05. hbef2803 topik 1 -...

32
PENGENALAN Kerohanian dan akhlak keguruan berkait rapat dengan bidang pendidikan kerana kedua-duanya akan membantu guru dalam membentuk kerohanian dan akhlak pelajar. Guru yang mengamalkan dan mempunyai nilai kerohanian dan akhlak yang sebati akan dapat menyampaikan nilai tersebut kepada pelajar dengan lebih berkesan. Tingkat kerohanian setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Guru perlu sedar bahawa seorang guru itu mungkin lemah dalam aspek kerohanian dan moral tetapi cemerlang dalam aspek yang lain. Setiap guru perlu sedar bahawa para guru mempunyai aspek kerohanian yang berbeza kerana pengalaman dan persekitaran yang berbeza. Guru yang menggunakan kerohanian dan akhlak keguruan boleh memberi fokus dan memupuk jati diri sendiri, berdaya saing dan berdaya tahan serta berupaya menghadapi cabaran. Kekuatan kerohanian yang ada pada guru akan membantu guru mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang memanfaatkan kerohanian dan akhlak para pelajar. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan maksud konsep agama, moral dan nilai-nilai keguruan; 2. Menyenaraikan cara-cara mengawal diri; 3. Membincangkan amalan nilai keguruan; 4. Mengenal pasti sifat-sifat insan guru yang seimbang; dan 5. Menyenaraikan faktor-faktor yang menyumbang ke arah membentuk insan guru yang seimbang. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 1 1 Kerohanian dan Akhlak Keguruan

Upload: truonganh

Post on 07-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� PENGENALAN

Kerohanian dan akhlak keguruan berkait rapat dengan bidang pendidikan kerana kedua-duanya akan membantu guru dalam membentuk kerohanian dan akhlak pelajar. Guru yang mengamalkan dan mempunyai nilai kerohanian dan akhlak yang sebati akan dapat menyampaikan nilai tersebut kepada pelajar dengan lebih berkesan. Tingkat kerohanian setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Guru perlu sedar bahawa seorang guru itu mungkin lemah dalam aspek kerohanian dan moral tetapi cemerlang dalam aspek yang lain. Setiap guru perlu sedar bahawa para guru mempunyai aspek kerohanian yang berbeza kerana pengalaman dan persekitaran yang berbeza. Guru yang menggunakan kerohanian dan akhlak keguruan boleh memberi fokus dan memupuk jati diri sendiri, berdaya saing dan berdaya tahan serta berupaya menghadapi cabaran. Kekuatan kerohanian yang ada pada guru akan membantu guru mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang memanfaatkan kerohanian dan akhlak para pelajar.

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan maksud konsep agama, moral dan nilai-nilai keguruan;

2. Menyenaraikan cara-cara mengawal diri;

3. Membincangkan amalan nilai keguruan;

4. Mengenal pasti sifat-sifat insan guru yang seimbang; dan

5. Menyenaraikan faktor-faktor yang menyumbang ke arah membentuk insan guru yang seimbang.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

11 � Kerohanian

dan Akhlak Keguruan

Page 2: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

2

Dalam topik ini, kita akan membincangkan kerohanian dan akhlak keguruan yang merangkumi agama, moral dan nilai-nilai keguruan. Kita juga akan menyentuh tentang amalan keagamaan, nilai moral, nilai keguruan dan cara-cara mengawal diri. Ciri-ciri insan yang seimbang seperti beramanah, berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi dan bersifat terbuka akan dibincangkan secara terperinci.

AGAMA, MORAL DAN NILAI-NILAI KEGURUAN

Sebelum kita bincangkan dengan lebih mendalam, mari kita ketahui lebih dahulu tentang konsep agama.

1.1.1 Konsep Agama

Konsep agama dalam Islam adalah ad-Din iaitu cara hidup yang lengkap lagi menyeluruh, meliputi sekaligus perhubungan dengan Allah dan perhubungan dengan manusia sesama manusia dan alam sekitar. Agama Islam adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah, iaitu Pencipta alam semesta. Perhubungan yang pertama dapat dikaitkan dengan agama dan hubungan yang kedua dapat dikaitkan dengan alam, moral dan budaya atau ‰culture‰ (lihat Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Hubungan manusia dengan Allah dan alam

Manusia yang dapat mengabdikan diri kepada Allah akan mengawal tingkah lakunya dan tindakannya terhadap manusia dan alam sekitar. Seseorang yang mengakui menurut perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya sudah tentu tidak akan melakukan kejahatan terhadap manusia lain seperti mencederakan orang, mengambil hak orang, membunuh dan mencuri dan perkara-perkara lain yang mungkar. Manusia yang menghargai alam sebagai anugerah Allah, akan membentuk peribadi mereka untuk menjaga khazanah alam dengan baik dan tidak membuat kebinasaan terhadap alam.

1.1

Page 3: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

3

Walau bagaimanapun dalam konteks Islam, agama meliputi wahyu Ilahi dan tatacara khusus bagi manusia mengabdikan diri kepada Allah, sedangkan moral dan budaya atau tamadun adalah sesuatu yang direka cipta atau dicapai oleh manusia melalui akal budi dengan bimbingan wahyu Allah. Kesempurnaan Islam sebagai tatacara hidup yang lengkap memang diakui dalam al-Quran surah al Maidah ayat tiga yang bermaksud: ‰Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagi kamu.‰

(Al-Quran, al Maidah: 3) Sebagai guru yang berpegang teguh kepada agama, seseorang itu harus memiliki sifat-sifat berikut: (a) Sifat Zuhud (Mendidik kerana Mencari Keredhaan Allah) Sebagai penyampai ilmu, guru perlu menyemai sifat zuhud dalam dirinya.

Bersifat zuhud bermaksud menyampaikan pengajaran bukan mengharapkan balasan kebendaan tetapi mencari keredaan Allah. Walaupun kita inginkan menerima ganjaran keduniaan daripada usaha yang kita lakukan, namun kemuncak matlamat kerja yang dilakukan itu seharusnya tidak diukur dengan pencapaian kebendaan kerana itu akan membahayakan peningkatan diri sendiri dan pencapaian orang yang berada di bawah didikan kita.

(b) Keikhlasan Bekerja Dalam urusan pekerjaan, sifat ikhlas adalah satu perkara penting yang

mendorong ke arah kejayaan perkhidmatan. Salah satu ciri ikhlas ialah guru perlu menunaikan setiap janji yang dibuat dengan pelajar. Tingkah laku guru tidak boleh bercanggah dengan ilmu yang diajar. Guru perlu mendalami ilmu yang diajar kepada pelajar dan mengaplikasinya dalam diri.

