karya klasik hikayat merong mahawangsa

75
BMS3022 KARYA AGUNG MELAYU ANALISIS KARYA KLASIK “HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA" Aini Atiroh Bt Ibrahim D20121057957 Marliana Bt Hassan D20121057961 Nur Syazwanie Bt Ismail D20121057974 Nurul Wajeehah Bt Md Yusof D20121057978 Norhafizah Bt Abd Rahim D20121057979 AT05 Kumpulan A Semester 2, Sesi 2015/2016 PENSYARAH Dr. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani

Upload: norhafizahabdrahim

Post on 12-Apr-2017

306 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

BMS3022KARYA AGUNG MELAYU

ANALISIS KARYA KLASIK “HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA"

Aini Atiroh Bt Ibrahim D20121057957Marliana Bt Hassan D20121057961Nur Syazwanie Bt Ismail D20121057974Nurul Wajeehah Bt Md Yusof D20121057978Norhafizah Bt Abd Rahim D20121057979

AT05 Kumpulan ASemester 2, Sesi 2015/2016

PENSYARAHDr. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani

Page 2: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

SINOPSISHIKAYAT MERONG

MAHAWANGSA

Page 3: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Diceritakan nenek moyang raja-raja Kedah yakni Raja

Merong Mahawangsa. Beliau dikatakan

mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Raja

Rom serta menjadi pembesar

kepercayaannya.

Raja Merong Mahawangsa telah diarahkan untuk mengiringi angkatan

Putera Raja Rom ke negeri China untuk meminang

Puteri Raja China.

Raja Merong Mahawangsa pula diterima sebagai Raja

di Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan

negeri itu kepada puteranya iaitu Raja Merong Mahadipusat

setelah dewasa dan layak memerintah negeri.

Seterusnya, Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya

untuk meneruskan pemerintahan di negeri itu. Raja Merong Mahadipusat

telah mendapat empat cahaya mata.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah

puteranya yakni Raja Seri Maha Inderawangsa

menentang perintahnya dengan berkahwin dengan puteri berbangsa gergasi. Melalui perkahwinan inilah

telah melahirkan Raja Bersiung.

Zaman pemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsa, negeri Kedah menerima Islam yang dibawa oleh

Syeikh Abdullah. Baginda merupakan raja Kedah pertama yang memeluk

Islam dan menukar namanya kepada Sultan

Muzalfal Syah.

Page 4: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

PEMIKIRAN

Page 5: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Definisi Pemikiran

-Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 411), pemikiran dapat didefinisikan sebagai perihal berfikir.

-S.Othman Kelantan (1997) menjelaskan bahawa pemikiran merupakan satu fikiran atau idea yang muncul dan wujud dari golongan bijak pandai dengan menggunakan akalnya dalam memikirkan konflik yang dihadapi oleh masyarakat dalam lingkungannya, dan pemikiran tersebut dilebarkan oleh golongan cerdik pandai ke luar lingkungannya.

Page 6: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

-Pemikiran dalam bidang sastera selalunya dimulakan dengan idea yang diperoleh oleh pengarang yang kemudiannya diolah oleh pengarang sehingga menjadi sebuah karya atau buah fikiran yang bernas.

-Pemikiran dapat dikaitkan dengan perkara utama atau tema dan persoalan yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya. Selain itu, pemikiran juga dapat dikaitkan dengan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca dalam sesebuah karya.

Page 7: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Pemikiran pengarang dalam Hikayat Merong Mahawangsa

1.Mengangkat keagungan agama Islam.

-Pengarang cuba mengangkat keagungan agama islam dengan mengaitkan galur cerita Hikayat Merong Mahawangsa dengan kisah Nabi Sulaiman dengan Burung Geruda.

-Pengarang meletakkan batu asas dalam penulisannya bahawa segala yang berlaku tidak boleh dipertikaikan kerana ianya berlaku dengan izin Allah S.W.T

Page 8: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

-Pengarang mengangkat martabat unsur Islam kerana kegagalan Burung Geroda dianggap sebagai simbol kekalahan unsur Hindu kerana dipercayai bahawa Burung Geroda adalah burung mistik agama Hindu yang cuba memperlihatkan keangkuhannya kepada Nabi Sulaiman A.S.

Page 9: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh :

‘ketahui oleh mu kepada zaman dahulu kala dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya chetera ini, maka ada-lah kepada suatu masa sedang zaman Nabi Allah Sulaiman álaihis-salam naik jadi raja yang tetap di-atas takhta kerajaan, di-kurnia Allah Taála di-dalam dunia ini yang memerentahkan daripada segala makhlok khalayak2 yang berjenis2 bangsa-nya yang di-jadikan Allah Subhanahu wa Taála di-dalam dunia ini di-titahkan oleh Allah sarwa sekalian álam memerentahkan isi álam di-dunia ini di-dalam hokum Nabi Allah Sulaiman tiada boleh hendak melalui hukumnya…

Hikayat Merong Mahawangsa (1973:3)

Page 10: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

2. Pembukaan Negeri Kedah

-bertitik tolak kepada peristiwa perjanjian yang dilakukan oleh burung Garoda dengan Nabi Allah Sulaiman yang menyatakan bahawa dia akan memisahkan hubungan yang akan dijalinkan antara Raja Rom dan Raja China dengan mengahwinkan anak-anak mereka.

