hbmt1203 teaching of mathematics for pre-school and year one primary school

38
ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450) ISI KANDUNGAN 1. Sekapur Sireh 2. Soalan 1 – Maksud Penolakan 3. Soalan 2 – a) Kesalahan / Kesilapan Yang Murid Lakukan b) Cara untuk membantu murid menangani kesilapan dan ketidakfahaman tersebut. 4. Soalan 3 – a) Sejarah wang di Malaysia semenjak kemerdekaan Negara hingga hari ini. b) Satu aktiviti untuk memperkenalkan wang kepada kanak-kanak. c) Satu aktiviti untuk mengajar pelajar Tahun Satu konsep asas penambahan menggunakan wang syiling dan wang kertas. 5. Sumber Rujukan 6. Lampiran

Upload: teacher-nasrah

Post on 24-Jun-2015

1.658 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School.

TRANSCRIPT

Page 1: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

ISI KANDUNGAN

1. Sekapur Sireh

2. Soalan 1 – Maksud Penolakan

3. Soalan 2 – a) Kesalahan / Kesilapan Yang Murid Lakukan

b) Cara untuk membantu murid menangani kesilapan dan ketidakfahaman

tersebut.

4. Soalan 3 – a) Sejarah wang di Malaysia semenjak kemerdekaan Negara hingga hari

ini.

b) Satu aktiviti untuk memperkenalkan wang kepada kanak-kanak.

c) Satu aktiviti untuk mengajar pelajar Tahun Satu konsep asas

penambahan menggunakan wang syiling dan wang kertas.

5. Sumber Rujukan

6. Lampiran

Page 2: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

SOALAN 1

1. Tiga cara untuk menerangkan maksud penolakan.

Sebenarnya, pengurangan adalah suatu operasi songsangan bagi penambahan. Ia juga

boleh disebut sebagai tolak. Bagi operasi tolak atau pengurangan, kumpulan benda maujud

digunakan untuk menunjukkan situasi pengurangan sesuatu kumpulan benda yang diasingkan

kepada dua kumpulan kecil. Ketika membuat operasi tolak, kita mulakan dengan nombor

jumlah dan kemudian kita tolak satu nombor untuk mendapatkan nombor yang satu lagi.

Ia juga telah pun dilalui oleh murid dalam kehidupan sebenarnya. Contohnya, apabila

kakaknya makan sebahagian daripada kacangnya, maka yang tinggal adalah kepunyaannya.

Di sekolah, secara amnya, pengurangan ini telag diubah kepada satu prosedur yang diwakili

oleh sesuatu nilai. Dalam kes kakaknya memakan sebahagian daripada kacangnya, jika di

sekolah, pengurangan atau tolak memerlukan murid mengetahui bilangan atau jumlah

sebenar kacang yang dipanggil bilangan yang hendak ditolak (minuend), jumlah yang telah

dimakan oleh kakaknya iaitu penolak (subtrahend) dan baki yang tinggal iaitu baki

(difference / remainder).

Bagi kebanyakan murid, mempelajari operasi pengurangan lebih sukar daripada

operasi penambahan. Ini adalah berkemungkinan, konsep pengurangan tidak mudah untuk

diinterpretasikan. Konsep pengurangan menyerupai tiga situasi masalah harian atau model

iaitu model mengambil keluar (take away), model perbandingan (find the difference) dan

model pengurangan garisan bernombor (counting back).

Page 3: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Model Mengambil Keluar (Take Away)

Model mengambil keluar ini telah biasa diamalkan oleh murid-murid. Ini adalah

kerana murid-murid lebih biasa dengan situasi “ambil” daripada situasi yang lain itu, kerana

situasi ini selalu didapati berlaku di dalam alam sekitar mereka serta berkaitan dengan situasi

kehidupan sebenar mereka. Ia juga lebih mudah untuk diinterpretasikan dengan benda-benda

maujud. Dengan demikian, situasi “ambil” digunakan terlebih dahulu iaitu melalui

“pengambilan” benda-benda daripada suatu kumpulan benda yang diberi.

