fakulti pendidikan dan bahasa -...

29
MARY LAU SIENG TOW 790816135290001 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN SEMESTER 6 / 2012 NAMA : MARY LAU SIENG TOW NO. MATRIKULASI : 790816135290001 NO. KAD PENGENALAN : 790816-13-5290 NO. TELEFON : 019-8768826 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN SIBU

Upload: vokhanh

Post on 20-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 1

FAKULTI PENDIDIKAN

DAN

BAHASA

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

SEMESTER 6 / 2012

NAMA : MARY LAU SIENG TOW

NO. MATRIKULASI : 790816135290001

NO. KAD PENGENALAN : 790816-13-5290

NO. TELEFON : 019-8768826

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN SIBU

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 2

ISI KANDUNGAN Bil Kandungan Muka Surat

1.0 Penghargaan 3

2.0 Objektif Kajian 4

3.0 Kaedah Kajian 5

4.0 Hasil Kajian 6

4.1 Pengenalan 6

4.2 Sejarah / Asal-usul Perayaan 7

4.3 Upacara Khusus Dalam Perayaan 10

4.4 Persiapan Sambutan Perayaan dan Amalan-amalan yang

Dilakukan

12

4.4.1 Sebelum Perayaan 12

4.4.2 Semasa Perayaan 13

4.4.3 Selepas Perayaan 15

4.5 Pakaian Tradisional 17

4.5.1 Baju Melayu 17

4.5.2 Baju Kurung 20

4.5.3 Baju Kebaya 22

4.6 Kuih-muih dan Juadah Utama 23

4.6.1 Ketupat 23

4.6.2 Rendang 24

4.6.3 Lemang 25

4.7 Pantang-larang Dalam Perayaan 26

5.0 Rumusan 28

Rujukan 29

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 3

1.0 Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih dan menjulang setinggi-

tinggi penghargaan kepada pensyarah iaitu EOS saya, Encik Bengkarang Anak Ingas di atas

kesudian beliau memberi tunjuk ajar serta bimbingan untuk membolehkan saya menyiapkan

tugasan ini dengan sempurna dan jayanya. Beliau telah banyak membantu dan memberi

input serta idea kepada saya dan rakan-rakan agar kami boleh menyiapkan tugasan dalam

tempoh masa yang ditetapkan.

Ucapan ribuan terima kasih juga ingin saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

terutamanya bagi mereka yang berbangsa Melayu. Bantuan daripada rakan-rakan yang

berbangsa Melayu telah memudahkan saya membuat kajian tentang perayaan kaum Melayu

iaitu Hari Raya Aidiladha. Saya telah dijemput datang ke rumah rakan-rakan yang

berbangsa Melayu semasa perayaan untuk sama-sama menyambut perayaan Hari Raya

Aidiladha. Begitu mesra layanan yang mereka berikan kepada saya dan ahli keluarga saya.

Pada hari tersebut, saya juga menjalankan kajian, membuat rakaman suasana perayaan,

menjalankan temubual tiga generasi dan sebagainya. Selain itu, saya juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara

langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyelesaikan tugasan ini. Segala tunjuk ajar

dan sokongan moral yang diberikan amat membantu saya dalam proses penyelesaian

tugasan saya ini.

Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada suami saya kerana telah

memberi semangat dan dorongan serta menghulurkan bantuan kepada saya agar saya

sempat menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semoga hasil kajian ini

dapat memberi sedikit sebanyak impak ilmu dalam pembangunan modal insan.

Sekian, terima kasih.

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 4

2.0 Objektif Kajian

2.1 Mengenal dan mengetahui secara mendalam tentang perayaan kaum tradisi bagi kaum

Melayu terutamanya perayaan Hari Raya Aidiladha.

2.2 Menghargai dan mempertahankan perayaan tradisi masyarakat di Malaysia dengan baik.

2.3 Memastikan generasi akan datang mengetahui tentang perayaan sesebuah masyarakat di

Malaysia.

2.4 Mempelajari cara dan merasa sendiri cara kaum Melayu menyambut perayaan Hari

Raya Aidiladha.

2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan mengenai perayaan

sesuatu kaum.

