mahawangsa vol 2(1) jun 2015

134
VOL. 2 (1) JUN. 2015 Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu

Upload: doanhanh

Post on 29-Dec-2016

308 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

MA

HAW

AN

GSA

Vol. 2 (1) Jun. 2015Penerbit U

PM, M

alaysiaVOL. 2 (1) JUN. 2015

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia43400 UPM SerdangSelangor Darul EhsanMalaysia

http://www.mahawangsa.upm.edu.my/E-mail: [email protected]: +603 8947 1621 / 1619

http://www.penerbit.upm.edu.my/E-mail: [email protected]: +603 8946 8855

Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu

Kandungan

MAHAWANGSA

Vol. 2 (1) Jun. 2015

(Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

MakalahPenggunaan Perkataan Semua Tujuan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: Satu Perbandingan

1

Hazlina, A. H., Normaliza, A. R. dan Roslina, M.

Artikel Pilihan dari Seminar ..... (2014)Editor Undangan : Zaitul Azma Binti Zainon HamzahBahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM)

15

Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram

Strategi Kognitif dan Afektif dalam Meningkatkan Penguasaan Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi Murid

29

Yusfarina Mohd Yussof, Abdul Rasid Jamian, Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Samsilah Roslan

Pengaruh Bahasa Melayu dalam Penukaran Kod Pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA

47

Muhammad Alif Redzuan, Normaliza Abd Rahim, Jusang Bolong dan Zaid Mohd Zain

Pendekatan Penulisan dan Kesantunan dalam E-Mel 63

Stilistik dalam Persembahan Wayang Kulit Kelantan 75Roslina Abu Bakar, Arbai’e Sujud dan Siti NurulFatihah Mohd Saidi

Peranan Kata Pinjaman Arab dalam Memperkaya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa

87

Che Radiah Mezah dan Pabiyah Toklubok@Hajimaming

Deria Rasa dalam Kiasan Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif 101

Page 2: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

MAHAWANGSA, Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu

Latar BelakangPertanika merupakan jurnal berwasit antarabangsa yang berfungsi sebagai medium penerbitan dan perbincangan isu pertanian tropika serta bidang berkaitan. Pertanika memulakan penerbitan pertama pada 1978 sebagai Journal of Tropical Agricultural Science. Pada 1992, Pertanika diselaraskan kepada tiga jurnal berasingan, iaitu Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH), Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS) dan Journal of Science and Technology (JST) sebagai memenuhi keperluan jurnal yang lebih khusus dalam bidang pengajian. Pengasingan ini memberikan ruang tumpuan yang khusus terhadap kekuatan bidang yang pelbagai di universiti. Pada 2013, siri terbaharu dalam Pertanika telah diwujudkan, iaitu MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu). Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu. Pertanika MAHAWANGSA diterbitkan dalam bahasa Melayu, dua kali setahun, iaitu pada Jun dan November dan dibuka kepada pengarang dari seluruh dunia

MatlamatMenyebarluaskan penyelidikan berkualiti tinggi kepada umum.

Kualiti Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan penerimaan makalah dijamin dalam tempoh 14 minggu. Masa diambil daripada serahan makalah kepada penerbitan untuk artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.

Indeks PetikanPengetahuan dan pengalaman penerbitan selama 33 tahun telah melayakkan siri terbitan Pertanika diindeks dalam SCOPUS (Elsevier), Thomson (ISI) Web of Knowledge [CAB Abstracts], EBSCO, DOAJ, ISC, MyAIS dan Rubriq.

VisiPertanika akan terus mempertingkatkan kandungan, khidmat penyelidikan dan capaian arkib jurnal kepada umum. Pertanika berusaha merealisasikan wawasan baharu yang akan memberikan manfaat kepada ahli akademik dan masyarakat umum. Kemunculan medium atas talian menjadi pemacu utama sebaran berita penyelidikan terkini untuk pembaca Pertanika.

Skop dan MatlamatMatlamat Pertanika MAHAWANGSA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu merentas disiplin. Kandungan penulisan boleh berbentuk konseptual, teoritikal, empirikal, sejarawi, dan sebagainya dalam kerangka kebahasaan, kesusasteraan, pendidikan, kebudayaan dan warisan Melayu. Ranah pengajian mestilah meliputi alam Melayu dan diaspora Melayu.

Kenyataan RedaksiPertanika ialah jurnal rasmi Universiti Putra Malaysia. Singkatan untuk Jurnal Pertanika Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu ialah Pertanika MAHAWANGSA.

Pert

anik

a M

ahaw

angsa

P

ert

anik

a M

AH

AW

AN

GS

A P

ert

anik

a M

AH

AW

AN

GS

A P

ert

anik

a M

AH

AW

AN

GS

A

Page 3: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Sidang Editorial2013-2015

Ketua EditorProf. Madya Dr. Abdul Mua’ti@ Zamri Ahmad

Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia

Editor Bersekutu IDr. Hajah Nor Azuwan Yaakob

Penulisan Kewartawanan Melayu dan Penerbitan Universiti Putra Malaysia

Editor Bersekutu IIDr. Muhd Zulkifli Ismail

Bahasa dan Kesusasteraan Arab Universiti Putra Malaysia

Anggota Sidang Editorial

Profesor Emeritus Dr. Hashim Musa, Sosiolinguistik, Falsafah Bahasa, Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi, Universiti Putra Malaysia. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar, Falsafah Sains, Peradaban dan Pemikiran Islam, Universiti Brunei Darussalam.Profesor Dr. Arndt Graf, Linguistik dan Bahasa Melayu, Goethe-University Frankfurt, Germany.Profesor Dr. Barbara Watson Andaya, Pengajian Sejarah Alam Melayu, University of Hawai‘i, USA.Profesor Dr. Deddy Mulyana, Komunikasi antara budaya, Universitas Padjadjaran, Indonesia.Profesor Dr. Ezhar Tamam, Komunikasi antara Budaya, Pembangunan Belia dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Profesor Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan, Kesusasteraan Melayu Moden, Universiti Malaya.Profesor Dr. Noriah Mohamed, Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Sains Malaysia.Profesor Dr. Wu Zong Yu, Bahasa, Sastera dan Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University, China.Profesor Dr. Zaharani Ahmad, Bahasa Melayu dan Linguistik, Dewan Bahasa dan Pustaka.Profesor Madya Dr. Che Ibrahim Salleh, Linguistik Terapan dan Tatabahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia.Profesor Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani, Teori dan Kritikan Sastera, Universiti Putra Malaysia.Profesor Madya Dr. Syed Farid Alatas, Sosiologi Pengajian Masyarakat dan Budaya Melayu, National University of Singapore.

Ketua EditorPertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu),

Pejabat Dekan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

Tel: +603-8946 8661 / 8326 / 8723 / 8753 • Faks: +603 8943 9951

E-mel: [email protected] ; [email protected]

Laman Sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my

PenerbitPenerbit Universiti Putra Malaysia

Universiti Putra Malaysia43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

Tel: +603 8946 8855, 8946 8854 • Faks: +603 8941 6172

E-mel: [email protected]

Laman Web : http://penerbit.upm.edu.my

© 2014 Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Page 4: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Keterangan Warna Emas : Mercu KegemilanganUngu : Warisan Peradaban Melayu

Corak dasar : PUCUK REBUNGVariasi : PUCUK REBUNG BUAH PADIFilosofi : Pucuk rebung buah padi Tanda hidup mengenang budi Sebarang kerja akan menjadi Ilmu banyak dada berisi

Adaptasi daripada:

Corak dan Ragi Tenun Melayu Riau

Penulis: Abdul Malik, Tenas Effendy, Hassan Junus dan Auzar ThaherTerbitan: BKPBM dan Adicita, Yogjakarta Indonesia

Page 5: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

Vol. 2 (1) Jun. 2015

Kandungan

MakalahPenggunaan Perkataan Semua Tujuan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: Satu Perbandingan

1

Hazlina Abdul Halim, Normaliza Abdul Rahim dan Roslina Mamat

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu

15

Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram

Strategi Kognitif dan Afektif dalam Meningkatkan Penguasaan Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi Murid

29

Yusfarina Mohd Yussof, Abdul Rasid Jamian, Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Samsilah Roslan

Pengaruh Bahasa Melayu dalam Penukaran Kod Pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA

47

Muhammad Alif Redzuan, Normaliza Abd Rahim, Jusang Bolong dan Zaid Mohd Zain

Pendekatan Penulisan dan Kesantunan dalam E-Mel 63Bukhari Shafie

Stilistik dalam Persembahan Wayang Kulit Kelantan 75Roslina Abu Bakar, Arbai’e Sujud dan Siti NurulFatihah Mohd Saidi

Peranan Kata Pinjaman Arab dalam Memperkaya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa

87

Che Radiah Mezah dan Pabiyah Toklubok@Hajimaming

Deria Rasa dalam Kiasan Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif 101Nur Afiqah Wan Mansor dan Nor Hashimah Jalaluddin

Page 6: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015
Page 7: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 22 September 2014Diterima: 30 Januari 2015

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Hazlina Abdul Halim), [email protected] (Normaliza Abdul Rahim), [email protected] (Roslina Mamat)* Penulis Penghubung

Penggunaan Perkataan Semua Tujuan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: Satu Perbandingan

Hazlina Abdul Halim1*, Normaliza Abdul Rahim2 dan Roslina Mamat1

1Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia2Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKKajian ini bertujuan untuk membandingkan strategi penggunaan perkataan untuk semua tujuan yang digunakan oleh pelajar Melayu yang mengambil mata pelajaran Bahasa Perancis sebagai bahasa asing dan pelajar Perancis yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Seramai 15 orang responden terlibat dalam kajian ini. Mereka diminta melakukan satu set aktiviti penulisan. Kajian ini menggunakan kaedah penganalisisan kualitatif dan kuantitatif yang diubah suai daripadakerangkadefinisipenggunaanperkataansemuatujuanolehDörnyei(1995).Hasilkajianmendapati bahawa pelajar Melayu banyak menggunakan strategi penggunaan perkataan untuk semua tujuan pada artikel kata nama, kata kerja, kata posesif dan preposisi, sementara pelajar Perancis pula menggunakan strategi ini pada imbuhan, kata nama dan kata jamak. Kajian ini memberikan implikasi pedagogi untuk menarik perhatian guru bahasa Perancis dan bahasa Melayu tentang perspektif pelajar yang berbeza terhadap penggunaan strategi ini. Kajian ini juga dapat memberikan gambaran bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan.

Kata kunci: Bahasa Melayu, bahasa Perancis, pelajar Melayu, pelajar Perancis, strategi perkataan untuk semua tujuan

The use of All-Purpose-Word Strategy in Malay and French Language Learning: A Comparison

ABSTRACTThis research compares the use of all-purpose-word strategy by Malay learners of French and French learners of Malay. A total of 15 respondents were involved in

Page 8: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Hazlina, A. H., Normaliza, A. R. dan Roslina, M.

2 Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

the study. The respondents were asked to do a set of writing activities. The results were analysed using qualitative and quantitative approaches adapted from Dörnyei (1995) definition of all-purpose-word strategy.The results showed that Malay learners used the all-purpose-word strategy in noun articles, posessive adjectives and prepositions, while French learners used the strategy in affixes, nouns and plural forms. This study gave a pedagogical implication as to create the French and Malay teachers’ awareness on the different perspectives on the use of the strategy by the learners. The study also gave an overall view on how the teaching and learning process can be further improved.

Keywords: French language, Malay students, French students, Malay learners, all-purpose-word strategy

PENGENALAN DAN SOROTAN LITERATURKursus kemahiran bahasa asing merupakan kursus yang makin mendapat perhatian dan ditawarkan di institusi pengajian tinggi di Malaysia dan Perancis. Permintaan kursus ini disebabkan oleh peluasan perniagaan dan perdagangan yang memerlukan graduan berkomunikasi dalam bahasa asing. Walau bagaimanapun, penguasaan kemahiran bahasa asing iaitu membaca, menulis, mendengar dan bertutur bukanlah sesuatu yang mudah bagi seseorang pelajar, terutama jika fitur bahasa sasaran jauh berbeza daripada bahasa ibunda pelajar. Ini diperjelas oleh Lado (1957:2):

“We assume that the student who comes in contact with a foreign language will find some features of it quite easy and others extremely difficult. Those elements that are similar to his native language

will be simple for him, and those elements that are different will be difficult.”

Dalam hal ini, gangguan ketika seseorang berkomunikasi boleh mencetuskan masalah atau ketidaksampaian maksud dalam interaksi yang dilakukan. Salah satu faktor ini berlaku, disebabkan sesuatu komunikasi tidak hanya tertumpu dan melibatkan penggunaan bahasa ibunda atau bahasa pertama, tetapi juga bahasa lain yang diketahui dan dipelajari oleh penutur (Hazlina Abdul Halim, 2014). Antara gangguan pembelajaran oleh pelajar ialah kekurangan kosa kata. Untuk mengatasi masalah ini, seseorang pelajar akan menggunakan pelbagai strategi. Menurut Haastrup (1991:121),

“While in production learners use communication strategies to compensate for the absence of words for which they have meanings, in comprehension inferencing strategies are needed to compensate for the absence of meanings attached to unknown words.”

Strategi merupakan satu pendekatan yang amat penting dalam pemerolehan sesuatu bahasa untuk bergabung secara aktif dalam sesuatu aktiviti komunikatif (Hazlina Abdul Halim et al., 2011). Strategi yang digunakan boleh dipecahkan kepada strategi pembelajaran dan strategi komunikasi. Menurut Hazlina Abdul Halim et al. (2011), strategi komunikasi (SK) ialah satu tentatif pelajar untuk merapatkan jurang kemahiran linguistik (pengetahuan tentang sesuatu bahasa) dan kemahiran komunikasi (pengetahuan tentang penggunaan sesuatu

Page 9: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Penggunaan Perkataan Semua Tujuan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: Satu Perbandingan

3Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

bahasa). Chen (1990) menjelaskan bahawa SK biasanya digunakan oleh pelajar bahasa kedua apabila menghadapi masalah berkomunikasi dalam bahasa tersebut, disebabkan maksud yang ingin disampaikan tidak sama dengan apa-apa yang diolah oleh mereka. Menurut Paribakth (1985), SK adalah:

“... devices employed by second language learners when they encounter problems in second language communication because their comunicative end have outrun their communicative means.”

Manchon (2000) berpendapat bahawa SK dikonsepsikan sebagai satu alat untuk mengatasi masalah. Implementasinya menjurus kepada aksi membalas balik ketidakseimbangan apa yang penutur bahasa kedua atau bahasa asing cuba sampaikan dengan apa yang ingin disampaikan.

Dörnyei (1995)menjelaskanbahawastrategi perkataan untuk semua tujuan (PPST) digunakan apabila seseorang pelajar memperluaskan item leksikal kepada konteks apabila wujud kebuntuan pada perkataan tertentu. Willems (1987) menambah bahawa penggunaan strategi ini oleh penutur bukan jati lazimnya adalah tanpa kawalan tentang bagaimana ia sepatutnya digunakan dalam bahasa sasaran disebabkan kurangnya pengetahuan penutur bukan jati tentang nahu dan kosa kata dalam bahasa yang disasarkan.

Menuru t Wongsawang (2001) , penggunaan PPST boleh dijelaskan sebagai satu jalan untuk mengisi kekangan dalam pengetahuan leksikal semasa berkomunikasi. Oleh yang demikian, seseorang menggunakan perkataan yang

ketara tertera dalam minda mereka, tanpa memerlukan usaha yang banyak. Justeru, penggunaan strategi PPST dan penukaran kod ke bahasa ibunda adalah yang paling mudah untuk mereka.

Kajian ini mengkaji dan membuat pembandingan penggunaan strategi perkataan untuk semua tujuan (PPST), yang merupakan satu cabang daripada strategi komunikasi dalam pemerolehan bahasa Melayu oleh pelajar Perancis dan pemerolehan bahasa Perancis oleh pelajar Melayu. Dalam kajian ini, strategi PPST dilihat sebagai penggunaan perkataan dan bentuk kata secara rambang (atau berleluasa) dan umum untuk menyatakan maksud yang lebihspesifik.Sebagaicontoh,penggunaanartikel langsung l, le, la, atau les secara berleluasa dalam bahasa Perancis tanpa melihat kepada konteks tertentu seperti gender atau sifat jamak yang dikaitkan kepada artikel tersebut.

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalad seperti yang berikut:1. Mengenal pasti strategi perkataan semua

tujuan (PPST) oleh pelajar Melayu yang mengambil subjek Bahasa Perancis dan pelajar Perancis yang mengambil subjek Bahasa Melayu.

2. M e n g e n a l p a s t i f a k t o r y a n g mempengaruhi penggunaan strategi PPST oleh pelajar Perancis dan pelajar Melayu

3. Menganalisis perbezaan dan persamaaan penggunaan PPST oleh pelajar Melayu yang mengambil subjek Bahasa Perancis dan pelajar Perancis yang mengambil subjek Bahasa Melayu.

Page 10: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Hazlina, A. H., Normaliza, A. R. dan Roslina, M.

4 Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

BATASAN KAJIANDalam kajian ini, pengkaji hanya akan memfokuskan strategi komunikasi tulisan responden. Kajian ini juga menggunakan bilangan responden Perancis yang kecil bilangannya (hanya 5) disebabkan hanya lima orang yang mengambil subjek Bahasa Melayu pada peringkat lanjutan. Kajian ini juga ialah kajian pleminari yang memfokuskan penggunaan strategi PPST oleh pelajar bahasa Perancis dan bahasa Melayu tanpa mengambil kira perbezaan tatabahasa dan sistem bahasa dalam kedua-dua bahasa berkenaan.

PERSOALAN KAJIANDalam kajian ini, pengkaji ingin menjawab soalan kajian berikut:1. Apakah strategi PPST yang dominan

oleh pelajar Melayu dan pelajar Perancis?

2. Apakah faktor yang mempengaruhi penggunaan strategi PPST oleh pelajar Melayu dan pelajar Perancis?

3. Adakah wujud persamaan antara penggunaan strategi PPST antara pelajar Melayu dengan pelajar Perancis?

BATASAN KAJIANKajian ini hanya akan memfokuskan strategi PPST. Ia tidak akan mengambil kira strategi lain yang mungkin hadir dalam penulisan responden. Kajian ini juga tidak akan mengambil kira dan mengulas mana-mana kesilapan bahasa Perancis dan bahasa Melayu dalam penulisan responden, kecuali yang berkait secara terus dengan strategi yang dkaji.

INSTRUMEN DAN POPULASI KAJIANK a j i a n i n i m e n g g u n a k a n k a e d a h pengumpulan data secara kuantitatif dan kualitatif. Responden adalah terdiri daripada 10 pelajar Universiti Putra Malaysia, yang mengambil subjek Kemahiran Bahasa Perancis tahap tiga dan 5 pelajar Institut National des Langues et Civilisations Orientales (INALCO), Perancis yang mengambil subjek bahasa Melayu tahap tiga.

Kajian ini menggunakan instrumen beberapa aktiviti penulisan oleh pelajar berbentuk latihan pembinaan ayat yang mengandungi 10 soalan. Responden perlu mengarang ayat menggunakan kata kunci yang diberikan. Responden juga diminta membuat dua karangan ringkas menggunakan 150 – 200 patah perkataan tentang topik yang dibincangkan dalam kelas. Walau bagaimanapun, topik yang diberikan kepada pelajar Perancis dan pelajar Melayu ialah topik yang berlainan disebabkan silibus bahasa Perancis dan bahasa Melayu peringkat lanjutan adalah berbeza. Aktiviti silibus ini disesuaikan dengan silibus bahasa Perancis di Malaysia dan bahasa Melayu di Perancis. Bagi pelajar bahasa Perancis, topik karangan adalah berkisar kepada sambutan perayaan di Malaysia, manakala bagi pelajar bahasa Melayu, topik karangan berkisar pada isu semasa seperti penggunaan Facebook dalam kehidupan dan baik buruknya rancangan realiti di televisyen. Pengumpulan dan analisis data dibuat berdasarkan definisi strategiPPSTyangdiberikanolehDörnyei(1995).

Page 11: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Penggunaan Perkataan Semua Tujuan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: Satu Perbandingan

5Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGANSecara umumnya, kajian ini mendapati bahawa penggunaan strategi PPST oleh responden kedua-dua bahasa ini adalah berbeza. Pelajar bahasa Perancis di Malaysia menggunakan PPST pada artikel kata nama, artikel preposisi, kata posesif, kata sifat dan kata tanya, sementara pelajar bahasa Melayu di Perancis pula menggunakan strategi ini pada imbuhan, kata jamak dan preposisi. Rajah 1 menunjukkan perincian penggunaan strategi PST dalam kalangan responden.

Daripada Rajah 1, didapati bahawa bilangan strategi PPST yang digunakan oleh pelajar Melayu ialah sebanyak 134 elemen, sementara bagi pelajar Perancis pula ialah sebanyak 52 elemen. Strategi PPST yang paling banyak digunakan oleh pelajar Melayu melibatkan artikel kata nama (29.9%), kata kerja (25.4%) dan adjektif posesif (14.9%), sementara bagi pelajar Perancis melibatkan imbuhan (76.9%). Penggunaan strategi PPST pada elemen preposisi dilihat dalam penulisan pelajar Melayu (13.45) dan pelajar Perancis (15.4%).

Strategi PPST oleh Pelajar Melayu yang Mempelajari Bahasa PerancisStrategi PPST yang paling dominan digunakan oleh pelajar Melayu dalam aktiviti penulisan bahasa Perancis ialah strategi PPST pada artikel kata nama, kata kerja dan adjektif posesif.

Strategi PPST pada Artikel Kata NamaBagi kajian tentang SK tulisan ini, strategi PPST yang paling dominan digunakan oleh pelajar Melayu adalah pada elemen artikel kata nama. Artikel kata nama yang terlibat ialah artikel pasti, artikel tak pasti dan artikel partitif. Antara contoh strategi PST artikel kata nama yang digunakan adalah seperti Jadual 1.

Jika dilihat daripada contoh Jadual 1, didapati bahawa responden Melayu menggunakan artikel kata nama tanpa melihat kepada atribusi gender gramatikal dan bilangan pada kata nama tersebut, ataupun kata nama tersebut ialah kata nama khas atau tidak. Sebagai contoh, bagi kata nama khas seperti McDonalds atau KFC (lihat contoh 1 daripada Jadual 1),

Rajah 1: Strategi PPST dalam kalangan pelajar Melayu dan Perancis

Page 12: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Hazlina, A. H., Normaliza, A. R. dan Roslina, M.

6 Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

JADUAL 1 Penggunaan strategi PPST pada artikel kata nama oleh pelajar Melayu

Contoh strategi PPST bagi artikel kata nama Maksud ayatStrategi PPST pada artikel pasti1. Moi, j’ai mangé le Mcdonald et le KFC 2. J’adore le gateaux de vanille, la ketupat

malaysienne et la sauce de cacahuète.

Saya makan di McDonalds dan KFC.Saya suka kek vanila, ketupat malaysia dan kuah kacang.

Strategi PPST pada artikel tak pasti3. Sirap est un cuisine sucré. 4. Il a une costume traditionnel

Sirap ialah satu makanan yang manisDia mempunyai sepasang pakaian tradisional.

Strategi PPST pada artikel partitif5. J’ai mangé beaucoup de choses, comme des

puluts, des biscuits, du gâteaux, de rendang, et beaucoup des autres

6. On cuisine de la riz.

Saya makan banyak makanan, seperti pulut, biskut, rendang dan macam-macam lagi.

Kami masak nasi.

JADUAL 2 Penggunaan Artikel pada Kata Nama Am BP mengikut Konteks Bilangan & Gender

Bentuk kata nama Artikel pasti(article défini)

Artikel tak pasti (article indéfini)

Artikel partitif(article partitif)

Kata nama tunggal dan bergender maskulin

Artikel : le / l’Contoh: Il aime le lapin rôti.Maksud: Dia menyukai <> arnab panggangNota: Jika kata nama bermula dengan huruf vokal atau h, le akan dipendekkan menjadi l’

Artikel : unContoh: Il vend un lapin.Maksud: Dia menjual seekor arnab.

Artikel : du / de l’Contoh: Il adore manger du lapin rôti.Maksud: Dia suka makan <> arnab panggang.Nota: Jika kata nama bermula dengan huruf vokal atau h, du akan dipendekkan menjadi de l’

Kata nama tunggal dan bergender feminin

Artikel : la/ l’Contoh: Il adore la tarte aux cerises.Maksud: Dia menyukai <> pai ceri.Nota: Jika kata nama bermula dengan huruf vokal atau h, la akan dipendekkan menjadi l’

Artikel : uneContoh: Il achète une tarte aux cerises.Maksud: Dia membeli sebiji pai ceri.

Artikel : de la / de l’Contoh: Il adore manger de la tarte aux cerises.Maksud: Dia suka makan <> pai ceri.Nota: Jika kata nama bermula dengan huruf vokal atau h, de la akan dipendekkan menjadi de l’

Kata nama jamak dan bergender maskulin atau feminin

Artikel : lesContoh: Il adore les tartes aux fraises.Maksud: Dia menyukai <> pai strawberi.

Artikel : desContoh: Il achète des tartes aux fraises.Maksud: Dia membeli beberapa pai strawberi.

Artikel : desContoh: Il adore manger des tartes aux fraises.Maksud: Dia suka makan <> pai strawberi.

Page 13: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Penggunaan Perkataan Semua Tujuan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: Satu Perbandingan

7Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

artikel pasti tidak diperlukan sebelum kata nama berkenaan. Dalam bahasa Perancis (BP), setiap kata nama am dikaitkan dengan satu artikel yang bergantung pada gender gramatikal dan bilangan (sama ada dalam bentuk tunggal atau jamak) yang dihubungkan kepada kata nama berkenaan. Penjelasan tentang atribusi artikel kata nama am yang terdiri daripada artikel pasti (article défini), artikel tak pasti (article indéfini) dan artikel partitif (article partitif) bagi kata nama BP boleh diringkaskan seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2 jelas menunjukkan bahawa setiap kata nama mempunyai artikel yang dihubungkan dengannya. Menurut Hazlina Abdul Halim et al. (2011), bagi artikel pasti (article défini), fungsinya adalah sama seperti artikel the dalam bahasa Inggeris (BI). Artikel tak pasti (article indéfini) pula mempunyai fungsi yang sama dengan a dan an dalam BI, cuma dalam BI, artikel ini tidak wujud dalam bentuk jamak. Bagi artikel partitif (article partitif) dalam BP, fungsinya adalah menyerupai artikel untuk kata nama tak terhitung dalam BI yang membawa erti some.

Apabila diterjemahkan ke bahasa Melayu (BM), ayat di atas akan digugurkan artikelnya (kecuali untuk artikel tak pasti). Ini adalah kerana dalam BM, artikel pasti dan partitif tidak diperlukan untuk digabungkan dengan kata nama. Dengan merujuk kepada contoh 3 dan 4 bagi artikel tak pasti, dan contoh 5 dan 6 bagi artikel partitif, didapati bahawa responden telah menggunakan strategi PPST secara berleluasa pada artikel kata nama tersebut. Gabungan pengaruh BM yang tidak memerlukan artikel kata nama dan pengaruh BI yang bentuk artikelnya tidak bergantung pada gender dan bilangan bagi artikel pasti, menyebabkan responden telah menggenaralisasikan penggunaan artikel ini dalam penulisan BP.

Responden mungkin memandang remeh tentang pemilihan artikel ini, kerana berpendapat bahawa artikel yang digunakan walaupun pada prinsipnya salah dari segi tatabahasa, tetapi masih tidak menjejaskan maksud yang ingin disampaikan. Ini mungkin juga disebabkan pengetahuan asas tentang tatabahasa atau sistem bahasa Perancis yang dikuasai oleh pelajar agak lemah dan menyumbang kepada penggunaan artikel yang salah.

Walaupun perkara ini dianggap remeh oleh responden, ia merupakan sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh penutur jati BP, dan akan membawa kepada ketidakfahaman mesej (Hazlina Abdul Halim, 2008). Pernyataan ini juga dinyatakan oleh oleh Surridge (1996:2):

...” To the learner, a gender error seems like a tiny and unimportant mistake which will not affect the sense of the utterance. Yet, if you look closely at the reactions of Francophones to such mistakes, you will realise that the result is often total incomprehension.”...

Strategi PPST pada Kata KerjaStrategi PPST pada kata ker ja BP melibatkan penggunaan kata kerja yang tidak dikonjugasikan dan kata kerja yang dikonjugasikan dengan berleluasa, iaitu tidak mengikut ganti nama diri yang dihubungkan kepadanya. Bentuk kata kerja yang tidak dikonjugasikan merujuk kepada kata kerja asal yang tidak memberikan rujukan siapa dan masa perbuatan itu dilakukan. Sebagai contoh dalam bahasa Inggeris, kata kerja to be apabila dikonjugasikan memberikan I am, you are, he is, dan sebagainya. Dengan mengambil contoh daripada kata kerja bahasa Inggeris tadi, kata kerja yang tidak

Page 14: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Hazlina, A. H., Normaliza, A. R. dan Roslina, M.

8 Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

dikonjugasikan adalah seperti I to be dan you to be. Konjugasi secara berleluasa pula ialah seperti menulis I is atau he am. Contoh strategi PPST pada kata kerja adalah seperti dalam jadual 3.

Dalam contoh pertama dan kedua Jadual 3, responden telah menggunakan kata kerja manger dan porter tanpa mengkonjugasikan kata kerja tersebut. Responden mungkin tidak menyedari bahawa dalam satu ayat BP, apabila kata kerja yang dihubungkan kepada ganti nama diri tidak dikonjugasikan, ia akan memberikan maksud dan tatabahasa yang salah dalam BP. Dalam contoh 1 dan 2, ketiadaan konjugasi menyebabkan ayat BP seolah-olah ditulis sebagai we to eat atau we to wear dalam bahasa Inggeris. Kesilapan penggunaan kata kerja tanpa konjugasi ini seolah-olah memberikan imbuhan pada kata kerja BM secara berleluasa, sebagai contoh saya bermakan, dia bertidur dan sebagainya. Dengan ini, seperti juga dalam BM, apabila sesuatu imbuhan digunakan sewenang-wenangnya, ayat BP yang dibina ini tidak akan dapat difahami dan akan membawa kecelaruan maksud.

Dalam BP, ganti nama diri boleh dibahagikan kepada enam kumpulan seperti berikut:

Ganti diri dalam BPJeTu

Il / Elle

Nous Vous

Ils / Elles

Maksud dalam BMSayaAwak (tak formal, bentuk tunggal)Dia (lelaki) / Dia (perempuan)Kami / KitaKamu (formal atau bentuk jamak)Mereka (lelaki atau berlainan gender) / Mereka (perempuan)

Bagi kata kerja yang digunakan oleh responden dalam ayat pertama dan kedua tersebut, ia tergolong dalam kata kerja regular, iaitu kata kerja dengan akhiran –er. Jadi, untuk ayat tersebut, kata kerja manger dan porter yang digabungkan dengan ganti diri nous, seharusnya dikonjugasikan sebagai nous visitons (daripada contoh Ayat 4), nous mangeons (daripada contoh Ayat 1) dan nous portons (daripada contoh Ayat 2).

Hal yang berlainan pula adalah pada contoh ketiga dan keempat. Responden telah mengkonjugasikan kata kerja visiter dan fêter sewenang-wenangnya, iaitu menggunakan satu konjugasi untuk semua tujuan. Dalam ayat ketiga, konjugasi yang sepatutnya adalah untuk kata ganti diri kedua tu, jadi ia seharusnya dikonjugasi sebagai tu fêtes. Kesilapan konjugasi ini bukan sahaja satu kesalahan dari sudut tatabahasa, tetapi juga menimbulkan ketidakfahaman terhadap apa yang responden ingin perkatakan.

Strategi PPST pada Adjektif PosesifDalam kajian ini, strategi PPST pada adjektif posesif digunakan dengan tidak mengambil kira atribusi gender gramatikal, bilangan dan ganti diri yang dihubungkan kepada kata nama tersebut. Jadual 4 memperlihatkan contoh ayat yang mengandungi strategi PPST pada adjektif posesif :

Strategi PPST di sini digunakan dengan menggeneralisasikan kata posesif melalui aplikasi kata posesif yang sama untuk semua kata ganti diri. Dalam BP, setiap kata posesif yang hendak digunakan hendaklah dirujuk kepada kata nama yang dikaitkan dengannya, sama ada kata nama tersebut berbentuk tunggal atau jamak, dan juga gender gramatikal kata nama tersebut. Dalam BM, kata posesif mempunyai bentuk yang sama dengan ganti diri, dan dalam BI

Page 15: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Penggunaan Perkataan Semua Tujuan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: Satu Perbandingan

9Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

pula ia hanya merujuk kepada ganti diri yang menjadi pemilik kata nama tersebut. Sebagai contoh:

Bahasa Perancis

C’est mon livre

C’est ma soeur

Ce sont mes parents

Bahasa Inggeris

It’s my book

It’s my sister

Those are my parents

Bahasa Melayu

Itu buku saya

Itu kakak saya

Mereka adalah ibu bapa saya

(contoh pengkaji sendiri)

Daripada contoh di atas, kita dapat lihat untuk menyatakan pemilikan sesuatu, dalam BM, ganti diri digunakan. Dalam BI pula, ia mempunyai hanya satu bentuk dan merujuk kepada ganti diri (dalam contoh ini, bentuk tersebut ialah my). Ini berlainan dengan BP yang kata posesifnya merujuk kepada gender dan bilangan kata nama tersebut. Dalam ayat pertama, mon digunakan kerana livre adalah kata nama tunggal dan bergender maskulin, sementara

ma dalam contoh kedua adalah kerana soeur bergender feminin dan kata nama tunggal. Dalam contoh ketiga, mes merujuk kepada parents, iaitu suatu kata nama jamak.

Dalam kajian ini, penggunaan ton dan ma oleh responden bagi contoh pertama dan kedua di atas dilihat sebagai satu strategi penggunaan kata posesif untuk semua konteks. Ini disebabkan struktur tatabahasa ini tidak ada dalam BM, ia hanya bergantung pada ganti diri. Bagi contoh ketiga dan keempat pula, responden menggunakan ganti diri nous untuk menggantikan kata posesif notre dan nos.

Strategi PPST oleh Pelajar Perancis yang Mempelajari Bahasa Melayu Strategi PPST yang paling dominan digunakan oleh pelajar Perancis dalam aktiviti penulisan bahasa Perancis ialah strategi PPST pada imbuhan awalan ter- dan imbuhan kata kerja men-, meng- dan me-.

JADUAL 3 Penggunaan strategi PPST pada kata kerja bahasa Perancis oleh pelajar Melayu

Contoh strategi PPPT pada kata kerja Maksud ayat1. Moi, nous manger dinde for Thanksgiving Kami makan daging ayam belanda pada hari

Thanksgiving2. Nous porter baju kurung et homme porter

baju melayuKami memakai baju kurung dan kaum lelaki memakai baju melayu

3. Alors, tu fêtez avec ton famille ? Jadi, anda merayakannya dengan keluarga anda?4. Nous visit notre grandpère et grandmère Kami menziarahi datuk dan nenek kami.

JADUAL 4 Contoh Strategi PPST pada Adjektif Posesif oleh pelajar Melayu

Contoh strategi PPPT pada kata nama Maksud ayat1. Alors, tu fêtez avec ton famille ? Jadi, awak meraikannya dengan keluarga awak? 2. Je vais visiter ma grands-parents Saya akan menziarahi datuk dan nenek saya.3. Quand on a visité chez nous famille… Waktu kami pergi menziarahi keluarga kami.4. Le lemang est nous cuisines traditionnelles. Lemang adalah makanan tradisional kami.

Page 16: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Hazlina, A. H., Normaliza, A. R. dan Roslina, M.

10 Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

Strategi PPST pada Imbuhan Ter-Imbuhan awalan ter- ialah salah satu imbuhan awalan yang membawa makna kepada perkataan yang digandingkan dengannya. Imbuhan ini mengubah erti perkataan tersebut secara keseluruhan. Imbuhan ter- umumnya ditambah pada kata kerja dan kata adjektif, namun dalam kajian ini, strategi PPST hanya melibatkan imbuhan ter- yang ditambah kepada kata kerja.

Penggunaan imbuhan awalan ter- memberikan makna yang berbeza-beza kepada ayat. Makna pertama imbuhan ter- yang digabungkan kepada kata kerja ialah tindakan yang dilakukan oleh subjek telah terjadi dan usai. Contohnya adalah seperti dalam ayat di bawah:a.) Juadah itu sudah tersedia untuk dijamah

tetamu. b.) Makalah-makalah sudah siap tersusun

di rak untuk pameran esok.

Dalam ayat di atas, perkataan yang berimbuhan ter- membawa maksud perbuatan yang sudah sedia terjadi.

Satu lagi maksud imbuhan ter- ialah perbuatan yang tidak disengajakan.

Contohnya dapat dilihat dalam perkataan seperti terjatuh (jatuh tanpa sengaja), tersentuh (sentuh tanpa sengaja) dan tergigit (gigit tanpa sengaja).

Makna ketiga imbuhan ter- ialah keupayaan untuk melakukan sesuatu perbuatan. Contohnya adalah seperti ayat di bawah: a.) Dia tidak terbuat kerja rumah yang

banyak itu (bermaksud tidak upaya membuat)

b.) Ibu tidak terkata apabila dicemuh di depan keluarga (bermaksud tidak upaya bercakap)

Daripada Jadual 5, didapati penggunaan imbuhan awalan ter- dalam ayat yang dibina oleh pelajar Perancis adalah tidak mengikut konteks makna yang sebenar.Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa penggunaannya adalah secara berleluasa, seperti juga penggunaan artikel oleh pelajar Melayu yang mempelajari BP. Imbuhan yang sepatutnya digunakan ialah imbuhan apitan ‘meN-…-kan’ (me-…-kan, mem-…-kan, men-…-kan, meng-…-kan, menge-…-kan) untuk membentuk kata kerja transitif.

Dalam ayat pertama, iaitu “Kita dapat tagphotodenganfiturini,makasaatfoto

JADUAL 5 Penggunaan strategi PPST melalui imbuhan awalan ter- oleh pelajar Perancis

Contoh ayat yang digunakan oleh pelajar Perancis Imbuhan yang digunakan

Imbuhan yang betul

Kitadapattagphotodenganfiturini,makasaatfotobersama,sesama pengguna boleh tagging orang lain yang ada dalam foto tersebut, yang akan terkirim ke facebook orang yang di tag.

Ter- + kata kerja di-kan

Ada yang membenci acara TV kerana hanya terfokus pada keperibadian dari beberapa orang yang bersikap luar biasa.

Ter- + kata kerja Mem-kan

...kemudian dengan facebook saya dapat terhubung ke semua jenis orang-orang dari mana saja di dunia kerana banyak orang di seluruh dunia menggunakan facebook.

Ter- + kata kerja Ber-

Dengan demikian, Facebook boleh berbentuk dan berguna apa sahaja, tergantung kepada tujuan pengguna.

Ter- + kata kerja Ber-

Page 17: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Penggunaan Perkataan Semua Tujuan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: Satu Perbandingan

11Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

bersama, sesama pengguna boleh tagging orang lain yang ada dalam foto tersebut, yang akan terkirim ke facebook orang yang di tag”, penggunaan imbuhan ter- tidak kena pada maksud yang ingin disampaikan. Imbuhan yang sepatutnya ialah imbuhan apitan di-...-kan yang merupakan bentuk pasif kepada imbuhan apitan meng- ...-kan. Ini adalah kerana tiada pelaku kepada perbuatan “mengirim’ tersebut : gambar yang ditanda dengan nama seseorang akan sampai ke akaun orang tersebut secara automatik oleh sistem.

Dalam ayat kedua juga, “Ada yang membenci acara TV kerana hanya terfokus pada keperibadian dari beberapa orang yang bersikap luar biasa”, penggunaan ter- tidak kena dengan maksud yang ingin disampaikan oleh responden. Imbuhan yang sepatutnya digunakan ialah imbuhan apitan mem-...-an, yang membawa erti melakukan sesuatu. Oleh yang demikian, ayat yang betul ialah “Ada yang membenci acara TV kerana hanya memfokuskan pada keperibadian dari beberapa orang yang bersikap luar biasa”.

Dalam kajian ini, responden Perancis juga menggeneralisasikan penggunaan imbuhan ter- untuk menggantikan imbuhan ber- dalam ayat yang dibina. Imbuhan ber- dalam bahasa Melayu digunakan untuk menunjukkan bahawa sesuatu perkataan ialah sejenis kata kerja yang membawa maksud berikut kepada kata dasar dalam sesebuah ayat aktif transitif atau tak transitif (NikSafiahKarimet al., 2014). Antaranya: 1. Maksud pemilikan. Contoh ayat: Dini

berbaju merah dan berseluar jingga.2. Maksud penghasilan. Contoh ayat:

Pokok mangga saya sudah berbuah. 3. Maksud menaiki. Contoh ayat: Mereka

berbasikal ke sekolah petang semalam.

4. Maksud melakukan pekerjaan. Contoh ayat: Pelajar itu berbincang dengan guru mengenai aktiviti yang harus dihadirinya.

5. Maksud anggapan sebagai. Contoh ayat: Saya berkawan dengan Sarah sedari kecil.

6. Maksud perbuatan ke atas diri sendiri. Contoh ayat: Kita harus bertahan.

7. Maksud dalam keadaan. Contoh ayat: Anna bergembira diatas kejayaan adiknya.

Dalam contoh ayat ketiga, “... kemudian dengan facebook saya dapat terhubung ke semua jenis orang-orang dari mana saja ....”, imbuhan ter- digunakan secara berleluasa kerana tidak membawa maksud penggunaannya yang sebenar, iaitu tindakan yang telah terjadi, yang tidak disengajakan atau keupayaan untuk dilakukan. Imbuhan yang sepatutnya digunakan ialah imbuhan awalan ber- yang membawa maksud melakukan perbuatan berhubung dalam ayat “... kemudian dengan facebook saya dapat berhubung ke semua jenis orang-orang dari mana saja ....”

Begitu juga dengan contoh seterusnya, “dengan demikian, Facebook boleh berbentuk dan berguna apa sahaja, tergantung kepada tujuan pengguna”, imbuhan yang sepatutnya digunakan adalah imbuhan ber- yang membawa maksud dalam keadaan dalam ayat ini.

Strategi PPST pada Preposisi / Sendi Nama dalam penulisan oleh pelajar Melayu dan pelajar PerancisDalam kajian ini, strategi PPST pada preposisi (sendi nama) dikesan daripada penulisan pelajar Melayu dan pelajar Perancis. Strategi PPST dalam penulisan

Page 18: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Hazlina, A. H., Normaliza, A. R. dan Roslina, M.

12 Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

pelajar Melayu melibatkan preposisi terbitan à, preposisi dans dan en, sementara dalam penulisan pelajar Perancis pula, strategi ini melibatkan preposisi dari untuk menyatakan daripada.

Strategi PPST pada Preposisi / Sendi Nama oleh pelajar MelayuStrategi PPPT pada kata preposisi BP, melibatkan penggunaan preposisi terbitan à, preposisi dans dan preposisi en seperti dalam Jadual 6.

Daripada Jadual 6, didapati bahawa responden menggunakan preposisi à la, en dan dans dalam BP secara berleluasa tanpa merujuk kepada perbezaan antara ketiga-tiganya. Dalam BP, preposisi à la biasanya digunakan untuk menyatakan “di” dan “ke” dalam BM, manakala dans pula digunakan untuk menyatakan “dalam’ dalam BM. Dalam contoh Ayat 1 dan 3, preposisi ini digabungkan dengan kata nama tunggal bangunan, tempat atau kawasan yang berbentuk feminin (dalam contoh ini maison ialah kata nama bergender feminin).

Preposisi en dalam BP juga membawa erti yang sama, iaitu “di” dan “ke” dalam BM, tetapi digunakan pada nama negara yang bergender feminin. Bagi preposisi dans, ia membawa maksud “di dalam”, dan jika digabungkan untuk menyatakan tempat, ia biasanya digunakan dengan

bangunan. Dengan yang demikian, ayat yang sepatutnya ialah: 1. Il y a beaucoup d’amis qui viennent à

ma maison / chez moi2. Par example, à Melaka, les habitants

aiment la cuisine sucrée.3. Nous allons aux maisons de famille à

Kedah / chez nos familles à Kedah.

Strategi PPST pada Preposisi / Sendi Nama oleh pelajar PerancisDalam kajian ini, strategi PPST pada preposisi yang digunakan oleh pelajar Perancis adalah pada preposisi dari yang digunakan secara umum tanpa mengira konteks. Dalam BM, kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau masa; sementara kata sendi nama daripada pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda atau unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Penggunaan kata sendi dari secara berleluasa ini pada kata nama dan frasa nama dikesan dalam penulisan bahasa Melayu oleh pelajar Perancis. Jadual 7 menunjukkan beberapa contoh penggunaan

JADUAL 6 Contoh Strategi PPST pada Preposisi (Sendi Nama) oleh pelajar Melayu

Contoh strategi PPST pada preposisi Maksud ayat1. Avoir beaucoup d’amis qui viennent dans ma

maisonAda ramai kawan yang datang ke rumah saya

2. Par example, en Melaka, les habitants aiment la cuisine manis.

Sebagai contoh, di Melaka, penduduknya gemar masakan manis

3. Nous allons à la maisons de famille à Kedah. Kami pergi ke rumah keluarga di Kedah.

Page 19: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Penggunaan Perkataan Semua Tujuan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: Satu Perbandingan

13Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

strategi PPST pada preposisi / kata sendi dari oleh pelajar Perancis (Jadual 7).

Daripada Jadual 7, didapati bahawa penggunaan kata sendi nama dari oleh pelajar Perancis adalah kerana generalisasi terlampau terhadap kata sendi tersebut. Menurut Muhammad Daud (2013), penggunaan strategi PPST pada kata sendi nama dari dan daripada merupakan antara kesalahan penggunaan bahasa yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu. Walaupun kesalahan berpunca daripada generalisasi ini dianggap remeh oleh sesetengah pengguna bahasa Melayu, namun usaha mesti dilakukan untuk memastikan bahawa penggunaan bahasa Melayu yang betul sentiasa diberikan keutamaan.

RUMUSAN DAN KESIMPULANDalamkonteksdefinisidanskopstrategikomunikasi ini digunakan, kajian ini mendapati bahawa strategi PPST ialah pendorong kepada kesalahan generalisasi terlampau (overgeneralisation) untuk pembelajaran bahasa Melayu oleh pelajar Perancis dan pembelajaran bahasa Perancis oleh pelajar Melayu. Menurut Surridge (1996), penggunaan strategi PPST pada artikel dan bentuk kata nama bahasa Perancis yang juga ialah sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh penutur jati bahasa Perancis. Begitu juga penggunaan strategi PPST pada

imbuhan bahasa Melayu juga adalah sesuatu yang lazimnya tidak dilakukan oleh penutur jati bahasa Melayu.

Penggunaannya tidak akan mencapai tujuan komunikasi yang seseorang inginkan, kecuali, penulis mesej dan penerima mesej adalah daripada latar belakang bahasa yang sama. Sebagai contoh, generalisasi penggunaan kata kerja BP tanpa konjugasi akan dapat difahami jika penulis dan penerima mesej adalah dari latar belakang bahasa Melayu yang tidak mempunyai sistem konjugasi seperti dalam bahasa Perancis. Walau apapun, ia bukanlah satu strategi yang akan memangkinkan pemerolehan bahasa yang disasarkan, dalam konteks kajian ini, ialah BM dan BP. Seorang pelajar sepatutnya digalakkan mengambil risiko (Dörnyei, 1995)danmenggunakanSKyang positif dan mendorong mereka untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan, dan bukan sebaliknya.

Justeru itu, hasil kajian ini menimbulkan beberapa implikasi dan cadangan : 1. Strategi pembelajaran kata nama dengan

gendernya sekali gus harus diaplikasikan dan ditekankan oleh para pengajar bahasa Perancis dengan memberikan input kepada pelajar secara berkali-kali supaya pelajar tidak mengambil jalan mudah dengan menggeneralisasi gender dalam penggunaan artikel.

JADUAL 7 Contoh Strategi PPPT pada Preposisi (Sendi Nama) oleh pelajar Perancis

Contoh ayat Kata sendi yang digunakan1. Fleksibiliti Facebook juga boleh ditengok dari perspektif kebebasan

pengguna, kerana layanan itu dapat dipakai dalam segala macam konteks.

Kata sendi pada sumber kejadian sesuatu benda

2. Kita juga tak boleh mengabaikan isu yang dipertanyakan dalam teks yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Kata sendi pada organisasi

3. Ada yang membenci acara TV kerana hanya terfokus pada kepribadian dari beberapa orang yang bersikap luar biasa.

Kata sendi pada manusia

Page 20: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Hazlina, A. H., Normaliza, A. R. dan Roslina, M.

14 Mahawangsa 2 (1): 1 - 14 (2015)

2. Bagi pembelajaran imbuhan bahasa Melayu kepada pelajar Perancis, pengajar bahasa Melayu harus menekankan penggunaan dan fungsi imbuhan agar pelajar tidak menggunakan imbuhan secara membuta tuli.