Pada peringkat awal pengajaran, murid-murid diberi pengalaman berkaitan dengan

konsep “ambil” melalui masalah bercerita yang ringkas, serta memperihalkan situasi “ambil”,

“hilang”, “dimakan”, “jatuh” dan lain-lain yang berkenaan bagi kumpulan benda-benda

maujud. Dalam proses “ambil keluar” seperti ini, sesuatu kumpulan diasingkan kepada dua

kumpulan, iaitu kumpulan yang “diambil” dan kumpulan yang “tinggal”.

Contoh 1:

Ayu mempunyai 6 biji gula-gula. Jika adiknya mengambil 4 biji, berapa biji gula-gula

Ayu yang tinggal?

Bagi contoh yang pertama diatas, satu kumpulan 6 biji gula-gula diasingkan kepada 4

biji gula-gula dan 2 biji gula-gula. Situasi ini digambarkan atau diinterpretasikan seperti

dalam rajah berikut:

(a) 6 biji gula-gula diletakkan dalam satu baris, supaya murid dapat melihat dengan jelas apa

yang akan guru lakukan.

Page 4: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

(b) Asingkannya kepada 2 kumpulan.

2 4

Bilangan gula-gula menunjukkan jumlah gula-gula yang ada dalam dua kumpulan.

Daripada sini, murid-murid akan menyebut tentang “penolakan” atau “pengurangan”

dalam sebutan seperti dibawah:

Enam diambil keluar empat tinggal dua, atau

Ambil keluar empat daripada enam tinggal dua

(c) Ulang aktiviti ini dengan menggunakan dua kumpulan iaitu satu dan lima.

Enam diambil keluar lima tinggal satu, atau

Ambil keluar lima daripada enam tinggal satu

(d) Ulang aktiviti ini dengan dua kumpulan iaitu antara tiga dengan tiga, empat dengan dua

dan lima dengan satu dengan teratur.

Dalam peringkat ini, guru akan dapat mengenalkan kepada murid-murid tentang

penolakan atau “pengurangan” iaitu tolak dalam cara menulis dan membaca penolakan

dalam bentuk persamaan atau ayat matematik.

Enam ambil keluar empat tinggal dua

6 – 4 = 2

Page 5: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Contoh 2:

Aktiviti untuk “pengurangan ambil keluar” juga boleh juga diulangi dengan contoh ini

bagi benda-benda maujud yang berlainan jenis.

Mimi mempunyai 5 batang aiskrim, 2 batang telah jatuh. Tinggal lagi berapa batang

aiskrim yang Mimi ada? (Tinggal 3)

Murid-murid hendaklah dibiasakan dengan cerita seperti ini sehingga mereka dapat

menginterpretasikannya dengan benda-benda maujud iaitu aiskrim iaitu dengan proses “ambil

keluar”.

(a) 5 batang aiskrim diletakkan dalam barisan. Ini memudahkan murid melihat apa yang akan

guru lakukan.

Enam ambil keluar lima tinggal satu

6 – 5 = 1

Page 6: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

(b) Asingkan kepada dua kumpulan.

Tinggal 3 batang aiskrim Jatuh 2 batang aiskrim

Bilangan aiskrim diatas menunjukkan bilangan aiskrim yang tinggal setelah aiskrim

jatuh serta bilangan aiskrim yang telah jatuh. Ia juga boleh disebut dengan:

Lima jatuh dua, tinggal tiga atau

Jatuh dua daripada lima, tinggal tiga

(c) Ulang aktiviti ini dengan menggunakan dua kumpulan iaitu satu dan empat.

Lima jatuh empat tinggal satu, atau

Jatuh empat daripada lima tinggal satu

(d) Ulang aktiviti ini dengan dua kumpulan iaitu antara dua dengan tiga dan empat dengan

satu dengan teratur.

