merong mahawangsa

Upload: umar-rosdi

Post on 10-Apr-2018

877 views

Category:

Documents


79 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    1/65

    BAB PERTAMABismiLlahi l-Rahmanil-Rahim

    AL-HAMDU liLlahi rabbil-alamin, dengan nama Allah, Tuhan yang amat murah lagi yangamat mengasihani akan sekalian hambanya, segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam. Wal-salatu wal-salamuala nabiyyihi, dan rahmat dan salamnya atas yang diambilnya akan NabiMuhammadinill adhi la nabiyya badahu, adapun Nabi Muhammad itu yang tiada ada nabi kemudian.

    Waala alihi wa Sahbihil-ladhi yujahiduna bihamdihi, dan atas keluarganya dan segala Sahabatnyamereka itulah yang usahakan memuji dia. Wa badu qala faqirun wa biI-fakhri wal-taqsiri, kemudiandaripada itu, telah berkata fakir yang insaf akan lemah keadaan dirinya dan singkat pengetahuanilmunya.

    Adalah pada suatu masa zaman Sultan Muazzam Shah ibnu Sultan Muzalfal Shah yang mahamulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari baginda keluar ke penghadapan, dihadapi oleh segalamenteri,hulubalang serta alim mutaallim, maka fakir pun hadirlah mengadap baginda, penuh sesakdi penghadapan itu membicarakan negeri dan mengaji kitab. Setelah itu maka titah baginda yangmaha mulia, junjungkan ke atas jemala fakir, demikian titah yang maha mulia: Bahawa hamba pintaperbuatkan hikayat pada tuan, peri peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekalj,supaya boleh diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita ini, serta dikurniaidengan sejarahnya.

    Setelah faqirul-ladhi murakkabun ala jahlin, maka fakir pun perkejaplah diri padamengusahakan dia. Syahadan memohonkan taufiklah fakir ke hadirat Tuhan Saniui-Alam danmeminta huruf kepada Sayyidul-Anam dan meminta afwah kepada keempat Sahabat yang akram.Hatta maka fakir pun mengaranglah hikayat ini maka dinamai akan dia Sulalatul salatin, iaituperaturan segala raja-raja. Hadhihi dawairul akhbari wa ghururul-amthali. Inilah mutia segalaceritera dan segala cahaya perumpamanya, maka barang siapa membaca dia janganlah dibicarakanlagi, terlalu amat sempurna bicaranya, kerana hikayat initahulah kami akan perkataan, kerana sabdaNabi SallaLlahu alayhi wa sallam: Tafakkaru fidhatiLlahi, yakni bicarakan olehmu pada segalakebesaran Allah, jangan kamu fikirkan pada zat Allah.

    Ketahui olehmu kepada zaman dahulukala dan pada masa yang telah lalu, kata yangempunya cetera ini, maka adalah kepada suatu masa sedang zaman Nabi Allah Sulaiman alayhilsalam naik jadi raja yang tetap di atas takhta kerajaan dikurnia Allah taala di dalam dunia inimemerintahkan daripada segala makhluk khalayak yang berjenis-jenis bangsanya yang dijadikan

    Allah subhanahu wa taala di dalam dunia ini, dititahkan oleh Tuhan seru sekalian alam dunia ini didalam hukum Nabi Allah Sulaiman alayhil-salam, tiada boleh hendak melalui daripada hukumnya,baik daripada binatang yang melata di bumi dan yang terbang di udara, sekaliannya dalam hukumanNabi Allah itu, beberapa banyak bukit, gunung pulau yang menjadi pasak duniaini yang didiami olehmakhluk.

    Sebermula, maka tersebutlah perkataan Pulau Langkapuri itu. Selama peninggal perang SeriRama dan Anduman jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-siapa duduk; maka datanglah seekor burung

    geroda yang amat besarnya, iaitu asalnya daripada anak cucu Maharaja Dewata. Maka burunggeroda itulah yang diam di pulau itu mencari makan. Maka burung geroda itu pun pada masa zamanSeri Rama dan Anduman biasa masuk perang, banyak juga kesaktiannya dan banyak juga segalabinatang yang terbang dan berjalan di bumi takut akan dia. Maka pada suatu han datanglah seekorburung rajawali kepada burung geroda itu, katanya: Adakah tuan hamba beroleh khabar bahawaRaja Rum itu beroleh seorang anak laki-laki? Sekarang ini ia hendak meminang anak Raja Benua

    China, kerana negeri kedua itu terlalulah jauhnya, sebuah negeri itu di sebelah matahari naik dansebuah negeri di sebelah matahari mati, maka kehendaknya Raja Rum itu hendak mengantarkananaknya itu berperahu dan belayar.

    Maka kata burung geroda itu kepada burung rajawali: Mana tuan hamba beroleh warta ini?Maka kata burung rajawali: Hamba beroleh warta daripada burung kakaktua, ialah yang melihatorang membawa utusan dan penumah dari Benua Rum, hendak pergi ke Benua China. Maka hambapun terbang melintas melihat kelakuan itu, nyatalah adanya seperti warta itu, kerana Raja Rum ituhendak menunjukkan kebesarannya, mana yang tiada dapat dikerjakan oleh segala raja-raja di dalamdunia ini, ialah konon hendak mengadakan dan mengantarkan.

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    2/65

    Maka kata burung geroda kepada burung rajawali: Di mana dapat ia sekalian hendakmengerjakan pekerjaan itu? Pada fikiranku tiada boleh jadi, tetapi nantilah dahulu, aku hendak pergimengadap Nabi Allah Sulaiman kerana ia itu raja besar di dalam dunia ini. Jikalau sudah ada sepertiyang demikian itu, tiadalah aku beri jadi pekerjaan nikah keduanya anak raja dua buah negeri itu.

    Setelah didengar oleh burung rajawali kata burung geroda itu, maka ia pun bermohon kepadaburung geroda lalu ia terbang.

    Setelah itu maka burung geroda itu pun terbanglah naik ke udara sampai pergi mengarasawan udara, berasaplah kelihatan dunia ini.

    Bahawa pada ketika itu datanglah seekor burung geroda yang terlalu amat besarnya turunmengadap Nabi Allah Sulaiman, sembahnya: Ya Nabi Allah, hamba dengar warta Raja Rum adamenaruh seorang anak laki-laki dan Raja Benua China ada menaruh seorang anak perempuan. Makasekarang Raja Rum itu hendak meminang anak Raja Benua China. Konon akan rupa kedua anak rajaitu terlalu amat eloknya, tiadalah lagi bandingnya akan rupa keduanya itu, dan kedudukan negeri ituterlalulah jauh, pada fikiran hamba bukanlah jodoh pertemuannya.

    Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, Hai burung geroda, demi Tuhan yang menjadikan aku,adapun jodoh pertemuan itu di dalam batu atau di dalam kayu sekalipun tiada yang dapatmenceraikan dia.

    Maka sembah burung geroda, Ya Nabi Allah, akan pekerjaan itu atas hambamulahmenceraikan dia. Jika tiada dapat hamba menceraikan anak raja kedua itu nescaya hamba undurlahdaripada bawah langit dan atas bumi daerah tempat kediaman segala manusia sekalian ini.

    Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, Baik, perbuatlah oleh tuan hamba barang kuasa engkau,tetapi pesanku kepada engkau tatkala sudah tetap engkau boleh menceraikan jodoh pertemuanmanusia itu, hendaklah engkau datang ke mari ceterakan kepada aku.

    Maka sembah burung geroda, Baiklah, ya Nabi Allah. Setelah sudah maka burung gerodapun bermohonlah kepada Nabi Allah Sulaiman lalu terbanglah ia pergi ke Benua China.

    Hatta beberapa lamanya ia terbang itu, maka sampailah ke Benua China lalu dilihatnya

    segala perintah Raja Benua China itu, nyatalah seperti warta burung rajawali itu adanya jadi berkahwin. Maka adalah kepada suatu han pergilah tuan puteri anak Raja Benua China itu bermain ke tamanlalu memungut segala bunga-bungaan dan buah-buahan. Setelah dilihat oleh burung geroda tuanputeri itu duduk di dalam taman memungut segala bunga-bungaan dan buah-buahan, lalu ia punterbanglah pergi menuju kepada tuan puteri itu ke dalam taman. Serta sampai lalu disambarnya tuanputeri itu dengan mulutnya serta digenggam dengan kukunya yang kanan.Maka mak inang tuanputeri serta dengan kundangnya seorang budak perempuan, maka keduanya itu pun disambardengan kukunya kaki kiri digenggamnya lalu dibawa terbang mereka itu menuju ke Pulau Langkapuri,halanya itu ke sebelah laut selatan.

    Setelah sampai ke Pulau Langkapuri itu lalu dibawa turun kerana sudah ada tempatnyaseperti rupa sebuah mahaligai. Tempat itulah ditaruhkannya tuan puteri itu tiga dengan sahayanya,serta dicarikannya makanan, di hantarkan kepada tuan puteriitu. Barang yang dikehendakinya dicarioleh burung geroda itu diberi akan tuan puteri dan sahayanya kedua itu.

    Sebermula, maka tersebutlah perkataan Raja Rum sedang dihadapi oleh segala raja-raja

    yang besar-besar yang bermakuta, dengan segala menteri dan para penggawa, hulubalang, sida-sida, bentara, biduanda sekalian, penuh sesak di balai paseban agung, bermesyuarat bicara hendakmengantarkan anakanda baginda itu ke Benua China serta menghadirkan segala kelengkapanbahtera dan kapal dan mencari harapan akan ganti baginda itu. Maka adalah dalam banyak segalaraja-raja yang duduk menga dap itu adalah seorang raja yang besar lagi bermakuta, sahabatkepadanya, bernama Raja Merong Mahawangsa.

    Adapun raja itu ayahnya daripada indera-indera dan bondanya itu asal daripada dewa-dewa.Maka terbukalah pintu hatinya gemar dan suka ia beristeri akan anak Raja Gergasi, kerana puteri itukecil lagi baik rupa parasnya dan asal bondanya daripada raksasa. Maka jadi tiadalah suka ayah

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    3/65

    bondanya Raja Merong Mahawangsa akan dia beristeri akan tuan puteri itu. Maka oleh Raja MerongMahawangsa, barang ke mana ia pergi dibawanya pergi isterinya itu bersama-sama dengan dia,tiada ditinggalkan dengan segala menteri, para penggawa, hulubalang, sida-sida, bentara, biduanda,rakyat sekalian, kerana Raja Merong Mahawangsa itu ia ketahui ilmu kesaktian dan ditakuti olehsekalian raja-raja.

    Maka titah Raja Rum kepada Raja Merong Mahawangsa, Hai saudara hamba, hendaklah

    saudara pergi ke Benua China, ganti hamba membawa pergi paduka anakanda in kahwinkan dengananak Raja Benua China. Maka sembah Raja Merong Mahawangsa, Baiklah, tuanku, barang yangdititahkan itu patik kerjakan, tuanku.

    Setelah itu maka Sultan Rum pun menghadirkan sebuah bahtera akan kenaikan anakandabaginda itu dengan segala anak menteri, penggawa, hulubalang, dengan empat puluh empat anakraja-raja dan sebuah bahtera akan kenaikan Raja Merong Mahawangsa dengan segala menteri, parapenggawa, hulubalang, rakyatnya, mengiringkan anak Raja Rum itu. Lain daripada bahtera dua buahitu beberapa pula banyak kapal dan keci yang bersama-sama mengiringkan akan anak raja itu.

    Hatta setelah sudah lengkap maka pada ketika han saat yang baik, maka Raja MerongMahawangsa pun mengangkatkan layar serta segala kapal dan keci yang serta bersama-samamengiringkan itu semuanya disuruhkan naikkan segala layar nya. Maka segala kapal itu punmembongkarkan sauhnya serta menaikkan layar masing-masing lalu belayarlah sekalian mengikut

    bahtera anak Raja Rum dan bahtera Raja Merong Mahawangsa. Setengah dahulu, setengahkemudian, bertaburan penuhlah laut itu, menuju halanya ke Benua China.

    Hatta beberapa lamanya belayar daripada negeri Rum itu, maka sampailah ke tengaharungan dengan beberapa melalui kuala negeri segala raja-raja yang takiuk kepada Raja Rum. Maka

    sekalian raja-raja itu pun datanglah mengantarkan makanan dan hadiah berbagai-bagai jenisnya,daripada sebuah negeri kepada sebuah negeri, kerana sekalian itu negeri yang besar-besar jua,takluk ke Benua Rum. Maka dengan hal yang demikian, pelayaran pun sampailah ke laut sebelahHindustan. Maka terlalu banyak segala yang ajaib-ajaib dan yang indah-indah kelihatan pada matasekaliannya itu. Maka dipintasi juga belayar merentas segala tanjung-tanjung, terlalulah ramainyabelayar itu.

