07. hbef2803 topik 3 -...

23
PENGENALAN Sekarang kita akan memasuki Topik 3 bagi modul Perkembangan Profesionalisme Keguruan. Sekolah diwujudkan dengan autoriti untuk meletakkan standard dan kriteria tertentu di dalam pentadbiran pelajar demi mencapai kejayaan. Ini menjadikan peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran sekolah yang selesa dan kondusif untuk belajar hinggalah kepada mendidik pelajar menjadi anggota masyarakat yang berjaya dan berguna di masa hadapan. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep akauntabiliti seorang guru; 2. Membincangkan bagaimana iklim sekolah yang positif boleh dibentuk; 3. Memberikan cadangan penyelesaian masalah untuk kes tingkah laku pelajar yang disenaraikan; 4. Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru untuk menjadi role model kepada pelajar; dan 5. Menghuraikan peranan guru sebagai motivator, pemudah cara dan pembimbing. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 3 3 Tanggungjawab dan Peranan Guru

Upload: buinguyet

Post on 31-Jan-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

� PENGENALAN

Sekarang kita akan memasuki Topik 3 bagi modul Perkembangan Profesionalisme Keguruan. Sekolah diwujudkan dengan autoriti untuk meletakkan standard dan kriteria tertentu di dalam pentadbiran pelajar demi mencapai kejayaan. Ini menjadikan peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran sekolah yang selesa dan kondusif untuk belajar hinggalah kepada mendidik pelajar menjadi anggota masyarakat yang berjaya dan berguna di masa hadapan.

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan konsep akauntabiliti seorang guru;

2. Membincangkan bagaimana iklim sekolah yang positif boleh dibentuk;

3. Memberikan cadangan penyelesaian masalah untuk kes tingkah laku pelajar yang disenaraikan;

4. Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru untuk menjadi role model kepada pelajar; dan

5. Menghuraikan peranan guru sebagai motivator, pemudah cara dan pembimbing.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

33 � Tanggungjawab

dan Peranan Guru

Page 2: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU �

59

Sebagai penyampai ilmu dan kemahiran, guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkini. Ledakan ilmu yang berlaku hari ini begitu mencabar para guru. Jika guru tidak mengambil peluang yang ada, iaitu dengan melengkapkan diri dengan perkembangan terbaharu, pasti para guru akan ketinggalan zaman. Pelbagai peningkatan berlaku bukan sahaja dari segi ilmu tetapi juga media untuk menimba ilmu. Perkembangan sains dan teknologi menuntut para guru menguasai ilmu teknologi maklumat. Kemahiran menggunakan komputer, mencari maklumat baru menerusi internet dan seumpamanya adalah kemahiran yang wajib dikuasai oleh setiap orang guru. Guru juga berperanan sebagai pemberi galakan kepada pelajar untuk mencapai kejayaan di dalam hidup dan menjadi kaunselor bila pelajar menghadapi masalah. Apabila masa untuk meninggalkan alam persekolahan hampir tiba, guru memberikan pandangan dan pendapat kepada pelajar mereka dalam membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai dengan pencapaian dan potensi mereka. Sebahagian pelajar menganggap guru sebagai ibu bapa kedua mereka. Topik ini terbahagi kepada tiga unit iaitu akauntabiliti seorang guru yang dijelaskan dari segi prihatin dan jati diri, guru pembentuk iklim dan budaya sekolah iaitu sebagai role model, kepimpinan melalui teladan dan proaktif. Turut dibincangkan di dalam topik ini ialah peranan guru sebagai motivator, pemudah cara dan pembimbing. Mari kita pelajari dengan lebih mendalam tentang tajuk ini.

AKAUNTABILITI SEORANG GURU

Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti? AAkauntabiliti ialah tanggungjawab seseorang terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya. Seseorang guru perlu bertanggungjawab untuk tugas yang diberikan dan bersedia menghadapi sebarang implikasi sebarang keputusan yang diambil. Guru bertanggungjawab terhadap diri sendiri, pelajar dan profesion. Jadual 3.1 menunjukkan jenis-jenis akauntabiliti guru terhadap pelajar.