3. Para pengajar perlu menekankan bahawa pelajar sebolehnya tidak membuat terlalu banyak perbandingan bahasa Perancis dengan bahasa Melayu atau Inggeris kerana, mereka akan mengalami kesulitan dan kekeliruan dan seterusnya mengaplikasikan struktur bahasa Melayu dengan menggeneralisasikan peraturan bahasa tersebut ke dalam penulisan bahasa Perancis mereka.

RUJUKANChen, S. Q. (1990). A study of communication strategies

in interlanguage production by Chinese EFL learners. Language Learning, 40, 155-187.

Dewan Bahasa & Pustaka. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Dörnyei, Z. (1995). On the teachability ofcommunication strategies. TESOL Quarterly, 29, 55-85.

Ellis. R. (1997). The Study of Second Language Acquisition. Shanghai: Shanghai Foreign Language Teaching Press.

Hazlina Abdul Halim. (2008). Pemerolehan Gender Gramatikal Bahasa Perancis di kalangan Pelajar Bahasa Asing. Tesis Sarjana (Bahasa Moden) yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Hazlina Abdul Halim, Normaliza Abd Rahim, Mohd Azidan Abdul Jabar & Adi Yasran Abdul Aziz. (2011). Pengaruh Bahasa Melayu dalam Strategi Perkataan Untuk Semua Tujuan dalam Penulisan BahasaPerancisolehPelajarMelayu.dlmZaitulAzmaZainonHamzahet al. (Ed.). Kedinamikan Bahasa dalam Budaya: Isu & Trend. Serdang: Penerbit UPM.

Haastrup, K. (1991). Lexical inferencing procedures or talking about words. Tübingen: Gunter Narr.

Lado, R. (1957). Linguistics across cultures: Applied linguistics for language teachers. University of Michigan Press: Ann Arbor.

Manchón, R. M. (2000). Fostering the autonomous use of communication strategies in the foreign language classroom. Links & Letters. 7, 13–27.

Muhammad Daud. (2013). Antara dari dan daripada. Sinar Harian. Dimuat turun daripada http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/antara-dari-dan-daripada-1.216136 pada 13 Jun 2014.

NikSafiahKarim,FaridM.Onn,HashimHajiMusa& Abdul Hamid Mahmood (2014). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: DBP.

Paribakht, T. (1985). Strategic competence and languageproficiency. Applied Linguistics, 6, 132-146.

Surridge, M. (1996). Le ou la? The gender of French nons. Clevedon: Multilingual matters.

Willems, G. (1987). Communication strategies and theirsignificanceinforeignlanguageteaching.System, 15, 351-364.

Wongsawang,P.(2001).Culture-specificnotionsinL2 communication strategies. Second Language Studies, 19, 111-135.

Page 21: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 28 Ogos 2014Diterima: 5 September 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Norazlina Kiram), [email protected] (Fadzilah Abd Rahman)* Penulis Penghubung

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu

Fadzilah Abd Rahman1 dan Norazlina Kiram2*1Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia2Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKKajian mendapati bahawa sehingga kini belum ada instrumen yang dapat menguji kecekapan bahasa Melayu secara sistematik dan bersepadu, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar dan bahasa rasmi negara Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini membicarakan instrumen Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM) dan kepentingan untuk melaksanakan ujian tersebut di Malaysia. Instrumen UKBMini telah dibangunkan pada 2012 oleh sekumpulan penyelidik UPM dengan kerjasama organisasi lain dan dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Secara asasnya, UKBM dibangunkan dengan tujuan untuk menganalisis sejauh manakah rakyat Malaysia cekap menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Aspek pengujian UKBM terbahagi kepada empat aspek kemahiran, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Keempat-empat aspek ini penting untuk dinilai dalam pengujian bahasa Melayu kerana ia saling berkait antara satu sama lain. Melalui UKBM yang menyeluruh dan sistematik, diharapkan bangsa Malaysia akan lebih berusaha untuk menguasai bahasa Melayu. Seterusnya, bahasa Melayu akan sebati dan menjadi jati diri bangsa Malaysia.

Kata kunci: Bertutur, instrumen, kecekapan bahasa Melayu, membaca dan menulis, mendengar, UKBM

Malay as the State of the Nation Language: The Importance of Malay Language Proficiency Test

ABSTRACTAlthough Malay is the language of instruction and official language in Malaysia, thus far, there is noinstrument available to test the

Page 22: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram

16 Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)

proficiency of Malay language in a systematic and integrated manner. Therefore, this study discusses the Malay language proficiency test instrument (UKBM) and the importance of performing the test in Malaysia.UKBM instrument was developed in 2012 by a group of UPM researchers in collaboration with other organizations funded by the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI).Basically, UKBM is developed with the aim to analyze the extent of Malaysians competent use of Malay language in their daily lives. The UKBM test is divided into four skills: listening, speaking, reading and writing.These four skills are important to be evaluated in the Malay language testing because they are co-related. Through this comprehensive and systematic testing instrument, it is hoped that Malaysians would master the Malay language better. Hence, the Malay language could be integrated in our multiracial context and become a part of the Malaysian identity.

Keywords: Speaking, instrument, proficiency of the Malay language, reading and writing, listening, UKBM

PENGENALANSejarah dunia membuktikan bahawa tamadun yang dibangunkan oleh manusia memerlukan satu sistem bahasa yang baik bukan hanya untuk berkomunikasi tetapi juga untuk mengungkapkan konsep dan nilai keintelektualan, merancang kegiatan ekonomi dan aktiviti kehidupan seharian. Dengan kata lain, bahasa mencerminkan kemajuan dan pemikiran sesuatu bangsa. Hal ini selari dengan pandangan Naquib (1990) , yang mengatakan bahawa bahasa memiliki falsafah yang mampu mempertingkatkan rasa kebanggaan seseorang itu pada bahasa tersebut, mempunyai kuasa untuk mempengaruhi cara hidup penuturnya dan memiliki unsur

penting dalam pembentukan akal budi serta corak kehidupan masyarakatnya.

Hakikatnya, bahasa Melayu merupakan wahana penting dalam meningkatkan integrasi nasional dan jati diri pelbagai etnik di Malaysia. Berlandaskan aspirasi tersebut, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu menguasai dan menghayati nilai budi bahasa Melayu. Justeru, bahasa Melayu perlu dilihat sebagai instrumen yang jelas impaknya dalam konteks penyaluran ilmu dan peningkatan integrasi pelbagai etnik di Malaysia dan masyarakat antarabangsa. Hal ini selaras dengan Perkara 152, Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Manakala, Akta Bahasa Kebangsaan 162/167 pula menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tunggal dan bahasa rasmi negara. Hal ini bermakna, bahasa Melayu hendaklah sebati dalam diri dan menjadi identiti bangsa Malaysia. Walau bagaimanapun, masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak menguasai bahasa Melayu biarpun Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 56 tahun. Menurut Teo Kok Seong (2014), fenomena semasa memperlihatkan bahawa generasi muda, terutamanya bukan Melayu tidak mendukung kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerana tidak boleh bertutur dan menguasai bahasa Melayu. Lebih malang lagi, bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa di dunia yang tidak disanjungi dan tidak di hormati oleh rakyatnya.

Sehingga kini , Malaysia belum mempunyai instrumen yang dapat menguji kecekapan bahasa Melayu secara sistematik dan bersepadu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar dan bahasa rasmi Malaysia. Hal ini berbeza dengan

Page 23: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu

17Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)

kebanyakan negara lain di dunia seperti Eropah, Amerika Syarikat, Perancis, Korea, Jepun dan Indonesia yang telah mempunyai instrumen untuk menguji kecekapan bahasa rasmi masing-masing. Contohnya, TOFEL (Test Of English as a Foreign Language), IELTS (International English Language Testing System) TOEIC (Test of English for International Communication) bagi bahasa Inggeris, TEF (Test d’évaluation du Français) bagi bahasa Perancis, JLPT (Japanese Language Proficiency Test) bagi bahasa Jepun, KPE (Korean Proficiency Test) bagi bahasa Korea, dan UKBI (Ujian Kecekapan Bahasa Indonesia) bagi bahasa Indonesia.

Di Indonesia misalnya, Ujian Kemahiran Berbahasa Indonesia (UKBI) telah dibina dan penggunaannya telah diseragamkan di seluruh negara. UKBI merupakan satu ujian yang mengukur kemahiran berbahasa seseorang individu dalam aspek komunikasi dengan menggunakan bahasa Indonesia sama ada oleh warganya sendiri mahupun terhadap warga asing yang menetap di sana. Ujian ini meliputi lima bahagian atau Seksi (dalam bahasa Indonesia) iaitu Seksi I (Mendengar), Seksi II (Merespon kaedah), Seksi III (Membaca), Seksi IV (Menulis) dan Seksi V (Berbicara atau Bertutur). UKBI ini telah dikembangkan oleh Pusat Bahasa Departemen Pendidikan Nasional sejak 1997 dan dirasmikan penggunaannya pada 2006. Mulai 2013, semua bakal guru telah diwajibkan untuk menjalani UKBI ini sebagai salah satu syarat untuk menjadi guru di Indonesia. Usaha ini dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan mutu dan kemampuan berbahasa Indonesia yang dilihat mulai luntur dan kerana penggunaan bahasa Inggeris yang semakin meluas. Pelaksanaan UKBI dilihat bukan sahaja berfungsi untuk meningkatkan kualiti

bahasa malah, penggunaannya dalam PdP juga dilihat dapat membantu dalam pemupukan sikap positif dan kebanggaan rakyat terhadap bahasa Indonesia itu sendiri.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi Malaysia untuk membangunkan instrumen ujian kecekapan bahasa Melayu dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa negara bangsa. Melalui ujian kecekapan bahasa Melayu, keupayaan seseorang itu menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam pelbagai konteks dapat dinilai. Dalam konteks pendidikan pula, aspek pengujian dan penilaian merupakan salah satu medium untuk memahami dan menganalisis kedudukan sesuatu perkara atau menerapkan sesuatu fenomena (Abedi, 2007). UKBM juga boleh digunakan sebagai salah satu alat Ujian Penarafan Kerakyatan di Malaysia untuk warga asing yang ingin memohon kerakyatan di Malaysia.

PENILAIAN KECEKAPAN BAHASA MELAYUSecara asasnya, penilaian ditakrifkan sebagai proses membuat pertimbangan dan keputusan serta memberikan pertimbangan nilai, mutu atau kualiti terhadap sesuatu perkara berdasarkan kepada pengukuran dan juga pengalaman penilainya sendiri (Mokhtar Ismail, 2009; Azizi & Mohd Isha, 2008). Tafsiran tentang nilai yang berkaitan dengan fenomena yang diuji hendaklah formal supaya dapat mencapai matlamat yang diinginkan atau mengatasi masalah yang dihadapi (Mokhtar, 2009; Popham,1975). Dalam konteks artikel ini, penilaian kecekapan bahasa Melayu merujuk kepada satu proses penilaian yang sistematik dan menyeluruh, iaitu merangkumi keempat-empat aspek kemahiran berbahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Page 24: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram

18 Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)

Keempat-empat kemahiran ini merupakan asas penting yang mesti ada pada setiap individu sebelum dikatakan cekap dan mahir berbahasa.

Hakikatnya, ramai dalam kalangan bangsa Malaysia yang tidak menguasai keempat-empat kemahiran yang disebutkan di atas. Misalnya, ada yang boleh bertutur tetapi tidak boleh membaca atau ada yang boleh bertutur tetapi tidak boleh menulis. Oleh yang demikian, tahap kecekapan bahasa Melayu golongan ini tidak boleh dinilai dengan baik. Justeru, sudah sampai masanya bangsa Malaysia diberikan kesedaran bahawa usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa negara bangsa hanya boleh dicapai jika setiap individu menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan baik. Apatah lagi, Malaysia sedang berusaha mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Selain itu, ia juga selari dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025 yang menyatakan bahawa dalam menghadapi persaingan ekonomi global pada masa kini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Berikutan itu, pembangunan instrumen Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM) diharapkan dapat meningkatkan kesedaran, penggunaan, penghayatan dan kompetensi bahasa Melayu dalam kalangan bangsa Malaysia.

PEMBANGUNAN INSTRUMEN, UJIAN KECEKAPAN BAHASA MELAYU (UKBM)Berdasarkan perbincangan di atas dan seiring dengan dasar kerajaan dalam Memartabatkan B a h a s a M e l a y u M e m p e r k a s a k a n Bahasa Inggeris (MBMMBI), instrumen

menguji kecekapan bahasa Melayu telah dibangunkan. Matlamat utama penghasilan instrumen ini ialah bagi memenuhi keperluan mengadakan pengujian kecekapan bahasa Melayu yang bersepadu dan sistematik kepada pelbagai golongan masyarakat tempatan dan antarabangsa, penutur natif atau bukan natif, individu yang ingin belajar, bekerja atau menetap di Malaysia.

Secara khusus, UKBM dibangunkan u n t u k m e n i n g k a t k a n p e n g g u n a a n bahasa Melayu yang berkualiti melalui pembelajaran dan fenomena pengujian. Seterusnya, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menguasai dan menggunakan bahasa Melayu, iaitu bahasa rasmi negara. Bahan yang diterapkan dalam instrumen ini juga merupakan wahana untuk memperkukuh jati diri, penghayatan nilai dan budaya masyarakat Malaysia. Kerangka pembangunan instrumen ini dibina dengan mengambil kira keperluan bagi masyarakat tempatan dan antarabangsa, iaitu mempunyai sekurang-kurangnya kemahiran asas berbahasa Melayu semasa menetap atau berada di Malaysia. Instrumen yang dibangunkan ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada calon antarabangsa tentang keharmonian dan keunikan nilai serta budaya masyarakat Malaysia. Hal demikian diterapkan melalui pemilihan bahan dan item penilaian yang bertemakan kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia.

PROSEDUR PEMBANGUNAN INSTRUMEN MENGUJI KECEKAPAN BAHASA MELAYUProsedur penilaian yang betul perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil dan dapatan yang tepat untuk membantu meningkatkan keupayaan kecekapan be rbahasa Me layu mur id . Seca ra

Page 25: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu

19Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)

ringkasnya, prosedur penilaian merangkumi pengujian, pengukuran, penganalisisan dan juga merumuskan dapatan yang telah diperoleh. Menurut Azizi dan Mohd Isha (2008), prosedur penilaian dapat dilakukan dalam lima peringkat yang umum, iaitu peringkat persediaan ujian, pemeriksaan dan pengukuran, analisis ujian, interpretasi dan tindakan susulan. Langkah-langkah yang dinyatakan bertujuan meningkatkan kesahan dan juga kebolehpercayaan ujian yang ditadbirkan.

Secara khusus, prosedur pembangunan UKBM dijalankan dalam dua fasa. Fasa pertama ialah membangunkan instrumen dan fasa kedua menguji kesesuaian instrumen.Tatacara pembangunan instrumen menguji kecekapan bahasa Melayu adalah berlandaskan model ADDIE (Rosset,1987) yang mempunyai lima peringkat iaitu Analisis (Analysis), Rekabentuk (Design), Pembangunan (Development), Pelaksanaan (Implement) dan Penilaian (Evaluate).

a. AnalisisPeringkat ini menentukan konsep, atau definisidanmenentukanpermasalahanserta fokus pembangunan instrumen secara keseluruhan. Dalam konteks pembangunan instrumen UKBM, fokus utama perbincangan dan persoalan termasuklah menentukan khalayak atau calon yang akan menduduki ujian, apakah kemahiran yang ingin diuji, tahap atau piawaian kecekapan calon yang dingini serta keperluan teknikal yang diperlukan untuk melaksanakan penilaian UKBM. Penambahbaikan juga mengambil kira cadangan daripada Jawatankuasa Penilai.

b. Reka bentukUntuk mendapatkan andaian kecekapan penilaian berskala besar seperti UKBM, penyelidik telah menggunakan Teori Item Respons atau dikenali sebagai IRT (Frederic M Lord,1980). Aplikasi Model IRT termasuklah:1. Menyetara ujian2. Membina ujian untuk memenuhi

tujuan tertentu3. Membina bank item4. Mengenal pasti item yang berat

sebelah (bias)5. Membina ujian yang kesukarannya

sepadan dengan kebolehan calon.

Dalam proses membentuk andaian skala UKBM, beberapa siri perbincangan telah diadakan. Langkah ini juga membincangkan skala yang bersesuaian dengan UKBM. Pada peringkat ini juga, wajaran dan subkemahiran bagi UKBM telah dibangunkan mengikut kesesuaian objektif pembangunan UKBM.

c. PembangunanPembinaan konstruk item pengujian menggunakanJadualSpesifikasiUjian(JSU) dirangka khusus untuk memastikan keesahan dan kebolehpercayaan item yang dibina. Selain itu, domain kognitif, afektif dan psikomotor diseimbangkan dan disepadukan mengikut cadangan pemberatan setiap kemahiran bahasa. Sebanyak 18 tema telah dikenal pasti dan digunakan untuk membangunkan item kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

d. PelaksanaanDeskriptor kecekapan atau tahap skor dalam penilaian Ujian Kecekapan Bahasa Melayu diklasifikasikan atau dipiawaikan berdasarkan tujuan calon

Page 26: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram

20 Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)

mengambil peperiksaan tersebut. Sebagai contoh, calon yang mengikut pasangannya belajar atau bekerja di Malaysia hanya memerlukan tahap skor yang rendah berbanding dengan calon yang bertujuan untuk belajar dan bekerja di negara ini. Tahap skor keseluruhan kecekapan disetarakan dengan tahap skor empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain itu, beberapa siri kajian rintis dijalankan untuk memastikan bahawa instrumen UKBM benar-benar mantap untuk digunakan.

e. PenilaianPeni la ian d i laksanakan supaya instrumen yang dibangunkan memenuhi keperluan dan mencapai objektif yang dihasratkan. Pelaksanaan aktiviti penilaian dilakukan secara berterusan merentasi semua peringkat aliran kerja berkaitan pembangunan UKBM. Penilaian pakar dilaksanakan pada peringkat pembinaan instrumen iaitu daripada penetapan konstruk kemahiran dan subkemahiran bahasa, penetapan diskriptor kecekapan, pembangunan dan penggubalan item dan kebolehtafsiran item.

Jelasnya, terdapat beberapa perkara yang mesti diambil kira dalam sesuatu alat ukuran atau ujian. Perkara tersebut termasuklah item yang digunakan mestilah jelas, item soalan hendaklah berkaitan dengan objektif ujian, sampel yang ingin digunakan mencukupi dan dapat mengukur kesahan alat ujian tersebut, item yang digunakan haruslah menggambarkan tingkah laku yang hendak diukur serta maklum balas yang diterima daripada item tersebut dinilai secara tekal (Brown, 1983). Apabila semua perkara yang dinyatakan

diambil kira, barulah sesuatu alat ukuran atau ujian itu dapat disahkan dan digunakan untuk diuji serta mengukur perkara yang hendak diukur terhadap responden yang dipilih. Jika ujian atau alat ukuran yang dibina mempunyai kesukaran dan tidak dapat mengukur perkara yang diingini seperti yang terdapat dalam objektif maka, alat ukuran tersebut boleh dinggap sebagai tidak sah dan boleh dipertikaikan.

ASPEK KEMAHIRAN BAHASA DALAM UJIAN KECEKAPAN BAHASA MELAYU Tahap kecekapan berbahasa Melayu boleh disamakan dengan tahap penguasaan kemahiran dalam bahasa Melayu. Kecekapan berbahasa Melayu boleh dikategorikan kepada empat kemahiran bahasa yang utama, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan juga menulis. Keempat-empat kemahiran ini saling berhubung kait dan memerlukan antara satu sama lain untuk mencapai kesempurnaan dalam aspek kecekapan berbahasa Melayu. Rajah 1di bawah menunjukkan hubung kait antara keempat-empat kemahiran bahasa dengan kecekapan berbahasa Melayu.

Jadual 1 pula menunjukkan keempat-empat aspek kemahiran yang akan diuji dalam UKBM, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Kemahiran MendengarKemahiran mendengar merupakan perkara asas dalam komunikasi berbanding kemahiran yang lain. Menurut Yahya Othman (2008), kemahiran mendengar merupakan satu proses penerimaan yang sangat penting dan perlu untuk dipelajari secara mendalam semasa sesi pembelajaran berlaku. Kajian mendapati bahawa

Page 27: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu

21Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)

kemahiran mendengar berada di tahap yang tertinggi berbanding dengan kemahiran lain dalam aspek kecekapan berbahasa, iaitu sebanyak 42% (Floyd, 1985). Dalam hubungan ini, Floyd (1985) mengatakan bahawa mendengar merupakan kemahiran semula jadi yang diperoleh oleh seseorang melalui bahasa yang dituturkannya. Dengan kata lain, kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan seseorang itu untuk memahami dengan teliti perkara yang didengarinya dalam pelbagai situasi. Secara asasnya, mendengar melibatkan aktiviti berbahasa yang aktif kerana proses mendengar melibatkan penggunaan mental dan penilaian tahap kefahaman serta

memproses maklumat yang diperoleh daripada penutur.

Dalam konteks pembelajaran di sekolah, penguasaan kemahiran mendengar ini amat penting kerana pemahaman seorang murid itu terhadap sesuatu mata pelajaran bergantung kepada perkara yang mereka fahami untuk diteliti dan dihayati seterusnya tersimpan untuk menjadi ingatan. Sekiranya murid kurang cekap atau tidak mempunyai kemahiran mendengar, maka daya tumpuan mereka akan berkurangan dan sukar untuk memahami perkara yang ingin disampaikan oleh guru. Keadaan ini juga boleh mendorong murid menjadi pasif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Terdapat dua jenis

JADUAL 1 Aspek Kemahiran UKBM

Bil. Jenis Kemahiran Masa Keterangan1. Mendengar 15 minit 3 situasi (30 item)2. Bertutur 30 minit 3 pusingan (1 tema)3. Membaca 45 minit 4 petikan (40 item)4. Menulis 60 minit 2 esei (150 & melebihi 350 patah perkataan)

2 jam 30 minit

Mendengar Bertutur

MembacaMenulis

Rajah 1: Aspek Kemahiran Kecekapan Bahasa Melayu

Page 28: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram

22 Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)

kemahiran mendengar, iaitu mendengar secara aktif dan mendengar secara pasif. Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua pihak, iaitu penutur dan juga pendengar melibatkan diri secara aktif dalam proses berkomunikasi. Contohnya situasi di dalam bilik darjah, guru akan bertindak sebagai penutur dan murid pula akan bertindak sebagai pendengar malah, situasi ini juga boleh berlaku secara sebaliknya.

Mendengar secara pasif pula tidak melibatkan tindak balas secara langsung daripada pihak pendengar. Proses komunikasi hanya berlaku dengan melibatkan penutur. Situasi yang sering berlaku dalam kehidupan seharian dalam menggambarkan proses mendengar secara pasif ini ialah situasi mendengar radio, menonton televisyen, mendengar kuliah dan juga mendengar ceramah. Walau bagaimanapun, pendengar perlu bersedia untuk mendengar dengan teliti tentang perkara yang disampaikan agar penyampaian maklumat itu dapat sampai kepada sasarannya.

Kemahiran BertuturKemahiran bertutur merupakan satu keupayaan untuk meluahkan pendapat, menyampaikan maklumat dan perasaan sama ada secara kreatif atau kritis dengan menggunakan sebutan atau intonasi yang betul dengan cara yang sopan. Kemahiran bertutur merupakan satu proses melafazkan bunyi yang dikeluarkan melalui alat artikulasi manusia (Faiznur Fauzi, 2009).

Proses bertutur berlaku secara peniruan dan ajukan terhadap penutur natifnya. Namun, jika penutur natif menunjukkan cara atau contoh yang kurang memuaskan maka penutur yang baru ingin belajar akan menghadapi masalah. Kemahiran bertutur ini amat berkait rapat dengan kemahiran mendengar. Kajian yang dilakukan oleh

Floyd (1985) mendapati bahawa kemahiran bertutur menduduki tempat kedua dalam peratusan kecekapan berbahasa dan berada di bawah kemahiran mendengar. Daripada dapatan ini, jelas menunjukkan hubungan antara kemahiran mendengar dan juga kemahiran bertutur adalah rapat dan kemahiran ini juga tergolong dalam kemahiran lisan dalam bahasa Melayu. Terdapat beberapa aspek penting bagi menjadikan kemahiran bertutur berkesan. Antaranya ialah aspek sebutan, intonasi, jeda, tatabahasa dan juga tekanan. Aspek kefasihan, kelancaran dan penggunaan laras bahasa yang sesuai perlu diambil perhatian untuk memastikan bahawa proses kemahiran bertutur dapat dilakukan dengan lancar. Tahap kecekapan berbahasa Melayu, khususnya yang melibatkan kemahiran bertutur dipengaruhi oleh pelbagai aspek. Antara faktor yang dapat mempengaruhi seseorang untuk bertutur ialah faktor umur, jantina,persekitarandankeadaanfizikal.

Kemahiran MembacaKemahiran membaca merupakan satu proses iaitu seseorang itu perlu menterjemahkan kembali lambang yang tertulis ke dalam lambang bunyi. Kemahiran membaca ini merupakan satu proses yang dinamik tetapi kompleks. Kemahiran membaca meliputi aspek keupayaan untuk mentafsir sesuatu yang dibaca dengan pantas,membuat interpretasi serta menganalisis bahan yang dibaca.

Apabila seseorang itu menguasai kemahiran membaca, bermakna bahawa individu tersebut telah berjaya meneroka lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya, membina kemahiran untuk menilai, mengulas dan juga mengkritik perkara yang dibaca secara tepat serta dapat membina fikiran yang terbuka terhadap

Page 29: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu

23Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)

sesuatuperkara(ZulkifleyHamid,2005).Penekanan terhadap kemahiran membaca perlu diberikan perhatian kerana membaca dilakukan untuk mendapatkan kemahiran dan pemahaman untuk memperoleh maklumat baharu tentang perkara yang dibaca. Membaca juga dilakukan sebagai satu cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan maklumat yang baharu serta dapat meningkatkan kecekapan berbahasa.

Kemahiran MenulisProses menulis melibatkan aktivit i meluahkan buah fikiran, pengetahuan, teknik dan juga gaya penulisan ke dalam bentuk tulisan dan bukannya lisan. Aktiviti menulis melibatkan penggunaan alat tulis seperti pen atau pensel sama ada dengan cara menulis atau menaip sesuatu idea atau buahfikiran.Menulismerupakancatatankata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam, kapur, pensel dan lain-lain. Kemahiran menulis melibatkan konsep yang berkait dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat dengan cara yang tersusun dan mengambil kira tentang tujuan penulisan, bahasa dan gaya yang dapat menggambarkan segalanya secara keseluruhan.

Dalam proses pembelajaran di bilik darjah, kemahiran menulis dianggap sebagai sesuatu yang amat penting. Hal ini kerana tulisan bertindak sebagai alat penghubung antara isi yang disampaikan dengan luahan buah fikiran seseorang. Jika tiada tulisan maka aktiviti kemahiran membaca boleh dilaksanakan. Terdapat beberapa tujuan dalam penulisan. Antaranya ialah untuk memberikan respons atau reaksi, komunikasi, ekspresi diri, sifat sejagat dan proses pembelajaran. Kemahiran menulis ini juga dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah menulis secara

mekanis dan penulisan secara mentalis. Dalam penulisan secara mekanis, murid diberi pengalaman asas seperti menulis suku kata, rangkai kata dan penulisan asas yang lain. Penulisan secara mentalis pula melibatkan proses penglahiran idea atau pemikiran untuk menulis. Kemahiran menulis secara mentalis ini lebih melibatkan penggunaanmentaldanfikiran.

DAPATAN DAN PERBINCANGANMuhyiddin Mohd Yassin (2011) dalam teks ucapan bagi Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 mengatakan, “masyarakat perlu yakin dengan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Sekiranya bahasa kebangsaan tidak lagi digunakan di sekolah dan di universiti, perkembangan bahasa kebangsaan pastinya akan terbantut dan tamatlah riwayat bahasa kita sebagai bahasa ilmu”. Oleh itu, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar perlu diperluas bukan sahaja ke peringkat pengajian tinggi tetapi juga ke pelbagai institusi lain di seluruh Negara dalam usaha melestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Melalui perkongsian hasil pembangunan instrumen, UKBM telah menarik perhatian dan mendapat tindak balas positif daripada pelbagai golongan masyarakat. Oleh itu, keperluan membangunkan UKBM daripada pelbagai kategori yang disesuaikan mengikut keperluan pengguna perlu diberikan perhatian. Secara umum, kategori UKBM yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Perujian Peringkat Sekolah dan Universiti

Penguasaan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah, sekolah menengah, murid tingkatan

Page 30: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram

24 Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)

enam, pelajar matrikulasi dan universiti masih lagi berada pada tahap yang kurang memberangsangkan dan keadaan ini telah menarik minat para pengkaji untuk mengkaji mengenainya (Chua Yan Piaw, 2006). Daripada kenyataan Chua tersebut jelas menunjukkan bahawa ketidakcekapan berbahasa Melayu bukan sahaja berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah tetapi juga meliputi semua murid sama ada di sekolah atau di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Pada masa ini, masih belum ada lagi satu pengujian yang berbentuk komprehensif dan dinamik untuk menilai tahap kecekapan berbahasa Melayu, khususnya kepada pelajar yang akan melangkah ke institusi pengajian tinggi (Fadzilah, 2013) seperti pengujian Malaysian University English Test (MUET) yang wajib diambil oleh pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Jika diteliti hasrat pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2013) adalah amat wajar untuk mewujudkan satu modul atau ujian yang mirip kepada pengujian MUET dalam bahasa Melayu. Ujian ini seharusnya wajib diambil oleh setiap pelajar yang ingin memasuki IPT. Hal ini untuk memastikan bahawa hasrat memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar universiti dapat dicapai. Melalui cara ini juga diharap pelajar cekap menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris.

Untuk mencapai tahap penggunaan bahasa Melayu yang baik, masyarakat bukan sahaja perlu menguasai bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar semasa proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga perlu melihat sejauh mana bahasa tersebut

cemerlang dalam aspek penggunaannya (ZulkifleyHamid,2005). Isukecekapanberbahasa bukanlah merupakan isu yang lapuk untuk diperkatakan walaupun kini zaman telah melalui arus perubahan yang pesat dengan perkembangan teknologi dan perkomputeran (Mohamad Sofee, 2007). Penggunaan bahasa yang baik juga perlu dilihat sebagai satu cerminan daripada pengaplikasian teknologi yang telah dipelajari ke dalam aspek kecekapan berbahasa Melayu.

Pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi pula, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan ujian kecekapan berbahasa Melayu yang dikenali sebagai Uj ian Komunikasi Bahasa Melayu (UKOM). Uj ian in i d iperkenalkan sebagai satu penilaian untuk mengenal pasti tahap komunikasi mahasiswa UPM dalam bahasa Melayu. Antara item yang diberikan tumpuan ialah sudut pemilihan kata, tatabahasa, intonasi dan gerak tubuh. Walau bagaimanapun, ujian ini masih dalam peringkat percubaan dan memerlukan beberapa penambahbaikan supaya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Menurut Abdul Aziz (2000) dan ZulkifleyHamid (2005),muridMelayuseharusnya tidak mempunyai masalah dalam aspek penguasaan kemahiran berbahasa Melayu kerana mereka merupakan penutur natif. Keadaan ini seharusnya berbeza dengan murid bukan penutur natif seperti murid berbangsa Cina dan India. Namun, masalah penguasaan kemahiran berbahasa Melayu juga turut berlaku dalam kalangan murid Melayu. Perkara ini sering kali berlaku apabila mereka berkomunikasi, membaca, mendengar atau menulis perkara yang memerlukan tuntutan wacana atau tajuk perbincangan yang menggunakan perkataan yang sukar dan beraras tinggi.

Page 31: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu

25Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)

2. Perujian bagi Penutur bukan Natif dan Warga Antarabangsa

Walaupun bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan juga bahasa kebangsaan, namun masih ada dalam kalangan warga, khususnya bukan natif yang sukar untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Hal ini mungkin disebabkan oleh penyerapan dan pengamatan mereka yang terlalu lama terhadap bahasa tradisi mereka. Hal inilah yang menjadi masalah kini. Ramai warga bukan Melayu mengalami masalah bukan sahaja dalam pertuturan, malah mereka juga menghadapi masalah dalam mencerna maksud yang didengar serta sangat payah untuk menterjemahkannya ke da lam bentuk tu l i san . Sebagai institusi yang memelihara, mengekal dan meningkatkan keselamatan, ketenteraman awam, keharmonian dan kesejahteraan serta perpaduan masyarakat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) perlu sentiasa mencari jalan agar aspirasi di atas tercapai lagi terkawal dan ditingkatkan dari masa ke masa. Dengan mewujudkan suatu dasar pengujian kecekapan bahasa rasmi negara yang integratif dan sistematik, pemastautin yang ingin memohon taraf kerakyatan atau pendatang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat antarabangsa bukan sahaja dapat didedahkan dengan asas komunikasi bahasa Melayu tetapi juga dipupuk dengan nilai, budaya dan keunikan kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini sudah tentulah akan meningkatkan integrasi dan perpaduan negara Malaysia.

Jelasnya, kebolehan berbahasa yang sama merupakan aset yang berharga dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian sesebuah negara. Bahasa juga merupakan medium segala bentuk peradaban dan ilmu

pengetahuan yang boleh dikesinambungkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Di samping itu, ujian kecekapan berbahasa merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan kemampuan sesebuah masyarakat atau seseorang individu berkomunikasi dengan baik agar segala maklumat diterima dan disampaikan secara berkesan (Juntos, 2002).

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dilihat betapa pentingnya isu kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Setiap pemastautin di Malaysia sekurang-kurangnya perlu mempunyai tahap penguasaan asas atau memadai untuk merealisasikan kehidupan masyarakat Malaysia yang harmonis dan bersatu padu. Segala dasar dan aspirasi kerajaan yang memerintah juga dapat disampaikan kepada segenap lapisan kaum dengan lebih berkesan. Oleh itu, cara terbaik yang dapat dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan warga pemastautin adalah dengan melakukan pengujian kecekapan. Pengujian yang dijalankan bukanlah bertujuan untuk mengkategorikan gred atau pencapaian warga tetapi merupakan satu terapi atau proses bantuan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan berbahasa Melayu mereka (Mc Clam dan Woodside, 2010).

3. Pengujian bagi Golongan Penjawat Awam dan Profesional

Kecekapan be rbahasa merupakan kemampuan seseorang individu dalam menggunakan bahasa sebagai medium penyampaian dan menterjemahkan sesuatu perkara. Kecekapan berbahasa dilihat

Page 32: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram

26 Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)

penting dalam kehidupan seharian individu kerana segala maklumat yang diperoleh dapat diterima dan disampaikan secara berkesan (Juntos, 2012).

Memang menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan penjawat awam yang cekap dan cemerlang. Kebiasaannya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menguji tahap kecekapan kakitangannya melalui peperiksaan ataupun kursus yang berkaitan. Penilaian tahap kecekapan ni dilakukan bertujuan untuk menentukan kemajuan dan juga pergerakan gaji tahunan (Jabatan Perkhidamatan Awam, 2004). Daripada tujuan penilaian tersebut, dapat disimpulkan bahawa tahap kecekapan berkait rapat dengan proses penilaian atau peperiksaan yang bertujuan untuk meningkatkan sesuatu kemahiran atau perkara. Kecekapan berbahasa, iaitu kemampuan seseorang individu itu menggunakan bahasa dalam konteks penyampaian atau menterjemahkan sesuatu perkara sangat penting dikuasai para penjawat awam. Hal ini demikian kerana penjawat awam yang berketrampilan dalam berbahasa akan lebih mudah memahami arahan atau berkomunikasi kerana segala maklumat yang diperoleh dapat diterima dan disampaikan secara berkesan.

Ujian kecekapan berbahasa yang dibina dilihat sebagai salah satu cara yang dapat digunakan dan diaplikasikan kepada penjawat awam untuk menilai tahap kemampuan atau kecekapan individu itu dalam aspek penggunaan bahasa semasa bertugas. Kemahiran berbahasa Melayu meliputi empat kemahiran bahasa yang asas iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran mendengar dan bertutur dapat dikategorikan ke dalam kemahiran lisan. Manakala, kemahiran membaca dan menulis dikategorikan ke dalam kemahiran

bukan lisan. Penguasaan keempat-empat kemahiran ini akan memastikan bahawa kelancaran dan keberkesanan perkhidmatan penjawat awam di setiap sektor dapat dilestarikan.

PENUTUPUKBM merupakan satu set ujian yang meliputi pengujian kemahiran bahasa Melayu bagi keempat-empat kemahiran berbahasa. Ujian ini dibina untuk melihat dan mengenal pasti tahap kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pelbagai lapisan individu yang mendudukinya. Sebagai contoh, jika ujian ini dijalankan di sekolah, dapatan yang diperoleh boleh digunakan oleh guru dalam menilai tahap kecekapan murid mereka, di samping dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam usaha memperbaiki mutu pengajaran guru di dalam kelas. UKBM juga dilihat sebagai persediaan masyarakat dalam menghadapi persaingan ekonomi global masa ini kerana kejayaan sesebuah negara itu bergantung pada ilmu, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Seterusnya, sebagai seorang warga Malaysia yang lahir dan dibesarkan di negara ini, setiap warga perlu mempunyai kesedaran dalam diri mereka untuk terampil berbahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka. Dalam hubungan ini, bangsa Malaysia hendaklah berasa bangga menggunakan bahasa Melayu walau di mana sahaja mereka berada. Apatah lagi bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Kecekapan setiap warga menggunakan bahasa Melayu sama ada semasa berkomunikasi, menggambarkan jati diri dan keperibadian mereka sebagai seorang warga negara Malaysia yang berdaulat. Hal ini secara tidak langsung

Page 33: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu

27Mahawangsa 2 (1): 15 - 28 (2015)

dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa negara bangsa.

BIBLIOGRAFIAbd Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa

Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abedi, J. (2007). Utilizing Accommodations in the Assessment of English Language Learners. In N. H. Hornberger (Ed), Encyclopedia of Language and Education: Vol. 7: Language Testing and Assessment (pp. 331-348). Heidelberg, Germany: Springer Science Business Media.

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, G.K. (1983). Health Care Research Project, School of Nursing. Nashville: Vanderbilt University.

Chua Yan Piaw. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Fadzilah Abd Rahman, Norazlina Mohd Kiram, Habibah Ab Jalil, Rusnani Jusoh, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak. Pembangunan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu. Projek Penyelidikan E-Science MOSTI. 2011-2013.

Faiznur Fauzi. (2009). Kemahiran Berbahasa. Diselusuri daripada http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/06/kemahiran-berbahasa.html

Gronlund, N.E., (1981). Measurement and evaluation in teaching. New York: Macmillan Publishing.

(2004). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2002). Kementerian Pelajaran Malaysia.

(2004). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingatan 6 (2004). Kementerian Pelajaran Malaysia.

James Floyd (1985). Listening: a Practical Approach. United Kingdom: Addison Wesley School.

Juntos, H. (2002). Language Testing Option. California: Robert Wood Johnson Foundation.

Lord, F.M. (1980). Applications of Item Response Theory to Practical Testing Problems. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, Inc.

Mc Clam & Woodside. (2010). Helping Process Assessment To Termination (1st Ed.). Boston: Cengage Learning.

Mohammad Naquib Al Attas. (1990). Islam dalam Sejarah dan Kebudayan Melayu. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Mohamed Sofee Razak. (2007). Intelek Kurang Membaca. Utusan Malaysia 26 November.

Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan: Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.

Muhyiddin Mohd Yassin. (2011).Teks Ucapan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan.

(2004). Penilaian Tahap Kecekapan: Membudayakan Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Awam. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Popham, W.J. (1975). Education Evaluations. New Jersey: Prentice Hall Inc.

Rossett, A. (1987). Training Needs Assessment. New Jersey: Educational Technology Publications.

Teo Kok Seong. (2014). Siri Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan, Muzium Diraja, Istana Negara Lama. Kuala Lumpur pada 24 Februari.

Yahya Othman. (2008). Proses dan Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

ZulkifleyHamid.(2005).Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 34: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015
Page 35: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 22 Mei 2014Diterima: 28 November 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Yusfarina Mohd Yussof), [email protected] (Abdul Rasid Jamian), [email protected](ZaitulAzmaZainonHamzah), [email protected] (Samsilah Roslan)* Penulis Penghubung

Strategi Kognitif dan Afektif dalam Meningkatkan Penguasaan Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi Murid

Yusfarina Mohd Yussof1*, Abdul Rasid Jamian1, Zaitul Azma Zainon Hamzah2 dan Samsilah Roslan3

1Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia2Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia3Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKPerspektif psikolinguistik kognitif melihat proses pemahaman bacaan sebagai penggunaan minda secara aktif dalam mencungkil makna teks dengan dibantu oleh elemen kognitif (skemata, metakognitif dan welstanshuung); afektif (motivasi, sikap dan emosi) linguistik serta sosiobudaya (nilai, agama, kepercayaan dan motif). Sehubungan dengan itu, input kognitif dan afektif digabungkan dalam satu strategi pemahaman bacaan dengan tujuan membantu penguasaan pemahaman bacaan dan literasi emosi murid. Kajian berpaksikan reka bentuk eksperimental-kuasi ini melibatkan 90 orang murid, iaitu 45 orang dalam kumpulan eksperimen, yang menerima intervensi strategi kognitif-afektif, manakala 45 orang lagi dalam kumpulan kawalan diterapkan dengan kaedah konvensional. Tahap pencapaian diukur melalui Ujian Pemahaman Bacaan (UPB) yang digubal berasaskan Taksonomi Barret dan Ujian Penilaian Literasi Emosi (UPLE) yang diterjemah daripada “EQ MAP Questionaire” (1997). Analisis MANOVA digunakan untuk menganalisis perbezaan antara kumpulan kawalan dengan eksperimen bagi gabungan linear pemboleh ubah bersandar (UPB dan UPLE). Keputusan analisis MANOVA ketika Ujian Pra memperoleh nilai p=0.608, menunjukkan tiadaperbezaansignifikanbagiUPBdanUPLEsemasaUjianPra.AnalisisketikaUjianPascapula mendapati nilai nilai p=0.002 dan Jadual Analisis Antara Pemboleh Ubah turut membuktikan yangkedua-duapembolehubahtelahmencapaiarassignifikan,UPB(p=0.027,nilaieta=0.054,kesan kecil), manakala UPLE (p=0.003, nilai eta=0.094, kesan sederhana). Berdasarkan nilai eta, UPB menerima kesan kecil daripada intervensi, manakala, UPLE menerima kesan sederhana.

Rumusannya, intervensi ini dapat meningkatkan penguasaan pemahaman bacaan dan literasi emosi bagi murid tingkatan 2 yang dikaji.

Kata kunci: Literasi emosi, pemahaman bacaan, strategi kognitif-afektif, taksonomi Barret

Page 36: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Yusfarina Mohd Yussof, Abdul Rasid Jamian, Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Samsilah Roslan

30 Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

Affective and Cognitive Strategy in Enhancing Students’ Reading Comprehension Mastery and Emotional Literacy

ABSTRACTCognitive psycholinguistic perspective views reading comprehension process as an active mind usage to extract textual meaning aided by the elements of cognitive (schemata, metacognitive and welstanschauung); affective (motivation, attitude and emotion), linguistic as well as sociocultural (value, religion, belief and motive). Consequently, cognitive and affective inputs are combined into one reading comprehension strategy aimed to assist students’ reading comprehension mastery and emotional literacy. This pivotal quasi-experimental study involves 90 students, with 45 students forming an experimental group that receives cognitive-affective strategy intervention whereas the remaining 45 students are placed into a control group which receives conventional method treatment. Achievement level is measured via Reading Comprehension Test (RCT), a formulation based on Barrett’s Taxonomy and Emotional Literacy Assessment Test (ELAT); a translation of “EQ MAP Questionnaire” (1997). MANOVA analysis is applied to analyse the difference between both control and experimental groups relative to the responding linear variables combination (RCT and ELAT). MANOVA analysis for Pre Test obtains the valueofp=0.608,demonstratingnosignificantdifference for RCT/UPB and ELAT/UPLE during Pre Test. Meanwhile, the analysis for Post Test obtains the value of p=0.002 and the Inter-Variable Analysis also proves that both variableshaveachievedthesignificant level,RCT (p=0.027, value of eta=0.054, small effect) whereas ELAT (p=0.003, value of eta=0.094, medium effect). Based on the eta value, RCT receives a small impact from the intervention, while ELAT receives medium impact. In summary, this intervention is able to enhance the

reading comprehension mastery and emotional literacy among Form Two students involved in the study.

Keywords: Emotional literacy, reading comprehension, cognitive-affective strategy, Barrett’s taxonomy

PENGENALANSecara umumnya, takrifan pemahaman bacaan merangkumi proses membaca dan memahami teks yang dibaca. Definisi ini sama dengan definisi membaca yang membawa implikasi bahawa, seseorang yang tidak memahami teks yang dibaca, tidak dianggap membaca (Mahzan Arshad 2008). Hal ini demikian kerana, proses membaca bukan sekadar mengeluarkan maklumat teks semata-mata, sebaliknya, ia memerlukan daya kognisi untuk mencungkil makumat teks dan seterusnya mentafsir teks (Safiah,1990),sertamesejtersiratpenulis,sehingga pemahaman terhadap teks dapat diwujudkan. Kepentingan pemahaman dalam sesuatu proses membaca amatlah ketara sehingga ia dianggap sebagai pelengkap atau nadi aktiviti membaca (Marohaini, 1999; Reutzel & Cooter, 2004).

Konsep pemahaman bacaan meliputi penguasaan terhadap kemahiran asas mengecam abjad sehinggalah kepada kemampuan menguasai kemahiran kognitif beraras tinggi, seperti, kemahiran inferensi, menilai dan apresiasi teks. Proses memahami dan membina makna teks oleh pembaca berlaku melalui interaksi pengetahuan sedia ada (skemata) pembaca dengan idea penulis (Safiah,1990;Savage,1998;Harp&Ann,2004; Premalatha Nair, 2008; Mahzan Arshad, 2008). Aktiviti penerbitan makna ini menuntut peranan aktif pembaca untuk mengintegrasikan skemata mereka dengan

Page 37: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Strategi Kognitif dan Afektif dalam Meningkatkan Penguasaan Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi Murid

31Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

latar linguistik penulis teks (Barr et al.,2003; Harp & Ann, 2004) melalui bantuan strategi tertentu (Barr et al., 2003). Skemata dan pengalaman kendiri pembaca diperlukan sebagai latar atau asas penerimaan maklumat baharu dan ketiadaannya akan menjejaskan proses penerimaan dan pemahaman idea baharu (Harp & Ann, 2004; Premalatha Nair, 2008). Penerapan strategi bacaan atau strategi kognitif seperti inferensi dan visualisasi seterusnya membantu kelancaran dan keberkesanan proses ini. Demikian juga kepentingan strategi afektif seperti sikap, nilai dan emosi pembaca dalam membantu kecekapan proses pentafsiran makna, turut tidak dinafikan. Latar pengetahuan sedia ada (skemata) dan kekuatan bahasa atau linguistik pembaca juga membantu menterjemahkan makna ke konteks berkaitan.

LATAR BELAKANG KAJIANKajian ini berteraskan kepentingan penggunaan s t ra tegi dalam proses pemahaman bacaan. Penggunaan strategi dalampemahamanbacaandilihatsignifikandan pengkajian tentangnya telah bermula sejak dahulu hinggalah mutakhir ini (Pearson, Roehler & Duffy, 1992; Gunning, 2008; Graves et al., 2007; Fauziah Hassan, 2008). Dalam mengupas takrifan dan makna strategi, Pearson, Roehler, Dole dan Duffy (1992) umpamanya, menjelaskan strategi sebagai pelan fleksibel yang digunakan pembaca secara sedar semasa proses membaca. Madge (1996) mengaitkannya dengan pelan tindakan spontan oleh pembaca yang cekap, apabila menghadapi kesukaran untuk memahami teks dalam mencapai matlamat pembacaan. Pressley (2000) turut menegaskan kepentingan strategi dalam meningkatkan proses mengingati semula,

maklumat teks. Graves, et al. (2007) pula berpandangan, seorang pembaca yang cekap akan menggunakan strategi, yang ditakrifkan beliau sebagai satu bentuk usaha dalam memahami dan mendapatkan maklumat daripada teks yang dibaca. Strategi dapat dikawal dalam sesuatu proses membaca dan pengamalannya dalam jangka masa panjang dapat membentuk tabiat. Gunning (2008) seterusnya melihat strategi sebagai aktiviti yang dirancang dan dibina untuk mencapai matlamat tertentu (Gunning, 2008) dan ia dapat mewakili proses membaca murid serta menjadi kaedah yang dapat digunakan dalam proses penerbitan makna (Fauziah, 2008).