-Burung Garoda telah melakukan perjanjian untuk menghalang hubungan antara kedua-dua buah negara tersebut dengan

-Bahtera anak Raja Rom yang telah disambar oleh burung Garoda menyebabkan bahtera tersebut musnah dan anak Raja Rom dihanyutkan laut.

Page 11: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh :

“… Maka sembah segala menteri, ‘patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tidak sesat daripada sebutannya.’ Maka sembah pula menteri Rum, ‘bukanlah dengan kemudahan juga mendapat negeri ini, dengan tiada sukarnya, jikalau kepada namanya pun demikian jua.’ Maka titah Raja Merong Mahawangsa, ‘jika demikian, hendaklah kita namakan negeri ini Negeri Kedah Zamin Turan sebutannya.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)

-Dengan nama yang telah diberikan oleh Raja Merong Mahawangsa, maka secara tidak langsung, tertubuhlah sebuah negeri yang bernama Kedah. Setelah itu, segala pemerintahan telah diamanahkan kepada anakandanya iaitu Raja MerongMahadipusat.

Page 12: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

3. Penubuhan kerajaan

-Raja Merong Mahawangsa meninggalkan wasiat kepada anakandanya Raja MerongMahadipusat

-Raja Merong Mahawangsa menitahkan anakandanya untuk memperbesar empayar pemerintahannya dengan meminta anakanda-anakanda Raja MerongMahadipusat membuka kerajaan-kerajaan baru.

Hal ini dibuktikan daripada teks yang berikut:

“Serta titahnya, ‘ hai anakku Raja MerongMahadipusat, jikalau anakku beroleh anak pada zaman ini, hendaklah anakku rajakan akan dia seorang sebelah utara barat laut, seorang sebelah selatan timur menenggara daripada negeri Kedah ini dan seorang sebelah matahari naik antara timur laut.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)

Page 13: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

-Raja MerongMahadipusat telah dikurniakan empat orang anakanda, tiga orang anakanda lelaki dan seorang anakanda perempuan.

-Raja MerongMahadi pusat telah mengikut wasiat dan saranan daripada ayahandanya.

- Anakandanya yang tua telah dihantar untuk membina sebuah kerajaan yang dinamakan sebagai Benua Siam. Anakandanya yang tengah pula dihantar untuk membina kerajaan yang dinamakan Negeri perak manakala anakanda perempuannya pula telah memerintah sebuah kerajaan yang bernama Patani. Manakala anakandanya yang akhir diberikan takhtanya untuk diwarisi apabila baginda mangkat kelak.

Page 14: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

4. Kedudukan Merong Mahawangsa sebagai seorang pemerintah yang agung.

-Peristiwa perlantikan Merong Mahawangsa sebagai wakil kepada Raja Rom untuk mengiringi Puteranya ke China bagi dikahwinkan dengan Puteri Raja China menunjukkan pengarang ingin menggambarkan kehebatan Merong Mahawangsa.

-Pengarang mengaitkan Merong Mahawangsa yang merupakan pengasas kerajaan Negeri Kedah dengan pemerintah negara-negara hebat seperti Rom dan China bagi menunjukkan bahawa Merong Mahawangsa bukanlah sembarangan dan disanjung oleh pemerintah lain.

Page 15: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

5.Memartabatkan Negeri Kedah sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat.

-Ideologi pemikiran politiknya bahawa bunga emas yang dihantar oleh kerajaan kedah kepada negeri siam bukanlah tanda mengakui ketuanan siam terhadap kerajaan kedah namun ianya adalah sebagai simbol kekeluargaan dan penghargaan.

Page 16: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

6. Asal usul raja dan kedaulatan pemerintahan beraja.

-Selepas Raja Merong Mahawangsa meninggalkan zuriatnya di Negeri Kedah, ia balik ke Rum. Daripada keturunannya lahirlah dinasti kesultanan Kedah. Raja-raja Kedah daripada keturunan Raja Merong Mahawangsa ini semuanya baik-baik belaka kecuali Raja Phra Ong Maha Perita Deria atau Raja Bersiung yang kejam dan zalim.

-Kezaliman dan kejahatan Raja Bersiung ini dapat dilihat melalui : “Demi Raja Bersiung mendengar sembah perempuan itu, maka ia pun menyarungkan pedangnya serta bertitah, ‘ Baiklah, lalu berangkat keluar ke balai rong bertitah , ‘ Mana penghulu biduanda sekalian? Bukankah ada orang yang kita suruh bunuh sulakan itu pada hari ini? Ambil cawan itu, isikan darahnya, bawa ke mari kepada aku.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 46 & 47)

Page 17: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

7. Salasilah keturunan Raja Kedah

-Bermula daripada Kerajaan Langkasuka dibawah pemerintahan Merong Mahawangsa sehinggalah pentadbiran Kedah Zamin Turan dibawah Raja Phra Ong Mahawangsa.