(c) Kebersihan Diri Sebagai seorang pendidik, guru mesti berjiwa bersih dari segala kekotoran

adat dan syaraÊ. Guru seharusnya mempunyai keperibadian yang tinggi, tidak bersifat angkuh, tiada hasad dengki, tidak pemarah dan tidak mempunyai sifat-sifat lain yang keji.

Konsep agama dalam Islam ialah mematuhi segala suruhan dan

meninggalkan segala larangan yang ditetapkan oleh agama Islam.

Page 4: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

4

1.1.2 Konsep Moral

Pernahkah anda menolong orang tua melintas jalan? Pernahkah anda menolong orang dalam kemalangan di jalan raya? Bagaimanakah adat makan yang sesuai untuk keluarga? Pada fikiran anda, mengapakah semua persoalan ini ditujukan kepada anda? Ini kerana kita akan menyentuh dengan lebih lanjut tentang konsep moral dalam kehidupan kita. Berdasarkan pengetahuan anda, bilakah didikan agama dan moral harus diajar? Agama dan moral sebenarnya harus diajar kepada kanak-kanak sejak kecil sehinggalah mencapai peringkat ‰mumaiyis‰ iaitu berumur tujuh tahun. Dalam lingkungan usia tujuh tahun kanak-kanak sudah mampu untuk membezakan antara perkara membandingkan yang baik dengan perkara buruk, perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Apabila ia berumur 15 tahun, ia telah mencapai peringkat ‰baligh‰ satu peringkat yang membolehkan seseorang menyelesaikan masalah peribadi serta persekitaran yang melibatkan dirinya. Pada peringkat ini, manusia telah mencapai satu peringkat berfikir tentang apa yang baik untuk dirinya, kewajipan untuk menunaikan ibadah sebagai hamba Allah serta mengabdikan dirinya kepada Allah. Mereka telah mula memahami tanggungjawab menunaikan Rukun Islam dan percaya kepada Rukun Iman dalam kehidupan mereka. Setelah baligh sehinggalah ke peringkat dewasa, manusia harus sentiasa menuntut ilmu dunia dan juga akhirat serta menyediakan diri bagi menghadapi alam pekerjaan yang diminati dan sesuai dengan kelayakan mereka. Dari sudut moral, kita sebagai guru ingin melahirkan insan yang beradab serta bertatasusila dan bukannya generasi yang tidak bermoral dan biadap. Jadual 1.1 menunjukkan tokoh-tokoh yang banyak membincangkan aspek moral.

Pada pandangan anda, adakah agama penting kepada seseorang?

AKTIVITI 1.1

Page 5: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

5

Jadual 1.1: Tokoh-tokoh Terkenal yang Banyak Membincangkan Aspek Moral

Tokoh AAspek Moral

Plato

Satu proses membentuk manusia jadi mulia.

James Mill

Memberi pertolongan menjadi anggota masyarakat yang selesa.

John Dewey

Usaha mengatur ilmu individu.

Tagore

Supaya manusia berfikiran berani dan bebas.

Page 6: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

6

Confucius

Bersifat sopan santun, taat kepada orang tua.

Hamka

Pemupukan budi pekerti yang mulia, merendah diri, sabar dan menghormati orang lain.

Jean-Jacques Rousseau

Didik kanak-kanak sejak kecil kerana mereka adalah tabula rasa.

Konsep moral merupakan aspek menyeru manusia supaya berbuat baik kepada semua orang. Contohnya apabila kita melihat warga tua berdiri di dalam bas, kita seharusnya bangun dan memberi tempat duduk tersebut kepada warga tua terbabit sebagai lambang bahawa kita merupakan seorang yang mempunyai moral yang tinggi. Selain itu, amalan tidak membuang sampah dan meludah di merata-merata tempat perlu disemai dalam diri pelajar. Anda sebagai guru mesti mengharapkan pelajar melakukan yang terbaik untuk dirinya dan orang lain. Faktor-faktor yang membentuk moral seseorang individu adalah seperti berikut: (a) Budaya dan sistem nilai peribadi individu;

(b) Kepekaan terhadap perasaan orang lain;

(c) Tanggungjawab kepada keputusan yang diambil; dan

(d) Proses sosialisasi seseorang dalam keluarga masing-masing.

Page 7: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

7

Kolhberg (1970) menjelaskan moral adalah konsep di mana semua manusia perlu berbuat baik sesama manusia. Maksudnya di sini adalah: (a) Menjadi manusia yang baik di mata orang lain. Ini bermakna kita

seharusnya menjadi orang yang baik pada pandangan orang lain. (b) Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat. Pembentukan tingkah laku anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa kerana ibu bapa yang akan menjadikan anaknya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Walaupun pepatah ini menekankan peranan ibu bapa dalam pembentukan moral anak-anak namun peranan guru juga penting kerana tempoh pelajar berada di sekolah adalah sebahagian hari. Oleh itu, guru turut dipertanggungjawabkan untuk membimbing akhlak pelajar.

1.1.3 Konsep Nilai Keguruan adalah Berasaskan Nilai Murni

Cuba anda fikirkan sejenak. Apakah nilai murni yang ada pada anda dan apakah nilai murni yang anda fikir anda harus amalkan? Jadual 1.2 menyenaraikan nilai-nilai murni yang patut diamalkan oleh guru dan disebarkan kepada pelajar.

1. Apakah konsep agama? Huraikan. 2. Terangkan konsep zuhud.

SEMAK KENDIRI 1.1

Page 8: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

8

Jadual 1.2: Nilai-nilai Murni yang Perlu Disebar dan Diterapkan kepada Pelajar

Nilai Murni PPenerangan Aspek Nilai Murni 1. Baik hati � Belas kasihan;

� Bertimbang rasa; � Murah hati; � Saling memahami; dan � Saling bermaafan.

2. Berdikari � Berupaya bertindak sendiri; dan � Yakin pada diri sendiri.

3. Berhemah tinggi � Kesopanan; � Mengakui kesalahan diri sendiri; dan � Ramah mesra;

4. Hormat � Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, jiran tetangga dan pemimpin;

� Hormat kepada adat resam yang pelbagai; dan � Hormat kepada undang-undang.

5. Kasih sayang � Sayang pada diri sendiri dan juga orang lain; dan � Sayang kepada alam sekitar.

6. Keadilan � Adil; dan � Saksama.

7. Kebebasan � Kebebasan di sisi undang-undang. 8. Keberanian � Berani mencuba perkara yang berfaedah; dan

� Berani kerana benar. 9. Kebersihan

fizikal dan mental

� Kebersihan diri; � Kebersihan persekitaran; dan � Kebersihan mental.