Page 7: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Model Perbandingan (Find The Difference)

Bagi murid-murid yang telah faham tentang cara “ambil keluar” ini, mereka boleh

diperkenalkan dengan operasi pengurangan atau tolak yang melibatkan situasi

“perbandingan” pula.

Situasi “perbandingan” diinterpretasikan melalui dua kumpulan benda maujud.

Perbandingan dibuat antara dua kumpulan itu, contohnya perbandingan dua kumpulan kulit

siput seperti yang ditunjukkan dibawah ini. Soalan atau arahan berikut digunakan untuk

membimbing murid-murid membuat olahan dan menghasilkan suatu interpretasi untuk

mencari jawapan perbandingan itu.

Contoh 1:

Berapa lebihnya 5 kulit siput daripada 2 kulit siput?

5 – 2 = ?

5 – 2 = 3

Page 8: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Murid-murid akan mencari penyelesaian atau jawapannya dengan cara membuat atau

melukis tanda suain (anak panah) dan membincangkan kumpulan yang dianggap sebagai

jawapannya, iaitu tiga kulit siput yang tidak disuaikan atau yang lebih ( atau kurang ) antara

kedua-dua kumpulan yang dibandingkan itu. Masalah dalam bentuk cerita dan gambar seperti

ini membantu murid-murid memahami makna operasi pengurangan secara “perbandingan”

ini.

Contoh 2:

Adakalanya, murid-murid perlu mengira secara terus untuk mencari “perbandingan”.

Contohnya, jika murid perlu menjawab 10 soalan, tetapi mereka hanya perlu menjawab 3

soalan sahaja, mereka akan mendapati bahawa soalan yang tidak perlu dijawab dengan cara:

“Saya telah menjawab tujuh soalan. Untuk menjawab 10 soalan ini, kira secara satu

persatu bermula daripada 4”.

“4 + 1 = 5, 5 + 1 = 6, 6 + 1 = 7, 7 + 1 = 8, 8 + 1 = 9, 9 + 1 = 10”.

Dengan menggunakan pembaris sebagai garisan bernombor :

“Perbandingan” yang didapati ialah 7 soalan dan ia bermakna, saya memerlukan 7 lagi

soalan”.

“ Ia juga bermakna, 10 – 3 = 7”.

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

+1 +1 +1 +1 +1 +1 +1

Page 9: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Ia selalu terjadi kepada murid-murid kerana mereka fikirkan bahawa mengira secara

terus adalah lebih mudah daripada pengurangan atau penolakan. Tetapi sebenarnya, ini

adalah disebabkan bahawa nombor ini adalah dalam jumlah yang kecil.

Model Pengurangan Mengira Secara Menurun (Counting Back)

Pengurangan atau penolakan adalah sebenarnya adalah proses penambahan secara

terbalik. Mengira secara menaik adalah amat mudah kerana ia bergerak secara satu-satu

dalam satu masa. Sebenarnya mengira pengurangan nombor secara terbalik atau dengan

mengira secara menurun adalah lambat tetapi masih boleh digunakan dalam penolakan atau

pengurangan. Maka dengan itu, penolakan dalam lingkungan 10 dengan menggunakan

kaedah ini boleh diperkenalkan dengan mengira secara menurun dari 5 hingga 0 atau 10

hingga 0.

Contoh 1:

(a) Guru mengeluarkan kad bernombor 0 hingga 5. Guru mendapatkan 6 orang murid untuk

ke hadapan dan memegang kad masing-masing.

(b) Mula-mula, guru akan bertanya pada murid, siapa yang sepatutnya akan keluar dahulu

jika nombor itu dikira secara menaik dari 0 hingga 5.

(c) Ulang aktiviti ini dengan mengira secara menurun daripada 5 hingga 0. Teruskan dan

cuba guna nombor yang lain, contohnya dimulakan dari 2 atau 4.