Strategi dapat digarap sebagai cara atau kaedah yang digunakan dalam proses membaca untuk mencapai matlamat pembacaan dan ia boleh menjadi pemangkin keberkesanan sesuatu proses membaca. Kepentingan strategi dalam pentafsiran teks sama pentingnya dengan kewujudan skemata kerana ketiadaan strategi mengurangkan kecekapan proses pentafsiran teks, manakala ketiadaan skemata menyebabkan maklumat baharu tidak dapat diproses. Strategi atau cara yang sistematik digunakan pembaca bukan sahaja untuk mempertingkatkan kecekapan proses memahami teks, malah untuk menyelesaikan sebarang masalah pembacaan yang timbul dalam menuju matlamat akhir membaca. Dapatan kajian turut mendedahkan bahawa pembaca berstrategi, terutamanya yang menggunakan strategi kognitif aras tinggi, turut dikenal pasti sebagai murid yang berpenguasaan tinggi dalam pemahaman bacaan (Garner, 1987; Yuill dan Oakhill, 1991; Blocks, 2004). Hal ini menunjukkan perkaitan positif antara strategi dengan pemahaman bacaan.

Page 38: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Yusfarina Mohd Yussof, Abdul Rasid Jamian, Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Samsilah Roslan

32 Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

STRATEGI KOGNITIF, METAKOGNITIF DAN AFEKTIFStrategi pemahaman bacaan terbahagi kepada t iga ka tegor i u tama, ia i tu metakognitif, kognitif dan afektif. Namun demikian, kebanyakan strategi pemahaman bacaan hanya menggunakan strategi kognitif ataupun gabungan strategi metakognitif dan kognitif. Strategi kognitif ditakrifkan Chamot dan O’Malley (1996) sebagai strategi yang membantu murid menyempurnakan tugasan membaca dan ia merujuk kepada aras pemikiran dalam proses pemahaman bacaan, contohnya aras inferensi. Strategi kognitif berbeza-beza perlu digunakan oleh pembaca dalam sesuatu proses membaca kerana proses tersebut melibatkan beberapa aktiviti kognisi yang berlaku serentak. Oleh itu, pembaca yang cekap lazimnya menggunakan antara lima hingga sembilan strategi kognitif (Dymock, 2010), seperti strategi mengaktifkan skemata, strategi visualisasi, strategi pemantauan, strategi inferensi (ramalan/telahan), strategi mengenal pasti struktur teks/struktur cerita, strategi penyoalan, strategi mensintesis dan akhir sekali strategi meringkaskan (Pressley, 2000; Cooper, 2006; Dymock, 2010). Keupayaan kawalan pembaca terhadap proses kognitif semasa proses pemahaman bacaan akan menghasilkan strategi metakognitif yang dikaitkan dengan pemikiran aras tinggi. Strategi metakognitif ini juga dapat dilihat dalam kalangan pembaca cekap, yang segera mengesan proses membaca yang tidak lancar, lantas mencari resolusi melalui pembacaan semula, mencari makna perkataan atau mendapatkan bantuan luar (Cooper, 2006).

Kecekapan sesuatu proses pemahaman turut dipengaruhi strategi afektif, iaitu strategi yang menekankan kepentingan motivasi, minat, sikap, nilai dan emosi

dalam pembentukan makna teks (Oxford, 1990; Gunning, 2008). Yopp dan Yopp (2006) berpendapat, pembaca mencorakkan makna teks berasaskan pengalaman, perasaan (emosi), kepercayaan, nilai, sifat dan pengetahuan. Berdasarkan pandangan Yopp dan Yopp (2006) lagi, pembaca boleh memilih sama ada hendak memfokus aspek estetika atau menjurus kepada mencari maklumat membaca teks. Seseorang pembaca yang mengambil pendirian estetika akan menggunakan strategi afektif semasa membaca, dan pembaca yang memfokus kepada mencari maklumat mengaplikasikan strategi kognitif ketika membaca teks. Hal ini turut diperakui oleh Yahya (2008) yang berpandangan bahawa aspek afektif seperti sikap, nilai dan motivasi pembaca sememangnya menentukan penilaian dan pentafsiran terhadap teks. Sikap pembaca terhadap teks tidak statik kerana dipengaruhi oleh latar belakang mereka, manakala motivasi dapat menjadi strategi afektif utama kerana ia sebagai pemangkin proses membaca, justeru, tahap motivasi yang tinggi membawa kepada pemahaman yang lebih baik (Mahzan, 2008).

Satu lagi konstruk dalam domain afektif yang dapat dikaitkan dengan proses membaca ialah Kecerdasan Emosi (EQ), iaitu konstruk yang dikaji dan diukur dalam kajian ini. EQ dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi proses pembinaan makna dan juga sebagai output kepada proses pemahaman bacaan menggunakan teks naratif. Konstruk EQ antaranya ialah, mampu memahami dan memproses emosi kendiri dan emosi orang lain dengan tepat, mampu mengekspresi, berupaya mengawal emosi kendiri, berupaya mengawal emosi, pemikiran dan tindakan, mempunyai kebolehan mengendalikan perhubungan dengan lancar dan mesra, dapat berempati, bersikap optimis dan

Page 39: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Strategi Kognitif dan Afektif dalam Meningkatkan Penguasaan Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi Murid

33Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

asertif serta bermotivasi (Goleman,1999; Sullivans, 2003, Salovey, Mayer & Caruso, 2004, Azhar, 2004). EQ turut merujuk kepada keupayaan menggunakan emosi untukberfikirdengan lebihkreatifuntukmenyelesaikan masalah tertentu.

Istilah Kecerdasan Emosi dipelopori ahli psikologi Israel, Reuven Bar-On (1997) dalam usaha meletakkan Kepintaran Emosi (Emotional Intelligence) setaraf dengan Kepintaran Kognitif. Kemampuan dan kepentingan EQ kini dapat disamakan dengan Kepintaran Kognitif (IQ) kerana EQ mempunyai kesahan tumpuan dan diskriminan yang dapat menyokongnya sebagai sejenis kepintaran (Daus & Ashkanay, 2005). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa istilah berbeza yang digunakan untuk menerangkan konsep yang serupa dengan EQ. Istilah Kepintaran Emosi umpamanya digunakan di Amerika Syarikat, manakala di United Kingdom istilah Literasi Emosi (LE) diguna pakai. Kajian ini memilih istilah LE bagi mengukur konstruk EQ yangdikaji.DefinisioperasionalLEbagikajian ini berdasarkan takrifan Cooper dan Sawaf (1997) yang menjelaskan LE sebagai pengetahuan tentang abjad, tatabahasa dan kosa kata Kecerdasan Emosi. Selain itu, LE juga merujuk pada keupayaan mengenal pasti, menerima dan memahami perasaan sendiri serta peka terhadap emosi individu lain. Namun demikian, istilah EQ masih digunakan dalam penulisan ini bagi tujuan perbincangan.

PERNYATAAN MASALAHProses pemahaman bacaan memerlukan strategi yang sesuai untuk mendapatkan kesan optimum. Murid dapat didedahkan tentang sesuatu strategi melalui penerangan dan bimbingan langsung sehinggalah mereka mahir menggunakannya. Hal

ini selari dengan pandangan Gunning (2008) yang mencadangkan enam langkah pengajaran strategi yang dimulai dengan pengenalan tentang strategi, rasional dan faedah penggunaannya, bila dan di mana harus menggunakannya. Langkah kedua melibatkan demonstrasi penggunaan strategi oleh guru. Langkah ketiga ialah latihan berpandu melalui penggunaan lembaran grafikdanlangkahkeempatdanterakhirialahpraktis kendiri oleh murid terhadap pelbagai jenis bahan. Peranan guru sepanjang proses pengajaran adalah sebagai fasilitator dan pemantauan perlu untuk memastikan bahawa murid dapat mengaplikasikan strategi tersebut secara bersendirian dan berterusan menggunakannya. Dalam memastikan bahawa sesuatu proses pemahaman bacaan itu berteraskan pemikiran, penerapan strategi haruslah memfokus pada ketiga-tiga ranah kognitif, metakognitif dan afektif (Spiro, 1984; Tang & Moore; 1992). Namun demikian, aspek afektif amat kurang ditonjolkan sebagai strategi, sekiranya adapun hanyalah strategi untuk menurunkan kebimbangan pembaca terhadap teks yang sukar (sikap) dan menggalakkan diri sendiri (motivasi) untuk melakukan tugasan membaca (Yahya, 2008). Sedangkan Gasikin (1996) dalam satu kajian berbentuk eksperimental berjaya membuktikan bahawa faktor emosi sememangnya mempengaruhi penilaian terhadap teks. Hal ini menunjukkan terdapatnya jurang dari segi sumbangan strategi afektif dalam mempengaruhi keberkesanan proses pemahaman bacaan.

Berdasarkan pandangan di atas, (Spiro, 1984; Tang & Moore; 1992; Yahya, 2008; Gasikin, 1996), dapat dirumuskan bahawa, strategi pemahaman yang berkesan ialah strategi yang menggabungkan kedua-dua aspek kognitif dan afektif. Dengan mengambil kira fungsi dan kepentingan

Page 40: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Yusfarina Mohd Yussof, Abdul Rasid Jamian, Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Samsilah Roslan

34 Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

strategi kognitif dan afektif, cadangan pelaksanaan strategi, kumpulan sasar pengguna strategi dan matlamat akhir aktiviti membaca yang ingin dicapai, satu strategi gabungan kognitif dan afektif telah dirangka pengkaji. Strategi ini dikhususkan penggunaannya terhadap teks naratif. Justeru, Strategi Struktur Cerita (strategi untuk teks naratif), telah dijadikan strategi utama. Di samping itu, strategi kognitif seperti, Strategi Penyoalan, Strategi Mensintesis, Strategi Visualisasi dan Strategi Inferensi, turut diterapkan. Kesemua strategi kognitif di atas bertujuan membantu mempertingkatkan kecekapan aktiviti kognisi dalam proses pemahaman bacaan dan seterusnya menerbitkan pemahaman di atas daripada tahap literal (pemahaman bacaan aras tinggi). Strategi afektif yang difokuskan dalam kajian ini pula bermatlamat untuk mencungkil emosi murid bagi tujuan memperkembang kemahiran Kecerdasan Emosi mereka. Strategi afektif diterapkanmelaluilatihanlembarangrafikyang memberikan penekanan terhadap aspek emosi melalui latihan yang dikenali sebagai Jurnal Releksi Emosi Kendiri (JREK) dan Peta Semantik (PS). Penggunaan lembaran grafik dalam kajian ini bermatlamat membantu penghayatan murid terhadap watakteksdanjugauntukmenjanarefleksiemosi kendiri hasil pembacaan terhadap teks.

OBJEKTIF KAJIANKajian ini bermatlamat mengukur kesan intervensi strategi gabungan kognitif-afektif ini dalam meningkatkan penguasaan pemahaman bacaan dan Kecerdasan Emosi (EQ) murid kumpulan eksperimen secara berbanding dengan kumpulan kawalan. Dua pemboleh ubah bersandar yang diukur

dalam kajian ini ialah Ujian Pemahaman Bacaan (UPB) dan Ujian Penilaian Literasi Emosi (UPLE). Melalui kajian berbentuk eksperimental-kuasi, pengendalian Ujian Pra dibuat terhadap sampel murid sebelum intervensi bermula, diikuti dengan Ujian Pasca selesai intervensi. Seterusnya, pencapaian Ujian Pasca dibandingkan dengan pencapaian Ujian Pra untuk menentukan keberkesanan strategi. Sekiranya pencapaian Ujian Pra menunjukkan pencapaian yang tidaksignifikan, iabermaksudkedua-duakumpulan bermula pada aras yang sama dan pencapaian Ujian Pasca yang menunjukkan perbezaan signifikan dapat menjelaskan kesan intervensi berbeza yang diterima oleh setiap kumpulan.

HIPOTESIS KAJIANDalam menjawab objektif kajian, dua hipotesis telah dibina bagi tujuan pengujian. Hipotesis pertama adalah seperti yang berikut:

H0 1:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor gabungan linear Ujian Pemahaman Bacaan (UPB) dan Ujian Penilaian Literasi Emosi (UPLE) bagi kumpulan Eksperimen dengan Kumpulan kawalan semasa Ujian Pra.

H0 2:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor gabungan linear Ujian Pemahaman Bacaan (UPB) dan Ujian Penilaian Literasi Emosi (UPLE) bagi kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan semasa Ujian Pasca.

Page 41: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Strategi Kognitif dan Afektif dalam Meningkatkan Penguasaan Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi Murid

35Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

SOROTAN LITERATURSelain mengupas konsep dan kepentingan s t r a t eg i , l i t e ra tu r be rka i t an tu ru t membincangkan rasional, kepentingan dan kelebihan menggunakan strategi dalam proses pemahaman bacaan. Umpamanya penggunaan Strategi Struktur Cerita, dapat membantu meningkatkan pemahaman terhadap teks naratif. Pandangan ini sejajar dengan Dymock (2007) yang telah mengemukakan arahan struktur cerita, iaitu peraturan yang menyusun unsur cerita di dalam bentuk hierarki yang mengandungi latar (tempat dan masa), tema, watak, plot dan resolusi (penyelesaian). Menurut beliau melalui strategi ini, teks naratif dapat diterjemahkan ke dalam bentuk graf cerita yang menunjukkan perkembangan plot, tindakan watak, kemuncak tindakan watak dan akhirnya peleraian (resolusi). Hal ini menggalakkan pemahaman berkesan dalam kalangan murid. Perspektif di atas selari dengan Cooper (2006) yang berpandangan, pendedahan terhadap struktur cerita adalah penting kerana pengetahuan dan pemahaman tersebut digunakan sepanjang proses pemahaman bacaan. Kepentingan penggunaan strategi ini turut diperakui oleh Rajeswary (1998) yang mendapati teks cerita dengan struktur standard, yakni struktur yang baik, lebih mudah difahami berbanding dengan struktur yang bercampur aduk.

Dalam konteks yang sama, Taylor et al. (2002)telahmenggunakanStrategiGrafikPemetaan Cerita (Struktur Cerita) untuk membandingkan tiga situasi pembelajaran yang masing-masing menggunakan Pemetaan Cerita, Strategi Penyoalan Kendiri dan tiada intervensi. Kajian terhadap lima orang murid sekolah tahap rendah, Gred 3 hingga 6 ini, membuktikan bahawa pencapaian murid adalah lebih

tinggi bagi kumpulan Pemetaan Cerita dan kumpulan Strategi Penyoalan Kendiri yang kedua-duanya melibatkan kognitif aras tinggi (inferensi) berbanding dengan kumpulan yang tidak menerima intervensi. Onachuku et al. (2007), menerusi kajian mereka terhadap para pelajar Gred 8, turut mendapati bahawa kumpulan intervensi Pemetaan Cerita berjaya ditingkatkan keputusan pemahaman bacaan mereka apabila dibandingkan dengan pelajar yang menggunakan strategi pemahaman bacaan konvensional ataupun yang biasa diamalkan dalam kelas.

Untuk menggalakkan pemahaman kese lu ruhan , S t r a t eg i Vi sua l i s a s i dicadangkan agar murid dapat membina model mental secara terperinci. Pembinaan model mental penting kerana ia amat membantu proses pentafsiran makna teks secara keseluruhan. Pandangan ini juga selari dengan Cooper (2006) yang menegaskan kepentingan visualisasi sebagai prosesmembinagambaranfikirantentangmaklumat teks dan skemata. Visualisasi dapat mewakili idea dalam kedua-dua jenis teks naratif dan ekspositori (Pressley, 2000). Strategi ini turut dikategorikan sebagai bentuk pemikiran inferensi sama seperti menilai, merumus dan mensintesis maklumat teks. Inferensi penting dalam proses pembinaan makna kerana ia menyediakan maklumat sokongan yang diperlukan pembaca dalam memahami teks dan murid digalakkan menggunakan Strategi Inferensi kerana ia membantu proses pemahaman berkesan dan menjurus kepada pemahaman aras tinggi. Hal ini dibuktikan Grasser et al. (1994) yang menjalankan kajian terhadap proses pemahaman bacaan berasaskan beberapa pandangan teoritikal. Beliau mendapati bahawa proses pemahaman bacaan berasaskan pembinaan makna,

Page 42: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Yusfarina Mohd Yussof, Abdul Rasid Jamian, Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Samsilah Roslan

36 Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

berdasarkan perspektif Teori Konstruktivis, dapat menerapkan 12 jenis inferensi. Dua belas jenis inferensi tersebut ialah inferensi membuat rujukan, peranan struktur kes, penyebab, matlamat, tema, reaksi tentang emosi watak, kesan penyebab, pencetus kepada kategori kata nama, instrumentasi, penyebab matlamat, situasi, emosi pembaca dan niat pengarang. Jenis inferensi 1 hingga 6 boleh tercetus semasa proses pemahaman sedang berjalan dan selebih nya selepas proses tersebut.

Yahya Othman (2008) melalui kajian beliau telah mendapati bahawa terdapat perbezaanyangsignifikanantaraduajenisstrategi kognitif iaitu Strategi Perkaitan Soalan-Jawapan dan Strategi Penyoalan (Penjanaan Soalan) dengan tahap penguasaan pemahaman bacaan murid. Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa Strategi Perkaitan Soalan-Jawapan berkesan untuk pembaca berpenguasaan tinggi, manakala Strategi Penyoalan (Penjanaan Soalan) pula membantu golongan murid yang berpenguasaan rendah dalam pemahaman bacaan.

Penerapan strategi afektif dalam kajian ini didasari dapatan kajian terdahulu yang menegaskan pengaruh emosi dalam pentafsiran makna teks. Antaranya Gasikin (1996) yang dapat membuktikan kehadiran unsur emosi dalam proses pemahaman bacaan murid Gred 8 di Boston dan Philadelphia, Amerika Syarikat. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi cara murid mentafsir teks bagi dua kumpulan, kumpulan eksperimental menafsirkan mengikut kecenderungan emosi mereka, manakala kumpulan kawalan pula lebih neutral. Dapatan ini mengukuhkan hipotesis yang menyatakan pengaruh emosi dapat mempengaruhi cara tafsiran makna teks.

Dalam konteks yang sama, Shaw dan Aslanian (2010) menyarankan pengajaran pemahaman bacaan melalui 4 langkah, iaitu Peringkat Pemahaman Ringkas, Peringkat Tafsiran Teks, Peringkat Perkaitan Teks dengan Diri Sendiri dan Dunia Luar dan peringkat akhir ialah Peringkat Mengambil Pendirian Kritis. Iquinta dan Hipsky (2009) turut mengemukakan cara mengajarkan pemahaman bacaan melalui empat peringkat penerokaan kendiri. Penerokaan kendiri ini selain membolehkan mereka memperoleh maklumat baharu, juga akan menyebabkan merekaberfikirdanbertindakdenganlebihmatang. Empat peringkat tersebut ialah Prabacaan, iaitu peringkat memilih teks naratif. Peringkat kedua ialah peringkat Pembacaan Berpandu. Peringkat ketiga, iaitu Pascabacaan merupakan peringkat murid membuatrefleksikendiriemosi.Peringkatterakhir ialah peringkat Penyelesaian Masalah/Aktiviti Pengukuhan. Pada peringkat ini guru boleh mengemukakan soalan mencungkil maklumat yang terdapat dalam teks naratif tersebut untuk memastikan bahawa murid mempunyai asas pemahaman mendalam terhadap apa yang dibacanya. Berdasarkan pandangan Shaw dan Aslanian (2010) dan Iquinta serta Hipsky (2009), pengajaran pemahaman bacaan melalui penerokaan kendiri murid bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran pemahaman bacaan malah dapat meningkatkan kemahiran Kecerdasan Emosi (EQ).

Rata-rata kajian yang mengaitkan EQ dengan aspek pemahaman bacaan menunjukkan perkaitan positif (Agandi, 2009). Umpamanya, Talebinejad dan Fard (2012) yang menyiasat kaitan EQ dan sosioekonomi status (SES) dengan pemahaman bacaan bagi 80 orang pelajar perempuan (berumur 14 hingga 17 tahun) di

Page 43: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Strategi Kognitif dan Afektif dalam Meningkatkan Penguasaan Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi Murid

37Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

Eghlid,Iranmendapatikeputusansignifikan.Demikian juga, Motallebzadeh (2009) yang menjalankan kajian terhadap 250 orang pelajar bahasa Inggeris, Universiti Islam Azad, Iran turut mendapati bahawa terdapat perkaitan yang kuat antara kesemua domain EQ (kecuali domain empati dan tanggungjawab sosial) dan keupayaan struktural individu dengan pemahaman bacaan. Seterusnya, penerapan strategi kognitif-afektif dalam kursus bacaan dapat meningkatkan EQ pelajar, seperti yang telah dibuktikan oleh Reza dan Bahareh (2011), yang menjalankan kajian berbentuk eksperimental terhadap 80 orang pelajar di Institut Bahasa, Iran. Kajian menggunakan teks cerita berbentuk struktur terbuka bagi kursus asas bacaan bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan EQ hasil penerapan intervensi tersebut. Dalam konteks yang sama, Rouhani (2008) melihat keberkesanan intervensi kursus bacaan kognitif-afektif terhadap empat pemboleh ubah (Kepintaran Emosi, Kecerdasan Emosi, kerisauan dan empati) bagi pelajar, tahun pertama dan kedua di Universiti Shahrekord, Iran. Keputusan menunjukkan peningkatan Min bagi kesemua variabel, kecuali kerisauan.

Berdasarkan sorotan literatur jelas membuktikan bahawa penerapan strategi kognitif seperti Strategi Struktur Cerita, Strategi Inferensi, Strategi Visualisasi, Strategi Penyoalan dan Strategi Perkaitan Jawapan menunjukkan perkaitan positif dengan pemahaman bacaan. Demikian juga dengan gabungan strategi kognitif dan afektif yang secara jelasnya, berjaya meningkatkan pemahaman bacaan dan kemahiran EQ pelajar.

TEORI ASAS KAJIAN

Teori Konstruktivisme Berdasarkan perspektif teori asas kajian ini, iaitu Teori Konstruktivisme Kognitif, murid akan diberi pendedahan terhadap idea teks, permasalahan bagi watak teks naratif, tema dan persoalan yang digarapkan melalui strategi kognitif-afektif ini. Peranan murid sebagai pembina makna ditekankan, selari dengan andaian asas Teori Konstruktivisme Kognitif. Secara praktisnya, prinsip asas Konstruktivisme yang menekankan pada perkembangan peningkatan kognitif murid memperlihatkan tahap kognitif murid dirangsang dengan strategi kognitif antaranya Strategi Penyoalan. Pengujaran soalan berpandu secara lisan kepada murid ini bertujuan menjuruskan murid kepada pemahaman di atas daripada tahap literal yang dijangka dapat dicapai melalui proses penerokaan kendiri dan pembinaan makna oleh murid. Hal ini bertepatan dengan andaian asas Teori Konstruktivisme yang menegaskan peranan murid sebagai pembina makna. Penerbitan pengetahuan dan pemahaman baharu akan tercetus hasil penerokaan kendiri murid dan guru berperanan minimum sebagai fasilitator yang memberikan arahan berkaitan strategi. Melalui strategi ini murid dapat menyatakan tafsiran mereka dalam bentuk perkataan, membuat asosiasi diri dengan teks, menyatakan persamaan atau perbezaan serta membuat refleksi kendiri dengan bimbingan guru. Berdasarkan pandangan Machado (2010), proses penerapan strategi yang menekankan penerokaan kendiri ini djalankan dalam suasana perbincangan yang selamat sehinggalah murid mempunyai autonomi sepenuhnya terhadap proses tersebut.

Page 44: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Yusfarina Mohd Yussof, Abdul Rasid Jamian, Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Samsilah Roslan

38 Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

Proses membaca yang dicadangkan melalui strategi ini meletakkan pembaca sebagai tunjang utama dalam proses tersebut, selari dengan teori asas kajian iaitu Teori Konstruktivisme yang menekan pada peranan konstruktif pembaca dalam proses ini. Konsep pemahaman bacaan dalam konteks kajian ini, bukanlah menekankan padaaspekmengkodifikasisemata-mata,tetapi lebih berfokus pada pentafsiran makna perkataan dan teks melalui aplikasi pengetahuan sedia ada (skemata) pembaca. Makna terhasil daripada interaksi idea penulis dengan latar belakang pengetahuan dan weltanschuung pembaca. Hal ini turut selari dengan andaian Teori Konstruktivisme (teori asas kajian ini) yang menegaskan bahawa pembaca sebagai seorang yang aktif dan konstruktif dalam pembentukan makna. Mereka didorong oleh minat untuk meneroka dan menjana serta menjawab persoalan tertentu dalam usaha menerbitkan makna. Pernyataan ini turut disokong oleh Mahzan Arshad (2008), yang mengatakan bahawa, minat membaca, meneroka dan mencari jawapan pada persoalan serta makna teks turut menyumbang dalam proses penerbitan makna.

Teori Kecerdasan EmosiSelain Teori Konstruktivisme, teori lain yang menyokong asas pengkajian ini ialah Teori Kecerdasan Emosi. Kecerdasan Emosi (EQ) ialah salah satu konstruk dalam domain afektif yang dapat dikaitkan dengan proses membaca. Konstruk emosi, selain dapat mempengaruhi pentafsiran makna, turut menjadi output kepada proses pemahaman bacaan. Dalam konteks kajian ini, output pemahaman bacaan yang dimaksudkan ialah Kecerdasan Emosi (EQ). Pertalian antara dikotomi emosi dengan pemikiran rasional ini telah bermula sejak zaman ahli

falsafah Stoic (Greek Purba) lagi, namun, kajian yang menegaskan pengaruh emosi dalam pemikiran hanya giat dijalankan oleh ahli psikologi kognitif dan neurologi sains sejak 15 tahun kebelakang sahaja (Grewall, Brackett & Salovey, 2008). Kaitan dan pengaruh emosi dalam proses pemikiran turut diperjelas oleh Salovey dan Mayer (1990) yang mentakrifkan EQ sebagai keupayaan mengawal perasaan sendiri dan individu lain, serta dapat membeza dan menggunakan maklumat ini dalam mengawal pemikiran dan tindak tanduk mereka. Idea ini telah diperhalusi dengan terciptanya model EQ 4 domain, iaitu: a) tanggapan terhadap emosi b) penggunaan emosi untuk memudahkan proses pemikiran dan bahasa c) memahami emosi dan d) pengawalan emosi kendiri dan individu lain (Mayer & Salovey, 1997). Goleman yang telah mempopularkan istilah EQ pula mentakrifkannya sebagai keupayaan seseorang menyedari dan mengenal pasti perasaannya serta perasaan orang lain, kemampuan mengurus emosinya sendiri dan dapat menjalinkan hubungan mesra serta mempunyai motivasi kendiri.

Dalam sesuatu proses membaca, pembaca dapat mencipta makna teks melalui interaksi idea teks dengan minda pembaca. Interaksi ini selain mempengaruhi kognitif pembaca, turut merangsang domain afektif dengan cara membias emosi pembaca. Hal ini bertepatan dengan andaian Teori Kecerdasan Emosi yang menyokong perkaitan antara kognitif dengan afektif. Apabila pembaca berusaha membaca, mereka akan cuba mengeluarkan perasaan dan emosi mereka yang terpendam (Barr et al., 2003). Emosi yang dikeluarkan melalui proses pembacaan ini akan membantu seseorang individu menyedari dan menghayati emosi kendiri. Di samping turut membina kepekaan untuk

Page 45: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Strategi Kognitif dan Afektif dalam Meningkatkan Penguasaan Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi Murid

39Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

memahami emosi individu lain. Tegasnya, strategi pembelajaran yang menekan aspek afektif, dijangka dapat membina keupayaan Kecerdasan Emosi murid. Hal ini dijangka dapat dicapai kerana strategi ini memberikan peluang kepada murid untuk meluahkan emosi, sekali gus membuatkan mereka lebih memahami dan menghayati emosi sendiri. Di samping ia dapat menggalakkan regulasi emosi kendiri yang berkesan serta kepekaan yang tinggi dalam memahami emosi individu lain.

METODOLOGI KAJIAN

PersampelanPopulasi sasaran sebenarnya ialah semua murid tingkatan dua di negeri Selangor, tetapi populasi yang diakses pengkaji dan dipilih sebagai sampel kajian hanyalah murid Tingkatan 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (kategori Harian Biasa), daerah Hulu Langat, Selangor. Rangka persampelan ialah jumlah semua murid Tingkatan 2 dari 39 buah sekolah menengah yang terdapat di Daerah Hulu Langat. Senarai nama sekolah telah diperoleh daripada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Melalui Persampelan Kebarangkalian, kategori Persampelan Rawak Berkelompok sebuah sekolah telah dipilih. Daripada jumlah semua pelajar tingkatan dua yang terdapat di sekolah tersebut, 90 orang murid telah dipilih daripada dua buah kelas utuh (intact classes), iaitu seramai 45 orang daripada sebuah kelas. Penetapan kelas sebagai kumpulan kawalan dan eksperimen ditetapkan melalui kaedah balingan syiling (Ary). Dua buah kelas yang dipilih ini mempunyai ciri homogenus, iaitu murid daripada kedua-dua buah kelas dianggap hampir sama dari segi pencapaian akademik.

Prosedur Pengendalian KajianReka bentuk kajian ini ialah eksperimental-kuasi dengan reka bentuk pra-pasca kumpulan tidak seimbang. Subjek kajian tidak diagihkan secara rawak kepada dua kumpulan kerana pentadbiran tidak membenarkan, justeru, dua buah kelas yang utuh (intact classes) telah digunakan sebagai sampel. Ujian Pra UPB dan UPLE telah ditadbirkan kepada kesemua 90 orang murid dalam kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen sebelum intervensi diberikan. Pentadbiran Ujian Pra ialah untuk menentukan aras/tahap pemahaman bacaan dan Literasi Emosi murid. Kumpulan eksperimen menerima intervensi strategi gabungan kognitif dan afektif, manakala, kumpulan kawalan menerima kaedah konvensional (kaedah yang biasa diamalkan dalam kelas). Penerapan strategi kognitif-afektif yang dijalankan secara lisan dan bertulis telah digabungjalin ke dalam sesi pembelajaran kumpulan eksperimental. Murid dibimbing menggunakan strategi ini sehingga mahir dan dapat menggunakannya sendiri di masa depan. Cara pengajaran strategi diselarikan dengan idea Gunning (2008) melalui enam langkah penerapan strategi pemahaman bacaan yang bermula dengan aktiviti bacaan mudah dan berakhir dengan aktiviti yang lebih kompleks. Keseluruhan intervensi kognitf-afektif dan intervensi konvensional kedua-duanya melibatkan tempoh masa selama 7 minggu.

InstrumenTahap pencapaian pemahaman bacaan murid diukur menggunakan Ujian Pemahaman Bacaan (UPB) yang digubal pengkaji berasaskan Taksonomi Barret. Taksonomi merujuk pada aras pemikiran dalam satu-satu proses pemahaman bacaan. Taksonomi

Page 46: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Yusfarina Mohd Yussof, Abdul Rasid Jamian, Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Samsilah Roslan

40 Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

Barret diwakili oleh aras kognitif, literal, inferensi, aras penilaian (pertindanan aras kognitif dan afektif) dan aras terakhir ialah aras afektif, iaitu apresiasi terhadap teks sehingga menghasilkan respons emosi (Barret, 1974). UPB mengandungi 30 item kesemuanya, iaitu 16 soalan aras literal, enam soalan aras inferensi, tiga soalan aras penilaian dan empat soalan aras afektif. Instrumen ini yang telah melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan menggunakan Kaedah KR20. Nilai yang diperoleh iaitu 0.65 (0.7), dianggap sesuai dan boleh diterima (Majid, 2005).

Instrumen untuk mengukur konstruk Literasi Emosi dikenali sebagai Ujian Penilaian Literasi Emosi(UPLE), terjemahan daripada “EQ Map Questionaire” versi Cooper dan Sawaf (1996). UPLE terdiri daripada 33 item yang diambil daripada bahagian kedua “EQ Map Questionaire”. Bahagian kedua ini dikenali sebagai “Emotional Literacy”. Tiga subskala dalam bahagian ini, iaitu “Emotional Self-Awareness”, “Emotional Expression” dan “Emotional Awareness of Others” telah diterjemahkan sebagai Kesedaran Emosi Kendiri, Ekspresi Emosi dan Kepekaan Terhadap Emosi Individu Lain. Keseluruhan instrumen ini dikenali sebagai Ujian Penilaian Literasi Emosi (UPLE) dan telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya menggunakan Kaedah Cronbach Alpha dengan memperoleh nilai ‘r’ sebanyak 0.823.

DAPATAN

Analisis StatistikData yang diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Science (SPSS)” versi 19. Hasil analisis dilaporkan dalam bentuk statistik inferensi bagi tujuan pengujian

hipotesis kajian yang telah dibina.

H0 1:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor gabungan linear Ujian Pemahaman Bacaan (UPB) dan Ujian Penilaian Literasi Emosi (UPLE) bagi kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan semasa Ujian Pra.

Keputusan mendapati bahawa tiada perbezaanyangsignifikanbagikumpulankawalan dan eksperimen dari segi gabungan linear pemboleh ubah bersandar (UPB dan UPLE) ketika Ujian Pra. Dengan nilai F=(0.5,87)=2.000, p=0.608, Wilk Lambda=0.989, nilai eta =0.011 dan nilai p yang lebih besar daripada nilai alfa (0.05) menyebabkan hipotesis diterima. Hal ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bagi kedua-dua pemboleh ubah bersandar (UPB dan UPLE) ketika Ujian Pra. Sila rujuk Jadual 1 untuk paparan data.

H0 2:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor gabungan linear Ujian Pemahaman Bacaan (UPB) dan Ujian Penilaian Literasi Emosi (UPLE) bagi kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan semasa Ujian Pasca.

Keadaan sebaliknya ditunjukkan oleh data Ujian Pasca. Analisis Ujian MANOVA Sehala yang dijalankan untuk menganalisis perbezaan antara kumpulan mendapati bahawaterdapatperbezaanyangsignifikanbagi kumpulan kawalan dan eksperimen dari segi gabungan linear pemboleh ubah bersandar (UPB dan UPLE) ketika Ujian Pasca, dengan nilai F=(6,87)=6.476, P=0.002, Wilk Lambda=0.87, nilai eta

Page 47: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Strategi Kognitif dan Afektif dalam Meningkatkan Penguasaan Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi Murid

41Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

=0.130. Nilai signifikan (p) yang lebih kecil daripada nilai α menyebabkanhipotesis ditolak. Hal ini menunjukkan bahawaterdapatperbezaanyangsignifikanbagi kedua-dua kumpulan kawalan dan eksperimen, ketika Ujian Pasca. Sila Rujuk Jadual 2.

Jadua l Anal i s i s Antara Subjek (Pemboleh ubah) seterusnya dikemukakan untuk menunjukkan keputusan dengan lebih jelas. Keputusan analisis Antara Subjek ini memperlihatkan bahawa, kedua-dua pembolehubahmencapaiarassignifikan(UPB,α=0.027danUPLE,α=0.003).Halini bermaksud, terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan bagi kedua-dua pemboleh ubah bersandar (UPB dan UPLE) semasa Ujian Pasca. Sila rujuk Jadual 3 untuk paparan data.

Memandangkan aras permulaan bagi kedua-dua kumpulan sebelum intervensi telah dapat dibuktikan setara, maka perbezaanyangsignifikanbagikeputusanUjian Pasca sememangnya dapat dikaitkan dengan perbezaan intervensi yang diterima oleh kumpulan eksperimen berbanding dengan kumpulan kawalan yang menerima strategi biasa yang diamalkan dalam kelas.

PERBINCANGANDapatan kajian ini telah membuktikan b a h a w a p e n g g u n a a n s t r a t e g i i n i menunjukkan peningkatan, diukur daripada pencapaian Ujian Pra ke Ujian Pasca bagi kedua-dua pemboleh ubah bersandar UPB dan UPLE. Berdasarkan Analisis Antara Subjek (Pemboleh ubah) yang ditunjukkan oleh Jadual 2 di atas, nilai eta yang ditunjukkan pemboleh ubah UPB

JADUAL 1 Statistik Inferensi gabungan linear UPB dan UPLE Ujian Pra, bagi Kumpulan Kawalan dengan Eksperimen.

Kumpulan F Df WilkLambda

Sig. p Nilai eta

Kawalan/Eksperimen

0.500 87.000 0.98 0.608 0.011

p≤0.05

JADUAL 2 Statistik Inferensi gabungan linear UPB dan UPLE Ujian Pasca, Kumpulan Kawalan dengan Eksperimen.

Kumpulan F Df Wilk Lambda sig. P Partial eta²Kawalan/ 6.476 87.000 0.87 0.002 0.130Eksperimen

p≤0.05

JADUAL 3 Analisis Antara Subjek (Pembolehubah) UPB dan UPLE Ujian Pasca

Pembolehubah Df F Signifikan Nilai eta sebahagianUPB 1 5.071 0.027 0.054UPLE 1 9.168 0.003 0.094

Page 48: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Yusfarina Mohd Yussof, Abdul Rasid Jamian, Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Samsilah Roslan

42 Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

ialah 0.054. Jumlah ini menunjukkan kesan yang kecil (Cohen, 1988) dan pemboleh ubah UPLE menunjukkan kesan sederhana, 0.094. Hal ini menunjukkan bahawa perbezaan adalah dalam kadar yang kecil dan sederhana.

Kesan positif penerapan strategi-afektif dalam pemahaman bacaan bagi kajian ini menyokong dapatan kajian Reza dan Bahareh (2011) serta Rouhani (2008) yang mendapati peningkatan EQ hasil intervensi kognitif-afektif dalam kursus asas bacaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, dalam kalangan pelajar Iran. Keputusan kajian ini juga selari dengan kajian Talebinejad dan Fard (2012) yang mendapati bahawa terdapat perhubungansignifikanantaraEQdanstatussosioekonomi dengan pemahaman bacaan. Keputusan yang sama diperoleh kajian (Motallebzadeh, 2009) yang menunjukkan perkaitan kuat antara pemahaman bacaan dengan kesemua domain EQ (kecuali domain empati dan tanggungjawab sosial).

Kajian ini telah berjaya menunjukkan bahawa strategi kognitif Struktur Cerita yang dipilih adalah berkesan dalam membantu proses dan penguasaan pemahaman bacaan para pelajar. Penemuan ini selari dengan dapatan kajian Dymock (2007) yang menegaskan bahawa Strategi Struktur Cerita membantu para pelajar memahami teks naratif dengan lebih mudah. Keputusan ini juga sepadan dengan dapatan kajian Rajeswary (1998) terhadap teks naratif, iaitu para pelajar yang memiliki pengetahuan tentang cerita secara berstruktur (menguasai Strategi Struktur Cerita), dapat memahami cerita dengan lebih berkesan. Demikian juga kejayaan penggunaan strategi inferens dalam kajian ini, selari dengan kajian Grasser (1994) yang membuktikan bahawa pendekatan konstruktivisme yang digunakan dalam pemahaman bacaan dapat menerapkan

strategi inferens dalam kalangan para pelajar, seterusnya meningkatkan prestasi pemahaman mereka. Kelebihan penggunaan strategi Pemetaan Cerita dan Inferensi sehingga dapat meningkatkan keputusan Ujian Pasca selari dengan dapatan kajian Taylor (2002) yang menunjukkan bahawa pencapaian murid adalah lebih tinggi bagi kumpulan Pemetaan Cerita dan Strategi Penyoalan Kendiri berbanding dengan kumpulan yang tidak menerima intervensi.

PENUTUPKepentingan memberikan pendedahan tentang strategi terhadap murid adalah supaya mereka boleh memilih sendiri strategi paling sesuai yang akan membantu mereka dalam proses pembinaan makna teks. Kesemua strategi boleh digunakan serentak bergantung pada kecekapan pembaca dan keperluan tugasan memahami serta mencipta makna bagi jenis teks yang berbeza. Dalam konteks kajian ini, pemilihan strategi pengkaji didasari oleh dua teori asas, iaitu Teori Konstrutivisme dan Teori Kecerdasan Emosi. Andaian asas Teori Konstruktivisme meletakkan pembaca berperanan utama sebagai seorang yang konstruktif dalam proses pembinaan makna. Manakala, Teori Kecerdasan Emosi (EQ), menegaskan perkaitan rapat antara emosi dan kognisi dan bagaimana ia membantu dalam pembinaan makna teks. Apa yang dapat disimpulkan daripada dapatan kajian ialah, penggunaan strategi kognitif-afektif dalam pemahaman bacaan telah berjaya menimbulkan kesan positif terhadap keberkesanan proses pemahaman bacaan, seterusnya meningkatkan output pemahaman bacaan.

Kajian ini turut memberikan implikasi dari segi praktis, terutamanya terhadap pedagogi bahasa mengkhusus kepada

Page 49: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Strategi Kognitif dan Afektif dalam Meningkatkan Penguasaan Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi Murid

43Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

aspek kurikulum bahasa Melayu bagi murid menengah rendah. Dalam menyentuh aspek di atas, kajian ini telah menimbulkan keperluan untuk meneliti semula objektif kemahiran bacaan dalam kurikulum sedia ada. Berdasarkan organisasi kurikulum sukatan Bahasa Melayu Tingkatan Dua, aspek yang terangkum dalam komponen kemahiran membaca ialah keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Aspek lain yang di berikan penekanan ialah aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan dan penghayatan terhadap bahan yang dibaca. Dari aspek kurikulum di atas jelas bahawa penekanan yang diberikan terhadap pengajaran pemahaman bacaan lebih berfokus kepada aspek mengekod. Oleh itu kajian ini, melalui strategi ini bukan sahaja berjaya menambahkan variasi teknik atau strategi bacaan yang memfokus pada pemahaman dan penghayatan mendalam terhadap teks, malah membawa kepada penghasilan dua hasil utama daripada proses pemahaman bacaan, iaitu hasil kognitif dan hasil afektif. Kenyataan ini memberikan implikasi bahawa strategi ini telah berjaya memenuhi kehendak asas kurikulum dan juga berjaya membuktikan bahawa kedua-dua ranah kognitif dan afektif dapat ditingkatkan dalam satu sesi pembelajaran serentak. Hal ini antara lain menunjukkan bahawa strategi ini merupakan satu strategi baharu yang boleh diketengahkan dalam aspek pengajaran pemahaman bacaan bahasa Melayu. Kelebihan strategi ini selain dapat menjurus ke arah penguasaan pemahaman bacaan aras tinggi, ia juga dapat membantu penguasaan Literasi Emosi murid.

RUJUKANAry, D. (2010). Introduction to Research in Education,

8th Edition. Massachusetts: Cengage Learning.

Bahareh & Reza (2011). Emotional Intelligence and Cognitive-Affective Reading-Based Courses: The Case of Reading Open-Ended Stories. Diakses daripada The Iranian EFL Journal www.iranian-efl-journal.com/February-2011-Vol7-1.pdf,

Bar-On, R. (1997). The Emotional Quotient Inventory (EQ-i): a test of Emotional Intelligence. Toronto: Multi Health System, Inc.

Barr, R. (2002). Reading Diagnosis For Teachers-An Instructional Approach (Edisi keempat). Boston: Allyn & Bacon.

Blocks, C. (2003). Literacy Difficulties: Diagnosis and Instruction For Reading Specialist and Classroom Teachers. Boston: Allyn & Bacon.

Blocks, C. (2004). Teaching Comprehension: The Comprehension Process Approach. New York: Pearson Education Company.

Boyle, J (2010). Methods and Strategies For Teaching Student With Mild Disabilities. Massachusetts: Wadsworth Cengage Learning.

Chamot, A., & O’Malley, J. (1996).The Cognitive Academic Language Learning Approach: A model for linguistically diverse classrooms. Elementary School Journal, 96(3), 259-273.

Cooper, J.(2006). Literacy, Helping Children Construct Meaning, 6th Edition. Boston: HoughtonMifflinCompany.

Daus, C. S. & Ashkanay, Neal, M (2005), “The Case for the Ability Based Model of Emotional Intelligence in Organizational Behavior”, Journal of Organizational Behavior, 26(4), 453-466. doi: 10.1002/job.321

Dymock, S. & Nicholson (2010). High 5! Strategies to Enhance Comprehension of Exspository Text. The Reading Teacher, 64(3), 166-178.

Dymock, S. (2007). Comprehension Strategy Instruction: Teaching Narrative Text Structure Awareness. The Reading Teacher, 61(2), 161-167.

Fauziah Hassan.(2008). The Use of Think Aloud Protocols inReadingResearch.Dlm.ZaidahNor (Penyunting), Reading in Second Language:

Page 50: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Yusfarina Mohd Yussof, Abdul Rasid Jamian, Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Samsilah Roslan

44 Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

The Malaysian Context. Shah Alam: University Publication Centre.

Garner, R. (1987). Metacognition and Reading Comprehension. New Jersey: Ablex.

Gasikin, R. (1996). “That’s Just How It Was”: The Effect of Issue-Related Emotional Involvement on Reading Comprehension”. Reading Research Quarterly, 31(4), 386-405.

Goleman, D. (1999). Working With Emotional Intelligence. London: Bantam Books.

Goodman, K. (1967). Reading: A Psycholinguistic Guessing Game. Journal of The Reading Specialist 6(4), 126-135.

Grasser, A., Singer, M., & Trabasso, T. (1994). Constructing Inferences During Narratives Text Comprehension. Psychological Review, 1994, 101(3), 371-395.

Graves, M.F., Juel C., Graves B.B. & Dewitz, P. (2007). Teaching Reading in the 21st Century (Edisi keempat). Boston: Allyn & Bacon.

Grewall, Brackett & Salovey.”Emotional Intelligence and The Self Regulation of Affect” in Emotion Regulation in Couples and Families eds. Douglas et al. Washington. D.C.: American Psychological Association (APA).

Gunning, T. G. (2008). Creating Literacy Instruction For All Students in Grades 4-8 (Edisi kedua). New York: Pearson Education, Inc.

Harp & Ann, (2004). The Informed Reading Teacher: Research-Based Practice. New Jersey: Prentice Hall.

Iquinta, S.(2006). Bibliotheraphy for Inclusive Classroom. Diakses daripada http://www. newhorizons.org/speeds/inclusin/teaching/hipsky_iaquinta.

Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Marohaini Yusoff. (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman Ke Arah Pemantapan Pembelajaran Di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Machado, J. (2010). Early Childhood Experiences in Language Arts: Early Literacy. Massachusetts: Wadsworth Cencage Learning.

Madge, T. (1996) Middle School Students Awareness of Strategies for Resolving Comprehension Difficulties in Science Reading. Journal of Research & Development in Education, 29(4), 26-227.

Mayer, S. &. (1997). What is Emotional Intelligence? Dlm. P. Salovey, Emotional Development and Emotional Intelligence: Implication for Educators (ms. 3-31). New York: Basic Books.

Mohd Azhar Hamid. (2006). Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Motallebzadeh, K. (2009). The Relationship between Emotional Intelligence of Iranian EFL Learners and Their Reading Comprehension and Structural Ability. Journal of Teaching English as a Foreign Language and Literature, 1(14), 39-55.

Paris, S.M. (1983). Becoming a Strategic Reader. Contemporary Educational Psychology, 8(3), 293-316.

Pearson, P.M. (1983). The instruction of Reading Comprehension. Contemporary of Educational Psychology, 8(3), 317-344.

Pearson, P.D., Roehler, L., Dole, J.A. & Duffy, G. (1992). Developing Expertise in Reading Comprehension. Diakses daripada https://www.ideals.illinois.edu/bitstream/handle/ 2142/17648/ctrstreadtechrepv01990i00512_opt.pdf?sequence=1

Premalatha Nair (2008). The effects of scaffolding Training on Literary Text Comprehension Among Adult Esl Learners (Tesis Doktor Falsafah). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Pressley, M. (2000). What Should Comprehension Instruction Be the Instruction of? Dlm. M. P. Kamil, Handbook of Reading Research, Vol.3 (ms. 545-561). New York: Erlbaum.

Rajeswary Palaniyadi. (1998).Kesan Struktur Cerita Terhadap Pemahaman Teks Naratif di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 (Kertas Projek Sarjana Pendidikan). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Reutzel & Cooter, (2004). Teaching Children To Read; Putting Pieces Together (Edisi keempat). New York: Pearson Education, Inc.

Rouhani, A. (2008). An Investigation into Emotional Intelligence, Foreign Language Anxiety and Empathy through a Cognitive-Affective Course

Page 51: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Strategi Kognitif dan Afektif dalam Meningkatkan Penguasaan Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi Murid

45Mahawangsa 2 (1): 29 - 46 (2015)

in an EFL Context. Linguistic Online, 34(2), 41-57.

SafiahOsman.(1990).Membaca:Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Shaw, D. (2010). Bibliotheraphy: A Cross Discipline Course for Teacher and Counselors. Diakses da r ipada www.h iceduca t ion .o rg /edu_proceedings/Darla%20shaw.pdf

Spiro, S. (1984). Metacomprehension. Diakses daripada Urbana, I.L:ERIC Clearington on Reading and Communication.

Sullivan, A. (2002/2003). Bibliotheraphy. Diakses daripadahttp:findarticles.com/p/articles/mi_qa3614/is_200201/ia_n9069373

Talebinejad,M. R. & Fard, Z.R.(2012), TheRelationship between Emotional Quotient Sosioeconomic Status and Perfomance in Reading Comprehension: A Case Study of Iranian High School Students, Journal of Language Teaching and Research, 3(5), 844-850.

Tang & Moore, (1992). Effect of Cognitive and Metacognitive Prereading. Educational Psychology, 12(3), 315-332.

Yahya Othman. (2008). Strategi dan Proses Membaca Berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Yopp, H. (2006). Literature Based Reading Activities (Edisi keempat). Boston: Allyn & Bacon.