3.1

Page 3: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

� TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

60

Jadual 3.1: Jenis-jenis Akauntabiliti Guru terhadap Pelajar

Jenis Akauntabiliti PPenerangan

Prestasi pelajar

� Keupayaan kognitif;

� Tumpuan latihan;

� Pengalaman; dan

� Kandungan pengetahuan.

Keselamatan pelajar

� Keselamatan mereka misalnya semasa lawatan sambil belajar:

� Bermula dari menaiki bas;

� Semasa lawatan berlangsung; dan

� Pada peringkat akhir lawatan sehinggalah anda menyerahkan semula pelajar kepada ibu bapa mereka.

Keselamatan pelajar dalam kelas

� Tidak boleh meninggalkan kelas sesuka hati tanpa pengawalan guru ganti;

� Keselamatan pelajar dari didera oleh guru; dan

� Keselamatan pelajar dari dibuli oleh rakan sekolah dan sesiapa pun semasa berada di kawasan sekolah.

Penyelidikan yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran

� Meninjau permasalahan di dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p);

� Mencuba sesuatu strategi untuk menyelesaikan masalah p&p;

� Meninjau kelemahan dan kekuatan; dan

� Mencadangkan penambahbaikan.

Page 4: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU �

61

Bagaimanakah akauntabiliti seseorang guru dinilai? Akauntabiliti seseorang guru dinilai dengan cara-cara berikut: (a) Melalui intervensi awal;

(b) Penilaian rakan sejawat; dan

(c) Mengiktiraf guru contoh (mentor atau guru pembimbing). Guru yang enggan berubah ke arah sikap yang positif sama ada tidak mahu membuat persediaan sebelum mengajar, burn out atau pun kurang berminat dengan profesion perguruan disarankan meninggalkan profesion ini. Guru-guru beginilah yang akan menyumbang ke arah kegagalan pelajar.

3.1.1 Prihatin

Setiap guru perlu sentiasa prihatin dalam menjalankan tugas sama ada di dalam atau pun di luar bilik darjah. Semasa mengajar sentiasa memerhatikan pelajar sama ada mereka melibatkan diri secara aktif atau tidak. Semasa mengajar guru bukan sahaja memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut perancangan tetapi juga memastikan pelajar-pelajar memberikan tumpuan dan terlibat sepenuhnya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu menjadi tanggungjawab guru memberikan perhatian ke atas aspek ini. Kadang kala pelajar-pelajar mengambil kesempatan atas kealpaan guru terutamanya semasa aktiviti kumpulan. Pelajar yang kurang berminat dengan tugasan yang diberi oleh guru tidak akan melibatkan diri secara aktif. Mereka mungkin akan duduk bersama dengan ahli lain sebagaimana yang diarahkan oleh guru tetapi sebagai peserta pasif, tidak memberikan apa-apa sumbangan. Guru harus mengambil inisiatif mempertimbangkan semula kemungkinan. aktiviti yang dirancang kurang menarik, aras pengajaran terlalu tinggi atau terlalu rendah ataupun mungkin pelajar berkenaan tidak selesa berada di dalam kumpulan yang ditetapkan untuknya. Guru harus sentiasa prihatin terhadap:

Page 5: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

� TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

62

(a) Perubahan Tingkah Laku Pelajar (Sila lakukan Aktiviti 3.1).

Lihat contoh-contoh di bawah: 1. Zaid, seorang murid kelas anda telah menjadi agak pendiam, tidak

mahu lagi ke kantin bersama anda seperti sebelumnya. 2. Tiba-tiba sahaja Hani mula menjadi tumpuan pelajar lelaki di kelas.

Perubahan ketara pada susuk badannya, dan dia juga kelihatan mula bersolek dan memakai pakaian yang agak seksi semasa aktiviti kokurikulum.

3. Ketua kelas anda Aman, kelihatan semakin kurus, selalu lambat ke

sekolah. Kadang-kadang Aman „hilang‰ semasa kelas berlangsung, alasannya ke tandas. Matanya juga kelihatan merah dan perangainya menjadi pemarah.

