hikayat pelanduk jenaka

22

Click here to load reader

Upload: fauzi-awa-g

Post on 26-Jul-2015

4.139 views

Category:

Documents


108 download

TRANSCRIPT

Page 1: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Suatu hari Tuan Syeikh Alam di Rimba telah memanggil semua rakyatnya di hutan mengadap. SAD telah menasihati rakyat-rakyatnya agar hidup bermuafakat dan tidak menaniayai antara satu sama lain. SAD juga meramalkan akan berlaku sesuatu perkara buruk dalam masyarakat mereka. Oleh itu SAD berharap seandainya berlaku sesuatu yang buruk, mereka semuanya hendaklah memaklumkan kepada baginda. SAD juga berpesan agar dalam masa tujuh hari sekali semua rakyat perlu mengadap baginda dengan membawa buah-buahan yang baik dan kayu muda sebagai tanda persahabatan.

Setelah selesai baginda bertitah semua binatang pulang ke tempat masing-masing melainkan kawanan harimau,kawanan kambing dan Raja Singa.

Suatu hari badak, kerbau, seladang , siamang dan ungka berpakat untuk menangkap ikan di sebuah sungai. Kononnya sungai itu tidak pernah didatangi orang kerana di situ terdapat seorang raksasa yang besar.

Pada hari yang lain pula seekor kijang telah sampai ke sungai itu. Dia sungguh kagum dengan keindahan persekitaran sungai yang airnya sangat dalam dan banyak ikan itu.

Kijang pulang ke tempatnya dan memberitahu rakan-rakannya tentang keindahan sungai yang dikenali sabagai sungai Tinam itu. Katanya lagi bahawa di sungai itulah tempat raja sulaiman bermain-main dengan segala raja dan memukat ikan.

Sang badak dan Sang kerbau amat tertarik dengan apa yang dikhabarkan oleh Sang Kijang, lalu mengajak semua binatang di hutan itu untuk pergi menangkap ikan di sungai tersebut.

Binatang-binatang yang pergi ke sungai itu terpesona melihat banyaknya ikan di sungai itu. Binatang-binatang itu telah membuat perhentian di hulu sungai. Setelah memebuat penempatan di hulu sungai, binatn-binatan itu pergi beramai-ramai ke sungai untuk menangkap ikan yang banyak itu. Ikan-lkan yang dapat ditangkap di masukkan ke dalam satu bekas.

Beruang telah bersetuju untuk menunggu ikan-ikan yang telah ditangkap, sementara binatang-binatang lain akan terus menangkap ikan di sungai.

Tidak lama kemudian datanglah seorang raksasa yang besar ke tempat beruang. Dia meminta daripada beruang untuk memakan ikan-ikan yang banyak itu kerana perutnya lapar. Beruang terkejut melihat raksasa yang besar dan amat menakutkan itu lalu lari untuk menyelamatkan dirinya.

Sejurus kemudian Beruang datang semula ke tempat itu. Kedatang

Page 2: HIKAYAT PELANDUK JENAKA
Page 3: HIKAYAT PELANDUK JENAKA
Page 4: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

KESUSASTERAAN MELAYU STPM

Bila suatu cita-cita itu bermula, perjalanannya kian menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan

Tuesday, July 6, 2010

MAKSUD SAJAK-SAJAK DALAM MSMM

Membunuh Mimpi oleh : Usman Awang

Rangkap 1

Penyajak menyampaikan beberapa pesanan kepada anak gadisnya Mayawati yang

sudah meningkat usia remaja, supaya mengikis perasaan malu, perasaan rindu dan

impian yang mengasyikkan. Semuanya adalah bukan realiti dalam kehidupan

sebenarnya.

Rangkap 2

Impian dan harapan adalah keanihan ciptaan Tuhan untuk manusia. Tetapi jika

ianya tidak ditangani dengan betul akan membawa padah, jiwa jadi resah gelisah

dan mereka akan kecewa apabila impian yang diharap-harapkan itu berlainan

daripada kenyataan hidup sebenarnya. Ini kerana kehidupan yang sebenarnya

adalah kehidupan yang penuh dengan keganasan dan kekejaman.