Yuill, & Oakhill (1991). Children’s Problem in Text Comprehension: An Experimental Investigation. Cambridge: Cambridge University Press.

Page 52: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015
Page 53: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 22 September 2014Diterima: 28 September 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Muhammad Alif Redzuan), [email protected] (Normaliza Abd Rahim), [email protected] (Jusang Bolong), [email protected](ZaidMohdZain)* Penulis Penghubung

Pengaruh Bahasa Melayu dalam Penukaran Kod Pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA

Muhammad Alif Redzuan1*, Normaliza Abd Rahim2, Jusang Bolong3 dan Zaid Mohd Zain1

1Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia2Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia3Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKKajian ini berfokus untuk menganalisis pengaruh bahasa Melayu dalam penukaran kod dalam kalangan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun di Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA, Institut Perindustrian Malaysia – Jepun, Beranang, Selangor Darul Ehsan. Sampel kajian belajar bahasa Jepun selama lapan bulan sebelum meneruskan pengajian ke Jepun untuk latihan perindustrian selama tiga tahun. Kecenderungan menukar kod semasa berkomunikasi merupakan perkara biasa dalam masyarakat Malaysia yang bilingual dan multilingual. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti fungsi komunikasi dan melihat keberkesanan komunikasi lisan dalam penggunaan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA. Seramai lapan orang responden terlibat dalam kajian ini. Responden diminta melakukan tiga tugasan lisan yang dirakam melalui perakam video dan IC Recorder. Kajian ini menggunakan kaedah penganalisisan kualitatif dengan mengguna pakai fungsi komunikasipenukarankodsepertiyangdigariskanolehGumpertz(1977),Kachru(1983),Rayfield(1970) dan Poplack (1988) untuk mengesan fungsi penukaran kod yang sering digunakan oleh responden kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat enam jenis fungsi komunikasi penukaran kod yang sering digunakan oleh responden kajian ketika berinteraksi dengan pasangan mereka. Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa penukaran kod tidak membantu penutur untuk menyampaikan mesej kepada pasangannya kerana tidak ada persamaan antara bahasa Jepun dengan bahasa Melayu.

Kata kunci: Bahasa Melayu, Bahasa Jepun, fungsi komunikasi, penukaran kod, Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA

Page 54: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Muhammad Alif Redzuan, Normaliza Abd Rahim, Jusang Bolong dan Zaid Mohd Zain

48 Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

Influence of Malay Language in Code Switching among OISCA-MARA Japanese Language Centre’s Students

ABSTRACTThis study is to analyze the influence of the Malay language in code switching among Malay students studying Japanese language at OISCA-MARA Japanese Language Center, Malaysia Industrial Institute - Japan, Beranang, Selangor Darul Ehsan. These students are learning Japanese for eight months before proceeding to Japan for Industrial training for three years. The tendency to change code while communicating is common in Malaysian bilingual and multilingual society. Therefore the objective of this study is to identify the communications functions and the effectiveness of oral communication in the use of code switching from Japanese language to Malay language among students studying at OISCA- MARA Japanese Language Center. A total of eight respondents participated in this study. Respondents are asked to do three oral assignments which were recorded through a video recorder and IC Recorder. The study employs a qualitative analysis based on the adopted communication functions of code switching as outlined by Gumpertz (1977), Kachru (1983), Rayfield (1970) and Poplack (1988), to detect the functions of code switching which is often used by respondents. The results showed that there are six types of communication functions of code switching often used by respondents when interacting with their partner. In addition, the results show that code switching do not help speakers to deliver message to his partner because there is no similarity between Japanese language and Malay language.

Keywords: Malay Language, Japanese Language, communication functions, code switching, OISCA-MARA Japanese Language Center

PENGENALANPenukaran Kod atau code switching merupakan amalan mencampuradukkan bahasa semasa bertutur. Konsep ini berbeza daripada konsep bilingualisme atau multilingualisme yang bererti menguasai dua atau beberapa bahasa. Menurut Wardhaugh (1992), individu yang boleh bertutur lebih daripada satu bahasa dipanggil sebagai penutur dwibahasa (bilingual). Di samping itu, Spolsky (1998:49) mengatakan bahawa penutur dwibahasa sering menukar antara dua bahasa sewaktu perbualan sedang berlangsung. Individu yang hidup dalam masyarakat berbilang bahasa, seperti Malaysia mungkin menjadi penutur dwibahasa dan penutur berbilang bahasa (multilingual). Sebagai seorang individu yang terlibat dalam penggunaan dua bahasa yang berbeza, mereka tidak boleh dipisahkan daripada kesan menggunakan dua bahasa tersebut. Salah satu kesan ialah penggunaan bertindih antara dua sistem bahasa yang berbeza yang mencampuradukkan elemen satu bahasa dengan elemen bahasa lain. Ini selari dengan kenyataan Poplack (1988) bahawa pencampuran elemen ini dipanggil sebagai penukaran kod.

Amalan pihak Kerajaan Malaysia yang mendorong masyarakatnya menguasai bahasa utama dunia seperti bahasa Jepun, bahasa Jerman, bahasa Arab selain bahasa Inggeris untuk meningkatkan kefahaman dalam bidang sains dan teknologi telah mendorong rakyat Malaysia untuk mempelajari dan bertutur dalam bahasa utama dunia dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun penguasaan pelbagai bahasa diperlukan untuk komunikasi sejagat tetapi ia bukan sesuatu yang mudah dicapai oleh semua orang. Natijahnya ramai orang telah mencuba sedaya upaya untuk menguasai bahasa utama dunia tetapi hanya sebilangan kecil telah berjaya. Maka penutur

Page 55: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Pengaruh Bahasa Melayu dalam Penukaran Kod Pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA

49Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

mula meminjam satu dua patah perkataan bahasa asing dalam perbualan mereka bersama bahasa utama mereka. Maka boleh dikatakan di sinilah bermulanya titik tolak bagi amalan penukaran kod.

Penukaran kod ialah satu proses perubahan daripada satu bahasa kepada bahasa lain di tengah-tengah sesuatu ujaran (Spolsky, 1998). Ini selaras dengan Spolsky, Milroy dan Gordon (2003) yang mengatakan bahawa istilah penukaran kod boleh menggambarkan lingkungan fenomena linguistik yang menyelang-yelikan dan mencampuradukkan pelbagai bahasa (dialek) dalam perbualan yang sama, giliran perbualan yang sama, atau ayat ujaran yang sama. Fenomena linguistik ini telah hadir dalam masyarakat dwibahasa atau berbilang bahasa, iaitu bahasa, dialek dan pelbagai jenis bahasa yang sama digunakan oleh masyarakat tersebut. Wardhaugh (1992) mengatakan bahawa penukaran kod digunakan untuk menubuhkan, melintasi atau memusnahkan sempadan kumpulan dan juga dicadangkan untuk mewujudkan, membangkitkan atau menukar hubungan interpersonal dengan hak dan kewajipan sesuatu masyarakat itu.

Menurut Asmah Hj Omar (1982), konteks atau situasi merupakan salah satu faktor yang menentukan berlakunya percampuran kod dan penukaran kod. Penukaran kod atau percampuran bahasa sering wujud dalam kalangan pengguna bahasa yang berasal dari komuniti bilingual atau multilingual seperti di Malaysia. Amalan ini lebih kerap berlaku dalam situasi tidak formal seperti perbualan antara ahli keluarga di rumah, perbualan antara rakan sebaya dan perbualan di tempat awam. Walaupun begitu, amalan percampuran dan pengalihan kod turut berlaku dalam situasi formal seperti dalam mesyuarat jabatan

dan sidang media yang melibatkan orang kenamaan. Kini fenomena ini juga telah menular dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Marimuthu, 2010).

Pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA perlu mempelajari bahasa Jepun asas selama tempoh tiga bulan sebelum menduduki peperiksaan akhir kursus asas bahasa Jepun. Kemudian pelajar yang mendapat gred A atau B akan terpilih untuk mengikuti kursus lanjutan bahasa Jepun selama lima bulan sebagai persediaan untuk ke negara Jepun untuk latihan Perindustrian selama tiga tahun. Pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA perlu menghadiri kelas bahasa Jepun selama 40 jam setiap minggu selama lima bulan. Oleh sebab pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA akan menjalani latihan perindustrian di negara Jepun, maka kemahiran lisan menjadi komponen penting dalam proses pengajaran –pembelajaran dan penilaian akhir kursus lanjutan bahasa Jepun. Satu kaedah pengajaran penting yang telah diterima pakai dan digunakan dalam pengajaran bahasa Jepun di Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA ialah interaksi kumpulan. Walaupun pelajar sering terlibat dalam interaksi kumpulan, namun pemerhatian pengkaji menunjukkan terdapat tingkah laku pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA yang cenderung menggunakan penukaran kod antara satu sama lain semasa berbual secara formal dan tidak formal.

Penggunaan dua kod bahasa atau lebih, iaitu dari bahasa Melayu atau bahasa Inggeris ke bahasa Jepun dan sebaliknya dalam kalangan pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA apabila berkomunikasi sesama mereka ialah suatu proses yang unik dalam konteks masyarakat Malaysia kini. Namun, amalan ini kurang diberikan perhatian sama ada daripada peranan fungsi

Page 56: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Muhammad Alif Redzuan, Normaliza Abd Rahim, Jusang Bolong dan Zaid Mohd Zain

50 Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

komunikasinya mahupun makna sosial yang tersirat di sebaliknya. Dengan menganalisis hasil data yang diperoleh melalui transkripsi rakaman audio, pemerhatian video dan temu bual susulan terhadap kalangan pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, maka fungsi komunikasi dan melihat keberkesanan komunikasi lisan dalam penggunaan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu dapat disingkap dalam kalangan pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA.

SOROTAN LITERATURTe r d a p a t p e l b a g a i i s t i l a h y a n g menggambarkan perlakuan bahasa yang berlaku yang lazimnya melibatkan penggunaan variasi kod bahasa berlainan seperti penukaran kod (code switching), pencampuran kod (code mixing), perubahan kod (code alternation) dan percampuran bahasa (code mixing). Namun demikian, pakar bidang sosiolinguistik seperti Scotton &Ury(1975)mendefinisikanpenukarankod sebagai penggunaan dua atau lebih ragam linguistik dalam perbualan atau interaksi yang sama. Penukaran kod ini mungkin melibatkan sepatah perkataan atau untuk beberapa minit perbualan. Ragam linguistik pula merujuk kepada lebih daripada dua bahasa yang tidak mempunyai hubungan genetik sehinggalah tahap kepada dua gaya bahasa yang sama (Scotton & Ury,1975:5). Manakala, pakar bahasa seperti (Hymes,1975:103), (Trudgill,1974:82), (Pietro,1977:3) mendefinisikan konsep penukaran kod sebagai penukaran atau penggunaan lebih daripada satu bahasa oleh penutur dalam perlakuan berbahasa, situasi atau masa tertentu

Scotton (1993), mendefinisikan penukaran kod sebagai tidak lebih daripada satu fenomena perlakuan

bahasa yang merangkumi penggunaan d u a a t a u l e b i h r a g a m b a h a s a . Menurutnya penukaran ini boleh berlaku dalam dua bentuk sama ada dalam ayat (intrasentencial) atau antara ayat (intersentencial). Beliau yang memperkenalkan Markedness model berpendapat bahawa pengguna bahasa bersikap rasional dalam memilih bahasa yang mudah dan tepat menyatakan hak dan kewajipan kepada pendengar. Apabi la t idak memil ik i p i l ihan perbendaharaan kata yang sesuai maka mereka bertindak untuk mengalih kod. Namun, ramai ahli sosiolinguistik menyangkal pendapat ini.

Holmes(2001) berpendapat bahawa pembinaan teori penukaran kod menjadi m a t l a m a t u t a m a k a j i a n t e r h a d a p penukaran kod menggunakan pendekatan sosiolinguistik. Keadaan akan membolehkan para pengkaji meramal keadaan penukaran kod yang akan dilakukan oleh penutur dalam sesuatu ujaran. Bagi beliau, penukaran kod tidak berlaku secara rambang malah ia berlaku berdasarkan aturan yang ditetapkan.

A s m a h H j O m a r ( 1 9 8 5 : 1 2 8 ) mendefinisikan penukaran kod sebagai fenomena biasa dalam masyarakat bilingual atau multilingual. Penukaran kod ini akan menyebabkan penukaran kod dari satu kod kepada kod yang lain dalam perbualan seseorang penutur. Jika dihuraikan lebih lanjut, penukaran kod merupakan penggunaan dua bahasa atau lebih secara berselang seli baik pada peringkat fonologi, leksikal , semantik mahupun tatabahasa.

Nik Safiah Karim (1988:46) pula mendefinisikan penukaran kod dari segi tahap bahasa dan menggunakan istilah penukaran bahasa. Beliau mengatakan bahawa penukaran bahasa sebagai fenomena

Page 57: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Pengaruh Bahasa Melayu dalam Penukaran Kod Pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA

51Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

transformasi dalam penggunaan bahasa atau jenis bahasa yang diketahui oleh seseorang dalam situasi tertentu. Menurut beliau lagi, penukaran bahasa boleh berlaku dalam bentuk sebahagian daripada perbualan tersebut, misalnya pada tahap perkataan atau frasa kepada satu bahasa lain oleh beberapa sebab tertentu.

Fenomena penukaran kod telah menjadi satu bidang yang sering dikaji oleh ramai pengkaji dari luar mahupun dalam negara. Kajian dari segi perspektif Linguistik mahupun Sosiolinguistik sering dilakukan. Pengkaji luar negara seperti Ferguson (1959), Bloom & Gumpertz (1972), Gumpertz (1977), Poplack (1988), Grosjean (1982 & 1995), Scotton (1993) dan Holmes (2001) telah memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan kajian dalam bidang penukaran kod.

Azuma (2000) membincangkan kekangan sintaktis dalam penukaran kod bahasa Jepun dan bahasa Jepun. Beliau mengatakan bahawa walaupun kategori leksikal boleh diselang seli di antara dua bahasa dalam penukaran kod, namun kategori fungsional dalam satu bahasa tidak boleh digantikan dengan satu bahasa lain. Sebagai contoh, penggunaan “hanashi-ed (telah bercakap)” dalam penukaran kod bahasa Jepun dan bahasa Jepun. Responden kajian menggunakan bentuk kala masa lampau bahasa Inggeris iaitu penambahan “ed” pada kata kerja untuk menerangkan bentuk kala masa lampau kata kerja bahasa Jepun. Responden kajian sepatutnya menggunakan bentuk “hanashimashita” untuk menyatakan telah bercakap dalam bahasa Jepun.

Manakala kajian Fotos (1990) terhadap kanak-kanak dwibahasa bahasa Jepun dan bahasa Inggeris mendapati bahawa kanak-

kanak tersebut menggunakan penukaran beberapa morfem terikat seperti “mimizu-s” (banyak cacing tanah) dan “yuukai-ed (telah menculik)”. Hal ini disebabkan tidak ada kata jamak dalam bahasa Jepun dan akibat pengaruh bahasa pertama kanak-kanak tersebut menyebabkan mereka menggunakan bentuk penambahan “s” pada kata nama untuk menggambarkan kata jamak. Di samping itu, kanak-kanak tersebut juga menggunakan bentuk kala masa lampau bahasa Inggeris “ed” pada kata kerja bahasa Jepun untuk menunjukkan sesuatu aktiviti itu telah berlaku.

Cuadra (1997) telah membuat kajian terhadap sekumpulan minoriti pelajar Filipina di Sendai, Jepun berkaitan bentuk penukaran kod bahasa Inggeris-Tagalog menurut pelbagai konteks yang melibatkan orang, topik dan sebagainya, Selain bahasa Inggeris dan bahasa Tagalog, kumpulan pelajar tersebut didapati menggunakan bahasa Jepun dalam repertoir lisan (verbal repertoire) mereka. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa bentuk penukaran kod yang berlaku melibatkan penggunaan leksikal-leksikal bahasa Inggeris dan bahasa Jepun dalam rangka morfo-sintaksis bahasa Tagalog. Bidang morfo-sintaksis merupakan gabungan ilmu morfologi dan sintaksis yang berkaitan dengan pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Penukaran kod ke bahasa Inggeris dalam ayat yang terdapat kata fungsi bahasa Tagalog adalah berlaku atas sebab kiasan.

Maya Khemlani David (2003), telah menjalankan satu kajian tentang peranan dan fungsi penukaran kod dalam mahkamah di Malaysia. Beliau merumuskan perkara di bawah sebagai hasil faktor perlakuan kod di mahkamah Malaysia:

Page 58: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Muhammad Alif Redzuan, Normaliza Abd Rahim, Jusang Bolong dan Zaid Mohd Zain

52 Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

i. Faktor Kecekapan terhad dalam sesuatu bahasa

ii. Faktor Pemilihan bahasa mengikut penutur berlainan

iii. Faktor strategi komunikasiiv. Faktor istilah teknikal

Menurut Maya Khemlani David (2003), penukaran kod wujud kerana disebabkan faktor situasi seperti merujuk kepada orang yang bercakap dan respondennya. Tambah beliau lagi, situasi lain yang mendorong perlakuan penukaran kod ialah faktor metáfora dan pragmatik seperti memberikan arahan, mengajuk seseorang, memberi kan penekanan, terutamanya dalam setting di mahkamah. Penukaran kod di mahkamah Malaysia juga adalah bertujuan sebagai strategi komunikasi yang mendesak saksi ataupun yang tertuduh memberikan keterangan yang diperlukan. Oleh yang demikian, Maya Khemlani menyimpulkan bahawa percampuran kod di mahkamah Malaysia adalah bertujuan mencapai sesuatu tahap strategi dan matlamat profesional.

Karen Kow Yip Cheong (2003), telah menjalankan kajian dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Malaysia yang berumur antara empat hingga enam tahun. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak menukar kod sebagai strategi komunikasi seperti orang dewasa. Namun, dapat dikenal pasti bahawa kanak-kanak menggunakan strategi penukaran kod sebagai satu strategi yang inovatif. Karen mendapati bahawa kanak-kanak menukar kod untuk menyampaikan mesejnyadenganlebihefisiendanberkesan.Maka Karen membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak ialah penutur yang kreatif.

Seseorang penutur menukar kod mengikut keperluan dan kesesuaian. Faktor ini dibuktikan oleh pengkaji tempatan Jariah

Mohd. Jan (2003). Beliau telah menjalankan kajian terhadap beberapa orang dewasa yang bekerja dalam situasi rasmi. Beliau mendapati bahawa peserta mempunyai kuasa menukar kod dengan sebab memberikan penekanan pada arahannya dan juga untuk menunjukkan status sosialnya. Beliau berpendapat bahawa penukaran jenis ini sebagai alat kuasa orang atasan dalam urusan pentadbiran.

MenurutZuraidahMohd.Don(2003:21-38), penukaran kod juga dilakukan atas untuk menunjukkan identiti kawasan dan keanggotaan sesuatu kumpulan. Beliau menjalankan kajian tentang fenomena penukaran kod antara bahasa Melayu Standard dengan dialek Kelantan. Beliau mendapati bahawa penutur Kelantan menukar kod kerana berasa selesa menggunakan dialek mereka apabila berbual dengan orang setempatnya dan menukar kod ke bahasa Melayu apabila bertutur dengan orang luar. Keadaan ini menjadi salah satu faktor kepada perlakuan penukaran kod.

Berdasarkan pandangan pengkaji dapat disimpulkan bahawa kewujudan fenomena penukaran kod disebabkan penutur mempunyai kebolehan berbahasa lebih dari satu bahasa. Ini ditambah dengan desakan beberapa faktor sosial yang mendorong kepada fenomena perlakuan kod.

Kertas kerja ini berfokus untuk menganalisis pengaruh bahasa Melayu (BM) dalam penukaran kod dalam kalangan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun di Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, Institut Perindustrian Malaysia – Jepun. Daripada tinjauan awal yang dibuat terhadap perlakuan bahasa di dalam kalangan pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, didapati wujudnya proses penukaran kod dalam komunikasi mereka apabila mereka berada dalam kumpulan yang

Page 59: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Pengaruh Bahasa Melayu dalam Penukaran Kod Pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA

53Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

sama. Mereka kerap menukar kod bahasa secara berselang seli dalam pertuturan mereka sama ada daripada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris kepada bahasa Jepun atau sebaliknya. Malah gaya pertuturan, cara berinteraksi serta gerak badan sewaktu berinteraksi membuktikan bahawa terdapat unsur asimilasi budaya Melayu dalam wacana lisan mereka.

Kajian ini dijalankan untuk menjawab objektif berikut: i. Mengenal pasti fungsi komunikasi

penukaran kod dalam kalangan pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA;

ii. Melihat keberkesanan komunikasi lisan dalam penggunaan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu

METODOLOGI Sampel untuk kajian ini ialah pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA yang mempelajari bahasa Jepun sebagai mata pelajaran wajib sebelum menjalani latihan perindustrian di syarikat Jepun yang terpilih selama tiga tahun. Mereka terdiri daripada bangsa Melayu dan berumur antara 22 tahun hingga 26 tahun, yang mempelajari bahasa Jepun peringkat lanjutan. Kajian ini telah dijalankan di Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, Institut Perindustrian Malaysia – Jepun yang terletak di Beranang, Selangor Darul Ehsan.

Kajian ini ialah kajian kes. Kajian kes ialah satu kaedah kajian dengan reka bentuk tersendiri (Yin 2003). Isu kesahan dan kebolehpercayaan hendaklah diberikan perhatian dalam kajian kes seperti mana-mana reka bentuk penyelidikan, Teknik yang digunakan untuk memastikan kebolehpercayaan dan kesahan penyelidikan,

termasuk pengumpulan data menggunakan pelbagai instrumen kajian (House & Lapan 1994). Oleh itu, reka bentuk khusus kajian ini ialah kaedah kualitatif. Dalam kajian kualitatif, penyelidik bergantung pada pandangan peserta dan mengumpulkan data yang sebahagian besarnya terdiri daripada kata-kata. Kata-kata ini kemudian dijelaskan dan dianalisis (Creswell, 2008).

Perbualan semula jadi responden kajian merupakan data asas yang diperoleh daripada rakaman audio. Rakaman audio telah digunakan supaya data rakaman boleh mendokumentasikan penukaran kod responden kajian. Sebanyak 4 jam interaksi spontan telah dirakam dengan menggunakan perakam video dan IC Recorder. Setiap sesi interaksi spontan melibatkan masa selama 20 minit. Data yang direkodkan telah diperoleh daripada responden kajian yang melakukan 3 tugasan lisan. Tugasan lisan ini merupakan aktiviti interaksi berpasangan yang membahagikan 8 orang responden kajian kepada 4 kumpulan. Rakaman audio tersebut kemudian dibuat transkripsi dan diberikan simbol tertentu. Rakaman audio berdasarkan transkripsi didengar berulang kali untuk mendapatkan fungsi komunikasi penukaran kod yang dihasilkan oleh responden kajian.

Pemerhatian diperoleh melalui rakaman video yang dilakukan semasa sesi aktiviti tugasan lisan dibuat terhadap 8 responden kajian. Pemerhatian rakaman video dilakukan untuk membolehkan pengkaji menggunakannya berulang kali untuk melihat keberkesanan komunikasi lisan dalam penggunaan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu. Seterusnya, temu bual susulan direkodkan dengan menggunakan alat perakam audio supaya tiada maklumat yang tertinggal

Page 60: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Muhammad Alif Redzuan, Normaliza Abd Rahim, Jusang Bolong dan Zaid Mohd Zain

54 Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

atau tercicir. Temu bual susulan akan ditranskripsikan. Hasil analisis data temu bual dipersembahkan dalam bentuk naratif untuk menyokong dapatan kajian daripada pemerhatian rakaman video.

Bagi tujuan analisis data, pengkaji membuat terjemahan transkripsi rakaman audio daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu. Data kajian rakaman audio yang dikumpulkan oleh pengkaji dianalisis secara kualitatif dengan mengguna pakai fungsi-fungsi komunikasi penukaran kod seperti yang digariskan oleh Gumpertz (1977), Kachru(1983),Rayfield(1970)danPoplack(1980) untuk mengenal pasti fungsi –fungsi komunikasi. Di samping itu, analisis data kajian daripada pemerhatian video dan temu bual susulan akan melihat keberkesanan komunikasi lisan dalam aktiviti interaksi berpasangan dalam penggunaan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu. Hal ini akan membincangkan bagaimana penggunaan penukaran kod dapat membantu responden kajian untuk menyampaikan mesej kepada pasangan mereka walaupun memiliki sumber linguistik bahasa Jepun yang terhad.

Rangka teoritikal yang digunakan untuk mengenal pasti fungsi komunikasi ialah Gumpertz(1977),Kachru(1983),Rayfield(1970) dan Poplack (1980) yang terdiri daripada tiga belas fungsi ;-a. Petikan, kata seruan, pengulangan,

kecekapan mesej, keperibadian lawan keobjektifan, spesifikasi pesapa- Gumpertz (1977)

b. Ungkapan kemudahan –Poplack (1988)

c. Penekanan un tuk menandakan perbezaan, s ikap menghormati , p e n g e l a k a n t a n d a , p e r u b a h a n topik–Rayfield(1970)

d. Pengenalan, peranan, pengenalan daftar – Kachru (1983)

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGANSeksyen ini membincangkan analisis yang dijalankan ke atas data kajian daripada transkripsi rakaman audio, pemerhatian rakaman video dan temu duga susulan untuk mengenal pasti fungsi komunikasi dan melihat keberkesanan komunikasi lisan dalam aktiviti interaksi berpasangan dalam penggunaan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu dalam interaksi berpasangan dalam kalangan pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA

1. Fungsi Komunikasi Penukaran KodHanya penukaran kod daripada bahasa Melayu kepada bahasa Jepun diambil kira dalam kajian ini kerana subjek hanya menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Jepun dalam perbincangan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat enam jenis fungsi komunikasi penukaran kod yang digunakan oleh responden kajian ketika berinteraksi dengan pasangan mereka. Perbincangan dimulakan dengan fungsi komunikasi yang pertama, iaitu kata seruan.

Kata seruanFungsi ini adalah sebagai penanda kata seruan atau hanya sebagai pelengkap ayat (sentence filler). Lazimnya terdapat pada ujaran penutur yang menggunakan suatu kod bahasa lain untuk meluahkan perasaannya dalam perbualan dengan penutur lain seperti perasaan terkejut, hairan, sedih dan sebagainya. Contoh :-

Contoh 1 R 1富士山の…富士山の高さは…

Page 61: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Pengaruh Bahasa Melayu dalam Penukaran Kod Pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA

55Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

mmm…千…三千…三千七百七十…argh…六メトル…  (Ketinggian gunung Fuji…gunung Fuji..mmm…seribu…tiga ribu…tiga ribu tujuh ratus tujuh puluh…argh…enam meter…)

R 2Wah! 高いです (Tinggi)

Contoh (1) ialah ujaran yang telah dipetik juga daripada transkripsi perbualan. Di sini R 1 telah menggunakan kata seruan bahasa Melayu dalam satu ujaran. Contohnya dalam ujaran di atas, R 2 telah menggunakan kata seruan “Wah!” untuk meluahkan perasaan hairan kepada ujaran R 1 yang tahu tentang ketinggian Gunung Fuji ialah 3,776 meter dengan tepat. Ayat di atas menunjukkan bahawa responden kajian telah menggunakan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu untuk meluahkan perasaan hairan melalui penanda kata seruan bahasa Melayu “Wah!” Ini adalah kerana responden kajian sudah biasa dengan kata seruan bahasa Melayu, iaitu bahasa ibunda responden kajian untuk meluahkan perasaan mereka dan akan menggunakan penukaran kod kata seruan bahasa Melayu ke dalam ujaran tanpa disedari.

Contoh 2 R 3しんちゃんはとても…は… argh…男の子は悪い人ですから、 (Shinchan sangat…adalah…argh…kerana merupakan seorang budak lelaki yang jahat,)

R 4Oh! (nada terkejut)

R 3そして…あのう…たくさんの…何か laugh…laughingが…argh…できます。 (dan…apa dia…banyak..apa yang ketawa…sedang ketawa…argh…boleh)

R 4Oh! (nada terkejut)

Contoh (2) ialah ujaran yang telah dipetik juga daripada transkripsi perbualan. Di sini R 4 telah menggunakan kata seruan bahasa Melayu dalam dua ujaran. Dalam ujaran pertama di atas dapat kita lihat bahawa R 4 telah menggunakan penukaran kod daripada bahasa Melayu kepada bahasa Jepun untuk meluahkan perasaan terkejut melalui penanda kata seruan bahasa Melayu “Oh!”. Ini merupakan reaksi R 4 apabila tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh R 3 tentang watak Shin-chan yang terkenal dalam siri animasi Shin-chan. Malahan ujaran R 3 yang tidak sempurna juga membuatkan R 4 terpinga-pinga untuk memberikan maklum balas. Ini secara langsung menunjukkan bahawa responden kajian telah menggunakan penukaran kod dalam ujaran mereka untuk meluahkan perasaan mereka tanpa disedari apabila mereka bertutur dalam bahasa Jepun.

PengulanganFungsi ini adalah untuk menjelaskan atau menegaskan apa yang hendak diperkatakan oleh penutur kepada pasangannya. Contoh:

Contoh 3 R 7あのう…野菜天ぷらが一番すきです。飲み物は?

Page 62: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Muhammad Alif Redzuan, Normaliza Abd Rahim, Jusang Bolong dan Zaid Mohd Zain

56 Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

(Apa dia…Saya paling suka tempura. Minuman pula?)

R 8Teh O Ais.(Teh O Ais)

R 7Teh O Ais?(Teh O Ais?)

R 8Teh O Ais. (Teh O Ais)

R 7そうですか。 私は冷たいコーヒーです。(Oh! begitu. Saya pula Kopi Ais.)

Contoh (3) ialah ujaran yang telah dipetik juga daripada transkripsi perbualan. Di sini, penutur R 8 telah menggunakan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu untuk menyatakan minuman kesukaannya ialah Teh O Ais. Apabila R 7 berkata “Teh O Ais” dengan nada tanya, maka R 8 mengulang semula “Teh O Ais” untuk menjelaskan atau menegaskan minuman kesukaannya kepada R 7. Ini membuatkan R 7 memahami mesej R 8 kepadanya dan kemudian menyatakan minuman kesukaannya ialah Kopi Ais.

Contoh 4 R 6はい…あなたは何でここに…ここに…来ましたか。 (Ya…Awak datang ke sini dengan menaiki apa?)

R 5私は毎日motosikal(Saya setiap hari motosikal)

R 6Motosikal?(Motosikal?)

R 5 ええ…motosikalで来ました。 (Ya….telah datang menaiki motosikal.)

R 6 私は毎日車で…車で来ました。(Saya pula setiap hari menaiki kereta…telah datang dengan menaiki kereta.)

Contoh (4) ialah ujaran yang telah dipetik juga daripada transkripsi perbualan. Di sini, penutur R 5 telah menggunakan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu untuk mengatakan bahawa dia menaiki motosikal setiap hari ke Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA. Apabila R 6 berkata “Motosikal” dengan nada tanya, maka R 5 mengulang semula “motosikal” untuk menjelaskan atau menegaskan bahawa dia datang ke Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA dengan menaiki motosikal. Ini secara langsung membuatkan R 6 memahami mesej R 5 dan seterusnya mengatakan bahawa dia menaiki kereta setiap hari ke Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA.

Kecekapan mesejFungsi ini mengandungi penyusunan perkataan yang cekap dalam bentuk sama ada ayat, klausa atau pun frasa berikutan pernyataan sebelumnya, atau pernyataan selanjutnya untuk menerangkan mesejnya. Contoh:

Contoh 5 R 1運転したいです。 新幹線…   (Ingin memandu. Kereta api Laju)

Page 63: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Pengaruh Bahasa Melayu dalam Penukaran Kod Pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA

57Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

R 2そうですか。あなたは新幹線のlesenがありますあか…(Oh,ya ke. Awak ada lesen kereta api laju?)

R 1いいえ、あのう….(Tidak, apa dia….)

(R 2 menggunakan bahasa Melayu dan berkata “apa dia? ….dalam mimpi”)

R 2Oh!....夢の中。 (Oh!...dalam mimpi)

Contoh (5) ialah ujaran yang telah dipetik juga daripada transkripsi perbualan. Dalam perbualan di atas, R 1 mengatakan bahawa dia ingin memandu Shinkansen (kereta api laju) kepada R 2. Seterusnya R 2 menggunakan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu untuk bertanya adakahR 1 memiliki lesen untuk memandu kereta api laju di negara Jepun. Ini membuatkan R 1 memberikan jawapan tidak dan membiarkan ayatnya tergantung sambil berkata “dalam mimpi” menggunakan bahasa Melayu. Kemudian R 2 menambah kenyataan selanjutnya untuk menerangkan mesej keinginan R 1 untuk memandu Shinkansen (kereta api laju) adalah dalam mimpi dalam bahasa Jepun. Ini secara langsung menunjukkan bahawa responden kajian telah menggunakan penukaran kod dalam ujaran mereka untuk menyampaikan mesej mereka dengan lebih cekap kepada pasangan mereka.

Contoh 6 R 3どらやきを食べた事がありますか。 (Anda pernah memakan Dorayaki (kuih manis Jepun)

R 4いいえ、ありません。(Tidak, tak pernah.)

R 3Pasar malamであります。 (Ada di Pasar Malam.)

R 4そうですか。 (Oh! Begitu.)

R 3Seringgit…seringgit…seringgitだけです。 (Hanya seringgit…seringgit sahaja.)

R 4買いたいです…買いたいです。 (Saya ingin beli…ingin beli.)

Contoh (6) ialah ujaran yang telah dipetik juga daripada transkripsi perbualan. Dalam perbualan di atas, R 3 bertanya kepada R 4 sama ada dia pernah makan Dorayaki (kuih manis Jepun). Reaksi R 4 ialah dia tak pernah makan Dorayaki. Seterusnya R 2 menggunakan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu untuk mengatakan bahawa Dorayaki ada di Pasar Malam. Selepas itu, R 3 menggunakan penukaran kod sekali daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu untuk menyatakan bahawa harga Dorayaki ialah seringgit sahaja. Ini membuatkan R 4 ingin membeli Dorayaki di Pasar Malam. Ini secara langsung menunjukkan bahawa responden kajian telah menggunakan penukaran kod dalam ujaran mereka untuk menyampaikan mesej mereka dengan lebih cekap kepada pasangan mereka.

Spesifikasi PesapaPenukaran kod ini berlaku penutur ingin menarik perhatian pendengar supaya

Page 64: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Muhammad Alif Redzuan, Normaliza Abd Rahim, Jusang Bolong dan Zaid Mohd Zain

58 Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

mengambil bahagian dalam sesuatu perbualan. Fungsi penukaran kod ini menetapkan seseorang atau lawan-sapa yang tertentu sebagai penerima mesej dalam sesuatu perbualan tertentu. Contoh:

Contoh 7R 1Mmm…Doraemon….nama….nama Doraemon…私….mmm…知りません。(Mmm…saya…mmm….tidak tahu…nama Doraemon…nama Doraemon.)あなたは知っていますか。(Anda tahu tak?)

R 2どらえもんの…名前はどら…どらねこです。(Nama Doraemon adalah Dora…Dora neko..)

R 1Ah! ねこ…ねこ…ねこは…マレー語でKucingです。 (Ah! Makna neko…neko..neko..dalam bahasa Melayu ialah kucing.)

R 2どらの意味は分かりません。 (Saya tak tahu makna Dora .)

R 1私も分かりません。

(Saya pun tak tahu.)

Contoh (7) ialah ujaran yang telah dipetik juga daripada transkripsi perbualan. Dalam perbualan di atas, R 1 menukar kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu dengan bertanya adakah R 2 mengetahui nama panggilan Doraemon kerana R 1 tidak tahu. Ini dilakukan dengan tujuan untuk menarik perhatian R 2 untuk mengambil bahagian dalam perbualan tentang watak Doraemon. Ini membuatkan

R 2 memberikan jawapan bahawa nama panggilan Doraemon ialah “Dora neko.” Fungsi penukaran kod dalam perbualan ini adalah sebagai menetapkan R 1 sebagai lawan-sapa dan R 2 sebagai penerima mesej.

Contoh 8R 3どこの喫茶店で働きましたか。(Anda bekerja di kafeteria mana?)

R 4Menara Chen.(Menara Chen.)

R 3Menara Chen.はどこですか。(Di mana letak Menara Chen?)

R 4Jalan Ampang. (Jalan Ampang.)

R 3Jalan Ampang……はにぎやかな町…(Jalan Ampang adalah banda sibuk.)

Contoh (8) ialah ujaran yang telah dipetik juga daripada transkripsi perbualan. Dalam perbualan di atas, R 3 bertanya R 4 di manakah letaknya kafeteria dia bekerja ketika berjumpa orang Jepun. Seterusnya R 4 menukar kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu dengan mengatakan bahawa di Menara Chen. Ini membuatkan R 3 bertanya di manakah letaknya Menara Chen kepada R 4. Ini membuatkan R 4 menukar kod daripada bahasa Jepun ke bahasa Melayu dengan mengatakan bahawa Menara Chen terletak di Jalan Ampang. Fungsi penukaran kod dalam perbualan ini adalah sebagai menetapkan R 3 sebagai lawan-sapa dan R 4 sebagai penerima mesej.

Page 65: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Pengaruh Bahasa Melayu dalam Penukaran Kod Pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA

59Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

Ungkapan KemudahanMenurut Tay (1987:50-52), penutur yang terlibat sepenuhnya dalam sesuatu topik perbualan lazimnya akan memilih sesuatu kod bahasa tertentu yang lebih pendek, ekonomik, bergaya dan penuh berperasaan apabila mengulangi atau cuba menghuraikan sesuatu yang telah diperkatakan sebelumnya.

Contoh 9R 5新幹線の…スピード? (Kereta api laju….kelajuan…)

R 6Macam kereta F1….(Macam kereta F1…)

R 5とても速いです。 (Sangat laju.)

R 6三百六十キローです。(Tiga ratus enam puluh kilometer.)

Contoh (9) ialah ujaran yang telah dipetik juga daripada transkripsi perbualan. Dalam perbualan di atas, R 5 bertanya kepada R 6 tentang kelajuan Shinkansen (kereta api laju). Ini membuatkan R 6 menukar kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu dengan mengatakan bahawa kelajuan Shinkansen adalah sama dengan kereta Formula One. Ini secara langsung telah memudahkan R 5 untuk memahami kelajuan Shinkansen sangat pantas. Fungsi penukaran kod dalam perbualan ini telah membantu R 6 menyampaikan mesej kepada R 5 dengan lebih pendek tanpa R 6 perlu menghuraikan kelajuan Shinkansen dengan panjang lebar dalam bahasa Jepun.

Pengelakan tandaFungsi ini menggunakan kata nama yang lebih tepat untuk barangan, makanan, penyakit, pekerjaan, pakaian, organisasi, bangunan, dan sebagainya. Penukaran kod di sini ialah pilihan menidakkan tanda (unmarked choice) oleh penutur dan pendengarnya. Contoh:

Contoh 10R 7IKM Seri Gadingで勉強しました… (Saya telah belajar di IKM Seri Gading.)

R 8同じ…: IKM Seri Gadingで勉強しました.(Sama… Saya pun telah belajar di IKM Seri Gading.)

Contoh (10) ialah ujaran yang telah dipetik juga daripada transkripsi perbualan. Dalam perbualan di atas, R 7 mengatakan bahawa dia telah menggunakan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu untuk menunjukkan tempat belajar R 7, iaitu “IKM Seri Gading.” Seterusnya R 8 juga mengatakan bahawa dia pun belajar di tempat yang sama dengan R 7. Jika dilihat fungsi penukaran kod dalam perbualan di atas, R 7 tidak mahu menggunakan perkataan terjemahan dalam bahasa Jepun untuk mengelak tanda dalam pertuturan mereka. Ini adalah kerana R 7 tahu ia adalah lebih tepat menggunakan kosa kata bahasa Melayu untuk menyatakan tempat belajarnya daripada mencari kosa kata bahasa Jepun yang sesuai.

Daripada dapatan kajian, dapat dibuat kesimpulan bahawa responden kajian menggunakan penukaran kod menurut fungsi yang dikehendaki sesuai dengan konteks dan situasi. Antara fungsi komunikasi penukaran

Page 66: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Muhammad Alif Redzuan, Normaliza Abd Rahim, Jusang Bolong dan Zaid Mohd Zain

60 Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

kod yang digunakan oleh responden kajian adalah sebagai fungsi ekspresif atau untuk meluahkan perasaan sama ada perasaan marah, tidak puas hati, sedih, gembira dan sebagainya. Di samping itu, penukaran kod juga dapat memudahkan pemahaman atau penjelasan tentang beberapa perkataan yang tidak dapat dijelaskan dalam bahasa Jepun dan ini memerlukan penggantian dari bahasa Melayu misalnya istilah barangan, makanan, penyakit, pekerjaan, pakaian, organisasi, bangunan, dan sebagainya. Malahan penukaran kod juga berlaku apabila responden kajian ingin mewujudkan situasi perbualan yang mesra, terutama sekali orang yang dibawa berbual itu berlainan pangkat atau peringkat umur. Seterusnya, penukaran kod juga berfungsi sebagai menegaskan sesuatu maklumat penting yang diperkatakan oleh responden kajian kepada pasangannya. Malahan, penukaran kod juga berfungsi untuk menerangkan, menjelaskan dan mengukuhkan mesej yang disampaikan oleh responden kajian kepada pasangannya. Pada umumnya, penggunaan fungsi komunikasi penukaran kod memberikan manfaat kepada responden kajian sewaktu berinteraksi dengan pasangan mereka dalam aktiviti tugasan lisan.

Keberkesanan Komunikasi Lisan dalam Penggunaan Strategi Penukaran Kod dari Bahasa Jepun ke Bahasa MelayuPemerhatian awal pengkaji menunjukkan bahawa terdapat tingkah laku pelajar Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA yang cenderung menggunakan penukaran kod antara satu sama lain semasa berbual secara formal dan tidak formal. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk membincangkan bagaimana penggunaan penukaran kod dapat membantu responden kajian untuk menyampaikan mesej kepada pasangan mereka walaupun

memiliki sumber linguistik bahasa Jepun yang terhad.

Data pemerhatian video menunjukkan bahawa responden kajian bersungguh-sungguh untuk menyampaikan mesej mereka kepada pasangan dalam tugasan lisan walaupun memiliki pengetahuan linguistik bahasa Jepun yang terhad. Responden kajian menggunakan pelbagai strategi termasuk strategi penukaran kod agar saluran komunikasi tidak terganggu. Malahan data temu bual susulan menyokong kenyataan ini bahawa responden kajian menukar kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu agar mesej difahami kerana mereka tahu pasangan tugasan lisan ialah orang Melayu. Malahan responden kajian juga menyatakan dalam temu bual susulan bahawa mereka tidak mahu membazir masa mencari perkataan atau frasa dalam bahasa Jepun kerana lebih mudah untuk menyampaikan mesej dengan menggunakan bahasa Melayu. Di samping itu, amalan masyarakat Malaysia yang suka menukar kod dalam perbualan mereka juga mempengaruhi responden kajian untuk menggunakan penukaran kod dalam menyampaikan mesej kepada pasangan tanpa disedari oleh mereka.

Daripada dapatan kajian, dapat dibuat kesimpulan penggunaan penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu tidak membantu responden kajian untuk menyampaikan mesej dengan baik dalam tugasan lisan. Hal ini disebabkan bahasa Melayu dan bahasa Jepun ialah dua bahasa yang berbeza rumpun. Strategi penukaran kod hanya akan mencapai objektif komunikasi jika kedua-dua penutur dan pendengar mempunyai pengetahuan bahasa yang ditukarkan kodnya. Dapatan kajian ini juga menyokong dapatan Poplack (1980: 600) yang mendapati bahawa “code-

Page 67: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Pengaruh Bahasa Melayu dalam Penukaran Kod Pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA

61Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

switching is such that virtually no instances of language one and language two occur.” Beliau juga mengatakan bahawa penukaran kod hanya boleh dilakukan jika terdapat kesamaan antara kedua-dua bahasa. Menurut beliau, “Switching takes place only at boundaries common with both languages” Pada umumnya, strategi penukaran kod daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu yang digunakan tidak membantu responden kajian untuk memahami maksud yang ingin disampaikan dalam konteks kajian ini.

KESIMPULANHasil dapatan kajian menunjukkan sikap mengambil mudah responden kajian apabila ingin menyampaikan mesej kepada pasangannya. Mereka akan menggunakan strategi penukaran kod kepada bahasa Melayu apabila mesej yang ingin disampaikan tidak difahami oleh pasangan mereka kerana mereka tahu pasangan mereka dalam tugasan ialah penutur asli bahasa Melayu. Ini selaras dengan kenyataan Somsai & Intaraprasert (2011) bahawa dengan menggunakan kaedah penukaran kod, penutur dapat meneruskan penyampaian idea tanpa disekat oleh keperluan untuk menggunakan istilah dalam bahasa sasaran. Di samping itu, strategi penukaran kod ini banyak digunakan oleh responden kajian apabila terdapat perkataan atau frasa yang tidak sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun seperti kata nama makanan, pakaian dan bangunan yang mempunyai culturally untranslatable concepts. Dapatan ini menyokong dapatan Rekha Jayantilal (1998) yang juga mendapati bahawa apabila tiada perkataan bahasa sasaran yang setara dengan perkataan atau frasa bahasa asing, penutur asli bahasa Melayu akan menggunakan

bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan perkataan atau frasa tersebut.

RUJUKANAsmah Hj. Omar. (1982). Language and Society in

Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Asmah Hj. Omar. (1985). Pattern of Language Communication in Malaysia. Southeast Asia Journal of Special Science, 13(1), 19-28

Azuma, Shoji. (2000). Functional categories and code switching in Japanese/English. Dlm. Jacobson, R. (ed.), Trends in Linguistics. Studies and monographs;126: Code switching worldwide2, Berlin; New York: Mouton de Gruyter.

Bloom & Gumpertz. (1972). Social Meaning in Linguistic Structures: Code Switching in Norway. Dlm. Directions in Sociolinguistic, John Gumpertz & Dell Hymes (Ed.). New York: Holt, Rinehart & Winston.

Creswell, J. W. (2008). Educational research: Planning, conduct ing, and evaluat ing quantitative and qualitative research. Upper Saddle River: Pearson Education, Inc.

Cuadra, J. C. A (1997). Code switching Pattern of a Foreign Minority Group in Japan: a Study of Filipino Students in Sendai Japan. Dlm. Sociolinguistic Dissertations: Department of Linguistic, Cultural and Translation, University of Surrey.

Di Pietro, R. J (1977). Code switching as a verbal Strategy Among Bilingual. Dlm. E. R., Eckman, F. R., Washington (Ed), Current Themes in Linguistic : 3-13, Hemisphere Publishing Corporation.

Ferguson, C. A. (1959). Diglossia. Word, 15, 325-340

Fotos, Sandra S. (1990). Japanese/English code-switching in bilingual children. Journal of Association of Language Teachers, 12(1), 75-98.

Gumperz, J. (1977). Sociocultural Knowledge in Conversational Inference. Dlm. M. Saville-Troike (Ed.), 28th Annual Round Table Monograph Series on Languages and Linguistics. Washington: Georgetown University Press.

Page 68: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Muhammad Alif Redzuan, Normaliza Abd Rahim, Jusang Bolong dan Zaid Mohd Zain

62 Mahawangsa 2 (1): 47 - 62 (2015)

Grosjean, J. (1982). Life With Two Languages, Cambridge: Cambridge Press.

Grosjean, J. (1995). A Psychological Approach to Code Switching: The Recognition Guestwords by Bilingual. Dlm. L. Milroy and P. Muysken (Eds.): 259-275.

Holmes, J. (2001). An introduction to sociolinguistics (2nd ed.). England: Pearson Education Limited

House, E. R., & Lapan, S. (1994). Evaluation of programs for disadvantaged gifted students. Journal for the education of the gifted, 17(4), 441-446.

Hymes, D. (1975). Foundations in Sociolinguistic, Philadelphia: Pennsylvania Press.

Jariah Mohd Jan, (2003). Code Switching For Power Wielding: Inter Gender Discourse at the Workplace. Multilingua Journal of Cross Culture and Interlanguage Communication, 22(1), 41-57.

Karen Kow Yip Cheng. (2003). Code-switching for a purpose: Focus on Preschool Malaysian Children. Multilingual, 22(1), 59-77.

Kachru, B. B. (1983) The Indianization of English: The English language in India. Oxford: Oxford University Press.

Marimuthu, P. (2010). Penukaran Kod di Kalangan Guru-guru Sains di Sekolah Tamil (Disertasi yang belum diterbitkan). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Maya Khemlani David. (2003). Role and Function Of Code – Switching in Malaysian Courtrooms. Multilingua Journal of Cross- Culture And Interlanguage Communication.

Milroy, Lesley & Gordon. (2003). Sociolinguistic: Method and Interpretation. Oxford: Blackwell

Myers Scotten, C. (1993). Duelling languages: Grammatical Structure in Codeswitching. Oxford: Clarendon Press.

Myers Scotten, C. & Ury, William. (1977). Bilingual Strategies: The Social Functions of Code switching. International of Sociology of Language, 15(193), 5-20.