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 5

3.0 Kaedah Kajian

Saya telah menjalankan perayaan ini melalui beberapa kaedah iaitu:

3.1 Penyelidikan

Saya telah menjalankan penyelidikan melalui internet daripada beberapa laman web

mengenai perayaan Hari Raya Aidiladha kaum Melayu.

3.2 Orang Sumber

Saya telah menemubual 3 orang yang berbangsa Melayu dari 3 generasi.

Kumpulan 1 : Mereka yang berumur antara 55 tahun dan ke atas

Kumpulan 2 : Mereka yang berumur antara 25 tahun hingga 45 tahun

Kumpulan 3 : Mereka yang berumur antara 7 tahun hingga 18 tahun

3.3 Melawat tempat kajian

Saya telah melawat tempat kajian iaitu di alamat No.79, Jalan Getah, 96100 Sarikei

untuk membuat rakaman video suasana sambutan pada hari perayaan dan mengumpul

maklumat-maklumat berkaitan tentang tugasan.

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 6

4.0 Hasil Kajian

4.1 Pengenalan

Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu daripada hari kebesaran dan perayaan bagi

seluruh umat Islam. Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari

Raya Korban. Perayaan ini juga dinamakan “Festival of Sacrifice” atau “Greater Eid”.

Nama Hari Raya Aidiladha berasal daripada Bahasa Arab iaitu Eid-Ul-Adha. Perayaan ini

disambut oleh semua kaum Melayu yang beragama Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang

disambut pada setiap 1 Syawal. Perayaan ini jatuh pada hari ke sepuluh pada bulan Zulhijjah,

bulan terakhir pada kalendar Islam. Jadi, pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga

belas bulan Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha akan disambut oleh semua umat Islam setiap

tahun di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di

Mekah. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan Solat

Sunat Aidiladha serta Khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan

ibadah korban yang dilakukan sama ada pada 10, 11,12 atau 13 Zulhijjah.

Rajah 4.1 Perayaan Hari Raya Aidiladha

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 7

4.2 Sejarah / Asal Usul Perayaan

Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan yang amat istimewa bagi umat Islam kerana

perayaan ini merupakan hari untuk memperingatkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam

menunaikan perintah Allah S.W.T. dan kesabaran anaknya, iaitu Nabi Ismail dalam

memenuhi perintah Allah S.W.T. Hari Raya Aidiladha menyaksikan binatang-binatang

korban seperti lembu, kambing dan sebagainya dikorbankan dengan tujuan untuk

melaksanakan syariat Allah. Peristiwa sejarah Nabi Ibrahim yang diperintah untuk

menyembelih anaknya Nabi Ismail telah dijadikan dasar kepada syariat korban. Kisah ini

telah diceritakan oleh Allah dalam Surah As-Shaffat bermula dari ayat 101 hingga 111 dan

bunyi kisah tersebut adalah seperti berikut.

Pada suatu hari, Nabi Ibrahim telah bermimpi. Dalam mimpinya itu, Allah S.W.T.

menyuruhnya menyebelih anaknya yang bernama Nabi Ismail. Justeru, Nabi Ibrahim terus

memberitahu isterinya, Siti Hajar tentang mimpinya itu. Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi

Ismail pun duduk berbincang untuk membuat keputusan yang terbaik. Siti Hajar berkata,

“kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata

ibunya, Nabi Ismail yang sememangnya anak yang taat kepada perintah Allah terus

bersetuju untuk menunaikan perintah Alah itu. Dia pun berkata kepada ayahnya, “ Ayahku,

sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk

disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, Nabi Ibrahim pun membawa anaknya, Ismail untuk disembelih

pada keesokkan harinya. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyebelih anaknya telah sampai ke

pengetahuan orang ramai. Hal ini amat merisaukan dan menakutkan orang ramai sehingga

ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu

menyembelih anaknya sendiri.”

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 8

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas

yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya

sampai pada tempat yang dituju, Nabi Ismail pun berkata pada ayahnya, “Wahai ayahku, aku

fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan

menelungkup tapi mata ayah perlulah ditutup dengan kain. Kemudian, ayah hendaklah tahu

arah pedang yang tajam dan ayah kenakan pedang tepat pada leherku.