Rangkap 3

Penyajak berharap agar anak gadisnya jangan mengikut jejak langkahnya yang

selama ini selalu mengimpikan hidup ini penuh dengan keindahan dan

mengasyikkan. Bagi penyajak baru kini dia sedar tentang realiti kehidupan yang

sebenarnya.

Rangkap 4

Penyajak berharap agar anaknya tidak terlalu bergantung kepada impian indah

yang di luar dunia nyata kerana impian adalah pembohongan dalam dunia khayalan

yang penuh fantasi.

Page 5: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Rangkap 5

Dalam menghadapi realiti kehidupan yang lebih mencabar, penyajak berharap agar

anaknya itu menanamkan semangat keberanian dan kecekalan hati serta

mempunyai ketinggian ilmu pengetahuan.

Pada Setiap Kali Kau Tiba, Ogos oleh: Kemala

Rangkap 1

Pada setiap kali tibanya bulan kemerdekaan rakyat Malaysia akan mengenangkan

kembali tarikh negara kita mencapai kemerdekaan yang menandakan negara kita

sudah bebas dan menjadi sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat. Detik-

detik hitam di bawah belenggu penjajahan telah berlalu dan yang tinggal kini

menjadi lipatan sejarah untuk dikenang pada masa hadapan.

Rangkap 2

Dalam usaha mencapai kemerdekaan, para pahlawan dan pemimpin sanggup

berkorban / gugur demi untuk melihat tanah air merdeka. Kenangan terhadap

mereka mengundang rasa sedih kerana kesanggupan mereka berkorban demi

untuk melihat negara tercinta bebas dari belenggu penjajah.

Rangkap 3

Bila menjelangnya bulan kemerdekaan generasi baru tidak lagi mengenangnya

sebagai satu bulan yang penting kerana dalam kehidupan moden yang penuh

dengan dugaan dan cabaran menyebabkan perjuangan menuntut kemerdekaan

sudah tidak lagi menjadi satu isu / peristiwa yang penting untuk diingati.

Rangkap 4

Penyajak berharap agar bulan Ogos (kemerdekaan) akan membawa kesedaran

perlunya semangat nasionalisme dan patriotisme dipupuk dalam kalangan generasi

muda

Pengait Tua oleh Muhammad Haji Salleh

Page 6: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Rangkap 1

Penyajak menceritakan tentang seorang wanita tua yang duduk di atas bangku di

tepi pantai. Dia sudah lama berada di situ sehinggakan kakinya sudah terbenam di

dalam pasir

Rangkap 2

Pada usia mudanya, wanita itu telah mendidik dan membesarkan anak-anaknya

dengan segala usaha walaupun terpaksa berkorban demi untuk kelangsungan/

kesejahteraan hidup anak-anaknya. Harapannya agar anak-anaknya yang tinggal

jauh akan kembali nanti bersama cucu-cucunya bagi mengubat rindu. Tetapi

malangnya mereka tak kunjung tiba .

Rangkap 3

Perempuan itu tetap sabar dan setia menunggu tanpa mempedulikan orang dia

tetap menunggu dan menanti

Keindahan yang Hilang oleh Shamsuddin Jaafar

Rangkap 1

Kedengaran bunyi kicauan burung undang tua, yang berada dalam keadaan yang

menyedihkan akibat pencemaran udara dan air.

Rangkap 2

Sebelumnya flora dan fauna masih terjaga dan terpelihara. Suasana sungai yang

jernih dan indah, dengan hutan yang masih belum diterokai menjadikan kita

menyintai kedamaian

Rangkap 3

Tapi kini segala-galanya telah berubah. Semuanya telah musnah dan tiada lagi

keindahan.