Sebagai seorang guru, jika anda berhadapan dengan masalah pelajar seperti di atas, apakah yang akan anda lakukan? Bincangkan masalah ini secara berpasangan. Gunakan Borang Grafik di bawah untuk menjelaskan cadangan tindakan itu dan bentangkan di dalam kelas anda.

Masalah Masalah Pelajar Cadangan Tindakan

1.

� � � �

2.

� � � �

3.

� � � �

AKTIVITI 3.1

Page 6: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU �

63

(b) Prihatin terhadap Cara Guru Berpakaian Guru perlu berpakaian mengikut kesesuaian masa, tujuan dan tempat. Cara pemakaian guru sering menjadi tumpuan pelajar terutamanya pelajar yang sedang meningkat remaja. Pakaian guru perempuan tentu akan diminati oleh pelajar perempuan. Walau bagaimanapun pakaian yang ketat, jarang dan agak keterlaluan fesyennya pula akan diminati oleh pelajar lelaki. Jadi pakaian yang bagaimanakah yang sesuai supaya tidak mengganggu tumpuan pelajar terhadap pelajaran? Mari kita sama-sama fikirkan.

(c) Prihatin terhadap Pencapaian Objektif Pengajaran Sebelum memulakan pengajaran, guru akan merancang objektif yang akan

dicapai. Objektif yang dirancang perlu realistik dan bersesuaian dengan aras pencapaian pelajar. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru perlu prihatin terhadap tingkah laku pelajar. Perubahan tingkah laku sepatutnya berlaku, daripada tidak tahu kepada tahu. Jika tidak tercapai cari puncanya sama ada faktor guru, faktor murid, faktor persekitaran dan sebagainya. Cari jalan penyelesaiannya. Jadi, untuk masa akan datang, objektif itu perlu direndahkan arasnya. Guru juga boleh mengubah strategi pengajaran untuk mendapatkan penglibatan pelajar secara penuh.

(d) Prihatin terhadap Keperluan Pelajar dan Perbezaan Individu

Keperluan ditakrifkan sebagai suatu kekurangan yang perlu dipenuhi atau dikehendaki oleh seseorang individu agar dia dapat berfungsi dengan berkesan. Semua keperluan ini diperlukan oleh manusia untuk berfungsi di samping menstabilkan emosi dan hidup dengan lebih berkeyakinan. Pernahkah anda temui pelajar yang selalu menjerit-jerit meminta guru menyelesaikan masalahnya? Selalu mengadu kesalahan pelajar lain kepada guru; kelihatan mengada-ngada di mata pelajar lain? Tahukah anda mengapa keadaan ini berlaku? Pelajar ini sebenarnya memerlukan perhatian, perlukan kasih sayang yang mungkin tidak diperoleh di rumah atau pun sudah terbiasa diberi perhatian yang berlebihan. Mengikut Abraham Maslow (1970), keperluan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu keperluan fisiologi dan keperluan psikologi. Ini ditunjukkan dalam rajah hierarki Maslow (rujuk Rajah 3.1):

Page 7: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

� TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

64

Rajah 3.1: Hierarki Maslow

Menurut Maslow, manusia sentiasa berusaha memenuhi keperluan diri yang meliputi keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri. Setelah semua keperluan fisiologi diperoleh barulah manusia mula mengejar keperluan psikologi seperti keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, kesempurnaan kendiri, keperluan mengetahui dan estetik. Sekarang, anda tentu dapat menjangkakan mengapakah seseorang pelajar di dalam kelas anda bertingkah laku sedemikian rupa.

(e) Prihatin terhadap Latar Belakang Pelajar Latar belakang pelajar adalah amat penting bagi setiap guru. Untuk mengelakkan daripada memberikan layanan yang tidak adil, anda perlu tahu latar belakang mereka. Dapatkah anda bandingkan pelajar-pelajar dari kumpulan yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2?