    Adapun pelayaran angkatan anak Raja Rum hendak pergi kahwin ke Benua China itu adalah

    seperti burung terbang ke sarang dan tiangnya seperti batang pepara lakunya, barang di manaberlabuh dan berhenti itu seperti pulau yang besar, serta dengan segala bunyi-bunyian pun dipaluoranglah, terlalu azmat bunyinya seperti akan terangkatlah lautan itu, tambahan pula dengan bunyibedil meriam pun terlalu banyak. Maka bahananya bunyi bedil meriam yang dipasang itu sepertibunyi guruh dan tagar, terlalu gempita, alamat di dalam laut itu tiadalah dengan kemasyghulannyamelainkan dengan kesukaan belaka. Barang di mana berjumpa dengan pulau, singgah berlabuh, naikke daratan mengambil air dan kayu serta mandi sekalian dan memungut daripada ketam, siput,karangan, serta mengambil tali akar dan umbut kayu, pucuk kayu, akan makanan segala yang bernafsu di dalam kapal bahtera; terlalulah kesukaan sekaliannya.

    Adapun sekaliannya belayar itu tiada juga jauh daripada tanah daratan, hingga kelihatan juadaratan itu. Maka sampailah ke laut Kuala Changgung namanya dan nama rajanya negeri ituKelinggi. Maka kelihatanlah pada mata sekalian datang teduh redum dan sebelah matahari hidup ituseperti hendak menimpa atas segala kapal, keci, bahtera. Maka tengah belayar itu datanglah kelam-kabut guruh petir dengan hebat dahsyat; datangnya itu seperti pohon angin ribut yang besar rupanya.Maka bahtera kenaikan anak Raja Rum pun mendekati kenaikan Raja Merong wangsa. Maka titah

    anak Raja Rum suruh bertanya, Apa juga yang datang dihadapan itu seperti hendak rnenimpa diatas segala perahu itu?

    Maka Raja Merong Mahawangsa pun segeralah naik ke atas beranda bahteranya denganalat senjatanya. Demi dilihat oleh Raja Merong Mahawangsa yang datang itu bukannya daripadaangin ribut taufan, hanya bunyi sayap burung terbang juga, akan datang rupanya hendak merosakkansegala perahu yang dinaik sekaliannya. Maka Raja Merong Mahawangsa pun bertitah kepadasekaliannya suruh beringat-ingat alat senjata masing-masing tangan serta mengisi ubat bedil meriam,jangan dialpakan. Demi didengar oleh sekaliannya titah Raja Merong Mahawangsa yang demikian itu,

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    4/65

    maka sekalian itu pun mengerahkan sekalian orang-orangnya suruh beringat-ingat serta memegangsenjata masing-masing tangan.

    Adapun burung geroda itu setelah nyatalah angkatan anak Raja Rum itu, maka datanglahmarahnya lalu ia pun terbang datang menyambar, langsung dihalakannya ke sebelah matahari jatuh.Maka Raja Merong Mahawangsa pun menarik busur anak panahnya yang bernama Ayun-ayunan ituke udara, bergemuruhlah bunyinya seperti halilintar membelah. Maka segera ditepiskan dengan

    sayapnya, tiada kena. Maka segala yang memasang bedil meriam itu pun dipasangnya hala ke langit,tiadalah berhenti lagi; jikalau guruh petir di langit pun tiadalah kedengaran lagi, terlalulah azmatnya.Demi dilihat oleh burung geroda terlalu banyak alat senjata yang datang hendak mengenai dia, maka

    ia pun tiada ambil tahu kerana tiada memberi guna kepada burung geroda itu, habis berterbanganpergi hala ke lain, ke sana ke mari. Setelah demikian datang pula burung geroda itu sertamenurunkan guruh hujan angin ribut, datangnya itu dan sebelah selatan, lantas ke utara. Demi dilihatoleh Raja Merong Mahaw angsa hal kelakuan burung geroda itu kesaktian menurunkan hujan, anginribut guruh petir itu, maka segeralah ia mengambil anak panah yang bernama Ayun-ayunan bicaramenahankan angin ribut burung geroda itu, hujungnya merah seperti api. Demi ditariknya busurnyalalu dipanahkannya ke udara bergemur uh seperti taufan bunyinya di udara itu. Seketika lagidatanglah suatu gunung dan udara menahani daripada angin ribut taufan yang datang daripadaburung geroda itu. Maka burung geroda itu pun terlepaslah ia ke sebelah utara, mencarikan alpaanak Raja Rum tiga buah bahtera itu, hendak dirosaktenggelamkan kapal anak Raja Rum itu kedalam laut. Maka daripada tiada berhenti datang senjata kena kepada tubuhnya burung geroda itu,

    maka ia pun tiada memberi guna kepadanya. Maka burung geroda itu pun ghaiblah terbang pergihalanya ke darat lantas ke hutan rimba belantara. Maka Raja Merong Mahawangsa hendakmembalas panah sekali lagi, tiada sempat kerana burung geroda itu terlalu cepat dan tangkasnya iaterbang itu. Maka hari pun malamlah, lalu berhenti sekaliannya pada malam itu.

    Telah keesokan harinya dinanti-nanti kalau-kalau datang burung geroda itu melanggar pula,tiada datang. Maka sekaliannya pun belayarlah pula, tiada juga jauh daripada daratan. Antarabeberapa hari belayar sekaliannya itu dengan tempik sorak serta memalu segala bunyi-bunyiansepanjang-panjang laut, maka sampailah ke laut Kuala Tawai namanya itu. Maka datanglah pulaburung geroda itu dengan hebat dan garangnya sepertitiada berlawanlah kelakuan rupanya, datangdengan angin nbut, guruh petir, kilat sabung-menyabung. Maka oleh Raja Merong Mahawangsasegera disuruh kembarkan bahtera itu dengan bahtera kenaikan anak Raja Rum itu. Maka segalakapal dan keci pun berlabuhlah berkeliling bahtera kenaikan dua buah itu, masing -masing

    memegang senjata. Maka Raja Merong Mahawangsa pun naiklah ke atas beranda bahteranya itudengan alat senjata serta memegang panahnya yang bernama Berana Pura itu, bernyala-nyala apihujungnya, segera ditarik busurnya. Maka dikenakannya anak panah Berana Pura itu lalu dipanahkannaik ke udara, bergemuruhlah bunyinya. Maka turunlah anak panah itu menerbangkan segala yangkelam-kabut, zulmat dan angin ribut, hujan itu pun habislah sekaliannya hilang. Maka kelihatanlahburung geroda itu sudah menerbangkan kapal tiga buah di dalam kelamkabut itu juga. Maka soraktempik pun terlalulah azmat, tambahan dengan bunyi bedil meriam pun seperti bertih dan tagar dilangit sekalipun tiada juga kedengaran kepada sangat azmat itu; hingga dengan kelam-kabut asapbedil jua di dalam banyak peluru meriam dan bedil itu dengan beberapa pula anak panah segala raja-raja seperti hujan yang lebat rupanya datang mengenai kepada tubuh burung geroda itu, suatu puntiada singgah, habis bertaburan dan berkibaran melayang di dalam laut itu: jika kena ke tubuh burunggeroda itu, jangankan hendak luka tubuhnya, bulunya pun tiada luruh barang sehelai jua pun. Makaterlalulah ramai dengan tempik soraknya mereka itu, bergempita di dalam laut itu. Seketika lagidatang pula burung geroda itu terbang melayangkan dirinya seperti angin taufan yang besar bunyinyadan suaranya seperti bunyi guruh dan halilintar memb elah. Maka tuli pekak telinga sekalian itu.

    Hatta Raja Merong Mahawangsa pun segera memanahkan dengan anak panahnya BeranaPura itu ke udara bergemuruh perginya hendak mengenai burung geroda itu, segera dikibark annyadengan sayapnya, maka anak panah itu pun jatuh ke dalam laut. Lalu burung geroda itu punmenyambar pula tiga buah kapal itu dengan paruhnya dan kakinya kedua belah itu membawaterbang ke atas udara seperti tangkas tiada sempat melihat rupanya daripada sangat tangkas itu,seperti angin ribut taufan yang besar. Maka rosaklah enam buah kapal itu, tenggelam, orangnyahabis mati, tiada lagi hidup. Di dalam itu pun susah juga burung geroda itu hendak memintaskansegala angkatan anak Raja Rum itu, langsunglah burung geroda itu terbang ke hutan rimba gunungmencari bicara hendak merosakkan kenaikan anak Raja Rum itu.

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    5/65

    Sebermula segala kapal dan bahtera kenaikan anak Raja Rum itu dinanti-nantinya seranglanggar burung geroda itu, tiadalah akan datang. Maka han pun malamlah. Maka berkampunglahsekaliannya bersatu pula sementara han hendak siang. Telah keesokan harinya, maka sekaliannyapun belayarlah serta membaiki segala tali akar yang rosak binasa itu. Jadi kemasyghulanlah anakRaja Rum dan Raja Merong Mahawangsa melihat kapal dan keci banyak yang habis rosak denganorangnya sekali habis binasa, tiada kelihatan barang seorang pun.

    Antara beberapa han lamanya sekaliannya belayar itu, maka sampailah ke laut Kuala Paritnamanya. Maka kelihatan pula kelam-kabut turun dengan hujan angin ribut yang amat gemuruh, jadi

    gemparlah segala isi kapal dan keci dan bahtera itu pun berkampunglah jadi suatu pula, sertamelabuhkan sauhnya masing-masing, serta memegang alat senjata pada segenap tangan danberjaga tali akar dan mengisi ubat segala bedil meriam. Maka Raja Merong Mahawangsa punterlalulah sebal hatinya melihatkan kelakuan burung geroda itu hendak membinasakan ia sekalian itu.Lalu ia segera naik ke atas beranda itu serta memegang panahnya yang bernama Pusar SempaniGembira, anak panah itu menyala-nyala api hujungnya. Katanya, Hai Pusar Sempani Gembira,pergilah engkau lawan burung geroda itu. Maka segeralah ditariknya busur panah itu lalu dibubuhpanah, dipanahkan naik ke udara, bergemuruh bunyinya seperti taufan. Seketika keluarlah kelam-kabut, datanglah hantu syaitan di dalam kelam-kabut itu, menyakiti burung geroda itu. Maka burunggeroda pun sudah diketahuinya anak panah Pusar Sempani Gembira namanya. Maka segeradikiraikan oleh burung geroda dengan sayapnya serta menerkam datangnya itu menyambar tiga

    buah kapal dan keci dengan mulutnya dan kukunya, diterbangkan ke udara menghambatkan segalakaum syaitan dan hantu kesaktian itu dan segala bedil dan tikam dan panah anak raja-raja yangseperti hujan yang lebat mengenai tubuh burung geroda itu, dengan tempik soraknya terlalu gempitabunyinya, seperti guruh di langit bahananya; itu pun tiada memberi gentar dan dahsyat di hati burunggeroda itu, sebagai jua ia datang mengusir hantu syaitan itu. Seketika habislah sekaliannya hilang,

    cerah terang sampai ke dalam laut. Maka kapal yang tergonggong di paruhnya dan yang tergenggamkepada kakinya itu pun habislah bertaburan dan berpecah-pecah pada segala laut itu dan setengahjatuh segenap hutan rimba, habislah luluh lantak segala tulang jadi serbuk sekalian.

    Demi dilihat oleh Raja Merong Mahawangsa hal anak panahnya itu terus tiada jua memberibekas pada burung geroda itu, maka terlalulah marahnya lalu dibalasnya pula satu anak panahn ya,dipanahkan naik ke udara, bergempita gemuruh bahananya di dalam laut itu. Seketika datanglahseekor burung jentayu mengambat burung geroda. Maka burung geroda itu pun sudahlah ia ketahui

    bahawa anak panah itu juga menjadi burung jentayu itu. Maka bertemulah keduanya, menyambardengan paruhnya, berkibar-kibaran dengan sayapnya, terlalulah amat berdahanam gemuruhbunyinya di udara itu. Heranlah segala yang melihat burung kedua itu berperang; jikalau burunggeroda di atas burung jentayu memagut-magut, serta keluar dan mulutnya api menyala-nyala.Terbakarlah burung jentayu itu lalu hilanglah kembali kepada tarkasynya. Maka sekali lagi hendakdibalaskan oleh Raja Merong Mahawangsa, hari pun sudah malam. Maka burung geroda itu punduduk menanti kalau-kalau datang pula senjata Raja Merong Mahawangsa, tiada jua datangnya. Laluia pun pulanglah terbang ke gunung berhenti akan lelahnya, serta mencari akan kira-kira hendakmembinasakan segala kenaikan raja anak Raja Rum itu kerna banyak sangat raja-raja yangkesaktian bersama-sama dengan anak Raja Rum. Itu pun dapat jua ia melawan melainkan RajaMerong Mahawangsa itu juga, susah sedikit hatinya hendak melawan akan dia itu kerana ia rajakesaktian, terlebih daripada segala raja-raja yang lain pada zaman itu. Maka burung geroda itu punduduk diam mencari alpa hendak dirosakkan juga.