10. Kejujuran � Amanah; � Bercakap benar; dan � Ikhlas.

11. Kerajinan � Daya usaha; dan � Dedikasi.

12. Kerjasama � Gotong-royong; � Toleransi; dan � Perpaduan.

13. Kesederhanaan � Pertuturan dan perlakuan yang sederhana; dan � Sederhana dalam mengimbangkan kepentingan diri

sendiri dan kepentingan orang lain. 14. Kesyukuran � Bersyukur dengan nikmat Allah. 15. Rasional � Bijak membuat keputusan.

Page 9: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

9

Seterusnya mari kita lihat dari segi jenis-jenis falsafah. Domain falsafah terbahagi kepada tiga aspek seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.3 di bawah.

Jadual 1.3: Tiga Aspek dalam Falsafah

Jenis Falsafah Penerangan Persoalan

1. Metafizik Hakikat sebenar (nature of reality )

� Apa yang sebenarnya berlaku?

2. Epistemologi Hakikat ilmu (nature of knowledge)

� Bagaimana kita memperoleh ilmu?

3. Axiologi Hakikat nilai (nature of value or ethics and aesthetics)

� Baik atau buruk;

� Benar atau salah; dan

� Cantik atau hodoh.

Menurut Parkay Forrest W. (1995, ms. 232), nilai keguruan berorientasikan falsafah pendidikan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.4.

Apakah nilai yang perlu ada pada anda untuk menjadi guru yang mendukung nilai keguruan? Bincangkan dengan rakan-rakan anda.

AKTIVITI 1.2

Page 10: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

10

Jadual 1.4: Nilai-nilai Keguruan yang Berorientasikan Falsafah Pendidikan

Falsafah PPeranan Guru NNilai Keguruan

1. Rekonstruktionisme Membentuk manusia yang membina dunia demokrasi dan sosial.

Membantu dan membina mengikut kehendak sosial dan budaya.

2. Futurisme Menyediakan pelajar untuk menghadapi masa hadapan.

Mendidik pelajar supaya mereka boleh menyesuaikan diri dan meneruskan kehidupan dengan baik.

3. Behaviorisme Membentuk tingkah laku pelajar.

Mendidik pelajar supaya menjadi manusia yang boleh menyumbang kepada komuniti dan masyarakat dan negara.

4. Perennialisme Melahirkan generasi yang mematuhi nilai tradisi.

Membentuk pelajar yang berfikir, intelektual dan matang.

5. Essensialisme Melengkapkan pelajar dengan keupayaan intelektual bagi menghadapi kehidupan semasa.

Membentuk pelajar agar mempunyai kompetensi khas dan hidup dengan bijaksana sebagai warga negara dan sumber tenaga negara.

6. Kritikal Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis.

Membentuk sekolah yang mempunyai demokrasi bagi guru dan pelajar.

Sumber: Diubahsuai daripada Myers (1995) Jadual 1.5 menunjukkan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat yang perlu dipupuk oleh guru di dalam sanubari pelajar.

Page 11: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

11

Jadual 1.5: Nilai-nilai yang Diterima Masyarakat yang Perlu Dipupuk oleh Guru kepada Pelajar

Aspek Kemanusiaan Sikap Boleh Berbaik dengan Orang Lain

Jujur Pencapaian yang baik Mematuhi undang-undang

Saksama Kejayaan Adil

Toleransi Ekspresi perasaan Amanah

Kebebasan Prihatin Ambil berat terhadap orang lain

Anda perlu semai nilai-nilai yang baik di dalam minda pelajar tetapi dalam masa yang sama anda menghadapi pertelingkahan nilai seperti yang diterangkan dalam Jadual 1.6.

Jadual 1.6: Nilai Keguruan dan Masalah yang Dihadapi oleh Guru dalam Mengamalkan Nilai-nilai Tersebut

Falsafah NNilai Keguruan

1. Kerjasama � Persaingan

2. Jujur � Jauhkan diri dari menyinggung perasaan seseorang

3. Persahabatan � Melaporkan kesalahan orang lain kepada pihak tertentu

4. Kejayaan individu � Memikirkan perasaan dan kebajikan orang lain

5. Penegasan nilai atau norma sosial

� Kreativiti individu

6. Identiti etnik � Autonomi individu

7. Ikhlas (sincere) � Hormat pada orang lain

8. Kebebasan politik � Patriotik dan semangat negara

9. Nasionalis � Kedamaian

10. Tanpa keganasan � Berdiri dengan satu semangat dan satu kepercayaan

11. Mementingkkan keseluruhan masyarakat

� Penolakan tingkah laku yang melencung

Page 12: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

12

Myers & Myers, (1995) menjelaskan bahawa sudut pandangan teori nilai adalah sesebuah sekolah perlu berlangsung berasaskan nilai amanah (trust). Mereka turut menyatakan teori falsafah nilai terbahagi kepada dua aspek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Dua aspek dalam teori falsafah nilai

Apakah itu idealisme dan juga realisme? Mari kita perhatikan Jadual 1.7 di bawah.

Jadual 1.7: Huraian Ringkas Berkaitan Teori Idealisme dan Teori Realisme

Teori Idealisme Teori Realisme

Anda perlu mempamerkan model atau kualiti tingkah laku yang diingini oleh murid.

Anda perlu membantu pelajar dalam mengembangkan kepercayaan sesuatu agama.

Sekarang, mari kita perhatikan pula apakah nilai-nilai guru yang ideal. Nilai-nilai guru yang ideal adalah seperti berikut: � Membantu pelajar untuk mencapai kepuasan kendiri (self-actualisation);

� Menekankan sejarah, agama, kesusasteraan dan seni; dan

� Membantu kognitif, moral, sosial dan semangat (spiritual ). Parkay & Stanford, (1995) menyenaraikan nilai-nilai keguruan seperti berikut: (a) Menyayangi Pelajar Guru perlu mempunyai rasa kasih sayang kepada pelajar. Ini kerana hari

demi hari guru bertemu dengan pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang yang berlainan.

Page 13: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

13

(b) Meminati Mata Pelajaran Guru perlu mengajar dengan penuh semangat sekiranya mengajar mata

pelajaran yang berkaitan disiplin yang guru kuasai. (c) Menyukai Kehidupan sebagai Seorang Guru Menyukai persekitaran bilik darjah selama anda mengajar. Setiap hari guru

akan dikelilingi oleh pelajar dan juga perabot (kerusi dan meja).