-Politik dan pentadbiran Negeri Kedah bebas daripada pengaruh kuasa-kuasa asing dimana pemerintah bebas untuk memilih pengantinya tanpa campur tangan kuasa luar.

- Memberi gambaran bahawa Kedah merupakan sebuah negeri yang berdaulat dan kuat.

Page 18: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

8. Keturunan pemerintah Kedah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi.

-Peristiwa perkahwinan antara Maharaja Seri Maha Inderawangsa dengan wanita daripada golongan gergasi.

- Keturunan pemerintah Kedah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi sehinggakan golongan gergasi yang mempunyai kedudukan yang rendah adalah tidak setaraf untuk dijadikan sebagai isteri.

Page 19: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

FALSAFAH

Page 20: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain

Cinta kepada ilmu dan kebenaran

Pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran

Perbincangan tentang sesuatu secara terperinci untuk mendapatkan jawapan yang sebenar

Page 21: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Bidang Falsafah

Etika

Metafizika

Sejarah

Sosial

Ekonomi

Kosmologi

Politik

Logik

Page 22: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Aplikasi dan tujuan sistem pemerintahan

Hubungan kerajaan Kedah dengan negeri Siam- Kerajaan Kedah menghantar bunga emas kepada negeri Siam sebagai

tanda kekeluargaan dan penghargaan

‘’… sebab leka dengan membuat sa-pohon emas dan sa-pohon bunga perak dengan tambak chabang yang bersampok emas saga merah… ‘’

(HMM:56)‘’Hendak-lah tuan hamba sakalian sembahkan pada saudara kita, jika ia beroleh

anak beri jua khabr ka-negeri Kedah ini…’ (HMM:56 dan 57)

Falsafah Politik

Page 23: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sejarah

merupakan peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan

sebagainya- Persoalan yang berkaitan dengan makna masa silam

seperti tamadun dan keruntuhan.

Setelah Raja Pra’ Ong Mahawangsa memeluk agama Islam, baginda menggunakan gelaran Sultan Mudzalfal Shah

Buktinya : ‘’Maka kata tuan Sheikh Abdullah pada menteri

keempat, “Dengan nama mana raja kita di-sebut orang? “ Maka kata menteri keempat, “Dengan

Raja Pra’ Ong Mahawangsa.”(HMM:147)

“ Maka kata Sheikh Abdullah,” Jika demikian sebutlah nama-nya Sultan Mudzalfal Shah, … nama yang paling mulia dan tertinggi daripada segala nama yang di-

dalam dunia” (HMM:147)

Falsafah Sejarah

Page 24: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

- Kewujudan dan keberadaan- Membincangkan 3 aspek iaitu Tuhan, manusia, dan benda-benda tidak

berakal seperti pohon, air dan sebagainya.

Mengagungkan dan Mempercayai Kekuasaan Tuhan

- Nabi Allah Sulaiman sangat mengagungkan dan mempercayai kekuasaan Tuhan.- Baginda memberi pengajaran dan tauladan kepada raja-raja dan menteri-menteri tentang tindakan burung garuda yang cuba mencabar kekuasaan Tuhan dengan memisahkan manusia yang telah ditetapkan-Nya untuk bersatu.

Buktinya : Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, ‘Hai segala raja2 dan menteriku bangsa yang baik2, hendaklah

engkau dan kamu sekalian ketahui, demi Tuhanku yang menjadikan aku

dan kamu sekalian diatas segala makluknya, dalam empat perkara ini

hendaklah jangan sekali-kali ditentukan, jikalau tiada dengan

janji daripada Tuhan alam... Halaman

Falsafah Metafizika

Page 25: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

- Gambaran kehidupan realiti manusia yang kontekstual- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sosial merupakan segala

yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

Raja Pra’ Ong Mahawangsa, pembesar dan rakyat jelata

memeluk agama Islam.

- Kedatangan Sheikh Abdullah ke negeri Kedah telah mengislamkan

pemerintah dan rakyatnya.

Maka kata Raja Pra’ Ong Mahawangsa,

‘’Jikalau demikian hendak-lah tuan hemba tolong hamba sakalian ini

ajarkan agama Islam yang sa-benar itu.’’

(HMM:144)“… maka Sheikh Abdullah pun dudok berkata2 dengan menteri keempat,…

maka hendak-lah taun hamba keempay suroh kerahkan sakalian ra’ayat bala isi negeri ini suroh himpun datang ka-mari’’

(HMM:147)

Falsafah Sosial

Page 26: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

- Situasi persekitaran dan alam sarwajagat (universal)- Hal-hal yang berhubung dengan alam

Ketika Raja Merong Mahawangsa bersiar-siar di sekitar kawasan yang hendak dibuka negeri baru.