Rangkap 4

Dunia sains yang semakin canggih dan segala kemajuan yang dicapai

menyebabkan manusia boleh meneroka cakerawala dan angkasa lepas.

Page 7: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Rangkap 5

Kehidupan burung-burung semakin terhimpit oleh situasi kotor yang mengakibatkan

sungai turut tercemar. Siapakah nanti akan bertanggungjawab bagi memberikan

penjelasan kepada generasi akan datang atas kemusnahan ini.

Rangkap 6

Keadaan sekarang tidak lagi seindah seperti pada waktu-waktu dahulu

Kunci oleh : T.Alias Taib

Rangkap 1

Dengan segala kudrat yang ada pada diri penyajak, dia cuba untuk meluahkan

perasaan tentang keperitan/kesusahan hidup yang sekian lama terpendam dalam

lubuk hatinya yang sebelumnya cuba diselindungi. Beliau juga mahu menyatakan

segala-galanya tentang keperitan hidup yang dialami. Tujuannya agar semua tahu /

faham walaupun dalam kesejahteraan tetapi masih ada yang berlapar, walaupun

dirinya dikelilingi dengan dunia yang mewah dan makmur.

Rangkap 2

Dengan segala keupayaan yang ada penyajak cuba juga untuk mencari jalan bagi

mengatasi pelbagai dugaan serta kesedihan dan harapannya yang masih tidak

mendapat perhatian. Senario ini seperti cerita seorang buruh yang terpaksa bekerja

keras walaupun penuh kotoran namun tetap berusaha menampung sisa-sisa

kehidupannya. Beliau hanya berupaya berserah kepada nasib tentang masa

depannya dan mengharapkan doa daripada kawan-kawannya

Rangkap 3

Dengan pancaindera mata, penyajak dapat melihat kehidupan ini penuh keanihan

dan penuh tanda tanya yang memang sukar lagi menyulitkan umpama ketika

mendaki puncak Kinabalu yang penuh ranjau semata-mata mahu mencapai segala

apa yang dicita-citakannya.

Rangkap 4

Penyajak yang dibelenggu dengan pelbagai masalah mengambil langkah

membuang semua masalah tersebut jauh dari pemikirannya.

Page 8: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Doa Terakhir oleh : Zaihasra

Rangkap 1

Penyajak menceritakan pengalamannya ketika bersama ibu yang disayanginya

disaat kematian ibunya. Perasaan sedih tidak dapat disembunyikan saat ibunya

hendak meninggal dunia .

Rangkap 2

Penyajak mengenang kembali kehidupan silam ibunya yang penuh dengan pelbagai

cabaran dan rintangan dalam membesarkan anak-anaknya. Namun penyajak

berasa kecewa kerana penyajak tidak dapat membalas jasa dan pengorbanan yang

telah dicurahkan oleh ibunya. Penyajak turut berasa kesal kerana kini ibu yang

disayanginya telah meningggalkannya.

Rangkap 3

Penyajak melahirkan perasaan sedihnya, penyajak turut memohon maaf daripada

ibunya kerana mungkin selama ini ada perbuatanya yang telah melukakan hati

ibunya. Penyajak sedar akan cubaan dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh ibunya

semasa hidupnya menyedarkan dan menginsafkan penyajak kemungkinan penyajak

telah melakukan kesalahan terhadap ibunya.

Rangkap 4

Penyajak redha dengan kematian ibunya, peritiwa tersebut telah membangkitkan

semangat penyajak untuk menempuh kehidupan yang mendatang.

Rangkap 5

Kenangan dan ingatan terhadap ibunya yang tercinta memanggilnya untuk pulang

ke kampung halaman setelah sekian lama merantau.

Rangkap 6

Penyajak menyatakan walaupun mereka terpisah namun perasaan sayang dan

kasih kepada ibunya tetap abadi, dalam setiap doanya, penyajak berharap agar

ibunya sentiasa berada dalam ketenangan dan kedamaian dan penyajak pasti di

akhirat mereka pasti akan bertemu.

