mlcs scab jilid 4 - full ver · abdullah munsyi menghasilkan karyanya. menurut dr hadijah, abdullah...

15
T ANYA J AWAB

Upload: others

Post on 04-Jul-2020

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

TANYA

JAWAB

Page 2: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

Prof Madya Dr Hadijah Rahmat, NIE/NTU mengucapkan tahniah kepada Dr Farish kerana telah memberi satu perspektif yang amat menarik tentang sejarah. Dr Hadijah telah mengemukakan sebuah lagi buku yang memberi perspektif tentang sejarah masyarakat Melayu. Buku yang dimaksudkan adalah Hikayat Nakhoda Muda yang ditulis pada penghujung abad ke-16, yaitu 50 tahun sebelum Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika dibandingkan dengan hikayat-hikayat yang lain. Abdullah Munsyi yang paling kritikal menganggap bahawa isi Sejarah Melayu itu suatu pembohongan walaupun bahasanya baik dan harus dipelajari. Menurut Dr Hadijah lagi, Hikayat Nakhoda Muda amat istimewa kerana hikayat ini menceritakan tentang kehidupan tiga generasi kelas pedagang, iaitu datuknya Nakhoda Mengkuta, anaknya Nakhoda Muda atau Tayan dan cucunya Hela La’udin. Ketiga-tiga generasi pedagang ini hidup di daerah Sumatera Barat di bawah pemerintahan Kesultanan Banten. Setelah mendengar latar tentang Banten dari buku yang ditulis oleh de Bry dan dipersembahkan oleh Dr Farish, Dr Hadijah telah mendapat satu pandangan baharu tentang kehebatan Banten ketika itu yang sebelumnya kurang difahami oleh Dr Hadijah walaupun telah dijelaskan oleh Profesor Syed Hussein Alatas dalam bukunya ‘Myths of Lazy Natives’ yang menjelaskan tentang kewujudan Banten sebagai pusat perdagangan yang hebat di Asia Tenggara. Profesor Alatas telah merujuk pada Hikayat Nakhoda Muda dan mengatakan bahawa dahulu orang Melayu mempunyai kelas pedagang yang hebat tetapi kelas pedagang Melayu ini telah dihapuskan oleh penjajahan selama tiga ratus tahun. Menurut Dr Hadijah lagi, Profesor Alatas mengatakan bahawa Hikayat Nakhoda Muda menjelaskan sebab-sebab penghapusan kelas pedagang ini kerana pedagangan telah dikuasai oleh pedagang Eropah, Belanda atau Inggeris dan juga perniagaan dikawal oleh sultan-sultan yang mengawal harga yang menjadikan perdagangan di Banten pedagangan terkawal tetapi bukan pedagangan bebas. Dr Hadijah menambah lagi bahawa suatu perkara yang menarik tentang Nakhoda Muda atau Tayan adalah beliau mempunyai sifat wira yang luar biasa seperti penekanan tentang pendidikan, dia juga

110

Page 3: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

seorang pedagang yang berjaya serta sifat kepahlawanan sehingga menyahut seruan Sultan Banten untuk menghapuskan kaum Agong yang makan orang (kanibal) yang mempunyai kepercayaan menghantar kepala sebagai hantaran mas kahwin. Nakhoda Muda telah mengumpul bala tentera untuk menghapus dan menghalau kaum Agong sehingga lari masuk ke dalam hutan dan masyarakat Sumatera Barat dapat hidup dengan aman. Dr Hadijah berpendapat bahawa Nakhoda Muda atau Tayan harus diambil sebagai ‘hero’ Melayu zaman baharu seperti Hang Tuah kerana kehebatannya dan sifat-sifatnya yang boleh diambil contoh dan dipelajari. Dr Hadijah menyarankan agar peserta ceramah membaca Hikayat Nakhoda Muda kerana hikayat itu menjelaskan kehebatan pedagang Melayu tetapi penjajahanlah yang menyebabkan masyarakat Melayu hilang sejarah dan keyakinan serta menerima imej negatif. Dr Hadijah berharap pandangannya dapat membantu menjelaskan kehebatan Kesultanan Banten dan sejarah yang harus diketahui.