Jadual 3.2: Perbandingan antara Pelajar

Tingkah laku seorang pelajar yang datang daripada sebuah keluarga miskin dan berpecah belah

Tingkah laku pelajar yang datang daripada keluarga kaya dan bahagia

Pelajar yang bermasalah kesihatan Pelajar yang sihat dan cerdas

Pelajar yang introvert Pelajar yang ekstrovert

Pelajar yang bermasalah pembelajaran

Pelajar yang pintar cerdas

Pelajar istimewa

Berbanding

Pelajar yang sempurna

Page 8: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU �

65

(f) Prihatin terhadap Tahap Pencapaian Pelajar yang Pelbagai Di dalam sebuah kelas yang mengandungi pelajar daripada pelbagai kecerdasan tentulah menuntut keprihatinan guru yang lebih untuk menyesuaikan p&p dengan kepelbagaian itu. Kita sering kali mendengar bagaimana seorang pelajar yang pintar walaupun belum memasuki alam persekolahan secara formal enggan belajar bersama rakan sekelas, mengganggu rakan-rakan yang lain dan lebih dahsyat lagi tidak mahu ke sekolah. Mengapa keadaan ini berlaku? Jika guru prihatin dengan masalah pelajar pintar cerdas ini, beliau akan menyediakan aktiviti yang khusus dan lebih mencabar untuknya. Ini akan dapat menarik perhatian pelajar tersebut dan mengelakkan rasa jemu untuk belajar di kelas berkenaan.

3.1.2 Jati Diri

Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri? Jati diri bermaksud manusia sempurna yang mempunyai keseimbangan antara fikiran, rohani dan jasmaninya. Sabda Rasulullah S.A.W., ..sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging, jika ia baik, maka seluruh jasad akan menjadi baik. Sebaliknya jika ia rosak, seluruh jasad akan menjadi rosak. Konsep jati diri adalah seorang individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi terhadap agama, sentiasa patuh kepada perintah Allah dan melaksanakan sunnah Rasul. Seorang yang ada jati diri akan mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Individu itu sentiasa mendengar seruan Tuhan bukan seruan syaitan. Seseorang yang mempunyai jati diri akan merasa bangga dengan keturunannya, dengan negaranya, akan terus berusaha menyumbangkan buah fikiran dan tenaga untuk memajukan diri demi diri, keluarga, bangsa dan negara.

Pernahkah anda menyesali tindakan anda terhadap seseorang? Mengapa? Apakah yang sepatutnya anda lakukan? Bincang dengan kawan anda.

AKTIVITI 3.2

Page 9: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

� TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

66

Cara-cara meningkatkan jati diri adalah seperti berikut: (a) Percaya kepada kekuasaan Tuhan;

(b) Mengelakkan diri daripada cepat berputus asa, sentiasa ingin mencuba;

(c) Mempunyai keyakinan diri yang tinggi;

(d) Tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup;

(e) Membina semangat juang dan daya saing yang tinggi;

(f) Membentuk disiplin diri;

(g) Mendidik dan melatih diri supaya sentiasa berusaha dan berikhtiar; dan

(h) Menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan keji dan antisosial.

Bincangkan di dalam kumpulan: Rujuk Lampiran 1 (a) KK1 & 2: Kualiti Guru

� Bagaimana membina jati diri untuk menjadi seorang yang dedikasi;

� Kualiti role model;

� Menghargai masa; dan

� Kepuasan bekerja. (b) KK 3 & 4: Komitmen dan Akauntabiliti Guru

� Spesifikasi akauntabiliti;

� Keterampilan watak;

� Kemahiran yang dikuasai;

� Kenal pasti sahsiah yang menyokong kepada komitmen dan akauntabiliti; dan

� Bagaimana melahirkan komitmen terhadap tugas.

AKTIVITI 3.3

Page 10: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU �

67

GURU PEMBENTUK IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG BAIK

Iklim dan budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, amalan keselamatan dan struktur organisasi sekolah yang membolehkan sekolah berfungsi dan bertindak dengan cara-cara yang telah ditentukan. Terdapat sekolah-sekolah yang mengamalkan persekitaran yang penuh kasih sayang dengan mengambil berat kebajikan pelajar dan melayan mereka sebagai individu. Tidak kurang pula sekolah yang begitu autokratik strukturnya, di mana peraturannya sangat ketat dan pengawasan juga sangat tegas. Pentadbiran sekolah termasuklah guru dan kakitangan sekolah seluruhnya, bertanggungjawab di dalam menyediakan iklim sekolah yang harmoni, selesa, selamat, mesra dan riang untuk menjadikan semua warganya merasa bangga bekerja atau belajar di sekolah berkenaan. Moos (1979) memberikan definisi iklim sekolah sebagai ... „social atmosphere of a setting or „learning enviroment‰ in which students have different experiences, depending upon the protocols set up by teachers and administrators.‰