0 1 2 3 4 5

Page 10: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

(d) Guru juga boleh mencuba tanpa menggunakan kad bernombor. Dengan ini juga, guru

dapat mengenalkan kepada murid-murid tentang beza antara mengira secara menaik atau

menurun. Setelah itu, guru boleh mencuba pula dengan menggunakan situasi sebenar:

(e) Dengan menggunakan garis nombor, murid boleh menyelesaikan masalah situasi sebenar

ini. Murid dengan mudah mengira secara menurun dengan menggunakan garis nombor

ini.

0 1 2 3 4 5

Mengira secara menaik satu-satu

Mengira secara menurun satu-satu

Juliana mempunyai 8 biji guli. Dia memberikan 3 biji guli kepada kawannya. Berapa baki yang tinggal padanya?

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

8 biji guli pada Juliana

3 biji guli yang diberikan pada kawannya

Baki guli yang tinggal pada Juliana

Page 11: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Contoh 2:

(a) Guru meminta murid untuk membina satu soalan berbentuk ayat matematik secara

berpasangan.

(b) Murid menampalkan garis nombor di papan hitam.

(c) Murid diminta oleh guru untuk menyelesaikannya di papan hitam. Murid akan melukis

anak panah pada garis nombor dipapan hitam.

(d) Guru menunjukkan kepada murid bagaimana untuk mencari jawapannya iaitu nombor

yang terakhir pada hujung anak panah itu adalah merupakan jawapannya.

(e) Guru mengulang latihan ini dengan soalan – soalan yang lain.

8– 3 = ?

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

123

8– 3 = 5

Page 12: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

SOALAN 2

a) Kesalahan / kesilapan yang murid lakukan.

Daripada jawapan yang diberikan oleh murid ini, murid ini telah melakukan kesalahan

dengan menambah kedua-dua nombor yang terdapat dalam ayat matematik tersebut. Bagi

soalan yang pertama, murid telah menambahkan 3 dengan jumlah iaitu 5 dan murid telah

mendapat jawapan 8. Bagi soalan yang kedua pula, murid telah menambahkan 3 dengan

jumlahnya juga iaitu 6 dan jumlah yang didapati oleh murid ialah 9. Soalan yang ketiga pula,

murid telah menambahkan 2 dengan jumlahnya juga iaitu 4 dan mendapat 6 sebagai jawapan.

b) Cara untuk membantu murid menangani kesilapan dan ketidakfahaman tersebut.

Dalam hal ini, soalan bimbingan yang diperlukan ialah, “Apakah kumpulan (nombor)

yang mesti ditambah kepada kumpulan (nombor) yang lebih kecil untuk mendapatkan

kumpulan (nombor) yang lebih besar itu?”. Kumpulan (nombor) yang lebih besar itu kita

panggil sebagai jumlah.

Dalam bentuk simbol konsepnya dinyatakan seperti berikut bagi soalan yang pertama:

3 + = 5 atau

3 = 5 - atau

5 - = 2

?

?

?

Page 13: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Begitu juga dengan soalan yang kedua, jika dinyatakan dalan bentuk simbol

konsepnya adalah seperti berikut:

+ 3 = 6 atau

3 = 6 - atau

6 - = 3

Jika dalam bentuk simbol konsepnya dinyatakan seperti berikut bagi soalan yang

ketiga:

2 + = 4 atau

2 = 4 - atau

4 - = 2

Untuk menggambarkan situasi ini, dua nombor atau kumpulan diberi (biasanya dua

nombor atau kumpulan yang tidak senilai) seperti di dalam soalan pertama, iaitu:

“Auny telah habis membuat 3 biji kek. Jika dia bercadang untuk membuat 5 biji kek,

berapa biji lagi kek yang mesti dibuatnya?

Dalam soalan ini, masalah yang hendak diatasi ialah bagaimana mencari satu juzuk

tambah yang diperlukan. Disini, murid-murid perlu mempelajari operasi songsangan. Mereka

boleh menyelesaikannya dengan cara menentukan apa nombor yang diperlukan iaitu:

?

?

?

?

?

?

Page 14: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Untuk mendapatkan 5 dia perlu menambah 3 dengan 2 , atau 3 + ? = 5, dan dengan

ayat tolak ditulis 5 – 3 = ?