Dr Farish Noor menyatakan bahawa De Bry begitu kagum apabila menerima berita tentang pusat pedagangan yang begitu pesat dan aktif yang berlaku di Asia Tenggara. Dr Farish bersetuju tetapi proses di mana sikap masyarakat peribumi Asia Tenggara diubah daripada pedagang, peneroka, pelayar menjadi petani memakan masa tetapi ada lojiknya iaitu apabila bumi Asia Tenggara dijajah, dua perkara telah berlaku. Hubungan antara masyarakat Asia Tenggara dengan laut telah terputus maka istilah “tanah air’ amat penting yang bererti ‘homeland’ dalam bahasa Inggeris. Perkataan ‘land’ penting bagi orang Eropah kerana pengalaman Eropah yang hanya berperang di darat jauh berbanding dengan rantau Asia yang berkonsep tanah dan air. Dr Farish menceritakan pengalaman membuat penelitian bersama kaum Banjar Laut. Ideologi kaum Banjar Laut dan “Mitos Origin’ masyarakat Banjar laut adalah tanah air mereka. Masyarakat Banjar percaya mereka berasal dari beberapa tempat seperti Selat Melaka, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan lain-lain lagi. Ini merupakan satu konsep atau mitos yang tidak dapat dibandingkan oleh mitos Eropah. Malangnya sistem ‘tanah air’ inilah yang hilang kerana persaingan ekonomi apabila kuasa-kuasa kolonial menyekat pergerakan masyarakat Asia. Faktor utama adalah persaingan

111

Page 4: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

antara kuasa-kuasa kolonial, kuasa-kuasa kolonial tidak memberi peluang sesama sendiri. Apabila wujudnya teknologi baharu pada abad ke-19, dari saat itu masyarakat Asia hilang keupayaan untuk

penting. Dr Farish memberi contoh tentang pertemuan dengan sekumpulan mahasiswa dari Indonesia yang sedang membuat kajian tentang sejarah di Bangkok. Para mahasiswa ini tidak berasa kekok semasa berada di Thailand atau di mana sahaja di rantau Asia kerana mereka berasakan bagai berada di tanah air sendiri. Warga Asia tidak harus berasa kaku ketika berada di mana sahaja di rantau ini. Ini yang harus diajarkan di sekolah-sekolah tentang sejarah rantau ini. Walau bagaimanapun trend yang lebih ketara sekarang adalah setiap warga Asia hanya memfokus pada negara sendiri sehingga lupa bahawa setengah sejarah mempunyai hubungkait.

Muhammad Ghazali Ibrahim, Sekolah Menengah Ping Yi menyatakan bahawa Karya De Bry begitu objektif tentang pusat perdagangan di Asia Tenggara yang begitu dinamik dengan sosiopolitik dan ekonomi begitu maju dan juga karya yang prejudis yang ditulis oleh penulis-penulis kolonial. Saya ingin bertanya kepada Profesor, apakah pandangan Profesor tentang hasil karya Tun Seri Lanang dan Raja Ali Haji dalam membina literasi sejarah dan jati diri masyarakat Melayu?

