hbef2803 t2a3.docx

5
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN SEMESTER JANUARI / TAHUN 2015 AKTIVITI 2 : RUMUSAN KERTAS KERJA 2 ( T2A3 ) NO. MATRIKULASI : 83010201561001 NO. KAD PENGENALAN : 830102-01-5610 NO. TELEFON : 012-4456362 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM ALOR SETAR KEDAH

Upload: asikin83

Post on 26-Sep-2015

20 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2803PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2015

AKTIVITI 2 : RUMUSAN KERTAS KERJA 2 ( T2A3 )

NO. MATRIKULASI : 83010201561001NO. KAD PENGENALAN: 830102-01-5610 NO. TELEFON: 012-4456362 E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: OUM ALOR SETAR KEDAH

Tugasan 2 Aktiviti 2 : Rumusan Ceramah Tajuk 2 ( T2A2) Tajuk 2 : Motivasi Pelajar Pembentang : Tuan Haji Ibrahim b. Sakimin Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard & Verifikasi Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Berdasarkan kepada Video seminar yang bertajuk Motivasi Pelajar Yang telah dibentangkan oleh Tuan Haji Ibrahim b.Sakimin, Dengan ini saya dapat manfaat dan motivasi daripada seminar ini walaupun saya hanya menonton daripada video yang dimuat turun dari EPiC. Dengan motivasi guru ini ia dapat member impak yang besar terhadap diri saya betapa pentingnya program PPG ini untuk meningkat profesionalisme keguruan. Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai langkah dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan visi negara. Pelaksanaan tersebut telah mula sebelum negara menggapai merdeka lagi. Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi pelbagai perkara dan segenap sudut seperti aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan banyak lagi. Langkah dan usaha kearah kemajuan dan pembangunan Negara yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila terhasilnya Laporan Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan Razak dan lain lain lagi yang bertujuan ke arah pembangunan dalam bidang pendidikan. Dewasa ini, bidang pendidikan telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion. Latihan yang khusus adalah penting kepada seorang bakal guru untuk membolehkannya melangkah ke alam profesion guru. Syed Ismail dan Ahmad (2012) menyatakan, menurut Kamus Dewan, profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas. Mengikut Lieberman (1956), pula, sesuatu kerjaya yang digolongkan sebagai profesion haruslah mengandungi beberapa ciri khusus. Pertama, mereka golongan profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. Seterusnya, pekerjaan itu, merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Selain itu, pekerjaan yang menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. Kemudian mereka golongan pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya. Mereka juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi perkhidmatan. Pekerja dalam kerjaya itu terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahli. Seterusnya, setiap ahli mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu. Terakhir, setiap ahli akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya. Berdasarkan ciri - ciri tersebut, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Oleh hal yang demikian, adalah pasti bahawa kerjaya guru merupakan suatu profesion berdasarkan ciri-ciri dalam kerjaya guru yang menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh Liberman. Secara ringkasnya disimpulkan, Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan guru menyambung pengajian dengan mengikut bidang serta tempat pilihan sendiri. Objektif kementerian meminta guru menyambung pengajian antaranya ialah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai pada guru-guru serta dpat meningkatkan pendapatan. Diantara ciri-ciri negara maju adalah apabila golongan kakitangan kerajaan berpendapatan tinggi memberi gambaran bahawa penduduk malaysia selaras dengan negara-negara maju. Laluan kerjaya diperbaiki pada tempoh masa singkat. Pelan pendidikan telah melalui fasa transformasi hasil desakan kesatuan guru dan kini direalisasikan oleh kerajaan. Laluan kerjaya diperbaiki sehingga gred JUSA mungkin akan diwujudkan di sekolah rendah. Isu petempatan dan kenaikan gred ke 41 dijangka tidak akan ada masalah kerana ini telah melalui rangka pelan yang cukup lama untuk memartabatkan proffesion guru. Guru-guru juga tidak terikat dengan sebarang kontrak yang membebankan. Menjelang RMK 10 harapan kerajaan / Kementerian Pendidika Malaysia ialah 90% guru sekolah menengah berijazah dan 60% guru sekolah rendah berijazah. Dalam bab motivasi pelajar, matlamat belajar ialah mempertingkatkan pendapatan dan telah diwujudkan laluan kerjaya menarik antaranya guru cemerlang, guru pakar, guru SICS, dan lain-lain. Bidang pendidikan adalah satu-satunya perkhidmatan awam yang jatuh tempat ke dua selepas bidang perubatan di mana gaji adalah bawah para doktor. Tumpuan pada nilai diri guru. Guru perlu bersyukur kerana gaji yang baik, pekerjaan bagus, tidak sesukar kerja bidang lain seperti inspektor polis yang berhadapan dengan penjenayah. Banyak kes yang perlu di selesaikan. Guru perlu survival utnuk dapat situasi yang selesa. Perlu tingkatkan proffessional dan ada perjuangan dan pengorbanan. Jangan nantikan arahan malahan bertindak merebut peluang untuk laluan luar biasa. Sentiasa memotivasikan diri agar dapat cipta inovasi dalam PDP. Lonjakkan nama bukan tunggu arahan atau duduk tanpa mahu melakkan perubahan. Rujuk ciri profesionalisme guru. Guru perlu ubah paradigma. Guru itu akan dapat pengiktirafan sebagai profesional berdasarkan kursus-kursus dan seminar yang diikuti, kemahiran dan ilmu yang telah dibuktikan dari sijil dan kecemerlangan yang ditonjolkan oleh guru. Rujuk 12 tonggak nilai yang perlu diamalkan oleh guru. Antaranya bersyukur dapat kerja guru, dapat belajar bawah KPM, dan bersyukur Bahagian Pendidikan Guru serta KPM sentiasa memantau. Bangga menjadi guru. Sekarang KPM membuat pengambilan dari kalangan mereka yang terbaik sahaja iaitu sekurang-kurangnya mendapat 9A. Menjaga nilai profesionalisme seperti tepati masa, jujur, inisiatif bekerja, seta bijak selesaikan masalah.

Kesimpulan Peranan guru adalah sebagai komunikator pembangunan masyarakat. Seorang guru diharapkan dapat berperanan aktif dalam pembangunan dan semua bidang yang sedang dilakukan. Ia dapat mengembangkan kemampuannya pada bidang-bidang dikuasainya. Guru juga sebagai administrator. Seorang guru tidak hanya sebagai pendidik dan pengajar, tetapi juga sebagai administrator pada bidang pendidikan dan pengajaran. Oleh kerana itu, seorang guru dituntut bekerja secara professional. Segala perlaksanaan berkaitan proses pembelajaran dan pengajaran perlu ditonjolkan secara baik. Sebab guru tugasannya seperti membuat rancangan mengajar, menganalisis hasil belajar dan sebagainya merupakan dokumen yang berharga bahawa ia telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Perlu ikhlas untuk menjadi seorang guru sanggup mengadapi cabaran dan tidak akan berputus asa dalam meningkatkan martabat pendidikan. Guru perlu memahami proses pembelajaran. Sebagai guru, pelajar akan dipastikan faham tentang matapelajaran yang diajar, harapan guru terhadap pelajar dan prosedur bilik darjah. Pelajar juga akan terbabit secara aktif denga aktiviti pembelajaran dan guru memastikan pelajar dibimbing dan ditunjuk ajar dengan melakukan penilaian kefahaman. Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan- penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini. Warga pendidik yang kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan. Modal insan yang cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam dunia pendidikan. ( 1132 patah perkataan )2