagai Raja Patani.

• Putera bongsu pula menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.

• Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya iaitu Raja Siam setiap kali kekandanya mendapat putera.

Page 7: Hikayat merong-mahawangsa

• Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiung.

• Apabila Raja Bersiung turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat.

• Raja ini digantikan oleh puteranya Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam.

• Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Muzaffar Syah.

Page 8: Hikayat merong-mahawangsa

Pemikiran dalam karya

hikayat Merong Mahawangsa

Page 9: Hikayat merong-mahawangsa

PEMIKIRAN• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 411), pemikiran

dapat didefinisikan sebagai perihal berfikir.

• Dalam bidang sastera pula, pemikiran ini selalunya dimulakan dengan idea yang diperoleh oleh pengarang yang kemudiannya diolah oleh pengarang sehingga menjadi sebuah karya atau buah fikiran yang bernas.

• Secara mudahnya, pemikiran :i. perkara utama atau tema dan persoalan yang ingin

disampaikan dalam sesebuah karya. ii. pemikiran dapat dikaitkan dengan mesej yang ingin

disampaikan oleh pengarang kepada pembaca dalam sesebuah karya.

Page 10: Hikayat merong-mahawangsa

Pemikiran dalam Hikayat

Merong Mahawangsa

Pembukaan negeri Kedah

Penubuhan

kerajaan

Asal usul raja dan

kedaulatan pemerintahan beraja

Kedatangan Islam

Page 11: Hikayat merong-mahawangsa

Pembukaan negeri Kedah• Peristiwa perjanjian yang dilakukan oleh burung Garoda dengan

Nabi Allah Sulaiman yang menyatakan bahawa dia akan memisahkan hubungan yang akan dijalinkan antara Raja Rom dan Raja China yang ingin mengahwinkan anak-anak mereka.

• Burung Garuda menyerang rombongan anak raja Rom yang diketuai oleh Merong Mahawangsa.

• Perpisahan inilah menyebabkan Merong Mahawangsa sampai ke satu kawasan yang mengharapkannya untuk menjadi raja di kawasan tersebut (Langkasuka) . Disinilah bermulanya kerajaan Negeri Kedah yang berada di bawah pemerintahannya kemudian diturunkan takhtanya kepada anaknya, Raja Merong Mahadipusat.

Page 12: Hikayat merong-mahawangsa

• “… Maka sembah segala menteri, ‘patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tidak sesat daripada sebutannya.’ Maka sembah pula menteri Rum, ‘bukanlah dengan kemudahan juga mendapat negeri ini, dengan tiada sukarnya, jikalau kepada namanya pun demikian jua.’ Maka titah Raja Merong Mahawangsa, ‘jika demikian, hendaklah kita namakan negeri ini Negeri Kedah Zamin Turan sebutannya.”

•         (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)

Page 13: Hikayat merong-mahawangsa

Penubuhan Kerajaan• Sebelum berangkat menghadap anak Raja Rom, Merong Mahawangsa telah

mewasiatkan anakandanya untuk memperbesar empayar pemerintahannya dengan meminta anakanda-anakanda Raja Merong Mahadipusat membuka kerajaan-kerajaan baru. Hal ini dibuktikan daripada teks yang berikut:

“Serta titahnya, ‘ hai anakku Raja Merong Mahadipusat, jikalau anakku beroleh anak pada zaman ini, hendaklah anakku rajakan akan dia seorang sebelah utara barat laut, seorang sebelah selatan timur menenggara daripada negeri Kedah ini dan seorang sebelah matahari naik antara timur laut.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)

• Anakanda yang tua telah dihantar untuk membina sebuah kerajaan yang dinamakan sebagai Benua Siam. Anakandanya yang tengah pula dihantar untuk membina kerajaan yang dinamakan Negeri perak manakala anakanda perempuannya pula telah memerintah sebuah kerajaan yang bernama Patani. Manakala anakandanya yang akhir diberikan takhtanya untuk diwarisi apabila baginda mangkat kelak.

Page 14: Hikayat merong-mahawangsa

• Mustafa Mohd Isa (1999:90) menyatakan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa juga mahu menonjolkan raja-raja Kedah itu berasal daripada raja besar dunia (raja Merong Mahawangsa)

• Selepas Raja Merong Mahawangsa meninggalkan zuriatnya di negeri Kedah, ia balik ke Rom. Melalui keturunanya itu, lahirlah dinasti keturunan raja Kedah.