3.2

(c) KK5 & 6: Guru Tegas dan Penyayang

� Huraikan konsep;

� Contoh-contoh;

� Kekuatan dan kelemahan;

� Implikasi tegas dan penyayang; dan

� Reka situasi lain yang menunjukkan tegas dan penyayang. (d) KK 7 & 8: Guru Sebagai Pakar Rujuk

� Kenal pasti bidang rujukan;

� Sahsiah diri;

� Kriteria pakar rujuk; dan

� Penghormatan masyarakat.

Page 11: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

� TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

68

Iklim sekolah memainkan peranan melahirkan pelajar yang berketerampilan, berakhlak mulia, seimbang dari segi rohani, jasmani dan emosi serta naturalis. Iklim sekolah merangkumi aspek-aspek: (a) Fizikal;

(b) Sosial;

(c) Budaya ilmu; dan

(d) Penguasaan bahasa di sekolah. Lihat Jadual 3.3 untuk pemahaman lanjut.

Jadual 3.3: Aspek-aspek di dalam Iklim Sekolah

Iklim Sekolah Meliputi:

1. Aspek fizikal sekolah

� Kebersihan: Persekitaran yang bersih (contoh, bilik darjah, tandas dan lain-lain).

� Kelengkapan: Kipas yang cukup, kantin, makmal, komputer, pusat sumber, OHP, dan lain-lain.

� Keselamatan (bangunan yang kukuh): Pelajar dan guru selamat.

� Keselesaan: Kondusif, ruang yang cukup luas, kerusi meja dalam berkeadaan baik, susun atur yang baik, peredaran udara.

2. Aspek sosial

� Keselamatan: Suasana tenteram dari ancaman luar, buli, dera.

� Hubungan mesra, hormat-menghormati, bekerjasama, kekitaan, riang, adil.

3. Aspek budaya ilmu

� Bersemangat untuk belajar.

� Dorongan/motivasi yang berterusan.

4. Aspek penguasaan bahasa di sekolah

� Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Page 12: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU �

69

Bagaimana pentadbir boleh mewujudkan iklim sekolah yang positif? Mari kita lihat di bawah.

(a) Hubungan baik antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan kakitangan lain;

(b) Wujudkan perasaan bersatu padu di kalangan warga sekolah;

(c) Hormat dan tunjukkan sifat mengambil tahu kepada pelajar;

(d) Raikan kejayaan pelajar. Cuba libatkan pihak media dalam keraian itu;

(e) Ajar cara mengelakkan masalah keganasan di kalangan pelajar dan menangani konflik;

(f) Bangkitkan rasa empati di kalangan pelajar;

(g) Kuatkuasakan melalui contoh yang anda menghargai kepelbagaian;

(h) Sikap yang positif terhadap guru dan pelajar;

(i) Tunjukkan rasa hormat terhadap semua staf dan pelajar;

(j) Sentiasa menghubungi pihak ibu bapa dan dapatkan penyertaan mereka di dalam aktiviti sekolah dan perkembangan pelajar;

(k) Kekalkan pengurusan bilik darjah yang berkesan;

(l) Libatkan pelajar di dalam mewujudkan iklim sekolah yang positif;

(m) Sediakan peraturan yang jelas dan konsekuennya dilaksanakan secara konsisten;

(n) Laksanakan program membanteras keganasan di sekolah untuk semua pelajar;

(o) Bimbing pelajar bermasalah secara individu;

(p) Amalkan bimbingan rakan sebaya;

(q) Beri perhatian kepada masalah buli;

(r) Beri perhatian kepada masalah ponteng sekolah;

(s) Sediakan pengawas di ruang legar, kantin, tandas dan seumpamanya;

(t) Pastikan pelajar melibatkan diri di dalam aktiviti sekolah yang mencabar;

(u) Timbulkan perasaan bangga terhadap sekolah; dan

(v) Bentukkan sistem rakan baik/buddy system untuk membantu pelajar yang lembam.