Kemudian, Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah S.W.T. seperti dalam mimpinya

itu. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya ke

arah leher anaknya itu. Darah yang terpercik terkena pada badannya lalu Nabi Ibrahim pun

membuka penutup matanya. Alangkah terkejutnya apabila melihat yang disembelihnya itu

bukan anaknya tetapi seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T., mereka berdua

pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga

mereka dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Selain itu, Hari Raya Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah, iaitu dalam sejarah di mana Nabi

Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum

berjumpa di Padang Arafah di luar Bandar Mekah. Dari segi bahasa, perkataan “korban”

bermaksud dekat manakala dari segi istilah, ia bermaksud menjalankan perintah agama atau

taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 9

Rajah 4.2 Erti Sebuah Pengorbanan

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 10

4.3 Upacara Khusus Dalam Perayaan

Hari Raya Aidiladha adalah perayaan yang diwarisi secara turun-temurun. Konsep Hari

Raya Aidiladha dalam Islam jelas menunjukkan bahawa perayaan ini adalah perayaan

keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut atas landasan agama, maka perayaan yang

diraikan itu adalah satu ibadat. Oleh sebab ia merupakan satu perayaan keagamaan, maka

cara menyambut Hari Raya Aidiladha perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu.

Aktiviti-aktiviti ibadat dalam perayaan ini termasuklah solat sunat, bertasbih, bertakbir dan

bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Pada pagi hari raya ini, umat Islam akan disunatkan mandi dan membersihkan diri seperti

mencukur bulu-bulu pada tubuh, memotong kuku, menghilangkan bau-bau yang tidak

menyenangkan dari badan dan pakaian serta memakai wangi-wangian pada awal pagi,

kemudian mereka akan bersiap-siap ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidiladha

Rajah 4.3 Solat Sunat yang diadakan di masjid

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 11

Seterusnya umat Islam akan menghidupkan ukhwah dengan kunjung-mengkunjungi di

kalangan saudara mara, sahabat-handai dan jiran-tetangga. Selain itu, mereka juga akan

melakukan Upacara Korban. Unta, lembu, kambing atau biri-biri yang dikorbankan akan

disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada

orang ramai khususnya golongan fakir miskin.

Pada kebiasaannya, solat sunat Aidiladha akan dicepatkan sedikit berbanding dengan solat

sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah untuk

memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmat disunatkan makan

selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang

berkat.

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 12

4.4 Persiapan Sambutan Perayaan dan Amalan-amalan yang Dilakukan

4.4.1 Sebelum Perayaan

Di Malaysia, Hari Raya Aidiladha disambut secara sederhana oleh umat Islam bagi

mengelakkan pembaziran berlaku. Beberapa hari sebelum perayaan tersebut menjelma,

di jalan raya utama dan lebuh raya, kesesakan akan berlaku akibat orang ramai yang

pulang ke kampung halaman yang dikenali dengan fenomena “balik kampung” untuk

menyambut Hari Raya Haji bersama-sama sanak-saudara dan ahli keluarga masing-

masing. Pada malam 10 Zulhijjah, Takbir Aidiladha akan berkumandang di masjid

menandakan Hari Raya Korban sudah tiba. Takbir Aidiladha dilaungkan sebagai tanda

kesyukuran kepada Allah S.W.T. Semua umat Islam akan memperbanyakkan amalan

sunat pada malam hari raya tersebut.

Rajah 4.4 Takbir Aidiladha yang berkumandang di masjid

Page 13: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 13

4.4..2 Semasa Perayaan

Pada pagi hari raya, umat Islam akan mandi sunat Aidiladha. Kemudian, mereka akan

memakai pakaian yang baharu dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah. Walaupun

demikian, pakaian yang dipakai perlulah mengikut kemampuan supaya tiada pembaziran

berlaku. Umat Islam tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang

indah. Mereka juga akan mengenakan wangi-wangian yang menyenangkan. Pada pagi

hari raya, umat Islam akan mengerjakan Sembahyang Sunat atau solat Hari Raya

Aidiladha sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti dengan 5 takbir

pada rakaat kedua. Individu yang akan mengetuai upacara solat tersebut ialah Iman.