• Raja-raja Kedah daripada keturunan Raja Merong Mahawangsa ini semuanya baik-baik belaka kecuali Raja Phra Ong Maha Perita Deria atau Raja Bersiung yang kejam dan zalim. Kejahatan Raja Bersiung ini mungkin kerana ibunya cucu Nang Miri itu gergasi.

• Kezaliman dan kejahatan Raja Bersiung ini dapat dilihat dalam teks yang berikut:

“Demi Raja Bersiung mendengar sembah perempuan itu, maka ia pun menyarungkan pedangnya serta bertitah, ‘ Baiklah, lalu

berangkat keluar ke balai rong bertitah , ‘ Mana penghulu biduanda sekalian? Bukankah ada orang yang kita suruh bunuh sulakan itu pada hari ini? Ambil cawan itu, isikan darahnya, bawa ke mari kepada aku.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 46 & 47)

ASAL USUL RAJA DAN KEDAULATAN PEMERINTAHAN BERAJA

Page 15: Hikayat merong-mahawangsa

• Pemikiran tentang kedaulatan Raja, jelas dipaparkan oleh pengarang.

• Pengarang seolah-olah tidak mengakui penentangan terhadap Raja Bersiung adalah sah dari sisi undang-undang.

• Pengarang telah menghilangkan Raja Bersiung dalam buluh bagi menunjukkan bahawa raja mempunyai tempat yang tinggi berbanding dengan rakyat dan raja tidak boleh diperlakukan sesuka hati oleh rakyat kerana ia akan menjatuhkan nama institusi beraja yang selama ini dihormati oleh masyarakat terutamanya masyarakat tradisional.

• Namun, setelah Raja Bersiung keluar dari Kedah, anakandanya iaitu Raja Phra Ong Mahaputisat telah memerintah Kedah dengan aman dan sentosa.

Page 16: Hikayat merong-mahawangsa

Kemunculan Agama Islam

Page 17: Hikayat merong-mahawangsa

Syeikh Abdullah mengikuti Penghulu Syaitan Iblis untuk

melakukan kejahatan dan kesesatan

terhadap masyarakat agar terus hidup

dalam kesesatan dan kegelapan.

Penghulu Syaitan Iblis cuba untuk

menyesatkan Raja Phra Ong Mahawangsa

dengan arak dan air kencingnya, Syeikh

Abdullah telah menghalangnya.

Syeikh Abdullah muncul di hadapan

Raja Phra Ong Mahawangsa

Kehadiran Syeikh Abdullah di hadapan

Raja Phra Ong Mahawangsa telah

menyedarkan baginda kerana Syeikh Abdullah telah

menerangkan segala-galanya kepada

baginda

Baginda telah dibukakan hati untuk

menerima ajaran Islam yang dibawa oleh

Syeikh Mahawangsa.

“Maka kata Raja Phra Ong Mahawangsa, ‘Jikalau demikian, hendaklah tuan

hamba tolong hamba sekalian ini, ajarkan agama Islam yang

sebenar itu.” (Hikayat

Merong Mahawangsa, Halaman 100)

Rakyat jelata turut memeluk agama Islam

perubahan pada namanya iaitu Raja

Muzalfar Syah

Sistem pentadbiran berlandaskan Islam

Page 18: Hikayat merong-mahawangsa

FALSAFAH

Page 19: Hikayat merong-mahawangsa

• Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), falsafah didefinisikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.

• Menurut Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016), falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran.

• ‘Berfalsafah’ ialah mencari kebenaran dari kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat.

• Terdapat beberapa bidang falsafah antaranya etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi, politik dan logik.

Page 20: Hikayat merong-mahawangsa

• Falsafah etika ialah pemikiran tentang moral, pendidikan dan pengajaran.

• Kita mestilah menghormati autoriti. Contohnya burung geroda yang tetap menghormati Nabi Allah Sulaiman sebagai autoriti dan yang berkuasa di dunia pada waktu itu. Walaupun burung geroda tersebut merancangkan kejahatan dengan berniat mahu memisahkan putera Raja Rum dengan puteri Raja China, dia tetap bertanya dan merujuk kepada Nabi Allah Sulaiman untuk memberitahu akan rancangannya itu.