Walau bagaimanapun, sebelum konsep penambahan dalam apa cara atau situasi

disarankan sekalipun, aktiviti-aktiviti yang asas ke arah kefahaman pengetahuan hendaklah

diberi atau dimahirkan oleh murid-murid.

Aktiviti yang dimaksudkan ialah kemahiran-kemahiran yang asas yang telah

dipelajari yang merupakan kemahiran prasyarat bagi konsep penambahan. Satu daripada

aktiviti ini ialah latihan membilang khususnya membilang sebahagian daripada sebarang

kumpulan benda dalam lingkungan 10.

Contohnya, murid-murid diberi 5 pembilang. Mereka membilang hingga 3. Kemudian

mereka ditanya, berapa banyak pembilang yang tinggal.

Dalam rajah dibawah, murid-murid membilang sebahagian daripada kumpulan yang

ada iaitu 5. Dia telah mengira hingga 3, kemudian dia mengira bakinya atau yang tinggal.

Didapatinya yang tinggal ialah 2.

Aktiviti yang kedua yang boleh dilakukan oleh murid ialah melalui pengiraan

menggunakan garis nombor. Jika dilihat daripada soalan yang kedua iaitu ? + 3 = 6, aktiviti

pengiraan menggunakan garis nombor boleh dilakukan dengan contoh :

Azeef perlukan 6 biji ceri.

Dia hanya ada 3 biji ceri sekarang ini.

Baki yang tinggal ialah 2

Page 15: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Berapa biji ceri yang mesti dia cari?

Rajah dibawah menerangkan dengan sendirinya bahawa pada mulanya Azeef belum

lagi mempunyai 6 biji ceri itu. Dia hanya mempunyai 3 biji ceri. Gambar berikut

menunjukkan bilangan buah ceri yang diperlukan lagi.

Pernyataan yang sesuai hendaklah dibincangkan supaya akhirnya sampai kepada

kefahaman bahawa di dalam bentuk ayat matematik ini dinyatakan dalam dua peringkat iaitu:

? + 3 = 6

6 – 3 = 3

Guru akan menuliskan ayat matematik penambahan tersebut di papan hitam.

Kemudian, murid diminta untuk menampalkan garis nombor di papan hitam.

Murid diminta untuk bergerak daripada nombor 3 diatas garis nombor hingga ke

nombor 6. Kemudian, kira bersama-sama dengan murid.

Oleh itu, murid akan mendapat jawapannya iaitu, + 3 = 6. Guru boleh mengulangi

aktiviti ini dengan soalan-soalan yang lain dan boleh menyoal murid jika perlu.

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

1 2 3

3

Page 16: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini juga, murid-murid akan dapat menguatkan

kefahaman mereka mengenai proses penambahan dan pembinaan ayat matematik bagi proses

tambah iaitu menyatakannya dalam bentuk abstrak dengan menggunakan nombor dan simbol.

Page 17: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

SOALAN 3

a) Sejarah wang di Malaysia semenjak kemerdekaan Negara hingga hari ini.

Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia

dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang

kertas bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 serta syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen, 5

sen dan 1 sen. Nama “Ringgit” berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang

digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga dikenali sebagai ringgit bagi

masyarakat tempatan.

Mulai bulan Ogos 1975, nama “Ringgit” diterima secara rasmi sebagai nama khas

bagi mata wang Malaysia. Sebelumnya wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris

dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun penggunaan simbol $ terus

digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.

Jika mengikut sejarah, pada tahun 1954, Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia

dan British Borneo menukar mata wang kertas kepada dolar selat (Logam) yang

kemudiannya diganti dengan dolar Malaya.

Setelah merdeka iaitu pada tahun 1958, Ordinan Bank Negara Malaysia mengamalkan

sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa untuk percetakan mata wang.

Pada 23.11.1963, Persidangan Lembaga Mata Wang telah diadakan di Kuala Lumpur.