    Adapun anak Raja Rum dengan Raja Merong Mahawangsa itu pun berkampunglah padamalam itu serta menanti burung geroda itu kalau-kalau datang melanggar ia sekalian, tiada jua akan

    datang. Lalu belayarlah pula daripada laut Kuala Murib menuju susur daratan jua. Antara beberapahan lamanya belayar itu lalu kelihatanlah pula Pulau Salang antara Laut Bangtafan namanya. OIehRaja Merong Mahawangsa disuruh orang pergi kepada anak Raja Rum itu mengatakan ia sebuahbahtera itu hendak singgah kepada pulau itu kerana keputusan air dan kayu dan segala kenaikananak Raja Rum itu pun sekaliannya janganlah berhenti, Kerana burung geroda tiada sudah ia marimelanggar kita lagi kerana banyaklah hari sudah tiada. Kalau ia hendak datang selama ini datanglahsudah melanggar kita seperti yang telah lalu itu.

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    6/65

    Maka utusan yang disuruh oleh Raja Merong Mahawangsa itu pun belayarlah pergimenujukan bahtera anak Raja Rum itu, serta sampai lalu disembahkan seperti titah Raja MerongMahawangsa itu kepada anak Raja Rum itu. Maka titah anak Raja Rum kepada orang itu, Baiklah.

    Maka utusan itu pun menyembah lalu kembali kepada Raja Merong Mahawangsamemaklumkan seperti titah anak Raja Rum itu. Maka Raja Merong Mahawangsa pun singgahlahkepada suatu pulau mengambil air. Maka anak Raja Rum sekalian itu pun belayarlah menuju kepada

    Tanjung Hujung Salang. Maka kapal dan keci sekalian pun mengiringkan bahtera anak Raja Rum itu.

    Hatta, tiada beberapa lamanya belayar, adalah kira-kira sehari semalam lagi hendak sampai

    ke Pulau Langkapuri itu, maka terlihatlah kepada burung geroda angkatan pelayaran anak raja itu,lalu dinantikan han malam. Setelah itu bahtera Raja Merong Mahawangsa singgah kepada suatupulau mengambil air kayu. Maka geroda pun datanglah seperti ribut taufan yang teramat besar,menyambar dan memukul dengan sayapnya dan menendang kakinya kepada bahtera anak RajaRum itu hingga habislah karam tenggelam segala kapal dan keci itu, orang pun banyaklah matidaripada yang hidup, bertaburan sepanjang laut itu. Maka tatkala itu anak Raja Rum pun berpegangpada suatu papan di dalam laut itu dengan seorang dirinya. Hanya habislah binasa segala kapal dankeci sert sekalian bahtera anak Raja Rum itu, pada sangka hati burung geroda itu matilah sudahanak Raja Rum itu. Maka ia pun kembalilah ke Pulau Langkapuri.

    Adapun akan Raja Merong Mahawangsa setelah han sudah siang lalu ia pun berlayarlah

    menurut anak Raja Rum itu adanya.Syahadan, tiada berapa lamanya belayar itu sampailah kepadatempat anak Raja Rum rosak itu, lalu bertemu dengan orang berenang, diambilnya dan bertanya.

    Maka dihikayatkan orang itu segala halnya yang dibinasakan oleh burung geroda pada malam tadi.Demi didengar oleh Raja Merong Mahawangsa yang demikian itu maka disuruh layar kapal pergimencari kalau-kalau bertemu dengan anak Raja Rum itu. Maka dicarikan oranglah tiada berjumpa

    sehingga bertemu dengan orang lain juga, bertaburan pada segala laut itu.

    Hatta beberapa han lamanya anak Raja Rum itu tiada juga berjumpa dengan siapa-siapa pun jua. Maka Raja Merong Mahawangsa pun terlalulah masyghulnya kerana ia suatu harapan yangbesar kepada Sultan Rum itu. Litarlah sudah disuruh cari pada segala menteri, para penggawa,hulubalang sekalian tiada juga bertemu. Maka Raja Merong Mahawangsa pun belayarlah pula halake sebelah timur dengan bahteranya menyusur daratan besar itu sambil mencari anak Raja Rum itu.

    Hatta, dengan hal yang demikian maka sampailah kepada suatu teluk dengan suatu tanjung.Maka Raja Merong Mahawangsa pun bertanya pada seorang mualim yang tua di dalam bahteranya.Maka katanya, Bahawa pulau yang besar itu baharu hendak bersuatu dengan daratan itu bernamaPulau Seri dan suatu pulau yang kecil itu bernama Pulau Jambul dan ke daratnya sedikit bernamaPulau Lada, tuanku.

    Maka titah Raja Merong Mahawangsa, Jikalau demikian singgahlah berlabuh kita di tanjungpulau itu.

    Maka belayarlah bahtera itu menuju tempat yang dititah oleh Raja Merong Mahawangsa itu.Setelah sampai maka berlabuhlah bahtera itu.

    Maka Raja Merong Mahawangsa pun dengan segala menteri hulubalang naik ke darat. Makatatkala itu datanglah kaum gergasi, orangnya besar-besar, terlalu banyak datang mengadap RajaMerong Mahawangsa. Maka Raja Merong Mahawangsa pun sudah ketahui bangsanya gergasi laluditegurnya dengan manis suaranya mengambil hatinya. Maka segala kaum gergasi itu pun takutlah

    akan Raja Merong Mahawangsa itu serta hebat sikapnya tiada berlawan pada zaman itu dan yangmelihat akan dia itu takut dan gentar sekaliannya daripada segala bangsa. Maka titahnya kepadasegala kaum gergasi yang datang itu, Adapun beta singgah di sini ini jikalau baik-baik bicaranyamahulah beta duduk berhenti di sini dahulu sementara menanti mengambil khabar anak Raja Rumitu, kalau-kalau ada hidupnya.

    Maka sembah segala kaum gergasi itu, Patik sekalian pun lebih lagi kesukaan kerana patiksekalian ini tiada menaruh raja pada tempat ini. Jikalau demikian baiklah duli tuanku cuba berangkatmelihat tanah ini yang patut tempat hendak duduk.

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    7/65

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    8/65

    Maka mak inang tuan puteri itu pun terlalulah belas kasihan hatinya mendengarkan hal anakRaja Rum itu lalu ia pun kembali pada tuan puteri persembahkan hal itu sekaliannya dengan sukatertawanya. Maka tuan puteri pun tunduk sambil tersenyum. Setelah itu maka tuan puteri pun bertitahkepada mak inang itu, Hendaklah segera mak inang pergi ambil anakraja itu sembunyikan sebelumdatang burung geroda itu. Siapa tahu kalau terlihat kepadanya, tentulah mati anak raja itu, danhendaklah jangan mak inang beri akan dia nasi yang berbiji, berilah air nasi sahaja dahulu supayasegar sedikit serta mak inang mandikan dia.

    Maka inang itu pun pergilah berdua dengan budak kundang tuan puteri itu, mengusung anakraja itu masuk ke dalam suatu gua lalu ditutup dengan batu yang kecil-kecil kepada pintu gua itusupaya jangan dil ihat oleh burung geroda itu. Maka air pun diangkatlah dua-dua orang, dimandikandan dikikisnya buang segala kapang dan tenitip pada segala tubuhnya itu, serta diberi oleh mak inangkain yang dipakainya. Maka pada hematnya waktu ketika burung geroda itu datang baharulah hendakdikatupkan pintu gua itu. Lalu keduanya pun kembalilah mengadap tuan puteri itu. Demikianlah tiap-tiap hari mak inang itu memeliharakan anak Raja Rum dengan tiada diketahuinya oleh geroda itu,daripada sehari kepada sehari makin bertambah baik rupa parasnya dan badannya pun kuatlah.

    Maka tatkala bolehlah anak Raja Rum itu makan minum seperti sediakala, rupa parasnya punbaliklah seperti selamanya, hanya yang kurang pakaian sahaja. Maka sembah mak inang kepadatuan puteri, Pada fikiran patik, tuan puteri, nyatalah anak Raja Rum, patut sangat dengan budipekertinya dan perkataannya, bertambah-tambah pula dengan rupa parasnya daripada sehari kepada

    sehari, berlainan danipada anak raja yang keban yakan di Benua China atau anak raja lain-lain pun.Hanya sayang sedikit dengan sebab tiada berpakaian sahaja.

    Maka titah tuan puteri, Hai mak inang, sabarlah dahulu, nanti datang burung geroda itu kemari kita pinta kepadanya segala pakaian.

    Setelah hari sudah malam, maka burung geroda itu pun datangl ah mengantarkan makananakan tuan puteri. Maka kata tuan puteri, Hai nenekku burung geroda, betapa nenekku bawa akankami ketiga ini ke sini memberi kesakitan di atas kami? Bahawa sesungguhnya nenekku memberimakan dengan serba aneka makanan sekalian ada, tetapi segala pakaian aku hendaklah nenekambil beri, bolehlah aku bersalin hal kami ketiga orang ini.

    Maka burung geroda pun tertawa mendengar kata tuan puteri itu serta berkata, suaranyaseperti halilintar membelah dan langit, Hai cucuku , tiada apa yang nenek hendak berbuat di atas

    cucuku yang tiga berhamba ini, hanya nenek menanti janji dengan Nabi Allah Sulaiman jua. Tiadaberapa lama lagi nenek hendak kembalikan cucuku kepada ayah bonda cucuku di Benua China.Maka sekarang ini di mana jua tempatnya segala pakaian cucuku, di dalam istana ayah bondacucuku di Benua China itukah ada atau kepada tempat yang lainkah? Hendaklah cucuku katakankepada nenek supaya boleh nenek pergi ambil beri akan cucuku.

    Maka kata tuan puteri, Hai nenekku, adalah di dalam istana besar ayahku raja di BenuaChina itu, di dalam suatu bilik yang berdinding cermin itu, ada suatu peti besar yang bersendi gadingdan bersendi dengan permata-permata yakut, di situlah sekalian ada pakaianku. Jikalau ada bolehnenekku ambil beri akan daku, maka terlalulah kesukaan hati kami tiga orang ini.

    Maka kata burung geroda, Baiklah, hal cucuku, biarlah nenek pergi ambil beri kepadacucuku. Jangan seperti istana ayah bonda cucuku di Benua China itu, jika terlebih sukar daripada

    tempat itu pun kehendak cucuku, itu pun nenek pergi ambil jua, apatah bahananya kepada nenekyang demikian itu.

    Maka tuan puteri pun terlalulah sukacitanya mendengar kata burung geroda itu.

    Setelah sudah burung geroda itu berkata-kata dengan tuan puteri itu maka ia pun terbanglahpergi halanya ke Benua China ditujunya. Setelah sampailah ia terbang ke Benua China lalu iabertinggir pada suatu gunung berhentikan lelahnya seketika. Lalu terbanglah pula ia pergi menujumahaligai Raja Benua China itu serta ia menurunkan angin ribut, taufan, hujan, kilat, guruh, petirhalilintar serta dengan kelam-kabut zulmat berdahanam bunyinya tiada siapa mengenal siapa lagi.

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    9/65

    Maka tatkala itu Raja Benua China pun tengah ramai dihadap oleh segala menteri, hulubalang, parapenggawa, sida-sida, bentara biduanda sekalian, penuh sesak dengan rakyat bala tentera di balaipaseban agung hendak mendengarkan surat dan Benua Rum bertanya khabar anaknya sampai atautidak.

    Adapun orang membawa surat itu berjalan tiba-tiba datang angin ribut taufan itu yang amatbesar serta dengan hujan yang teramat lebat. Maka segala yang duduk hampir itu pun tiada

    berkenalan lagi dibuat oleh kelam-kabut itu; menjadi haru-haralah sekalian mereka itu, terkejutmasing-masing hingga dengan memeliharakan dirinya. Habis bergoncang balai rong raja itu,terlalulah amat hebat dan dahsyatnya, pekak tuli telinga segala yang mendengar itu. Maka dilihatlaholeh burung garuda itu seka!ian orang itu di dalam darurat belaka, ke sana ke mari tiadaberketahuan. Maka burung geroda pun turunlah di dalam kelam zulmat itu menuju istana besar ituserta mencabut suatu papan dinding istana itu, menghulur kepalanya mengangkatkan peti itu denganparuhnya seperti yang dipesan oleh tuan puteri itu, tiadalah bersalahan lagi. Setelah dapat sudah petiitu maka ia pun terbanglah kembali ke atas udara seperti angin yang maha tangkas menuju ke PulauLangkapuri itu.

    Maka tiadalah berapa lamanya ia terbang itu sampailah ke hadapan tuan puteri itu lalumeletakkan peti itu di hadapannya. Demi dilihat oleh tuan puteri petinya sudah datang itu makaterlalulah suka hatinya serta menerkam dan mencapai petinya itu dengan anak kuncinya kerana adasedia terduduk di tubuh tuan puteri itu, lalu diambil oleh tuan puteri segala pakaiannya yang

    digemarnya, bertimbun-timbun dihantarkan di hadapannya. Maka burung geroda itu pun terbanglahnaik ke atas mercu pulau itu bertinggir ia berhentikan lelahnya.