“Maka kata burung geroda kepada burung rajawali: Dimana dapat ia sekalian hendak mengerjakan pekerjaan itu? Pada fikiranku tiada boleh jadi, tetap natilah dahulu, aku hendak pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman karena ia itu raja besar di dalam dunia ini. Jikalau sudah ada seperti yang demikian itu, tiadalah aku beri jadi pekerjaan nikah keduanya anak raja dua buah negeri itu’

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 3)

FALSAFAH ETIKA

Page 21: Hikayat merong-mahawangsa

• Falsafah ekonomi ialah sistem pendapatan dan pengurusan harta benda.

• Kehadiran sistem ekonomi iaitu wujudnya pusat perdagangan Melayu di negeri Kedah. Kejayaan negeri Kedah sebagai pusat perdagangan diasaskan oleh seorang raja yang adil dan bijak dalam pemerintahannya. Kebijaksanaan ini bukanlah digambarkan secara membabi buta tetapi penuh dengan rasional. Buktinya apabila negeri Kedah diperintah oleh seorang raja yang bijak dan adil iaitu Raja Phra Ong Mahaputisat negeri Kedah menjadi maju semula dan menjadi tumpuan pedagang dari luar.

‘Adapun Raja Phra Ong Mahaputisat…duduklah di atas tahta peninggalan ayahandanya di negeri Kedah Zamin Turan terlalu adil dan murah pada segala dagang, senteri, rakyat, bala sekalian. Maka sekalian mereka itupun memuji-muji akan dia, banyaklah datang segala mereka berniaga dari sebulan kepada sebulan makin bertambah-tambah ramainya serta banyak orang datang ke negeri itu’.

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 75)

FALSAFAH EKONOMI

Page 22: Hikayat merong-mahawangsa

• Falsafah sejarah ialah persoalan yang berkaitan dengan makna masa silam seperti tamadun dan keruntuhan.

• Terdapat beberapa peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan pembukaan negeri Kedah. Segala-galanya bermula daripada peristiwa perjanjian yang dilakukan oleh burung Garoda dengan Nabi Allah Sulaiman. Apabila Raja Merong Mahawangsa menjadi raja di Langkasuka, maka baginda telah memerintah Langkasuka dengan baik. Kemudian, Raja Merong Mahawangsa telah memberikan tahtanya kepada puteranya iaitu Merong Mahapudisat untuk memerintah Langkasuka.

“… Maka sembah segala menteri, ‘patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tidak sesat daripada sebutannya.’ Maka sembah pula menteri Rum, ‘bukanlah dengan kemudahan juga mendapat negeri ini, dengan tiada sukarnya, jikalau kepada namanya pun demikian jua.’ Maka titah Raja Merong Mahawangsa, ‘jika demikian, hendaklah kita namakan negeri ini Negeri Kedah Zamin Turan sebutannya.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 75)

FALSAFAH SEJARAH

Page 23: Hikayat merong-mahawangsa

NILAI budaya DAN PANDANGAN HIDUPHIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Page 24: Hikayat merong-mahawangsa

NILAI • Membawa maksud tafsiran harga, harga sesuatu

yang dibandingkan dengan harga yang lain. Hal ini bermakna nilai ialah ukuran kepada sesuatu seperti sifat keperibadian yang ada pada seseorang individu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Page 25: Hikayat merong-mahawangsa

1. Taat kepada perintah raja• Sesiapa yang ingkar akan perintah raja akan

dikenakan tulah iaitu kehidupan mereka akan sengsara atau mendapat nasib yang buruk. 

• Contohnya “Demi didengar oleh sekaliannya titah Raja

Merong Mahawangsa yang demikian itu, maka sekalian itupun mengerahkan sekalian orangnya suruh beringat-ingat serta memegang senjata masing-masing di tangan.”

Merong mahawangsa halaman 6

Page 26: Hikayat merong-mahawangsa

2. Berpegang kepada adat• Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti

dilihat dalam amalan hidup seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuklah pantang-larang dan adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun.