Bulan Berdarah oleh Nahmar Jamil

Page 9: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Rangkap 1

Penyajak menganggap bulan sebagai agama Islam yang suci dan penuh kecantikan.

Namun ada sahaja perkara-perkara yang berlaku sehingga ia mengalami

perubahan. Ianya tidak lagi seperti dulu. Semuanya menjadi lapuk ditelan masa.

Rangkap 2

Pada waktu zaman kanak-kanak penyajak gembira dan bahagia menerima Islam

dan perasaannya lebih bersemangat semasa remaja melihat kebangkitan Islam.

Rangkap 3

Penyajak melihat bulan sebagai lambang agama Islam yang mana ianya dianuti

oleh seluruh umat tanpa adanya sempadan. Islam agama yang tidak mementingkan

puak mahupun warna kulit. Islam yang diterima sejak dulu menjadi asas kehidupan

yang berakhlak berteraskan kepercayaan wujudnya akhirat.

Rangkap 4

Islam sekarang dilanda peperangan yang membawa kepada kematian. Kesedihan

itu turut dirasai di negara kita dan berlaku juga di Afghanistan, Iran dan Iraq.

Kesedihan ini turut dikongsi bersama dengan umat Islam seluruh dunia. Penyajak

mempersoalkan bilakah kesudahannya nanti.

Rangkap 5

Penyajak berasa sedih sehingga menitiskan air mata hiba bersama nasib mangsa

perang Palestin, Moro, Pattani, Eritra yang ditindas dan dizalimi sedangkan di

negara kita Islam agama yang dinobatkan menjadi perbalahan antara pihak

kepalsuan dan kebenaran.

Rangkap 6

Islam menjadi mangsa kezaliman sejak zaman dahulu lagi seperti keadaan umat

Islam di timur tengah yang terus menderita dan tertindas tetapi penyajak terus

berjuang tanpa putus asa dan teguh dalam mempertahankan akidah walaupun

menemui kematian.

Rangkap 7

Keadaan umat Islam yang tertindas menyebabkan penyajak tidak dapat melelapkan

mata dan penyajak berharap agar para pejuang yang gugur syahid itu menjadi

penghuni syurga yang dijanjikan kemenangan seperti umat Islam pada awal zaman

perkembangan syiarnya.

Page 10: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Laut oleh : J.M.Aziz

Rangkap 1

Bagi penyajak laut adalah tempat dia membina kehidupan / mencari rezeki untuk

hidup yang membebaskan dirinya dari keperitan hidup.

Rangkap 2

Penyajak juga merasakan laut adalah sesuatu yang sukar tetapi penuh bererti

dalam hidupnya sebagai nelayan.

Rangkap 3

Bagi penyajak laut adalah harapannya untuk terus hidup walaupun penuh

kepayahan dan penderitaan hidup.

Rangkap 4

Walaupun sukar dan susah kerana cabaran di laut yang penuh dengan pancaroba,

namun ia tetap memberikan suntikan semangat motivasi bagi nelayan berjiwa

kental tetap tabah untuk terus berusaha walaupun terpaksa berdepan dengan

rintangan dan halangan.

Rangkap 5

Laut adalah tempat nelayan mencari pendapatan sama ada nelayan pinggir pantai

atau nelayan laut dalam. Laut menjanjikan sumber rezeki daripada Ilahi yang tidak

dapat dinilai serta terjangkau oleh akal fikir manusia.

Rangkap 6

Laut membawa ketenangan dan kedamaian dari segi hiruk pikuk kota dan laut

adalah tempat para nelayan bergantung nasib.

Sewaktu Melintasi Kundasang oleh : Lim Swee Tin

Rangkap 1

Penyajak menceritakan pengalamannya ketika melalui daerah Kundasang di kaki

gunung Kinabalu dengan sinaran cahaya matahari yang memancarkan cahayanya,

menjadikan kawasan Kundasang tempat yang subur dengan sayuran tanah tinggi.