    Telah keesokan harinya maka burung geroda itu pun terbanglah ke darat mencari makan.Maka peninggal burung itu maka tuan puteri pun mengambil seperenggu pakaiannya daripada jenispeterana yang keemasan Iengkap dengan alatnya pakaian segala raja-raja, disuruhnya mak inanghantarkan kepada anak raja itu. Maka oleh mak inang itu pun dibawakan pergi segala pakaian sertadengan nasi sekali akan anak Raja Rum. Serta sampai mak inang itu kepada anak raja itu laludihantarkan segala pakaian dan nasi ke hadapannya lalu ia pun menyembah anak raja itu. Makaanak raja itu pun terlalulah sukacitanya beroleh pakaian itu lengkap sekalian itu.

    Setelah datanglah antara enam tujuh harinya pada ketika burung geroda itu tiada ia pergimencari makan, maka anak Raja Rum itu pun datanglah menghadap tuan puteri, dibawa oleh makinang. Serta dilihat oleh tuan puteri akan anak Raja Rum, maka ia pun tunduk kemalu-maluan

    rupanya akan anak Raja Rum itu. Maka anak Raja Rum itu pun jatuhlah hatinya, jadi tiadalah takutkeduanya itu akan burung geroda itu. Maka apakala hari hampir petang pada ketika burung gerodaitu akan kembali maka keduanya itu pun berpeluk, bercium bertangis- tangisan keduanya. Setelah

    sudah maka anak Raja Rum itu pun kembalilah pergi ke dalam gua tempat duduknya itu, di-hantarkan oleh mak inang tuan puteri itu serta dengan segala makanan anak raja itu hendak makanpada malam itu. Setelah sudah sampai ke dalam gua itu, maka segala makanan itu pundihantarkanlah ke hadapannya, serta menangis belas hatinya memandang hal keduanya. Lalu iamenyembah keluar dan dalam gua itu sambil menutupkan pintu gua itu dengan batu. Lalu ia punkembalilah kepada tuan puteri, didapatinya tuan puteri pun sedang menangis berkenangkan untungnasibnya. Serta dilihat inangnya maka segera disapukan air matanya. Duduk seketika, burung gerodaitu pun datanglah membawa makanan akan tuan puteri tiga berhamba itu. Setelah sudah dihantarkanmakanan, maka ia pun terbanglah naik ke atas mercu pulau itu.

    Demikianlah kelakuannya tuan puteri dan anak Raja Rum itu tiap-tiap han. Burung geroda itupun tiadalah khali lagi ia menghantarkan makanan akan tuan puteni tiga berhamba itu, tetapi tiadadiketahui oleh burung geroda itu bahawa anak Raja Rum itu ada hidup, tiada mati, dan pen ia hanyutpergi jatuh ke pulau itu dan peri tuan puteri bertemu dengan dia itu.

    Hatta, antara beberapa lamanya maka pada suatu hari datang burung geroda kepada tuanputeri seraya berkata, Hai cucuku, tinggallah cucuku duduk baik-baik, nenek hendak pergi mengadapNabi Allah Sulaiman.

    Maka kata tuan puteri, Baiklah, hai nenekku.

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    10/65

    Setelah itu burung geroda itu pun terbanglah naik ke udara sampai mengaras awan lalumenuju pergi kepada tempat Nabi Allah Sulaiman. Setelah sampai langsung tunduk menyembahNabi Allah Sulaiman. Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, Hai burung geroda, apa khabarnya yangengkau berjanji hendak pergi berbuat? Adakah dapat engkau perbuat seperti cakapmu itu atautiadakah?

    Maka sembah burung geroda, Ya Nabi Allah, sudahlah hambamu kerjakan seperti kehendak

    hambamu itu.

    Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, Betapa perinya perbuatan engkau atas kedua anak rajadua buah negeri itu?

    Maka sembah burung geroda, Adalah hambamu ambil anak Raja Benua China tigaberhamba perempuan ketiganya, hamba bawa pergi ke Pulau Langkapuri, hambamu duduk-dudukdiam itu, ya Nabi Allah; serta hambamu peliharakan, cari beri segala makanan akan dia tiap-tiap haritiada lagi khalinya, serta hambamu ambil pula beri segala pakaiannya suatu peti yang besar. Tiadalahhambamu beri ia kesakitan di atas ketiga orang itu, duduk dengan kesukaan juga, ya Nabi Allah.

    Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, Adakah anak Raja Rum itu belayar pergi ke Benua Chinaitu atau tidak?

    Maka sembah burung geroda, Ya Nabi Allah, dengan beberapa banyak kapal dan kecibahtera dialatkan oleh Raja Rum itu serta dengan raja yang besar-besar serta pula ada seorang rajayang sangat besar lagi pula dengan kesaktiannya bernama Raja Merong Mahawangsa, jadiharapannya membawa anaknya sebahtera kenaikannya dengan menteri, hulubalang rakyat sekalian.Maka belayarlah anak raja itu diiringkan oleh Raja Merong Mahawangsa serta segala kapal keci yangbanyak itu pun belayarlah sekaliannya. Hatta apabila sampai pada pertengahan jalan lalu bertemudengan hambamu. Maka hambamu pun merosakk anlah sekalian kapal-kapal kenaikan mereka itusekalian sehingga karam tenggelam ke dalam laut itu, habislah mati orang berhamburan padasegenap laut itu, tiada lagi hidup barang seorang jua pun.

    Maka Nabi Allah Sulaiman pun tertawa memandang pada segala menteninya. Maka segala

    orang besar-besar yang ada mengadap Nabi Allah Sulaiman itu pun suka tertawa gelak-gelakmendengarkan sembah burung geroda itu mengatakan sudah habis mati itu. Tiada sekali-kali ia

    berpegang pada kuasa Tuhan seru sekalian alam.

    Maka sabda Nabi Allah Sulaiman pada burung geroda itu, Kalau-kalau ada hidup, apa juakatamu?

    Maka sembah burung geroda, Jikalau ada hidup anak Raja Rum itu serta bertemu dengananak Raja China yang perempuan tiga berhamba itu, bahawa sesungguhnya tiadalah hambamuubahkan seperti janji hambamu daripada zaman ini hendak berundur diri daripada segala kaum sifatmanusia itu dan di manakan boleh hambamu mungkirkan janji hambamu dengan Nabi Allah hendakundur dari bawah langit dan atas bumi yang didiami oleh segala manusia, yang Nabi Allah. Beranikahhambamu membuat dusta kepada Nabi Allah?

    Maka Nabi Allah Sulaiman tersenyum mendengar sembah burung geroda itu. Maka sabda

    Nabi Allah Sulaiman kepada raja jin yang bernama Harman Shah: Hendaklah tuan hamba suruh

    akan menteri tuan hamba barang seratus orang pergi ambil puteri anak Raja China itu. Makahendaklah dibubuh ke dalam petinya ketiga berhamba itu serta dengan anak Raja Rum itu. Padaketika ini juga mahu sekalian itu mari ke hadapan hamba.

    Setelah demikian maka Raja Jin Harman Shah pun menyuruhlah pada menterinya sertaseratus jin bersama-sama pergi mengambil anak raja itu. Maka menyeinbahlah sekalian itu laluterbang ke udara ghaib dengan sesaat itu juga ia per menuju ke Pulau Langkapuri. Serta sampaidilihatnya ada sungguh anak Raja Rum itu bersama-sama puteri anak Raja China. Maka sembahmenteri jin sekalian itu, Hendaklah tuanku keempat berhamba ini masuk ke dalam peti ini boleh patik

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    11/65

    sekalian hendak bawa mengadap Nabi Allah Sulaiman. Dengan titahnya jua hamba sekalian datangini dan burung geroda itu adalah ia tengah mengadap Nabi Allah Sulaiman.

    Setelah didengar oleh anak Raja Rum akan perkataan jin itu, lalu ia memasukkan segalaharta yang di luar ke dalam peti itu serta dengan dirinya keempat orang sekali masuk ke dalamnyaserta dikuncinya peti itu dan dalam. Setelah sudah maka diusunglah oleh jin itu menerbangkanmenuju halanya ke penghadapan Nabi Allah Sulaiman. Tiada berapalamanya sampailah mengadap

    ke hadapan Nabi Allah Sulaiman lalu diletakkan oleh segala menteni jin itu ke hadapan Nabi Allah ituserta menyembah lalu undur sekaliannya.

    Demi dilihat oleh Nabi Allah Sulaiman peti itu terhantar di hadapannya dan di hadapan burunggeroda itu, maka titah Nabi Allah Sulaiman suruh keluarkan sekaliannya. Maka keluarl ah keempatmereka itu duduk menyembah Nabi Allah Sulaiman serta tunduk kepalanya. Maka sabda Nabi AllahSulaiman kepada burung geroda, Hai burung geroda, laki-laki yang mana dan anak siapa ini?

    Demi dilihat dan mendengar titah Nabi Allah Sulaiman demik ian itu, maka burung geroda itutiadalah terkata-kata lagi, datanglah ketakutannya yang amat sangat, gementar menggeligis sendi

    tulangnya daripada sangat takutnya akan Nabi Allah Sulaiman serta dengan kemaluannya kepadasegala raja-raja yang kebanyakan dan daripada bangsa raja yang besar bermakuta itu beribu-ribu,menjadi tiadalah terkata lagi. Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, Hai segala raja-raja dan menterikubangsa yang baik-baik, hendaklah engkau dan kamu sekalian ketahui, demi Tuhanku yang

    menjadikan aku dan kamu sekalian di atas segala makhluknya, dalam empat perkara ini hendaklahjangan sekali-kali ditentukan, jikalau tiada dengan janji daripada Tuhan alam. Pertama rezeki, sedikitatau banyak pada sehari semalam itu tiadalah segala makhluk hendak tentukan, sekalian denganjanjinya juga. Kedua, perkara yang memutuskan rezekinya, seperti yang akan datang mara dan maut,

    hendak itu pun tiadalah boleh seseorang jua pun daripada makhluknya hendak mengetahuikan diadan hendaklah jangan kamu tentukan bumi tempat kematiannya, melainkan kesudahannya dengan janji Allah jua. Ketiga, perkaranya jodo pertemuan satu-satu makhluknya; jikalau berhimpunlah seisialam dunia ini daripada segala bangsa yang dijadikan Allah taala, hendak menceraikan, tiada akandapat hendak diceraikannya, melainkan dengan kehendak Tuhan yang menjadikan sekalian alam jua,dengan janjinya. Keempat, perkara perceraian yang sudah sampai waktu, saat harinya, tiada akandapat hendak menantikan esok harinya, tiadalah boleh, melainkan dengan sekaliannya itu pundengan janjinya jua.

    Maka sembah segala raja-raja dan hulubalang sekaliannya, Sebenarlah seperti sabda Nabi

    Allah, pengajar di atas sekalian hambamu ini.

    Maka burung geroda itu pun berdatang sembah, Ya Nabi Allah, hambamu pohonkan ampunbanyak-banyak di atas nyawa badan hambamu daripada kesalahan hambamu yangtelah lalu itu. YaNabi Allah, mohonlah hambamu pada tahun, bulan, han ini, hendak pergi keluar daripada bawahlangit dan bumi ini, barang ke mana hambamu bawa diri hambamu diberi izin oleh Nabi Allah di atashambamu ini.

    Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, Akan hal anak raja kedua ini betapa jua kehendakengkau?

    Maka sembah burung geroda, Ya, Nabi Allah, telah hambamu pulangkankepada Nabi Allahia sekalian ini. Di dalam itu pun lebih maklumlah kepada Nabi Allah jua.

    Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, Jikalau demikian pergilah engkau pada han ini, keluarlahdari sini, biarlah jauh daripada tanah yang diduduk oleh segala manusia, kepada laut yang bernamaKalzum, yang tiada dihampiri dan sampai oleh manusia.

    Maka sembah burung geroda, Jikalau demikian titah Nabi Allah di atas hambamu, baiklah, yaNabi Allah.

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    12/65

    Lalu ia tunduk kepalanya ke bawah seperti laku orang menyembah bermohonkan kepadaNabi Allah Sulaiman lalu ia terbang pergi halanya menuju Laut Kalzum yang tiada pernah sampaioleh segala manusia. Di sanalah ia diam duduk mencari makan.

    Maka sabda Nabi Allah Sulaiman kepada seorang menteri berbuat suatu surat denganbahasa China hendak dihantarkan anaknya dan anak Raja Rum, serta beri khabar hal ehwalnyasekalian perbuatan burung geroda itu di atas anak Raja Rum itu. Maka disuratlah oleh menteri itu.

    Maka sabda Nabi Allah Sulaiman bertanya kepada anak Raja Rum kalau-kalau ada raja yang diharapoleh Sultan Rum yang bersama-sama mengiringkan. Maka sembah anak Raja Rum, Ada, tuanku,raja yang tua sebuah bahtera, yang bernama Kaja Merong Mahaw angsa. Pada waktu malamhambamu rosak itu ia singgah pada suatu pulau mengambil air dan kayu, kalau-kalau ialah ada hiduptiada binasa, tuanku.