• Contohnya: • “...setelah sudah dibaca surat itu lalu sama duduk

sekaliannya itu berjabat tangan. Maka raja China pun menyorong puannya sirih persantapan pada Raja Jin Harman Syah, katanya, “Makanlah sirih hai saudaraku Raja Harman Syah,”serta menyuruh keluar ia itu.”                                                                 

   (Hikayat MerongMahawangsa, halaman 23)• Sirih dan pinang berperanan penting dalam upacara, adat resam

dan budaya masyarakat Melayu ketika itu. Dalam petikan di atas adat makan sirih digunakan ketika menyambut tetamu.

Page 27: Hikayat merong-mahawangsa

3.  Menghormati orang tua• Masyarakat dahulu kaya dengan budi perkerti. Nilai menghormati

orang tua juga termasuk dalam karya-karya yang menjadi penghibur disamping mendidik. Contohnya dalam hikayat yang dikaji ini.

• “Maka sahut anak raja Rom itu dengan perlahan-lahan, “Hai ibuku, bahawa dengan sesungguhnya beta ini manusia juga. Betalah anak raja Rom, hendak pergi kahwin dengan puteri anak raja Benua China dengan beberapa buah bahtera…”

                                              (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 14)

• Dapat dilihat melalui contoh yang ditunjukkan, walaupun anak raja Rom dalam keadaan sakit setelah bahteranya di musnahkan oleh burung geroda, beliau masih lagi mampu mengucapkan kata-kata yang bersopan kepada Mak Inang. Malahan beliau membahasakan ibu kepada Mak Inang.

Page 28: Hikayat merong-mahawangsa

NILAI BUDAYA

Page 29: Hikayat merong-mahawangsa

• budaya merupakan sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi.

• Budaya juga dikaitkan dengan cara hidup manusia iaitu proses perkembangan sahsiah, akal dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok.

Page 30: Hikayat merong-mahawangsa

Budaya islam• Sewaktu pengislaman Sultan Kedah. • Contohhnya “Adapun yang harus bagi kita perbuat masjid tempat sembahyang itu

diperbuat gendangraya kepada delapan hari sekali dipukul daripada pagi sampai waktu zuhur, sembahyang Jumaat. Maka berhenti tanda berhimpun segala anak mukim hendak sembahyang Jumaat kepada masjid itu, kadar kedengaran bunyi dendang raya. Itulah tuanku, yang bernama tiang agama pada syariat Nabi Muhammad Rasulullah pada segala kaum umatnya yang mahu menurut kitab Quran serta Sabdanya itu, supaya termasyhurlah nama raja menteri di dalam negeri itu mengerjakan amal ibadat akan Allah subahanahu wa taala, adalah sudah dengan tempatnya rumah akan ganti Ka’batu’Llah di negeri Mekah Madinah.”

                  

                                              (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 103) • Sheikh Abdullah memberitahu perkara yang perlu dilakukan sebagai seorang

hamba yang beragama Islam.

Page 31: Hikayat merong-mahawangsa

Budaya hindu• Kelihatan sangat jelas pada awal karya ditulis iaitu

sebelum kedatangan Islam, kebanyakan nama yang digunakan berasal daripada perkataan Hindu.

• Penggunaan perkataan dewa-dewa turut dikenal pasti seperti contoh yang dikemukakan.

• “Maka sembah seorang menteri daripada dewa-dewa, ‘Ada, tuanku, kepada dataran tanah besar sebelah Pulau Seri namanya, ia membuat negeri serta hendak menanti ambil kalau-kalau ada duli tuanku hidup.”

    (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 21)

Page 32: Hikayat merong-mahawangsa

PANDANGAN HIDUP

Page 33: Hikayat merong-mahawangsa

• Pendapat atau pertimbangan yang dijadikan pegangan, pedoman, arahan dan pentunjuk hidup.

• Pendapat atau pertimbangan itu hasil pemikiran manusia berdasarkan pengalaman sejarah menurut waktu dan tempat hidupnya.