Rajah 4.5 Solat Sunat yang diketuai oleh seorang Iman di masjid

Page 14: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 14

Kemudian, upacara korban iaitu mengorbankan binatang akan diadakan pada waktu pagi

di masjid selepas sembahyang. Binatang korban seperti lembu, kambing dan biri-biri

yang akan dikorbankan akan disembelih di kawasan masjid secara beramai-ramai.

Daging yang dikorbankan akan dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya

kepada golongan fakir miskin.

Rajah 4.6 Upacara korban binatang berhampiran masjid

Rajah 4.7 Daging korban yang siap dibungkus untuk diagih-agihkan

kepada golongan fakir miskin

Page 15: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 15

4.4.3 Selepas Perayaan

Selepas itu, umat Islam akan berbondong-bondong melawati kawasan perkuburan

saudara-mara yang terdekat atau orang yang disayangi.

Rajah 4.8 Suasana di kawasan perkuburan semasa hari raya

Kaum Melayu yang beragama Islam akan mengenakan pakaian yang baharu, cantik dan

kemas. Golongan yang muda akan memohon kemaafan daripada golongan yang lebih

tua terutamanya ibu, bapa, datuk atau nenek masing-masing.

Rajah 4.9 Golongan muda memohon kemaafan daripada ibu bapa

Page 16: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 16

Selepas itu, semua ahli keluarga akan duduk bersama-sama untuk menjamah pelbagai

juadah yang telah disediakan seperti ketupat, lemang, rendang dan sebagainya. Setelah

menjamu selera, perayaan ini akan disambut dengan adab kunjung-mengunjungi dan

rumah terbuka. Umat Islam akan menziarahi rumah saudara-mara, jiran tetangga dan

sahabat-handai mereka. Aktiviti berziarah amat penting supaya dapat merapatkan

hubungan sesama Muslim atau bukan Muslim.

Rajah 4.10 Suasana ziarah- menziarahi semasa perayaan

Page 17: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 17

4.5 Pakaian Tradisional

4.5.1 Baju Melayu

Baju Melayu ialah pakaian tradisional lelaki bagi kaum Melayu. Oleh itu, semasa

sambutan Hari Raya Aidiladha, umat Islam lelaki akan memakai baju Melayu untuk

merayakan hari istimewa ini. Pakaian ini terdiri daripada baju teluk belanga atau baju

cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping atau songkek di bahagian

pinggang dan songkok. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada

bahagian leher kedua-dua jenis baju Melayu ini seperti mata lalat, tulang belut dan insang

pari. Kebiasaannya, baju Melayu dijahit menggunakan fabrik kapas atau campuran kain

yang selesa dipakai.

Baju Melayu Cekak Musang

Baju Melayu Cekak Musang pula lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia.

Cara jahitan pada leher baju Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya

bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Terdapat dua rekaan butang pada

bahagian leher baju iaitu tiga butang ataupun lima butang. Cara pemakaian Baju Melayu

Cekak Musang ialah bajunya biasa dipakai di dalam samping.

Page 18: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 18

Rajah 4.11 Umat Islam berbaju Melayu Cekak Musang yang lengkap.

Page 19: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 19

Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia seperti negeri

Johor. Cara jahitan pada leher baju Teluk Belanga pula mempunyai potongan bahagian

lehernya hanya di jahit secara sulaman sama seperti baju kurung. Jahitan pada leher

tersebut pula dikenali sebagai jahitan tulang belut atau insang pari dan hanya dikancing

dengan satu butang sahaja. Cara pemakaian Baju Melayu Teluk Belanga pula biasanya

baju dipakai di luar samping.

Rajah 4.12 Umat Islam berbaju Melayu Teluk Belanga yang lengkap.

Page 20: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 20

4.5.2 Baju Kurung

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan bagi kaum Melayu

semasa menyambut Hari Raya Aidiladha. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek

iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta

perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah

membawa erti „mengurung atau menutup‟ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep

pakaian gaya Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah „kurung‟ diertikan

sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Ia juga disebut dengan

berbagai-bagai nama misalnya „baju kurung bernyawa‟. Walaupun mempunyai pelbagai

nama, namun baju kurung tetap menampilkan ciri-ciri tersendirinya.