1.1.4 Mengamalkan Keagamaan dan Nilai Moral

Guru bertanggungjawab sebagai penyampai ilmu, mempunyai kemahiran dan membentuk sikap serta peribadi pelajar kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun mempunyai sistem pendidikan yang baik, pengisian yang hendak disampaikan itu tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya anda menyampaikannya dengan cara yang kurang efektif. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berkait rapat dengan kesedaran anda terhadap amalan keguruan, kelengkapan ilmu dan keluhuran peribadi yang merupakan kriteria utama. Dalam agama, panggilan untuk anda adalah seperti murabbi, mualim, muaddib, alim dan ulamak. Guru adalah orang yang berilmu dan tindakannya juga perlu seperti orang yang berilmu. Sekolah adalah tempat terhimpunnya ilmu dan tafsiran amali dalam kehidupan. Oleh itu, ilmu dituntut bukan sahaja untuk membantu dan membimbing yang jahil malah penyampaian ilmu adalah untuk diri sendiri dan orang lain. Perkembangan ilmu berlangsung dalam fardu ain untuk membentuk diri sendiri dan fardu kifayah untuk keperluan pembinaan masyarakat. Guru sebagai agen penyebar kedua-dua cabang ilmu tersebut. Justeru itu, seandainya penyampai ilmu agak lembab dan kurang berfungsi maka penyebaran ilmu akan terjejas dan mengurangkan keberkesanan kehidupan dan kurang manfaat yang diperoleh oleh sesuatu generasi tersebut.

1. Huraikan nilai-nilai keguruan yang perlu ada pada diri anda. 2. Kemukakan nilai untuk menjadi guru yang berkesan yang diterima

oleh masyarakat.

AKTIVITI 1.3

Page 14: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

14

Guru yang mempertingkatkan potensi pelajar di bawah jagaannya harus: (a) Mempunyai rasa kasih sayang;

(b) Membimbing pelajar supaya memahami diri mereka untuk mencapai amanah yang diberi;

(c) Memperkembang potensi pelajar secara menyeluruh dan membina spiritual dan moral; dan

(d) Membentuk pelajar menjadi manusia yang lengkap.

1.1.5 Mengawal Diri

Konsep mengawal diri termasuk dalam domain emosi atau perasaan. Perasaan adalah ‰internal emotional and moral sensation that people experience as they respond to others and to event and circumstances‰ (Myers, 1995). Guru perlu mengawal diri dari perasaan terluka, sedih, terlalu takut, terlalu bimbang, terlalu kecewa atau terlalu keseorangan. Guru perlu memberi respons kepada orang lain dengan lebih humanistik dan empati. Empati bermaksud melihat orang lain seperti melihat diri sendiri. Anda perlu berkomunikasi secara positif tanpa halangan budaya. Guru perlu mengelakkan diri daripada bersikap prejudis atau mengenepikan seseorang kerana berbeza fahaman atau nilai dengan anda. Seseorang guru yang mempunyai sensitiviti yang tinggi akan lebih memahami nilai, perasaan dan aspirasi orang lain dengan cara yang lebih baik.

1. Huraikan falsafah yang terdapat dalam pendidikan dan bagaimana anda mengaplikasikannya dalam bilik darjah.

2. Senaraikan nilai keguruan yang perlu anda amalkan. 3. Sebutkan tiga domain falsafah dalam pendidikan. 4. Jelaskan nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada nilai keguruan.

SEMAK KENDIRI 1.2

Page 15: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

15

Guru harus boleh mengawal diri dengan membuat keputusan yang baik. Anda harus boleh membuat keputusan dengan memilih satu daripada alternatif yang ada dengan cara yang rasional. Semasa membuat keputusan, panduan dan pegangan agama hendaklah diutamakan. Guru perlu mengurangkan dilema serta meminimumkan konflik. Guru juga perlu memikirkan sebab dan akibat tindakan yang diambil. Guru perlu konsisten dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat. Ramai tokoh Islam menasihatkan supaya mengawal diri dalam setiap tindakan supaya tidak keterlaluan dan menganiaya para pelajar. Pernahkah anda mendengar cerita guru menghukum murid sehingga murid tersebut pengsan? Bukankah ini merupakan kezaliman? Tanggungjawab anda bukan merotan murid tetapi melindungi nyawa dan hak mereka untuk belajar dengan selesa dan selamat. Saranan mengawal diri oleh tokoh-tokoh Islam adalah seperti di dalam Jadual 1.8.

Jadual 1.8: Saranan Mengawal Diri oleh Beberapa Tokoh Terkenal

Tokoh SSaranan Mengawal diri TTindakan Anda

1. Muhammad Qutb

Niat mendidik yang kuat Memberi nasihat bukan menengking

2. Imam al Ghazali Jiwa yang bersih Menghormati hak asasi manusia dan menahan kemarahan

3. Ibn Khaldun Budi pekerti yang baik Tutur kata yang lemah lembut dan tidak bercakap kasar

4. Syed Naqib al Attas

Menyampaikan kebenaran

Berterus terang dan memberi kesedaran kepada individu

Anda harus sentiasa menggunakan akal dan fikiran supaya dapat mengawal tingkah laku anda sama ada di dalam bilik darjah atau di khalayak ramai. Seorang guru tidak boleh berbuat sesuka hati melepaskan geram kepada orang lain.

1. Berikan maksud mengawal diri. 2. Nyatakan saranan-saranan dalam mengawal diri berdasarkan

tokoh pendidikan Islam.

SEMAK KENDIRI 1.3

Page 16: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

16

PEMBINAAN INSAN YANG SEIMBANG

Bagaimanakah anda memujuk diri anda sekiranya apa yang anda hajatkan tidak tercapai? Kita perlu ingat bahawa tidak semua perkara yang kita hajati akan kita peroleh. Oleh itu, kita harus berusaha untuk membina diri kita untuk menjadi insan yang seimbang. Sekarang, mari kita bincangkan pembinaan insan yang seimbang dengan lebih lanjut. Pembentukan insan seimbang melibatkan perkembangan dari aspek: (a) Akademik;

(b) Kerohanian;

(c) Kemasyarakatan;

(d) Kritis dan kreatif;

(e) Sukan dan kesihatan; dan

(f) Perkhidmatan. Huraian perkembangan ditunjukkan dalam Jadual 1.9.