Page 13: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

� TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

70

3.2.1 Budaya Sekolah

Walaupun sesuatu budaya sekolah boleh bertukar ganti peranannya, namun kita boleh katakan bahawa iklim sekolah lebih merujuk kepada bagaimana sekolah boleh memberi kesan ke atas pelajar. Manakala budaya sekolah pula lebih kepada cara guru dan kakitangan sekolah yang lain bekerjasama. Jon Saphier dan Matthew King, dalam „Good Seeds Grow in Strong Cultures‰, Educational Leadership, (Mac 1985, ms 67-74) menjelaskan 12 norma budaya sekolah iaitu: (a) Kekitaan;

(b) Pengalaman;

(c) Jangkaan yang tinggi;

(d) Kepercayaan dan keyakinan;

(e) Sokongan tangibel;

(f) Berasaskan ilmu;

(g) Penghargaan dan mengambil berat;

(h) Kasih sayang, meraikan dan unsur kecindan;

(i) Terlibat di dalam membuat keputusan;

(j) Kawalan ke atas perkara-perkara yang penting;

(k) Tradisi; dan

(l) Jujur dan mengamalkan komunikasi terbuka. Budaya sekolah merangkumi aspek-aspek seperti budaya: (a) Ilmu;

(b) Kerja;

(c) Komunikasi;

(d) Bilik darjah; dan

(e) Kepimpinan.

Page 14: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU �

71

Pada peringkat sekolah, mewujudkan budaya yang positif boleh dilaksanakan melalui cara-cara berikut: (a) Semua menekankan kepentingan belajar;

(b) Kepimpinan yang kuat;

(c) Kurikulum berasaskan matlamat dan objektif yang jelas;

(d) Jangkaan yang tinggi terhadap kualiti pengajaran;

(e) Insentif dan ganjaran diberikan untuk memotivasikan pelajar;

(f) Ibu bapa sering dijemput untuk turut sama terlibat;

(g) Pentadbir dan guru berusaha secara berterusan untuk menjadikan proses p&p berkesan; dan

(h) Suasana yang kondusif untuk belajar.

3.2.2 Role Model

Bagi pelajar, kita adalah pembimbing, kaunselor dan rakan sejati mereka. Sebagai guru, kita boleh menjadi role model kepada pelajar-pelajar melalui: (a) Pencapaian akademik: pembelajaran sepanjang hayat, berilmu;

(b) Banyak pembacaan, banyak pengalaman, menjadi sumber rujukan;

(c) Lebih daripada itu guru menjadi idola pelajar;

(d) Tingkah laku: Menepati masa, tegas, konsisten, adil;

(e) Cara berpakaian: Sopan, sesuai dengan masa dan situasi, kemas;

(f) Sosial: Batas-batas pergaulan, mesra, sopan, menjaga adab;

(g) Hubungan sesama rakan sejawat/pelajar � profesional;

(h) Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi; dan

(i) Cara mengajar: Menarik, mudah didekati, mudah difahami serta mengandungi unsur-unsur kecindan.

Page 15: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

� TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

72

3.2.3 Kepimpinan Melalui Teladan

Kita sering kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya bertindak mengikut lunas yang betul, mempamerkan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat, terus belajar untuk menambahkan ilmu dan sebagainya. Sebagai guru pula, sejauh manakah kita mempraktikkannya? Guru yang mempunyai ciri-ciri sebagai role model akan disukai oleh pelajar. Bermula daripada cara berpakaian, bertutur kata hinggalah kepada cara guru itu bertindak akan diperhatikan oleh pelajar-pelajarnya. Apa yang difikirkan baik untuk mereka akan menjadi ikutan. Guru yang pandai bercakap, pandai memberikan motivasi kepada pelajar untuk berjaya dan di masa yang sama beliau sendiri sedang berusaha meningkatkan tahap profesionalismenya melalui pembelajaran jarak jauh tentulah akan dikagumi oleh pelajar.

