cover kompetensi 2

16
NAMA PROGRAM / PROGRAM NAME SENI KULINARI TAHAP / LEVEL LEVEL 1 ( SEMESTER 1 ) NO DAN TAJUK KURSUS/ COURSE NO AND TITLE HSK 103 DESSERT I KOMPETENSI / COMPETENCY KOMPETENSI 1 : PREPARE COLD LOCAL DESSERT OBJEKTIF KURSUS / OBJECTIVE COURSE Identify types of desserts, Obtain and apply recipe for desserts, Select and prepare ingredients, cooking utensils and equipment to prepare desserts, Perform appropriate garnishing and sizes for dessert, Practice sanitation, safety precautions and ethical principles in the workplace. NO KOD / CODE NO HSK103/K2/P(1/1) Page : of : TAJUK : KOMPETENSI 2 - COLD LOCAL DESERT TUJUAN : 1. Mengenalpasti jenis-jenis desert sejuk tempatan. 2. Memilih resepi desert sejuk tempatan. 3. Menyenaraikan bahan-bahan untuk menyediakan desert sejuk tempatan. 4. Menerangkan kaedah memasak desert sejuk tempatan. KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK, JALAN GENTING KLANG, SETAPAK, 53300 KUALA LUMPUR. KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEET

Upload: mya-dimyati

Post on 24-Nov-2015

101 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK,JALAN GENTING KLANG,SETAPAK,53300 KUALA LUMPUR.KERTAS PENERANGANINFORMATION SHEET

NAMA PROGRAM / PROGRAM NAMESENI KULINARI

TAHAP / LEVELLEVEL 1 ( SEMESTER 1 )

NO DAN TAJUK KURSUS/ COURSE NO AND TITLEHSK 103 DESSERT I

KOMPETENSI / COMPETENCYKOMPETENSI 1 : PREPARE COLD LOCAL DESSERT

OBJEKTIF KURSUS / OBJECTIVE COURSEIdentify types of desserts, Obtain and apply recipe for desserts, Select and prepare ingredients, cooking utensils and equipment to prepare desserts, Perform appropriate garnishing and sizes for dessert, Practice sanitation, safety precautions and ethical principles in the workplace.

NO KOD / CODE NO HSK103/K2/P(1/1)Page : of :

TAJUK: KOMPETENSI 2 - COLD LOCAL DESERT

TUJUAN:

1. Mengenalpasti jenis-jenis desert sejuk tempatan.2. Memilih resepi desert sejuk tempatan.3. Menyenaraikan bahan-bahan untuk menyediakan desert sejuk tempatan.4. Menerangkan kaedah memasak desert sejuk tempatan.5. Mengenalpasti peralatan dan perkakas untuk menyediakan, memasak, memporsi, menghias dan menghidang desert sejuk tempatan .6. Menerangkan langkah kerja menyedia dan memasak desert sejuk tempatan mengikut prosedur yang betul..7. Menerangkan tujuan memporsi desert sejuk tempatan.8. Menyenaraikan bahan hiasan yang sesuai digunakan untuk menghias desert sejuk tempatan.

PENERANGANDesert Sejuk Desert tempatan adalah desert yang menggunakan bahan tempatan sebagi sumber utamanya. Faktor yang mempengaruhi desert tempatan ialah ramuan dan iklim. Di Malaysia terdapat 3 jenis dessert iaitu Desert Melayu, Cina dan India.

MAKSUD DESERT SEJUKDesert merupakan hidangan manis yang dihidangkan di akhir hidangan selepas hidangan utama untuk melengkapkan atau menyeimbangkan lagi hidangan itu. Desert sejuk dihidangkan sejuk dan sangat sesuai dihidangkan pada waktu panas seperti selepas makan tengahari.

DESERT MELAYUDihidang sejuk atau panas di akhir jamuan. Kekacang, bijirin dan umbisi digunakan sebagai bahan utama dalam penyediaan desert juga Santana atau kelapa dan gula melaka dijadikan inti dan bahan tambahan dalam agar-agar dan kuih-muih.

Bahan utama

BahanPenerangan /contoh

KekacangKacang hijau dan kacang merah.

BijirinPulut hitam, gandum dan jagung.

Buah-buahanPisang, labu dan nangka

UmbisiUbi kayu, keledek dan keladi.

Bahan tambahan

Gula MelakaSebagai inti, memberi warna dan sebagai sirap

Daun pandanMemberi bau harum dan sebagai pewarna hijau.