Page 11: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Kedamaian dan keharmonian tempat itu menceriakan perasaan penyajak kerana

Kundasang masih mengekalkan warisan alam yang masih belum diterokai.

Rangkap 2

Kehidupan penyajak di kota yang sibuk dan nilai-nilai kemanusiaan sesama manusia

yang semakin hilang. Penyajak berasa kagum dengan ciptaan Tuhan yang

mendamaikan walaupun Kundasang masih belum moden namun tempat itu adalah

tempat yang cukup membahagiakan penyajak.

Rangkap 3.

Suasana di Kundasang yang sejuk dengan jalan-jalan yang berliku. Angin dingin

sentiasa bertiup mengusapi pohon-pohon, longgokan batu dan serpihan tebingnya.

Ketika melintasi kawasan Kundasang, terasa oleh penyajak akan kelembutan

suasananya yang kalau boleh digunakan untuk mengubah watak kasarnya.

Ke Ruang Katarsis oleh : Zaen Kasturi

Rangkap 1:

Setelah sekian lama di buai lena dan mimpi indah yang penuh dengan harapan

tidakkah kita mempelajari sesuatu dari sejarah silam tentang perjuangan dan

pengorbanan serta kesengsaraan para pejuang yang terdiri daripada nenek moyang

kita, kealpaan kita pastinya akan menyebabkan mereka sedih dan kecewa.

Rangkap 2:

Kebimbingan serta kerisauan terhadap generasi muda yang lupa akan sejarah silam

pasti merebak hingga ke kawasan pedalaman dan akan menjadi ancaman kepada

anak watan.

Rangkap 3:

Mungkin kitalah bangsa yang hanya mengejar impian kosong kerana sanggup

merelakan orang luar mendapatkan hasil mahsyul yang ada di negara kita,

sehingga kita menjadi bangsa yang merempat di negara sendiri.

Rangkap 4:

Page 12: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Ketakutan dan kebimbangan sebenarnya hanyalah pada pandangan kita,dan

seringkalinya ia dilafazkan hingga ianya menjadi semakin merebak.

Rangkap 5:

Kita tidak pernah mempersoalkan tentang insan yang tidak menerima hakikat

kejadian insan itu sendiri yang sukar untuk berubah demi nilai-nilai baik. Masih ada

lagi insan yang memperkatakan tentang keagungan dan kemuliaan bangsa kita.

Tetapi kita sering terlupa bahawa suatu masa dahulu kita adalah bangsa yang

berdaulat.

Rangkap 6:

Negara kita pernah berdepan dengan peristiwa duka dan kesengsaraan hingga

ianya meninggalkan kesan yang amat mendalam sehingga mengugat pegangan

bangsa mengakibatkan beralih arah tujuan hidup bangsa.

Rangkap 7:

Suatu hari nanti kita pasti akan menguburkan bangsa sendiri jika membiarkan anak

bangsa terus menagih dadah. Mereka umpama mayat yang menimbulkan kesulitan

untuk menempatkan mereka sama ada untuk mengasingkan mereka terus ke suatu

kawasan yang jauh terasing dari masyarakat. Padahal kita mempunyai ramai cerdik

pandai yang boleh menyumbangkan idea bagi mengatasi masalah tersebut.

Sanggupkah kita menyesal dikemudian hari jika kita tidak berbuat sesuatu

sekarang.

Rangkap 8

Jika kita tidak lakukan sesuatu kita pasti akan menyaksikan bangsa kita akan hilang

pengaruhnya, suara bangsa kita tidak akan diberi perhatian dan ini sangat

menyedihkan.

Rangkap 9:

Ayuh wahai anak bangsa kita cari ketenangan dan kedamaian, kerana kita perlu

perjuangkan maruah bangsa agar kita menjadi bangsa yang dihormati dan disegani.