Contoh dalam HMM : ‘’Maka Raja Merong Mahawangsa pun berjalan-lah ... Lalu bertemu-lah dengan tanah bumi yang baik terlalu lah indah tempat-nya dengan tanah-nya menjadi tiada-lah turun ka-bahtera-nya; gila dengan membuat kota, istana dengan balai-nya yang terlalu amat besar-nya lagi dengan indah-nya.” (HMM, halaman 18&19)

Falsafah Kosmologi

Page 27: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

- Ethos iaitu adat kebiasaan - Pemikiran tentang moral, pendidikan

dan pengajaran - Ilmu tingkah laku manusia yang boleh dilihat dari segi baik dan buruknya yang

dapat ditentukan oleh akal

1. Tingkah laku pembesar tanpa mengira pangkat atau

darjat.2. Seorang penjahat bernama

Kampar yang membuat kesalahan sehingga ditangkap

Maka segala menteri hulubalang pun gemar-lah sangat melihat budi pekertinya serta dengan

pandai mengambil hati sekalian menteri hulubalang tambah pula

di-atas segala fakir, miskin, dagang santeri sekalian serta dengan tegor sapa siapa yang

bertemu dengan dia. (HMM: 46)

Bermula ada-lah sa-orang orang Seri Gunong Ledang

bernama Kampar yang amat jahat-nya. (HMM: 70)

Falsafah Etika

Page 28: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

NILAI BUDAYA DAN

PANDANGAN HIDUP

Page 29: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Nilai-Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf.

-Nilai juga diistilahkan sebagai ‘al-qimah’ dalam bahasa Arab yang lebih merujuk kepada harga yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu.

Budaya

-Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu buddayah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti atau akal.

Definisi nilai budaya

Page 30: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Definisi pandangan hidup

Pandangan hidup adalah suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam.

Page 31: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

1. Taat kepada perintah ibu bapa

Nilai ini amat dituntut dalam Islam. Hal ini demikian kerana, martabat ibu bapa diangkat tinggi oleh Allah dalam Islam. Raja Merong Mahadipusat amat taat kepada bapanya sehingga baginda segera menjalankan perintah bapanya selepas diberitahu oleh menteri.

Nilai dalam Hikayat Merong Mahawangsa

Page 32: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh:

Sa-telah di-dengar oleh Raja Merong Mahadipusat sembah menteri itu, maka titah kapada menteri, “Jikalau demikian hendak-lah saudara kerahkan segala kaum gergasi , himpun sakalian-nya dan panggil penghulu Pra’ Chisim dan penghulu Nang Sutaman itu ka-mari, kita beri ia pergi bersama² dengan anak kita dan orang kita yang tua ini kita hantarkan ka-hulu disabelah utara barat-laut. Maka tanah bumi itu lanjut jauh jua perjalanan-nya.

Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 47)

Page 33: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

2. Sopan santun dalam berbicara

Nilai sopan santun ini amat sinonim dengan masyarakat Melayu. Namun begitu, setiap manusia yang lahir ke dunia sememangnya dididik dengan nilai kesopanan. Nilai ini wujud sejak zaman dahulu lagi. Hal ini dapat dibuktikan dalam HMM ini melalui perwatakan Raja Merong Mahawangsa yang sopan santu dalam berbicara.

Page 34: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh:

Maka Raja Merong Mahawangsa pun sudah ketahui bangsa-nya gergasi lalu ditegor-nya dengan manis suara-nya mengambil hati-nya.

Maka titah-nya kepada segala kaum gergasi yang datang itu, “Ada pun beta singgah di-sini ini, jikalau baik² bichara-nya mahu-lah beta dudok berhenti di-sini dahulu sementara menanti mengambil khabar anak Raja Rum itu kalau² ada hidupnya.”

Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 18)

Page 35: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

3.Belas kasihan

Sifat belas kasihan ini sewajarnya ada dalam diri setiap manusia. Sifat belas kasihan ini tidak terhad kepada manusia sahaja malah kepada haiwan. Sifat ini dapat dilihat dalam diri Mak Inang yang mempunyai sifat belas kasihan terhadap anak raja Rum dan ingin menolongnya.

Page 36: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh:

Maka mak inang tuan puteri itu pun terlalu-lah belas kasehan hati-nya mendengarkan hal anak Raja Rum itu, lalu ia pun kembali pada tuan puteri persembahkan hal itu sakalian-nya dengan suka tertawa-nya.

Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 21)

Page 37: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Budaya dalam Hikayat Merong Mahawangsa

1. Islam

Budaya dalam Islam dapat dilihat semasa pengislaman Sultan Kedah iaitu Raja Pra’ Ong Mahawangsa. Baginda telah mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Sheikh Abdullah.

