hikayat merong mahawangsa siap 28.12.2009

16
1. PENGENALAN Secara umumnya negara-negara ternama di daerah Kepulauan Melayu telah mengabadikan sejarah awal masing-masing dengan menghasilkan beberapa karya historiografi. Karya-karya klasik ini menjadi sumber penting dalam kajian sejarah sesebuah negara yang berkaitan. Seorang pengarang dari istana Kedah telah menempa namanya yang tidak bertulis apabila beliau menghasilkan Hikayat Merong Mahawangsa dan meletakkan karya itu setaraf dengan lain-lain karya historiografi Melayu. Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah karya agung dan sering menjadi perbincanganng di kalangan ahli-ahli sejarah dari dulu hinggalah kini. Sebelum kita menelusuri lebih jauh lagi berkaitan dengan Hikayat Merong Mahawangsa dan mencari sumber-sumber sejarah yang boleh diperoleh daripadanya. Perlu kita tahu bahawa membicarakan tentang Hikayat Merong Mahawangsa ini kita tidak dapat lari daripada melibatkan sejarah negeri Kedah itu sendiri begitulah sebaliknya. Hal ini diakui sendiri oleh Muhammad Yusoff Hashim yang berpendapat bahawa Hikayat Merong Mahawangsa merupakan teks sejarah dari Kedah yang tunggal dan paling kerap dikaji 1

Upload: sharif-zulkarnain-sh-ahmad

Post on 20-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hikayat Merong Mahawangsa Siap 28.12.2009

1. PENGENALAN

Secara umumnya negara-negara ternama di daerah Kepulauan Melayu telah mengabadikan sejarah

awal masing-masing dengan menghasilkan beberapa karya historiografi. Karya-karya klasik ini

menjadi sumber penting dalam kajian sejarah sesebuah negara yang berkaitan. Seorang pengarang

dari istana Kedah telah menempa namanya yang tidak bertulis apabila beliau menghasilkan

Hikayat Merong Mahawangsa dan meletakkan karya itu setaraf dengan lain-lain karya

historiografi Melayu.

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah karya agung dan sering menjadi

perbincanganng di kalangan ahli-ahli sejarah dari dulu hinggalah kini. Sebelum kita menelusuri

lebih jauh lagi berkaitan dengan Hikayat Merong Mahawangsa dan mencari sumber-sumber

sejarah yang boleh diperoleh daripadanya. Perlu kita tahu bahawa membicarakan tentang Hikayat

Merong Mahawangsa ini kita tidak dapat lari daripada melibatkan sejarah negeri Kedah itu sendiri

begitulah sebaliknya. Hal ini diakui sendiri oleh Muhammad Yusoff Hashim yang berpendapat

bahawa Hikayat Merong Mahawangsa merupakan teks sejarah dari Kedah yang tunggal dan paling

kerap dikaji secara ilmiah.1 Kedah merupakan sebuah negeri yang terletak di barat laut

Semenanjung Tanah Melayu dan mempunyai keluasan sekitar 5,890 kaki persegi. Kedah

bersempadan dengan Perlis dan Singgora Thailand di sebelah Utara.2

Melalui buku Hikayat Merong Mahawangsa yang diterbitkan dalam pelbagai versi dan

dikaji secara ilmiah oleh sejarawan dapat dapatlah kita ambil daripadanya sumber-sumber yang

dapat memperkukuh lagi sama ada Hikayat Merong Mahawangsa ini mitos atau realiti.

1 Muhammad Yusoff Hashim..Pensejarahan Melayu :Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka1992.hlm.311.2 Keterangan lanjut, lihat Sharom Ahmat.Tradition and Change in a Malay State : A Study of the Economic and Political Development of Kedah 1878-1923, Monograph No.12, Kuala Lumpur :MBRAS, 1984. Hlm.1-15;Muhammad Isa Othman, Politik Tradisional Kedah 1681-1821,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.hlm.1-5.