Dr Farish menjelaskan bahawa buku-buku seperti tulisan Tun Seri Lanang sangat penting kerana ini adalah bahan atau material sejarah yang ada pada kita saat ini. Yang disebut tadi bahawa tulisan-tulisan ini penting kerana tulisan-tulisan zaman klasik seperti Hikayat Hang Tuah, satu soalan yang timbul adalah soal ‘ ’ iaitu siapa yang menulis. Dalam Hikayat Hang Tuah, bilangan penulis bukan satu tetapi semakin bertambah. Ini merupakan sesuatu yang menarik dari aspek sejarah kerana ia menunjukkan bahawa teks Hikayat Hang Tuah itu hidup. Walaupun Hikayat Hang Tuah mengandungi unsur fantastik, esoterik dan fantasi ini bukan suatu masalah yang unik bagi Asia. Tulisan-tulisan Eropah juga mengandungi elemen-

112

Page 5: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

elemen fantasi sebegitu. Jauh lebih penting adalah membaca buku ini secara komparatif atau perbandingan kerana menarik. Berbalik kepada Hikayat Hang Tuah bukan hanya ia mengandungi pekara-perkara tentang perwatakan Hang Tuah tetapi hikayat ini juga mengandungi transformasi Hang Tuah daripada wira dan akhirnya menjadi pengembara, menjadi duta atau diplomat yang menunjukkan sifat terbuka Hang Tuah yang sangat relevan untuk masyarakat Asia Tenggara waktu ini. Ini menunjukkan Hang Tuah semakin dewasa apabila menjelajah pergi ke India, pergi ke mana pun Hang Tuah masih berasa ada di dunia Asia. Dia tidak berasa ‘hilang’. Ini menunjukkan Hang Tuah menjadi semakin matang. Di mana pun kita berada, kita tidak harus berasa malu. Jangan berasa takut kerana rasa malu, kaku dan segan merupakan dampak mentaliti yang mengkotak-katikkan dan memasukkan kita ke dalam kategori-kategori yang sempit. Dulu masyarakat Melayu merupakan pedagang yang maju dan dinamik tetapi akhirnya menjadi masyarakat agragrian, yang duduk menjaga pokok kelapa sahaja. Kita harus keluar dari perangkap sangkar mental ini. Jika dibuat perbandingan antara Hikayat Hang Tuah dan satu teks Asia Tengah yang bertajuk Babad Iskandar Zulkarnain atau cerita Alexandra The Great; dalam versi itu, Iskandar juga setelah menjadi kaisar dan menakluk banyak negara dia mula menjelajah ke seluruh rantau Asia.

Kolonialisme bermula dari pertengahan abad ke-19 hingga ke abad ke-20an. Kolonialisme juga mewujudkan stereotaip masyarakat

penulisan R.O. Winsteadt yang membuat polisi penilaian di British Malaya. R.O. Winsteadtlah yang melahirkan idea ‘Rural Biase’. Matlamat pendidikan kolonial bukanlah untuk menjadikan

kerani, penoreh getah akan dididik menjadi penoreh getah. Peribumi tidak dibenarkan memasuki bidang sains kerana itu bukan milik masyarakat peribumi. Ini merupakan bentuk ‘sangkar mental’ yang wujud hingga ke hari ini. Abad ke-19 merupakan abad yang penting kerana dalam jangka masa 100 tahun itulah masyarakat Asia Tenggara telah dibekukan dengan idea-idea di mana bahan-bahan dalam buku teks, propaganda kolonial dan imej-imej serta

113

Page 6: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

idea-idea yang masih hidup dalam media sosial dan kita sendiri yang menerima dan mengulanginya. Guru memainkan peranan yang amat penting dengan mendidik pelajar tentang idea-idea dan

secara kritis.

Muhammad Ariff Mohamed Noor, Sekolah Rendah Boon Lay Garden bertanya adakah masyarakat Melayu majoriti di Malaysia dan Indonesia serta Melayu minoriti Singapura telah berjaya mengubah tanggapan stereotaip negatif yang dilabelkan sejak lama dulu oleh para orientalis dan masyarakat setempat yang lain?