Menurut Tenas Effendy (1989), baju kurung teluk belanga atau baju kurung yang dijahit

dengan jahitan tulang belut di bahagian leher yang nampak halus dan rapi. Pakaian ini

merupakan pakaian wanita yang bersopan dan juga pakaian setiap ahli dalam golongan

masyarakat untuk pelbagai majlis, adat dan perayaan. Jadi, semasa umat Islam

menyambut perayaan Hari Raya Haji, baju kurung pun menjadi pilihan utama bagi umat

Islam wanita. Bagi golongan wanita yang beragama Islam, mereka akan memakai

pakaian yang menutup aurat. Pakaian yang seksi dan tidak menutup aurat adalah dilarang

sama sekali dalam Islam.

Rajah 4.13 Baju kurung wanita Melayu

Page 21: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 21

Rajah 4.14 Baju kurung yang menutup aurat

Page 22: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 22

4.5.3 Baju Kebaya

Baju Kebaya merupakan pakaian tradisional yang dipakai oleh kaum wanita Melayu.

Baju ini direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar.

Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari

bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki

baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang

berangkai dengan rantai halus. Biasanya, baju kebaya diperbuat daripada kain kapas ,

sutera ataupun songket.

Rajah 4.15 Baju kebaya tradisional

Page 23: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 23

4.6 Kuih-muih dan Juadah Utama

4.6.1 Ketupat

Salah satu jenis makanan utama yang dihidangkan semasa sambutan Hari Raya Korban

atau Hari Raya Haji ialah ketupat. Ketupat ialah sejenis hidangan yang biasanya

dibungkus dengan daun kelapa. Ketupat direbus dalam periuk daripada nasi atau pulut.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan dan daun yang digunakan untuk membuat

bungkusannya. Biasanya sarung ketupat perlu dianyam terlebih dahulu sebelum

disumbat dengan pulut atau nasi yang telah dimasak. Ketupat pulut ialah ketupat yang

menggunakan beras pulut sebagai bahan asasnya manakala ketupat nasi menggunakan

beras sebagai bahan asasnya. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding

serta kuah kacang semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.

Rajah 4.16 Ketupat yang dihidangkan semasa perayaan

Page 24: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 24

4.6.2 Rendang

Rendang ialah hidangan daging pedas yang berasal daripada kumpulan etnik

Minangkabau Indonesia. Masakan ini adalah masakan tradisional yang bersantan dengan

daging lembu sebagai bahan utamanya. Rendang amat popular dan juga disajikan semasa

sambutan Hari Raya Aidiladha bagi umat Islam. Rendang dimasak dengan santan, lada,

bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Masakan ini biasanya dimakan

dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat pulut dan sebagainya.

Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat masakan rendang

ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Masakan ini sangat

digemari oleh semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia dan juga

Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Kadang kala, umat Islam juga memasak

rendang yang bersantan dengan daging ayam sebagai bahan asasnya yang dinamakan

rendang ayam.

Rajah 4.17 Rendang daging yang dimasak kari dan dimasak hitam

Rajah 4.18 Rendang ayam

Page 25: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 25

4.6.3 Lemang

Lemang juga merupakan makanan utama yang dihidangkan semasa Hari Raya Aidiladha.

Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Ia

merupakan sejenis makanan tradisi yang disukai pelbagai lapisan masyarakat Lemang

diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang

dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak

menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. Lemang

biasanya dihidangkan semasa sambutan perayaan Hari Raya bersama rendang atau

serunding.

Rajah 4.19 Beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik

dengan daun pisang kemudian dibakar oleh api

Rajah 4.20 Hidangan Lemang yang telah masak

Page 26: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 26

4.7 Pantang Larang Dalam Perayaan

Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan

adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang

menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan di sebaliknya. Ia selalunya

diamalkan oleh orang-orang tua di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India.

Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang

larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “Biar mati anak,

jangan mati adat.”

Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat

khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh

diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian pantang larang sudah menjadi amalan atau

prinsip dalam kehidupan hari ini. Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk

kebaikan kaum itu sendiri. Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang

mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.