Page 38: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh:

Demi di-dengar oleh Sheikh Abdullah akan perkataan raja itu lalu di-pelok leher di-chium-nya tuboh raja itu serta dudok berkata², sa-ketika di-ajarkan-nya kalimah shahadat demikian bunyi-nya, “Ashhadu alla-ilaha-illallahwahdahu lasharika lahu wa ashhadu-anna Muhammadan’abduhu wa rasulluh.” Maka Raja Pra’ Ong Mahawangsa pun menguchap-lah dua kalima shahadat…

Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 144)

Page 39: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

2. Adat Perkahwinan

Adat perkahwinan masyarakat pada zaman dahulu ditunjukkan secara langsung dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Adat perkahwinan ini ditunjukkan semasa perkahwinan Raja Merong Mahadipusat yang diadakan selama 40 hari 40 malam. Adat perkahwinan pada zaman itu dilakukan secara besar-besaran dan meriah.

Page 40: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh:

“Maka Raja Merong Mahawangsa pun berangkat-lah masok ka-istana di-iringkan oleh anakanda baginda itu serta menyuroh memulai kerja berjaga² mengerjakan anakanda baginda itu, dengan makan minum dan bersuka²an dengan beberapa banyak perburuan yang di-sembelah jadi tambul orang berjaga² itu, serta dengan segala permainan daripada gong, gendang, serunai, nafiri, harbab, kecapi, dandi, muri, kopak, cherachap, serdam, bangsi, nakara, menjadi empat puloh malam yang berjaga² makan minum dengan segala menteri, hulu balang, para penggawa sekalian, terlalu-lah ramai-nya. Sa-telah genap-lah empat puloh hari maka pada sa-orang sa-beblar selatan timor menenggara daripada negeri Kedah ini,...

Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 42)

Page 41: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Pandangan Hidup dalam Hikayat Merong Mahawangsa

1. Kepercayaan kepada Tuhan

Hikayat Merong Mahawangsa ini memperlihatkan betapa Nabi Allah Sulaiman sangat mempercayai kekuasaan Tuhan. Baginda percaya bahawa Tuhan berkuasa terhadap segala yang ada di muka bumi ini. Baginda menunjukkan kepercayaan kepada Tuhan semasa memberi pengajaran kepada burung garuda yang berusaha untuk memisahkan manusia yang ingin bersatu.

Page 42: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh:

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burong garuda! Demi tuhan yang menjadikan aku, ada pun jodoh pertemuan itu di-dalam batu atau di-dalam kayu sakali pun tiada siapa yang dapat mencheraikan dia.”

Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 6)

Page 43: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

2. Taat kepada Pemimpin

Pemimpin merupakan antara golongan yang wajar kita hormati. Hikayat Merong Mahawangsa turut mengetengahkan Nabi Sulaiman sebagai pemimpin yang berkuasa pada zaman tersebut. Contoh ketaatan kepada pemimpin dapat dilihat melalui burung garuda yang amat taat kepada Nabi Sulaiman.

Page 44: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh :

Maka kata burong garuda kepada burong rajawali, “Di-mana dapat ia sakalian hendak mengerjakan pekerjaan itu? Pada fikir ku tiada boleh jadi , tetapi nanti-lah dahulu aku hendak pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman kerana ia itu raja besar di-dalam ‘alam dunia ini; jikalau sudah ada sapeti yang demikian itu, tiadalah ku beri jadi pekerjaan nikah kedua-duanya anak raja dua buah negeri itu.”

Hikayat Merong Mahawangsa (1973: 5)

Page 45: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

ESTETIKADAN

KEPENGARANGAN

Page 46: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Estetika :

Aspek keindahan,yang terdapat pada struktur, pengolahan dan teknik penulisan.

Kepengarangan :

Keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang dalam mengolah jalan penceritaan.

MAKSUD ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN

Page 47: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Estetika dalam Hikayat Merong Mahawangsa

1. Penggunaan Bahasa Klasik

-Struktur ayat yang panjang dan berbelit-belit dan sukar untuk difahami-Penggunaan kata pangkal ayat/praklausa

Page 48: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh :

Bermula, adapun raja ketiga ketumbukan itu berperanglah terlalu ramai beramuk-amukan sama sendirinya kerana orang negeri itu habis matidan tertangkap serta pula habis segala rumah tangganya itu terbakar dan rumah berhala itu pun habislah terbakar dengan berhala itu sekali hangus, berhamburanlah abunya ditiup angin.

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 102)

Page 49: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh:

Sebermula, segala kapal dan bahtera kenaikan anak raja Rom itu dinanti-nantinya serang langgar burung geroda itu,...

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 11)

Hatta, beberapa lamanya berjalan itu hampirlah hendak bertemu dengan laut sebelah sana, maka bertemu pula dengan suatu sungai besar terus ke laut juga.

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 40)

Page 50: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

2. Penggunaan Bahasa Istana

-Penggunaan bahasa istana dalam karya telah menunjukkan hubungan masyarakat pada zaman itu sangat rapat dengan istana.

Page 51: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh:

Maka titah Raja Merong Mahawangsa kepada menteri Rom, “Sudahlah beta rajakan anakanda ini. Maka sekarang akan negeri ini patutlah kita namakan akan dia.”Maka sembah segala menteri, “Patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tiada sesat daripada sebutannya.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 34)

Page 52: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

3. Simile

-Gaya bahasa yang menunjukkan perbandingan dengan sesuatu benda secara terus.