Daun pisangPembalut makanan selepas atau sebelum masak.

KelapaSebagai inti dan santannya boleh menggantikan air untuk membuat bater.

Sagu mutiaraSebagai pemekat bubur atau pengat.

RESIPI DESERT SEJUK MELAYU

Puding Sagu Gula Melaka

Sajian untuk 4 porsiRamuan Kuantiti

Sagu biji120gm

Air kosong1 liter

Sirap

Gula Melaka 100gm

Gula pasir60gm

Air 100ml

Sos santan

Pati santan250ml

Garam 1gm

Cara Membuat:

1. Cuci dan rendam sagu sebebtar kemudian toskan.2. Masak air dalam periuk kemudian masukkan sagu.3. Kacau dan masak hingga sagu jernih.4. Masukkan sagu dalam penapis santan kemudian basuh kanjinya di bawah air yang mengalir. Masukkan ke dalam acuan yang telah dibilas dan biarkan sagu set.5. Cincang gula Melaka. Masakkan bersama gula pasir dan daun pandan. Tapiskan ke dalam mangkuk sos.6. Masak pati santan bersama garam di atas api sederhana sebentar sahaja.7. Keluarkan sagu kemudian hidangkan bersama sirap dan sos santan dalam pinggan dan mangkuk sundae.

Som-som manis

Ramuan Kuantiti

Tepung beras60gm

Santan 500ml

Garamsedikit

Sirap

Gula pasir100gm

Air sejuk250ml

Daun pandan1 helai

Cara Membuat:

1. Bancuh tepung dengan santan menjadi bater dan masukkan garam.2. Masakkan adunan di atas api yang perlahan dan sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.3. Masak adunan sehingga pekat dan berkilat, angkat dari dapur.4. Masukkannya kedalam acuan yang telah dibilas dengan air dan sejukkan sehingga set5. Keluarkan som-som dari acuan dan masukkan dalam mangkuk desert.6. Hidangkan som-som bersama air gula yang dituang diatasnya.

ABC

Ramuan Kuantiti

Bahan AKacang MerahCincau - potong dadu atau memanjangJagung CendolKacang tanah goreng tanpa minyak buang kulitnyaSusu sejat

1tbsp

Bahan B Air Sirap Merah Atau Air Sirap Gula MerahAir Sirap Merah

Secukup rasa

bahan CAis blok secukupnya

Cara Membuat:

1. Gula dan pewarna merah serta daun pandan simpul dimasak hingga pekat.2. Air Sirap Gula Merah dimasak dengan 1 daun pandan simpul dengan sedikit air , pekatkan jangan telalu cair.3. Kisar ais dalam hingga halus.4. masukkan sesudu bahan A hidang untuk seorang dalam bekas ice cream jenis panjang untuk satu orang makan, mesin ais masukkan kedalamnya, tuang gula sirap merah atau air gula merah dan susu. Kemudian hidangkan

Cendol

Ramuan Kuantiti

Bahan AKacang MerahJagung CendolPulut

1tbsp

Bahan B Sirap gula MelakaSantanGaramSecukup rasa

bahan CAis blok secukupnya

Cara Membuat:1. Air dan gula Melaka serta daun pandan simpul dimasak hingga pekat.2. Santan dimasak sekejap dan masukkan garam secukup rasa.3. masukkan sesudu bahan A dan bahan Chidang untuk seorang dalam bekas.4. Tuangkan bahan B secukup rasa dan hidangkan.

DESERT CINADihidang sejuk atau panas di akhir jamuan. Kacang merah dan kacang soya digunakan sebagai bahan utama dalam penyediaan desert juga dijadikan inti dan bahan tambahan dalam agar-agar dan kuih-muih.

Buah-buahan banyak digunakan dalam penyediaan desert CinaBuah-buahan segar seperti nenas, epal, pear, atau pisang Disadur dan digoreng-fruit fritters

Buah-buahan segar dan dalam tin seperti laici, longan dan limau mandarin Dihidang bersama-sama pudding dan agar-agar

Buah-buahan segar Dijadikan salad buah-buahan Dipotong dan dihidang segar Dihidang bersama mousse dan sherbert

Jus Lai Chi Kang adalah salah satu minuman untuk mengeluarkan haba kepanasan dalam badan. Kebiasaan yang suka minumnya adalah dari orang cina.