    Maka sembah seorang menteri daripada dewa-dewa, Ada, tuanku, kepada daratan tanahbesar sebelah Pulau Seri namanya, ia membuat negeri serta hendak menanti ambil kalau-kalau adaduli tuanku hidup.

    Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, Khabar itu pun bubuhlah di dalam surat itu supaya bolehdisuruhnya panggil kembali oleh Raja Rum ke negerinya itu.

    Maka disurat oleh menteri itu sekaliannya, disembahkan kepada Nabi Allah Sulaiman suratitu, tenlalu baik bunyinya.

    Maka sabda Nabi Allah Sulaiman kepada Raja Jin Harman Shah, Hendaklah tuan hambadengan seribu tentera jin bawakan anak raja kedua ini empat berhamba, lima dengan petinya itu,hantarkan kepada Raja Benua China serta tuan hamba suruh kahwin keduanya seperti adat raja-rajayang besar dan suruh Raja Benua China itu beri surat ke Benua Rum, nyatakan khabar hal ehwalanaknya kedua orang ini.

    Maka sembah Raja Jin Harman Shah, Baiklah, ya Nabi Allah, terjunjunglah sabda Nabi Allahitu.

    Maka anak Raja Rum dan anak Raja Benua China empat berhamba itu pun menjunjung duliNabi Allah Sulaiman. Setelah itu lalu masuk ke dalam petinya dan menguncikan peti itu dan

    dalamnya. Maka Raja Harman Shah pun menyembah Nabi Allah Sulaiman lalu menyuruhhulubalangnya mengusung peti itu terbang menuju hala ke Benua China dengan seribu orangtenteranya.

    Adapun tatkala itu Raja Benua China pun tengah ramai dihadap oleh sekalian raja-raja danhulubalang penuh sesak di balai rong itu, muafakat bicara menanti segala menterinya pergi mencarikhabar anakanda baginda tuan puteri dan anak Raja Rum itu, di mana jua khabarnya. Dan utusandaripada Benua Rum itu pun ada lagi, tiada lagi kembali ke Benua Rum, ada hadir sekaliannya dudukmengadap Raja China itu kerana tiada dilepas oleh Raja Benua China sekalian kembali lagi, hendakberi tentu juga warta itu. Tatkala itu maka datanglah Raja Jin Harman Shah terdiri di hujung balairong, langsung ke tanah sampai lantas pergi ke pintu gerbang itu penuh sesak dengan tentera jin.Demi dilihat rnangkubumi Raja China hal yang demikian, kaum jin terlalu banyak datang itu, maka iapun segeralah bangun dengan seorang raja bersama-sama dengan dia datang mengalu-alukan jinsekalian itu serta rajanya jin Harman Shah, pergi kepada hujung balai rong itu serta bertanya,

    katanya, Siapa tuan hamba ini dan dan mana tuan hamba datang ini, maka tiba-tiba timbul sudah adaterdiri di balai rong raja kami ini?

    Maka kata Raja Jin Harman Shah, Hamba ini namanya Raja Jin Harman Shah. Hamba kemari ini membawa surat titah dengan dititahkan oleh raja kami, raja segala makhluk di dalam duniaini, iaitu Nabi Allah Sulaiman, menyuruh bawa titah ini kepada raja tuan hamba di sini.

    Setelah didengar oleh mangkubumi dan raja itu demikian, maka segera dipegang tanganRaja Jin Harman Shah itu seorang sebelah, dibawa ke hadapan Raja China. Maka Raja China punbangun memberi hormat takzim serta dengan hairan melihat petinya dibawa orang diletakkan ke

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    13/65

    hadapan raja yang banyak itu, serta berkata, Silakan tuan hamba duduk.

    Maka diunjukkan oleh Raja Jin Harman Shah surat daripada Nabi Allah Sulaiman itu. Makaoleh Raja Benua China disambutnya surat itu dijunjungnya dan diciumnya, lalu diunjukkan kepadamangkubumi. Maka segera mangkubumi menyambut surat itu, dipermulianya pula dengan seribukemuliaan, lalu dibuka bacakan sambil berdiri juga.

    Demikianlah bunyinya di dalam surat itu:Inilah surat daripada Nabi Sulaiman, bahawa datang kepada Raja Benua China. Hendaklah

    tuan hamba ketahui perbuatan burung geroda di atas anak perempuan tuan hamba dan di atasmenantu tuan hamba anak Raja Rum dengan segala raja-raja dan menteri, para penggawa,hulubalang, sida-sida, bentara, biduanda, rakyat sekalian; berapa kapal keci dan bahtera yang sudahdiperbinasakan oleh burung geroda itu. Sekarang ini keduanya sekali hamba bertemu. Maka inilahhamba suruh hantarkan kepada menteri hamba Raja Jin Harman Shah ini kepada tuan hamba. Makahendaklah pinta tuan hamba kerjakan pekerjaan kebajikan itu keduanya dengan segera sempurnaikut seperti adat anak raja-naja yang besar-besar, jangan diberi berkurangan mengikut adatistiadatnya juga dan hendaklah serta tuan hamba beri surat pergi ke Benua Rum itu, suruh panggilhimpunkan segala raja-raja dan tenteranya yang pecah belah itu bawa kembali ke Benua Rum, sertahendaklah tuan hamba terima ambil anak dan menantu tuan hamba keempat berhamba di dalampeti daripada tuan hamba juga. Maka inilah hamba nyatakan.

    Setelah sudah dibaca surat itu lalu sama duduk sekaliannya itu berjabat tangan. Maka RajaChina pun menyorongkan puannya sirih persantapan pada Raja Jin Harman Shah, katanya, Makan-lah sirih, hai saudaraku Raja Harman Shah, serta menyuruh keluar ia itu. Maka segeralah ia mem-

    bukakan kuncinya, lalu ia pun keluarlah keempatnya menyembah ayahanda baginda Raja BenuaChina itu. Maka dipeluk diciumnya oleh baginda akan anakanda itu kedua dengan gemar kasih rasa-nya melihat rupa anak Raja Rum itu, lalu dipegang tangan dibawakan duduk ke sebelah iringankanannya keduanya serta menyuruh orang bawa peti itu masuk ke dalam istana.

    Setelah itu maka titah Raja China suruh panggil utusan dari Benua Rum itu. Maka segerautusan itu datang duduk bertelut menyembah. Maka titah Raja Benua China pada utusan itu,Yakah ini tuanmu?

    Maka sembah utusan itu, Yalah ini tuan patik, anak Raja Rum yang belayar denganbeberapa banyak kapal keci dan bahtera yang dialatkan oleh tuan patik Raja Rum akan anakandabaginda ini dengan raja-raja, menteri, hulubalang, para penggawa, sida-sida, bentara, biduanda danberlaksa-Iaksa tentera tuan patik ini. Patik pun hambanya, dititahkan oleh tuan patik itu Raja BenuaRum, tiga tahun sudah lamanya patik datang ini, hendak mengambil khabar dan mencari akan tuanpatik ini.

    Maka titah anak Raja Rum, Hai Shahbandar, bahawasanya sepenuh-penuh kasih tuanhamba akan hamba, sudah untung nasibku akan jadi demikian. Semoga-moganya aku bertemudengan Nabi Allah Sulaiman, raja alam ini, maka aku sampai mari mengadap paduka ayahandabaginda ke Benua China ini. Jikalau tiada, entahkan di mana aku mati, diperbuat oleh burung gerodaitu.

    Maka sembah Raja Shahbandar, Dengan sebab itulah maka sangatlah percintaan duli

    paduka ayahanda baginda di Benua Rum.

    Setelah demikian, maka Raja Benua China pun memberi kurniai makan minum dan memberipersalinan akan Raja Jin Harman Shah. Setelah itu ia pun bermohonlah kepada Raja Benua Chinadan kepada anak Raja Benua Rum kembali mengadap Nabi Allah Sulaiman.

    Maka peninggal Raja Jin Harman Shah itu, maka Raja Benua China pun memberi suratkepada Raja Shahbandar ke Benua Rum dengan nama Raja Benua China dan nama anak Raja Rumitu, menyuruh segala orang memberi surat kepada segenap negeri yang takluk kepada Benua Chinaitu serta menyuruh membawa jenis daripada segala makanan dan hadiah. Disuruhnya berhimpun

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    14/65

    segala raja-raja sekalian hendak mengerjakan anakanda keduanya itu, hendak menurut sepertisabda Nabi Allah Sulaiman itu. Tiadalah mahu Raja Benua China itu melalui sabda Nabi AllahSulaiman hendak mengerjakan ikut istiadat raja yang besar-besar. Setelah itu Raja Benua China punmembawa anakanda baginda kedua masuk ke dalam istananya.

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    15/65

    BAB KEDUA

    SEBERMULA maka tersebutlah perkataan Raja Merong Mahaw angsa membuat negeri ketimur Pulau Seri itu, hendak menentukan khabar anak Raja Rum itu, kalau-kalau ada hidupnya ataudatang surat daripada negeri Rum. Maka Raja Merong Mahawangsa pun duduk di dalam negenyang baharu diperbuatn ya itu, hingga sampai beroleh seorang putera laki-laki, terlalu amat baik rupa

    parasnya, serta dengan besar, panjang nipis, agung-agungan, ditakuti pula oleh orang sekalian.Maka negeri itu pun daripada sebulan kepada sebulan, daripada setahun kepada setahun, maka

    bertambah-tambah ramainya, serta dengan banyak segala dagang senteri danpada segenap negeriberniaga dan pindah ke negeri itu.

    Maka adalah pada suatu han, tengah ramai Raja Merong Mahawangsa itu sedang dihadapoleh segala menteri, penggawa, hulubalang, sida, bentara, biduanda sekalian, penuh sesak danmenteri yang tua pun ada mengadap di balai Langkasuka itu. Maka titah Raja Merong Mahawangsakepada menteri keempat itu, Di mana juga ada negeri yang besar hampir dengan kita di sini, kalau-kalau ada ia menaruh anak perempuan, supaya boleh kita pinang anaknya akan anak kita ini?

    Maka sembah menteri tua yang keempat, Tiada, tuanku, negeni yang dekat-dekat mi; patiksekalian beroleh khabar, hanya yang ada negeri pun khabaran di Pulau Percha, negeri Acheh

    namanya, tuanku, ada sebuah di susur laut jua negeri itu, banyak jua takluknya. Dan jauhpelayarannya dua puluh lima hari lamanya daripada sini dan halanya sebelah tanah daratan kita iniada sebuah negeri pula. Nama rajanya Kelinggi, lautnya daripada sebelah kita datang jua, negeri itupun jauhlah jua pelayarannya itu hingga sebulan belayar maka sampailah; terlalu banyak segala yangajaib di dalam negeri itu, daripada tempayan dan guri dan pohon kayu malau-tahi-semut dan lagi punbanyak pula kayu yang besar-besar dan di hulu sungainya jauh serta dengan luasnya, tuanku.

    Maka titah Raja Merong Mahawangsa, jikalau demikian, hendaklah tuan hamba perbuatsurat, kita pinta sebiji tempayan ,yang besar daripada segala tempayan yang banyak-banyak itukepada Raja Kelinggi itu, kemudian boleh kita ambil khabar anaknya. Dan negeri Acheh itu punperbuat juga surat, kita beri akan dia, tanda kita tulus ikhlas hendak berkasih-kasihan dengan dia,

    lagi menyatakan kita baharu buat negeri ini,pinta tolong mana yang ada, segala yang ajaib-ajaib,daripada harta atau dagangan, boleh ia hantar mari ke negeri kita ini, itulah tanda kita berkasih-kasihan raja sama raja.

    Setelah demikian titah Raja Merong Mahawangsa, maka dialatkan oleh menterinya dua buahperahu, serta segala barang-barang dagangan mana yang patutnya serta dua orang menteri menjadiutusannya. Setelah itu, lalu menteri kedua yang menjadi utusan itu pun belayarlah seorang sebuahperahu, halanya masing-masing menuju ke negeri yang dikehendakinya itu.

    Hatta, perahu utusan yang belayar ke negeri Burma itu telah sampai ke kuala negeriKelinggi. Maka dilihatnya ada sebuah kapal besar yang bertiang tiga duduk berlabuh. Setelah iamasuk ke kuala langsung mengadap Raja Kelinggi. Maka tatkala itu Raja Kelinggi pun tengah ramaidihadap oleh segala menteri, hulu- balang, para penggawa, sida-sida, bentara, biduanda rakyatsekalian, penuh sesak, hendak mendengar surat daripada Raja Rum bertanyakan khabar RajaMerong Mahawangsa, di mana juga ia diam Maka utusan itu pun dibawa oranglah mcngadap RajaKelinggi itu, lalu dititahkan oleh Raja Kelinggi kepada menterinya mengambil surat itu bacakan. Makatersebut Raja Merong Mahawangsa barang kehendaknya. Demi didengar oleh orang utusan negeri

    Rum akan nama Raja Merong Mahawangsa itu, lalu dipandangnya pada utusan itu, dikenalnya. Makakata orang utusan itu kepada utusan Raja Merong Mahawangsa itu, Tidakkah tuan hamba kenalhamba sekalian ini?