Stereotaip ini bukan masalah yang khusus kepada masyarakat Melayu sahaja. Kalau dilihat di seluruh Asia Tenggara, masalah yang sama juga dihadapi oleh masyarakat Filipina yang telah dijajah oleh Sepanyol selama 500 tahun yang membuat stereotaip ini kental di Filipina. Sama juga dengan masyarakat Vietnam dan lain-lain lagi. Tetapi yang penting dan mesti difahami ialah stereotaip-stereotaip ini ada sejarahnya tersendiri dan merupakan satu sejarah yang panjang. Berbalik kepada ideologi ‘sangkar mental’, sebagai contoh dapat dilihat dalam kad jemputan perkahwinan, kadang ada dicatatkan ‘dress code’– pakaian tradisional. Perkara yang ingin diketengahkan pada hari ini ialah apabila kita cuba menggambarkan tradisi Asia Tenggara, kita selalu kembali ke abad ke-19. Abad ke-19 ialah abad yang sangat penting kerana dalam jangka masa 100 tahun dengan segala teknologi yang ada seperti percetakan, buku dan lain-lain lagi, stereotaip ini masih wujud dan setiap stereotaip ini mesti diulangi berkali-kali hingga akhirnya menjadi ‘instinct’ atau naluri dalam kognitif masyarakat Asia Tenggara. Bagi ‘cognitive bahavioral therapy’ jika sering diulangi akan timbul rasa takut yang tidak diketahui sebabnya. Ini sama dengan stereotaip yang diulangi berkali-kali dan untuk keluar dari genggaman stereotaip sangat sukar.

Busana abad ke-19 merupakan pakaian seharian masyarakat

114

Page 7: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

Asia Tenggara pada ketika itu. Kadang kala apabila kita cuba untuk keluar dari genggaman stereotaip agak sukar apabila kita berdepan dengan hegemoni. Ideologi ini; reaksi kita mungkin satu kesilapan yang menyebabkan satu trend yang dipanggil ‘ ’ di Singapura dan di lain-lain bahagian Asia Tenggara daripada sesuatu yang ekstrim kepada satu ekstrim yang lain. Sebagai contoh; kerana rasa kebencian terhadap legasi kolonialisme, maka segala yang ‘prokolonialisme adalah bagus’, benar dan ada keinginan untuk balik semula ke masa itu. Tetapi sebenarnya nostalgia itu bukan satu antidot tetapi sebenarnya racun kerana ada aspek negatif dan akan mengongkong kita ke dalam kategori yang sempit. Apa yang ingin dilihat ialah kembali ke satu era yang lebih dinamik. Sesuatu yang hidup akan berubah dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Tetapi bagi masyarakat Asia Tenggara yang ketagih kepada nostalgia ini, perspektif mereka agak sempit dan kaku. Mereka akan hanya mempunyai satu imej tentang sesuatu perkara iaitu falsafah; ‘Jangan kita perangkapkan diri dengan faktor masa tetapi berubah’.

Maizah Tauqeer, pelajar Sekolah Perempuan Cedar bertanya bagaimanakah cara yang terbaik bagi pelajar-pelajar untuk mengetahui, mempelajari dan mendalami sejarah Singapura kerana buku-buku teks yang dipelajari setakat ini bermula pada tahun

Dr Farish Noor menyatakan bahawa tahun 2019 akan menjadi tahun yang amat penting bagi Singapura kerana telah berlaku satu anjakan atau ‘shift’ yang amat penting jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Satu pertanyaan yang sering timbul tentang negara Singapura adalah mengapa nama-nama watak kolonial masih popular di Singapura. Sejarah merupakan satu wacana atau naratif yang tidak ada kesudahannya. Proses penulisan sejarah berterusan kerana setiap generasi akan menemukan fakta-fata daan data-data yang baharu. Ini amat menarik tentang sejarah kerana sejarah akan dikritik, dikaji dan ditulis semula. Sejarah Asia Tenggara bukan hanya merupakan episod kolonial tetapi merangkumi banyak