Jadual 1.9: Aspek Perkembangan dan Huraiannya

Perkembangan Huraian Perkembangan

1. Perkembangan akademik

� Mempunyai kerangka pemikiran terhadap pencapaian optima.

� Sentiasa berfikir dan menaakul.

� Bersikap positif dan cintakan ilmu.

2. Perkembangan kerohanian dan adab sopan

� Beriman, berilmu dan beramal, bertakwa.

� Berpengetahuan lengkap tentang agama.

� Mempunyai nilai kerohanian dan beradab sopan.

� Berakhlak tinggi dan berkecenderungan sosial yang sihat dan menunjukkan teladan yang baik.

� Berbudi bahasa dan mengamalkan pertuturan yang sopan dan lemah lembut, berbual dengan senyuman (senyum itu sedekah) mempunyai semangat persaudaraan dan persahabatan.

1.2

Page 17: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

17

3. Perkembangan kemasyarakatan

� Berinteraksi dan bersefahaman, berharmoni dan cintakan keamanan, beramal bakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat � gotong-royong.

� Semangat patriotik.

4. Perkembangan pemikiran kritis dan kreatif

� Boleh berfikir dalam membezakan antara baik dan buruk.

� Boleh menggunakan komputer dan melayari Internet.

� Sedar tentang perlunya keindahan dan kecantikan.

� Cintakan khazanah budaya dan bangsa.

5. Perkembangan sukan dan kesihatan

� Sedar tentang kepentingan sukan dan pendidikan jasmani.

� Sedar berkenaan minda yang sihat dan tubuh badan yang cergas, bersenam, aerobik.

� Disiplin diri dari kegiatan sukan, seni mempertahankan diri seperti seni silat, berenang dan lain-lain.

6. Perkembangan perkhidmatan

� Bersedia untuk menyumbang kepada negara berdasarkan bidang dan kelayakan, pengalaman untuk membangunkan negara.

� Mematuhi akta-akta dalam negara.

� Memberi sokongan padu kepada semua usaha membangunkan negara.

Konsep membina insan yang seimbang secara kolaboratif adalah meliputi aspek fizikal, rohani, kognitif, emosi, sosial. Anda sebagai guru, ibu bapa dan masyarakat turut menyumbang untuk melahirkan insan yang seimbang. Jadual 1.10 menunjukkan perkara yang terlibat dalam membina insan seimbang secara kolaboratif antara sekolah termasuklah peribadi individu itu sendiri.

Page 18: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

18

Jadual 1.10: Perkara-perkara yang Dilakukan Secara Kolaboratif antara Sekolah dan Keluarga dalam Memupuk Sifat-sifat Murni antara Pelajar

Fokus PPembinaan Insan Secara Menyeluruh

1. Pembangunan insan dari segi pendidikan

� Persekitaran, agama, tradisi, nilai, pengaruh individu, bagaimana manusia berinteraksi, memenuhi keperluan individu.

� Sumbangan hadiah biasiswa kerajaan, tajaan kewangan kepada pelajar, pinjaman PTPTN.

2. Sejarah

� Membangunkan semangat patriotik, cintakan negara dan tanah tumpah darah.

� Patuh kepada undang-undang negara.

3. Budaya

� Persekitaran dan budaya yang membina nilai dan pegangan hidup.

� Memenuhi kehendak individu, bakat, minat, personaliti dan semangat serta cita-cita individu.

4. Pengalaman dan latar belakang individu

� Aspek keluarga: golongan bawahan, pertengahan dan atasan.

� Taraf hidup sosio ekonomi.

5. Semangat individu

� Semangat kenegerian dan kedaerahan yang mempengaruhi individu.

6. Peringkat Komuniti

� Pengurusan kelompok sesuatu keluarga.

� Mengikut etnik dan budaya.

7. Peringkat Jiran

� Kawasan perumahan dan jiran sama ada luar bandar atau dalam bandar.

� Pesisiran pantai dan kawasan pedalaman dan kawasan yang terpencil dan kawasan pinggiran.

8. Peringkat Keluarga

� Bergantung hidup dari segi tempat tinggal, makanan, pakaian dan kemudahan.

� Jenis keluarga:

� Individu tinggal bersama

� Keluarga nuklear

� Ibu tunggal

� Bapa tunggal

� Tanpa ibu bapa

Page 19: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

19

Hancock & Settle, (1990) menjelaskan satu komponen yang perlu ada pada setiap guru untuk pembentukan insan yang seimbang adalah jjujur kepada diri sendiri. Guru perlu menguasai tiga aspek penting sebagai persediaan diri untuk berkecimpung dalam bidang keguruan. Tiga komponen atau akronim KAS perlu dikuasai iaitu knowledge, affective dan skill. Sekiranya ketiga-tiga komponen ini tidak dapat dikuasai, maka seseorang guru atau bakal guru tidak jujur sebagai penyampai ilmu kepada pelajar. Lihat Jadual 1.11 untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Jadual 1.11: Kemahiran KAS

Ilmu (Knowledge) Afektif (Affective) Kemahiran (Skill )

� Matematik/Sains

� Kajian tempatan

� Menjaga kesihatan

� Menjauhi diri dari penyakit

� Menjauhkan diri dari dadah

� Menghargai alam semula jadi dan persekitaran

� Menghargai flora dan fauna

� Menepati masa

� Kerjasama

� Jelekit

� Koperatif

� Mementingkan komuniti

� Menerima tanggungjawab

� Keyakinan diri

� Selesa dengan idea orang lain

� Menghargai pendapat orang lain

� Mengurus diri dan keluarga

� Kemahiran teknikal

� Kemahiran hidup

� Bersenam

� Menguruskan tekanan dan stres

� Menjaga ekonomi dan kedudukan kewangan

� Berjimat cermat

� Menguasai kemahiran teknologi maklumat

1.2.1 Beramanah

Dalam Islam, amanah adalah sifat mulia yang wajib diamalkan setiap manusia. Apabila seseorang tidak amanah maka mereka akan ingkar dalam melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya. Sifat amanah adalah beriringan dengan sifat jujur. Guru yang tidak amanah boleh menimbulkan huru-hara dalam pengurusan keguruan dan pelajar akan menerima akibatnya.

Page 20: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

20

Guru perlu beramanah bila menyampaikan maklumat kepada pelajar. Menjadi kezaliman terhadap diri sendiri dan juga pelajar sekiranya soalan-soalan bagi peperiksaan adalah di dalam bahasa Inggeris tetapi mereka tidak pernah diajar dalam bahasa tersebut. Mereka masuk ke dewan peperiksaan sedangkan sesuatu pelajaran contohnya Matematik tidak diajar kepada pelajar dalam bahasa Inggeris. John Dewey (1939) dalam bukunya Experience and Education menjelaskan konsep amanah mempengaruhi aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang amanah akan menunaikan tanggungjawab berikut: (a) Membantu pelajar dengan memberi fokus kepada perkembangan pelajar

secara rasional.