    Maka segera dipandang oleh utusan itu, dikenalnyalah bahawa utusan itu menteri pada RajaRum, lalu katanya pada orang Rum itu, Bahawa hamba kenal jua tuan hamba, menteri kepada RajaRum sekarang ini. Lamakah sudah tuan hamba sampai ke negeri ini?

    Maka kata menteri Rum itu, Baharu juga hamba datang tiga empat hari ini. Hamba sekaliansinggah pada segenap negeri kerana hendak mengambil khabar raja tuan hamba juga.

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    16/65

    Maka kata utusan itu, Jikalau demikian, beruntunglah tuan hamba sekalian bertemu denganhamba di negeri ini. Boleh kita pergi bersama ke negeri yang baharu raja beta perbuat, sementarahendak menanti mendengar khabar anak Raja Rum yang dirosakkan oleh burung geroda itu, kalau-kalau hidup lagi tuan kita itu.

    Maka kata menteri Rum, Maka inilah hamba sekalian datang mari hendak mencarikan rajatuan hamba itu, dengan penyuruh anak Raja Rum juga, kerana ia sudah ada di dalam Benua China

    dengan seorang dirinya juga.

    Maka kata utusan itu, Jikalau demikian, nantilah tuan hamba sekalian, kerana hamba baharudatang mengadap duli raja negeri ini; adakah boleh seperti yang dimaksudkan oleh raja hambabarang-barang itu atau tiadakah.

    Maka utusan itu pun pergilah mengadap Raja Kelinggi. Maka titah Raja Kelinggi pada utusanitu, Banyakkah orang besar di dalam negeri raja tuan hamba itu?

    Maka sembah utusan itu, Ada, tuanku, daripada kaum gergasi jua.

    Maka titah Raja Burma, Baiklah, jika demikian, adalah sebiji tempayan yang besar danipadaorang tua hamba. Itulah hamba berikan pada raja tuan hamba. Lalu disuruh oleh Raja Kelinggi ambil

    tempayan itu.

    Maka dengan beberapa banyak orang mengusung tempayan besar itu bawa hantarkan kekapal orang Rum, kerana perahu utusan itu tiada muat, melainkan barang dagangan yang lain jugadimuatnya.

    Adapun tempayan sebiji itu diperbuatnya sangat besar, iaitu tukangnya daripada gergasi jua,di tanah itu; adalah kira-kira dua puluh biji anak tangganya naik. Maka kepada orang yang akhirzaman akan datangnya di hadapan lagi ada tersebut pada kemudian han.Setelah sudah dirnuat

    tempayan itu ke kapal, maka beberapa hari lamanya Raja Kelinggi pun memberi surat balas kepadaRaja Merong Mahawangsa itu, tanda berkasih-kasihan.

    Maka titah Raja Kelinggi kepada utusan itu, Katakanlah kepada raja tuan hamba, hendaklahdisuruh orang pergi datang ke negeri beta in, jangan berputusan, biar sampai kepada anak cucu.,

    Demikianlah bunyinya berpesan dan tersebut. Setelah itu maka oleh Raja Kelinggi diserahnyasurat itu kepada utusan Raja Menong Mahawangsa. Maka utusan itu pun benmohonlah sertamenyembah, lalu turun ke kapal menteri Rum itu. Adapun perahunya yang ia datang itu jadimengiring kapal besar itu, belayar di tepi daratan juga.

    Hatta beberapa lamanya belayar itu, maka sampailah ke negeri Raja Merong Mahawangsa,lalu berlabuh di laut itu. Setelah terlabuh kapal itu, maka utusan itu dengan menteri Raja Rum itu punnaiklah ke darat mengadap Raja Merong Mahawangsa. Maka baginda itu tengah ramai dihadap olehsekalian menteri, hulubalang, penuh sesak di balai Langkasuka dan anakanda baginda itu pun ada

    juga duduk mengadap ayahanda baginda hendak mendengar khabar kapal besar yang berlabuh itu.Seketika datanglah menteri Raja Rum dengan utusan yang pergi ke negeri Kelinggi itu mengadapRaja Merong Mahawangsa itu. Maka segera dikenalnya dan ditegurnya, Datang saudaraku, menteriRum. Di manatah tuan hamba bertemu dengan orang hamba ini, datang bersama-sama?

    Maka duduk keduanya menyembah serta tertawa, sembahnya, Patik bertemu dengansaudara patik ini di hadapan raja negeri Kelinggi. Semoganya untung tuah patik singgah di kualanegeri itu, hendak bertanya khabar duli tuanku di negeri mana atau di teluk rantau yang mana bolehpatik dapati. Tiba-tiba bertemulah dengan saudara patik in Jadi tiadalah patik kedua ini bercerai lagi,makan dan tidur pun bersama-sama. Maka adalah hadiah Raja Kelinggi sebiji tempayan yang besaritu pun dimuatkan ke kapal patik datang mencari dan menyambut duli tuanku, dengan titah Raja Rum,suruh bawa pulang dengan sebab Raja Benua China ada mengantar surat mengatakan anaknyasudah nikah dengan anak Raja Rum. Itulah sebabnya maka patik disuruh datang pada segenap

    negeri orang mencari duli tuanku serta menyembahkan surat dan Raja Rum.

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    17/65

    Maka segeralah disambut oleh Raja Merong Mahawangsa, dibacanya. Setelah fahamsekaliannya, serta titahnya sambil tertawa, Beta pun terlalulah suka hendak kembali mengadap duliSultan Rum itu, tetapi hendaklah saudaraku nanti, beta hendak rajakan anak beta, ganti beta didalam negeri mi, kerana beta sudah terlangsung membuat negeri di tanah ini; asal rupanya lautanjuga lakunya, selama ini baharulah ada baik sedikit.

    Maka sembah menteri Rum, Sebenar-benar juga tuanku ganti akan paduka anakanda itu

    menjadi raja di dalam negeri ini.Jadi lain daripada bangsa duli tuanku menjadi raja di bumi mi,nescaya tiadalah lamanya, pada pandangan patik.

    Maka titah Raja Merong Mahawangsa, Pada fikiran hati beta pun demikian jua, sertamenitah kepada menterinya suruh pergi melihat bahtera kenaikan yang datang dahulu itu, digalangdengan batang kayu itu, nama kayunya sadim, hendak diturunkan.

    Maka menteri itu pun menyembah lalu berjalan pergi melihat, sudahlah menjadi daratan,dengan ditumbuh oleh segala pohon kayu besar berkelilingnya. Setelah dilihat oleh menteri itu halyang demikian, maka ia pun kembalilah mengadap rajanya, persembahkan segala yang dilihatnya.

    Maka Raja Merong Mahawangsa pun suka tertawa gelak-gelak ia oleh mendengar hal itu.

    Maka sembah segala menteri, Itulah sudah lamanya tuanku diam di sini, buat negeri di bumiini.

    Maka sembah menteri Rum, Tiada apa, tuanku, dengan kapal patik pun padalah kenaikantuanku berangkat ke Benua Rum itu.

    Maka titah Raja Merong Mahawangsa, Pada fikiran beta pun demikianlah.

    Sebermula maka adapun utusan yang disuruh pergi ke negeri Acheh itu pun datanglahmengadap Raja Merong Mahawangsa membawa surat dan bingkisan hadiah daripada raja Acheh

    itu, serta mengunjukkan surat itu dipersembahkan kepada baginda dengan segala bingkisan itu.Maka disuruh oleh Raja Merong Mahawangsa membaca surat itu pada menteri keempat. Setelahsudah dibacanya dan didengar oleh baginda sekalian yang tersebut di dalam surat itu, serta melihatsegala bingkisan-bingkisan itu dengan berbagai aneka jenisnya daripada perbendaharaan perhiasanyang indah-indah, maka terlalulah sukacitanya lalu bertitah kepada biduanda suruh bawa masuk ke

    dalam istana. Setelah itu maka hidangan persantapan pun diangkat oranglah ke hadapan. Setelahsudah makan minum maka menteri Rum pun bermohonlah kembali ke kapalnya.

    Maka Raja Merong Mahawangsa pun berangkatlah masuk ke istana diiringkan oleh anakandabaginda itu serta menyuruh memulai kerja berjaga-jaga mengerjakan anakanda baginda itu, denganmakan minum dan bersuka-sukaan dengan beberapa banyak perburuan yang disembelih jadi tambulorang berjaga-jaga itu, serta dengan segala permainan daripada gong, gendang, serunai, nafiri,harbab, kecapi, dandi, muri, kopak, ceracap, serdam, bangsi, nahara, menjadi empat puluh hariempat puluh malam yang berjaga makan minum dengan segala menteri, hulubalang, para penggawasekalian, terlalulah ramainya. Setelah genaplah empat puluh hari, maka pada hari yang baik dan saatyang sejahtera, pada ketika itulah dikahwinkan anakanda baginda itu dengan seorang anak rajaperempuan, serta direncanakan gelarnya bernama Raja Merong Mahapudisat, serta diambil segalaanak menteri yang ada sedia ibu bapanya yang tua-tua duduk bersama-sama dengan ayahandabaginda Raja Merong Mahawangsa itulah jadi ganti ibu bapanya jadi menteri, hulubalang, para

    pengawanya.

    Maka titah Raja Merong Mahawangsa kepada menteri Rum, Sudahlah beta rajakananakanda ini. Maka sekarang akan negeri ini patutlah kita namakan sesuatu akan dia.

    Maka sembah segala menteri, Patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tiadasesat daripada sebutannya.

    Maka sembah pula menteri Rum, Bukanlah dengan kemudahan juga mendapat negeri ini,

    dengan tiada sukarnya; jikalau kepada namanya pun demikian jua.

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    18/65

    Maka titah Raja Merong Mahawangsa, Jika demikian hendakl ah kita namakan negeri iniNegeri Kedah Zamin Turan sebutannya. Serta titahnya, Hai anakku Raja Merong Mahapudisat, jikalau anakku beroleh anak pada zaman ini, hendaklahanakku rajakan akan dia seorang sebelahutara barat laut, seorang sebelah selatan timur menenggara daripada negeri Kedah ini, dan seorangsebelah matahari naik antara timur laut. Maka di dalam negeri Kedah ini pun jangan sekali-kalianakku suruh tinggalkan, kerana zaman ini banyak sangat bumi yang hampa yang tiada orang diam-diami, baharu sangatlah menjadi tanah daratan, supaya termashyur nama kita pada segala negeri.

    Jangan jadi sia-sia pekerjaan ayahanda yang sudah tua ini, terlangsung mari membuat negeri ditanah bumi ini.

    Maka sernbah segala menteri hulubalang, Sebenarnyalah seperti titah duli tuanku itu.

    Maka tempayan yang besar dari negeri Kelinggi itu pun dibawa oranglah naik daripada kapalRum itu ke darat. disandarkan pada sepohon kayu yang bernama rukam yang besar seperti gelungaring rupa besarnya. Maka dipersembahkan oranglah tempayan itu kepada Raja MerongMahawangsa. Maka ia pun diamlah hingga bersimpan siap segala perkakas dan kelengkapan dibawaturun ke kapal hendak belayar. Maka sampailah pada hari yang baik, saat yang sejahtera, maka RajaMerong Mahaw angsa pun belayarlah ke negeri Rum. Tatkala itu dipandang oleh Raja MerongMahawangsa ke sebelah tanah daratan Pulau Lada itu pun sudah menjadi daratan. Akhirnya disebutorang Bukit Lada namanya dan Pulau Jambul itu pun boleh sempurna juga akhirnya, nama BukitJambul, selaku Pulau Seri itu sangatlah sudah hendak menjadi bertemu dengan daratan, akhirnya

    bernama Gunung Jerai kerana sebab tingginya. Maka dipandangnya pula ke sebelah utara barat lautseperti Tanjung Bara yang lakunya lagi ke tengah laut dengan Pulau Keriang itu pun rupanya tiadalama lagi hendak bersatu dengan tanah daratan juga, akhirnya bernama Bukit Tunjang dan sebiji ituGunung Keriang namanya. Itulah umurnya peninggal Raja Merong Mahawangsa pulang ke negeriRum itu. Maka ia pun belayarlah menuju laut arungan yang besar.

    Sebermula adapun Raja Merong Mahapudisat selama peninggal ayahanda baginda itu, makaia pun duduklah di atas takhta kerajaannya di negeri Kedah Zamin Turan, terlalulah adil dan murahpada segala dagang, senteri, rakyat, bala sekalian. Maka sekalian mereka itu pun memuji-muji akandia, banyaklah datang segala mereka berniaga dan sebulan kepada sebulan, makin bertambah-tambah ramainya serta banyak orang datang ke negeri itu.