1

Page 2: Hikayat Merong Mahawangsa Siap 28.12.2009

2. HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA SEBAGAI SUMBER SEJARAH.

“Heuristik” iaitu mencari dan mengumpul sumber-sumber sejarah merupakan proses yang

amat penting bagi memastikan kewajaran sesuatu perkara. Pada umumnya terdapat tiga jenis

sumber. Pertama, sumber yang berbentuk, seumpama tinggalan-tinggalan arkelogi, bangunan,

candi, menara, batu nisan dan sebagainya. Kedua ialah sumber lisan, iaitu daripada warisan sastera

rakyat seumpama legenda ataupun pengalaman peribadi tokoh-tokoh tertentu. Tradisi lisan

memangnya banyak mengandungi unsur-unsur yang tidak bersifat sejarah, tetapi kepentingannya

sebagai sumber sejarah tidak dapat dinafikan. Ketiga sumber tulisan, yang mana turut mengalami

perubahan bentuk dari satu zaman ke satu zaman. Sumber-sumber sejarah ini tidaklah setaraf,

bahkan bertingkat-tingkat darjatnya. Sebab itu ada sumber yang dianggap sebagai sumber pertama

(primary sources), dan ada yang dianggap sumber kedua (secondary sources).3 Walau

bagaimanapun ada kalanya sumber pertama dapat juga menjadi sumber kedua dan demikian juga

sebaliknya.

Hikayat Merong Mahawangsa ini merupakan sebuah teks “terunggul” dalam deretan teks-

teks bercorak sejarah di Kedah dengan sifat tumpuan raja atau istana sama ada pada riwayat

mahupun tentang kesalasilahan dan anekdot yang dianggap bersejarah.4 Hikayat ini memang

mempunyai beberapa ciri penulisan sejarah Melayu tradisional seperti karya-karya sejarah yang

lain apabila dibuat perbandingan dan pengkajian terhadap hikayat tersebut.5

3 Hj. Abdul Rahman Hj. Abdullah.JMS 101 Pengantar Sejarah, Panduan Belajar.Pulau Pinang: PPPJJ,USM.2006,hlm.19.4 Muhammad Yusoff Hashim, Pensyejarahan Melayu: Kajian tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1992,hlm.308.5 Siti Hawa Salleh (penyt),Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa an Pustaka, 1991,hlm.xlvii

2

Page 3: Hikayat Merong Mahawangsa Siap 28.12.2009

3. SUMBER-SUMBER SEJARAH DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.

Pada bahagian separuh pertama penulisan sejarah ini terdapat penggembelingan mitos

Hindu dan unsur animisme yang berwarna-warni. Namun penulisan sejarah itu menjadi semakin

jelas dan mencapai sifat realiti apabila semakin dekat dengan zaman yang terkemudian. Pengarang

penulisan sejarah tradisional Melayu menggunakan mitos dan legenda sebagai bukti sejarahnya

kerana masyarakat zaman silam, mitos dan legenda adalah sebahagian daripada kebenaran. Sumber

sejarah dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang sebelumnya telah berkembang bahagian-

bahagian tertentunya dalam bentuk cerita lisan, Kemudian telah diperturunkan dan diperkemas

struktur penceritaannya dalam bentuk tulisan Berdasarkan hujah ini dapatlah disimpulkan bahawa

hikayat ini telah pun wujud pada sekitar tahun 1800.6

Adat dan tradisi manusia merupakan sumber bukan material.7Dalam Hikayat Merong

Mahawangsa setiap mitos dan legenda yang dimasukkan ke dalam cerita bukanlah tanpa sebab dan

keterangan latar belakangnya. Sebahagian besar mitos dan legenda itu berasal daripada peradaban

Hindu, sementara yang lain adalah daripada peradaban Islam yang tidak lagi dapat disebut sebagai

mitos tetapi peristiwa sebenar. Kedua-dua zaman ini membawa perubahan yang besar kepada

masyarakat zaman silam di negeri Kedah sehingga cerita-cerita itu membantu memberi keterangan

tentang sesuatu semasa penulisan sejarah tersebut dilakukan.

Pengabungan zaman-zaman yang berbeza iaitu zaman Hindu dan zaman Islam telah

diwujudkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Cerita Nabi Allah Sulaiman, Seri Rama,

Hanuman dan Burung Geroda telah berlaku dalam bentuk mitos dan realiti.

6 Siti Hawa Haji Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Penerbitan Universiti Malaya 1998,hlm.Iix.7 Ahmad Jelani Halim,.JMS 101 Pengantar Sejarah (Nota Tambahan), Pulau Pinang : PPPJJ USM,2006,hlm.20.