115

Page 8: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

perkara-perkara lain yang masih belum ditulis atau dibukukan. Jika diteliti dalam penulisan sejarah, aspek wanita tidak disentuh dalam sejarah Asia Tenggara. Satu projek jangka panjang sedang berlangsung untuk menulis kembali sejarah Asia Tenggara dan mencari fakta-fakta serta datadata. Ada beberapa aspek sejarah yang belum diberi pemerhatian berpusatkan kepada pertama, peranan wanita dalam proses perkembangan ekonomi, budaya dan politik Asia Tenggara. Kedua adalah tentang kedatangan masyarakat lain ke Asia Tenggara. Ini masih belum dikaji dengan teliti kerana terdapat banyak maklumat yang menjurus kepada perkara-perkara ini. Perang Jawa antara Belanda dengan orang Jawa yang diketuai oleh Deponegoro sebagai contoh; pihak Belanda tidak dapat mengalahkan orang Jawa kerana orang Jawa berperang menggunakan taktik gerilya. Maka Belanda telah membawa askaraskar dari Afrika yang dipanggil ‘Belanda Hitam’ oleh masyarakat Jawa untuk berperang dengan orang-orang Jawa. Selepas berakhirnya perang, ada askaraskar Afrika ini yang pulang ke Afrika dan ada juga yang tinggal di Jawa dan berkahwin dengan masyarakat lokal. Sejarah masa kini yang ditulis di Asia Tenggara perspektifnya lebih kepada fokus kepada negara itu iaitu pada waktu negara itu merdeka dari kuasa kolonial. Tetapi jauh sebelum negara itu merdeka dari penjajahan telah wujud masyarakat negara itu. Proses penulisan sejarah merupakan satu peluang untuk membuat penelitian dan mencari maklumat dan menulis buku-buku yang baharu. Apa yang ingin dilihat adalah wujudnya satu penulisan sejarah bersama di rantau Asia Tenggara yang melampaui persoalan tentang politik atau sejarah rantau yang menghubungkan Sumatera dengan Malaysia dan lain-lain lagi. Banyak lagi perkara yang belum disentuh oleh sejarawan generasi muda kerana banyak terdapat rekod-rekod dan maklumat tentang perkara yang belum diteliti. Bagi para pelajar pula, perlu melihat sumber-sumber lain yang menyentuh sejarah sebelum penjajahan kuasa kolonial berlaku.

116

Page 9: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

Dr Rokhsana Abdullah, NIE/NTU memberikan pandangan bahawa masyarakat pendatang juga mengalami pengalaman yang sama kerana penjajahan. Bagaimanakah semangat daya keusahawanan masyarakat pendatang dikekalkan dalam pertempuran ‘gajah dengan gajah‘ yang diibaratkan sebagai pertempuran ekonomi antara orang Melayu dengan orang Eropah yang berpengalaman dalam perdagangan tetapi ‘pelanduk (golongan pendatang)’ tidak mati di tengah-tengah. Sekarang bangsa pendatang itu yang mengalami perkara yang sama telah menguasai bidang ekonomi. Bagaimanakah semangat dan daya keusahawanan mereka masih kekal? Kalau dilihat di Indonesia dan Malaysia banyak perniagaan dan ekonomi dikuasai oleh orang Cina. Adakah masyarakat pendatang tidak terasa semangat mereka dibunuh? Sedangkan orang Melayu terasa semangat mereka terbunuh dan hanya baru-baru ini mungkin telah muncul semula. Kerugian pada orang Melayu yang ekonominya sangat terjejas sehingga 95 peratus ekonomi di Indonesia dikuasai oleh satu bangsa sedangkan masyarakat peribuminya kerugian.