(b) Membantu pelajar mengembangkan potensi dari segi sosial, fizikal dan emosi.

(c) Membantu pelajar mencari kebenaran dan memperoleh keadilan dalam tindakan mereka.

(d) Tingkah laku profesional yang mementingkan prestasi pelajar. Anda akan mencari punca dan faktor yang menyebabkan pelajar gagal. Anda berusaha menolong untuk memperbaiki prestasi mereka.

1.2.2 Berdisiplin

Cuba anda fikirkan seketika. Adakah anda contoh teladan yang baik kepada pelajar anda? Adakah anda rasa bersalah selepas mendenda pelajar yang merokok sedangkan anda sendiri merokok? Selanjutnya kita akan menyentuh tentang sikap berdisiplin.

1. Apakah maksud beramanah?

2. Huraikan ciri-ciri guru yang beramanah.

3. Berikan contoh-contoh tindakan guru yang tidak beramanah.

AKTIVITI 1.4

Page 21: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

21

Konsep disiplin dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mengajar dalam kelas. Disiplin juga bermaksud anda dilarang melakukan perkara yang melanggar etika keguruan dari aspek lisan, perbuatan dan secara bertulis. Anda sebagai guru yang berdisiplin perlu mempunyai ciri-ciri berikut (lihat Jadual 1.12):

Jadual 1.12: Ciri-ciri Guru Berdisiplin

Ciri-ciri Guru yang Berdisiplin Penerangan

1. Mempunyai ilmu pengetahuan

� Guru perlu memahami teori ilmu seperti pedagogi, sejarah Malaysia, psikologi, sosiologi falsafah dan lain-lain.

� Guru perlu menguasai ilmu yang diajar kepada pelajar.

2. Bijaksana

� Guru mempunyai kemahiran berfikir secara reflektif, konsep dan abstrak.

� Guru sentiasa menilai pengajaran sendiri dan membuat penambahbaikan kepada semua yang dilakukan dan berusaha memotivasikan pelajar dan bertindak supaya pelajar dapat mencapai prestasi yang tinggi.

3. Seorang perancang yang berkesan

� Guru menyiapkan perancangan untuk semester, menyediakan bahan-bahan pengajaran, soalan latihan, nota penting berdasarkan topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran.

4. Kemahiran teknikal

� Guru membuat ujian diagnostik kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, memantau kemajuan projek yang dijalankan oleh pelajar dan menilai kerja yang dilakukan oleh pelajar.

5. Penyayang

� Guru berusaha ke arah mencapai kejayaan pelajar.

� Mengambil berat tentang masalah pelajar.

6. Keyakinan diri

� Melakukan sesuatu dengan cara yang betul.

7. Role model

� Mempamerkan tingkah laku yang boleh dicontohi oleh pelajar.

Page 22: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

22

1.2.3 Bertanggungjawab

Guru bertanggungjawab membentuk pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani. Selain itu, guru juga bertanggungjawab kepada ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Berikut adalah tanggungjawab yang anda perlu laksanakan. (a) MMengutamakan Kebajikan Pelajar

(i) Tanggungjawab yang besar ialah menyediakan persekitaran yang selamat serta suasana yang menyeronokkan.

(ii) Melatih pelajar mengatasi masalah mereka dengan pemikiran yang mengutamakan kebaikan.

(iii) Membantu pelajar mengatasi masalah sosial dan peribadi mereka.

(iv) Mengalakkan pelajar melibatkan diri dengan nilai dan memberi fokus kepada perkembangan komuniti.

(v) Memegang kualiti standard yang dibanggakan dan berpandukan set nilai yang dipatuhi.

(b) TTanggungjawab kepada Ibu Bapa/Penjaga

(i) Keluarga adalah titik permulaan yang amat penting dalam pembentukan tingkah laku anak-anak dan terdapat kesinambungan hubungan tanggungjawab antara ibu bapa/penjaga dan juga guru di sekolah.

(ii) Mewujudkan perhubungan saling percaya dengan keluarga tempat guru berkhidmat.

1. Bagaimanakah anda dapat menjadikan diri anda seorang guru yang berdisiplin?

2. Nyatakan ciri-ciri guru yang berdisiplin. 3. Melalui pemerhatian anda, bagaimanakah gelagat guru yang tidak

berdisiplin?

SEMAK KENDIRI 1.4

Page 23: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

23

(iii) Menghormati maruah sesebuah keluarga termasuk budaya, adat dan kepercayaan.

(iv) Menghormati nilai pendidikan dan hak ibu bapa/penjaga dalam membuat keputusan berkenaan anak-anak mereka.

(v) Menjelaskan prestasi anak-anak mereka dan membantu memahami dan menghargai nilai keluarga.

(vi) Menggalakkan penglibatan keluarga dalam program untuk anak-anak mereka.

(vii) Memaklumkan kepada keluarga berkenaan perkembangan anak-anak mereka.

(viii) Memaklumkan berkenaan kemalangan dan risiko wabak penyakit kepada ibu bapa/penjaga.

(ix) Tidak menyalahgunakan hubungan baik dengan keluarga.

(x) Merahsiakan latar belakang dan rekod pelajar dan masalah pelajar dari pengetahuan umum.

(c) TTanggungjawab kepada Rakan Sejawat

(i) Titik permulaan tanggungjawab dalam persekitaran ialah mewujudkan dan mengekalkan hubungan baik dengan rakan sejawat yang menyokong kepada produktiviti kerja dan memenuhi kehendak profesional.

(ii) Mengekalkan hubungan kepercayaan dan kerjasama antara pengetua dan rakan sejawat.

(iii) Bersama-sama berkongsi kemudahan yang dibekalkan.

(iv) Mendengar dan menghormati pendapat rakan sejawat.

(v) Menjaga maruah rakan sejawat.

(vi) Tidak menjatuhkan maruah dan air muka rakan sejawat di hadapan rakan sejawat yang lain.

Page 24: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

24

(d) TTanggungjawab kepada Masyarakat dan Negara

(i) Sentiasa menghormati masyarakat setempat dan budaya mereka.

(ii) Mengelakkan diri menyebarkan ajaran palsu atau ajaran sesat.

(iii) Mengelakkan diri menyebar dakyah anti kerajaan.