NikSafiahKarim.(1988).Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Poplack, S. (1980). Sometimes I’ll start a sentence in Spanish y termino en español: Toward a typology of code-switching. Linguistics, 18(7/8), 581-618.

Poplack,S. (1988). Constracting Patterns of Code Switching in Two Communities in Code Switching: Anthropological and Sociological Perspectives, Monica Heller (Ed.). Berlin Mouton Press. (ms. 215-244)

Rayfield,J.R.(1970).The Language of a Bilingual Community. Berlin: Mouton Press

Rekha Jayantilal. (1998). Code-switching and transfer in email correspondence exchanged between four Malaysian women. Jurnal Pendidikan Tiga ENF, 2(2), 63-78.

Somsai, S. & Intaraprasert, C. (2011). Strategies for Coping with Face-To-Face Oral Communication Problems Employed By Thai University Students Majoring in English. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 11(3), 83-96.

Spolsky, Bernard. (1998). Sociolinguistic. New York: Oxford University Press

Tay, Mary, W. J.(1987). Code switching and Code Mixing a Communicative Strategy in Multilingual Discourse in Asian Pacific Papers, Brian Mac Cartny (Ed.). Applied Linguistic Association of Australia. (ms. 43-47)

Trudgill, P. (1974). Sociolinguistic: An Introduction. Wewtminster: Penguin Books.

Wardhaugh, Ronald.1992. An Introduction to Sociolinguistic. New York: Basil Blackwell.

Yin, Robert K. (2003). Case study research, design and methods (3rd ed., vol. 5). Thousand Oaks: Sage.

ZuraidahMohdDon. (2003). Language-Dialect Code-Switching: Kelantanese in a Multilingual Context, Multilingual Journal of Cross-Culture and Interlanguage Communication, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Page 69: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Mahawangsa 2 (1): 63 - 74 (2015)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 22 Mei 2014Diterima: 28 November 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected](BukhariShafie)

Pendekatan Penulisan dan Kesantunan dalam E-Mel

Bukhari ShafieJabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 0600 Jitra, Kedah, Malaysia

ABSTRAKKertas ini membincangkan aspek kesantunan dalam penulisan e-mel yang dihantar oleh guru pelatih kepada pensyarah. Dalam penulisan e-mel, pendekatan penulisan, dan cara berbahasa yang digunakan oleh penulis memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran dan ketepatan penyampaian maklumat kepada pembaca. Kedua-dua aspek tersebut dapat mencerminkan kesantunan penulis dalam menyampaikan hasrat penulis kepada pembaca. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif, iaitu meneliti aspek kesantunan dalam pendekatan penulisan dan pendekatan berbahasa yang digunakan oleh penulis e-mel dengan menggunakan kerangka Prinsip Kesopanan Leech (1983). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan penulisan dan cara berbahasa penulis dalam penulisan tajuk dan kandungan e-mel dapat mencerminkan kesantunan dalam penulisan mereka. Antara aspek kesantunan yang dikesan ialah penulis dapat menguasai pendekatan penulisan, iaitu menulis tajuk dan kandungan e-mel dengan jelas dan mudah difahami oleh pembaca. Namun, terdapat juga pendekatan penulisan yang tidak lengkap seperti tidak menyatakan tajuk, tidak menulis isi kandungan dan hanya menyisipkan bahan tanpa menulis tajuk dan isi kandungan. Selain itu, hasil analisis juga mendapati bahawa cara berbahasa dapat menonjolkan tahap kesantunan penulis dalam menyampaikan maksud dan memudahkan pembaca memahami objektif penulis. Kesimpulannya, hasil kajian ini dapat menunjukkan bahawa aspek kesantunan penulis dapat dilihat dengan jelas berdasarkan pendekatan penulisan dan cara berbahasa dalam penulisan e-mel.

Kata kunci: Bahasa Melayu, e-mel, kesantunan, komunikasi, prinsip kesopanan

The Approaches of Writing and Politeness in Email

ABSTRACTThis paper discusses the aspects of politeness in writing emails sent by the trainee teacher to lecturers. In writing email, writing approach, and the manner in which the writer uses the language plays an important role in ensuring the fluentness and accuracy of information dissenting to the reader. These two aspects

Page 70: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Bukhari Shafie

64 Mahawangsa 2 (1): 63 - 74 (2015)

reflect the writer’s politeness in conveying the intention/ thought of the writer to the reader. By using Leech Politeness Principles, this research was conducted qualitatively to analyse the aspect of politeness in writing’s approach and ways of the language is being used by writer of an email. The findings showed that the writing approach and the manner in which the writer uses the language in writing the title and content of the e-mail reflect the politeness in their writing. Some of the aspects of politeness detected were that the writer had mastered the approach of writing such as writing the title and content of the email with clarity and easy to comprehend by the reader. However, there were also incomplete writing approaches such as not stating the title, did not write the content and only inserting material without writing the title and content. Besides that, the result of this analysis found that the manner in which the language is used could show the level of politeness of the writer in conveying the meaning and facilitating the reader to understand the objective of the writer. In conclusion, these findings showed that the aspect of politeness clearly visible based on the writing approach and the manner in which the language is used in writing email.

Keywords: Malay, email, politeness, communication, politeness principle

PENDAHULUANKesantunan bahasa ialah peraturan yang wujud dalam berbahasa, yakni merujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang. Kesantunan dalam penggunaan bahasa dapat dilihat be rdasa rkan kepa tuhan pengguna bahasa kepada peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan dan beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang dilawan bicaranya (Awang Sariyan, 2007:1). Seseorang akan dianggap sebagai

“tidak tahu bahasa”, “biadab”, “kurang ajar” atau “tidak beradab” jika bahasa dan cara berbahasa yang digunakan tiadak sopan dan tidak sesuai dengan norma budaya, apatah lagi sehingga menyinggung pihak yang dilawan bicara (Bukhari et al., 2007). Bahkan seseorang yang tidak beradab sopan dalam berbahasa dianggap sebagai bangsa yang tidak berjiwa (Mustafa Daud, 1995). Oleh hal yang demikian, adalah penting apabila kita menggunakan bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan, kita harus mematuhi beberapa peraturan tertentu supaya tidak membuat pendengar/ pembaca berasa tersinggung atau lebih-lebih lagi menjatuhkan air mukanya (Asmah, 2007).

Menyedari pentingnya kesantunan berbahasa dalam komunikasi, kajian ini akan meneliti aspek kesantunan berbahasa dalam bahasa tulisan, iaitu komunikasi melalui e-mel1. Hal ini kerana peserta dalam ruang siber2 juga mengongsi bahasa untuk berkomunikasi sama seperti komunikasi lain dalam dunia nyata (Noriah Mohamed, 2006). Oleh itu, sebagai pengguna bahasa, komuniti siber juga tetap terikat dengan peraturan dalam penggunaan bahasa untuk menjamin keberkesanan dan keharmonian dalam komunikasi.

Terdapat beberapa kajian linguistik yang menggunakan e-mel sebagai data kajian. Antaranya ialah kajian Aslihan Akkaya (2007) yang melihat keberkesanan 1 Asmah (2007:12) menygatakan bahawa dengan adanya teknologi IT sekarang ini, surat rasmi boleh dihantar melalui e-mel dalam bentuk soft copy, tetapi peraturan menulisnya samalah dengan menulis hard copy.2 Dalam ruang siber wujud komuniti manusia yang menyerupai komuniti manusia dalam dunia sebenar. Komuniti ini dirujuk sebagai komuniti siber, komuniti maya, komuniti dalam talian, komuniti elektronik dan sebagainya bersempena dengan nama ruang siber itu sendiri(Noriah Mohamed, 2009:5)

Page 71: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Pendekatan Penulisan dan Kesantunan dalam E-Mel

65Mahawangsa 2 (1): 63 - 74 (2015)

komunikasi dalam e-mel berdasarkan penanda pragmatik, danZenaMoayadNajeeb, Marlyna Maros & Nor Fariza Mohd Nor (2012) yang telah mengenal pasti aspek kesantunan dalam e-mel pelajar Arab di Malaysia. Kajian mereka menggunakan kerangka kerja Brown and Levinson’s (1978), Olshtain and Cohen’s (1983) dan Blum-Kulka et al.’ (1989). Hasil analisis mereka menunjukkan bahawa terdapat empat strategi kesantunan yang digunakan oleh pelajar, iaitu “bald on-record”, “positive politenes”, “negative politeness” dan “over politeness”. Mereka juga mendapati bahawa terdapat pengaruh gaya penulisan sms dalam e-mel yang dikaji. Selain itu, kajian mereka turut mengaitkan aspek silang budaya dalam menjelaskan tahap kesantunan yang diperlihatkan.

Walaupun begitu, kajian yang pengkaji laksanakan ini adalah untuk melihat aspek kesantunan dalam kalangan pelajar yang semuanya berbangsa Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan utama. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan yang digunakan oleh pelajar (penulis) untuk menulis e-mel kepada pensyarah (pembaca), dan menjelaskan aspek kesantunan yang diperlihatkan dalam penulisan e-mel.

KAEDAH KAJIANDalam kajian ini, pengkaji menggunakan e-mel yang dihantar oleh pelajar3 kepada pensyarah sebagai data kajian4. Pengkaji 3 Pengkaji menggunakan e-mel rasmi organisasi untuk tujuan komunikasi dengan pelajar. Pelajar juga telah dimaklumkan tujuan pengkaji menggunakan e-mel rasmi adalah untuk aktiviti berkaitan hal akademik sahaja.4 Pengkaji merakamkan terima kasih kepada para pelajar yang mengizinkan pengkaji menggunakan e-mel yang dihantar oleh mereka

mendapati bahawa terdapat pelbagai cara penulisan e-mel yang digunakan oleh pelajar. Walaupun begitu dalam kajian ini pengkaji hanya meneliti aspek penulisan tajuk e-mel, dan kandungan e-mel. Pengkaji berpendapat bahawa pendekatan dan cara penulisan yang digunakan oleh penulis dapat memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa kerana e-mel yang dihantar kepada pembaca berkaitan dengan tujuan rasmi5 atau separa rasmi. Oleh hal demikian, sewajarnyalah aspek kesantunan berbahasa diutamakan oleh penulis.

Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan kerangka Prinsip Kesopanan Leech (1983) . Ka j i an ini berbentuk kualitatif, iaitu meneliti pendekatan penulisan dan pendekatan berbahasa yang digunakan oleh penulis e-mel dan menghubungkaitkan dengan aspek kesantunan. Leech (1983) telah memperkenalkan Prinsip Kesopanan dengan menerapkan enam maksim yang pada pandangannya seseorang penutur sewajarnya menuruti dan mengamalkan maksim ini dalam perbualan. Maksim tersebut ialah maksim santun, maksim kedermawan, maksim sokongan, maksim kerendahan hati, maksim persetujuan dan maksim simpati.

Menurut Leech (1983), maksim santun wujud dalam bentuk meminimumkan kos bagi orang lain dan memaksimumkan manfaat bagi orang lain. Dalam menentukan

kepada pengkaji sebagai data kajian ini. Namun begitu, nama pelajar dirahsiakan. Lihat Neuman (2006:129-147) tentang etika kajian.5 Asmah (2007:13) menjelaskan, ciri formal bermakna baik dari segi format mahupun dari segi bahasa. Sesuatu yang formal itu ditandai oleh sifat rapi dan teratur, dan perlu dipatuhi untuk menimbulkan kesan kesantunan. Penyimpangan daripada ciri formal itu melanggar batas kesantunan.

Page 72: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Bukhari Shafie

66 Mahawangsa 2 (1): 63 - 74 (2015)

darjah kesopanan, Leech (1983) juga telah mengklasifikasikan fungsi ilokusi6 kepada empat jenis, berdasarkan hubungan fungsi tersebut dengan matlamat sosial membentuk tingkah laku yang sopan dan hormat, iaitu (i) Bersaingan - Pada fungsi ini, sopan santun mempunyai sifat negatif dan tujuan untuk mengurangkan suasana tidak harmonis. Tujuan ilokusi bersaingan dengan tujuan sosial. Misalnya memerintah, meminta, mendesak dan merayu, (ii) Beramah tamah - Pada fungsi ini, sopan santun lebih positif bentuknya dan bertujuan mencari kesempatan untuk beramah tamah dan memaparkan sikap hormat. Tujuan ilokusi sama dengan tujuan sosial. Misalnya menawarkan, mengajak atau mengundang, menyapa, mengucapkan terima kasih, dan mengucapkan selamat, (iii) Kolaboratif - Fungsi Kolaboratif tidak melibatkan sopan santun kerana pada fungsi ini sopan santun tidak relevan. Tujuan ilokusi tidak peka terhadap tujuan sosial. Misalnya menyatakan, melaporkan, mengumumkan, dan mengajarkan; dan (iv) Berkonflik-FungsiBerkonflik tidakmengandungi unsur sopan santun kerana bertujuan untuk menimbulkan kemarahan. Tujuan ilokusi bertentangan dengan tujuan sosial. Misalnya mengancam, menuduh, menyumpahi, dan memarahi.

Sehubungan itu, kajian ini berfokus kepada menganalisis dan menghuraikan data berdasarkan maksim santun dan fungsi ilokusi seperti yang dikemukakan oleh Leech (1983) untuk melihat pendekatan penulisan dan penggunaan bahasa dalam membentuk kesantunan berbahasa.

6 Dalam kertas kerja ini, pengkaji menggunakan istilah terjemahan oleh Azhar M.Simin (1993:124) iaitu (i) bersaingan, (ii) beramah tamah, (iii) kolaboratif, dan (iv) berkonflik.

PERBINCANGANBahagian ini membincangkan dapatan kajian melibatkan pendekatan penulisan e-mel yang digunakan oleh penulis, dan aspek kesantunan berbahasa yang diperlihatkan dalam penulisan e-mel.

Pendekatan Penulisan E-Mel

Penulisan TajukAnalisis terhadap tajuk e-mel dilakukan dengan mengenal pasti kata yang menjadi penanda kepada fungsi ilokusi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penulis banyak menggunakan fungsi kolaboratif dalam menyatakan tajuk. Selain itu, didapati terdapat juga penggunaan fungsi beramah tamah, dan gabungan fungsi beramah tamah dengan bersaingan untuk menyatakan tajuk e-mel. Dapatan juga menunjukkan bahawa penulis tidak menggunakan fungsi berkonflikdalampenulisantajuk.Walaupunbegitu terdapat juga e-mel yang tidak mempunyai tajuk. Contoh seperti Rajah 1.

Kepelbagaian penulisan ini menunjukkan bahawa pelajar kurang memahami kaedah dan cara penulisan tajuk dalam e-mel. Walhal konsep penulisannya sama seperti penulisan surat rasmi, iaitu mempunyai ciri bentuk baik dari segi format mahupun dari segi bahasa yang membezakannya daripada surat peribadi (Asmah, 2007).

Penulisan KandunganHasil analisis terhadap kandungan e-mel pula menunjukkan terdapat dua cara yang digunakan oleh penulis, iaitu menulis kandungan e-mel dan disertakan lampiran bahan, dan tidak menulis kandungan, tetapi hanya disertakan lampiran bahan. Contoh seperti Rajah 2 dan Rajah 3.

Hasil daripada analisis terhadap pendekatan penulisan tajuk dan kandungan,

Page 73: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Pendekatan Penulisan dan Kesantunan dalam E-Mel

67Mahawangsa 2 (1): 63 - 74 (2015)

maka pola pendekatan penulisan yang digunakan oleh penulis dapat dirumuskan seperti Jadual 1.

P o l a p e n u l i s a n d a l a m J a d u a l 1 menunjukkan bahawa penulis tidak menggunakan fungsi berkonflik dalam penulisan. Hal ini bertepatan dengan penjelasan Leech (1983) yang mengatakan

bahawafungsiberkonflikialahbertentangandengan tujuan sosial, iaitu bertujuan untuk menimbulkan kemarahan. Ketidaksopanan akan terpancar jika penulis menggunakan fungsi tersebut terutama dalam komunikasi dengan pembaca yang jelas dibezakan oleh faktor taraf antara kedua-duanya. Awang Sariyan (2007) menjelaskan bahawa bahasa

i. Kolaboratif

ii. Beramah tamah

iii. Beramah tamah dan bersaingan

iv. Tiada Tajuk

Rajah 1: Pendekatan penulisan tajuk e-mel berdasarkan fungsi

kandungan

lampiran bahan

Rajah 2: E-mel yang mengandungi penulisan kandungan

Rajah 3: E-mel yang tidak mengandungi penulisan kandungan

kandungan

lampiran bahan

Page 74: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Bukhari Shafie

68 Mahawangsa 2 (1): 63 - 74 (2015)

yang digunakan hendaklah menepati adab sopan yang berkaitan dengan sistem sosial. Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf.

Pendekatan Penulisan dan KesantunanDalam Pola i, penulis menggunakan pendekatan berdasarkan fungsi, iaitu Tajuk (Kolaboratif) + Kandungan (Beramah tamah+Bersaingan+Beramah tamah) + Lampiran bahan (ada). Penulis juga telah mengemukakan maklumat yang lengkap, iaitu tajuk, kandungan dan bahan yang dilampirkan. Contoh seperti Rajah 4.

D a l a m R a j a h 4 , p e n u l i s ( S 1 ) menggunakan fungsi kolaboratif dalam penulisan tajuk e-mel, iaitu memaklumkan (mengumumkan) maklumat yang dihantar.

Pernyataan yang diberi telah memudahkan pembaca memahami tujuan e-mel tersebut dihantar. Dapatan ini bertepatan dengan pendapat Leech (1983) yang menegaskan bahawa fungsi kolaboratif relevan dalam penulisan. Leech (1983:105) berpendapat dalam kategori ini kesopanan biasanya tidak relevan di dalam perbualan, tetapi wujud dalam penulisan...COLLABORATIVE illocutionary functions, for which politeness is largely irrelevent. Most writing discourse comes into this category.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan tajuk yang sesuai dapat memberikan petunjuk keinginan S1 dan memudahkan pembaca memahami tu juan e -mel be rkenaan d ihan ta r. Berdasarkan Rajah 4, pembaca dapat

JADUAL 1| Pola pendekatan penulisan e-mel pelajar

Pola Tajuk Kandungan Lampiran bahani kolaboratif beramah tamah+bersaingan+beramah tamah adaii kolaboratif beramah tamah+bersaingan adaiii kolaboratif bersaingan+beramah tamah adaiv beramah tamah bersaingan+beramah tamah adav beramah tamah+

bersainganbersaingan+beramah tamah ada

vi kolaboratif - adavii - bersaingan+beramah tamah adaviii - - ada

Rajah 4: E-mel Pelajar (S1)

Page 75: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Pendekatan Penulisan dan Kesantunan dalam E-Mel

69Mahawangsa 2 (1): 63 - 74 (2015)

memahami bahawa e-mel yang dihantar oleh S1 berkaitan dengan tugasan kursus PM3311P4. Malahan pembaca juga dapat mengenali S1 berdasarkan namanya yang lengkap. Maklumat dalam tajuk e-mel Rajah 4 dapat difahami oleh pembaca dan dapat memberikan gambaran awal tentang kandungan e-mel kepada pembaca sebelum melakukan tindakan seterusnya, iaitu membaca keseluruhan e-mel tersebut. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan fungsi kolaboratif dan penulisan tajuk yang tepat dan jelas, dapat meminimumkan kos bagi pembaca untuk memahami tujuan e-mel dihantar. Maklumat ini bertepatan dengan kehendak maksim santun yang menekankan perihal meminimumkan kos bagi orang lain, iaitu S1 telah mengurangkan ungkapan pendapat yang boleh mengimplikasikan kos bagi pembaca.

Hasil analisis juga membuktikan bahawa penggunaan fungsi kolaboratif amat sesuai dalam penulisan tajuk e-mel. Walaupun begitu, untuk menentukan darjah kesantunan penulis, aspek penulisan kandungan juga perlu diberikan perhatian. Umpamanya seperti Pola vi dalam Jadual 1, pendekatan yang digunakan oleh penulis t idak menampakkan kesantunan kerana penulis tidak menyatakan sebarang maklumat pada bahagian kandungan walaupun fungsi kolaboratif digunakan untuk menulis tajuk e-mel.

Analisis terhadap kandungan pula mendapati bahawa S1 menggunakan fungsi beramah tamah, iaitu menyapa pembaca dengan ungkapan “Salam, encik.”. Penggunaan fungsi beramah tamah dijelaskan oleh Leech (1983) sebagai...politeness here takes a more positive form of seeking opportunities for comity.

Hal ini memperlihatkan ekspresi dan menyerlahkan rasa hormat S1 terhadap

pembaca. Penul is memahami taraf dan faktor hubungan “pelajar” dangan “pensyarah”. Walaupun sapaan dalam bahagian penulisan kandungan ini tidak mengandungi sebarang maklumat tentang topik perbualan (Marlyna Maros & Mohd Baharim, 2010), tetapi penggunaannya penting untuk mewujudkan keselesaan pembaca dan seterusnya melancarkan komunikasi. Oleh hal demikian, penggunaan sapaan “Salam, encik.” mencerminkan S1 memahami bahawa faktor sosiopragmatik seperti hubungan antara penutur, umur, status sosial, kuasa, kedudukan dan konteks memainkan peranan penting dalam aspek penggunaan sapaan yang sesuai dengan tujuan komunikasi. (Amat Juhari Moain, 1989; Awang Sariyan, 2007). Penggunaan ungkapan hormat sedemikian juga menunjukkan wujudnya kesopanan taraf tinggi (Asmah, 2007:25).

Seterusnya, S1 juga menggunakan fungsi bersaingan dalam penulisan kandungan, iaitu meminta pembaca menyemak kertas kerja yang dilampirkan. Walaupun Leech (1983) berpendapat bahawa fungsi bersaingan mempunyai sifat negatif, namun, penggunaan bahasa oleh S1, iaitu “saya nak minta tolong encik buat semakan terutamanya bahagian kesimpulan dangrafikkertaskerja.”memperlihatkanbahawa S1 memerlukan bantuan dan meminta pertolongan dengan merendah diri. Asmah (2007:37) menjelaskan, penggunaan kata ‘tolong’ membawa suasana mesra yang menyatakan adanya hubungan yang dekat antara penulis dengan orang yang disampaikan mesejnya itu. Selain itu, S1 juga tidak menunjukkan unsur mendesak atau memerintah agar pembaca memberikan perhatian yang segera. Hal ini jelas menunjukkan bahawa S1 berjaya memaksimumkan manfaat kepada pembaca,

Page 76: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Bukhari Shafie

70 Mahawangsa 2 (1): 63 - 74 (2015)

iaitu pembaca dapat memahami dengan jelas harapan S1 tanpa rasa terpaksa atau didesak. Ungkapan S1 telah memperlihatkan kesantunan dalam penulisan kandungan yang bermakna permintaan, iaitu berhati-hati dalam memilih ujaran. Hal ini penting kerana pilihan bentuk yang tidak tepat dapat membuat pembaca tersinggung dan mengakibatkan hubungan antara pembaca dengan penulis menjadi tidak harmoni (Ike Revita, 2010).

Akhirnya S1 mengakhiri penulisannya dengan menggunakan fungsi beramah tamah, iaitu mengucapkan terima kasih kepada pembaca. Penggunaan fungsi beramah tamah ini bertepatan dengan pandangan Leech (1983), iaitu sopan santun lebih positif bentuknya dan bertujuan mencari kesempatan untuk beramah tamah dan memaparkan sikap hormat. Walaupun penggunaan emotikon7 tidak sesuai dalam penulisan rasmi, tetapi dalam konteks ini pengkaji berpendapat bahawa penggunaan unsur tersebut tidak menjejaskan emosi pembaca dan tidak memperlihatkan ketidaksantunan S1. Kesantunan S1 tetap terpapar melalui ungkapan penghargaan kepada pembaca pada akhir penulisannya.

Dalam Rajah 4, kesantunan pendekatan menulis berdasarkan maksim santun dapat dilihat melalui penggunaan fungsi kolaborat if dalam penulisan tajuk, seterusnya penulis menggunakan fungsi beramah tamah sebagai pendahuluan, diikuti fungsi bersaingan untuk menyatakan tujuannya dan mengakhiri penulisan dengan fungsi beramah tamah sebagai tanda penghargaan kepada pembaca. Aspek kesantunan lebih terserlah apabila 7 Simbol yang ditaip dengan papan kekunci komputer untuk meringkaskan dan mempercekap komunikasi. Ia agak berkesan dalam menyampaikan perasaan pengirim e-mel (Kamus Dewan, 2005)

penulis berjaya menggunakan bahasa yang sesuai untuk menyampaikan tujuannya tanpa menjejaskan emosi pembaca, yakni teks bertulis tersebut dipastikan tidak menimbulkan masalah pentafsiran individu yangmembaca (IndirawatiZahid,2012:181).Hal ini telah memudahkan pembaca memahami tujuan dan kehendak penulis.

Berdasarkan hasil analisis Rajah 4, dapat dirumuskan bahawa pendekatan penulisan seperti Pola vi, Pola vii dan Pola viii jelas menunjukkan ketidaksantunan penulis apabila tidak menulis sama ada pada bahagian tajuk, kandungan ataupun kedua-duanya. Dapatan ini sejajar dengan pendapat Ike Revita (2010), iaitu kelengkapan ujaran berhubungan dengan situasi formal, yakni ujaran yang disampaikan dengan tuturan tidak lengkap dianggap tidak formal dan juga kurang santun. Contoh seperti Rajah 5.

Selain itu, terdapat juga penulis yang menggunakan pendekatan seperti Pola iv dan Pola v (Jadual 1), iaitu menggunakan Tajuk (beramah tamah / beramah tamah+bersaingan) + Kandungan (bersaingan+beramah tamah) + Lampiran bahan. Rajah 6 memaparkan pendekatan penulisan yang menggunakan Pola v, iaitu Tajuk (beramah tamah+bersaingan) + Kandungan (bersaingan+beramah tamah) + Lampiran bahan.

Analisis terhadap Rajah 6, menunjukkan bahawa penulis (S3) menggunakan fungsi beramah tamah diikuti fungsi bersaingan (beramah tamah+bersaingan) dalam penulisan tajuk. Walaupun fungsi beramah tamah bermatlamat untuk membina rasa hormat dan membina ruang komunikasi, tetapi penggunaannya dalam penulisan tajuk tidak dapat memberikan manfaat kepada pembaca. Pembaca tidak dapat memahami tujuan S3 menghantarkan e-mel . Bahkan penggunaan fungsi bersaingan memperlihatkan bahawa S3

Page 77: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Pendekatan Penulisan dan Kesantunan dalam E-Mel

71Mahawangsa 2 (1): 63 - 74 (2015)

seakan-akan mengarahkan pembaca untuk menyemak tugasan yang dihantar. Selain itu, pendekatan berbahasa dalam penulisan tajuk menunjukkan bahawa berlakunya pengabaian S3 terhadap aspek kesantunan berbahasa terutamanya dalam penggunaan bahasa8 yang sesuai dengan taraf pembaca dan juga bentuk urusan yang berkaitan dengan matlamat S3. Hal ini ditegaskan oleh Awang Sariyan (2007) sebagai...“Dalam semua suasana dan urusan rasmi.. . , kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa, baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahu pun pragmatiknya”.

8 ...bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang bertatabahasa (sempurna binaan kata dan ayatnya), tersusun wacananya, dan ditulis dengan berdasarkan sistem tulisan yang betul (jika dalam bahasa tulisan) (Awang Sariyan, 2007).

Dapatan ini menjelaskan bahawa dalam penulisan tajuk, penggunaan fungsi beramah tamah seperti Pola vi tidak dapat membantu pembaca untuk memahami tujuan penulis menghantarkan e-mel. Begitu juga apabila penulis menggunakan fungsi beramah tamah dan bersaingan. Keadaan sedemikian telah memaksa pembaca untuk memaksimumkan kos untuk memahami ungkapan dan maklumat yang ingin disampaikan oleh penulis. Oleh hal yang demikian, S3 telah melanggar prinsip maksim santun. S3 sewajarnya perlu meminimumkan kos bagi pembaca dan memaksimumkan manfaat bagi pembaca (Leech, 1983).

Berikutnya, S3 menggunakan fungsi bersaingan dan beramah tamah dalam penulisan kandungan. Penggunaan bahasa dalam penulisan jelas memperlihatkan pengabaian terhadap aspek kesantunan apabila S3 meminta pembaca agar tidak memberikan teguran yang banyak setelah membuat semakan terhadap tugasannya.

Rajah 5: E-mel Pelajar (S2)

Rajah 6: E-mel Pelajar (S3)

Page 78: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Bukhari Shafie

72 Mahawangsa 2 (1): 63 - 74 (2015)

Penggunaan fungsi bersaingan didapati bertentangan dengan hasrat Leech (1983) yang menyatakan tujuan fungsi bersaingan adalah untuk mengurangkan suasana yang tidak harmoni. Sebaliknya ungkapan yang digunakan oleh S3 telah memaparkan sikap kurang hormatnya terhadap pembaca. Walaupun begitu, pengkaji mendapati bahawa penggunaan bahasa dalam Rajah 6 wujud disebabkan oleh faktor hubungan mesra yang wujud antara pelajar dengan pensyarah sewaktu interaksi kuliah, namun penulis tidak dapat membezakan penggunaan bahasa dalam situasi rasmi dan bukan rasmi. Dapatan ini sejajar dengan pandangan yang dikemukakan oleh Supyan Hussin (2011), iaitu... “Jika hubungan penghantar dan penerima itu akrab atau mesra, penggunaan kod SMS ini tidak salah dalam konteks tidak formal kerana mereka sama-sama memahami akan kod yang dihantar. Keadaan ini menjadi kesalahan pada umum apabila kod SMS digunakan dalam tulisan rasmi atau paparan umum seperti buku, majalah, tugasan rasmi di sekolah atau pejabat, akhbar, dan TV”.

Walaupun S3 menggunakan fungsi beramah tamah un tuk mengakhi r i p e n u l i s a n n y a , t e t a p i p e n g g u n a a n “hehehe” (ketawa) jelas menggambarkan ketidaksungguhan S3 menyampaikan hasratnya, ia i tu meminta pembaca menyemak tugasannya. Hasil analisis ini memperlihatkan wujudnya unsur ketidaksantunan berbahasa S3 dalam penulisannya kerana maklumat tidak disampaikan dengan bahasa yang sempurna dan juga makna yang jelas. Sehubungan itu, dengan menjadi tanggungjawab penulis untuk memastikan bahawa penulisannya tidak akan menimbulkan masalah pentafsiran dan pembaca dapat berkongsi objektif yang samasepertipenulis (IndirawatiZahid,2012).

KESIMPULANKertas kerja ini telah menggambarkan beberapa pendekatan penulisan e-mel dan tahap kesantunan berbahasa yang digunakan oleh pelajar untuk berkomunikasi dengan pensyarah. Hasil kajian ini menemukan beberapa hal . Pertama, pendekatan penulisan seperti Pola i dalam Jadual 1 merupakan pendekatan terbaik untuk menulis e-mel manakala Pola ii dan Pola iii masih dapat memenuhi kehendak maksim santun seperti yang utarakan oleh Leech (1983). Pernyataan tajuk dapat memudahkan pembaca memahami perkara yang dihasratkan oleh penulis, manakala pernyataan isi kandungan pula dapat membantu pembaca memahami dengan jelas hasrat penulis. Walau bagaimanapun, pendekatan Pola i merupakan pendekatan penulisan yang sesuai dan dapat mencermin tahap kesantunan yang tinggi apabila disertakan dengan cara berbahasa yang betul dan tersusun. Kedua, pendekatan seperti Pola iv dan Pola v didapati kurang sesuai digunakan dalam penulisan kerana tidak dapat memberikan maklumat yang jelas dan secukupnya kepada pembaca. Sementara Pola vi, Pola vii dan Pola viii tidak dapat mencerminkan aspek kesantunan penulis, iaitu maklumat yang tidak lengkap telah menyukarkan pembaca. Hal demikian jelas melanggar kehendak maksim santun.

Dapatan juga menunjukkan bahawa tahap kesantunan juga bergantung pada aspek berbahasa penulis dalam penulisan. Walaupun penulis berupaya menggunakan pendekatan seperti Pola i, namun tahap kesantunan berbahasa penulis bergantung pada cara penulis menggunakan bahasa. Kesimpulannya, kesantunan dalam penulisan e-mel bergantung pada keupayaan penulis menggunakan pendekatan penulisan dengan ungkapan yang sesuai, mematuhi

Page 79: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Pendekatan Penulisan dan Kesantunan dalam E-Mel

73Mahawangsa 2 (1): 63 - 74 (2015)

peraturan berbahasa, memahami taraf sosial dan konteks tujuan penulisan e-mel.

RUJUKANAmat Juhari Moain. (1989). Sistem Panggilan dalam

Bahasa Melayu: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aslihan Akkaya (2007). Student-teacher Email Interaction: Pragmatic Markers of Gender, Nationality and Status of the Students. Diakses daripada http://books.google.com.my/books?id=flTL4U6Ge1IC&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false

Asmah Hj Omar. (1991). Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi: Bahasa dalam Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_____________. (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

BukhariShafie,BudimanRadziWahab&RadiahYusoff. (2007). Santun Bahasa dalam Forum Siber Politik Kertas kerja Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-3, Universiti Putra Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, 13-14 November 2007.

Ike Revita. (2010). Faktor-Faktor Penanda Kesantunan dalam Permintaan Berbahasa Minangkabau (Kajian Pragmatik). Diakses dari http://repository.unand.ac.id/2377/1/BruneiUniv.doc.

IndirawatiZahid. (2012).KesantunanMelayukeArah Bebas Konflik. Dlm. Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar & Maslida Yusof (Ed).Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leech, G. (1983). Principles of Pragmatics. London: Longman.

Leech, G. (1993). Prinsip Pragmatik. Terjemahan Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka: .

Marlyna Maros & Mohd. Baharim Mayidin. (2010). Jenis Dan Fungsi Sapaan serta Persepsi Kesantunan dalam Interaksi di Kaunter Pertanyaan. Diakses daripada http://www.mycite.my/en/files/article/70563.

Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar & Maslida Yusof (Ed).(2012). Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mustafa Daud. (1995). Budi Bahasa dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka: .

Neuman, L.W. (2006). Social research Methode: Qualitatives and Quantitative Approaches. (6th Ed.). Boston: Pearson Allyn and Bacon.

Noriah Mohamed. (2009). Penggunaan Bahasa dalam Ruang Siber: Mode Lisan dalam Bentuk Bertulis Dlm. Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed & Radiah Yusoff (ed.).Bahasa Verbal dan Bukan Verbal II (hlm.3-34). Kuala Lumpur: Penerbit USM dan Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Supyan Hussin. (2011). Kod SMS, Bahasa SMS dalam Blog, FB, Twitter. Diakses daripada http://supyanhussin.wordpress.com/2011/06/17/ kod-sms-bahasa-sms-dalam-bog-fb-twitter/.

Thomas, J. (1995). Meaning in Interaction: an Introduction to Pragmatics. Edinburgh: Pearson Education.

ZenaMoayadNajeeb,MarlynaMaros&NorFarizaMohd Nor. (2012). Politeness in E-mails of Arab Students in Malaysia. GEMA Online Journal of Language Studies, 12(1), 125-145.

Page 80: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015
Page 81: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Mahawangsa 2 (1): 75 - 86 (2015)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 22 Mei 2014Diterima: 28 November 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Roslina Abu Bakar), [email protected] (Arbai’e Sujud), [email protected] (Siti NurulFatihah Mohd Saidi)* Penulis Penghubung

Stilistik dalam Persembahan Wayang Kulit Kelantan

Roslina Abu Bakar*, Arbai’e Sujud dan Siti NurulFatihah Mohd SaidiJabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKKajian ini tentang mengenai tradisi lisan wayang kulit Kelantan. Wayang kulit ialah sejenis hiburan pementasan oleh seorang dalang yang merupakan narator dialog tokoh wayang. Kajian ini dilakukan untuk mengketengahkan tradisi lisan yang kemudiannya digabungjalinkan dengan ilmu tentang style atau stilistik. Stilistik ialah ilmu tentang gaya yang amat erat kaitannya dengan pemakaian atau penggunaan bahasa. Penganalisisan berlandaskan aspek stilistik ini adalah amat akrab dengan sosiolinguistik dan dialektologi yang merupakan cabang linguistik. Ini adalah kerana terkandungnya bahasa daerah atau bahasa suku bangsa yang amat berhubungan dengan situasi dan menjadi suatu gaya. Wayang kulit Kelantan menggunakan dialek Kelantan yang merupakan satu daripada dialek bahasa Melayu. Penulis akan mengisi kajian ini dengan inti stilistik, iaitu aspek fonologi, penggunaan perkataan, diksi dan leksikal, pembentukan ayat atau struktur sintaksis, kajian makna dan semantik, unsur bahasa dramatik dan gaya individualisme. Sehubungan itu, pengkaji akan memperlihatkan penggunaan bahasa yang bersifat sosiologi iaitu variasi pengucapan bahasa atau dialek Kelantan. Pelbagai gaya yang ditimbulkan oleh dalang mampu menimbulkan kesan tertentu. Pengkaji akan mempraktikkan pendekatan stilistik dengan mengemukakan perlambangan atau makna ganda serta pendeviasian menerusi bahan kajian. Kajian ini turut dibatasi dengan membuat penelitian terhadap unsur bahasa dramatik kerana kekuatan dan keindahan sesebuah karya itu sememangnya banyak bergantung pada eksploitasi bahasa dari segi penggunaan unsur dramatiknya. Akhirnya kajian stilistik ke atas tradisi lisan tersebut turut mendasari gaya individualisme yang memaparkan tahap bahasa penutur yang menggambarkan gaya tersendiri informan. Untuk menjayakan kajian ini, pengkaji melakukan kaedah kajian lapangan dan kepustakaan. Kemudiannya, data yang diperoleh daripada kajian lapangan dan kepustakaan itu disaring dan dianalisis berlandaskan teori stilistik. Akhinya, kajian ini berupaya menggambarkan bahawa variasi linguisik, iaitu gaya mempunyai hubungan yang erat dengan konteks teks dan konteks situasi.

Kata kunci: Dialektologi, leksikal, semantik, sintaksis, stilistik

Page 82: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Roslina Abu Bakar, Arbai’e Sujud dan Siti NurulFatihah Mohd Saidi

76 Mahawangsa 2 (1): 75 - 86 (2015)

Stylistic in Kelantan Wayang Kulit Show

ABSTRACTThis study is on Kelantan puppet theatre oral tradition. Puppet theatre is a type of staging entertainment by a mastermind that is figures dialogue narrator movie. This study carried out the oral tradition which combined with knowledge on style or stylistic. Stylistic is knowledge on style that is very close with the language usage. Analysis based on the stylistic aspect which is very close with sociolinguistics and dialectology which is a part of linguistic. The dialect or ethnic language is very related with style and Kelantan puppet theatre use Kelantan dialect that is one of Malay language dialects. Writer will fill this study with stylistic filling namely phonological aspect, word usage, diction and lexical, sentence formation or syntactic structure, meaning studyand semantic, dramatic language elements and individualism style. In accordance with that, researcher will display language usage that sociological namely language expression variation or Kelantan dialect. Various postures mooted by capable mastermind cause specific effect. Researcher will be practicing stylistic approach by adducing symbolism or multiple meaning and meaning deviation through study material. This study also limited by making scrutiny on dramatic language elements because strength and beauty a the work undeniably a lot depend on language exploitation in terms of the dramatic elements usage. Finally stylistic study on oral tradition also underlie individualism style that display speaker language level which reflect informant special way. To achieve this study, researcher do field research method and bookstore. Then, data achieved from field research and the bookstore strained and analysed based on stylistic theory. Finally, this study able to picture that linguistic variation namely style having close relationship with text context and context of situation. Stylistic actually have in familiarity with sociolinguistics and dialectology namely is a part of linguistics.

Keywords: Dialectology, lexical, semantic, syntax, stylistic

PRAWACANAStilistik atau stylistics ialah ilmu tentang style. Style adalah lebih sesuai dengan penggunaan istilah stilistik walaupun perkataannya agak keinggerisan. Stilistik dari segi istilah ialah ilmu tentang gaya yang amat erat kaitannya dengan pemakaian atau penggunaan bahasa, namun kesedaran tentang ilmu tersebut telah muncul dalam linguistik. Oleh itu, stilistik turut dikenali sebagai `ilmu gabung’. Paling tidak, ia dilakukan oleh seorang yang bergerak dalam bidang linguistik tetapi menaruh perhatian terhadap sastera (Umar Junus, 1989: xvii). Kesan daripada perhatian atau penelitian itu, maka timbul ilmu gaya yang membezakan antara gaya sastera dengan gaya bukan sastera.

‘Linguistik’bolehdidefinisikansebagaikajian bahasa secara saintifik. Demikian juga linguistik adalah kajian sastera secara saintifik.IasebagaimanamenurutArba’ieSujud dan Arbak Othman (2014:120), kajian linguistik yang mempunyai matlamat untuk menghasilkan nahu secara deskriptif tentu tidak sesuai untuk kajian stilistik yang mengendalikan teks di luar keperluan struktural ke atas bahasa teks. Akhirnya terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa relevansi linguistik dapat ditarik ke dalam kajian stilistik yang mengkaji teks, sekurang-kurangnya dari segi untuk memadankan perbezaan konsep antara signifiandansignifiedalambacaanlinguistikdengankonsepbentukfituryangpelbagaidalam bahasa teks seperti konteks dan faktor sosiolinguistik, misalnya.

Oleh itu, stilistik atau ilmu gaya dapatdidefinisikansebagaikajianvariasi

Page 83: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Stilistik dalam Persembahan Wayang Kulit Kelantan

77Mahawangsa 2 (1): 75 - 86 (2015)

linguisik, iaitu gaya yang mempunyai hubungan yang erat dengan konteks teks dan konteks situasi. Menurut Arba’ie Sujud dan Arbak Othman (2014:123), gaya bukanlah koherensi, tidak juga ia suatu penyimpangan, malahan tidak juga kesan yang ditimbulkan oleh lapisan sosial. Untuk mendefinisikan sesuatu konsep, seseorang hendaklah menghuraikannya dalam hubungan dengan yang lain, konsep terdekat, hubungan yang berselari dan yang bertindan. Memang tidak salah jika kita mengatakan bahawa tidak ada ujaran yang boleh ditiadakan sifat stilistiknya. Tugas kita,justeruialahuntukmendefinisikanimejujaran dan tempat yang diambil oleh gaya dalam strukturnya.

Contohnya, seseorang yang menggunakan bahasa standard dalam mesyuarat rasmi ataupun apabila memberikan syarahan (iaitu situasi yang lebih luas), akan menggunakan bahasa daerah (bahasa suku bangsa) apabila bercakap dengan kawannya (iaitu satu lagi jenis situasi yang terbatas).

Situasi ini turut diperlihatkan menerusi penyampaian tradisi lisan wayang kulit bertajuk Wong Gerba Wati. Persembahan tradisi lisan wayang kulit oleh dalang membuktikan bahawa bahasa suku bangsa amat berhubungan dengan situasi dan bertindak sebagai gaya. Ketika persembahan wayang kulit, dalang menyesuaikan kata-kata yang diungkapkannya dengan persoalan atau mesej yang mahu disampaikan kepada khalayak.

Berdasarkan pendokumentasian tradisi lisan wayang kulit bertajuk Wong Gerba Wati, pengkaji lebih cenderung membicarakannya tentang pemakaian atau penggunaan bahasa yang bersifat sosiologi. Ia ialah sebuah variasi pengucapan bahasa yang biasa dihubungkan dengan perbezaan tempat dan lebih dikenali sebagai dialek.

Dialek amat berbeza daripada bahasa baku standard. Contohnya, tubik yang bermaksud keluar berdasarkan dialek Kelantan hanya dituturkan oleh penutur mengikut kawasan geografi tertentusepertididaerahpantaitimur sahaja. Kehadiran dialek yang dituturkan oleh dalang ketika persembahan wayang kulit Kelantan memberikan kesan tertentu kepada khalayak yang menyaksikan persembahannya.

Fenomena yang terdapat menerusi kisah yang ingin disampaikan oleh dalang merupakan beberapa peristiwa yang disampaikan melalui lambang yang dapat didengar dan dilihat. Peristiwa itu sebenarnya wujud dalam pemikiran dalang dan ia disampaikan kepada khalayak agar mereka mengalaminya secara bersama. Menerusi konteks ini, keperluan asas masih sama, iaitu berkeinginan untuk memberitahu orang lain akan pengalamannya, untuk melibatkan mereka dan melepaskan diri daripada keadaan berseorangan. Ia merupakan antara tugas yang berat dan dalang berharap pendengarnya dapat memberikan reaksi terhadap tradisi lisan yang dibawakan kepada khalayak. Peranan dalang amat besar untuk menimbulkan suasana sebenar penceritaannya.

DIALEK Dialek merupakan variasi daripada suatu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk baku baik dari segi sebutan, tetapi kelainan ini tidaklah begitu ketara untuk dianggap sesuatu bahasa yang lain (Abd. Hamid Mahmood, 1982: 339). Selain itu, dialek biasanya ditakrifkan sebagai satu ragam yang dapat dibedakan dengan tegas daripada ragam lain berdasarkan ciri penyebutan, kosa kata dan tatabahasa. Ragam bahasa ini terdapat dalam

Page 84: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Roslina Abu Bakar, Arbai’e Sujud dan Siti NurulFatihah Mohd Saidi

78 Mahawangsa 2 (1): 75 - 86 (2015)

daerahgeografitertentudansuasanasosialtertentu (James T. Collin 1981: 94).

Sehubungan itu, dialek ialah kelainan bahasa yang secara lazimnya ditentukan olehkawasangeografidansosial.Kelainanyang agak ketara dapat dilihat dari sudut fonologi, morfologi, leksikon dan sintaksis. Akan tetapi, walaupun terdapat kelainan yang amat ketara, namun masih dimengerti dan difahami oleh khalayak, terutama khalayak yang berada dalam kawasangeografidialektersebut.Iadapatdiperlihatkan menerusi kesan pengucapan oleh dalang ketika persembahan wayang kulit. Ia membawa nilai keindahan menerusi pemilihan kata atau diksi yang amat hampir dengan masyarakat penuturnya.

WAYANG KULITMenurut Ainu Sham Ramli. (1996: 3), istilah wayang dalam bahasa Melayu ialah bayang-bayang yang bergerak ke sana ke mari. Dalang membawa erti orang yang melakukan persembahan wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang di sekelilingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukan wayang. Pengertian istilah wayang dalam bahasa Melayu ialah bayang yang bergerak ke sana ke mari. Dalang membawa erti orang yang melakukan persembahan wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang di sekelilingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukan wayang.

Menurut Rahmah Bujang dalam eseinya tentang ‘Fungsi Komunikasi dan Estetika dalam Persembahan Teater Tradisional Wayang Kulit’ (2007: 135-156), wayang dikatakan telah wujud sebelum kedatangan pengaruh Hindu lagi. Cerita dalam wayang kulit berasaskan cerita epik Ramayana dan persembahannya tertumpu di kawasan

negara India dan Asia Tenggara. Sebuah epik lain, iaitu Mahabharata turut mengisi repertoire persembahan wayang dalam masyarakat Jawa. Penggunaan cerita tersebut dalam wayang kulit di Jawa dipercayai bermula sewaktu pemerintahan Sri Maha Punggung (Raden Jaka Pakakuhan) pada abad keempat di karaton Jawadwipa di Gunung Gede. Kemudian penggunaan cerita tersebut semakin dimajukan pada abad kesebelas oleh kerajaan Airlangga. Turut dimainkan ialah cerita daripada Roman Panji. Biasanya dalam satu-satu malam persembahannya, permainan wayang kulit akan bermula dari pukul sembilan malam dan berlanjutan hingga ke pukul lima pagi, iaitu mengambil masa kira-kira lapan jam. Malah persembahan ini disambung dengan lanjutan kepada cerita yang sama atau cerita baharu pada waktu yang sama pada malam berikutnya. Tradisinya, persembahan wayang kulit dimulakan dengan upacara atau ritual doa selamat dengan menggunakan aturan yang telah diturun-temurunkan. Dalam hal ini, dalang melakukan kerja mengasap kemenyan dalam tempat baranya sambil berdoa kepada Yang Maha Kuasa agar persembahan wayang kulit tersebut berjalan dengan sempurna dan penonton memahami mesej yang mahu disampaikan menerusi persembahan tersebut.

LATAR BELAKANG DIALEK KELANTANMenurut Abdul Hamid Mahmood (1994:3), dialek Kelantan ialah satu daripada dialek bahasa Melayu. Ia dituturkan oleh penutur yang berasal dan merupakan penduduk peribumi negeri Kelantan, iaitu sebuah negeri di Semenanjung Malaysia. Negeri Kelantan letaknya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bersempadankan

Page 85: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Stilistik dalam Persembahan Wayang Kulit Kelantan

79Mahawangsa 2 (1): 75 - 86 (2015)

negeri Terengganu, Pahang, Perak dan negara Thai.