Rangkap 10:

Page 13: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Perihalkanlah kepada generasi muda hakikat kehidupan sebenar agar mereka

mengerti erti kehidupan , berikan mereka harapan yang tinggi serta berikan juga

ilmu agama agar kehidupan mereka selamat.

Kuali Hitam oleh : Zurinah Hassan

Rangkap 1

Sebiji kuali yang sudah hitam warnanya menjadi teman ibu penyajak siang dan

malam.

Rangkap 2

Kuali hitam yang digunakan untuk memasak itu menjadi penghibur ibu dan ketika

itu penyajak dan adik-beradiknya menunggu untuk makan.

Rangkap 3

Kuali hitam itu sudah lama digunakan.

Rangkap 4

Ibu menyayangi kuali hitam itu. Lengan ibu pernah diserap abu hitam manakala

mata ibu pernah dimasuki serbuk arang. Dahi dan kulit ibu pernah cedera ketika

menggunakan kuali hitam itu.

Rangkap 5

Ibu bahagia jika dapat menghidangkan makanan yang dimasak menggunakan kuali

itu. Ibu lebih bahagia apabila melihat penyajak dan adik-beradiknya kekenyangan.

Rangkap 6

Apabila penyajak dan adik-beradiknya terlena kekenyangan, mereka tidak dapat

mendengar ibu batuk dan sesak nafas.

Rangkap 7

Kuali itu sangat lama berjasa sehinggalah mereka dewasa.

Rangkap 8

Di rumah penyajak, tidak ada kuali hitam seperti di rumah ibunya. Penyajak

menggunakan kuali non-stick. Kuali itu mahal dan dijaga rapi oleh penyajak.

Page 14: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Rangkap 9

Ibu bertandang ke rumah penyajak di bandar. Ibu yang rajin telah memasak untuk

penyajak sekeluarga.

Rangkap 10

Selepas memasak, ibu menyental kuali itu dengan berus yang kasar. Penyajak

menjerit kerana ibu telah merosakkan kuali itu.

Rangkap 11

Ibu mendiamkan diri dan penyajak tahu bahawa hati ibunya tersentuh. Wajah

penyajak yang bengis membuatkan ibu mungkin menangis.

Rangkap 12

Penyajak menyesali keterlanjurannya terutama setelah ibu meninggal dunia.

Penyajak juga menyesal kerana dia seolah-olah mengukur nilai kasih sayang

dengan harga sebiji kuali.

Rangkap 13

Tidak ada apa-apa lagi di rumah ibu penyajak. Kuali hitam yang tinggal terbiar

begitu sahaja. Penyajak mempersoalkan, adakah dia dan adik-beradiknya dapat

menghitung nilai kasih sayang ibu mereka.

www.sibermerdeka.com.my oleh A.Ghafar Ibrahim

Rangkap 1

Dalam diri penyajak, terdapat banyak perancangan bagi membebaskan segala

macam masalah / kesusahan yang terpaksa ditempuhi.

Rangkap 2

Dalam pemikiran penyajak, penyajak cuba mencari jalan penyelesaian agar

kehidupannya tidak mudah dipergunakan.

Rangkap 3

Dalam kehidupan penyajak sering berdepan dengan dugaan dan rintangan untuk

menguji kesabaran dan keimanan

Page 15: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Rangkap 4

Walaupun berasa dirinya hebat, namun seringkali juga penyajak terpedaya dengan

godaan nafsu

Rangkap 5

Penyajak sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dengan tekad untuk

berubah ke arah kebaikan.

Rangkap 6

Dalam meniti usia dewasa, penyajak semakin matang dan tidak mudah panik serta

terpengaruh dengan kata-kata.

Rangkap 7

Dalam era globalisasi, penyajak sentiasa muhasabah diri mencari erti kehidupan

agar perjuangan tidak mudah tewas.