3.2.4 Proaktif

Bertindak mengikut keperluan tanpa perlu menunggu arahan. Guru yang proaktif sentiasa memandang jauh ke hadapan dan bersikap optimis terhadap pelajarnya. Rajah 3.2 menunjukkan ciri-ciri proaktif yang harus ada pada guru.

Page 16: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU �

73

Rajah 3.2: Ciri-ciri proaktif yang harus ada pada guru

Page 17: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

� TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

74

PERANAN GURU

3.3.1 Motivator

Motivasi sangat penting di dalam kelas untuk membolehkan semua tugasan diselesaikan dengan jayanya. Motivasi ialah sesuatu yang memberi dorongan, kekuatan, tenaga untuk mengarah, mempertahankan idealisme dan rantaian usaha untuk mencapai sesuatu matlamat. Jadi, peranan kita sebagai guru di sini adalah sebagai motivator yang boleh menggerakkan pelajar kita berusaha ke arah mencapai kejayaan yang diingini.

Motivator berperanan sebagai penggerak keperluan yang ada pada setiap pelajar untuk belajar dan terlibat secara aktif di dalam p&p di bilik darjah. „You can lead a horse to water, but you canÊt make him drink‰. Sejauhmana gigihnya seorang guru memberikan dorongan dan galakan namun jika pelajar itu sendiri masih dengan sikap tidak mahu berubah, usaha seseorang guru itu akan gagal juga.

3.3.2 Pemudah Cara

Apakah yang anda tahu tentang pemudah cara atau fasilitator? Pemudah cara ialah seseorang yang membimbing, menggerakkan individu lain atau kumpulan dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan di dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Berikut adalah apa yang dibuat oleh seorang pemudah cara: (a) Memberikan arahan yang jelas;

(b) Mewujudkan hubungan secara kolaboratif dengan peserta atau pelajar;

(c) Membantu membina dan mengekalkan suasana pembelajaran yang terbuka, semua pelajar boleh memberikan pendapat dan kepelbagaian pandangan dihormati;

3.3

Page 18: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU �

75

(d) Menjamin semua pelajar merasakan diri dilibatkan dan boleh mengambil bahagian;

(e) Memotivasikan pelajar memperoleh pencapaian yang baik;

(f) Menyediakan pembelajaran yang berstruktur yang memasukkan latar, masa pemerhatian, set induksi dan penutup di samping mematuhinya;

(g) Memastikan perancangan pengajaran dan pembelajaran dibuat dengan rapi; dan

(h) Membantu menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih berkesan. Pemudah cara bukannya orang yang bertanggungjawab menjadikan pembelajaran berlaku. Sebaliknya, pembelajaran adalah tanggungjawab semua ahli kumpulan. Bagaimanapun pelajarlah yang menentukan tajuk-tajuk yang perlu diberikan penekanan. Pemudah cara tidak semestinya seorang yang pakar di dalam bidang tersebut. Pemudah cara mungkin merancang setiap sesi perbincangan tetapi ahli di dalam kumpulan mungkin mempunyai kepakaran dan pengalaman yang lebih di dalam bidang itu. Tahukah anda, pemudah cara tidak menguasai perbincangan tetapi menggalakkan ahli berbincang. Oleh itu mungkin pemudah cara adalah orang yang paling kurang bercakap di dalam sesi itu. Setelah selesai sesi perbincangan siapakah yang selalunya mengemaskan semua peralatan? Sebenarnya ini bukanlah tugas pemudah cara tetapi tugas yang perlu dilakukan secara kolaboratif oleh semua ahli.

Page 19: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

� TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

76

Rajah 3.3 menunjukkan ciri-ciri seorang pemudah cara yang baik.

Rajah 3.3: Ciri-ciri pemudah cara yang baik

3.3.3 Pembimbing

Sebagai guru, anda sebenarnya adalah pembimbing pelajar anda. Untuk membimbing, pastinya anda perlu menguasai kemahiran yang tinggi dalam aspek yang akan dibimbing. Anda bukan sahaja akan membimbing semasa aktiviti sedang berlangsung tetapi sebelum berlangsung juga pelajar perlu dibimbing untuk membuat persediaan.