Persidangan tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Singapura, Sabah, Sarawak dan

Brunei. Menteri Besar Brunei, Dato’ Setia Marsal bin Maun telah mewakili kerajaannya.

Dato’ Jamil Rais, Setiausaha Perbendaharaan memberitahu di antara perkara-perkara yang

dibincangkan dalam persidangan itu ialah:-

1. Mengkaji tugas-tugas Bank Negara dalam usaha mengambil-alih sepenuhnya urusan

pengeluaran mata wang Malaysia.

Page 18: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

2. Membincangkan juga kedudukan negara Brunei dalam Lembaga Mata wang, kerana

Brunei tidak termasuk dalam kerajaan Malaysia.

Menurut Dato’ Jamil lagi, bentuk rupa mata wang Malaysia diubahsuai selaras dengan

perkembangan ekonomi di masa itu. Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 20 Januari

1959, di bawah Ordinan Bank Negara Malaysia 1958. Ia adalah milik kerajaan sepenuhnya.

Matlamat utama Bank ini selaku Bank Pusat Negara adalah untuk memupuk kestabilan

kewangan dan perkembangan satu struktur kewangan yang baik untuk mempengaruhi

kedudukan kredit bagi faedah negara.

Antara tugas penting yang dilaksanakan oleh Bank ini ialah:-

Mengeluar wang dan menyimpan cadangan untuk memelihara nilai wang ini;

Menjadi wakil dan penasihat kewangan kepada kerajaan;

Menjadi banker kepada bank-bank perdagangan

Menyelia perjalanan urusan sistem bank ke seluruh negara.

Sesungguhnya dengan persidangan Lembaga Mata Wang dalam tahun 1963, telah memberi

keyakinan terhadap perkembangan ekonomi yang lebih baik dan rangka kewangan yang

teguh bagi seluruh Malaysia.

Pada 12.6.1967 matawang baru Malaysia mula digunakan. Inilah pertama kalinya

matawang Malaysia menggunakan nilai RINGGIT sebagai nilai tukaran antarabangsa. Dalam

satu kenyataan di Bilik Gerakan Negara, Menteri Kewangan, Encik Tan Siew Sin memberi

jaminan bahawa nilai matawang baru ini tidak berubah harganya dan tetap teguh baik di

dalam mahu pun di luar negeri; yang berubah ialah bentuk rupanya sahaja. Keteguhan nilai

matawang Malaysia adalah disebabkan oleh kekuatan ekonominya termasuk kedudukan

wang hasil dalam negeri, dan juga simpanan pertukaran wang luar yang besar. Wang baru ini

menukarkan yang lama dengan kadar yang sama iaitu satu ringgit wang lama bersamaan satu

ringgit wang baru. Ketibaan wang baru ini disambut dari London di Port Swettenham dalam

satu gerakan kawalan keselamatan yang rapi dan ketat.

Page 19: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Wang-wang kertas dan syiling baru ini kemudiannya disimpan di Pejabat Matawang,

Bank Negara Malaysia di Batu Tiga, Shah Alam untuk diedar dan digunakan di seluruh

negara mulai hari ini dalam tahun 1967. Wang wang yang diedar dan digunakan itu adalah

dalam bentuk wang kertas yang bernilai $1, $5, $10 dan $100 dengan tiap-tiap satunya tertera

gambar wajah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong I di permukaannya; sementara

wang syiling pula bernilai 1¢, 5¢,10¢,20¢ dan 50¢ dengan permukaan di sebelah belakang

bertatahkan Bangunan Parlimen dan bulan bintang berbucu tiga belas. Kedua-kedua wang

baru dan lama itu sama-sama dipakai sehinggalah wang lama ditarik balik pengedarannya.

Pada tahun 1973 hingga 1985, sistem kadar wang fleksibel iaitu boleh ubah mula

diamalkan oleh Malaysia bagi menstabilkan mata wang ringgit.

Pada tahun 1975, wang RM baru dikuatkuasakan dibawah Akta Mata Wang Malaysia.