Bahan yang digunakanGambar

Halwa kundur

Longan kering

Contoh desert Cina sejuk yang lain.1. Mouse laici dan halia2. Almond float3. Agar-agar kacang soya4. Agar-agar laici5. Pudding kacang hijau6. Pudding kacang merah7. Mandarin sherbert

RESIPI DESERT SEJUK CINA

Ramuan Kuantiti

longan kering5gm

biji selasih1tsp

cincau1tsp

buah kembang semangkuk3biji

kismis kuning1tbsp

kacang minyak1tbsp

halwa kundur1tbsp

gula batu5gm

Cara Membuat:1. Rendamkan buah kembang semangkuk dan biji selasih dalam air sejuk.2. Basuh dan rebuskan longan kering sampai kembang. Bila longan sudah kembang masukkan gula batu secukup manis dan masukkan kismis. Angkat dan sejukkan.Bila semuanya dah kembang bolehlah masukkan ke dalam air longan.3. Selepas itu masukkan cincau.Simpan di dalam peti ais. Bila hendak minum baru diletakkan kacang dan halwa.

DESERT INDIA

Desert dalam masakan India terdiri daripada hidangan yang manis yang berasaskan susu. Hidangan desert lebih dikenali sebagai manisan yang disajikan selepas menikmatikmati hidangan utama. Walaupunbegitu ada manisan seperti laddu yang menjadi symbol untuk meraikan sesuatu kejayaan atau kemenangan.Bahan utama

Tepung suji

Vermiseli

Minyak sapiYogurt dan susu

Bahan tambahan

Gajus, kismis dan mawa untuk memberikan rasa yang sedap dan rupa yang menarik

Jenis Desert IndiaJenisContoh masakan Kaedah memasak

Panas Samosa mawa Gulab jamun Kesari Payasam Menggoreng Menggoreng Merendidih Merendidih

Sejuk Kulfi Gajah Ki Halwa Persediaan sejuk Merendidih

RESIPI DESERT SEJUK INDIA

Payasam

Ramuan KuantitiPeralatan

Vermiseli 30gm Kuali Mangkuk desert

Sagu biji10gm

Susu UHT100ml

Gula Pasir40gm

Kismis 100gm

Gajus30gm

Pewarna kuning tsp

Garam dan serbuk buah pelageSecukupnya

Cara memasak1. Didihkan susu dalam periuk. Kemudian masukkan vermiseli.2. Tambahkan sagu dan kacau sehingga masak3. Masukkan gula, serbuk pelaga, pewarna, garam, sebahagian biji gajus dan kismis.4. Masukkan payasam dalam mangkuk desert dan hias dengan baki biji gajus dan kismis. Hidangkan.

JENIS PERALATAN DAN PERKAKAS

UNTUK PENYEDIAAN

Senduk kayu Untuk mengacau adunan sebelum atau semasa memasak.

Pisau paring Untuk memotong bahan seperti gula Melaka dan daun pandan untuk hiasan.

Papan pemotong Sebagai pengalas semasa memotong bahan.

dulang Untuk meletak bahan yang telah diambil sebelum memasak.

Sudu kecil Untuk merasa masakan yang telah dimasak.

whisk Untuk mengacau adunan sebelum atau semasa memasak.

Periuk Untuk memasak adunan.

penapis Untuk menapis bahan seperti sagu yang telah direbus.

Mangkuk Untuk mencampurkan bahan sebelum dimasak di atas api.

UNTUK HIDANGAN

Dessert spoonDessert fork Untuk menjamu hidangan.

Dessert plate Sebagai alas pada sundae glass atau dessert bowl.

Sundae glass Sesuai untuk hidangan som-som manis, ABC, Lai Chi Kang, Payasam dan puding sagu.

Dessert bowl Sesuai untuk hidangan som-som manis, ABC, Lai Chi Kang, Payasam dan puding sagu.

Soalan:

PERBANDINGAN DESERT SEJUK TEMPATAN

Jenis masakan desert sejuk

Bahan utama yang digunakanBahan tambahan yang digunakanContoh desert sejuk

Desert Masakan Melayu Som-som manis Pudding sagu gula Melaka

Desert Masakan Cina Mouse laici dan halia Almond float Agar-agar kacang soya Agar-agar laici Pudding kacang merah Mandarin sherbert

Desert Masakan India

Kulfi Gajah Ki Halwa