    Hatta, beberapa tahun lamanya, maka baginda itu pun beroleh seorang putera laki-lakiterlalu baik rupa parasnya dan sikapnya pun tiadalah tolok bandingnya. Maka dipungut oleh baginda

    inang pengasuhnya itu daripada segala anak menteri hulubalang juga tempat bermain-main itu.

    Hatta beberapa lamanya pula maka lalu beroleh seorang putera laki-laki juga. Makaanakanda baginda itu pun dipungut oleh baginda pengasuhnya, maka duduk bermain sepertisaudara bersaudara juga. Maka dipe!iharakan ikut seperti adat anak raja-raja yang besar-besar jua.

    Maka tiada berapa lamanya selang setahun maka baginda pun beroleh pula seorang anakperempuan, itu pun terlalu sekali baik rupa parasnya, cantik manis, putih kuning, panjang nipis, sukardicari seperti rupanya pada zaman itu. Itu pun diberi pelihara dengan inang pengasuhnya juamengikut istiadat yang tersebut.

    Kemudian danipada beberapa tahun pula mendapat lagi seorang putera laki-laki yang terlalubaik rupa parasnya mengikut kakanda baginda kedua itu. Maka terlalulah suka hati baginda itu

    mclihatkan anakanda keempat bersaudara itu bermain-main dan berkasih-kasihan bertambah-tambah besarnya. Maka budi pekerti serta akal bicara pun terlalulah amat baik. Jika ayahandabaginda itu duduk di balairong membicarakan hukum, maka ia keempat pun adalah bersama-samaduduk mendengar hukurn adat perintah orang. Maka segala menteri hulubalang pun gemarlah sangatmelihat budi pekertinya serta dengan pandai mengambil hati sekalian menteri hulubalang, tambahan

    pula di atas segala fakir miskin, dagang senteri sekalian, serta dengan tegur sapa siapa yangbertemu dengan dia. Jikalau ada ayahanda baginda itu semayam di dalam istana, maka ia keempatitu pun tiadalah bercerai duduk berkeliling ayahanda baginda dan bonda mengadap dengan sopansantun. Maka terlalulah sukacita baginda kedua laki isteri melihat kelakuan anakanda itu, pandaimelakukan ceritera dengan tertib keempatnya. Maka tatkala ayahanda baginda berangkat keluar kotamaka anakanda itu pun bersama - sama pergi mengiringkan ayahanda baginda, tiada bercerai. Maka

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    19/65

    diberi oleh ayahanda baginda akan anakanda itu seorang seekor kuda, disuruhnya bermain-mainsenjata di atas kuda bertikam batang teratai dan melarikan kudanya. Maka terlalulah ramainya iabertiga saudara itu serta dengan kundangnya masing-masing belajar bertikamkan batang teratai danbelajar bermain-main panah dan atas kuda ketiganya itu. Maka selang tiga han sekali keluar belajarbermain senjata dengan segala anak menteri hulubalang.

    Hatta dengan hal yang demikian, maka anak raja keempat itu pun besarlah, patut remaja

    putera menanggung kerajaan. Maka pada suatu han tengah ramai Raja Merong Mahapudisatdihadap oleh segala menteri hulubalang, maka sembah menteri yang tua keempat kepada RajaMerong Mahapudisat, Tuanku, pada fikir patik baiklah tuanku bicara akan paduka anakanda inj,hantarkan pada masing-masing tcmpatnya menurut seperti pesanan paduka ayahanda baginda RajaMerong Mahawangsa itu, kerana sangatlah sunyinya segala tanah bumi daerah yang seperti titahpaduka ayahanda baginda itu, hampa sekaliannya, tiada berisi orang, sungguhpun ada orangnyatetapi jarang-jarang sahaja; di dalam pada itu pun raja tiada juga.

    Setelah didengar oleh Raja Merong Mahapudisat sembah menteri itu, lalu ia bertitah kepadamenterinya, Jikalau demikian hendaklah saudara kerahkan segala kaum gergasi himpun sekalian-nya dan panggil penghulu Phra Chesim dan penghulu Nang Su Taman itu ke mari, kita beri ia pergibersama-sama anak kita dan orang kita Melayu setengah kita suruh pergi bersama anak kita yangtua ini, kita hantarkan ke hulu di sebelah utara barat laut. Maka tanah bumi itu lanjut, jauh juaperjalanannya.

    Seketika lagi, maka penghulu Phra Chesim laki isteri pun datang lalu duduk menyembah.Maka titah Raja Merong Mahapudisat kepada penghulu Phra Chesim, Pergilah tuan hamba sekalianbersama-sama dengan anak kita yang tua itu. Kerahkan segala kaum gergasi itu sekalian bawa pergi

    mencari tanah bumi tempat kota pant dan negeri tempat hendak diam.

    Maka sembah Phra Chesim dua laki isteri dengan Nang Su Taman, Sungguhlah tuankuseperti titah tuanku itu, kerana tanah negeri ini kecil, kurang luas. Akan kaum patik, gergasi itu, makinbertambah-tambah banyak adanya. Anak patik seorang, laki-laki, Parak namanya, tiadakah tuankuambil tinggal bersama-sama anakanda baginda di negeri Kedah ini?

    Maka titah Raja Merong Mahapudisat, Ia itu pun janganlah ditinggalkan, bawa jua pergi

    bersama-sama.

    Adapun Phra Chesim itu anak Melayu; ia beristeri akan Nang Su Taman, gergasi. Maka iaberoleh anak, seorang laki-laki, Parak namanya. Maka Parak itu baik parasnya. Maka tatkala itudatanglah seorang perempuan gergasi yang bernama Nang Miri. Ia pun suatu anak raja juga padasegala kaum gergasi. Maka Nang Miri itu tua sedikit, sudah beroleh anak cucu. Diambil oleh rajabawa naik ke rumah segala anak cucunya yang perempuan, kerana rupa sekaliannya baik. MakaNang Miri itu sangatlah gila berahi akan Parak, anak Nang Su Taman dan anak kepada Phra Chesim.

    Maka setelah demikian, titah Raja Merong Mahapudisat, maka menteri keempat punbersama-sama Phra Chesim laki isteri pergi mengerahkan segala kaum gergasi dan rakyatnyadanipada kaum manusia dengan sekira-kira dilengkapkan segala kelengkapan dengan alat senjata.Setelah siap dengan gajah kuda lalu berjalanlah sambil bermain-main senta berburu segala binatangpada segenap kaki bukit gunung tempat berhenti itu, mencari tanah tempat yang baik hendak buatnegeri itu, tiada jua bertemu bagai maksud, lalu berjalan pula ke hadapan, lalu bertemulah dengan

    suatu tasik dan wilahar dengan bebenapa banyak ikan di dalam wilahar itu. Maka singgah berhentimengambil ikan itu dengan bebenapa sukacita sekaliannya benmain ikan itu hingga lupalah makanminum. Maka beberapa dilihat oleh anak raja akan segala yang ajaib-ajaib hingga sampai dua ratushan berjalan itu sambil bermain juga sekalian bahanulah bertemu dan berhenti pada tanah yang baikkepada suatu anak sungai, airnya lepas ke laut, lagipun tanahnya rata, orang pun banyak juga. Maka

    di situlah sekalian berbuat istana dengan kota parit serta dihimpunkan segala orang yang dudukbertaburan pecah-belah itu, maka disatukan sekaliannya. Maka menjadi negeri besarlah. Makadinamai negeri itu Siam Lanchang tempat membuat kota istana itu. Maka datanglah orangberkhabarkan kepada Raja Merong Mahapudisat mengatakan sudahlah tetap anakanda bagindayang tua itu di atas takhta kerajaan negeri Benua Siam; mana yang tiada mahu menurut takluk BenuaSiam itu disuruh rosaklanggarkan kepada penghulu gergasi Phra Chesim, menjadi menurut katalah

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    20/65

    segala raja-raja negeri kecil-kecil,datanglah mengadap serta membawa ufti dan hadiah negerinyapada Raja Benua Siam.

    Maka pada suatu han dititah oleh Raja Merong Mahapudisat kepada menteri yang keempatsuruh menghadirkan orang serta alat senjata dan gajah kuda dan disuruhnya lengkap kelengkapankerajaan. Setelah lengkap maka dipersembahkannya.

    Hatta maka disuruh oleh baginda akan anakanda yang tengah itu pula berjalan. Makaanakanda baginda pun bermohon lalu berjalan menuju halanya antara selatan menenggara, mencaritanah bumi yang patut hendak diperbuat negeri kota istana. Maka berjalanlah paduka anakandabaginda yang tengah dengan menteri hulubalangnya sambil bermain di dalam segenap hutan rimbadengan beberapa melangkah bukit, gunung, singgah bermain dan berburu segala binatang danbermain-main ikan. Jika bertemu dengan wilahar dan tasik singgah mengambil ikan.

    Hatta sudah beberapa lamanya berjalan mencari bumi yang baik, maka bertemulah suatusungai yang besar, tali airnya terus turun ke dalam laut. Maka bertemulah pula tasik dan wilaharmengelilingi pulau yang beratur tiga empat biji. Maka anak raja itu pun suka melihat kelakuan pulau

    itu. Maka diambilnya sebiji anak panahnya daripada perak yang amat putih, lalu dikenakannyakepada busurnya yang bernama Panah Indera Sakti, katanya, Hai Indera Sakti, jatuhlah engkaukepada bumi pulau tiga empat biji itu. Di mana engkau jatuh sekarang, di situlah aku perbuat negeridan kota parit tempat aku diam.

    Maka ditariknya busurnya itu serta memanahkan ke udara berdengung-dengung bunyinyaseperti kumbang menyering bunga lakunya, hilang ghaib. Seketika datanglah jatuh pada suatutempat pulau; dengan sebab itulah dinamakan Pulau Indera Sakti. Kepada tempat itulah diperbuatkota pant, dijadikan negeri dan disuruh akan membuat istana serta menghimpunkan segala orangyang duduk bertaburan pecah-belah tiada berketahuan. Maka berhimpunlah segala orang itu, terlaluramainya orang berbuat kota istana, jadilah sebuah negeri. Maka dinamai dengan nama NegeriPerak, jasa anak panah itu matanya perak. Setelah tetaplah anak raja itu di atas takhta kerajaan didalam negeri Perak itu, datanglah khabarnya kepada paduka ayahanda baginda itu Raja MerongMahapudisat mengatakan sudahlah anakanda baginda itu menjadi raja serta dinamakan negerinyaPerak. Jadi tetaplah anakanda baginda itu di atas takhta kerajaan dengan segala menteni,hulubalang, para penggawa, rakyat sekalian pun makin bertambah-tambah berhimpun datang ke

    negeri Perak itu dengan adil murahnya raja itu.

    Syahadan, maka titah Raja Merong Mahapudisat pada menteri keempat, hendaklahsaudaraku ambil gajah kesaktian kenaikan ayahanda baginda Raja Merong Mahawangsa itu, yangbernama gajah Gemala Johari itu, alatkan dengan takhta kerajaan dengan kedab serta langit-langittirainya dan taburnya dengan dihiasi dan sintuk limau pula badannya. Kita naikkan anak kita yangperempuan, serta menghimpunkan rakyat, bala tentera dan tuan hamba keempat mengiringkanbersama-sama anak kita ke sebelah matahari hidup kita ini, hendaklah dirajakan. Setelah tetaplahsudah menjadi raja anak kita ini, hendaklah saudaraku keempat kembali kepada beta, biarlah tinggalgajah Gemala Johari bertunggu tuannya, lagipun pantas ia memberi khabar kehalan anak kita.

    Maka sembah menteri keempat itu, Yakah, tuanku, lalu ia pun bermohon pergi menghadirkandan bersiapkan seperti titah itu.

    Tiada herapa hari lamanya setelah lengkaplah sekaliannya, maka dipersembahkan kepada

    baginda. Maka Raja Merong Mahapudisat yang menaikkan anakanda baginda itu ke atas gajahGemala Johari dengan sebilah keris kesakti yang bernama Kala Mesani. Adapun keris itu asalnyapusaka juga, diletakkan ke hadapan saja pun ditakuti oleh segala seterunya, tiada dapat mengangkatkepalanya. Demikianlah pustakanya keris itu. Ada- pun mata keris itu seperti api bernyala-nyalarupanya, serta dipesankan anakanda baginda dan gajah Gemala Johari itu pun dipesankan segala

    pustaka itu. Maka lagi dipesan pula kepada gajah Gemala Johari, titahnya, Hai gajah Gemala Johari, jika sudah tuan engkau ini menjadi raja, engkau jangan beri berputusan pergi mari kepada aku,khabar segala kehalan tuan engkau itu.

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    21/65

    Maka gajah itu pun mengangkatkan kepalanya, lalu benjalan menuju matahan hidupdiiringkan oleh segala menteri hulubalang, rakyat, tentera masuk ke dalam hutan rimba belantarayang besar-besar dan terbit padang yang luas-luas dan melangkahkan beberapa bukit gunungdibawa oleh gajah Gemala Johari.