Penggunaan piawai emas dihapuskan. Manakala nilai mata wang Malaysia ditentukan oleh

sekumpulan mata wang negara lain iaitu rakan perdagangan utama. Pada tahun 1985 hingga

1997, sistem pertukaran mata wang kadar terapung diamalkan memandangkan pertumbuhan

ekonomi dan perdagangan kian rancak.

Kemudian, pada tahun 1998, nilai mata wang ringgit ditambatkan kepada RM 3.80

untuk setiap USD 1 disebabkan oleh krisis ekonomi Asia pada 1997.

Pada 12 Julai 2005, Bank Negara Malaysia telah menamatkan pemautan mata wang

ringgit kepada dollar Amerika Syarikat selepas China mengumumkan penamatan pautan

renminbi kepada dollar. Menurut Bank Negara Malaysia, Malaysia akan membenarkan

ringgit untuk dioperasi dengan apungan terkawal dengan beberapa mata wang utama. Ini

menyebabkan nilai mata wang ringgit naik menghampiri aras nilai pasaran yang dapat

diterima. Namun demikian, Bank Negara Malaysia ada bercampur tangan dalam pasaran

kewangan untuk mengekalkan kestabilan di dalam dagangan ringgit.

Page 20: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Wang Kertas RM 10 siri ke-3 (1976 - 1981)

Wang kertas RM10 yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang

ke-2, Tun Ismail bin Mohamed Ali yang dikeluarkan sekitar tahun 1976 - 1981. Wang kertas

ini dicetak oleh Bradbury Wilkinson & Co, First Prefix bagi wang kertas RM10 ini bermula

dengan D/?? xxxxxxx dan Last Prefixnya pula bermula dengan F/?? xxxxxxx.

Page 21: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Wang Kertas RM 1 siri ke-4 (1981 – 1983)

Wang kertas RM1 siri ke-4 ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri

Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha, ianya dicetak oleh Bradbury Wilkinson & Co.

Page 22: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

Wang Kertas RM 5 siri ke-5 (1982 – 1984)

Wang kertas RM5 yang mempunyai "Cross"/Salib iaitu RM5 keluran siri ke-5 (1982-1984)

yang ditandatangani oleh Gabenor BNM Tan Sri Dato' Abdul Aziz bin Haji Taha. wang

kertas tersebut dicetak oleh Thomas De La Rue. Tanda "Cross"/Salib tersebut mula

dibuang/dihilangkan pada keluaran wang kertas RM5 siri ke-6 dimana nombor sirinya

bermula dengan NRxxxxxxx - NYxxxxxxx dan PAxxxxxxx - PWxxxxxxx. Wang kertas

gantian bagi kedua-dua siri wang kertas RM5 ini di tandakan dengan NZxxxxxxx.

Page 23: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

b) Satu aktiviti untuk memperkenalkan wang kepada kanak-kanak.

Aktiviti : Mengenal Nilai Wang

Objektif:

1. Mengenali duit syiling dan duit kertas mata wang Malaysia.

Alat Bantuan Mengajar:

1. Kertas Berjadual

2. Pensel

3. Wang kertas RM 1, RM 5, RM 10, RM 50 dan RM 100

4. Wang syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen

Langkah-langkah:

1. Guru menyediakan wang syiling 1 sen hingga 50 sen.

2. Murid diminta mengasingkan wang syiling mengikut warna.

3. Seterusnya murid diminta meneliti warna, saiz dan catatan pada kedua-dua

permukaan wang syiling tersebut. Mereka dikehendaki mencatatkannya dalam jadual

berikut:

Jenis duit syiling Catatan pada permukaan WarnaDepan Belakang

1 sen

5 sen

10 sen

20 sen

50 sen

Page 24: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

4. Guru menyediakan pula wang kertas sebenar yang bernilai RM1 hingga RM50.

5. Murid diminta meneliti saiz, warna dan catatan pada kedua-dua permukaan wang

kertas tersebut dan kemudian mencatatkannya dalam jadual seperti yang berikut:

Jenis wang kertas Catatan pada permukaan WarnaDepan Belakang

RM 1

RM 5

RM 10

RM 50

RM 100

6. Kemudian, guru meminta murid untuk menerangkan kepada kelas tentang ciri-ciri

fizikal wang kertas dan wang syiling kepada semua murid.