Rangkap 8

Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang

bersifat sementara. Kenangan demi kenangan berlalu begitu sahaja, nasihat

penyajak agar kita tidak mempersia-siakan hidup dengan mengabadikan diri pada

tuhan.

<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Semoga segala usaha yang kita lakukan selama ini

akan membuahkan hasil yang lumayan…….tak ternilai…

Selamat maju jaya dalam peperiksaan.

Posted byMohamad Pauzi Mohd Isaat11:17 AM

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

No comments:

Post a Comment

Page 16: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Newer Post Older Post Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

BIODATA

Mohamad Pauzi Mohd Isa

Alor Setar, Kedah, Malaysia

Guru Tingkatan 6 (Kokurikulum) SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman Jitra Kedah

View my complete profile

KANDUNGAN

► 2012(15)

o ► June(9)

o ► May(1)

o ► March(4)

o ► February(1)

► 2011(9)

o ► November(3)

o ► October(2)

o ► May(1)

o ► March(1)

o ► February(2)

▼ 2010(36)

o ► November(7)

o ► August(7)

o ▼ July(8)

HARI ANUGERAH CEMERLANG

MAKSUD SAJAK-SAJAK DALAM MSMM

SEJARAH PERKEMBANGAN SAJAK MELAYU SEBELUM PERANG

Page 17: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

SEJARAH PERKEMBANGAN NOVEL MELAYU SEBELUM PERANG

SEJARAH PERKEMBANGAN CERPEN SEBELUM PERANG

SEJARAH PERKEMBANGAN AKHBAR DAN MAJALAH SEBELUM PE...

TEROMBA, TALIBUN, SYAIR

KENAPA TINGKATAN 6????

o ► June(6)

o ► May(8)

KAWAN

KONGSI BERSAMA

PAUTAN

http://awamilsarkam.blogspot.com/

http://ayisgc65.blogspot.com/

http://hamzahhussain.blogspot.com/

http://http://ishakhajimuhammad.blogspot.com/

http://kencanamerana.blogspot.com

http://kesmelayustpm.blogspot.com

http://khirkassim.blogspot.com/

http://penyair.wordpress.com/

http://sasteramoden.blogspot.com

http://stpmexam.blogspot.com

http://suakmenerung.blogspot.com

http://www.dbp.gov.my

http://www.tamiliyakkam.com

Page 18: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

annya telah dilihat oleh raksasa, Raksasa memberitahu beruang agar terus menyimpan ikan sebegitu untuk dimakannya pada keesokakan hari. Dengan berbuat demikian berung tidak akan dijadikan habuannya.

Setelah petang dan menangkap ikan dengan banyaknya, binatang-binatang lain kembali ke tempat beruang . Mereka amat kecewa kerana beruang tidak berjaya menjaga ikan-ikan yang dikumpulkan itu.

Sang Seladang menawarkan dirinya untuk menjaga ikan itu. Jika raksasa datang dia akan membunuhnya.

Keesokannya sekali lagi sekalian binatang pergi ke sungai untuk menagkap ikan. Tidak lama kemudian datanglah raksasa ke tempat seladang yang sedang menunggu ikan-ikan itu. Raksasa meminta daripada seladang untuk memakan ikan-ikan itu. Melihat raksasa yang besar dan menakutkkan iitu, seladang terus berlari ke hutan untuk menyelamatkan dirinya. Setelah lama berlalu, seladang kembali semula ke tempat tadi untuk melihat ikan-ikan yang dijaganya tadi. Kedatangannya disedari oleh raksasa. Raksasa meminta agar Seladang dapat mengumpulkan ikan-ikan lagi untuk dimakannya pada keesokkan hari. Dengan berbuat demikian dia tidak akan memakan seladang.

Apa yang berlaku amat mengecewakan binanag-binatang itu. Keadaan itu dapat ditenangkan apbila harimau memberi kesanggupan untuk mengawal hasil tangkapan merekamdaripada dimakan oleh raksasa. Tapi malangnya, perkara yang sama juga berlaku kepada harimau. Xemua hasil tengkapan mereka telah dimakan oloeh raksasa.