3

Page 4: Hikayat Merong Mahawangsa Siap 28.12.2009

Cerita tentang Raja Bersiung iaitu watak raja yang memakan manusia memang wujud

dalam cerita-cerita Hindu, di mana adanya mazhab Bhairava dalam agama Buddha Tantrik yang

mengamalkan upacara mengorbankan gadis dan teruna untuk tujuan-tujuan tertentu. Mazhab ini

pernah berkembang di Jawa dan di Semenanjung termasuk di Kedah dan Pahang. Kisah raja

memakan manusia terdapat juga dalam cerita-cerita agama Buddha, Mahasutasoma Jataka, yang

pernah berkembang di kalangan masyarakat Kedah, anatar abad ke-4 hingga abad ke-11.

Selain itu, unsur-unsur kebenaran subjektif (Hill, 1960) ini daripada mitos ,legenda, dan

hal-hal yang wujud dalam kepercayaan masyarakat semasa karya itu dicipta. Cerita tentang asal

usul sesuatu , sama ada asal keturunan raja atau nama negeri dan sebagainya, berkembang pada

mulanya dalam bentuk lisan.

Kehadiran unsur-unsur persamaan itu malah merupakan sesuatu yang diharap-

harapkan.Unsur-unsur ini seolah-olah memperkuat lagi kepercayaan masyarakat terhadap mitos-

mitos tersebut yang terus dianggap sebagai sesuatu yang benar.Apa-apa jua maklumat yang

dikemukakan,umpamanya tentang asal usul raja atau bukti kedaulatannya tidak dipersoalkan oleh

pendengar/pembaca kerana maklumat itu sudah menjadi kepercayaan mereka. Sumber ini juga

dikelaskan sebagai sumber bukan dokumen atapun sumber-sumber bukan material.

3.1 Sumber Sejarah Pembukaan Negeri Kedah

Menurut Siti Hawa Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa menyatakan bahawa Raja

Merong Mahawangsa menamakan negeri yang disinggahinya “Langkasuka”.8 Nama 'Langkasuka'

yang disebutkan oleh pengarang ini juga merupakan suatu sumber bukan material yang berbentuk

mitos kerana Langkasuka yang sebenar bukanlah Kedah. Secara kebetulan nama tersebut dapat

8 Siti Hawa Haji Salleh., Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur :Yayasan Karyawan dan Penerbitan Universiti Malaya 1998,hlm.Ixii Pengenalan.

4

Page 5: Hikayat Merong Mahawangsa Siap 28.12.2009

pula diterangkan sebagai 'alangkah suka' kerana raja dan rakyat begitu gembira ketika membuka

negeri itu.

3.2 Sumber Sejarah Salasilah Keturunan Raja

Melalui Hikayat Merong Mahawangsa salasilah serta jurai keturunan raja Kedah dapat kita

ketahui. Pada perenggan terakhir hikayat ini kemudian mengemukakan secara ringkas senarai raja-

raja yang memerintah negeri Kedah, silih berganti, selepas Sultan Muazzam Syah hingga sampai

kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Jelas dapat dikesan bahawa perenggan akhir ini

ditambah dan dikemaskini semasa disalin pada zaman pemerintahan Sultan Tajuddin HalimSyah

yang memerintah pada tahun 1797-1843.9

3.3 Sumber Sejarah Pertapakan dan Perkembangan Agama Islam

Dari segi sejarah, agak sukar untuk dipastikan bila Islam mula-mula sampai ke Kedah.

Namun begitu, menurut Siti Hawa, teks Hikayat Merong Mahawangsa telah menyumbangkan

bukti bahawa Kedah telahpun menerima Islam sesudah Acheh. Di samping itu, Hikayat Merong

Mahawangsa telah mencipta sumber bukan material iaitu melalui mitosnya yang tersendiri tetapi

masih dalam lingkungan ajaran Islam malah unsur yang sudah termaklum dalam Islam yang tidak

dapat dipertikaikan kebenarannya.10 Contohnya pengembaraan Syeikh Abdullah Yamani bersama

penghulu syaitan berakhir di bilik peraduan Raja Phra Ong Mahawangsa di negeri Kedah.

Berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa ini menjelaskan kedudukan Islam dan

perkembangannya sebelum dan selepas Kedah menerima Islam daripada Syeikh Abdullah.