Page 20: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU �

77

Selepas aktiviti selesai, anda akan membimbing pelajar membuat refleksi. Sepatutnya, mereka boleh merenung kembali kekurangan dan kelebihan aktiviti itu, di samping memberikan cadangan penambahbaikan untuk melaksanakan aktiviti itu dengan lebih baik di masa akan datang. Di dalam kelas anda terdapat pelbagai tahap pencapaian pelajar: (a) Pelajar Cerdas Perlukan bimbingan untuk pengayaan supaya perasaan jemu dapat

dielakkan; tugasan untuk kumpulan ini perlu lebih mencabar. (b) Pelajar Lemah Perlukan pemulihan untuk memastikan mereka sentiasa berusaha

menyiapkan tugasan yang diberi; kumpulan ini memerlukan lebih banyak bimbingan berbanding dengan pelajar cerdas.

Bimbingan guru juga diperlukan bagi pelajar yang menghadapi masalah peribadi. Misalnya guru boleh membimbing pelajar menyelesaikan masalah berkaitan dengan keluarga atau masalah mendapatkan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Pelajar yang bermasalah komunikasi juga perlukan bimbingan guru. Pembentukan tingkah laku positif supaya diterima oleh rakan sebaya perlukan bimbingan guru. Murid yang pendiam boleh dibentuk melalui pelbagai latihan supaya lebih berkeyakinan untuk berhubung sekurang-kurangnya dengan rakan sebaya.

� Seorang guru mempunyai akauntabiliti terhadap prestasi pelajar, keselamatan pelajar, keselamatan pelajar dalam kelas dan penyelidikan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

� Seorang guru berakauntabiliti akan:

� Memperhatikan tingkah laku pelajar dan memastikan mereka memberi tumpuan dalam pelajar.

� Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dan cuba membantu dia.

Page 21: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

� TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

78

� Memastikan pakaian adalah sesuai dengan persekitaran dan tidak menjolok mata.

� Merancang objektif pembelajaran dan memastikan objektif tersebut dicapai.

� Mengamalkan ciri-ciri jati diri seperti beriman, sentiasa tabah, disiplin diri dan sebagainya.

� Guru berperanan membentuk iklim dan budaya sekolah dari aspek:

� Fizikal � Kebersihan, keselesaan.

� Sosial � Keselamatan (ancaman dari luar), hubungan antara pelajar dan guru.

� Budaya ilmu � Dorongan, motivasi kepada pelajar.

� Penguasaan bahasa (Melayu, Inggeris).

� Guru-guru harus melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta menjalinkan hubungan baik dengan pelajar dan rakan sejawat.

� Guru sebagai motivator memberi dorongan kepada pelajar dan melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti sekolah dan luar sekolah.

� Sebagai pemudah cara guru harus peka terhadap masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar dan cuba mencari jalan untuk memudahkan mereka memahami subjek.

Burn out

Ekstrovert

Introvert

Keperluan fisiologi

Keperluan psikologi

Komited

Kondusif

Mentor

Naturalis

Optimis

Page 22: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU �

79

Jawab semua soalan. 1. Senaraikan empat tujuan guru menjalankan penyelidikan tindakan.

(i) ______________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________

(iii) ______________________________________________________________

(iv) ______________________________________________________________

(2 markah)

2. Bagaimanakah akauntabiliti seseorang guru dinilai?

(i) ______________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________

(iii) ______________________________________________________________

(3 markah)

3. Iklim sekolah merangkumi aspek-aspek:

(i) ______________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________

(iii) ______________________________________________________________

(iv) ______________________________________________________________

(2 markah)

4. Apakah yang dimaksudkan dengan iklim dan budaya sekolah? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

(3 markah)

Page 23: 07. HBEF2803 Topik 3 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150648... · peranan guru itu kompleks. Ia bermula daripada menyediakan persekitaran

� TOPIK 3 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU

80

1. Senaraikan lima peranan guru selain daripada pemudah cara. (2 � markah) 2. Apakah yang dimaksudkan dengan pemudah cara? (2 � markah) 3. Bagaimanakah caranya seorang guru boleh memainkan peranan sebagai

pemudah cara yang baik? (15 markah)