7. Guru merumuskan dan menerangkan kepada murid-murid tentang ciri-ciri fizikal

yang terdapat pada wang kertas dan wang syiling.

Page 25: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

c) Satu aktiviti untuk mengajar pelajar Tahun Satu konsep asas penambahan

menggunakan wang syiling dan wang kertas.

Aktiviti : Mencari Jumlah Nilai Wang

Objektif: 1) Menambah duit syiling sehingga RM1 dan duit kertas sehingga RM10.

Alat Bantuan Mengajar: 1) Contoh duit kertas dan duit syiling

2) Kad bergambar (duit syiling dan duit kertas)

Langkah-langkah:

1) Tampalkan kad bergambar duit syiling 10 sen dan duit syiling 50 sen diatas papan hitam.

2) Murid diminta untuk menyebut nombor dan nilai duit syiling yang mereka lihat di papan

hitam.

Murid : Saya melihat sekeping duit syiling 10 sen dan sekeping duit syiling 50 sen.

Guru : Berapakah jumlahnya? Mari kita kira jumlahnya.

3) Guru menunjukkan kaedah untuk mengira secara sepuluh-sepuluh daripada 50.

50 60

Page 26: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

4) Murid diminta menulis ayat matematik tersebut di papan hitam.

50 sen + 10 sen = 60 sen

5) Guru membaca ayat matematik tersebut dan murid diminta untuk mengikut guru

membaca ayat matematik bersama-sama dengan guru.

Lima puluh sen tambah sepuluh sen sama dengan enam puluh sen

6) Teruskan aktiviti ini dengan duit kertas. Kaedah mengira secara satu-satu juga boleh

digunakan dalam mencari jumlah nilai sesuatu wang atau duit syiling.

Page 27: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

SUMBER RUJUKAN

S.Baharin(1992). Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah

Rendah Buku 1 Edisi Kedua. Ampang/Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan.Percetakan

Dewan Bahasa dan Pustaka.

BPG,KPM(1998). Konsep dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Matematik:Wang,

Ukuran dan Sukatan Untuk Sekolah Rendah. Ampang/Hulu Kelang, Selangor Darul

Ehsan. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

A.Siti Fazili(2009). HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One

Primary School. Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn Bhd.

H.Sufean(1992). Pengajaran Matematik KBSR Strategi Membina Kemahiran. Kampung

Baru, Kuala Lumpur. Percetakan Watan Sdn Bhd.

J.Zuraidah(2003). Mathematics Teacher’s Guide Year 1. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Panpac (M) Sdn Bhd.

M.M.Marzuki, M.Fezarudin & W.N.Wan Yusof(2002). Mathematics Teacher’s Guide Year

1 Part 1. Lebuh Chulia, Pulau Pinang. Dewan Bahasa dan Pustaka.

M.M.Marzuki, M.Fezarudin & W.N.Wan Yusof(2002). Mathematics Teacher’s Guide Year

1 Part 2. Lebuh Chulia, Pulau Pinang. Dewan Bahasa dan Pustaka.

S.S.Mok(1997). Penyuburan Matematik Untuk Diploma Perguruan Malaysia. Kajang,

Selangor Darul Ehsan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_ringgit

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ringgit_Malaysia

http://www.ipbl.edu.my/math/modul/Materials/Number%20Operations(Subtract).pdf.

Page 28: HBMT1203 Teaching of Mathematics for Pre-School and Year One Primary School

ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN (770218-01-5450)

http://74.125.153.132/search?q=cache:VGv6HKY-h-MJ:myais.fsktm.um.edu.my/

5186/1/5.pdf