Pengaruh Islam di Kedah berdasarkan buku Hikayat Merong Mahawangsa merupakan salah

sebuah karya Melayu tradisional yang cukup penting dan berpengaruh.

9 Ibid lxiv 10 Siti Hawa Haji Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa,.. Kuala Lumpur:Yayasan Karyawan dan Penerbitan Universiti Malaya, 1998,hlm.Ixii Pengenalan

5

Page 6: Hikayat Merong Mahawangsa Siap 28.12.2009

Di dalam Hikayat Merong Mahawangsa juga telah diperjelaskan tentang akidah dan

kepercayaan iaitu pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa dan Kaum Kerabat Baginda. Sebelum

kedatangan Islam rata-rata masyarakat Kedah termasuk golongan raja dan bangsawan menyembah

berhala, minum arak malahan menggunakan nama yang tidak mempunyai ciri-ciri Islam. Namun

setelah kedatangan Syeikh Abdullah ke negeri Kedah perbuatan tersebut telah dapat diatasi. Beliau

berjaya mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa kemudian ditukarkan nama baginda sebagai

“Sultan Muzalfal Shah” :

“.....Seketika diajarkannya kalimah syahadat demikian bunyinya, Ashhadu an la ilaha

illa’Llah wahdahu la sharika lahu ashhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh....”11

Pengislaman baginda kemudiannya diikuti pula oleh pengislaman kaum kerabat baginda

termasuklah isteri dan gundik-gundik baginda sekali dan turut diikuti oleh anak-anak baginda. Hal

yang sama juga disebut dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dengan gelaran “Tengku”.12

Pengislaman pembesar dan pembesar Kedah juga telah berlaku setelah pengislaman Raja Phra Ong

Mahawangsa tersebut.

Sumber tulisan tentang pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa,Kaum Kerabat Baginda,

pembesar dan rakyat jelata yang terdapat dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah menjadi bukti

bahawa Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah karya agung dan bukan mitos semata-

mata.

Di samping itu, berlaku juga peghapusan unsur-unsur syirik dalam kehidupan

masyarakat Kedah di dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Hal ini dapat dilihat pada tindakan

baginda yang mengarahkan agar berhala-berhala tersebut dimusnahkan. Walau bagaimanapun,

11 Siti Hawa Salleh (penyt), Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991,hlm. 100.12 Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968, hlm.31-32.

6

Page 7: Hikayat Merong Mahawangsa Siap 28.12.2009

unsur-unsur Hindu-Buddha sebenarnya masih kuat mempengaruhi masyarakat Kedah khususnya di

kalangan golongan raja dan pembesar istana. Contohnya, upacara pengurniaan gelaran

“Maharaja”, “Paduka Seri Perdana Menteri” dan “Paduka Raja” kepada pembesar Kedah jelas

menunjukkan warisan feudal masih bercirikan kebudayaan Hindu.

Terdapat juga sumber sejarah tentang pelaksanaan solat Jumaat Dalam Hikayat Merong

Mahawangsa dapat dilihat suruhan dan saranan Syeikh Abdullah agar diadakan solat Jumaat di

masjid. Malah turut dibincangkan juga permasalahan fiqh berkaitan solat jumaat:

“.....cukup orangnya empat puluh orang dengan anak negeri itu. Jangan orang negeri asing-

asing atau kanak-kanak atau abdi daripada hamba yang ditebus atau kafir, tiadalah sah jumaatnya

pada mukim itu...”13

Berkaitan kesenian dan seni bina, sumber sejarahnya adalah tentang pembinaan masjid .

Menerusi Hikayat Merong Mahawangsa dapat dilihat melalui permintaan Syeikh Abdullah agar

dibina masjid untuk satu mukin. Pembinaan masjid juga membolehkan perlaksanaan pelbagai solat

sunat yang dilakukan secara berjemaah seperti solat sunat Tarawikh pada bulan Ramadhan dan

solat sunat Aidilfitir.14 Justeru itu, jelas kepada kita Sumber Sejarah Pertapakan dan

Perkembangan Agama Islam di dalam Hikayat Merong Mahawangsa adalah selari dengan ajaran

Islam yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

3.4 Sumber Sejarah Hubungan Kedah Dengan Negara Luar

Hubungan diplomatik antara Kedah dan Acheh. Setelah Maharaja Derbar Raja II menerima

syiar Islam hubungan kedua negeri menjadi rapat. Sultan Acheh dan Syeikh Nuruddin telah

13 Siti Hawa Salleh (penyt), Hikayat Merong Mahawangsa. Ibid.hlm. 103.14 Ibid,hlm.105.

7

Page 8: Hikayat Merong Mahawangsa Siap 28.12.2009

mengirimkan dua buah kitab iaitu Siratul Mustaqim dan Babul Nikah Kedah.15 Sultan Muzalfal

Syah juga telah menerima sepucuk surat serta rombongan utusan daripada Acheh. Kemudian

baginda telah membalasnya dengan pelbagai hadiah yang menarik lagi indah.