Page 34: Hikayat merong-mahawangsa

Adat resam telah menjadi pegangan masyarakat• Orang Melayu berpegang teguh kepada adat resam, contohnya

pantang larang, dan adat istiadat.• Sehingga ke hari ini adat ini masih diteruskan dan menjadi

pegangan masyarakat melayu.• Contohnya ditunjukkan dengan penggunaan sirih dan pinang yang

berperanan penting dalam upacara, adat resam dan budaya oleh masyarakat pada ketika itu. Dalam hikayat ini jelas menunjukkan penggunaan sirih dan pinang dalam menyambut tetamu.

setelah sudah dibaca surat itu lalu sama duduk sekalianya itu berjabat tangan. Maka raja China pun menyorongkan puannya sirih persantapan pada Raja Jin Harman Syah, katanya, “Makalah sirih hai saudaraku Raja Harman Syah,” serta menyuruh keluaria itu.

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 26)

Page 35: Hikayat merong-mahawangsa

Ketaatan kepada raja menjadi pegangan masyarakat• Perilaku ini telah diamalkan sejak dahulu sehingga ke hari ini.• Sehinggakan sesiapa yang ingkar perintah raja akan

mendapat tulah.• Contohnya: • Raja Merong Mahawangsa telah menerima tugas yang

diberikan oleh raja Rom dengan senang hati. Arahan yang diberikan oleh raja Rom agar Raja Merong Mahawangsa pergi ke Benua China untuk menggantikannya dan menyampaikan hasratnya untuk mengahwinankan anakandanya dengan puteri raja Benua China. Hal ini menunjukkan bahawa, sikap Raja Merong Mahawangsa yang menerima tugas yang diberikan membuktikan bahawa beliau merupakan seorang yang taat kepada raja dan pemimpin.

Page 36: Hikayat merong-mahawangsa

Kepengarangan dan estetika dalam hikayat merong mahawangsa

Page 37: Hikayat merong-mahawangsa

Menurut Karya Agung Melayu (2016:91), kepengarangan ialah mekanisme dan kaedah pengarang berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu.

Hal ini bermakna kepengarangan memperlihatkan bagaimana cara pengarang berkarya dan membina kekuatan dirinya.

Kepengarangan ini juga merujuk kepada keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang itu dalam berkarya.

Seseorang pengarang akan berkarya melalui pandangan dan pengalaman hidup yang dilaluinya melalui bayangan, ingatan, pembacaan dan pemerhatian.

Page 38: Hikayat merong-mahawangsa

Menurut Karya Agung Melayu (2014:97), estetika bermaksud nilai teks sastera dengan melihat kepada aspek keindahan dan kekuatannya.

Estetika merupakan rasa keindahan, kegembiraan atau keseronokan yang merujuk kepada bernilainya dan bermanfaatnya sesuatu karya.

Estetika merujuk kepada penikmatan yang memukau dan penglihatan yang menakjubkan malah mampu menawan perasaan dan kekal dalam pemikiran pembaca.

Aspek estetika boleh dilihat dari aspek seni bahasa atau gaya bahasa.

Page 39: Hikayat merong-mahawangsa

Pengarang menggunakan unsur mitos

• Dilihat dalam kisah ‘Burung Geroda dan Nabi Allah Sulaiman’.

• Hal ini dapat dilihat melalui mukjizat Nabi Allah Sulaiman iaitu baginda boleh berkata-kata dengan unggas dan haiwan.

• Pengarang juga mencampuradukkan unsur Islam dan unsur Hindu.

• Hal ini dapat dilihat melalui nama unggas kenderaan Visynu iaitu Garda.

Page 40: Hikayat merong-mahawangsa

• Contohnya : “Sabda Nabi Allah Sulaiman “hai burung geroda!

Demi Tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh

pertemuan itu di-dalam batu atau di-dalam kayu

sekali pun tiada siapa yang dapat mencheraikan

dia” maka sembah burung geroda, “ya Nabi Allah,

akan pekerjaan itu atasmu-lah mencheraikan dia.

Jika tiada dapat hamba mencheraikan anak raja

kedua….”

(muka surat 5, bab 2)

Page 41: Hikayat merong-mahawangsa

Pengarang menggunakan unsur mitos

• Dilihat dalam kisah ‘Raja Bersiung’.• Hal ini dapat dilihat melalui lambang kezaliman raja ke

atas rakyatnya.• Pengarang juga menggarap dalam karyanya dengan

menggunakan suatu mazhab dalam agama Budha Tantrik yang bernama Bhairaya yang mana mazhab ini mengorbankan manusia sebagai sebahagian daripada upacara yang dilakukan.