-Gaya bahasa ini dikesan dengan melalui penggunaan perkataan iaitu seperti, bagai, umpama dsbg

Page 53: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh : Maka bahananya bunyi bedil meriam yang dipasang itu seperti bunyi guruh dan tagar, terlalu gempita, alamat di dalam laut pun tiadalah dengan kemasygulannya melainkan dengan kesukaan belaka.

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 8)

Page 54: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Kepengarangan dalam Hikayat Merong Mahawangsa

1. Penggunaan Unsur Mitos

-Mitos ialah cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya cerita yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan sejarah awal kewujudan sesuatu bangsa, kejadian-kejadian alam dan sebagainya.

-Umumnya, mitos dikenali sebagai unsur yang luar biasa yang tidak dapat diterima oleh logik akal tetapi perihal tersebut diketengahkan sebagai sesuatu peristiwa yang benar-benar berlaku.

Page 55: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

-Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, unsur mitos dapat dilihat dalam kisah Nabi Sulaiman dan burung geroda.

-Geroda merupakan binatang kenderaan Visynu dalam mitos Hindu.

-Ketika itu, geroda ingin menghadap dengan Nabi Allah Sulaiman untuk menyampaikan sesuatu.

-Mengikut kepercayaan Islam, Nabi Sulaiman diberikan mukjizat oleh Allah iaitu boleh berkata-kata dan memahami bahasa haiwan dan unggas.

Page 56: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Bahawa pada ketika itu datanglah seekor burung geroda yang terlalu amat besarnya turun menghadap Nabi Allah Sulaiman, sembahnya, “Ya Nabi Alllah, hamba dengar warta Raja Rom ada menaruh seorang anak laki-laki dan raja Benua China ada menaruh seorang anak perempuan. Maka sekarang raja Rom itu hendak meminang anak raja Benua China. Konon akan rupa kedua anak raja itu terlalu amat eloknya, tiadalah lagi bandingannya akan rupa keduanya itu, dan kedudukan negeri itu terlalulah jauh, pada fikiran hamba bukanlah jodo pertemuannya.”

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burung geroda, demi Tuhan yang menjadikan aku, adapun jodo pertemuan itu di dalam batu atau di dalam kayu sekalipun tiada yang dapat menceraikan dia.”

(Hikayat Merong Mahawangsa,

halaman 5)

Page 57: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

2. Penggunaan fakta Islam dalam Hikayat

-Hikayat Merong Mahawangsa ini juga memperlihatkan bahawa Nabi Allah Sulaiman sangat mengagungkan dan mempercayai kekuasaan Tuhan.

-Baginda percaya bahawa hanya Tuhan yang mempunyai kuasa atas segalanya makhluk.

-Baginda juga mempercayai segala janji dan kekuasaan Tuhan.

Page 58: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

-Kepercayaan baginda dapat dilihat semasa baginda berkata-kata dan memberi pengajaran dan tauladan kepada raja-raja dan menteri-menteri berkenaan dengan tindakan burung geroda yang cuba mencabar kekuasaan Tuhan dengan memisahkan manusia yang telah ditetapkan-Nya untuk bersatu.

Page 59: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Contoh:

Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai segala raja-raja dan menteriku bangsa yang baik-baik, hendaklah engkau dan kamu sekalian ketahui, demi Tuhanku yang menjadikan aku dan kamu sekalian diatas segala makhluknya, dalam empat perkara ini hendaklah jangan sekali-kali ditentukan, jikalau tiada dengan janji daripada Tuhan alam. Pertama rezeki, sedikit atau banyak ada sehari semalam itu tiadalah segala makhluk hendak tentukan, sekalian dengan janjinya juga. Kedua, perkara yang memutuskan rezekinya, seperti yang akan datang mara dan maut, hendak mengetahuikan dia dan hendaklah jangan kamu tentukan bumi tempat kematiannya, melainkan kesudahannya dengan janji Allah jua........

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 23)

Page 60: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

NILAIILMU

Page 61: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

NILAI ILMU

• Nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf (Kamus Dewan Edisi Keempat).

• Nilai merupakan satu prinsip atau garis panduan yang menyediakan seseorang untuk menjalani kehidupan.

• Ilmu pula bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat).

• Ilmu merupakan hal yang berkaitan kerana pemerolehan ilmu itu dan usaha kita menyebarkannya kepada orang lain dalam bentuk pelbagai maklumat.

Ilmu dan maklumat yang terdapat dalam karya agung termasuklah ilmu perdukunan, ilmu firasat, ilmu jampi, ilmu pengasih, strata masyarakat Melayu dan adat istiadat Melayu.

Page 62: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Ilmu Firasat

Firasat ialah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.

Ilmu firasat merupakan ramalan tentang sesuatu perkara.