    Hatta, beberapa lamanya berjalan itu hampirlah hendak bertemu dengan laut sebelah sana,maka bertemu pula dengan suatu sungai besar terus ke laut jua. Maka berhentilah gajah Gemala

    Johari kepada tempat itu, tanahnya rata. Maka segala menteri hulubalang, rakyat sekalian punberhenti lah masingm asing membuat istana dan kota parit serta menghimpunkan sekalian orang yangada pada segala jajahan yang dekat dan yang jauh, sekalian pun habis datang mengadap sertamembawa persembahan akan raja perempuan itu. Setelah sudah diperbuat balai istana serta dengankota paritnya, maka raja perempuan pun naiklah ke istana dan terbit ke balai rong meletakkan kerisitu ke hadapannya. Maka raja itu pun semayamlah. Setelah itu jadi berhimpunlah segala orang yangjauh mengadap, masing - masing dengan membawa persembahan dan hadiah. Adapun segala yangdatang mengadap itu tiadalah sekali-kali memanggungkan kepalanya seperti ada orang menekankankepada perasaannya, serta dengan takut ngerinya daripada kesaktian keris Lela Mesani itu sertadengan takut akan gajah Gemala Johari itu, ia tiada jauh daripada penghadapan itu.

    Setelah itu maka bertambah-tambah ramai orang datang mengadap itu. Maka sembahmenteri keempat, Patik ini mohonlah hendak kembali, serta bertanya nama negeri itu.

    Maka titah raja perempuan, Baiklah, mamakku, patut sangat mamakku kembali mengadappaduka ayahanda baginda itu ke Kedah, sembahkan negeri ini Patani namanya, dengan sebab tuahkeris Lela Mesani itu, jadi dinamakan negeri ini Patani.

    Maka menteri keempat menyembah lalu berjalan kembali mengadap Raja MerongMahapudisat maklumkan segala perintah itu. Maka apabila didengar oleh Raja Merong Mahapudisatsembah menteri itu, maka terlalulah kesukaannya, jadi selamat sempurna sekalian anakanda bagindapada masing-masing tempat negerinya. Maka sangat memberi kedukaan oleh melihat anaknya yangmuda itu, tinggal dengan keseorangan sunyi negerinya tiada banyak rakyat. Akan hal dirinya puntiadalah sudah beroleh anak lagi, kerana badannya pun sudah tua. Maka baginda pun duduklahdengan kesukaan, pergi ke hutan berburu dan memikat burung, tiadalah lagi berputusan pergiberburu dan memikat jtu. Akan negeri itu anakanda bagindalah dengan menteri hulubalang, parapenggawa sekalian memerintahkan dia.

    Hatta, tiada beberapa lamanya selang-selang tahun, maka datanglah sakit Raja MerongMahapudisat, lalu baginda itu pun hilanglah. Maka oleh anakanda baginda dengan menterihulubalangnya disimpankan dengan sepertinya mengikut adat raja yang besar-besar. Makaanakanda baginda itu pun duduklah ia dengan kemasyghulan, lalu membuat surat dihantarkankepada saudaranya yang ada di dalam tiga buah negeri itu mengatakan peri ayahanda bagindaMerong Mahapudisat itu sudah hilang. Setelah itu maka menteri hulubalang sekalian punbermuafakatlah hendak dinamakan rajanya. Maka anak raja itu pun meletakkan namanya sendiriRaja Seri Mahawangsa pada negeri Kedah itu, supaya mudah menteri hulubalang mengantar suratdengan nama raja itu.

    Maka Raja Seri Mahawangsa pun tiadalah suka hendak duduk di kota Langkasuka itu,kerana jauh sudah daripada laut. Maka lalu dititahkannya pada menteri keempat suruh carihimpunkan kapur dan kulit kepah hendak diperbuat kota ke hilirnya, kerana sungai itu besar dengan

    luasnya, bertambah-tambah dengan aimya terlalu deras. Maka dikerjakanlah oleh segala menterihulubalang mana titah itu. Maka Raja Seri Mahawangsa pun tiadalah khali berulang-ulang ke hilir itu,melihat tempat tanah bumi yang hidup hendak diperbuat kota parit. Maka diperbuatnya istana kecil dihulu kepada tanah bumi itu yang bernama Serokam.

    Maka pada tatkala itu Raja Seri Mahawangsa pun beroleh seorang putera laki-laki denganseorang anak raja perempuan daripada anak raja Melayu. Maka anakanda baginda itu pun terlalubaik rupa parasnya. Maka dipeliharalah dengan beberapa inang pengasuhnya seperti istiadat rajayang besar-besar jua.

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    22/65

    Hatta, antara beberapa lamanya, maka datanglah surat serta bingkisan yang indah-indahdaripada paduka kakanda yang tua itu daripada Benua Siam mengatakan ia sudah beroleh seoranganak laki-laki jua, terlalulah baik rupa parasnya itu, sudah besar panjang, sampailah umurnya tujuhtahun. Maka Raja Seri Mahawangsa pun terlalulah kesukaan di dalam hatinya oleh melihat segalabingkisan itu dengan berbagai-bagai jenis perbuatan segala permainan kanak-kanak dan orang tuadan banyak pula hartanya itu. Maka ia pun berfikir di dalam hatinya itu, Apa juga yang baik akuhendak membalaskan akan anak saudaraku itu, dengan tilik nazarnya dan fikirnya yang putus di

    dalam hatinya, biarlah jangan lagi tersebut nama kejahatan pada seisi alam dunia in supaya janganjadi berputusan daripada umur aku ini boleh sampai pada anak cucu hingga sampai pada kemudianharinya, datang pada akhir zaman jangan tersebut nama keiahatan pada segala raja-raja dan pada

    khalayak sekalian.

    Setelah sudah putus fikirnya, maka dititahnya menyuruh orang terirna ambil segala bingkisanbawa masuk ke istana. Maka segala orang itu pun diperjamunya makan minum serta disuruhnya beritempat kepada seorang menterinya, sementara hendak menanti balas surat.

    Maka pada suatu han Raja Seri Mahawangsa pun tengah ramai dihadap oleh segala raja-raja dan menteri hulubalang, rakyat sekalian. Maka titah Raja Seri Mahawangsa pada menterikeempat, Hendaklah tuan hamba suruh berhimpun segala tukang emas dan perak, beta hendaksuruh kerjakan emas dan perak kepada tukang itu. Dan tukang kayu pun disuruh berhimpun dengantukang besi sekaliannya.

    Telah demikian titah Raja Seri Mahawangsa, maka dihimpunkanlah oleh sekalian menteritukang yang dikehendaki itu. Maka dipersembahkan sekaliannya danpada serba bangsa. Maka RajaSeri Mahawangsa juga mengadapi pekerjaan itu dengan menyuruh segala tukang-tukang yang tiga

    empat bangsa membuat segala perbuatan itu. Jika tiada boleh seperti kehendak hatinya, disuruhhancurkan dan dibangunkan kepada rupa yang lain pula. Dengan hal yang demikian hingga sampaibertahun-tahun lamanya, maka pekerjaan yang hendak diperbuat kota parit, balai istana itu tiadalahmenjadi, sebab leka dengan membuat sepohon bunga emas dan sepohon bunga perak dengantombak cabang yang bersampak emas saga merkah dan bercincin perak dan tombak yang bermatanipis bersampak emas dan perak juga. Dan lagi diperbuat lembing yang bernama buang-buangandengan bersampak emas juga dan lagi lengkap dengan perisai dan utar-utarnya seperti kelengkapanorang berangkat perang lakunya. Maka berkenanlah pada hati baginda itu akan jadi permainan anaksaudaranya itu, serta memberi suka hati Raja Benua Siam dengan orang sekalian, supayatermasyhurlah kepada hari kemudian.

    Setelah sudah siap sekalian itu, maka diserahkan kepada seorang menteri dengan seratusorang rakyatnya dengan orang utusan daripada paduka kakanda baginda itu. Maka utusan itu pun

    diberinya persalinan, dan hadiah akan paduka kakanda pula dengan beberapa pakaian yang indah-indah dan kain yang halus - halus serta dipesan pula oleh Raja Seri Mahawangsa dengan titahnya,hendaklah tuan hamba sekalian sembahkan pada saudara kita, jika ia beroleh anak beri jua khabarke negeri Kedah in demikianlah kita hantarkan. Jikalau kita tiada sekalipun, kita pesan taruh kepadaanak cucu kita biar sampai kepada akhir zaman, nescaya tersebutlah nama kita pada alam dunia initanda kita berkasih-kasihan.

    Maka segala menteri dan utusan yang pergi itu telah terjunjunglah di atas jemala sekalianpersembahkan ke bawah cerpu duli baginda di Benua Siam. Maka Raja Seri Mahawangsa punmenitahkan suruh berjalan dengan seratus orang rakyat mengiringkan harta itu. Maka berjalanlahsekaliannya menuju halanya ke Benua Siam.

    Hatta, antara beberapa lamanya, maka sampailah ke Benua Siam langsung masukmengadap sekali. Maka pada tatkala itu Raja Benua Siam pun tengah ramai dihadap oleh segalamenteri hulubalang penuh sesak di balai penghadapan. Maka anakanda baginda pun ada ia dudukmengadap hendak melihat ayahanda baginda menyambut surat daripada ayahanda baginda di negeriKedah itu. Setelah datang segala surat dan bingkisan itu ke hadapan baginda, maka tenlalulahsukacitanya melihatkan segala perbuatan saudaranya itu akan permainan anakanda baginda serta

    titahnya kepada menteri yang membawa surat dan pohon bunga emas dan bunga perak bertanyakhabar saudaranya dan hal negeri Kedah itu ramaikah. Maka disembah oleh menteri sekaliannyadengan segala pesanan rajanya itu. Maka Raja Benua Siam pun suka tertawa gelak-gelak

  • 8/8/2019 Merong Mahawangsa

    23/65

    mendengar pesanan itu serta menyuruh memberi persalinan kepada segala menteri utusan dankepada orang yang seratus itu. Maka disuruhnya kepada menterinya pelihara dan pebela baik-baikakan orang utusan itu, apa kehendaknya disuruh ben, jangan ditegah larang barang apaperbuatannya. Maka menteri itu pun menyernbah kepada baginda lalu turun mengerjakan sepertiyang dititahkan itu.

    Tiada berapa lamanya setelah lengkap segala kelengkapan dan bingkisan serta beberapa

    pakaian yang akan dibalasnya kepada saudaranya negeni Kedah itu, setelah diperbuat surat laludiserahkan kepada utusan itu serta berpesan kepada saudaranya, Barangkali kita beroleh putera,maka hendaklah saudara kita perbuat beri seperti bunga emas dan bunga perak itu, antarkan marikepada kita kerana pekerjaan itu terlalu amat kesukaan bermain akan dia.

    Maka sembah utusan negeni Kedah, Baiklah, tuanku, barang yang dititahkan oleh duli yangmaha mulia itu bolehlah patik sembahkan kepada tuan patik dan persampaikan pada paduka bondabaginda itu. Maka disembahkan pula oleh utusan, Ya tuanku, siapa tahu kalau-kalau datang kelaksesuatu hal kesakitan di atas negeri Kedah atau di atas paduka adinda itu, tiadalah lain lagi tempatyang akan diharap pertolongan.

    Maka titah Raja Benua Siam, Jikalau ada sekiranya datang di dalam negeri saudara kita itusesuatu hal seperti datang ke Benua Siam inilah, jika sakit ia, sakitlah kita, kerana pula padukaadinda itu saudara kita, demikianlah pada fikiran kita siang dan malam. Maka kamu sekalian pun

    hendaklah demikian jua fikirnya, supaya menjadi baik disebut orang nama kita.

    Setelah itu maka menteri utusan itu pun bermohonlah kembali sekaliannya ke negeri Kedah.

    Hatta, antara beberapa lamanya berjalan itu, maka sampailah ke negeri Kedah lalu masukmengadap rajanya mempersembahkan segala bingkisan yang dibawa dan Benua Siam itu sertadengan surat dan pesanan paduka kakanda itu pun dipersembahkannya pada ke bawah cerpu RajaKedah. Maka demi dilihat oleh Raja Seri Mahawangsa demikian itu serta dilihatnya segala bingkisanyang datang itu, maka baginda pun terlalulah amat sukacitanya dengan tertawa gelak-gelak olehmendengar sembah dan pesan yang disembahkan oleh menteri itu.

    Hatta, demikianlah diperintah oleh Raja Seri Mahawangsa itu kepada tiap-tiap kali padukakakanda Raja Benua Siam itu mendapat putera, serta dipesan taruh kepada anak cucunya turut

    seperti yang diperintahkannya, peninggal hayatnya itu. Maka duduklah Raja Seri Mahawangsabersuka-sukaan dengan segala menteri hulubalang sekalian di atas takhta kerajaan sertamenghimpunkan kapur dan kulit kepah hendak diperbuat kota batu rasanya itu, sert