Dr Farish Noor memberikan respons dengan menyatakan bahawa apabila penjajahan berlaku, wujud beberapa stereotaip tetapi stereotaip ini berbeza untuk masyarakat peribumi. Stereotaip masyarakat peribumi malas untuk masyarakat peribumi dan stereotaip lain untuk masyarakat yang lain. Inilah logik polisi penjajah ‘pecah-perintah’ (divide and rule). Kalau dilihat apa yang berlaku bukan sahaja di Indonesia di bawah jajahan Belanda tetapi juga di Malaysia, Burma, India di bawah jajahan Inggris dan di Filipina oleh Sepanyol adalah politik ‘pecah-perintah’. Berbalik kepada persoalan stereotaip, ada beberapa jenis stereotaip. Steoreotaip untuk masyarakat Asia Tenggara adalah masyarakat

dalam penulisan Crawfurd, dia mengatakan bahawa masyarakat Asia Tenggara dari Burma hingga Filipina dianggap primitif dan

masuk untuk bekerja bagi menjanakan ekonomi. Maka wujudlah beberapa stereotaip komuniti. Komuniti ini bekerja keras tetapi

117

Page 10: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

komuniti-komuniti ini. Ini mengiyakan politik kolonialisme kerana kuasa penjajah sentiasa berada di tahap paling atas. Penjajah akan mendamaikan keadaan. Komuniti-komuniti ini dibiarkan bersaing, bertengkar dan berlawan asalkan penjajah yang berkuasa. Taktik ini telah digunakan sejak zaman Empayar Rome dan bukan sesuatu yang baharu. Masalahnya adalah stereotaip ini masih kekal. Jika diteliti sejarah negeri Perak, perkembangan industri bijih timah di Perak dimulakan oleh datuk-datuk panglima Perak tetapi dengan kuasa kapitan-kapitan Eropah, pengusaha-pengusaha peribumi tidak diberi pinjaman dengan mudah sehingga akhirnya mereka dipinggirkan. Ini juga berlaku di Jawa kerana Belanda mempunyai monopoli secara total dalam perbankan di Jawa. Sultan Pakuwubono Kesepuluh cuba membangunkan sistem rel pertama di Jawa, ini memberi kesan kepada Belanda kerana ini membuktikan bahawa orang Jawa mampu membina sistem kereta api mereka sendiri. Tetapi kerana Sultan Hemangkubuwono terpaksa meminjam wang daripada bank-bank Belanda, bunga atau interest yang dikenakan terlalu tinggi sehingga Kerajaan Surakarta Hemangkubuwono menjadi bankrap. Inilah taktik yang digunakan oleh Belanda

Bagi menjawab soalan yang ditanya, jawapannya adalah kombinasi dua faktor iaitu, pertama stereotaip yang dikemukakan dan diwujudkan oleh kuasa kolonial dan kedua adalah praktik ekonomi yang tidak adil yang sengaja digunakan untuk melemahkan pengusaha-pengusaha lokal baik di Burma atau Semenanjung Malaysia, Jawa dan di India juga. Maka itu, perlu kita berbalik kepada sejarah kerana apabila berdepan dengan stereotaip-stereotaip begini, ramai orang yang menyangka bahawa ini satu keadaan semulajadi. Sebagai contoh masyarakat Bugis yang distereotaipkan sebagai bangsa pemarah dan suka berperang padahal sejarah menunjukkan bangsa Bugis sebagai pedagang dan telah membina pusat pedagangan yang hebat. Ada aspek-aspek sejarah masyarakat Asia Tenggara yang dipadamkan dengan sengaja oleh kuasa kolonial. Kita perlu mencari sejarah ini kembali. Berbalik kepada tulisan De Bry, walaupun dia sangat prejudis terhadap orang Asia tetapi tulisannya lebih objektif jika dibandingkan dengan tulisan dan imej-imej yang muncul 200 hingga 300 tahun kemudian. De Bry

118

Page 11: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

amat bangga dengan identitinya sebagai orang Eropah kerana dia menganggap Eropah adalah tamadun yang agung tetapi dia tidak

beberapa aspek lebih maju daripada Eropah. Rasa kagum dalam kalangan bangsa Eropah terhadap bangsa Asia Tenggara telah hilang dan bertukar menjadi prejudis dan kesombongan yang wujud pada abad ke-19 apabila kuasa Eropah telah maju dari masyarakat Asia. Malangnya masyarakat Asia masih hidup dalam stereotaip ini.