Antara pantang larang semasa sambutan Hari Raya Korban adalah seperti yang dinyatakan di

bawah:

4.7.1 Umat Islam dilarang untuk berpuasa pada hari perayaan.

4.7.2 Jenis haiwan yang boleh dijadikan korban pula adalah seperti unta, lembu, kerbau,

kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina yang tidak mengalami kecacatan.

Kecacatan di sini merujuk kepada yang berikut:

-Tiada atau terpotong telinga atau lidah atau ekor walaupun sedikit;

-Buta sebelah mata atau kedua-duanya;

-Gila atau berpenyakit;

-Berkudis walaupun sedikit;

-Tersangat kurus atau terlalu tempang;

Page 27: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 27

-Yang bunting atau yang baru melahirkan anak.

4.7.3 Umur haiwan korban pula dikelaskan seperti yang dinyatakan di bawah:

-Unta – berumur antara lima hingga enam tahun.

-Lembu, kerbau atau kambing – berumur antara dua hingga tiga tahun.

-Biri-biri – berumur antara setahun hingga dua tahun atau yang berumur melebihi

enam bulan tetapi sudah bersalin gigi hadapan.

4.7.4 Daging haiwan korban yang disembelih dilarang sama sekali diberikan kepada orang

yang bukan Islam. Sebaliknya, daging-daging haiwan korban ini perlu disdekahkan

kepada fakir miskin yang beragama Islam.

4.7.5 Sisa tulang yang telah dimasak atau dimakan perlukan ditanam. Umat Islam dilarang

membuang tulang daripada hasil korban tersebut ke dalam tong sampah atau tempat lain.

Elakkan juga dibiarkan tulang-tulang ini bersepah sehingga dimakan oleh haiwan lain

seperti kucing atau anjing. Perlu diingatkan bahawa isi-isi daging ini haruslah dihabiskan

sehingga tinggal tulangnya sahaja.

4.7.6 Kenduri korban yang dijalankan di rumah seseorang itu adalah atas kehendak dirinya

sendiri. Golongan bukan Islam memang dilarang sama sekali untuk menghadiri kenduri

korban yang diadakan.

4.7.8 Dilarang meminum arak atau minuman yang memabukkan diri.

4.7.9 Dilarang melakukan pembaziran seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya

dengan pakaian mahal.

Page 28: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 28

8.0 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, tajuk kajian yang saya pilih dapat membantu saya untuk

mengetahui lebih mendalam tentang perayaan tradisi kaum Melayu di Malaysia

terutamanya perayaan Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu

perayaan utama yang disambut oleh umat Islam di seluruh Malaysia.

Kita sebagai bangsa Malaysia haruslah berbangga dengan perayaan seperti ini kerana

masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui “1 Malaysia” yang terdiri daripada

kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun dan lain-lain. Perpaduan kaum dapat

dieratkan melalui amalan ziarah-menziarahi di kalangan rakyat Malaysia. Hubungan antara

kaum-kaum yang berbeza dapat dipereratkan tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik

dan kebudayaan. Keadaan ini akan menjamin keamanan dan keharmonian negara.

Semangat patriotik juga dapat ditanam dalam satu keluarga besar.

Oleh itu, kewujudan pelbagai perayaan tradisi di Malaysia perlulah dipertahankan kerana ia

membantu membentuk jati diri sebagai warganegara Malaysia selaras dengan konsep 1

Malaysia.

Page 29: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2803/10/siengtow/... · 2.5 Mendapatkan pendedahan dan sebagai bahan bacaan tambahan

MARY LAU SIENG TOW 790816135290001

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Halaman 29

Rujukan

http://malaysiana.pnm.my/02/02010101mel_kebaya.htm (Dicapai pada November 2, 2012)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha (Dicapai pada November 4, 2012)

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/255-hari-hari-kebesaran-islam/107-

hari-raya-aidil-adha-.html (Dicapai pada November 10, 2012)

http://profhariz.com/2010/11/makna-hari-raya-aidiladha/ (Dicapai pada November 11, 2012)

http://sesaljubayu.blogspot.com/2012/10/hari-raya-aidiladha.html (Dicapai pada November

13,2012)