Dialek Kelantan bukan sahaja dituturkan di negeri Kelantan, tetapi merentasi sempadan politik dan dituturkan juga oleh penduduk di tempat lain seperti penduduk yang mendiami daerah sempadan Kelantan/Terengganu, Kelantan/Pahang, Kelantan/Perak dan juga beberapa daerah dalam wilayah Thai Selatan seperti sungai Golok, Narathiwat, Yala dan Patani. Mohd. Taib Osman (1961: 357) pernah menyatakan bahawa dialek Kelantan menunjukkan persamaan yang erat dengan dialek Melayu Patani.

Collins dan Husin Dollah (1988: 882) selanjutnya mengatakan bahawa bentuk pertuturan orang Melayu di Kelantan dan di Patani (Petani) memperlihatkan banyak persamaan, sangat rapat dan berjalin-jalin. Kesinambungan dialektikal itu melintasi perbatasan politik dan mengaitkan masyarakat penutur Melayu di negeri Thai Selatan dengan masyarakat Melayu di Hulu Perak, Hulu Kedah dan Kelantan, merangkaikan satu dialek yang bersambung-sambung. Persamaan yang erat ini dapat dilihat buktinya apabila dibandingkan pertuturan penutur dialek Kelantan dengan penutur dialek Melayu Petani. Ciri persamaan yang erat antara dialek Kelantan dengan bahasa Thai turut diperjelas oleh penyelidik bangsa Perancis Jeanne Cruisinier terhadap negeri Kelantan. Menurut beliau:

… oleh kerana kedudukannya dari segi geografis, Kelantan mempunyai hubungan yang berterusan dengan Siam; beberapa penempatan Siam; yang dibangunkan di sekitar ibu negerinya, Kota Bharu, memperkuatkan lagi hubungan ini.

Hubungan ini telah mempengaruhi penggunaan beberapa istilah yang berkaitan dengan semangat dan makhluk-makhluk tersebut, tetapi analisis yang mendalam menunjukkan bahawa terdapat asal-usul dan sumber yang sama pada kedua-dua budaya tersebut, yang saling mempengaruhi antara satu sama lain.

(Cruisinier, 1936: 2)

Mohamed Yusoff Ismail (1989: 42–43) selanjutnya menjelaskan bahawa sejarah politik Negeri Kelantan, yang berkait rapat dengan pengembangan kuasa Siam dan naungannya ke atas negeri Melayu di bahagian utara semenanjung telah memperhebat pertembungan antara budaya Thai dengan budaya Melayu tempatan. Pertembungan ini telah menghasilkan beberapa ciri budaya kacukan yang agak menarik. Salah satu daripadanya dapat dilihat pada penggunaan beberapa istilah Thai dalam dialek Kelantan yang banyak dipengaruhi oleh bahasa Thai itu banyak pula memperlihatkan sifat yang tersendiri.

PENGGUNAAN PERKATAAN, DIKSI DAN LEKSIKALStilistik turut melihat penggunaan perkataan, diksi atau leksikal, lebih-lebih lagi dari sudut pendeviasiannya. Kajian ini berupaya memaparkan penggunaan perkataan oleh dalang ketika penyampaian wayang kulit bertajuk Wong Gerba Wati. Dalang turut melakukan penyesuaian pemilihan perkataan dengan tema, watak dan perlonjakan plot cerita yang mahu diperdengarkan. Contoh petikan:

Page 86: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Roslina Abu Bakar, Arbai’e Sujud dan Siti NurulFatihah Mohd Saidi

80 Mahawangsa 2 (1): 75 - 86 (2015)

Petikan 1:wehhhh aku mari nih bukan nak baloh ngan mun aku nak g ambik bungo atah gunon nuh... kiro molek sikit Said kiro molek sikit lamonya tumbok dio mapuhlah kito...

Petikan 2: Ambo tok panda tok bomo, kalu gitu demo namo apa namo, hoho kito ore panggil Abe Mat, Abe Mat tak dok abe matlah sebut dalam kelantan ho apo namo nih ore panggil Abe Mat hero kalu jatuh selalulah di Thailand ore panggil.

Petikan 1 tersebut menggambarkan diksi seperti baloh, bungo untuk loghat Kelantan manakala diksi mapuh (mampus) yang bermaksud mati. Diksi mapuh berasal daripada bahasa kasar yang begitu lumrah didengar. Petikan 2 pula memaparkan diksi yang berupaya menimbulkan keberkesanan dari segi pendengaran dan kesoronokan kepada khalayak, walaupun perkataan daerah dengan loghat tempatan tersebut boleh menimbulkan kesukaran pemahaman oleh khalayak yang bukan terdiri daripada latargeografiyangsama.Namundemikian,perkataan daerah dan loghat tempatan tersebut berupaya membawa keberkesanan yang maksimum dan memuaskan indera dengaran. Ia jelas menggambarkan bahawa cerita yang diperdengarkan oleh penutur atau dalang secara keseluruhannya menggunakan perkataan yang dapat menentukan keberkesanan cerita tersebut. Ia bertujuan untuk menimbulkan kesan kemesraan dengan khalayak. Diksi yang digunakan oleh dalang mampu menyuguhkan persoalan dan pemikiran yang hendak disampaikan.

Walaupun dalang wayang kul i t menggunakan pemilihan kata yang sesuai

dengan tema cerita, namun terdapat juga pemilihan kata yang memperlihatkan deviasi. Contoh petikan:

Maka kisah penghulubalang lamo seramo duduk dengan ibu gergasi selamo tiga hari tigo male.

Menerusi petikan tersebut, penggunaan kata penghulubalang memperlihatkan deviasi. Adalah lebih sesuai sekiranya i n f o m a n m e n g g u n a k a n p e r k a t a a n h u l u b a l a n g b e r b a n d i n g d e n g a n penghulubalang dalam sintaksis yang dibinanya itu.

PEMBENTUKAN AYAT ATAU STRUKTUR SINTAKSISSintaksis ialah ilmu atau kajian tentang susunan kata dalam ayat. Menerusi persembahan wayang kulit, dalang turut memperlihatkan susunan ayat yang ditekankan dari sudut panjang pendeknya. Contohnya, terdapat pembinaan panjang pendek ayat dan disesuaikan dengan suasana dan kondisi peristiwa. Contohnya, menerusi wayang kulit Wong Gerba Wati, dalang gemar menggunakan ayat panjang dan ayat pendek. Persembahan wayang kulit oleh dalang menampilkan perseimbangan antara kedua-dua jenis ayat tersebut. Ayat tersebut berfungsi untuk menyampaikan isinya malah menuntut keindahan. Contoh petikan:

Yelah nak wat gane lagi nasib aku tok baik pada maso loni.aku nok kawin dengan mun. Silalah kito masuk tido dale gua beradu dale satu kali. Aku nok kawin dengan mun. Ahhh tuh dia jamah ngan badan ahhhh. Masa loni silalah kito masuk tido beradu dale air tujuh palo limo.

Page 87: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Stilistik dalam Persembahan Wayang Kulit Kelantan

81Mahawangsa 2 (1): 75 - 86 (2015)

Stilistik juga memperhatikan aspek deviasi yang dilakukan untuk menimbulkan gaya yang berkesan atau gaya yang dapat menolong sesebuah karya itu menjadi baik. Penyimpangan atau deviasi bahasa beerti penggunaan atau pemakaian bahasa yang memperlihatkan kelainan daripada kebiasaan atau kelaziman sistemnya yang telah dikenal dan diterima oleh masyarakat bahasa itu sendiri. Kerap kali pula kelainan daripada kelaziman itu disebut sebagai penyimpangan daripada norma dan menyalahi atau melanggar tatabahasa (Dharmawijaya 1998:52). Berikut ialah contoh petikan yang menggambarkan aspek deviasi yang dituturkan oleh dalang menerusi penyampaian wayang kulit bertajuk Wong Gerba Wati. Contoh petikan:

Ahhh Abe Mat kata kelik kito selalu sokmo lagu tuh doh selalu perangai dio.

Deviasi di sini ialah penggunaan sintaksis yang sejajar dengan perkataan lagu. Lagu bermaksud irama, nada, rentak, dan langgam. Namun demikian kata lagu ialah kata yang sering digunakan dalam dialek Kelantan serta membawa makna tersendiri. Sekiranya dihuraikan bentuk yang digunakan, ia berbeza dengan maksud yang diharapkan. Penggunaan kata seperti lebih bersesuaian dan ia sebagaimana sintaksis berikut:

Ahhh Abe Mat kata kelik kito selalu sokmo seperti tuh doh selalu perangai dio.supo halilintar mebeloh bukit

Situasi ini membuktikan bahawa dalang melakukan deviasi untuk mendapatkan kesan atau impak persembahan wayang kulit walaupun kata lagu tersebut mempunyai

makna tersendiri dalam dialek Kelantan. Deviasi dilakukan oleh dalang dalam keadaan sedar. Beliau bukannya sengaja melakukan kesalahan tatabahasa malah penyimpangan bahasa olehnya bertujuan untuk menimbulkan kesan kepada khalayak.

Pengkaji turut mendapati bahawa terdapat penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat yang tidak digunakan menurut hukumnya. Contohnya, terdapat penyalahgunaan penjodoh bilangan sebagaimana petikan berikut:

Jikalau sang bungo yang berjumpo bungo cepako mas,

Menerusi petikan tersebut, bunga merujuk kepada seseorang. Namun demikian, berdasarkan bahasa Melayu standard, bunga adalah amat bersesuaian dipadankan dengan penjodoh bilangan sekuntum atau sejambak. Namun demikian, dalang sengaja melakukan deviasi dengan menggunakan penjodoh bilangan sang dan dipadankan dengan bunga yang membawa makna seseorang untuk menimbulkan kesan keganjilan kepada khalayak.

PENGULANGAN ASPEK BAHASAPengulangan aspek bahasa turut terdapat menerusi penyampaian wayang kulit Wong Gerba Wati. Ia diperlihatkan dari segi pengulangan kata, frasa atau ungkapan, kalimat atau ayat berangkap. Antaranya ialah anafora, iaitu pengulangan kata pertama pada setiap baris atau ayat, iaitu perkataan yang sama diulang pada permulaan (atau lebih satu baris atau ungkapan). Ia membawa fungsi sebagai penegasan peristiwa yang diungkapkan oleh dalang. Contoh petikan:

Aku nak khawin dengan kamu. Silalah kita masuk tidur dalam gua

Page 88: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Roslina Abu Bakar, Arbai’e Sujud dan Siti NurulFatihah Mohd Saidi

82 Mahawangsa 2 (1): 75 - 86 (2015)

beradu satu kali. Aku nak khawin dengan kamu.

Selain itu, terdapat pengulangan bunyi vokal yang sama secara berturutan dalam satu baris, iaitu asonansi. Petikan tersebut menggambarkan pengulangan vokal u secara berturutan dalam satu baris. Ia berupaya menimbulkan kesan estetik menerusi pengulangan irama. Contoh petikan:

menjamu urat perut bergumpal-gumpal daging, bersembur-semburkan darah, bergumpal-gumpal otak bersembur.

Terdapat juga unsur aliterasi, iaitu pengulangan bunyi konsonan yang sama secara berturutan dalam satu baris ayat. Petikan tersebut menggambarkan pengulangan bunyi konsonan k yang sama secara berturutan dalam satu baris ayat. Contoh petikan:

kiro molek sikit Said kiro molek sikit

S e s u n g g u h n y a b a h a s a s a s t e r a menunjukkan kecenderungan untuk mengulangi pola yang sama dan yang berhubungan dari segi bunyi, semantik, morfologi, sintaksis dan lain-lain lagi. Berhubung dengan aspek ini, dalang menggunakan perulangan kata untuk menimbulkan kesan tertentu. Contoh petikan:

Marilah sini menjamu urat perut bergumpal -gumpal dag ing , bersembur-semburkan daroh, bergumpal-gumpal otak bersembur. Sudoh mati aku raso.ahhh raso tidok lagi kalih tuanku.

Menerusi petikan tersebut, unsur pengulangan tersebut digunakan untuk memenuhi beberapa fungsi. Antaranya ialah ia berupaya menimbulkan irama atau suasana muzikal apabila ayat tersebut diungkap oleh penutur atau dalang. Pengulangan tersebut turut menegaskan maksud tertentu sebagai persoalan utama dalang, Ia turut berupaya menarik perhatian khalayak dan menimbulkan kesan keindahan.

Perulangan perkataan tersebut jelas menggambarkan hasrat untuk memperoleh k e s a n y a n g m e n d a l a m d a n j u g a dilakukannya dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Pendekatan stilistik dalam aliran ini menekankan bahawa perulangan dalam sesebuah karya sastera sebagai suatu cara penulis berekspresi. Dalang melakukan perulangan itu sebagai style atau cara untuk berekspresi. Dalang menggunakan teknik perulangan tersebut dengan menyekalikan gaya bercerita seperti mimik muka untuk memberikan kesan keindahan dan kekuatan jalan ceritanya.

KAJIAN MAKNA DAN SEMANTIKPenggunaan bahasa bermula daripada taburan bunyi, pemilihan perkataan dan penyusunan ayat yang sebenarnya bertujuan untuk mendapatkan makna. Makna yang tersirat di hati dalang adalah untuk memenuhi naluri persembahan wayang kulitnya. Contohnya, menerusi penggunaan perlambangan atau perkataan yang mempunyai makna ganda. Sehubungan itu, pendekatan stilistik ialah mengemukakan apakah pelambangan atau makna ganda i tu be rupaya memban tu kha layak memahaminya. Ia juga turut melihat aspek deviasi dalam makna dan bagaimana pendekatan stilistik membuktikannya. Berikut ialah makna ganda yang terdapat

Page 89: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Stilistik dalam Persembahan Wayang Kulit Kelantan

83Mahawangsa 2 (1): 75 - 86 (2015)

dalam ayat yang dituturkan oleh dalang ketika penyampaian wayang kulit Wong Gerba Wati. Contoh ayat:

Wak Yoh aahhh tok dan nak masok tengku, patik, Samad , Wok Yoh nyo habis pakoh ko dio blako.

Pakoh (pangkah) dalam bahasa Melayu standard bermaksud perbuatan memangkah tetapi dalam dialek Kelantan ia bermaksud bunuh. Fenomena di sini jelas menunjukkan bahawa perkataan tersebut mempunyai makna ganda.

Aspek semantik mempunyai pertalian dengan cara dalang menyampaikan mesejnya. Contohnya, aspek semantik terhadap wayang kulit Wong Gerba Wati adalah mudah difahami, padat, ringkas dan mempunyai makna yang terbuka dan eksplisit. Penutur atau dalang gemar berterus terang dalam penyampaian idea dan pemikirannya. Terdapat juga unsur ambiguiti menerusi penuturan dalang ketika persembahan wayang kulit Wong Gerba Wati. Ia bersifat abstrak dan personal. Pemilihan kata yang dikemukakan tentunya hanya difahami oleh kelompok sosial di mana cerita itu dituturkan. Bagi khalayak yang bukan daripada kelompok sosial di mana cerita tersebut dituturkan tentulah menghadapi masalah dari aspek semantik. Kajian terhadap bahasa daerah dan bahasa pasar mempunyai pertalian dengan cabang linguistik yang berurusan dengan aspek kemasyarakatan, iaitu sosiolinguistik dan dialektologi.

PENELITIAN TERHADAP UNSUR BAHASA DRAMATIKMenurut Mana Sikana (1995: 138), terdapat dua kemungkinan bagaimana dialog dapat digunakan untuk menimbulkan

unsur dramatiknya. Pertamanya, bahasa yang digunakan untuk menuturkan peristiwa dan kedua, bahasa yang boleh mengidentifikasikan sifat yang unik dan menarik kepada diri perwatakannya.

Petikan berikut beupaya menimbulkan unsur dramatiknya. Bahasa yang digunakan berupaya menuturkan peristiwa dan menggambarkan sifat watak dalam cerita. Dalang ingin menimbulkan atau mencipta suasana dan menggerakkan plot ceritanya. Ia dilakukan menerusi pemadanan intonasi ketika menuturkan dialog. Ia dilakukan agar watak dan perwatakan yang dibawakan berupaya membawa kesan kepada khalayak. Petikan berikut menggambarkan bahawa ayat yang panjang tidak digunakan untuk memudahkan penuturannya dan pemahaman khalayak. Bahasa menerusi dialog yang digunakan olehnya bersifat ringkas, kemas dan padat. Ia bertujuan menimbulkan unsur dramatiknya. Contoh petikan:

Bapok Jin Aprik: Wahai sang manusia aku tok benarkan kamu naik atah gunon tuhhh…. Raja Tattinyo: Aahhh celako sunggoh yang digelarkan bapok Jin Aprik sunggoh kuat kuasa mun pasal lari aku tok lari sama sekdepan mun, mun jagolah molek-molek, mun jange tok kenal aku, akulah Raja Rattinyo anok kepada yang digelar Mas Raja Serama ore bako bangsawan titih wei ore lung berdarah putih anok cucu Sri Pendekar Mas di Raja Jawa.

Kekuatan dan keindahan sesebuah karya turut bergantung pada eksploitasi bahasa dari segi penggunaan unsur dramatiknya. Begitu juga dengan tradisi lisan wayang kuli t yang di tuturkan oleh dalang.

Page 90: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Roslina Abu Bakar, Arbai’e Sujud dan Siti NurulFatihah Mohd Saidi

84 Mahawangsa 2 (1): 75 - 86 (2015)

Dalang memainkan peranannya sebagai pencerita yang mengeksploitasi bahasa untuk menegangkan suasana yang hendak digambarkan. Secara keseluruhannya, dalang menggunakan bahasa dramatik yang amat sesuai dengan plot cerita seperti penggunaan unsur perbandingan, iaitu supo (seperti) yang membawa erti hanuman kera putih mempunyai muka seperti kera. Contoh petikan:

Laksamana bermuko meroh adiknyo digelar maharaja Hanuman kera putih muko supo kera.

GAYA INDIVIDUALISMEPendekatan stilistik turut mendasari gaya individualisme, iaitu tahap bahasa penutur cerita lisan tersebut. Mengikut pendekatan stilistik, setiap orang mempunyai gaya tersendiri. Jadi, seseorang peneliti stilistik perlu membuktikan sejauh mana kejayaan atau kegagalan seseorang itu dalam membina stail peribadinya. Walaupun gaya individualisme lebih sesuai dikaji menerusi gaya penulis karya yang bertujuan untuk mengetahui idiosinkrasi seseorang penulis, namun ia turut diperlihatkan menerusi gaya peribadi penutur ketika mempersembahkan tradisi lisan. Contohnya, dalang yang menuturkan wayang kulit Wong Gerba Wati tidak menggunakan pemakaian bahasa standard Beliau menggunakan bahasa daerah yang tentunya mempunyai perhubungan tradisi dan ikatan kebudayaan. Contoh petikan:

Ahhhh ahahhaha aku tengoh aku mencari makan jekin, katok, ular tiba-tiba aku terpandang pada ore bukan lain yang digelar Raja Serama, aku sudoh tahu doh dia termashur dale negara

Bahasa pasar pula wujud daripada manifestasi komunikasi antara pelbagai kaum, yang tidak berupaya menuturkan bahasa baku dan gramatis. Ia merupakan bahasa komunikasi bersifat situasi dan diucapkan oleh manusia tertentu. Pengarang selalunya menggunakan dialog bahasa pasar untuk merealisasikan latar dan perwatakan dalam sesebuah karya. Ia berupaya melahirkan semacam corak dalam pembinaan gaya seseorang penulis. Menerusi persembahan wayang kulit, dalang turut memaparkan gaya individualisme ketika membuat persembahan. Antaranya, p e n g g u n a a n b a h a s a p a s a r k e t i k a menyampaikan tradisi lisan wayang kulit. Penggunaan bahasa pasar berupaya berfungsi sebagai menghidupkan suasana yang nyata dan realistik. Perkataan bongok bermaksud bodoh dan korner pula berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu corner. Contoh petikan:

Aarghhh tuihhhh awak ini siapa dia, orang panggil Said, Said hohoho sedap wehhh dia gelar pada orang kata nihhhh bongok kamu tahu tidak apa dia kamu tahu tidak masa pergi Jepun aku nak beritahu sikit kapal terbang kena atas tengkuk aku garu dengan keledar nanti naik pergi ke doktor dah tetapi hujung kena tempat korner.

Dalang berkomunikasi dan berekspresi dengan menggunakan gayanya yang tersendiri atau mencipta gaya individualnya. Ia berupaya mencetuskan unsur keindahan yang diperlihatkan menerusi pendekatan stilistik. Ternyata bahawa pendekatan stilistik merupakan pendekatan yang sangat penting dan berguna untuk menentukan keberkesanan sesuatu wahana yang ingin

Page 91: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Stilistik dalam Persembahan Wayang Kulit Kelantan

85Mahawangsa 2 (1): 75 - 86 (2015)

disampaikan kepada dunia khalayak, terutama dari aspek penggunaan bahasa.

Dalam membicarakan aspek fonologi, pengkaji memperlihatkan aspek fonologi dalam dialek Kelantan untuk dibandingkan dengan bahasa Malaysia s tandard. Menerusi kajian makna dan semantik, pengkaji mendapati bahawa penggunaan bahasa bermula daripada taburan bunyi, pemilihan perkataan dan penyusunan ayat. Ia sebenarnya bertujuan untuk mendapatkan makna. Makna yang tersirat di hati dalang adalah untuk memenuhi nalurinya.

PENUTUPStilistik amat berhubungan dengan style dan daripada kata stylistics telah dijadikan stilistik dalam bahasa Malaysia. Penulisan ini memperlihatkan pemakaian bahasa daerah yang mempunyai `keistimewaan’. Wayang kulit merupakan satu cerminan kegiatan masyarakat dan pemikiran masyarakat yang yang berupaya menggambarkan keseluruhan pengalaman dan imaginasi masyarakat Melayu tradisi di kawasan geografi tertentu. Penuturan tradisi lisan wayang kulit membuktikan bahawa bahasa suku bangsa amat berhubungan dengan situasi dan bertindak sebagai gaya. Ia amat menarik setelah dihubungkan dengan kajian bahasasecarasaintifik.

Penulisan ini mempraktikkan pendekatan stilistik secara konvensional, iaitu dengan menggunakan tahap perbincangan dari segi bahasa yang biasa digunakan dalam pendekatan lain, terutama dalam pendekatan struktural. Namun begitu, ia dibezakan menerusi cara dan penghujahannya. Penganalisisan wayang kulit bertajuk Wong Gerba Wati memaparkan aspek bunyi atau fonologi, penggunaan perkataan, diksi atau leksikal serta penilaian terhadap

pembentukan ayat atau struktur sintaksis. Ia turut memperlihatkan kajian terhadap makna atau semantik, penelitian terhadap unsur bahasa dramatik dan akhirnya menerusi gaya individualisma. Akhirnya, ia berupaya menemukan nilai estetik bahasa dialek atau daerah yang masih dijadikan bahasa pertuturan masyarakatnya.

Sehubungan dengan itu, ia amat relevan dengan pendapat pendekatan stilistik bahawa setiap individu mempunyai gaya tersendiri. Seseorang peneliti stilistik hanya bertugas untuk membuktikan sejauh mana kejayaan atau kegagalan seseorang itu ke arah membina stail peribadinya. Antaranya ialah aspek penggunaan perkataan, diksi atau leksikal, lebih-lebih lagi dari sudut pendeviasian ke atas bahasa yang dituturkan oleh para penutur. Pendeviasian perkataan yang digunakan dalam bahasa yang dituturkan walaupun membawa kesan negatif seperti pemilihan kata yang kurang sesuai namun ia memberikan kesan estetik kepada khalayak. Dalang berupaya melakukan penyesuaian pemilihan perkataan dengan tema, watak dan perlonjakan plot cerita ketika menuturkan cerita Wong Gerba Wati kepada khalayak.

Pemakaian unsur bahasa dramatik oleh dalang ketika persembahan wayang kulit menggambarkan pengeksploitasian bahasa dan penyesuaian gaya atau bahasa penuturan dengan suasana yang hendak digambarkan. Akhirnya, pendekatan stilistik menerusi persembahan wayang kulit oleh dalang berupaya memperlihatkan gaya individualisme, iaitu tahap bahasa penutur dan pembinaan stail peribadinya. Ia amat berperanan untuk menarik minat khalayak pendengar, di samping memperdalam pemahaman khalayak terhadap tradisi lisan wayang kulit yang dipersembahkan.

Page 92: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Roslina Abu Bakar, Arbai’e Sujud dan Siti NurulFatihah Mohd Saidi

86 Mahawangsa 2 (1): 75 - 86 (2015)

BIBLIOGRAFIAbd Hamid Mahmood. (1982). Sintaksis Dialek

Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Hamid Mahmood. (1994). Sintaksis Dialek Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ainu Sham Ramli. (1996). Warisan Kulit Warisan Teater Melayu. Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Arba’ie Sujud, Arbak Othman. (2014). Stilistik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Collins, J. T. (1981). Bahasa dan Dialek: Perancangan dan Pendidikan. Dewan Bahasa, 25(2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cuisinier, J. (1890-1964). (1935). Danses Magiques de Kelantan. Paris: Université de Paris, Institute Dethnologie.

Dharmawijaya. (1998). Dunia Puisi dalam Penelitian dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd,

Farid M. Onn. (Ed). (1982). Stilistik: Simposium Keindahan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fowler, Roger. (Ed). (1975). Style and Structure in Literature. Bristol: The Pitman Press.

Mana Sikana. (1986). Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

____________. (1995). Drama Melayu Moden. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohamed Yusoff Ismail. (1989). Kata-kata pinjaman Thai dalam Dialek Kelantan. Warisan Kelantan, Vol.8. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Mohd. Taib Osman. (1961). Pengaruh Pengucapan Dialek Terhadap Ejaan. Dewan Bahasa, 5(8). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmah Bujang. (2007). Fungsi Komunikasi dan Estetika dalam Persembahan Teater Tradisional Wayang Kulit. Jurnal Pengajian Melayu, Jil. 18. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Umar Junus. (1989). Stilistik: Satu Pengantar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

WanZakariaWanHussin.(2012).Wong Gerba Wati. Kelantan. Temubual 12 November.

Page 93: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 22 Mei 2014Diterima: 28 November 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Che Radiah Mezah) [email protected] (Pabiyah Toklubok@Hajimaming)* Penulis Penghubung

Peranan Kata Pinjaman Arab dalam Memperkaya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa

Che Radiah Mezah* dan Pabiyah Toklubok@HajimamingJabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKSuatu hakikat yang tidak dapat disangkal ialah terdapat sejumlah besar kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu yang digunakan secara meluas dalam masyarakat Melayu. Penggunaan kata pinjaman Arab ini meliputi pelbagai aspek; agama, ekonomi, politik, undang-undang, perubatan dan sosial.Penerimaan masyarakat Melayu terhadap kata pinjaman Arab adalah positif sehingga dapat mengayakan bahasa Melayu itu sendiri. Justeru, kajian ini melihat sejauh manakah kata pinjaman Arab ini berperanan memperkaya bahasa Melayu dari pelbagai aspek yang mampu memperkukuh fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa budaya tinggi. Seterusnya kajian ini menganalisis peranan kata pinjaman Arab tersebut berlandaskan aspek yang ditentukan.Untuk tujuan itu, sejumlah perkataan pinjaman Arab yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 (KDEK4) dijadikan subjek kajian. Kata pinjaman Arab tersebut akan dikategorikan mengikut aspek yang dikemukakan oleh para sarjana bahasa. Hasil daripada penelitian yang dilakukan mendapati bahawa pengaruh dan kesan kata pinjaman Arab terhadap bahasa Melayu dilihat akan tetap dan terus berlaku hingga sekarang terutama sekali dalam bidang agama, perundangan, ekonomi dan hukum-hakam Islam.Hal ini adalah penting untuk membolehkan bahasa Melayu ini bergerak maju seiring dengan kemajuan yang dilalui oleh masyarakat penuturnya yang mampu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Negara Bangsa.

Kata kunci: Aspek Bahasa, Bahasa Ilmu, Bahasa Melayu, Kata Pinjaman Arab, Memperkaya

The Role of Arabic Loanwords in Enriching Malay Language as the Language of the Nation Building

ABSTRACTIt is an undeniable fact that there are a large number of Arabic loan-words in Malay language which are widely used in the Malay community.

Page 94: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Che Radiah Mezah dan Pabiyah Toklubok@Hajimaming

88 Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

The use of Arabic loanwords covers various aspects; religious, economic, political, legal, medical and social. The acceptance of the Arabic loanwords by the Malay community has been positive that the Malay language has been enriched by those words. Therefore, this study looks at the extent to which the Arabic loan words play a role in enriching Malay language in various aspects that can enhance the function of the Malay language as the language of science and the language of high culture. The study will analyze the role of Arabic loan-words based on the aspects defined. For that purpose, a number of Arabic loan-words found in the 4th Edition of Kamus Dewan (KDEK4) will be examined. Those Arabic loan-words wiil be categorized according to the aspect presented by the scholars. Results have shown that the influence and impact of Arabic loan-words in Malay language will be continuously applied, particularly in the fields of religion, law, economy, and islamic laws. This phenomenon is important as it allows the Malay language to move in tandem with the development of society whose speakers are able to make the Malay language as the language of the nations.

Keywords: Language aspect, knowledge language, Malay language, Arabic loanwords, to enrich

PENGENALANKedatangan agama Islam ke alam Melayu sekitar abad ke-13 dan ke-14 telah membawa pengaruh yang cukup besar dalam semua aspek kehidupan masyarakat Melayu. Pengaruh Islam bukan sahaja telah mengubah kepercayaan dan agama asal masyarakat, tetapi memberikan kesan terhadap bahasa, budaya dan sastera.Walau bagaimapun, pengaruh Islam terhadap bahasa mendominasi aspek lain, khususnya yang berkaitan dengan kosa kata. Malahan perkataan yang dipinjam ini juga telah

berfungsi untuk melambangkan warisan budaya masyarakat Melayu kerana di dalamnya terdapat hal yang berkaitan dengan agama, adat, perayaan, undang-undang, dan sebagainya. Keadaan ini telah menggambarkan tahap hubungan dan kerjasama antara bangsa Arab dengan Melayu, bahkan mendekatkan bangsa Melayu dengan umat Islam yang lain dari segi budaya yang menggunakan perkataan Arab yang sama. (Awang Sariyan, 2000)

TidakdinafikankosakatabahasaArabtelah banyak mempengaruhi perkembangan kosa kata bahasa Melayu dari dulu sehingga kini. Dengan kedatangan pedagang Arab dan ulama’ Islam ke tanah Melayu seawal kurun ke-14 Masihi, bahasa Melayu dikatakan telah mula menerima pengaruh bahasa Arab (Abdel Raziq,1996). Apatah lagi bagi masyarakat Melayu yang beragama Islam, bahasa Arab sememangnya menjadi bahasa ibadat dan bahasa keagamaan mereka.

Jika dilihat kepada penggunaan bahasa Melayu pada masa ini, terdapat banyak perkataan Arab yang telah dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu sama ada dalam bentuk pertuturan ataupun penulisan. Hakikat ini turut diakui oleh para penyelidik yang berminat mengkaji pengaruh bahasa Arab terhadap bahasa Melayu. Sebagai contoh, Abdul Hamid Ahmad dalam kamusnya, iaitu Kamus al-Hamidi telah menyenaraikan 2000 patah perkataan bahasa Arab yang telah dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu (Mustafa Daud, 1996).

Kemasukan perkataan Arab ini telah mengayakan bahasa Melayu dari segi kosa kata dan penggunaannya dalam masyarakat Melayu, khususnya dalam bidang agama.Hal ini kerana, hubungan bahasa Arab dengan agama Islam tidak dapat dipisahkan, malahan bahasa Arab adalah sumber asas kepada syariat Islam.Al-

Page 95: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Peranan Kata Pinjaman Arab dalam Memperkaya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa

89Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

Quran juga diturunkan dalam bahasa Arab. Justeru, tidak hairan sekiranya kefahaman terhadap bahasa Arab dijadikan asas dan syarat kepada seseorang mujtahid untuk mengeluarkan sesuatu hukum.

Namun, apa yang dapat diperhatikan perkataan Arab yang telah dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu ini telah menerima banyak perubahan, terutamanya dari segi sebutan, ejaan dan makna. Proses perubahan ini merupakan lumrah yang terjadi dalam apa juga bahasa sekali pun dalam dunia ini.

Pengayaan bahasa Melayu dalam konteks makalah ini bermaksud kata p i n j a m a n A r a b t e l a h m e n a m b a h perbendaharaan kata bahasa Melayu, dan ini menjadikan bahasa Melayu lebih maju, mantap, hebat dan unggul. Seterusnya berupaya mengungkapkan apa-apa sahaja perkara yang berhubung dengan aspek kehidupan. Hal ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang meliputi aspek sosial, ekonomi, politik, perundangan, perubatan, keagamaan, budaya, sains dan teknologi, dan sebagainya. Malahan, kemasukan kata pinjaman Arab ini juga menjadikan bahasa Melayu mampu membicarakan perkara yang berkaitan dengan peradaban Islam.

OBJEKTIF KAJIANKajian ini bertujuan untuk menjelaskan fungs i ka ta p in jaman Arab un tuk memperkukuh bahasa Melayu. Ia juga bertujuan untuk menghuraikan penggunaan kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu berdasarkan kategori yang ditentukan. Seterusnya, kajian ini merumuskan peranan kata pinjaman Arab tersebut dalam memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa negara bangsa.

METODOLOGI KAJIANKajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah perpustakaan yang bersifat deskriptif untuk menerangkan dan menganalisis data dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 (KDEK4). Sampel perkataan yang telah dikategorikan sebagai kata pinjaman yang dilabelkan dengan lambang “Ar” dalam KDEK4 dipilih untuk dianalisis.Seterusnya perkataan tersebut yang kerap digunakan oleh masyarakat dipilih secara rawak untuk mewakili aspek tertentu. Proses pemilihan sampel secara rawak dilakukan melalui penelitian pengkaji ke atas media cetak seperti brosur dan media elektronik. Kemudian dikategorikan berlandaskan aspek yang telah ditentukan oleh Abdullah Hassan (1994) dan Muhammad Abdul Jabbar Beg (1983) sebelum dihuraikan secara terperinci berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai situasi. Dua buah kamus Arab yang muktabar dalam bahasa Arab, iaitu al Mu’jam al Arabi al Asasi dan al Mu’jam al Wasit dipilih sebagai rujukan utama dalam pemadanan dan penyemakan makna asalnya dalam bahasa Arab selain melihat maksud yang dijelaskan dalam KDEK4.

Pengkategorian kata pinjaman Arab yang ditentukan dalam kajian ini berdasarkan kategori yang dilakukan oleh Abdul Jabbar Beg (1983) dan Abdullah Hassan (1994). Abdul Jabbar Beg telah mengkategorikan kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu kepada 26 kategori yang bermula dengan nama Allah, nabi dan kitab agama langit sehingga kepada tema peperangan dan perdamaian. Manakala menurut Abdullah Hassan pula, perkataan Arab yang masuk ke dalam bahasa Melayu telah dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu agama, ilmu pengetahuan, adat budaya dan pergaulan serta kejadian.Pengkaji seterusnya melakukan pengolahan semula kategori

Page 96: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Che Radiah Mezah dan Pabiyah Toklubok@Hajimaming

90 Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

tersebut mengikut kesesuaian, keperluan dan perkembangan semasa dalam pelbagai aspek. Kategori yang telah ditentukan dalam kajian ini adalah seperti yang berikut: agama, bahasa, budaya, ekonomi, undang-undang dan sosial. Pengkategorian ini dilakukan kerana ia merupakan aspek yang mendominasikan kehidupan seharian masyarakat Melayu.

PENGENALAN KAMUS DEWAN EDISI KE-4 (KDEK4)KDEK4 (2007) merupakan kamus ekabahasa yang terbaharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kamus setebal 1,817 halaman ini mengandungi 5,843 entri, subentri, dan frasa entri baharu yang mencakupi pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi, linguistik, komputer, astronomi, agama, politik, pelayaran dan muzik. Selain penambahan entri, KDEK4 ini juga mengandungi kata atau ungkapan umum yang baharu, kata dialek, kata slanga dan nama kaum yang ada di Malaysia.Kata yang berkaitan dengan suku kaum etnik seperti Cina, India, Iban, Kadazan dan Kintak juga dijadikan kata entri dalam kamus ini. Di samping kata baharu, kata entri lama yang mengalami perubahan makna, sama ada peluasan atau penyempitan makna turut dikemas kini. Sebahagian besar kata dalam kamus ini merupakan kosa kata dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, dan bidang lain seperti undang-undang, marin, perubatan, dan sebagainya. Di samping itu, terdapat penambahan kata pinjaman Arab seperti ‘Baitulharam’, ‘Hujjatul Islam’dan ‘zakum’ turut dimuatkan dalam edisi ini. Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, sebanyak 1175 patah perkataan yang dilabelkan sebagai kata yang berasal daripada bahasa

Arab (Ar). Walau bagaimanapun beberapa penambahan dan pembaikan telah dilakukan dalam KDEK4 ini untuk menjadikannya sebuah kamus yang berwibawa. Rentetan daripada penambahan dan pembaikan kata pinjaman Arab dalam KDKE4 ini, ia secara tidak langsung mengukuhkan dan memperkaya kosa kata Melayu.

KONSEP KATA PINJAMAN ARABBahasa Melayu sebagai bahasa yang pesat berkembang, banyak menerima pengaruh bahasa asing, terutama dalam aspek kosa kata. Antara bahasa asing yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu ialah bahasa Arab. Kemasukan perkataan asing ke dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai kata pinjaman. Menurut Kamus Linguistik (1997:118), kata pinjaman bermaksud kata yang dipinjam secara langsung daripada bahasa asing atau kata yang diterjermahkan atau konsep makna yang ditiru daripada kata asing tersebut.

Pengaruh bahasa Arab terhadap bahasa Melayu amat luas dan mendalam sekali, khasnya dalam aspek kosa kata. Muhammad Abdul Jabbar Beg (1979) telah menyenaraikan sebanyak 2150 kata pinjaman Arab yang terdapat dalam bahasa Melayu yang meliputi berbagai-bagai bidang. Abdul Hamid Ahmad dalam bukunya Kamus al-Hamidi menyenaraikan sejumlah 2000 perkataan Arab dalam bahasa Melayu. (Mustafa Hj Daud, 1996)

Perkataan Arab yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu meliputi pelbagai aspek dan menyeluruh dalam kehidupan bermula dari saat kelahiran seperti ‘aqiqah’ dan ‘khatan’ hinggalah ke saat kematian seperti ‘kafan’ dan ‘kubur’. Hal ini bukanlah sesuatu yang asing kerana pengaruh Islam yang kuat dalam setiap aspek kehidupan berunsur Melayu telah menyebabkan

Page 97: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Peranan Kata Pinjaman Arab dalam Memperkaya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa

91Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

bahasa Melayu mewarisi kebudayaan dan ilmu pengetahuan Islam yang banyak.Ini dapat dilihat dalam perkataan yang berkaitan dengan agama, ibadat, pergaulan, upacara tertentu, undang-undang, ekonomi, politik dan hal ehwal pentadbiran negara. Sehubungan dengan ini, Muhammad Abdul Jabbar Beg (1983) telah mengelaskan perkataan Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab berdasarkan beberapa tajuk atau aspek seperti keagamaan, kebudayaan, perundangan, bahasa, ekonomi, kemasyarakatan, politik, alam semulajadi, pentadbiran, perubatan dan sebagainya.

UNSUR DALAM PEMINJAMAN BAHASA ARABAntara unsur yang dipinjam daripada bahasa Arab yang boleh mempermantap struktur bahasa Melayu, ialah:a.) Perkataan (kosa kata/perbendaharaan

kata). Dalam konteks kata pinjaman Arab, terdapat 1175 kosa kata Arab yang dimuatkan dalam Kamus Dewan Edisi ke-3.

b.) Bentuk huruf dan sistem tulisan. Bahasa Melayu telah meminjam sistem tulisan jawi dengan penambahan 5 huruf Melayu yang tidak terdapat dalam bahasa Arab. Lima huruf bukan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca ( چ ), Nga ( ڠ ), Pa (ف ), Ga Huruf ini dicipta .( ڽ ) dan Nya ,( گ)untuk melambangkan bunyi yang lazim disebut pada lidah Melayu. Huruf baharu ini ditiru daripada huruf Arab yang seakan-akan sama bentuknya.

c.) Sistem bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Terdapat 14 bunyi konsonan Arab yang telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu dengan cara peminjaman kata daripada bahasa

Arab. Bunyi tersebut telah disesuaikan mengikut sistem bunyi bahasa Melayu melalui beberapa keadaan.

Tidakdinafikanbahawapertembungandan penyerapan unsur bahasa ke dalam bahasa yang lain akan mengakibatkan perubahan aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. (Amran, 1987; Abdul Raziq, 1990)

SOROTAN LITERATUR TENTANG KATA PINJAMAN ARABJika ditelusuri susur galur kata pinjaman Arab serta kajian lampau tentangnya, didapati bahawa sejumlah kajian telah dilakukan terhadap kata pinjaman Arab ini dalam pelbagai aspek. Berikut adalah beberapa kajian tentang kata pinjaman Arab:

Kajian Ibtisam Abdullah dan rakan-rakan (2011) yang bertajuk “Perantauan Bangsa Arab ke Alam Melayu: Kesannya Terhadap Percambahan Kata Pinjaman Arab-Melayu”. Kajian ini membincangkan kesan perantauan bangsa Arab ke Alam Melayu terhadap percambahan kata pinjaman Arab dari sudut linguistik yang bersifat sistematik. Aspek yang terkesan adalah seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Setiap aspek yang dibincangkan disertakan dengan contoh dan penggunaannya dalam masyarakat Melayu. Kajian ini menyimpulkan bahawa peminjaman seperti ini memberikan impak kepada masyarakat dalam memperkaya bahasa dan memperkemas s i s t em komunikasi kebahasaan.

Kajian seterusnya ialah “Pemerkasaan Jati Diri Bahasa Melayu: Isu Penyerapan KataAsing”olehZaharaniAhmaddanrakan-rakan (2011). Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penyerapan kata asing yang bukan sekadar membawa masuk leksikal tetapi disertai dengan sistem

Page 98: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Che Radiah Mezah dan Pabiyah Toklubok@Hajimaming

92 Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

nahunya. Bahasa asing yang dirujuk dalam kajian ini termasuk bahasa Sanskrit, bahasa Arab, bahasa Portugis dan bahasa Inggeris. Hasil kajian menunjukkan bahawa proses pertembungan antara bahasa asing dengan bahasa sasaran menimbulkan dua dikotomi, iaitu kata asing mengalami perubahan dan penyesuaian untuk mematuhi sistem bahasa sasaran, atau kata asing itu mengekalkan bentuk asalnya di samping membawa masuk ciri baharu yang melanggari sistem linguistik bahasa sasaran.

Kajian “Peluasan Makna Alim: Analisis Semantik Kognitif’ oleh Nor Hashimah Jalaluddin dan rakan-rakan (2012) bertujuan untuk mengetengahkan peluasan makna sesetengah kosa kata Arab dan tidak lagi mengekalkan makna asal yang teras. Hasil kajian mendapati bahawa perkataan “alim” telah meluas kepada makna lain dan berbeza dengan dapatan kamus, khususnya KDEK4.

Kajian yang bertajuk “Penggunaan Kata Pinjaman Arab Dalam Bahasa Melayu Dan Implikasinya Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab” oleh Pabiyah Hajimaming dan Che Radiah Mezah (2011) bertujuan untuk melihat sejauh mana ketepatan pelajar IPTA menggunakan kata pinjaman Arab dalam penulisan bahasa Arabmereka sertamengklasifikasikanbentuk penggunaannya. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian pelajar gagal menggunakan perkataan Arab yang dipinjam dalam bahasa Melayu dengan tepat yang membawa kepada terhasilnya beberapa bentuk kesilapan dalam pelbagai aspek seperti: semantik, morfologi, ejaan dan leksikal.

Terdapat kajian lain yang dijalankan berkaitan kata pinjaman Arab seperti “Perkataan Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjaun Dari Aspek Semantik” oleh Mohd. Alwee Yusoff (2006). Kajian ini

memfokuskan perubahan kata pinjaman Arab yang telah berubah makna apabila dipinjam masuk ke dalam bahasa Melayu dari sudut semantik.

Berdasarkan kajian lampau yang dijalankan ke atas kata pinjaman Arab, dapat dirumuskan bahawa kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu secara umumnya akan mengalami perubahan, sama ada dari segi fonetik, morfologi, sintaksis atau semantik. Namun, sebahagian besar kajian ini hanya membincangkan kata pinjaman Arab yang menjurus kepada aspek tertentu berkaitan bahasa. Justeru, kajian ini cuba menelusuri sejumlah kata pinjaman Arab terpilih dalam setiap aspek yang telah dikategorikan dan seterusnya membuat penghuraian ke atas kata pinjaman tersebut. Penghuraian yang dilakukan memperlihatkan sejauh mana peranan kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu berupaya memperkaya dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa negara bangsa.

HURAIAN DAN PERBINCANGANBerikut ialah huraian dan perbincangan hasil daripada penganalisisan ke atas beberapa kata pinjaman Arab yang telah dipilih. Ia diolah berdasarkan objektif yang telah dijelaskan sebelum ini.

Aspek penggunaan kata pinjaman Arab dalam masyarakat Melayu.Berikut ialah beberapa contoh penggunaan kata pinjaman Arab dalam pelbagai aspek yang berperanan dalam memperkaya bahasa Melayu:

Aspek AgamaKata pinjaman Arab dari aspek agama mendominasi aspek lain. Secara umumnya dapat diteliti bahawa penggunaan kata

Page 99: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Peranan Kata Pinjaman Arab dalam Memperkaya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa

93Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

pinjaman Arab dalam bahasa Melayu merangkum saat kelahiran hingga kematian. Contohnya:

nifas balighwiladah nikahaqiqah nazakkhatan jenazahtahnik kafanmumayyiz talqin

Terdapat juga sebahagian besar istilah agama dikekalkan dengan makna yang asal. Contohnya:

solat sunatzakat rukunsyahadah syarathaji makruhwajib batalfardhu fidyah

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa perkataan yang mengalami perubahan daripada makna asal sama ada dari segi penyempitan ataupun peluasan makna. Contoh penyempitan makna seperti; perkataan Dalam bahasa .(BM- amal)َعَمل Melayu ia bermaksud kerja kebajikan atau berkaitan dengan perkara yang baik sahaja seperti َعَمٌل َخْيٌر ، َعَمٌل َكِرْيٌم، َعَمٌل َشِرْيٌف. (amal yang baik/mulia), walhal dalam bahasa Arab ia boleh digunakan dalam kerja kebaikan atau sebaliknya.

Aspek LinguistikPertembungan dan penyerapan bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan perubahan dari sudut fonologi, morfologi dan sintaksis. Sebahagian besar perubahan yang berlaku melibatkan juga aspek semantik.

Unsur yang paling terkesan ialah unsur fonologi .Terdapat 14 buny i

konsonan Arab yang d ip in jamkan ق) ke (ث،ح،خ،ذ،ز،ش،ص،ض،ط،ظ،ع،غ،ف،dalam bahasa Melayu.Terdapat juga vokal pendek ditambah pada akhir kata pinjaman. Contohnya: ilmu, nafsu, ahli dan abdi. Dari segi bunyi, didapati beberapa perkataan Arab yang dipinjam telah melalui beberapa proses penyesuaian seperti: pengguguran satu daripada dua fonem yang sama, penggantian fonem dengan fonem lain. Penggantian fonem dengan fonem lain berlaku kerana terdapat beberapa konsonan Arab tidak mempunyai konsonan yang sepadan dalam bahasa Melayu, ianya ditukar kepada konsonan yang paling hampir dalam bahasa Melayu seperti ق [q] diganti dengan [k], ض [dh] diganti dengan [d], ط [t ] diganti dengan [t] dan lain-lain lagi. Malahan terdapat juga perubahan-perubahan lain yang berlaku seperti pengguguran satu daripada dua fonem yang sama di tengah seperti perkataan دّجال dalam bahasa Arab menjadi “dajal”. Selain itu, berlaku juga penambahan fonem pada akhir perkataan seperti perkataan علم menjadi “ilmu”.

Begitu juga dengan unsur morfologi. Sebagai contoh, perkataan Arab yang digolongkan dalam kelas kata nama dalam bahasa Arab diguna pakai dalam bahasa Melayu sebagai kata kerja seperti: beramal, beribadah, beriadah, berjihad, dan sebagainya.

Manakala dari segi sintaksis pula, pengaruh struktur ayat Arab terlihat menerusi penggunaan ayat pasif apabila berlakunya pendepanan kata kerja seperti ayat berikut: “Dibina Islam atas lima perkara…” sebagai terjemahan kepada hadis Rasulullah SAW : “...خمسعلىاإلسالمبني ”

Perubahan yang telah dijelaskan di atas melibatkan secara langsung perubahan dalam aspek semantik juga. Justeru, dapat disimpulkan bahawa perubahan yang

Page 100: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Che Radiah Mezah dan Pabiyah Toklubok@Hajimaming

94 Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

melibatkan aspek semantik ini boleh dikategorikan kepada dua jenis:

Jenis pertama: Makna asal kekal. Terdapat sejumlah perkataan yang makna asalnya kekal dan tidak mengalami apa-apa perubahan. Perkataan seumpama ini mendominasi jumlah perkataan keseluruhan dalam KDEK4. Perkataan yang dimaksudkan seperti; kerusi, masjid, solat, zakat, niat, wuduk, hamil, aqiqah, berkhatan, tarbiyah, baligh, nikah, walimatul urus, syukur, nazak, mayat, kafan, kubur, talkin dan lain-lain.