(iv) Mengelakkan diri bersubahat dengan anasir jahat.

(v) Menghormati dan menyokong undang-undang dan perlembagaan negara.

(vi) Bekerja ke arah pendidikan serta mengambil berat tentang kebajikan masyarakat dari diri sendiri.

(e) TTanggungjawab kepada Profesion

(i) Sentiasa bekerjasama dalam memartabatkan profesion.

(ii) Tidak boleh mengenakan bayaran kepada pelajar tanpa alasan munasabah.

(iii) Tidak melibatkan diri dalam penyalahgunaan undang-undang.

(iv) Sentiasa peka untuk menjaga imej profesion.

(v) Sentiasa menjaga pertuturan, perbuatan dan perlakuan walau di mana kita berada supaya imej guru tidak tercemar.

(vi) Menjauhkan diri dari dadah, arak, judi dan lain-lain perbuatan yang keji dan terkutuk dan melanggar hukum agama.

1. Huraikan tanggungjawab anda terhadap pelajar. 2. Berdasarkan pengalaman anda, jelaskan tanggungjawab anda

terhadap rakan sejawat dalam menghormati mereka sebagai rakan sama profesion.

AKTIVITI 1.4

Page 25: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

25

1.2.4 Dedikasi

Konsep dedikasi merupakan penerimaan guru terhadap murid tanpa syarat. Guru perlu mencipta suasana kelas yang tidak mengancam keselamatan atau mengugut pelajar. Guru juga harus memberi respons yang sesuai untuk menjawab soalan pelajar. Selain itu, guru juga harus berkomunikasi dengan jelas serta mudah difahami oleh pelajar. Sekiranya terdapat isu yang menimbulkan kontroversi seperti kejadian kes buli di sekolah maka berbincanglah dengan pelajar secara kritis dan rasional. Tindakan guru yang berdedikasi adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.13.

1. Pernahkah anda membawa pelajar pergi lawatan sambil belajar? Apa yang anda pesan kepada mereka semasa lawatan tersebut?

2. Pernahkah anda kecewa apabila ramai yang gagal dalam mata

pelajaran yang anda ajar? Bincangkan topik ini dengan rakan-rakan anda di kelas.

AKTIVITI 1.5

Page 26: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

26

Jadual 1.13: Tindakan Guru Berdedikasi

Ciri-ciri Dedikasi Tugasan Dedikasi

1. Dalam bilik darjah

� Guru menyediakan prasarana dalam bilik darjah seperti:

� Perabot (kerusi dan meja).

� Papan buletin.

� Menambahkan keceriaan kelas dengan bunga, poster dan lain-lain.

� Suasana dan aspek fizikal dalam kelas seperti lampu dan kipas.

� Mengurangkan kesesakan dalam kelas.

� Sudut dalam kelas, memastikan kelas dalam keadaan yang teratur dan peralatan elektrik dalam keadaan selamat.

� Mematuhi rutin yang ditetapkan mengikut subjek.

� Elakkan membuat pertukaran jadual waktu sesuka hati.

� Menjalankan tugasan dengan cekap.

� Kurangkan gangguan dan penangguhan masa.

2. Hubungan dengan pelajar

� Guru bertanggungjawab mengajar berdasarkan kebolehan individu.

� Memotivasikan pelajar, memberi semangat.

� Menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan belajar.

� Guru berhati-hati menggunakan kuasanya dan mengekalkan hubungan yang positif dengan murid.

� Menjamin keselamatan pelajar sepanjang masa.

� Terdapat pelajar yang seronok ke sekolah, ada pula yang kurang seronok; maka anda yang perlu berinteraksi dengan pelajar supaya anda mudah didekati pelajar.

� Elakkan peristiwa yang membawa pertelingkahan dengan murid. Anda berperanan sebagai pelindung dan pendengar yang aktif. Elakkan dan berhenti bergaduh dengan pelajar.

� Fahami kekuatan dan kelemahan pelajar di bawah jagaan anda.

Page 27: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

27

3. Hubungan dengan persekitaran sekolah

� Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan tempat bekerja.

� Cara berpakaian yang sopan.

� Tempat bekerja mesti bersih.

4. Hubungan rakan sejawat

� Berkongsi idea dengan rakan sejawat.

� Hubungan komuniti antara rakan sejawat lebih kepada mendatar daripada hirarki.

5. Sebagai kaki tangan kerajaan

� Guru bekerja untuk orang ramai iaitu pelajar, ibu bapa dan komuniti.

� Guru perlu memberi bantuan dan sokongan kepada kakitangan sekolah.

6. Hubungan guru dan ibu bapa

� Guru perlu berinteraksi dengan ibu bapa apabila terdapat masalah dengan anak-anak mereka.

� Guru memberi respons kepada pertanyaan mereka.

� Menjaga kebajikan anak-anak mereka yang datang dari golongan bawahan, miskin, pelajar yang sakit.

� Menghubungi ibu bapa yang sangat sibuk supaya berkongsi dengan kejayaan anak mereka dari segi sukan.

� Berlaku jujur dan ikhlas apabila membincangkan masalah anak mereka.

7. Sebagai anggota masyarakat

� Guru bebas melakukan yang terbaik untuk masyarakat.

� Anda boleh membantu pasukan rukun tetangga di tempat anda, menghadiri majlis perkahwinan, melawat rumah kebajikan dan lain-lain.

Page 28: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

28

Konsep dedikasi adalah lahir dari perkataan mendidik. Dari segi profesional, sumbangan dedikasi guru dalam konteks yang berbeza. Mari teruskan pembacaan untuk mengetahui aspek dedikasi guru yang boleh dipertimbangkan. Hancock, R. (1990, ms. 44) menjelaskan pertimbangan utama yang perlu dilakukan oleh guru yang berdedikasi iaitu pertama bersiap sedia untuk meninggalkan rumah dengan berlapang dada dan mengumpulkan semua bahan-bahan yang hendak dibawa ke sekolah. Apabila anda sampai di sekolah, bersihkan papan hitam dan bersedia untuk memulakan pengajaran pada hari tersebut. Anda akan pergi ke bilik guru dan melihat notis yang ada di situ dan meluang sedikit masa untuk bertanya khabar rakan sejawat. Seterusnya anda boleh menjenguk surat rasmi yang ada di pejabat. Apabila anda masuk dalam bilik darjah anda hendaklah menyemak kehadiran pelajar dan mengesahkan siapa yang hadir dan tidak hadir. Guru yang berdedikasi akan: (a) Membantu pelajar mengenal pasti kehidupan mereka dan mensyukuri

kelahirannya di dunia.