Dalam HMM, ilmu firasat dapat dilihat sewaktu Raja Seri Mahawangsa melarang anakandanya, Raja Seri Maha Inderawangsa untuk berkahwin dengan cucu perempuan Nang Miri Gergasi yang berketurunan gergasi.

Page 63: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Maka oleh Raja Seri Mahawangsa beberapa ditegahkan anakanda baginda itu daripada beristeri akan budak perempuan itu, mengatakan, “Tiada sama bangsanya dengan kita, kalau-kalau siapa tahu akhirnya beroleh anak dengan perempuan itu menurut hawa nafsu kaumnya, iaitu gergasi, masuk fitnah makannya itu.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 45)

Akan tetapi, atas kedegilan Raja Seri Maha Inderawangsa, maka berkahwin juga baginda dengan perempuan berbangsa gergasi tersebut.

Ramalan Raja Seri Mahawangsa memang tepat kerana waris Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi pemerintah yang zalim terhadap rakyatnya sendiri dan akhirnya tersingkir dari takhta.

Page 64: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Pada awalnya, kepercayaan orang Melayu

adalah berbentuk aminisme

yakni, menganggap benda-benda mempunyai

semangat dan kuasa ghaib.

Kuasa ghaib itu tidak

boleh dihubungi oleh orang

sembarangan, jadi dukun, pawang atau

bomoh diperlukan.

Usaha ini dianggap berfungsi

mengembalikan keadaan

seperti asalnya.

Dukun atau bomoh juga

dapat menghubungi semua kuasa ghaib yang ada pada binatang terutama

yang liar dan bisa.

Ilmu Perdukunan

Page 65: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Dalam HMM, keturunan raja Kedah yang memerintah

Benua Siam telah meminta ahli nujumnya mencari pengganti raja Kedah setelah Raja Bersiung hilang. Ahli nujum itu

melepaskan gajah sakti untuk mencari raja yang

baru.

Ahli nujum menghubungi kuasa ghaib yang ada pada

gajah sakti.

Semasa negeri Kedah tidak beraja akibat kehilangan Raja Bersiung, menteri keempat mengutus surat kepada raja di Benua Siam

memohon untuk dihantar raja bagi memerintah negeri Kedah. Namun, hasil tilikan membuatkan

raja Benua Siam menghantar gajah Gemala Johari untuk mencari raja yang sepatutnya

beraja di negeri Kedah.

Page 66: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Setelah demikian maka datanglah fikir hemat yang memberi sempurna di dalam hati raja Benua Siam. Maka adalah pesanan datuk neneknya, adalah seekor gajah dalam negeri Kedah atau Patani yang bernama Gemala Johari, kalau-kalau ialah dapat mengetahui orang yang hendak dirajakan daripada yang berasal itu. Maka titah raja Benua Siam kepada orang membawa surat itu, “Adakah engkau sekalian ketahui gajah kesaktian itu?”Maka sembah orang itu, “Ada, tuanku, dia berulang alik antara Kedah dengan Patani. Baharu ini juga ia memberi mimpi kepada penghulu patik menteri keempat, tuanku.”Maka titah raja Benua Siam kepada seorang menteri yang tua, “Hendaklah tuan hamba perbuat sepucuk surat hantarkan ke negeri Kedah pada menteri itu. Hendaklah suruh ia sekalian hiasi dengan alat gajah Gemala Johari itu dengan sepertinya, kemudian lepaskan ia pergi mencari raja yang patut. Barang siapa yang diambilnya, itulah raja negeri Kedah itu. Kemudian kita dari sini pun bolehlah suruh menteri yang besar pergi rajakan dia.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 62)

Page 67: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Jampi bermaksud kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit.

Di dalam sesebuah jampi terdapat unsur-unsur pemujaan, perubatan, kasih-sayang, pendinding dan berhubung dengan psikologi manusia.

Raja Benua Siam memberi titah kepada ahli nujum untuk menilik pengganti raja Kedah yang sebenar. Ahli nujum tersebut menggunakan ilmu jampi yang dimilikinya untuk mengetahui keberadaan pengganti raja Kedah.

Ilmu Jampi

Page 68: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Maka ahlu’l nujum pun menyembah lalu membuka surat nujumnya ditilik seketika. Maka ia datang sembah, “Ampun tuanku, adapun yang hendak dirajakan di dalam negeri Kedah itu janganlah dicari raja yang lain, nescaya tidak boleh kekal dan tetap, sekadar dua tiga tahun sahaja tentu mati atau menjadi haru-hara.”Maka titah pula baginda, “Sekarang bagaimana juga kita hendak ketahui asal rajanya yang dapat kita rajakan dia?”Maka ahlu’l nujum pun menilik nujumnya pula, seketika berdatang sembah, “Ampun tuanku, ada lagi ia kanak-kanak di dalam umur enam tujuh tahun juga. Adapun hendak mengetahui akan dia itu tiadalah boleh manusia ketahui, melainkan dengan mergastua juga.”

(Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 61-62)

Hasil tilikan ahli nujum mendapati bahawa ada kanak-kanak berumur antara enam hingga tujuh tahun yang boleh dijadikan raja. Namun begitu, kanak-kanak tersebut tidak dapat diketahui oleh manusia melainkan dengan bantuan ‘mergastua’.

Page 69: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Adat bermaksud peraturan yang

sudah diamalkan turun temurun

sejak dahulu kala di dalam sesuatu

masyarakat sehingga

merupakan hukum dan

peraturan yang harus dipatuhi.

Istiadat pula membawa

maksud peraturan atau

cara-cara melakukan

sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, atau

resam.

Terdapat 3 jenis adat dan istiadat dalam HMM,iaitu:

1. Adat temenggung

2.Upacara meraikan

kelahiran anak3.Pelantikan raja

Adat dan Istiadat

Page 70: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Adat Temenggung ialah adat yang diamalkan oleh orang-

orang Melayu di semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali Negeri

Sembilan.

Berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa, adat temenggung secara jelas dipaparkan melalui pertabalan raja. Seperti yang

kita sedia maklum, dalam adat temenggung, nasab lelaki lebih

diutamakan.

Contohnya:Maka titah Raja Merong

Mahawangsa kepada menteri Rom, “Sudahlah beta rajakan anakanda ini. Maka sekarang akan negeri ini

patutlah kita namakan sesuatu akan dia.”

(HMM, 1998: 34)

Raja Merong Mahawangsa telah menabalkan puteranya, Raja Merong Mahadipusat untuk

menggantikan baginda memerintah negeri Kedah.

Pertabalan putera raja ini juga diteruskan dalam jurai keturunan raja-raja kedah dalam hikayat ini.

ADAT TEMENGGUNG

Page 71: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Putera bongsu yang menjadi raja di negeri Kedah yakni Raja Seri Mahawangsa berasa wajar sekali memulakan tradisi mempersembahkan hantaran bunga emas dan perak sebagai hadiah meraikan kelahiran putera-putera raja Siam.

Sejak peristiwa ini, Raja Kedah memerintahkan supaya tradisi menghantar bunga emas itu diteruskan hingga ke akhir zaman setiap kali mendapat putera.

Meskipun upacara ini tidak dilaksanakan dalam kalangan masyarakat Melayu, namun istiadat ini telah dimulakan oleh raja Kedah bagi memperlihatkan perhubungan kekeluargaan yang erat antara adik bongsu dengan abang sulungnya yang memerintah di Benua Siam.

Upacara Meraikan Kelahiran Anak

Page 72: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

‘Apa juga yang baik aku hendak membalaskan akan anak saudaraku itu ... biarlah jangan lagi tersebut nama kejahatan pada seisi alam dunia ini, supaya jangan jadi berputusan daripada umur aku ini boleh sampai pada anak cucu hingga sampai pada kemudian harinya, datang pada akhir zaman jangan tersebut nama kejahatan pada segala raja-raja dan pada khalayak sekalian.’

(Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 42)“Hendaklah tuan hamba sekalian sembahkan pada saudara kita, jika ia beroleh anak beri jua khabar ke negeri Kedah ini, demikianlah kita hantarkan. Jikalau kita tiada sekalipun, kita pesan taruh kepada anak cucu kita biar sampai kepada akhir zaman, nescaya tersebutlah nama kita pada alam dunia ini tanda kira berkasih-kasihan

(Hikayat Merong Mahawangsa, 1998: 43)

Page 73: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

• Hikayat Merong Mahawangsa merupakan salah satu karya agong Melayu klasik yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dianggap sebagai salah satu sejarah yang perlu diketahui oleh masyarakat. Dengan penghasilan hikayat ini, masyarakat dapat melihat perkembangan susur galur mengenai raja-raja Kedah dengan jajahan takluknya.

• Hikayat Merong Mahawangsa juga dapat disimpulkan bahawa karya ini mempunyai beberapa aspek yang dapat dijadikan teladan, bahan rujukan, nilai budaya, pegangan hidup, teknik penghasilan karya, gaya bahasa dan sebagainya.

• Oleh itu, karya ini merupakan anugerah yang tidak ternilai sehingga diangkat menjadi karya agung dalam masyarakat Melayu.

Kesimpulan

Page 74: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Selangor: Synergymate Dzulkifli bin Mohd Salleh (penyelenggara) (1973). Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. H.M. Sidin (1964). Asal Usul Adat Resan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  Mana Sikana (1996). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka S. Othman Kelantan (1997). Pemikiran Satira dalam Novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd. Rahman Napiah, Mohd Rashid Md. Idris (2016). Karya Agung Melayu. Tanjung

Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Siti Hawa Hj. Salleh (1998). Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Terbitan Bersama Yayasan Karyawan

dan Penerbit Universiti Malaya. Zaini Abdullah (2001). Pengantar Etika Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. myKedah.com (2002). Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa. Diperoleh pada April 11, 2015 daripada http://www.mykedah2.com/10heritage/111_3.html

Page 75: Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa

Sekian, terima kasih.