• Pengarang menganggap perbuatan memakan manusia itu sesuatu yang ganjil dan gagah malah ia harus dikagumi.

• Hal ini akan menyebabkan pengarang menyatakan bahawa rajanya adalah berasal daripada keturunan raja yang megah dan berani.

• Peristiwa-peristiwa ini merupakan suatu mitos untuk merakamkan keagungan asal usul raja.

Page 42: Hikayat merong-mahawangsa

• Contohnya : “…Maka Raja Bersiung pun segera turun dengan

pedang-nya yang sudah terhunus serta titah-nya

‘bunoh-lah orang itu’. Maka kata Kampar itu, “Hai!

Raja ini membunoh dengan tiada di-periksa”. Maka

Raja Bersiung pun marah, datanglah hampir

dengan Kampar itu mengangkat pedang-Nya

hendak menetak. Maka kata Kampar, “Hai Raja

Bersiung, gila-kah hendak membunoh orang tiada

dengan periksa sungguh pun memakan hati darah

orang, lepaskan-lah ikatan aku ini serta aku tiada

dengan senjata ini ada-kah boleh aku melawan?

Bunoh-lah sekarang neschaya puas-lah raja

memakan hati darah-ku”.

(muka surat 70, bab 9)

Page 43: Hikayat merong-mahawangsa

Gaya bahasa hiperbola

• Hikayat Merong Mahawangsa banyak menggunakan gaya bahasa hiperbola.

• Hiperbola ini bermaksud penyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan pandangan idea atau peristiwa.

• Hiperbola ini juga berfungsi untuk memperhebatkan lagi penceritaan unsur mitos.

• Contohnya : “Maka tengah ramai sakalian bertikam itu maka Raja Nuloh

Betong pun sampai-lah menyerbukan diri-nya sakalian kadalam

kaum Dato’ Sangki itu bertikam bertetak pedang bertangkisan bertikam keris terlalunya ramai tiada sangja

bunyi lagi”

Page 44: Hikayat merong-mahawangsa

Gaya bahasa simile• Simile bermaksud kiasan yang membandingkan benda yang

berbeza tetapi mempunyai persamaan.• Contohnya : “Maka Raja Merong Mahawangsa pun menarik busar anak

panahnya yang bernama Ayunan itu ke udara, bergemuruhlah

bunyinya seperti halilintar membelah, maka segera tepiskan

dengan sayap tiada kena”.

Gaya bahasa metafora• Metafora bermaksud ia mengandungi satu perkataan yang

bersifat konkrit dan satu perkataan pula bersifat abstrak.• Contohnya : “Sa-telah sudah siap maka tunggul panji-panji pun berkibaran-lah

serta disuroh-nya pula gendang perang menaikkan berani hati yang takut”.

Page 45: Hikayat merong-mahawangsa

Penggunaan bahasa istana• Penggunaan bahasa istana diperlukan dalam karya Bahasa

Melayu Klasik adalah kerana mengisahkan cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja.

• Contohnya : “Maka raja itu pun bersemayamlah” “…oleh raja kapada segala dayang-dayang menyuroh membawa

hidangan yang lebeh untuk disantap baginda itu disuroh beri

kepada…”

Penggunaan bahasa klasik• Penggunaan ayat Melayu Klasik ini meleret-leret.• Contohnya: “Hatta maka adalah seorang budak perempuan chuchu kepada

Nang Miri Gergasi kerana toknya Nang Miri Gergasi itu pergi ka

Benua Siam hantarkan Raja Benua Siam itu kerana Nang Miri

Gergasi itu pun ia suatu penghulu dan raja kapada segala tentera

gergasi”.

Page 46: Hikayat merong-mahawangsa

NILAI ILMU

Page 47: Hikayat merong-mahawangsa

• Dari segi istilah, ilmu merupakan pengetahuan, kepandaian atau kajian tentang sesuatu perkara (mampu menafsir, menganalisa, mengolah maksud yang tersirat dan tersurat di sebalik maklumat serta berupaya mengemukakan maklumat baru.