Akhirnya sang badak pulak yang menawarkan dirinya untuk menjaga ikan-ikan tersebut. Seperti hari-hari yang lalu raksasa datang ke tempat itu untuk memakan ikan-ikan yang banyak itu. Seperti juga binatang-binatang terdahulu, Sang Badak lari menyelamatkan dirinya apabila raksasa datang ketempat itu. Setelah masa agak lama berlalu sang badak datang semula, dan bersembunyi di sebalik pokok. Sambil memerhatikan raksasa dari jauh, Sang Badak berkata-kata sendirian mencabar raksasa berdepan dengannya. Percakapannya didengar raksasa. Setelah dilihatnya raksasa memandang ke arahnya Badak terus berlari dengan melanggar pokok-pokok di hutan itu hingga mencederakan tubuh badannya.

Dalam pada sang badak berlari itu, dia ditegur oleh sang kera yang menganggap sang badak sudah gila kerana berlari dengan tidak diketahui sebabnya. Sang badak berhenti daripada berlari setelah mendengar sapaan sang kera.

Sang kera bertanyakan sebab Sang Badak berlari dlam keadaan badan yang penuh luka itu. Badak memberitahu sang kera bahawa dia baharu saja selesai bertarung dengan seorang raksasa. Raksasa itu dibantu oleh seorang kawannya. Tetapi kedua-duanya dapat ditewaskanya. Oleh a dia bimbang kawan-kawan rasksasa akan datang lagi, dia terus melarikan dirinya.

Kera hanya mendiamkan diri walaupun dia sangsi dengan apa yang diberitahu sang badak kepadanya.

Setelah tiada lagi binatang yang sanggup untuk menunggu hasil tangkapan mereka. Binatng binatang itu telah mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke tempat asal mereka.Dalam pada itu

Page 19: HIKAYAT PELANDUK JENAKA

Seladang telah memberi cadangan untuk berjumpa dengan sang pelanduk bagi menyelesaikan masalah mereka.

Semua binatang itu pergi mengadap Sang pelanduk dan menceritakan apa yang berlaku. Sang pelanduk bersetuju untuk menangkap raksasa dalam tempuh tujuh hari lagi.

Pada hari yang dijajjikan Sang pelanduk (SAD) bersama-sama dengan semua binatang pergi ke sungaim Tinam. Seseampinya di sana sang Pelanduk menyruh binatang-binatang lain mencari rotan untuk dibuat simpai. Selepas itu semua bintang pergi ke sungai ikan menangkap ikan.

Ikan-ikan itu dikumpulkan di suatu tempat untuk dijaga oleh SAD. SAD memberitahu kepada semua binatng agar masuk ke hutan dan datang semula apbila dia bertempik.

Tidak lama kemudia datanglah seorang raksasa lalu meminta izin ndarida SAD untuk memakan iakan-ikan itu. Raksasa ingin mengetahui apa yang sedang dibuat oleh Sang Pelanduk. Pelanduk menjeaskan bahawa dia sedang berubat dengasn menggunakan simpai rotan . Raksasa yang sedang sakit badannya, meminta utnk berubat dengan sang pelanduk. Pelanduk bersetuju dengan permintaan Ralksasa, Dengan tidak membuang masa lagi sang pelanduk terus menyimai bada raksasa hingga tidak dapat bergerak lagi. Sang pelanduk terus menyiksa raksasa dengsan mencakar muka dan mencungkil matanya. Raksasa berteriak kesakitan.Sang Pelanduk bertempik sekuat hatinya, maka datanglah binatang-binatang yang lain. Melihat raksasa yang bertempikan, semua binatang itu lari bertempiaran. Setelah dipanggil oleh Sang pelanduk,binatang-binatang itu datang semula.

Semua binatang amat mengagumi dan memuji-muji kehebatan sang pelanduk.