Hubungan antara Acheh kurang mendapat perhatian malah seolah-olah cuba diperkecil

oleh pengarang. Sedangkan sejarah membuktikan bahawa Kedah pernah diserang oleh Acheh

sekitar tahun 1619.16 Justeru itu hubungan Kedah dengan Acheh hanya disebut sambil lewa sahaja

dalam Hikayat Merong Mahawangsa tanpa kepentingan sebenar. Ini membuktikan pengarang cuba

mengaburi mata pembaca dan cuba menyembunyikan fakta sejarah sebenar malahan pengarang

juga cuba membuktikan dan meyakinkan pembaca bahawa dalam apa jua keadaan Kedah tetap

unggul berbanding Acheh. Justeru itu, sumber ini akan berlaku kritik dalaman disebabkan

kewarasan dan kemunasabahan sumber tersebut yang boleh dipertikaikan.

Dalam perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam, jelas dari peringkat awal

penceritaan pengarang meletakkan landasan perhubungan itu iaitu Raja Siam ialah kekanda sulung

kepada Raja Kedah. Malah Raja Kedah adalah adinda yang bongsu. Implikasi kebudayaan dalam

pertalian kekeluargaan ini amat mudah difahami. Apa yang berlaku seterusnya dalam hubungan

penghantaran bunga emas adalah dilakukan atas dasar pertalian kekeluargaan dan rasa hormat

antara yang bongsu terhadap yang sulung. Dinyatakan apabila Raja Kedah menerima berita

kekandanya Raja Siam memperolehi seorang putera, beliau mengerahkan supaya pihak Kedah

menghantar bunga emas sebagai tanda ikut sama meraikan keputeraan itu. Raja Kedah dinyatakan

membuat keputusan menyampaikan hadiah itu setiap kali Raja Siam mendapat putera. Ini

menerangkan mengapa hantaran bunga emas itu tidak dibuat tiap-tiap tahun tetapi dua atau tiga

tahun sekali. Sumber Material seperti bunga emas ini bukan sahaja disebut di dalam Hikayat

15 Ibid.hlm. Lxv16 R.Bonney, Kedah 1771-1821:The Search for Security and Independence, Kuala Lumpur: Oxford Unversity Press, 1997, hlm.115.

8

Page 9: Hikayat Merong Mahawangsa Siap 28.12.2009

Merong Mahawangsa malah terdapat juga dalam buku-buku teks dan hikayat-hikayat yang lain

juga.

3.5 Sumber Sejarah Perdagangan Kedah Dengan Negara Luar

Menurut Siti Hawa Salleh, bahawa hubungan perdagangan antara Kedah dan Acheh sudah

lama berlangsung iaitu sejak zaman Raja Merong Mahawangsa dan Raja Ong Maha Perita Deria

atau Raja Bersiung lagi. Termasuklah hubungan perniagaan juga turut dibuat dengan Kelinggi dan

Burma.17

Kemajuan dan kesibukan aktiviti perdagangan telah dijelaskan dalam Hikayat Merong

Mahawangsa iaitu semasa pemerintahan Sultan Muazzam Shah, putera Sultan Muzalfal Shah :

”....Maka banyaklah orang berhimpun datang berniaga ke negeri Kedah itu tiadalah

berputusan lagi pergi datangnya. Maka bertambah-tambahlah ramai di dalam negeri Kedah

daripada sehari kepada sehari dari sebulan ke sebulan, dari tahun ke setahun makin ramailah.....”18

Sumber sejarah perdagangan di atas jelas membuktikan bahawa Hikayat Merong

Mahawangsa telah menjelaskan aktiviti perdagangan yang telah berlaku di negeri Kedah dengan

negara luar.