(kamus Dewan Edisi Keempat, 2010)

Page 48: Hikayat merong-mahawangsa

Mana

sikana

Ilmu teologi

Ilmu etika

Ilmu metafizi

ka

Ilmu estetika

Ilmu kosmolo

gi

Ilmu mantik

Page 49: Hikayat merong-mahawangsa

ILMU TEOLOGI• Ilmu teologi berasal daripada perkataan “Theos”

(Yunani) yang diertikan sebagai “Tuhan” dan “Logos” yang bermaksud “ilmu”.

• Ilmu teologi diintepretasikan sebagai ilmu ketuhanan. Ilmu ini berkisar tentang Tuhan dan hubungannya dengan manusia, sama ada berdasarkan kebenaran wahyu atau penyelidikan akal murni. Ilmu teologi berfungsi untuk memantapkan kepercayaan-kepercayaan dan keimanan bagi menghilangkan keraguan dari sudut Islam.

• Contoh ilmu Teologi yang menunjukkan unsur kepercayaan kepada Tuhan di dalan karya Hikayat Merong Mahawangsa:

Page 50: Hikayat merong-mahawangsa

i. Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burung garuda! Demi Tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh pertemuan itu di-dalam batu atau di-dalam kayu sekali pun tiada siapa yang dapat mencheraikan dia” (HMM : 5)

ii “Hai chuchu-ku, tiada apa-nya nenek hendak berbuat di-atas chuchu-ku yang tiga berhamba ini, hanya nenek menanti janji dengan Nabi Allah Sulaiman jua; tiada berapa lama-nya nenek hendak kembalikan chuchu-ku kapada ayah bonda chuchu-ku jua. (HMM: 23)

Page 51: Hikayat merong-mahawangsa

ILMU ETIKA• Etika berasal daripada kata ethos yang bermaksud adat

kebiasaan. • Teori tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari sudut

baik dan buruknya, sejauh yang dapat ditentukan akal merupakan ilmu etika.

• Etika bersifat teori dan lebih menyelidik, memikir dan mempertimbangkan tentang yang baik dan yang buruk.

Contoh:Maka termashor-lah Raja Merong Mahawangsa itu sudah dudok menjadi raja pada tempat itu. Maka segala dagang

senteri pun berhimpun-lah datang berniaga ke-dalam negeri itu, dengan baik budi bahasa-nya baginda itu serta ra’ayat menchari makan pergi mari ka negeri. (HMM : 19)

Page 52: Hikayat merong-mahawangsa

ILMU ESTETIKA• Ilmu estetika adalah ilmu yang membahaskan tentang keindahan

dan kesenian.Contoh:

Maka darah pun banyak-lah tumpah ka-bumi mengalir seperti ayer deras laku-nya dan kepala pun seperti buah masak gugor ka-bumi dan berkaparan segala

senjata yang patah dan sumbing dan rosak binasa, itu pun jadi sula dan ranjau menikamkan kaki tangan

orang yang berkelahi (HMM : 156)

Page 53: Hikayat merong-mahawangsa

ILMU KOSMOLOGI• Ilmu kosmologi merupakan falsafah yang mengkaji tentang hal-hal

yang berhubung dengan alam disebut sebagai kosmologi. Contoh:

Maka kelihatan-lah pada mata sekalian datang tedoh redum dari sa-belah matahari hidup itu seperti hendak

menimpa atas kapal, kechi, bahtera (HMM : 9)

Maka datang-lah pula burung geroda itu dengan hebat dan garang-nya seperti tiada berlawananlah kelakuan

rupa-nya; datang dengan angin ribut, guroh, petir, kilat sabong menyabong. (HMM : 11)

Page 54: Hikayat merong-mahawangsa

KESIMPULAN• Hikayat Merong Mahawangsa merupakan antara

karya yang menceritakan asal usul keturunan raja di Kedah.

• Segala bentuk, nilai ilmu, nilai budaya, seni bahasa, kepengarangan dan lain-lain lagi memperlihatkan karya ini adalah antara karya tradisional yang wajar diberikan perhatian memandangkan ia telah menjadi warisan Melayu yang agung sejak dari dahulu lagi.