(b) Memeriksa kerja rumah yang telah diberikan kepada pelajar.

(c) Menggalakkan perbincangan dengan pelajar.

(d) Melengkapkan diri dengan disiplin ilmu mata pelajaran.

Lihat rajah di atas. Pada fikiran anda, adakah ia menunjukkan seorang pengajar yang berdedikasi? Huraikan jawapan anda.

SEMAK KENDIRI 1.5

Page 29: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

29

(e) Menyediakan persekitaran bilik darjah yang kondusif.

(f) Mempunyai harapan dan jangkaan yang sesuai dengan kebolehan pelajar.

(g) Boleh memberi arahan yang jelas kepada pelajar.

(h) Mengekalkan suasana yang tenang untuk pelajar.

(i) Memberi sedikit kebebasan dan tidak mengongkong.

(j) Melahirkan suasana yang seronok.

1.2.5 Berfikiran Terbuka

Seterusnya kita akan melihat dari aspek berfikiran terbuka. Konsep berfikiran terbuka ialah anda tidak bersikap berat sebelah dan pilih kasih. Walau bagaimanapun, anda tetap berpegang teguh dengan kepercayaan dan pegangan hidup anda dari segi agama dan budaya. Mengakui kesilapan yang telah anda lakukan dan bersedia memohon maaf dari orang yang terlibat juga dikatakan sebagai salah satu sikap berfikiran terbuka. Anda juga bersedia menerima teguran dari rakan-rakan, ibu bapa, rakan sejawat dan guru besar atau pengetua tentang tabiat anda yang suka lambat datang ke sekolah atau bercakap semasa mesyuarat atau tidak memeriksa buku kerja pelajar. Konsep berfikiran terbuka adalah satu domain afektif iaitu berfikiran terbuka berdasarkan tugas iaitu mengajar. Menurut Myers & Myers, (1995), ‰Teaching is a hard, stressful, and sometimes burdensome profession, and anyone considering it as a career should face that fact realistically.‰

Huraikan ciri-ciri guru yang berdedikasi dalam hubungan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dan hubungan dengan pelajar serta ibu bapa.

SEMAK KENDIRI 1.6

Page 30: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

30

Berfikiran terbuka bermakna anda harus tahu, peka dan melaksanakan perkara-perkara berikut: (a) Memikirkan tentang potensi pelajar.

(b) Mendengar dengan berkesan dan memberi respons kepada pelajar.

(c) Tidak mengikut perasaan dan mengatakan pelajar yang bersalah.

(d) Sensitif kepada perasaan pelajar.

(e) Bersedia untuk berinteraksi dengan pelajar pada masa yang perlu.

(f) Melibatkan diri dalam menjelaskan peraturan sekolah dan kepentingannya.

(g) Mempamerkan tingkah laku yang menunjukkan usaha untuk memajukan pelajar.

(h) Bersedia untuk mengadakan bahan pembelajaran untuk pengajaran harian.

(i) Memeriksa kerja pelajar dan memberi teguran yang sesuai dengan kesilapan yang dilakukan.

(j) Tidak bersungut atau berleter.

(k) Menerima kedatangan ibu bapa dan memaklumkan tentang prestasi anak mereka.

Menurut Philip W. Jackson (1968) dalam buku ‰Life in classrooms‰, guru menerima tugasnya sebagai orang alim. Tanda-tanda guru berfikiran terbuka adalah seperti berikut: (a) Senyuman yang manis;

(b) Memberi perhatian yang adil;

(c) Hubungan yang tidak formal;

(d) Fleksibel dan bertolak ansur;

(e) Kesegeraan dalam memberi tindak balas kepada pelajar;

(f) Mudah didekati;

(g) Tidak menganiaya pelajar dan memalukan pelajar di hadapan kelas; dan

(h) Tidak mengeluarkan sindiran dan menjeling terhadap pelajar.

Page 31: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN �

31

Ciri-ciri guru yang kurang berfikiran terbuka ialah mereka yang menjatuhkan hukuman dan mengenakan denda kepada pelajar tanpa mengambil kira apa yang berlaku sebenarnya. Di samping itu, mereka bermuka masam dan sentiasa bengis, tidak pernah senyum kepada pelajar dan selalu memberi alasan bahawa pelajar yang bersalah. Terdapat guru yang tidak mahu mendengar keterangan pelajar dan menganggap semua pelajar sebagai penipu dan suka berbohong. Anda sebagai guru perlu mendengar semua keterangan yang diberikan kepada anda dan membuat sedikit penyelidikan supaya laporan boleh dibuat dengan adil dan tidak menyesal kemudian hari.

� Dalam konteks Islam, agama merupakan perhubungan dengan Allah dan perhubungan dengan manusia sesama manusia dan alam sekitar.

� Konsep moral menekankan kepentingan berbuat baik pada orang lain dan diri-sendiri.

� Nilai-nilai murni yang harus diamalkan oleh guru merangkumi baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran dan rasional.

Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadi guru yang berfikiran terbuka.

SEMAK KENDIRI 1.7

1. Anda sedang mengajar dalam kelas. Tiba-tiba datang seorang pelajar meminta izin untuk keluar dari bilik darjah. Apa tindakan anda?

2. Di kantin anda nampak ramai pelajar berebut-rebut ketika membeli

makanan di kantin. Sebagai guru apakah tindakan anda?

AKTIVITI 1.6

Page 32: 05. HBEF2803 Topik 1 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150543... · ... moral dan nilai-nilai keguruan. ... berada di sekolah adalah sebahagian

� TOPIK 1 KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

32

� Konsep mengawal diri termasuklah memahami perasaan dan sensitiviti orang lain apabila berinteraksi. Ia juga terlibat dalam proses membuat keputusan di mana anda harus mempertimbangkan beberapa perkara.

� Pembentukan insan seimbang bergantung kepada aspek-aspek perkembangan akademik, kerohanian, kemasyarakatan, kritis dan kreatif, sukan dan kesihatan dan perkhidmatan.

� Ciri-ciri insan yang seimbang adalah seperti beramanah, berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi dan bersifat terbuka.

Akal budi

Berat sebelah

Insan seimbang

Moral

Nilai-nilai murni

Soalan Struktur (Masa 15 Minit) 1. Apakah maksud agama? 2. Berikan contoh-contoh nilai keguruan yang perlu diamalkan oleh seorang

guru. 3. Nyatakan aspek perkembangan untuk pembinaan insan yang seimbang.