Jenis Kedua: Berlaku perubahan pada makna baik dari segi penyempitan mahupun peluasan. Dari segi penyempitan ialah seperti perkataan: amil, khalwat, amal, musabaqah dan murshid. Dari segi peluasan seperti perkataan: sahabat, badan, majlis, ikhtiar, ibarat dan daftar. Terdapat juga perkataan yang maknanya berbeza sama sekali seperti perkataan: usrah, muassasah, masyghul dan manzil.

Meskipun berlaku perubahan dalam penggunaaan kata pinjaman Arab ke dalam bahasa Melayu, tetapi keadaan ini bertujuan mempertinggi dan memperkaya bahasa Melayu itu sendiri. Keadaan ini menjadi lebih bermakna disebabkan pertalian hubungan antara kedua-dua bangsa yang sekian lama terjalin seperti yang terjadi kepada bahasa Arab dan bahasa Melayu.

Aspek BudayaTerdapat beberapa ungkapan dan perkataan yang diserapkan penggunaannya dalam masyarakat Melayu, antaranya:

Ucapan “Assalamualaikum”. Sebagai masyarakat Melayu Islam, ucapan salam yang dianjurkan Islam ialah dengan menggunakan lafaz “Assalamualaikum”. Hal ini dijelaskan oleh al-Quran dalam surah al-Nisa ayat 86 yang bermaksud: “Apabila kamu diberikan penghormatan dengan

sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” Ucapan salam ini diguna dengan meluas kerana ia merupakan sebahagian daripada syiar Islam.

Penggunaan perkataan “Iftar” إفطار telah kerap digunakan untuk menggantikan ‘majlis berbuka puasa’. Sejak kebelakangan ini, khususnya dalam bulan Ramadan sering kedengaran iklan atau jemputan ke majlis ‘Iftar’ atau ‘Iftar perdana’, dan sebagainya. Maka penggunaan istilah ini secara tidak langsung menambahkan khazanah kosa kata bahasa Melayu.

Ucapan terima kasih: Masyarakat Melayu menggunakan ungkapan “terima kasih” untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih seseorang terhadap orang yang menghulurkan bantuan atau apa-apa bentuk pertolongan. Namun demikian, ungkapan “Jazakallah Khairan” juga telah sebati dalam kalangan masyarakat Melayu kini, khususnya dalam kalangan agamawan dan juga mereka yang berlatarbelakangkan bahasa Arab.

Frasa “walimatul urus”. Frasa ini digunakan dalam masyarakat Melayu dengan maksud kenduri kahwin. Malah frasa ini dipopularkan penggunaannya dalam kad undangan yang diedarkan kepada tetamu.Justeru, frasa ini secara tidak langsung mengayakan bahasa Melayu yang sedia ada dengan penambahan penggunaan frasa Arab ini.

Justeru, beberapa kata pinjaman Arab yang lazim diguna pakai dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu tetapi belum dimasukkan sebagai entri dalam kamus Dewan seharusnya dilihat dan diambil kira untuk dimuatkan sebagai entri dalam kamus tersebut.

Page 101: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Peranan Kata Pinjaman Arab dalam Memperkaya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa

95Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

Aspek EkonomiTerdapat beberapa perkataan yang diserapkan penggunaannya dalam masyarakat Melayu, antaranya:

Perkataan “Mudharabah” merupakan akad kerja sama antara dua pihak. Dalam hal ini pihak pertama menyediakan seluruh modal dan pihak lain menjadi pengelola. Keuntungan dibahagi menurut kesepakatan yang ditetapkan dalam kontrak. Sekiranya berlaku kerugian, maka akan ditanggung oleh pemilik modal selama kerugian itu bukan akibat daripada kelalaian si pengelola. Apabila kerugian diakibatkan oleh kelalaian pengelola, maka si pengelolalah yang bertanggung jawab. Perkataan ini digunakan dalam istilah perbankan secara meluas tanpa mengira bangsa dan agama sehingga perkataan Melayu,iaitu “perkongsian” hampir-hampir dilupakan.

Kata pinjaman Arab lain yang digunakan secara meluas juga ialah “Takaful”. Dari segi pengertian bahasa, ia bermaksud saling jamin menjamin, menjaga atau memelihara –iaitu peserta yang mengambil perlindungan takaful berniat ikhlas akan saling jamin menjamin dalam kalangan mereka untuk saling bantu membantu ketika ditimpa musibah. Perkataan “takaful” kini sudah sebati dengan masyarakat Melayu, sehinggakan perkataan asal yang digunakan dalam bahasa Melayu, iaitu “insuran” hampir dilupakan juga.

‘Ar-Rahnu’ dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan. Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun iabermaknatahanan,sepertifirmanAllahSWTdalam surah al-Muddaththir, ayat

38yang bermaksud: “Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya …”. Perkataan ar-rahnu juga diguna pakai dalam istilah perbankan menggantikan perkataan Melayu asal iaitu “gadaian”.

Aspek Undang-undangTerdapat beberapa perkataan yang diserapkan penggunaannya dalam masyarakat Melayu, antaranya:

Perkataan “fatwa” bermaksud hasil persepakatan ulama terhadap sesuatu hukum. Penggunaan perkataan ini sering digunakan oleh masyarakat Melayu, khususnya umat Islam. Para ulama akan berkumpul dan berbincang tentang sesuatu isu (lazimnya merupakan isu baharu yang belum disepakati tentang hukumnya) dan hasil persepakatan itu akan diwartakan sebagai fatwa. Tiada perkataan Melayu lain yang dapat menggambarkan proses ini kecuali perkataan “fatwa” yang dipinjam daripada perkataan Arab.

Perkataan “dam” bermaksud denda yang dikenakan disebabkan kesalahan tertentu tentang sesuatu ibadah. Sebagai contoh, dalam ibadah haji sekiranya seseorang yang mengerjakan haji melanggar pantang larang semasa dalam ihram, maka dia mesti membayar dam dengan menyembelih binatang, atau memberikan makan kepada fakir miskin atau berpuasa. Tiada perkataan Melayu, selain perkataan ‘dam” yang digunakan untuk tujuan ini.

Perkataan “rujuk” pula bermaksud apabila seseorang yang menceraikan isterinya kemudian ingin kembali semula kepadanya dalam tempoh idah. Hanya perkataan “rujuk” diguna pakai dalam masyarakat Melayu untuk menggambarkan keadaan ini. Perkataan “rujuk” telah sebati dalam masyarakat Melayu sehingga

Page 102: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Che Radiah Mezah dan Pabiyah Toklubok@Hajimaming

96 Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

perkataan “kembali” yang membawa maksud yang sama hampir tidak digunakan langsung.

Aspek SosialTerdapat beberapa perkataan yang diserapkan penggunaannya dalam masyarakat Melayu dalam pelbagai keadaan: • Peristiwa: Dalam masyarakat Melayu,

pelbagai peristiwa disambut dan diraikan sempena kejadian sesuatu perkara. Lazimnya juga peristiwa yang diraikan mempunyai perkaitan dengan agama Islam seperti peristiwa “Maulidur Rasul”. Peristiwa ini disambut sempena kelahiran nabi Muhammad SAW.

• Selain peristiwa “Maulidur Rasul”, “Maal Hijrah” juga disambut oleh masyarakat Melayu sempena datangnya tahun baharu mengikut takwim Islam.

• Manakala “Musabaqah Tilawah al-Quran” pula merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia sejak 57 tahun yang lalu. Perkataan ini telah sebati dengan masyarakat Melayu pada semua peringkat.

• Nama tempat: Masyarakat Melayu begitu teruja untuk memberikan nama Arab kepada institusi agama dan juga sekolah Agama. Justeru, nama masjid dan juga nama sekolah Agama sering diberi nama Arab seperti masjid al-Muhajirin, masjid al-Mujahidin, masjid al-Ansar, dan sebagainya. Nama sekolah pula seperti Madrasah al-Ulum al-Islamiyah, Ma’had Hamidiyah, Madrasah Irsyad,Ma’hadTahfizal-Furqan, dan sebagainya.

• Nama program tv :Pada dewasa kini, kecenderungan masyarakat Melayu kepada penggunaan perkataan Arab

makin bertambah. Hal ini boleh diperhatikan melalui nama program tv yang menggunakan perkataan Arab seperti; halaqah, al-kulliyah, man jadda wajada, al-hidayah, al-Marayadan lain-lain.

Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa penggunaan kata pinjaman memberikan kesan mendalam kepada pengguna bahasa tersebut.Tanpa penggunaannya, maka makna sesuatu perkataan tidak menepati maksud sebenar.

Tidakdinafikanpenghuraian fungsikata pinjaman tidak terbatas dalam aspek yang telah ditentukan, malahan terdapat kata pinjaman yang boleh dimasukkan dalam aspek lain mengikut situasi dan kesesuaian, seperti perkataan ‘dam’ yang boleh dimasukkan dalam aspek agama juga aspek undang-undang.

Peranan Kata Pinjaman Arab dalam Memperkaya Bahasa MelayuBahasa Melayu sebagai bahasa yang pesat berkembang, banyak menerima pengaruh bahasa asing, terutama dalam aspek kosa kata. Selepas bahasa Sanskrit, bahasa Arab adalah antara bahasa yang awal menyerap masuk dalam bahasa Melayu. Pengaruh bahasa Arab boleh dianggap berkesan dan besar sumbangannya terhadap bahasa Melayu secara keseluruhan. Peranan kata pinjaman Arab dalam memperkaya bahasa Melayu ini dapat diperincikan sebagaimana berikut:

Menambah kosa kata yang sedia adaHal ini dapat dilihat dengan jelas dalam entri Kamus Dewan Edisi Ke-3 yang menyenaraikan sebanyak 1175 patah perkataan yang dilabelkan sebagai kata yang berasal daripada bahasa Arab (Ar). Walau

Page 103: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Peranan Kata Pinjaman Arab dalam Memperkaya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa

97Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

bagaimanapun, beberapa penambahan dan pembaikan telah dilakukan dalam KDEK4 untuk menjadikannya sebuah kamus yang berwibawa. Kesemua kata pinjaman Arab ini telah diterima pakai oleh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan cara sebegini, secara tidak langsung kata pinjaman Arab ini telah menambah kosa kata yang sedia ada. Kemasukan kata pinjaman Arab ini juga turut mengayakan disliplin ilmu seperti ilmu matematik, ilmu mantiq, ilmu falak dan ilmu tasawuf. Malahan ia juga turut mengayakan beberapa istilah dalam beberapa ilmu tertentu. Contohnya, dalam ilmu matematik terdapat penggunaan perkataan (darab, sifar, rumuz, baki, dll.)

Memantapkan bidang linguistik yang sedia adaKata pinjaman Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu ini telah memantapkan dua bidang asas linguistik Melayu. Bidang linguistik tersebut ialah:

Fonetik: Kesan peminjaman kata bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah menambah bilangan bunyi konsonan bahasa Melayu. Huruf atau konsonan yang tidak terdapat dalam BM ialah ثاء [tha’], حاء ha’], ,[sad] صاد ,[syin] شين ,[dhal] ذال ,[’kha] خاء ,[c ayn] عين ,[’za] ظاء ,[’ta] طاء ,[dad] ضاد.(Man,1992:42Saufi).[qaf]قاف ,[ghayn] غينMaka wujudlah perkataan seperti : dhaif, dharab, ghaib, ghairah qadar, qunut, syiar, thabit, mithal, zikir, bazir, asyik, zuriat dan sebagainya.

Pe r inc iannya dapa t d i j e l a skan sebagaimana berikut:a. Bahasa Melayu telah memperoleh

beberapa bunyi yang telah disesuaikan dengan sistem bunyi bahasa Melayu seperti (syin=ش , zay= ز , fa’= ف )

b. Kemasukan beberapa bunyi yang tidak diterima oleh sistem bunyi bahasa Melayu seperti bunyi huruf (b/ب ) , (d/د ) ), ( j/ج) yang tidak terdapat pada akhir perkataan asal dalam bahasa Melayu. Akan tetapi, perkataan Arab yang dipinjam dalam bahasa Melayu mengandungi bunyi huruf ini pada akhir perkataan. Keadaan ini dianggap satu pengecualian, contohnya bab, abad, mikraj.

c. Penambahan sekumpulan bunyi pertengahan yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu asal seperti (ks/كس ), (tr/ Contohnya pada perkataan .( رد/rd) ,(تر“fardu”, “witir” (asal : witr).

d. Terdapat himpunan bunyi konsonan sejenis atau konsonan gandaan. Keadaan ini terdapat dalam perkataan Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab seperti) azzah= Didapati . عّزةkebanyakan huruf berganda dibuang apabila terletak di tengah atau akhir perkataan seperti (dajal = دّجال ), (had = (شّك = syak) ,( حّد

e. Kewujudan bunyi vokal berulang yang diselangi dengan bunyi ‘hamzah’ atau (‘) dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab seperti (maaf = معاف), (Jumaat = iaitu dengan menukar bunyi (ain ,(جمعة(ا = alif) kepada (ع =

Morfologi: Pengaruh bahasa Arab juga telah memperkaya kosa kata bahasa Melayu melalui sistem imbuhan. Bahasa Melayu meminjam enam imbuhan akhiran bahasa Arab, iaitu :

Imbuhan akhiran /ah/ digunakan untuk membentuk kata nama perempuan seperti hajah, muslimah, ustazah, qariah, solehah.

Page 104: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Che Radiah Mezah dan Pabiyah Toklubok@Hajimaming

98 Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

Imbuhan akhiran /at/ telah membentuk kata nama yang bermaksud jamak perempuan seperti muslimat, hadirat.

Imbuhan /i/ untuk membentuk kata adjektif yang bermaksud sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar yang berakhir dengan konsonan seperti abadi, azali, insani mithali, imani, amali.

Imbuhan /iah/ yang membentuk kata adjektif yang mengandungi makna sifat yang terkandung dalam kata dasar seperti alamiah, batiniah, insaniah, jahiliah.

Imbuhan /in/ yang membentuk kata nama yang bermaksud jamak lelaki seperti muslimin, mukminin, hadirin.Imbuhan /wi/ untuk membentuk kata adjektif yang bermaksud sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar yang berakhir dengan huruf vokal seperti duniawi, maknawi, manusiawi, ukhrawi, sejarawi.

Menurut Mustafa Hj Daud (1996:85-86), apabila dilihat dari segi bunyi, didapati beberapa perkataan Arab yang dipinjam telah melalui beberapa proses penyesuaian sebagaimana berikut:

1. Pengguguran satu daripada dua huruf yang sama di tengah seperti perkataan Dajjal (Arab) menjadi ‘dajal’

2. Penggantian huruf Q dengan huruf K seperti Qamus (Arab) menjadi ‘kamus’

3. Penggantian huruf F dengan P seperti Fasl (Arab) menjadi ‘pasal’ (ejaan lama)

4. Penambahan huruf U pada akhir kata seperti ilm (Arab) menjadi ‘ilmu’

5. Penambahan huruf I di akhir seperti ahl (Arab) menjadi ‘ahli’

6. Menggunakan bunyi E di tempat huruf A seperti ‘sadaqat’ (Arab) menjadi ‘sedekah’

7. Huruf TH diganti dengan huruf S seperti ‘hadith’ (Arab) menjadi ‘hadis’

8. MenggantikanhurufZdenganLseperti‘zahir’ (Arab) menjadi ‘lahir’

9. Menggantikan bunyi DH dengan D seperti ‘qadhi’ (Arab) menjadi ‘kadi’

10. MenggantikanhurufDHdenganZseperti ‘ladhat’ menjadi lazat.

Memperkaya budayaHal ini kerana bahasa dan budaya tidak dapat dipisahkan. Sebagai contoh budaya memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum’ di samping ungkapan lain seperti selamat pagi, apa khabar, dan sebagainya. Budaya berterima kasih dengan menggunakan ungkapan “Jazakallah Khairan Kathira” di samping ungkapan Melayu “terima kasih”.Budaya mengucap selamat kedatangan Ramadan dengan ungkapan “Ramadhan Kareem”. Begitu juga dengan budaya berusrah, berhalaqah, bermusyawarah, dan sebagainya.

KESIMPULANSebagai kesimpulan dapat dikatakan bahawa pengaruh dan kesan kata pinjaman Arab terhadap bahasa Melayu dilihat akan tetap dan terus berlaku hingga sekarang terutama sekali dalam bidang agama, perundangan, ekonomi, hukum-hakam Islam dan seterusnya kepada sosio-budaya masyarakat Melayu. Hal ini adalah penting untuk membolehkan bahasa Melayu ini bergerak maju seiring dengan kemajuan yang dilalui oleh masyarakat penuturnya yang mampu menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa. Ini kerana

Page 105: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Peranan Kata Pinjaman Arab dalam Memperkaya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa

99Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

dalam usaha kerajaan memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa, ia perlu menyaingi dan menelusuri perubahan yang berlaku seiring dengan perkembangan serta kemajuan semasa dalam apa juga bidang yang memerlukan bahasa Melayu memantapkan antara lain kosa katanya untuk mengungkapkan beberapa perkara baharu yang tidak ada kata padanannya dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat direalisasikan melalui peminjaman kata Arab yang dapat mengukuhkan dan seterusnya mengekalkan kelestariannya di persada dunia. Kesemua ini bertolak daripada kelebihan bahasa Al Quran iaitu bahasa Arab yang merupakan kalam Allah yang begitu tinggi nilai bahasanya dan tiada tolok bandingnya.

RUJUKANAbbas Mohd Syariff. (1999). Permasalahan Pengaruh

Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjaun Ringkas, dalam Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-7,(c1), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd al-Hamid al-Sayyid.(1977). Tahdhib al-Nahw.Juzuk 2. Kaherah : Maktabat al-Syabab.

Abd al-Masih, & George Metri, (1996). Qawaid al-Lughat al-Arabiyyah. Beirut: Maktabah Lubnan.

Abdel Raziq Hassan Muhammed. “Al –Alfaz al-Maliziyyah al-Muqtaradhah min al-Lughah al-ArabiyyahwaKayfiyyahal-Istifadahminhafi Barnamij Ta’lim al-Lughah al-Arabiyyah fi Maliziya” dlm. Kertas Kerja Seminar Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia.Anjuran UIA pada 25-28 Ogos 1990.

_______ (1996). Contrastive Studies Between Arabic and Malay Languages.(c. 1) Kuala Lumpur: PercetakanZafarSdn.Bhd.

Abdul Rahman Rukaini. (1996). Morfem Bahasa Arab Dalam Bahasa Melayu. Dlm. Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A . H a s j a m y. ( 1 9 8 1 ) . S e j a r a h M a s u k d a n Berkembangnya Islam di Indonesia. Aceh: Pt. Al-Maarif.

Al-Mu’jam al-Arabi al-Asasi. (1999). Al-Munazzamah al-Arabiyah li al Tarbiyah wa al-Thaqafah wa al Ulum. Tunisia: Larus.

Amran Kasimin. (1987). Perbendaharaan Kata Arab Dalam Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan.

Awang Sariyan. (2000). Warna dan Suasana - Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Che Radiah Mezah. (2006). Analisis Kesilapan Leksikal Dalam Karangan Bahasa Arab, Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Glosari Bahasa dan Kesusasteraan Arab. (2004). (c.3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Ahmad. (1989). Analisis Kesalahan Sebagai Pendekatan Pengajaran Bahasa Malaysia, Jurnal Dewan Bahasa, 33(9), 611-613.

Kaylly Julius. (n.d.). Bahasa Melayu- unsur asing dalam bahasa Melayu. Capaian dari http://www.slideshare.net/kaykayjulius/bahasa-melayu-unsur-asing-dalam-bahasa-melayu-sem-2 pada 24 Ogos 2014

Kamus Dewan Edisi Ke-3. (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi Ke-4. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Linguistik. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lado, R. (1980). Mengajar Bahasa. (c.1) terjemahan Abdullah Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Alwee Yusoff. (2006). Perkataan Arab Dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan Dari Aspek Semantik. Jurnal Usuluddin. Bil 23-24, 239-254.

Mohd Syariff. (1999). Permasalahan Pengaruh Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjaun Ringkas, dalam Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-7, (c1), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Abdul Jabbar Beg. (1979). Arabic Loan Words in Malay Language. Kuala Lumpur: The University of Malaya Press.

Page 106: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Che Radiah Mezah dan Pabiyah Toklubok@Hajimaming

100 Mahawangsa 2 (1): 87 - 100 (2015)

_______. (1983). Arabic Loan Words in Malay. A Comparative Study. Kuala Lumpur. The University of Malaya Press.

Muhammad Fauzi Jumingan & Ahmad Hasbullah.(2002). Kata Serapan Arab Dalam Bahasa Melayu : Analisis Semantik dalam Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Serdang: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Mustafa Haji Daud. (1996). Bahasa Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nation, I.S.P. (1990). Teaching and Learning Vocabulary, New York: Newbury House Publishers.

Nor Hashimah Jalaluddin et. al. (2012). Peluasan Makna Alim: Analisis Semantik Kognitif. GEMA Online, Journal of Language Studies, 12(2)

Pabiyah Hajimaming & Che Radiah Mezah. (2011). Penggunaan Kata Pinjaman Arab Dalam Bahasa Melayu Dan Implikasinya Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab.Jurnal Linguistik, Jil.13, 1-16.

SaufiMan.(1992).Tahlil al-Akhta’ al-Lughawiyyat. Tesis Sarjana. Pusat Persediaan Universiti Islam Antarabangsa.

ZaharaniAhma,Norhashimah Jalaluddin,FazalMohamed Mohamed Sultan, Harishon Radzi, & Mohd Shabri Yusof. (2011). Pemerkasaan Jati Diri Bahasa Melayu: Isu Penyerapan Kata Asing. Jurnal Melayu, 6, 13-27.

ZulkifleyHamid. (2006).AplikasiPsikolinguistikDalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Page 107: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 22 Mei 2014Diterima: 28 November 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected](NurAfiqahWanMansor), [email protected] (Nor Hashimah Jalaluddin)* Penulis Penghubung

Deria Rasa dalam Kiasan Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

Nur Afiqah Wan Mansor dan Nor Hashimah Jalaluddin*Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

ABSTRAKArtikel ini bertujuan mengenal pasti deria rasa yang merangkumi manis, masam, masin dan pahit dalam kiasan Melayu dan perkaitan dengan budaya dan akal budi penutur. Tumpuan analisis ini adalah pada kiasan yang menunjukkan empat tunas rasa serta asosiasinya seperti gula, madu dan tebu mewakili rasa manis, garam rasa masin, asam rasa masam serta peria,mambu, hempedu dan timun dendang mewakili rasa pahit. Kajian berbentuk kualitatif ini mengaplikasikan teori semantik dengan kaedah inkuisitif yang merupakan gabungan antara teori relevans dengan maklumat mendalam budaya setempat. Kombinasi ini amat penting untuk memperjelas falsafah di sebalik objek dan imej yang dipilih dalam kiasan. Data kiasan Melayu dikumpul daripada dua buah buku, iaitu Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kamus Peribahasa Melayu serta laman sesawang Malay Civilization UKM. Analisis rangka rujuk silang dilakukan terhadap deria rasa yang terdapat dalam kiasan Melayu berdasarkan data korpus yang wujud. Gabungan RRS dengan maklumat budaya mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna kiasan Melayu sehingga ke akal budi penuturnya. Ketersiratan makna masam, manis, masin dan pahit serta makna yang berasosiasi dengan rasa juga dapat dicungkil dan dikaitkan dengan alam masyarakat penuturnya. Tingkah laku positif dan negatif serta nasihat telah ditemukan di sebalik makna ini. Kajian ini juga dapat membuktikan hubungan bahasa, masyarakat dan pemikiran dalam kiasan Melayu berdasarkan pendekatan yang digunakan.

Kata kunci: Akal budi Melayu, bahasa kiasan, budaya, deria rasa, semantik inkuisitif

Figuratively Sense in Malay Proverb: A Semantics Inquisitive Analysis

ABSTRACTThe objective of this study is to identify four basic senses that are sweet, sour, salty and bitter in Malay proverbs and its relation to the Malay intellectual and culture. The main focus of this study is to analyze the proverbs that show senses

Page 108: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Nur Afiqah Wan Mansor dan Nor Hashimah Jalaluddin

102 Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

as well as object that associated with the senses such as sugar, honey and sugar cane represent sweetness, salt for salty, tamarind for sour and finally peria, mambu, hempedu and timun dendang represent bitterness. This qualitative research uses semantic theory with inquisitive method that combines relevance theory with the in depth local culture information. The combination is vital in explicating the philosophy behind as to why objects and images are chosen in proverbs. The data are collected from Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kamus Peribahasa Melayu and Malay Civilization UKM website. Bridging Cross Reference (RRS) is applied to the data related to senses from corpus. A fusion between RRS along with the broad cultural information will be able to produce various interpretations of Malay proverbs up to the intellectuality of the speakers. The result demonstrates that Malay intellectual and culture can be assigned to Malay proverbs. The implicit meaning of sour, sweet, salty and bitter and the associated meaning hence are very closely related to the native speakers. Positive and negative behavior, advices can be highlighted as well in these proverbs. Evidently, this analysis is able to prove the relationship of language, society and thought in Malay proverbs based on the approach used.

Keywords: Malay intellectual, proverbs, culture, senses, inquisitive semantics

PENGENALANMasyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kehalusan budi dan kelembutan berbahasa. Segala sesuatu hajat, hasrat dan permintaan tidak dinyatakan dengan cara berterus terang namun ia diungkapkan secara berkias dan berlapik agar tampak lebih sopan, misalnya melalui kiasan. Bahasa Melayu mempunyai tradisi gaya bahasa kiasan dan perbandingan. Penggunaan bahasa kiasan yang bersesuaian dengan suasana dan keadaan dapat meninggalkan

kesan serta menimbulkan keindahan. Bahasa kiasan pula dapat menyampaikan makna perasaan yang mendalam dan halus (Ahmad Ibrahim, 1997). Bahasa kiasan juga dapat mencerminkan falsafah dan akal budi masyarakat Melayu.

Akal budi melihat hubungan bahasa, masyarakat dan pemikiran seseorang. Akal budi Melayu lahir melalui batin masyarakat Melayu itu sendiri. Hassan Ahmad (2003) menyamakan akal budi ini dengan nilai intelektual Melayu. Awang Had Salleh (1985) menjelaskan bahawa masyarakat Melayu amat menyanjung nilai budi sehingga budi itu diibaratkan sebagai sendi bangsa kerana jika runtuh budi maka akan runtuhlah sesuatu bangsa itu. Kajian akal budi yang dikaji ini melibatkan bahasa berkias, iaitu kiasan Melayu yang padanya terdapat peribahasa Melayu. Ini juga bermaksud akan mengaitkan sekali simpulan bahasa Melayu. Keistimewaan masyarakat Melayu terpancar kekayaannya melalui kiasan dalam pelbagai bentuk peribahasa di dalamnya. Hal ini ternyata disokong oleh Maxwell (1878), Wilkinson dan Winstedt (1957), Merder dan Mierder (1981), Mieder (1993), Albert N. Katz (1998),ZainalAbidin (2002),HassanAhmad (2003), Asmah Hj Omar (2008), DingChooMing(2009),ZaitulAzmadanAhmad Fuad (2011), dan Nor Hashimah (2014).

Menurut pengkaji tersebut, kehebatan bahasa kiasan (khususnya peribahasa) Melayu juga terletak kepada kekayaan isinya yang beraneka ragam. Peribahasa ini merangkumi keseluruhan aspek hidup seharian,budaya,alamfloradanfaunasertadunia ghaib. Hubungan antara pemikiran masyarakat dengan kekreatifan bahasa itu ditonjol dengan jelasnya dalam bahasa kiasan. Peribahasa ini wujud apabila

Page 109: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Deria Rasa dalam Kiasan Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

103Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

masyarakat Melayu bertembung dengan objek atau benda dan cara hidup serta perlakuan manusia, maka peribahasa ini dicipta dengan kreatif melalui akal budinya. Di samping itu, sarjana barat juga ada mengatakan bahawa peribahasa setiap bangsa itu istimewa dari segi tema dan motifnya. Peribahasa ini wujud berdasarkan sejarah penggunaan masyarakat bahasa tertentu dengan mengaplikasikannya mengikut situasi tertentu. Malah Maxwell (1878), Wilkinson dan Winstedt (1957) berpendapat cara terbaik yang mesti dikaji dalam memahami Melayu adalah melalui peribahasa dan pantun. Di sini jelas menunjukkan bahawa betapa relevannya peribahasa ini dikaji.

Takrifan yang diberikan oleh Pendeta Za’ba (2002) mempunyai kelainantersendiri, iaitu peribahasa sebagai segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama disebabkan oleh sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakai akan dia jadi sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan, dan pengajaran. Asmah Hj Omar (2008) pula mengatakan bahawa pengalaman terkumpul yang diturun-temurunkan daripada nenek moyangnya, peraturan dalam hidup yang berpandukan ajaran agama dan amalan budayanya juga merupakan salah satu faktor wujudnya peribahasa. Nilai budaya Melayu terpancar dalam peribahasa yang wujud sehingga kini. Unsur nasihat, teladan, pengajaran dan adat Melayu dilahirkan melalui peribahasa Melayu. Realitinya, dapat diketahui dan dikenal pasti corak pemikiran masyarakat Melayu dalam peribahasa yang wujud sehingga kini.

Meneliti kesignifikanan peribahasa ini, maka kajian lanjutan peribahasa akan diteruskan. Kajian peribahasa ini akan

menumpukan salah satu deria manusia, iaitu deria rasa. Deria rasa ini merangkumi empat rasa asas, iaitu masam, manis, masin dan pahit (Aminah Abdullah, 2012). Lazimnya gula mempunyai rasa manis, garam rasa masin, asid rasa masam dan alkaloid seperti kafein mempunyai rasa pahit. Di samping itu, peribahasa Melayu yang dipilih tertumpu kepada empat jenis rasa dan asosiasinya yang dikaitkan dengan kehidupan, pemikiran, budaya dan akal budi orang Melayu. Rasa masam, manis, masin dan pahit digunakan dalam peribahasa Melayu untuk menggambarkan kehidupan masyarakat yang dipenuhi dengan pelbagai rencah rasa.

DERIA, BAHASA KIASAN DAN SAINS Kajian berkaitan dengan deria ini telah pun dikaji dari pelbagai perspektif bukan sahaja hanya tertumpu kepada bidang sains tetapi boleh menyumbang dalam kajian kiasan Melayu juga. Antara pengkaji yang menjalankan kajian berkaitan deria, ialah Imran Ho (2000), Mohamed Akhiruddin Ibrahim,M.Y.ZulkiflidanAzniwati(2012),Rogayah (2012) dan Sew Sin San (2013). Imran Ho (2000) dan Rogayah (2012) telah menyumbang kajian tentang deria dalam bidang linguistik dan bahasa. Imran Ho telah mengkaji Perluasan Semantik Kata Sifat Rasa: Manis, Masam, Pahit, Masin dan Tawar. Menurutnya, kata sifat yang berkaitan deria rasa ini dianggap sebagai kata yang berpolisemi. Setiap kata sifat rasa menceritakan suatu deria rasa yang unik. Deria rasa manis contohnya selalu dikaitkan dengan makna asas rasa itu sendiri. Analisis leksikal-semantik kata sifat rasa seperti manis, masam, pahit dan masin jelas memperlihatkan bahawa peluasan leksikal kata sifat rasa berlaku secara sistematik.

Page 110: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Nur Afiqah Wan Mansor dan Nor Hashimah Jalaluddin

104 Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

Kajian seterusnya yang menumpukan deria pancaindera dilakukan oleh Rogayah yang melibatkan telinga, hidung, mata, tangan dan lidah. Rogayah (2012) dalam kajiannya yang bertajuk Kesisteman Metafora Simpulan Bahasa telah meneliti dan menganalisis simpulan bahasa yang berunsurkan anggota manusia, iaitu telinga, hidung, mata, tangan dan lidah. Peringkat pertama, kajian ini telah memaparkan proses peluasan makna kata lima anggota badan manakala peringkat kedua memperlihatkan peranan yang dimainkan oleh mekanisme kognitif dalam penjanaan makna simpulan bahasa. Kemampuan teori semantik kognitif dalam penganalisisan data telah disokong oleh bukti linguistik daripada data korpus.

Kajian deria dalam perspektif yang lebih luas terlihat pada kajian lain. Antaranya kajian dari sudut sains. Kajian deria yang dilakukan oleh Mohamed Akhiruddin Ibrahim,M.Y.ZulkiflidanAzniwati(2012)melihat keunikan biologi dalam Al-Quran dari perspektif sains. Kajian ini menyentuh tentang biologi manusia yang salah satunya merangkumi deria. Deria yang terlibat ini merupakan deria pendengaran dan penglihatan. Manakala Siew San (2013) dalam kajiannya membincangkan kesan penambahan tepung pisang terhadap sifat fizikokimia, nilai deria rasa dan pemakanan dalam roti gandum. Kajian yang dilakukannya tertumpu kepada bidang pemakanan dalam sains yang melibatkan sensori. Ternyata kajian deria ini sangat relevan untuk dikaji dalam pelbagai perspektif tidak kira bidang sains biologi, sainsfizik,sainskimia,agamamahupunbidang linguistik dan bahasa. Perkara yang menarik kajian bahasa kiasan deria dapat memberikan maklumat berguna dalam memahami intelektual atau akal budi Melayu itu sendiri.

KAJIAN KIASAN MELAYUKajian kiasan Melayu terutamanya peribahasa mendapat perhatian daripada sarjana dari dahulu hingga ke hari ini. Malah kajian kiasan peribahasa dalam konteks artikel ini mengalami pemeringkatan kajian daripada bersifat deskriptif hinggalah ke saintifik. Maksudnya kajian ini ingin membuktikan secara teoretis kerelevanan peribahasa ini. Pengkaji yang telah meneroka bidanginiialahZainalAbidin(1934,2002),Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2010). Pemerian simpulan bahasa yang dilakukan olehZa`balewatbukunyaIlmu Mengarang Melayu (1934, 2002) menjurus kepada pendefinisian, kejadian (pembentukan) dankegunaanunsurbahasatersebut.Za`ba(1934, 2002) dalam tulisannya mentakrifkan peribahasa itu ialah rangkaian perkataan yang tetap, tersimpul dan terbeku dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang khas dan dipakai dengan erti yang khas yang berlainan daripada asalnya.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2010) membincangkan bahasa kiasan dan menggolongkannya ke dalam dua jenis iaitu peribahasa dan bukan peribahasa. Kiasan yang sudah mantap dari segi bentuk bahasa dan makna diistilahkan sebagai peribahasa manakala kiasan yang tidak mantap bentuk bahasa dan makna diistilahkan sebagai bukan peribahasa. Contoh yang diberikan seperti bentuk Kacang lupakan kulit tidak dapat diubah sebagai Kulit dilupakan oleh kacang atau Lupanya kacang kepada kulit. Oleh itu, kiasan ini dikatakan sudah mantap dan menjadi peribahasa. Kajian ini mempunyai kekurangan iaitu hanya membawa makna asas dan belum dapat menjawab persoalan yang berkaitan pemikiran. Kumpulan kajian ini belum sampai ke tahap mencungkil apa yang tersirat dan memberikan makna sebenar sesuatu peribahasa itu.

Page 111: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Deria Rasa dalam Kiasan Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

105Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

Kajian kiasan kognitif dan akal budi Melayu telah melangkah satu tahap lagi berbanding dengan kajian sebelumnya. Kajian ini membincangkan peribahasa yang berhubung dengan pemikiran dan citra falsafah Melayu. Sarjana barat seperti Charteris Black (2000 dan 2003) telah mengkaji kiasan kognitif ini. Charteris Black (2000) telah menghasilkan beberapa kajian berkisar simpulan bahasa Melayu. Kajian pertama ialah Figuration, Lexis and Cultural Resonance: A Corpus Based Study of Malay yang meneliti simpulan bahasa berdasarkan anggota manusia iaitu mata dan kaki dan hubungan kognitif dengan penuturnya. Contohnya, MATA ADALAH SUMBER seperti mata pencarian, mata air manakala KAKI MENUNJUKKAN SESUATU YANG TIDAK BAIK seperti kaki judi, kaki botol dan kaki perempuan. Data yang diambil daripada korpus yang melebihi lima kekerapan untuk dianalisis menggunakan kunci konsepsi. Seterusnya kajian beliau yang berjudul Speaking With Forked Tongue: A Comparative Study of Metaphor and Metonymy in English and Malay Phraseology (2003) mengkaji bahasa figuratifyangmelibatkanmulut, bibir dan lidah. Kajian kognitif ini hanya mengaitkan peribahasa dengan pemikiran kognitif tetapi tidak dikaitkan dengan akal budi penuturnya. Kajian ini terasa kelompongannya dan boleh dikemas mengikut perspektif penutur jati.

Senario kajian hari ini telah berubah dan sekal i gus mengubah persepsi terhadap kiasan Melayu yang wujud dalam masyarakat Melayu. Ketersiratan makna sesuatu peribahasa itu dapat dicungkil sehingga ke akal budi. Hassan Ahmad (2003) dan Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dalam kajian mereka dapat mencari perkaitan dan ketersiratan makna kiasan sehingga akal budi Melayu. Hassan Ahmad

(2003) dalam kajiannya Metafora Melayu: Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk Epistemologinya melihat pemikiran dalam metafora atau peribahasa Melayu. Menurutnya, ungkapan metafora konseptual ataupun abstrak tersebut tidak sahaja lahir secara spontan atau menurut sesedap rasa hati pemikirnya sahaja, tetapi berdasarkan pengalaman yang berpanjangan dan melalui renungan akliah pemikir Melayu berinteraksi dengan alam sekelilingnya. Dalam kajian yang dilakukan, makna ‘kaki’ tidak lagi menunjukkan ciri ‘alas’, ‘tapak’, atau ‘bahagian bawah’ tetapi sesuatu benda yang merujuk ‘kaki botol’, ‘kaki judi’, dan ‘kaki perempuan’. Maknadaripadadomainfisiologimanusiaatau haiwan dipetakan kepada domain sifat manusia dengan menggunakan makna ‘kuat’ seperti ‘kuat meminum arak’, ‘kuat main judi’, dan ‘kuat main perempuan’. Beliau telah dapat menjawab dengan lebih baik pemilihan objek dalam simpulan bahasa berbanding dengan Charteris Black (2000).

Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dalam bukunya yang bertajuk Semantik dan Akal Budi Melayu memperkenalkan pendekatan baru, iaitu Semantik Inkuisitif dalam meneroka makna dan falsafah di sebalik peribahasa ini. Inkuisitif bermaksud semangat ingin tahu serta dorongan untuk kita terus meneroka mencari jawapan kepada apa yang sebenar yang dimaksudkan oleh sesuatu ungkapan itu supaya bertepatan dengan maksud sebenar yang ingin disampaikan. Gagasan Nor Hashimah (2014) bertitik tolak daripada pendekatan ahli semantik terdahulu yang mengkaji bahasa Melayu. Ada tiga pendekatan yang diberikan; pertama mereka yang mengkaji makna luaran dan berasaskan pengamatan mudah. Kumpulan ini memberikan makna berdasarkan skrip yang terakam pada

Page 112: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Nur Afiqah Wan Mansor dan Nor Hashimah Jalaluddin

106 Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

dokumen yang ada atau melalui pemerhatian pada alam sekeliling mereka. Contohnya, para residen Inggeris seperti Swettenham dan penahu Melayu. Pada peringkat ini, makna yang asas sahaja yang diberikan. Peringkat kedua ialah pendekatan semantik resonans, iaitu pengkaji telah mula memasukkan elemen data, teori dan hubungannya dengan kognitif Melayu. Kajian kiasan tahap ini dipelopori oleh sarjana barat seperti Charteris Black (2000, 2003) dan beberapa orang ahli semantik di negara ini. Pendekatan terkini yang diberikan oleh Nor Hashimah adalah dengan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif. Pendekatan semantik pada peringkat ini menggabungkan data, teori, kognitif dan akal budi atau intelektual Melayu. Kebanyakan kajian kiasan terhenti setakat peringkat resonans tetapi kali ini, Nor Hashimah cuba menyingkap makna tersirat yang hendak disampaikan melalui peribahasa dan akhirnya dikaitkan dengan falsafah yang ingin diungkapkan. Selain makna dikupas, Nor Hashimah turut menjawab kenapa objek itu dipilih dalam bahasa kiasan tersebut.

Kajian Nor Hashimah mesti diteruskan dengan kaj ian mendalam terhadap peribahasa Melayu. Kajian ini melanjutkan dengan menekankan budaya dan akal budi Melayu untuk menjawab persoalan kenapa masyarakat itu memilih objek tersebut untuk diungkapkan dalam peribahasa. Jawapan bagi setiap persoalan itu bertepatan dengan citra dan falsafah penutur masyarakat Melayu itu sendiri dan dapat mencungkil ketersiratan makna sebenar yang hendak disampaikan dalam kiasan Melayu. Kajian ini juga bertujuan memperkukuh kajian semantik inkuisitif yang pada masa yang sama ingin melihat ketajaman akal budi masyarakat Melayu dalam bahasa kiasan.

Kajian asas seperti penyenaraian makna, kajian kognitif yang tidak mengaitkan akal budi akan ditambah baik dengan kajian pengukuhan ini.

DATA LAMA NAFAS BARUData kajian diambil daripada Kamus Peribahasa Melayu, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Malay Civilization UKM, kemudian data ini dibahagikan kepada 4 sensa rasa, iaitu masam, masin, manis dan pahit serta asosiasinya. Jadual 1 menunjukkan contoh kiasan Melayu masam, masin, manis dan pahit. Jadual 2 pula menunjukkan contoh kiasan Melayu berasosiasi dengan deria rasa.

Kiasan Melayu ialah bahasa kiasan yang mempunyai dua lapisan makna. Lapisan pertama tidak dapat memberikan makna sebenar,iaitulebihdikenalimaknaharfiahmanakala lapisan kedua merupakan makna kompleks yang perlu dicungkil sehingga menemukan akal budi dan falsafah di sebaliknya. Rajah 1 dan Rajah 2 di bawah menunjukkan paparan peratusan data bagi domain deria rasa dan asosiasinya. Dalam Rajah 1, kiasan Melayu berteraskan pahit menduduki tempat tertinggi, iaitu 38 peratus (%), diikuti manis 29 peratus (%), masam pula mencatatkan sejumlah 19 peratus (%) dan akhir sekali masam sebanyak 14 peratus (%). Berbeza pula pada Rajah 2 yang menunjukkan pecahan kiasan Melayu berasosiasi deria rasa. Kiasan Melayu yang berasosiasi dengan masin menduduki tempat tertinggi iaitu 52 peratus (%), dikuti dengan manis sejumlah 25 peratus (%), asosiasi kepada masam dan pahit pula masing-masing mencatatkan sejumlah 13 peratus (%) dan 10 peratus (%).

Kesemua bahasa kiasan ini dirungkai menggunakan rangka rujuk silang (RRS)

Page 113: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Deria Rasa dalam Kiasan Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

107Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

JADUAL 1 Contoh Kiasan Melayu Masam, Masin, Manis dan Pahit

Kiasan Melayu MaknaMasam bagai nikah tak suka BerdukacitaBermasam muka Berkecil hati antara satu sama lainBagai limau masam sebelah Perintah atau hukuman yang tidak saksamaMasam bagai nikah tak suka BerdukacitaMasin lidah apa katanya dibenarkan orang; terbukti apa yang diucapkannyaBelum tahu dimasin garam Belum ada pengalamanMerasai masin garam Mengalami hidup yang susahHitam manis hitam kemerah-merahanMuka manis Air muka yang menarik hati; senang hatiDarah manis Mudah mendapat bahaya atau kecederaanPahit manis Bersama-sama dalam suka dan dukaPahit getir kehidupan Sakit senang hidupPahit maung Segala bentuk kesusahan dan penderitaan yang dialami sepanjang hidup Pahit dahulu, manis kemudian

Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat yang terang dan tegas supaya jangan timbul perselisihan dikemudian hari

JADUAL 2 Contoh Kiasan Melayu Berasosiasi dengan Deria Rasa

Kiasan Melayu MaknaBanyak makan garam Banyak pengalaman Aus telunjuk mencolek garam Orang yang hidup dalam kemiskinan dan melarat Sayang garam sececah, busuk kerbau seekor Kerana takut rugi sedikit, akhirnya jadi rugi banyak Seperti asam dengan garam Sepadan benar ; kalau jodoh pasti bertemu Bagai melihat asam Sangat ingin, tertarik hati atau timbul nafsuAlang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Jika sudah terlanjur membuat sesuatu yang tidak baik biarlah sampai beroleh hasilnya

Ada gula adalah semut Di mana ada rezeki di situlah ramai orang Bagai menanam tebu di tepi bibir Memberikan janji manis Habis madu sepah dibuang Setelah tidak berguna, dibuang atau tidak diendahkan

lagi Semanis-manis gula ada pasir di dalamnya Kata-kata yang manis itu biasanya mengandungi tipu

muslihat Laut madu berpantaikan sakar Perkataan manis yang keluar daripada mulut orang yang

elok rupanya Ibarat pahit-pahit peria dimakan juga Walaupun pahit, ada manfaatnyaSayang di sayang buah kepayang, ditelan pahit dibuang sayang

Keadaan yang serba salah dalam menghadapi kekasih atau isteri yang curang

Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi ubat Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian yang mulia

Bagai timun dendang, di luar merah di dalam pahit

Mulut manis, hati busuk

Page 114: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Nur Afiqah Wan Mansor dan Nor Hashimah Jalaluddin

108 Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

yang diperkenalkan oleh teori Relevans. RRS membolehkan dua ayat yang tidak mempunyai rujukan khusus tetapi bantuan anteseden dan maklumat tambahan dapat digunakan berdasarkan konteks yang dibekalkan dalam ayat itu sendiri. Ungkapan yang digunakan dalam ayat akan pasti dapat membantu pentafsiran makna (Nor Hashimah 2008, 2009). Jadi, bahasa kiasan ini akan menggunakan RRS untuk menjawab persoalan kenapa objek itu dipilih dalam bahasa kiasan tersebut.

DERIA RASA DAN KIASAN: MAKNA MUDAHKajian ini dilakukan bertujuan mengemukakan pendekatan baharu untuk menjawab segala persoalan budaya sehingga ke akar umbi. Sebelum ini, kajian peribahasa yang ditonjolkan kurang menunjukkan ketersiratan makna hingga ke akal budi Melayu itu sendiri tetapi hanya setakat kognitifnya. Walaupun Hassan Ahmad (2003) dan Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dalam kajian mereka lengkap dalam mencari perkaitannya dengan akal budi Melayu tetapi data yang dikaji agak terbatas. Dengan menggunakan data deria rasa ini, pastinya ia akan memperkukuh kajian bahasa kiasan ini.

Perbincangan analisis ini menumpukan kiasan yang memberikan makna mudah difahami iaitu yang tidak melibatkan pemprosesan yang tinggi. Setiap deria akan dipilih satu untuk tujuan analisis. Kiasan manis yang dikaji adalah seperti yang berikut.

Kiasan Melayu MaknaMuka Manis Air muka yang menarik hati; senang hatiDarah Manis Mudah mendapat bahaya atau kecederaan

Kiasan muka manis bermaksud air muka yang menarik hati atau senang hati. Perkataan manis merujuk kepada sesuatu yang baik, sopan, beradab, menawan dan menarik. Apabila

Rajah 1 : Pecahan Kiasan Melayu Domain Deria Rasa

19%

14%

29%

38%

Peratusan Data DomainDeria Rasa

Masam

Masin

Manis

Pahit

13%

52%

25%

10%

Peratusan Data BerasosiasiDeria Rasa

Masam

Masin

Manis

Pahit

Rajah 2 : Pecahan Kiasan Melayu Berasosiasi Deria Rasa

Page 115: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Deria Rasa dalam Kiasan Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

109Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

dikaitkan dengan muka atau wajah, ia memberikan pancaran yang positif terhadap seseorang. Berikut merupakan contoh korpus bagi kiasan berikut:

i. Encik yang budiman, di luar dugaan saya sama sekali, kerana sikap saya berubah, selalu

merendah diri, menunjukkan ***muka manis***, baik dan berhati-hati mengeluarkan

perkataan sewaktu bercakap, masyarakat tidak ragu-ragu menerima kembali.

Data korpus di atas merupakan pembuktian linguistik yang memperlihatkan penggunaan kiasan muka manis. Ayat di atas menunjukkan bahawa ungkapan muka manis dikaitkan dengan air muka yang menarik dan senang hati melalui RRS. Dalam ayat (i), frasa merendah diri, baik dan berhati-hati mengeluarkan perkataan, terdapat konotasi menunjukkan perwatakan baik seseorang. Ini ialah maklumat tambahan yang juga merupakan anteseden kepada muka manis ini dan membantu penginterpretasian makna yang dicari. Kenapa muka dan manis dipilih. Muka ialah wajah yang paling menonjol dapat dilihat apabila manusia berinteraksi. Manis pula berkaitan dengan deria rasa yang memberikan rujukan benda yang sedap, digemari dan boleh menzahirkan rasa ceria berbanding dengan pahit. Jadi manis muka diterjemahkan kepada air muka yang menarik hati; senang hati. Data korpus di atas mempertegas maksud simpulan bahasa ini.