4. KESIMPULAN

Setelah kita telusuri Hikayat Merong Mahawangsa ini, dapatlah disimpulkan bahawa

hikayat ini merupakan sebuah sebuah karya agung. Senadalah jika diteropong pandangan Siti

Hawa Salleh yang menganggap bahawa hikayat tersebut telah dilaksanakan berdasarkan sistem

17 Siti Hawa Salleh (penyt), Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. Iiii..

18Ibid, hlm.114.

9

Page 10: Hikayat Merong Mahawangsa Siap 28.12.2009

aturan, lembaga/institusi kepengarangan, tipologi. Pesanan ideologi, mitologi dan lain-lain lagi

berpandukan pegangan masyarakat dan kebudayaannya.19 Justeru itu, Hikayat Merong

Mahawangsa ini boleh diambil sumber-sumber sejarah daripadanya.

Menurut Siti Hawa Salleh lagi, hikayat ini telah disalin beberapa kali untuk pengumpul-

pengumpul manuskrip yang berbeza semenjak tahun-tahun 1820-an dan telah dikaji dari pelbagai

sudut. Manuskrip yang terdapat di Muzium Negeri Kedah hanyalah satu salinan versi Wikinson

yang dicap batu pada tahun 1898.20

Pada tahun 1840-an pula, James Low telah menerima satu salinan hikayat tersebut yang

dibuat khas untuknya, namun sehingga sekarang manuskrip sumber kepunyaan Sultan Ahmad

Tajuddin tidak diketahui di mana berada.21

Semenjak abad kesembilan belas lagi hikayat ini ikut disenaraikan bersama Hikayat Raja-

Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, Hikayat Banjar, Hikayat Johor dan lain-lain. Begitu

banyaknya karya-karya historiografi ini hingga karya-karya itu digolongkan ke dalam suatu 'genre'

kesusasteraan yang dapat dikaji secara terasing dan ekslusif. Karya-karya ini memperlihatkan sifat-

sifat dan ciri-ciri penulisan yang terasing dengan landasan dan ukuran yang tersendiri pula.

BIBLIOGRAFI

1. Ahmad Jelani Halim,JMS 101 Pengantar Sejarah (Nota Tambahan), Pulau Pinang: PPPJJ USM,2006.

2. Abu Talib Ahmad & C.B. Kheng (ed), Isu-isu Pensejarahan, P. Pinang: USM, 1995.

19 Siti Hawa Salleh,Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Pembacaan Semula”’ dalam Rogayah A Hamid dan Mariyam Salim (penyt), Kesultanan Melayu Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006,hlm. 202-203.20 Siti Hawa Salleh, Kesusateraan Melayu Abad Kesembilan Belas,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002,hlm. 37.21 Muhd. Yusof Ibrahim,Pensejarahan Melayu 1800-1960,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997,hlm.5

10

Page 11: Hikayat Merong Mahawangsa Siap 28.12.2009

3. Hj. Abdul Rahman Hj. Abdullah.JMS 101 Pengantar Sejarah, Panduan Belajar.Pulau Pinang :PPPJJ,USM, 2006.

4. Muhammad Isa Othman, Politik Tradisional Kedah 1681-1821,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.

5. Muhammad Hassan Bin Muhammad Arshad, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968.

6. Muhammad Yusoff Hashim..Pensejarahan Melayu :Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,1992.

7. Muhd. Yusof Ibrahim,Pensejarahan Melayu 1800-1960,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997

8. R.Bonney, Kedah 1771-1821:The Search for Security and Independence, Kuala Lumpur: Oxford Unversity Press, 1997.

9. Sharom Ahmat.Tradition and Change in a Malay State : A Study of the Economic and Political Development of Kedah 1878-1923, Monograph No.12, Kuala Lumpur :MBRAS, 1984.

10. Siti Hawa Salleh (penyt),Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa an Pustaka, 1991.

11. Siti Hawa Haji Salleh.. Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Penerbitan Universiti Malaya,1998.

12. Siti Hawa Salleh, Kesusateraan Melayu Abad Kesembilan Belas,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002.

13. Siti Hawa Salleh,Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Pembacaan Semula”’ dalam Rogayah A Hamid dan Mariyam Salim (penyt), Kesultanan Melayu Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.

14. http://www.mykedah2.com/10heritage/111_2.html

15. http://sasterarakyat-kedah.com/?cat=5

11