Cikgu Rohani Mafoot, Sekolah Rendah Jurong bertanya adakah sambutan dwiabad yang berlaku di Singapura sebenarnya bukan bagi meraikan kejayaan bumi Melayu? Adakah penggunaan bahasa Inggeris melunturkan rasa persaudaraan kita sebagai masyarakat serumpun?

Dr Farish Noor menerangkan bahawa dalam kalangan golongan akademik khususnya bidang sastera dan linguistik, salah satu cabaran yang dihadapi di seluruh dunia adalah pupusnya dan matinya bahasa. Ada beberapa bahasa yang telah pupus kerana telah dilupakan. Bahasa Melayu akan kekal tetapi masalahnya adalah status yang diberikan kepada bahasa Melayu. Kalau bahasa Melayu dianggap hanya sesuai digunakan untuk upacara, adat istiadat dan kebudayaan dan tidak dianggap sebagai bahasa

bahasa Melayu dan dalam tulisan Jawi tetapi banyak buku-buku ini telah dimusnahkan. Satu ciri penting dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara sebelum kedatangan era kolonialisme adalah sikap keterbukaan dan keupayaan masyarakat Asia Tenggara untuk mendedahkan diri mereka kepada unsur-unsur budaya bangsa lain. Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah dikirim ke Kalinga India kerana kefasihannya dalam bahasa Keling. Dari Kalinga Hang Tuah dikirim ke China kerana Hang Tuah juga fasih dalam bahasa Cina. Ini merupakan aspek yang penting kerana Hang Tuah merupakan seorang poliglot yang memiliki keupayaan untuk bercakap dan

119

Page 12: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

memahami beberapa bahasa. Aspek ini juga telah hilang sehingga masyarakat Asia Tenggara menjadi stereotaip yang sempit yaitu seseorang dalam sesuatu golongan atau kaum hanya akan mengikut budaya, busana, makan golongan itu sahaja. Ini merupakan satu sikap yang negatif kerana ia menjadi satu kebanggaan tentang masyarakat Asia Tenggara waktu dahulu yang berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dengan arus perubahan zaman. Adalah mustahil bagi negara-negara kecil di Asia Tenggara untuk berjaya. Banten jika dibandingkan dengan Empayar China atau Empayar Maya dari India, Pola, Pandian dan lain-lain lagi merupakan satu kuasa kecil tetapi begitu hebat kerana kebijaksanaan mentadbir politik dapat menjalin hubungan diplomatik dan ekonomi dengan negara-negara lain termasuk kuasa-kuasa yang lebih besar. Pada suatu sisi, bahasa Melayu sangat penting tetapi ada kekhuatiran bahasa Melayu akan hanya digunakan untuk khutbah Jumaat sahaja. Pada masa yang sama ada harapan untuk melihat masyarakat Melayu membuka bidang mereka. Berbalik kepada soalan tentang bahasa dan rasa persaudaraan, tunggak kekuatan masyarakat Asia adalah sikap berkeupayaan dan keterbukaan mereka untuk menerima unsur-unsur budaya dan bahasa yang lain. Masyarakat Melayu harus bersikap realistik kerana tidak dapat lari dari masa depan dan menerima perubahan-perubahan yang bakal berlaku pada landskap kehidupan seharian. Turut penting adalah penguasaan bahasa koding dan penerimaan ‘ ’ sebagai satu

‘Adakah kita bersedia?’

120

Page 13: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

PROFESOR MADYA DR FARISH A. NOOR

121

Page 14: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

122

Page 15: MLCS SCAB Jilid 4 - Full Ver · Abdullah Munsyi menghasilkan karyanya. Menurut Dr Hadijah, Abdullah Munsyi menganggap Hikayat Nakhoda Muda sebagai ‘manikam’ atau mutiara jika

123