Seterusnya, jadual di bawah menunjukkan contoh dua data kiasan rasa pahit.

Kiasan Melayu MaknaPahit maung Segala bentuk kesusahan dan penderitaan yang dialami

sepanjang hidupIbarat pahit-pahit peria dimakan jua Walaupun pahit, ada manfaatnya

Berdasarkan data di atas, kiasan pahit maung membawa maksud segala bentuk kesusahan dan penderitaan yang dialami sepanjang hidup. Contoh ayat korpus di bawah dapat membantu dalam menyampaikan maksud kiasan ini.

ii. MenurutMohd.Sofiadin,TRSBtelahdibangunkansehinggamencapaiketahapini

setelah melalui bermacam-macam halangan dan ***pahit maung*** dalam tempoh

lebih 10 tahun yang lalu.

Data korpus di atas menunjukkan bukti linguistik dalam memperlihatkan penggunaan kiasan pahit maung. Frasa bermacam-macam halangan dan tempoh lebih 10 tahun yang lalu itu merujuk kepada kiasan ini. Secara tersuratnya, pahit membawa maksud rasa seperti rasa hempedu tetapi tersiratnya, perkataan pahit ini membawa makna susah,sukar, payah, menyakitkan hati dan menyusahkan hati manakala maung ialah rasa atau bau yang memualkan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Begitu jugalah dapat difahami dengan penderitaan yang dialami oleh seseorang sepanjang hidup. RRS dapat mengaitkan frasa bermacam-macam halangan dan tempoh 10 tahun dengan makna pahit maung. Halangan mempunyaikonotasinegatifmalahmaknaharfiahnyatelahdapatmenjelaskanungkapan

Page 116: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Nur Afiqah Wan Mansor dan Nor Hashimah Jalaluddin

110 Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

tentang kesusahan yang dialami ini. Dengan adanya korpus dan RRS, ia mempermudah pemahaman pada simpulan bahasa ini.

Bagi kiasan masam pula, terdapat dua contoh yang diberikan dalam jadual di bawah, iaitu seperti limau masam sebelah dan bermasam muka.

Kiasan Melayu MaknaSeperti limau masam sebelah Perintah atau hukuman yang tidak saksamaBermasam muka Berkecil hati antara satu sama lain

iii. Seorang pemimpin yang tidak adil adalah sama ***seperti limau masam sebelah***

dan perahu karam sekerat. Mereka bersikap tibadi mata dipicingkan (maksudnya

memejamkan mata), dan menyangkal dakwaan yang dikenakan terhadap waris yang

bersalah.

Dalam ayat (iii) di atas, ungkapan seperti limau masam sebelah merujuk kepada hukuman yang tidak saksama. Limau masam sebelah ini membawa maksud isi limau yang sudah rosak sebelah dan tidak suka dimakan orang. Begitulah juga dapat difahami dengan penggunaan objek limau masam ini seperti hukuman yang berat sebelah. Dengan menggunakan RRS, frasa pemimpin yang tidak adil, perahu karam sekerat, memejamkan mata dan menyangkal dakwaan yang dikenakan terhadap waris yang bersalah merujuk kepada maksud kiasan ini. Pemilihan limau bertepatan dengan ciri semula jadinya yang masam dan kadang kala boleh memudaratkan. Begitu juga dengan sistem yang tidak adil boleh menyebabkan perasaan tidak puas hati pada orang yang teraniaya.

Berikut merupakan contoh kiasan bagi masin, iaitu masin lidah.

Kiasan Melayu MaknaMasin lidah Apa katanya dibenarkan orang; terbukti apa yang diucapkannyaBelum tahu dimasin garam Belum ada pengalaman

Bukti masin lidah dapat dilihat daripada contoh korpus di bawah:

iv. “.....Kalau kaumau jadi pemimpin rakyat, kau memang layak. Apa yang kaucakap

Y.B. dengar. Y.B. akan menyampaikan maklumat kepada pihak yang lebih tinggi.

***Lidahkau masin***, Di jelas Mat Geli. Dia memancing pengetahuan Chundi.

Dalam frasa apa yang kau cakap Y.B. dengar telah menjelaskan tutur kata yang akan memberikan kesan dan kepercayaan kepada orang yang mendengar. Ia merupakan maklumat tambahan yang boleh membantu pembaca memahami maksud di atas. Persoalan ini dapat dilihat kenapa lidah yang dipilih dan digabungkan dengan masin untuk menggambarkan percakapan positif. Kenapa tidak menggunakan manis untuk menggabungkan menjadi kiasan lidah manis tetapi mulut manis. Secara alamiahnya, lidah merupakan organ lembut di

Page 117: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Deria Rasa dalam Kiasan Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

111Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

dalam mulut yang digunakan untuk merasa dan berkata-kata. Kenapa pula dikaitkan dengan masin kerana rasanya seperti rasa garam. Garam ini selalu dikaitkan dengan pengalaman. Maka, orang yang berpengalaman tentunya apa yang dikatanya betul-betul berlaku. Ini selari dengan semua kiasan yang berkaitan ‘masin’ akan merujuk kepada cakap-cakap yang boleh dipercayai.

Perhatikan bahawa semua makna mudah bahasa kiasan ini dibuktikan secara lingusitik dengan melihat kepada anteseden dan konteks sebagai maklumat tambahan kepada maksud yanghendakdisampaikan.Meskipunmaknabahasakiasanininampakmudahdanharfiahtetapi tetap wujud ketersiratan yang mesti dicungkil maksudnya. Objek yang dipilih menampakkan keserasian antara deria dengan sensanya. Manis dikaitkan dengan muka dan darah. Kedua-duanya ada kaitan dengan ‘mudah, suka dan tarikan’. Begitu juga ‘pahit’ dikaitkan dengan penderitaan kerana semua benda pahit tidak akan digemari. Limau pula adalah terkenal dengan ciri masam. Ia bukan sahaja menghasilkan rasanya yang tidak enak malah juga perasaan sekali. Manakala ‘masin’ selalu dirujuk kepada tutur kata dan sebab itu dikaitkan dengan lidah kerana lidah ialah artikulator yang bersinonim dengan bahasa (Nor Hashimah, 2007). Jelasnya dengan menggunakan data korpus, dibantu oleh RRS, maka maksud peribahasa dan kenapa objek itu dipiliih sudah terjawab. Di sini adanya data yang memperlihatkan objek yang dipilih, kognitifnya melalui tafsiran semantik dan akhirnya nilai, inkuisitif iaitu jawapan kepada kenapa objek dan makna tersebut yang dipilih. Ini memperkukuh pendekatan semantik inkuisitif yang bertujuan mencari makna bahasa kiasan beserta akal budi penuturnya sekali.

DERIA RASA DAN KIASAN: MAKNA KOMPLEKSUmum mengetahui bahawa bahasa kiasan mempunyai makna tersirat malah terdapat juga kiasan yang mempunyai makna kompleks. Ini selalu dapat dilihat pada kiasan yang berasosiasi dengan deria. Kewujudan kiasan yang mempunyai makna kompleks lebih mencabar dan perlu dicungkil sehingga ke akal budi Melayu. Kiasan ini mempunyai ketersiratan makna dan menggambarkan citra falsafah masyarakat Melayu dalam penggunaan sesuatu objek tersebut.

Dalam bahagian ini, ada tiga peribahasa yang berasosiasi dengan deria dipaparkan. Bagi peribahasa kompleks ini, sensa deria tidak dinyatakan secara eksplisit tetapi implisit. Maka bukan sahaja maknanya tersirat tetapi ciri objek itu yang akan memberi petua kepada interpretasi yang dikehendaki. Berikut merupakan analisis kiasan ‘bagai timun dendang, di luar merah di dalam pahit’ yang bermaksud mulut manis, hati busuk.

i. “Sampai bila-bila pun aku tidak akan percaya kalau Ramlah berjanji hendak

menolongku kerana dia ***bagai timun dendang, di luar merah di dalam pahit***,”

kata Sofea kepada Nani.

Data korpus di atas merupakan bukti linguistik yang memperlihatkan frasa tidak akan percaya dan berjanji hendak menolongku merujuk kepada seseorang yang pandai berkata-kata tetapi tidak menunaikan janjinya. Ciri ini dapat diaplikasikan kepada Ramlah

Page 118: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Nur Afiqah Wan Mansor dan Nor Hashimah Jalaluddin

112 Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

yang hanya bermulut manis tetapi berhati busuk dan sukar membantu kawannya yang memerlukan pertolongan. Dalam RRS, frasa tidak akan percaya dan berjanji hendak menolong ialah ciri negatif yang ada pada Ramlah yang boleh dikaitkan dengan ciri si timun dendang. Natijahnya, Sofea sudah tidak percaya lagi kepada Ramlah.

Ciri semantik inkuisitif boleh diperhatikan di sini. Persoalan kepada kenapa ‘timun dendang’ dipilih untuk menggambarkan tingkah laku negatif. Timun secara alamiahnya sedap dijadikan ulam-ulaman dan jeruk. Jika dilihat berdasarkan struktur timun itu sendiri, ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat dan mempunyai akar bercabang tiga. Warna timun dendang di luar kelihatan sangat menarik, iaitu berwarna merah tetapi rasa di dalamnya pahit. Ini boleh dianalogikan dengan kata-kata manis sesuai dengan warna merah yang menarik tetapi mempunyai ciri yang pahit. Perhatikan pula adanya persamaan akar bercabang dan lidah bercabang. Ini dapat disamakan dengan akar tunjang kepada pokok manakala lidah merupakan tunjang kepada mulut. Akar bercabang ini dapat dikaitkan dengan lidah bercabang, iaitu kata-kata yang tidak boleh dipercayai. Ditambah pula, hati busuk dapat digambarkan dengan kepahitan rasa timun dendang itu. Ciri ini dapat diaplikasikan terhadap manusia yang mempunyai mulut yang manis tetapi berhati busuk. Di sini kita dapat mengenal pasti nilai keintelektualan peribahasa ini melalui pendekatan semantik inkuisitif.

Analisis seterusnya dilakukan bagi kiasan ‘laut madu berpantaikan sakar’ bermaksud perkataan manis yang keluar daripada mulut orang yang elok rupanya.

ii. “Bakal suami Julia itu baik macam ***laut madu berpantaikan sakar***. Budi

bahasanya tinggi, tutur katanya lembut, berpendidikan tinggi dan berpangkat tinggi,”

kata Sheila kepada Aida.

Dalam ayat di atas, ungkapan baik, budi bahasanya tinggi, tutur katanya lembut, berpendidikan tinggi dan berpangkat tinggi masing-masing merujuk kepada sifat positif yang terdapat dalam diri bakal suami Julia. Leksikal baik, budi bahasa dan lembut selalu digunakan untuk memuji seseorang dan apabila pujian ini dilontarkan, pasti orang tersebut sangat elok peribadinya serta manis pada pandangan orang lain. Di sini jelas bahawa perkataan yang manis keluar daripada pertuturan seseorang dapat menggambarkan tingkah laku yang positif. Sekali lagi RRS berperanan menjadi penerang kepada maksud yang hendak disampaikan. Kesemua frasa yang digaris boleh dikaitkan dengan peribahasa tersebut. Maklumat tambahan membantu pendengar memproses dengan lebih mudah meskipun makna ini mengandungi makna tersirat yang perlu dicungkil. Meskipun tidak dinyatakan perkataan baiksecaraharfiah,kitadapatitafsiranmaknaberdasarkankonteksmampu mengaitkan makna yang hendak dicungkil.

Sekali lagi ciri inkuisitif dapat dikesan. Persoalan ini dapat dilihat kenapa laut dengan pantai dipadankan dan madu dengan sakar dipilih untuk menggambarkan percakapan positif. Laut dan pantai ini seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Jika tiada laut masakan ada pantai. Laut secara semula jadinya menggenangi sebahagian besar daripada muka bumi, manakala pantai merupakan tebing atau tepi laut yang diliputi

Page 119: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Deria Rasa dalam Kiasan Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

113Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

pasir. Jika dilihat pula kenapa madu dan sakar. Madu merupakan cecair manis yang terdapat dalam sarang lebah dan bunga manakala sakar pati air gula pasir yang manis rasanya. Kedua-dua pasangan ini merupakan pasangan yang sempurna yang dapat disamakan dengan pertuturan dan perwatakan seseorang yang terlalu sempurna. Madu sendiri sudah manis, apabila ditambah dengan sakar atau gula, manis itu akan lebih sempurna. Laut yang terbentang semakin cantik dengan pasir yang memutih. Begitulah dapat difahami dalam menggambarkan seseorang yang elok rupanya dan mempunyai peribadi yang baik. Terdapat bukti penggunaan kiasan ini dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kiasan yang dicipta oleh masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi sememangnya bukan mempunyai makna yang kosong, namun kiasan ini dapat memancarkan akal budi Melayu.

Bagi data ‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’ ini bermaksud jika terlanjur membuat sesuatu kerja itu, mestilah bersungguh-sungguh hingga beroleh hasilnya. Berikut merupakan contoh bukti korpus yang menunjukkan penggunaan kiasan ini.

iii. “Sabarlah. ***Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan***.

Jangan mudah kita berputus asa. Kita cuba lagi untuk beberapa hari.”

Berdasarkan ayat di atas, frasa jangan mudah kita berputus asa boleh dipautkan kepada kepada makna kiasan ini melalui RRS. Kenapa kiasan ini digunakan untuk menggambarkan tingkah laku positif. Persoalan ini dapat dilihat kepada kenapa objek pekasam dan pangkal lengan dipilih. Pekasam ini sememangnya merupakan sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan sangat sedap dimakan kerana ada adunan rasa masin dan masamnya. Namun, pekasam mengeluarkan bau yang kurang enak. Masyarakat dahulu sememangnya menggunakan tempayan untuk meletakkan pekasam yang diperam. Untuk mengambil pekasam tersebut, seseorang perlu menyeluk ke dalam tempayan. Alang-alang terkena jari dan tangan, biar diseluk sampai ke pangkal lengan untuk mengambilnya kerana walaupun terkena sedikit, bau busuknya tetap melekat. Begitulah dapat difahami dengan sudah terlanjur untuk membuat sesuatu kerja itu biarlah bersungguh-sungguh, sedalam ukuran pangkal lengan. Biarlah hasilnya nampak walaupun terpaksa bertungkus lumus dan menghadapi dugaan berat dalam melakukannya.

Sekali lagi dapat dibuktikan bahawa meskipun kiasan yang mempunyai makna yang kompleks tetapi berbantukan pendekatan semantik inkuisitif yang menggabungkan teori semantik dan dikaitkan dengan akal budi penuturnya, kita akan dapat mencari makna kiasan yang dihajati. Malah kita dapat mencari jawapan kepada mengapa sesuatu objek peribahasa dipilih dalam memperkukuh gambaran makna yang hendak disampaikan. Ada sebab timun dendang yang merah menarik dikaitkan dengan rasa pahit. Ada keserasian antara laut dengan pantai dan madu dan sakar untuk menggambarkan kesempurnaan wajah dan watak seseorang. Begitu juga adalah berbaloi berusaha bersungguh dengan kesetimpalan hasil yang bakal diperoleh meskipun apa yang hendak dicapai itu banyak rintangannya sebagaimana busuknya pekasam tetapi setimpal dengan keenakan rasa ikan yang diidamkan.

Page 120: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Nur Afiqah Wan Mansor dan Nor Hashimah Jalaluddin

114 Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

KESIMPULANKeunikan budaya masyarakat dan akal budi Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat melalui kiasan Melayu. Kiasan Melayu sememangnya begitu rapat dengan pemikiran serta kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Kiasan Melayu yang berunsurkan deria rasa masam, masin, manis dan pahit dan asosiasinya ini dapat dirasakan apabila falsafah, makna dan sebab yang terkandung di dalamnya dapat dicerna dan difahami secara mendalam. Di samping itu, kajian ini dapat menyumbang dari pelbagai sudut, terutamanya falsafah pemikiran Melayu melalui kiasan. Persoalan kenapa sesuatu objek yang berunsurkan deria rasa itu dipilih dapat diteroka sehingga menemukan jawapannya. Tambahan pula, kajian ini dapat meneliti perkaitan antara kiasan Melayu dengan budaya dan akal budi penutur. Penyelidikan ini juga dapat memberikan gambaran yang tepat dan menyeluruh kepada sarjana Barat yang berminat untuk mendalami budaya hidup dan budaya komunikasi masyarakat Melayu.

RUJUKANAbdullah Hassan & Ainon Mohd. (2010). Kamus

Pepatah, Bidalan dan Perumpamaan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hussain. (2007). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim. (1997). Flora dan Fauna dalam Peribahasa: Cerminan Falsafah dan Pemikiran Jabatan Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Albert N. Katz. (1998). Figurative Language and Thought. Oxford: Oxford University Press.

Aminah Abdullah. (2012). Makanan dan Sensori. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Had Salleh. (1985). Adat Sopan dan Budi Bahasa. Bandar Darulaman: Universiti Utara Malaysia.

Charteris Black. (2000). Figuration, Lexis and Cultural Resonance: A Corpus Based Study of Malay. Journal of Pragmatics, 10(3), 281-300.

Charteris Black. (2003). Speaking With Forked Tongue: A Comparative Study of Metaphor and Metonymy in English and Malay Phraseology. University of Surrey: Department of Linguistic, Cultural & International Studies. Metaphor and Symbol, 18(4), 289-310.

Ding Choo Ming. (2009). Beberapa Sifat, Asal Usul dan Kepengarangan Peribahasa Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 27(2), 3-26.

Hassan Ahmad. (2003). Metafora Melayu: Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk Epistemologinya. Siri Monograf Akademi Kajian Ketamadunan.

Imran Ho. (2000). Perluasan Semantik Kata Sifat Rasa: Manis, Masam, Pahit, Masin dan Tawar. Jurnal Dewan Bahasa Jilid 44, Bil 5.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maxwell, W. E. (1878). Malay proverbs. Pt. I. JSBRAS, 1(July), 85-98.

Mieder, W. (1993). Proverbs are Never Out of Season: Popular Wisdom in the Modern Age. Oxford: Oxford University Press.

MohamedAkhiruddinIbrahim,M.Y.ZulkiflidanAzniwati. (2012). Kemukjizatan Biologi dalam Al-Quran dari Perspektif Sains: Satu Tinjauan. Proceedings: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Pemartabatan Bahasa Melayu: Mengenali Falsafah Bahasa Melayu.Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan Akal Budi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Asas Fonetik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rogayah Osman. (2012). Kesisteman Metafora Simpulan Bahasa: Analisis Semantik Kognitif.

Page 121: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Deria Rasa dalam Kiasan Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif

115Mahawangsa 2 (1): 101 - 116 (2015)

(Tesis PhD.) Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sapinah Said. (2013). Kamus Peribahasa Melayu. Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Sew Sin San. (2013). Kesan Penambahan Tepung Pisang Terhadap Sifat-Sifat Fizokimia, Nilai- Nilai Deria Rasa dan Pemakanan dalam Roti Gandum. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Wilkinson, R. J. & Richard Winstedt. (1957). Malay grammar. Oxford: Clarendon Press.

ZainalAbidinAhmad. (2002). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

ZaitulAzma&AhmadFuad. (2011).Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Page 122: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015
Page 123: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

SENARAI NAMA PEWASITMAHAWANGSA

(Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

VOL. 2(1) JUN. 2015

Sidang Editorial Pertanika Mahawangsa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu-individu berikut.

Prof. Dr. Zamri Mahamod Universiti Kebangsaan Malaysia

Prof. Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Universiti Putra Malaysia

Dr. Yahya Othman Universiti Kebangsaan Malaysia

Dr. Rosidah Hassan Universiti Teknologi MARA Malaysia

Dr. Omrah Hussin Universiti Putra Malaysia

Pn. Harishon Radzi Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 124: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015
Page 125: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

PertanikaGerbang sebaran hasil penyelidikan berkualiti tinggi

MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

Garis Panduan Penulisan dan Tatacara Serahan

Semakan: Ogos 2015

Sila baca dan patuhi garis panduan dengan teliti. Makalah yang memenuhi spesifikasi yang diberikan akan membantu melancarkan proses penerbitan. Lembaga Editorial berhak menolak makalah yang tidak mematuhi garis panduan ini.

LATAR BELAKANGPertanika merupakan jurnal berwasit antarabangsa yang berfungsi sebagai medium penerbitan dan perbincangan isu pertanian tropika serta bidang berkaitan. Pertanika memulakan penerbitan pertama pada 1978 sebagai Journal of Tropical Agricultural Science. Pada 1992, Pertanika diselaraskan kepada tiga jurnal berasingan, iaitu Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH), Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS) dan Journal of Science and Technology (JST), sebagai memenuhi keperluan jurnal yang lebih khusus dalam bidang pengajian. Pengasingan ini memberikan ruang tumpuan yang khusus terhadap kekuatan bidang yang pelbagai di universiti. Pada 2013, siri terbaharu dalam Pertanika telah diwujudkan, iaitu Jurnal Pertanika MAHAWANGSA. Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu. MAHAWANGSA diterbitkan dalam bahasa Melayu dengan kekerapan dua kali setahun, iaitu pada Jun dan November dan dibuka kepada penulis dari seluruh dunia.

MATLAMATMenyebarluaskan penyelidikan berkualiti tinggi kepada umum.

KUALITI Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan penerimaan makalah dijamin dalam tempoh 14 minggu. Tempoh masa daripada serahan makalah sehingga penerbitan artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.

INDEKS PETIKANPertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan penerimaan makalah dijamin dalam tempoh 14 minggu. Tempoh masa daripada serahan makalah sehingga penerbitan artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.

VISIPertanika akan terus mempertingkatkan kandungan, khidmat penyelidikan dan capaian arkib jurnal kepada umum. Pertanika berusaha merealisasikan wawasan baharu yang akan memberikan manfaat kepada ahli akademik dan masyarakat umum. Kemunculan medium atas talian menjadi pemacu utama sebaran berita penyelidikan terkini untuk pembaca Pertanika.

SKOP DAN MATLAMATMatlamat MAHAWANGSA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu merentas multidisiplin. Kandungan penulisan boleh berbentuk konseptual, teoritikal, empirikal, sejarawi, dan sebagainya dalam kerangka kebahasaan, kesusasteraan, pendidikan, kebudayaan dan warisan Melayu. Ranah pengajian mestilah meliputi alam Melayu dan diaspora Melayu.

Kenyataan RedaksiPertanika ialah jurnal rasmi Universiti Putra Malaysia. Singkatan untuk Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu ialah MAHAWANGSA.

Page 126: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

GARIS PANDUAN PENULISAN

Dasar PenerbitanDasar Pertanika MAHAWANGSA melarang penghantaran makalah yang sama untuk penilaian serentak oleh dua atau lebih penerbitan. Penerbitan semula mana-mana makalah yang telah diterbitkan oleh pihak penerbitan lain sama ada secara menyeluruh atau sebahagiandaripadanya juga dilarang. Penerbitan semula makalah yang telah diterbitkan secara keseluruhan dalam bentuk prosiding juga dilarang.

Proses EditorialPenulis akan dimaklumkan tentang penerimaan makalah, status dan sebarang keputusan berkaitan dengan proses penerbitan oleh pihak Editorial dari semasa ke semasa.

Proses Pewasitan: Makalah yang sesuai untuk diterbitkan akan dimajukan kepada sidang editorial dan/atau pewasit. Penulis digalakkan untuk mencadangkan pewasit yang berpotensi untuk pewasitan. Makluman keputusan sidang editorial lazimnya mengambil masa 8 hingga 10 minggu daripada tarikh penerimaan makalah. Sidang editorial tidak menjamin penerbitan setiap makalah.

Kebenaran Penulis: Penulis bertanggungjawab terhadap semua kenyataan yang disiarkan dalam makalah tulisannya, termasuk perubahan yang dilakukan oleh editor. Penulis perhubungan diminta bersedia untuk berunding dengan editor jurnal untuk menjawab soalan semasa proses editorial dan meluluskan salinan makalah yang telah disunting. Penulis akan menerima versi makalah yang telah disunting untuk kelulusan akhir. Untuk melancarkan proses penerbitan, sebarang perubahan pada makalah yang sudah disunting dan diluluskan adalah tidak dibenarkan.

Penyediaan MakalahPertanika Mahawangsa menerima serahan empat jenis makalah. Setiap serahan diklasifikasikan sebagai makalah atau karya asli, ulasan buku, nota penyelidikan dan juga cadangan untuk terbitan isu khas. Makalah harus ditulis dalam bahasa Melayu dan mestilah tepat, jelas, mudah difahami dan berupaya menyampaikan isi dengan baik menggunakan aturan bahasa Melayu yang gramatis.

Penulis digalakkan membuat semakan bahasa sebelum dimajukan kepada pihak editorial. Makalah yang lemah dalam pengunaan tatabahasa akan ditolak serta-merta.

Penggunaan singkatan perkataan adalah diterima. Penggunaan slang, jargon atau singkatan yang tidak jelas adalah dilarang. Unit dalam sukatan metrik dibenarkan dan sekiranya unit ukuran (penjelasan) dalam bahasa Inggeris digunakan, unit tersebut hendaklah dimasukkan di dalam kurungan. Sebarang singkatan perkataan hendaklah dieja penuh pada setiap kali penggunaan pertama dalam teks

Pewasitan Makalah yang diterima disemak melalui proses pewasitan. Pewasit bagi setiap makalah terdiri daripada pakar bidang dalam skop makalah. Pewasit akan dipilih oleh sidang editor jurnal atau dipertimbangkan melalui cadangan pewasit yang telah dinamakan oleh penulis.

Pewasit akan mengemukakan penilaian bertulis yang menyatakan kekuatan dan kelemahan makalah bagi tujuan penambahbaikan dan pengenalpastian bahan sokongan tambahan yang sesuai untuk makalah tersebut.

Makalah akan dinilai oleh dua hingga tiga orang pewasit. Penulis digalakkan untuk mencadangkan nama pewasit yang berpotensi dan dinyatakan dalam borang penilaian. Walau bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan tetap tertakluk kepada keputusan akhir editor.

Makalah dinilai berdasarkan kandungan. Oleh itu, editor berhak membuat suntingan pada teks untuk mengelakkan kekaburan makna dan pengulangan serta meningkatkan komunikasi antara penulis dengan pembaca. Makalah akan dikembalikan kepada penulis untuk semakan sekiranya perubahan perlu dilakukan.

Proses Semakan Jurnal

Tujuh langkah proses semakan editorial:

1. Editor Eksekutif meneliti makalah untuk menentukan kesesuaiannya dengan skop jurnal. Makalah yang tidak sesuai dengan skop jurnal akan ditolak. Penulis akan dimaklumi sekiranya makalah ditolak.

2. Editor Eksekutif akan menghantarkan maklumat identifikasi makalah kepada dua hingga tiga pewasit. Salah seorang pewasit biasanya terdiri daripada sidang editorial jurnal, sementara dua orang pewasit lain mewakili pakar dalam bidang atau disiplin perbincangan makalah tersebut. Proses penilaian melibatkan dua borang, iaitu (a) ‘Borang Pewasitan’ dan (b) ‘Borang Ulasan Pewasit’ bersama ‘Panduan Pewasitan’. Proses pewasitan ini mengambil masa dua hingga tiga minggu. Ulasan yang diberikan merangkumi kesesuaian kerangka teori dan konseptual, sorotan kajian, metodologi, dapatan, perbincangan dan kesimpulan. Pewasit biasanya akan menyertakan bersama cadangan penambahbaikan. Ulasan dan penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepentingan dan sumbangan makalah terhadap perkembangan disiplin ilmu.

3. Editor Eksekutif meneliti laporan pewasitan. Editor Eksekutif akan berunding dengan Ketua Editor untuk memutuskan sama ada sesebuah makalah wajar ditolak atau diserahkan semula kepada penulis untuk pembetulan. Keputusan akhir

Page 127: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

tertakluk kepada sidang editorial yang berhak menolak apa-apa bahan untuk diterbitkan. Dalam beberapa keadaan, makalah diterima dengan hampir tiada semakan. Laporan pewasitan akan dimajukan kepada penulis dengan sedikit penambahan daripada editor untuk memudahkan penulis mengambil tindakan mengikut cadangan panel pewasit.

4. Penulis memberikan jawapan terhadap ulasan penilaian. Penulis dikehendaki menghantarkan edisi semakan makalah kepada Editor Eksekutif bersama-sama maklumat khusus yang memerihalkan respons terhadap laporan pewasitan.

5. Setelah selesai proses semakan, Editor Eksekutif, sidang editorial dan Ketua Editor akan membuat semakan terhadap laporan pewasitan. Keputusan sama ada makalah tersebut diterima untuk penerbitan atau memerlukan semakan semula atau ditolak akan dibuat pada peringkat ini.

6. Makalah yang memerlukan semakan semula akan dihantar kepada penilai selain penilai asal makalah tersebut.

7. Makalah yang diterima akan dihantar kepada Bahagian Penerbitan untuk dicetak. Proses cetakan makalah mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Pihak penerbit akan memastikan bahawa makalah mematuhi gaya penulisan yang ditetapkan (petikan, rujukan, jadual, kejelasan dan tatabahasa). Penulis diminta memberikan kerjasama terhadap sebarang keperluan dan pertanyaan daripada pihak penerbitan. Halaman yang sudah siap disemak akan dihantar kepada penulis utama untuk pengesahan akhir. Sebarang perubahan pada penulisan pada tahap ini hanya melibatkan perubahan yang penting. Makalah yang telah melalui kesemua proses ini akan diterbitkan dalam talian pada keluaran semasa.

Jurnal Pertanika menerima makalah berbentuk:

1. Makalah

Definisi: Karya asli yang menampilkan kajian empirikal. Kajian asal yang dirujuk mestilah disertakan dengan rujukan yang jelas. Sementara itu, penjelasan berkaitan penemuan dalam kajian haruslah yang terkini.

Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 6000 perkataan (tidak termasuk muka surat abstrak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).

2. Ulasan Buku

Definisi: Penilaian ringkas tentang sesuatu karya (buku, hasil seni, makalah dan sebagainya). Panjang Ulasan: Jumlah perkataan tidak melebihi 6000 perkataan (tidak termasuk muka surat absrak dalam bahasa Melayu dan Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).

3. Nota Penyelidikan

Definisi:- Maklumat baharu berkaitan sebahagian atau keseluruhan dapatan kajian dalam bentuk penulisan ringkas yang rinci. Nota penyelidikan sesuai untuk penerbitan berkaitan disiplin teknikal atau penemuan baharu tentang mana-mana disiplin atau subdisiplin ilmu yang mempunyai hubungan dengan budaya, warisan dan bahasa Melayu.

Panjang Laporan:- Jumlah perkataan tidak melebihi 3000 perkataan (tidak termasuk muka surat abstrak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).

4. Isu Khas

Definisi: Bahan daripada hasil kajian yang telah dibentangkan dalam persidangan, seminar, kongres atau simposium.

Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 4000-8000 perkataan (tidak termasuk muka surat absrak dalam bahasa Melayu dan Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).

5. Lain-lain

Definisi: Laporan ringkas, kajian kes, komen, Surat kepada Editor, dan balasan pada makalah sebelum ini yang disiarkan boleh dipertimbangkan.

Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 2000 perkataan.

FORMATPenulis digalakkan untuk menyediakan makalah dalam format Microsoft Word. Teks ditulis dalam satu ruang lajur (column) dengan margin 4cm dan langkau 2 baris. Penulis digalakkan untuk menggunakan rupa taip Times New Roman, dengan saiz fon 12 poin. Penulis dinasihati agar memberikan perhatian pada penggunaan aksara/rupa taip khas dalam penulisan sekiranya penulisan tersebut menggunakan jenis rupa taip berbeza daripada aksara khas, terutamanya fon Symbol dan Mincho.

Penulis diminta meninggalkan satu jalur kosong antara setiap perenggan teks dan rujukan. Jadual dan gambar rajah perlu diasingkan daripada teks ataupun diletakkan pada ruang lampiran.

Pengarang dikehendaki memberikan penomboran pada setiap muka surat.

Page 128: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

JUDULJudul bagi setiap jenis penulisan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 10 perkataan. Judul ditulis menggunakan fon dan saiz fon yang sama dengan penulisan teks penuh.

ABSTRAKAbstrak perlu ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 200 perkataan bagi makalah dan tidak kurang daripada 100 perkataan bagi nota penyelidikan. Abstrak perlu ditaip menggunakan saiz fon 11poin dengan langkau sebaris (single spacing). Penulis perlu menyertakan 5 hingga 8 kata kunci pada ruang di bawah abstrak untuk menjelaskan keseluruhan isi kandungan makalah.

SUNAN MAKALAH Halaman 1: JudulJudul mestilah tidak melebihi 10 perkataan. Singkatan bagi judul makalah perlu diletakkan di jidar bahagian atas setiap halaman makalah (header).

Halaman 2: Maklumat Penulis dan Penulis Utama:Halaman ini harus mengandungi judul makalah beserta nama penulis, institusi dan alamat penuh serta saluran untuk dihubungi (sambungan pejabat, telefon bimbit, fax dan alamat e-mel). Nama penulis mestilah ditulis dalam bentuk singkatan sebagaimana yang digunakan dalam sistem penamaan antarabangsa. Misalnya, Salleh, A.B., Tan, S.G., atau Sapuan, S.M.

Alamat PenulisBagi makalah yang ditulis oleh lebih daripada seorang penulis dengan alamat yang berbeza, alamat setiap penulis perlu diberikan penomboran dengan menggunakan superskrip.

George Swan1 dan Nayan Kanwal2

1 Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Duke, Durham, Carolina Utara, USA.2 Pejabat Timbalan Naib Canselor (P&I), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.

Halaman 3: Halaman ini mengandungi tajuk penuh makalah beserta abstrak (sila rujuk Subtajuk Abstrak untuk panduan penulisan abstrak).

Halaman 4 dan seterusnya: Halaman ini harus dimulai dengan pengenalan makalah. Perbincangan subtajuk selepasnya bermula daripada halaman 5 dan seterusnya.

SingkatanSebarang singkatan yang digunakan dalam penulisan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan disusun mengikut abjad. Perkataan atau frasa yang menggunakan singkatan perlu ditulis penuh pada setiap kali penggunaan kali pertama dalam teks dan disertakan singkatan baginya dalam kurungan ( ).

Nota kakiAlamat semasa penulis sekiranya berbeza dengan paparan di bahagian jidar atas halaman perlu dinyatakan pada nota kaki.

KandunganMakalah perlu mengandungi bahagian pengenalan, bahan dan kaedah, dapatan dan perbincangan dan penutup.

JadualSemua jadual hendaklah tekal dengan format dan kesesuaian isu semasa jurnal dan hendaklah dinomborkan dengan angka Arab (1,2,3...). Bahan rujukan perlu disertakan dalam bentuk jadual dan nota kaki. Setiap jadual dilampirkan dalam halaman yang berasingan.

Perhatian: Jadual bagi makalah yang diterima untuk penerbitan mestilah diserahkan dalam bentuk:- .doc, .rtf, excel atau powerpoint- jadual yang diserahkan dalam bentuk data imej tidak boleh disunting untuk penerbitan.

Formula dan PersamaanSebarang rumus, persamaan dan formula yang digunakan dalam makalah perlu dinyatakan dengan jelas dan ditaip dengan langkau 3 baris . Penomboran rumus ditulis dalam tanda kurung siku [ ] dan diposisikan di margin kanan penulisan.

Rajah dan GambarPenulis yang melampirkan rajah atau gambar dinasihati agar menggunakan aplikasi yang menyediakan fail TIFF beresolusi tinggi. Secara umumnya, pihak editorial menerima resolusi. 300 dpi atau yang lebih tinggi untuk lampiran berwarna dan karya hafton; 1200 dpi atau yang lebih tinggi untuk lukisan garis.

Page 129: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Bagi fail bersaiz besar, penulis boleh melampirkan rajah beresolusi rendah yang jelas untuk memastikan bahawa saiz makalah sesuai untuk penghantaran secara atas talian. Penulis boleh memohon persembahan ilustrasi berwarna dengan kos tambahan sebanyak Ringgit Malaysia 50 bagi setiap halaman berwarna.

RUJUKANNama penulis dan tahun terbitan hendaklah diletakkan bagi petikan rujukan dalam teks. Bagi rujukan yang ditulis oleh lebih daripada dua orang , nama penulis pertama perlu diikuti dengan ‘et al.,’

Swan dan Kanwal (2007) melaporkan bahawa ...

Dapatan kajian ini ditafsirkan sebagai ... (Kanwal et al., 2009).

Senarai rujukan perlu disusun mengikut abjad nama penulis. Bagi penulis yang sama atau kumpulan penulis yang sama, rujukan perlu disusun secara kronologi. Sekiranya penulis mempunyai lebih daripada satu penerbitan dalam tahun yang sama, angka ‘a’, ‘b’ dsb ditambahkan pada tahun terbitan.

Sekiranya teks rujukan ditulis oleh lebih daripada 11 orang penulis, senaraikan 5 penulis dan diikuti dengan et al.,

Dilarang menggunakan ensotan (indent) dalam penulisan rujukan. Gunakan langkau baris untuk mengasingkan setiap rujukan. Nama jurnal perlu ditulis penuh.

Contoh:Mellers, B. A. (2006a). Choice and the relative pleasure of consequences. Psychological Bulletin, 126, 910-924.

Mellers, B. A. (2006b). Treatment for sexually abused children and adolescents. American Psychologist, 55, 1040-1049.

Hawe, P. (2005). Capturing the meaning of “community” in community intervention evaluation: Some contributions from community psychology. Health Promotion International, 9,199-210.

Braconier, H., & Ekholm, K. (2006). Swedish multinationals and competition from high and low wage location. Review of International Economics, 8, 448-461.

Sebarang data yang belum diterbitkan dan komunikasi peribadi tidak dianggap sebagai petikan rujukan. Bagaimanapun, penulis boleh menyatakan bahan tersebut dalam kurungan ( ). Artikel yang sudah diterima untuk penerbitan (in press) boleh dijadikan rujukan dengan menyatakan penerbit dan tarikh terbitan bagi artikel tersebut dalam rujukan (jika ada).

Contoh petikan rujukan:

Monograf: Kalimapour, Y.R. (2004). Images of the U.S. Around the World: A Multicultural Perspective. Albany, NY: State University of New York Press.

Bab dalam buku: Bjork, R. A. (2007). Retrieval inhibition as an adaptive mechanism in human memory. Dalam H. L. Roediger III & F. I. M. Craik (Eds.), Varieties of memory & consciousness (pp. 309-330). Hull: Hull University Press.

Prosiding: Amir Awang. (2006). Counseling, human resources development and counseling services. Dalam Sulaiman M. Yassin, Yahya Mat Hassan, Kamariah Abu

Bakar, Esah Munji dan Sabariah Mohd. Rashid (Eds.), Proceedings of Asia Pacific Conference on Human Development (p. 243-246). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

GAYA MAKALAHMakalah yang diserahkan untuk penerbitan harus mematuhi panduan versi terkini Manual Penerbitan American Psychological Association (APA). Jurnal ini menerima ejaan Amerika dan British untuk penulisan yang melibatkan penggunaan bahasa Inggeris. Penulis boleh menggunakan edisi terkini Oxford Advanced Learner’s Dictionary sebagai panduan untuk ejaan British.

PENYERAHAN MAKALAH Surat IringanPenyerahan manuskrip perlu disertakan dengan surat iringan yang menyatakan maklumat makalah yang diserahkan. Makalah yang diterima untuk penerbitan dalam jurnal ini ialah tulisan yang asli dan belum pernah diterbitkan atau dihantar kepada mana-mana syarikat penerbitan. Perkara ini perlu dinyatakan dalam surat iringan.

Penulis juga perlu memaklumkan dalam surat iringan bahawa kesemua penulis telah memberikan sumbangan dalam proses penulisan makalah dan telah bersetuju dengan kandungan makalah yang dihantar untuk penerbitan.

Page 130: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Surat iringan perlu mengandungi (i) tajuk; (ii) nama penuh penulis; (iii) alamat institusi; (iv) poskod dan alamat e-mel, faksimili dan nombor telefon penulis perhubungan. Alamat semasa bagi penulis yang berbeza dengan alamat insititusi hendaklah dinyatakan pada ruangan nota kaki.

Suntingan BahasaPertanika menitikberatkan aspek ketepatan dalam penggunaan bahasa bagi setiap makalah yang diterbitkan. Penulis dinasihati untuk memastikan bahawa manusrip yang dihantar menggunakan bahasa Melayu yang baik, jelas dan tepat dari segi tatabahasa. Khidmat semakan profesional boleh digunakan bagi tujuan ini. Makalah yang baik dari segi bahasa akan memudahkan dan mempercepat urusan semakan untuk penerbitan.

Polisi ArkibPenulis yang memerlukan pemulangan sebarang bahan yang ditolak untuk penerbitan harus menyatakan sedemikian dalam surat iringan. Hal ini kerana pihak Editorial akan melupuskan semua bahan bercetak dan elektronik sekiranya tiada tuntutan daripada penulis secara bertulis seperti yang disebutkan.

Hak ciptaPenulis dikehendaki menandatangani Borang Akuan yang menyatakan bahawa penulis telah mendapat kebenaran untuk menggunakan bahan hak cipta dan bahan terbitan sebelumnya. Sekiranya penulis utama menandatangani Borang Akuan bagi pihak penulis yang lain, syarat yang digariskan dalam Borang Akuan hendaklah dibaca dan dipersetujui oleh kesemua penulis yang terlibat sebelum ditandatangani. Makalah tidak akan diterbitkan selagi Borang Akuan hak cipta belum ditandatangani.

Jeda MasaJangka waktu keputusan penerimaan dan penolakan makalah ialah tiga hingga empat bulan (lebih kurang 14 minggu). Jangka waktu antara penyerahan makalah dengan penerbitan adalah lebih kurang lima hingga enam bulan.

Salinan Cetak Jurnal dan Cetak UlangPenulis utama akan menerima satu salinan cetak (hardcopy) jurnal yang mengandungi makalah tulisannya.

PROSEDUR SERAHANMakalah perlu diserahkan bersama-sama ‘Surat Iringan’ dan ‘Kit Penyerahan Makalah’ yang telah lengkap diisi. Makalah yang dihantar perlu memenuhi garis panduan dan tatacara yang telah dinyatakan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan makalah dipulangkan dan menimbulkan kelewatan penerbitan. Penyerahan makalah dalam bentuk CD adalah diterima. Penulis dinasihati untuk menyimpan salinan makalah dan dokumen berkaitan untuk rujukan peribadi. Penulis dikehendaki memaklumkan sebarang pertukaran alamat pada makalah yang dihantar sebelum suntingan akhir.

Makalah hendaklah diserahkan melalui Ketua Editor untuk tindakan seterusnya ke alamat seperti yang berikut::

Ketua Editor MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)Pejabat Dekan Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

e-mel: [email protected]; [email protected]

Tel: + 603-8946 8661/ 8929 / 8723/ 8753

Pengarang dinasihatkan untuk menyimpan salinan makalah dan dokumen berkaitan untuk rujukan peribadi. Pengarang dikehendaki memaklumkan sebarang pertukaran alamat pada makalah yang dihantarsebelum suntingan akhir.

Page 131: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

Why should you publish in Pertanika?

BENEFITS TO AUTHORS

PROFILE: Our journals are circulated in large numbers all over Malaysia, and beyond in Southeast Asia. Our circulation covers other overseas countries as well. We ensure that your work reaches the widest possible audience in print and online, through our wide publicity campaigns held frequently, and through our constantly developing electronic initiatives such as Web of Science Author Connect backed by Thomson Reuters.

QUALITY: Our journals’ reputation for quality is unsurpassed ensuring that the originality, authority and accuracy of your work is fully recognised. Each manuscript submitted to Pertanika undergoes a rigid originality check. Our double-blind peer refereeing procedures are fair and open, and we aim to help authors develop and improve their scientific work. Pertanika is now over 35 years old; this accumulated knowledge has resulted in our journals being indexed in SCOPUS (Elsevier), Thomson (ISI) Web of Knowledge [BIOSIS & CAB Abstracts], EBSCO, DOAJ, Google Scholar, AGRICOLA, ERA, ISC, Citefactor, Rubriq and MyAIS.

AUTHOR SERVICES: We provide a rapid response service to all our authors, with dedicated support staff for each journal, and a point of contact throughout the refereeing and production processes. Our aim is to ensure that the production process is as smooth as possible, is borne out by the high number of authors who prefer to publish with us.

CODE OF ETHICS: Our Journal has adopted a Code of Ethics to ensure that its commitment to integrity is recognized and adhered to by contributors, editors and reviewers. It warns against plagiarism and self-plagiarism, and provides guidelines on authorship, copyright and submission, among others.

PRESS RELEASES: Landmark academic papers that are published in Pertanika journals are converted into press releases as a unique strategy for increasing visibility of the journal as well as to make major findings accessible to non-specialist readers. These press releases are then featured in the university’s UK-based research portal, ResearchSEA, for the perusal of journalists all over the world.

LAG TIME: The elapsed time from submission to publication for the articles averages 4 to 5 months. A decision on acceptance of a manuscript is reached in 3 to 4 months (average 14 weeks).

About the JournalPertanika is an international multidisciplinary peer-reviewed leading journal in Malaysia which began publication in 1978. The journal publishes in three different areas — Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS); Journal of Science and Technology (JST); and Journal of Social Sciences and Humanities (JSSH).

JTAS is devoted to the publication of original papers that serves as a forum for practical approaches to improving quality in issues pertaining to tropical agricultural research- or related fields of study. It is published four times a year in February, May, August and November.

JST caters for science and engineering research- or related fields of study. It is published twice a year in January and July.

JSSH deals in research or theories in social sciences and humanities research. It aims to develop as a flagship journal with a focus on emerging issues pertaining to the social and behavioural sciences as well as the humanities, particularly in the Asia Pacific region. It is published four times a year in March, June, September and December.

now accepting submmissions...

Pertanika invites you to explore frontiers from all key areas of agriculture, science and technology to social sciences and humanities.

Original research and review articles are invited from scholars, scientists, professors, post-docs, and university students who are seeking publishing opportunities for their research papers through the Journal’s three titles; JTAS, JST & JSSH. Preference is given to the work on leading and innovative research approaches.

Pertanika is a fast track peer-reviewed and open-access academic journal published by Universiti Putra Malaysia. To date, Pertanika Journals have been indexed by many important databases. Authors may contribute their scientific work by publishing in UPM’s hallmark SCOPUS & ISI indexed journals.

Our journals are open access - international journals. Researchers worldwide will have full access to all the articles published online and be able to download them with zero subscription fee.

Pertanika uses online article submission, review and tracking system for quality and quick review processing backed by Thomson Reuter’s ScholarOne™. Journals provide rapid publication of research articles through this system.

For details on the Guide to Online Submissions, visit http://www.pertanika.upm.edu.my/guide_online_submission.php

Questions regarding submissions should only be directed to the Chief Executive Editor, Pertanika Journals.

Remember, Pertanika is the resource to support you in strengthening research and research management capacity.

An Award-Winning

International-Malaysian Journal

—MAY 2014

Address your submissions to: The Chief Executive EditorTel: +603 8947 1622 [email protected]

Journal’s profile: www.pertanika.upm.edu.my

Call for Papers 2015-16

Page 132: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015
Page 133: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015
Page 134: Mahawangsa Vol 2(1) Jun 2015

MA

HAW

AN

GSA

Vol. 2 (1) Jun. 2015Penerbit U

PM, M

alaysia

VOL. 2 (1) JUN. 2015

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia43400 UPM SerdangSelangor Darul EhsanMalaysia

http://www.mahawangsa.upm.edu.my/E-mail: [email protected]: +603 8947 1621 / 1619

http://www.penerbit.upm.edu.my/E-mail: [email protected]: +603 8946 8855

Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu

Kandungan

MAHAWANGSA

Vol. 2 (1) Jun. 2015

(Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

MakalahPenggunaan Perkataan Semua Tujuan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: Satu Perbandingan

1

Hazlina, A. H., Normaliza, A. R. dan Roslina, M.

Artikel Pilihan dari Seminar ..... (2014)Editor Undangan : Zaitul Azma Binti Zainon HamzahBahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa: Kepentingan Melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM)

15

Fadzilah Abd Rahman dan Norazlina Kiram

Strategi Kognitif dan Afektif dalam Meningkatkan Penguasaan Pemahaman Bacaan dan Literasi Emosi Murid

29

Yusfarina Mohd Yussof, Abdul Rasid Jamian, Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Samsilah Roslan

Pengaruh Bahasa Melayu dalam Penukaran Kod Pelajar Pusat Bahasa Jepun OISCA-MARA

47

Muhammad Alif Redzuan, Normaliza Abd Rahim, Jusang Bolong dan Zaid Mohd Zain

Pendekatan Penulisan dan Kesantunan dalam E-Mel 63

Stilistik dalam Persembahan Wayang Kulit Kelantan 75Roslina Abu Bakar, Arbai’e Sujud dan Siti NurulFatihah Mohd Saidi

Peranan Kata Pinjaman Arab dalam Memperkaya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara Bangsa

87

Che Radiah Mezah dan Pabiyah Toklubok@Hajimaming

Deria Rasa dalam Kiasan Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif 101